SlideShare a Scribd company logo
1 of 19
ISI KANDUNGAN
PENGHARGAAN
PENDAHULUAN
1.0 KONSEP KEGURUAN
1.1 PROFESIAN
Dalam mencapai misi Nasional, Pendidikan adalah merupakan salah satu faktor penting
bagi tujuan tersebut. Bagi menjayakan misi dalam memertabatkan profesion keguruan, guru
adalah merupakan tunjang sebagai penjana dan pencetus bagi merealisasikan matlamat
tersebut. Menurut Kamus Dewan (1970), ‘guru’ bererti pendidik, pengajar dan pengasuh.
Jika dihuraikan dengan lebih mendalam lagi, pendidik bermaksud orang yang memelihara
dan melatih. Pengajar ialah seorang yang menjadi petunjuk kepada orang lain, manakala
pengasuh memberi makna orang yang memelihara, menjaga dan mendidik. Manakala
keguruan ialah sesuatu yang mempunyai perkaitan dengan bidang menuntut ilmu atau
tempat mendapatkan ilmu seperti sekolah, tempat belajar, pengajaran dan pembelajaran
dan sebarang perkara yang mempunyai perkaitan dengan guru.
1.2 ETIKA
1.3 AKAUNTABILITI
Definisi Akauntabiliti Melalui Dewan Bahasa dan Pustaka, akuantabiliti adalah
disimpulkan adalah merupakan satu dasar akhlak, adat atau tingkah laku atau
kesusilaan .Sementara kamus dewan edisi keempat pula menyatakan, akauntabiliti
bermaksud sifat bertanggungjawab kepada seseorang atau terhadap suatu tindakan,
keputusan dan sebagainya serta bersedia memberikan penjelasan, justifikasi yang
diperlukan. Sebagai contoh, seorang guru mengutip yuran daripada pelajarnya perlu
menjelaskan butiran-butiran yang hendak dikutip dengan jelas kepada pelajar. Sebagai
seorang guru yang berkualiti mestilah mempunyai ciri-ciri akauntabiliti yang tinggi
supaya dapat membina generasi baru yang berguna dan berwibawa. Dengan ini barulah
bidang perguruan dapat membantu atas perkembangan negara. Akauntabiliti adalah
satu proses mendatangkan keputusan maksimum. Akauntabiliti pendidikan bermakna
sistem pendidikan yang dibentuk adalah bertanggungjawab untuk mencapai objektif-
objektif pendidikan. Secara lebih luas lagi, akauntabiliti merupakan satu laporan umum
oleh satu kumpulan pemeriksa bebas tentang pencapaian pelajar yang diharapkan bagi
sesuatu perbelanjaanwang atau penggunaan sumber. Akauantabiliti bermaksud maklum
balas dan merupakan keuntungan pelajar secara berseorangan.Sekolah sepatutnya
mempunyai intensif untuk membolehkan setiap pelajar mencapai kejayaan dan pelajar
berhak menuntut ganti rugi jika pihak sekolahgagal. Tujuannya ialah mengekal dan
memajukan sistem pendidikan dan menyediakan maklumat untuk menunjukkanusaha.
Implikasinya Terhadap Akauntabilti Guru a) Akauntabiliti terhadap diri sendiri Seorang
guru haruslah menjaga kebersihan dan kesihatan dirinya agar dapat menjalankan tugas
sebagai pendidik dengan sempurna. Emosi hendaklah di kawal oleh guru sendiri dan
juga perlu menghindarkan diri dari sebarang ketegangan jiwa yang boleh mengganggu
tugasnya. Di samping itu, guru-guru juga akan mempunyai sikap yang positif terhadap
profesionnya. Guru harus mementingkan kebajikan pelajar daripada perkara lain. Guru
perlu memberi tumpuan kepada pelajar yang lemah, menyediakan tugasan yang lebih
mencabar kepada pelajar yang cemerlang supaya mencapai objektif pengajaran dan
pembelajaran. Guru bersikap adil. Guru membantu pelajar-pelajarnya tanpa mengira
kaum, bangsa, status sosio ekonomi. Guru juga harus mempunyai sikap yang tegas
dengan memberi hukuman atau ganjaran dengan sesuai. Yang penting, guru harus
mempunyai tingkah laku yang sesuai. Antara tingkah laku yang sesuai ialah
bertatasusila, ada perasaan belas kasihan, sabar, jujur, bersih dan menepati masa dan
sebagainya. Dengan ini, barulah guru dapat menjadi teladan baik yang dapat dipelajari
oleh pelajar-pelajarnya. Sebagai seorang guru, guru hendaklah bijak menguruskan
kewangan dengan bijaksana dan mengimbangi pendapatan dengan perbelanjaan. Ini
adalah kerana jika guru gagal menguruskan kewangan maka guru akan menghadapi
masaalah luaran yang boleh menjejaskan tumpuannya terhadap proses pengajaran di
sekolah. Guru juga di galakkan melengkapkan diri dengan pelbagai ilmu pengetahuan.
dan peka terhadap peristiwa di sekeliling melalui media massa atau elektronik supaya
mudah memberikan imput yang berguna terhadap profesionnya. Guru juga boleh
melibatkan diri dalam sesuatu hobi dan aktiviti berfaedah di masa lapang yang boleh
menjadikan guru itu sihat dari segi mental dan fizikal. Di samping itu juga, sebagai
seorang guru haruslah menunjukkan teladan yang baik kepada pelajarnya. Oleh itu,
melalui kod etika, guru akan berusaha meningkatkan pengetahuan diri. Guru harus
menguasai subjek yang diajar degan mendalam dan mahir. Pengajaran tidak dapat
diasingkan daripada pembelajaran. Guru harus belajar tentang bidang pengajarannya
dengan lebih mendalam pada setiap masa. Melalui kod etika tersebut guru akan
mempunyai pengetahuan tentang kanak-kanak. Guru akan mempunyai pengetahuan
psikologi tentang kanak-kanak, iaitu tingkah laku, minat, bakat, minat-minat dan
keperluan kanak-kanak. Selain daripada itu, guru juga harus mempunyai pelbagai
kemahiran yang tertentu. Antaranya ialah kemahiran unutk menyampaikan pengajaran
yang berkesan, kemahiran mengemukakan soalan, menggunakan contoh-contoh,
kemahiran menyediakan soalan-solan yang baik, kemahiran melibatkan semua pelajar
dalam pelajaran, kemahiran pengurusan bilik, kemahiran mengawal disiplin pelajar dan
sebagainya. Pelbagai kemahiran patut dimiliki oleh gurusupaya pelajar-pelajarnya dapat
mengaplikasikan kemahiran mengguna, menganalisis, membuat sintesis serta penilaian,
aktiviti pengajaran dapat dijalankan dengan lancar, pelajar-pelajarnya dapat menyerap
ilmu pengetahuan dengan berkesan dan dengan cara yang menarik. Hal ini disebabkan
guru dapat memahami kebolehan dan minat setiap pelajarnya supaya guru dapat
menyediakan aktiviti-aktiviti yang sesuai bagi setiap pelajar mengikuti tahap yang
berbeza. Oleh itu, pelajar dapat menjalankan sesuatu aktiviti dengan menarik dan dapat
menikmati kejayaannya. Selain itu, melalui Guru perlu mempunyai pengetahuan tentang
mata pelajaran yang diajar dan kaedah mengajar yang sesuai supaya pelajarnya boleh
mendapat ilmu pengetahuan dengan berkesan. Setiap matapelajaran mempunyai
kaedah mengajar yang berbeza. Kaedah mengajar yang berkesan akan mencapai
objektif pengajaran dan pembelajaran di samping pelajar yang lemah juga mendapat
manfaatnya dan guru juga perlu mengambilkira keperluan-keperluan pelajar yang
cerdas supaya mereka tidak berasa bosan. Sebagai seorang guru yang professional
perlu memiliki kefahaman yang mendalam tentang tugasnya. Guru perlu mempunyai
kefahaman terhadap pelajar-pelajarnya, kefahaman tentang mata pelajaran yang diajar
serta kefahaman terhadap diri sendiri. Guru mempunyai kefahaman yang mendalam
tentang tugasnya supaya proses pengajaran dapat dijalan dengan lancar,berupaya
meneliti sesuatu konsep dari suatu perspektif yang lebh luas danmengawal emosi
sendiri dengan baik. b) Akauntabiliti Terhadap Pelajar Guru bertanggungjawab
melengkapi pelajar-pelajarnya dengan pelbagai ilmu pengetahuan supaya mereka dapat
lulus dalam peperiksaan di samping memperkembangkan diri sendiri dari segi jasmani,
emosi, rohani, intelek dengan sempurna. Guru juga bertanggungjawab menwujudkan
suasana emosi bilik darjah yang tenang supaya pelajarnya dapat kestabilan emosi.
Sebagai seorang guru yang professional, akauntabiliti terhadap pelajar ialah lebih
mementingkan kebajikan pelajarnya daripada hal-hal lain. Pembentukan akhlak pelajar
yang baik merupakan tanggungjawab seorang guru. Penerapan nilai-nilai murni dan
pendidikan agama dapat meninggikan taraf akhlak pelajarnya. Guru juga perlu melatih
pelajarnya dapat bersosialisasi dengan baik supaya pelajarnya dapat berkomunikasi
dengan orang lain dengan baik. Perkara ini dapat dilatih melalui aktiviti-aktiviti
kokurikulum di dalam sekolah dengan menyertai persatuan, unit-unit beruniform dan
sukan. Maka aktiviti kumpulan di dalam kelas juga dapat membantu pelajar
meningkatkan sosialisasi pelajarnya. c) Akauntabiliti Terhadap Ibu Bapa Sebagai ibu
bapa, mereka pasti mengharapkan anak-anak mereka mendapat keputusan yang baik
dalam akademik. Oleh itu, mereka akan menginginkan guru-guru anak mereka dapat
meningkatkan prestasi akademi anak-anaknya. Ibubapa mengharapkan nilai-nilai murni
dapat diterapkan semasa mereka belajar didalam kelas sepanjang masa. Apabila anak-
anak mereka besar nanti akan menjadi seorang yang bertanggungjawab, berinisiatif,
proaktif serta bersedia untuk menghadapi segala cabaran hidup. Selain itu, ibu bapa
juga mengharapkan guru dapat membantu anak-anak mereka membina kemahiran
berfikir secara kritis dan kreatif, kemahiran membaca pantas serta mencari dan memilih
maklumat, patriotik, kemahiran tentang bidang teknologi maklumat serta kemahiran dari
aspek interpersonal supaya pelajar dapat membuat keputusan dengan bijak serta
intrapersonal supaya pelajar dapat mengawal emosinya dengan baik. Di samping itu, ibu
bapa mengharapkan guru dapat menjadi kaunselor anak-anaknya. Untuk itu seorang
guru haruslah menjalankan tugasnya dengan penuh dedikasi di bilik darjah termasuk
mematuhi masa dalam jadual waktu serta melaksanakan pengajaran dan pembelajaran
mengikut kaedah dan teknik yang berkesan. Bagi pelajar yang lebih lemah, guru harus
lebih memberi tumpuan kepadanya supaya mereka dapat menguasai konsep-konsep
yang ingin disampaikan. Bagi pelajar yang cemerlang juga perlu diberi perhatian.
Merekaperlu diberi latihan yang lebih mencabar supaya tidak berasa bosan terhadap
akademik. Ibu bapa juga mengharapkan anak mereka bersopan-santun. Guru perlu
mengendalikan masalah-masalah yang dihadapi oleh pelajar-pelajar kepada ibu
bapanya. Misalnya masalah berbentuk akademik, sosio emosi dan sebagainya. Guru
harus membudayakan seluruh kehidupannya yang positif supaya murid memperohi
model yang terbaik untuk dicontohi. Ini adalah kerana seorang guru merupakan orang
yang di hormati oleh pelajarnya, oleh yang demikian perlulah guru menjaga
profesionalisme guru supaya mereka tidak di benci,di pandang serong dan tidak di
hormati lagi oleh anak muridnya. d) Akauntabiliti Guru Terhadap Program Pendidikan
Setiap program yang direncanakan melalui program pendidikan adalah berasaskan
kepada kecemarlangan keseluruhan pelajar (JERI). Oleh itu, guru perlu memastikan
aktiviti program pendidikan dijalankan dengan berkesan supaya dapat mencapai
matlamat-matlamat program pendidikan. Dengan ini pelajar akan menjadi berbudi
pekerti, berpandangan progresif dan saintifik, berdisiplin serta bersedia menjunjung
aspirasi negara dapat dibentuk. Tugas guru ialah mengajar, membimbing, memberi
dorongan kepada pelajar supaya mereka dapat berfikir secara kritis dan kreatif. Oleh itu
guru haruslah sentiasa memberi sokongan yang sepenuhnya bagi memastikan setiap
program yang dijalankan oleh Kementerian Pendidikan berjalan lancar dengan jayanya.
e) Akauntabiliti Guru Terhadap Negara Sistem pendidikan negara adalah satu institusi
yang menjalankan dasar dalam membentuk generasi bagi menghasilkan tenaga pekerja
mengikut keperluan-keperluan negara. Kurikulum yang digunakan seharus bersepadu
supaya perkembangan individu akan menjadi seimbang melalui sistem persekolahan.
Setiap guru telah diamanahkan bagi menjayakan dasar ini dan diberi imbuhan yang
setimpal dengan kerjayanya. Oleh itu, mereka bertanggungjawab untuk menjawab atau
memberi penerangan kepada atas segala kegagalan atau kelemahan kepada
negaranya. Guru perlu memberi penjelasan kepada kerajaan jika kegagalan
menyempurnakan sesuatu perkara.
1.4 PROFESIONALISME
Berdasarkan ciri-ciri profesion, Mok Soon Sang (1996) merumuskan secara ringkas konsep
profesionalisme sebagai suatu pekerjaan yang khusus dan dijalankan oleh orang yang
mempunyai kelulusan dan latihan iktisas yang cukup bermutu . Untuk menjadi seorang yang
profesional haruslah bersikap jujur, dedikasi, bertanggungjawab dan bermoral tinggi serta
mempunyai outonomi bertugas dengan mematuhi kod etika yang ditentukan oleh
organisasinya
2.0 GURU SEBAGAI SEORANG YANG PROFESIONAL
Kualiti Guru Yang Profesional merupakan perkerjaan yang khusus dimana ia dilaksanakan
oleh seseorang yang berpendidikan tinggi atau mempunyai kelulusan dam latihan ikhtisas
yang cukup bermutu. Tugas guru bukan sahaja menyebar ilmu pengetahuan. Guru juga
merupakan contoh teladan kepada murid-murid. Oleh itu,seorang guru yang profesional
seharusnya mempunyai ciri-ciri dan kualiti peribadi, profesional dan sosial yang baik.
Seorang guru yang bersifat baik akan melaksanakan tugas dan tanggungjawabnya sebagai
pendidik dan pengajar.Seseorang guru yang baik seharusnya mempunyai sifat dan kualiti
peribadi seperti suka berjenaka, dedikasi, baik hati, tegas, toleransi dan sebagainya. Pelajar
menghabiskan tempoh hampir enam jam di bilik darjah, masa yang begitu panjang di dalam
bilik darjah akan membawa kebosanan kepada para pelajar. Jadi guru harus bijak berjenaka
pada masa yang sesuai untuk mewujudkan suasana bilik darjah yang gembira agar
menghilangkan kebosanan murid-murid di bilik darjah.
Selain itu, suasana yang riang ini juga membawa kesan yang baik kepada pengajaran
dan pembelajaran.Ia akan menjadikan pembelajaran lebih bermakna dan menarik. Guru
merupakan pendidik atau pengasuh kanak-kanak agar mereka akan menjadi modal insan
dan memberi sumbangan kepada negara. Kelahiran generasi baru yang berkaliber ini
adalah untuk memajukan negara kita dalam setiap bidang dan menuju Wawasan 2020.
Guru juga memainkan peranan yang penting dalam bidang pendidikan. Pendekatan individu
merupakan komponen kemahiran dan teknik personal pada seseorang guru semasa proses
interaksi berlaku antara guru dan pelajar. Kebolehan guru bagi mewujudkan persefahaman
dan rasa saling percaya mempercayai dengan pelajar dengan mengambil kira beberapa
aspek. Ciri-ciri personal guru yang digemari oleh pelajar akan membolehkan guru dengan
lebih mudah diterima dan mendapat sokongan daripada pelajar-pelajar, seterusnya
memudahkan tugas pengurusan dan pengajaran guru di sekolah dan di bilik darjah.
Pada umumnya, pelajar menyanjung tinggi guru-guru yang memiliki ciri-ciri personal
yang berhemah tinggi. Ciri-ciri personal guru yang berhemah tinggi ini juga sangat penting
bagi membolehkan guru yang menjadi model yang berwibawa dan dihargai oleh pelajar-
pelajar. Di antara ciri-ciri personal yang digemari oleh pelajar ialah mempunyai sifat sabar,
tenang, dedikasi, periang, bertimbang rasa, adil, rajin.mesra, kreatif, inovatif, kesediaan
mendengar kritikan dan teguran. Penampilan juga memainkan peranan dalam membentuk
personaliti seseorang guru. Guru perlu menampilkan ciri-ciri seperti pemilihan pakaian,
kebersihan tubuh badan dan kekemasan diri. Penampilan guru yang boleh mengganggu
tumpuan pelajar adalah seperti imej guru yang tidak kemas, selekeh, tidak bersih, memakai
perhiasan diri yang keterlaluan ataupun haruman yang melampau mencerminkan
keperibadian guru tersebut. Cara duduk guru turut mendapat permerhatian pelajar di
sekolah. Pelajar sentiasa memerhati kelakuan guru terutamanya ketika proses pengajaran
dan pembelajaran.Sekiranya guru berada dalam posisi duduk, pastikan tidak terlalu
menyandar ke kerusi. Duduk dalam keadaan tegak mahupun condong sedikit ke hadapan
bagi menunjukkan yang guru berminat dengan pelajar. Bagi posisi berdiri pula, guru
digalakkan berdiri secara berhadapan dengan pelajar. Posisi ini akan membolehkan guru
melihat keseluruhan tingkah laku tanpa lisan yang ditunjukkan oleh guru itu.
Guru juga perlu mempunyai tahap tenaga yang mencukupi apabila melayan pelajar.
Tahap tenaga yang ditunjukkan akan memberi gambaran pada mood guru sama ada dalam
keadaan cergas, bersemangat, letih, lesu ataupun tidak berminat dengannya. Biasanya
tahap tenaga akan memberi kesan pada hubungan yang dibina bersama pelajar. Guru yang
dalam keadaan bersemangat akan mengajar dengan bersemangat juga dan secara tidak
langsung akan bersungguh-sungguh menyampaikan ilmu.Pelajar turut bersemangat untuk
terus belajar setelah melihat kesungguhan guru semasa mengajar. Keberkesanan dalam
usaha mengajar dan mendidik pelajar mungkin mempunyai pengertian yang berbeza di
kalangan para guru. Ini adalah bergantung kepada kefahaman dan penekanan mereka
mengenai konsep berkenaan. Ada guru yang mengutamakan penguasaan pelajar mengenai
isi pengajaran dan pembelajaran manakala ada juga guru yang berpendapat pengajaran
yang berkesan membawa maksud kemajuan dalam pertumbuhan dan perkembangan sosial
pelajar yang dinilai dari sudut, sama ada pelajar tersebut telah mencapai sikap yang positif
mengenai diri sendiri dan orang lain. Kemungkinan bagi kebanyakkan guru berpendapat
bahawa pengajaran yang berkesan adalah satu imbangan yang sempurna di antara
kemajuan pemikiran dan perasaan dan di antara penekanan kepada isi mata pelajaran dan
pelajar.
Personaliti guru merupakan di antara faktor-faktor guru yang memainkan peranan
penting dalam pengajaran yang berkesan atau tidak di sekolah. Besar kemungkinan
bahawa dua orang guru yang mempunyai kelulusan akademik yang sama, dan latihan
perguruan yang serupa masih berbeza dari segi kebolehan mereka, menggalakkan motivasi
pelajar dalam pembelajaran. Sebahagian daripada perbezaan itu adalah disebabkan oleh
kesan atau pengaruh personaliti guru terhadap pelajar. Aspek tingkah laku guru tanpa lisan
dan aspek fizikal turut memainkan peranan dalam mewujudkan proses pengajaran dan
pembelajaran berlaku dengan baik. Keadaan serta lokasi bilik perlu dipastikan sesuai dan
sekiranya komunikasi bersifat serius,ianya perlu mengambil kira beberapa keadaan seperti
keadaan dan lokasi bilik yang selesa, suasana tidak terlalu sejuk ataupun panas dan
kondusif. Bagi membina hubungan yang berkesan adalah digalakkan supaya duduk di atas
kerusi secara berhadapan ataupun duduk dalam keadaan yang membolehkan guru dapat
melihat keseluruhan posture (kedudukan tubuh) dan gesture(gerakan badan) pelajar. Guru
juga perlu memastikan ruang komunikasi tidak terlalu dekat ataupun tidak terlalu jauh iaitu
kira-kira sedepa tangan guru atau antara 1 meter hingga 1.5 meter dengan pelajar bagi
mewujudkan kontek atau hubungan mata yang sesuai. Dari aspek tingkah laku tanpa lisan
pula, guru perlu membentuk ekspresi wajah, kedudukan dan pergerakan badan yang sesuai
ketika proses pengajaran. Guru perlu membentuk item-item tanpa lisan seperti ekspresi
wajah, mimik muka, sinaran ataupun pandangan mata, kedutan dahi, bentuk senyuman dan
kedudukan serta pergerakan tubuh badan seperti pergerakan tangan dan kaki serta suara
separa bahasa. Guru yang baik juga perlu mengetahui aspek-aspek komunikasi dan tingkah
laku tanpa lisan kerana mesej-mesej yang lahir daripadanya boleh memberi makna-makna
tertentu kepada guru. Ekspresi wajah guru pula menunjukkan guru dalam keadaan gembira,
marah, terperanjat, sedih dan sebagainya dengan kombinasi pergerakan mata, kening, pipi,
hidung dan mulut.
Bagi pelajar yang memahami pergerakan tubuh, guru yang kerap berpeluk tubuh
menggambarkan marah, kurang bersedia, rasa tidak selamat dan defensive. Pergerakan
yang berjalan ke hulu dan ke hilir menggambarkan seseorang itu dalam keadaan resah,
gelisah dan bimbang. Manakala pergerakan yang mengangkat bahu mambawa maksud
ragu-ragu dan tidak tahu. Suara guru turut memainkan peranan yang mana bunyi-bunyi
suara seperti mengecis, menarik ataupun menghela nafas, tinggi atau rendah nada suara
ataupun pic suara yang dikeluarkan dan juga kelajuan percakapan. Semua aspek ini
mempengaruhi pelajar untuk menarik minat terhadap pengajaran yang disampaikan oleh
guru. Menurut Mel Silberman(2004) kecenderungan seseorang pelajar lupa tentang apa
yang didengarinya adalah berkaitan dengan kelajuan seseorang guru, ini menunjukkan
pelajar hanya berupaya mendengar antara 50 hingga 100 patah perkataan sahaja dalam
masa seminit atau pun separuh daripada apa yang diperkatakan oleh guru. Ini menunjukkan
tahap pemahaman pelajar banyak bergantung kepada kelajuan percakapan guru ketika
mengajar. Personaliti ini banyak dipengaruhi oleh pengaruh budaya dan amalan yang biasa
dilakukan oleh individu dan masyarakat setempat.
Guru perlu mempunyai kemahiran mendengar bagi membantu guru menafsir dan
membuat penilaian yang baik pada maklumat yang disampaikan oleh pelajar. Ianya juga
dapat membantu guru memberi maklum balas yang tepat kepada pelajar berkaitan
maklumat yang diterimanya bagi membuat rumusan ataupun cadangan. Setiap individu
yang bergelar pendidik, perlu membina hubungan interpersonal bagi mewujudkan
persefahaman dan rasa saling percaya mempercayai dengan pelajar iaitu mengambil kira
beberapa aspek positif seperti prihatin, mengambil berat, mesra,ikhlas dan mempunyai
sikap menerima. Kebolehan-kebolehan ini juga memerlukan beberapa kemahiran tertentu
bagi memastikan hubungan yang diterima berada di tahap situasi yang diterima baik dalam
hubungan sosial biasa. Kemahiran interpersonal ini memerlukan masa untuk menyesuaikan
diri dengan tugas sebagai seorang guru dan seseorang guru perlu menanamkan sifat ini di
hari pertama bergelar pendidik. Kemahiran ini akan terus berkembang dari masa ke semasa
mengikut pengalaman guru itu berkhidmat. Personaliti guru mudah dikenali oleh masyarakat
umumnya. Personaliti guru ini tidak dididik secara formal sewaktu kita belajar di Maktab
Perguruan atau di Universiti tetapi pada hakikat sebenarnya profession sebagai pendidik
membentuk personaliti guru sebenarnya.
Guru harus mengekalkan personaliti yang diterapkan sejak dari dulu lagi. Biarlah
walaupun seseorang itu tidak memperkenalkan dirinya sebagai seorang guru, tetapi ianya
tetap dikenali sebagai seorang guru berdasarkan penampilan dan perwatakan seorang
guru. Kesemua sifat personal pengurus yang berkesan bagi seseorang guru ini amat
penting dimiliki oleh guru-guru untuk melayakkan mereka menjadi pendidik yang berwibawa
dan dapat mencorakkan prestasi kerjaya yang cemerlang. Sifat-sifat ini akan dapat
mencorakkan kualiti personal yang berkesan untuk menangani pelbagai masalah,
perubahan dan cabaran dalam dunia pendidikan dan dalam dunia profesion perguruan yang
mengalami perkembangan yang terbuka dan dinamik. Personaliti guru sentiasa mendapat
perhatian dari anak didik dan secara tidak langsung masyarakat membuat penilaian
terhadap guru. Kepercayaan masyarakat terhadap profesion pendidikan banyak dinilai dari
sikap dan tingkah laku seseorang guru, secara tidak langsung rasa hormat dan elemen
persefahaman serta rasa mempercayai adalah mustahak bagi menjayakan hubungan
berkesan di antara guru, pelajar dan ibubapa. Ini penting ini bagi memastikan proses
pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan lancar dan baik dan secara tidak langsung
membantu pelajar minat terhadap apa yang disampaikan oleh guru kepada palajar. Di
samping itu guru memerlukan satu pengorbanan. Kepentingan individu sentiasa diketepikan
berbanding dengan kepentingan pelajar. Sifat dedikasi guru amat diperlukan. Guru yang
berdedikasi akan melaksanakan tugasnya dengan sempurna, malah akan menjalankan
pelbagai tugas di luar waktu kerjanya. Kejadian ini akan berlaku semasa pelajarnya
menghadapi masalah.
Guru sanggup mengorbankan masanya untuk mendengar kesusahan murid itu dan
membantunya dengan mengadakan kelas tambahan bagi pelajar yang lebih lemah dalam
pelajaran. Guru yang berdedikasi akan meluangkan masanya untuk mengadakan aktiviti-
aktiviti yang luar kelas untuk membantu pelajar dari segi fizikal, rohani dan emosi. Di
samping itu, sikap baik hati dan timbang rasa seseorang guru amat dihargai oleh para
pelajar. Guru yang bertimbang rasa akan memberi murid-murid belajar dalam suasana yang
tenteram, yakin dan senang hati.Sebaliknya, guru juga berperanan sebagai seorang
pendisiplin dalam bilik darjah. Di dalam kelas, guru mestilah menjamin peraturan-peraturan
dapat dipatuhi oleh pelajar. Bagi mewujudkan disiplin pelajar yang baik, guru yang tegas
tetapi adil amat diperlukan bagi melancarkan pengajaran dan pembelajaran guru dalam
kelas. Semasa menjalankan tugas, guru akan menghadapi pelbagai jenis masalah disiplin,
pelajar yang lemah dalam akademik dan sebagainya. Pada masa itu, sifat toleransi amat
diperlukan. Sekiranya guru kurang bertoleransi akan bertindak terburu-buru dalam
menyelesaikan masalahitu. Misalnya, semasa menghadapi masalah disiplin, guru mungkin
akan menghukum pelajar berkenaan tanpa membuat penyiasatan dalam kes terseut.
Tindakan ini akan menimbulkan perasaan tidak puas hati atau benci terhadap guru. Guru
yang bertoleransi pula akan menghadapi setiap masalah dengan penuh sabar. Guru akan
berusaha memahami setiap masalah yang ditimbul dan berfikir sebelum mengambil sesuatu
tindakan. Sifat dan kualiti profesional yang tinggi merupakan salah satu syarat bagi seorang
pendidik. Seorang guru yang profesional akan membentuk pelajar yang pintar serta
pengajaran dan pembelajarannya adalah berkesan. Guru sebagai seorang profesional
hendaklah peka terhadap kebolehan, keperluan-keperluandan minat seseorang pelajar.
Contohnya, apabila timbul situasi yang bosan, guru harus peka terhadap situasi ini dan
berusaha menghilangkan kebosanan dalam bilik darjah. Selain itu, dalam aktiviti seharian di
kelas, terdapat pelajar yang bertindak aktif, ada yang pasif atau pemalu. Guru yang peka
patut berusaha melibatkan pelajar yang malu dalam aktiviti supaya pelajar boleh
berkomunikasiantara satu sama lain. Bagi setiap profesional, sifat dedikasi juga salah satu
sifat yang penting. Guru yang berdedikasi tentu akan menjalankan tugasnya dengan
sempurna dan memainkan peranannya sebagai seorang pendidik. Tambahan pula, guru
yang berdedikasi akan mementingkan tugasnya daripada perkara-perkara
peribadinya.Seseorang guru yang profesional sedar tentang keperluan-keperluan
kebangsaan. Keperluannya seperti perpaduan negara, warganegara yang taat setia kepada
raja, semangat patriotik, mematuhi undang-undang dan sebagainya. Guru yang kerap
mengingati keperluan ini akan berusaha ke arah memenuhinya. Sebagai contoh, bagi
memenuhi keperluan perpaduan negara, guru sentiasa memastikan aktiviti kurikulum atau
kokurikulum adalah disertai oleh pelajar daripada pelbagai kaum. Selain itu, guru yang ingin
menjadi pelajarnya warganegara yang taat setia kepada raja dan mencintai negara akan
menerapkan nilai-nilai dalam pengajarannya. Seseorang profesional hendaklah sentiasa
memperkenalkan sesuatu yang baru. Guru yang inovatif akan berusaha mencuba strategi
pengajaran yang baru atau alat-alat bantu mengajar yang baru dan inovasi. Guru juga harus
sentiasa untuk meningkatkan mutu pengajaran dengan menghadiri kursus-kursus, taklimat
atau seminar yang berkaitan dengan pengajaran. Dalam zaman era globalisasi ini, guru
yang inovatif memperkenalkan penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran
seharian. Selain daripada ciri-ciri dan kualiti peribadi dan profesional, sifat dan kualiti sosial
juga sangat penting. Antaranya ialah bermoral, sifat kepimpinan,berbudi pekerti, merendah
diri dan lain-lain lagi. Guru hendaklah memainkan peranan untuk menyebarkan nilai-nilai
murni kepada pelajar. Oleh itu, guru yang bermoral tinggi mestilah menjadi contoh pelajar.
Guru dapat mempraktikkan nilai-nilai murni dalam aktiviti-aktiviti seharian dengan
mengadakan kerja kumpulandan nilai-nilai tolak ansur, bekerjasama, tolong-menolong,
bertoleransi dansebagainya. Dengan ini, semua nilai-nilai murni dapat ditekankan dengan
lebihberkesan berbanding dengan penerangan nilai-nilai tersebut. Dari segi sosial,sifat
kepimpinan harus ditonjolkan oleh guru di dalam kelas. Guru merupakan pemimpin dalam
kelas kerana guru bertanggungjawab untuk menganjurkan aktiviti-aktiviti seperti gotong-
royong, kempen-kempen dan sebagainya. Sebagai seorang pemimpin, guru harus
membuat rancangan secara teliti dan memastikan aktiviti dijalankan dengan lancar dan
berjaya. Setiap kegiatan yang dijalankan mempunyai tujuannya, jadi guru mestilah
menjelaskan tujuan dan cara pelaksanaannya.Sebagai seorang guru yang berjaya, guru
diharapkan dapat menonjolkan sifat budi pekerti. Ini termasuklah kelakuan guru yang
bersopan santun semasa bergaul dengan rakan-rakan sejawat atau pelajarnya. Sifat ini
sangat pentingbagi seorang guru kerana sifat ini akan sentiasa dihormati dan disanjungi
oleh orang ramai begitu juga dengan murid-muridnya. Selain itu, sifat merendahkan diri
akan disenangi oleh orang ramai. Tiada orang suka bergaul dengan orang yang sombong,
terutamanya guru. Guru tidak boleh mempunyai sifat sombong kerana guru merupakan
teladan bagi pelajar. Oleh itu, sifat merendah diri perlu ada pada seseorang guru.Secara
umumnya, guru yang mempunyai ciri-ciri dan kualiti peribadi,profesional dan sosial akan
disanjungi dan dihormati oleh orang ramai dan pelajarnya. Guru adalah merupakan seorang
pendidik dan bertanggungjawab bagi menyebarkan ilmu pengetahuan dan peliti untuk
murid-murid. Hanya guru yang memiliki sifat ini dapat melaksanakan tugas serta
kewajipannya dengan sempurna. Seseorang guru dalam profesion keguruan ini perlu serba
tahu. Guru diharapkan dapat mambawa isu-isu semasa untuk perbincangan dan mencari
penyelesaiannya bersama-sama pelajar di dalam kelas. Contohnya, di Malaysia kadar
kemalangan jalan raya adalah tinggi, pendidikan memandu kereta adalah satu perkara yang
dipandang serius oleh kerajaan pada masa ini. Keselamatan di jalan raya dan cara-cara
memandu yang selamat dan bertimbang rasa boleh dibincangkan di dalam kelas untuk
menyedarkan pelajar tentang keperluan memperbaiki situasi yang terdapat sekarang,
dengan harapan mereka tidak akan berkelakuan sedemikian apabila mereka menjadi
pemandu kelak. Melalui pembacaan guru dapat menambah pengetahuan mengenai isu-isu
semasa sama ada yang berkaitan dengan kekeluargaan , komuniti, isu semasa, ekonomi
dan juga politik. Dalam hal seperti ini, guru diharapkan dapat menggunakan kebijaksanaan
dan inisiatif sendiri dalam menggunakan isu-isu semasa untuk dikaji dan dibincangkan
dengan pelajar. Dalam perubahan-perubahan system pendidikan yang semakin mencabar
ini, profesion keguruan juga perlu menyediakan diri dengan amalan nilai dan akhlak yang
terpuji. Dalam kurikulum pendidikan peringkat rendah dan menengah telah ditegaskan nilai-
nilai murni perlu diterapkan dalam pengajaran. Pelaksanaan penerapan nilai penting untuk
menyediakan para pelajar menjadi warga yang berguna kepada negara pada masa
hadapan. Hal yang sama juga perlu dihayati oleh guru. Enam belas nilai murni yang
disarankan dalam kurikulum pendidikan perlu dimiliki oleh guru terlebih dahulu. Sebagai
seorang pendidik yang bertanggungjawab, guru hari ini perlu menyedari bahawa tugas dan
amanah yang diberikan itu adalah untuk mendidik generasi yang akan menerajuai negara
ini. Oleh itu kemahiran dan pengetahuan mengenai method-method pendidikan harus
diperkemaskan dari semasa ke semasa . Untuk mendepani cabaran dan tuntutan daripada
perubahan-perubahan kurikulum berkenaan, guru hendaklah sentiasa berminat untuk
berusaha melengkapkan diri dengan strategi-strategi pengajaran dan pembelajaran di
dalam bilik darjah Sehubungan dengan kehendak tersebut guru harus mengikuti kursus-
kursus pendidikan yang dianjurkan oleh pihak Kementerian Pendidikan , Jabatan
Pendidikan Negeri dan Pejabat Pendidikan Daerah. Contohnya para guru boleh mengikuti
Kursus Dalam Perkhidmatan ataupun Kursus Peningkatan Profesionalisme
Keguruan.Kursus-kursus pendidikan yang dihadiri penting bagi seseorang guru untuk
mempertingkatkan keupayaan dan prestasi dalam profesion pendidikan yang kian
mencabar dan kompleks ini. Memandangkan keperluan pendidikan untuk menyokong
usaha-usaha kerajaan, maka profesion keguruan diharapakan dapat membuat anjakan
paradigma kepada budaya yang berasaskan ilmu dan pemikiran( Rohani Abdul
Hamid,1998) Individu yang terlibat dalam profesion keguruan sebenarnya akan terlibat
sebagai pentadbir, pengurus, perancang, pelaksana, penilai, penyelia, pengawal dan
sebagainya.Sebagai pentadbir ataupun pengurus, guru harus boleh membuat sesuatu
keputusan dalam melaksanakan sesuatu tindakan dan menilai semula hasil sesuatu perkara
yang dijalankan.Perubahan-perubahan dalam kurikulum pendidikan juga memerlukan guru
untuk menguasai kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif. Pendekatan ini bukan sahaja
perlu digunakan oleh guru dalam pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah,tetapi
jika perlu keadah berfikir secara kritis dan kreatif boleh diaplikasikan dalam
pentadbiran,mengurus ataupun dalam perancangan sesuatu program. Untuk itu sebagai
melengkapkan ciri-ciri kualiti guru yang profesional, guru adalah merupakan individu yang
berupaya membuat keputusan dan menyelesaikan masalah serta mampu berfikir secara
kritis dan kreatif dalam pelbagai perkara. Penutup Dengan memahami dan menghayati
makna sebenar guru satu profesion yang terangkum di dalamnya konsep etika perguruan
dan akauntabiliti , guru dapat memahami tanggungjawabnya yang sebenar. Penghayatan
etika perguruan haruslah di hayati sepenuhnya kerana akan dapat meningkatkan tahap
profesionalisme keguruan. Ini kerana penghayatan tersebut membolehkan semua guru
dapat menjalankan tanggungjawab dan tugas-tugasnya dengan penuh komited dan
dedikasi. Akauntabiliti atau tanggungjawab seorang guru merangkumi akuntabilitinya
terhadap sekolah, diri sendiri , murid-murid dan profesion keguruan akan dapat ditingkatkan
sekiranya seseorang guru itu benar-benar menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang
pendidik dengan berkesan. Selain itu guru juga dapat melaksanakan tugas itu dengan
bersungguh-sungguh dan penuh dedikasi sekiranya guru tahu tanggungjawabnya terhadap
kerjayanya. Kesedaran kepada akauntabiliti akan menjadikan seseorang guru itu lebih
bertanggungjawab terhadap tanggungjawab yang di laksanakannya. Peningkatan dalam
bidang tersebut melambangkan tingginya kualiti seseorang guru yang juga akan
meningkatkan taraf profesionalisme keguruan. Selain itu guru juga dapat melaksanakan
tugas itu dengan bersungguh-sungguh dan penuh dedikasi sekiranya guru tahu
tanggungjawabnya terhadap kerjayanya. Kesedaran kepada etika perguruan akan
menjadikan seseorang guru itu lebih bertanggungjawab terhadap tanggungjawab yang di
laksanakannya. Oleh yang demikian, etika perguruan perlulah dihayati oleh semua guru.
Sekiranya seseorang guru itu mengabaikan etika perguruan , maka tanggungjawabnya tidak
dapat di jalankan dengan baik dan akan gagal melahirkan modal insan seperti yang di cita-
citakan negara. Ini akan menjatuhkan martabat profesion perguruan oleh kerana perbuatan
yang tidak bertanggungjawab terhadap amanah yang di berikan.
KESIMPULAN
Pemimpin sekolah perlu memainkan peranan sebagai pemimpin instruksional selain daripada
mengurus dan mentadbir sekolah. Tugas utama seseorang pemimpin instruksional ialah
memastikan kualiti pengajaran dan pembelajaran di sekolah terjamin dan dipertingkatan secara
berterusan.
Menurut Brooke Willaims, seorang pemimpin instruksional yang berkesan mempunyai ciri-ciri
berikut:
1. Menilai pengajaran guru dan memberi maklum balas yang jujur, tulus dan ikhlas kepada guru
supaya keberkesanan PDP ditingkatkan.
2. Pemimpin instruksional yang berkesan mempunyai pengetahuan yang tinggi tentang PDP.
Mereka tahu apa yang diperlukan untuk pembangunan profesional guru. Mereka jiga tahu apa
yang diperlukan oleh murid-murid untuk belajar dengan berkesan. Bidang pengetahuan
pemmpin instruksional memliputi kurikulum yang dilaksanakan di sekolah, model PDP dan
pendekatan penyliana dan penilaian yang berkesan.
3. Pemimpin instruksional yang berkesan mempunyai kemahiran interpersonal yang baik.
Mereka boleh memotivasikan anggota pasukan untuk berusaha ke arah yang dipimpinnya.
Kemahiran interpersonal yang baik membolehkan pemimpin sekolah memujuk, memberi
rangsangan dan mewujudkan semangat kerja sepasukan dalam semua lapisan sekolah.
4. Pemimpin instruksional yang berkesan mempunyai visi dan matlamat yang jelas dan mampu
berkongsikan visi itu kepada pasukan yang dipimpinnya.
Konsep kepemimpinan instruksional dimasyurkan pada awal tahun lapan puluhan, berdasarkan
dapatan kajian yang menunjukkan bahawa sekolah yang berkesan biasanya dipimpin oleh guru
besar atau pengetua yang peranan pemimpin instruksional yang tidak menumpukan semua
masa dan tenaga pada hal-hal pengurusan rutin dan pentadbiran sahaja (Brookover & Lezotte,
1982).
Michael Fullan, seorang pendidik terkenal di Kanada, mengatakan bahawa penekanan pada
peranan pemimpin sekolah sebagai pemimpin instruksional ialah faktor utama yang
meningkatkan kadar pembelajaran murid-murid sekolah (Fullan, 2002).
Newmann, King and Young (2000) menyatakan bahawa sekolah di mana murid-muridnya
menunjukkan prestasi yang tinggi ialah sekolah yang memberi pengajaran yang berkualiti.
Faktor kritikal yang menyumbang kepada kualiti pengajaran dan pembelajaran sesebuah
sekolah ialah kapasiti sekolah. Menurut Newmann, King and Young, pembangunan kapasiti
sekolah bergantung pada pemimpin yang memberi penekanan untuk membangunkan
kompetensi, pengetahuan dan kemahiran guru, mewujudkan komuniti profesional dalam
kalangan guru, memastikan kepaduan program (program coherence) yang dilaksanakan di
sekolah dan membangunkan sumber teknikal yang diperlukan bagi menyokong proses
pembelajaran dan pengajaan di sekolah berkaitan. Dengan lain kata, sekolah yang berkualiti
dari segi pengajaran dan pembelajaran dipimpin oleh pemimpin instruksional yang berkesan.

More Related Content

What's hot

Teknik2 mengajar
Teknik2 mengajarTeknik2 mengajar
Teknik2 mengajarbaharnizam
 
G 5 pgurusan rekod murid
G 5  pgurusan rekod muridG 5  pgurusan rekod murid
G 5 pgurusan rekod muridOpie Mohamad
 
Bab3 pengurusan dan pembelajaran
Bab3 pengurusan dan pembelajaranBab3 pengurusan dan pembelajaran
Bab3 pengurusan dan pembelajaranzuraidanasri
 
Menjadi Guru Profesional
Menjadi Guru ProfesionalMenjadi Guru Profesional
Menjadi Guru Profesionaliqbalmayzun
 
peranan guru dalam pendidikan moral
peranan guru dalam pendidikan moralperanan guru dalam pendidikan moral
peranan guru dalam pendidikan moralWan Nor Faezah
 
Pengertian guru menurut para ahli
Pengertian guru menurut para ahliPengertian guru menurut para ahli
Pengertian guru menurut para ahliVJ Asenk
 
Bab 2 interaksi dan pembelajaran
Bab 2 interaksi dan pembelajaranBab 2 interaksi dan pembelajaran
Bab 2 interaksi dan pembelajaranAsyikin4996
 
Buku 3 (Wariki)
Buku 3 (Wariki)Buku 3 (Wariki)
Buku 3 (Wariki)WARIKI
 
Laporan kajian tindakan pen. moral
Laporan kajian tindakan pen. moralLaporan kajian tindakan pen. moral
Laporan kajian tindakan pen. moralPuvaneswari Punis
 
4.0 Pengurusan Murid
4.0  Pengurusan  Murid4.0  Pengurusan  Murid
4.0 Pengurusan Muridshockgadof
 
kepelbagaian pelajar
kepelbagaian pelajarkepelbagaian pelajar
kepelbagaian pelajarNor Fatihah
 
Peranan guru sek rendah
Peranan guru sek rendahPeranan guru sek rendah
Peranan guru sek rendahNg Kee
 
Strategi pembelajaran aud
Strategi pembelajaran audStrategi pembelajaran aud
Strategi pembelajaran audSalma Van Licht
 
Contoh esei1 permohonan gc
Contoh esei1 permohonan gcContoh esei1 permohonan gc
Contoh esei1 permohonan gcNorazliah Ani
 
Pembelajaran aktif dalam pendidikan moral
Pembelajaran aktif dalam pendidikan moralPembelajaran aktif dalam pendidikan moral
Pembelajaran aktif dalam pendidikan moralNormarini Norzan
 
Tajuk 5 peranan-guru-sekolah-rendah
Tajuk 5 peranan-guru-sekolah-rendahTajuk 5 peranan-guru-sekolah-rendah
Tajuk 5 peranan-guru-sekolah-rendahNor Azizah Ahmad
 
Peranan guru sekolah rendah
Peranan guru sekolah rendahPeranan guru sekolah rendah
Peranan guru sekolah rendahaflah jamaluddin
 

What's hot (20)

Teknik2 mengajar
Teknik2 mengajarTeknik2 mengajar
Teknik2 mengajar
 
G 5 pgurusan rekod murid
G 5  pgurusan rekod muridG 5  pgurusan rekod murid
G 5 pgurusan rekod murid
 
Bab3 pengurusan dan pembelajaran
Bab3 pengurusan dan pembelajaranBab3 pengurusan dan pembelajaran
Bab3 pengurusan dan pembelajaran
 
Strategi pembelajaran di TK
Strategi pembelajaran di TKStrategi pembelajaran di TK
Strategi pembelajaran di TK
 
Nkr as
Nkr asNkr as
Nkr as
 
Menjadi Guru Profesional
Menjadi Guru ProfesionalMenjadi Guru Profesional
Menjadi Guru Profesional
 
peranan guru dalam pendidikan moral
peranan guru dalam pendidikan moralperanan guru dalam pendidikan moral
peranan guru dalam pendidikan moral
 
Pengertian guru menurut para ahli
Pengertian guru menurut para ahliPengertian guru menurut para ahli
Pengertian guru menurut para ahli
 
Bab 2 interaksi dan pembelajaran
Bab 2 interaksi dan pembelajaranBab 2 interaksi dan pembelajaran
Bab 2 interaksi dan pembelajaran
 
Guru berkesan
Guru berkesanGuru berkesan
Guru berkesan
 
Buku 3 (Wariki)
Buku 3 (Wariki)Buku 3 (Wariki)
Buku 3 (Wariki)
 
Laporan kajian tindakan pen. moral
Laporan kajian tindakan pen. moralLaporan kajian tindakan pen. moral
Laporan kajian tindakan pen. moral
 
4.0 Pengurusan Murid
4.0  Pengurusan  Murid4.0  Pengurusan  Murid
4.0 Pengurusan Murid
 
kepelbagaian pelajar
kepelbagaian pelajarkepelbagaian pelajar
kepelbagaian pelajar
 
Peranan guru sek rendah
Peranan guru sek rendahPeranan guru sek rendah
Peranan guru sek rendah
 
Strategi pembelajaran aud
Strategi pembelajaran audStrategi pembelajaran aud
Strategi pembelajaran aud
 
Contoh esei1 permohonan gc
Contoh esei1 permohonan gcContoh esei1 permohonan gc
Contoh esei1 permohonan gc
 
Pembelajaran aktif dalam pendidikan moral
Pembelajaran aktif dalam pendidikan moralPembelajaran aktif dalam pendidikan moral
Pembelajaran aktif dalam pendidikan moral
 
Tajuk 5 peranan-guru-sekolah-rendah
Tajuk 5 peranan-guru-sekolah-rendahTajuk 5 peranan-guru-sekolah-rendah
Tajuk 5 peranan-guru-sekolah-rendah
 
Peranan guru sekolah rendah
Peranan guru sekolah rendahPeranan guru sekolah rendah
Peranan guru sekolah rendah
 

Similar to KONSEP KEGURUAN

LMCP1112 Falsafah Pendidikan Islam Projek Akhir.pptx
LMCP1112 Falsafah Pendidikan Islam Projek Akhir.pptxLMCP1112 Falsafah Pendidikan Islam Projek Akhir.pptx
LMCP1112 Falsafah Pendidikan Islam Projek Akhir.pptxAjleeyaAzman
 
6 makalah tanggung_jawab_guru_di_sekolah
6 makalah tanggung_jawab_guru_di_sekolah6 makalah tanggung_jawab_guru_di_sekolah
6 makalah tanggung_jawab_guru_di_sekolahiskawia
 
6 makalah tanggung_jawab_guru_di_sekolah (1)
6 makalah tanggung_jawab_guru_di_sekolah (1)6 makalah tanggung_jawab_guru_di_sekolah (1)
6 makalah tanggung_jawab_guru_di_sekolah (1)iskawia
 
Peranan-guru dalam pembentukan Kurikulum.ppt
Peranan-guru dalam pembentukan Kurikulum.pptPeranan-guru dalam pembentukan Kurikulum.ppt
Peranan-guru dalam pembentukan Kurikulum.pptZOLKEPLEBINIBRAHIMIP1
 
Teaching (instruction)
Teaching (instruction)Teaching (instruction)
Teaching (instruction)Alfonsus Sam
 
Peranan-guru dalam pembentukan Kurikulum.ppt
Peranan-guru dalam pembentukan Kurikulum.pptPeranan-guru dalam pembentukan Kurikulum.ppt
Peranan-guru dalam pembentukan Kurikulum.pptZOLKEPLEBINIBRAHIMIP1
 
Apa Peran Saya Sebagai Guru.pptx
Apa Peran Saya Sebagai Guru.pptxApa Peran Saya Sebagai Guru.pptx
Apa Peran Saya Sebagai Guru.pptxEVASUMARNI2
 
HAKIKAT GURU DAN GURU PENDIDIKAN AGAMA ISLAM
HAKIKAT GURU DAN GURU PENDIDIKAN AGAMA ISLAMHAKIKAT GURU DAN GURU PENDIDIKAN AGAMA ISLAM
HAKIKAT GURU DAN GURU PENDIDIKAN AGAMA ISLAMGalih Nurhavis
 
Asimen pengurusan bilik darjah dan tingkah laku
Asimen pengurusan bilik darjah dan tingkah lakuAsimen pengurusan bilik darjah dan tingkah laku
Asimen pengurusan bilik darjah dan tingkah lakuPensil Dan Pemadam
 
GPP 1063
GPP 1063GPP 1063
GPP 1063Inbmy
 
7. Cabaran Profesion Keguruan
7. Cabaran Profesion Keguruan7. Cabaran Profesion Keguruan
7. Cabaran Profesion KeguruanArthur Jupong
 
KISI-KISI UAS PROFESI PENDIDIKAN.pdf
KISI-KISI UAS PROFESI PENDIDIKAN.pdfKISI-KISI UAS PROFESI PENDIDIKAN.pdf
KISI-KISI UAS PROFESI PENDIDIKAN.pdfAryJuan1
 
KISI-KISI UAS PROFESI PENDIDIKAN.pdf
KISI-KISI UAS PROFESI PENDIDIKAN.pdfKISI-KISI UAS PROFESI PENDIDIKAN.pdf
KISI-KISI UAS PROFESI PENDIDIKAN.pdfAryJuan1
 
Guru sebagai pengajar dan pendidik
Guru sebagai pengajar dan pendidikGuru sebagai pengajar dan pendidik
Guru sebagai pengajar dan pendidikNur Arifaizal Basri
 

Similar to KONSEP KEGURUAN (20)

LMCP1112 Falsafah Pendidikan Islam Projek Akhir.pptx
LMCP1112 Falsafah Pendidikan Islam Projek Akhir.pptxLMCP1112 Falsafah Pendidikan Islam Projek Akhir.pptx
LMCP1112 Falsafah Pendidikan Islam Projek Akhir.pptx
 
Tajuk 5 done
Tajuk 5 doneTajuk 5 done
Tajuk 5 done
 
6 makalah tanggung_jawab_guru_di_sekolah
6 makalah tanggung_jawab_guru_di_sekolah6 makalah tanggung_jawab_guru_di_sekolah
6 makalah tanggung_jawab_guru_di_sekolah
 
6 makalah tanggung_jawab_guru_di_sekolah (1)
6 makalah tanggung_jawab_guru_di_sekolah (1)6 makalah tanggung_jawab_guru_di_sekolah (1)
6 makalah tanggung_jawab_guru_di_sekolah (1)
 
Peranan-guru dalam pembentukan Kurikulum.ppt
Peranan-guru dalam pembentukan Kurikulum.pptPeranan-guru dalam pembentukan Kurikulum.ppt
Peranan-guru dalam pembentukan Kurikulum.ppt
 
Teaching (instruction)
Teaching (instruction)Teaching (instruction)
Teaching (instruction)
 
Peranan-guru dalam pembentukan Kurikulum.ppt
Peranan-guru dalam pembentukan Kurikulum.pptPeranan-guru dalam pembentukan Kurikulum.ppt
Peranan-guru dalam pembentukan Kurikulum.ppt
 
Apa Peran Saya Sebagai Guru.pptx
Apa Peran Saya Sebagai Guru.pptxApa Peran Saya Sebagai Guru.pptx
Apa Peran Saya Sebagai Guru.pptx
 
HAKIKAT GURU DAN GURU PENDIDIKAN AGAMA ISLAM
HAKIKAT GURU DAN GURU PENDIDIKAN AGAMA ISLAMHAKIKAT GURU DAN GURU PENDIDIKAN AGAMA ISLAM
HAKIKAT GURU DAN GURU PENDIDIKAN AGAMA ISLAM
 
Asimen pengurusan bilik darjah dan tingkah laku
Asimen pengurusan bilik darjah dan tingkah lakuAsimen pengurusan bilik darjah dan tingkah laku
Asimen pengurusan bilik darjah dan tingkah laku
 
Tugas dan tanggung jawab guru
Tugas dan tanggung jawab guruTugas dan tanggung jawab guru
Tugas dan tanggung jawab guru
 
GPP 1063
GPP 1063GPP 1063
GPP 1063
 
7. Cabaran Profesion Keguruan
7. Cabaran Profesion Keguruan7. Cabaran Profesion Keguruan
7. Cabaran Profesion Keguruan
 
2.docx
2.docx2.docx
2.docx
 
Bab i
Bab  iBab  i
Bab i
 
KISI-KISI UAS PROFESI PENDIDIKAN.pdf
KISI-KISI UAS PROFESI PENDIDIKAN.pdfKISI-KISI UAS PROFESI PENDIDIKAN.pdf
KISI-KISI UAS PROFESI PENDIDIKAN.pdf
 
KISI-KISI UAS PROFESI PENDIDIKAN.pdf
KISI-KISI UAS PROFESI PENDIDIKAN.pdfKISI-KISI UAS PROFESI PENDIDIKAN.pdf
KISI-KISI UAS PROFESI PENDIDIKAN.pdf
 
Etika profesion keguruan
Etika profesion keguruanEtika profesion keguruan
Etika profesion keguruan
 
Pensijilan guru
Pensijilan guruPensijilan guru
Pensijilan guru
 
Guru sebagai pengajar dan pendidik
Guru sebagai pengajar dan pendidikGuru sebagai pengajar dan pendidik
Guru sebagai pengajar dan pendidik
 

Recently uploaded

implementasu Permendikbudristek no 53 2023
implementasu Permendikbudristek no 53 2023implementasu Permendikbudristek no 53 2023
implementasu Permendikbudristek no 53 2023DodiSetiawan46
 
Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5
Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5
Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5KIKI TRISNA MUKTI
 
Modul Ajar Biologi Kelas 11 Fase F Kurikulum Merdeka [abdiera.com]
Modul Ajar Biologi Kelas 11 Fase F Kurikulum Merdeka [abdiera.com]Modul Ajar Biologi Kelas 11 Fase F Kurikulum Merdeka [abdiera.com]
Modul Ajar Biologi Kelas 11 Fase F Kurikulum Merdeka [abdiera.com]Abdiera
 
KONSEP KEBUTUHAN AKTIVITAS DAN LATIHAN.pptx
KONSEP KEBUTUHAN AKTIVITAS DAN LATIHAN.pptxKONSEP KEBUTUHAN AKTIVITAS DAN LATIHAN.pptx
KONSEP KEBUTUHAN AKTIVITAS DAN LATIHAN.pptxawaldarmawan3
 
MODUL 2 BAHASA INDONESIA-KELOMPOK 1.pptx
MODUL 2 BAHASA INDONESIA-KELOMPOK 1.pptxMODUL 2 BAHASA INDONESIA-KELOMPOK 1.pptx
MODUL 2 BAHASA INDONESIA-KELOMPOK 1.pptxarnisariningsih98
 
Materi Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptx
Materi Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptxMateri Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptx
Materi Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptxRezaWahyuni6
 
Kelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdf
Kelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdfKelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdf
Kelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdftsaniasalftn18
 
demontrasi kontekstual modul 1.2.a. 6.pdf
demontrasi kontekstual modul 1.2.a. 6.pdfdemontrasi kontekstual modul 1.2.a. 6.pdf
demontrasi kontekstual modul 1.2.a. 6.pdfIndri117648
 
TUGAS GURU PENGGERAK Aksi Nyata Modul 1.1.pdf
TUGAS GURU PENGGERAK Aksi Nyata Modul 1.1.pdfTUGAS GURU PENGGERAK Aksi Nyata Modul 1.1.pdf
TUGAS GURU PENGGERAK Aksi Nyata Modul 1.1.pdfElaAditya
 
PELAKSANAAN + Link2 Materi TRAINING "Effective SUPERVISORY & LEADERSHIP Sk...
PELAKSANAAN  + Link2 Materi TRAINING "Effective  SUPERVISORY &  LEADERSHIP Sk...PELAKSANAAN  + Link2 Materi TRAINING "Effective  SUPERVISORY &  LEADERSHIP Sk...
PELAKSANAAN + Link2 Materi TRAINING "Effective SUPERVISORY & LEADERSHIP Sk...Kanaidi ken
 
Model Manajemen Strategi Public Relations
Model Manajemen Strategi Public RelationsModel Manajemen Strategi Public Relations
Model Manajemen Strategi Public RelationsAdePutraTunggali
 
AKSI NYATA MODUL 1.2-1 untuk pendidikan guru penggerak.pptx
AKSI NYATA MODUL 1.2-1 untuk pendidikan guru penggerak.pptxAKSI NYATA MODUL 1.2-1 untuk pendidikan guru penggerak.pptx
AKSI NYATA MODUL 1.2-1 untuk pendidikan guru penggerak.pptxWirionSembiring2
 
Tugas 1 pembaruan dlm pembelajaran jawaban tugas tuton 1.docx
Tugas 1 pembaruan dlm pembelajaran jawaban tugas tuton 1.docxTugas 1 pembaruan dlm pembelajaran jawaban tugas tuton 1.docx
Tugas 1 pembaruan dlm pembelajaran jawaban tugas tuton 1.docxmawan5982
 
Karakteristik Negara Mesir (Geografi Regional Dunia)
Karakteristik Negara Mesir (Geografi Regional Dunia)Karakteristik Negara Mesir (Geografi Regional Dunia)
Karakteristik Negara Mesir (Geografi Regional Dunia)3HerisaSintia
 
Aksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru Penggerak
Aksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru PenggerakAksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru Penggerak
Aksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru Penggeraksupriadi611
 
Modul 1.2.a.8 Koneksi antar materi 1.2.pdf
Modul 1.2.a.8 Koneksi antar materi 1.2.pdfModul 1.2.a.8 Koneksi antar materi 1.2.pdf
Modul 1.2.a.8 Koneksi antar materi 1.2.pdfSitiJulaeha820399
 
PPT Integrasi Islam & Ilmu Pengetahuan.pptx
PPT Integrasi Islam & Ilmu Pengetahuan.pptxPPT Integrasi Islam & Ilmu Pengetahuan.pptx
PPT Integrasi Islam & Ilmu Pengetahuan.pptxnerow98
 
HARMONI DALAM EKOSISTEM KELAS V SEKOLAH DASAR.pdf
HARMONI DALAM EKOSISTEM KELAS V SEKOLAH DASAR.pdfHARMONI DALAM EKOSISTEM KELAS V SEKOLAH DASAR.pdf
HARMONI DALAM EKOSISTEM KELAS V SEKOLAH DASAR.pdfkustiyantidew94
 
Laporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMM
Laporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMMLaporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMM
Laporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMMmulyadia43
 
Prakarsa Perubahan dengan Kanvas ATAP & BAGJA.pptx
Prakarsa Perubahan dengan Kanvas ATAP & BAGJA.pptxPrakarsa Perubahan dengan Kanvas ATAP & BAGJA.pptx
Prakarsa Perubahan dengan Kanvas ATAP & BAGJA.pptxSyaimarChandra1
 

Recently uploaded (20)

implementasu Permendikbudristek no 53 2023
implementasu Permendikbudristek no 53 2023implementasu Permendikbudristek no 53 2023
implementasu Permendikbudristek no 53 2023
 
Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5
Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5
Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5
 
Modul Ajar Biologi Kelas 11 Fase F Kurikulum Merdeka [abdiera.com]
Modul Ajar Biologi Kelas 11 Fase F Kurikulum Merdeka [abdiera.com]Modul Ajar Biologi Kelas 11 Fase F Kurikulum Merdeka [abdiera.com]
Modul Ajar Biologi Kelas 11 Fase F Kurikulum Merdeka [abdiera.com]
 
KONSEP KEBUTUHAN AKTIVITAS DAN LATIHAN.pptx
KONSEP KEBUTUHAN AKTIVITAS DAN LATIHAN.pptxKONSEP KEBUTUHAN AKTIVITAS DAN LATIHAN.pptx
KONSEP KEBUTUHAN AKTIVITAS DAN LATIHAN.pptx
 
MODUL 2 BAHASA INDONESIA-KELOMPOK 1.pptx
MODUL 2 BAHASA INDONESIA-KELOMPOK 1.pptxMODUL 2 BAHASA INDONESIA-KELOMPOK 1.pptx
MODUL 2 BAHASA INDONESIA-KELOMPOK 1.pptx
 
Materi Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptx
Materi Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptxMateri Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptx
Materi Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptx
 
Kelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdf
Kelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdfKelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdf
Kelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdf
 
demontrasi kontekstual modul 1.2.a. 6.pdf
demontrasi kontekstual modul 1.2.a. 6.pdfdemontrasi kontekstual modul 1.2.a. 6.pdf
demontrasi kontekstual modul 1.2.a. 6.pdf
 
TUGAS GURU PENGGERAK Aksi Nyata Modul 1.1.pdf
TUGAS GURU PENGGERAK Aksi Nyata Modul 1.1.pdfTUGAS GURU PENGGERAK Aksi Nyata Modul 1.1.pdf
TUGAS GURU PENGGERAK Aksi Nyata Modul 1.1.pdf
 
PELAKSANAAN + Link2 Materi TRAINING "Effective SUPERVISORY & LEADERSHIP Sk...
PELAKSANAAN  + Link2 Materi TRAINING "Effective  SUPERVISORY &  LEADERSHIP Sk...PELAKSANAAN  + Link2 Materi TRAINING "Effective  SUPERVISORY &  LEADERSHIP Sk...
PELAKSANAAN + Link2 Materi TRAINING "Effective SUPERVISORY & LEADERSHIP Sk...
 
Model Manajemen Strategi Public Relations
Model Manajemen Strategi Public RelationsModel Manajemen Strategi Public Relations
Model Manajemen Strategi Public Relations
 
AKSI NYATA MODUL 1.2-1 untuk pendidikan guru penggerak.pptx
AKSI NYATA MODUL 1.2-1 untuk pendidikan guru penggerak.pptxAKSI NYATA MODUL 1.2-1 untuk pendidikan guru penggerak.pptx
AKSI NYATA MODUL 1.2-1 untuk pendidikan guru penggerak.pptx
 
Tugas 1 pembaruan dlm pembelajaran jawaban tugas tuton 1.docx
Tugas 1 pembaruan dlm pembelajaran jawaban tugas tuton 1.docxTugas 1 pembaruan dlm pembelajaran jawaban tugas tuton 1.docx
Tugas 1 pembaruan dlm pembelajaran jawaban tugas tuton 1.docx
 
Karakteristik Negara Mesir (Geografi Regional Dunia)
Karakteristik Negara Mesir (Geografi Regional Dunia)Karakteristik Negara Mesir (Geografi Regional Dunia)
Karakteristik Negara Mesir (Geografi Regional Dunia)
 
Aksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru Penggerak
Aksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru PenggerakAksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru Penggerak
Aksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru Penggerak
 
Modul 1.2.a.8 Koneksi antar materi 1.2.pdf
Modul 1.2.a.8 Koneksi antar materi 1.2.pdfModul 1.2.a.8 Koneksi antar materi 1.2.pdf
Modul 1.2.a.8 Koneksi antar materi 1.2.pdf
 
PPT Integrasi Islam & Ilmu Pengetahuan.pptx
PPT Integrasi Islam & Ilmu Pengetahuan.pptxPPT Integrasi Islam & Ilmu Pengetahuan.pptx
PPT Integrasi Islam & Ilmu Pengetahuan.pptx
 
HARMONI DALAM EKOSISTEM KELAS V SEKOLAH DASAR.pdf
HARMONI DALAM EKOSISTEM KELAS V SEKOLAH DASAR.pdfHARMONI DALAM EKOSISTEM KELAS V SEKOLAH DASAR.pdf
HARMONI DALAM EKOSISTEM KELAS V SEKOLAH DASAR.pdf
 
Laporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMM
Laporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMMLaporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMM
Laporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMM
 
Prakarsa Perubahan dengan Kanvas ATAP & BAGJA.pptx
Prakarsa Perubahan dengan Kanvas ATAP & BAGJA.pptxPrakarsa Perubahan dengan Kanvas ATAP & BAGJA.pptx
Prakarsa Perubahan dengan Kanvas ATAP & BAGJA.pptx
 

KONSEP KEGURUAN

  • 4. 1.0 KONSEP KEGURUAN 1.1 PROFESIAN Dalam mencapai misi Nasional, Pendidikan adalah merupakan salah satu faktor penting bagi tujuan tersebut. Bagi menjayakan misi dalam memertabatkan profesion keguruan, guru adalah merupakan tunjang sebagai penjana dan pencetus bagi merealisasikan matlamat tersebut. Menurut Kamus Dewan (1970), ‘guru’ bererti pendidik, pengajar dan pengasuh. Jika dihuraikan dengan lebih mendalam lagi, pendidik bermaksud orang yang memelihara dan melatih. Pengajar ialah seorang yang menjadi petunjuk kepada orang lain, manakala pengasuh memberi makna orang yang memelihara, menjaga dan mendidik. Manakala keguruan ialah sesuatu yang mempunyai perkaitan dengan bidang menuntut ilmu atau tempat mendapatkan ilmu seperti sekolah, tempat belajar, pengajaran dan pembelajaran dan sebarang perkara yang mempunyai perkaitan dengan guru. 1.2 ETIKA 1.3 AKAUNTABILITI Definisi Akauntabiliti Melalui Dewan Bahasa dan Pustaka, akuantabiliti adalah disimpulkan adalah merupakan satu dasar akhlak, adat atau tingkah laku atau kesusilaan .Sementara kamus dewan edisi keempat pula menyatakan, akauntabiliti bermaksud sifat bertanggungjawab kepada seseorang atau terhadap suatu tindakan, keputusan dan sebagainya serta bersedia memberikan penjelasan, justifikasi yang diperlukan. Sebagai contoh, seorang guru mengutip yuran daripada pelajarnya perlu menjelaskan butiran-butiran yang hendak dikutip dengan jelas kepada pelajar. Sebagai
  • 5. seorang guru yang berkualiti mestilah mempunyai ciri-ciri akauntabiliti yang tinggi supaya dapat membina generasi baru yang berguna dan berwibawa. Dengan ini barulah bidang perguruan dapat membantu atas perkembangan negara. Akauntabiliti adalah satu proses mendatangkan keputusan maksimum. Akauntabiliti pendidikan bermakna sistem pendidikan yang dibentuk adalah bertanggungjawab untuk mencapai objektif- objektif pendidikan. Secara lebih luas lagi, akauntabiliti merupakan satu laporan umum oleh satu kumpulan pemeriksa bebas tentang pencapaian pelajar yang diharapkan bagi sesuatu perbelanjaanwang atau penggunaan sumber. Akauantabiliti bermaksud maklum balas dan merupakan keuntungan pelajar secara berseorangan.Sekolah sepatutnya mempunyai intensif untuk membolehkan setiap pelajar mencapai kejayaan dan pelajar berhak menuntut ganti rugi jika pihak sekolahgagal. Tujuannya ialah mengekal dan memajukan sistem pendidikan dan menyediakan maklumat untuk menunjukkanusaha. Implikasinya Terhadap Akauntabilti Guru a) Akauntabiliti terhadap diri sendiri Seorang guru haruslah menjaga kebersihan dan kesihatan dirinya agar dapat menjalankan tugas sebagai pendidik dengan sempurna. Emosi hendaklah di kawal oleh guru sendiri dan juga perlu menghindarkan diri dari sebarang ketegangan jiwa yang boleh mengganggu tugasnya. Di samping itu, guru-guru juga akan mempunyai sikap yang positif terhadap profesionnya. Guru harus mementingkan kebajikan pelajar daripada perkara lain. Guru perlu memberi tumpuan kepada pelajar yang lemah, menyediakan tugasan yang lebih mencabar kepada pelajar yang cemerlang supaya mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran. Guru bersikap adil. Guru membantu pelajar-pelajarnya tanpa mengira kaum, bangsa, status sosio ekonomi. Guru juga harus mempunyai sikap yang tegas dengan memberi hukuman atau ganjaran dengan sesuai. Yang penting, guru harus mempunyai tingkah laku yang sesuai. Antara tingkah laku yang sesuai ialah bertatasusila, ada perasaan belas kasihan, sabar, jujur, bersih dan menepati masa dan sebagainya. Dengan ini, barulah guru dapat menjadi teladan baik yang dapat dipelajari oleh pelajar-pelajarnya. Sebagai seorang guru, guru hendaklah bijak menguruskan kewangan dengan bijaksana dan mengimbangi pendapatan dengan perbelanjaan. Ini adalah kerana jika guru gagal menguruskan kewangan maka guru akan menghadapi masaalah luaran yang boleh menjejaskan tumpuannya terhadap proses pengajaran di sekolah. Guru juga di galakkan melengkapkan diri dengan pelbagai ilmu pengetahuan. dan peka terhadap peristiwa di sekeliling melalui media massa atau elektronik supaya mudah memberikan imput yang berguna terhadap profesionnya. Guru juga boleh melibatkan diri dalam sesuatu hobi dan aktiviti berfaedah di masa lapang yang boleh
  • 6. menjadikan guru itu sihat dari segi mental dan fizikal. Di samping itu juga, sebagai seorang guru haruslah menunjukkan teladan yang baik kepada pelajarnya. Oleh itu, melalui kod etika, guru akan berusaha meningkatkan pengetahuan diri. Guru harus menguasai subjek yang diajar degan mendalam dan mahir. Pengajaran tidak dapat diasingkan daripada pembelajaran. Guru harus belajar tentang bidang pengajarannya dengan lebih mendalam pada setiap masa. Melalui kod etika tersebut guru akan mempunyai pengetahuan tentang kanak-kanak. Guru akan mempunyai pengetahuan psikologi tentang kanak-kanak, iaitu tingkah laku, minat, bakat, minat-minat dan keperluan kanak-kanak. Selain daripada itu, guru juga harus mempunyai pelbagai kemahiran yang tertentu. Antaranya ialah kemahiran unutk menyampaikan pengajaran yang berkesan, kemahiran mengemukakan soalan, menggunakan contoh-contoh, kemahiran menyediakan soalan-solan yang baik, kemahiran melibatkan semua pelajar dalam pelajaran, kemahiran pengurusan bilik, kemahiran mengawal disiplin pelajar dan sebagainya. Pelbagai kemahiran patut dimiliki oleh gurusupaya pelajar-pelajarnya dapat mengaplikasikan kemahiran mengguna, menganalisis, membuat sintesis serta penilaian, aktiviti pengajaran dapat dijalankan dengan lancar, pelajar-pelajarnya dapat menyerap ilmu pengetahuan dengan berkesan dan dengan cara yang menarik. Hal ini disebabkan guru dapat memahami kebolehan dan minat setiap pelajarnya supaya guru dapat menyediakan aktiviti-aktiviti yang sesuai bagi setiap pelajar mengikuti tahap yang berbeza. Oleh itu, pelajar dapat menjalankan sesuatu aktiviti dengan menarik dan dapat menikmati kejayaannya. Selain itu, melalui Guru perlu mempunyai pengetahuan tentang mata pelajaran yang diajar dan kaedah mengajar yang sesuai supaya pelajarnya boleh mendapat ilmu pengetahuan dengan berkesan. Setiap matapelajaran mempunyai kaedah mengajar yang berbeza. Kaedah mengajar yang berkesan akan mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran di samping pelajar yang lemah juga mendapat manfaatnya dan guru juga perlu mengambilkira keperluan-keperluan pelajar yang cerdas supaya mereka tidak berasa bosan. Sebagai seorang guru yang professional perlu memiliki kefahaman yang mendalam tentang tugasnya. Guru perlu mempunyai kefahaman terhadap pelajar-pelajarnya, kefahaman tentang mata pelajaran yang diajar serta kefahaman terhadap diri sendiri. Guru mempunyai kefahaman yang mendalam tentang tugasnya supaya proses pengajaran dapat dijalan dengan lancar,berupaya meneliti sesuatu konsep dari suatu perspektif yang lebh luas danmengawal emosi sendiri dengan baik. b) Akauntabiliti Terhadap Pelajar Guru bertanggungjawab melengkapi pelajar-pelajarnya dengan pelbagai ilmu pengetahuan supaya mereka dapat
  • 7. lulus dalam peperiksaan di samping memperkembangkan diri sendiri dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dengan sempurna. Guru juga bertanggungjawab menwujudkan suasana emosi bilik darjah yang tenang supaya pelajarnya dapat kestabilan emosi. Sebagai seorang guru yang professional, akauntabiliti terhadap pelajar ialah lebih mementingkan kebajikan pelajarnya daripada hal-hal lain. Pembentukan akhlak pelajar yang baik merupakan tanggungjawab seorang guru. Penerapan nilai-nilai murni dan pendidikan agama dapat meninggikan taraf akhlak pelajarnya. Guru juga perlu melatih pelajarnya dapat bersosialisasi dengan baik supaya pelajarnya dapat berkomunikasi dengan orang lain dengan baik. Perkara ini dapat dilatih melalui aktiviti-aktiviti kokurikulum di dalam sekolah dengan menyertai persatuan, unit-unit beruniform dan sukan. Maka aktiviti kumpulan di dalam kelas juga dapat membantu pelajar meningkatkan sosialisasi pelajarnya. c) Akauntabiliti Terhadap Ibu Bapa Sebagai ibu bapa, mereka pasti mengharapkan anak-anak mereka mendapat keputusan yang baik dalam akademik. Oleh itu, mereka akan menginginkan guru-guru anak mereka dapat meningkatkan prestasi akademi anak-anaknya. Ibubapa mengharapkan nilai-nilai murni dapat diterapkan semasa mereka belajar didalam kelas sepanjang masa. Apabila anak- anak mereka besar nanti akan menjadi seorang yang bertanggungjawab, berinisiatif, proaktif serta bersedia untuk menghadapi segala cabaran hidup. Selain itu, ibu bapa juga mengharapkan guru dapat membantu anak-anak mereka membina kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif, kemahiran membaca pantas serta mencari dan memilih maklumat, patriotik, kemahiran tentang bidang teknologi maklumat serta kemahiran dari aspek interpersonal supaya pelajar dapat membuat keputusan dengan bijak serta intrapersonal supaya pelajar dapat mengawal emosinya dengan baik. Di samping itu, ibu bapa mengharapkan guru dapat menjadi kaunselor anak-anaknya. Untuk itu seorang guru haruslah menjalankan tugasnya dengan penuh dedikasi di bilik darjah termasuk mematuhi masa dalam jadual waktu serta melaksanakan pengajaran dan pembelajaran mengikut kaedah dan teknik yang berkesan. Bagi pelajar yang lebih lemah, guru harus lebih memberi tumpuan kepadanya supaya mereka dapat menguasai konsep-konsep yang ingin disampaikan. Bagi pelajar yang cemerlang juga perlu diberi perhatian. Merekaperlu diberi latihan yang lebih mencabar supaya tidak berasa bosan terhadap akademik. Ibu bapa juga mengharapkan anak mereka bersopan-santun. Guru perlu mengendalikan masalah-masalah yang dihadapi oleh pelajar-pelajar kepada ibu bapanya. Misalnya masalah berbentuk akademik, sosio emosi dan sebagainya. Guru harus membudayakan seluruh kehidupannya yang positif supaya murid memperohi
  • 8. model yang terbaik untuk dicontohi. Ini adalah kerana seorang guru merupakan orang yang di hormati oleh pelajarnya, oleh yang demikian perlulah guru menjaga profesionalisme guru supaya mereka tidak di benci,di pandang serong dan tidak di hormati lagi oleh anak muridnya. d) Akauntabiliti Guru Terhadap Program Pendidikan Setiap program yang direncanakan melalui program pendidikan adalah berasaskan kepada kecemarlangan keseluruhan pelajar (JERI). Oleh itu, guru perlu memastikan aktiviti program pendidikan dijalankan dengan berkesan supaya dapat mencapai matlamat-matlamat program pendidikan. Dengan ini pelajar akan menjadi berbudi pekerti, berpandangan progresif dan saintifik, berdisiplin serta bersedia menjunjung aspirasi negara dapat dibentuk. Tugas guru ialah mengajar, membimbing, memberi dorongan kepada pelajar supaya mereka dapat berfikir secara kritis dan kreatif. Oleh itu guru haruslah sentiasa memberi sokongan yang sepenuhnya bagi memastikan setiap program yang dijalankan oleh Kementerian Pendidikan berjalan lancar dengan jayanya. e) Akauntabiliti Guru Terhadap Negara Sistem pendidikan negara adalah satu institusi yang menjalankan dasar dalam membentuk generasi bagi menghasilkan tenaga pekerja mengikut keperluan-keperluan negara. Kurikulum yang digunakan seharus bersepadu supaya perkembangan individu akan menjadi seimbang melalui sistem persekolahan. Setiap guru telah diamanahkan bagi menjayakan dasar ini dan diberi imbuhan yang setimpal dengan kerjayanya. Oleh itu, mereka bertanggungjawab untuk menjawab atau memberi penerangan kepada atas segala kegagalan atau kelemahan kepada negaranya. Guru perlu memberi penjelasan kepada kerajaan jika kegagalan menyempurnakan sesuatu perkara. 1.4 PROFESIONALISME Berdasarkan ciri-ciri profesion, Mok Soon Sang (1996) merumuskan secara ringkas konsep profesionalisme sebagai suatu pekerjaan yang khusus dan dijalankan oleh orang yang mempunyai kelulusan dan latihan iktisas yang cukup bermutu . Untuk menjadi seorang yang profesional haruslah bersikap jujur, dedikasi, bertanggungjawab dan bermoral tinggi serta mempunyai outonomi bertugas dengan mematuhi kod etika yang ditentukan oleh organisasinya 2.0 GURU SEBAGAI SEORANG YANG PROFESIONAL Kualiti Guru Yang Profesional merupakan perkerjaan yang khusus dimana ia dilaksanakan oleh seseorang yang berpendidikan tinggi atau mempunyai kelulusan dam latihan ikhtisas
  • 9. yang cukup bermutu. Tugas guru bukan sahaja menyebar ilmu pengetahuan. Guru juga merupakan contoh teladan kepada murid-murid. Oleh itu,seorang guru yang profesional seharusnya mempunyai ciri-ciri dan kualiti peribadi, profesional dan sosial yang baik. Seorang guru yang bersifat baik akan melaksanakan tugas dan tanggungjawabnya sebagai pendidik dan pengajar.Seseorang guru yang baik seharusnya mempunyai sifat dan kualiti peribadi seperti suka berjenaka, dedikasi, baik hati, tegas, toleransi dan sebagainya. Pelajar menghabiskan tempoh hampir enam jam di bilik darjah, masa yang begitu panjang di dalam bilik darjah akan membawa kebosanan kepada para pelajar. Jadi guru harus bijak berjenaka pada masa yang sesuai untuk mewujudkan suasana bilik darjah yang gembira agar menghilangkan kebosanan murid-murid di bilik darjah. Selain itu, suasana yang riang ini juga membawa kesan yang baik kepada pengajaran dan pembelajaran.Ia akan menjadikan pembelajaran lebih bermakna dan menarik. Guru merupakan pendidik atau pengasuh kanak-kanak agar mereka akan menjadi modal insan dan memberi sumbangan kepada negara. Kelahiran generasi baru yang berkaliber ini adalah untuk memajukan negara kita dalam setiap bidang dan menuju Wawasan 2020. Guru juga memainkan peranan yang penting dalam bidang pendidikan. Pendekatan individu merupakan komponen kemahiran dan teknik personal pada seseorang guru semasa proses interaksi berlaku antara guru dan pelajar. Kebolehan guru bagi mewujudkan persefahaman dan rasa saling percaya mempercayai dengan pelajar dengan mengambil kira beberapa aspek. Ciri-ciri personal guru yang digemari oleh pelajar akan membolehkan guru dengan lebih mudah diterima dan mendapat sokongan daripada pelajar-pelajar, seterusnya memudahkan tugas pengurusan dan pengajaran guru di sekolah dan di bilik darjah. Pada umumnya, pelajar menyanjung tinggi guru-guru yang memiliki ciri-ciri personal yang berhemah tinggi. Ciri-ciri personal guru yang berhemah tinggi ini juga sangat penting bagi membolehkan guru yang menjadi model yang berwibawa dan dihargai oleh pelajar- pelajar. Di antara ciri-ciri personal yang digemari oleh pelajar ialah mempunyai sifat sabar, tenang, dedikasi, periang, bertimbang rasa, adil, rajin.mesra, kreatif, inovatif, kesediaan mendengar kritikan dan teguran. Penampilan juga memainkan peranan dalam membentuk personaliti seseorang guru. Guru perlu menampilkan ciri-ciri seperti pemilihan pakaian, kebersihan tubuh badan dan kekemasan diri. Penampilan guru yang boleh mengganggu tumpuan pelajar adalah seperti imej guru yang tidak kemas, selekeh, tidak bersih, memakai perhiasan diri yang keterlaluan ataupun haruman yang melampau mencerminkan keperibadian guru tersebut. Cara duduk guru turut mendapat permerhatian pelajar di
  • 10. sekolah. Pelajar sentiasa memerhati kelakuan guru terutamanya ketika proses pengajaran dan pembelajaran.Sekiranya guru berada dalam posisi duduk, pastikan tidak terlalu menyandar ke kerusi. Duduk dalam keadaan tegak mahupun condong sedikit ke hadapan bagi menunjukkan yang guru berminat dengan pelajar. Bagi posisi berdiri pula, guru digalakkan berdiri secara berhadapan dengan pelajar. Posisi ini akan membolehkan guru melihat keseluruhan tingkah laku tanpa lisan yang ditunjukkan oleh guru itu. Guru juga perlu mempunyai tahap tenaga yang mencukupi apabila melayan pelajar. Tahap tenaga yang ditunjukkan akan memberi gambaran pada mood guru sama ada dalam keadaan cergas, bersemangat, letih, lesu ataupun tidak berminat dengannya. Biasanya tahap tenaga akan memberi kesan pada hubungan yang dibina bersama pelajar. Guru yang dalam keadaan bersemangat akan mengajar dengan bersemangat juga dan secara tidak langsung akan bersungguh-sungguh menyampaikan ilmu.Pelajar turut bersemangat untuk terus belajar setelah melihat kesungguhan guru semasa mengajar. Keberkesanan dalam usaha mengajar dan mendidik pelajar mungkin mempunyai pengertian yang berbeza di kalangan para guru. Ini adalah bergantung kepada kefahaman dan penekanan mereka mengenai konsep berkenaan. Ada guru yang mengutamakan penguasaan pelajar mengenai isi pengajaran dan pembelajaran manakala ada juga guru yang berpendapat pengajaran yang berkesan membawa maksud kemajuan dalam pertumbuhan dan perkembangan sosial pelajar yang dinilai dari sudut, sama ada pelajar tersebut telah mencapai sikap yang positif mengenai diri sendiri dan orang lain. Kemungkinan bagi kebanyakkan guru berpendapat bahawa pengajaran yang berkesan adalah satu imbangan yang sempurna di antara kemajuan pemikiran dan perasaan dan di antara penekanan kepada isi mata pelajaran dan pelajar. Personaliti guru merupakan di antara faktor-faktor guru yang memainkan peranan penting dalam pengajaran yang berkesan atau tidak di sekolah. Besar kemungkinan bahawa dua orang guru yang mempunyai kelulusan akademik yang sama, dan latihan perguruan yang serupa masih berbeza dari segi kebolehan mereka, menggalakkan motivasi pelajar dalam pembelajaran. Sebahagian daripada perbezaan itu adalah disebabkan oleh kesan atau pengaruh personaliti guru terhadap pelajar. Aspek tingkah laku guru tanpa lisan dan aspek fizikal turut memainkan peranan dalam mewujudkan proses pengajaran dan pembelajaran berlaku dengan baik. Keadaan serta lokasi bilik perlu dipastikan sesuai dan sekiranya komunikasi bersifat serius,ianya perlu mengambil kira beberapa keadaan seperti keadaan dan lokasi bilik yang selesa, suasana tidak terlalu sejuk ataupun panas dan
  • 11. kondusif. Bagi membina hubungan yang berkesan adalah digalakkan supaya duduk di atas kerusi secara berhadapan ataupun duduk dalam keadaan yang membolehkan guru dapat melihat keseluruhan posture (kedudukan tubuh) dan gesture(gerakan badan) pelajar. Guru juga perlu memastikan ruang komunikasi tidak terlalu dekat ataupun tidak terlalu jauh iaitu kira-kira sedepa tangan guru atau antara 1 meter hingga 1.5 meter dengan pelajar bagi mewujudkan kontek atau hubungan mata yang sesuai. Dari aspek tingkah laku tanpa lisan pula, guru perlu membentuk ekspresi wajah, kedudukan dan pergerakan badan yang sesuai ketika proses pengajaran. Guru perlu membentuk item-item tanpa lisan seperti ekspresi wajah, mimik muka, sinaran ataupun pandangan mata, kedutan dahi, bentuk senyuman dan kedudukan serta pergerakan tubuh badan seperti pergerakan tangan dan kaki serta suara separa bahasa. Guru yang baik juga perlu mengetahui aspek-aspek komunikasi dan tingkah laku tanpa lisan kerana mesej-mesej yang lahir daripadanya boleh memberi makna-makna tertentu kepada guru. Ekspresi wajah guru pula menunjukkan guru dalam keadaan gembira, marah, terperanjat, sedih dan sebagainya dengan kombinasi pergerakan mata, kening, pipi, hidung dan mulut. Bagi pelajar yang memahami pergerakan tubuh, guru yang kerap berpeluk tubuh menggambarkan marah, kurang bersedia, rasa tidak selamat dan defensive. Pergerakan yang berjalan ke hulu dan ke hilir menggambarkan seseorang itu dalam keadaan resah, gelisah dan bimbang. Manakala pergerakan yang mengangkat bahu mambawa maksud ragu-ragu dan tidak tahu. Suara guru turut memainkan peranan yang mana bunyi-bunyi suara seperti mengecis, menarik ataupun menghela nafas, tinggi atau rendah nada suara ataupun pic suara yang dikeluarkan dan juga kelajuan percakapan. Semua aspek ini mempengaruhi pelajar untuk menarik minat terhadap pengajaran yang disampaikan oleh guru. Menurut Mel Silberman(2004) kecenderungan seseorang pelajar lupa tentang apa yang didengarinya adalah berkaitan dengan kelajuan seseorang guru, ini menunjukkan pelajar hanya berupaya mendengar antara 50 hingga 100 patah perkataan sahaja dalam masa seminit atau pun separuh daripada apa yang diperkatakan oleh guru. Ini menunjukkan tahap pemahaman pelajar banyak bergantung kepada kelajuan percakapan guru ketika mengajar. Personaliti ini banyak dipengaruhi oleh pengaruh budaya dan amalan yang biasa dilakukan oleh individu dan masyarakat setempat. Guru perlu mempunyai kemahiran mendengar bagi membantu guru menafsir dan membuat penilaian yang baik pada maklumat yang disampaikan oleh pelajar. Ianya juga dapat membantu guru memberi maklum balas yang tepat kepada pelajar berkaitan
  • 12. maklumat yang diterimanya bagi membuat rumusan ataupun cadangan. Setiap individu yang bergelar pendidik, perlu membina hubungan interpersonal bagi mewujudkan persefahaman dan rasa saling percaya mempercayai dengan pelajar iaitu mengambil kira beberapa aspek positif seperti prihatin, mengambil berat, mesra,ikhlas dan mempunyai sikap menerima. Kebolehan-kebolehan ini juga memerlukan beberapa kemahiran tertentu bagi memastikan hubungan yang diterima berada di tahap situasi yang diterima baik dalam hubungan sosial biasa. Kemahiran interpersonal ini memerlukan masa untuk menyesuaikan diri dengan tugas sebagai seorang guru dan seseorang guru perlu menanamkan sifat ini di hari pertama bergelar pendidik. Kemahiran ini akan terus berkembang dari masa ke semasa mengikut pengalaman guru itu berkhidmat. Personaliti guru mudah dikenali oleh masyarakat umumnya. Personaliti guru ini tidak dididik secara formal sewaktu kita belajar di Maktab Perguruan atau di Universiti tetapi pada hakikat sebenarnya profession sebagai pendidik membentuk personaliti guru sebenarnya. Guru harus mengekalkan personaliti yang diterapkan sejak dari dulu lagi. Biarlah walaupun seseorang itu tidak memperkenalkan dirinya sebagai seorang guru, tetapi ianya tetap dikenali sebagai seorang guru berdasarkan penampilan dan perwatakan seorang guru. Kesemua sifat personal pengurus yang berkesan bagi seseorang guru ini amat penting dimiliki oleh guru-guru untuk melayakkan mereka menjadi pendidik yang berwibawa dan dapat mencorakkan prestasi kerjaya yang cemerlang. Sifat-sifat ini akan dapat mencorakkan kualiti personal yang berkesan untuk menangani pelbagai masalah, perubahan dan cabaran dalam dunia pendidikan dan dalam dunia profesion perguruan yang mengalami perkembangan yang terbuka dan dinamik. Personaliti guru sentiasa mendapat perhatian dari anak didik dan secara tidak langsung masyarakat membuat penilaian terhadap guru. Kepercayaan masyarakat terhadap profesion pendidikan banyak dinilai dari sikap dan tingkah laku seseorang guru, secara tidak langsung rasa hormat dan elemen persefahaman serta rasa mempercayai adalah mustahak bagi menjayakan hubungan berkesan di antara guru, pelajar dan ibubapa. Ini penting ini bagi memastikan proses pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan lancar dan baik dan secara tidak langsung membantu pelajar minat terhadap apa yang disampaikan oleh guru kepada palajar. Di samping itu guru memerlukan satu pengorbanan. Kepentingan individu sentiasa diketepikan berbanding dengan kepentingan pelajar. Sifat dedikasi guru amat diperlukan. Guru yang berdedikasi akan melaksanakan tugasnya dengan sempurna, malah akan menjalankan pelbagai tugas di luar waktu kerjanya. Kejadian ini akan berlaku semasa pelajarnya menghadapi masalah.
  • 13. Guru sanggup mengorbankan masanya untuk mendengar kesusahan murid itu dan membantunya dengan mengadakan kelas tambahan bagi pelajar yang lebih lemah dalam pelajaran. Guru yang berdedikasi akan meluangkan masanya untuk mengadakan aktiviti- aktiviti yang luar kelas untuk membantu pelajar dari segi fizikal, rohani dan emosi. Di samping itu, sikap baik hati dan timbang rasa seseorang guru amat dihargai oleh para pelajar. Guru yang bertimbang rasa akan memberi murid-murid belajar dalam suasana yang tenteram, yakin dan senang hati.Sebaliknya, guru juga berperanan sebagai seorang pendisiplin dalam bilik darjah. Di dalam kelas, guru mestilah menjamin peraturan-peraturan dapat dipatuhi oleh pelajar. Bagi mewujudkan disiplin pelajar yang baik, guru yang tegas tetapi adil amat diperlukan bagi melancarkan pengajaran dan pembelajaran guru dalam kelas. Semasa menjalankan tugas, guru akan menghadapi pelbagai jenis masalah disiplin, pelajar yang lemah dalam akademik dan sebagainya. Pada masa itu, sifat toleransi amat diperlukan. Sekiranya guru kurang bertoleransi akan bertindak terburu-buru dalam menyelesaikan masalahitu. Misalnya, semasa menghadapi masalah disiplin, guru mungkin akan menghukum pelajar berkenaan tanpa membuat penyiasatan dalam kes terseut. Tindakan ini akan menimbulkan perasaan tidak puas hati atau benci terhadap guru. Guru yang bertoleransi pula akan menghadapi setiap masalah dengan penuh sabar. Guru akan berusaha memahami setiap masalah yang ditimbul dan berfikir sebelum mengambil sesuatu tindakan. Sifat dan kualiti profesional yang tinggi merupakan salah satu syarat bagi seorang pendidik. Seorang guru yang profesional akan membentuk pelajar yang pintar serta pengajaran dan pembelajarannya adalah berkesan. Guru sebagai seorang profesional hendaklah peka terhadap kebolehan, keperluan-keperluandan minat seseorang pelajar. Contohnya, apabila timbul situasi yang bosan, guru harus peka terhadap situasi ini dan berusaha menghilangkan kebosanan dalam bilik darjah. Selain itu, dalam aktiviti seharian di kelas, terdapat pelajar yang bertindak aktif, ada yang pasif atau pemalu. Guru yang peka patut berusaha melibatkan pelajar yang malu dalam aktiviti supaya pelajar boleh berkomunikasiantara satu sama lain. Bagi setiap profesional, sifat dedikasi juga salah satu sifat yang penting. Guru yang berdedikasi tentu akan menjalankan tugasnya dengan sempurna dan memainkan peranannya sebagai seorang pendidik. Tambahan pula, guru yang berdedikasi akan mementingkan tugasnya daripada perkara-perkara peribadinya.Seseorang guru yang profesional sedar tentang keperluan-keperluan kebangsaan. Keperluannya seperti perpaduan negara, warganegara yang taat setia kepada raja, semangat patriotik, mematuhi undang-undang dan sebagainya. Guru yang kerap mengingati keperluan ini akan berusaha ke arah memenuhinya. Sebagai contoh, bagi
  • 14. memenuhi keperluan perpaduan negara, guru sentiasa memastikan aktiviti kurikulum atau kokurikulum adalah disertai oleh pelajar daripada pelbagai kaum. Selain itu, guru yang ingin menjadi pelajarnya warganegara yang taat setia kepada raja dan mencintai negara akan menerapkan nilai-nilai dalam pengajarannya. Seseorang profesional hendaklah sentiasa memperkenalkan sesuatu yang baru. Guru yang inovatif akan berusaha mencuba strategi pengajaran yang baru atau alat-alat bantu mengajar yang baru dan inovasi. Guru juga harus sentiasa untuk meningkatkan mutu pengajaran dengan menghadiri kursus-kursus, taklimat atau seminar yang berkaitan dengan pengajaran. Dalam zaman era globalisasi ini, guru yang inovatif memperkenalkan penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran seharian. Selain daripada ciri-ciri dan kualiti peribadi dan profesional, sifat dan kualiti sosial juga sangat penting. Antaranya ialah bermoral, sifat kepimpinan,berbudi pekerti, merendah diri dan lain-lain lagi. Guru hendaklah memainkan peranan untuk menyebarkan nilai-nilai murni kepada pelajar. Oleh itu, guru yang bermoral tinggi mestilah menjadi contoh pelajar. Guru dapat mempraktikkan nilai-nilai murni dalam aktiviti-aktiviti seharian dengan mengadakan kerja kumpulandan nilai-nilai tolak ansur, bekerjasama, tolong-menolong, bertoleransi dansebagainya. Dengan ini, semua nilai-nilai murni dapat ditekankan dengan lebihberkesan berbanding dengan penerangan nilai-nilai tersebut. Dari segi sosial,sifat kepimpinan harus ditonjolkan oleh guru di dalam kelas. Guru merupakan pemimpin dalam kelas kerana guru bertanggungjawab untuk menganjurkan aktiviti-aktiviti seperti gotong- royong, kempen-kempen dan sebagainya. Sebagai seorang pemimpin, guru harus membuat rancangan secara teliti dan memastikan aktiviti dijalankan dengan lancar dan berjaya. Setiap kegiatan yang dijalankan mempunyai tujuannya, jadi guru mestilah menjelaskan tujuan dan cara pelaksanaannya.Sebagai seorang guru yang berjaya, guru diharapkan dapat menonjolkan sifat budi pekerti. Ini termasuklah kelakuan guru yang bersopan santun semasa bergaul dengan rakan-rakan sejawat atau pelajarnya. Sifat ini sangat pentingbagi seorang guru kerana sifat ini akan sentiasa dihormati dan disanjungi oleh orang ramai begitu juga dengan murid-muridnya. Selain itu, sifat merendahkan diri akan disenangi oleh orang ramai. Tiada orang suka bergaul dengan orang yang sombong, terutamanya guru. Guru tidak boleh mempunyai sifat sombong kerana guru merupakan teladan bagi pelajar. Oleh itu, sifat merendah diri perlu ada pada seseorang guru.Secara umumnya, guru yang mempunyai ciri-ciri dan kualiti peribadi,profesional dan sosial akan disanjungi dan dihormati oleh orang ramai dan pelajarnya. Guru adalah merupakan seorang pendidik dan bertanggungjawab bagi menyebarkan ilmu pengetahuan dan peliti untuk murid-murid. Hanya guru yang memiliki sifat ini dapat melaksanakan tugas serta
  • 15. kewajipannya dengan sempurna. Seseorang guru dalam profesion keguruan ini perlu serba tahu. Guru diharapkan dapat mambawa isu-isu semasa untuk perbincangan dan mencari penyelesaiannya bersama-sama pelajar di dalam kelas. Contohnya, di Malaysia kadar kemalangan jalan raya adalah tinggi, pendidikan memandu kereta adalah satu perkara yang dipandang serius oleh kerajaan pada masa ini. Keselamatan di jalan raya dan cara-cara memandu yang selamat dan bertimbang rasa boleh dibincangkan di dalam kelas untuk menyedarkan pelajar tentang keperluan memperbaiki situasi yang terdapat sekarang, dengan harapan mereka tidak akan berkelakuan sedemikian apabila mereka menjadi pemandu kelak. Melalui pembacaan guru dapat menambah pengetahuan mengenai isu-isu semasa sama ada yang berkaitan dengan kekeluargaan , komuniti, isu semasa, ekonomi dan juga politik. Dalam hal seperti ini, guru diharapkan dapat menggunakan kebijaksanaan dan inisiatif sendiri dalam menggunakan isu-isu semasa untuk dikaji dan dibincangkan dengan pelajar. Dalam perubahan-perubahan system pendidikan yang semakin mencabar ini, profesion keguruan juga perlu menyediakan diri dengan amalan nilai dan akhlak yang terpuji. Dalam kurikulum pendidikan peringkat rendah dan menengah telah ditegaskan nilai- nilai murni perlu diterapkan dalam pengajaran. Pelaksanaan penerapan nilai penting untuk menyediakan para pelajar menjadi warga yang berguna kepada negara pada masa hadapan. Hal yang sama juga perlu dihayati oleh guru. Enam belas nilai murni yang disarankan dalam kurikulum pendidikan perlu dimiliki oleh guru terlebih dahulu. Sebagai seorang pendidik yang bertanggungjawab, guru hari ini perlu menyedari bahawa tugas dan amanah yang diberikan itu adalah untuk mendidik generasi yang akan menerajuai negara ini. Oleh itu kemahiran dan pengetahuan mengenai method-method pendidikan harus diperkemaskan dari semasa ke semasa . Untuk mendepani cabaran dan tuntutan daripada perubahan-perubahan kurikulum berkenaan, guru hendaklah sentiasa berminat untuk berusaha melengkapkan diri dengan strategi-strategi pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah Sehubungan dengan kehendak tersebut guru harus mengikuti kursus- kursus pendidikan yang dianjurkan oleh pihak Kementerian Pendidikan , Jabatan Pendidikan Negeri dan Pejabat Pendidikan Daerah. Contohnya para guru boleh mengikuti Kursus Dalam Perkhidmatan ataupun Kursus Peningkatan Profesionalisme Keguruan.Kursus-kursus pendidikan yang dihadiri penting bagi seseorang guru untuk mempertingkatkan keupayaan dan prestasi dalam profesion pendidikan yang kian mencabar dan kompleks ini. Memandangkan keperluan pendidikan untuk menyokong usaha-usaha kerajaan, maka profesion keguruan diharapakan dapat membuat anjakan paradigma kepada budaya yang berasaskan ilmu dan pemikiran( Rohani Abdul
  • 16. Hamid,1998) Individu yang terlibat dalam profesion keguruan sebenarnya akan terlibat sebagai pentadbir, pengurus, perancang, pelaksana, penilai, penyelia, pengawal dan sebagainya.Sebagai pentadbir ataupun pengurus, guru harus boleh membuat sesuatu keputusan dalam melaksanakan sesuatu tindakan dan menilai semula hasil sesuatu perkara yang dijalankan.Perubahan-perubahan dalam kurikulum pendidikan juga memerlukan guru untuk menguasai kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif. Pendekatan ini bukan sahaja perlu digunakan oleh guru dalam pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah,tetapi jika perlu keadah berfikir secara kritis dan kreatif boleh diaplikasikan dalam pentadbiran,mengurus ataupun dalam perancangan sesuatu program. Untuk itu sebagai melengkapkan ciri-ciri kualiti guru yang profesional, guru adalah merupakan individu yang berupaya membuat keputusan dan menyelesaikan masalah serta mampu berfikir secara kritis dan kreatif dalam pelbagai perkara. Penutup Dengan memahami dan menghayati makna sebenar guru satu profesion yang terangkum di dalamnya konsep etika perguruan dan akauntabiliti , guru dapat memahami tanggungjawabnya yang sebenar. Penghayatan etika perguruan haruslah di hayati sepenuhnya kerana akan dapat meningkatkan tahap profesionalisme keguruan. Ini kerana penghayatan tersebut membolehkan semua guru dapat menjalankan tanggungjawab dan tugas-tugasnya dengan penuh komited dan dedikasi. Akauntabiliti atau tanggungjawab seorang guru merangkumi akuntabilitinya terhadap sekolah, diri sendiri , murid-murid dan profesion keguruan akan dapat ditingkatkan sekiranya seseorang guru itu benar-benar menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang pendidik dengan berkesan. Selain itu guru juga dapat melaksanakan tugas itu dengan bersungguh-sungguh dan penuh dedikasi sekiranya guru tahu tanggungjawabnya terhadap kerjayanya. Kesedaran kepada akauntabiliti akan menjadikan seseorang guru itu lebih bertanggungjawab terhadap tanggungjawab yang di laksanakannya. Peningkatan dalam bidang tersebut melambangkan tingginya kualiti seseorang guru yang juga akan meningkatkan taraf profesionalisme keguruan. Selain itu guru juga dapat melaksanakan tugas itu dengan bersungguh-sungguh dan penuh dedikasi sekiranya guru tahu tanggungjawabnya terhadap kerjayanya. Kesedaran kepada etika perguruan akan menjadikan seseorang guru itu lebih bertanggungjawab terhadap tanggungjawab yang di laksanakannya. Oleh yang demikian, etika perguruan perlulah dihayati oleh semua guru. Sekiranya seseorang guru itu mengabaikan etika perguruan , maka tanggungjawabnya tidak dapat di jalankan dengan baik dan akan gagal melahirkan modal insan seperti yang di cita- citakan negara. Ini akan menjatuhkan martabat profesion perguruan oleh kerana perbuatan yang tidak bertanggungjawab terhadap amanah yang di berikan.
  • 17. KESIMPULAN Pemimpin sekolah perlu memainkan peranan sebagai pemimpin instruksional selain daripada mengurus dan mentadbir sekolah. Tugas utama seseorang pemimpin instruksional ialah
  • 18. memastikan kualiti pengajaran dan pembelajaran di sekolah terjamin dan dipertingkatan secara berterusan. Menurut Brooke Willaims, seorang pemimpin instruksional yang berkesan mempunyai ciri-ciri berikut: 1. Menilai pengajaran guru dan memberi maklum balas yang jujur, tulus dan ikhlas kepada guru supaya keberkesanan PDP ditingkatkan. 2. Pemimpin instruksional yang berkesan mempunyai pengetahuan yang tinggi tentang PDP. Mereka tahu apa yang diperlukan untuk pembangunan profesional guru. Mereka jiga tahu apa yang diperlukan oleh murid-murid untuk belajar dengan berkesan. Bidang pengetahuan pemmpin instruksional memliputi kurikulum yang dilaksanakan di sekolah, model PDP dan pendekatan penyliana dan penilaian yang berkesan. 3. Pemimpin instruksional yang berkesan mempunyai kemahiran interpersonal yang baik. Mereka boleh memotivasikan anggota pasukan untuk berusaha ke arah yang dipimpinnya. Kemahiran interpersonal yang baik membolehkan pemimpin sekolah memujuk, memberi rangsangan dan mewujudkan semangat kerja sepasukan dalam semua lapisan sekolah. 4. Pemimpin instruksional yang berkesan mempunyai visi dan matlamat yang jelas dan mampu berkongsikan visi itu kepada pasukan yang dipimpinnya. Konsep kepemimpinan instruksional dimasyurkan pada awal tahun lapan puluhan, berdasarkan dapatan kajian yang menunjukkan bahawa sekolah yang berkesan biasanya dipimpin oleh guru besar atau pengetua yang peranan pemimpin instruksional yang tidak menumpukan semua masa dan tenaga pada hal-hal pengurusan rutin dan pentadbiran sahaja (Brookover & Lezotte, 1982). Michael Fullan, seorang pendidik terkenal di Kanada, mengatakan bahawa penekanan pada peranan pemimpin sekolah sebagai pemimpin instruksional ialah faktor utama yang meningkatkan kadar pembelajaran murid-murid sekolah (Fullan, 2002).
  • 19. Newmann, King and Young (2000) menyatakan bahawa sekolah di mana murid-muridnya menunjukkan prestasi yang tinggi ialah sekolah yang memberi pengajaran yang berkualiti. Faktor kritikal yang menyumbang kepada kualiti pengajaran dan pembelajaran sesebuah sekolah ialah kapasiti sekolah. Menurut Newmann, King and Young, pembangunan kapasiti sekolah bergantung pada pemimpin yang memberi penekanan untuk membangunkan kompetensi, pengetahuan dan kemahiran guru, mewujudkan komuniti profesional dalam kalangan guru, memastikan kepaduan program (program coherence) yang dilaksanakan di sekolah dan membangunkan sumber teknikal yang diperlukan bagi menyokong proses pembelajaran dan pengajaan di sekolah berkaitan. Dengan lain kata, sekolah yang berkualiti dari segi pengajaran dan pembelajaran dipimpin oleh pemimpin instruksional yang berkesan.