Tugasan ini membahaskan peranan penting guru dalam mendidik murid dan membentuk generasi masa depan. Guru perlu diberikan kuasa autonomi untuk menjalankan tugas mengajar secara efektif serta memastikan kualiti pendidikan. Walau bagaimanapun, terdapat segelintir masyarakat yang tidak sepenuhnya menyokong konsep autonomi guru kerana menganggap peranan guru hanya terhad kepada penyampaian ilmu.