SlideShare a Scribd company logo
1 of 16
Huraikan perkara-perkara berikut dalam bentuk esei:
       a. Usaha anda bagi meningkatkan tahap profesionalisme dalam pengajaran dan
          pembelajaran mata pelajaran/ bidang yang dipohon.



                    "If they aren't learning...then you aren't teaching."
                                      ~ Anon

   Tahap profesionalisme pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu                  haruslah

ditingkatkan bagi mencapai matlamat dan objektif mata pelajaran Bahasa Melayu.

Profesionalisme ditakrifkan sebagai “tingkahlaku, kemahiran atau kualiti yang dapat

menunjukkan bahawa seseorang itu mempunyai pengalaman dan standard yang tinggi yang

boleh diharapkan daripada ahli sesuatu profesion itu” berdasarkan ucapan Y.Bhg. Tan Sri

Ahmad Sarji bin Abdul Hamid, bekas Ketua Setiausaha Negara dalam seminar Penafsiran

Semula Peranan Ahli Profesional Muslim Abad ke-21 Secara mudah definisi profesionalisme

ialah untuk seseorang itu mengetahui tugasnya inside-out. Oleh itu seseorang guru perlu

mempunyai kemahiran, kebijaksanaan dan kemampuan untuk menjalankan tugas dengan

penuh disiplin, komitmen dan secara yang penuh berintegriti. Dengan lain perkataan

melahirkan guru yang profesional bererti menghasilkan guru-guru yang memiliki kompetensi

yang tinggi, lengkap dengan pengetahuan dan kepakaran tugas yang dilaksanakannya.

   Bertitik tolak daripada itu pendidikan Bahasa Melayu sekolah menengah bertujuan
membimbing pelajar-pelajar menguasai kecekapan berbahasa untuk berkomunikasi dengan
berkesan bagi melahirkan fikiran dan perasaan tentang ilmu pengetahuan, hal-hal persendirian
dan kemasyarakatan dalam konteks rasmi, tidak rasmi dan kreatif melalui lisan           dan
penulisan (Rumi atau Jawi) selaras dengan Dasar Pendidikan Kebangsaan. Matlamat
pendidikan Bahasa Melayu sekolah menengah adalah untuk membolehkan pelajar-pelajar:


i. Menghargai dan membanggakan Bahasa Melayu sebagai bahasa
kebangsaan dan bahasa rasmi negara serta alat perpaduan rakyat
sesuai dengan prinsip-prinsip Rukun Negara.
ii. Memahami sistem Bahasa Melayu dari segi bentuk, makna dan
fungsinya, dan menggunakannya dengan tepat dalam kehidupan
seharian.


iii. Menggunakan Bahasa Melayu dengan berkesan dalam bidang ilmu
pengetahuan.


iv. Menggunakan Bahasa Melayu dengan berkesan dalam
perhubungan harian.


V. Membaca pelbagai bahan sebagai satu amalan untuk menimba
ilmu pengetahuan dan mengisi masa lapang.


        Pendidikan Bahasa Melayu sekolah menengah akan terus memperkukuh dan
meningkatkan penguasaan berbahasa pelajar-pelajar. Objektif pengajaran dan pembelajaran
pendidikan Bahasa Melayu sekolah menengah pula adalah untuk membolehkan pelajar-
pelajar: -


OM1 Mendengar, memahami dan menilai pertuturan dalam siaran am dan media massa.


OM2 Bertutur dengan fasih dan lancar serta memberikan pendapat dan hujah-hujah yang
kritis dan analitis dalam pelbagai situasi.


OM3 Membaca pelbagai jenis bahan dengan cekap dan kritis serta dapat membuat tafsiran,
penilaian dan rumusan yang wajar.


OM4 Membaca, memahami dan menghayati pelbagai bahan sastera, komponen Kesusasteraan
Melayu dan ilmiah.


OM5 Menghasilkan pelbagai jenis penulisan.


        Profesionalisme pengajaran dan pembelajaran keguruan merangkumi kemahiran
mengajar, kecekapan dan kewibawaan seorang guru, pengetahuan dan kepimpinan yang
ditunjukkan oleh guru itu sendiri. Para guru perlu menunjukkan kepimpinan yang positif dan
sesuai dengan keadaan. Sebagai seorang guru juga mereka bebas membuat keputusan namun
perlulah mengambil kira kepentingan pelajar-pelajarnya. Membuat keputusan yang rasional
adalah sangat penting untuk mengelakkan daripada guru-guru bertindak melulu sehingga
boleh meninggalkan kesan buruk terhadap pelajar dan masyarakatnya. Pendekatan ini
memerlukan kesabaran, pengetahuan dan kemahiran yang dipupuk dari masa ke semasa dan
guru juga haruslah tidak terlalu mengharapkan kesempurnaan, tetapi sentiasa belajar dari
kesilapan (Nur Faizah,2006).
       Selain itu, guru-guru juga mestilah memiliki ciri intelektual dan ciri ini dapat
menunjukkan kebolehan akademik, minat terhadap hal-hal intelektual, bijak merancang dan
sebagainya. Guru perlu menjadikan suka membaca sebagai satu amalan dan sentiasa
memastikan diri mereka mempunyai pemikiran yang segar, berkembang dan kesungguhan
kendiri dengan minda yang sihat dan terbuka serta melihat alam dan kehidupan di dalam
ruang lingkup yang menyeluruh (Khairulniza, 2007).
       Pengetahuan guru dalam mata pelajaran yang diajar boleh diperbaiki melalui proses
pembacaan. Ini dapat mengelakkan guru kekeringan idea ketika menyampaikan ilmu kepada
murid. Ilmu yang meluas amat diperlukan oleh pelajar untuk perkembangan minda dan
pemikirannya supaya sentiasa bersikap terbuka dan positif.
       Seterusnya ialah guru mestilah berkemahiran dalam pengurusan. Selain daripada
mengajar, para guru sepatutnya mempunyai kemahiran merancang, berorganisasi,
pemantauan, pengurusan kualiti dan sebagainya.
         Dalam pengurusan berkualiti, penekanan haruslah ditumpukan kepada kualiti
pengetahuan yang dapat membina dan membentuk pelajar mengembangkan potensi mereka
untuk mencapai perubahan dan kemajuan. Guru-guru juga perlu menguasai kemahiran dalam
pengurusan murid dan tingkah lakunya. Hal ini kerana banyak tugas yang perlu dilakukan
oleh guru di sekolah nanti seperti mengurus murid, disiplin, rekod dan profil murid, mengurus
bilik darjah, pengetahuan kaunseling, menjalankan aktiviti-aktiviti luar bilik darjah dan
sebagainya.
       Pengajaran dan pembelajaran haruslah ada unsur kreatif dan inovatif. Guru yang
kreatif dan inovatif dapat mencetuskan idea baru dan dapat menterjemahkan kehendak serta
matlamat kurikulum dengan menggunakan kaedah, pendekatan dan strategi pengajaran serta
pembelajaran yang kreatif dan inovatif. Kecekapan guru mengadaptasikan pembaharuan dan
inovasi dalam pengurusan akan menjadikan mereka sebagai guru yang cemerlang dan disukai
pelajar. Guru yang mengasingkan diri daripada inovasi akan menjadi guru yang tidak efektif
dan tidak sesuai dengan cabaran dunia global yang berlaku pada masa kini. Guru-guru juga
perlu lebih kreatif mencari pembaharuan untuk mempelbagaikan lagi kaedah pengajaran di
samping cuba mendekatkan lagi diri guru dengan para pelajar agar proses pengajaran dan
pembelajaran berlangsung dengan jayanya.
       Penguasaan     ilmu   pedagogi    dapat   menjana     pengajaran    dan   pembelajaran
memandangkan ilmu pedagogi meliputi pengetahuan tentang pendidikan dan teori serta
amalan dalam pengajaran dan pembelajaran. Pengajaran mikro dan latihan mengajar yang
lebih komprehensif bertujuan untuk meningkatkan kemahiran dan kecekapan guru untuk
melaksanakan tugas-tugas pengajaran dan pembelajaran. Para pelajar memerlukan cara,
kaedah, teknik dan gaya pengajaran dan pembelajaran yang berubah-ubah. Jika guru masih
menumpukan kepada kaedah lama dan tradisional, adalah tidak mustahil sekiranya masalah
malas belajar, ponteng sekolah, kurang minat belajar dan sifat membenci guru akan tetap
berterusan (Mohd Izranuddin, 2006).
       Elemen seterusnya dalam mengukuhkan pengajaran dan pembelajaran ialah
mengaplikasikan teori kepada amalan. Ini menunjukkan kecekapan seseorang guru untuk
mengaplikasikan pengetahuan teori yang dipelajari kepada amalan. Potensi yang ada pada
guru haruslah digunakan sepenuhnya. Teori yang diperolehi dan dipelajari di dalam kuliah
serta ilmu yang didapati melalui kursus dalam perkhidmatan, latihan kemajuan staf, seminar
penyelidikan dan sebagainya harus dijadikan input untuk diaplikasikan dalam situasi sebenar
iaitu di bilik darjah secara kreatif dan inovatif (Mohd Izranuddin, 2006). Pengetahuan ini juga
akan dapat membantu para guru menyelesaikan masalah pembelajaran dan membentuk
seseorang guru menjadi lebih berwibawa dalam melaksanakan tugas mereka.
       Penekanan terakhir ialah pembelajaran sepanjang hayat. Profesion keguruan yang
berteraskan kepada ilmu memerlukan guru memupuk minat diri sendiri untuk mencintai ilmu
pengetahuan dan mengamalkan konsep pembelajaran sepanjang hayat. Revolusi yang berlaku
dengan begitu pesat dalam pelbagai bidang termasuklah pendidikan dan perguruan, menuntut
para pendidik supaya peka dan menyiapkan diri dengan pelbagai ilmu.
   Sejajar dengan matlamat dan objektif pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu para
guru perlu menjiwai lima ciri-ciri utama yang perlu ada pada golongan profesional iaitu:
   •   `competent' dan `well-informed', menuntut seseorang itu berkemampuan mengolah

       maklumat dan pengetahuan yang sebegitu banyak dengan ketajaman daya analisisnya

       dan kemampuannya untuk berfikir secara integratif dan conceptual. Ini akan
membolehkannya bertindak balas dengan cepat terhadap perkembangan pesat di

       sekitarnya.

   •   mengamalkan life-long learning iaitu terus-menerus mencari ilmu sepanjang hayat

       dengan tujuan menyesuaikan diri dengan dunia yang sememangnya sentiasa

       mengalami perubahan yang dinamik;

   •   berupaya meramal perubahan-perubahan yang bakal berlaku dan seterusnya berwatak

       kreatif dan inovatif dalam menangani cabaran-cabaran baru. Kreativiti itu perlu

       disertai dengan keberanian untuk bertanggungjawab, yakni sanggup membuat

       keputusan dan sanggup menghadapi risikonya. Di samping itu, mereka juga perlu

       mempunyai kepekaan terhadap keadilan sosial, perpaduan nasional dan solidariti

       kemanusiaan sejagat; dan

   •   memiliki harga diri dan kepercayaan pada diri sendiri yang berteraskan iman yang

       kuat. Ini akan memungkinkannya berdaya usaha dan berdaya saing di samping

       mendorongnya bekerjasama dengan pihak lain. Pegangan pada iman dan agama pula

       akan menentukan bahawa langkah-langkah yang diambilnya atau dicadangkannya

       akan mengambilkira dimensi agama, moral dan etika.

       Setelah meneliti ciri-ciri golongan profesional maka dapatlah disenaraikan usaha-

   usaha yang wajar dilaksanakan oleh seorang guru dalam meningkatkan pengajaran dan

   pembelajaran merangkumi :

       1.0Perubahan Individu

       1.1 Anjakkan minda (mind shift)



          Fenomena antero yang berlaku dalam melaksanakan perubahan sangat

memerlukan anjakkan minda dalam kalangan mereka yang terlibat untuk membawa

perubahan. Dalam beberapa kajian yang dilakukan menunjukkan golongan guru merupakan
golongan yang paling sukar untuk berubah. Keadaan ini disebabkan keenggananan untuk

keluar daripada kepompong selesa yang dinikmati sekian lama. Malah beberapa kajian

tentang pelaksanaan KBSR mendapati sebahagian daripada kegagalannya adalah kerana guru-

guru masih berpegang kepada kepercayaan dan amalan melaksanakan pengajaran berasaskan

kurikulum Tegasnya, dalam sebarang perjumpaan dan mesyuarat yang melibatkan guru

pernyataan tentang perubahan minda wajar dilakukan. Seterusnya bahan-bahan bercetak

berkaitan dengan perubahan boleh diedarkan secara berkala dalam buletin bulanan sekolah

termasuklah artikel-artikel perubahan dunia pendidikan hari ini, koleksi penulis negara

tentang pendidikan dan perkongsian maklumat.

       1.2 Memotivasikan Diri

       Sejajar dengan anjakan perubahan minda ialah usaha memotivasikan diri untuk

menjadi agen pembawa perubahan. Aspek ini melibatkan nilai, sikap dan kekuatan daya juang

dalaman (intrinsic motivation) dalam membuat pembaharuan tanpa terlalu bergantung kepada

sistem ganjaran luaran. Dalam senario pendidikan guru masa kini, para pendidik dituntut

untuk membuat pelbagai inovasi ke arah mencemerlangkan amalan pengajaran dan

pembelajaran. Ini menuntut usaha yang berterusan secara bersungguh-sungguh dalam

kalangan mereka yang mempunyai daya ransangan kendiri yang tinggi (highly self-motivated)

berteraskan kepada amalan mendidik sebagai jihad.

             Para guru boleh menghadiri slot motivasi yang menjemput pegawai pelajaran

daerah, pegawai kaunseling negeri dan penceramah daripada “PERASA” bagi memberikan

input kepada mereka. Kesan daripada program tersebut dapat dilihat dengan jelas terutamanya

dari segi kesungguhan melaksanakan tugas serta kerjasama sesama guru dalam sesuatu

program sekolah.



       1.3      Mengubah Peranan dan Cara Bekerja
Kejayaan pelaksanaan pembelajaran di sekolah amat bergantung kepada budaya kerja

seluruh komuniti di sekolah. Dalam persekitaran pembelajaran, guru menjadi pemudah cara

pembelajaran, pemimpin pedagogi yang inovatif, pencetus pemikiran pelajar, dan

pembimbing yang sentiasa berada di sisi untuk memandu pembelajaran pelajar. Ini berbeza

dengan peranan yang dimainkan dalam konteks pembelajaran tradisional kerana guru

berperanan     sebagai "sage on the stage". Pembelajaran lebih berpusatkan pelajar dan

menggalakkan pembelajaran terarah kendiri, pada kadar sendiri dan memperolehinya secara

sendiri. Oleh kerana guru menjadi model, mereka haruslah mengamalkan budaya belajar

sepanjang hayat.

             Mengikut Jack Welch, bekas CEO Syarikat General Electric l, dalam sesuatu

organisasi , terdapat tiga kategori kumpulan warga iaitu;

       •     “Kategori C” iaitu kumpulan warga yang berada pada tahap paling bawah dari segi

             prestasinya dalam sesuatu organisasi, dan mereka merupakan sehingga 10%

             daripada keseluruhan anggota organisasi.

       •     “Kategori B” iaitu kumpulan pertengahan merupakan 70% dari jumlah

             keseluruhan warga organisasi. Mereka merupakan antara kumpulan yang

             terpenting kerana bilangannya yang ramai.

       •     “Kategori A” dalam organisasi berprestasi tinggi adalah sehingga 20% dari

             anggota organisasi. Golongan warga dalam kumpulan ini bukan sahaja merupakan

             warga yang lebih berkesan, tetapi juga calon-calon yang bakal menerajui

             organisasi di pelbagai peringkat pada masa hadapan.

       Cabaran yang paling besar dalam sesuatu organisasi adalah untuk mengurus warga

dalam “Kategori C”. Dalam proses membentuk budaya kerja baru, perlulah digabungkan

guru-guru yang berprestasi tinggi dengan yang berprestasi rendah. Guru berprestasi tinggi ini
dijadikan sebagai mentor, dan mereka dikehendaki membimbing dan memantau guru

berprestasi rendah sehingga mencapai tahap yang sewajarnya.

       1.4      Membina Keinsafan Sebagai Pendidik

       Dalam kesungguhan guru menjalankan proses pengajaran khususnya pengajaran di

sekolah, dimensi sikap dan nilai hendaklah dijadikan teras kepada usaha “memanusiakan

manusia” . Persoalannnya ialah sejauh manakah dimensi ini boleh diterjemahkan oleh guru

sewaktu menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran? Pembinaan keinsafan sebagai

pendidik mempunyai kaitannya dengan kefahaman tentang nasib masa depan bangsa dan

negara dari segala segi meliputi aspek sosial, kerohanian, moral, intelek dan jasmani untuk

menjadi ummah yang bertamadun.

             Dalam situasi ini para guru mestilah ingat bahawa kita bukanlah seorang guru

bahasa atau guru sains tetapi sebagai seorang guru yang mengajar murid mata pelajaran

bahasa atau sains. Setiap orang guru harus sentiasa ingat bahawa yang diajar oleh mereka

ialah murid atau insan yang dipanggil sebagai murid. Pemahaman ini menjadikan guru

sentiasa berhati-hati kerana yang dihadapan mereka ialah masa depan bangsa dan negara.

Harapan negara ialah mencapai tahap negara maju menjelang 2020, maka guru harus merasai

mereka berada dalam situasi pendidikan bertaraf dunia.

       1.5 Pendidik berilmu

       Perubahan yang berlaku dengan pantas memerlukan individu yang sentiasa belajar

bagi meningkatkan kebolehan, keupayaan dan sikap. Disebabkan kemahiran memerlukan

pengetahuan, maka pembelajaran berterusan adalah penting untuk menjadikan seseorang

itu lebih professional dan sentiasa relevan mengikut perubahan masa. Pengetahuan dalam

kalangan individu merupakan kunci kepada kejayaan dalam sesebuah organisasi. Justeru itu,

guru yang sentiasa mencari ilmu pengetahuan akan berusaha mencapai matlamat yang mereka

kehendaki. Ilmu pengetahuan bagi setiap guru akan meningkatkan lagi kompetensi dalam
melaksanakan tugas. Pengetahuan yang diperolehi oleh setiap guru dalam sesebuah organisasi

dapat memperkuatkan kemahiran dalam mendepani cabaran serta mewujudkan peluang-

peluang baru untuk diterokai.

          Amerika Syarikat dianggap negara paling maju dari segi perkembangan teknologinya,

namun sebilangan besar gurunya masih menghadapi masalah fobia komputer dan kebanyakan

kes “teachers burn-out” dikatakan berkaitan dengan pengenalan komputer dalam pengajaran

dan pembelajaran bilik darjah (Northrup & Little, 1996).

             Tafhimnya, selaras dengan era multimedia dan teknologi maklumat, guru-guru

perlu direformasikan supaya mereka benar-benar mampu menjadi agen perubahan dalam

membudayakan literasi teknologi, khususnya bagi melahirkan masyarakat yang celik

komputer dan bersikap terbuka bagi memacu budaya saintifik. Sesungguhnya adalah

keterlaluan jika diwajibkan guru mendalami ilmu komputer. Guru-guru yang langsung tiada

kemahiran asas dibenarkan menghadiri kursus sama ada yang dianjurkan oleh JPN atau PPD

disamping kursus dalaman di peringkat sekolah. Guru-guru yang mahir komputer dijadikan

fasilitator yang berfungsi secara langsung membimbing guru yang kurang mahir.

             Kursus dalaman bagi mengetengahkan idea baru yang berkaitan dengan teknologi

maklumat yang boleh dimanfaatkan dalam pengajaran dan pembelajaran juga diadakan

supaya guru sentiasa peka dengan perkembangan terkini umpamanya mewujudkan hubungan

guru-murid melalui penggunaan e-mail. Pelajar dan guru boleh terus berhubung selepas waktu

sekolah atau waktu cuti persekolahn bagi membincangkan masalah dalam pelajaran melalui

e-mail.



          Profesion keguruan tidak mungkin dapat dimartabatkan sekiranya guru tidak
mempunyai minat dan kecenderungan untuk meningkatkan pengetahuan dan menjadikan
budaya belajar serta membaca sebagai satu amalan yang penting bagi mengukuhkan imej dan
memartabatkan profesion perguruan (Abd. Rahim, 2005). Seseorang guru itu boleh
mengumpul maklumat mengenai pengajarannya dan mengambil usaha menambahbaikan
sesetengah daripada aspek pengajarannyanya setiap kali mengajar (Khairulniza, 2007).
Melalui cara ini guru-guru dapat memperbaiki banyak kelemahan dan menambah “resepi”
dalam pengajarannya agar lebih baik dan menarik. Mukhatimnya, sistem pendidikan di negara
ini akan sentiasa bergerak maju ke hadapan. Perubahan-perubahan yang dilakukan dalam
kurikulum pendidikan adalah untuk memenuhi kehendak negara merealisasikan sebuah
negara maju pada masa hadapan. Setiap perubahan-perubahan dalam kurikulum pendidikan
yang diperkenalkan menjadi satu bentuk cabaran dalam profesion keguruan. Oleh itu adalah
mustahak bagi individu yang berkecimpung dalam bidang ini sentiasa berusaha
mempertingkatkan kecekapan, kebolehan prestasi dari semasa ke semasa. Jika hal ini wujud,
barulah tuntutan-tuntutan dalam perubahan pengajaran dan pembelajaran dapat dilaksanakan.


Rujukan
http://www.scribd.com/doc/2272585/Guru-Profesional-1
http://www.scribd.com/doc/8527541/tanggungjawab-dan-peranan-guru
http://www.moe.edu.my/hariguru/tatasusila.htm

http://www.moe.edu.my/hariguru/perutusan.2006.html

http://www.scribd.com/doc/21800245/esei-edu
Esei 2
Soalan
Harapan dan wawasan anda sebagai seorang Guru Cemerlang


          Hala tuju dan wawasan yang dimaksudkan di sini ialah sikap dan keinginan guru-guru
untuk melangkah lebih jauh lagi daripada apa yang dicapainya pada hari ini. Melangkah lebih
jauh bermaksud mendalami ilmu yang mampu memberikan makna yang berguna bukan
sahaja kepada diri sendiri malahan lebih dari itu, untuk melengkapkan bekalan ilmu
kehidupan masa hadapan kepada anak didik yang dihadapinya pada hari ini. Maka halatuju
yang dimaksudkan disini ialah, apakah perkembangan yang hendak dicapai oleh kita hari
demi hari? Kita perlu menjadi lebih bagus dan lebih cemerlang daripada hari semalam iaitu
matlamat kita agar halatuju kita sering berlandaskan kepada komitmen mencapai matlamat
tersebut.
          Untuk menjadi lebih cemerlang dari hari semalam, kita memerlukan kekuatan dalaman
yang konsisten serta menyintai perkara yang kita lakukan. Seorang guru perlu menyintai
kerjayanya sebagai guru. Kecintaan kita pada kerjaya akan menghasilkan pelbagai perasaaan
positif     yang   akhirnya   membentuk    keunggulan    diri   dan   kecemerlangan   kerja.
Seorang guru yang unggul perlu mempunyai matlamat dalam hidup mereka dan ianya harus
berkait rapat dengan pembangunan dan peningkatan diri guru sendiri. Peningkatan yang
mempunyai nilai kecemerlangan murni terhadap diri sendiri, anak didik, profesion perguruan,
masyarakat, agama, bangsa dan negara.
          Kita tentu pernah mendengar kenyataan bahawa kecemerlangan seseorang guru tidak
terbatas pada kebolehannya melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran ( p & p )
dengan baik tetapi juga pada kualiti peribadinya yang tinggi kerana guru diharapkan
mempamerkan peribadi contoh kepada pelajarnya. Oleh itu, ketinggian kualiti peribadi guru
juga boleh menjadi pemangkin kecemerlangan sesebuah sekolah melalui usaha mereka
menyediakan pelajar sebagai modal insan masa depan. Pembinaan modal insan adalah teras
kepada kejayaan bangsa dan negara. Ia merangkumi proses lengkap membentuk tenaga kerja
manusia yang berilmu, berakhlak, berkemahiran, berdaya saing dan berdaya tahan. Selari
dengan aspirasi negara dan hasrat Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi,
yang meletakkan usaha membina budaya baru iaitu berani berlumba, membina prestasi serta
memiliki merit hingga dapat bersaing dan bertanding pada peringkat antarabangsa dalam
pembinaan modal insan yang turut menjadi teras dalam Rancangan Malaysia Kesembilan
( RMK-9).
Bagi mencapai agenda negara itu, pendidikan menjadi wahana utama. Guru cemerlang
 yang berwawasan akan mendidik para pelajar di semua peringkat dengan sempurna. Dalam
 hal ini, warga pendidik adalah golongan di barisan paling hadapan dalam usaha membina
 generasi masa depan Malaysia yang cemerlang, gemilang dan terbilang.Oleh itu, guru
 cemerlang mesti berusaha menjadi warga pendidik yang berkualiti, komited dan berdedikasi
 agar konsep pendemokrasian yang memberi peluang adil dan sama rata kepada semua rakyat
 mendapatkan pendidikan berkualiti wajar diteliti dan diberi perhatian.
       Dalam kata lain, seorang guru cemerlang yang berwawasan itu haruslah memiliki nilai
 dan etika keguruan yang selaras dan menjurus kepada nilai-nilai keagamaan yang teguh
 dalam proses pembinaan negara bangsa . Memandangkan bidang pendidikan merupakan
 salah satu aspek penting dalam menjayakan harapan dan aspirasi negara untuk menjadi
 negara maju dan bertaraf dunia, guru-guru juga perlu menyiapkan diri mereka dengan ciri-
 ciri pendidik yang terbaik agar dapat membantu proses pembinaan negara bangsa yang
 cemerlang. Seorang guru juga haruslah mempunyai ciri-ciri personal, ciri-ciri interpersonal,
 ciri-ciri profesional, ciri-ciri intelektual yang baik, berkemahiran dalam pengurusan, kreatif
 dan inovatif, menguasai ilmu pedagogi, dapat mengaplikasikan teori kepada amalan dan
 mengamalkan pembelajaran ilmu sepanjang hayat (Abd. Rahim, 2005). Kesemua ciri ini
 amat penting bagi melayakkan seseorang menjadi guru yang berkesan, berwibawa dan
 berketrampilan bagi menjayakan proses pembinaan negara bangsa.

       Selaras dengan hasrat yang tersirat di dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan, berikut
merupakan 10 peranan yang menjadi pemangkin halatuju diri dan perlu dilaksanakan guru
untuk menjadi orang yang cemerlang lagi berwawasan :-

1.Guru sebagai PENDAKWAH :

Guru bertanggungjawab bukan saja mengajar dan menyampaikan ilmu kepada pelajarnya,
tetapi juga membentuk mereka menjadi insan sehingga boleh berperanan mengajak manusia
kepada kebaikan dan mencegah manusia melakukan perkara yang tidak baik.

2.Guru sebagai PENDIDIK :

Guru perlu melaksanakan tugas asasinya untuk membentuk pelajar menjadi insan seimbang
dari segi jasmani, emosi, rohani an intelek seperti yang terkandung dalam Falsafah
Pendidikan Kebangsaan. Sebenarnya mendidik bukanlah tugas guru semata-mata, sebaliknya
setiap orang mesti menjadi pendidik.

3.Guru sebagai PEMIMPIN :
Setiap guru bertanggungjawab memberi bimbingan dan pimpinan kepada anak didiknya. Guru
adalah pemimpin sekurang-kurangnya pada peringkat kelasnya. Jika pengetua adalah
pemimpin di sekolah. Guru yang akan melahirkan pemimpin. Oleh itu, guru yang tidak boleh
menjadi pemimpin yang baik, tidak boleh menjadi guru yang baik.

4.Guru sebagai PEKERJA :

Guru perlu melaksanakan tugas dan tanggungjawabnya seperti diamanahkan oleh majikannya.
Dengan itu, guru mesti patuh pada arahan yang diberikan kepadanya.

5.Guru sebagai PENGUSAHA :

Sama seperti seorang pengusaha, guru juga perlu memiliki sifat inovatif dan kreatif supaya
hasil usahanya mengajar dan mendidik pelajar mencapai keuntungan yang diharapkan.
Keuntungan di sini bukan keuntungan dalam bentuk kebendaan, sebaliknya kejayaannya
melahirkan modal insan yang mempunyai nilai tambah. Dengan itu,pelajar berkenaan akan
menjadi modal insan yang berguna untuk diri sendiri, keluarga, masyarakat dan negara. Untuk
mencapai matlamat ini, guru mestilah bersedia dan sanggup memberikan kepada pelajarnya
ilmu dan kemahiran lebih daripada apa yang ada dalam sukatan pelajaran.

6.Guru sebagai PROFESIONAL :

Guru mestilah melaksanakan tugasnya dengan secara profesional dengan mengamalkan sifat
seperti berdisiplin, menepati waktu dan tidak pilih kasih terhadap pelajarnya.

7.Guru sebagai PENGIKUT :

Setiap guru bukan saja perlu menjadi pemimpin tetapi juga pengikut yang baik. Malah ada
cerdik pandai yang menyatakan bahawa mereka yang tidak boleh menjadi pengikut, tidak
boleh menjadi pemimpin yang baik. Sebagai pengikut, guru mesti menerima dan
melaksanakan arahan ketuanya ( Pengetua ).

8.Guru sebagai PEJUANG :

Guru mesti bekerja dan melaksanakan tugas serta tanggungjawabnya dengan bersungguh-
sungguh, bukan bersikap sambil lewa serta melepaskan batuk di tangga. Malah guru mesti
mempunyai agenda yang jelas dalam melaksanakan tugas, tetapi bukan agenda peribadi,
sebaliknya sentiasa meletakkan keutamaan bertugas untuk mendidik anak bangsanya menjadi
orang yang berilmu serta berguna kepada masyarakat dan negara.

9.Guru sebagai PENYOKONG :
Guru mesti memberi sokongan kepada perkara yang mendatangkan faedah dan manfaat
kepada pelajarnya. Bagaimanapun, sokongan itu mestilah berdasarkan kebenaran dan
berprinsip, bukan sokongan secara membuta-tuli.

10.Guru sebagai orang yang PRODUKTIF :

Guru perlu sentiasa menggunakan masa dan tenaganya dengan cara yang berkesan sama ada
sewaktu di sekolah mahupun selepas waktu persekolahan. Sehubungan itu, guru tidak boleh
beranggapan tugasnya pergi dan balik dari sekolah sebagai rutin harian yang tidak
mempunyai sebarang makna atau sekadar untuk memenuhi arahan dan tanggungjawab yang
diberikan, sebaliknya ia perlu sentiasa berusaha menggunakan masa dan tenaganya bagi
kebaikan pelajar, sekolah dan masyarakatnya. Tiga perkara asas yang perlu dimiliki oleh guru
untuk membolehkan mereka memahami dan melaksanakan 10 peranan di atas:-

1. Memiliki ilmu : Guru mesti menguasai ilmu dalam bidang dan subjek yang diajarnya.
Malah guru perlu sentiasa meningkatkan ilmunya dalam bidang dan subjek berkenaan supaya
ilmu dan pengetahuannya seiring dengan perkembangan semasa.

2. Memiliki kemahiran : Untuk menjadi orang yang cekap dan berkesan, guru perlu memiliki
kemahiran yang diperlukan seperti kemahiran menyampai dan kemahiran berkomunikasi.

3. Memiliki sikap yang betul : Guru perlu memiliki sikap dan kefahaman yang betul mengenai
tugas dan tanggungjawabnya serta melaksanakannya dengan sepenuh hati, bukan bersikap
sambil lewa. Ia termasuk membuat persediaan dan persiapan untuk menyampaikan ilmu
kepada pelajar di dalam kelas

   Memang tidak dapat disangkal bahawa guru cemerlang perlu memiliki hala tuju diri untuk
menjadi seorang guru yang berkesan. Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia, Dato' Dr. Abdul
Shukor Abdullah tahun 1999 menyenaraikan ciri-ciri guru berkesan sebagaimana berikut:
   • Bersikap profesional.
   • Mempamerkan ciri-ciri kekuatan teori.
   • Kaya ilmu.
   • Bertindak di atas landasan etika dan tatasusila kerja.
   • Bermoral teguh.
   • Sentiasa berusaha meningkatkan kualiti hasil pengajaran.
   • Prihatin dengan kehendak murid dan ibu bapa.
   • Berkebolehan menilai kekuatan dan kelemahan murid-murid.
   • Melengkapkan diri dengan kemahiran yang sejajar dengan tuntutan semasa.
   • Menampilkan watak terpuji, berimej, berperibadi mulia, berwawasan sebagai pendidik
      unggul pada setiap masa.
   • Mempastikan situasi 'Guru mengajar murid belajar' wujud di dalam kelas.
   • Berupaya melahirkan 'persekolahan berwatak' supaya pelajar mempunyai kekuatan
      ilmu, berpersonaliti sihat dan serba boleh.
   • Berupaya membina minda pelajar yang cemerlamg akademik.
•   Berupaya membentuk perwatakan murid dengan pelbagai keteguhan nilai diri
       (bermoral, berakhlak mulia, berketrampilanm, pandai menyesuaikan diri dengan
       situasi tertentu).
   •   Taat dan setia terhadap perkhidmatannya, mempertahankan martabat profesionnya.
   •   Menunjukkan kesetiaan kepada kerajaan, bebas pendirian, tidak berbelah bahagi. dan
       menumpukan perhatian kepada P&P di sekolah.

   Pada waktu yang sama guru cemerlang wajar memenuhi dimensi halatuju diri terhadap
murid, pengajaran dan disiplin ilmu seperti disenaraikan di bawah:

Terhadap Murid
   • punyai empati dan komitmen dalam menghargai maruah orang lain (iaitu anak didik,
      ibu bapa dan rakan sejawat) dalam mengejar hasil dari segi afektif dan juga kognitif
   • hubungkan 'mata plajaran' dengan kehidupan murid-murid
   • kenal, hormati dan percayai murid-murid
   • mengajar murid-murid bagaimana hendak belajar, menganalisa dan berfikir secara
      kritis
   • menjana idea-idea baru dan menarik bagi murid-murid berfikir mengenainya
   • menggalakkan murid-murid bertanyakan soalan mengenai pelajaran
   • hadir dalam lain-lain aktiviti di mana murid-murid terlibat seperti sukan, persembahan
      muzikal dan kebudayaan.

Terhadap Pengajaran
  • melakukan refleksi dan kritik-kendiri, mercu tanda profesionalisme seorang guru
  • berfikir secara sistematik mengenai amalannya dan belajar daripada pengalaman
  • adil dalam menilai dan menggred
  • fleksibel dalam pendekatan-pendekatan pengajaran dan pembelajaran
  • bersemangat dalam mengajar , murid-murid dalam sesuatu mata pelajaran
  • seorang komunikator yang cemerlang; mampu menjadikan idea-idea yang kompleks
     mudah difahami dengan itu murid-murid dapat memahami dan menghargainya
  • sering mengukur kemajuan dan memberikan maklumbalas kepada murid-murid
  • merancang pengajaran terlebih dahulu, beri masa yang cukup bagi setiap tajuk, dan
     menyepadukan mata pelajaran
  • secara berterusan mengukur pendekatan, syarahan dan ujian-ujian bagi memastikan
     kurikulum yang sentiasa 'baru dan segar' serta relevan
  • menyertai jawatankuasa-jawatankuasa bagi menambahbaik sekolah, jabatan atau
     dirinya sendiri.

Terhadap Disiplin Ilmu
  • seorang yang pakar dalam bidang yang dia ajar
  • seorang yang 'dahagakan' ilmu; sentiasa up to date dalam bidangnya dengan
     membaca; menghadiri konferens, konvensyen, bengkel dan seminar; dan mengikuti
     kursus-kursus dalam perkhidmatan
  • juga seorang yang suka 'belajar' perkara-perkara di luar bidangnya
  • aktif dalam penubuhan profesional dan menggalakkan rakan sejawat menyertainya
  • menjadi ahli kepada komuniti yang belajar
  • bina dan mengekalkan perhubungan profesional
  • bekerja dalam organisasi sekolah yang luas
Menjadi guru cemerlang yang berwawasan dan memiliki halatuju diri ke arah mencapai
pendidikan yang gemilang dan cemerlang bukanlah sesuatu yang mustahil. Prasyarat yang
utama dan pertama ialah kesediaan dan kesanggupan guru-guru sendiri mengubah paradigma,
mengubah stail berfikir dan bertindak secara profesional dan yang paling penting menjadi
seorang guru yang tidak mudah patah semangat.

        Sememangnya guru cemerlang yang berwawasan dan memiliki hala tuju diri akan
sentiasa mempamerkan ciri-ciri kekuatan ilmu dan bertingkah-laku dengan keluhuran etika
kerja serta menuntut kefahaman yang jelas dan mendalam, kesungguhan dan komitmen yang
tinggi kepada penyempurnaan tugasnnya di sekolah setiap masa dan waktu. Guru yang
berjiwa waja tidak mudah mengaku kalah dalam kehidupan kerjayanya di sekolah, dan
mempunyai sikap optimistik dalam semua tindakan, serta sedia belajar dari kesilapan dan
kelemahan. Sesungguhnya orang-orang yang berfikiran dan bersikap optimistik tidak mudah
melatah, merungut dan menyalahkan orang lain dan keadaan semata-mata, orang yang
optimistik melihat semuanya dari sudut yang serba berkemungkinan berjaya dan meningkat
maju, sama ada dari aspek diri peribadi mahu pun aspek organisasi. Persisi kata Ketua
Pengarah Pendidikan Malaysia, Dato' Abdul Shukor Abdullah di dalam perutusan Hari Guru
1999, beliau menyebut;

            " Guru-guru perlu dapat menyampaikan ilmu pengetahuan secara
             berkesan, menjadi pembimbing yang dihormati dan memastikan
             diri masing-masing dapat dijadikan contoh kepada pelajar. Oleh
           itu pada setiap masa, kaum guru sekalian hendaklah menampilkan
            watak terpuji, berimej, berperibadi mulia dan berwawasan sebagai
                                 pendidik yang unggul." ‫ٱ‬




Rujukan

http://hot66-hot66.blogspot.com/2009/05/10-peranan-untuk-jadi-guru-cemerlang.html

http://fiedastory.blogspot.com/2009/02/this-is-my-ip-homework.html

www.docstoc.com/docs/15181989/peranan-guru

Amir Hasan Dawi, 2002. Penteorian sosiologi dan pendidikan. Tanjung Malim :     Quantum
Books.

Ee Ah Meng, 1994. Perkembangan dan pelaksanaan kurikulum. Kuala Lumpur : Fajar Bakti. .

Mok Soon Sang, 1996. Pendidikan di Malaysia. Kuala Lumpur : Kumpulan Budiman.

More Related Content

What's hot

Guru yang berkesan
Guru yang berkesanGuru yang berkesan
Guru yang berkesanAmir Nazif
 
Teknik2 mengajar
Teknik2 mengajarTeknik2 mengajar
Teknik2 mengajarbaharnizam
 
Peranan dan tanggungjawab guru dalam membina negara bangsa berlandaskan etika...
Peranan dan tanggungjawab guru dalam membina negara bangsa berlandaskan etika...Peranan dan tanggungjawab guru dalam membina negara bangsa berlandaskan etika...
Peranan dan tanggungjawab guru dalam membina negara bangsa berlandaskan etika...محمد أشرف زين الدين
 
Guru berjiwa pendidik
Guru berjiwa pendidikGuru berjiwa pendidik
Guru berjiwa pendidikROYALBERTM
 
Esei: Peranan Guru Merealisasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) di Sek...
Esei: Peranan Guru Merealisasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) di Sek...Esei: Peranan Guru Merealisasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) di Sek...
Esei: Peranan Guru Merealisasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) di Sek...Atifah Ruzana Abd Wahab
 
Falsafah pendidikan guru
Falsafah pendidikan guruFalsafah pendidikan guru
Falsafah pendidikan guruRENU PRIYA
 
Pembentangan kuliah 5
Pembentangan kuliah 5Pembentangan kuliah 5
Pembentangan kuliah 5Adibah Azman
 
PERANAN GURU PENDIDIKAN MORAL DALAM MEREALISASIKAN ASPIRASI NEGARA
PERANAN GURU PENDIDIKAN MORAL DALAM MEREALISASIKAN ASPIRASI NEGARAPERANAN GURU PENDIDIKAN MORAL DALAM MEREALISASIKAN ASPIRASI NEGARA
PERANAN GURU PENDIDIKAN MORAL DALAM MEREALISASIKAN ASPIRASI NEGARAWan Nor Faezah
 
Menjadi Guru Profesional
Menjadi Guru ProfesionalMenjadi Guru Profesional
Menjadi Guru Profesionaliqbalmayzun
 
Tugasan edu 3093 cabaran guru
Tugasan edu 3093 cabaran guruTugasan edu 3093 cabaran guru
Tugasan edu 3093 cabaran guruAhmad NazRi
 
Tugasan 3083 noraini mat noor baiki
Tugasan 3083 noraini mat noor baikiTugasan 3083 noraini mat noor baiki
Tugasan 3083 noraini mat noor baikimuhammad
 
PROFESIONALISME GURU NOVIS DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (P&P)
PROFESIONALISME GURU NOVIS DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (P&P)PROFESIONALISME GURU NOVIS DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (P&P)
PROFESIONALISME GURU NOVIS DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (P&P)Hamidah Budi
 
Kurikulum Tersembunyi
Kurikulum TersembunyiKurikulum Tersembunyi
Kurikulum TersembunyiNur Kareena
 
Peranan guru pendidikan moral
Peranan guru pendidikan moralPeranan guru pendidikan moral
Peranan guru pendidikan moralNorazah Mohamad
 

What's hot (20)

Guru berkesan
Guru berkesanGuru berkesan
Guru berkesan
 
Guru yang berkesan
Guru yang berkesanGuru yang berkesan
Guru yang berkesan
 
Guru dan Kemahiran Profesional
Guru dan Kemahiran ProfesionalGuru dan Kemahiran Profesional
Guru dan Kemahiran Profesional
 
Teknik2 mengajar
Teknik2 mengajarTeknik2 mengajar
Teknik2 mengajar
 
Peranan dan tanggungjawab guru dalam membina negara bangsa berlandaskan etika...
Peranan dan tanggungjawab guru dalam membina negara bangsa berlandaskan etika...Peranan dan tanggungjawab guru dalam membina negara bangsa berlandaskan etika...
Peranan dan tanggungjawab guru dalam membina negara bangsa berlandaskan etika...
 
Guru berjiwa pendidik
Guru berjiwa pendidikGuru berjiwa pendidik
Guru berjiwa pendidik
 
Esei: Peranan Guru Merealisasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) di Sek...
Esei: Peranan Guru Merealisasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) di Sek...Esei: Peranan Guru Merealisasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) di Sek...
Esei: Peranan Guru Merealisasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) di Sek...
 
Falsafah pendidikan guru
Falsafah pendidikan guruFalsafah pendidikan guru
Falsafah pendidikan guru
 
Pembentangan kuliah 5
Pembentangan kuliah 5Pembentangan kuliah 5
Pembentangan kuliah 5
 
Nkr as
Nkr asNkr as
Nkr as
 
PERANAN GURU PENDIDIKAN MORAL DALAM MEREALISASIKAN ASPIRASI NEGARA
PERANAN GURU PENDIDIKAN MORAL DALAM MEREALISASIKAN ASPIRASI NEGARAPERANAN GURU PENDIDIKAN MORAL DALAM MEREALISASIKAN ASPIRASI NEGARA
PERANAN GURU PENDIDIKAN MORAL DALAM MEREALISASIKAN ASPIRASI NEGARA
 
Minggu 9
Minggu 9Minggu 9
Minggu 9
 
Guru berkesan
Guru berkesanGuru berkesan
Guru berkesan
 
Menjadi Guru Profesional
Menjadi Guru ProfesionalMenjadi Guru Profesional
Menjadi Guru Profesional
 
Tugasan edu 3093 cabaran guru
Tugasan edu 3093 cabaran guruTugasan edu 3093 cabaran guru
Tugasan edu 3093 cabaran guru
 
Tugasan 3083 noraini mat noor baiki
Tugasan 3083 noraini mat noor baikiTugasan 3083 noraini mat noor baiki
Tugasan 3083 noraini mat noor baiki
 
PROFESIONALISME GURU NOVIS DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (P&P)
PROFESIONALISME GURU NOVIS DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (P&P)PROFESIONALISME GURU NOVIS DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (P&P)
PROFESIONALISME GURU NOVIS DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (P&P)
 
Jurnal last
Jurnal lastJurnal last
Jurnal last
 
Kurikulum Tersembunyi
Kurikulum TersembunyiKurikulum Tersembunyi
Kurikulum Tersembunyi
 
Peranan guru pendidikan moral
Peranan guru pendidikan moralPeranan guru pendidikan moral
Peranan guru pendidikan moral
 

Viewers also liked

Viewers also liked (7)

Esei titas
Esei titasEsei titas
Esei titas
 
Lampiran A Surat Kebenaran
Lampiran A Surat KebenaranLampiran A Surat Kebenaran
Lampiran A Surat Kebenaran
 
Tugasan model & strategi pedagogi epm233 (cikgu azman)
Tugasan model & strategi pedagogi  epm233 (cikgu azman)Tugasan model & strategi pedagogi  epm233 (cikgu azman)
Tugasan model & strategi pedagogi epm233 (cikgu azman)
 
Profesion guru
Profesion guruProfesion guru
Profesion guru
 
Konsep umum sumber pengajaran
Konsep umum sumber pengajaranKonsep umum sumber pengajaran
Konsep umum sumber pengajaran
 
Autonomi guru
Autonomi guruAutonomi guru
Autonomi guru
 
Profesionalisme+dan+akautabiliti+guru
Profesionalisme+dan+akautabiliti+guruProfesionalisme+dan+akautabiliti+guru
Profesionalisme+dan+akautabiliti+guru
 

Similar to Contoh esei1 permohonan gc

LMCP1112 Falsafah Pendidikan Islam Projek Akhir.pptx
LMCP1112 Falsafah Pendidikan Islam Projek Akhir.pptxLMCP1112 Falsafah Pendidikan Islam Projek Akhir.pptx
LMCP1112 Falsafah Pendidikan Islam Projek Akhir.pptxAjleeyaAzman
 
Peranan-guru dalam pembentukan Kurikulum.ppt
Peranan-guru dalam pembentukan Kurikulum.pptPeranan-guru dalam pembentukan Kurikulum.ppt
Peranan-guru dalam pembentukan Kurikulum.pptZOLKEPLEBINIBRAHIMIP1
 
Falsafah pendidikan islam - guru impian
Falsafah pendidikan islam - guru impianFalsafah pendidikan islam - guru impian
Falsafah pendidikan islam - guru impianSofea Balqis
 
PERANAN GURU DALAM TADBIR URUS INSAN DAN KEWARGANEGARAAN (1).pdf
PERANAN GURU DALAM TADBIR URUS INSAN DAN KEWARGANEGARAAN (1).pdfPERANAN GURU DALAM TADBIR URUS INSAN DAN KEWARGANEGARAAN (1).pdf
PERANAN GURU DALAM TADBIR URUS INSAN DAN KEWARGANEGARAAN (1).pdfSurachaiAirak3
 
Peranan-guru dalam pembentukan Kurikulum.ppt
Peranan-guru dalam pembentukan Kurikulum.pptPeranan-guru dalam pembentukan Kurikulum.ppt
Peranan-guru dalam pembentukan Kurikulum.pptZOLKEPLEBINIBRAHIMIP1
 
Makalah kompetensi profesional guru
Makalah kompetensi profesional guruMakalah kompetensi profesional guru
Makalah kompetensi profesional guruIkhwan Mutaqin
 
7. Cabaran Profesion Keguruan
7. Cabaran Profesion Keguruan7. Cabaran Profesion Keguruan
7. Cabaran Profesion KeguruanArthur Jupong
 
4. Guru Dan Alam Pendidikan
4. Guru Dan Alam Pendidikan4. Guru Dan Alam Pendidikan
4. Guru Dan Alam PendidikanArthur Jupong
 
Kk edu3083 sem7
Kk edu3083 sem7Kk edu3083 sem7
Kk edu3083 sem7cikli7
 
HAKIKAT GURU DAN GURU PENDIDIKAN AGAMA ISLAM
HAKIKAT GURU DAN GURU PENDIDIKAN AGAMA ISLAMHAKIKAT GURU DAN GURU PENDIDIKAN AGAMA ISLAM
HAKIKAT GURU DAN GURU PENDIDIKAN AGAMA ISLAMGalih Nurhavis
 
239602990 pengajaran-kemahiran-berfikir-aras-tinggi
239602990 pengajaran-kemahiran-berfikir-aras-tinggi239602990 pengajaran-kemahiran-berfikir-aras-tinggi
239602990 pengajaran-kemahiran-berfikir-aras-tinggiStar Ng
 
Falsafah pendidikan islam projek akhir a167854
Falsafah pendidikan islam projek akhir a167854Falsafah pendidikan islam projek akhir a167854
Falsafah pendidikan islam projek akhir a167854SudeshKannahMohan
 
Pensijilan Guru Matematik
Pensijilan Guru MatematikPensijilan Guru Matematik
Pensijilan Guru MatematikNor Hazlinda
 
7 cabaranprofesionkeguruan-090610200126-phpapp01
7 cabaranprofesionkeguruan-090610200126-phpapp017 cabaranprofesionkeguruan-090610200126-phpapp01
7 cabaranprofesionkeguruan-090610200126-phpapp01jsyfynn
 

Similar to Contoh esei1 permohonan gc (20)

LMCP1112 Falsafah Pendidikan Islam Projek Akhir.pptx
LMCP1112 Falsafah Pendidikan Islam Projek Akhir.pptxLMCP1112 Falsafah Pendidikan Islam Projek Akhir.pptx
LMCP1112 Falsafah Pendidikan Islam Projek Akhir.pptx
 
Peranan-guru dalam pembentukan Kurikulum.ppt
Peranan-guru dalam pembentukan Kurikulum.pptPeranan-guru dalam pembentukan Kurikulum.ppt
Peranan-guru dalam pembentukan Kurikulum.ppt
 
Falsafah pendidikan islam - guru impian
Falsafah pendidikan islam - guru impianFalsafah pendidikan islam - guru impian
Falsafah pendidikan islam - guru impian
 
PERANAN GURU DALAM TADBIR URUS INSAN DAN KEWARGANEGARAAN (1).pdf
PERANAN GURU DALAM TADBIR URUS INSAN DAN KEWARGANEGARAAN (1).pdfPERANAN GURU DALAM TADBIR URUS INSAN DAN KEWARGANEGARAAN (1).pdf
PERANAN GURU DALAM TADBIR URUS INSAN DAN KEWARGANEGARAAN (1).pdf
 
Peranan-guru dalam pembentukan Kurikulum.ppt
Peranan-guru dalam pembentukan Kurikulum.pptPeranan-guru dalam pembentukan Kurikulum.ppt
Peranan-guru dalam pembentukan Kurikulum.ppt
 
Makalah kompetensi profesional guru
Makalah kompetensi profesional guruMakalah kompetensi profesional guru
Makalah kompetensi profesional guru
 
7. Cabaran Profesion Keguruan
7. Cabaran Profesion Keguruan7. Cabaran Profesion Keguruan
7. Cabaran Profesion Keguruan
 
4. Guru Dan Alam Pendidikan
4. Guru Dan Alam Pendidikan4. Guru Dan Alam Pendidikan
4. Guru Dan Alam Pendidikan
 
Kk edu3083 sem7
Kk edu3083 sem7Kk edu3083 sem7
Kk edu3083 sem7
 
Eml411
Eml411Eml411
Eml411
 
Eml411
Eml411Eml411
Eml411
 
HAKIKAT GURU DAN GURU PENDIDIKAN AGAMA ISLAM
HAKIKAT GURU DAN GURU PENDIDIKAN AGAMA ISLAMHAKIKAT GURU DAN GURU PENDIDIKAN AGAMA ISLAM
HAKIKAT GURU DAN GURU PENDIDIKAN AGAMA ISLAM
 
239602990 pengajaran-kemahiran-berfikir-aras-tinggi
239602990 pengajaran-kemahiran-berfikir-aras-tinggi239602990 pengajaran-kemahiran-berfikir-aras-tinggi
239602990 pengajaran-kemahiran-berfikir-aras-tinggi
 
Falsafah pendidikan islam projek akhir a167854
Falsafah pendidikan islam projek akhir a167854Falsafah pendidikan islam projek akhir a167854
Falsafah pendidikan islam projek akhir a167854
 
Slide profesi
Slide profesiSlide profesi
Slide profesi
 
Pensijilan Guru Matematik
Pensijilan Guru MatematikPensijilan Guru Matematik
Pensijilan Guru Matematik
 
Report trends
Report trendsReport trends
Report trends
 
7 cabaranprofesionkeguruan-090610200126-phpapp01
7 cabaranprofesionkeguruan-090610200126-phpapp017 cabaranprofesionkeguruan-090610200126-phpapp01
7 cabaranprofesionkeguruan-090610200126-phpapp01
 
Tajuk 5 done
Tajuk 5 doneTajuk 5 done
Tajuk 5 done
 
Tajuk 5 done
Tajuk 5 doneTajuk 5 done
Tajuk 5 done
 

More from Norazliah Ani

Skrip pengacara majlis pelancaran takwim kejohanan majlis sukan sekolah pahan...
Skrip pengacara majlis pelancaran takwim kejohanan majlis sukan sekolah pahan...Skrip pengacara majlis pelancaran takwim kejohanan majlis sukan sekolah pahan...
Skrip pengacara majlis pelancaran takwim kejohanan majlis sukan sekolah pahan...Norazliah Ani
 
Skrip juruacara kejohanan olahraga tahunan 2013 smk ringlet
Skrip juruacara  kejohanan olahraga tahunan 2013 smk ringletSkrip juruacara  kejohanan olahraga tahunan 2013 smk ringlet
Skrip juruacara kejohanan olahraga tahunan 2013 smk ringletNorazliah Ani
 
Teks pengacara egm puncak arabella
Teks pengacara egm puncak arabellaTeks pengacara egm puncak arabella
Teks pengacara egm puncak arabellaNorazliah Ani
 
Presentation kursus ict intan online passport 1 kump4
Presentation kursus ict intan online passport 1 kump4Presentation kursus ict intan online passport 1 kump4
Presentation kursus ict intan online passport 1 kump4Norazliah Ani
 
Laporan pelaksanaan mbmmbi
Laporan pelaksanaan mbmmbiLaporan pelaksanaan mbmmbi
Laporan pelaksanaan mbmmbiNorazliah Ani
 
Pantun pengerusi jmb puncak arabella 2012
Pantun pengerusi jmb puncak arabella 2012Pantun pengerusi jmb puncak arabella 2012
Pantun pengerusi jmb puncak arabella 2012Norazliah Ani
 
Skrip juruacara majlis bicara buku dan perkongsian ilmu bersama
Skrip juruacara majlis bicara buku dan perkongsian ilmu bersamaSkrip juruacara majlis bicara buku dan perkongsian ilmu bersama
Skrip juruacara majlis bicara buku dan perkongsian ilmu bersamaNorazliah Ani
 
Teks pengacara majlis delegasi sri lanka
Teks pengacara majlis delegasi sri lankaTeks pengacara majlis delegasi sri lanka
Teks pengacara majlis delegasi sri lankaNorazliah Ani
 
Skrip juruacara kempen jom sihat ncdp puncak arabella
Skrip juruacara kempen jom sihat ncdp puncak arabellaSkrip juruacara kempen jom sihat ncdp puncak arabella
Skrip juruacara kempen jom sihat ncdp puncak arabellaNorazliah Ani
 
Skrip juruacara majlis kejohanan sukan tahunan kali ke
Skrip juruacara majlis kejohanan sukan tahunan kali keSkrip juruacara majlis kejohanan sukan tahunan kali ke
Skrip juruacara majlis kejohanan sukan tahunan kali keNorazliah Ani
 
Teks pengacara pertandingan pancaragam
Teks pengacara pertandingan pancaragamTeks pengacara pertandingan pancaragam
Teks pengacara pertandingan pancaragamNorazliah Ani
 
Teks pengacara majlis pmr
Teks pengacara majlis pmrTeks pengacara majlis pmr
Teks pengacara majlis pmrNorazliah Ani
 
Bahasa melayu __rancangan_pelajaran_t5-6d27bc4e3d09b0bd649b35b78cc313a2
Bahasa melayu __rancangan_pelajaran_t5-6d27bc4e3d09b0bd649b35b78cc313a2Bahasa melayu __rancangan_pelajaran_t5-6d27bc4e3d09b0bd649b35b78cc313a2
Bahasa melayu __rancangan_pelajaran_t5-6d27bc4e3d09b0bd649b35b78cc313a2Norazliah Ani
 
Panduan menjawab karangan spm
Panduan menjawab karangan spmPanduan menjawab karangan spm
Panduan menjawab karangan spmNorazliah Ani
 
Teks ucapan sempena majlis penutup kursus memartabatkan bahasa malaysia dan ...
Teks ucapan sempena majlis penutup kursus memartabatkan bahasa malaysia  dan ...Teks ucapan sempena majlis penutup kursus memartabatkan bahasa malaysia  dan ...
Teks ucapan sempena majlis penutup kursus memartabatkan bahasa malaysia dan ...Norazliah Ani
 
Teks pengacara majlis ncd arabella
Teks pengacara majlis ncd arabellaTeks pengacara majlis ncd arabella
Teks pengacara majlis ncd arabellaNorazliah Ani
 
Teks pengacara majlis serah netbook
Teks pengacara majlis serah netbookTeks pengacara majlis serah netbook
Teks pengacara majlis serah netbookNorazliah Ani
 

More from Norazliah Ani (20)

Skrip pengacara majlis pelancaran takwim kejohanan majlis sukan sekolah pahan...
Skrip pengacara majlis pelancaran takwim kejohanan majlis sukan sekolah pahan...Skrip pengacara majlis pelancaran takwim kejohanan majlis sukan sekolah pahan...
Skrip pengacara majlis pelancaran takwim kejohanan majlis sukan sekolah pahan...
 
Skrip juruacara kejohanan olahraga tahunan 2013 smk ringlet
Skrip juruacara  kejohanan olahraga tahunan 2013 smk ringletSkrip juruacara  kejohanan olahraga tahunan 2013 smk ringlet
Skrip juruacara kejohanan olahraga tahunan 2013 smk ringlet
 
Teks pengacara egm puncak arabella
Teks pengacara egm puncak arabellaTeks pengacara egm puncak arabella
Teks pengacara egm puncak arabella
 
Presentation kursus ict intan online passport 1 kump4
Presentation kursus ict intan online passport 1 kump4Presentation kursus ict intan online passport 1 kump4
Presentation kursus ict intan online passport 1 kump4
 
Laporan pelaksanaan mbmmbi
Laporan pelaksanaan mbmmbiLaporan pelaksanaan mbmmbi
Laporan pelaksanaan mbmmbi
 
Pantun pengerusi jmb puncak arabella 2012
Pantun pengerusi jmb puncak arabella 2012Pantun pengerusi jmb puncak arabella 2012
Pantun pengerusi jmb puncak arabella 2012
 
Skrip juruacara majlis bicara buku dan perkongsian ilmu bersama
Skrip juruacara majlis bicara buku dan perkongsian ilmu bersamaSkrip juruacara majlis bicara buku dan perkongsian ilmu bersama
Skrip juruacara majlis bicara buku dan perkongsian ilmu bersama
 
Teks pengacara majlis delegasi sri lanka
Teks pengacara majlis delegasi sri lankaTeks pengacara majlis delegasi sri lanka
Teks pengacara majlis delegasi sri lanka
 
Skrip juruacara kempen jom sihat ncdp puncak arabella
Skrip juruacara kempen jom sihat ncdp puncak arabellaSkrip juruacara kempen jom sihat ncdp puncak arabella
Skrip juruacara kempen jom sihat ncdp puncak arabella
 
Skrip juruacara majlis kejohanan sukan tahunan kali ke
Skrip juruacara majlis kejohanan sukan tahunan kali keSkrip juruacara majlis kejohanan sukan tahunan kali ke
Skrip juruacara majlis kejohanan sukan tahunan kali ke
 
Teks pengacara pertandingan pancaragam
Teks pengacara pertandingan pancaragamTeks pengacara pertandingan pancaragam
Teks pengacara pertandingan pancaragam
 
Teks pengacara majlis pmr
Teks pengacara majlis pmrTeks pengacara majlis pmr
Teks pengacara majlis pmr
 
Teks pengacara ksu
Teks pengacara ksuTeks pengacara ksu
Teks pengacara ksu
 
Rph 1
Rph 1Rph 1
Rph 1
 
Bahasa melayu __rancangan_pelajaran_t5-6d27bc4e3d09b0bd649b35b78cc313a2
Bahasa melayu __rancangan_pelajaran_t5-6d27bc4e3d09b0bd649b35b78cc313a2Bahasa melayu __rancangan_pelajaran_t5-6d27bc4e3d09b0bd649b35b78cc313a2
Bahasa melayu __rancangan_pelajaran_t5-6d27bc4e3d09b0bd649b35b78cc313a2
 
Teks pengacara pibg
Teks pengacara pibgTeks pengacara pibg
Teks pengacara pibg
 
Panduan menjawab karangan spm
Panduan menjawab karangan spmPanduan menjawab karangan spm
Panduan menjawab karangan spm
 
Teks ucapan sempena majlis penutup kursus memartabatkan bahasa malaysia dan ...
Teks ucapan sempena majlis penutup kursus memartabatkan bahasa malaysia  dan ...Teks ucapan sempena majlis penutup kursus memartabatkan bahasa malaysia  dan ...
Teks ucapan sempena majlis penutup kursus memartabatkan bahasa malaysia dan ...
 
Teks pengacara majlis ncd arabella
Teks pengacara majlis ncd arabellaTeks pengacara majlis ncd arabella
Teks pengacara majlis ncd arabella
 
Teks pengacara majlis serah netbook
Teks pengacara majlis serah netbookTeks pengacara majlis serah netbook
Teks pengacara majlis serah netbook
 

Contoh esei1 permohonan gc

  • 1. Huraikan perkara-perkara berikut dalam bentuk esei: a. Usaha anda bagi meningkatkan tahap profesionalisme dalam pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran/ bidang yang dipohon. "If they aren't learning...then you aren't teaching." ~ Anon Tahap profesionalisme pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu haruslah ditingkatkan bagi mencapai matlamat dan objektif mata pelajaran Bahasa Melayu. Profesionalisme ditakrifkan sebagai “tingkahlaku, kemahiran atau kualiti yang dapat menunjukkan bahawa seseorang itu mempunyai pengalaman dan standard yang tinggi yang boleh diharapkan daripada ahli sesuatu profesion itu” berdasarkan ucapan Y.Bhg. Tan Sri Ahmad Sarji bin Abdul Hamid, bekas Ketua Setiausaha Negara dalam seminar Penafsiran Semula Peranan Ahli Profesional Muslim Abad ke-21 Secara mudah definisi profesionalisme ialah untuk seseorang itu mengetahui tugasnya inside-out. Oleh itu seseorang guru perlu mempunyai kemahiran, kebijaksanaan dan kemampuan untuk menjalankan tugas dengan penuh disiplin, komitmen dan secara yang penuh berintegriti. Dengan lain perkataan melahirkan guru yang profesional bererti menghasilkan guru-guru yang memiliki kompetensi yang tinggi, lengkap dengan pengetahuan dan kepakaran tugas yang dilaksanakannya. Bertitik tolak daripada itu pendidikan Bahasa Melayu sekolah menengah bertujuan membimbing pelajar-pelajar menguasai kecekapan berbahasa untuk berkomunikasi dengan berkesan bagi melahirkan fikiran dan perasaan tentang ilmu pengetahuan, hal-hal persendirian dan kemasyarakatan dalam konteks rasmi, tidak rasmi dan kreatif melalui lisan dan penulisan (Rumi atau Jawi) selaras dengan Dasar Pendidikan Kebangsaan. Matlamat pendidikan Bahasa Melayu sekolah menengah adalah untuk membolehkan pelajar-pelajar: i. Menghargai dan membanggakan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara serta alat perpaduan rakyat sesuai dengan prinsip-prinsip Rukun Negara.
  • 2. ii. Memahami sistem Bahasa Melayu dari segi bentuk, makna dan fungsinya, dan menggunakannya dengan tepat dalam kehidupan seharian. iii. Menggunakan Bahasa Melayu dengan berkesan dalam bidang ilmu pengetahuan. iv. Menggunakan Bahasa Melayu dengan berkesan dalam perhubungan harian. V. Membaca pelbagai bahan sebagai satu amalan untuk menimba ilmu pengetahuan dan mengisi masa lapang. Pendidikan Bahasa Melayu sekolah menengah akan terus memperkukuh dan meningkatkan penguasaan berbahasa pelajar-pelajar. Objektif pengajaran dan pembelajaran pendidikan Bahasa Melayu sekolah menengah pula adalah untuk membolehkan pelajar- pelajar: - OM1 Mendengar, memahami dan menilai pertuturan dalam siaran am dan media massa. OM2 Bertutur dengan fasih dan lancar serta memberikan pendapat dan hujah-hujah yang kritis dan analitis dalam pelbagai situasi. OM3 Membaca pelbagai jenis bahan dengan cekap dan kritis serta dapat membuat tafsiran, penilaian dan rumusan yang wajar. OM4 Membaca, memahami dan menghayati pelbagai bahan sastera, komponen Kesusasteraan Melayu dan ilmiah. OM5 Menghasilkan pelbagai jenis penulisan. Profesionalisme pengajaran dan pembelajaran keguruan merangkumi kemahiran mengajar, kecekapan dan kewibawaan seorang guru, pengetahuan dan kepimpinan yang ditunjukkan oleh guru itu sendiri. Para guru perlu menunjukkan kepimpinan yang positif dan
  • 3. sesuai dengan keadaan. Sebagai seorang guru juga mereka bebas membuat keputusan namun perlulah mengambil kira kepentingan pelajar-pelajarnya. Membuat keputusan yang rasional adalah sangat penting untuk mengelakkan daripada guru-guru bertindak melulu sehingga boleh meninggalkan kesan buruk terhadap pelajar dan masyarakatnya. Pendekatan ini memerlukan kesabaran, pengetahuan dan kemahiran yang dipupuk dari masa ke semasa dan guru juga haruslah tidak terlalu mengharapkan kesempurnaan, tetapi sentiasa belajar dari kesilapan (Nur Faizah,2006). Selain itu, guru-guru juga mestilah memiliki ciri intelektual dan ciri ini dapat menunjukkan kebolehan akademik, minat terhadap hal-hal intelektual, bijak merancang dan sebagainya. Guru perlu menjadikan suka membaca sebagai satu amalan dan sentiasa memastikan diri mereka mempunyai pemikiran yang segar, berkembang dan kesungguhan kendiri dengan minda yang sihat dan terbuka serta melihat alam dan kehidupan di dalam ruang lingkup yang menyeluruh (Khairulniza, 2007). Pengetahuan guru dalam mata pelajaran yang diajar boleh diperbaiki melalui proses pembacaan. Ini dapat mengelakkan guru kekeringan idea ketika menyampaikan ilmu kepada murid. Ilmu yang meluas amat diperlukan oleh pelajar untuk perkembangan minda dan pemikirannya supaya sentiasa bersikap terbuka dan positif. Seterusnya ialah guru mestilah berkemahiran dalam pengurusan. Selain daripada mengajar, para guru sepatutnya mempunyai kemahiran merancang, berorganisasi, pemantauan, pengurusan kualiti dan sebagainya. Dalam pengurusan berkualiti, penekanan haruslah ditumpukan kepada kualiti pengetahuan yang dapat membina dan membentuk pelajar mengembangkan potensi mereka untuk mencapai perubahan dan kemajuan. Guru-guru juga perlu menguasai kemahiran dalam pengurusan murid dan tingkah lakunya. Hal ini kerana banyak tugas yang perlu dilakukan oleh guru di sekolah nanti seperti mengurus murid, disiplin, rekod dan profil murid, mengurus bilik darjah, pengetahuan kaunseling, menjalankan aktiviti-aktiviti luar bilik darjah dan sebagainya. Pengajaran dan pembelajaran haruslah ada unsur kreatif dan inovatif. Guru yang kreatif dan inovatif dapat mencetuskan idea baru dan dapat menterjemahkan kehendak serta matlamat kurikulum dengan menggunakan kaedah, pendekatan dan strategi pengajaran serta pembelajaran yang kreatif dan inovatif. Kecekapan guru mengadaptasikan pembaharuan dan inovasi dalam pengurusan akan menjadikan mereka sebagai guru yang cemerlang dan disukai pelajar. Guru yang mengasingkan diri daripada inovasi akan menjadi guru yang tidak efektif dan tidak sesuai dengan cabaran dunia global yang berlaku pada masa kini. Guru-guru juga
  • 4. perlu lebih kreatif mencari pembaharuan untuk mempelbagaikan lagi kaedah pengajaran di samping cuba mendekatkan lagi diri guru dengan para pelajar agar proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung dengan jayanya. Penguasaan ilmu pedagogi dapat menjana pengajaran dan pembelajaran memandangkan ilmu pedagogi meliputi pengetahuan tentang pendidikan dan teori serta amalan dalam pengajaran dan pembelajaran. Pengajaran mikro dan latihan mengajar yang lebih komprehensif bertujuan untuk meningkatkan kemahiran dan kecekapan guru untuk melaksanakan tugas-tugas pengajaran dan pembelajaran. Para pelajar memerlukan cara, kaedah, teknik dan gaya pengajaran dan pembelajaran yang berubah-ubah. Jika guru masih menumpukan kepada kaedah lama dan tradisional, adalah tidak mustahil sekiranya masalah malas belajar, ponteng sekolah, kurang minat belajar dan sifat membenci guru akan tetap berterusan (Mohd Izranuddin, 2006). Elemen seterusnya dalam mengukuhkan pengajaran dan pembelajaran ialah mengaplikasikan teori kepada amalan. Ini menunjukkan kecekapan seseorang guru untuk mengaplikasikan pengetahuan teori yang dipelajari kepada amalan. Potensi yang ada pada guru haruslah digunakan sepenuhnya. Teori yang diperolehi dan dipelajari di dalam kuliah serta ilmu yang didapati melalui kursus dalam perkhidmatan, latihan kemajuan staf, seminar penyelidikan dan sebagainya harus dijadikan input untuk diaplikasikan dalam situasi sebenar iaitu di bilik darjah secara kreatif dan inovatif (Mohd Izranuddin, 2006). Pengetahuan ini juga akan dapat membantu para guru menyelesaikan masalah pembelajaran dan membentuk seseorang guru menjadi lebih berwibawa dalam melaksanakan tugas mereka. Penekanan terakhir ialah pembelajaran sepanjang hayat. Profesion keguruan yang berteraskan kepada ilmu memerlukan guru memupuk minat diri sendiri untuk mencintai ilmu pengetahuan dan mengamalkan konsep pembelajaran sepanjang hayat. Revolusi yang berlaku dengan begitu pesat dalam pelbagai bidang termasuklah pendidikan dan perguruan, menuntut para pendidik supaya peka dan menyiapkan diri dengan pelbagai ilmu. Sejajar dengan matlamat dan objektif pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu para guru perlu menjiwai lima ciri-ciri utama yang perlu ada pada golongan profesional iaitu: • `competent' dan `well-informed', menuntut seseorang itu berkemampuan mengolah maklumat dan pengetahuan yang sebegitu banyak dengan ketajaman daya analisisnya dan kemampuannya untuk berfikir secara integratif dan conceptual. Ini akan
  • 5. membolehkannya bertindak balas dengan cepat terhadap perkembangan pesat di sekitarnya. • mengamalkan life-long learning iaitu terus-menerus mencari ilmu sepanjang hayat dengan tujuan menyesuaikan diri dengan dunia yang sememangnya sentiasa mengalami perubahan yang dinamik; • berupaya meramal perubahan-perubahan yang bakal berlaku dan seterusnya berwatak kreatif dan inovatif dalam menangani cabaran-cabaran baru. Kreativiti itu perlu disertai dengan keberanian untuk bertanggungjawab, yakni sanggup membuat keputusan dan sanggup menghadapi risikonya. Di samping itu, mereka juga perlu mempunyai kepekaan terhadap keadilan sosial, perpaduan nasional dan solidariti kemanusiaan sejagat; dan • memiliki harga diri dan kepercayaan pada diri sendiri yang berteraskan iman yang kuat. Ini akan memungkinkannya berdaya usaha dan berdaya saing di samping mendorongnya bekerjasama dengan pihak lain. Pegangan pada iman dan agama pula akan menentukan bahawa langkah-langkah yang diambilnya atau dicadangkannya akan mengambilkira dimensi agama, moral dan etika. Setelah meneliti ciri-ciri golongan profesional maka dapatlah disenaraikan usaha- usaha yang wajar dilaksanakan oleh seorang guru dalam meningkatkan pengajaran dan pembelajaran merangkumi : 1.0Perubahan Individu 1.1 Anjakkan minda (mind shift) Fenomena antero yang berlaku dalam melaksanakan perubahan sangat memerlukan anjakkan minda dalam kalangan mereka yang terlibat untuk membawa perubahan. Dalam beberapa kajian yang dilakukan menunjukkan golongan guru merupakan
  • 6. golongan yang paling sukar untuk berubah. Keadaan ini disebabkan keenggananan untuk keluar daripada kepompong selesa yang dinikmati sekian lama. Malah beberapa kajian tentang pelaksanaan KBSR mendapati sebahagian daripada kegagalannya adalah kerana guru- guru masih berpegang kepada kepercayaan dan amalan melaksanakan pengajaran berasaskan kurikulum Tegasnya, dalam sebarang perjumpaan dan mesyuarat yang melibatkan guru pernyataan tentang perubahan minda wajar dilakukan. Seterusnya bahan-bahan bercetak berkaitan dengan perubahan boleh diedarkan secara berkala dalam buletin bulanan sekolah termasuklah artikel-artikel perubahan dunia pendidikan hari ini, koleksi penulis negara tentang pendidikan dan perkongsian maklumat. 1.2 Memotivasikan Diri Sejajar dengan anjakan perubahan minda ialah usaha memotivasikan diri untuk menjadi agen pembawa perubahan. Aspek ini melibatkan nilai, sikap dan kekuatan daya juang dalaman (intrinsic motivation) dalam membuat pembaharuan tanpa terlalu bergantung kepada sistem ganjaran luaran. Dalam senario pendidikan guru masa kini, para pendidik dituntut untuk membuat pelbagai inovasi ke arah mencemerlangkan amalan pengajaran dan pembelajaran. Ini menuntut usaha yang berterusan secara bersungguh-sungguh dalam kalangan mereka yang mempunyai daya ransangan kendiri yang tinggi (highly self-motivated) berteraskan kepada amalan mendidik sebagai jihad. Para guru boleh menghadiri slot motivasi yang menjemput pegawai pelajaran daerah, pegawai kaunseling negeri dan penceramah daripada “PERASA” bagi memberikan input kepada mereka. Kesan daripada program tersebut dapat dilihat dengan jelas terutamanya dari segi kesungguhan melaksanakan tugas serta kerjasama sesama guru dalam sesuatu program sekolah. 1.3 Mengubah Peranan dan Cara Bekerja
  • 7. Kejayaan pelaksanaan pembelajaran di sekolah amat bergantung kepada budaya kerja seluruh komuniti di sekolah. Dalam persekitaran pembelajaran, guru menjadi pemudah cara pembelajaran, pemimpin pedagogi yang inovatif, pencetus pemikiran pelajar, dan pembimbing yang sentiasa berada di sisi untuk memandu pembelajaran pelajar. Ini berbeza dengan peranan yang dimainkan dalam konteks pembelajaran tradisional kerana guru berperanan sebagai "sage on the stage". Pembelajaran lebih berpusatkan pelajar dan menggalakkan pembelajaran terarah kendiri, pada kadar sendiri dan memperolehinya secara sendiri. Oleh kerana guru menjadi model, mereka haruslah mengamalkan budaya belajar sepanjang hayat. Mengikut Jack Welch, bekas CEO Syarikat General Electric l, dalam sesuatu organisasi , terdapat tiga kategori kumpulan warga iaitu; • “Kategori C” iaitu kumpulan warga yang berada pada tahap paling bawah dari segi prestasinya dalam sesuatu organisasi, dan mereka merupakan sehingga 10% daripada keseluruhan anggota organisasi. • “Kategori B” iaitu kumpulan pertengahan merupakan 70% dari jumlah keseluruhan warga organisasi. Mereka merupakan antara kumpulan yang terpenting kerana bilangannya yang ramai. • “Kategori A” dalam organisasi berprestasi tinggi adalah sehingga 20% dari anggota organisasi. Golongan warga dalam kumpulan ini bukan sahaja merupakan warga yang lebih berkesan, tetapi juga calon-calon yang bakal menerajui organisasi di pelbagai peringkat pada masa hadapan. Cabaran yang paling besar dalam sesuatu organisasi adalah untuk mengurus warga dalam “Kategori C”. Dalam proses membentuk budaya kerja baru, perlulah digabungkan guru-guru yang berprestasi tinggi dengan yang berprestasi rendah. Guru berprestasi tinggi ini
  • 8. dijadikan sebagai mentor, dan mereka dikehendaki membimbing dan memantau guru berprestasi rendah sehingga mencapai tahap yang sewajarnya. 1.4 Membina Keinsafan Sebagai Pendidik Dalam kesungguhan guru menjalankan proses pengajaran khususnya pengajaran di sekolah, dimensi sikap dan nilai hendaklah dijadikan teras kepada usaha “memanusiakan manusia” . Persoalannnya ialah sejauh manakah dimensi ini boleh diterjemahkan oleh guru sewaktu menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran? Pembinaan keinsafan sebagai pendidik mempunyai kaitannya dengan kefahaman tentang nasib masa depan bangsa dan negara dari segala segi meliputi aspek sosial, kerohanian, moral, intelek dan jasmani untuk menjadi ummah yang bertamadun. Dalam situasi ini para guru mestilah ingat bahawa kita bukanlah seorang guru bahasa atau guru sains tetapi sebagai seorang guru yang mengajar murid mata pelajaran bahasa atau sains. Setiap orang guru harus sentiasa ingat bahawa yang diajar oleh mereka ialah murid atau insan yang dipanggil sebagai murid. Pemahaman ini menjadikan guru sentiasa berhati-hati kerana yang dihadapan mereka ialah masa depan bangsa dan negara. Harapan negara ialah mencapai tahap negara maju menjelang 2020, maka guru harus merasai mereka berada dalam situasi pendidikan bertaraf dunia. 1.5 Pendidik berilmu Perubahan yang berlaku dengan pantas memerlukan individu yang sentiasa belajar bagi meningkatkan kebolehan, keupayaan dan sikap. Disebabkan kemahiran memerlukan pengetahuan, maka pembelajaran berterusan adalah penting untuk menjadikan seseorang itu lebih professional dan sentiasa relevan mengikut perubahan masa. Pengetahuan dalam kalangan individu merupakan kunci kepada kejayaan dalam sesebuah organisasi. Justeru itu, guru yang sentiasa mencari ilmu pengetahuan akan berusaha mencapai matlamat yang mereka kehendaki. Ilmu pengetahuan bagi setiap guru akan meningkatkan lagi kompetensi dalam
  • 9. melaksanakan tugas. Pengetahuan yang diperolehi oleh setiap guru dalam sesebuah organisasi dapat memperkuatkan kemahiran dalam mendepani cabaran serta mewujudkan peluang- peluang baru untuk diterokai. Amerika Syarikat dianggap negara paling maju dari segi perkembangan teknologinya, namun sebilangan besar gurunya masih menghadapi masalah fobia komputer dan kebanyakan kes “teachers burn-out” dikatakan berkaitan dengan pengenalan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran bilik darjah (Northrup & Little, 1996). Tafhimnya, selaras dengan era multimedia dan teknologi maklumat, guru-guru perlu direformasikan supaya mereka benar-benar mampu menjadi agen perubahan dalam membudayakan literasi teknologi, khususnya bagi melahirkan masyarakat yang celik komputer dan bersikap terbuka bagi memacu budaya saintifik. Sesungguhnya adalah keterlaluan jika diwajibkan guru mendalami ilmu komputer. Guru-guru yang langsung tiada kemahiran asas dibenarkan menghadiri kursus sama ada yang dianjurkan oleh JPN atau PPD disamping kursus dalaman di peringkat sekolah. Guru-guru yang mahir komputer dijadikan fasilitator yang berfungsi secara langsung membimbing guru yang kurang mahir. Kursus dalaman bagi mengetengahkan idea baru yang berkaitan dengan teknologi maklumat yang boleh dimanfaatkan dalam pengajaran dan pembelajaran juga diadakan supaya guru sentiasa peka dengan perkembangan terkini umpamanya mewujudkan hubungan guru-murid melalui penggunaan e-mail. Pelajar dan guru boleh terus berhubung selepas waktu sekolah atau waktu cuti persekolahn bagi membincangkan masalah dalam pelajaran melalui e-mail. Profesion keguruan tidak mungkin dapat dimartabatkan sekiranya guru tidak mempunyai minat dan kecenderungan untuk meningkatkan pengetahuan dan menjadikan budaya belajar serta membaca sebagai satu amalan yang penting bagi mengukuhkan imej dan memartabatkan profesion perguruan (Abd. Rahim, 2005). Seseorang guru itu boleh mengumpul maklumat mengenai pengajarannya dan mengambil usaha menambahbaikan
  • 10. sesetengah daripada aspek pengajarannyanya setiap kali mengajar (Khairulniza, 2007). Melalui cara ini guru-guru dapat memperbaiki banyak kelemahan dan menambah “resepi” dalam pengajarannya agar lebih baik dan menarik. Mukhatimnya, sistem pendidikan di negara ini akan sentiasa bergerak maju ke hadapan. Perubahan-perubahan yang dilakukan dalam kurikulum pendidikan adalah untuk memenuhi kehendak negara merealisasikan sebuah negara maju pada masa hadapan. Setiap perubahan-perubahan dalam kurikulum pendidikan yang diperkenalkan menjadi satu bentuk cabaran dalam profesion keguruan. Oleh itu adalah mustahak bagi individu yang berkecimpung dalam bidang ini sentiasa berusaha mempertingkatkan kecekapan, kebolehan prestasi dari semasa ke semasa. Jika hal ini wujud, barulah tuntutan-tuntutan dalam perubahan pengajaran dan pembelajaran dapat dilaksanakan. Rujukan http://www.scribd.com/doc/2272585/Guru-Profesional-1 http://www.scribd.com/doc/8527541/tanggungjawab-dan-peranan-guru http://www.moe.edu.my/hariguru/tatasusila.htm http://www.moe.edu.my/hariguru/perutusan.2006.html http://www.scribd.com/doc/21800245/esei-edu
  • 11. Esei 2 Soalan Harapan dan wawasan anda sebagai seorang Guru Cemerlang Hala tuju dan wawasan yang dimaksudkan di sini ialah sikap dan keinginan guru-guru untuk melangkah lebih jauh lagi daripada apa yang dicapainya pada hari ini. Melangkah lebih jauh bermaksud mendalami ilmu yang mampu memberikan makna yang berguna bukan sahaja kepada diri sendiri malahan lebih dari itu, untuk melengkapkan bekalan ilmu kehidupan masa hadapan kepada anak didik yang dihadapinya pada hari ini. Maka halatuju yang dimaksudkan disini ialah, apakah perkembangan yang hendak dicapai oleh kita hari demi hari? Kita perlu menjadi lebih bagus dan lebih cemerlang daripada hari semalam iaitu matlamat kita agar halatuju kita sering berlandaskan kepada komitmen mencapai matlamat tersebut. Untuk menjadi lebih cemerlang dari hari semalam, kita memerlukan kekuatan dalaman yang konsisten serta menyintai perkara yang kita lakukan. Seorang guru perlu menyintai kerjayanya sebagai guru. Kecintaan kita pada kerjaya akan menghasilkan pelbagai perasaaan positif yang akhirnya membentuk keunggulan diri dan kecemerlangan kerja. Seorang guru yang unggul perlu mempunyai matlamat dalam hidup mereka dan ianya harus berkait rapat dengan pembangunan dan peningkatan diri guru sendiri. Peningkatan yang mempunyai nilai kecemerlangan murni terhadap diri sendiri, anak didik, profesion perguruan, masyarakat, agama, bangsa dan negara. Kita tentu pernah mendengar kenyataan bahawa kecemerlangan seseorang guru tidak terbatas pada kebolehannya melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran ( p & p ) dengan baik tetapi juga pada kualiti peribadinya yang tinggi kerana guru diharapkan mempamerkan peribadi contoh kepada pelajarnya. Oleh itu, ketinggian kualiti peribadi guru juga boleh menjadi pemangkin kecemerlangan sesebuah sekolah melalui usaha mereka menyediakan pelajar sebagai modal insan masa depan. Pembinaan modal insan adalah teras kepada kejayaan bangsa dan negara. Ia merangkumi proses lengkap membentuk tenaga kerja manusia yang berilmu, berakhlak, berkemahiran, berdaya saing dan berdaya tahan. Selari dengan aspirasi negara dan hasrat Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, yang meletakkan usaha membina budaya baru iaitu berani berlumba, membina prestasi serta memiliki merit hingga dapat bersaing dan bertanding pada peringkat antarabangsa dalam pembinaan modal insan yang turut menjadi teras dalam Rancangan Malaysia Kesembilan ( RMK-9).
  • 12. Bagi mencapai agenda negara itu, pendidikan menjadi wahana utama. Guru cemerlang yang berwawasan akan mendidik para pelajar di semua peringkat dengan sempurna. Dalam hal ini, warga pendidik adalah golongan di barisan paling hadapan dalam usaha membina generasi masa depan Malaysia yang cemerlang, gemilang dan terbilang.Oleh itu, guru cemerlang mesti berusaha menjadi warga pendidik yang berkualiti, komited dan berdedikasi agar konsep pendemokrasian yang memberi peluang adil dan sama rata kepada semua rakyat mendapatkan pendidikan berkualiti wajar diteliti dan diberi perhatian. Dalam kata lain, seorang guru cemerlang yang berwawasan itu haruslah memiliki nilai dan etika keguruan yang selaras dan menjurus kepada nilai-nilai keagamaan yang teguh dalam proses pembinaan negara bangsa . Memandangkan bidang pendidikan merupakan salah satu aspek penting dalam menjayakan harapan dan aspirasi negara untuk menjadi negara maju dan bertaraf dunia, guru-guru juga perlu menyiapkan diri mereka dengan ciri- ciri pendidik yang terbaik agar dapat membantu proses pembinaan negara bangsa yang cemerlang. Seorang guru juga haruslah mempunyai ciri-ciri personal, ciri-ciri interpersonal, ciri-ciri profesional, ciri-ciri intelektual yang baik, berkemahiran dalam pengurusan, kreatif dan inovatif, menguasai ilmu pedagogi, dapat mengaplikasikan teori kepada amalan dan mengamalkan pembelajaran ilmu sepanjang hayat (Abd. Rahim, 2005). Kesemua ciri ini amat penting bagi melayakkan seseorang menjadi guru yang berkesan, berwibawa dan berketrampilan bagi menjayakan proses pembinaan negara bangsa. Selaras dengan hasrat yang tersirat di dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan, berikut merupakan 10 peranan yang menjadi pemangkin halatuju diri dan perlu dilaksanakan guru untuk menjadi orang yang cemerlang lagi berwawasan :- 1.Guru sebagai PENDAKWAH : Guru bertanggungjawab bukan saja mengajar dan menyampaikan ilmu kepada pelajarnya, tetapi juga membentuk mereka menjadi insan sehingga boleh berperanan mengajak manusia kepada kebaikan dan mencegah manusia melakukan perkara yang tidak baik. 2.Guru sebagai PENDIDIK : Guru perlu melaksanakan tugas asasinya untuk membentuk pelajar menjadi insan seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani an intelek seperti yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Sebenarnya mendidik bukanlah tugas guru semata-mata, sebaliknya setiap orang mesti menjadi pendidik. 3.Guru sebagai PEMIMPIN :
  • 13. Setiap guru bertanggungjawab memberi bimbingan dan pimpinan kepada anak didiknya. Guru adalah pemimpin sekurang-kurangnya pada peringkat kelasnya. Jika pengetua adalah pemimpin di sekolah. Guru yang akan melahirkan pemimpin. Oleh itu, guru yang tidak boleh menjadi pemimpin yang baik, tidak boleh menjadi guru yang baik. 4.Guru sebagai PEKERJA : Guru perlu melaksanakan tugas dan tanggungjawabnya seperti diamanahkan oleh majikannya. Dengan itu, guru mesti patuh pada arahan yang diberikan kepadanya. 5.Guru sebagai PENGUSAHA : Sama seperti seorang pengusaha, guru juga perlu memiliki sifat inovatif dan kreatif supaya hasil usahanya mengajar dan mendidik pelajar mencapai keuntungan yang diharapkan. Keuntungan di sini bukan keuntungan dalam bentuk kebendaan, sebaliknya kejayaannya melahirkan modal insan yang mempunyai nilai tambah. Dengan itu,pelajar berkenaan akan menjadi modal insan yang berguna untuk diri sendiri, keluarga, masyarakat dan negara. Untuk mencapai matlamat ini, guru mestilah bersedia dan sanggup memberikan kepada pelajarnya ilmu dan kemahiran lebih daripada apa yang ada dalam sukatan pelajaran. 6.Guru sebagai PROFESIONAL : Guru mestilah melaksanakan tugasnya dengan secara profesional dengan mengamalkan sifat seperti berdisiplin, menepati waktu dan tidak pilih kasih terhadap pelajarnya. 7.Guru sebagai PENGIKUT : Setiap guru bukan saja perlu menjadi pemimpin tetapi juga pengikut yang baik. Malah ada cerdik pandai yang menyatakan bahawa mereka yang tidak boleh menjadi pengikut, tidak boleh menjadi pemimpin yang baik. Sebagai pengikut, guru mesti menerima dan melaksanakan arahan ketuanya ( Pengetua ). 8.Guru sebagai PEJUANG : Guru mesti bekerja dan melaksanakan tugas serta tanggungjawabnya dengan bersungguh- sungguh, bukan bersikap sambil lewa serta melepaskan batuk di tangga. Malah guru mesti mempunyai agenda yang jelas dalam melaksanakan tugas, tetapi bukan agenda peribadi, sebaliknya sentiasa meletakkan keutamaan bertugas untuk mendidik anak bangsanya menjadi orang yang berilmu serta berguna kepada masyarakat dan negara. 9.Guru sebagai PENYOKONG :
  • 14. Guru mesti memberi sokongan kepada perkara yang mendatangkan faedah dan manfaat kepada pelajarnya. Bagaimanapun, sokongan itu mestilah berdasarkan kebenaran dan berprinsip, bukan sokongan secara membuta-tuli. 10.Guru sebagai orang yang PRODUKTIF : Guru perlu sentiasa menggunakan masa dan tenaganya dengan cara yang berkesan sama ada sewaktu di sekolah mahupun selepas waktu persekolahan. Sehubungan itu, guru tidak boleh beranggapan tugasnya pergi dan balik dari sekolah sebagai rutin harian yang tidak mempunyai sebarang makna atau sekadar untuk memenuhi arahan dan tanggungjawab yang diberikan, sebaliknya ia perlu sentiasa berusaha menggunakan masa dan tenaganya bagi kebaikan pelajar, sekolah dan masyarakatnya. Tiga perkara asas yang perlu dimiliki oleh guru untuk membolehkan mereka memahami dan melaksanakan 10 peranan di atas:- 1. Memiliki ilmu : Guru mesti menguasai ilmu dalam bidang dan subjek yang diajarnya. Malah guru perlu sentiasa meningkatkan ilmunya dalam bidang dan subjek berkenaan supaya ilmu dan pengetahuannya seiring dengan perkembangan semasa. 2. Memiliki kemahiran : Untuk menjadi orang yang cekap dan berkesan, guru perlu memiliki kemahiran yang diperlukan seperti kemahiran menyampai dan kemahiran berkomunikasi. 3. Memiliki sikap yang betul : Guru perlu memiliki sikap dan kefahaman yang betul mengenai tugas dan tanggungjawabnya serta melaksanakannya dengan sepenuh hati, bukan bersikap sambil lewa. Ia termasuk membuat persediaan dan persiapan untuk menyampaikan ilmu kepada pelajar di dalam kelas Memang tidak dapat disangkal bahawa guru cemerlang perlu memiliki hala tuju diri untuk menjadi seorang guru yang berkesan. Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia, Dato' Dr. Abdul Shukor Abdullah tahun 1999 menyenaraikan ciri-ciri guru berkesan sebagaimana berikut: • Bersikap profesional. • Mempamerkan ciri-ciri kekuatan teori. • Kaya ilmu. • Bertindak di atas landasan etika dan tatasusila kerja. • Bermoral teguh. • Sentiasa berusaha meningkatkan kualiti hasil pengajaran. • Prihatin dengan kehendak murid dan ibu bapa. • Berkebolehan menilai kekuatan dan kelemahan murid-murid. • Melengkapkan diri dengan kemahiran yang sejajar dengan tuntutan semasa. • Menampilkan watak terpuji, berimej, berperibadi mulia, berwawasan sebagai pendidik unggul pada setiap masa. • Mempastikan situasi 'Guru mengajar murid belajar' wujud di dalam kelas. • Berupaya melahirkan 'persekolahan berwatak' supaya pelajar mempunyai kekuatan ilmu, berpersonaliti sihat dan serba boleh. • Berupaya membina minda pelajar yang cemerlamg akademik.
  • 15. Berupaya membentuk perwatakan murid dengan pelbagai keteguhan nilai diri (bermoral, berakhlak mulia, berketrampilanm, pandai menyesuaikan diri dengan situasi tertentu). • Taat dan setia terhadap perkhidmatannya, mempertahankan martabat profesionnya. • Menunjukkan kesetiaan kepada kerajaan, bebas pendirian, tidak berbelah bahagi. dan menumpukan perhatian kepada P&P di sekolah. Pada waktu yang sama guru cemerlang wajar memenuhi dimensi halatuju diri terhadap murid, pengajaran dan disiplin ilmu seperti disenaraikan di bawah: Terhadap Murid • punyai empati dan komitmen dalam menghargai maruah orang lain (iaitu anak didik, ibu bapa dan rakan sejawat) dalam mengejar hasil dari segi afektif dan juga kognitif • hubungkan 'mata plajaran' dengan kehidupan murid-murid • kenal, hormati dan percayai murid-murid • mengajar murid-murid bagaimana hendak belajar, menganalisa dan berfikir secara kritis • menjana idea-idea baru dan menarik bagi murid-murid berfikir mengenainya • menggalakkan murid-murid bertanyakan soalan mengenai pelajaran • hadir dalam lain-lain aktiviti di mana murid-murid terlibat seperti sukan, persembahan muzikal dan kebudayaan. Terhadap Pengajaran • melakukan refleksi dan kritik-kendiri, mercu tanda profesionalisme seorang guru • berfikir secara sistematik mengenai amalannya dan belajar daripada pengalaman • adil dalam menilai dan menggred • fleksibel dalam pendekatan-pendekatan pengajaran dan pembelajaran • bersemangat dalam mengajar , murid-murid dalam sesuatu mata pelajaran • seorang komunikator yang cemerlang; mampu menjadikan idea-idea yang kompleks mudah difahami dengan itu murid-murid dapat memahami dan menghargainya • sering mengukur kemajuan dan memberikan maklumbalas kepada murid-murid • merancang pengajaran terlebih dahulu, beri masa yang cukup bagi setiap tajuk, dan menyepadukan mata pelajaran • secara berterusan mengukur pendekatan, syarahan dan ujian-ujian bagi memastikan kurikulum yang sentiasa 'baru dan segar' serta relevan • menyertai jawatankuasa-jawatankuasa bagi menambahbaik sekolah, jabatan atau dirinya sendiri. Terhadap Disiplin Ilmu • seorang yang pakar dalam bidang yang dia ajar • seorang yang 'dahagakan' ilmu; sentiasa up to date dalam bidangnya dengan membaca; menghadiri konferens, konvensyen, bengkel dan seminar; dan mengikuti kursus-kursus dalam perkhidmatan • juga seorang yang suka 'belajar' perkara-perkara di luar bidangnya • aktif dalam penubuhan profesional dan menggalakkan rakan sejawat menyertainya • menjadi ahli kepada komuniti yang belajar • bina dan mengekalkan perhubungan profesional • bekerja dalam organisasi sekolah yang luas
  • 16. Menjadi guru cemerlang yang berwawasan dan memiliki halatuju diri ke arah mencapai pendidikan yang gemilang dan cemerlang bukanlah sesuatu yang mustahil. Prasyarat yang utama dan pertama ialah kesediaan dan kesanggupan guru-guru sendiri mengubah paradigma, mengubah stail berfikir dan bertindak secara profesional dan yang paling penting menjadi seorang guru yang tidak mudah patah semangat. Sememangnya guru cemerlang yang berwawasan dan memiliki hala tuju diri akan sentiasa mempamerkan ciri-ciri kekuatan ilmu dan bertingkah-laku dengan keluhuran etika kerja serta menuntut kefahaman yang jelas dan mendalam, kesungguhan dan komitmen yang tinggi kepada penyempurnaan tugasnnya di sekolah setiap masa dan waktu. Guru yang berjiwa waja tidak mudah mengaku kalah dalam kehidupan kerjayanya di sekolah, dan mempunyai sikap optimistik dalam semua tindakan, serta sedia belajar dari kesilapan dan kelemahan. Sesungguhnya orang-orang yang berfikiran dan bersikap optimistik tidak mudah melatah, merungut dan menyalahkan orang lain dan keadaan semata-mata, orang yang optimistik melihat semuanya dari sudut yang serba berkemungkinan berjaya dan meningkat maju, sama ada dari aspek diri peribadi mahu pun aspek organisasi. Persisi kata Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia, Dato' Abdul Shukor Abdullah di dalam perutusan Hari Guru 1999, beliau menyebut; " Guru-guru perlu dapat menyampaikan ilmu pengetahuan secara berkesan, menjadi pembimbing yang dihormati dan memastikan diri masing-masing dapat dijadikan contoh kepada pelajar. Oleh itu pada setiap masa, kaum guru sekalian hendaklah menampilkan watak terpuji, berimej, berperibadi mulia dan berwawasan sebagai pendidik yang unggul." ‫ٱ‬ Rujukan http://hot66-hot66.blogspot.com/2009/05/10-peranan-untuk-jadi-guru-cemerlang.html http://fiedastory.blogspot.com/2009/02/this-is-my-ip-homework.html www.docstoc.com/docs/15181989/peranan-guru Amir Hasan Dawi, 2002. Penteorian sosiologi dan pendidikan. Tanjung Malim : Quantum Books. Ee Ah Meng, 1994. Perkembangan dan pelaksanaan kurikulum. Kuala Lumpur : Fajar Bakti. . Mok Soon Sang, 1996. Pendidikan di Malaysia. Kuala Lumpur : Kumpulan Budiman.