SlideShare a Scribd company logo
1
1.0 PENGENALAN
Teori perkembangan kognitif Jean Piaget dan Lev Vygotsky merupakan antara
dua teori yang penting dan sering menjadi rujukan ilmiah dalam pendidikan sejagat
pada masa ini. Kedua-dua teori ini tercipta daripada hasil kajian mereka mengenai
psikologi perkembangan kanak-kanak (Wong, Khairudin, Maridah, Rashinawati &
Azlina, 2013). Hasil kajian mereka ini telah memberikan sumbangan yang besar
kepada masyarakat dunia hari ini. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa
perbezaan yang ketara di antara dua teori ilmiah ini.
Teori perkembangan kognitif kedua-dua tokoh ini mempunyai perbezaan yang
ketara umumnya. Kedua-dua tokoh ini mempunyai pandangan yang berbeza dan unik
mengenai perkembangan kanak-kanak. Mereka mengetengahkan pendapat dan idea
yang berlainan bertentangan dengan hal perkembangan dan pertumbuhan manusia
dan menyatakannya dalam pelbagai teori yang menarik.
2.0 PERBANDINGAN ANTARA TEORI PERKEMBANGAN KOGNITIF JEAN
PIAGET DAN LEV VYGOTSKY
2.1 KONSEP UTAMA
Piaget menjelaskan dalam teorinya menjelaskan bahawa terdapat lima konsep
utama yang menjadi tunjang utama penyelidikannya mengenai kanak-kanak iaitu
skema, adaptasi, keseimbangan, asimilasi serta akomodasi (Mok, 2008). Kelima-lima
konsep ini berkait rapat dengan pembelajaran kognitif seseorang individu dalam
menyelesaikan masalah atau perkembangan pemikiran mereka dalam kehidupan
seharian.
Menurut Wong, Khairuddin, Maridah, Rashinawati dan Azlina (2013), skema
diertikan sebagai struktur atau model asas yang mewakili pengetahuan mental
seseorang yang ditunjukkan melalui aksi, pandangan, idea, bahasa dan sebagainya.
Manakala adaptasi dan keseimbangan merupakan proses pembelajaran individu
dalam menyelaraskan skema sedia ada mengikut keperluan situasi. Skema yang ada
harus berubah dan berkembang mengikut proses pembelajaran agar dapat
diaplikasikan skema tersebut dalam situasi yang lain.
Asimilasi pula didefinisikan sebagai proses kognitif seseorang dalam
pengintegrasian maklumat baharu ke dalam skema sedia ada. Melalui proses kognitif
ini, seseorang individu berjaya menambahkan pengetahuannya. Yang terakhir ialah
2
akomodasi menjelaskan bagaimana individu boleh mengubah pola pemikirannya
sekiranya struktur kognitif yang lama didapati sukar untuk menerima pengetahuan
baharu.
Manakala Vygotsky dalam teori perkembangan kognitifnya tidak menyatakan
konsep teorinya dengan tepat dan terperinci namun secara amnya, teorinya
berkonsepkan interaksi sosial sesama manusia dan bukannya atas pengalaman
pembelajaran seperti yang diketengahkan oleh Piaget. Vygotsky percaya bahawa
proses komunikasi menjadi faktor utama kejayaan pembelajaran kognitif seseorang
individu. Dengan adanya komunikasi, seseorang individu dapat berkongsi dan saling
memenuhi kehendak penutur dan pendengar dalam proses pembelajaran.
2.2 PENILAIAN TAHAP KOGNITIF INDIVIDU
Dalam teori perkembangan kognitif Piaget, beliau mengatakan bahawa setiap
manusia akan melalui empat peringkat atau tahap ini iaitu sensori motor, praoperasi,
operasi konkrit dan operasi formal. Pada peringkat sensorimotor, kanak-kanak yang
baru lahir sehingga mencecah umur dua tahun telah mula mempunyai keupayaan
pengekalan objek (Wong, Khairuddin, Maridah, Rashinawati & Azlina, 2013). Kanak-
kanak mula mendapat tahu bahawa objek yang hilang daripada penglihatannya adalah
masih wujud dan kekal. Pada peringkat praoperasi (2 hingga 7 tahun) pula, kanak-
kanak berupaya membuat simbol sebagai wakil terhadap benda yang tidak berada di
hadapan mereka. Mereka berusaha mewakilkan sesuatu benda tersebut dengan
menggunakan simbol, angka, huruf dan sebagainya daripada imaginasi dan tafsiran
mereka.
Pada umur tujuh sehingga sebelas tahun, kanak-kanak mula melakukan
penaakulan logik mengenai sebab musabab atau bagaimana sesuatu tersebut terjadi
terhadap operasi-operasi yang berlaku di sekelilingnya. Namun, penaakulan yang
dilakukan adalah berdasarkan objek yang kelihatan di hadapan mata. Salah satu
konsep utama yang dikuasai kanak-kanak dalam tahap ini ialah konsep kekekalan di
mana pada tahap ini, kanak-kanak memahamibahawa sesuatu objek yang mengalami
perubahan ketara masihmempunyai sifat yang sama. Pada tahap terakhir iaitu operasi
formal, remaja mempunyai kebolehan membuat inferensi mengenai sesuatu kejadian
dan menyatakan hipotesis serta konklusi (Wong, Khairuddin, Maridah, Rashinawati &
Azlina, 2013).
3
Pada pihak yang berbeza, Vygotsky menjelaskan mengenai Zon
Perkembangan Proksimal, tahap perkembangan sebenar dan tahap perkembangan
berpotensi sebagai tahap penilaian kognitif seseorang individu. Tahap perkembangan
sebenar adalah had bawah yang mampu dicapai kanak-kanak tanpa bantuan oranhg
lain manakala tahap perkembangan berpotensi merupakan tahap lebih tinggi yang
dapat dicapai oleh seseorang jika mendapat bimbingan daripada orang yang lebih
mahir. Wujudnya jarak di antara kedua-dua tahap ini yang dikenali sebagai Zon
Perkembangan Proksimal.
Perbezaan dari sudut penilaian tahap kognitif dengan jelasnya menunjukkan
kelainan dalam teori mereka. Penilaian tahap kognitif yang dikemukakan oleh Piaget
adalah lebih terperinci untuk kanak-kanak dan remaja manakala Zon Perkembangan
Proksimal Vygotsky lebih bersifat umum dan universal.
2.3 PERSEKITARAN PEMBELAJARAN
Lev Vygotsky menekankan persekitaran dan interaksi antara individu sebagai
faktor utama perkembangan kognitif individu. Pada pendapatnya, interaksi dan
komunikasi menjadi pengantar dalam pemindahan ilmu pengetahuan di antara
individu-individu. Vygotsky mengatakan bahawa kita memerlukan orang yang lebih
kompeten atau mahir untuk mengajar kita. Melalui perbualan atau dialog, seseorang
individu dapat mempelajari serba sedikit mengenai individu lain berdasarkan
pengertiannya sendiri. Seseorang kanak-kanak juga memerlukan bimbingan daripada
orang tua atau berkepakaran untuk mencapai tahap maksimum.
Manakala Jean Piaget pula menekankan proses pembelajaran melalui
penerokaan atau pengalaman sendiri. Beliau berpandangan bahawa di dalam proses
pengubahsuaian diri dalam alam sekeliling, proses pembelajaran telah berlaku apabila
individu tersebut memperolehi pengalaman hasil interaksinya dengan orang lain,
perkara atau benda lain (Mok, 2008). Kanak-kanak seharusnya diberikan pengalaman
untuk meneroka sendiri sesuatu perkara agar konsep-konsep asas dapat
diintegrasikan ke dalam diri mereka.
Di sini menunjukkan percanggahan idea mengenai persekitaran pembelajaran
di antara dua teori ini. Vygotsky mengutamakan interaksi dan bimbingan daripada
orang lain, sebaliknya Piaget mengatakan adalah lebih baik seseorang individu
meneroka sendiri dunia luar agar pengalaman dapat diperolehi.
4
2.4 PENGGUNAAN BAHASA
Dalam teori perkembangan kognitif Vygotsky, beliau mementingkan bahasa
sebagai elemen utama dalam menyokong pemikiran seseorang individu dan
seterusnya menyumbang ke arah pembentukan nilai, sikap dan pengetahuannya
(Wong, Khairuddin, Maridah, Rashinawati & Azlina, 2013). Dengan adanya bahasa
yang betul, seseorang individu dapat mencapai pertuturan atau perbualan yang
memuaskan dengan individu lain. Bahasa juga memudahkan proses bimbingan agar
matlamat pembelajaran dikecapi.
Sebaliknya, Piaget tidak memfokuskan bahasa sebagai alat menajamkan
fikiran. Pada pandangan beliau, bahasa hanya memainkan peranan kecil dalam
proses belajar. Menurut Piaget, bahasa mula muncul apabila kanak-kanak mencapai
tahap umur yang sepatutnya dan bukannya berkembang mengikut persekitaran.
Dalam hal ini kita melihat perbezaan ketara teori mereka dalam aspek bahasa.
Vygotsky mementingkan bahasa sebagai alat pembentukan pemikiran manakala
Piaget tidak berfikiran sedemikian rupa.
2.5 RAKAN SEBAYA
Vygotsky dalam teori perkembangan kognitifnya menekankan pengaruh rakan
sebaya dalam proses pembelajaran seseorang individu atau murid. Rakan sebaya
menjadi tempat merujuk terpenting selepas guru. Dengan adanya rakan sebaya,
perbincangan dan interaksi sosial dapat berjalan dan menyebabkan proses
pembelajaran lebih cepat berlaku. Rakan sebaya yang lebih pandai dan bijak pula
boleh membantu memberikan bimbingan kepada rakan yang lemah dalam pelajaran.
Manakala Piaget tidak menekankan peranan rakan sebaya dalam proses
pembelajaran seseorang individu kerana dia dapat meneroka sendiri dunia luar tanpa
memerlukan bantuan sesiapa. Penerokaan sendiri membuatkan fikiran seseorang
individu lebih tajam kerana menggunakan daya pemikiran sendiri dalam mengetahui
dan memahami perkara baharu.
5
3.0 KEPENTINGAN TEORI PERKEMBANGAN KOGNITIF PIAGET DAN
VYGOTSKY KEPADA PARA PENDIDIK
Teori perkembangan kognitif Piaget dan Vygotsky memainkan peranan yang
penting kepada para pendidik dalam sesi pembelajaran dan pengajaran di bilik darjah.
Antara kepentingan yang nyata ialah teori perkembangan kognitif Piaget membawa
kepada susunan isi kandungan kurikulum secara sistematik dan mengikut tahap umur
mereka. Empat tahap atau peringkat perkembangan kognitif yang dikemukakan oleh
Piaget menjadi panduan kepada pendidik untuk menyusun dan seterusnya
menyampaikan isi pengajaran mengikut peringkat umur kanak-kanak dan remaja.
Sebagai contoh, ketika kanak-kanak mencapai peringkat operasi konkrit (7-11
tahun), guru-guru boleh menyediakan aktiviti yang lebih kepada hands-on kerana pada
peringkat ini, kanak-kanak cuba untuk membuat penaakulan logik dengan adanya
objek sebenar di hadapan mereka. Oleh itu, teori perkembangan kognitif Piaget
penting kepada guru dalam merangka dan merancang kandungan pembelajaran dan
pengajaran dengan baik.
Kedua, teori perkembangan kognitif Piaget dan Vygotsky menjadi panduan
kepada guru agar memberikan lebih banyak peluang kepada murid-murid untuk
meneroka sendiri pengalaman di dalam dan luar bilik darjah (Sharifah, 2015). Pada
abad ke-21 ini, guru bertindak sebagai pemudahcara dan fasilitator di bilik darjah,
bukan sebagai penyampai maklumat semata-mata. Guru membiarkan kanak-kanak
mencari maklumat sendiri dan seterusnya menyampaikannya di hadapan rakan-rakan
agar proses mengingat akan lebih mudah dengan adanya pengalaman.
Pada masa ini jika guru berterusan untuk bertindak sebagai penyampai
maklumat, pemikiran murid-murid tidak akan berkembang dan mereka malas untuk
berfikir dan berdikari. Hal ini kerana sudah tertanam dalam diri mereka bahawa hanya
satu perkara yang mereka perlu lakukan iaitu menghafal kerana semuanya telah
disediakan dan diberikan oleh guru.
Di samping itu, dengan adanya teori-teori ini, guru dapat mengetahui berapa
banyak bimbingan yang perlu disampaikan untuk murid-murid. Menurut teori Vygotsky,
guru hanya memberikan bimbingan pada peringkat awal pembelajaran agar murid-
murid dapat mengikuti kandungan yang guru sampaikan. Setelah seseorang murid
tersebut mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran, guru membiarkan murid-
murid meneroka dan belajar sendiri agar keyakinan bahawa mereka telah menguasai
topik tersebut bertambah (Wong, Khairuddin, Maridah, Rashinawati & Azlina, 2013).
6
Teori perkembangan kognitif Piaget dan Vygotsky juga membolehkan guru
untuk mengetahui bahawa kanak-kanak memerlukan interaksi sosial yang aktif agar
proses pembelajaran mereka lebih cepat dan berkesan (Rahul, 2011). Oleh itu, aktiviti
perbincangan boleh kerap dijalankan di bilik darjah agar murid-murid dapat
berinteraksi sesama mereka dan seterusnya mengeluarkan buah fikiran yang
berlainan. Apabila wujudnya perbezaan dari sudut pendapat, ini akan membuatkan
mereka berfikir mana satu adalah lebih tepat dan benar, maka berikutan itu, pemikiran
mereka menjadi lebih tajam. Murid yang lebih pandai dan cepat menguasai pula boleh
memberikan tunjuk ajar kepada rakan yang lemah.
Teori perkembangan Vygotsky menyebabkan guru-guru memahami bahawa
murid-murid memerlukan bimbingan dan bantuan mereka. Guru boleh duduk bersama
dan berbincang dengan pelajar secara aktif di kelas. Hal ini supaya murid-murid dapat
menanyakan soalan kepada guru apabila timbulnya persoalan yang tidak dapat
mereka selesaikan sendiri. Guru boleh kerap mengadakan sesi soal jawab bersama
pelajar ketika sesi pembelajaran dan pengajaran berlaku agar guru mengetahui tahap
pemahaman pelajar. Guru berusaha meningkatkan tahap perkembangan berpotensi
murid-murid melalui bimbingannya agar mendapat hasil yang maksimum.
Di samping itu, teori-teori ini membolehkan sesi pengucapan awam berlaku di
dalam kelas. Guru boleh menggalakkan murid-murid untuk berani tampil ke hadapan
untuk berucap atau menyampaikan idea. Hal ini adalah bagi memupuk kemampuan
dan keberanian mereka berucap di hadapan orang ramai. Hal ini agar dapat menyemai
sifat berani dan yakin dalam diri murid-muridserta memberikan faedah kepada mereka
dalam pembelajaran akan datang.
Selain itu, teori ini memberikan panduan kepada para guru bahawa ketika sesi
pembelajaran dan pengajaran dijalankan, bahasa yang formal dan betul dapat
digunakan oleh guru kepada murid-murid walaupun mereka belum memahamidengan
jelas. Bahasa memainkan peranan penting agar objektif komunikasi dapat dicapai di
antara pelajar dan murid. Sebagai contoh, guru tidak boleh mengungkapkan kata-kata
berbaur kesat dan sinis ketika menegur murid-murid. Pada usia murid sekolah rendah,
mereka mempunyai minda yang aktif dan sentiasa ingin tahu (Mok, 2011). Jika mereka
mendengar guru sendiri mengatakan perkataan sedemikian, maka tidak mustahil
untuk mereka turut mengatakan perkara yang sama kelak.
Teori Piaget dan Vygotsky juga dapat mengeratkan hubungan antara guru dan
murid-murid memandangkan guru-guru akan lebih memahami sifat-sifat dan
perkembangan anak muridnya. Guru-guru akan berusaha untuk mendekati murid-
7
muridnya dan memberikan tunjuk ajar yang terbaik. Guru juga boleh bersama-sama
murid-murid untuk menyelesaikan masalah pembelajaran yang mereka hadapi.
Dengan itu, hubungan yang lebih akrab dan rapat akan terjalin. Murid-murid juga akan
berasa dikasihi dan disayangi.
Teori-teori ini juga membolehkan guru untuk merancang aktiviti di luar kelas
yang melibatkan penerokaan dan penghayatan murid-murid. Guru-guru boleh
membawa murid-murid untuk belajar di taman atau lokasi lain dalam usaha
meningkatkan pemahaman mereka. Interaksi dengan persekitaran sebenar
meningkatkan tahap kognitif mereka untuk mengingat jika dibandingkan hanya belajar
mengenai teorinya sahaja.
4.0 RUMUSAN
Teori perkembangan kognitif Piaget dan Vygotsky sememangnya mempunyai
perbezaan yang nyata dan jelas. Perbezaan dalam aspek konsep utama, penilaian
tahap kognitif, persekitaran pembelajaran, penggunaan bahasa menunjukkan dua
teori ini saling melengkapi dan harus diguna pakai dalam sistem pendidikan kita. Teori-
teori ini menjadi satu set panduan dalam merancang kurikulum pendidikan negara kita
agar matlamat pendidikan negara dengan dicapai secara optimum.
Para pendidik juga harus menguasai teori perkembangan kognitif Piaget dan
Vygotsky ini agar menjadi gambaran kepada mereka ketika mengendalikan sesi
pembelajaran dan pengajaran. Kaedah mengajar yang bertentangan dengan teori-
teori ini akan membawa kepada implikasi pengajaran yang berlainan dan mungkin
tidak akan dapat mencapai objektif kurikulum dengan berkesan. Pendidik abad ke-21
harus fleksibel dalam kaedah penyampaian di bilik darjah untuk kepentingan murid-
murid.

More Related Content

What's hot

37411872 banding-beza-teori-pembelajaran-behavior-is-dan-kognitif (1)
37411872 banding-beza-teori-pembelajaran-behavior-is-dan-kognitif (1)37411872 banding-beza-teori-pembelajaran-behavior-is-dan-kognitif (1)
37411872 banding-beza-teori-pembelajaran-behavior-is-dan-kognitif (1)Komalam Mariappan
 
Bab 9 Pembentukan dan pelaksanaan kurikulum
Bab 9 Pembentukan dan pelaksanaan kurikulumBab 9 Pembentukan dan pelaksanaan kurikulum
Bab 9 Pembentukan dan pelaksanaan kurikulumVince Here
 
Vygotsky teori pembelajaran dari perspektif sosiobudaya
Vygotsky   teori pembelajaran dari perspektif sosiobudayaVygotsky   teori pembelajaran dari perspektif sosiobudaya
Vygotsky teori pembelajaran dari perspektif sosiobudayaSyed Ahmad Azhar
 
Teori Konstruktivisme oleh Vygotsky
Teori Konstruktivisme oleh VygotskyTeori Konstruktivisme oleh Vygotsky
Teori Konstruktivisme oleh Vygotskyartyschatz
 
Tugasan kump 5 sgrc3043 konsep kendiri
Tugasan kump 5 sgrc3043  konsep kendiriTugasan kump 5 sgrc3043  konsep kendiri
Tugasan kump 5 sgrc3043 konsep kendirishazli shazli mahmud
 
Teori pembelajaran behavioris
Teori pembelajaran behaviorisTeori pembelajaran behavioris
Teori pembelajaran behaviorisnurzaharuddin
 
EDUP3033 Murid dan Pembelajaran (Strategi pengajaran berpusatan guru, berpusa...
EDUP3033 Murid dan Pembelajaran (Strategi pengajaran berpusatan guru, berpusa...EDUP3033 Murid dan Pembelajaran (Strategi pengajaran berpusatan guru, berpusa...
EDUP3033 Murid dan Pembelajaran (Strategi pengajaran berpusatan guru, berpusa...Syrvison Goh
 
Falsafah pendidikan guru
Falsafah pendidikan guruFalsafah pendidikan guru
Falsafah pendidikan guruRENU PRIYA
 
Psikologi perkembangan dan pembelajaran
Psikologi perkembangan dan pembelajaranPsikologi perkembangan dan pembelajaran
Psikologi perkembangan dan pembelajaranNOR HIDAYAH
 
Pengajian kurikulum model kurikulum
Pengajian kurikulum model kurikulumPengajian kurikulum model kurikulum
Pengajian kurikulum model kurikulumNoradilah Hj Nain
 
Kanak kanak pintar cerdas dan pendekatan mengajar
Kanak kanak pintar cerdas dan pendekatan mengajarKanak kanak pintar cerdas dan pendekatan mengajar
Kanak kanak pintar cerdas dan pendekatan mengajarJenry Saiparudin
 
IMPLIKASI SOSIO-EMOSI TERHADAP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (EDU 3102)
IMPLIKASI SOSIO-EMOSI TERHADAP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (EDU 3102)IMPLIKASI SOSIO-EMOSI TERHADAP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (EDU 3102)
IMPLIKASI SOSIO-EMOSI TERHADAP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (EDU 3102)Rafiza Diy
 
Pengintegrasian Teknologi dalam PdP
Pengintegrasian Teknologi dalam PdPPengintegrasian Teknologi dalam PdP
Pengintegrasian Teknologi dalam PdPAina Shafina
 
Perkembangan sosio emosi
Perkembangan sosio emosi Perkembangan sosio emosi
Perkembangan sosio emosi Suhaiza Shuib
 
Kesediaan Belajar (Maksud, Jenis2, Faktor2 Mempengaruhi, Implikasi terhadap PnP)
Kesediaan Belajar (Maksud, Jenis2, Faktor2 Mempengaruhi, Implikasi terhadap PnP)Kesediaan Belajar (Maksud, Jenis2, Faktor2 Mempengaruhi, Implikasi terhadap PnP)
Kesediaan Belajar (Maksud, Jenis2, Faktor2 Mempengaruhi, Implikasi terhadap PnP)Emma Subpei Shafie
 

What's hot (20)

Perkembangan moral
Perkembangan moral Perkembangan moral
Perkembangan moral
 
37411872 banding-beza-teori-pembelajaran-behavior-is-dan-kognitif (1)
37411872 banding-beza-teori-pembelajaran-behavior-is-dan-kognitif (1)37411872 banding-beza-teori-pembelajaran-behavior-is-dan-kognitif (1)
37411872 banding-beza-teori-pembelajaran-behavior-is-dan-kognitif (1)
 
Bab 9 Pembentukan dan pelaksanaan kurikulum
Bab 9 Pembentukan dan pelaksanaan kurikulumBab 9 Pembentukan dan pelaksanaan kurikulum
Bab 9 Pembentukan dan pelaksanaan kurikulum
 
Vygotsky teori pembelajaran dari perspektif sosiobudaya
Vygotsky   teori pembelajaran dari perspektif sosiobudayaVygotsky   teori pembelajaran dari perspektif sosiobudaya
Vygotsky teori pembelajaran dari perspektif sosiobudaya
 
Teori Konstruktivisme oleh Vygotsky
Teori Konstruktivisme oleh VygotskyTeori Konstruktivisme oleh Vygotsky
Teori Konstruktivisme oleh Vygotsky
 
Tugasan kump 5 sgrc3043 konsep kendiri
Tugasan kump 5 sgrc3043  konsep kendiriTugasan kump 5 sgrc3043  konsep kendiri
Tugasan kump 5 sgrc3043 konsep kendiri
 
TEORI KEPELBAGAIAN KECERDASAN GARDNER
TEORI KEPELBAGAIAN KECERDASAN GARDNERTEORI KEPELBAGAIAN KECERDASAN GARDNER
TEORI KEPELBAGAIAN KECERDASAN GARDNER
 
Teori pembelajaran behavioris
Teori pembelajaran behaviorisTeori pembelajaran behavioris
Teori pembelajaran behavioris
 
TEORI BEHAVIORISME
TEORI BEHAVIORISMETEORI BEHAVIORISME
TEORI BEHAVIORISME
 
Teori pembelajaran behaviorisme
Teori pembelajaran behaviorismeTeori pembelajaran behaviorisme
Teori pembelajaran behaviorisme
 
psikologi pendidikan
psikologi pendidikanpsikologi pendidikan
psikologi pendidikan
 
EDUP3033 Murid dan Pembelajaran (Strategi pengajaran berpusatan guru, berpusa...
EDUP3033 Murid dan Pembelajaran (Strategi pengajaran berpusatan guru, berpusa...EDUP3033 Murid dan Pembelajaran (Strategi pengajaran berpusatan guru, berpusa...
EDUP3033 Murid dan Pembelajaran (Strategi pengajaran berpusatan guru, berpusa...
 
Falsafah pendidikan guru
Falsafah pendidikan guruFalsafah pendidikan guru
Falsafah pendidikan guru
 
Psikologi perkembangan dan pembelajaran
Psikologi perkembangan dan pembelajaranPsikologi perkembangan dan pembelajaran
Psikologi perkembangan dan pembelajaran
 
Pengajian kurikulum model kurikulum
Pengajian kurikulum model kurikulumPengajian kurikulum model kurikulum
Pengajian kurikulum model kurikulum
 
Kanak kanak pintar cerdas dan pendekatan mengajar
Kanak kanak pintar cerdas dan pendekatan mengajarKanak kanak pintar cerdas dan pendekatan mengajar
Kanak kanak pintar cerdas dan pendekatan mengajar
 
IMPLIKASI SOSIO-EMOSI TERHADAP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (EDU 3102)
IMPLIKASI SOSIO-EMOSI TERHADAP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (EDU 3102)IMPLIKASI SOSIO-EMOSI TERHADAP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (EDU 3102)
IMPLIKASI SOSIO-EMOSI TERHADAP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (EDU 3102)
 
Pengintegrasian Teknologi dalam PdP
Pengintegrasian Teknologi dalam PdPPengintegrasian Teknologi dalam PdP
Pengintegrasian Teknologi dalam PdP
 
Perkembangan sosio emosi
Perkembangan sosio emosi Perkembangan sosio emosi
Perkembangan sosio emosi
 
Kesediaan Belajar (Maksud, Jenis2, Faktor2 Mempengaruhi, Implikasi terhadap PnP)
Kesediaan Belajar (Maksud, Jenis2, Faktor2 Mempengaruhi, Implikasi terhadap PnP)Kesediaan Belajar (Maksud, Jenis2, Faktor2 Mempengaruhi, Implikasi terhadap PnP)
Kesediaan Belajar (Maksud, Jenis2, Faktor2 Mempengaruhi, Implikasi terhadap PnP)
 

Similar to PERBANDINGAN ANTARA TEORI PERKEMBANGAN KOGNITIF JEAN PIAGET DAN LEV VYGOTSKY

Contoh makalah untuk buku
Contoh makalah untuk bukuContoh makalah untuk buku
Contoh makalah untuk bukuTofick Cendana
 
Makalah psikoper
Makalah psikoperMakalah psikoper
Makalah psikoperAini Tyeva
 
Sosiokultural mardiah
Sosiokultural mardiahSosiokultural mardiah
Sosiokultural mardiahDiah Japri
 
Teori Vygotsky - Chapter Review
Teori Vygotsky - Chapter ReviewTeori Vygotsky - Chapter Review
Teori Vygotsky - Chapter ReviewAgung Anggoro
 
Tugas teori teori belajar
Tugas teori teori belajarTugas teori teori belajar
Tugas teori teori belajarNakashima Taiki
 
vygotsky-151117032935-lva1-app6892.pdf
vygotsky-151117032935-lva1-app6892.pdfvygotsky-151117032935-lva1-app6892.pdf
vygotsky-151117032935-lva1-app6892.pdfRefaldoDekaOctavaPut
 
Teori belajar kognitif
Teori belajar kognitifTeori belajar kognitif
Teori belajar kognitifDei Al-faroby
 
perkembangan masa remaja kognitif, emosional dan kepribadian
perkembangan masa remaja kognitif, emosional dan kepribadianperkembangan masa remaja kognitif, emosional dan kepribadian
perkembangan masa remaja kognitif, emosional dan kepribadianSeptia Darmayanti
 
MAKALAH kognitif klmpk 2.docx
MAKALAH kognitif klmpk 2.docxMAKALAH kognitif klmpk 2.docx
MAKALAH kognitif klmpk 2.docxrevayolanda
 
ppt. Kel 1 SPI Perkm. Kognitif (1).pptx
ppt. Kel 1 SPI Perkm. Kognitif (1).pptxppt. Kel 1 SPI Perkm. Kognitif (1).pptx
ppt. Kel 1 SPI Perkm. Kognitif (1).pptxIfantaFernando1
 
jurnal 3 modul 3.pdf
jurnal 3 modul 3.pdfjurnal 3 modul 3.pdf
jurnal 3 modul 3.pdfZakiCell1
 
Buku sebagai Penunjang Siswa dalam Menemukan Konsep Matriks
Buku sebagai Penunjang Siswa dalam Menemukan Konsep MatriksBuku sebagai Penunjang Siswa dalam Menemukan Konsep Matriks
Buku sebagai Penunjang Siswa dalam Menemukan Konsep MatriksAisyah Turidho
 
Psikosastra kel 2
Psikosastra kel 2Psikosastra kel 2
Psikosastra kel 2syahrulnet
 
Tugas mata kuliah metakognitif
Tugas mata kuliah metakognitifTugas mata kuliah metakognitif
Tugas mata kuliah metakognitifchamimmah
 
Unit 9 Modul 1 Konstruktivisme V2
Unit 9  Modul 1  Konstruktivisme V2Unit 9  Modul 1  Konstruktivisme V2
Unit 9 Modul 1 Konstruktivisme V2一世 一生
 

Similar to PERBANDINGAN ANTARA TEORI PERKEMBANGAN KOGNITIF JEAN PIAGET DAN LEV VYGOTSKY (20)

Contoh makalah untuk buku
Contoh makalah untuk bukuContoh makalah untuk buku
Contoh makalah untuk buku
 
Makalah psikoper
Makalah psikoperMakalah psikoper
Makalah psikoper
 
Sosiokultural mardiah
Sosiokultural mardiahSosiokultural mardiah
Sosiokultural mardiah
 
Teori Vygotsky - Chapter Review
Teori Vygotsky - Chapter ReviewTeori Vygotsky - Chapter Review
Teori Vygotsky - Chapter Review
 
Tugas teori teori belajar
Tugas teori teori belajarTugas teori teori belajar
Tugas teori teori belajar
 
vygotsky-151117032935-lva1-app6892.pdf
vygotsky-151117032935-lva1-app6892.pdfvygotsky-151117032935-lva1-app6892.pdf
vygotsky-151117032935-lva1-app6892.pdf
 
Teori Vygotsky
Teori VygotskyTeori Vygotsky
Teori Vygotsky
 
kuliah pgsd....pptx
kuliah pgsd....pptxkuliah pgsd....pptx
kuliah pgsd....pptx
 
Teori belajar kognitif
Teori belajar kognitifTeori belajar kognitif
Teori belajar kognitif
 
perkembangan masa remaja kognitif, emosional dan kepribadian
perkembangan masa remaja kognitif, emosional dan kepribadianperkembangan masa remaja kognitif, emosional dan kepribadian
perkembangan masa remaja kognitif, emosional dan kepribadian
 
MAKALAH kognitif klmpk 2.docx
MAKALAH kognitif klmpk 2.docxMAKALAH kognitif klmpk 2.docx
MAKALAH kognitif klmpk 2.docx
 
ppt. Kel 1 SPI Perkm. Kognitif (1).pptx
ppt. Kel 1 SPI Perkm. Kognitif (1).pptxppt. Kel 1 SPI Perkm. Kognitif (1).pptx
ppt. Kel 1 SPI Perkm. Kognitif (1).pptx
 
jurnal 3 modul 3.pdf
jurnal 3 modul 3.pdfjurnal 3 modul 3.pdf
jurnal 3 modul 3.pdf
 
Asuhan dan pendidikan awal kanak
Asuhan dan pendidikan awal kanakAsuhan dan pendidikan awal kanak
Asuhan dan pendidikan awal kanak
 
Buku sebagai Penunjang Siswa dalam Menemukan Konsep Matriks
Buku sebagai Penunjang Siswa dalam Menemukan Konsep MatriksBuku sebagai Penunjang Siswa dalam Menemukan Konsep Matriks
Buku sebagai Penunjang Siswa dalam Menemukan Konsep Matriks
 
Learning 2
Learning 2Learning 2
Learning 2
 
Psikosastra kel 2
Psikosastra kel 2Psikosastra kel 2
Psikosastra kel 2
 
Piaget
PiagetPiaget
Piaget
 
Tugas mata kuliah metakognitif
Tugas mata kuliah metakognitifTugas mata kuliah metakognitif
Tugas mata kuliah metakognitif
 
Unit 9 Modul 1 Konstruktivisme V2
Unit 9  Modul 1  Konstruktivisme V2Unit 9  Modul 1  Konstruktivisme V2
Unit 9 Modul 1 Konstruktivisme V2
 

More from Santa Barbara

PENGURUSAN KURIKULUM SEJARAH SEKOLAH RENDAH YANG BERKESAN
PENGURUSAN KURIKULUM SEJARAH SEKOLAH RENDAH YANG BERKESANPENGURUSAN KURIKULUM SEJARAH SEKOLAH RENDAH YANG BERKESAN
PENGURUSAN KURIKULUM SEJARAH SEKOLAH RENDAH YANG BERKESANSanta Barbara
 
PENGAPLIKASIAN MODEL-MODEL PENGURUSAN DISIPLIN BILIK DARJAH BERDASARKAN 2 SIT...
PENGAPLIKASIAN MODEL-MODEL PENGURUSAN DISIPLIN BILIK DARJAH BERDASARKAN 2 SIT...PENGAPLIKASIAN MODEL-MODEL PENGURUSAN DISIPLIN BILIK DARJAH BERDASARKAN 2 SIT...
PENGAPLIKASIAN MODEL-MODEL PENGURUSAN DISIPLIN BILIK DARJAH BERDASARKAN 2 SIT...Santa Barbara
 
Perancangan Semester Aktviti Pandu Puteri Tunas Tahun Empat SK Munggu Bringin
Perancangan Semester Aktviti Pandu Puteri Tunas Tahun Empat SK Munggu BringinPerancangan Semester Aktviti Pandu Puteri Tunas Tahun Empat SK Munggu Bringin
Perancangan Semester Aktviti Pandu Puteri Tunas Tahun Empat SK Munggu BringinSanta Barbara
 
Penilaian Kesesuaian Kaedah dan Strategi untuk Pengajaran dan Pembelajaran Pe...
Penilaian Kesesuaian Kaedah dan Strategi untuk Pengajaran dan Pembelajaran Pe...Penilaian Kesesuaian Kaedah dan Strategi untuk Pengajaran dan Pembelajaran Pe...
Penilaian Kesesuaian Kaedah dan Strategi untuk Pengajaran dan Pembelajaran Pe...Santa Barbara
 
RPH PENDIDIKAN MORAL BERASASKAN TMK
RPH PENDIDIKAN MORAL BERASASKAN TMKRPH PENDIDIKAN MORAL BERASASKAN TMK
RPH PENDIDIKAN MORAL BERASASKAN TMKSanta Barbara
 
RPH PENDIDIKAN MORAL BERASASKAN KBAT
RPH PENDIDIKAN MORAL BERASASKAN KBAT RPH PENDIDIKAN MORAL BERASASKAN KBAT
RPH PENDIDIKAN MORAL BERASASKAN KBAT Santa Barbara
 
KERTAS KERJA PERTANDINGAN BADMINTON (BEREGU) TERTUTUP
KERTAS KERJA PERTANDINGAN BADMINTON (BEREGU) TERTUTUP KERTAS KERJA PERTANDINGAN BADMINTON (BEREGU) TERTUTUP
KERTAS KERJA PERTANDINGAN BADMINTON (BEREGU) TERTUTUP Santa Barbara
 
PENDEKATAN, STRATEGI, TEKNIK DAN KAEDAH MENGAJAR MURID-MURID ARAS LAMBAT
PENDEKATAN, STRATEGI, TEKNIK DAN KAEDAH MENGAJAR MURID-MURID ARAS LAMBAT PENDEKATAN, STRATEGI, TEKNIK DAN KAEDAH MENGAJAR MURID-MURID ARAS LAMBAT
PENDEKATAN, STRATEGI, TEKNIK DAN KAEDAH MENGAJAR MURID-MURID ARAS LAMBAT Santa Barbara
 
PERANAN IBU BAPA, RAKAN SEBAYA DAN SEKOLAH SEBAGAI AGEN MORAL
PERANAN IBU BAPA, RAKAN SEBAYA DAN SEKOLAH SEBAGAI AGEN MORAL PERANAN IBU BAPA, RAKAN SEBAYA DAN SEKOLAH SEBAGAI AGEN MORAL
PERANAN IBU BAPA, RAKAN SEBAYA DAN SEKOLAH SEBAGAI AGEN MORAL Santa Barbara
 
ANALISIS KONSEP DAN NILAI MURNI PELBAGAI AGAMA DAN KEPERCAYAAN DI MALAYSIA
ANALISIS KONSEP DAN NILAI MURNI PELBAGAI AGAMA DAN KEPERCAYAAN DI MALAYSIA  ANALISIS KONSEP DAN NILAI MURNI PELBAGAI AGAMA DAN KEPERCAYAAN DI MALAYSIA
ANALISIS KONSEP DAN NILAI MURNI PELBAGAI AGAMA DAN KEPERCAYAAN DI MALAYSIA Santa Barbara
 
SEJARAH KAMPUNG LACHAU JINGGAU, SRI AMAN MELALUI KAJIAN SEJARAH LISAN
SEJARAH KAMPUNG LACHAU JINGGAU, SRI AMAN MELALUI KAJIAN SEJARAH LISAN SEJARAH KAMPUNG LACHAU JINGGAU, SRI AMAN MELALUI KAJIAN SEJARAH LISAN
SEJARAH KAMPUNG LACHAU JINGGAU, SRI AMAN MELALUI KAJIAN SEJARAH LISAN Santa Barbara
 
KERAJAAN KEDAH TUA DAN BERUAS
KERAJAAN KEDAH TUA DAN BERUAS KERAJAAN KEDAH TUA DAN BERUAS
KERAJAAN KEDAH TUA DAN BERUAS Santa Barbara
 
Teori Tugasan Perkembangan Robert Havighurst
Teori Tugasan Perkembangan Robert HavighurstTeori Tugasan Perkembangan Robert Havighurst
Teori Tugasan Perkembangan Robert HavighurstSanta Barbara
 

More from Santa Barbara (14)

PENGURUSAN KURIKULUM SEJARAH SEKOLAH RENDAH YANG BERKESAN
PENGURUSAN KURIKULUM SEJARAH SEKOLAH RENDAH YANG BERKESANPENGURUSAN KURIKULUM SEJARAH SEKOLAH RENDAH YANG BERKESAN
PENGURUSAN KURIKULUM SEJARAH SEKOLAH RENDAH YANG BERKESAN
 
PENGAPLIKASIAN MODEL-MODEL PENGURUSAN DISIPLIN BILIK DARJAH BERDASARKAN 2 SIT...
PENGAPLIKASIAN MODEL-MODEL PENGURUSAN DISIPLIN BILIK DARJAH BERDASARKAN 2 SIT...PENGAPLIKASIAN MODEL-MODEL PENGURUSAN DISIPLIN BILIK DARJAH BERDASARKAN 2 SIT...
PENGAPLIKASIAN MODEL-MODEL PENGURUSAN DISIPLIN BILIK DARJAH BERDASARKAN 2 SIT...
 
Perancangan Semester Aktviti Pandu Puteri Tunas Tahun Empat SK Munggu Bringin
Perancangan Semester Aktviti Pandu Puteri Tunas Tahun Empat SK Munggu BringinPerancangan Semester Aktviti Pandu Puteri Tunas Tahun Empat SK Munggu Bringin
Perancangan Semester Aktviti Pandu Puteri Tunas Tahun Empat SK Munggu Bringin
 
Penilaian Kesesuaian Kaedah dan Strategi untuk Pengajaran dan Pembelajaran Pe...
Penilaian Kesesuaian Kaedah dan Strategi untuk Pengajaran dan Pembelajaran Pe...Penilaian Kesesuaian Kaedah dan Strategi untuk Pengajaran dan Pembelajaran Pe...
Penilaian Kesesuaian Kaedah dan Strategi untuk Pengajaran dan Pembelajaran Pe...
 
KEMAHIRAN BERFIKIR
KEMAHIRAN BERFIKIR KEMAHIRAN BERFIKIR
KEMAHIRAN BERFIKIR
 
RPH PENDIDIKAN MORAL BERASASKAN TMK
RPH PENDIDIKAN MORAL BERASASKAN TMKRPH PENDIDIKAN MORAL BERASASKAN TMK
RPH PENDIDIKAN MORAL BERASASKAN TMK
 
RPH PENDIDIKAN MORAL BERASASKAN KBAT
RPH PENDIDIKAN MORAL BERASASKAN KBAT RPH PENDIDIKAN MORAL BERASASKAN KBAT
RPH PENDIDIKAN MORAL BERASASKAN KBAT
 
KERTAS KERJA PERTANDINGAN BADMINTON (BEREGU) TERTUTUP
KERTAS KERJA PERTANDINGAN BADMINTON (BEREGU) TERTUTUP KERTAS KERJA PERTANDINGAN BADMINTON (BEREGU) TERTUTUP
KERTAS KERJA PERTANDINGAN BADMINTON (BEREGU) TERTUTUP
 
PENDEKATAN, STRATEGI, TEKNIK DAN KAEDAH MENGAJAR MURID-MURID ARAS LAMBAT
PENDEKATAN, STRATEGI, TEKNIK DAN KAEDAH MENGAJAR MURID-MURID ARAS LAMBAT PENDEKATAN, STRATEGI, TEKNIK DAN KAEDAH MENGAJAR MURID-MURID ARAS LAMBAT
PENDEKATAN, STRATEGI, TEKNIK DAN KAEDAH MENGAJAR MURID-MURID ARAS LAMBAT
 
PERANAN IBU BAPA, RAKAN SEBAYA DAN SEKOLAH SEBAGAI AGEN MORAL
PERANAN IBU BAPA, RAKAN SEBAYA DAN SEKOLAH SEBAGAI AGEN MORAL PERANAN IBU BAPA, RAKAN SEBAYA DAN SEKOLAH SEBAGAI AGEN MORAL
PERANAN IBU BAPA, RAKAN SEBAYA DAN SEKOLAH SEBAGAI AGEN MORAL
 
ANALISIS KONSEP DAN NILAI MURNI PELBAGAI AGAMA DAN KEPERCAYAAN DI MALAYSIA
ANALISIS KONSEP DAN NILAI MURNI PELBAGAI AGAMA DAN KEPERCAYAAN DI MALAYSIA  ANALISIS KONSEP DAN NILAI MURNI PELBAGAI AGAMA DAN KEPERCAYAAN DI MALAYSIA
ANALISIS KONSEP DAN NILAI MURNI PELBAGAI AGAMA DAN KEPERCAYAAN DI MALAYSIA
 
SEJARAH KAMPUNG LACHAU JINGGAU, SRI AMAN MELALUI KAJIAN SEJARAH LISAN
SEJARAH KAMPUNG LACHAU JINGGAU, SRI AMAN MELALUI KAJIAN SEJARAH LISAN SEJARAH KAMPUNG LACHAU JINGGAU, SRI AMAN MELALUI KAJIAN SEJARAH LISAN
SEJARAH KAMPUNG LACHAU JINGGAU, SRI AMAN MELALUI KAJIAN SEJARAH LISAN
 
KERAJAAN KEDAH TUA DAN BERUAS
KERAJAAN KEDAH TUA DAN BERUAS KERAJAAN KEDAH TUA DAN BERUAS
KERAJAAN KEDAH TUA DAN BERUAS
 
Teori Tugasan Perkembangan Robert Havighurst
Teori Tugasan Perkembangan Robert HavighurstTeori Tugasan Perkembangan Robert Havighurst
Teori Tugasan Perkembangan Robert Havighurst
 

Recently uploaded

Dokumen Tindak Lanjut Pengelolaan Kinerja Guru.docx
Dokumen Tindak Lanjut Pengelolaan Kinerja Guru.docxDokumen Tindak Lanjut Pengelolaan Kinerja Guru.docx
Dokumen Tindak Lanjut Pengelolaan Kinerja Guru.docxMasHari12
 
Presentasi visi misi revisi sekolah dasar.pptx
Presentasi visi misi revisi sekolah dasar.pptxPresentasi visi misi revisi sekolah dasar.pptx
Presentasi visi misi revisi sekolah dasar.pptxDWIHANDOYOPUTRO2
 
Solusi Masalah Pendidikan Kelompok 9 Wawasan Pendidikan.pptx
Solusi Masalah Pendidikan Kelompok 9 Wawasan Pendidikan.pptxSolusi Masalah Pendidikan Kelompok 9 Wawasan Pendidikan.pptx
Solusi Masalah Pendidikan Kelompok 9 Wawasan Pendidikan.pptxaristasaputri46
 
LAPORAN EKSTRAKURIKULER SEKOLAH DASAR NEGERI
LAPORAN EKSTRAKURIKULER SEKOLAH DASAR NEGERILAPORAN EKSTRAKURIKULER SEKOLAH DASAR NEGERI
LAPORAN EKSTRAKURIKULER SEKOLAH DASAR NEGERIPURWANTOSDNWATES2
 
RENCANA + Link2 MATERI Training _PEMBEKALAN Kompetensi_PENGELOLAAN PENGADAAN...
RENCANA + Link2 MATERI  Training _PEMBEKALAN Kompetensi_PENGELOLAAN PENGADAAN...RENCANA + Link2 MATERI  Training _PEMBEKALAN Kompetensi_PENGELOLAAN PENGADAAN...
RENCANA + Link2 MATERI Training _PEMBEKALAN Kompetensi_PENGELOLAAN PENGADAAN...Kanaidi ken
 
Teori Profetik Kuntowijoyo (Dosen Pengampu: Khoirin Nisai Shalihati)
Teori Profetik Kuntowijoyo (Dosen Pengampu: Khoirin Nisai Shalihati)Teori Profetik Kuntowijoyo (Dosen Pengampu: Khoirin Nisai Shalihati)
Teori Profetik Kuntowijoyo (Dosen Pengampu: Khoirin Nisai Shalihati)LabibAqilFawaizElB
 
Susi Susanti_2021 B_Analisis Kritis Jurnal.pdf
Susi Susanti_2021 B_Analisis Kritis Jurnal.pdfSusi Susanti_2021 B_Analisis Kritis Jurnal.pdf
Susi Susanti_2021 B_Analisis Kritis Jurnal.pdfSusiSusanti94678
 
PRESENTASI OBSERVASI PENGELOLAAN KINERJA KEPALA SEKOLAH.pptx
PRESENTASI OBSERVASI PENGELOLAAN KINERJA KEPALA SEKOLAH.pptxPRESENTASI OBSERVASI PENGELOLAAN KINERJA KEPALA SEKOLAH.pptx
PRESENTASI OBSERVASI PENGELOLAAN KINERJA KEPALA SEKOLAH.pptxmuhammadyudiyanto55
 
Laporan Piket Guru untuk bukti dukung PMM.pdf
Laporan Piket Guru untuk bukti dukung PMM.pdfLaporan Piket Guru untuk bukti dukung PMM.pdf
Laporan Piket Guru untuk bukti dukung PMM.pdfgloriosaesy
 
Najwa Qarina_2021 B_Analisis Kritis Jurnal.pdf
Najwa Qarina_2021 B_Analisis Kritis Jurnal.pdfNajwa Qarina_2021 B_Analisis Kritis Jurnal.pdf
Najwa Qarina_2021 B_Analisis Kritis Jurnal.pdfnaqarin2
 
LK 1 - 5T Keputusan Berdampak (1). SDN 001 BU.pdf
LK 1 - 5T Keputusan Berdampak (1). SDN 001 BU.pdfLK 1 - 5T Keputusan Berdampak (1). SDN 001 BU.pdf
LK 1 - 5T Keputusan Berdampak (1). SDN 001 BU.pdfindrawatiahmad62
 
ppt-menghindari-marah-ghadab-membiasakan-kontrol-diri-dan-berani-membela-kebe...
ppt-menghindari-marah-ghadab-membiasakan-kontrol-diri-dan-berani-membela-kebe...ppt-menghindari-marah-ghadab-membiasakan-kontrol-diri-dan-berani-membela-kebe...
ppt-menghindari-marah-ghadab-membiasakan-kontrol-diri-dan-berani-membela-kebe...AgusRahmat39
 
PPT Aksi Nyata Diseminasi Modul 1.4.pptx
PPT Aksi Nyata Diseminasi Modul 1.4.pptxPPT Aksi Nyata Diseminasi Modul 1.4.pptx
PPT Aksi Nyata Diseminasi Modul 1.4.pptxKurnia Fajar
 
Modul P5 Berekayasa dan Berteknologi untuk Membangun NKRI.pptx
Modul P5 Berekayasa dan Berteknologi untuk Membangun NKRI.pptxModul P5 Berekayasa dan Berteknologi untuk Membangun NKRI.pptx
Modul P5 Berekayasa dan Berteknologi untuk Membangun NKRI.pptxSriayuAnisaToip
 
MODUL AJAR BAHASA INGGRIS KELAS 2 KURIKULUM MERDEKA
MODUL AJAR BAHASA INGGRIS KELAS 2 KURIKULUM MERDEKAMODUL AJAR BAHASA INGGRIS KELAS 2 KURIKULUM MERDEKA
MODUL AJAR BAHASA INGGRIS KELAS 2 KURIKULUM MERDEKAAndiCoc
 
Dokumen Rangkuman Kehadiran Guru ini dipergunakan sebagai bukti dukung yang w...
Dokumen Rangkuman Kehadiran Guru ini dipergunakan sebagai bukti dukung yang w...Dokumen Rangkuman Kehadiran Guru ini dipergunakan sebagai bukti dukung yang w...
Dokumen Rangkuman Kehadiran Guru ini dipergunakan sebagai bukti dukung yang w...haryonospdsd011
 
MODUL AJAR PENDIDIKAN PANCASILA (PPKN) KELAS 1 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR PENDIDIKAN PANCASILA (PPKN) KELAS 1 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL AJAR PENDIDIKAN PANCASILA (PPKN) KELAS 1 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR PENDIDIKAN PANCASILA (PPKN) KELAS 1 KURIKULUM MERDEKA.pdfAndiCoc
 
CONTOH LAPORAN PARTISIPAN OBSERVASI.docx
CONTOH LAPORAN PARTISIPAN OBSERVASI.docxCONTOH LAPORAN PARTISIPAN OBSERVASI.docx
CONTOH LAPORAN PARTISIPAN OBSERVASI.docxAhmadBarkah2
 
RUBRIK OBSERVASI KINERJA KEPALA SEKOLAH.docx
RUBRIK OBSERVASI KINERJA KEPALA SEKOLAH.docxRUBRIK OBSERVASI KINERJA KEPALA SEKOLAH.docx
RUBRIK OBSERVASI KINERJA KEPALA SEKOLAH.docxlastri261
 
Prensentasi Visi Misi Sekolah dalam rangka observasi pengawas
Prensentasi Visi Misi Sekolah dalam rangka observasi pengawasPrensentasi Visi Misi Sekolah dalam rangka observasi pengawas
Prensentasi Visi Misi Sekolah dalam rangka observasi pengawassuprihatin1885
 

Recently uploaded (20)

Dokumen Tindak Lanjut Pengelolaan Kinerja Guru.docx
Dokumen Tindak Lanjut Pengelolaan Kinerja Guru.docxDokumen Tindak Lanjut Pengelolaan Kinerja Guru.docx
Dokumen Tindak Lanjut Pengelolaan Kinerja Guru.docx
 
Presentasi visi misi revisi sekolah dasar.pptx
Presentasi visi misi revisi sekolah dasar.pptxPresentasi visi misi revisi sekolah dasar.pptx
Presentasi visi misi revisi sekolah dasar.pptx
 
Solusi Masalah Pendidikan Kelompok 9 Wawasan Pendidikan.pptx
Solusi Masalah Pendidikan Kelompok 9 Wawasan Pendidikan.pptxSolusi Masalah Pendidikan Kelompok 9 Wawasan Pendidikan.pptx
Solusi Masalah Pendidikan Kelompok 9 Wawasan Pendidikan.pptx
 
LAPORAN EKSTRAKURIKULER SEKOLAH DASAR NEGERI
LAPORAN EKSTRAKURIKULER SEKOLAH DASAR NEGERILAPORAN EKSTRAKURIKULER SEKOLAH DASAR NEGERI
LAPORAN EKSTRAKURIKULER SEKOLAH DASAR NEGERI
 
RENCANA + Link2 MATERI Training _PEMBEKALAN Kompetensi_PENGELOLAAN PENGADAAN...
RENCANA + Link2 MATERI  Training _PEMBEKALAN Kompetensi_PENGELOLAAN PENGADAAN...RENCANA + Link2 MATERI  Training _PEMBEKALAN Kompetensi_PENGELOLAAN PENGADAAN...
RENCANA + Link2 MATERI Training _PEMBEKALAN Kompetensi_PENGELOLAAN PENGADAAN...
 
Teori Profetik Kuntowijoyo (Dosen Pengampu: Khoirin Nisai Shalihati)
Teori Profetik Kuntowijoyo (Dosen Pengampu: Khoirin Nisai Shalihati)Teori Profetik Kuntowijoyo (Dosen Pengampu: Khoirin Nisai Shalihati)
Teori Profetik Kuntowijoyo (Dosen Pengampu: Khoirin Nisai Shalihati)
 
Susi Susanti_2021 B_Analisis Kritis Jurnal.pdf
Susi Susanti_2021 B_Analisis Kritis Jurnal.pdfSusi Susanti_2021 B_Analisis Kritis Jurnal.pdf
Susi Susanti_2021 B_Analisis Kritis Jurnal.pdf
 
PRESENTASI OBSERVASI PENGELOLAAN KINERJA KEPALA SEKOLAH.pptx
PRESENTASI OBSERVASI PENGELOLAAN KINERJA KEPALA SEKOLAH.pptxPRESENTASI OBSERVASI PENGELOLAAN KINERJA KEPALA SEKOLAH.pptx
PRESENTASI OBSERVASI PENGELOLAAN KINERJA KEPALA SEKOLAH.pptx
 
Laporan Piket Guru untuk bukti dukung PMM.pdf
Laporan Piket Guru untuk bukti dukung PMM.pdfLaporan Piket Guru untuk bukti dukung PMM.pdf
Laporan Piket Guru untuk bukti dukung PMM.pdf
 
Najwa Qarina_2021 B_Analisis Kritis Jurnal.pdf
Najwa Qarina_2021 B_Analisis Kritis Jurnal.pdfNajwa Qarina_2021 B_Analisis Kritis Jurnal.pdf
Najwa Qarina_2021 B_Analisis Kritis Jurnal.pdf
 
LK 1 - 5T Keputusan Berdampak (1). SDN 001 BU.pdf
LK 1 - 5T Keputusan Berdampak (1). SDN 001 BU.pdfLK 1 - 5T Keputusan Berdampak (1). SDN 001 BU.pdf
LK 1 - 5T Keputusan Berdampak (1). SDN 001 BU.pdf
 
ppt-menghindari-marah-ghadab-membiasakan-kontrol-diri-dan-berani-membela-kebe...
ppt-menghindari-marah-ghadab-membiasakan-kontrol-diri-dan-berani-membela-kebe...ppt-menghindari-marah-ghadab-membiasakan-kontrol-diri-dan-berani-membela-kebe...
ppt-menghindari-marah-ghadab-membiasakan-kontrol-diri-dan-berani-membela-kebe...
 
PPT Aksi Nyata Diseminasi Modul 1.4.pptx
PPT Aksi Nyata Diseminasi Modul 1.4.pptxPPT Aksi Nyata Diseminasi Modul 1.4.pptx
PPT Aksi Nyata Diseminasi Modul 1.4.pptx
 
Modul P5 Berekayasa dan Berteknologi untuk Membangun NKRI.pptx
Modul P5 Berekayasa dan Berteknologi untuk Membangun NKRI.pptxModul P5 Berekayasa dan Berteknologi untuk Membangun NKRI.pptx
Modul P5 Berekayasa dan Berteknologi untuk Membangun NKRI.pptx
 
MODUL AJAR BAHASA INGGRIS KELAS 2 KURIKULUM MERDEKA
MODUL AJAR BAHASA INGGRIS KELAS 2 KURIKULUM MERDEKAMODUL AJAR BAHASA INGGRIS KELAS 2 KURIKULUM MERDEKA
MODUL AJAR BAHASA INGGRIS KELAS 2 KURIKULUM MERDEKA
 
Dokumen Rangkuman Kehadiran Guru ini dipergunakan sebagai bukti dukung yang w...
Dokumen Rangkuman Kehadiran Guru ini dipergunakan sebagai bukti dukung yang w...Dokumen Rangkuman Kehadiran Guru ini dipergunakan sebagai bukti dukung yang w...
Dokumen Rangkuman Kehadiran Guru ini dipergunakan sebagai bukti dukung yang w...
 
MODUL AJAR PENDIDIKAN PANCASILA (PPKN) KELAS 1 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR PENDIDIKAN PANCASILA (PPKN) KELAS 1 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL AJAR PENDIDIKAN PANCASILA (PPKN) KELAS 1 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR PENDIDIKAN PANCASILA (PPKN) KELAS 1 KURIKULUM MERDEKA.pdf
 
CONTOH LAPORAN PARTISIPAN OBSERVASI.docx
CONTOH LAPORAN PARTISIPAN OBSERVASI.docxCONTOH LAPORAN PARTISIPAN OBSERVASI.docx
CONTOH LAPORAN PARTISIPAN OBSERVASI.docx
 
RUBRIK OBSERVASI KINERJA KEPALA SEKOLAH.docx
RUBRIK OBSERVASI KINERJA KEPALA SEKOLAH.docxRUBRIK OBSERVASI KINERJA KEPALA SEKOLAH.docx
RUBRIK OBSERVASI KINERJA KEPALA SEKOLAH.docx
 
Prensentasi Visi Misi Sekolah dalam rangka observasi pengawas
Prensentasi Visi Misi Sekolah dalam rangka observasi pengawasPrensentasi Visi Misi Sekolah dalam rangka observasi pengawas
Prensentasi Visi Misi Sekolah dalam rangka observasi pengawas
 

PERBANDINGAN ANTARA TEORI PERKEMBANGAN KOGNITIF JEAN PIAGET DAN LEV VYGOTSKY

  • 1. 1 1.0 PENGENALAN Teori perkembangan kognitif Jean Piaget dan Lev Vygotsky merupakan antara dua teori yang penting dan sering menjadi rujukan ilmiah dalam pendidikan sejagat pada masa ini. Kedua-dua teori ini tercipta daripada hasil kajian mereka mengenai psikologi perkembangan kanak-kanak (Wong, Khairudin, Maridah, Rashinawati & Azlina, 2013). Hasil kajian mereka ini telah memberikan sumbangan yang besar kepada masyarakat dunia hari ini. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa perbezaan yang ketara di antara dua teori ilmiah ini. Teori perkembangan kognitif kedua-dua tokoh ini mempunyai perbezaan yang ketara umumnya. Kedua-dua tokoh ini mempunyai pandangan yang berbeza dan unik mengenai perkembangan kanak-kanak. Mereka mengetengahkan pendapat dan idea yang berlainan bertentangan dengan hal perkembangan dan pertumbuhan manusia dan menyatakannya dalam pelbagai teori yang menarik. 2.0 PERBANDINGAN ANTARA TEORI PERKEMBANGAN KOGNITIF JEAN PIAGET DAN LEV VYGOTSKY 2.1 KONSEP UTAMA Piaget menjelaskan dalam teorinya menjelaskan bahawa terdapat lima konsep utama yang menjadi tunjang utama penyelidikannya mengenai kanak-kanak iaitu skema, adaptasi, keseimbangan, asimilasi serta akomodasi (Mok, 2008). Kelima-lima konsep ini berkait rapat dengan pembelajaran kognitif seseorang individu dalam menyelesaikan masalah atau perkembangan pemikiran mereka dalam kehidupan seharian. Menurut Wong, Khairuddin, Maridah, Rashinawati dan Azlina (2013), skema diertikan sebagai struktur atau model asas yang mewakili pengetahuan mental seseorang yang ditunjukkan melalui aksi, pandangan, idea, bahasa dan sebagainya. Manakala adaptasi dan keseimbangan merupakan proses pembelajaran individu dalam menyelaraskan skema sedia ada mengikut keperluan situasi. Skema yang ada harus berubah dan berkembang mengikut proses pembelajaran agar dapat diaplikasikan skema tersebut dalam situasi yang lain. Asimilasi pula didefinisikan sebagai proses kognitif seseorang dalam pengintegrasian maklumat baharu ke dalam skema sedia ada. Melalui proses kognitif ini, seseorang individu berjaya menambahkan pengetahuannya. Yang terakhir ialah
  • 2. 2 akomodasi menjelaskan bagaimana individu boleh mengubah pola pemikirannya sekiranya struktur kognitif yang lama didapati sukar untuk menerima pengetahuan baharu. Manakala Vygotsky dalam teori perkembangan kognitifnya tidak menyatakan konsep teorinya dengan tepat dan terperinci namun secara amnya, teorinya berkonsepkan interaksi sosial sesama manusia dan bukannya atas pengalaman pembelajaran seperti yang diketengahkan oleh Piaget. Vygotsky percaya bahawa proses komunikasi menjadi faktor utama kejayaan pembelajaran kognitif seseorang individu. Dengan adanya komunikasi, seseorang individu dapat berkongsi dan saling memenuhi kehendak penutur dan pendengar dalam proses pembelajaran. 2.2 PENILAIAN TAHAP KOGNITIF INDIVIDU Dalam teori perkembangan kognitif Piaget, beliau mengatakan bahawa setiap manusia akan melalui empat peringkat atau tahap ini iaitu sensori motor, praoperasi, operasi konkrit dan operasi formal. Pada peringkat sensorimotor, kanak-kanak yang baru lahir sehingga mencecah umur dua tahun telah mula mempunyai keupayaan pengekalan objek (Wong, Khairuddin, Maridah, Rashinawati & Azlina, 2013). Kanak- kanak mula mendapat tahu bahawa objek yang hilang daripada penglihatannya adalah masih wujud dan kekal. Pada peringkat praoperasi (2 hingga 7 tahun) pula, kanak- kanak berupaya membuat simbol sebagai wakil terhadap benda yang tidak berada di hadapan mereka. Mereka berusaha mewakilkan sesuatu benda tersebut dengan menggunakan simbol, angka, huruf dan sebagainya daripada imaginasi dan tafsiran mereka. Pada umur tujuh sehingga sebelas tahun, kanak-kanak mula melakukan penaakulan logik mengenai sebab musabab atau bagaimana sesuatu tersebut terjadi terhadap operasi-operasi yang berlaku di sekelilingnya. Namun, penaakulan yang dilakukan adalah berdasarkan objek yang kelihatan di hadapan mata. Salah satu konsep utama yang dikuasai kanak-kanak dalam tahap ini ialah konsep kekekalan di mana pada tahap ini, kanak-kanak memahamibahawa sesuatu objek yang mengalami perubahan ketara masihmempunyai sifat yang sama. Pada tahap terakhir iaitu operasi formal, remaja mempunyai kebolehan membuat inferensi mengenai sesuatu kejadian dan menyatakan hipotesis serta konklusi (Wong, Khairuddin, Maridah, Rashinawati & Azlina, 2013).
  • 3. 3 Pada pihak yang berbeza, Vygotsky menjelaskan mengenai Zon Perkembangan Proksimal, tahap perkembangan sebenar dan tahap perkembangan berpotensi sebagai tahap penilaian kognitif seseorang individu. Tahap perkembangan sebenar adalah had bawah yang mampu dicapai kanak-kanak tanpa bantuan oranhg lain manakala tahap perkembangan berpotensi merupakan tahap lebih tinggi yang dapat dicapai oleh seseorang jika mendapat bimbingan daripada orang yang lebih mahir. Wujudnya jarak di antara kedua-dua tahap ini yang dikenali sebagai Zon Perkembangan Proksimal. Perbezaan dari sudut penilaian tahap kognitif dengan jelasnya menunjukkan kelainan dalam teori mereka. Penilaian tahap kognitif yang dikemukakan oleh Piaget adalah lebih terperinci untuk kanak-kanak dan remaja manakala Zon Perkembangan Proksimal Vygotsky lebih bersifat umum dan universal. 2.3 PERSEKITARAN PEMBELAJARAN Lev Vygotsky menekankan persekitaran dan interaksi antara individu sebagai faktor utama perkembangan kognitif individu. Pada pendapatnya, interaksi dan komunikasi menjadi pengantar dalam pemindahan ilmu pengetahuan di antara individu-individu. Vygotsky mengatakan bahawa kita memerlukan orang yang lebih kompeten atau mahir untuk mengajar kita. Melalui perbualan atau dialog, seseorang individu dapat mempelajari serba sedikit mengenai individu lain berdasarkan pengertiannya sendiri. Seseorang kanak-kanak juga memerlukan bimbingan daripada orang tua atau berkepakaran untuk mencapai tahap maksimum. Manakala Jean Piaget pula menekankan proses pembelajaran melalui penerokaan atau pengalaman sendiri. Beliau berpandangan bahawa di dalam proses pengubahsuaian diri dalam alam sekeliling, proses pembelajaran telah berlaku apabila individu tersebut memperolehi pengalaman hasil interaksinya dengan orang lain, perkara atau benda lain (Mok, 2008). Kanak-kanak seharusnya diberikan pengalaman untuk meneroka sendiri sesuatu perkara agar konsep-konsep asas dapat diintegrasikan ke dalam diri mereka. Di sini menunjukkan percanggahan idea mengenai persekitaran pembelajaran di antara dua teori ini. Vygotsky mengutamakan interaksi dan bimbingan daripada orang lain, sebaliknya Piaget mengatakan adalah lebih baik seseorang individu meneroka sendiri dunia luar agar pengalaman dapat diperolehi.
  • 4. 4 2.4 PENGGUNAAN BAHASA Dalam teori perkembangan kognitif Vygotsky, beliau mementingkan bahasa sebagai elemen utama dalam menyokong pemikiran seseorang individu dan seterusnya menyumbang ke arah pembentukan nilai, sikap dan pengetahuannya (Wong, Khairuddin, Maridah, Rashinawati & Azlina, 2013). Dengan adanya bahasa yang betul, seseorang individu dapat mencapai pertuturan atau perbualan yang memuaskan dengan individu lain. Bahasa juga memudahkan proses bimbingan agar matlamat pembelajaran dikecapi. Sebaliknya, Piaget tidak memfokuskan bahasa sebagai alat menajamkan fikiran. Pada pandangan beliau, bahasa hanya memainkan peranan kecil dalam proses belajar. Menurut Piaget, bahasa mula muncul apabila kanak-kanak mencapai tahap umur yang sepatutnya dan bukannya berkembang mengikut persekitaran. Dalam hal ini kita melihat perbezaan ketara teori mereka dalam aspek bahasa. Vygotsky mementingkan bahasa sebagai alat pembentukan pemikiran manakala Piaget tidak berfikiran sedemikian rupa. 2.5 RAKAN SEBAYA Vygotsky dalam teori perkembangan kognitifnya menekankan pengaruh rakan sebaya dalam proses pembelajaran seseorang individu atau murid. Rakan sebaya menjadi tempat merujuk terpenting selepas guru. Dengan adanya rakan sebaya, perbincangan dan interaksi sosial dapat berjalan dan menyebabkan proses pembelajaran lebih cepat berlaku. Rakan sebaya yang lebih pandai dan bijak pula boleh membantu memberikan bimbingan kepada rakan yang lemah dalam pelajaran. Manakala Piaget tidak menekankan peranan rakan sebaya dalam proses pembelajaran seseorang individu kerana dia dapat meneroka sendiri dunia luar tanpa memerlukan bantuan sesiapa. Penerokaan sendiri membuatkan fikiran seseorang individu lebih tajam kerana menggunakan daya pemikiran sendiri dalam mengetahui dan memahami perkara baharu.
  • 5. 5 3.0 KEPENTINGAN TEORI PERKEMBANGAN KOGNITIF PIAGET DAN VYGOTSKY KEPADA PARA PENDIDIK Teori perkembangan kognitif Piaget dan Vygotsky memainkan peranan yang penting kepada para pendidik dalam sesi pembelajaran dan pengajaran di bilik darjah. Antara kepentingan yang nyata ialah teori perkembangan kognitif Piaget membawa kepada susunan isi kandungan kurikulum secara sistematik dan mengikut tahap umur mereka. Empat tahap atau peringkat perkembangan kognitif yang dikemukakan oleh Piaget menjadi panduan kepada pendidik untuk menyusun dan seterusnya menyampaikan isi pengajaran mengikut peringkat umur kanak-kanak dan remaja. Sebagai contoh, ketika kanak-kanak mencapai peringkat operasi konkrit (7-11 tahun), guru-guru boleh menyediakan aktiviti yang lebih kepada hands-on kerana pada peringkat ini, kanak-kanak cuba untuk membuat penaakulan logik dengan adanya objek sebenar di hadapan mereka. Oleh itu, teori perkembangan kognitif Piaget penting kepada guru dalam merangka dan merancang kandungan pembelajaran dan pengajaran dengan baik. Kedua, teori perkembangan kognitif Piaget dan Vygotsky menjadi panduan kepada guru agar memberikan lebih banyak peluang kepada murid-murid untuk meneroka sendiri pengalaman di dalam dan luar bilik darjah (Sharifah, 2015). Pada abad ke-21 ini, guru bertindak sebagai pemudahcara dan fasilitator di bilik darjah, bukan sebagai penyampai maklumat semata-mata. Guru membiarkan kanak-kanak mencari maklumat sendiri dan seterusnya menyampaikannya di hadapan rakan-rakan agar proses mengingat akan lebih mudah dengan adanya pengalaman. Pada masa ini jika guru berterusan untuk bertindak sebagai penyampai maklumat, pemikiran murid-murid tidak akan berkembang dan mereka malas untuk berfikir dan berdikari. Hal ini kerana sudah tertanam dalam diri mereka bahawa hanya satu perkara yang mereka perlu lakukan iaitu menghafal kerana semuanya telah disediakan dan diberikan oleh guru. Di samping itu, dengan adanya teori-teori ini, guru dapat mengetahui berapa banyak bimbingan yang perlu disampaikan untuk murid-murid. Menurut teori Vygotsky, guru hanya memberikan bimbingan pada peringkat awal pembelajaran agar murid- murid dapat mengikuti kandungan yang guru sampaikan. Setelah seseorang murid tersebut mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran, guru membiarkan murid- murid meneroka dan belajar sendiri agar keyakinan bahawa mereka telah menguasai topik tersebut bertambah (Wong, Khairuddin, Maridah, Rashinawati & Azlina, 2013).
  • 6. 6 Teori perkembangan kognitif Piaget dan Vygotsky juga membolehkan guru untuk mengetahui bahawa kanak-kanak memerlukan interaksi sosial yang aktif agar proses pembelajaran mereka lebih cepat dan berkesan (Rahul, 2011). Oleh itu, aktiviti perbincangan boleh kerap dijalankan di bilik darjah agar murid-murid dapat berinteraksi sesama mereka dan seterusnya mengeluarkan buah fikiran yang berlainan. Apabila wujudnya perbezaan dari sudut pendapat, ini akan membuatkan mereka berfikir mana satu adalah lebih tepat dan benar, maka berikutan itu, pemikiran mereka menjadi lebih tajam. Murid yang lebih pandai dan cepat menguasai pula boleh memberikan tunjuk ajar kepada rakan yang lemah. Teori perkembangan Vygotsky menyebabkan guru-guru memahami bahawa murid-murid memerlukan bimbingan dan bantuan mereka. Guru boleh duduk bersama dan berbincang dengan pelajar secara aktif di kelas. Hal ini supaya murid-murid dapat menanyakan soalan kepada guru apabila timbulnya persoalan yang tidak dapat mereka selesaikan sendiri. Guru boleh kerap mengadakan sesi soal jawab bersama pelajar ketika sesi pembelajaran dan pengajaran berlaku agar guru mengetahui tahap pemahaman pelajar. Guru berusaha meningkatkan tahap perkembangan berpotensi murid-murid melalui bimbingannya agar mendapat hasil yang maksimum. Di samping itu, teori-teori ini membolehkan sesi pengucapan awam berlaku di dalam kelas. Guru boleh menggalakkan murid-murid untuk berani tampil ke hadapan untuk berucap atau menyampaikan idea. Hal ini adalah bagi memupuk kemampuan dan keberanian mereka berucap di hadapan orang ramai. Hal ini agar dapat menyemai sifat berani dan yakin dalam diri murid-muridserta memberikan faedah kepada mereka dalam pembelajaran akan datang. Selain itu, teori ini memberikan panduan kepada para guru bahawa ketika sesi pembelajaran dan pengajaran dijalankan, bahasa yang formal dan betul dapat digunakan oleh guru kepada murid-murid walaupun mereka belum memahamidengan jelas. Bahasa memainkan peranan penting agar objektif komunikasi dapat dicapai di antara pelajar dan murid. Sebagai contoh, guru tidak boleh mengungkapkan kata-kata berbaur kesat dan sinis ketika menegur murid-murid. Pada usia murid sekolah rendah, mereka mempunyai minda yang aktif dan sentiasa ingin tahu (Mok, 2011). Jika mereka mendengar guru sendiri mengatakan perkataan sedemikian, maka tidak mustahil untuk mereka turut mengatakan perkara yang sama kelak. Teori Piaget dan Vygotsky juga dapat mengeratkan hubungan antara guru dan murid-murid memandangkan guru-guru akan lebih memahami sifat-sifat dan perkembangan anak muridnya. Guru-guru akan berusaha untuk mendekati murid-
  • 7. 7 muridnya dan memberikan tunjuk ajar yang terbaik. Guru juga boleh bersama-sama murid-murid untuk menyelesaikan masalah pembelajaran yang mereka hadapi. Dengan itu, hubungan yang lebih akrab dan rapat akan terjalin. Murid-murid juga akan berasa dikasihi dan disayangi. Teori-teori ini juga membolehkan guru untuk merancang aktiviti di luar kelas yang melibatkan penerokaan dan penghayatan murid-murid. Guru-guru boleh membawa murid-murid untuk belajar di taman atau lokasi lain dalam usaha meningkatkan pemahaman mereka. Interaksi dengan persekitaran sebenar meningkatkan tahap kognitif mereka untuk mengingat jika dibandingkan hanya belajar mengenai teorinya sahaja. 4.0 RUMUSAN Teori perkembangan kognitif Piaget dan Vygotsky sememangnya mempunyai perbezaan yang nyata dan jelas. Perbezaan dalam aspek konsep utama, penilaian tahap kognitif, persekitaran pembelajaran, penggunaan bahasa menunjukkan dua teori ini saling melengkapi dan harus diguna pakai dalam sistem pendidikan kita. Teori- teori ini menjadi satu set panduan dalam merancang kurikulum pendidikan negara kita agar matlamat pendidikan negara dengan dicapai secara optimum. Para pendidik juga harus menguasai teori perkembangan kognitif Piaget dan Vygotsky ini agar menjadi gambaran kepada mereka ketika mengendalikan sesi pembelajaran dan pengajaran. Kaedah mengajar yang bertentangan dengan teori- teori ini akan membawa kepada implikasi pengajaran yang berlainan dan mungkin tidak akan dapat mencapai objektif kurikulum dengan berkesan. Pendidik abad ke-21 harus fleksibel dalam kaedah penyampaian di bilik darjah untuk kepentingan murid- murid.