SlideShare a Scribd company logo
1 of 5
KEBERKESANAN PENTADBIRAN DAN PENGURUSAN ORGANISASI
PENDIDIKAN DI MALAYSIA
4.0 Guru Sebagai Agen Penyampai Bagi Kecemerlangan Pendidikan
Seperti yang telah dibincangkan sebelum ini, daripada carta piramid Organisasi dan Peringkat
Pengurusan Pendidikan Malaysia, dapat dilihat Menteri atau Ketua Pengarah Pendidikan
Malaysia memainkan peranan sebagai kuasa eksekutif dalam sistem pendidikan di Malaysia.
Tugas utama kuasa eksekutif ini selain selaku pentadbiran pusat sistem pendidikan, ia juga
bertanggungjawab membuat keputusan dan dasar mengenai sistem pendidikan negara serta
menentukan peruntukan bajet bagi institusi pendidikan. Selepas kuasa menteri, hierarki ini
turun kepada Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri. Jabatan Pelajaran Negeri, berperanan dalam
menguruskan pengagihan dan penempatan guru, perjawatan guru dan staf, pembangunan
prasarana dan merancang program pendidikan.
Seterusnya daripada JP Negeri turun pula kepada Pegawai Pendidikan Daerah.
Pegawai di peringkat daerah bertanggungjawab mengagihkan guru-guru sekolah di peringkat
daerah. Menyelia pelaksanaan aktiviti akademik dan pengajaran dan aktiviti kokurikulum.
Setelah itu barulah sampai kepada hierarki peringkat Pengetua atau Guru Besar. Pengetua
atau Guru Besar di sekolah bertindak sebagai pengurus di sekolah, dalam hal-hal akademik
dan pembangunan kemanusiaan. Akhir sekali barulah sampai kepada guru-guru yang
berperanan sebagai agen pelaksanaan. Guru-guru sekolah terlibat dalam pengurusan
akademik, pelajar, bahan, bilik darjah dan juga pengurusan kokurikulum. Sebagai individu
yang berhubung terus dengan para pelajar maka gurulah yang memainkan peranan besar
dalam merealisasikan matlamat pendidikan demi melahirkan modal insan untuk
pembangunan negara.
Organisasi dan Peringkat Pengurusan Pendidikan di Malaysia
Menteri/
KPPM
Pengarah JPN
Pegawai Pendidikan
Daerah
Pengetua / Guru Besar
Guru-guru
Eksekutif
Pengurusan
Penyeliaan
Teknikal
Pelaksanaan
4.1 Peranan guru
Setelah mengetahui peringkat pengurusan pendidikan di Malaysia, bahagian ini akan
memberi fokus utama kepada peranan guru sebagai agen pelaksana bagi kecemerlangan
pendidikan. Menurut Kamus Dewan, guru bermaksud pengajar, pendidik atau pengasuh.
(Syed Ismail Bin Syed Mustapa. Ahmad Subki Bin Miskon: Julai 2010) Menurut kamus
Online Merriam-Webster pula guru didefinasikan sebagai seorang yang mengajar. Sinonim-
sinonim yang disenaraikan bagi perkataan guru termasuklah ‘pendidik’, ‘instruktur’, ‘ahli
pedagogi’,’jurulatih’,’pensyarah’ dan ‘tutor’. Manakala dalam Akta Pendidikan 1996
menyatakan guru ‘seseorang yang mengajar murid di sesuatu institusi pendidikan, atau
menyediakan atau mengeluarkan bahan pelajaran atau memeriksa jawapan yang
dikembalikan di, bagi atau melalui pusat pendidikan jarak jauh, dan termasuklah guru besar
atau pengetua.
Kejayaan dan keberkesanan pendidikan berhubung rapat dengan kesedaran para guru
terhadap tanggungjawab mereka sebagai pendidik. Mereka perlu melengkapkan diri dari segi
ilmu pengetahuan, dan keluhuran budi pekerti yang tidak boleh dipisahkan sebaliknya boleh
menjadi contoh yang berkesan. Dari segi tanggungjawab untuk menjadi pendidik, seorang
guru perlu sentiasa bersemangat tinggi dan berpekerti mulia, berpandangan progresif dan
saintifik. Yang dimaksudkan di sini ialah guru sentiasa berfikiran positif, proaktif, inovatif
dan motivatif. Mereka haruslah mempunyai minda yang kehadapan dan sentiasa berusaha
mengembangkan ilmunya. Di peringkat perkhidmatan pula guru harus bersedia menjunjung
aspirasi negara dan menyanjung warisan budaya negara., Guru perlu memberi peluang
kepada setiap pelajar untuk berkembang mengikut kemampuan mereka, selari dengan
falsafah pendidikan kebangsaan. Akhir sekali guru juga harus berupaya memelihara suatu
masyarakat yang bersatu padu, demokratik, progresif dan berdisiplin.
4.1.1 Il mu Pengetahuan
Guru sebagai insan pendidik sentiasa ingin melihat kecemerlangan pelajar- pelajar mereka.
Oleh itu untuk menyampaikan ilmu pengetahuan kepada pelajar-pelajar, guru perlu terlebih
dahulu memiliki ilmu pengetahuan yang luas dari segi teknik pengajaran dan pembelajaran.
Setiap insan yang bergelar guru mestilah mempelajari ilmu tentang pedagogi umum dan juga
pedagogi kandungan subjek. Daripada wikipedia, Ensiklopedia bebas pedagogi bermaksud
kajian mengenai pengajaran khususnya pengajaran dan pendidikan formal. Dengan kata
mudah, pedagogi adalah sains atau seni mengenai cara mengajar di sekolah. Sebagai satu
bidang kajian yang luas, pedagogi melibatkan kajian mengenai proses pengajaran dan
pembelajaran, pengurusan bilik darjah, organisasi sekolah dan juga interaksi di antara pelajar
dan guru. Secara amnya, cabang ilmu ini penting bagi membolehkan para guru
menyampaikan pembelajaran di dalam kelas dengan kaedah yang betul dan pendekatan
sesuai yang boleh diterima oleh pelajar-pelajar.
Sebagai guru yang mengajar mata pelajaran, mereka perlu menguasai kurikulum
kebangsaan yang menjadi teras panduan dan rujukan dari segi matlamat, objektif dan
kandungan. Guru boleh meningkatkan penguasaan kurikulum dan kandungan subjek bukan
hanya bergantung kepada buku teks semata-mata tetapi perlulah meneroka buku-buku
rujukan yang banyak terdapat di pasaran. Bagi menambah nilai seorang guru mereka perlu
meningkatkan ilmu melalui pembacaan bahan-bahan ilmiah yang segar. Selain itu mengikuti
seminar tentang isu yang berkaitan ataupun penemuan terkini tentang suatu teori yang
berkaitan dengan subjek. Guru yang berpengetahuan luas biasanya telah mengkaji daripada
pelbagai jenis sumber. Mereka memiliki maklumat yang jelas yang boleh disampaikan
kepada pelajar dan sebenarnya dapat memberi penekanan fakta-fakta penting untuk mudah
difahami oleh pelajar-pelajar. Ini penting kerana sebagai guru mereka perlu dilihat berilmu
pengetahuan luas agar dapat menjadi rujukan kepada pelajar-pelajar, rakan sejawat, bahkan
pihak lain yang memerlukan khidmat kepakarannya.
Jika dilihat peranan guru itu sendiri, banyak masa mereka di sekolah mereka perlu
berhadapan dengan pelajar-pelajar. Ilmu pengetahuan tentang kanak-kanak atau reaksi pelajar
amat penting kepada guru dalam mengenalpasti tindakan atau isyarat yang ingin
disampaikan. Guru-guru harus bijak melayan kerenah murid yang pelbagai atau menangani
sesuatu masalah yang melibatkan pelajar. Perubahan zaman teknologi moden kini turut
mengubah perilaku dan tahap kepintaran anak-anak pada masa kini. Mereka lebih terdedah
kepada kemudahan teknologi sedia ada yang dapat mengakses pelbagai maklumat yang
dikehendaki. Pada tahap usia yang cergas pelajar-pelajar selalunya mempunyai perasaan
inquiry atau sifat ingin tahu yang tinggi. Oleh itu persediaan sebagai seorang yang dewasa
yang akan membimbing anak-anak remaja perlu ada dalam diri seorang guru. Ini kerana
pelajar-pelajar akan lebih menghormati guru yang banyak berkongsi ilmu dan nasihat yang
berguna untuk mereka. Dengan cara ini hubungan guru dan pelajar akan lebih erat bagi
menjamin kecemerlangan dalam pendidikan.
4.1.2 Kemahiran
Kemahiran diterjemahkan sebagai kemampuan untuk mencapai dengan jayanya sesuatu yang
mana memerlukan pengetahuan yang khusus atau kebolehan atau kecekapan. Kemahiran
ikhtisas merangkumi kemahiran menggunakan bahan pelajaran dengan tujuan meningkatkan
kualiti pengajaran dan pembelajaran. Kemahiran yang paling penting perlu ada pada seorang
guru ialah kemahiran komunikasi. Dalam kemahiran komunikasi pula boleh dipecahkan
kepada dua iaitu komunikasi interpersonal dan intrapersonal. Kemahiran interpersonal
merujuk sebagai kemampuan untuk berinteraksi dengan orang lain dengan memahami
mereka. Terdapat enam kategori kemahiran interpersonal iaitu keupayaan untuk menerima
perasaan dan idea, bertanya soalan, menyampaikan maklumat dan petunjuk dan juga
kemahiran melanjutkan komunikasi.
Kebolehan komunikasi yang baik bagi seorang guru termasuklah bersuara lantang,
menggunakan bahasa yang halus, tetapi dengan sebutan yang jelas serta intonasi yang betul.
Guru perlu boleh memberi arahan dengan tepat dan ayat-ayat yang gramatis dan diselitkan
dengan unsur-unsur humor. Ciri-ciri guru sebegini dapat menghidupkan suasana
pembelajaran yang menyeronokkan dan murid tidak merasa bosan sepanjang kelas
berlangsung. Kemahiran komunikasi bukan sahaja perlu antara guru dengan murid, tetapi
juga antara ibu bapa murid dan masyarakat. Guru disarankan agar mewujudkan hubungan
yang erat dengan ibu bapa murid. Perhubungan yang baik antara guru-guru dan ibu bapa akan
menyebabkan murid-murid berasa diri mereka diawasi. Oleh itu secara tidak langsung ia
dapat meningkatkan prestasi pelajaran murid-murid serta mengurangkan masalah disiplin
dalam kalangan murid sekolah.
Dalam zaman serba moden dengan teknologi terkini, medium pengajaran dan
pembelajaran telah dipertingkatkan melalui penggunaan komputer. Diperingkat menengah
kini pelajar sudah diajar subjek ICT atau akronimnya Information and Computer Technology.
Untuk itu guru perlu mengetahui kemahiran teknologi ini dengan lebih baik bukan sahaja
untuk tujuan kaedah pengajaran dan pembelajaran malahan sebagai rujukan supaya pelajar-
pelajar mendapat penerangan yang tepat tentang ciptaan dan inovasi masa kini. Maklumat
yang jelas tentang isu-isu semasa teknologi secara tidak langsung boleh mendorong minat
pelajar ke arah penguasaan teknologi moden dan juga dapat memupuk daya inovatif dan
kreatif dalam diri murid-murid.
Guru juga haruslah memiliki kemahiran profesional dari segi pengurusan masa.
Dalam era globalisasi kini profesion keguruan tidak ketinggalan menerima tempias lambakan
peranan asalnya. Peranan guru sekarang bukan lagi tradisionalnya sebagai pendidik atau
pengajar semata-mata. Malah skop tugas guru hari ini telah meluas dengan kerja-kerja
‘perkeranian’ seperti membuat kertas kerja, program-program di luar sekolah dan penyertaan
dalam kokurikulum dan sukan. Bebanan kerja yang semakin meningkat telah menyebabkan
isu guru pembantu dicadangkan oleh Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan
Malaysia (NUTP) bagi meringankan beban kerja guru. Walau bagaimanapun sebagai
pendidik yang berdedikasi dalam tugas-tugas mengajar, guru kini harus bijak menguruskan
masa dan meletakkan perkara terpenting dan segera untuk diberi keutamaan. Tugas mendidik
murid-murid tetap menjadi matlamat utama bagi warga guru.
Di samping pengurusan masa yang baik, guru juga bertindak menguruskan kelas atau
bilik darjah. Guru perlu bijak dalam mengawal disiplin pelajar serta keceriaan murid dan
kelas. Guru perlu sentiasa mengamalkan ketepatan masa, memastikan suasana kelas ceria dan
bersih sesuai untuk suasana pembelajaran yang kondusif. Dengan itu murid akan sentiasa
memberi tumpuan sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran berlaku.
4.1.3 Nilai
Seandainya sistem pendidikan yang sedia ada adalah terbaik, namun tanpa didokong oleh
individu yang mementingkan nilai-nilai murni maka sukar untuk kita menghasilkan pelajar
cemerlang yang cemerlang dalam aspek akademik dan sahsiah dirinya. Seorang guru perlu
mengamalkan nilai-nilai murni dalam perkhidmatannya. Salah satunya berpekerti mulia.
Guru ini akan meletakkan kepentingan kepada orang lain seperti murid, ibu bapa dan
masyarakat melebihi diri sendiri. Seorang guru haruslah memberi keutamaan dan memastikan
setiap murid diberi peluang untuk mengembangkan potensi diri secara menyeluruh dan
bersepadu merangkumi aspek intelek, rohani, emosi dan jasmani sesuai dengan yang
terkandung di dalam falsafah pendidikan kebangsaan.
Seperti yang telah dibicarakan sebelum ini, guru perlu berpandangan progresif dan
saintifik. Guru hendaklah sentiasa berfikiran positif, proaktif, inovatif dan motivatif. Contoh
yang mudah ialah guru ini sentiasa bersemangat dalam menjalankan tanggungjawabnya.
Guru yang bersemangat tinggi sentiasa teruja dan ghairah untuk bertemu murid-murid.
Mereka akan melengkapkan diri tentang persediaan yang perlu sebelum memasuki kelas,
contohnya membuat rancangan pengajaran sebelum kelas bermula. Merancang aktiviti di
dalam kelas dan menggunakan masa yang ada secara optimum. Menggunakan kaedah
pembelajaran yang sesuai dengan tahap pencapaian murid-murid. Guru yang komited pada
tugasnya akan dapat dirasai oleh murid-murid apabila mereka dapat merasakan bahawa guru
tersebut benar-benar ingin membantu mereka dalam pelajaran. Secara tidak langsung murid
turut bersemangat untuk belajar dan cemerlang dalam peperiksaannya.
Sumbangan guru juga amat besar dalam konteks melahirkan masyarakat yang bersatu
padu, demokratik, progresif dan berdisiplin. Di peringkat sekolah lagi pelajar di tekankan
aspek keharmonian dalam masyarakat majmuk yang perlu kita kekalkan. Memastikan murid-
murid pelbagai kaum berinteraksi antara satu sama lain. Murid-murid juga perlu diberi
peluang untuk membuat keputusan supaya dapat meningkatkan keyakinan diri mereka. Guru
turut berperanan menekankan aspek inovatif, kreatif, analitikal, kritikal, holistik dan
bersepadu untuk melahirkan pelajar yang berfikiran secara progresif dan saintifik. Guru perlu
menekankan semangat inkuiri dan kaedah dapatan bagi memupuk sifat gemar menyiasat dan
mereka cipta dalam diri murid-murid. Sebagai insan pendidik, guru turut bertanggungjawab
memastikan keharmonian, keselamatan dan keamanan menerusi penerapan nilai etika dan
peraturan yang mesti dipatuhi oleh murid agar dapat membentuk masyarakat yang cemerlang.
4.2 Kesimpulan
Daripada perbincangan tadi jelaslah seorang guru yang unggul dan profesional perlu
mempamerkan ciri-ciri kekuatan teori dan kaya dengan ilmu pengetahuan. Guru perlu
mempamerkan akhlak yang baik seperti bertatasusila dalam kerja, sentiasa meningkatkan
kualiti hasil pengajaran, menjaga keterampilan, berperibadi mulia, dan berwawasan. Guru
perlu menunjukkan contoh yang baik kepada pelajar supaya pelajarnya bukan sahaja
cemerlang dalam pendidikan malah berpesonaliti sihat, serba boleh dan berdaya saing apabila
tamat dari persekolahan.
Rujukan
1.Falsafah dan Pendidikan di Malaysia, Choong Lean Keow(PhD), Kumpulan Budiman Sdn
Bhd, U.G Press Sdn Bhd, 2008
2. Sekolah dan Masyarakat, Amir Hasan Dawi, Prospecta Printers Sdn Bhd, 2009
3. Kamus Dewan Edisi Keempat,
4. Bridges Not Walls, John Stewart, Mc Graw Hill, 2012
5. The Inspired Teacher, Carol Frederick Steele, Association for Supervision and Curriculum
Development, 2009

More Related Content

What's hot

PENGKAEDAHAN PENGAJARAN PENDIDIKAN ISLAM
PENGKAEDAHAN PENGAJARAN PENDIDIKAN ISLAMPENGKAEDAHAN PENGAJARAN PENDIDIKAN ISLAM
PENGKAEDAHAN PENGAJARAN PENDIDIKAN ISLAMSyaza Mohd Sabri
 
Tajuk 5 : Cabaran profesion keguruan (refleksi isu isu pendidikan global)
Tajuk 5 : Cabaran profesion keguruan (refleksi isu isu pendidikan global)Tajuk 5 : Cabaran profesion keguruan (refleksi isu isu pendidikan global)
Tajuk 5 : Cabaran profesion keguruan (refleksi isu isu pendidikan global)Nur Syamimi Ahmad Othman
 
Tugasan hbml (repaired)
Tugasan hbml (repaired)Tugasan hbml (repaired)
Tugasan hbml (repaired)Cyn Deb
 
Kk edu3083 sem7
Kk edu3083 sem7Kk edu3083 sem7
Kk edu3083 sem7cikli7
 
Teknik2 mengajar
Teknik2 mengajarTeknik2 mengajar
Teknik2 mengajarbaharnizam
 
Bab 3 kajian pengurusan dan pembelajaran pelajar
Bab 3 kajian pengurusan dan pembelajaran pelajarBab 3 kajian pengurusan dan pembelajaran pelajar
Bab 3 kajian pengurusan dan pembelajaran pelajarAsyikin4996
 
Tugasan Individu Folio Pengurusan Pembelajaran (KPS3014)
Tugasan Individu Folio Pengurusan Pembelajaran (KPS3014)Tugasan Individu Folio Pengurusan Pembelajaran (KPS3014)
Tugasan Individu Folio Pengurusan Pembelajaran (KPS3014)NurulNajihah51
 
Bab3 pengurusan dan pembelajaran
Bab3 pengurusan dan pembelajaranBab3 pengurusan dan pembelajaran
Bab3 pengurusan dan pembelajaranzuraidanasri
 
Pensijilan guru SME6044
Pensijilan guru SME6044Pensijilan guru SME6044
Pensijilan guru SME6044hazwaniAM
 
239602990 pengajaran-kemahiran-berfikir-aras-tinggi
239602990 pengajaran-kemahiran-berfikir-aras-tinggi239602990 pengajaran-kemahiran-berfikir-aras-tinggi
239602990 pengajaran-kemahiran-berfikir-aras-tinggiStar Ng
 
Guru berjiwa pendidik
Guru berjiwa pendidikGuru berjiwa pendidik
Guru berjiwa pendidikROYALBERTM
 
Pembentangan kuliah 5
Pembentangan kuliah 5Pembentangan kuliah 5
Pembentangan kuliah 5Adibah Azman
 
15 konsep kepelbagaian pelajar
15 konsep kepelbagaian pelajar15 konsep kepelbagaian pelajar
15 konsep kepelbagaian pelajarLinda Yius
 
Guru masa kini merealisasikan aspirasi negara
Guru masa kini merealisasikan aspirasi negaraGuru masa kini merealisasikan aspirasi negara
Guru masa kini merealisasikan aspirasi negaramohdsanusisidik
 

What's hot (20)

PENGKAEDAHAN PENGAJARAN PENDIDIKAN ISLAM
PENGKAEDAHAN PENGAJARAN PENDIDIKAN ISLAMPENGKAEDAHAN PENGAJARAN PENDIDIKAN ISLAM
PENGKAEDAHAN PENGAJARAN PENDIDIKAN ISLAM
 
Tajuk 5 : Cabaran profesion keguruan (refleksi isu isu pendidikan global)
Tajuk 5 : Cabaran profesion keguruan (refleksi isu isu pendidikan global)Tajuk 5 : Cabaran profesion keguruan (refleksi isu isu pendidikan global)
Tajuk 5 : Cabaran profesion keguruan (refleksi isu isu pendidikan global)
 
Tugasan hbml (repaired)
Tugasan hbml (repaired)Tugasan hbml (repaired)
Tugasan hbml (repaired)
 
Kode
KodeKode
Kode
 
Kk edu3083 sem7
Kk edu3083 sem7Kk edu3083 sem7
Kk edu3083 sem7
 
Teknik2 mengajar
Teknik2 mengajarTeknik2 mengajar
Teknik2 mengajar
 
Bab 3 kajian pengurusan dan pembelajaran pelajar
Bab 3 kajian pengurusan dan pembelajaran pelajarBab 3 kajian pengurusan dan pembelajaran pelajar
Bab 3 kajian pengurusan dan pembelajaran pelajar
 
Falsafah pendidikan guru (pengetahuan)
Falsafah pendidikan guru (pengetahuan)Falsafah pendidikan guru (pengetahuan)
Falsafah pendidikan guru (pengetahuan)
 
Tugasan Individu Folio Pengurusan Pembelajaran (KPS3014)
Tugasan Individu Folio Pengurusan Pembelajaran (KPS3014)Tugasan Individu Folio Pengurusan Pembelajaran (KPS3014)
Tugasan Individu Folio Pengurusan Pembelajaran (KPS3014)
 
Bab3 pengurusan dan pembelajaran
Bab3 pengurusan dan pembelajaranBab3 pengurusan dan pembelajaran
Bab3 pengurusan dan pembelajaran
 
Pensijilan guru SME6044
Pensijilan guru SME6044Pensijilan guru SME6044
Pensijilan guru SME6044
 
239602990 pengajaran-kemahiran-berfikir-aras-tinggi
239602990 pengajaran-kemahiran-berfikir-aras-tinggi239602990 pengajaran-kemahiran-berfikir-aras-tinggi
239602990 pengajaran-kemahiran-berfikir-aras-tinggi
 
Guru berjiwa pendidik
Guru berjiwa pendidikGuru berjiwa pendidik
Guru berjiwa pendidik
 
Pembentangan kuliah 5
Pembentangan kuliah 5Pembentangan kuliah 5
Pembentangan kuliah 5
 
Full assignment
Full assignmentFull assignment
Full assignment
 
15 konsep kepelbagaian pelajar
15 konsep kepelbagaian pelajar15 konsep kepelbagaian pelajar
15 konsep kepelbagaian pelajar
 
Feg
FegFeg
Feg
 
Guru berkesan
Guru berkesanGuru berkesan
Guru berkesan
 
Nkr as
Nkr asNkr as
Nkr as
 
Guru masa kini merealisasikan aspirasi negara
Guru masa kini merealisasikan aspirasi negaraGuru masa kini merealisasikan aspirasi negara
Guru masa kini merealisasikan aspirasi negara
 

Similar to KEBERKESANAN PENTADBIRAN DAN PENGURUSAN ORGANISASI PENDIDIKAN DI MALAYSIA

PERANAN_PENSYARAH_PENDIDIK_PENYELIDIK_AT (1).docx
PERANAN_PENSYARAH_PENDIDIK_PENYELIDIK_AT (1).docxPERANAN_PENSYARAH_PENDIDIK_PENYELIDIK_AT (1).docx
PERANAN_PENSYARAH_PENDIDIK_PENYELIDIK_AT (1).docxShahrilanuarabdmanap
 
7. Cabaran Profesion Keguruan
7. Cabaran Profesion Keguruan7. Cabaran Profesion Keguruan
7. Cabaran Profesion KeguruanArthur Jupong
 
Perguruan sebagai satu profesion
Perguruan sebagai satu profesionPerguruan sebagai satu profesion
Perguruan sebagai satu profesionPensil Dan Pemadam
 
Perguruan sebagai satu profesion
Perguruan sebagai satu profesionPerguruan sebagai satu profesion
Perguruan sebagai satu profesionUstaz Salleh
 
LMCP1112 Falsafah Pendidikan Islam Projek Akhir.pptx
LMCP1112 Falsafah Pendidikan Islam Projek Akhir.pptxLMCP1112 Falsafah Pendidikan Islam Projek Akhir.pptx
LMCP1112 Falsafah Pendidikan Islam Projek Akhir.pptxAjleeyaAzman
 
Contoh esei1 permohonan gc
Contoh esei1 permohonan gcContoh esei1 permohonan gc
Contoh esei1 permohonan gcNorazliah Ani
 
Makalah Ketrampilan dasar mengajar
 Makalah Ketrampilan dasar mengajar Makalah Ketrampilan dasar mengajar
Makalah Ketrampilan dasar mengajarSuci Lintiasri
 
cara guru dapat memainkan peranan menjayakan hasrat FPK dan FPG dalam melaksa...
cara guru dapat memainkan peranan menjayakan hasrat FPK dan FPG dalam melaksa...cara guru dapat memainkan peranan menjayakan hasrat FPK dan FPG dalam melaksa...
cara guru dapat memainkan peranan menjayakan hasrat FPK dan FPG dalam melaksa...Yuvarani Subramaniam
 
4. Guru Dan Alam Pendidikan
4. Guru Dan Alam Pendidikan4. Guru Dan Alam Pendidikan
4. Guru Dan Alam PendidikanArthur Jupong
 
Esei: Peranan Guru Merealisasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) di Sek...
Esei: Peranan Guru Merealisasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) di Sek...Esei: Peranan Guru Merealisasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) di Sek...
Esei: Peranan Guru Merealisasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) di Sek...Atifah Ruzana Abd Wahab
 
1 aspirasi 1 agenda
1 aspirasi 1 agenda1 aspirasi 1 agenda
1 aspirasi 1 agendaAbdullah Lah
 
Peranan-guru dalam pembentukan Kurikulum.ppt
Peranan-guru dalam pembentukan Kurikulum.pptPeranan-guru dalam pembentukan Kurikulum.ppt
Peranan-guru dalam pembentukan Kurikulum.pptZOLKEPLEBINIBRAHIMIP1
 
Peranan-guru dalam pembentukan Kurikulum.ppt
Peranan-guru dalam pembentukan Kurikulum.pptPeranan-guru dalam pembentukan Kurikulum.ppt
Peranan-guru dalam pembentukan Kurikulum.pptZOLKEPLEBINIBRAHIMIP1
 

Similar to KEBERKESANAN PENTADBIRAN DAN PENGURUSAN ORGANISASI PENDIDIKAN DI MALAYSIA (20)

PERANAN_PENSYARAH_PENDIDIK_PENYELIDIK_AT (1).docx
PERANAN_PENSYARAH_PENDIDIK_PENYELIDIK_AT (1).docxPERANAN_PENSYARAH_PENDIDIK_PENYELIDIK_AT (1).docx
PERANAN_PENSYARAH_PENDIDIK_PENYELIDIK_AT (1).docx
 
7. Cabaran Profesion Keguruan
7. Cabaran Profesion Keguruan7. Cabaran Profesion Keguruan
7. Cabaran Profesion Keguruan
 
Perguruan sebagai satu profesion
Perguruan sebagai satu profesionPerguruan sebagai satu profesion
Perguruan sebagai satu profesion
 
Perguruan sebagai satu profesion
Perguruan sebagai satu profesionPerguruan sebagai satu profesion
Perguruan sebagai satu profesion
 
LMCP1112 Falsafah Pendidikan Islam Projek Akhir.pptx
LMCP1112 Falsafah Pendidikan Islam Projek Akhir.pptxLMCP1112 Falsafah Pendidikan Islam Projek Akhir.pptx
LMCP1112 Falsafah Pendidikan Islam Projek Akhir.pptx
 
Contoh esei1 permohonan gc
Contoh esei1 permohonan gcContoh esei1 permohonan gc
Contoh esei1 permohonan gc
 
Tajuk 5 done
Tajuk 5 doneTajuk 5 done
Tajuk 5 done
 
Makalah Ketrampilan dasar mengajar
 Makalah Ketrampilan dasar mengajar Makalah Ketrampilan dasar mengajar
Makalah Ketrampilan dasar mengajar
 
Pensijilan guru
Pensijilan guruPensijilan guru
Pensijilan guru
 
Tajuk 5 done
Tajuk 5 doneTajuk 5 done
Tajuk 5 done
 
cara guru dapat memainkan peranan menjayakan hasrat FPK dan FPG dalam melaksa...
cara guru dapat memainkan peranan menjayakan hasrat FPK dan FPG dalam melaksa...cara guru dapat memainkan peranan menjayakan hasrat FPK dan FPG dalam melaksa...
cara guru dapat memainkan peranan menjayakan hasrat FPK dan FPG dalam melaksa...
 
4. Guru Dan Alam Pendidikan
4. Guru Dan Alam Pendidikan4. Guru Dan Alam Pendidikan
4. Guru Dan Alam Pendidikan
 
Esei: Peranan Guru Merealisasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) di Sek...
Esei: Peranan Guru Merealisasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) di Sek...Esei: Peranan Guru Merealisasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) di Sek...
Esei: Peranan Guru Merealisasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) di Sek...
 
1 aspirasi 1 agenda
1 aspirasi 1 agenda1 aspirasi 1 agenda
1 aspirasi 1 agenda
 
Peranan-guru dalam pembentukan Kurikulum.ppt
Peranan-guru dalam pembentukan Kurikulum.pptPeranan-guru dalam pembentukan Kurikulum.ppt
Peranan-guru dalam pembentukan Kurikulum.ppt
 
Peranan-guru dalam pembentukan Kurikulum.ppt
Peranan-guru dalam pembentukan Kurikulum.pptPeranan-guru dalam pembentukan Kurikulum.ppt
Peranan-guru dalam pembentukan Kurikulum.ppt
 
Edu semester 7
Edu semester 7Edu semester 7
Edu semester 7
 
Guru profesional
Guru profesionalGuru profesional
Guru profesional
 
Pendidik dan peserta didik
Pendidik dan peserta didikPendidik dan peserta didik
Pendidik dan peserta didik
 
Edu 3101
Edu 3101Edu 3101
Edu 3101
 

Recently uploaded

Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptx
Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptxMateri Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptx
Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptxRezaWahyuni6
 
soal AKM Mata Pelajaran PPKN kelas .pptx
soal AKM Mata Pelajaran PPKN kelas .pptxsoal AKM Mata Pelajaran PPKN kelas .pptx
soal AKM Mata Pelajaran PPKN kelas .pptxazhari524
 
Prakarsa Perubahan dengan Kanvas ATAP & BAGJA.pptx
Prakarsa Perubahan dengan Kanvas ATAP & BAGJA.pptxPrakarsa Perubahan dengan Kanvas ATAP & BAGJA.pptx
Prakarsa Perubahan dengan Kanvas ATAP & BAGJA.pptxSyaimarChandra1
 
Bab 6 Kreatif Mengungap Rasa dan Realitas.pdf
Bab 6 Kreatif Mengungap Rasa dan Realitas.pdfBab 6 Kreatif Mengungap Rasa dan Realitas.pdf
Bab 6 Kreatif Mengungap Rasa dan Realitas.pdfbibizaenab
 
tugas 1 anak berkebutihan khusus pelajaran semester 6 jawaban tuton 1.docx
tugas 1 anak berkebutihan khusus pelajaran semester 6 jawaban tuton 1.docxtugas 1 anak berkebutihan khusus pelajaran semester 6 jawaban tuton 1.docx
tugas 1 anak berkebutihan khusus pelajaran semester 6 jawaban tuton 1.docxmawan5982
 
Modul 1.2.a.8 Koneksi antar materi 1.2.pdf
Modul 1.2.a.8 Koneksi antar materi 1.2.pdfModul 1.2.a.8 Koneksi antar materi 1.2.pdf
Modul 1.2.a.8 Koneksi antar materi 1.2.pdfSitiJulaeha820399
 
Aksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru Penggerak
Aksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru PenggerakAksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru Penggerak
Aksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru Penggeraksupriadi611
 
Contoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdf
Contoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdfContoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdf
Contoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdfCandraMegawati
 
Demonstrasi Kontekstual Modul 1.2. pdf
Demonstrasi Kontekstual  Modul 1.2.  pdfDemonstrasi Kontekstual  Modul 1.2.  pdf
Demonstrasi Kontekstual Modul 1.2. pdfvebronialite32
 
HARMONI DALAM EKOSISTEM KELAS V SEKOLAH DASAR.pdf
HARMONI DALAM EKOSISTEM KELAS V SEKOLAH DASAR.pdfHARMONI DALAM EKOSISTEM KELAS V SEKOLAH DASAR.pdf
HARMONI DALAM EKOSISTEM KELAS V SEKOLAH DASAR.pdfkustiyantidew94
 
Modul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase C
Modul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase CModul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase C
Modul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase CAbdiera
 
2 KISI-KISI Ujian Sekolah Dasar mata pelajaranPPKn 2024.pdf
2 KISI-KISI Ujian Sekolah Dasar  mata pelajaranPPKn 2024.pdf2 KISI-KISI Ujian Sekolah Dasar  mata pelajaranPPKn 2024.pdf
2 KISI-KISI Ujian Sekolah Dasar mata pelajaranPPKn 2024.pdfsdn3jatiblora
 
JAWAPAN BAB 1 DAN BAB 2 SAINS TINGKATAN 5
JAWAPAN BAB 1 DAN BAB 2 SAINS TINGKATAN 5JAWAPAN BAB 1 DAN BAB 2 SAINS TINGKATAN 5
JAWAPAN BAB 1 DAN BAB 2 SAINS TINGKATAN 5ssuserd52993
 
Kelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdf
Kelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdfKelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdf
Kelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdfCloverash1
 
BAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptx
BAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptxBAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptx
BAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptxJamhuriIshak
 
Aksi nyata disiplin positif Hj. Hasnani (1).pdf
Aksi nyata disiplin positif Hj. Hasnani (1).pdfAksi nyata disiplin positif Hj. Hasnani (1).pdf
Aksi nyata disiplin positif Hj. Hasnani (1).pdfDimanWr1
 
PELAKSANAAN + Link2 Materi TRAINING "Effective SUPERVISORY & LEADERSHIP Sk...
PELAKSANAAN  + Link2 Materi TRAINING "Effective  SUPERVISORY &  LEADERSHIP Sk...PELAKSANAAN  + Link2 Materi TRAINING "Effective  SUPERVISORY &  LEADERSHIP Sk...
PELAKSANAAN + Link2 Materi TRAINING "Effective SUPERVISORY & LEADERSHIP Sk...Kanaidi ken
 
aku-dan-kebutuhanku-Kelas 4 SD Mapel IPAS
aku-dan-kebutuhanku-Kelas 4 SD Mapel IPASaku-dan-kebutuhanku-Kelas 4 SD Mapel IPAS
aku-dan-kebutuhanku-Kelas 4 SD Mapel IPASreskosatrio1
 
Karakteristik Negara Mesir (Geografi Regional Dunia)
Karakteristik Negara Mesir (Geografi Regional Dunia)Karakteristik Negara Mesir (Geografi Regional Dunia)
Karakteristik Negara Mesir (Geografi Regional Dunia)3HerisaSintia
 
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 PENDIDIKAN GURU PENGGERAK
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 PENDIDIKAN GURU PENGGERAKDEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 PENDIDIKAN GURU PENGGERAK
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 PENDIDIKAN GURU PENGGERAKirwan461475
 

Recently uploaded (20)

Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptx
Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptxMateri Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptx
Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptx
 
soal AKM Mata Pelajaran PPKN kelas .pptx
soal AKM Mata Pelajaran PPKN kelas .pptxsoal AKM Mata Pelajaran PPKN kelas .pptx
soal AKM Mata Pelajaran PPKN kelas .pptx
 
Prakarsa Perubahan dengan Kanvas ATAP & BAGJA.pptx
Prakarsa Perubahan dengan Kanvas ATAP & BAGJA.pptxPrakarsa Perubahan dengan Kanvas ATAP & BAGJA.pptx
Prakarsa Perubahan dengan Kanvas ATAP & BAGJA.pptx
 
Bab 6 Kreatif Mengungap Rasa dan Realitas.pdf
Bab 6 Kreatif Mengungap Rasa dan Realitas.pdfBab 6 Kreatif Mengungap Rasa dan Realitas.pdf
Bab 6 Kreatif Mengungap Rasa dan Realitas.pdf
 
tugas 1 anak berkebutihan khusus pelajaran semester 6 jawaban tuton 1.docx
tugas 1 anak berkebutihan khusus pelajaran semester 6 jawaban tuton 1.docxtugas 1 anak berkebutihan khusus pelajaran semester 6 jawaban tuton 1.docx
tugas 1 anak berkebutihan khusus pelajaran semester 6 jawaban tuton 1.docx
 
Modul 1.2.a.8 Koneksi antar materi 1.2.pdf
Modul 1.2.a.8 Koneksi antar materi 1.2.pdfModul 1.2.a.8 Koneksi antar materi 1.2.pdf
Modul 1.2.a.8 Koneksi antar materi 1.2.pdf
 
Aksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru Penggerak
Aksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru PenggerakAksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru Penggerak
Aksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru Penggerak
 
Contoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdf
Contoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdfContoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdf
Contoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdf
 
Demonstrasi Kontekstual Modul 1.2. pdf
Demonstrasi Kontekstual  Modul 1.2.  pdfDemonstrasi Kontekstual  Modul 1.2.  pdf
Demonstrasi Kontekstual Modul 1.2. pdf
 
HARMONI DALAM EKOSISTEM KELAS V SEKOLAH DASAR.pdf
HARMONI DALAM EKOSISTEM KELAS V SEKOLAH DASAR.pdfHARMONI DALAM EKOSISTEM KELAS V SEKOLAH DASAR.pdf
HARMONI DALAM EKOSISTEM KELAS V SEKOLAH DASAR.pdf
 
Modul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase C
Modul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase CModul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase C
Modul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase C
 
2 KISI-KISI Ujian Sekolah Dasar mata pelajaranPPKn 2024.pdf
2 KISI-KISI Ujian Sekolah Dasar  mata pelajaranPPKn 2024.pdf2 KISI-KISI Ujian Sekolah Dasar  mata pelajaranPPKn 2024.pdf
2 KISI-KISI Ujian Sekolah Dasar mata pelajaranPPKn 2024.pdf
 
JAWAPAN BAB 1 DAN BAB 2 SAINS TINGKATAN 5
JAWAPAN BAB 1 DAN BAB 2 SAINS TINGKATAN 5JAWAPAN BAB 1 DAN BAB 2 SAINS TINGKATAN 5
JAWAPAN BAB 1 DAN BAB 2 SAINS TINGKATAN 5
 
Kelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdf
Kelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdfKelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdf
Kelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdf
 
BAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptx
BAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptxBAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptx
BAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptx
 
Aksi nyata disiplin positif Hj. Hasnani (1).pdf
Aksi nyata disiplin positif Hj. Hasnani (1).pdfAksi nyata disiplin positif Hj. Hasnani (1).pdf
Aksi nyata disiplin positif Hj. Hasnani (1).pdf
 
PELAKSANAAN + Link2 Materi TRAINING "Effective SUPERVISORY & LEADERSHIP Sk...
PELAKSANAAN  + Link2 Materi TRAINING "Effective  SUPERVISORY &  LEADERSHIP Sk...PELAKSANAAN  + Link2 Materi TRAINING "Effective  SUPERVISORY &  LEADERSHIP Sk...
PELAKSANAAN + Link2 Materi TRAINING "Effective SUPERVISORY & LEADERSHIP Sk...
 
aku-dan-kebutuhanku-Kelas 4 SD Mapel IPAS
aku-dan-kebutuhanku-Kelas 4 SD Mapel IPASaku-dan-kebutuhanku-Kelas 4 SD Mapel IPAS
aku-dan-kebutuhanku-Kelas 4 SD Mapel IPAS
 
Karakteristik Negara Mesir (Geografi Regional Dunia)
Karakteristik Negara Mesir (Geografi Regional Dunia)Karakteristik Negara Mesir (Geografi Regional Dunia)
Karakteristik Negara Mesir (Geografi Regional Dunia)
 
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 PENDIDIKAN GURU PENGGERAK
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 PENDIDIKAN GURU PENGGERAKDEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 PENDIDIKAN GURU PENGGERAK
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 PENDIDIKAN GURU PENGGERAK
 

KEBERKESANAN PENTADBIRAN DAN PENGURUSAN ORGANISASI PENDIDIKAN DI MALAYSIA

  • 1. KEBERKESANAN PENTADBIRAN DAN PENGURUSAN ORGANISASI PENDIDIKAN DI MALAYSIA 4.0 Guru Sebagai Agen Penyampai Bagi Kecemerlangan Pendidikan Seperti yang telah dibincangkan sebelum ini, daripada carta piramid Organisasi dan Peringkat Pengurusan Pendidikan Malaysia, dapat dilihat Menteri atau Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia memainkan peranan sebagai kuasa eksekutif dalam sistem pendidikan di Malaysia. Tugas utama kuasa eksekutif ini selain selaku pentadbiran pusat sistem pendidikan, ia juga bertanggungjawab membuat keputusan dan dasar mengenai sistem pendidikan negara serta menentukan peruntukan bajet bagi institusi pendidikan. Selepas kuasa menteri, hierarki ini turun kepada Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri. Jabatan Pelajaran Negeri, berperanan dalam menguruskan pengagihan dan penempatan guru, perjawatan guru dan staf, pembangunan prasarana dan merancang program pendidikan. Seterusnya daripada JP Negeri turun pula kepada Pegawai Pendidikan Daerah. Pegawai di peringkat daerah bertanggungjawab mengagihkan guru-guru sekolah di peringkat daerah. Menyelia pelaksanaan aktiviti akademik dan pengajaran dan aktiviti kokurikulum. Setelah itu barulah sampai kepada hierarki peringkat Pengetua atau Guru Besar. Pengetua atau Guru Besar di sekolah bertindak sebagai pengurus di sekolah, dalam hal-hal akademik dan pembangunan kemanusiaan. Akhir sekali barulah sampai kepada guru-guru yang berperanan sebagai agen pelaksanaan. Guru-guru sekolah terlibat dalam pengurusan akademik, pelajar, bahan, bilik darjah dan juga pengurusan kokurikulum. Sebagai individu yang berhubung terus dengan para pelajar maka gurulah yang memainkan peranan besar dalam merealisasikan matlamat pendidikan demi melahirkan modal insan untuk pembangunan negara. Organisasi dan Peringkat Pengurusan Pendidikan di Malaysia Menteri/ KPPM Pengarah JPN Pegawai Pendidikan Daerah Pengetua / Guru Besar Guru-guru Eksekutif Pengurusan Penyeliaan Teknikal Pelaksanaan
  • 2. 4.1 Peranan guru Setelah mengetahui peringkat pengurusan pendidikan di Malaysia, bahagian ini akan memberi fokus utama kepada peranan guru sebagai agen pelaksana bagi kecemerlangan pendidikan. Menurut Kamus Dewan, guru bermaksud pengajar, pendidik atau pengasuh. (Syed Ismail Bin Syed Mustapa. Ahmad Subki Bin Miskon: Julai 2010) Menurut kamus Online Merriam-Webster pula guru didefinasikan sebagai seorang yang mengajar. Sinonim- sinonim yang disenaraikan bagi perkataan guru termasuklah ‘pendidik’, ‘instruktur’, ‘ahli pedagogi’,’jurulatih’,’pensyarah’ dan ‘tutor’. Manakala dalam Akta Pendidikan 1996 menyatakan guru ‘seseorang yang mengajar murid di sesuatu institusi pendidikan, atau menyediakan atau mengeluarkan bahan pelajaran atau memeriksa jawapan yang dikembalikan di, bagi atau melalui pusat pendidikan jarak jauh, dan termasuklah guru besar atau pengetua. Kejayaan dan keberkesanan pendidikan berhubung rapat dengan kesedaran para guru terhadap tanggungjawab mereka sebagai pendidik. Mereka perlu melengkapkan diri dari segi ilmu pengetahuan, dan keluhuran budi pekerti yang tidak boleh dipisahkan sebaliknya boleh menjadi contoh yang berkesan. Dari segi tanggungjawab untuk menjadi pendidik, seorang guru perlu sentiasa bersemangat tinggi dan berpekerti mulia, berpandangan progresif dan saintifik. Yang dimaksudkan di sini ialah guru sentiasa berfikiran positif, proaktif, inovatif dan motivatif. Mereka haruslah mempunyai minda yang kehadapan dan sentiasa berusaha mengembangkan ilmunya. Di peringkat perkhidmatan pula guru harus bersedia menjunjung aspirasi negara dan menyanjung warisan budaya negara., Guru perlu memberi peluang kepada setiap pelajar untuk berkembang mengikut kemampuan mereka, selari dengan falsafah pendidikan kebangsaan. Akhir sekali guru juga harus berupaya memelihara suatu masyarakat yang bersatu padu, demokratik, progresif dan berdisiplin. 4.1.1 Il mu Pengetahuan Guru sebagai insan pendidik sentiasa ingin melihat kecemerlangan pelajar- pelajar mereka. Oleh itu untuk menyampaikan ilmu pengetahuan kepada pelajar-pelajar, guru perlu terlebih dahulu memiliki ilmu pengetahuan yang luas dari segi teknik pengajaran dan pembelajaran. Setiap insan yang bergelar guru mestilah mempelajari ilmu tentang pedagogi umum dan juga pedagogi kandungan subjek. Daripada wikipedia, Ensiklopedia bebas pedagogi bermaksud kajian mengenai pengajaran khususnya pengajaran dan pendidikan formal. Dengan kata mudah, pedagogi adalah sains atau seni mengenai cara mengajar di sekolah. Sebagai satu bidang kajian yang luas, pedagogi melibatkan kajian mengenai proses pengajaran dan pembelajaran, pengurusan bilik darjah, organisasi sekolah dan juga interaksi di antara pelajar dan guru. Secara amnya, cabang ilmu ini penting bagi membolehkan para guru menyampaikan pembelajaran di dalam kelas dengan kaedah yang betul dan pendekatan sesuai yang boleh diterima oleh pelajar-pelajar. Sebagai guru yang mengajar mata pelajaran, mereka perlu menguasai kurikulum kebangsaan yang menjadi teras panduan dan rujukan dari segi matlamat, objektif dan kandungan. Guru boleh meningkatkan penguasaan kurikulum dan kandungan subjek bukan hanya bergantung kepada buku teks semata-mata tetapi perlulah meneroka buku-buku rujukan yang banyak terdapat di pasaran. Bagi menambah nilai seorang guru mereka perlu meningkatkan ilmu melalui pembacaan bahan-bahan ilmiah yang segar. Selain itu mengikuti
  • 3. seminar tentang isu yang berkaitan ataupun penemuan terkini tentang suatu teori yang berkaitan dengan subjek. Guru yang berpengetahuan luas biasanya telah mengkaji daripada pelbagai jenis sumber. Mereka memiliki maklumat yang jelas yang boleh disampaikan kepada pelajar dan sebenarnya dapat memberi penekanan fakta-fakta penting untuk mudah difahami oleh pelajar-pelajar. Ini penting kerana sebagai guru mereka perlu dilihat berilmu pengetahuan luas agar dapat menjadi rujukan kepada pelajar-pelajar, rakan sejawat, bahkan pihak lain yang memerlukan khidmat kepakarannya. Jika dilihat peranan guru itu sendiri, banyak masa mereka di sekolah mereka perlu berhadapan dengan pelajar-pelajar. Ilmu pengetahuan tentang kanak-kanak atau reaksi pelajar amat penting kepada guru dalam mengenalpasti tindakan atau isyarat yang ingin disampaikan. Guru-guru harus bijak melayan kerenah murid yang pelbagai atau menangani sesuatu masalah yang melibatkan pelajar. Perubahan zaman teknologi moden kini turut mengubah perilaku dan tahap kepintaran anak-anak pada masa kini. Mereka lebih terdedah kepada kemudahan teknologi sedia ada yang dapat mengakses pelbagai maklumat yang dikehendaki. Pada tahap usia yang cergas pelajar-pelajar selalunya mempunyai perasaan inquiry atau sifat ingin tahu yang tinggi. Oleh itu persediaan sebagai seorang yang dewasa yang akan membimbing anak-anak remaja perlu ada dalam diri seorang guru. Ini kerana pelajar-pelajar akan lebih menghormati guru yang banyak berkongsi ilmu dan nasihat yang berguna untuk mereka. Dengan cara ini hubungan guru dan pelajar akan lebih erat bagi menjamin kecemerlangan dalam pendidikan. 4.1.2 Kemahiran Kemahiran diterjemahkan sebagai kemampuan untuk mencapai dengan jayanya sesuatu yang mana memerlukan pengetahuan yang khusus atau kebolehan atau kecekapan. Kemahiran ikhtisas merangkumi kemahiran menggunakan bahan pelajaran dengan tujuan meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran. Kemahiran yang paling penting perlu ada pada seorang guru ialah kemahiran komunikasi. Dalam kemahiran komunikasi pula boleh dipecahkan kepada dua iaitu komunikasi interpersonal dan intrapersonal. Kemahiran interpersonal merujuk sebagai kemampuan untuk berinteraksi dengan orang lain dengan memahami mereka. Terdapat enam kategori kemahiran interpersonal iaitu keupayaan untuk menerima perasaan dan idea, bertanya soalan, menyampaikan maklumat dan petunjuk dan juga kemahiran melanjutkan komunikasi. Kebolehan komunikasi yang baik bagi seorang guru termasuklah bersuara lantang, menggunakan bahasa yang halus, tetapi dengan sebutan yang jelas serta intonasi yang betul. Guru perlu boleh memberi arahan dengan tepat dan ayat-ayat yang gramatis dan diselitkan dengan unsur-unsur humor. Ciri-ciri guru sebegini dapat menghidupkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan dan murid tidak merasa bosan sepanjang kelas berlangsung. Kemahiran komunikasi bukan sahaja perlu antara guru dengan murid, tetapi juga antara ibu bapa murid dan masyarakat. Guru disarankan agar mewujudkan hubungan yang erat dengan ibu bapa murid. Perhubungan yang baik antara guru-guru dan ibu bapa akan menyebabkan murid-murid berasa diri mereka diawasi. Oleh itu secara tidak langsung ia dapat meningkatkan prestasi pelajaran murid-murid serta mengurangkan masalah disiplin dalam kalangan murid sekolah. Dalam zaman serba moden dengan teknologi terkini, medium pengajaran dan pembelajaran telah dipertingkatkan melalui penggunaan komputer. Diperingkat menengah kini pelajar sudah diajar subjek ICT atau akronimnya Information and Computer Technology. Untuk itu guru perlu mengetahui kemahiran teknologi ini dengan lebih baik bukan sahaja
  • 4. untuk tujuan kaedah pengajaran dan pembelajaran malahan sebagai rujukan supaya pelajar- pelajar mendapat penerangan yang tepat tentang ciptaan dan inovasi masa kini. Maklumat yang jelas tentang isu-isu semasa teknologi secara tidak langsung boleh mendorong minat pelajar ke arah penguasaan teknologi moden dan juga dapat memupuk daya inovatif dan kreatif dalam diri murid-murid. Guru juga haruslah memiliki kemahiran profesional dari segi pengurusan masa. Dalam era globalisasi kini profesion keguruan tidak ketinggalan menerima tempias lambakan peranan asalnya. Peranan guru sekarang bukan lagi tradisionalnya sebagai pendidik atau pengajar semata-mata. Malah skop tugas guru hari ini telah meluas dengan kerja-kerja ‘perkeranian’ seperti membuat kertas kerja, program-program di luar sekolah dan penyertaan dalam kokurikulum dan sukan. Bebanan kerja yang semakin meningkat telah menyebabkan isu guru pembantu dicadangkan oleh Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia (NUTP) bagi meringankan beban kerja guru. Walau bagaimanapun sebagai pendidik yang berdedikasi dalam tugas-tugas mengajar, guru kini harus bijak menguruskan masa dan meletakkan perkara terpenting dan segera untuk diberi keutamaan. Tugas mendidik murid-murid tetap menjadi matlamat utama bagi warga guru. Di samping pengurusan masa yang baik, guru juga bertindak menguruskan kelas atau bilik darjah. Guru perlu bijak dalam mengawal disiplin pelajar serta keceriaan murid dan kelas. Guru perlu sentiasa mengamalkan ketepatan masa, memastikan suasana kelas ceria dan bersih sesuai untuk suasana pembelajaran yang kondusif. Dengan itu murid akan sentiasa memberi tumpuan sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran berlaku. 4.1.3 Nilai Seandainya sistem pendidikan yang sedia ada adalah terbaik, namun tanpa didokong oleh individu yang mementingkan nilai-nilai murni maka sukar untuk kita menghasilkan pelajar cemerlang yang cemerlang dalam aspek akademik dan sahsiah dirinya. Seorang guru perlu mengamalkan nilai-nilai murni dalam perkhidmatannya. Salah satunya berpekerti mulia. Guru ini akan meletakkan kepentingan kepada orang lain seperti murid, ibu bapa dan masyarakat melebihi diri sendiri. Seorang guru haruslah memberi keutamaan dan memastikan setiap murid diberi peluang untuk mengembangkan potensi diri secara menyeluruh dan bersepadu merangkumi aspek intelek, rohani, emosi dan jasmani sesuai dengan yang terkandung di dalam falsafah pendidikan kebangsaan. Seperti yang telah dibicarakan sebelum ini, guru perlu berpandangan progresif dan saintifik. Guru hendaklah sentiasa berfikiran positif, proaktif, inovatif dan motivatif. Contoh yang mudah ialah guru ini sentiasa bersemangat dalam menjalankan tanggungjawabnya. Guru yang bersemangat tinggi sentiasa teruja dan ghairah untuk bertemu murid-murid. Mereka akan melengkapkan diri tentang persediaan yang perlu sebelum memasuki kelas, contohnya membuat rancangan pengajaran sebelum kelas bermula. Merancang aktiviti di dalam kelas dan menggunakan masa yang ada secara optimum. Menggunakan kaedah pembelajaran yang sesuai dengan tahap pencapaian murid-murid. Guru yang komited pada tugasnya akan dapat dirasai oleh murid-murid apabila mereka dapat merasakan bahawa guru tersebut benar-benar ingin membantu mereka dalam pelajaran. Secara tidak langsung murid turut bersemangat untuk belajar dan cemerlang dalam peperiksaannya.
  • 5. Sumbangan guru juga amat besar dalam konteks melahirkan masyarakat yang bersatu padu, demokratik, progresif dan berdisiplin. Di peringkat sekolah lagi pelajar di tekankan aspek keharmonian dalam masyarakat majmuk yang perlu kita kekalkan. Memastikan murid- murid pelbagai kaum berinteraksi antara satu sama lain. Murid-murid juga perlu diberi peluang untuk membuat keputusan supaya dapat meningkatkan keyakinan diri mereka. Guru turut berperanan menekankan aspek inovatif, kreatif, analitikal, kritikal, holistik dan bersepadu untuk melahirkan pelajar yang berfikiran secara progresif dan saintifik. Guru perlu menekankan semangat inkuiri dan kaedah dapatan bagi memupuk sifat gemar menyiasat dan mereka cipta dalam diri murid-murid. Sebagai insan pendidik, guru turut bertanggungjawab memastikan keharmonian, keselamatan dan keamanan menerusi penerapan nilai etika dan peraturan yang mesti dipatuhi oleh murid agar dapat membentuk masyarakat yang cemerlang. 4.2 Kesimpulan Daripada perbincangan tadi jelaslah seorang guru yang unggul dan profesional perlu mempamerkan ciri-ciri kekuatan teori dan kaya dengan ilmu pengetahuan. Guru perlu mempamerkan akhlak yang baik seperti bertatasusila dalam kerja, sentiasa meningkatkan kualiti hasil pengajaran, menjaga keterampilan, berperibadi mulia, dan berwawasan. Guru perlu menunjukkan contoh yang baik kepada pelajar supaya pelajarnya bukan sahaja cemerlang dalam pendidikan malah berpesonaliti sihat, serba boleh dan berdaya saing apabila tamat dari persekolahan. Rujukan 1.Falsafah dan Pendidikan di Malaysia, Choong Lean Keow(PhD), Kumpulan Budiman Sdn Bhd, U.G Press Sdn Bhd, 2008 2. Sekolah dan Masyarakat, Amir Hasan Dawi, Prospecta Printers Sdn Bhd, 2009 3. Kamus Dewan Edisi Keempat, 4. Bridges Not Walls, John Stewart, Mc Graw Hill, 2012 5. The Inspired Teacher, Carol Frederick Steele, Association for Supervision and Curriculum Development, 2009