SlideShare a Scribd company logo
1 of 16
PROGRAM EKSEKUTIF CUTI SEKOLAH
IJAZAH SARJANA PENDIDIKAN (MATEMATIK)
SEMESTER 2 SESI 2013/2014
KOD DAN NAMA KURSUS:
SME6044 ISU-ISU KONTEMPORARI DALAM PENDIDIKAN MATEMATIK
(PENSIJILAN GURU)
TAJUK:
TUGASAN 2
NAMA DAN NOMBOR MATRIKS:
NAMA NO. MATRIK
FU SAI HOE M20131000362
HAZWANI BINTI AWANG MORE M20131000366
LORETA ALAH WAN M20131000370
NAZIRAH BINTI ABD. GHANI M20131000357
(KUMPULAN A: MATEMATIK)
NAMA PENSYARAH:
PROF DR MARZITA PUTEH
PEMARKAHAN
SENARAI ISI KANDUNGAN
PERKARA Muka Surat
PENGENALAN 1
ISU 1: PELESENAN 2
ISU 2: PENGETAHUAN PEDAGOGI 4
ISU 3: PENGUASAAN STANDARD DAN TEMPOH PENGAJIAN 9
ISU 4: ISU KUALITI GURU 10
PENUTUP 13
RUJUKAN
PENSIJILAN GURU
PENGENALAN:
Menurut Kamus Dewan edisi keempat, pensijilan bermaksud pemberian sijil kepada
seseorang atau pihak kerana telah mencapai piawai dan syarat yang ditetapkan bagi
membuktikan barangan yang dikeluarkan adalah berkualiti. Pensijilan guru adalah pemberian
sijil kepada seorang guru yang telah mencapai syarat yang ditetapkan oleh kerajaan dan
merupakan guru yang berkualiti.
Kriteria bagi mendapatkan pensijilan guru ialah memerlukan pelajaran yang tinggi
dan latihan khas, kemahiran diiktiraf, lulus peperiksaan profesional, mengutamakan dan
bertanggungjawab terhadap pelanggan, mematuhi kod etika dan mempunyai satu badan bebas
yang mengawal kualiti. Latihan perguruan bertujuan untuk membolehkan guru pelatih
menyesuaikan diri dengan suasana sekolah, mendapat pengalaman dan mencari kaedah
pengajaran yang sesuai. Seorang guru bukan sahaja mengajar mata pelajaran yang diajar dan
mempunyai ilmu pengetahuan opsyen yang diajar sahaja, tetapi juga perlu mengetahui teori
pengajaran dan pembelajaran dan teknik-teknik pengajaran yang betul.
Sebelum seseorang itu menjadi guru, dia perlu menerima latihan dalam perguruan
untuk menjadi seorang guru yang bertauliah. Umpananya, seorang guru mesti mempunyai
Sijil Perguruan, Diploma Pendidikan atau Ijazah Perguruan atau Pendidikan yang diiktiraf
oleh kerajaan Malaysia sebelum dia boleh mengajar di sekolah kerajaan. Walaupun seseorang
guru itu telah menerima latihan perguruan, dia juga seharusnya mempunyai pengetahuan
yang mendalam tentang mata pelajaran yang hendak diajarnya. Guru juga mesti mengetahui
keadah atau cara penyampaian dalam pengajarannya supaya murid-murid dapat memahami
apa yang disampaikan.
Di samping itu, guru haruslah mempunyai sahsiah yang baik dan dapat dihormati
serta dicontohi oleh murid. Sahsiah ini termasuklah tingkah laku dan sikap yang elok,
bersabar, bermurah hati dan sentiasa bersifat tenang. Kebanyakan kualiti kecerdasan dan
sahsiah guru adalah hasil daripada latihan yang membolehkan seseorang guru menguruskan
pengajarannya dengan berkesan. Latihan itu termasuklah kefahaman terhadap sifat
kejasmanian dan sifat psikologi kanak-kanak serta teori penyampaian pelajaran.
Selain tugas dalam bilik darjah, guru juga mempunyai peranan-peranan lain yang
diharapkan oleh masyarakat. Misalnya guru diharapkan menjadi pengganti ibubapa, menjadi
penasihat dan pembimbing di dalam pembentukkan sahsiah murid, menjadi kaunselor kepada
murid-murid, menjadi pengamal dan penyebar nilai kebudayaan yang elok dan seterusnya
menjadi contoh sahsiah yang baik kepada masyarakat.
ISU-ISU DALAM PENSIJILAN GURU:
ISU 1: PELESENAN.
Sehingga hari ini, isu ini masih tidak dapat diselesaikan dan menjadi satu masalah
yang semakin menular di setiap sekolah di seluruh negara. Guru ini dikehendaki mengajar
subjek bukan bidang atau opsyen setelah mendapat penempatan. Penempatan mereka
mengikut kekosongan guru subjek yang terlibat. Terdapat juga masalah yang melanda di
mana-mana sekolah satu daerah, di mana terdapat beberapa sekolah masih mengalami
masalah kekurangan guru dan guru subjek tertentu, sehingga menyebabkan guru bukan
opsyen diminta memikul tanggungjawab untuk mengajar mata pelajaran yang bukan pakar
mereka. Guru-guru ini terpaksa akur dengan arahan dan perintah pihak sekolah dan pentadbir
untuk menggantikan tempat guru yang kekosongan tanpa memikirkan akibat pada masa
hadapan.
Antara kesan apabila guru mengajar subjek bukan opsyen, mereka akan kurang yakin
dan tiada semangat untuk mengajar. Mereka juga akan bersikap sambil lewa dan kurang
membuat persediaan sebelum proses pengajaran dan pembelajaran (P dan P) bermula. Guru
juga tidak bersikap positif dalam ketidaksepadanan pengagihan guru mengikut opsyen kerana
menganggap diri mereka dipaksa untuk mengajar subjek bukan opsyen.
Tidak dapat dinafikan bahawa kefahaman konsep terhadap sesuatu isi kandungan
sesuatu subjek adalah amat penting dalam proses pembelajaran. Kaedah pemahaman konsep
dalam pengajaran matematik pada masa kini telah memberi keutamaan kepada pembentukan
konsep matematik yang dikaitkan dengan pengalaman pelajar di dalam kelas mahupun di luar
kelas. Para pendidik juga sedia maklum bahawa pengetahuan merupakan sesuatu yang tidak
boleh dipindahkan dari seseorang kepada seseorang yang lain sebaliknya ia hanya boleh
dibina oleh murid itu sendiri melalui proses interaksi dengan persekitaran pembelajaran.
Persekitaran boleh dijadikan sebagai alat perhubungan yang dapat mengaitkan idea sesuatu
subjek dengan pengalaman harian.. Kesilapan kepada tafsiran dalam konsep akan memberi
gambaran yang berlainan terhadap makna sebenar. Jika guru kurang semangat dan tidak
membuat persediaan sebelum proses pengajaran dan pembelajaran bermula, mungkin akan
berlaku kesilapan tafsiran kepada konsep atau isi kandungan sesuatu subjek itu.
Seorang pendidik perlulah memiliki ilmu pengetahuan yang mendalam terutamanya
untuk mata pelajaran yang diajar malah mereka bukan setakat perlu mengetahui pelajaran
yang telah tertulis di dalam buku namun mereka juga perlu mempunyai pengetahuan
sampingan yang lain seperti psikologi,sosiologi dan lain-lain bidang perilakunya. Ini telah
dibuktikan di dalam kajian Ahmad Zanzali dan Lim (2011), yakni beliau mengatakan bahawa
untuk mencapai keberkesanan dalam menyampaikan ilmu pengetahuan dan pendidikan
sahsiah yang sempurna,guru atau pendidik perlulah memiliki sifat keperibadian yang unggul,
berpengetahuan, ketokohan dan perwatakan yang sempurna.
Dalam isu pelesenan ini, tenaga pengajar di pusat tuisyen juga perlu diteliti. Pusat
tuisyen yang berdaftar dengan pihak kementerian, perkara seumpama ini harus dijaga dan
diteliti apabila mengambil guru yang mengajar di kelas tuisyen. Bukan semua pengajar
lepasan universiti yang tiada kelayakan dalam bidang pendidikan boleh mengajar di pusat
tuisyen dengan baik. Mereka kadang-kadang bukan guru sekolah tetapi diambil mengajar di
pusat tuisyen dan tidak memahami serta mengetahui kandungan sukatan pelajaran dan format
peperiksaan UPSR, PMR, SPM dan STPM. Selain itu, "guru" yang mengajar di pusat tuisyen
itu bukan seorang guru dan tiada kelulusan ikhtisas. Mengajar hanya untuk mencari
pendapatan sampingan. Seharusnya hanya guru sekolah yang berpengalaman dan memahami
sukatan pelajaran mengajar di pusat tuisyen supaya lebih efektif dan berkesan kepada murid.
ISU 2: PENGETAHUAN PEDAGOGI.
Menurut Kamus Dewan, pedagogi merupakan kajian tentang kaedah dan prinsip
pengajaran. Kemahiran pedagogi merupakan salah satu aset yang mesti dikuasai oleh
golongan pendidik bergelar guru. Hal ini adalah kerana, penguasaan dalam kemahiran
pedagogi dapat membantu menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung
dengan terancang dan teratur.
Malaysia merupakan negara yang sedang pesat membangun dan usaha memacu hala
tuju negara ini perlulah disokong oleh sumber manusia yang berkualiti dan progresif. Sumber
manusia perlu diperkembangkan potensinya secara menyeluruh dan bersepadu untuk
melahirkan insan yang harmonis dan seimbang. Hal ini dapat dicapai melalui sistem
pendidikan yang dilihat semakin mendapat perhatian semua pihak.
Penguasaan pedagogi di kalangan pendidik dan bakal pendidik adalah satu perkara
yang amat penting dan tidak boleh dipandang ringan. Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK)
telah digariskan dengan menyatakan bahawa pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha yang
berterusan ke arah memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu
untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan
jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan
untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan,
berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta
memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmurankeluarga, masyarakat dan
negara.
Menurut Slavin (1997), pedagogi itu adalah sebagai penghubung di antara apa yang
guru mahu pelajarnya belajar dengan pembelajaran sebenar yang pelajarnya akan peroleh.
Dalam konteks ini, golongan pendidik harus lebih peka dan kreatif untuk mengaplikasikan
ilmu pedagogi dalam pengajaran mereka agar ianya bersesuaian dengan keadaan
pembelajaran pelajar dan akhirnya dapat mencapai objektif pengajaran.
Menurut Rajendran (2001), proses pengajaran dan pembelajaran dipengaruhi oleh
beberapa pembolehubah dan satu amalan pengajaran dan pembelajaran yang berjaya dalam
satu bilik darjah tidak semestinya akan juga berjaya dalam bilik darjah yang lain. Ini kerana,
bilik darjah yang satu lagi tetap berbeza daripada bilik darjah yang sebelumnya dari aspek
kesediaan guru, tahap pencapaian murid, bahan sumber pengajaran dan pembelajaran yang
digunakan serta waktu mengajar.
Justeru itu, pengetahuan dan penguasaan dalam aspek-aspek pedagogi di kalangan
golongan pendidik pastinya akan dapat membantu mereka dalam menjayakan proses
pengajaran dan pembelajaran yang dirancangkan seterusnya dapat mencapai objektif
pengajaran yang telah digariskan.
Di peringkat ijazah, subjek pedagogi merupakan salah satu subjek pendidikan yang
perlu diikuti oleh setiap pelajar di fakulti pendidikan. Subjek ini merupakan syarat wajib
sebelum seseorang pelajar dapat mengambil kursus pengajaran mikro dan menjalankan
latihan praktikal di sekolah. Secara umumnya, subjek ini ditawarkan semasa pelajar berada
dalam tahun 2 pengajian di universiti.
Melalui subjek pedagogi yang diambil oleh pelajar, mereka akan berpeluang untuk
mempelajari tentang aspek-aspek berikut iaitu:
a) definisi pedagogi dari pelbagai aspek
b) model-model pengajaran
c) strategi pengajaran di bilik darjah
d) strategi pengajaran KBSM
e) kaedah pengajaran
f) objektif pengajaran
g) perancangan pengajaran
h) kemahiran pengajaran mikro
i) pengurusan bilik darjah
j) penilaian, pengukuran dan pengujian
k) pengayaan dan pemulihan
l) isu berkaitan profesionalisme perguruan
Guru merupakan aset penting dalam pendidikan. Pengajaran yang berkualiti adalah
hasil daripada mereka yang mempunyai pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan pada
suatu disiplin ilmu tersebut. Kenyataan ini turut disokong oleh Ryan, D.G. dalam Crow &
Crow (1983), iaitu guru yang efektif ialah guru–guru yang mempunyai sifat–sifat seperti
berikut :
a) Mempunyai pengetahuan yang mendalam dalam mata pelajaran yang diajarnya.
b) Mempunyai imaginasi yang tinggi untuk membolehkannya membuat pelbagai
contoh yang dapat membantu pelajar memahami sesuatu konsep dengan mudah.
c) Dapat menggunakan alatan dan bahan pengajaran dengan baik dalam
pengajarannya
Dari sudut pedagogi, amalan guru masih sama dengan dasar kurikulum lama yang
menekankan kaedah hafalan (Jemaah Nazir Sekolah Persekutuan 1996). Kelemahan dan
kepincangan yang berlaku dalam proses pengajaran dan pembelajaran antaranya berpunca
daripada kepercayaan (Von Glasersfeld 1994) dan tahap penguasaan pengetahuan pedagogi
isi kandungan (PPIK) yang lemah dalam kalangan guru (Bromme 1994; Howey 1999; Wang,
Guo, Chiang & Cheng 1999). Beberapa kajian lepas mendapati bahawa kebanyakan guru
masih lemah PPIK (Lampert 1986; Even 1993; Wilson 1994; Swafford, Jones & Thornton
1997; Ma 1999). Di samping itu juga, terdapat perbezaan yang ketara antara guru baru
dengan guru berpengalaman dari segi tahap PPIK dan pengajaran mereka dalam bilik darjah
(Marks 1990; Schempp, Manross, Tan & Fincher 1998). Di Malaysia, kajian tentang PPIK
dalam kalangan guru sekolah, sama ada rendah atau menengah, masih terlalu sedikit,
khususnya dalam pendidikan Matematik.
Shulman (1986) telah memperkembangkan satu kerangka baru untuk pendidikan guru
dengan memperkenalkan konsep pengetahuan pedagogi isi kandungan (PPIK). PPIK yang
dicadangkan oleh Shulman (1986) telah dikembangkan dalam projek “Knowledge Growth in
Teaching” sebagai satu model perspektif yang lebih luas untuk memahami proses pengajaran
dan pembelajaran. Projek ini mengkaji bagaimana guru-guru memperoleh kefahaman baru
tentang isi kandungan dan bagaimana kefahaman baru ini mempengaruhi amalan pengajaran
mereka. Menurut Shulman (1987: 15):
PPIK ialah satu jenis pengetahuan yang unik bagi seseorang guru dan ia
berdasarkan kepada cara guru mengaitkan pengetahuan pedagogi
(pengetahuan tentang cara mengajar) yang dimiliki kepada pengetahuan isi
kandungan (apa yang perlu diajar). Integrasi kedua-dua jenis pengetahuan
tersebut menghasilkan pengetahuan pedagogi isi kandungan.
Menurut Shulman (1987) lagi, PPIK adalah salah satu daripada tujuh asas
pengetahuan yang perlu dimiliki oleh seseorang pendidik. Tujuh asas pengetahuan tersebut
ialah:
a. pengetahuan isi kandungan
b. pengetahuan pedagogi am
c. pengetahuan kurikulum
d. pengetahuan pedagogi isi kandungan
e. pengetahuan tentang pelajar dan ciri-ciri pelajar
f. pengetahuan tentang konteks pendidikan
g. pengetahuan tentang matlamat-matlamat pendidikan.
Beliau turut berhujah bahawa PPIK ialah pengetahuan yang unik kepada profesion
perguruan. Pengetahuan ini membezakan seorang guru daripada seorang pakar bidang.
Menurut Shulman (1987), PPIK berkaitan dengan kebolehan seseorang guru untuk mengubah
pengetahuan isi kandungan yang dimilikinya kepada bentuk yang sesuai untuk pengajaran
serta sesuai dengan kebolehan dan latar belakang pelajar.
Ini menunjukkan bahawa kefahaman dan keupayaan guru bukan sahaja bergantung
kepada pengetahuan isi kandungan dan pengetahuan pedagogi tetapi juga bergantung kepada
pengetahuan guru berkenaan dengan pedagogi yang berkaitan dengan subjek tertentu untuk
pelajar yang khusus. Bagi konteks latihan perguruan pula, ini bermakna program pendidikan
guru tidak boleh lagi menghadkan aktiviti berkaitan pedagogi dan penyeliaan bebas daripada
konteks (Lilia 1997). Konteks di sini bermaksud subjek yang diajar atau isi kandungan.
Shulman juga mencadangkan supaya setiap orang guru mempunyai kefahaman
tentang isi kandungan mata pelajaran untuk tujuan pengajaran. Seperti yang diperkatakan
oleh Bromme (1994), idea utama yang mendasari konsep PPIK ialah guru mengubah suai isi
kandungan untuk tujuan pengajaran. Menurut Grossman, Wilson & Shulman (1989), konsep
PPIK adalah di mana guru perlu “psychologize” sesuatu isi pelajaran untuk pelajar. Dengan
kata lain, guru perlufikirkan bagaimana hendak membina jambatan di antara kefahaman guru
tentang isi kandungan dengan kefahaman pelajar berkenaan isi kandungan yang sama.
Menurut Feiman-Nemser dan Buchmann (1986) serta Feiman-Nemser dan Remillard (1996),
untuk membina jambatan ini, guru perlu memikir secara pedagogikal di mana guru perlu
menimbangkan cara mengajar sesuatu mata pelajaran daripada perspektif pelajar, guru sendiri
dan isi kandungan subjek tersebut.
Satu lagi ciri penting PPIK ialah PPIK merupakan pengetahuan mengenai bagaimana
hendak mengajar topik yang spesifik yang dapat meningkatkan kefahaman konseptual
(Grossman 1990; Fernandez-Balboa & Stiehl 1995; De Corte, Greer & Verschaffel 1996).
Menurut Shulman (1986), bagi sesuatu topik PPIK melibatkan (a) analogi, contoh,
penerangan dan demontrasi yang efektif, (b) kefahaman tentang aspek-aspek yang
membuatkan pembelajaran topik itu senang atau susah, (c) miskonsepsi pelajar tentang topik
dan (d) pengetahuan tentang strategi pengajaran yang efektif.
Berhubung dengan penguasaan kefahaman konsep Matematik, kebanyakan guru
memiliki kefahaman instrumental atau prosedural berbanding dengan kefahaman relasional
atau konseptual (Macgehee 1990; Francis 1992; Hutchiso 1992; Lee 1992; Even 1993).
Kedua-dua jenis kefahaman ini adalah sebahagian daripada pengetahuan pedagogi isi
kandungan (Carpenter et al. 1988). Kefahaman instrumental atau prosedural merujuk kepada
kebolehan seseorang guru atau pelajar menerangkan “bagaimana” untuk memperoleh sesuatu
jawapan tanpa mengetahui “kenapa” sesuatu langkah, cara, operasi, rumus atau
seumpamanya digunakan dalam proses pengiraan atau penyelesaian masalah (Hiebert 1986;
Skemp 1987; Sierpinska 1994).
Marks (1990) dalam kajiannya telah membandingkan tahap pengetahuan pedagogi isi
kandungan di antara guru yang memiliki pengetahuan Matematik yang tinggi dan
berpengalaman dengan guru yang kurang pengetahuan Matematik (bukan opsyen Matematik
tetapi mengajar Matematik). Amat jelas didapati bahawa guru berpengalaman dan
mempunyai pengetahuan Matematik yang tinggi, memiliki pengetahuan pedagogi isi
kandungan yang baik.
Pendidik Matematik bertanggungjawab untuk memastikan para pelajar memahami
sepenuhnya isi kandungan supaya mereka mampu menyelesaikan masalah yang berkaitan, di
samping mengelak daripada berlakunya kesilapan konsep. Untuk tujuan ini, aktiviti
pengajaran haruslah dijalankan secara bermakna dengan memberi perhatian kepada gaya,
masalah dan keperluan pelajar.
Matematik akan dihayati sebagai satu subjek yang mudah dan menyeronokkan jika
pelajar diberi peluang terlibat secara aktif dalam aktiviti yang membina kefahaman, sikap dan
kreativiti mereka. Kebijaksanaan dan kecemerlangan guru dalam bilik darjah bergantung
kepada pengetahuan dan kemahiran yang dimiliki, khususnya yang berhubung dengan isi
kandungan dan cara penyampaian. Gabungan kedua-dua jenis pengetahuan tersebut yang
dikenali sebagai pengetahuan pedagogi isi kandungan (PPIK) adalah merupakan keperluan
utama pendidik bestari.
ISU 3: PENGUASAAN STANDARD DAN TEMPOH PENGAJIAN
Kualiti guru yang cemerlang merupakan tonggak utama kepada pencapaian sekolah
yang cemerlang ke arah menyediakan murid yang inovatif dan produktif. Sebelum bergelar
seorang guru , sesesorang bakal guru perlu menerima latihan dalam perguruan agar menjadi
seorang guru terlatih yang bertauliah dan menepati standard kriteria perguruan yang
ditetapkan oleh pihak Kementerian Pendidikan.
Tempoh pengajian yang berbeza mempengaruhi penguasaan kemahiran isi kandungan
ikhtisas yang berbeza bagi bakal guru mahupun guru terlatih. Semakin lama tempoh
pengajian, semakin banyak silibus yang akan dipelajari dalam pengajian tersebut.
Di peringkat Institut Pendidikan Guru (IPG), tempoh pengajian bagi Program
Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PPSMI) mengambil masa selama dua semester,
iaitu setahun pengajian. Setelah lulus dan menepati syarat-syarat yang ditetapkan,barulah
pelajar akan ditawarkan ke pengajian Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) selama lapan
semester, iaitu empat tahun. Pelajar program ini ditempatkan di perlu mengikut latihan
perguruan di Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM). Sepanjang tempoh pengajian, di
samping mengikuti aktiviti pengajaran dan pembelajaran dalam bilik kuliah, bakal-bakal guru
ini juga akan didedahkan kepada aktiviti-aktiviti luar. Dengan itu, bakal-bakal guru perlu
mengikuti aktiviti kokurikulum sebagai sebahagian daripada kurikulum kursus. Tempoh bagi
program Ijazah Sarjana Muda Perguruan(ISMP) di universiti tempatan juga mengambil masa
selama selama 4 tahun.
Sebelum tahun 2012, Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI) telah ditetapkan
selama satu tahun saja. Namun bermula tahun 2012, Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah
(DPLI) mula menggantikan KPLI bermula sesi Januari 2012. Tempoh pengajian
dipanjangkan kepada satu tahun setengah.
Program latihan dalam perkhidmatan juga semakin dipergiatkan di kalangan guru-
guru yang sedang berkhidmat dengan Kementerian Pendidikan. Tempoh pengajian
mengambil masa antara tiga sehingga empat tahun.Antara program latihan yang ditawarkan
adalah Program Pensiswazahan Guru Sekolah Rendah (PGSR). Dalam Rancangan
Pembangunan Pendidikan 2001-2010, Program Pensiswazahan Guru (PGG) ditawarkan
untuk pegawai perkhidmatan pendidikan lepasan diploma yang menepati kriteria kelayakan
yang ditetapkan bertujuan untuk menyasarkan sebanyak 90% guru lulusan siswazah di
sekolah menengah dan 60% guru lulusan siswazah di sekolah rendah.
Perbezaan tempoh ini seharusnya tidak memberikan impak yang besar walaupun
perbezaan latar belakang latihan perguruan di kalangan bakal guru, termasuklah guru yang
sudah berada dalam perkhidmatan pendidikan. Tempoh pengajian yang lebih pendek tidak
semestinya melahirkan bakal guru yang kurang berkualiti berbanding dengan tempoh
pengajian yang lebih lama. Pendapat Zainun (1994), peranan guru sebagai profesional adalah
semakin mencabar dan untuk menjadi seorang guru yang unggul, mereka perlu memiliki
kebolehan akademik dan profesional secukupnya untuk melaksanakan tugas mereka dengan
berkesan. Maka, para pendidik perlu menggandakan usaha demi mempertingkatkan
kemahiran perguruan ke arah yang lebih baik dari segi akademik dan profesional.
ISU 4: ISU KUALITI GURU
1. Memartabatkan profesion perguruan
Guru memainkan peranan yang professional yang memiliki sifat dan ciri-ciri unggul
sebagai penyampai ilmu pengetahuan dan kemahiran dan sebagai contoh dan teladan kepada
setiap anak muridnya.Oleh itu, guru perlu membekalkan diri dengan ilimu yang secukupnya
seperti Pengetahuan isi kandungan mata pelajaran (Content Knowledge),Pengetahuan
kandungan pedagogi (Pedagogical Content Knowledge) dan sebagainya supaya dapat
melahirkan generasi yang dapat memberi sumbangan kepada masyarakat dan Negara.
1.1 Pendidikan kita bertaraf dunia dan diiktiraf
Kerajaan betungkus lumus dalam membangunkan sistem pendidikan negara yang
memenuhi keperluan pelajar dan juga negara.Untuk merealisasikan perkara ini, Kementerian
Pendidikan Malaysia mementingkan penerapan program dan inisiatif yang komprehensif bagi
merealisasikan aspirasi negara dan meletakkan piawaian sistem pendidikan negara bertaraf
dunia. Mohd A. S. & Haspaizi M. Z. (2013, Oct 12) Seperti kata Timbalan Perdana Menteri,
Tan Sri Muhyiddin Yassin:
Sistem pendidikan perlu sentiasa dikaji semula dan melalui proses
penambahbaikan seiring perkembangan ilmu dan teknoloji bagi
melahirkan modal insan yang berupaya memacu Malaysia
menjadi negara maju.
Juga ,menteri pendidikan negara anggota Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan
Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) kagum dengan pencapaian
Malaysia dalam memajukan bidang pendidikan terutamanya Pelan Pembangunan Pendidikan
Malaysia (PPPM) 2013-2025 yang dilancarkan September lalu. Ini telah membuktikan
bahawa sistem pendidikan kita memang berdiri sama tinggi, duduk sama rendah dengan
negara maju.
1.2 Pengambilan guru
Usaha menjaga kualiti profesion guru yang akan dilaksanakan oleh KPM ialah
meletakkan sasaran 30 peratus daripada graduan terbaik dari pelbagai institusi pengajian
tinggi diserapkan menjadi guru( Mohd N. ,2012, Aug 5). Keutamaan diberikan kepada
pemohon memiliki tiga gred Cemerlang dan tiga gred Kepujian dalam Sijil Pelajaran
Malaysia (SPM) bagi syarat kemasukan ke Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan
(PISMP) di IPG. Selaras dengan dasar ini, Kementerian Pendidikan juga akan menghentikan
pengambilan Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT) kerana hasrat Pelan Pembangunan
Pendidikan Malaysia memang memerlukan guru yang benar-benar mahir dan terlatih dengan
sistem pengajaran.Kementerian Pendidikan yakin bahawa profesion keguruan akan menjadi
lebih berprestij apabila pengambilan dibuat hanya dalam kalangan graduan 30 peratus
terbaik dalam negara dalam usaha mentransformasi profesion itu menjadi profesion pilihan(
KPM,2013).
1.3 Pelantikan guru besar atau pengetua
Selain itu, pelantikan guru besar dan pengetua akan melalui proses penilaian tahap
kepemimpinan dan yang berkaitan kemampuan melaksanakan tanggungjawab, kreativiti,
inovatif, dan inovasi di samping rekod cemerlang dalam kerjaya guru, selain menjalani
latihan dan bimbingan yang komprehensif, bukan lagi disandang secara automatik seperti
dalam sistem naik pangkat sekarang (Norfatimah A. ,2013, July 3). Dengan kata lain,
Kementerian Pendidikan telah mengubah kriteria memilih pengetua dan guru besar daripada
pemilihan berasaskan tempoh perkhidmatan kepada pemilihan berfokus kepada kecekapan
kepimpinan( KPM,2013).
“Syarat utama adalah mengikuti Program Kelayakan Profesional Pemimpin
Pendidikan Kebangsaan (NPQEL). Seramai 1,000 pendidik akan mengikuti
kursus lima bulan di Institut Aminuddin Baki (IAB) tahun depan,” katanya
selepas merasmikan Seminar Nasional Pengurusan dan Kepimpinan
Pendidikan.” Kata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
1.4 Pengambilan pensyarah di IPG
Salah satu matlamat Pelan Pembangunan Pendidkan Malaysia ialah menetapkan
inisiatif mentransformasi IPG supaya menjadi universiti latihan guru bertaraf dunia. Dalam
pada itu, usaha juga dilakukan untuk IPG mengutamakan pengambilan pensyrah yang
berkelulusan ijazah sarjana atau ijazah doktor falsafah (PhD). Analisis statistik pada 2013
menunjukkan bahawa 3,947 daripada pensyarahnya, seramai 315 pensyarah memiliki PhD
dan 3,057 sarjana (Fakhrurrazi, 2011) MMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMM
PENUTUP
Profesion perguruan adalah merupakan satu profesion yang sangat mulia. Jasa dan
sumbangan yang diberikan oleh warga pendidik untuk melahirkan masyarakat yang berilmu,
beriman dan mengamalkan nilai-nilai yang baik tidak harus dipandang rendah oleh
masyarakat. Masyarakat haruslah sedar cabaran dan bebanan tugas yang dihadapi oleh
golongan guru sebelum mengambil jalan mudah dengan memandang rendah golongan ini.
Sekiranya Malaysia ingin memartabatkan profesion perguruan di Malaysia, maka seharusya
kualiti guru perlu diiktiraf melalui pemberian lesen guru kepada setiap guru yang mempunyai
kelulusan iktisas perguruan. .
Lesen guru adalah merupakan kaedah yang releven serta boleh mengekalkan integriti
guru dari mula ianya diiktiraf sebagai guru sehingga akhir hayat. Secara tidak langsung pihak
berwajib lebih senang untuk membuat kawalan standard kualiti guru, produktiviti guru
disemua peringkat pendidikan sama ada disekolah pra sekolah, sekolah rendah, sekolah
menengah dan pengajian tinggi awam dan swasta.
RUJUKAN
Ahmad Zanzali, N.A. & Lim, W.Mei. (2011). Bimbingan Oleh Guru Pembimbing Kepada
Guru Pelatih Universiti Teknologi Malaysia (UTM). Journal of Educational sychology
and Counseling, Universiti Teknologi Malaysia
Dr Aminudin Mansor. Peranan pusat tuisyen perlu diperluas. Internet.
http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Perananpusattuisyenperludiperluas//Artic
le/article_print Diakses pada 29 Mei 2014
Fakhrurrazi U. (7 Julai 2011). Latihan Guru Ditambah Baik. Internet.
http://www.bharian.com.my Diakses pada 1 Jun 2014
KPM (2013) . Pelan Pembangunan Pendidikan 2013-2025. Internet.
www.moe.gov.my/userfiles/file/PPP/Preliminary-Blueprint-BM.pdf Diakses pada 1 Jun
2014
Mohd A. S. & Haspaizi M. Z. (12 Oktober 2013). Kualiti Pendidikan Bertaraf Dunia.
Internet. http://www.bharian.com.my Diakses pada 1 Jun 2014
Mohd N. (5 Ogos 2012). Pengambilan Guru Hanya Dalan Kalangan 30 Peratus Graduan
Terbaik. Internet. http://www.bharian.com.my Diakses pada 1 Jun 2014
Noresah binti Baharom (2005). Kamus Dewan Edisi Keempat. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
Dan Pustaka
Norfatimah A. (2 Julai 2013). Syarat Ketat Jadi Pengetua. Internet.
http://www.bharian.com.my Diakses pada 1 Jun 2014
Suhaila S. A. (9 November 2013). Pendidikan Kita Diiktiraf. Internet.
http://www.bharian.com.my Diakses pada 1 Jun 2014
Zainun. 1994. Profesion Guru dan Cabaran. Mestika, November.

More Related Content

What's hot

Kumpulan 7 bincangkan isu berkaitan dengan kbat
Kumpulan 7   bincangkan isu berkaitan dengan kbatKumpulan 7   bincangkan isu berkaitan dengan kbat
Kumpulan 7 bincangkan isu berkaitan dengan kbatIrma Gurlz
 
Guru agen penyampai kecemerlangan pendidikan
Guru agen penyampai kecemerlangan pendidikanGuru agen penyampai kecemerlangan pendidikan
Guru agen penyampai kecemerlangan pendidikanuminisa1411
 
Teknik2 mengajar
Teknik2 mengajarTeknik2 mengajar
Teknik2 mengajarbaharnizam
 
Menjadi Guru Profesional
Menjadi Guru ProfesionalMenjadi Guru Profesional
Menjadi Guru Profesionaliqbalmayzun
 
Tugasan hbml (repaired)
Tugasan hbml (repaired)Tugasan hbml (repaired)
Tugasan hbml (repaired)Cyn Deb
 
4.1 teori keprihatinan
4.1 teori keprihatinan4.1 teori keprihatinan
4.1 teori keprihatinanEp Loh
 
3. tahap amalan guru pendidikan jasmani sekolah
3. tahap amalan guru pendidikan jasmani sekolah3. tahap amalan guru pendidikan jasmani sekolah
3. tahap amalan guru pendidikan jasmani sekolahikhwanecdc
 
Sidang Tesis PENGARUH KEPEMIMPINAN KEPALA SEKOLAH DAN KOMPETENSI PROFESIOA...
Sidang Tesis PENGARUH  KEPEMIMPINAN KEPALA  SEKOLAH DAN  KOMPETENSI PROFESIOA...Sidang Tesis PENGARUH  KEPEMIMPINAN KEPALA  SEKOLAH DAN  KOMPETENSI PROFESIOA...
Sidang Tesis PENGARUH KEPEMIMPINAN KEPALA SEKOLAH DAN KOMPETENSI PROFESIOA...Universitas Nahdlatul Ulama (UNU) Cirebon
 
Sistem mentoran dan amalan guru dalam meningkatkan literasi awal kanak
Sistem mentoran dan amalan guru dalam meningkatkan literasi awal kanakSistem mentoran dan amalan guru dalam meningkatkan literasi awal kanak
Sistem mentoran dan amalan guru dalam meningkatkan literasi awal kanaksitinurnadirahibrahi
 
Pengetahuan Pedagogi Isi Kandungan
Pengetahuan Pedagogi Isi KandunganPengetahuan Pedagogi Isi Kandungan
Pengetahuan Pedagogi Isi KandunganIrma Gurlz
 
Makalah kompetensi profesional guru
Makalah kompetensi profesional guruMakalah kompetensi profesional guru
Makalah kompetensi profesional guruIkhwan Mutaqin
 

What's hot (20)

Full assignment
Full assignmentFull assignment
Full assignment
 
Eem 522 kaedah startegi mengajar moral
Eem 522 kaedah startegi mengajar moralEem 522 kaedah startegi mengajar moral
Eem 522 kaedah startegi mengajar moral
 
Kumpulan 7 bincangkan isu berkaitan dengan kbat
Kumpulan 7   bincangkan isu berkaitan dengan kbatKumpulan 7   bincangkan isu berkaitan dengan kbat
Kumpulan 7 bincangkan isu berkaitan dengan kbat
 
Guru agen penyampai kecemerlangan pendidikan
Guru agen penyampai kecemerlangan pendidikanGuru agen penyampai kecemerlangan pendidikan
Guru agen penyampai kecemerlangan pendidikan
 
Nkr as
Nkr asNkr as
Nkr as
 
Ppt
PptPpt
Ppt
 
Tesis bab 1
Tesis bab 1Tesis bab 1
Tesis bab 1
 
Teknik2 mengajar
Teknik2 mengajarTeknik2 mengajar
Teknik2 mengajar
 
Menjadi Guru Profesional
Menjadi Guru ProfesionalMenjadi Guru Profesional
Menjadi Guru Profesional
 
Tugasan hbml (repaired)
Tugasan hbml (repaired)Tugasan hbml (repaired)
Tugasan hbml (repaired)
 
4.1 teori keprihatinan
4.1 teori keprihatinan4.1 teori keprihatinan
4.1 teori keprihatinan
 
3. tahap amalan guru pendidikan jasmani sekolah
3. tahap amalan guru pendidikan jasmani sekolah3. tahap amalan guru pendidikan jasmani sekolah
3. tahap amalan guru pendidikan jasmani sekolah
 
Sidang Tesis PENGARUH KEPEMIMPINAN KEPALA SEKOLAH DAN KOMPETENSI PROFESIOA...
Sidang Tesis PENGARUH  KEPEMIMPINAN KEPALA  SEKOLAH DAN  KOMPETENSI PROFESIOA...Sidang Tesis PENGARUH  KEPEMIMPINAN KEPALA  SEKOLAH DAN  KOMPETENSI PROFESIOA...
Sidang Tesis PENGARUH KEPEMIMPINAN KEPALA SEKOLAH DAN KOMPETENSI PROFESIOA...
 
Ptk pai sma
Ptk pai smaPtk pai sma
Ptk pai sma
 
Sistem mentoran dan amalan guru dalam meningkatkan literasi awal kanak
Sistem mentoran dan amalan guru dalam meningkatkan literasi awal kanakSistem mentoran dan amalan guru dalam meningkatkan literasi awal kanak
Sistem mentoran dan amalan guru dalam meningkatkan literasi awal kanak
 
Pengetahuan Pedagogi Isi Kandungan
Pengetahuan Pedagogi Isi KandunganPengetahuan Pedagogi Isi Kandungan
Pengetahuan Pedagogi Isi Kandungan
 
Makalah kompetensi profesional guru
Makalah kompetensi profesional guruMakalah kompetensi profesional guru
Makalah kompetensi profesional guru
 
Assignment benar
Assignment benarAssignment benar
Assignment benar
 
Makalah guru profesional
Makalah guru profesionalMakalah guru profesional
Makalah guru profesional
 
Bab i
Bab  iBab  i
Bab i
 

Viewers also liked

Pensijilan guru
Pensijilan guruPensijilan guru
Pensijilan guruRoyal Fu
 
Soalan Kerja Kursus GPP 1063 (4)
Soalan Kerja Kursus GPP 1063 (4)Soalan Kerja Kursus GPP 1063 (4)
Soalan Kerja Kursus GPP 1063 (4)Azizi Ahmad
 
Ciri ciri dan kualiti guru yg profesional
Ciri ciri dan kualiti guru yg profesionalCiri ciri dan kualiti guru yg profesional
Ciri ciri dan kualiti guru yg profesionalawin awin
 
Profesionalisme+dan+akautabiliti+guru
Profesionalisme+dan+akautabiliti+guruProfesionalisme+dan+akautabiliti+guru
Profesionalisme+dan+akautabiliti+guruHishamuddin Jabar
 
CIRI-CIRI DAN KUALITI GURU YANG PROFESIONAL
CIRI-CIRI DAN KUALITI GURU YANG PROFESIONALCIRI-CIRI DAN KUALITI GURU YANG PROFESIONAL
CIRI-CIRI DAN KUALITI GURU YANG PROFESIONALasyikin hashim
 
Usaha-usaha untuk Merealisasikan Transformasi Keguruan sebagai Profesion Pilihan
Usaha-usaha untuk Merealisasikan Transformasi Keguruan sebagai Profesion PilihanUsaha-usaha untuk Merealisasikan Transformasi Keguruan sebagai Profesion Pilihan
Usaha-usaha untuk Merealisasikan Transformasi Keguruan sebagai Profesion PilihanSherly Jewinly
 
Ciri-ciri kualiti guru positif dan Implikasi penerapan ciri-ciri kualiti guru...
Ciri-ciri kualiti guru positif dan Implikasi penerapan ciri-ciri kualiti guru...Ciri-ciri kualiti guru positif dan Implikasi penerapan ciri-ciri kualiti guru...
Ciri-ciri kualiti guru positif dan Implikasi penerapan ciri-ciri kualiti guru...Sherly Jewinly
 

Viewers also liked (7)

Pensijilan guru
Pensijilan guruPensijilan guru
Pensijilan guru
 
Soalan Kerja Kursus GPP 1063 (4)
Soalan Kerja Kursus GPP 1063 (4)Soalan Kerja Kursus GPP 1063 (4)
Soalan Kerja Kursus GPP 1063 (4)
 
Ciri ciri dan kualiti guru yg profesional
Ciri ciri dan kualiti guru yg profesionalCiri ciri dan kualiti guru yg profesional
Ciri ciri dan kualiti guru yg profesional
 
Profesionalisme+dan+akautabiliti+guru
Profesionalisme+dan+akautabiliti+guruProfesionalisme+dan+akautabiliti+guru
Profesionalisme+dan+akautabiliti+guru
 
CIRI-CIRI DAN KUALITI GURU YANG PROFESIONAL
CIRI-CIRI DAN KUALITI GURU YANG PROFESIONALCIRI-CIRI DAN KUALITI GURU YANG PROFESIONAL
CIRI-CIRI DAN KUALITI GURU YANG PROFESIONAL
 
Usaha-usaha untuk Merealisasikan Transformasi Keguruan sebagai Profesion Pilihan
Usaha-usaha untuk Merealisasikan Transformasi Keguruan sebagai Profesion PilihanUsaha-usaha untuk Merealisasikan Transformasi Keguruan sebagai Profesion Pilihan
Usaha-usaha untuk Merealisasikan Transformasi Keguruan sebagai Profesion Pilihan
 
Ciri-ciri kualiti guru positif dan Implikasi penerapan ciri-ciri kualiti guru...
Ciri-ciri kualiti guru positif dan Implikasi penerapan ciri-ciri kualiti guru...Ciri-ciri kualiti guru positif dan Implikasi penerapan ciri-ciri kualiti guru...
Ciri-ciri kualiti guru positif dan Implikasi penerapan ciri-ciri kualiti guru...
 

Similar to Pensijilan guru

Guru Inspiratif dan Kompeten
Guru Inspiratif dan KompetenGuru Inspiratif dan Kompeten
Guru Inspiratif dan KompetenJoko Prasetiyo
 
Peran guru dalam administrasi sekolah menengah
Peran guru dalam administrasi sekolah menengahPeran guru dalam administrasi sekolah menengah
Peran guru dalam administrasi sekolah menengahIg Fandy Jayanto
 
Asimen pengurusan bilik darjah dan tingkah laku
Asimen pengurusan bilik darjah dan tingkah lakuAsimen pengurusan bilik darjah dan tingkah laku
Asimen pengurusan bilik darjah dan tingkah lakuPensil Dan Pemadam
 
Teaching (instruction)
Teaching (instruction)Teaching (instruction)
Teaching (instruction)Alfonsus Sam
 
LMCP1112 Falsafah Pendidikan Islam Projek Akhir.pptx
LMCP1112 Falsafah Pendidikan Islam Projek Akhir.pptxLMCP1112 Falsafah Pendidikan Islam Projek Akhir.pptx
LMCP1112 Falsafah Pendidikan Islam Projek Akhir.pptxAjleeyaAzman
 
PERANAN_PENSYARAH_PENDIDIK_PENYELIDIK_AT (1).docx
PERANAN_PENSYARAH_PENDIDIK_PENYELIDIK_AT (1).docxPERANAN_PENSYARAH_PENDIDIK_PENYELIDIK_AT (1).docx
PERANAN_PENSYARAH_PENDIDIK_PENYELIDIK_AT (1).docxShahrilanuarabdmanap
 
AKSI NYATA_TOPIK 4 Satrio Fajar Prianto.docx
AKSI NYATA_TOPIK 4 Satrio Fajar Prianto.docxAKSI NYATA_TOPIK 4 Satrio Fajar Prianto.docx
AKSI NYATA_TOPIK 4 Satrio Fajar Prianto.docxsatrioFajarP
 
Pembahasan Profesi Pendidikan
Pembahasan Profesi PendidikanPembahasan Profesi Pendidikan
Pembahasan Profesi PendidikanRiris Purbosari
 
Guru dan dilema pendidikan
Guru dan dilema pendidikanGuru dan dilema pendidikan
Guru dan dilema pendidikanNina Rahayu
 
1 Buku Panduan Pendekatan Bertema (2).pptx
1 Buku Panduan Pendekatan Bertema (2).pptx1 Buku Panduan Pendekatan Bertema (2).pptx
1 Buku Panduan Pendekatan Bertema (2).pptxSUHAILA28
 
HAKIKAT GURU DAN GURU PENDIDIKAN AGAMA ISLAM
HAKIKAT GURU DAN GURU PENDIDIKAN AGAMA ISLAMHAKIKAT GURU DAN GURU PENDIDIKAN AGAMA ISLAM
HAKIKAT GURU DAN GURU PENDIDIKAN AGAMA ISLAMGalih Nurhavis
 
Guru Permulaan Abad Ke-21
Guru Permulaan Abad Ke-21Guru Permulaan Abad Ke-21
Guru Permulaan Abad Ke-21hibatullah92
 
Jabatan profesional dan tantangan guru dalam pembelajaran
Jabatan profesional dan tantangan guru dalam pembelajaranJabatan profesional dan tantangan guru dalam pembelajaran
Jabatan profesional dan tantangan guru dalam pembelajaranRizki septa wiratna
 
Isu pengetahuan pedagogi 2
Isu pengetahuan pedagogi 2Isu pengetahuan pedagogi 2
Isu pengetahuan pedagogi 2Cahaya Cita-Cita
 
Pckumpulan 18 : Pengetahuan Isi Kandungan Pedagogi
Pckumpulan 18 : Pengetahuan Isi Kandungan Pedagogi Pckumpulan 18 : Pengetahuan Isi Kandungan Pedagogi
Pckumpulan 18 : Pengetahuan Isi Kandungan Pedagogi Izawati Saat
 

Similar to Pensijilan guru (20)

Guru Inspiratif dan Kompeten
Guru Inspiratif dan KompetenGuru Inspiratif dan Kompeten
Guru Inspiratif dan Kompeten
 
Peran guru dalam administrasi sekolah menengah
Peran guru dalam administrasi sekolah menengahPeran guru dalam administrasi sekolah menengah
Peran guru dalam administrasi sekolah menengah
 
Asimen pengurusan bilik darjah dan tingkah laku
Asimen pengurusan bilik darjah dan tingkah lakuAsimen pengurusan bilik darjah dan tingkah laku
Asimen pengurusan bilik darjah dan tingkah laku
 
Bab i
Bab iBab i
Bab i
 
Tajuk 5 done
Tajuk 5 doneTajuk 5 done
Tajuk 5 done
 
Teaching (instruction)
Teaching (instruction)Teaching (instruction)
Teaching (instruction)
 
LMCP1112 Falsafah Pendidikan Islam Projek Akhir.pptx
LMCP1112 Falsafah Pendidikan Islam Projek Akhir.pptxLMCP1112 Falsafah Pendidikan Islam Projek Akhir.pptx
LMCP1112 Falsafah Pendidikan Islam Projek Akhir.pptx
 
Guru profesional
Guru profesionalGuru profesional
Guru profesional
 
PERANAN_PENSYARAH_PENDIDIK_PENYELIDIK_AT (1).docx
PERANAN_PENSYARAH_PENDIDIK_PENYELIDIK_AT (1).docxPERANAN_PENSYARAH_PENDIDIK_PENYELIDIK_AT (1).docx
PERANAN_PENSYARAH_PENDIDIK_PENYELIDIK_AT (1).docx
 
AKSI NYATA_TOPIK 4 Satrio Fajar Prianto.docx
AKSI NYATA_TOPIK 4 Satrio Fajar Prianto.docxAKSI NYATA_TOPIK 4 Satrio Fajar Prianto.docx
AKSI NYATA_TOPIK 4 Satrio Fajar Prianto.docx
 
Resume teaching
Resume teachingResume teaching
Resume teaching
 
Pembahasan Profesi Pendidikan
Pembahasan Profesi PendidikanPembahasan Profesi Pendidikan
Pembahasan Profesi Pendidikan
 
Guru dan dilema pendidikan
Guru dan dilema pendidikanGuru dan dilema pendidikan
Guru dan dilema pendidikan
 
1 Buku Panduan Pendekatan Bertema (2).pptx
1 Buku Panduan Pendekatan Bertema (2).pptx1 Buku Panduan Pendekatan Bertema (2).pptx
1 Buku Panduan Pendekatan Bertema (2).pptx
 
HAKIKAT GURU DAN GURU PENDIDIKAN AGAMA ISLAM
HAKIKAT GURU DAN GURU PENDIDIKAN AGAMA ISLAMHAKIKAT GURU DAN GURU PENDIDIKAN AGAMA ISLAM
HAKIKAT GURU DAN GURU PENDIDIKAN AGAMA ISLAM
 
Guru Permulaan Abad Ke-21
Guru Permulaan Abad Ke-21Guru Permulaan Abad Ke-21
Guru Permulaan Abad Ke-21
 
Jabatan profesional dan tantangan guru dalam pembelajaran
Jabatan profesional dan tantangan guru dalam pembelajaranJabatan profesional dan tantangan guru dalam pembelajaran
Jabatan profesional dan tantangan guru dalam pembelajaran
 
Isu pengetahuan pedagogi 2
Isu pengetahuan pedagogi 2Isu pengetahuan pedagogi 2
Isu pengetahuan pedagogi 2
 
Pckumpulan 18 : Pengetahuan Isi Kandungan Pedagogi
Pckumpulan 18 : Pengetahuan Isi Kandungan Pedagogi Pckumpulan 18 : Pengetahuan Isi Kandungan Pedagogi
Pckumpulan 18 : Pengetahuan Isi Kandungan Pedagogi
 
(Group 18) pck
(Group 18) pck(Group 18) pck
(Group 18) pck
 

Recently uploaded

Materi Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptx
Materi Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptxMateri Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptx
Materi Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptxRezaWahyuni6
 
Bab 6 Kreatif Mengungap Rasa dan Realitas.pdf
Bab 6 Kreatif Mengungap Rasa dan Realitas.pdfBab 6 Kreatif Mengungap Rasa dan Realitas.pdf
Bab 6 Kreatif Mengungap Rasa dan Realitas.pdfbibizaenab
 
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase B
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase BModul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase B
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase BAbdiera
 
Kelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdf
Kelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdfKelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdf
Kelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdfCloverash1
 
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 PENDIDIKAN GURU PENGGERAK
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 PENDIDIKAN GURU PENGGERAKDEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 PENDIDIKAN GURU PENGGERAK
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 PENDIDIKAN GURU PENGGERAKirwan461475
 
Tugas 1 ABK di SD prodi pendidikan guru sekolah dasar.docx
Tugas 1 ABK di SD prodi pendidikan guru sekolah dasar.docxTugas 1 ABK di SD prodi pendidikan guru sekolah dasar.docx
Tugas 1 ABK di SD prodi pendidikan guru sekolah dasar.docxmawan5982
 
soal AKM Mata Pelajaran PPKN kelas .pptx
soal AKM Mata Pelajaran PPKN kelas .pptxsoal AKM Mata Pelajaran PPKN kelas .pptx
soal AKM Mata Pelajaran PPKN kelas .pptxazhari524
 
KONSEP KEBUTUHAN AKTIVITAS DAN LATIHAN.pptx
KONSEP KEBUTUHAN AKTIVITAS DAN LATIHAN.pptxKONSEP KEBUTUHAN AKTIVITAS DAN LATIHAN.pptx
KONSEP KEBUTUHAN AKTIVITAS DAN LATIHAN.pptxawaldarmawan3
 
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKAMODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKAAndiCoc
 
Karakteristik Negara Mesir (Geografi Regional Dunia)
Karakteristik Negara Mesir (Geografi Regional Dunia)Karakteristik Negara Mesir (Geografi Regional Dunia)
Karakteristik Negara Mesir (Geografi Regional Dunia)3HerisaSintia
 
tugas 1 tutorial online anak berkebutuhan khusus di SD
tugas 1 tutorial online anak berkebutuhan khusus di SDtugas 1 tutorial online anak berkebutuhan khusus di SD
tugas 1 tutorial online anak berkebutuhan khusus di SDmawan5982
 
Laporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMM
Laporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMMLaporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMM
Laporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMMmulyadia43
 
11 PPT Pancasila sebagai Paradigma Kehidupan dalam Masyarakat.pptx
11 PPT Pancasila sebagai Paradigma Kehidupan dalam Masyarakat.pptx11 PPT Pancasila sebagai Paradigma Kehidupan dalam Masyarakat.pptx
11 PPT Pancasila sebagai Paradigma Kehidupan dalam Masyarakat.pptxMiftahunnajahTVIBS
 
Lembar Observasi Pembelajaran di Kelas.docx
Lembar Observasi Pembelajaran di  Kelas.docxLembar Observasi Pembelajaran di  Kelas.docx
Lembar Observasi Pembelajaran di Kelas.docxbkandrisaputra
 
Aksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru Penggerak
Aksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru PenggerakAksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru Penggerak
Aksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru Penggeraksupriadi611
 
442539315-ppt-modul-6-pend-seni-pptx.pptx
442539315-ppt-modul-6-pend-seni-pptx.pptx442539315-ppt-modul-6-pend-seni-pptx.pptx
442539315-ppt-modul-6-pend-seni-pptx.pptxHendryJulistiyanto
 
AKSI NYATA NARKOBA ATAU OBAT TERLARANG..
AKSI NYATA NARKOBA ATAU OBAT TERLARANG..AKSI NYATA NARKOBA ATAU OBAT TERLARANG..
AKSI NYATA NARKOBA ATAU OBAT TERLARANG..ikayogakinasih12
 
TUGAS GURU PENGGERAK Aksi Nyata Modul 1.1.pdf
TUGAS GURU PENGGERAK Aksi Nyata Modul 1.1.pdfTUGAS GURU PENGGERAK Aksi Nyata Modul 1.1.pdf
TUGAS GURU PENGGERAK Aksi Nyata Modul 1.1.pdfElaAditya
 
MATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATAS
MATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATASMATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATAS
MATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATASKurniawan Dirham
 
AKSI NYATA MODUL 1.2-1 untuk pendidikan guru penggerak.pptx
AKSI NYATA MODUL 1.2-1 untuk pendidikan guru penggerak.pptxAKSI NYATA MODUL 1.2-1 untuk pendidikan guru penggerak.pptx
AKSI NYATA MODUL 1.2-1 untuk pendidikan guru penggerak.pptxWirionSembiring2
 

Recently uploaded (20)

Materi Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptx
Materi Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptxMateri Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptx
Materi Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptx
 
Bab 6 Kreatif Mengungap Rasa dan Realitas.pdf
Bab 6 Kreatif Mengungap Rasa dan Realitas.pdfBab 6 Kreatif Mengungap Rasa dan Realitas.pdf
Bab 6 Kreatif Mengungap Rasa dan Realitas.pdf
 
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase B
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase BModul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase B
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase B
 
Kelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdf
Kelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdfKelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdf
Kelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdf
 
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 PENDIDIKAN GURU PENGGERAK
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 PENDIDIKAN GURU PENGGERAKDEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 PENDIDIKAN GURU PENGGERAK
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 PENDIDIKAN GURU PENGGERAK
 
Tugas 1 ABK di SD prodi pendidikan guru sekolah dasar.docx
Tugas 1 ABK di SD prodi pendidikan guru sekolah dasar.docxTugas 1 ABK di SD prodi pendidikan guru sekolah dasar.docx
Tugas 1 ABK di SD prodi pendidikan guru sekolah dasar.docx
 
soal AKM Mata Pelajaran PPKN kelas .pptx
soal AKM Mata Pelajaran PPKN kelas .pptxsoal AKM Mata Pelajaran PPKN kelas .pptx
soal AKM Mata Pelajaran PPKN kelas .pptx
 
KONSEP KEBUTUHAN AKTIVITAS DAN LATIHAN.pptx
KONSEP KEBUTUHAN AKTIVITAS DAN LATIHAN.pptxKONSEP KEBUTUHAN AKTIVITAS DAN LATIHAN.pptx
KONSEP KEBUTUHAN AKTIVITAS DAN LATIHAN.pptx
 
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKAMODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA
 
Karakteristik Negara Mesir (Geografi Regional Dunia)
Karakteristik Negara Mesir (Geografi Regional Dunia)Karakteristik Negara Mesir (Geografi Regional Dunia)
Karakteristik Negara Mesir (Geografi Regional Dunia)
 
tugas 1 tutorial online anak berkebutuhan khusus di SD
tugas 1 tutorial online anak berkebutuhan khusus di SDtugas 1 tutorial online anak berkebutuhan khusus di SD
tugas 1 tutorial online anak berkebutuhan khusus di SD
 
Laporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMM
Laporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMMLaporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMM
Laporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMM
 
11 PPT Pancasila sebagai Paradigma Kehidupan dalam Masyarakat.pptx
11 PPT Pancasila sebagai Paradigma Kehidupan dalam Masyarakat.pptx11 PPT Pancasila sebagai Paradigma Kehidupan dalam Masyarakat.pptx
11 PPT Pancasila sebagai Paradigma Kehidupan dalam Masyarakat.pptx
 
Lembar Observasi Pembelajaran di Kelas.docx
Lembar Observasi Pembelajaran di  Kelas.docxLembar Observasi Pembelajaran di  Kelas.docx
Lembar Observasi Pembelajaran di Kelas.docx
 
Aksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru Penggerak
Aksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru PenggerakAksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru Penggerak
Aksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru Penggerak
 
442539315-ppt-modul-6-pend-seni-pptx.pptx
442539315-ppt-modul-6-pend-seni-pptx.pptx442539315-ppt-modul-6-pend-seni-pptx.pptx
442539315-ppt-modul-6-pend-seni-pptx.pptx
 
AKSI NYATA NARKOBA ATAU OBAT TERLARANG..
AKSI NYATA NARKOBA ATAU OBAT TERLARANG..AKSI NYATA NARKOBA ATAU OBAT TERLARANG..
AKSI NYATA NARKOBA ATAU OBAT TERLARANG..
 
TUGAS GURU PENGGERAK Aksi Nyata Modul 1.1.pdf
TUGAS GURU PENGGERAK Aksi Nyata Modul 1.1.pdfTUGAS GURU PENGGERAK Aksi Nyata Modul 1.1.pdf
TUGAS GURU PENGGERAK Aksi Nyata Modul 1.1.pdf
 
MATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATAS
MATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATASMATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATAS
MATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATAS
 
AKSI NYATA MODUL 1.2-1 untuk pendidikan guru penggerak.pptx
AKSI NYATA MODUL 1.2-1 untuk pendidikan guru penggerak.pptxAKSI NYATA MODUL 1.2-1 untuk pendidikan guru penggerak.pptx
AKSI NYATA MODUL 1.2-1 untuk pendidikan guru penggerak.pptx
 

Pensijilan guru

  • 1. PROGRAM EKSEKUTIF CUTI SEKOLAH IJAZAH SARJANA PENDIDIKAN (MATEMATIK) SEMESTER 2 SESI 2013/2014 KOD DAN NAMA KURSUS: SME6044 ISU-ISU KONTEMPORARI DALAM PENDIDIKAN MATEMATIK (PENSIJILAN GURU) TAJUK: TUGASAN 2 NAMA DAN NOMBOR MATRIKS: NAMA NO. MATRIK FU SAI HOE M20131000362 HAZWANI BINTI AWANG MORE M20131000366 LORETA ALAH WAN M20131000370 NAZIRAH BINTI ABD. GHANI M20131000357 (KUMPULAN A: MATEMATIK) NAMA PENSYARAH: PROF DR MARZITA PUTEH PEMARKAHAN
  • 2. SENARAI ISI KANDUNGAN PERKARA Muka Surat PENGENALAN 1 ISU 1: PELESENAN 2 ISU 2: PENGETAHUAN PEDAGOGI 4 ISU 3: PENGUASAAN STANDARD DAN TEMPOH PENGAJIAN 9 ISU 4: ISU KUALITI GURU 10 PENUTUP 13 RUJUKAN
  • 3. PENSIJILAN GURU PENGENALAN: Menurut Kamus Dewan edisi keempat, pensijilan bermaksud pemberian sijil kepada seseorang atau pihak kerana telah mencapai piawai dan syarat yang ditetapkan bagi membuktikan barangan yang dikeluarkan adalah berkualiti. Pensijilan guru adalah pemberian sijil kepada seorang guru yang telah mencapai syarat yang ditetapkan oleh kerajaan dan merupakan guru yang berkualiti. Kriteria bagi mendapatkan pensijilan guru ialah memerlukan pelajaran yang tinggi dan latihan khas, kemahiran diiktiraf, lulus peperiksaan profesional, mengutamakan dan bertanggungjawab terhadap pelanggan, mematuhi kod etika dan mempunyai satu badan bebas yang mengawal kualiti. Latihan perguruan bertujuan untuk membolehkan guru pelatih menyesuaikan diri dengan suasana sekolah, mendapat pengalaman dan mencari kaedah pengajaran yang sesuai. Seorang guru bukan sahaja mengajar mata pelajaran yang diajar dan mempunyai ilmu pengetahuan opsyen yang diajar sahaja, tetapi juga perlu mengetahui teori pengajaran dan pembelajaran dan teknik-teknik pengajaran yang betul. Sebelum seseorang itu menjadi guru, dia perlu menerima latihan dalam perguruan untuk menjadi seorang guru yang bertauliah. Umpananya, seorang guru mesti mempunyai Sijil Perguruan, Diploma Pendidikan atau Ijazah Perguruan atau Pendidikan yang diiktiraf oleh kerajaan Malaysia sebelum dia boleh mengajar di sekolah kerajaan. Walaupun seseorang guru itu telah menerima latihan perguruan, dia juga seharusnya mempunyai pengetahuan yang mendalam tentang mata pelajaran yang hendak diajarnya. Guru juga mesti mengetahui keadah atau cara penyampaian dalam pengajarannya supaya murid-murid dapat memahami apa yang disampaikan. Di samping itu, guru haruslah mempunyai sahsiah yang baik dan dapat dihormati serta dicontohi oleh murid. Sahsiah ini termasuklah tingkah laku dan sikap yang elok, bersabar, bermurah hati dan sentiasa bersifat tenang. Kebanyakan kualiti kecerdasan dan sahsiah guru adalah hasil daripada latihan yang membolehkan seseorang guru menguruskan
  • 4. pengajarannya dengan berkesan. Latihan itu termasuklah kefahaman terhadap sifat kejasmanian dan sifat psikologi kanak-kanak serta teori penyampaian pelajaran. Selain tugas dalam bilik darjah, guru juga mempunyai peranan-peranan lain yang diharapkan oleh masyarakat. Misalnya guru diharapkan menjadi pengganti ibubapa, menjadi penasihat dan pembimbing di dalam pembentukkan sahsiah murid, menjadi kaunselor kepada murid-murid, menjadi pengamal dan penyebar nilai kebudayaan yang elok dan seterusnya menjadi contoh sahsiah yang baik kepada masyarakat. ISU-ISU DALAM PENSIJILAN GURU: ISU 1: PELESENAN. Sehingga hari ini, isu ini masih tidak dapat diselesaikan dan menjadi satu masalah yang semakin menular di setiap sekolah di seluruh negara. Guru ini dikehendaki mengajar subjek bukan bidang atau opsyen setelah mendapat penempatan. Penempatan mereka mengikut kekosongan guru subjek yang terlibat. Terdapat juga masalah yang melanda di mana-mana sekolah satu daerah, di mana terdapat beberapa sekolah masih mengalami masalah kekurangan guru dan guru subjek tertentu, sehingga menyebabkan guru bukan opsyen diminta memikul tanggungjawab untuk mengajar mata pelajaran yang bukan pakar mereka. Guru-guru ini terpaksa akur dengan arahan dan perintah pihak sekolah dan pentadbir untuk menggantikan tempat guru yang kekosongan tanpa memikirkan akibat pada masa hadapan. Antara kesan apabila guru mengajar subjek bukan opsyen, mereka akan kurang yakin dan tiada semangat untuk mengajar. Mereka juga akan bersikap sambil lewa dan kurang membuat persediaan sebelum proses pengajaran dan pembelajaran (P dan P) bermula. Guru juga tidak bersikap positif dalam ketidaksepadanan pengagihan guru mengikut opsyen kerana menganggap diri mereka dipaksa untuk mengajar subjek bukan opsyen. Tidak dapat dinafikan bahawa kefahaman konsep terhadap sesuatu isi kandungan sesuatu subjek adalah amat penting dalam proses pembelajaran. Kaedah pemahaman konsep
  • 5. dalam pengajaran matematik pada masa kini telah memberi keutamaan kepada pembentukan konsep matematik yang dikaitkan dengan pengalaman pelajar di dalam kelas mahupun di luar kelas. Para pendidik juga sedia maklum bahawa pengetahuan merupakan sesuatu yang tidak boleh dipindahkan dari seseorang kepada seseorang yang lain sebaliknya ia hanya boleh dibina oleh murid itu sendiri melalui proses interaksi dengan persekitaran pembelajaran. Persekitaran boleh dijadikan sebagai alat perhubungan yang dapat mengaitkan idea sesuatu subjek dengan pengalaman harian.. Kesilapan kepada tafsiran dalam konsep akan memberi gambaran yang berlainan terhadap makna sebenar. Jika guru kurang semangat dan tidak membuat persediaan sebelum proses pengajaran dan pembelajaran bermula, mungkin akan berlaku kesilapan tafsiran kepada konsep atau isi kandungan sesuatu subjek itu. Seorang pendidik perlulah memiliki ilmu pengetahuan yang mendalam terutamanya untuk mata pelajaran yang diajar malah mereka bukan setakat perlu mengetahui pelajaran yang telah tertulis di dalam buku namun mereka juga perlu mempunyai pengetahuan sampingan yang lain seperti psikologi,sosiologi dan lain-lain bidang perilakunya. Ini telah dibuktikan di dalam kajian Ahmad Zanzali dan Lim (2011), yakni beliau mengatakan bahawa untuk mencapai keberkesanan dalam menyampaikan ilmu pengetahuan dan pendidikan sahsiah yang sempurna,guru atau pendidik perlulah memiliki sifat keperibadian yang unggul, berpengetahuan, ketokohan dan perwatakan yang sempurna. Dalam isu pelesenan ini, tenaga pengajar di pusat tuisyen juga perlu diteliti. Pusat tuisyen yang berdaftar dengan pihak kementerian, perkara seumpama ini harus dijaga dan diteliti apabila mengambil guru yang mengajar di kelas tuisyen. Bukan semua pengajar lepasan universiti yang tiada kelayakan dalam bidang pendidikan boleh mengajar di pusat tuisyen dengan baik. Mereka kadang-kadang bukan guru sekolah tetapi diambil mengajar di pusat tuisyen dan tidak memahami serta mengetahui kandungan sukatan pelajaran dan format peperiksaan UPSR, PMR, SPM dan STPM. Selain itu, "guru" yang mengajar di pusat tuisyen itu bukan seorang guru dan tiada kelulusan ikhtisas. Mengajar hanya untuk mencari pendapatan sampingan. Seharusnya hanya guru sekolah yang berpengalaman dan memahami sukatan pelajaran mengajar di pusat tuisyen supaya lebih efektif dan berkesan kepada murid.
  • 6. ISU 2: PENGETAHUAN PEDAGOGI. Menurut Kamus Dewan, pedagogi merupakan kajian tentang kaedah dan prinsip pengajaran. Kemahiran pedagogi merupakan salah satu aset yang mesti dikuasai oleh golongan pendidik bergelar guru. Hal ini adalah kerana, penguasaan dalam kemahiran pedagogi dapat membantu menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung dengan terancang dan teratur. Malaysia merupakan negara yang sedang pesat membangun dan usaha memacu hala tuju negara ini perlulah disokong oleh sumber manusia yang berkualiti dan progresif. Sumber manusia perlu diperkembangkan potensinya secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang harmonis dan seimbang. Hal ini dapat dicapai melalui sistem pendidikan yang dilihat semakin mendapat perhatian semua pihak. Penguasaan pedagogi di kalangan pendidik dan bakal pendidik adalah satu perkara yang amat penting dan tidak boleh dipandang ringan. Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) telah digariskan dengan menyatakan bahawa pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha yang berterusan ke arah memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmurankeluarga, masyarakat dan negara. Menurut Slavin (1997), pedagogi itu adalah sebagai penghubung di antara apa yang guru mahu pelajarnya belajar dengan pembelajaran sebenar yang pelajarnya akan peroleh. Dalam konteks ini, golongan pendidik harus lebih peka dan kreatif untuk mengaplikasikan ilmu pedagogi dalam pengajaran mereka agar ianya bersesuaian dengan keadaan pembelajaran pelajar dan akhirnya dapat mencapai objektif pengajaran. Menurut Rajendran (2001), proses pengajaran dan pembelajaran dipengaruhi oleh beberapa pembolehubah dan satu amalan pengajaran dan pembelajaran yang berjaya dalam satu bilik darjah tidak semestinya akan juga berjaya dalam bilik darjah yang lain. Ini kerana,
  • 7. bilik darjah yang satu lagi tetap berbeza daripada bilik darjah yang sebelumnya dari aspek kesediaan guru, tahap pencapaian murid, bahan sumber pengajaran dan pembelajaran yang digunakan serta waktu mengajar. Justeru itu, pengetahuan dan penguasaan dalam aspek-aspek pedagogi di kalangan golongan pendidik pastinya akan dapat membantu mereka dalam menjayakan proses pengajaran dan pembelajaran yang dirancangkan seterusnya dapat mencapai objektif pengajaran yang telah digariskan. Di peringkat ijazah, subjek pedagogi merupakan salah satu subjek pendidikan yang perlu diikuti oleh setiap pelajar di fakulti pendidikan. Subjek ini merupakan syarat wajib sebelum seseorang pelajar dapat mengambil kursus pengajaran mikro dan menjalankan latihan praktikal di sekolah. Secara umumnya, subjek ini ditawarkan semasa pelajar berada dalam tahun 2 pengajian di universiti. Melalui subjek pedagogi yang diambil oleh pelajar, mereka akan berpeluang untuk mempelajari tentang aspek-aspek berikut iaitu: a) definisi pedagogi dari pelbagai aspek b) model-model pengajaran c) strategi pengajaran di bilik darjah d) strategi pengajaran KBSM e) kaedah pengajaran f) objektif pengajaran g) perancangan pengajaran h) kemahiran pengajaran mikro i) pengurusan bilik darjah j) penilaian, pengukuran dan pengujian k) pengayaan dan pemulihan l) isu berkaitan profesionalisme perguruan Guru merupakan aset penting dalam pendidikan. Pengajaran yang berkualiti adalah hasil daripada mereka yang mempunyai pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan pada suatu disiplin ilmu tersebut. Kenyataan ini turut disokong oleh Ryan, D.G. dalam Crow &
  • 8. Crow (1983), iaitu guru yang efektif ialah guru–guru yang mempunyai sifat–sifat seperti berikut : a) Mempunyai pengetahuan yang mendalam dalam mata pelajaran yang diajarnya. b) Mempunyai imaginasi yang tinggi untuk membolehkannya membuat pelbagai contoh yang dapat membantu pelajar memahami sesuatu konsep dengan mudah. c) Dapat menggunakan alatan dan bahan pengajaran dengan baik dalam pengajarannya Dari sudut pedagogi, amalan guru masih sama dengan dasar kurikulum lama yang menekankan kaedah hafalan (Jemaah Nazir Sekolah Persekutuan 1996). Kelemahan dan kepincangan yang berlaku dalam proses pengajaran dan pembelajaran antaranya berpunca daripada kepercayaan (Von Glasersfeld 1994) dan tahap penguasaan pengetahuan pedagogi isi kandungan (PPIK) yang lemah dalam kalangan guru (Bromme 1994; Howey 1999; Wang, Guo, Chiang & Cheng 1999). Beberapa kajian lepas mendapati bahawa kebanyakan guru masih lemah PPIK (Lampert 1986; Even 1993; Wilson 1994; Swafford, Jones & Thornton 1997; Ma 1999). Di samping itu juga, terdapat perbezaan yang ketara antara guru baru dengan guru berpengalaman dari segi tahap PPIK dan pengajaran mereka dalam bilik darjah (Marks 1990; Schempp, Manross, Tan & Fincher 1998). Di Malaysia, kajian tentang PPIK dalam kalangan guru sekolah, sama ada rendah atau menengah, masih terlalu sedikit, khususnya dalam pendidikan Matematik. Shulman (1986) telah memperkembangkan satu kerangka baru untuk pendidikan guru dengan memperkenalkan konsep pengetahuan pedagogi isi kandungan (PPIK). PPIK yang dicadangkan oleh Shulman (1986) telah dikembangkan dalam projek “Knowledge Growth in Teaching” sebagai satu model perspektif yang lebih luas untuk memahami proses pengajaran dan pembelajaran. Projek ini mengkaji bagaimana guru-guru memperoleh kefahaman baru tentang isi kandungan dan bagaimana kefahaman baru ini mempengaruhi amalan pengajaran mereka. Menurut Shulman (1987: 15): PPIK ialah satu jenis pengetahuan yang unik bagi seseorang guru dan ia berdasarkan kepada cara guru mengaitkan pengetahuan pedagogi (pengetahuan tentang cara mengajar) yang dimiliki kepada pengetahuan isi kandungan (apa yang perlu diajar). Integrasi kedua-dua jenis pengetahuan tersebut menghasilkan pengetahuan pedagogi isi kandungan.
  • 9. Menurut Shulman (1987) lagi, PPIK adalah salah satu daripada tujuh asas pengetahuan yang perlu dimiliki oleh seseorang pendidik. Tujuh asas pengetahuan tersebut ialah: a. pengetahuan isi kandungan b. pengetahuan pedagogi am c. pengetahuan kurikulum d. pengetahuan pedagogi isi kandungan e. pengetahuan tentang pelajar dan ciri-ciri pelajar f. pengetahuan tentang konteks pendidikan g. pengetahuan tentang matlamat-matlamat pendidikan. Beliau turut berhujah bahawa PPIK ialah pengetahuan yang unik kepada profesion perguruan. Pengetahuan ini membezakan seorang guru daripada seorang pakar bidang. Menurut Shulman (1987), PPIK berkaitan dengan kebolehan seseorang guru untuk mengubah pengetahuan isi kandungan yang dimilikinya kepada bentuk yang sesuai untuk pengajaran serta sesuai dengan kebolehan dan latar belakang pelajar. Ini menunjukkan bahawa kefahaman dan keupayaan guru bukan sahaja bergantung kepada pengetahuan isi kandungan dan pengetahuan pedagogi tetapi juga bergantung kepada pengetahuan guru berkenaan dengan pedagogi yang berkaitan dengan subjek tertentu untuk pelajar yang khusus. Bagi konteks latihan perguruan pula, ini bermakna program pendidikan guru tidak boleh lagi menghadkan aktiviti berkaitan pedagogi dan penyeliaan bebas daripada konteks (Lilia 1997). Konteks di sini bermaksud subjek yang diajar atau isi kandungan. Shulman juga mencadangkan supaya setiap orang guru mempunyai kefahaman tentang isi kandungan mata pelajaran untuk tujuan pengajaran. Seperti yang diperkatakan oleh Bromme (1994), idea utama yang mendasari konsep PPIK ialah guru mengubah suai isi kandungan untuk tujuan pengajaran. Menurut Grossman, Wilson & Shulman (1989), konsep PPIK adalah di mana guru perlu “psychologize” sesuatu isi pelajaran untuk pelajar. Dengan kata lain, guru perlufikirkan bagaimana hendak membina jambatan di antara kefahaman guru tentang isi kandungan dengan kefahaman pelajar berkenaan isi kandungan yang sama. Menurut Feiman-Nemser dan Buchmann (1986) serta Feiman-Nemser dan Remillard (1996), untuk membina jambatan ini, guru perlu memikir secara pedagogikal di mana guru perlu
  • 10. menimbangkan cara mengajar sesuatu mata pelajaran daripada perspektif pelajar, guru sendiri dan isi kandungan subjek tersebut. Satu lagi ciri penting PPIK ialah PPIK merupakan pengetahuan mengenai bagaimana hendak mengajar topik yang spesifik yang dapat meningkatkan kefahaman konseptual (Grossman 1990; Fernandez-Balboa & Stiehl 1995; De Corte, Greer & Verschaffel 1996). Menurut Shulman (1986), bagi sesuatu topik PPIK melibatkan (a) analogi, contoh, penerangan dan demontrasi yang efektif, (b) kefahaman tentang aspek-aspek yang membuatkan pembelajaran topik itu senang atau susah, (c) miskonsepsi pelajar tentang topik dan (d) pengetahuan tentang strategi pengajaran yang efektif. Berhubung dengan penguasaan kefahaman konsep Matematik, kebanyakan guru memiliki kefahaman instrumental atau prosedural berbanding dengan kefahaman relasional atau konseptual (Macgehee 1990; Francis 1992; Hutchiso 1992; Lee 1992; Even 1993). Kedua-dua jenis kefahaman ini adalah sebahagian daripada pengetahuan pedagogi isi kandungan (Carpenter et al. 1988). Kefahaman instrumental atau prosedural merujuk kepada kebolehan seseorang guru atau pelajar menerangkan “bagaimana” untuk memperoleh sesuatu jawapan tanpa mengetahui “kenapa” sesuatu langkah, cara, operasi, rumus atau seumpamanya digunakan dalam proses pengiraan atau penyelesaian masalah (Hiebert 1986; Skemp 1987; Sierpinska 1994). Marks (1990) dalam kajiannya telah membandingkan tahap pengetahuan pedagogi isi kandungan di antara guru yang memiliki pengetahuan Matematik yang tinggi dan berpengalaman dengan guru yang kurang pengetahuan Matematik (bukan opsyen Matematik tetapi mengajar Matematik). Amat jelas didapati bahawa guru berpengalaman dan mempunyai pengetahuan Matematik yang tinggi, memiliki pengetahuan pedagogi isi kandungan yang baik. Pendidik Matematik bertanggungjawab untuk memastikan para pelajar memahami sepenuhnya isi kandungan supaya mereka mampu menyelesaikan masalah yang berkaitan, di samping mengelak daripada berlakunya kesilapan konsep. Untuk tujuan ini, aktiviti pengajaran haruslah dijalankan secara bermakna dengan memberi perhatian kepada gaya, masalah dan keperluan pelajar.
  • 11. Matematik akan dihayati sebagai satu subjek yang mudah dan menyeronokkan jika pelajar diberi peluang terlibat secara aktif dalam aktiviti yang membina kefahaman, sikap dan kreativiti mereka. Kebijaksanaan dan kecemerlangan guru dalam bilik darjah bergantung kepada pengetahuan dan kemahiran yang dimiliki, khususnya yang berhubung dengan isi kandungan dan cara penyampaian. Gabungan kedua-dua jenis pengetahuan tersebut yang dikenali sebagai pengetahuan pedagogi isi kandungan (PPIK) adalah merupakan keperluan utama pendidik bestari. ISU 3: PENGUASAAN STANDARD DAN TEMPOH PENGAJIAN Kualiti guru yang cemerlang merupakan tonggak utama kepada pencapaian sekolah yang cemerlang ke arah menyediakan murid yang inovatif dan produktif. Sebelum bergelar seorang guru , sesesorang bakal guru perlu menerima latihan dalam perguruan agar menjadi seorang guru terlatih yang bertauliah dan menepati standard kriteria perguruan yang ditetapkan oleh pihak Kementerian Pendidikan. Tempoh pengajian yang berbeza mempengaruhi penguasaan kemahiran isi kandungan ikhtisas yang berbeza bagi bakal guru mahupun guru terlatih. Semakin lama tempoh pengajian, semakin banyak silibus yang akan dipelajari dalam pengajian tersebut. Di peringkat Institut Pendidikan Guru (IPG), tempoh pengajian bagi Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PPSMI) mengambil masa selama dua semester, iaitu setahun pengajian. Setelah lulus dan menepati syarat-syarat yang ditetapkan,barulah pelajar akan ditawarkan ke pengajian Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) selama lapan semester, iaitu empat tahun. Pelajar program ini ditempatkan di perlu mengikut latihan perguruan di Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM). Sepanjang tempoh pengajian, di samping mengikuti aktiviti pengajaran dan pembelajaran dalam bilik kuliah, bakal-bakal guru ini juga akan didedahkan kepada aktiviti-aktiviti luar. Dengan itu, bakal-bakal guru perlu mengikuti aktiviti kokurikulum sebagai sebahagian daripada kurikulum kursus. Tempoh bagi program Ijazah Sarjana Muda Perguruan(ISMP) di universiti tempatan juga mengambil masa selama selama 4 tahun.
  • 12. Sebelum tahun 2012, Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI) telah ditetapkan selama satu tahun saja. Namun bermula tahun 2012, Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah (DPLI) mula menggantikan KPLI bermula sesi Januari 2012. Tempoh pengajian dipanjangkan kepada satu tahun setengah. Program latihan dalam perkhidmatan juga semakin dipergiatkan di kalangan guru- guru yang sedang berkhidmat dengan Kementerian Pendidikan. Tempoh pengajian mengambil masa antara tiga sehingga empat tahun.Antara program latihan yang ditawarkan adalah Program Pensiswazahan Guru Sekolah Rendah (PGSR). Dalam Rancangan Pembangunan Pendidikan 2001-2010, Program Pensiswazahan Guru (PGG) ditawarkan untuk pegawai perkhidmatan pendidikan lepasan diploma yang menepati kriteria kelayakan yang ditetapkan bertujuan untuk menyasarkan sebanyak 90% guru lulusan siswazah di sekolah menengah dan 60% guru lulusan siswazah di sekolah rendah. Perbezaan tempoh ini seharusnya tidak memberikan impak yang besar walaupun perbezaan latar belakang latihan perguruan di kalangan bakal guru, termasuklah guru yang sudah berada dalam perkhidmatan pendidikan. Tempoh pengajian yang lebih pendek tidak semestinya melahirkan bakal guru yang kurang berkualiti berbanding dengan tempoh pengajian yang lebih lama. Pendapat Zainun (1994), peranan guru sebagai profesional adalah semakin mencabar dan untuk menjadi seorang guru yang unggul, mereka perlu memiliki kebolehan akademik dan profesional secukupnya untuk melaksanakan tugas mereka dengan berkesan. Maka, para pendidik perlu menggandakan usaha demi mempertingkatkan kemahiran perguruan ke arah yang lebih baik dari segi akademik dan profesional. ISU 4: ISU KUALITI GURU 1. Memartabatkan profesion perguruan Guru memainkan peranan yang professional yang memiliki sifat dan ciri-ciri unggul sebagai penyampai ilmu pengetahuan dan kemahiran dan sebagai contoh dan teladan kepada setiap anak muridnya.Oleh itu, guru perlu membekalkan diri dengan ilimu yang secukupnya seperti Pengetahuan isi kandungan mata pelajaran (Content Knowledge),Pengetahuan
  • 13. kandungan pedagogi (Pedagogical Content Knowledge) dan sebagainya supaya dapat melahirkan generasi yang dapat memberi sumbangan kepada masyarakat dan Negara. 1.1 Pendidikan kita bertaraf dunia dan diiktiraf Kerajaan betungkus lumus dalam membangunkan sistem pendidikan negara yang memenuhi keperluan pelajar dan juga negara.Untuk merealisasikan perkara ini, Kementerian Pendidikan Malaysia mementingkan penerapan program dan inisiatif yang komprehensif bagi merealisasikan aspirasi negara dan meletakkan piawaian sistem pendidikan negara bertaraf dunia. Mohd A. S. & Haspaizi M. Z. (2013, Oct 12) Seperti kata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin: Sistem pendidikan perlu sentiasa dikaji semula dan melalui proses penambahbaikan seiring perkembangan ilmu dan teknoloji bagi melahirkan modal insan yang berupaya memacu Malaysia menjadi negara maju. Juga ,menteri pendidikan negara anggota Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) kagum dengan pencapaian Malaysia dalam memajukan bidang pendidikan terutamanya Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 yang dilancarkan September lalu. Ini telah membuktikan bahawa sistem pendidikan kita memang berdiri sama tinggi, duduk sama rendah dengan negara maju. 1.2 Pengambilan guru Usaha menjaga kualiti profesion guru yang akan dilaksanakan oleh KPM ialah meletakkan sasaran 30 peratus daripada graduan terbaik dari pelbagai institusi pengajian tinggi diserapkan menjadi guru( Mohd N. ,2012, Aug 5). Keutamaan diberikan kepada pemohon memiliki tiga gred Cemerlang dan tiga gred Kepujian dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bagi syarat kemasukan ke Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (PISMP) di IPG. Selaras dengan dasar ini, Kementerian Pendidikan juga akan menghentikan pengambilan Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT) kerana hasrat Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia memang memerlukan guru yang benar-benar mahir dan terlatih dengan
  • 14. sistem pengajaran.Kementerian Pendidikan yakin bahawa profesion keguruan akan menjadi lebih berprestij apabila pengambilan dibuat hanya dalam kalangan graduan 30 peratus terbaik dalam negara dalam usaha mentransformasi profesion itu menjadi profesion pilihan( KPM,2013). 1.3 Pelantikan guru besar atau pengetua Selain itu, pelantikan guru besar dan pengetua akan melalui proses penilaian tahap kepemimpinan dan yang berkaitan kemampuan melaksanakan tanggungjawab, kreativiti, inovatif, dan inovasi di samping rekod cemerlang dalam kerjaya guru, selain menjalani latihan dan bimbingan yang komprehensif, bukan lagi disandang secara automatik seperti dalam sistem naik pangkat sekarang (Norfatimah A. ,2013, July 3). Dengan kata lain, Kementerian Pendidikan telah mengubah kriteria memilih pengetua dan guru besar daripada pemilihan berasaskan tempoh perkhidmatan kepada pemilihan berfokus kepada kecekapan kepimpinan( KPM,2013). “Syarat utama adalah mengikuti Program Kelayakan Profesional Pemimpin Pendidikan Kebangsaan (NPQEL). Seramai 1,000 pendidik akan mengikuti kursus lima bulan di Institut Aminuddin Baki (IAB) tahun depan,” katanya selepas merasmikan Seminar Nasional Pengurusan dan Kepimpinan Pendidikan.” Kata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin. 1.4 Pengambilan pensyarah di IPG Salah satu matlamat Pelan Pembangunan Pendidkan Malaysia ialah menetapkan inisiatif mentransformasi IPG supaya menjadi universiti latihan guru bertaraf dunia. Dalam pada itu, usaha juga dilakukan untuk IPG mengutamakan pengambilan pensyrah yang berkelulusan ijazah sarjana atau ijazah doktor falsafah (PhD). Analisis statistik pada 2013 menunjukkan bahawa 3,947 daripada pensyarahnya, seramai 315 pensyarah memiliki PhD dan 3,057 sarjana (Fakhrurrazi, 2011) MMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMM
  • 15. PENUTUP Profesion perguruan adalah merupakan satu profesion yang sangat mulia. Jasa dan sumbangan yang diberikan oleh warga pendidik untuk melahirkan masyarakat yang berilmu, beriman dan mengamalkan nilai-nilai yang baik tidak harus dipandang rendah oleh masyarakat. Masyarakat haruslah sedar cabaran dan bebanan tugas yang dihadapi oleh golongan guru sebelum mengambil jalan mudah dengan memandang rendah golongan ini. Sekiranya Malaysia ingin memartabatkan profesion perguruan di Malaysia, maka seharusya kualiti guru perlu diiktiraf melalui pemberian lesen guru kepada setiap guru yang mempunyai kelulusan iktisas perguruan. . Lesen guru adalah merupakan kaedah yang releven serta boleh mengekalkan integriti guru dari mula ianya diiktiraf sebagai guru sehingga akhir hayat. Secara tidak langsung pihak berwajib lebih senang untuk membuat kawalan standard kualiti guru, produktiviti guru disemua peringkat pendidikan sama ada disekolah pra sekolah, sekolah rendah, sekolah menengah dan pengajian tinggi awam dan swasta.
  • 16. RUJUKAN Ahmad Zanzali, N.A. & Lim, W.Mei. (2011). Bimbingan Oleh Guru Pembimbing Kepada Guru Pelatih Universiti Teknologi Malaysia (UTM). Journal of Educational sychology and Counseling, Universiti Teknologi Malaysia Dr Aminudin Mansor. Peranan pusat tuisyen perlu diperluas. Internet. http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Perananpusattuisyenperludiperluas//Artic le/article_print Diakses pada 29 Mei 2014 Fakhrurrazi U. (7 Julai 2011). Latihan Guru Ditambah Baik. Internet. http://www.bharian.com.my Diakses pada 1 Jun 2014 KPM (2013) . Pelan Pembangunan Pendidikan 2013-2025. Internet. www.moe.gov.my/userfiles/file/PPP/Preliminary-Blueprint-BM.pdf Diakses pada 1 Jun 2014 Mohd A. S. & Haspaizi M. Z. (12 Oktober 2013). Kualiti Pendidikan Bertaraf Dunia. Internet. http://www.bharian.com.my Diakses pada 1 Jun 2014 Mohd N. (5 Ogos 2012). Pengambilan Guru Hanya Dalan Kalangan 30 Peratus Graduan Terbaik. Internet. http://www.bharian.com.my Diakses pada 1 Jun 2014 Noresah binti Baharom (2005). Kamus Dewan Edisi Keempat. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka Norfatimah A. (2 Julai 2013). Syarat Ketat Jadi Pengetua. Internet. http://www.bharian.com.my Diakses pada 1 Jun 2014 Suhaila S. A. (9 November 2013). Pendidikan Kita Diiktiraf. Internet. http://www.bharian.com.my Diakses pada 1 Jun 2014 Zainun. 1994. Profesion Guru dan Cabaran. Mestika, November.