1. Albert Bandura dilahirkan pada tanggal 4 Disember 1925 di Mundare, Kanada.
Ayahnya dari Krakow Polandia dan ibunya dari Ukraina. Beliau percaya bahawa proses
penerimaan keilmuan atau pendidikan tidak terlepas daripada norma-norma moral yang
diakui masyarakat sehingga norma tersebut diaplikasikan ke dalam kehidupan harian.
Dengan pernyataan tersebut, teori pembelajaran Albert Bandura berkaitan dengan sosial
kognitif disebabkan setiap individu menjalankan proses kognitif dalam pembelajaran.
Tahap-tahap dalam teori Albert Bandura ialah tahap perhatian, tahap penyimpanan dalam
ingatan, tahap reproduksi dan tahap motivasi.
Teori pembelajaran sosial ini menekankan kepada proses bagaimana anak-anak
belajar. Teori ini juga mengatakan bagaimana acuan begitu kuihnya. Dengan perkataan
yang lain, apa yang diajar kepada murid-murid akan menyebabkan tingkah laku dan sikap
murid-murid pada masa hadapan. Pernyataan ini merupakan intipati jurnal ini.
Terdapat satu kali saya terbaca satu karangan yang ditulis oleh seorang ibu. Dia
mempertikaikan sebab menghafal perkataan atau pernyataan yang berkaitan dengan nilai
moral. Dia menyatakan bahawa anak dia sudah berbeban berat dalam menuntut ilmu di
sekolah dan dia tidak mengingini anak dia membaca dan menghafal pernyataan yang
bernilai murni. Anak dia juga tidak akan memahami pernyataan tersebut kerana
penggunaan perkataan yang sukar difahami oleh budak-budak.
Saya pun berasa hairan atas pernyataan yang dilontarkan oleh ibu ini. Bagi saya,
ilmu memang penting tetapi tidak sepenting dengan nilai murni. Seorang yang berilmu
tidak akan berjaya sekiranya tidak bermoral manakala seorang akan berjaya dengan
bermoral dan berilmu. Disebabkan sistem manusia yang terdapat di dunia ini, keputusan
telah menjadi satu ukur kayu untuk menentukan nilai seseorang. Bukan salah untuk
mengejar kecemerlangan dalam bidang akademik, tetapi adalah salah jika mengabaikan
nilai moral.
Bagi saya, penghafalan tentang pernyataan nilai murni sejak kecil adalah sangat
penting. Menurut teori Albert Bandura, pengajaran yang disampaikan sejak kecil akan
menyebabkan kehidupan anak murid tersebut menjadi berbeza. Pada pendapat saya,
keberatan akademik tidak menjadi sebab untuk tidak menghafal pernyataan nilai murni.
Walaupun anak murid-murid tidak memahami pernyataan tersebut pada masa sekarang,
dia akan mengalami sesuatu dan memahami penyataan yang dia telah hafal sejak kecil.
Sikap dia akan berubah baik dan tidak menjadi manusia yang tidak berbakti kepada
2. masyarakat. Sekiranya dia mengalami situasi yang genting, dia akan mengingati
pernyataan nilai murni tersebut dan tidak melakukan sesuatu yang menyebabkan dia
kesal selamanya.
Kesimpulannya, teori Albert Bandura amat penting dan mesti diaplikasikan
semasa pengajaran dan pembelajaran.