Dokumen tersebut membahas tentang peranan guru sebagai agen sosialisasi. Guru memainkan peranan penting dalam membentuk karakter murid dan masyarakat melalui pendidikan, sebagai pembawa perubahan, dan sebagai penggerak masyarakat untuk mencapai modernisasi dan kemajuan.
1. SLIDESMANIA.COM
1
BAB 7 : SOSIALISASI
KPS 4043
SEKOLAH DAN MASYARAKAT
PROFESOR DR. AMIR HASAN BIN DAWI
2. SLIDESMANIA.COM
SOSIALISASI
2
Sosialisasi merupakan suatu proses belajar yang berlangsung sepanjang hidup
manusia sejak individu dilahirkan sehingga tua yang memainkan peranannya
dengan berfungsi secara kelompok.
Manusia tidak dapat hidup secara sendiri dan setiap individu mempunyai
perbezaan yang tersendiri maka sosialisasi wujud untuk menimbulkan unsur
kerukunan, persatuan dan hidup saling menghargai.
3. SLIDESMANIA.COM
JENIS DAN AGEN SOSIALISASI :
● Institusi keluarga
● Institusi Pendidikan
● Masyarakat
● Institusi Agama
● Media Massa
3
Terdapat 5 agen sosialisasi iaitu:
4. SLIDESMANIA.COM
AGEN SOSIALISASI :
4
● Institusi Keluarga
● 1. Ibu bapa menjadi “Role Model” dalam pembentukan sahsiah anak-anak.
● 2. Mewujudkan persekitaran rumahtangga yang harmonis dan suasana yang selamat bagi anak-anak.
● 3. Ahli keluarga sebagai penasihat atau kaunselor kepada anak-anak yang menghadapi masalah.
● 4. Saling membantu, menyokong dan bekerjasama dalam setiap aspek kehidupan.
● 5. Rumah adalah sumber untuk mendapatkan kasih sayang.
● 6. Mendidik anak-anak dari kecil tentang tatacara bersosial dan persekitaran
● 7. Membetulkan kesalahan anak-anak.
● 8. Memberikan didikan agama dan moral melalui cerita, kisah-kisah dan teladan
5. SLIDESMANIA.COM
AGEN SOSIALISASI :
5
Institusi Agama
1. Melalui penyampaian ajaran agama yang disampaikan dalam bentuk khutbah,
ceramah, penyampaian melalui pendeta, sami.
2. Pembacaan melalui kitab-kitab mengikut agama yang dianuti.
3. Melalui lagu-lagu rohani
4. Aktiviti kerohanian
5. Seminar keagamaan yang bersifat membentuk remaja
6. Perayaan sesuatu agama
Institusi Media Massa
1. Membekalkan maklumat baik-buruk sesuatu perkara
2. Menerbitkan rancangan berunsur agama dan pendidikan (TV/Radio)
3. Menyelitkan pengajaran/teladan dalam artikel
6. SLIDESMANIA.COM
6
• Teori ini mengkritik teori fungsionalisme dan teori konflik yang terlalu bergantung kepada
manusia secara keseluruhan dan didasari oleh sistem sosial. Teori interaksionisme beranggapan
bahawa manusia bukanlah makhluk yang pasif dan memerlukan interaksi sosial untuk
membentuk sebuah realiti. Teori ini berfokuskan penelitian makna-makna yang dibentuk oleh
masyarakat seperti antara guru dan pelajar. Contohnya, membuat kajian bagaimana pelajar
mempunyai perangai yang tidak baik di sekolah dengan membuat penelitian terhadap cara
mereka berinteraksi dengan guru.
PERSPEKTIF
INTERAKSI
• Menyatakan bahawa setiap ahli masyarakat dan institusi dalam sesebuah komuniti saling
bergantung antara satu sama lain. Contohnya, pelajar di sekolah bergantung terhadap guru bagi
memperolehi ilmu, guru pula bergantung kepada kurikulum yang mereka akan terapkan dalam
proses mengajar.
• Pendekatan teori ini diibaratkan seperti setiap anggota badan manusia mempunyai peranan yang
tersendiri dan setiap daripada anggota tersebut bergantung antara satu sama lain untuk
berfungsi.
• Teori ini bertujuan untuk melahirkan masyarakat yang harmoni agar dapat memastikan
kestabilan negara.
PERSPEKTIF
FUNGSIONALISME
• melibatkan ketegangan yang berlaku antara individu dan kumpulan-kumpulan dalam sesebuah
masyarakat bagi memperoleh kepentingan yang diingini.
• Max Weber adalah individu yang telah mengaitkan teori konflik dengan pendidikan. Beliau
menegaskan bahawa fungsi utama sekolah ialah mendidik pelajar tentang status budaya.
Penglibatan kuasa dan kepentingan mewujudkan konflik antara individu dan kumpulan maka
mempengaruhi sistem pendidikan dalam masyarakat tersebut. Contohnya, para guru perlu
melakukan tugas-tugas pentadbiran dan pada masa yang sama juga mesti melakukan tugas
mengajar.
• Dari segi perspektif pelajar pula mereka perlu mendapatkan keputusan yang cemerlang kerana
tekanan oleh ibu bapa yang ingin melihat anak mereka berjaya. Oleh itu, timbullah konflik
kerana anak tersebut perlu sering mengulang kaji pelajaran dan mengurangkan sesi bermain.
PERSPEKTIF
KONFLIK
7. SLIDESMANIA.COM
PERANAN GURU SEBAGAI AGEN SOSIALISASI
PERANAN GURU SEBAGAI AGEN SOSIALISASI
Fungsi utama sekolah ialah untuk memberi pendidikan dan latihan.Pendidikan
dianggap sebagai proses membentuk seorang manusia yang sanggup berfikir kritis
dan mempunyai daya kreatif.
Latihan pula bertujuan memberi kemahiran teknikal dan kegiatan psikomotor.
Oleh itu peranan sekolah ialah untuk memberi peluang kepada manusia,khasnya
generasi muda.Untuk menguasai berbagai-bagai ilmu pengetahuan dan kemahiran
yang difikirkan sesuai untuk menyesuaikan diri dalam dan kemahiran yang dififirkan
sesuai menyesuaikan diri dalam perkembangan masyarakat dan kehidupan harian.
8. SLIDESMANIA.COM
PERANAN GURU
GURU
SEBAGAI
PEMBINA
NEGARA
GURU
SEBAGAI
AGEN
PERUBAHAN
GURU
SEBAGAI
PENGGERAK
MASYARAKAT
Guru ialah pendidik yang berilmu pengetahuan. Disamping itu dia
dilatih untuk menguasai kemahiran mengajar dan diberi tugas
menyampaikan ilmu kepada murid-muridnya. Oleh itu guru
sebagai pengamal ilmu merupakan peranan utama dalam bidang
profesionnya.
Guru juga memainkan peranan sebagai agen memodenisasikan masyarakat
dalam semua bidang perkembangan dan kemajuan.Ini bermakna,guru sebagai
penggerak masyarakat perlu mementingkan nilai kemasyarakatan dan proses
pembaruan.
Pada zaman moden ini,guru adalah dipertanggungjawap untuk memberi
pendidikan moden menghasilkan perubahan ke atas kendiri muridnya.Sekolah
merupakan yang utama sebagai saty aspek alam sekeliling yang mendatangkan
kesan di dalam pembentukan sahsiah muridnya,sesuai dengan perkembangan dan
keperluan masyarakat.