TEORI PEMBELAJARAN BEHAVIORIS

      Teori ini mengutamakan kemahiran berkaitan fizikal. Ini adalah kerana tokoh-
tokoh behavioris berpendapat bahawa pembelajaran merupakan suatu perubahan
tingkah laku cara seseorang bertindak dalam situasi tertentu. Terdapat dua prinsip yang
dikemukakan dalam teori ini iaitu prinsip pelaziman klasik dan prinsip pelaziman
operan.

      .




                                                                                      1
Teori Pelaziman Klasik Ivan Pavlov(1849-1936)

      Tokoh Ivan Pavlov (1849-1936)Kajian Pavlov terhadap prinsip pelaziman klasik
berfokus kepada pengeluaran air liur anjing. Beliau menjalankan eksperimen dengan
melatih anjing mengeluarkan air liur apabila kedengaran bunyi loceng (konsep
rangsangan dan gerakbalas).Hasilnya, Pavlov berpendapat pembelajaran boleh berlaku
akibat kaitan antara rangsangan dengan gerak balas.




  KONSEP PELAZIMAN
       KLASIK


                                              RANGSANGAN



                     NUETRAL                    SEMULA JADI              TERLAZIM



                                              GERAK BALAS



                                SEMULA JADI                   TERLAZIM




                                                                                    2
Pavlov juga menyifatkan bahawa pembelajaran yang berlaku melalui perkaitan
ini dinamakan pelaziman dan pembelajaran yang berlaku akibat dua rangsangan ini
dikenali sebagai pelaziman klasik. Menurut Noriati, Boon dan Sharifah Fakhriah(2009),
pelaziman   klasik merupakan    satu   bentuk pembelajaran     perkaitan   melibatkan
rangsangan neutral yang berkait dengan rangsangan semula jadi dan menghasilkan
gerak balas yang serupa.

      Selain mengemukakan konsep rangsangan dan gerak balas, Pavlov juga
mengemukakan konsep generalisasi, diskriminasi dan penghapusan yang boleh
diaplikasikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.




              PENGHAPUSAN                                     GENERALISASI




                                       DISKRIMINASI




      Contohnya, apabila guru memberikan arahan supaya murid mengangkat tangan,
maka murid dengan cepat akan mengangkat tangannya. Arahan ialah rangsangan,
manakala tindakan mengangkat tangan ialah gerakbalas. Hasil daripada kajiannya,

      Pavlov berpendapat bahawa pembelajaran boleh berlaku kesan daripada kaitan
antara rangsangan dengan gerakbalas. Pembelajaran yang berlaku melalui perkaitan
tersebut dinamakan sebagai pelaziman dan pembelajaran yang berlaku akibat dua
ransangan         ini       dikenali        sebagai         pelaziman         klasik.
Pelaziman klasik ini termasuklah mengaitkan simbol-simbol dengan apa yang
dilambangkan, mengaitkan nama dengan watak, mengaitkan istilah dan teknik di dalam



                                                                                    3
fizik dengan apa yang dimaksudkan atau mengaitkan tarikh dengan peristiwa (Sulaiman
1997).

Eksperimen Pelaziman Klasik Pavlov

Berdasarkan hukum perkaitan ini, Pavlov mencadangkan bahwa proses asas
pembelajaran ialah pembentukan perkaitan antara RANGSANGAN (R) dan sesuatu
GERAK BALAS (G).


Pavlov cuba membuktikan teori pembelajaran ini dengan menjalankan kajian ke atas
anjing (lihat peralatan eksperimen di sebelah). Dia dapati bahawa apabila anjing melihat
bekas dengan makanan, air liur haiwan itu keluar. Dia membuat kesimpulan bahawa
anjing tersebut telah 'belajar' mengaitkan bekas makanan yang dilihat dengan makanan
yang akan diberikan kelak.
Pavlov melanjutkan kajiannya dengan menguji hipotesis bahawa sesuatu organisme
boleh diajar bertindak dengan pemberian sesuatu rangsangan.




                                 Sebelum Pelaziman
                    RTT (makanan) >>>>>>> GTT (keluar air liur)
                RT (loceng) >>>>>>> Tak ada GT (air liur tidak keluar)
                                  Semasa Pelaziman
               RT (loceng) + RTT (makanan) >>>>> GTT (keluar air liur)
                                  Selepas Pelaziman
                      RT (loceng) >>>>>>>>> GT (keluar air liur)

                                                                                       4
Eksperimen Teori Ivan Pavlov terhadap seekor anjing


Kesimpulan kajian Pavlov ialah:


1. Penguasaan (Acquisition)
Penguasaan atau bagaimana organisme mempelajari sesuatu gerakbalas atau respons
baru berlaku berperingkat-peringkat.Lebih kerap organisma mencuba,lebih kukuh
penguasaan berkenaan.
2. Generalisasi(Generalisation)
Pavlov menggunakan bunyi loceng yang berlainan nada,tetapi anjing masih
mengeluarkan air liur.Ini menunjukkan bahawa organisme telah terlazim dengan
sesuatu rangsangan tak terlazim (RTT) juga akan menghasilkan gerak balas terlazim
(GT=air liur) walaupun rangsangan itu berlainan atau hampir sama.
3. Diskriminasi (Discrimination)
Pavlov mendapati bahawa apabila dia menukar nada bunyi loceng,anjing masih
mengeluarkan air liur.Apabila nada jauh berbeza daripada bunyi asal,anjing itu tidak
mengeluarkan air liur. Ini menunjukkan bahawa organisme berkenaan dapat
membezakan atau mendiskriminasi antara rangsangan yang dikemukakan dan memilih
untuk tidak bertindak atau bergerak balas.
4. Penghapusan (Extinction)
Sekiranya sesuatu rangsangan terlazim (loceng) tidak diikuti dengan rangsangan tak
terlazim (makanan), lama-kelamaan organisme itu tidak akan bertindak balas.Gerak
balas berperingkat-peringkat terhapus.


                                                                                       5
IMPLIKASI TEORI PAVLOV KE ATAS PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN


Teori ini dapat meningkatkan kesedaran gurutentang rangsangan dan gerakbalas
mempunyai kaitan yang boleh dilazimkan atau dipelajari.Kaitan antara rangsangan
dengan gerakbalas dapat diperkukuhkan melalui latihan. Semakin kerap rangsangan itu
dikaitkan dengan sesuatu gerakbalas, semakin kukuh gerakbalas terlazim itu.


      Contohnya, apabila guru memberi pujian (rangsangan) setiap kali murid
mendapat hasil yang baik (gerakbalas), maka gerakbalas itu menghasilkan sesuatu
yang baik dan berterusan.


      Dalam pembelajaran, penghapusan boleh berlaku jika peneguhan tidak
diberikan. Ini bermakna, sekiranya sesuatu tingkahlaku tidak diperkukuhkan melalui
ganjaran, tingkahlaku itu mungkin akan terhapus begitu sahaja.


      Konsep    pemulihan   serta-merta   juga   dapat   membantu   seseorang     guru
meningkatkan keberkesanan pembelajaran.




                                                                                     6
Tokoh J.B. Watson-(1878-1958)




                               Eksperimen ke atas Little Albert

        Kajian Watson pula banyak dipengaruhi oleh Teori Pelaziman Klasik Pavlov dan
berasaskan tingkah laku haiwan. Eksperimen beliau dikenali sebagai Model Pelaziman
Klasik Watson yang menggunakan seorang bayi berumur 9 bulan bernama Albert dan
seekor tikus putih. Albert pada mulanya tidak menunjukkan perasaan takut pada tikus
itu tetapi apabila satu bunyi yang kuat dikeluarkan semasa Albert mendekati tikus
tersebut, dia mula menjadi takut. Situasi ini diulangi beberapa kali sehingga
menimbulkan perasaan takut Albert terhadap tikus tersebut.

        Hasilnya,Albert telah mempelajari tingkah laku takut kepada semua benda putih
yang berbulu. Menurut Watson, tingkah laku adalah refleks terlazim iaitu sesuatu
gerakbalas yang dipelajari melalui proses pelaziman klasik. Selain tingkah laku, Watson
turut   menjalankan   kajian   terhadap   pembelajaran    emosi    manusia.   Menurut
beliau,manusia mewarisi tiga jenis emosi semula jadi iaitu takut, marah dan kasih
sayang. Emosi manusia atau perubahannya dipelajari melalui proses pelaziman.

        Dikenali sebagai pelaziman instrumental yang merupakan satu bentuk
pembelajaran yang melibatkan kesan akibat tingkah laku seterusnya diulangi,
diteruskan atau dihentikan (Noriati, Boon dan Sharifah Fakhriah, 2009).



                                                                                      7
Tokoh E.L. Thorndike (1874-1949)

         Mengikut Thorndike, pembelajaran merupakan suatu rangkaian yang terikat iatu
pembentukan dan pengukuhan rangkaian saraf di antara situasi dengan gerak balas.
Ransangan mempengaruhi organism maka itu sesuatu gerak balas bolak dijangkakan
berlaku. Ikatan R-G boleh dianggap sama ada sebagai keadaan fizikal atau sebagai
perhubungan yang wujud di antara satu situasi tertentu dengan kebolehan individu
untuk bergerak balas kepadanya.

         Hukum pembelajaran Thorndike adalah dinyatakan dalam bentuk mudah-
pindaan saraf dan rangkaian saraf. Keterangan R-G mengenai pembelajaran meliputi
sebarang jenis pembelajaran. Dalam erti kata teori ini, beberapa faktor penting dalam
pembelajaran ialah kesediaan saraf, ketertiban masa, rasa milik dan memuaskan
pengalaman. Manakala hukum asas mengenai pembelajaran seperti yang difikirkan
oleh Thorndike adalah pada umumnya dibahagiakan kepada tiga iaitu:

i. Hukum kesediaan, latihan dan kesan. Prinsip kesediaan yang dinyatakan oleh
Thorndike sebagai:

a) Apabila satu unit pengaliran sudah sedia untuk mengalir, maka pengalirannya adalah
memuaskan, tiada suatu yang dibuat untuk mengubah tindakkannya itu.

b) Bagi sesuatu unit pengaliran yang sudahh sedia ada untuk mengalir dan kalau tidak
mengaliradalah menyusahkan, dan meransang apa jua gerak balas yang disediakan
oleh alam semula jadi yang berkaitan dengan kekurangan yang menyusahkan tadi.

c) Apabila satu unit pengaliran tidak bersedia untuk pengaliran, dan dipaksa mengalir,
maka pengalirannya adalah menyusahkan.

ii. Hukum latihan melibatkan pertalian antara ransangan dengan gerak balas dan akan
bertambah kukuh jika latihan diadakan. Sebaliknya, (iiatu tindakan mengulang) tidak
dijalankan, maka pertalian antara ransangan dengan gerak balas akan bertambah
lemah.

iii. Hukum kesan pula menyatakan bahawa pertalian antara ransangan dengan gerak
balas akan bertambah kukuh jika terdapat kesan yang menyeronokkan selepas
terhasilnya tindak balas. Kesan yang menyakitkan pula akan melemahkan pertalian
antara ransangan dan gerak balas.

         Namun demikian, teori ini mempunyai banyak kelemahan. Pertama, konsep
tentang perkara yang memuaskan atau menyakitkan amat subjektif dan susah diukur.
                                                                                     8
Kedua, sukar untuk menetapkan jenis ikatan dan gerak balas yang hendak dibentuk
atau dihapuskan. Ciri-ciri setiap ikatan perlu diketahui sejak awal lagi. Seterusnya
ialah, teori ini sukar dikaitkan dengan pengajaran perkara yang abstark dan kreativiti,
imaginasi atau keindahan bahasa.

Eksperimen Thorndike




           Eksperimen "Cuba Jaya" Thorndike yang dilakukan ke atas seekor kucing

       Thorndike menjalankan berbagai eskperimen dengan menggunakan suatu alat
yang direka bentuk dan dipanggil 'puzzle box.' Manakala Pavlov menggunakan anjing,
Thorndike kerap menggunakan kucing. Dia mengurung seekor kucing yang lapar dalam
puzzle box yang mempunyai kunci.

       Jika kucing itu akan cuba dengan mencakar peti itu dan jika ia berjaya menekan
kunci peti itu, pintu akan terbuka dan kucing itu akan dapat keluar ke arah makanan
yang disediakan. Thorndike telah perhatikan behawa kucing itu telah melakukan
bermacam-macam tindakan (proses cuba-jaya) untuk keluar hinggalah haiwan itu
tertekan kunci dan pintu terbuka. Masa yang diambil oleh kucing itu untuk membuka
pintu puzzle box dicatat.

       Beberapa jam kemudian kucing yang lapar itu dimasukkan ke dalam peti yang
sama. Kali ini, haiwan itu berjaya menekan kunci pintu dalam masa yang lebih singkat
berbanding dengan percubaan pertama. Kucing itu dikatakan telah menguasai atau
belajar. Iaitu, organisme itu telah mempelajari gerak balas yang betul untuk
menyelesaikan masalah yang dihadapi.



                                                                                      9
Kajian tentang tingkah laku haiwan. Teori Pelaziman Operan Thorndike turut
dikenali sebagai teori cuba-jaya (trial and error). Melalui kajiannya, seekor kucing
dimasukkan ke dalam sebuah sangkar dengan makanan diletakkan di luarnya, beliau
mendapati kucing tersebut telah melakukan beberapa percubaan untuk keluar dari
sangkar.

      Pembelajaran       ini    dikenali   sebagai        pembelajaran    “cuba     jaya”.   Melalui
pembelajaran ini, kucing tersebut melakukan pelbagai reaksi sehingga terpijak selak
pintu dan sangkar itu terbuka. Kucing tersebut akan keluar untuk mendapatkan
makanan.Apabila dimasukkan ke dalam sangkar semula, kucing tersebut melakukan
lagi beberapa percubaan untuk keluar dari sangkar tersebut.Perhubungan antara
rangsangan dengan gerak balas ini mewakili konse ppembelajaran. Perhubungan ini
berlaku    berdasarkan       bilangan   kali   latihan,    keadaan    kesediaan      individu   dan
keberkesanan latihan.

      Thorndike menyarankan,pembelajaran manusia dikawal oleh hukum tertentu,
yang disebut sebagai hokum pembelajaran yang terbahagi kepada tiga iaitu hukum
kesediaan, hukum latihan dan hukum kesan. Mook Soon Sang (2002) mentakrifkan
Hukum Kesediaan sebagai keupayaan persiapan individu di dalam kendirinya untuk
memulakan sesuatu aktiviti pembelajaran. Menurut beliau, Hukum Latihan menyatakan
bahawa semakin banyak latihan yang tertentu dijalankan, semakin kukuh ikatan atau
asosiasi gerakbalas yang tertentu dengan rangsangan yang berkaitan.




Tokoh B.F. Skinner (1904-1990

      Beliau       mengutarakan     juga   Teori    Pelaziman      Operan.       Kajian   dijalankan
menggunakan Kotak Skinner. Seekor tikus yang sedang melompat-lompat disekeliling
kotak tiba-tiba tertekan butang yang akan mengeluarkan seketul makanan.Tanpa
membuang masa tikus itu akan mengulangi menekan butang tersebut untuk
mendapatkan makanan.

      Menurut pendapat Amir Awang (1986), mengikut Pelaziman Klasik, murid akan
menjadi    pasif    kerana     ganjaran    diberikan      kepadanya      bukan     atas   usahanya
mendapatkan ganjaran tersebut. Manakala mengikut Pelaziman Operan, pelajar
bertindak aktif kerana ganjaran diperoleh dengan cara berusaha sendiri. Skinner

                                                                                                  10
memperkenalkan lima jenis proses Teori Pelaziman Operan iaitu peneguhan
 positif,peneguhan negatif, dendaan, prinsip Premack dan pelupusan.

 Peristiwa                Awal Rangsangan luaran yang menyebabkan kita untuk
 (Antecedents)                   bertindak.

 Tingkah laku (Behavior)         Untuk ahli behavioris, tingkah laku dibahagikan
                                 kepada dua kategori, yang diingini atau yang tidak
                                 diingini. Ahli Behavioris juga berpendapat, persepsi
                                 ialah segala-galanya.

 Kesan                   akibat Kesan akibat ialah motivasi yang akan menentukan
 (Consequences)                  sama     ada    meningkatkan       atau   menurunkan
                                 kemungkinan sesuatu gerak balas berulang semula.

                        Pembelajaran dan perubahan tingkah laku

      Menurut beliau,dalam teori pelaziman operan, gerak balas boleh diulangi atau
     dihapuskan jika diberikan peneguhan sejurus selepas gerak balas ditunjukkan.




Tingkah       Tingkah laku/tindakan Kesan tindakan       Teknik            Kesan tingkah
laku awal                                                                  Laku
Rawak         Tertekan suis tuil Makanan keluar          Peneguhan         Diteruskan
Terlazim      Menekan suis tuil  Makanan keluar          Peneguhan         Diteruskan
Terlazim      Menekan suis tuil-Makanan keluar           Peneguhan         Diteruskan
              lampu menyala                               positif
Terlazim      Menekan suis       tuil-Makanan        tidakPeneguhan        Tidak diteruskan
              lampu tidak menyala keluar                  negatif
Terlazim      Menekan suis tuil-Makanan              tidakHukuman          Tidak diteruskan
              kejutan elektrik      keluar
                          EKSPERIMEN TIKUS PUTIH SKINNER




            Implikasi Teori Behavioris Terhadap Pengajaran dan Pembelajaran

          Teori ini menekankan peranan persekitaran dalam proses pembelajaran.
 Matlamat yang spesifik perlu ditetapkan dan dinyatakan dengan jelas oleh guru supaya
 proses pengajaran dan pembelajaran boleh dicapai dengan berkesan. Di dalam setiap
                                                                                        11

Teori pembelajaran behavioris

  • 1.
    TEORI PEMBELAJARAN BEHAVIORIS Teori ini mengutamakan kemahiran berkaitan fizikal. Ini adalah kerana tokoh- tokoh behavioris berpendapat bahawa pembelajaran merupakan suatu perubahan tingkah laku cara seseorang bertindak dalam situasi tertentu. Terdapat dua prinsip yang dikemukakan dalam teori ini iaitu prinsip pelaziman klasik dan prinsip pelaziman operan. . 1
  • 2.
    Teori Pelaziman KlasikIvan Pavlov(1849-1936) Tokoh Ivan Pavlov (1849-1936)Kajian Pavlov terhadap prinsip pelaziman klasik berfokus kepada pengeluaran air liur anjing. Beliau menjalankan eksperimen dengan melatih anjing mengeluarkan air liur apabila kedengaran bunyi loceng (konsep rangsangan dan gerakbalas).Hasilnya, Pavlov berpendapat pembelajaran boleh berlaku akibat kaitan antara rangsangan dengan gerak balas. KONSEP PELAZIMAN KLASIK RANGSANGAN NUETRAL SEMULA JADI TERLAZIM GERAK BALAS SEMULA JADI TERLAZIM 2
  • 3.
    Pavlov juga menyifatkanbahawa pembelajaran yang berlaku melalui perkaitan ini dinamakan pelaziman dan pembelajaran yang berlaku akibat dua rangsangan ini dikenali sebagai pelaziman klasik. Menurut Noriati, Boon dan Sharifah Fakhriah(2009), pelaziman klasik merupakan satu bentuk pembelajaran perkaitan melibatkan rangsangan neutral yang berkait dengan rangsangan semula jadi dan menghasilkan gerak balas yang serupa. Selain mengemukakan konsep rangsangan dan gerak balas, Pavlov juga mengemukakan konsep generalisasi, diskriminasi dan penghapusan yang boleh diaplikasikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. PENGHAPUSAN GENERALISASI DISKRIMINASI Contohnya, apabila guru memberikan arahan supaya murid mengangkat tangan, maka murid dengan cepat akan mengangkat tangannya. Arahan ialah rangsangan, manakala tindakan mengangkat tangan ialah gerakbalas. Hasil daripada kajiannya, Pavlov berpendapat bahawa pembelajaran boleh berlaku kesan daripada kaitan antara rangsangan dengan gerakbalas. Pembelajaran yang berlaku melalui perkaitan tersebut dinamakan sebagai pelaziman dan pembelajaran yang berlaku akibat dua ransangan ini dikenali sebagai pelaziman klasik. Pelaziman klasik ini termasuklah mengaitkan simbol-simbol dengan apa yang dilambangkan, mengaitkan nama dengan watak, mengaitkan istilah dan teknik di dalam 3
  • 4.
    fizik dengan apayang dimaksudkan atau mengaitkan tarikh dengan peristiwa (Sulaiman 1997). Eksperimen Pelaziman Klasik Pavlov Berdasarkan hukum perkaitan ini, Pavlov mencadangkan bahwa proses asas pembelajaran ialah pembentukan perkaitan antara RANGSANGAN (R) dan sesuatu GERAK BALAS (G). Pavlov cuba membuktikan teori pembelajaran ini dengan menjalankan kajian ke atas anjing (lihat peralatan eksperimen di sebelah). Dia dapati bahawa apabila anjing melihat bekas dengan makanan, air liur haiwan itu keluar. Dia membuat kesimpulan bahawa anjing tersebut telah 'belajar' mengaitkan bekas makanan yang dilihat dengan makanan yang akan diberikan kelak. Pavlov melanjutkan kajiannya dengan menguji hipotesis bahawa sesuatu organisme boleh diajar bertindak dengan pemberian sesuatu rangsangan. Sebelum Pelaziman RTT (makanan) >>>>>>> GTT (keluar air liur) RT (loceng) >>>>>>> Tak ada GT (air liur tidak keluar) Semasa Pelaziman RT (loceng) + RTT (makanan) >>>>> GTT (keluar air liur) Selepas Pelaziman RT (loceng) >>>>>>>>> GT (keluar air liur) 4
  • 5.
    Eksperimen Teori IvanPavlov terhadap seekor anjing Kesimpulan kajian Pavlov ialah: 1. Penguasaan (Acquisition) Penguasaan atau bagaimana organisme mempelajari sesuatu gerakbalas atau respons baru berlaku berperingkat-peringkat.Lebih kerap organisma mencuba,lebih kukuh penguasaan berkenaan. 2. Generalisasi(Generalisation) Pavlov menggunakan bunyi loceng yang berlainan nada,tetapi anjing masih mengeluarkan air liur.Ini menunjukkan bahawa organisme telah terlazim dengan sesuatu rangsangan tak terlazim (RTT) juga akan menghasilkan gerak balas terlazim (GT=air liur) walaupun rangsangan itu berlainan atau hampir sama. 3. Diskriminasi (Discrimination) Pavlov mendapati bahawa apabila dia menukar nada bunyi loceng,anjing masih mengeluarkan air liur.Apabila nada jauh berbeza daripada bunyi asal,anjing itu tidak mengeluarkan air liur. Ini menunjukkan bahawa organisme berkenaan dapat membezakan atau mendiskriminasi antara rangsangan yang dikemukakan dan memilih untuk tidak bertindak atau bergerak balas. 4. Penghapusan (Extinction) Sekiranya sesuatu rangsangan terlazim (loceng) tidak diikuti dengan rangsangan tak terlazim (makanan), lama-kelamaan organisme itu tidak akan bertindak balas.Gerak balas berperingkat-peringkat terhapus. 5
  • 6.
    IMPLIKASI TEORI PAVLOVKE ATAS PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN Teori ini dapat meningkatkan kesedaran gurutentang rangsangan dan gerakbalas mempunyai kaitan yang boleh dilazimkan atau dipelajari.Kaitan antara rangsangan dengan gerakbalas dapat diperkukuhkan melalui latihan. Semakin kerap rangsangan itu dikaitkan dengan sesuatu gerakbalas, semakin kukuh gerakbalas terlazim itu. Contohnya, apabila guru memberi pujian (rangsangan) setiap kali murid mendapat hasil yang baik (gerakbalas), maka gerakbalas itu menghasilkan sesuatu yang baik dan berterusan. Dalam pembelajaran, penghapusan boleh berlaku jika peneguhan tidak diberikan. Ini bermakna, sekiranya sesuatu tingkahlaku tidak diperkukuhkan melalui ganjaran, tingkahlaku itu mungkin akan terhapus begitu sahaja. Konsep pemulihan serta-merta juga dapat membantu seseorang guru meningkatkan keberkesanan pembelajaran. 6
  • 7.
    Tokoh J.B. Watson-(1878-1958) Eksperimen ke atas Little Albert Kajian Watson pula banyak dipengaruhi oleh Teori Pelaziman Klasik Pavlov dan berasaskan tingkah laku haiwan. Eksperimen beliau dikenali sebagai Model Pelaziman Klasik Watson yang menggunakan seorang bayi berumur 9 bulan bernama Albert dan seekor tikus putih. Albert pada mulanya tidak menunjukkan perasaan takut pada tikus itu tetapi apabila satu bunyi yang kuat dikeluarkan semasa Albert mendekati tikus tersebut, dia mula menjadi takut. Situasi ini diulangi beberapa kali sehingga menimbulkan perasaan takut Albert terhadap tikus tersebut. Hasilnya,Albert telah mempelajari tingkah laku takut kepada semua benda putih yang berbulu. Menurut Watson, tingkah laku adalah refleks terlazim iaitu sesuatu gerakbalas yang dipelajari melalui proses pelaziman klasik. Selain tingkah laku, Watson turut menjalankan kajian terhadap pembelajaran emosi manusia. Menurut beliau,manusia mewarisi tiga jenis emosi semula jadi iaitu takut, marah dan kasih sayang. Emosi manusia atau perubahannya dipelajari melalui proses pelaziman. Dikenali sebagai pelaziman instrumental yang merupakan satu bentuk pembelajaran yang melibatkan kesan akibat tingkah laku seterusnya diulangi, diteruskan atau dihentikan (Noriati, Boon dan Sharifah Fakhriah, 2009). 7
  • 8.
    Tokoh E.L. Thorndike(1874-1949) Mengikut Thorndike, pembelajaran merupakan suatu rangkaian yang terikat iatu pembentukan dan pengukuhan rangkaian saraf di antara situasi dengan gerak balas. Ransangan mempengaruhi organism maka itu sesuatu gerak balas bolak dijangkakan berlaku. Ikatan R-G boleh dianggap sama ada sebagai keadaan fizikal atau sebagai perhubungan yang wujud di antara satu situasi tertentu dengan kebolehan individu untuk bergerak balas kepadanya. Hukum pembelajaran Thorndike adalah dinyatakan dalam bentuk mudah- pindaan saraf dan rangkaian saraf. Keterangan R-G mengenai pembelajaran meliputi sebarang jenis pembelajaran. Dalam erti kata teori ini, beberapa faktor penting dalam pembelajaran ialah kesediaan saraf, ketertiban masa, rasa milik dan memuaskan pengalaman. Manakala hukum asas mengenai pembelajaran seperti yang difikirkan oleh Thorndike adalah pada umumnya dibahagiakan kepada tiga iaitu: i. Hukum kesediaan, latihan dan kesan. Prinsip kesediaan yang dinyatakan oleh Thorndike sebagai: a) Apabila satu unit pengaliran sudah sedia untuk mengalir, maka pengalirannya adalah memuaskan, tiada suatu yang dibuat untuk mengubah tindakkannya itu. b) Bagi sesuatu unit pengaliran yang sudahh sedia ada untuk mengalir dan kalau tidak mengaliradalah menyusahkan, dan meransang apa jua gerak balas yang disediakan oleh alam semula jadi yang berkaitan dengan kekurangan yang menyusahkan tadi. c) Apabila satu unit pengaliran tidak bersedia untuk pengaliran, dan dipaksa mengalir, maka pengalirannya adalah menyusahkan. ii. Hukum latihan melibatkan pertalian antara ransangan dengan gerak balas dan akan bertambah kukuh jika latihan diadakan. Sebaliknya, (iiatu tindakan mengulang) tidak dijalankan, maka pertalian antara ransangan dengan gerak balas akan bertambah lemah. iii. Hukum kesan pula menyatakan bahawa pertalian antara ransangan dengan gerak balas akan bertambah kukuh jika terdapat kesan yang menyeronokkan selepas terhasilnya tindak balas. Kesan yang menyakitkan pula akan melemahkan pertalian antara ransangan dan gerak balas. Namun demikian, teori ini mempunyai banyak kelemahan. Pertama, konsep tentang perkara yang memuaskan atau menyakitkan amat subjektif dan susah diukur. 8
  • 9.
    Kedua, sukar untukmenetapkan jenis ikatan dan gerak balas yang hendak dibentuk atau dihapuskan. Ciri-ciri setiap ikatan perlu diketahui sejak awal lagi. Seterusnya ialah, teori ini sukar dikaitkan dengan pengajaran perkara yang abstark dan kreativiti, imaginasi atau keindahan bahasa. Eksperimen Thorndike Eksperimen "Cuba Jaya" Thorndike yang dilakukan ke atas seekor kucing Thorndike menjalankan berbagai eskperimen dengan menggunakan suatu alat yang direka bentuk dan dipanggil 'puzzle box.' Manakala Pavlov menggunakan anjing, Thorndike kerap menggunakan kucing. Dia mengurung seekor kucing yang lapar dalam puzzle box yang mempunyai kunci. Jika kucing itu akan cuba dengan mencakar peti itu dan jika ia berjaya menekan kunci peti itu, pintu akan terbuka dan kucing itu akan dapat keluar ke arah makanan yang disediakan. Thorndike telah perhatikan behawa kucing itu telah melakukan bermacam-macam tindakan (proses cuba-jaya) untuk keluar hinggalah haiwan itu tertekan kunci dan pintu terbuka. Masa yang diambil oleh kucing itu untuk membuka pintu puzzle box dicatat. Beberapa jam kemudian kucing yang lapar itu dimasukkan ke dalam peti yang sama. Kali ini, haiwan itu berjaya menekan kunci pintu dalam masa yang lebih singkat berbanding dengan percubaan pertama. Kucing itu dikatakan telah menguasai atau belajar. Iaitu, organisme itu telah mempelajari gerak balas yang betul untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi. 9
  • 10.
    Kajian tentang tingkahlaku haiwan. Teori Pelaziman Operan Thorndike turut dikenali sebagai teori cuba-jaya (trial and error). Melalui kajiannya, seekor kucing dimasukkan ke dalam sebuah sangkar dengan makanan diletakkan di luarnya, beliau mendapati kucing tersebut telah melakukan beberapa percubaan untuk keluar dari sangkar. Pembelajaran ini dikenali sebagai pembelajaran “cuba jaya”. Melalui pembelajaran ini, kucing tersebut melakukan pelbagai reaksi sehingga terpijak selak pintu dan sangkar itu terbuka. Kucing tersebut akan keluar untuk mendapatkan makanan.Apabila dimasukkan ke dalam sangkar semula, kucing tersebut melakukan lagi beberapa percubaan untuk keluar dari sangkar tersebut.Perhubungan antara rangsangan dengan gerak balas ini mewakili konse ppembelajaran. Perhubungan ini berlaku berdasarkan bilangan kali latihan, keadaan kesediaan individu dan keberkesanan latihan. Thorndike menyarankan,pembelajaran manusia dikawal oleh hukum tertentu, yang disebut sebagai hokum pembelajaran yang terbahagi kepada tiga iaitu hukum kesediaan, hukum latihan dan hukum kesan. Mook Soon Sang (2002) mentakrifkan Hukum Kesediaan sebagai keupayaan persiapan individu di dalam kendirinya untuk memulakan sesuatu aktiviti pembelajaran. Menurut beliau, Hukum Latihan menyatakan bahawa semakin banyak latihan yang tertentu dijalankan, semakin kukuh ikatan atau asosiasi gerakbalas yang tertentu dengan rangsangan yang berkaitan. Tokoh B.F. Skinner (1904-1990 Beliau mengutarakan juga Teori Pelaziman Operan. Kajian dijalankan menggunakan Kotak Skinner. Seekor tikus yang sedang melompat-lompat disekeliling kotak tiba-tiba tertekan butang yang akan mengeluarkan seketul makanan.Tanpa membuang masa tikus itu akan mengulangi menekan butang tersebut untuk mendapatkan makanan. Menurut pendapat Amir Awang (1986), mengikut Pelaziman Klasik, murid akan menjadi pasif kerana ganjaran diberikan kepadanya bukan atas usahanya mendapatkan ganjaran tersebut. Manakala mengikut Pelaziman Operan, pelajar bertindak aktif kerana ganjaran diperoleh dengan cara berusaha sendiri. Skinner 10
  • 11.
    memperkenalkan lima jenisproses Teori Pelaziman Operan iaitu peneguhan positif,peneguhan negatif, dendaan, prinsip Premack dan pelupusan. Peristiwa Awal Rangsangan luaran yang menyebabkan kita untuk (Antecedents) bertindak. Tingkah laku (Behavior) Untuk ahli behavioris, tingkah laku dibahagikan kepada dua kategori, yang diingini atau yang tidak diingini. Ahli Behavioris juga berpendapat, persepsi ialah segala-galanya. Kesan akibat Kesan akibat ialah motivasi yang akan menentukan (Consequences) sama ada meningkatkan atau menurunkan kemungkinan sesuatu gerak balas berulang semula. Pembelajaran dan perubahan tingkah laku Menurut beliau,dalam teori pelaziman operan, gerak balas boleh diulangi atau dihapuskan jika diberikan peneguhan sejurus selepas gerak balas ditunjukkan. Tingkah Tingkah laku/tindakan Kesan tindakan Teknik Kesan tingkah laku awal Laku Rawak Tertekan suis tuil Makanan keluar Peneguhan Diteruskan Terlazim Menekan suis tuil Makanan keluar Peneguhan Diteruskan Terlazim Menekan suis tuil-Makanan keluar Peneguhan Diteruskan lampu menyala positif Terlazim Menekan suis tuil-Makanan tidakPeneguhan Tidak diteruskan lampu tidak menyala keluar negatif Terlazim Menekan suis tuil-Makanan tidakHukuman Tidak diteruskan kejutan elektrik keluar EKSPERIMEN TIKUS PUTIH SKINNER Implikasi Teori Behavioris Terhadap Pengajaran dan Pembelajaran Teori ini menekankan peranan persekitaran dalam proses pembelajaran. Matlamat yang spesifik perlu ditetapkan dan dinyatakan dengan jelas oleh guru supaya proses pengajaran dan pembelajaran boleh dicapai dengan berkesan. Di dalam setiap 11