SlideShare a Scribd company logo
1 of 23
PENGENALAN

Sesungguhnya para pendidik hari ini telah memainkan peranan penting di dalam
merealisasikan aspirasi negara dalam mewujudkan perpaduan kaum. Pendidik pada hari
ini telah membuktikan bahawa mereka telah mengimbangkan kewujudan integrasi
nasional yang menjamin keamanan dan kesejahteraan negara. Guru merupakan ejen
kepada keberkesanan pendidikan. Mereka bukan sahaja berfungsi untuk memberi
kesedaran pada diri sendiri malahan juga kepada masyarakat. Perpaduan kaum juga dapat
dicapai sekiranya guru menerapkan nilai-nilai murni seperti saling menghormati antara
satu sama lain tidak mengira bangsa dan juga agama.

       Sejarah tidak pernah menipu manusia dan sejarah telah membuktikan betapa
golongan pendidik memainkan peranan yang penting dalam menentukan jatuh bangunnya
sesebuah bangsa dan negara. Masyarakat ketika itu menjadikan guru sebagai idola dan
pakar rujuk dalam segala hal. Kalau dulu guru terpaksa berhadapan dengan pihak
penjajah secara terang-terangan, kini jajahannya diterjemahkan dalam bentuk yang lain
pula iaitu lebih mencabar lagi kerana melibatkan jajahan pemikiran, budaya dan jati diri
yang perlu dihadapi secara profesional dan kreatif. Kedudukan perguruan sebagai satu
profesion di dalam Dasar Pelajaran Kebangsaan turut juga dipenuhi dengan cabaran-
cabaran yang mesti dihadapi oleh seseorang guru.

       Profesion perguruan adalah satu profesion mulia yang mencurahkan ilmu
pengetahuan dan mendidik pelajar sehingga mereka berjaya ke peringkat pengajian tinggi
dan akhirnya menjadi insan yang berguna kepada bangsa, negara dan agama.Tanpa guru
yang mendidik di peringkat sekolah, pastinya tidak akan lahir golongan profesional
seperti doktor perubatan, doktor pergigian, jurutera, arkitek, saintis, juru ukur dan
sebagainya.




                                                                                      1
DEFINISI


Definisi Guru


Menurut Kamus Dewan, guru bermaksud pengajar, pendidik atau pengasuh. Seorang
guru ialah seorang pembimbing dalam proses pembelajaran. Antara fungsi dan peranan
guru ialah guru sebagai pendidik dan pengajar, harus memiliki kestabilan emosi, ingin
memajukan murid, bersikap realistik, bersikap jujur dan terbuka, peka terhadap
perkembangan, terutamanya dalam inovasi pendidikan. Maka guru harus memiliki dan
menguasai berbagai jenis bahan pelajaran, menguasai teori dan praktikal pendidikan,
menguasai kurikulum dan metodologi pengajaran.


       Guru juga sebagai anggota masyarakat, harus pandai bergaul dengan masyarakat.
Untuk itu, guru harus menguasai psikologi sosial, memiliki pengetahuan tentang
hubungan antara manusia dan sebagai anggota masyarakat, guru mempunyai
keterampilan membina kelompok, berkerjasama dalam kelompok untuk menyelesaikan
sesuatu masalah. Berdasarkan temubual dengan penolong kanan sebuah sekolah
menengah kebangsaan menyatakan, guru dan murid juga memainkan peranan penting
dalam hal menjadikan ‘Sekolah Sebagai Asas Penyelesaian Masalah’. Di mana guru-guru
di sekolah mereka telah mengamalkan strategi pengajaran dan pembelajaran dengan cara
kajian tindakan yang berteraskan budaya kerja sekolah.

       Beliau telah menyenaraikan antara faedah-faedah yang boleh didapati oleh guru-
guru dan murid melalui kajian tindakan iaitu mendapat sumber maklumat penting untuk
memahami amalan pengajaran guru, amalan pembelajaran murid, keadaan murid, suasana
pembelajaran dalam bilik darjah dan sebagainya. Guru dapat merancang huraian mata
pelajaran dengan lebih berkesan. Guru dapat juga mempelbagaikan kaedah pengajaran
dan pembelajaran supaya mencapai objektif pengajaran mereka.




                                                                                   2
Definisi Profesion

Profesion ialah pekerjaan terutamanya yang memerlukan pelajaran yang tinggi dan
latihan yang khas misalnya dalam bidang pendidikan, undang-undang, senibina,
perubatan, perakaunan dan lain-lain. Profesion juga boleh diertikan dengan sesuatu yang
mempunyai badan yang menjaga kualiti sesuatu kerjaya tersebut dengan piawaian yang
ditetapkan. Seseorang yang memiliki jiwa profesionalisme sentiasa mendorong dirinya
untuk mewujudkan kerja-kerja yang profesional. Kualiti profesionalisme di dokong oleh
ciri-ciri sebagai berikut:

    1) Keinginan untuk selalu menampilkan perilaku yang mendekati piawai ideal.

        Seseorang yang memiliki profesionalisme tinggi akan selalu berusaha
        mewujudkan dirinya sesuai dengan piawai yang telah ditetapkan. Ia akan
        mengidentifikasi dirinya kepada seseorang yang dipandang memiliki piawaian
        tersebut. Yang dimaksudkan dengan “piawai ideal” ialah suatu peringkat perilaku
        yang dipandang paling sempurna dan dijadikan sebagai rujukan.

    2) Meningkatkan dan memelihara imej profesion

        Profesionalisme yang tinggi ditunjukkan oleh besarnya keinginan untuk selalu
        meningkatkan dan memelihara imej profesion melalui perwujudan perilaku
        profesional.   Perwujudannya    dilakukan   melalui   pelbagai   cara   misalnya
        penampilan, cara percakapan, penggunaan bahasa, sikap tubuh badan, sikap
        kehidupan seharian, hubungan dengan individu lainnya.

    3) Keinginan untuk sentiasa mengejar kesempatan perkembangan profesional yang
        dapat meningkatkan dan meperbaiki kualiti pengetahuan dan keterampilannya.
    4) Mengejar kualiti dan cita-cita dalam profesion

        Profesionalisme ditandai dengan kualiti darjat rasa bangga akan profesion yang
        dipegangnya. Dalam hal ini diharapkan agar seseorang itu memiliki rasa bangga
        dan percaya diri akan profesionnya.


                                                                                      3
Falsafah Profesion Keguruan

Profesion keguruan merupakan perkhidmatan yang mempunyai tanggungjawab yang
amat penting kepada pembangunan individu, masyarakat dan negara. Walaupun tidak ada
suatu falsafah profesion keguruan yang jelas di negara ini, namun profesion ini adalah
satu profesion yang murni, unggul dan dipandang mulia oleh masyarakat. Falsafah yang
mencorakkan profesion keguruan ialah memberi perkhidmatan untuk mendidik, melatih,
membimbing dan membantu individu membangunkan potensi mereka melalui kualiti
pendidikan yang unggul.

       Falsafah profesionalisme yang mendasari perkhidmatan dan perjuangan guru,
antaranya yang penting ialah falsafah idealisme, pragmatisme, progresivisme. Ini
membentuk guru sentisa berfikiran positif, tabah, cekal, dedikasi, semangat berkorban
yang tinggi, berhemah, bertanggungjawab, berpandangan jauh, rasional, dan dinamik.
Berdasarkan falsafah untuk mendidik, guru bertanggungjawab memberikan ilmu
pengetahuan dan membimbing pelajarnya ke arah kejayaaan dan kesempurnaan. Guru
juga menyemai semangat dan mendorong pelajar untuk mencapai cita-cita mereka. Guru
ialah pemimpin yang ideal dari segi watak, peranan, sumbangan, imej dan statusnya
sebagai pendidik.

Idealisme Pendidikan

Falsafah profesion keguruan berbeza dengan pofesion lain kerana kekuatan idealisme
pedidikan yang membentuk guru-guru sebagai pemimpin masyarakat dan pemimpin
masa depan generasi muda. Guru tidak mengejar kedudukan, pangkat, kuasa, pengaruh
politik, kekayaan dan status sosial, sebaliknya merupakan pejuang dan reformis sosial
yang penting dalam masyarakat yang membangun. Walaupun profesion ini dikongkong
kuat oleh pengaruh politik dan birokrasi, namun idealisme keguruan yang menampilkan
watak dan personaliti pendidik yang berpengaruh dalam masyrakat demi mencorakkan
masa depan generasi muda menjadikan idealisme profesion ini begitu unggul dan
disanjung oleh masyarakat.




                                                                                    4
Ramai pemimpin yang berjaya hari ini dididik oleh golongan guru yang
berpengaruh dan berwibawa. Hampir setiap kanak-kanak dan golongan muda pada suatu
masa dahulu mendapat pendidikan melalui sekolah yang dipimpin oleh guru-guru yang
mempunyai idealisme yang tinggi. Idealisme sebagai pendidik membolehkan guru
menjadi pemimpin inspirasi dan pemimpin ‘instrumental’ yang penting kepada
perkembangan dan pembangunan personaliti generasi muda. Guru yang mempunyai
idealisme yang tinggi adalah guru yang berjasa kepada nurid-muridnya kerana
kekuatannya membangunkan insan yang berpendidikan dan berpengetahuan tinggi.

       Idealisme pendidikan mendorong guru-guru melaksanakan tugas mereka dengan
lebih dedikasi dan produktif. Dunia pendidikan merupakan dunia yang mencorakkan
manusia dan kemanusian, dunia yang menghapuskan kejahilan dan membina kekuatan
individu, dunia yang memperkenalkan seseorang kanak-kanak dan golongan remaja
tentang idealisme kehidupan. Pendek kata, dunia yang membangunkan insan yang
berperanan untuk mengubah masa depan dan membentuk manusia berjasa dan bercita-
cita tinggi untuk memimpin bangsa dan masyarakat serta negara mereka. Tanpa
pendidikan manusia menjadi jahil dan tidak dapat membangunkan diri mereka sendiri
untuk mencapai kemajuan, perubahan dan keterampilan diri.




                                                                               5
PENDIRIAN

Kami memilih guru yang mempunyai pengetahuan matematik dengan kursus perguruan
adalah lebih baik daripada guru yang hanya mempunyai pengetahuan matematik yang
mendalam sahaja.

Institut Pengajian

   -   Institut Pendidikan Guru (IPG)

   Institut Pendidikan Guru merupakan sebuah institusi pengajian tinggi yang melatih
   bakal-bakal guru sekolah rendah dan menengah. Di Malaysia, semua Institut
   Pendidikan Guru (IPG) ini dikelolakan oleh Institut Pendidikan Guru Kementerian
   Pelajaran Malaysia (IPG KPM) yang bertempat di Cyberjaya. Namun demikian,
   institusi ini masih menggunakan nama Institut Pendidikan Guru (IPG) dan bakal
   mempunyai IPG induknya tersendiri seperti UiTM.

   Visi IPG ialah Peneraju Kecemerlangan Pendidikan Guru dan misinya adalah untuk
   melahirkan guru yang kompeten dan berjiwa pendidik melalui program pembangunan
   guru yang dinamik ke arah pendidikan sekolah bertaraf dunia. IPG mempunyai 28
   kampus cawangan dan sebuah English Language Teaching Centre. Boleh dikatakan
   IPG mempunyai cawangan di semua negeri di Malaysia. Kampus-kampus tersebut
   adalah:

   a) Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu
   b) Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Antarabangsa
   c) Institut Pendidikan Guru Kampus Batu Lintang
   d) Institut Pendidikan Guru Kampus Darulaman
   e) Institut Pendidikan Guru Kampus Dato' Razali Ismail
   f) Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya
   g) Institut Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas
   h) Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh
   i) Institut Pendidikan Guru Kampus Keningau

                                                                                  6
j) Institut Pendidikan Guru Kampus Kent
k) Institut Pendidikan Guru Kampus Kota Bharu
l) Institut Pendidikan Guru Kampus Perempuan Melayu
m) Institut Pendidikan Guru Kampus Perlis
n) Institut Pendidikan Guru Kampus Persekutuan Pulau Pinang
o) Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Islam
p) Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Teknik
q) Institut Pendidikan Guru Kampus Rajang
r) Institut Pendidikan Guru Kampus Raja Melewar
s) Institut Pendidikan Guru Kampus Sarawak, Miri
t) Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Abdul Halim
u) Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Mizan
v) Institut Pendidikan Guru Kampus Tawau
w) Institut Pendidikan Guru Kampus Temenggong Ibrahim
x) Institut Pendidikan Guru Kampus Tengku Ampuan Afzan
y) Institut Pendidikan Guru Kampus Tuanku Bainun
z) Institut Pendidikan Guru Kampus Tun Hussien Onn

-   IPTA (Institut Pengajian Tinggi Awam)




Institut Pengajian Tinggi Awam ialah universiti yang banyak dibiayai secara awam melalui
kerajaan negara ataupun setempat. Antara IPTA yang menawarkan ijazah pendidikan ialah:




       a) Universiti Pendidikan Sultan Idris, UPSI
       b) Universiti Kebangsaan Malaysia, UKM
       c) Universiti Utara Malaysia, UUM
       d) Universiti Teknologi Mara, UiTM
       e) Universiti Malaya, UM
       f) Universiti Sains Malaysia, USM

                                                                                         7
g) Universiti Teknologi Malaysia, UTM
        h) Universiti Malaysia Sabah, UMS
        i)   Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, UIAM




-   KOPEDA (Kolej Pendidikan Perdana)

    KOPEDA telah ditubuhkan pada awal 1994 setelah mendapat kelulusan daripada
    Kementerian Pendidikan. KOPEDA merupakan sebuah institusi pendidikan
    swasta perintis yang telah berjaya mendapat kelulusan daripada Kementerian
    untuk mengendalikan program-program latihan guru.

    Penubuhan KOPEDA adalah bertujuan mengisi kekosongan yang wujud bagi
    latihan guru-guru di luar bidang kuasa Kementerian Pelajaran, sama ada di sektor
    swasta, badan berkanun atau pun institusi-institusi milik Kerajaan Negeri dan juga
    Agensi-Agensi tertentu Kerajaan Pusat.

    Dalam latihan tersebut matlamat dan fokusnya adalah penghasilan guru-guru
    terlatih yang mantap, berwibawa serta bersedia menghadapi cabaran-cabaran pada
    masa kini. Pada tahun awalan penubuhannya (1994-2003) program-program yang
    dikendalikan adalah dengan kerjasama Bahagian Pendidikan Guru, Kementerian
    Pelajaran, dan secara berkembar dengan IPTA. Program-program ini adalah
    seperti berikut:

    •   Kursus Perguruan Asas (KPA)
    •   Kursus Diploma Perguruan Malaysia (KDPM)
    •   Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI)
    •   Kursus Bacelor Pendidikan (B. Ed.)

    Di samping itu, KOPEDA dengan usaha sama Kementerian Pendidikan Malaysia,
    telah menjalankan program Kursus Pendidikan Lepasan Ijazah (kursus dalam
    cuti) (KPLI-KDC) yang mana tujuannya adalah mendedahkan dan menghasilkan


                                                                                    8
tenaga pengajar dari golongan pemegang ijazah yang memiliki minat dan
      keazaman untuk menjadi seorang pendidik.




Kerangka Kursus Pengajian ISMP

   A) Kursus Universiti

               KOD            KREDIT                      KURSUS

       ULP1013                    3         Pembangunan Sahsiah

       ULP1023                    3         Kenegaraan

       UBI1032                    2         English For Communication 1

       UBI1042                    2         English For Communication 2

       UBM1032                    2         Wacana Akademik Bahasa Melayu

       Wajib                      6         Kokurikulum

       Wajib                      2         Pengayaan Diri
   B) Kursus Profesional Pendidikan


               KOD            KREDIT                      KURSUS
                                            Perkembangan Pendidikan Di Malaysia:
       EDU3012                    2
                                            Falsafah dan Dasar

       EDU3024                    4         Pengurusan Pembelajaran


       EDU3034                    6         Pengajaran, Teknologi dan Penaksiran 1


       EDU3046                    6         Pengajaran, Teknologi dan Penaksiran 2


       EDU3056                    2         Seminar Refleksi Latihan Mengajar




                                                                                 9
EDU3062                         4         Pembelajaran dan Perkembangan Pelajar


Kursus profesional pendidikan merupakan kursus yang membezakan ijazah sarjana
muda pendidikan dengan ijazah sarjana muda, kursus-kursus ini dapat melatih bakal
guru supaya bersedia untuk menjadi guru yang sebenar dengan pelbagai pendedahan
yang diberikan.

a) Falsafah dan dasar

   Falsafah Pendidikan Kebangsaan:

   Pendidikan     di    Malaysia   ialah   satu   usaha    berterusan   ke   arah    lebih
   memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk
   melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi
   dan jasmani berdasarkan kepercayaan kepada Tuhan. Kursus ini membincangkan
   secara kritis tentang falsafah dan pendidikan dengan menganalisisnya dalam
   konteks perkembangan pendidikan di Malaysia.

   Kursus ini juga meninjau dam membincangkan perkembangan pendidikan negara
   sebagai     satu    kesinambungan    dan   keunggulan     yang   berterusan      dengan
   berlandaskan interaksi dan pemikiran yang telah berlaku dalam proses
   pembangunan negara. Falsafah, dasar-dasar, kurikulum dan peraturan dalam
   pendidikan juga diberi penekanan bagi membolehkan bakal guru memperolehi
   penegtahuan dan kemahiran serta pemupukan sikap dalam melaksanakan
   tanggungjawab secara berkesan dalam batasan profesion perguruan.

   Kursus ini juga akan mendedahkan bakal guru tentang matlamat pendidikan
   negara yang bertujuan untuk melahirkan rakyat Malaysia yang sempurna dan
   memiliki serta menghayati ciri-ciri berikut:




       •     Percaya dan patuh kepada Tuhan

                                                                                       10
•     Berilmu pengetahuan dan Berakhlak mulia
      •     Bertanggungjawab kepada diri, masyarakat, agama dan negara
      •     Memiliki sahsiah yang seimbang dan sepadu
      •     Memupuk perpaduan di kalangan rakyat berbilang kaum.

b) Pengurusan Pembelajaran




   Kursus ini membincangkan peranan guru sebagai pengurus pembelajaran dalam
   konteks pelbagai persekitaran pembelajaran. Bakal guru akan diperkenalkan
   kepada     pelbagai   aspek   pengurusan   pembelajaran   termasuk    organisasi,
   kepimpinan, tingkah laku, sumber, teknologi, budaya dan keupayaan. Kursus ini
   akan menyediakan guru-guru pelatih kepada pengalaman sebenar di sekolah yang
   akhirnya membolehkan mereka beraksi dalam semua situasi pembelajaran.




c) Pembelajaran dan Perkembangan Pelajar




   Remaja merupakan tempoh individu mengalami perubahan yang pesat dalam
   pelbagai aspek terutama fizikal, sosial, emosi dan pemikiran. Guru-guru di
   sekolah harus memahami perkembangan pelajar dalam mewujudkan pengajaran
   dan pembelajaran yang berkesan. Golongan remaja dikatakan mengalami krisis
   identiti dan perkembangan mereka harus difahami oleh ibu bapa, guru dan
   masyarakat.




   Pihak kementerian juga harus menilai semula kesesuaian kurikulum yang harus
   disediakan untuk mereka yang dikatakan peringkat awal remaja dan akhir remaja.
   Maka melalui kursus ini akan memberi pendedahan kepada bakal guru tentang

                                                                                 11
aspek pembelajaran dan perkembangan remaja berlatar belakangkan pendidikan
      yang meliputi diri pelajar, proses pembelajaran dan kepelbagaian pelajar. Selain
      itu, aspek pengalaman pembelajaran yang berasaskan minda, budaya, bahasa,
      keupayaan diri, personaliti, sosial, persekitaran, emosi dan fizikal juga
      diketengahkan.




   d) Pengajaran, Teknologi dan Penaksiran




      Kurus ini melatih bakal guru untuk membina kemahiran merancang pengajaran
      dalam 5 aspek utama iaitu:

          •   Pernyataan objektif pengajaran dan pembelajaran
          •   Memilih dan menyusun kandungan dan bahan pengajaran
          •   Memilih dan mengguna pendekatan, kaedah dan teknik pengajaran yang
              sesuai mengikut topik pengajaran
          •   Memilih dan mengguna alat yang sesuai termasuk alat multimedia dalam
              proses pengajaran dan pembelajaran
          •   Memilih, mengguna alat dan kaedah penilaian yang sesuai untuk menaksir
              dan menilai hasil pembelajaran. Bakal guru akan mendapat kemahiran
              menyediakan set rancangan pelajaran dalam sesuatu topik dalam mata
              pelajaran pengkhususan mereka.

Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI)

Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI) adalah sebuah program latihan perguruan yang
dianjurkan oleh Bahagian Pendidikan Guru (BPG) Kementerian Pendidikan di maktab-
maktab perguruan. Mulai daripada tahun 1994, Kementerian Pendidikan telah memberi
kebenaran kepada KOLEJ PENDIDIKAN PERDANA (KOPEDA) untuk melaksanakan




                                                                                   12
program ini secara bekerjasama dengan agensinya iaitu BPG. Kerjasama yang diberikan
adalah dalam bentuk:

   a) mengguna sama kurikulum BPG.
   b) mengambil peperiksaan yang sama yang dianjurkan oleh BPG di maktab-maktab
       perguruan.
   c) menerima Diploma KPLI yang sama yang dianugerahkan oleh BPG kepada
       pelajar maktab perguruan.




Kurikulum

Komponen dan mata pelajaran kurikulum KPLI adalah seperti berikut:


   Bil    Komponen           Kredit                   Mata Pelajaran
   1   Dinamika Guru           9       1.1 Kemahiran Belajar Secara Kiritis dan Kreatif.
                                       1.2 Teknologi Maklumat
                                       1.3 Pendidikan Islam & Tamadun Islam atau
                                       Pendidikan Moral & Tamadun Islam
                                       1.4 Pendidikan Alam Sekitar
                                       1.5 Kemahiran Komunikasi Sosial
                                          – Bahasa Melayu Kini
   2    Pendidikan             13      Mata Pelajaran Berkaitan Pengkhususan (Elektif
        Pengkhususan           22      1)
                                       Mata Pelajaran Berkaitan Pengkhususan (Elektif
                                       2)
   3    Elektif                    3   Mata Pelajaran Sekolah (mengikut pilihan


                                                                                    13
pengajian pengkhususan)

    4    Gerakerja             3     Pengurus Ko-Kurikulum Unit Beruniform dan
         Ko-Kurikulum                Sukan
         (GERKO)
    5    Praktikum             7     Latihan Mengajar di Sekolah

Pengkhususan dan Bahasa Pengantar

KOPEDA menawarkan pilihan pengkhususan mata pelajaran seperti berikut:

   a) Pengajian Melayu
   b) Pengajian Inggeris
   c) Pengajian Agama Islam
   d) Pengajian Matematik

Pengajian pengkhususan mata pelajaran lain boleh dipertimbangkan sekiranya
permohonan yang diterima mengcukupi. Bahasa pengantar kuliah ialah Bahasa Malaysia.

Tempoh dan Tarikh Kursus

Tempoh kursus ialah 2 tahun yang dilaksanakan secara berperingkat mengikut cuti
sekolah iaitu:

     Peringkat       Cuti Sekolah     Perkara (Pengisian)      Tempoh (Bil minggu)
         1         Mei – Jun 2001           Kuliah                      1
         2         Sep 2001                 Kuliah                      1
         3         Nov – Dis 2001           Kuliah                      5
         4         Feb 2002                 Kuliah                      1
         5         Mei 2002                 Kuliah                      1
         6         Sept 2002                Kuliah                      1
         7         Nov – Dis 2002           Kuliah                      5
         8         Feb 2002                 Kuliah                      1
         9         Feb 2003                 Kuliah                      1
        10         Apr – Mei 2003      Peperiksaan Akhir                1
           Jumlah Bilangan Minggu Sepanjang Kursus                     17




                                                                                 14
Tempat Kursus

Kursus ini dijalankan di 3 pusat kursus iaitu:

       a)    KOPEDA - Shah Alam, Selangor

       b)     Maktab Perguruan Gaya - Kota Kinabalu, Sabah

       c)   Maktab Perguruan Batu Lintang - Kuching Sarawak




                 HUJAH - KEPENTINGAN KURSUS PERGURUAN

Rancangan Orientasi Sekolah (ROS)

Rancangan Orientasi Sekolah (ROS) merupakan satu pendedahan pengajaran dan
pembelajaran sebenar yang diadakan di sekolah untuk guru-guru pelatih. Antara rasional
ROS dilaksanakan adalah guru pelatih akan dapat memerhati secara langsung perkara
berkaitan dengan organisasi dan pentadbiran sekolah (Abdul Raof Dalip, 1991).

Dalam ROS peranan utama guru pelatih ialah memerhatikan apa yang berlaku di dalam
dan diluar bilik darjah. Seseorang guru pelatih harus memainkan peranan seperti aktiviti
bilik darjah, aktiviti kokurikulum dan aktiviti diluar bilik darjah. Antara objektif
Rancangan Orientasi Sekolah ialah:

   1) Memberi peluang kepada guru pelatih membiasakan diri dengan keadaan
       masyarakat sekolah.
   2) Memberi peluang kepada guru pelatih untuk mempelajari kemahiran pengajaran
       dan bukan pengajaran seperti pengurusan, pentadbiran dan lain-lain.
   3) Guru pelatih boleh mengendalikan serta mengurus bilik darjah terutamanya dari
       segi kaedah, pendekatan dan teknik mengajar.

Adanya Latihan Mengajar (LM)


                                                                                     15
Sebagai langkah pertama, guru-guru pelatih seharusnya telah dilatih supaya menjadi
seorang yang mempunyai kepercayaan diri, bersedia untuk menghadapi cabaran
mendidik pelajar-pelajar dari pelbagai keturunan, agama dan budaya serta sanggup
memesrakan diri dengan semua lapisan guru dan ibu bapa. Kebolehan untuk
menyesuaikan diri dengan masyarakat sekolah adalah suatu acid test kepada bakal-bakal
guru itu nanti.

       Latihan mengajar adalah satu aspek latihan perguruan yang penting dalam proses
perguruan. Dalam program ini guru-guru pelatih ditempatkan di sekolah untuk
menjalankan pengajaran yang sebenarnya. Melalui latihan mengajar, guru pelatih akan
dapat menunjukkan dan mengamalkan tingkah laku yang di inginkan untuk mengajar
secara berkesan serta cuba menggunakan segala teori yang telah di dedahkan kepada
mereka semasa mengikuti kursus pendidikan.

       Di samping itu, latihan mengajar boleh memberikan kesempatan dan peluang
yang banyak kepada guru pelatih untuk menimba segala pengalaman awal sebelum
mereka memasuki profesion perguruan yang akan ditempuh nanti. Di dalam masa latihan
mengajar, guru pelatih itu menerima tunjuk ajar, bimbingan, pandangan, nasihat, teguran
dan penilaian formatif dan sumatif dalam pengajarannya sebagai suatu proses penyeliaan
ke arah pengajaran yang lebih berkesan.

       Jika pelatih gagal menunjukkan kebolehan dan kecekapannya sebagai guru
terlatih, ini bererti dia belum layak memasuki bidang keguruan. Semasa mengikuti kursus
di institusi ini guru pelatih diberi pedagogi dan teori yang berkaitan dengan pembelajaran
dan pengajaran serta kemahiran asas dalam kursus kaedah dan pengajaran mikro. Guru
pelatih haruslah menunjukkan dia mempunyai faktor-faktor yang berikut:

   •   Asas pendidikan.
   •   Penguasaan isi pelajaran akademik.
   •   Penggunaan prinsip-prinsip pedagogi.
   •   Sahsiah yang baik.



                                                                                       16
Seseorang yang mempunyai ilmu yang tinggi sekalipun belum lagi mencukupi untuk
menjadi seorang guru yang berkesan kerana urusan bimbingan, latihan dan teladan
melalui proses pengajaran dan pembelajaran adalah ukuran utama hasil kerja sebenar
seorang guru (Abdul Raof Dalip, 1991). Antara objektif latihan mengajar adalah:

   1) Memberi peluang kepada guru menyesuaikan teori pembelajaran dalam bilik
       darjah sebenar.
   2) Memberi peluang kepada guru mengenali masalah disiplin dan membolehkan
       mereka cuba mengatasinya.
   3) Membolehkan guru-guru membina keyakinan diri.
   4) Memberi peluang kepada guru menilai diri sendiri serta memperbaiki kelemahan
       mereka.

   Latihan itu termasuklah kefahaman terhadap sifat kejasmanian dan sifat psikologi
kanak-kanak serta teori penyampaian pelajaran yang membolehkan seseorang guru
menguruskan pengajarannya dengan berkesan. Latihan yang diterima juga dapat
melahirkan guru yang mempunyai sahsiah yang baik dan beretika. Sahsiah ini
termasuklah tingkah laku dan sikap yang elok, bersabar, bermurah hati dan sentiasa
bersifat tenang dalam pengajaran.

   Pada masa yang sama guru pelatih membina keyakinan diri dalam menguruskan bilik
darjah (classroom management). Keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran
banyak bergantung kepada kebolehan dan kemahiran seseorang guru itu menguruskan
bilik darjahnya. Dengan bekalan ini barulah seseorang itu layak dipertimbangkan untuk
mengamalkan dan mempraktikkan kemahiran mengajar dalam bilik darjah. Walaupun
guru pelatih itu diperhatikan dan dinilai untuk pelbagai tujuan pentadbiran, namun
rasional untuk di selia adalah demi memperbaiki pengajarannya. Matlamatnya ialah
untuk melahirkan guru yang cekap dan berwibawa.

Tempoh Latihan Perguruan yang Panjang

Melalui tempoh latihan perguruan yang panjang memberi peluang kepada bakal guru
menerima banyak pengalaman sama ada dari segi akademik dan juga kokurikulum,

                                                                                  17
mempunyai pengetahuan yang mendalam tentang mata pelajaran yang hendak di ajarnya
dan juga mengetahui keadah dan cara penyampaian dalam pengajarannya supaya murid-
murid dapat memahami apa yang disampaikan olehnya.

       Sebelum seseorang itu menjadi guru, dia perlu menerima latihan dalam perguruan
untuk menjadi seorang guru yang bertauliah. Umpamanya, seorang guru mesti
mempunyai Sijil Perguruan atau Diploma Pendidikan yang diiktiraf oleh kerajaan
Malaysia sebelum dia boleh mengajar di sekolah kerajaan. Walaubagaimanapun, sama
ada seseorang guru itu menerima latihan perguruan atau tidak, dia mesti mempunyai
pengetahuan yang mendalam tentang mata pelajaran yang hendak diajarnya.

       Guru juga mesti mengetahui keadah atau cara penyampaian dalam pengajarannya
supaya pelajar dapat memahami apa yang disampaikan olehnya. Di samping itu, guru
haruslah mempunyai sahsiah yang baik dan dapat dihormati serta dicontohi oleh murid.
Sahsiah ini termasuklah tingkah laku dan sikap yang elok, bersabar, bermurah hati dan
sentiasa bersifat tenang. Kebanyakan kualiti kecerdasan dan sahsiah guru adalah hasil
daripada latihan yang membolehkan seseorang guru menguruskan pengajarannya dengan
berkesan.

       Selain tugas di dalam bilik darjah, guru juga mempunyai peranan-peranan lain
yang diharapkan oleh masyarakat. Misalnya guru diharapkan menjadi pengganti ibu bapa,
menjadi penasihat dan pembimbing di dalam pembentukkan sahsiah murid, menjadi
kaunselor kepada murid-murid, menjadi pengamal dan penyebar nilai kebudayaan yang
elok dan seterusnya menjadi contoh sahsiah yang baik kepada masyarakat.

Terdedah dengan Penggunaan Teknologi dalam Pendidikan

Setiap bakal guru amat perlu mengetahui kaedah dan cara penghasilan, penggunaan dan
pengendalian alat bantu mengajar yang akan digunakan dalam sesi pengajaran kelak.
Penggunaan alat bantu mengajar dapat mempelbagaikan kaedah dan cara penyampaian
oleh guru dan untuk menarik minat murid (Razali Nor, 2000).




                                                                                  18
Faharol Razi (1998) menyatakan istilah Komputer Dalam Pengajaran dan
Pembelajaran diambil daripada istilah asalnya dalam Bahasa Inggeris iaitu Computer-
Based Instruction (CBI) yang bermaksud pengajaran terancang berasaskan komputer.
Criswell (1989) pula mendefinisikan Pengajaran dan Pembelajaran Berbantukan
Komputer (PPBK) sebagai penggunaan komputer dalam menyampaikan bahan
pengajaran dan melibatkan pelajar secara aktif serta membolehkan maklum balas.

       Menurut Gagne dan Briggs dalam Rosenberg (2000), komputer dapat digunakan
sebagai media pembelajaran kerana komputer memiliki keistimewaan yang tidak dimiliki
oleh media pembelajaran yang lain sebelum zaman komputer. Antara keistimewaan
tersebut adalah seperti berikut:

   •   Hubungan Interaktif: Komputer membolehkan wujudnya hubungan di antara
       rangsangan dengan jawapan. Bahkan komputer dapat menggalakkan inspirasi dan
       meningkatkan minat.
   •   Pengulangan: Komputer membolehkan pengguna mengulangi apabila perlu untuk
       memperkuatkan       lagi    pembelajaran   dan   memperbaiki   ingatan.   Aktiviti
       pengulangan amat memerlukan kebebasan dan kreativiti daripada para pelajar
       (Clements, 1995).
   •   Maklum Balas Dan Peneguhan: Media komputer membolehkan pelajar
       memperoleh maklum balas terhadap pembelajaran secara serta merta. Peneguhan
       positif yang diberi apabila pelajar memberikan jawapan dapat memotivasikan
       pelajar.

       Pada tahun 1995, Kementerian Pendidikan telah memperkenalkan program
Komputer Dalam Pendidikan dengan memberi penekanan kepada empat mata pelajaran
utama iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sains dan Matematik. Justeru itu, guru-guru
mata pelajaran berkenaan dilatih menggunakan komputer dalam proses pengajaran dan
pembelajaran. Selain itu, mata pelajaran Literasi Komputer juga diperkenalkan oleh
Kementerian Pendidikan pada tahun 1996 sebagai salah satu langkah mengaplikasikan
teknologi komputer dalam pendidikan (Zakaria Ahmad, 2003).



                                                                                      19
Kemantapan      dan    keberkesanan    proses    pengajaran   dan   pembelajaran
menggunakan teknologi maklumat bergantung kepada keupayaan dan kebolehan yang
ada pada guru-guru dan pelajar-pelajar yang terlibat.

Pengetahuan Matematik yang Mendalam

(Mohd Sharif bin Kassim 1990 - Keberkesanan Pengajaran Matematik)

Selaras dengan pandangan yang dikemukakan oleh Meclelland dan Winter (1971) dan
dapatan kajian yang dijalankan oleh Noad (1979), aspirasi bakal guru adalah penting
yang mendorong mereka menetapkan suatu aras matlamat yang realistik untuk dicapai.
Oleh itu adalah lebih baik sekiranya dalam peringkat kemasukan guru pelatih ke maktab
perguruan lagi aspek aspirasi diberi perhatian. Calon-calon yang kurang minat dan rendah
aspirasi untuk menjadi guru sepatutunya tidak ditawarkan untuk mengikuti kursus
perguruan.


       Guru terlatih yang mempunyai aspirasi yang tinggi untuk memperolehi taraf yang
baik dalam kursus perguruan cenderung untuk member sambutan yang lebih positif
terhadap proses pengajaran dan pembelajaran. Seorang guru matematik mestilah
mempunyai pengetahuan matematik yang mendalam. Pengetahuan matematik yang
dimaksudkan bukanlah hanya semata-mata yang akan diajar tetapi matematik yang jauh
lebih mendalam. Seorang yang mempunyai pengetahuan matematik yang mendalam
dapat mengajar dengan penuh keyakinan manakala yang kurang pengetahuan matematik
akan merasa kurang yakin ketika mengajar.


       Pengetahuan matematik yang kukuh adalah asas bagi pengajaran matematik yang
baik dan membolehkan seseorang itu menggunakan strategi pengajaran yang lebih
bermakna. Bidang kepakaran guru matematik terbahagi kepada tiga aspek iaitu:


A – Pengetahuan Matematik
B – Teori pengajaran dan pembelajaran
C – Teknik-teknik pengajaran

                                                                                     20
Mempertingkatkan Profesionalisme

Sebagai seorang pendidik yang bertanggungjawab, guru hari ini perlu menyedari bahawa
tugas dan amanah yang diberikan itu adalah untuk mendidik generasi yang akan
menerajui negara ini. Oleh itu kemahiran dan pengetahuan mengenai method-method
pendidikan harus diperkemaskan dari semasa ke semasa. Untuk berdepan dengan cabaran
dan tuntutan daripada perubahan-perubahan kurikulum berkenaan, guru hendaklah
berusaha melengkapkan diri dengan strategi-strategi pengajaran dan pembelajaran di
dalam bilik darjah.




       Sehubungan dengan kehendak tersebut guru harus mengikuti kursus-kursus
pendidikan yang dianjurkan oleh pihak Kementerian Pendidikan, Jabatan Pendidikan
Negeri dan Pejabat Pendidikan Daerah. Contohnya para guru boleh mengikuti Kursus
Dalam Perkhidmatan ataupun Kursus Peningkatan Profesionalisme Keguruan. Kursus-
kursus pendidikan yang dihadiri penting bagi seseorang guru untuk mempertingkatkan
keupayaan dan prestasi dalam profesion pendidikan yang kian mencabar dan kompleks
ini. Memandangkan keperluan pendidikan untuk menyokong usaha-usaha kerajaan, maka
profesion keguruan diharapakan dapat membuat anjakan paradigma kepada budaya yang
berasaskan ilmu dan pemikiran (Rohani Abdul Hamid, 1998)




                                                                                 21
KESIMPULAN

Kami menegaskan guru yang mempunyai pengetahuan dengan kursus perguruan adalah
lebih baik daripada guru yang hanya mempunyai pengetahuan sahaja tanpa adanya
latihan. Melalui latihan yang diterima ini dapat menjadikan mereka guru yang berkualiti
dalam pengajaran bagi melahirkan pelajar yang cemerlang. Kursus-kursus pendidikan
yang dihadiri penting bagi seseorang guru untuk mempertingkatkan keupayaan dan
prestasi dalam profesion pendidikan yang kian mencabar dan kompleks ini.

       Sistem pendidikan di negara ini akan sentiasa bergerak maju ke hadapan.
Perubahan yang dilakukan dalam kurikulum pendidikan adalah untuk memenuhi
kehendak negara merealisasikan sebuah negara maju pada masa hadapan. Setiap
perubahan-perubahan dalam kurikulum pendidikan yang diperkenalkan menjadi satu
bentuk cabaran dalam profesion keguruan. Oleh itu adalah mustahak bagi individu yang
berkecimpung dalam bidang ini sentiasa berusaha mempertingkatkan kecekapan,
kebolehan prestasi dari semasa ke semasa. Jika hal ini wujud, barulah tuntutan-tuntutan
dalam perubahan kurikulum itu dapat ditangani.

       Namun kini sejauh mana kita mengiktiraf dan memartabatkan perguruan sebagai
satu profesion adalah bergantung kepada anggapan masyarakat, ini kerana masih ada lagi


                                                                                    22
yang menganggap profesion perguruan sebagai kelas kedua. Adakah peranan guru
semakin hilang taringnya kerana masyarakat telah mengalih pandangan kepada kerjaya
yang diiktiraf sebagai professional oleh pihak kerajaan seperti doktor, peguam dan
arkitek.

       Menurut Dr. Muhamad Hasan Abdul Rahman iaitu Timbalan Dekan Pelajar dan
Pembangunan, Fakulti Pengajian Pendidikan Universiti Putra Malaysia (UPM) beliau
menegaskan dalam usaha untuk memartabatkan profesion perguruan selain daripada
peranan pihak Kementerian Pendidikan, Persatuan Perguruan dan masyarakat, para guru
sebenarnya mempunyai tanggungjawab yang besar dalam meningkatkan aspek
keprofesionalannya dengan melengkapkan diri dengan pelbagai jenis ilmu dan kemahiran
yang tinggi.




                                                                                 23

More Related Content

What's hot

peranan guru pendidikan islam sebagai pembimbing di sekolah Bab 1 5 assignment
peranan guru pendidikan islam sebagai pembimbing di sekolah Bab 1 5 assignmentperanan guru pendidikan islam sebagai pembimbing di sekolah Bab 1 5 assignment
peranan guru pendidikan islam sebagai pembimbing di sekolah Bab 1 5 assignmentNorzamzila Baba
 
Esei: Peranan Guru Merealisasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) di Sek...
Esei: Peranan Guru Merealisasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) di Sek...Esei: Peranan Guru Merealisasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) di Sek...
Esei: Peranan Guru Merealisasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) di Sek...Atifah Ruzana Abd Wahab
 
7. Cabaran Profesion Keguruan
7. Cabaran Profesion Keguruan7. Cabaran Profesion Keguruan
7. Cabaran Profesion KeguruanArthur Jupong
 
Peranan guru pendidikan moral
Peranan guru pendidikan moralPeranan guru pendidikan moral
Peranan guru pendidikan moralNorazah Mohamad
 
47283032 nilai-nilai-murni-dalam-pendidikan
47283032 nilai-nilai-murni-dalam-pendidikan47283032 nilai-nilai-murni-dalam-pendidikan
47283032 nilai-nilai-murni-dalam-pendidikanJalalludin Ibrahim
 
peranan guru pendidikan islam
peranan guru pendidikan islam  peranan guru pendidikan islam
peranan guru pendidikan islam Mohd Kamal Jusoh
 
Falsafah pendidikan guru
Falsafah pendidikan guruFalsafah pendidikan guru
Falsafah pendidikan guruRENU PRIYA
 
Tugasan 3083 noraini mat noor baiki
Tugasan 3083 noraini mat noor baikiTugasan 3083 noraini mat noor baiki
Tugasan 3083 noraini mat noor baikimuhammad
 
Kod etika profesion keguruan
Kod etika profesion keguruanKod etika profesion keguruan
Kod etika profesion keguruanIzzat Najmi
 
Guru masa kini merealisasikan aspirasi negara
Guru masa kini merealisasikan aspirasi negaraGuru masa kini merealisasikan aspirasi negara
Guru masa kini merealisasikan aspirasi negaramohdsanusisidik
 
Guru memainkan peranan yang penting dalam pembangunan negara
Guru memainkan peranan yang penting dalam pembangunan negaraGuru memainkan peranan yang penting dalam pembangunan negara
Guru memainkan peranan yang penting dalam pembangunan negaraCeedrah Mohammad
 
tugasan 3038 Ust zaleha
tugasan 3038 Ust zalehatugasan 3038 Ust zaleha
tugasan 3038 Ust zalehamuhammad
 
Peranan Sekolah dan Guru dalam Pembangunan Nilai Pelajar Menerusi Penerapan N...
Peranan Sekolah dan Guru dalam Pembangunan Nilai Pelajar Menerusi Penerapan N...Peranan Sekolah dan Guru dalam Pembangunan Nilai Pelajar Menerusi Penerapan N...
Peranan Sekolah dan Guru dalam Pembangunan Nilai Pelajar Menerusi Penerapan N...Kharrenyanyan1605
 
Peranan dan tanggungjawab guru dalam membina negara bangsa berlandaskan etika...
Peranan dan tanggungjawab guru dalam membina negara bangsa berlandaskan etika...Peranan dan tanggungjawab guru dalam membina negara bangsa berlandaskan etika...
Peranan dan tanggungjawab guru dalam membina negara bangsa berlandaskan etika...محمد أشرف زين الدين
 
Guru berjiwa pendidik
Guru berjiwa pendidikGuru berjiwa pendidik
Guru berjiwa pendidikROYALBERTM
 
Peranan guru pendidikan moral dalam menjayakan kod etika
Peranan guru pendidikan moral dalam menjayakan kod etikaPeranan guru pendidikan moral dalam menjayakan kod etika
Peranan guru pendidikan moral dalam menjayakan kod etikayusnithamerang
 

What's hot (19)

peranan guru pendidikan islam sebagai pembimbing di sekolah Bab 1 5 assignment
peranan guru pendidikan islam sebagai pembimbing di sekolah Bab 1 5 assignmentperanan guru pendidikan islam sebagai pembimbing di sekolah Bab 1 5 assignment
peranan guru pendidikan islam sebagai pembimbing di sekolah Bab 1 5 assignment
 
Esei: Peranan Guru Merealisasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) di Sek...
Esei: Peranan Guru Merealisasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) di Sek...Esei: Peranan Guru Merealisasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) di Sek...
Esei: Peranan Guru Merealisasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) di Sek...
 
7. Cabaran Profesion Keguruan
7. Cabaran Profesion Keguruan7. Cabaran Profesion Keguruan
7. Cabaran Profesion Keguruan
 
Peranan guru pendidikan moral
Peranan guru pendidikan moralPeranan guru pendidikan moral
Peranan guru pendidikan moral
 
Standard Guru Malaysia
Standard Guru MalaysiaStandard Guru Malaysia
Standard Guru Malaysia
 
47283032 nilai-nilai-murni-dalam-pendidikan
47283032 nilai-nilai-murni-dalam-pendidikan47283032 nilai-nilai-murni-dalam-pendidikan
47283032 nilai-nilai-murni-dalam-pendidikan
 
peranan guru pendidikan islam
peranan guru pendidikan islam  peranan guru pendidikan islam
peranan guru pendidikan islam
 
Falsafah pendidikan guru
Falsafah pendidikan guruFalsafah pendidikan guru
Falsafah pendidikan guru
 
Tugasan 3083 noraini mat noor baiki
Tugasan 3083 noraini mat noor baikiTugasan 3083 noraini mat noor baiki
Tugasan 3083 noraini mat noor baiki
 
Kod etika profesion keguruan
Kod etika profesion keguruanKod etika profesion keguruan
Kod etika profesion keguruan
 
Guru masa kini merealisasikan aspirasi negara
Guru masa kini merealisasikan aspirasi negaraGuru masa kini merealisasikan aspirasi negara
Guru masa kini merealisasikan aspirasi negara
 
Asigmen
AsigmenAsigmen
Asigmen
 
Guru memainkan peranan yang penting dalam pembangunan negara
Guru memainkan peranan yang penting dalam pembangunan negaraGuru memainkan peranan yang penting dalam pembangunan negara
Guru memainkan peranan yang penting dalam pembangunan negara
 
tugasan 3038 Ust zaleha
tugasan 3038 Ust zalehatugasan 3038 Ust zaleha
tugasan 3038 Ust zaleha
 
Peranan Sekolah dan Guru dalam Pembangunan Nilai Pelajar Menerusi Penerapan N...
Peranan Sekolah dan Guru dalam Pembangunan Nilai Pelajar Menerusi Penerapan N...Peranan Sekolah dan Guru dalam Pembangunan Nilai Pelajar Menerusi Penerapan N...
Peranan Sekolah dan Guru dalam Pembangunan Nilai Pelajar Menerusi Penerapan N...
 
Peranan dan tanggungjawab guru dalam membina negara bangsa berlandaskan etika...
Peranan dan tanggungjawab guru dalam membina negara bangsa berlandaskan etika...Peranan dan tanggungjawab guru dalam membina negara bangsa berlandaskan etika...
Peranan dan tanggungjawab guru dalam membina negara bangsa berlandaskan etika...
 
Guru berjiwa pendidik
Guru berjiwa pendidikGuru berjiwa pendidik
Guru berjiwa pendidik
 
Peranan guru pendidikan moral dalam menjayakan kod etika
Peranan guru pendidikan moral dalam menjayakan kod etikaPeranan guru pendidikan moral dalam menjayakan kod etika
Peranan guru pendidikan moral dalam menjayakan kod etika
 
Etika Guru
Etika GuruEtika Guru
Etika Guru
 

Similar to GURU BERWAWASAN

LMCP1112 Falsafah Pendidikan Islam Projek Akhir.pptx
LMCP1112 Falsafah Pendidikan Islam Projek Akhir.pptxLMCP1112 Falsafah Pendidikan Islam Projek Akhir.pptx
LMCP1112 Falsafah Pendidikan Islam Projek Akhir.pptxAjleeyaAzman
 
Kurikulum Agung Suryadi
Kurikulum Agung SuryadiKurikulum Agung Suryadi
Kurikulum Agung Suryadi200810
 
Kurikulum Agung Suryadi
Kurikulum  Agung  SuryadiKurikulum  Agung  Suryadi
Kurikulum Agung Suryadi200912
 
Kurikulum Agung Suryadi
Kurikulum Agung SuryadiKurikulum Agung Suryadi
Kurikulum Agung Suryadi200912
 
Kurikulum Agung Suryadi
Kurikulum Agung SuryadiKurikulum Agung Suryadi
Kurikulum Agung Suryadi200810
 
Profesion Keguruan
Profesion Keguruan Profesion Keguruan
Profesion Keguruan muhammad
 
Membentuk guru unggul
Membentuk guru unggulMembentuk guru unggul
Membentuk guru unggulSerene Chua
 
Pembahasan Profesi Pendidikan
Pembahasan Profesi PendidikanPembahasan Profesi Pendidikan
Pembahasan Profesi PendidikanRiris Purbosari
 
peranan sekolah bagi fpk
peranan sekolah bagi fpkperanan sekolah bagi fpk
peranan sekolah bagi fpkMusaDiq YaaCob
 
Makalah menjadi seorang guru yang ideal dan inovatif
Makalah menjadi seorang guru yang ideal dan inovatifMakalah menjadi seorang guru yang ideal dan inovatif
Makalah menjadi seorang guru yang ideal dan inovatifM Haris Wijaya
 
1 aspirasi 1 agenda
1 aspirasi 1 agenda1 aspirasi 1 agenda
1 aspirasi 1 agendaAbdullah Lah
 
Contoh esei1 permohonan gc
Contoh esei1 permohonan gcContoh esei1 permohonan gc
Contoh esei1 permohonan gcNorazliah Ani
 
Peningkatan Kualitas Guru Untuk Mencetak Peserta Didik Berkualitas Demi Penca...
Peningkatan Kualitas Guru Untuk Mencetak Peserta Didik Berkualitas Demi Penca...Peningkatan Kualitas Guru Untuk Mencetak Peserta Didik Berkualitas Demi Penca...
Peningkatan Kualitas Guru Untuk Mencetak Peserta Didik Berkualitas Demi Penca...Pipit Wijaya
 
Profesion perguruan dari perspektif islam
Profesion perguruan dari perspektif islamProfesion perguruan dari perspektif islam
Profesion perguruan dari perspektif islamNoor Aini Samsusah
 

Similar to GURU BERWAWASAN (20)

Soalan 1
Soalan 1Soalan 1
Soalan 1
 
LMCP1112 Falsafah Pendidikan Islam Projek Akhir.pptx
LMCP1112 Falsafah Pendidikan Islam Projek Akhir.pptxLMCP1112 Falsafah Pendidikan Islam Projek Akhir.pptx
LMCP1112 Falsafah Pendidikan Islam Projek Akhir.pptx
 
Kurikulum Agung Suryadi
Kurikulum Agung SuryadiKurikulum Agung Suryadi
Kurikulum Agung Suryadi
 
Kurikulum Agung Suryadi
Kurikulum  Agung  SuryadiKurikulum  Agung  Suryadi
Kurikulum Agung Suryadi
 
Kurikulum Agung Suryadi
Kurikulum Agung SuryadiKurikulum Agung Suryadi
Kurikulum Agung Suryadi
 
Kurikulum Agung Suryadi
Kurikulum Agung SuryadiKurikulum Agung Suryadi
Kurikulum Agung Suryadi
 
Profesion Keguruan
Profesion Keguruan Profesion Keguruan
Profesion Keguruan
 
Membentuk guru unggul
Membentuk guru unggulMembentuk guru unggul
Membentuk guru unggul
 
Pembahasan Profesi Pendidikan
Pembahasan Profesi PendidikanPembahasan Profesi Pendidikan
Pembahasan Profesi Pendidikan
 
peranan sekolah bagi fpk
peranan sekolah bagi fpkperanan sekolah bagi fpk
peranan sekolah bagi fpk
 
Makalah menjadi seorang guru yang ideal dan inovatif
Makalah menjadi seorang guru yang ideal dan inovatifMakalah menjadi seorang guru yang ideal dan inovatif
Makalah menjadi seorang guru yang ideal dan inovatif
 
Makalah Paedagogik
Makalah PaedagogikMakalah Paedagogik
Makalah Paedagogik
 
1 aspirasi 1 agenda
1 aspirasi 1 agenda1 aspirasi 1 agenda
1 aspirasi 1 agenda
 
Contoh esei1 permohonan gc
Contoh esei1 permohonan gcContoh esei1 permohonan gc
Contoh esei1 permohonan gc
 
Peningkatan Kualitas Guru Untuk Mencetak Peserta Didik Berkualitas Demi Penca...
Peningkatan Kualitas Guru Untuk Mencetak Peserta Didik Berkualitas Demi Penca...Peningkatan Kualitas Guru Untuk Mencetak Peserta Didik Berkualitas Demi Penca...
Peningkatan Kualitas Guru Untuk Mencetak Peserta Didik Berkualitas Demi Penca...
 
Pendidik dan peserta didik
Pendidik dan peserta didikPendidik dan peserta didik
Pendidik dan peserta didik
 
Tugasan KPF Esei Ilmiah
Tugasan KPF Esei IlmiahTugasan KPF Esei Ilmiah
Tugasan KPF Esei Ilmiah
 
Falsafah pendidikan guru
Falsafah pendidikan guruFalsafah pendidikan guru
Falsafah pendidikan guru
 
Profesion perguruan dari perspektif islam
Profesion perguruan dari perspektif islamProfesion perguruan dari perspektif islam
Profesion perguruan dari perspektif islam
 
penghantar pendidikan
penghantar pendidikanpenghantar pendidikan
penghantar pendidikan
 

GURU BERWAWASAN

  • 1. PENGENALAN Sesungguhnya para pendidik hari ini telah memainkan peranan penting di dalam merealisasikan aspirasi negara dalam mewujudkan perpaduan kaum. Pendidik pada hari ini telah membuktikan bahawa mereka telah mengimbangkan kewujudan integrasi nasional yang menjamin keamanan dan kesejahteraan negara. Guru merupakan ejen kepada keberkesanan pendidikan. Mereka bukan sahaja berfungsi untuk memberi kesedaran pada diri sendiri malahan juga kepada masyarakat. Perpaduan kaum juga dapat dicapai sekiranya guru menerapkan nilai-nilai murni seperti saling menghormati antara satu sama lain tidak mengira bangsa dan juga agama. Sejarah tidak pernah menipu manusia dan sejarah telah membuktikan betapa golongan pendidik memainkan peranan yang penting dalam menentukan jatuh bangunnya sesebuah bangsa dan negara. Masyarakat ketika itu menjadikan guru sebagai idola dan pakar rujuk dalam segala hal. Kalau dulu guru terpaksa berhadapan dengan pihak penjajah secara terang-terangan, kini jajahannya diterjemahkan dalam bentuk yang lain pula iaitu lebih mencabar lagi kerana melibatkan jajahan pemikiran, budaya dan jati diri yang perlu dihadapi secara profesional dan kreatif. Kedudukan perguruan sebagai satu profesion di dalam Dasar Pelajaran Kebangsaan turut juga dipenuhi dengan cabaran- cabaran yang mesti dihadapi oleh seseorang guru. Profesion perguruan adalah satu profesion mulia yang mencurahkan ilmu pengetahuan dan mendidik pelajar sehingga mereka berjaya ke peringkat pengajian tinggi dan akhirnya menjadi insan yang berguna kepada bangsa, negara dan agama.Tanpa guru yang mendidik di peringkat sekolah, pastinya tidak akan lahir golongan profesional seperti doktor perubatan, doktor pergigian, jurutera, arkitek, saintis, juru ukur dan sebagainya. 1
  • 2. DEFINISI Definisi Guru Menurut Kamus Dewan, guru bermaksud pengajar, pendidik atau pengasuh. Seorang guru ialah seorang pembimbing dalam proses pembelajaran. Antara fungsi dan peranan guru ialah guru sebagai pendidik dan pengajar, harus memiliki kestabilan emosi, ingin memajukan murid, bersikap realistik, bersikap jujur dan terbuka, peka terhadap perkembangan, terutamanya dalam inovasi pendidikan. Maka guru harus memiliki dan menguasai berbagai jenis bahan pelajaran, menguasai teori dan praktikal pendidikan, menguasai kurikulum dan metodologi pengajaran. Guru juga sebagai anggota masyarakat, harus pandai bergaul dengan masyarakat. Untuk itu, guru harus menguasai psikologi sosial, memiliki pengetahuan tentang hubungan antara manusia dan sebagai anggota masyarakat, guru mempunyai keterampilan membina kelompok, berkerjasama dalam kelompok untuk menyelesaikan sesuatu masalah. Berdasarkan temubual dengan penolong kanan sebuah sekolah menengah kebangsaan menyatakan, guru dan murid juga memainkan peranan penting dalam hal menjadikan ‘Sekolah Sebagai Asas Penyelesaian Masalah’. Di mana guru-guru di sekolah mereka telah mengamalkan strategi pengajaran dan pembelajaran dengan cara kajian tindakan yang berteraskan budaya kerja sekolah. Beliau telah menyenaraikan antara faedah-faedah yang boleh didapati oleh guru- guru dan murid melalui kajian tindakan iaitu mendapat sumber maklumat penting untuk memahami amalan pengajaran guru, amalan pembelajaran murid, keadaan murid, suasana pembelajaran dalam bilik darjah dan sebagainya. Guru dapat merancang huraian mata pelajaran dengan lebih berkesan. Guru dapat juga mempelbagaikan kaedah pengajaran dan pembelajaran supaya mencapai objektif pengajaran mereka. 2
  • 3. Definisi Profesion Profesion ialah pekerjaan terutamanya yang memerlukan pelajaran yang tinggi dan latihan yang khas misalnya dalam bidang pendidikan, undang-undang, senibina, perubatan, perakaunan dan lain-lain. Profesion juga boleh diertikan dengan sesuatu yang mempunyai badan yang menjaga kualiti sesuatu kerjaya tersebut dengan piawaian yang ditetapkan. Seseorang yang memiliki jiwa profesionalisme sentiasa mendorong dirinya untuk mewujudkan kerja-kerja yang profesional. Kualiti profesionalisme di dokong oleh ciri-ciri sebagai berikut: 1) Keinginan untuk selalu menampilkan perilaku yang mendekati piawai ideal. Seseorang yang memiliki profesionalisme tinggi akan selalu berusaha mewujudkan dirinya sesuai dengan piawai yang telah ditetapkan. Ia akan mengidentifikasi dirinya kepada seseorang yang dipandang memiliki piawaian tersebut. Yang dimaksudkan dengan “piawai ideal” ialah suatu peringkat perilaku yang dipandang paling sempurna dan dijadikan sebagai rujukan. 2) Meningkatkan dan memelihara imej profesion Profesionalisme yang tinggi ditunjukkan oleh besarnya keinginan untuk selalu meningkatkan dan memelihara imej profesion melalui perwujudan perilaku profesional. Perwujudannya dilakukan melalui pelbagai cara misalnya penampilan, cara percakapan, penggunaan bahasa, sikap tubuh badan, sikap kehidupan seharian, hubungan dengan individu lainnya. 3) Keinginan untuk sentiasa mengejar kesempatan perkembangan profesional yang dapat meningkatkan dan meperbaiki kualiti pengetahuan dan keterampilannya. 4) Mengejar kualiti dan cita-cita dalam profesion Profesionalisme ditandai dengan kualiti darjat rasa bangga akan profesion yang dipegangnya. Dalam hal ini diharapkan agar seseorang itu memiliki rasa bangga dan percaya diri akan profesionnya. 3
  • 4. Falsafah Profesion Keguruan Profesion keguruan merupakan perkhidmatan yang mempunyai tanggungjawab yang amat penting kepada pembangunan individu, masyarakat dan negara. Walaupun tidak ada suatu falsafah profesion keguruan yang jelas di negara ini, namun profesion ini adalah satu profesion yang murni, unggul dan dipandang mulia oleh masyarakat. Falsafah yang mencorakkan profesion keguruan ialah memberi perkhidmatan untuk mendidik, melatih, membimbing dan membantu individu membangunkan potensi mereka melalui kualiti pendidikan yang unggul. Falsafah profesionalisme yang mendasari perkhidmatan dan perjuangan guru, antaranya yang penting ialah falsafah idealisme, pragmatisme, progresivisme. Ini membentuk guru sentisa berfikiran positif, tabah, cekal, dedikasi, semangat berkorban yang tinggi, berhemah, bertanggungjawab, berpandangan jauh, rasional, dan dinamik. Berdasarkan falsafah untuk mendidik, guru bertanggungjawab memberikan ilmu pengetahuan dan membimbing pelajarnya ke arah kejayaaan dan kesempurnaan. Guru juga menyemai semangat dan mendorong pelajar untuk mencapai cita-cita mereka. Guru ialah pemimpin yang ideal dari segi watak, peranan, sumbangan, imej dan statusnya sebagai pendidik. Idealisme Pendidikan Falsafah profesion keguruan berbeza dengan pofesion lain kerana kekuatan idealisme pedidikan yang membentuk guru-guru sebagai pemimpin masyarakat dan pemimpin masa depan generasi muda. Guru tidak mengejar kedudukan, pangkat, kuasa, pengaruh politik, kekayaan dan status sosial, sebaliknya merupakan pejuang dan reformis sosial yang penting dalam masyarakat yang membangun. Walaupun profesion ini dikongkong kuat oleh pengaruh politik dan birokrasi, namun idealisme keguruan yang menampilkan watak dan personaliti pendidik yang berpengaruh dalam masyrakat demi mencorakkan masa depan generasi muda menjadikan idealisme profesion ini begitu unggul dan disanjung oleh masyarakat. 4
  • 5. Ramai pemimpin yang berjaya hari ini dididik oleh golongan guru yang berpengaruh dan berwibawa. Hampir setiap kanak-kanak dan golongan muda pada suatu masa dahulu mendapat pendidikan melalui sekolah yang dipimpin oleh guru-guru yang mempunyai idealisme yang tinggi. Idealisme sebagai pendidik membolehkan guru menjadi pemimpin inspirasi dan pemimpin ‘instrumental’ yang penting kepada perkembangan dan pembangunan personaliti generasi muda. Guru yang mempunyai idealisme yang tinggi adalah guru yang berjasa kepada nurid-muridnya kerana kekuatannya membangunkan insan yang berpendidikan dan berpengetahuan tinggi. Idealisme pendidikan mendorong guru-guru melaksanakan tugas mereka dengan lebih dedikasi dan produktif. Dunia pendidikan merupakan dunia yang mencorakkan manusia dan kemanusian, dunia yang menghapuskan kejahilan dan membina kekuatan individu, dunia yang memperkenalkan seseorang kanak-kanak dan golongan remaja tentang idealisme kehidupan. Pendek kata, dunia yang membangunkan insan yang berperanan untuk mengubah masa depan dan membentuk manusia berjasa dan bercita- cita tinggi untuk memimpin bangsa dan masyarakat serta negara mereka. Tanpa pendidikan manusia menjadi jahil dan tidak dapat membangunkan diri mereka sendiri untuk mencapai kemajuan, perubahan dan keterampilan diri. 5
  • 6. PENDIRIAN Kami memilih guru yang mempunyai pengetahuan matematik dengan kursus perguruan adalah lebih baik daripada guru yang hanya mempunyai pengetahuan matematik yang mendalam sahaja. Institut Pengajian - Institut Pendidikan Guru (IPG) Institut Pendidikan Guru merupakan sebuah institusi pengajian tinggi yang melatih bakal-bakal guru sekolah rendah dan menengah. Di Malaysia, semua Institut Pendidikan Guru (IPG) ini dikelolakan oleh Institut Pendidikan Guru Kementerian Pelajaran Malaysia (IPG KPM) yang bertempat di Cyberjaya. Namun demikian, institusi ini masih menggunakan nama Institut Pendidikan Guru (IPG) dan bakal mempunyai IPG induknya tersendiri seperti UiTM. Visi IPG ialah Peneraju Kecemerlangan Pendidikan Guru dan misinya adalah untuk melahirkan guru yang kompeten dan berjiwa pendidik melalui program pembangunan guru yang dinamik ke arah pendidikan sekolah bertaraf dunia. IPG mempunyai 28 kampus cawangan dan sebuah English Language Teaching Centre. Boleh dikatakan IPG mempunyai cawangan di semua negeri di Malaysia. Kampus-kampus tersebut adalah: a) Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu b) Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Antarabangsa c) Institut Pendidikan Guru Kampus Batu Lintang d) Institut Pendidikan Guru Kampus Darulaman e) Institut Pendidikan Guru Kampus Dato' Razali Ismail f) Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya g) Institut Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas h) Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh i) Institut Pendidikan Guru Kampus Keningau 6
  • 7. j) Institut Pendidikan Guru Kampus Kent k) Institut Pendidikan Guru Kampus Kota Bharu l) Institut Pendidikan Guru Kampus Perempuan Melayu m) Institut Pendidikan Guru Kampus Perlis n) Institut Pendidikan Guru Kampus Persekutuan Pulau Pinang o) Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Islam p) Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Teknik q) Institut Pendidikan Guru Kampus Rajang r) Institut Pendidikan Guru Kampus Raja Melewar s) Institut Pendidikan Guru Kampus Sarawak, Miri t) Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Abdul Halim u) Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Mizan v) Institut Pendidikan Guru Kampus Tawau w) Institut Pendidikan Guru Kampus Temenggong Ibrahim x) Institut Pendidikan Guru Kampus Tengku Ampuan Afzan y) Institut Pendidikan Guru Kampus Tuanku Bainun z) Institut Pendidikan Guru Kampus Tun Hussien Onn - IPTA (Institut Pengajian Tinggi Awam) Institut Pengajian Tinggi Awam ialah universiti yang banyak dibiayai secara awam melalui kerajaan negara ataupun setempat. Antara IPTA yang menawarkan ijazah pendidikan ialah: a) Universiti Pendidikan Sultan Idris, UPSI b) Universiti Kebangsaan Malaysia, UKM c) Universiti Utara Malaysia, UUM d) Universiti Teknologi Mara, UiTM e) Universiti Malaya, UM f) Universiti Sains Malaysia, USM 7
  • 8. g) Universiti Teknologi Malaysia, UTM h) Universiti Malaysia Sabah, UMS i) Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, UIAM - KOPEDA (Kolej Pendidikan Perdana) KOPEDA telah ditubuhkan pada awal 1994 setelah mendapat kelulusan daripada Kementerian Pendidikan. KOPEDA merupakan sebuah institusi pendidikan swasta perintis yang telah berjaya mendapat kelulusan daripada Kementerian untuk mengendalikan program-program latihan guru. Penubuhan KOPEDA adalah bertujuan mengisi kekosongan yang wujud bagi latihan guru-guru di luar bidang kuasa Kementerian Pelajaran, sama ada di sektor swasta, badan berkanun atau pun institusi-institusi milik Kerajaan Negeri dan juga Agensi-Agensi tertentu Kerajaan Pusat. Dalam latihan tersebut matlamat dan fokusnya adalah penghasilan guru-guru terlatih yang mantap, berwibawa serta bersedia menghadapi cabaran-cabaran pada masa kini. Pada tahun awalan penubuhannya (1994-2003) program-program yang dikendalikan adalah dengan kerjasama Bahagian Pendidikan Guru, Kementerian Pelajaran, dan secara berkembar dengan IPTA. Program-program ini adalah seperti berikut: • Kursus Perguruan Asas (KPA) • Kursus Diploma Perguruan Malaysia (KDPM) • Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI) • Kursus Bacelor Pendidikan (B. Ed.) Di samping itu, KOPEDA dengan usaha sama Kementerian Pendidikan Malaysia, telah menjalankan program Kursus Pendidikan Lepasan Ijazah (kursus dalam cuti) (KPLI-KDC) yang mana tujuannya adalah mendedahkan dan menghasilkan 8
  • 9. tenaga pengajar dari golongan pemegang ijazah yang memiliki minat dan keazaman untuk menjadi seorang pendidik. Kerangka Kursus Pengajian ISMP A) Kursus Universiti KOD KREDIT KURSUS ULP1013 3 Pembangunan Sahsiah ULP1023 3 Kenegaraan UBI1032 2 English For Communication 1 UBI1042 2 English For Communication 2 UBM1032 2 Wacana Akademik Bahasa Melayu Wajib 6 Kokurikulum Wajib 2 Pengayaan Diri B) Kursus Profesional Pendidikan KOD KREDIT KURSUS Perkembangan Pendidikan Di Malaysia: EDU3012 2 Falsafah dan Dasar EDU3024 4 Pengurusan Pembelajaran EDU3034 6 Pengajaran, Teknologi dan Penaksiran 1 EDU3046 6 Pengajaran, Teknologi dan Penaksiran 2 EDU3056 2 Seminar Refleksi Latihan Mengajar 9
  • 10. EDU3062 4 Pembelajaran dan Perkembangan Pelajar Kursus profesional pendidikan merupakan kursus yang membezakan ijazah sarjana muda pendidikan dengan ijazah sarjana muda, kursus-kursus ini dapat melatih bakal guru supaya bersedia untuk menjadi guru yang sebenar dengan pelbagai pendedahan yang diberikan. a) Falsafah dan dasar Falsafah Pendidikan Kebangsaan: Pendidikan di Malaysia ialah satu usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan kepada Tuhan. Kursus ini membincangkan secara kritis tentang falsafah dan pendidikan dengan menganalisisnya dalam konteks perkembangan pendidikan di Malaysia. Kursus ini juga meninjau dam membincangkan perkembangan pendidikan negara sebagai satu kesinambungan dan keunggulan yang berterusan dengan berlandaskan interaksi dan pemikiran yang telah berlaku dalam proses pembangunan negara. Falsafah, dasar-dasar, kurikulum dan peraturan dalam pendidikan juga diberi penekanan bagi membolehkan bakal guru memperolehi penegtahuan dan kemahiran serta pemupukan sikap dalam melaksanakan tanggungjawab secara berkesan dalam batasan profesion perguruan. Kursus ini juga akan mendedahkan bakal guru tentang matlamat pendidikan negara yang bertujuan untuk melahirkan rakyat Malaysia yang sempurna dan memiliki serta menghayati ciri-ciri berikut: • Percaya dan patuh kepada Tuhan 10
  • 11. Berilmu pengetahuan dan Berakhlak mulia • Bertanggungjawab kepada diri, masyarakat, agama dan negara • Memiliki sahsiah yang seimbang dan sepadu • Memupuk perpaduan di kalangan rakyat berbilang kaum. b) Pengurusan Pembelajaran Kursus ini membincangkan peranan guru sebagai pengurus pembelajaran dalam konteks pelbagai persekitaran pembelajaran. Bakal guru akan diperkenalkan kepada pelbagai aspek pengurusan pembelajaran termasuk organisasi, kepimpinan, tingkah laku, sumber, teknologi, budaya dan keupayaan. Kursus ini akan menyediakan guru-guru pelatih kepada pengalaman sebenar di sekolah yang akhirnya membolehkan mereka beraksi dalam semua situasi pembelajaran. c) Pembelajaran dan Perkembangan Pelajar Remaja merupakan tempoh individu mengalami perubahan yang pesat dalam pelbagai aspek terutama fizikal, sosial, emosi dan pemikiran. Guru-guru di sekolah harus memahami perkembangan pelajar dalam mewujudkan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Golongan remaja dikatakan mengalami krisis identiti dan perkembangan mereka harus difahami oleh ibu bapa, guru dan masyarakat. Pihak kementerian juga harus menilai semula kesesuaian kurikulum yang harus disediakan untuk mereka yang dikatakan peringkat awal remaja dan akhir remaja. Maka melalui kursus ini akan memberi pendedahan kepada bakal guru tentang 11
  • 12. aspek pembelajaran dan perkembangan remaja berlatar belakangkan pendidikan yang meliputi diri pelajar, proses pembelajaran dan kepelbagaian pelajar. Selain itu, aspek pengalaman pembelajaran yang berasaskan minda, budaya, bahasa, keupayaan diri, personaliti, sosial, persekitaran, emosi dan fizikal juga diketengahkan. d) Pengajaran, Teknologi dan Penaksiran Kurus ini melatih bakal guru untuk membina kemahiran merancang pengajaran dalam 5 aspek utama iaitu: • Pernyataan objektif pengajaran dan pembelajaran • Memilih dan menyusun kandungan dan bahan pengajaran • Memilih dan mengguna pendekatan, kaedah dan teknik pengajaran yang sesuai mengikut topik pengajaran • Memilih dan mengguna alat yang sesuai termasuk alat multimedia dalam proses pengajaran dan pembelajaran • Memilih, mengguna alat dan kaedah penilaian yang sesuai untuk menaksir dan menilai hasil pembelajaran. Bakal guru akan mendapat kemahiran menyediakan set rancangan pelajaran dalam sesuatu topik dalam mata pelajaran pengkhususan mereka. Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI) Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI) adalah sebuah program latihan perguruan yang dianjurkan oleh Bahagian Pendidikan Guru (BPG) Kementerian Pendidikan di maktab- maktab perguruan. Mulai daripada tahun 1994, Kementerian Pendidikan telah memberi kebenaran kepada KOLEJ PENDIDIKAN PERDANA (KOPEDA) untuk melaksanakan 12
  • 13. program ini secara bekerjasama dengan agensinya iaitu BPG. Kerjasama yang diberikan adalah dalam bentuk: a) mengguna sama kurikulum BPG. b) mengambil peperiksaan yang sama yang dianjurkan oleh BPG di maktab-maktab perguruan. c) menerima Diploma KPLI yang sama yang dianugerahkan oleh BPG kepada pelajar maktab perguruan. Kurikulum Komponen dan mata pelajaran kurikulum KPLI adalah seperti berikut: Bil Komponen Kredit Mata Pelajaran 1 Dinamika Guru 9 1.1 Kemahiran Belajar Secara Kiritis dan Kreatif. 1.2 Teknologi Maklumat 1.3 Pendidikan Islam & Tamadun Islam atau Pendidikan Moral & Tamadun Islam 1.4 Pendidikan Alam Sekitar 1.5 Kemahiran Komunikasi Sosial – Bahasa Melayu Kini 2 Pendidikan 13 Mata Pelajaran Berkaitan Pengkhususan (Elektif Pengkhususan 22 1) Mata Pelajaran Berkaitan Pengkhususan (Elektif 2) 3 Elektif 3 Mata Pelajaran Sekolah (mengikut pilihan 13
  • 14. pengajian pengkhususan) 4 Gerakerja 3 Pengurus Ko-Kurikulum Unit Beruniform dan Ko-Kurikulum Sukan (GERKO) 5 Praktikum 7 Latihan Mengajar di Sekolah Pengkhususan dan Bahasa Pengantar KOPEDA menawarkan pilihan pengkhususan mata pelajaran seperti berikut: a) Pengajian Melayu b) Pengajian Inggeris c) Pengajian Agama Islam d) Pengajian Matematik Pengajian pengkhususan mata pelajaran lain boleh dipertimbangkan sekiranya permohonan yang diterima mengcukupi. Bahasa pengantar kuliah ialah Bahasa Malaysia. Tempoh dan Tarikh Kursus Tempoh kursus ialah 2 tahun yang dilaksanakan secara berperingkat mengikut cuti sekolah iaitu: Peringkat Cuti Sekolah Perkara (Pengisian) Tempoh (Bil minggu) 1 Mei – Jun 2001 Kuliah 1 2 Sep 2001 Kuliah 1 3 Nov – Dis 2001 Kuliah 5 4 Feb 2002 Kuliah 1 5 Mei 2002 Kuliah 1 6 Sept 2002 Kuliah 1 7 Nov – Dis 2002 Kuliah 5 8 Feb 2002 Kuliah 1 9 Feb 2003 Kuliah 1 10 Apr – Mei 2003 Peperiksaan Akhir 1 Jumlah Bilangan Minggu Sepanjang Kursus 17 14
  • 15. Tempat Kursus Kursus ini dijalankan di 3 pusat kursus iaitu: a) KOPEDA - Shah Alam, Selangor b) Maktab Perguruan Gaya - Kota Kinabalu, Sabah c) Maktab Perguruan Batu Lintang - Kuching Sarawak HUJAH - KEPENTINGAN KURSUS PERGURUAN Rancangan Orientasi Sekolah (ROS) Rancangan Orientasi Sekolah (ROS) merupakan satu pendedahan pengajaran dan pembelajaran sebenar yang diadakan di sekolah untuk guru-guru pelatih. Antara rasional ROS dilaksanakan adalah guru pelatih akan dapat memerhati secara langsung perkara berkaitan dengan organisasi dan pentadbiran sekolah (Abdul Raof Dalip, 1991). Dalam ROS peranan utama guru pelatih ialah memerhatikan apa yang berlaku di dalam dan diluar bilik darjah. Seseorang guru pelatih harus memainkan peranan seperti aktiviti bilik darjah, aktiviti kokurikulum dan aktiviti diluar bilik darjah. Antara objektif Rancangan Orientasi Sekolah ialah: 1) Memberi peluang kepada guru pelatih membiasakan diri dengan keadaan masyarakat sekolah. 2) Memberi peluang kepada guru pelatih untuk mempelajari kemahiran pengajaran dan bukan pengajaran seperti pengurusan, pentadbiran dan lain-lain. 3) Guru pelatih boleh mengendalikan serta mengurus bilik darjah terutamanya dari segi kaedah, pendekatan dan teknik mengajar. Adanya Latihan Mengajar (LM) 15
  • 16. Sebagai langkah pertama, guru-guru pelatih seharusnya telah dilatih supaya menjadi seorang yang mempunyai kepercayaan diri, bersedia untuk menghadapi cabaran mendidik pelajar-pelajar dari pelbagai keturunan, agama dan budaya serta sanggup memesrakan diri dengan semua lapisan guru dan ibu bapa. Kebolehan untuk menyesuaikan diri dengan masyarakat sekolah adalah suatu acid test kepada bakal-bakal guru itu nanti. Latihan mengajar adalah satu aspek latihan perguruan yang penting dalam proses perguruan. Dalam program ini guru-guru pelatih ditempatkan di sekolah untuk menjalankan pengajaran yang sebenarnya. Melalui latihan mengajar, guru pelatih akan dapat menunjukkan dan mengamalkan tingkah laku yang di inginkan untuk mengajar secara berkesan serta cuba menggunakan segala teori yang telah di dedahkan kepada mereka semasa mengikuti kursus pendidikan. Di samping itu, latihan mengajar boleh memberikan kesempatan dan peluang yang banyak kepada guru pelatih untuk menimba segala pengalaman awal sebelum mereka memasuki profesion perguruan yang akan ditempuh nanti. Di dalam masa latihan mengajar, guru pelatih itu menerima tunjuk ajar, bimbingan, pandangan, nasihat, teguran dan penilaian formatif dan sumatif dalam pengajarannya sebagai suatu proses penyeliaan ke arah pengajaran yang lebih berkesan. Jika pelatih gagal menunjukkan kebolehan dan kecekapannya sebagai guru terlatih, ini bererti dia belum layak memasuki bidang keguruan. Semasa mengikuti kursus di institusi ini guru pelatih diberi pedagogi dan teori yang berkaitan dengan pembelajaran dan pengajaran serta kemahiran asas dalam kursus kaedah dan pengajaran mikro. Guru pelatih haruslah menunjukkan dia mempunyai faktor-faktor yang berikut: • Asas pendidikan. • Penguasaan isi pelajaran akademik. • Penggunaan prinsip-prinsip pedagogi. • Sahsiah yang baik. 16
  • 17. Seseorang yang mempunyai ilmu yang tinggi sekalipun belum lagi mencukupi untuk menjadi seorang guru yang berkesan kerana urusan bimbingan, latihan dan teladan melalui proses pengajaran dan pembelajaran adalah ukuran utama hasil kerja sebenar seorang guru (Abdul Raof Dalip, 1991). Antara objektif latihan mengajar adalah: 1) Memberi peluang kepada guru menyesuaikan teori pembelajaran dalam bilik darjah sebenar. 2) Memberi peluang kepada guru mengenali masalah disiplin dan membolehkan mereka cuba mengatasinya. 3) Membolehkan guru-guru membina keyakinan diri. 4) Memberi peluang kepada guru menilai diri sendiri serta memperbaiki kelemahan mereka. Latihan itu termasuklah kefahaman terhadap sifat kejasmanian dan sifat psikologi kanak-kanak serta teori penyampaian pelajaran yang membolehkan seseorang guru menguruskan pengajarannya dengan berkesan. Latihan yang diterima juga dapat melahirkan guru yang mempunyai sahsiah yang baik dan beretika. Sahsiah ini termasuklah tingkah laku dan sikap yang elok, bersabar, bermurah hati dan sentiasa bersifat tenang dalam pengajaran. Pada masa yang sama guru pelatih membina keyakinan diri dalam menguruskan bilik darjah (classroom management). Keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran banyak bergantung kepada kebolehan dan kemahiran seseorang guru itu menguruskan bilik darjahnya. Dengan bekalan ini barulah seseorang itu layak dipertimbangkan untuk mengamalkan dan mempraktikkan kemahiran mengajar dalam bilik darjah. Walaupun guru pelatih itu diperhatikan dan dinilai untuk pelbagai tujuan pentadbiran, namun rasional untuk di selia adalah demi memperbaiki pengajarannya. Matlamatnya ialah untuk melahirkan guru yang cekap dan berwibawa. Tempoh Latihan Perguruan yang Panjang Melalui tempoh latihan perguruan yang panjang memberi peluang kepada bakal guru menerima banyak pengalaman sama ada dari segi akademik dan juga kokurikulum, 17
  • 18. mempunyai pengetahuan yang mendalam tentang mata pelajaran yang hendak di ajarnya dan juga mengetahui keadah dan cara penyampaian dalam pengajarannya supaya murid- murid dapat memahami apa yang disampaikan olehnya. Sebelum seseorang itu menjadi guru, dia perlu menerima latihan dalam perguruan untuk menjadi seorang guru yang bertauliah. Umpamanya, seorang guru mesti mempunyai Sijil Perguruan atau Diploma Pendidikan yang diiktiraf oleh kerajaan Malaysia sebelum dia boleh mengajar di sekolah kerajaan. Walaubagaimanapun, sama ada seseorang guru itu menerima latihan perguruan atau tidak, dia mesti mempunyai pengetahuan yang mendalam tentang mata pelajaran yang hendak diajarnya. Guru juga mesti mengetahui keadah atau cara penyampaian dalam pengajarannya supaya pelajar dapat memahami apa yang disampaikan olehnya. Di samping itu, guru haruslah mempunyai sahsiah yang baik dan dapat dihormati serta dicontohi oleh murid. Sahsiah ini termasuklah tingkah laku dan sikap yang elok, bersabar, bermurah hati dan sentiasa bersifat tenang. Kebanyakan kualiti kecerdasan dan sahsiah guru adalah hasil daripada latihan yang membolehkan seseorang guru menguruskan pengajarannya dengan berkesan. Selain tugas di dalam bilik darjah, guru juga mempunyai peranan-peranan lain yang diharapkan oleh masyarakat. Misalnya guru diharapkan menjadi pengganti ibu bapa, menjadi penasihat dan pembimbing di dalam pembentukkan sahsiah murid, menjadi kaunselor kepada murid-murid, menjadi pengamal dan penyebar nilai kebudayaan yang elok dan seterusnya menjadi contoh sahsiah yang baik kepada masyarakat. Terdedah dengan Penggunaan Teknologi dalam Pendidikan Setiap bakal guru amat perlu mengetahui kaedah dan cara penghasilan, penggunaan dan pengendalian alat bantu mengajar yang akan digunakan dalam sesi pengajaran kelak. Penggunaan alat bantu mengajar dapat mempelbagaikan kaedah dan cara penyampaian oleh guru dan untuk menarik minat murid (Razali Nor, 2000). 18
  • 19. Faharol Razi (1998) menyatakan istilah Komputer Dalam Pengajaran dan Pembelajaran diambil daripada istilah asalnya dalam Bahasa Inggeris iaitu Computer- Based Instruction (CBI) yang bermaksud pengajaran terancang berasaskan komputer. Criswell (1989) pula mendefinisikan Pengajaran dan Pembelajaran Berbantukan Komputer (PPBK) sebagai penggunaan komputer dalam menyampaikan bahan pengajaran dan melibatkan pelajar secara aktif serta membolehkan maklum balas. Menurut Gagne dan Briggs dalam Rosenberg (2000), komputer dapat digunakan sebagai media pembelajaran kerana komputer memiliki keistimewaan yang tidak dimiliki oleh media pembelajaran yang lain sebelum zaman komputer. Antara keistimewaan tersebut adalah seperti berikut: • Hubungan Interaktif: Komputer membolehkan wujudnya hubungan di antara rangsangan dengan jawapan. Bahkan komputer dapat menggalakkan inspirasi dan meningkatkan minat. • Pengulangan: Komputer membolehkan pengguna mengulangi apabila perlu untuk memperkuatkan lagi pembelajaran dan memperbaiki ingatan. Aktiviti pengulangan amat memerlukan kebebasan dan kreativiti daripada para pelajar (Clements, 1995). • Maklum Balas Dan Peneguhan: Media komputer membolehkan pelajar memperoleh maklum balas terhadap pembelajaran secara serta merta. Peneguhan positif yang diberi apabila pelajar memberikan jawapan dapat memotivasikan pelajar. Pada tahun 1995, Kementerian Pendidikan telah memperkenalkan program Komputer Dalam Pendidikan dengan memberi penekanan kepada empat mata pelajaran utama iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sains dan Matematik. Justeru itu, guru-guru mata pelajaran berkenaan dilatih menggunakan komputer dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Selain itu, mata pelajaran Literasi Komputer juga diperkenalkan oleh Kementerian Pendidikan pada tahun 1996 sebagai salah satu langkah mengaplikasikan teknologi komputer dalam pendidikan (Zakaria Ahmad, 2003). 19
  • 20. Kemantapan dan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran menggunakan teknologi maklumat bergantung kepada keupayaan dan kebolehan yang ada pada guru-guru dan pelajar-pelajar yang terlibat. Pengetahuan Matematik yang Mendalam (Mohd Sharif bin Kassim 1990 - Keberkesanan Pengajaran Matematik) Selaras dengan pandangan yang dikemukakan oleh Meclelland dan Winter (1971) dan dapatan kajian yang dijalankan oleh Noad (1979), aspirasi bakal guru adalah penting yang mendorong mereka menetapkan suatu aras matlamat yang realistik untuk dicapai. Oleh itu adalah lebih baik sekiranya dalam peringkat kemasukan guru pelatih ke maktab perguruan lagi aspek aspirasi diberi perhatian. Calon-calon yang kurang minat dan rendah aspirasi untuk menjadi guru sepatutunya tidak ditawarkan untuk mengikuti kursus perguruan. Guru terlatih yang mempunyai aspirasi yang tinggi untuk memperolehi taraf yang baik dalam kursus perguruan cenderung untuk member sambutan yang lebih positif terhadap proses pengajaran dan pembelajaran. Seorang guru matematik mestilah mempunyai pengetahuan matematik yang mendalam. Pengetahuan matematik yang dimaksudkan bukanlah hanya semata-mata yang akan diajar tetapi matematik yang jauh lebih mendalam. Seorang yang mempunyai pengetahuan matematik yang mendalam dapat mengajar dengan penuh keyakinan manakala yang kurang pengetahuan matematik akan merasa kurang yakin ketika mengajar. Pengetahuan matematik yang kukuh adalah asas bagi pengajaran matematik yang baik dan membolehkan seseorang itu menggunakan strategi pengajaran yang lebih bermakna. Bidang kepakaran guru matematik terbahagi kepada tiga aspek iaitu: A – Pengetahuan Matematik B – Teori pengajaran dan pembelajaran C – Teknik-teknik pengajaran 20
  • 21. Mempertingkatkan Profesionalisme Sebagai seorang pendidik yang bertanggungjawab, guru hari ini perlu menyedari bahawa tugas dan amanah yang diberikan itu adalah untuk mendidik generasi yang akan menerajui negara ini. Oleh itu kemahiran dan pengetahuan mengenai method-method pendidikan harus diperkemaskan dari semasa ke semasa. Untuk berdepan dengan cabaran dan tuntutan daripada perubahan-perubahan kurikulum berkenaan, guru hendaklah berusaha melengkapkan diri dengan strategi-strategi pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Sehubungan dengan kehendak tersebut guru harus mengikuti kursus-kursus pendidikan yang dianjurkan oleh pihak Kementerian Pendidikan, Jabatan Pendidikan Negeri dan Pejabat Pendidikan Daerah. Contohnya para guru boleh mengikuti Kursus Dalam Perkhidmatan ataupun Kursus Peningkatan Profesionalisme Keguruan. Kursus- kursus pendidikan yang dihadiri penting bagi seseorang guru untuk mempertingkatkan keupayaan dan prestasi dalam profesion pendidikan yang kian mencabar dan kompleks ini. Memandangkan keperluan pendidikan untuk menyokong usaha-usaha kerajaan, maka profesion keguruan diharapakan dapat membuat anjakan paradigma kepada budaya yang berasaskan ilmu dan pemikiran (Rohani Abdul Hamid, 1998) 21
  • 22. KESIMPULAN Kami menegaskan guru yang mempunyai pengetahuan dengan kursus perguruan adalah lebih baik daripada guru yang hanya mempunyai pengetahuan sahaja tanpa adanya latihan. Melalui latihan yang diterima ini dapat menjadikan mereka guru yang berkualiti dalam pengajaran bagi melahirkan pelajar yang cemerlang. Kursus-kursus pendidikan yang dihadiri penting bagi seseorang guru untuk mempertingkatkan keupayaan dan prestasi dalam profesion pendidikan yang kian mencabar dan kompleks ini. Sistem pendidikan di negara ini akan sentiasa bergerak maju ke hadapan. Perubahan yang dilakukan dalam kurikulum pendidikan adalah untuk memenuhi kehendak negara merealisasikan sebuah negara maju pada masa hadapan. Setiap perubahan-perubahan dalam kurikulum pendidikan yang diperkenalkan menjadi satu bentuk cabaran dalam profesion keguruan. Oleh itu adalah mustahak bagi individu yang berkecimpung dalam bidang ini sentiasa berusaha mempertingkatkan kecekapan, kebolehan prestasi dari semasa ke semasa. Jika hal ini wujud, barulah tuntutan-tuntutan dalam perubahan kurikulum itu dapat ditangani. Namun kini sejauh mana kita mengiktiraf dan memartabatkan perguruan sebagai satu profesion adalah bergantung kepada anggapan masyarakat, ini kerana masih ada lagi 22
  • 23. yang menganggap profesion perguruan sebagai kelas kedua. Adakah peranan guru semakin hilang taringnya kerana masyarakat telah mengalih pandangan kepada kerjaya yang diiktiraf sebagai professional oleh pihak kerajaan seperti doktor, peguam dan arkitek. Menurut Dr. Muhamad Hasan Abdul Rahman iaitu Timbalan Dekan Pelajar dan Pembangunan, Fakulti Pengajian Pendidikan Universiti Putra Malaysia (UPM) beliau menegaskan dalam usaha untuk memartabatkan profesion perguruan selain daripada peranan pihak Kementerian Pendidikan, Persatuan Perguruan dan masyarakat, para guru sebenarnya mempunyai tanggungjawab yang besar dalam meningkatkan aspek keprofesionalannya dengan melengkapkan diri dengan pelbagai jenis ilmu dan kemahiran yang tinggi. 23