SlideShare a Scribd company logo
1
Nama : Sherly Jewinly
Nombor K/P :
Tarikh Lahir : 22 September 1995
Alamat : Ranau, Sabah
Kelas : 4 PISMP RBT Ambilan
Jun 2014
Nama Ibu :
Nama Ayah :
E-Mail : Sherlyjewinly@gmail.com
Nombor
Telefon
:
BIODATA
2
ISI KANDUNGAN
NOMBOR ISI KANDUNGAN MUKA SURAT
1 Biodata 1
2 Isi Kandungan 2
3 Penghargaan 3
4 Pendahuluan 4
5 Tugasan 1 5 - 15
6 Dapatan/Lampiran 16 - 19
7 Refleksi 20 - 22
8 Bibliografi 23
3
PENGHARGAAN
Bersyukur ke atas ilahi dengan limpahan rahmat serta nikmat masa,nyawa tenaga yang
dianugerahkan kepada saya dapat juga saya menyiapkan tugasan ini dengan jayanya.
Pertamanya, saya ingin mendedikasikan ucapan penghargaan ini kepada
pensyarah kursus Teknologi dalam Pengajaran dan Pembelajaran, Dr Ma Hamsiatus
Sa’diah binti Kamaruddin kerana dengan tunjuk ajar serta bimbingan daripadanya,
membuka ruang untuk saya menyiapkan tugasan ini dengan jayanya.
Saya juga ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada ibu
bapa saya yang memberi saya pemudahcara untuk menyiapkan kerja kursus ini.
Mereka telah memberikan saya segala kemudahan dan sokongan moral yang tidak
terhingga berjaya saya berjaya menghabiskan tugasan ini.
Ucapan penghargaan ini juga saya tujukan kepada rakan-rakan yang banyak
memberi peringatan terhadap setiap apa yang saya telah alpa. Mereka membantu saya
dengan menjawab setiap pertanyaan yang saya utarakan kepada mereka.
Akhir madah, saya mengucapkan terima kasih kepada mereka yang terlibat
secara lansung atau sebaliknya dalam pelaksanaan kerja kursus ini.Terima kasih
4
PENDAHULUAN
Kami telah diberi tiga tugasan dalam kerja kursus ini. Dalam tugasan pertama ini,
kami dikehendaki untuk melaksanakan penulisan akademik mengenai pengurusan
grafik. Dalam tugasan ini, kami diminta untuk menjelaskan dengan terperinci prinsip dan
model rekabentuk pengajaran dalam teknologi pendidikan, mengaplikasikan konsep,
prinsip-prinsip dan model reka bentuk pengajaran.
5
TUGASAN 1
1.0 Pengenalan
Reka bentuk pengajaran (RP) sering dikaitkan dengan pembinaan pengajaran
(PP). Pembinaan RP dan PP merupakan persediaan untuk menjadikan proses
pengajaran dan pembelajaran (PdP) berjalan lancar. RP melibatkan tugas guru
merancang, memilih dan menilai media pengajaran. Bagi melaksanakan tugasan-
tugasan itu, guru bolehlah mengaplikasikan beberapa model reka bentuk pengajaran
yang sesuai ( Norasiah,Nor Risah dan Rosnah , 2013).
2.0 Konsep dan Prinsip
Menurut (Dick & Reiser, 1989), reka bentuk pengajaran ialah satu proses yang
bersistematik untuk mereka bentuk, membangun, melaksana dan menilai pengajaran.
Menurut (Richey, 1986) pula reka bentuk pengajaran ialah mencipta spesifikasi
pengajaran dengan terperinci untuk pengembangan, penilaian dan penyelenggaraan
suatu keadaan yang boleh memudahkan pembelajaran sesuatu unit pelajaran.
Manakala Menurut (Gustafson, 1991) pula, reka bentuk pengajaran ialah Reka bentuk
pengajaran ialah satu pendekatan sistematik bagi seluruh proses pengajaran yang
melibatkan proses mereka bentuk, membina, menilai dan menggunakannya.
Menurut Richey (1986) pula, terdapat 6 elemen asas reka bentuk pengajaran iaitu :
i. Menentukan keperluan murid
ii. Menentukan matlamat dan objektif
iii. Membina prosedur penilaian
iv. Mereka bentuk & memilih strategi penyampaian
v. Mencuba sistem pengajaran
vi. Menilai keseluruhan sistem
6
Kepentingan reka bentuk pengajaran adalah untuk mewujudkan pengajar yang
kompeten dan menghasilkan pengajaran yang berkesan kerana pengajaran yang
berkesan membolehkan murid memperoleh kemahiran, pengetahuan dan sikap
yang diharapkan. Pengajaran yang dirancang dengan teliti dan lengkap membantu
mewujudkan keyakinan, kepercayaan dan perasaan hormat murid terhadap
pengajar sekaligus membantu pembinaan disiplin yang positif ( Norasiah,Nor Risah
dan Rosnah , 2013).
2.1 Model Reka Bentuk Pengajaran ASSURE
Model Reka Bentuk Pengajaran ASSURE dibangunkan oleh Heinich dan rakan-
rakannya (1982) bertujuan untuk menyediakan panduan merancang dan
mengendalikan pengajaran yang memerlukan penggunaan media.
Model ASSURE mengandungi 6 langkah iaitu:
i. A : Analyse learner (analisis murid)
ii. S : State objective (nyatakan objektif)
iii. S : Select method, media & materials (pilih kaedah, media dan bahan)
iv. U : Utilise media & materials ( gunakan media dan bahan)
v. R : Require learner participation (dorong penglibatan murid)
vi. E : Evaluate and revise (nilai dan semak)
Analisis Murid
Penggunaan bahan atau media perlulah bersesuaian dengan ciri-ciri murid, kandungan
pelajaran, kaedah, media dan bahan pembelajaran itu sendiri.
3 perkara penting perlu dilakukan untuk menganalisis:
i. Ciri-ciri umum
ii. Kompetensi khusus peringkat masuk
iii. Stail pembelajaran
Ciri-ciri umum:
a. Deskripsi tentang umur, tahap/tingkatan, latar belakang sosio ekonomi
7
b. Ini menjadi asas untuk pemilihan media
Kompetensi khusus peringkat masuk:
a. Pengetahuan dan kemahiran sedia ada murid tentang tajuk
Stail pembelajaran:
a. Berkaitan stail - verbal, logikal, visual, muzik, kinestatik, interpersonal,
intrapersonal
Nyatakan Objektif
i. Objektif isi pelajaran perlu disentuh secara ringkas untuk memaklumkan apakah
yang sepatutnya dipelajari.
ii. Murid bersedia untuk mengalami perubahan pengetahuan , sikap dan kemahiran
Pilih Kaedah, Bahan, dan Media
i. Terdapat 3 langkah dalam pemilihan:
- Menentukan kaedah yang sesuai dengan topik pembelajaran
- Memilih media yang sesuai untuk melaksanakan kaedah yang dipilih
- Memilih, mengubahsuai atau mereka bentuk media yang telah ditentukan
ii. Memilih kaedah:
-Kepelbagaian kaedah pengajaran (simulasi, demonstrasi, latihan)
Perlu berkait rapat dengan objektif, kandungan pelajaran dan sasaran murid
iii. Memilih media perlulah bedasarkan aspek:
- Sepadan dengan kurikulum
- Maklumat yang jelas dan tepat
- Menarik minat dan mencetuskan motivasi
- Menggalakkan penglibatan murid
- Kualiti yang baik
- Tidak bias
- Mempunyai panduan penggunaan
iv. Mereka bentuk media:
-Jika kita gagal untuk memilih media yang sesuai, adalah penting untuk
mengubahsuai media yang sedia ada berdasarkan:
8
a. Objektif
b. Murid
c. Kos
d. Kepakaran teknikal
e. Peralatan
f. Fasiliti
g. Masa
Gunakan Media
Terdapat lima langkah bagi penggunaan media secara baik:
i. Pribiu (preview) bahan
ii. Sediakan bahan
iii. Sediakan persekitaran
iv. Sediakan murid
v. Sediakan pengalaman pembelajaran
Libatkan Murid
Untuk memastikan bahawa proses pembelajaran berlaku, murid perlu dilibatkan dalam
aktiviti pembelajaran seperti membuat latihan, perbincangan, latih tubi, kuiz, projek dsb.
Kegiatan pengukuhan seperti pengukuhan serta merta, diberi selepas memberi tindak
balas yang betul
Nilai & Semak
Penilaian ialah proses membuat pertimbangan nilai tentang sesuatu perkara.
Keputusan penilaian akan mempengaruhi keputusan yang diambil terhadap perkara
yang dinilai. Berlaku sepanjang proses pengajaran, iaitu sebelum, semasa dan selepas
pengajaran.
Penilaian melibatkan aspek:
i. Pencapaian murid
ii. Pembelajaran yang dihasilkan
iii. Menilai media dan kaedah
9
iv. Kualiti media
v. Penggunaan guru dan
vi. Penggunaan murid
Secara umumnya, pencapaian murid dibahagikan kepada;
i. Prestasi murid berdasarkan rujukan kriteria
ii. Prestasi murid dalam aspek kemahiran
iii. Sikap murid
Menilai Kaedah Dan Media
Ciri-ciri yang ditetapkan dalam aspek ini ialah:
i. Adakah media berkesan?
ii. Bolehkah dipertingkatkan?
iii. Adakah ia berguna?
iv. Adakah ia membantu murid mencapai objektif?
v. Adakah ia mencetuskan minat murid?
vi. Adakah ia melibatkan murid secara aktif?
Selain daripada itu penggunaan senarai semak dan soal selidik boleh dilakukan melalui:
i. Perbincangan dengan kelas
ii. Temubual dengan setiap individu
iii. Pemerhatian
Semua penilaian di atas melibatkan 2 peringkat:
i. Penilaian formatif
ii. Penilaian sumatif
1.2 Grafik
Perkataan grafik sebenarnya berasal dari Greek ³graphikos´ bererti lukisan.
Secaraamnya grafik didefinisikan sebagai sebuah lukisan, gambar atau huruf yang
dihasilkandengan menggunakan media tertentu seperti pen, pensel, berus dan
sebagainya. Grafik juga merupakan penggabungan antara gambar-gambar, lambang-
lambang, simbol-simbol, huruf,angka, perkataan, lukisan, lakaran yang dijadikan satu
10
media. Ia bertujuan untuk memberi konsep dan idea yang sukar diterangkan dengan
teks dari pengirim kepada sasarannya dalam proses menyampaikan maklumat (Chan
Hon Woon,1997). Wittich dan Schuller (1973) mengatakan bahawa grafik terdiri
daripada bahan visual yang meringkaskan penerangan dan penilaian tertentu menerusi
gabungan penggunaan lukisan, perkataan, lambang dan gambar-gambar. Kanak-kanak
biasanya tertarik terhadap bahan grafik yang ditunjukkan. Ini dapat mewujudkan
suasana pembelajaran yang positif.
Grafik penting untuk menyediakan bahan-bahan pandangan (visual) yang sangat
penting untuk menyampaikan sesuatu mesej tertentu dengan jelas. Pemahaman asas
grafik membolehkan seseorang guru menghasilkan bahan bantu mengajar yang efektif.
Keistimewaan objek grafik ialah ia mudah difahami oleh ramai orang walaupun
menghadapi halangan bahasa komunikasi yang berbeza. Bahan grafik yang berkesan
mendorong interaksi yang aktif di dalam bilik darjah dan mewujudkan suasana
pembelajaran yang menyeronokkan dan mencabar.
Sesuai dengan perkembangan teknologi terkini, media elektronik telah digunakan
secara meluas dalam menghasilkan pelbagai jenis grafik. Grafik ini disebut sebagai
grafik multimedia merujuk kepada sebarang hasil kerja grafik yang dihasilkan
menggunakan sama ada pekakasan ataupun perisian komputer. Penggunaan teknologi
grafik multimedia semakin berkembang pesat dan digunakan secara meluas dalam
bidang pendidikan. Guru dan murid mendapat banyak manfaat bagi mendapatkan grafik
yang diperlukan didalam tugas masing-masing
Penggunaan grafik atau infografik dalam PdP meningkatkan motivasi murid untuk
belajar, mewujudkan suasana pembelaran yang pelbagai, menarik perhatian murid
yang berkebolehan pelbagai, menggalakkan penyertaan murid secara aktif,
meneguhkan pembelajaran tanpa membosankan, meluaskan skop pengalaman murid,
dan menjamin pemikiran yang teratur dan berkesinambungan.
11
3.0 Perbincangan Pengurusan Penggunaan Media Grafik dalam PdP Berasaskan
Model ASSURE
Analisis Murid
Analisis ciri umum pelajar seperti peringkat umur, tahap persekolahan, tahap
kemahiran intelektual, stail pembelajaran dan sebagainya perlu dilakukan terlebih
dahulu sebelum sesuatu media dipilih dan digunakan. Murid dapat dianalisis
berdasarkan aspek-aspek berikut:
1. Ciri-ciri umum murid.
2. Pengetahuan dan pengalaman sedia ada.
3. Gaya belajar
Ciri umum murid-murid termasuklah umur, tahun, kelas, aliran, jantina,
penempatan/daerah/kawasan, budaya dan sebagainya. Pengetahuan sedia ada yang
ada pada murid-murid harus dikenalpasti terlebih dahulu juga agar guru tahu media
grafik yang sesuai digunaka. Guru boleh mengenal pasti pengetahuan sedia ada murid-
murid melalui sesi soal jawab di dalam kelas. Di samping itu juga, apabila guru sudah
ada maklumat tentang pengetahuan dan pengalaman murid dalam topik yang akan
dipelajari, ini akan mudahkan guru untuk memilih pengisian sumber pembelajaran dan
kaedah yang sesuai yang akan digunakan. Misalnya, dalam pengajaran tersebut guru
menggunakan video.
Setiap murid mempunyai gaya pembelajaran mereka yang tersendiri.
Pengetahuan tentang gaya pembelajaran murid dapat membantu guru merancang
pengajaran dan pembelajaran yang efektif dan lancar. Gaya pembelajaran individu
mempengaruhi cara individu memproses maklumat, membentuk persepsi merupakan
faktor motivasi dan tingkah laku belajar. Oleh itu guru akan tahu keperluan murid dan
boleh menyediakan media grafik yang sesuai bagi memudahkan proses PdP.
12
Menyatakan Objektif
Langkah seterusnya adalah menentukan objektif atau hasil pembelajaran yang
ingin dicapai.Menurut Ee Ah Meng (1997), objektif pengajaran pembelajaran
menentukan arah dan tahap pencapaian murid-murid dalam bilik darjah.Oleh itu,objektif
yang dinyatakan oleh guru mestilah realistik, iaitu tidak terlalu tinggi sehinggakan sukar
untuk dicapai. Nicholson (1996) di dalam artikelnya menyatakan bahawa penetapan
objektif bagi sesuatu pengajaran amat perlu bagi memastikan keberkesanan semasa
pengajaran dan pembelajaran. Yusuf (2006) menyatakan objektif haruslah berdasarkan
peringkat prestasi atau hasilan yang ingin dicapai. Sebelum memulakan proses
pengajaran dan pembelajaran, guru menyatakan objektif atau hasil pembelajaran
terlebih dahulu sebagai persediaan. Dengan itu, guru dapat menyediakan media
pembelajaran dan kaedah penyampaian yang sesuai. Dalam objektif pembelajaran ia
merangkumi empat aspek iaitu :
1. Siapakah yang hendak dicapai? (Kumpulan sasar)
2. Apakah yang hendak dicapai? (Apakah bentuk pelakuan baru)
3. Bagaimana hendak dicapai? (Apakah syarat pelakuan)
4. Apakah tahap pencapaian minimum? (standard pencapaian)
Oleh itu, guru perlulah memastikan media grafik yang ingin digunakan dalam PdP dapat
memastikan objektif yang ditentukan dapat dicapai dengan lebih mudah
Memilih Kaedah, Media dan Bahan
Memilih bahan sama ada menepati kehendak dan keperluan objektif atau
mengubahsuai bahan multimedia agar menepati objektif, ciri-ciri pelajar dan
pendekatan yang akan digunakan serta kekangan yang mungkin dihadapi sesuai
dengan objektif pembelajaran. Dalam pengajaran yang baik, guru memilih media,
kaedah dan bahan sumber yang dibuat secara sistematik dan terancang. Pemilihan
media juga mesti bersesuaian dengan topik dan objektif pengajaran.pengajaran dan
13
sesuai dengan ciri-ciri dan saiz kumpulan sasaran; iaitu kumpulan besar,kumpulan
sederhana dan individu. Dalam proses memilih media ini, terdapat 2 elemen penting
yang perlu dipertimbangkan iaitu media grafik dan teks. Berikut merupakan panduan
menggunakan elemen teks dan grafik dalam PdP berasaskan model Assure:
Panduan menggunakan elemen teks:
i. Pastikan teks yang digunakan ringkas tetapi padat.
ii. Gunakan ‘font’ yang bersesuaian.
iii. Pastikan teks boleh dibaca dari jarak yang sesuai.
iv. Pemilihan stail tulisan dan warna teks bersesuaian dengan kumpulan
sasaran dan suasana persembahan.
v. Pastikan ‘font’ yang digunakan sedia ada pada sistem komputer lain.
Panduan menggunakan elemen grafik:
i. Pilih grafik yang bersesuaian dengan kumpulan sasaran.
ii. Pilih grafik yang tidak menyentuh sensitiviti kaum atau agama.
iii. Pilih kategori grafik yang sesuai dengan keperluan tugas.
iv. Pilih kedalaman warna yang bersesuaian dengan keperluan aplikasi.
v. Gunakan spesifikasi grafik yang boleh digunakan tanpa masalahpada sistem
berkeupayaan rendah.
Menggunakan Media dan Bahan
Guru harus terlebih dahulu mengadakan pratonton media tersebut sama ada
manual penggunaanya, laporan, lampiran atau melihat sendiri sama ada melalui
paparan komputer atau membaca teksnya supaya sesuai dengan objektif
pembelajaran. Tindakan yang perlu dilakukan oleh guru bagi memastikan media dan
bahan sumber pengajaran dan pembelajaran (PdP) dimanfaatkan sepenuhnya di dalam
kelas. Seterusnya ialah sediakan media grafik untuk penggunaan dalam kelas. Pastikan
media grafik yang digunakan sesuai dengan murid dengan memastikan murid dapat
14
melihat dan memahami dengan jelas apa yang dipaparkan. Pastikan juga media grafik
yang digunakan tidak menyetuh isu-isu sensitif. Persekitaran yang sesuai untuk
penggunaan harus disediakan. Menyediakan persekitaran yang sesuai merujuk kepada
penyusunan media agar mudah dicapai, diambil atau dilihat. Sebagai contoh,
persembahan power point yang disediakan perlulah jelas dan terang apabila
dipancarkan menggunakan projektor LCD. Sebelum itu guru perlu memastikan bahawa
projector LCD berfungsi dengan baik dan dapat digunakan sepanjang sesi PdP
berlangsung. Seterusnya, keadaan kelas juga perlu dititiberatkan. Pastikan keadaan
kelas berada dalam keadaan bersih, teratur dan selesa. Hal ini adalah kerana keadaan
seumpama itu akan mempengaruhi konsentrasi murid semasa PdP berlangsung.
Kemudian, sediakan murid untuk mendapat manfaat daripada bahan sumber. Sediakan
murid untuk pengalaman pembelajaran sama pentingnya dengan menawarkan
pengalaman pembelajaran yang merangsangkan. Induksi yang terancang dan
memotivasikan dapat menimbulkan rasa ingin tahu pelajar untuk terus belajar. Menurut
Ausubel, pelajar boleh disediakan untuk menerima maklumat baharu dengan membuka
minda mereka dengan advance organizer, iaitu memberikan gambaran menyeluruh
berkaitan isi pelajaran yang akan dipelajari. Setelah itu, sediakan pengalaman
pembelajaran bagi murid.Bagi menyediakan pengalaman pembelajaran, guru
hendaklah berjaya memilih kaedah dan teknik penyampaian yang sesuai contohnya
menggunakan powerpoint yang dipancarkan melalui projektor LCD menerusi komputer.
Memerlukan Penyertaan Pelajar
Guru haruslah menyediakan media grafik yang menarik dari segi bentuk dan
warna bagi menarik minat murid agar mereka menyertakan diri dalam aktiviti PdP
dengan aktif kerana media pengajaran yang baik membolehkan penyertaan respon
murid dalam berinteraksi dengan bahan yang disediakan serta mendapatkan
maklumbalas. Penglibatan murid boleh berlaku secara individu atau berkumpulan. Guru
juga haruslah memastikan media grafik tersebut mampu meransang dan
memotivasikan murid untuk belajar dan melibatkan diri dalam aktiviti PdP yang
dijalankan di dalam kelas.
15
Menilai dan Mengulangkaji
Menurut Heinich, 1982, penilaian perlu dibuat secara berterusan dan bersepadu
serta menyeluruh pada semua peringkat untuk memberi gambaran sejauh mana
keberkesanan media yang dipilih terhadap prestasi pelajar serta bertepatan dengan
objektif atau hasil pembelajaran yang dikehendaki. Penilaian pembelajaran boleh dibuat
dalam pelbgai bentuk. Bentuk penilaian pembelajaran terbahagi kepada dua iaitu
penilaian formal dan penilaian informal. Penilaian formal merujuk kepada ujian.
Pernilaian informal dibuat melalui hasil kerja pelajar, pemerhatian, soal jawab, aktiviti
kumpulan, pembentangandan seumpamanya.
4.0 Rumusan
Guru-guru di Malaysia telah mengenali kaedah-kaedah pengajaran serta teori-teori
pembelajaran. Melalui rekabentuk pengajaran guru-guru dapat membuat asimilasi
beberapa kaedah-kaedah pengajaran yang telah dianalisis mengikut kehendak murid.
Seterusnya guru-guru akan mengaplikasikan rekabentuk kaedah pengajaran yang telah
diasimilasi dan membangunkan media-media yang khusus yang dapat membantu murid
memajukan diri. Penggunaan model ASSURE dalam menggunakan media grafik dalam
PdP sebenarnya dapat membantu guru mencipta kaedah pengajaran dan pembelajaran
yang lebih dinamik berbanding kaedah pengajaran tradisional. Model ASSURE bukan
sahaja mudah untuk difahami, malahan mudah untuk diamalkan oleh guru dan murid.
Dengan menggunakan model ini dalam pemilihan media yang berkesan seperti media
grafik, sudah tentu pencapaian murid akan lebih memuaskan.
16
Rancangan Pengajaran Harian
Mata Pelajaran : Reka Bentuk Dan Teknologi
Tarikh : 29 April 2015
Masa : 2.30 – 3.00 petang
Kelas : 5 Cemerlang
Bilangan Murid : 20
Tema : Masakan
Tajuk : Menyediakan Sandwich Sardin
Kemahiran : Menyediakan makanan dengan bersih
Pengetahuan Sedia Ada : Murid pernah melihat ahli keluarga mereka menyediakan
sandwich di rumah.
Standard Kandungan : Menyediakan makanan dengan kaedah yang betul
Standard Pembelajaran : Cara penyediaan
Objektif Pembelajaran : Pada akhir proses pengajaran dan pembelajaran ini, murid
dapat:
i. Menyediakan sandwich sardin dengan sendiri
ii. Menyatakan bahan-bahan yang digunakan untuk
membuat sandwich sardine (Model ASSURE, Model
Dick dan Reisser)
LAMPIRAN
ANALISIS MURID
NYATAKAN
OBJEKTIF
17
Pentaksiran Berasaskan :
Sekolah (PBS)
Tabiat Berfikir (HOM) / : Menghubung kait isi pelajaran dengan pengalaman lampau
KBAT Membina pemahaman dan pengetahuan baru berdasarkan
pengalaman sedia ada
Elemen Merentas Kurikulum : Pendidikan Moral dan Pendidikan Kesihatan
Penerapan Nilai : Mendengar arahan, berdisiplin, yakin diri dan kerjasama,
kebersihan
Bahan bantu mengajar : Gambar slaid powerpoint, analisis tugasan, roti, sardin,
timun, sudu, pinggan, tisu pengelap, sarung tangan
plastik PILIH KAEDAH,
MEDIA, BAHAN
18
Langkah/
Masa
Isi Pelajaran Aktiviti P&P Catatan
Set
Induksi
(4minit)
Tayangan gambar
jenis-jenis
sandwich
1. Guru memaparkan gambar jenis-jenis
sandwich
2. Murid dikaitkan tantang apa yang
akan dipelajari pada hari ini.
3. Murid diterangkan secara ringkas
tentang amalan kebersihan dalam
menyediakan makanan
BBM: Gambar
Langkah
1
(5minit)
Simulasi Membuat
Sandwich Sardin
1.Murid diterangkan langkah demi
langkah cara untuk membuat sandwich
sardin dengan menggunakan analisis
tugasan.
2.Guru melakukan simulasi cara untuk
menyediakan sandwich sardine.
Teknik :
Demonstrasi
Nilai :
Mendengar
arahan guru
BBM : Analisis
tugasan
Langkah
2
(10minit)
Amali 1. Murid dikehendaki datang ke depan
untuk mengambil bahan dan alatan.
2. Secara berpasangan, murid
dikehendaki menyediakan sandwich
sardin.
3. Murid harus meletakkan sandwich
yang telah siap ke atas pinggan.
Nilai :
Mendengar
arahan guru dan
yakin diri
BBM : Roti ,
sardin, timun,
sudu, pinggan
GUNA
MEDIA,BAHAN
DORONG
PENGLIBATAN
MURID
GUNA
MEDIA,BAHAN
19
Langkah
3
(4minit)
Makan secara tertib 1. Murid dikehendaki duduk di
kerusi masing-masing.
2. Salah seorang daripada murid
bangun untuk membacakan doa makan.
3. Murid makan bersama-sama.
Nilai :
Kerjasama,
mendengar
arahan guru
BBM :
Sandwich sardin
Langkah
4
(2 minit)
Mengemas 1. Murid dikehendaki memasukkan
sampah ke dalam bakul yang telah
disediakan
Nilai:
Kebersihan
Penilaian
(2 minit)
- Guru menanyakan kepada murid
tentang amalan kebersihan ketika
menyediakan makanan
KB : Mengingat
kembali
Nilai :
Berdislpin
Penutup
(3 minit)
Rumusan kognitif :
- rumusan isi
Pelajaran
Rumusan sosial :
- Nilai Murni
1.Murid disoal oleh guru tentang apa
yang telah dipelajari.
2.Murid diminta menerangkan kembali
langkah-langkah menyediakan
sandwich sardin
3.Murid diterapkan nilai berdikari dalam
kehidupan seharian.
4. Guru merumuskan isi pelajaran
Teknik :
Soaljawab
Nilai :
Mendengar
arahan guru
DORONG
PENGLIBATAN
MURID
NILAI DAN SEMAK
20
Pertama sekali saya sangat bersyukur kerana dapat saya menyiapkan tugasan
ini dengan jayanya dalam tempoh masa yang ditetapkan. Semasa menerima tugasan
ini, apa yang dapat saya gambarkan ialah halangan-halangan yang terpaksa saya
hadapi sama ada dari segi masa serta sumber rujukan. Namun setelah diberi
penerangan daripada pensyarah, saya dapat memahami cara untuk melaksanakan
kerja kursus ini dan ia memudahkan saya untuk merangka setiap proses untuk
melaksanakan tugasan ini. Sepanjang proses saya menyiapkan kerja kursus ini, saya
dapati bahawa setiap yang saya pelajari selama ini bukan mudah untuk difahami.
Sebagai contoh, sebelum ini, pemahaman saya mengenai model-model pengajaran.
Namun, setelah melaksanakan kerja kursus ini, saya kini dapat memahami dengan baik
jenis-jenis model tersebut.
Selain itu, saya juga dapat menguasai kemahiran berinteraksi dengan rakan-
rakan secara lisan dengan betul semasa berbincang dengan mereka untuk bertukar-
tukar pendapat dan idea bagi menjawab kehendak soalan tugasan 1. Sebelum ini,
kemahiran berkomunikasi saya agak kurang namun, setelah melaksanakan kerja
kursus Teknologi dalam Pengajaran dan Pembelajaran, saya dapat menguasai
kemahiran tersebut dengan baik. Semasa melaksanakan kerja kursus ini juga, saya
dapat menguasai komunikasi lisan dengan baik dan berkesan semasa berbincang dan
bertukar-tukar pendapat dengan pensyarah saya dan ini merupakan salah satu perkara
yang harus saya banggakan kerana sebelum melaksanakan kerja kursus ini, saya
kurang berkomunikasi secara lisan dengan pensyarah saya disebabkan oleh kurangnya
keyakinan komunikasi kerana di rumah saya dan ahli keluarga saya bertutur dalam
bahasa Dusun iaitu bahasa ibunda kaum saya.
Seterusnya, dalam usaha melaksanakan tugasan dalam kerja kursus ini, saya
kini lebih memahami tajuk-tajuk yang kami pelajari bagi kursus Teknologi dalam
Pengajaran dan Pembelajaran. Setelah melaksanakan kerja kursus ini, lebih yakin dan
lebih mengingati topik-topik yang dibincangkan semasa kuliah berlangsung kerana saya
dapat melakukan lebih banyak bacaan dan kajian mengenai topik-topik yang dipelajari
dalam kelas semasa kuliah berlangsung. Selain itu, saya juga tidak pernah menambil
REFLEKSI
21
kisah mengenai kursus Teknologi dalam Pengajaran dan Pembelajaran. Namun, dalam
masa melaksanakan kerja kursus ini, saya telah membaca sebuah artikel mengenai
jenis-jenis model pengajaran yang digunakan dalam kajian tindakan yang menguji
tahap pencapaian murid yang diajar menggunakan media pengajaran berbeza di dalam
kelas yang baik sekali yang sangat menarik hati. Kini , saya sangat tertarik dan
berminat untuk lebih mendalami kursus ini kerana saya tidak menyangka bahawa
kursus ini sebenarnya menarik. Stereotaip saya bahawa kursus ini membosankan dan
sukar ternyata silap kerana ia sebenarnya seronok untuk dipelajari.
Saya juga kurang memahami soalan kerja kursus yang telah diberikan. Namun,
atas tunjuk ajar dan bimbingan yang sangat berharga daripada pensyarah kesayangan
kami iaitu Dr. Ma Hamsiatus dan rakan-rakan sekelas saya, saya berjaya memahami
soalan dan dapat menyiapkan tugasan 1 kerja kursus ini dengan senang hati dan
gembira. Selain itu, pengalaman yang saya perolehi semasa mengumpul maklumat-
maklumat tentang tugasan yang diberi, sedikit sebanyak telah membantu saya
menambah pengetahuan dalam kursus ini disamping ingin menyiapkan kerja kursus.
Saya kini juga menyedari akan betapa pentingnya untuk menguasai kursus Teknologi
dalam Pengajaran dan Pembelajaran untuk digunakan apabila saya menjadi guru
kelak.Pengetahuan-pengetahuan ini amat penting untuk diaplikasikan ketika saya
keluar mengajar nanti. Walaupun sepanjang proses melaksanakan tugasan ini saya
terpaksa berkorban masa, tenaga, dan sebagainya ,saya tetap berpuas hati kerana
dengan hasil kerja keras saya dapat juga tugasan ini disiapkan.
Saya juga telah mempelajari erti kesabaran semasa menyiapkan kerja kursus ini
terutamanya ketika saya mencari bahan-bahan rujukan dan idea bagi melengkapkan
tugasan yang diberi ini. Dalam kerja kursus ini, kami telah ditugaskan untuk membuat
tugasan yang agak sukar. Oleh itu, saya terpaksa mencari rujukan dari pelbagai sumber
seperti buku, jurnal, artikel dan sebagainya. Salah satu cabaran yang saya hadapi
ketika mencari bahan rujukan bagi kerja kursus ini ialah kekurangan buku dan bahan
rujukan kerana buku di perpustakaan IPG mengenai tajuk yang telah diberikan kepada
kami adalah agak terhad dan saya datang ke perpustakaan agak lambat berbanding
rakan-rakan sekelas saya dan ini menyebabkan saya sukar mendapat bahan rujukan
22
yang sepatutnya.Selain itu, saya juga mempelajari erti kesabaran ketika memerah otak
untuk memikirkan idea-idea yang mantap bagi melengkapkan kerja kursus ini. Hasil
daripada kesabaran saya, saya berjaya menyiapkan kerja kursus ini atas hasil titik
peluh saya sendiri tanpa perlu bergantung kepada orang lain.
Saya juga berjaya memupuk semangat bekerjasama dengan rakan-rakan
sekelas semasa melaksanakan kerja kursus ini. Kami saling membantu antara satu
sama lain terutamanya dalam perbincangan kami semasa menyiapkan kerja kursus ini.
Kami saling bertukar-tukar idea dan memberikan pendapat antara satu sama lain bagi
menyiapkan kerja kursus ini. Kami juga saling bekerjasama dalam bertukar-tukar
sumber rujukan seperti buku. Dengan itu, hubungan antara saya dan rakan-rakan
seperjuangan juga semakin erat dan kukuh secara tidak langsung.
Akhir kata, saya amat bersyukur kepada Tuhan, kepada pensyarah yang tidak
pernah bosan membimbing saya, dan kepada rakan-rakan yang selalu membantu
dalam memberikan pendapat dan pandangan dalam melaksanakan kerja kursus ini
dengan jayanya walaupun banyak halangan yang saya hadapi kerana halangan itulah
yang membina saya untuk terus bersemangat dalam menyiapkan kerja kursus ini.
23
Chan Hon Woon. (1997). Pendidikan Seni Tingkatan 1 & 2 KBSM. Petaling Jaya:
Pustaka Delta Pelajaran Sdn. Bhd.
Dhia, W. (2013, Januari 22). Cikgu Wan Dhia's Blog. Retrieved Februari 1, 2016, from
Blogspot: http://cikguwandhia.blogspot.my/2011/07/reka-bentuk-pengajaran.html
Hasan, M. (2000). Media Pengajaran; Penghasilan Bahan Pengajaran Berkesan.
Serdang: Universiti Putra Malaysia.
Hasim, Y. (1997). Media Pengajaran untuk Pendidikan. Shah Alam: Penerbit Fajar Bakti
Sdn. Bhd.
Hasim, Y. (1998). Teknologi Pengajaran. Shah Alam: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.
Hazami, Z. (2009). Teori dan Prinsip Reka Bentuk Pengajaran. Reka Bentuk
Pengajaran, 50-59.
Karim, S. (2015, September 22). Scrbd. Retrieved Januari 30, 2016, from Scrbd.com:
http://www.scribd.com/doc/37766705/Topik-2-Reka-Bentuk-Pengajaran#scribd
Kasim, A. (2006). Media Dalam Pendidikan. Universiti Pendidikan Sultan Idris.
Norasiah, A., Nor Risah Jamilah, M., & Rosnah, A. (2013). Teknologi dalam Pengajaran
dan Pendidikan. Selangor: Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.
Noriati, A., Boon Pong, Y., Sharifah Fakhriah, S., & Wan Kamarudin, W. (2013).
Teknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran. Kuala Lumpur: Oxford Fajar
Sdn Bhd.
Sahin, A. (2013, Jun 8). MyCikgu Blogspot. Retrieved 30 Januari, 2016, from
Blogspot.com: http://my-cikgu.blogspot.my/2010/12/konsep-dan-domain-
teknologi-pendidikan.html
BIBLIOGRAFI

More Related Content

What's hot

Kaedah main peranan
Kaedah main perananKaedah main peranan
Kaedah main peranan
ANiS ADiBaH
 
Pendidikan Inklusif, isu, cabaran dan langkah mengatasi, faktor kritikal keja...
Pendidikan Inklusif, isu, cabaran dan langkah mengatasi, faktor kritikal keja...Pendidikan Inklusif, isu, cabaran dan langkah mengatasi, faktor kritikal keja...
Pendidikan Inklusif, isu, cabaran dan langkah mengatasi, faktor kritikal keja...
Harry Elson Anderson (IPGK Pulau Pinang)
 
Pentaksiran dalam pendidikan seni
Pentaksiran dalam pendidikan seniPentaksiran dalam pendidikan seni
Pentaksiran dalam pendidikan seni
Laila Wati Johari
 
Topik 4 pengurusan akt. dalam pp dan pengurusan bilik psv dan hasil kerja murid
Topik 4  pengurusan akt. dalam pp dan pengurusan bilik psv dan hasil kerja muridTopik 4  pengurusan akt. dalam pp dan pengurusan bilik psv dan hasil kerja murid
Topik 4 pengurusan akt. dalam pp dan pengurusan bilik psv dan hasil kerja muridHalimaton Sad'iah
 
Nota Minggu 1.pdf
Nota Minggu 1.pdfNota Minggu 1.pdf
Nota Minggu 1.pdf
PJMS1082022MuhamadNa
 
Pengajian kurikulum model kurikulum
Pengajian kurikulum model kurikulumPengajian kurikulum model kurikulum
Pengajian kurikulum model kurikulumNoradilah Hj Nain
 
EDUP3033 Murid dan Pembelajaran (Strategi pengajaran berpusatan guru, berpusa...
EDUP3033 Murid dan Pembelajaran (Strategi pengajaran berpusatan guru, berpusa...EDUP3033 Murid dan Pembelajaran (Strategi pengajaran berpusatan guru, berpusa...
EDUP3033 Murid dan Pembelajaran (Strategi pengajaran berpusatan guru, berpusa...
Syrvison Goh
 
Masalah disiplin dalam bilik darjah
Masalah disiplin dalam bilik darjahMasalah disiplin dalam bilik darjah
Masalah disiplin dalam bilik darjah
firo HAR
 
Pendidikan Inklusif / Program Pendidikan Inklusif (PPI)
Pendidikan Inklusif / Program Pendidikan Inklusif (PPI)Pendidikan Inklusif / Program Pendidikan Inklusif (PPI)
Pendidikan Inklusif / Program Pendidikan Inklusif (PPI)
FaFai S.
 
42129075 penyataan-sebelum-semasa-dan-slps-pbs-fasa-1
42129075 penyataan-sebelum-semasa-dan-slps-pbs-fasa-142129075 penyataan-sebelum-semasa-dan-slps-pbs-fasa-1
42129075 penyataan-sebelum-semasa-dan-slps-pbs-fasa-1Zhu Miqael
 
KAEDAH PEDAGOGI MASA KINI
KAEDAH PEDAGOGI MASA KINIKAEDAH PEDAGOGI MASA KINI
KAEDAH PEDAGOGI MASA KINI
AiniNazihah
 
contoh soalan aras taksonomi bloom
contoh soalan aras taksonomi bloomcontoh soalan aras taksonomi bloom
contoh soalan aras taksonomi bloomAutdrey Yna
 
Model Assure dan Model Addie
Model Assure dan Model AddieModel Assure dan Model Addie
Model Assure dan Model Addie
ArifahAzlanShah2
 
Teori pengajaran kecerdasan pelbagai
Teori pengajaran kecerdasan pelbagaiTeori pengajaran kecerdasan pelbagai
Teori pengajaran kecerdasan pelbagai
SiTi Nurhidayah
 
Pernyataan profesional
Pernyataan profesionalPernyataan profesional
Pernyataan profesionalSella Yunik
 
TEORI-TEORI PERKEMBANGAN BAHASA
TEORI-TEORI PERKEMBANGAN BAHASATEORI-TEORI PERKEMBANGAN BAHASA
TEORI-TEORI PERKEMBANGAN BAHASA
Shahrizzat Md Sukor
 
Pembelajaran berpusatkan bahan
Pembelajaran berpusatkan bahanPembelajaran berpusatkan bahan
Pembelajaran berpusatkan bahan
ArifahAzlanShah2
 
What's hot (20)

Kaedah main peranan
Kaedah main perananKaedah main peranan
Kaedah main peranan
 
Analisis swot big
Analisis swot bigAnalisis swot big
Analisis swot big
 
Pendidikan Inklusif, isu, cabaran dan langkah mengatasi, faktor kritikal keja...
Pendidikan Inklusif, isu, cabaran dan langkah mengatasi, faktor kritikal keja...Pendidikan Inklusif, isu, cabaran dan langkah mengatasi, faktor kritikal keja...
Pendidikan Inklusif, isu, cabaran dan langkah mengatasi, faktor kritikal keja...
 
Pentaksiran dalam pendidikan seni
Pentaksiran dalam pendidikan seniPentaksiran dalam pendidikan seni
Pentaksiran dalam pendidikan seni
 
Topik 4 pengurusan akt. dalam pp dan pengurusan bilik psv dan hasil kerja murid
Topik 4  pengurusan akt. dalam pp dan pengurusan bilik psv dan hasil kerja muridTopik 4  pengurusan akt. dalam pp dan pengurusan bilik psv dan hasil kerja murid
Topik 4 pengurusan akt. dalam pp dan pengurusan bilik psv dan hasil kerja murid
 
Nota Minggu 1.pdf
Nota Minggu 1.pdfNota Minggu 1.pdf
Nota Minggu 1.pdf
 
Pengajian kurikulum model kurikulum
Pengajian kurikulum model kurikulumPengajian kurikulum model kurikulum
Pengajian kurikulum model kurikulum
 
EDUP3033 Murid dan Pembelajaran (Strategi pengajaran berpusatan guru, berpusa...
EDUP3033 Murid dan Pembelajaran (Strategi pengajaran berpusatan guru, berpusa...EDUP3033 Murid dan Pembelajaran (Strategi pengajaran berpusatan guru, berpusa...
EDUP3033 Murid dan Pembelajaran (Strategi pengajaran berpusatan guru, berpusa...
 
Masalah disiplin dalam bilik darjah
Masalah disiplin dalam bilik darjahMasalah disiplin dalam bilik darjah
Masalah disiplin dalam bilik darjah
 
Pendidikan Inklusif / Program Pendidikan Inklusif (PPI)
Pendidikan Inklusif / Program Pendidikan Inklusif (PPI)Pendidikan Inklusif / Program Pendidikan Inklusif (PPI)
Pendidikan Inklusif / Program Pendidikan Inklusif (PPI)
 
Peranan seni dalam pendidikan
Peranan seni dalam pendidikanPeranan seni dalam pendidikan
Peranan seni dalam pendidikan
 
42129075 penyataan-sebelum-semasa-dan-slps-pbs-fasa-1
42129075 penyataan-sebelum-semasa-dan-slps-pbs-fasa-142129075 penyataan-sebelum-semasa-dan-slps-pbs-fasa-1
42129075 penyataan-sebelum-semasa-dan-slps-pbs-fasa-1
 
KAEDAH PEDAGOGI MASA KINI
KAEDAH PEDAGOGI MASA KINIKAEDAH PEDAGOGI MASA KINI
KAEDAH PEDAGOGI MASA KINI
 
contoh soalan aras taksonomi bloom
contoh soalan aras taksonomi bloomcontoh soalan aras taksonomi bloom
contoh soalan aras taksonomi bloom
 
Model Assure dan Model Addie
Model Assure dan Model AddieModel Assure dan Model Addie
Model Assure dan Model Addie
 
Teori pengajaran kecerdasan pelbagai
Teori pengajaran kecerdasan pelbagaiTeori pengajaran kecerdasan pelbagai
Teori pengajaran kecerdasan pelbagai
 
Pendekatan pengajaran
Pendekatan pengajaranPendekatan pengajaran
Pendekatan pengajaran
 
Pernyataan profesional
Pernyataan profesionalPernyataan profesional
Pernyataan profesional
 
TEORI-TEORI PERKEMBANGAN BAHASA
TEORI-TEORI PERKEMBANGAN BAHASATEORI-TEORI PERKEMBANGAN BAHASA
TEORI-TEORI PERKEMBANGAN BAHASA
 
Pembelajaran berpusatkan bahan
Pembelajaran berpusatkan bahanPembelajaran berpusatkan bahan
Pembelajaran berpusatkan bahan
 
Viewers also liked

Bab2 rekabentuk & model pengajaran
Bab2 rekabentuk & model pengajaranBab2 rekabentuk & model pengajaran
Bab2 rekabentuk & model pengajaranSiti Zulaikha
 
Kerja Kursus Perniagaan
Kerja Kursus Perniagaan Kerja Kursus Perniagaan
Kerja Kursus Perniagaan
Sherly Jewinly
 
аттестация учителей
аттестация учителейаттестация учителей
аттестация учителейsvetopusha
 
Trendifythis.com
Trendifythis.comTrendifythis.com
Trendifythis.com
TrendifyThis
 
Android tutorials7 calculator_packageexploirer
Android tutorials7 calculator_packageexploirerAndroid tutorials7 calculator_packageexploirer
Android tutorials7 calculator_packageexploirerVlad Kolesnyk
 
Android tutorials8 todo_list
Android tutorials8 todo_listAndroid tutorials8 todo_list
Android tutorials8 todo_listVlad Kolesnyk
 
Mousedeer
Mousedeer Mousedeer
Mousedeer
mousedeer2e1
 
SMS SCHOOL
SMS SCHOOLSMS SCHOOL
SMS SCHOOL
Rosy Queen
 
Doing things with manuscripts: CLIR post doc-seminar, Bryn Mawr College 7.31....
Doing things with manuscripts: CLIR post doc-seminar, Bryn Mawr College 7.31....Doing things with manuscripts: CLIR post doc-seminar, Bryn Mawr College 7.31....
Doing things with manuscripts: CLIR post doc-seminar, Bryn Mawr College 7.31....
SNichols4
 
Classroom Management
Classroom ManagementClassroom Management
Classroom Management
Ramil Gallardo
 
Cr chap 4
Cr chap 4Cr chap 4
Cr chap 4mll11e
 
электронные физминутки
электронные физминуткиэлектронные физминутки
электронные физминуткиsvetopusha
 
Reliable Drupal Partner
Reliable Drupal PartnerReliable Drupal Partner
Reliable Drupal Partner
AddWeb Solution Pvt. Ltd.
 
Guide to choose your outsourcing partner
Guide to choose your outsourcing partnerGuide to choose your outsourcing partner
Guide to choose your outsourcing partner
AddWeb Solution Pvt. Ltd.
 
Imbracaminte copii
Imbracaminte copiiImbracaminte copii
Our encounter with d8
Our encounter with d8Our encounter with d8
Our encounter with d8
AddWeb Solution Pvt. Ltd.
 
Viewers also liked (20)

Bab2 rekabentuk & model pengajaran
Bab2 rekabentuk & model pengajaranBab2 rekabentuk & model pengajaran
Bab2 rekabentuk & model pengajaran
 
Kerja Kursus Perniagaan
Kerja Kursus Perniagaan Kerja Kursus Perniagaan
Kerja Kursus Perniagaan
 
аттестация учителей
аттестация учителейаттестация учителей
аттестация учителей
 
Trendifythis.com
Trendifythis.comTrendifythis.com
Trendifythis.com
 
Clink for Card Issuers
Clink for Card IssuersClink for Card Issuers
Clink for Card Issuers
 
Android tutorials7 calculator_packageexploirer
Android tutorials7 calculator_packageexploirerAndroid tutorials7 calculator_packageexploirer
Android tutorials7 calculator_packageexploirer
 
Android tutorials8 todo_list
Android tutorials8 todo_listAndroid tutorials8 todo_list
Android tutorials8 todo_list
 
Final
FinalFinal
Final
 
Mousedeer
Mousedeer Mousedeer
Mousedeer
 
SMS SCHOOL
SMS SCHOOLSMS SCHOOL
SMS SCHOOL
 
Doing things with manuscripts: CLIR post doc-seminar, Bryn Mawr College 7.31....
Doing things with manuscripts: CLIR post doc-seminar, Bryn Mawr College 7.31....Doing things with manuscripts: CLIR post doc-seminar, Bryn Mawr College 7.31....
Doing things with manuscripts: CLIR post doc-seminar, Bryn Mawr College 7.31....
 
Classroom Management
Classroom ManagementClassroom Management
Classroom Management
 
Cr chap 4
Cr chap 4Cr chap 4
Cr chap 4
 
электронные физминутки
электронные физминуткиэлектронные физминутки
электронные физминутки
 
Reliable Drupal Partner
Reliable Drupal PartnerReliable Drupal Partner
Reliable Drupal Partner
 
Dairyfree
DairyfreeDairyfree
Dairyfree
 
Guide to choose your outsourcing partner
Guide to choose your outsourcing partnerGuide to choose your outsourcing partner
Guide to choose your outsourcing partner
 
Mobile andwebapps
Mobile andwebappsMobile andwebapps
Mobile andwebapps
 
Imbracaminte copii
Imbracaminte copiiImbracaminte copii
Imbracaminte copii
 
Our encounter with d8
Our encounter with d8Our encounter with d8
Our encounter with d8
 
Similar to Penulisan Ilmiah Pengurusan Penggunaan Media Grafik dalam PdP Berasaskan Model ASSURE

Teknologi Pendidikan - Reka Bentuk Pengajaran 1
Teknologi Pendidikan - Reka Bentuk Pengajaran 1Teknologi Pendidikan - Reka Bentuk Pengajaran 1
Teknologi Pendidikan - Reka Bentuk Pengajaran 1artventure ipkt
 
Kpt6043 Tugasan 2
Kpt6043 Tugasan 2 Kpt6043 Tugasan 2
Kpt6043 Tugasan 2 thong
 
Kpt6043 Tugasan 2 Model Assure
Kpt6043 Tugasan 2 Model AssureKpt6043 Tugasan 2 Model Assure
Kpt6043 Tugasan 2 Model Assurelimteongyam
 
Kpt6043 Tugasan 2 Model Assure
Kpt6043 Tugasan 2 Model AssureKpt6043 Tugasan 2 Model Assure
Kpt6043 Tugasan 2 Model Assurelimteongyam
 
studi kasus.pptx
studi kasus.pptxstudi kasus.pptx
studi kasus.pptx
reza239898
 
menentukan impleentasi dasar, sumber eblajar dan mengembangkan alat evaluasi
menentukan impleentasi dasar, sumber eblajar dan mengembangkan alat evaluasi menentukan impleentasi dasar, sumber eblajar dan mengembangkan alat evaluasi
menentukan impleentasi dasar, sumber eblajar dan mengembangkan alat evaluasi
LatifatusSifa1
 
Kajian Media Pembelajaran
Kajian Media PembelajaranKajian Media Pembelajaran
Kajian Media Pembelajaran
HikmiInayah1
 
Model assure
Model assureModel assure
Model assure
秀珍 李
 
Model assure
Model assureModel assure
Model assure
秀珍 李
 
MODEL ASSURE REALISASIKAN DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
MODEL ASSURE REALISASIKAN DALAM PENGAJARAN  DAN PEMBELAJARANMODEL ASSURE REALISASIKAN DALAM PENGAJARAN  DAN PEMBELAJARAN
MODEL ASSURE REALISASIKAN DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
Steven Abraham
 
Model pengembangan addie
Model pengembangan addieModel pengembangan addie
Model pengembangan addie
indrapratiwi86
 
model model pengembangan media pembelajaran
 model model pengembangan media pembelajaran  model model pengembangan media pembelajaran
model model pengembangan media pembelajaran
Dwi Karyani
 
Komputer dan media pembelajaran.pptx
Komputer dan media pembelajaran.pptxKomputer dan media pembelajaran.pptx
Komputer dan media pembelajaran.pptx
RiscaWanda
 
Modul media pembelajaran matematika pada siswa sd berbasis kooperatif
Modul media pembelajaran matematika pada siswa sd berbasis kooperatifModul media pembelajaran matematika pada siswa sd berbasis kooperatif
Modul media pembelajaran matematika pada siswa sd berbasis kooperatif
AldiRahadi
 
Proposal tesis model assure
Proposal tesis model assureProposal tesis model assure
Proposal tesis model assure
zulfawardi S.Pd.I., MA
 
UTS Mona Suci Oktaviana
UTS Mona Suci OktavianaUTS Mona Suci Oktaviana
UTS Mona Suci Oktaviana
Mahasiswa
 
Similar to Penulisan Ilmiah Pengurusan Penggunaan Media Grafik dalam PdP Berasaskan Model ASSURE (20)

Teknologi Pendidikan - Reka Bentuk Pengajaran 1
Teknologi Pendidikan - Reka Bentuk Pengajaran 1Teknologi Pendidikan - Reka Bentuk Pengajaran 1
Teknologi Pendidikan - Reka Bentuk Pengajaran 1
 
Kpt6043 Tugasan 2
Kpt6043 Tugasan 2 Kpt6043 Tugasan 2
Kpt6043 Tugasan 2
 
Kpt6043 Tugasan 2 Model Assure
Kpt6043 Tugasan 2 Model AssureKpt6043 Tugasan 2 Model Assure
Kpt6043 Tugasan 2 Model Assure
 
Kpt6043 Tugasan 2 Model Assure
Kpt6043 Tugasan 2 Model AssureKpt6043 Tugasan 2 Model Assure
Kpt6043 Tugasan 2 Model Assure
 
studi kasus.pptx
studi kasus.pptxstudi kasus.pptx
studi kasus.pptx
 
menentukan impleentasi dasar, sumber eblajar dan mengembangkan alat evaluasi
menentukan impleentasi dasar, sumber eblajar dan mengembangkan alat evaluasi menentukan impleentasi dasar, sumber eblajar dan mengembangkan alat evaluasi
menentukan impleentasi dasar, sumber eblajar dan mengembangkan alat evaluasi
 
Kajian Media Pembelajaran
Kajian Media PembelajaranKajian Media Pembelajaran
Kajian Media Pembelajaran
 
Model assure
Model assureModel assure
Model assure
 
Model assure
Model assureModel assure
Model assure
 
MODEL ASSURE REALISASIKAN DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
MODEL ASSURE REALISASIKAN DALAM PENGAJARAN  DAN PEMBELAJARANMODEL ASSURE REALISASIKAN DALAM PENGAJARAN  DAN PEMBELAJARAN
MODEL ASSURE REALISASIKAN DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
 
Model pengembangan addie
Model pengembangan addieModel pengembangan addie
Model pengembangan addie
 
Bab 2 ptp
Bab 2 ptpBab 2 ptp
Bab 2 ptp
 
model model pengembangan media pembelajaran
 model model pengembangan media pembelajaran  model model pengembangan media pembelajaran
model model pengembangan media pembelajaran
 
Komputer dan media pembelajaran.pptx
Komputer dan media pembelajaran.pptxKomputer dan media pembelajaran.pptx
Komputer dan media pembelajaran.pptx
 
Ulangkaju edu nazmeer
Ulangkaju edu nazmeerUlangkaju edu nazmeer
Ulangkaju edu nazmeer
 
Ulangkaju edu nazmeer
Ulangkaju edu nazmeerUlangkaju edu nazmeer
Ulangkaju edu nazmeer
 
Modul media pembelajaran matematika pada siswa sd berbasis kooperatif
Modul media pembelajaran matematika pada siswa sd berbasis kooperatifModul media pembelajaran matematika pada siswa sd berbasis kooperatif
Modul media pembelajaran matematika pada siswa sd berbasis kooperatif
 
Proposal tesis model assure
Proposal tesis model assureProposal tesis model assure
Proposal tesis model assure
 
Tugas kurikulum pembelajaran
Tugas kurikulum pembelajaranTugas kurikulum pembelajaran
Tugas kurikulum pembelajaran
 
UTS Mona Suci Oktaviana
UTS Mona Suci OktavianaUTS Mona Suci Oktaviana
UTS Mona Suci Oktaviana
 
More from Sherly Jewinly

Penyelidikan Tindakan Reka Bentuk dan Teknologi
Penyelidikan Tindakan Reka Bentuk dan TeknologiPenyelidikan Tindakan Reka Bentuk dan Teknologi
Penyelidikan Tindakan Reka Bentuk dan Teknologi
Sherly Jewinly
 
Contoh Artikel Penyelidikan Tindakan
Contoh Artikel Penyelidikan TindakanContoh Artikel Penyelidikan Tindakan
Contoh Artikel Penyelidikan Tindakan
Sherly Jewinly
 
Assignment edu3093 (Guru dan Cabaran Semasa)
Assignment edu3093 (Guru dan Cabaran Semasa)Assignment edu3093 (Guru dan Cabaran Semasa)
Assignment edu3093 (Guru dan Cabaran Semasa)
Sherly Jewinly
 
Assignment sejarah SJH3163 (peranan, usaha dan sumbangan tun dr Mahathir moha...
Assignment sejarah SJH3163 (peranan, usaha dan sumbangan tun dr Mahathir moha...Assignment sejarah SJH3163 (peranan, usaha dan sumbangan tun dr Mahathir moha...
Assignment sejarah SJH3163 (peranan, usaha dan sumbangan tun dr Mahathir moha...
Sherly Jewinly
 
Tugasan 2 EDU3083 (temu bual guru cemerlang/berpengalaman)
Tugasan 2 EDU3083 (temu bual guru cemerlang/berpengalaman)Tugasan 2 EDU3083 (temu bual guru cemerlang/berpengalaman)
Tugasan 2 EDU3083 (temu bual guru cemerlang/berpengalaman)
Sherly Jewinly
 
Assignment EDU3083
Assignment EDU3083Assignment EDU3083
Assignment EDU3083
Sherly Jewinly
 
Laporan Internship (Pelaksanaan Bengkel Kemahiran Memegang pisau dan Memotong...
Laporan Internship (Pelaksanaan Bengkel Kemahiran Memegang pisau dan Memotong...Laporan Internship (Pelaksanaan Bengkel Kemahiran Memegang pisau dan Memotong...
Laporan Internship (Pelaksanaan Bengkel Kemahiran Memegang pisau dan Memotong...
Sherly Jewinly
 
Laporan Pelaksanaan Bengkel Meningkatkan Kemahiran Memegang Pisau dan Memoton...
Laporan Pelaksanaan Bengkel Meningkatkan Kemahiran Memegang Pisau dan Memoton...Laporan Pelaksanaan Bengkel Meningkatkan Kemahiran Memegang Pisau dan Memoton...
Laporan Pelaksanaan Bengkel Meningkatkan Kemahiran Memegang Pisau dan Memoton...
Sherly Jewinly
 
Kertas kerja INTERNSHIP (senamrobik)
Kertas kerja INTERNSHIP (senamrobik)Kertas kerja INTERNSHIP (senamrobik)
Kertas kerja INTERNSHIP (senamrobik)
Sherly Jewinly
 
Kertas kerja pelupusan peralatan kbsr bengkel rbt (internship)
Kertas kerja pelupusan peralatan kbsr bengkel rbt (internship)Kertas kerja pelupusan peralatan kbsr bengkel rbt (internship)
Kertas kerja pelupusan peralatan kbsr bengkel rbt (internship)
Sherly Jewinly
 
Laporan Internship Senamrobik
Laporan Internship SenamrobikLaporan Internship Senamrobik
Laporan Internship Senamrobik
Sherly Jewinly
 
Rph sejarah tahun 4
Rph sejarah tahun 4Rph sejarah tahun 4
Rph sejarah tahun 4
Sherly Jewinly
 
Rph sejarah tahun 5 peristiwa perjuangan menentang british ii
Rph sejarah tahun 5 peristiwa perjuangan menentang british iiRph sejarah tahun 5 peristiwa perjuangan menentang british ii
Rph sejarah tahun 5 peristiwa perjuangan menentang british ii
Sherly Jewinly
 
Rph TAHUN 4 KERAJAAN MELAYU AWAL
Rph TAHUN 4 KERAJAAN MELAYU AWALRph TAHUN 4 KERAJAAN MELAYU AWAL
Rph TAHUN 4 KERAJAAN MELAYU AWAL
Sherly Jewinly
 
Rph sejarah tahun 5 peristiwa perjuangan menentang british iii
Rph sejarah tahun 5 peristiwa perjuangan menentang british iiiRph sejarah tahun 5 peristiwa perjuangan menentang british iii

Rph Sejarah tahun 4 kedudukan kerajaan melayu awal 1
Rph Sejarah tahun 4 kedudukan kerajaan melayu awal 1Rph Sejarah tahun 4 kedudukan kerajaan melayu awal 1
Rph Sejarah tahun 4 kedudukan kerajaan melayu awal 1
Sherly Jewinly
 
Rph Sejarah tahun 4 kedudukan kerajaan-kerajaan melayu awal
Rph Sejarah tahun 4 kedudukan kerajaan-kerajaan melayu awalRph Sejarah tahun 4 kedudukan kerajaan-kerajaan melayu awal
Rph Sejarah tahun 4 kedudukan kerajaan-kerajaan melayu awal
Sherly Jewinly
 
Rph sejarah kemerdekaan tahun 5
Rph sejarah kemerdekaan tahun 5Rph sejarah kemerdekaan tahun 5
Rph sejarah kemerdekaan tahun 5
Sherly Jewinly
 
Rph Tahun 4 Tokoh Terbilang Kesultanan Melayu Melaka
Rph Tahun 4 Tokoh Terbilang Kesultanan Melayu MelakaRph Tahun 4 Tokoh Terbilang Kesultanan Melayu Melaka
Rph Tahun 4 Tokoh Terbilang Kesultanan Melayu Melaka
Sherly Jewinly
 
More from Sherly Jewinly (20)

Recently uploaded

LAPORAN TUGAS TAMBAHAN PEMBINA PRAMUKA..
LAPORAN TUGAS TAMBAHAN PEMBINA PRAMUKA..LAPORAN TUGAS TAMBAHAN PEMBINA PRAMUKA..
LAPORAN TUGAS TAMBAHAN PEMBINA PRAMUKA..
widyakusuma99
 
Paparan Kurikulum Satuan Pendidikan_LOKAKARYA TPK 2024.pptx.pdf
Paparan Kurikulum Satuan Pendidikan_LOKAKARYA TPK 2024.pptx.pdfPaparan Kurikulum Satuan Pendidikan_LOKAKARYA TPK 2024.pptx.pdf
Paparan Kurikulum Satuan Pendidikan_LOKAKARYA TPK 2024.pptx.pdf
SEMUELSAMBOKARAENG
 
Koneksi Antar Materi Modul 1.4.ppt x
Koneksi Antar Materi Modul 1.4.ppt           xKoneksi Antar Materi Modul 1.4.ppt           x
Koneksi Antar Materi Modul 1.4.ppt x
johan199969
 
Modul Ajar Bahasa Inggris Kelas 5 Fase C Kurikulum Merdeka
Modul Ajar Bahasa Inggris Kelas 5 Fase C Kurikulum MerdekaModul Ajar Bahasa Inggris Kelas 5 Fase C Kurikulum Merdeka
Modul Ajar Bahasa Inggris Kelas 5 Fase C Kurikulum Merdeka
Fathan Emran
 
LK 1 - 5T Keputusan Berdampak PERMATA BUNDA.pdf
LK 1 - 5T Keputusan Berdampak PERMATA BUNDA.pdfLK 1 - 5T Keputusan Berdampak PERMATA BUNDA.pdf
LK 1 - 5T Keputusan Berdampak PERMATA BUNDA.pdf
UditGheozi2
 
KOMITMEN MENULIS DI BLOG KBMN PB PGRI.ppt
KOMITMEN MENULIS DI BLOG KBMN PB PGRI.pptKOMITMEN MENULIS DI BLOG KBMN PB PGRI.ppt
KOMITMEN MENULIS DI BLOG KBMN PB PGRI.ppt
Dedi Dwitagama
 
NUMERASI KOMPETENSI PENDIDIK TAHAP CAKAP DAN MAHIR.pdf
NUMERASI KOMPETENSI PENDIDIK TAHAP CAKAP DAN MAHIR.pdfNUMERASI KOMPETENSI PENDIDIK TAHAP CAKAP DAN MAHIR.pdf
NUMERASI KOMPETENSI PENDIDIK TAHAP CAKAP DAN MAHIR.pdf
DataSupriatna
 
Laporan Kegiatan Pramuka Tugas Tambahan PMM.pdf
Laporan Kegiatan Pramuka Tugas Tambahan PMM.pdfLaporan Kegiatan Pramuka Tugas Tambahan PMM.pdf
Laporan Kegiatan Pramuka Tugas Tambahan PMM.pdf
UmyHasna1
 
Laporan Piket Guru untuk bukti dukung PMM.pdf
Laporan Piket Guru untuk bukti dukung PMM.pdfLaporan Piket Guru untuk bukti dukung PMM.pdf
Laporan Piket Guru untuk bukti dukung PMM.pdf
gloriosaesy
 
VISI MISI KOMUNITAS BELAJAR SDN 93 KOTA JAMBI
VISI MISI KOMUNITAS BELAJAR SDN 93 KOTA JAMBIVISI MISI KOMUNITAS BELAJAR SDN 93 KOTA JAMBI
VISI MISI KOMUNITAS BELAJAR SDN 93 KOTA JAMBI
gloriosaesy
 
Sapawarga - Manual Guide PPDB Tahun 2024.pdf
Sapawarga - Manual Guide PPDB Tahun 2024.pdfSapawarga - Manual Guide PPDB Tahun 2024.pdf
Sapawarga - Manual Guide PPDB Tahun 2024.pdf
TarkaTarka
 
Laporan pembina seni tari - www.kherysuryawan.id.pdf
Laporan pembina seni tari - www.kherysuryawan.id.pdfLaporan pembina seni tari - www.kherysuryawan.id.pdf
Laporan pembina seni tari - www.kherysuryawan.id.pdf
heridawesty4
 
Seminar: Sekolah Alkitab Liburan (SAL) 2024
Seminar: Sekolah Alkitab Liburan (SAL) 2024Seminar: Sekolah Alkitab Liburan (SAL) 2024
Seminar: Sekolah Alkitab Liburan (SAL) 2024
SABDA
 
SOSIALISASI PPDB TAHUN AJARAN 2024-2025.pptx
SOSIALISASI PPDB TAHUN AJARAN 2024-2025.pptxSOSIALISASI PPDB TAHUN AJARAN 2024-2025.pptx
SOSIALISASI PPDB TAHUN AJARAN 2024-2025.pptx
astridamalia20
 
Bahan Sosialisasi PPDB_1 2024/2025 Bandung
Bahan Sosialisasi PPDB_1 2024/2025 BandungBahan Sosialisasi PPDB_1 2024/2025 Bandung
Bahan Sosialisasi PPDB_1 2024/2025 Bandung
Galang Adi Kuncoro
 
Program Kerja Kepala Sekolah 2023-2024.pdf
Program Kerja Kepala Sekolah 2023-2024.pdfProgram Kerja Kepala Sekolah 2023-2024.pdf
Program Kerja Kepala Sekolah 2023-2024.pdf
erlita3
 
Form B1 Rubrik Observasi Presentasi Visi Misi -1.docx
Form B1 Rubrik Observasi Presentasi Visi Misi -1.docxForm B1 Rubrik Observasi Presentasi Visi Misi -1.docx
Form B1 Rubrik Observasi Presentasi Visi Misi -1.docx
EkoPutuKromo
 
Form B8 Rubrik Refleksi Program Pengembangan Kompetensi Guru -1.docx
Form B8 Rubrik Refleksi Program Pengembangan Kompetensi Guru -1.docxForm B8 Rubrik Refleksi Program Pengembangan Kompetensi Guru -1.docx
Form B8 Rubrik Refleksi Program Pengembangan Kompetensi Guru -1.docx
EkoPutuKromo
 
MATERI SOSIALISASI PPDB JABAR- 4PAN052024.pdf
MATERI SOSIALISASI PPDB JABAR- 4PAN052024.pdfMATERI SOSIALISASI PPDB JABAR- 4PAN052024.pdf
MATERI SOSIALISASI PPDB JABAR- 4PAN052024.pdf
ssuser289c2f1
 
Prensentasi Visi Misi Sekolah dalam rangka observasi pengawas
Prensentasi Visi Misi Sekolah dalam rangka observasi pengawasPrensentasi Visi Misi Sekolah dalam rangka observasi pengawas
Prensentasi Visi Misi Sekolah dalam rangka observasi pengawas
suprihatin1885
 
Recently uploaded (20)

Penulisan Ilmiah Pengurusan Penggunaan Media Grafik dalam PdP Berasaskan Model ASSURE

  • 1. 1 Nama : Sherly Jewinly Nombor K/P : Tarikh Lahir : 22 September 1995 Alamat : Ranau, Sabah Kelas : 4 PISMP RBT Ambilan Jun 2014 Nama Ibu : Nama Ayah : E-Mail : Sherlyjewinly@gmail.com Nombor Telefon : BIODATA
  • 2. 2 ISI KANDUNGAN NOMBOR ISI KANDUNGAN MUKA SURAT 1 Biodata 1 2 Isi Kandungan 2 3 Penghargaan 3 4 Pendahuluan 4 5 Tugasan 1 5 - 15 6 Dapatan/Lampiran 16 - 19 7 Refleksi 20 - 22 8 Bibliografi 23
  • 3. 3 PENGHARGAAN Bersyukur ke atas ilahi dengan limpahan rahmat serta nikmat masa,nyawa tenaga yang dianugerahkan kepada saya dapat juga saya menyiapkan tugasan ini dengan jayanya. Pertamanya, saya ingin mendedikasikan ucapan penghargaan ini kepada pensyarah kursus Teknologi dalam Pengajaran dan Pembelajaran, Dr Ma Hamsiatus Sa’diah binti Kamaruddin kerana dengan tunjuk ajar serta bimbingan daripadanya, membuka ruang untuk saya menyiapkan tugasan ini dengan jayanya. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada ibu bapa saya yang memberi saya pemudahcara untuk menyiapkan kerja kursus ini. Mereka telah memberikan saya segala kemudahan dan sokongan moral yang tidak terhingga berjaya saya berjaya menghabiskan tugasan ini. Ucapan penghargaan ini juga saya tujukan kepada rakan-rakan yang banyak memberi peringatan terhadap setiap apa yang saya telah alpa. Mereka membantu saya dengan menjawab setiap pertanyaan yang saya utarakan kepada mereka. Akhir madah, saya mengucapkan terima kasih kepada mereka yang terlibat secara lansung atau sebaliknya dalam pelaksanaan kerja kursus ini.Terima kasih
  • 4. 4 PENDAHULUAN Kami telah diberi tiga tugasan dalam kerja kursus ini. Dalam tugasan pertama ini, kami dikehendaki untuk melaksanakan penulisan akademik mengenai pengurusan grafik. Dalam tugasan ini, kami diminta untuk menjelaskan dengan terperinci prinsip dan model rekabentuk pengajaran dalam teknologi pendidikan, mengaplikasikan konsep, prinsip-prinsip dan model reka bentuk pengajaran.
  • 5. 5 TUGASAN 1 1.0 Pengenalan Reka bentuk pengajaran (RP) sering dikaitkan dengan pembinaan pengajaran (PP). Pembinaan RP dan PP merupakan persediaan untuk menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) berjalan lancar. RP melibatkan tugas guru merancang, memilih dan menilai media pengajaran. Bagi melaksanakan tugasan- tugasan itu, guru bolehlah mengaplikasikan beberapa model reka bentuk pengajaran yang sesuai ( Norasiah,Nor Risah dan Rosnah , 2013). 2.0 Konsep dan Prinsip Menurut (Dick & Reiser, 1989), reka bentuk pengajaran ialah satu proses yang bersistematik untuk mereka bentuk, membangun, melaksana dan menilai pengajaran. Menurut (Richey, 1986) pula reka bentuk pengajaran ialah mencipta spesifikasi pengajaran dengan terperinci untuk pengembangan, penilaian dan penyelenggaraan suatu keadaan yang boleh memudahkan pembelajaran sesuatu unit pelajaran. Manakala Menurut (Gustafson, 1991) pula, reka bentuk pengajaran ialah Reka bentuk pengajaran ialah satu pendekatan sistematik bagi seluruh proses pengajaran yang melibatkan proses mereka bentuk, membina, menilai dan menggunakannya. Menurut Richey (1986) pula, terdapat 6 elemen asas reka bentuk pengajaran iaitu : i. Menentukan keperluan murid ii. Menentukan matlamat dan objektif iii. Membina prosedur penilaian iv. Mereka bentuk & memilih strategi penyampaian v. Mencuba sistem pengajaran vi. Menilai keseluruhan sistem
  • 6. 6 Kepentingan reka bentuk pengajaran adalah untuk mewujudkan pengajar yang kompeten dan menghasilkan pengajaran yang berkesan kerana pengajaran yang berkesan membolehkan murid memperoleh kemahiran, pengetahuan dan sikap yang diharapkan. Pengajaran yang dirancang dengan teliti dan lengkap membantu mewujudkan keyakinan, kepercayaan dan perasaan hormat murid terhadap pengajar sekaligus membantu pembinaan disiplin yang positif ( Norasiah,Nor Risah dan Rosnah , 2013). 2.1 Model Reka Bentuk Pengajaran ASSURE Model Reka Bentuk Pengajaran ASSURE dibangunkan oleh Heinich dan rakan- rakannya (1982) bertujuan untuk menyediakan panduan merancang dan mengendalikan pengajaran yang memerlukan penggunaan media. Model ASSURE mengandungi 6 langkah iaitu: i. A : Analyse learner (analisis murid) ii. S : State objective (nyatakan objektif) iii. S : Select method, media & materials (pilih kaedah, media dan bahan) iv. U : Utilise media & materials ( gunakan media dan bahan) v. R : Require learner participation (dorong penglibatan murid) vi. E : Evaluate and revise (nilai dan semak) Analisis Murid Penggunaan bahan atau media perlulah bersesuaian dengan ciri-ciri murid, kandungan pelajaran, kaedah, media dan bahan pembelajaran itu sendiri. 3 perkara penting perlu dilakukan untuk menganalisis: i. Ciri-ciri umum ii. Kompetensi khusus peringkat masuk iii. Stail pembelajaran Ciri-ciri umum: a. Deskripsi tentang umur, tahap/tingkatan, latar belakang sosio ekonomi
  • 7. 7 b. Ini menjadi asas untuk pemilihan media Kompetensi khusus peringkat masuk: a. Pengetahuan dan kemahiran sedia ada murid tentang tajuk Stail pembelajaran: a. Berkaitan stail - verbal, logikal, visual, muzik, kinestatik, interpersonal, intrapersonal Nyatakan Objektif i. Objektif isi pelajaran perlu disentuh secara ringkas untuk memaklumkan apakah yang sepatutnya dipelajari. ii. Murid bersedia untuk mengalami perubahan pengetahuan , sikap dan kemahiran Pilih Kaedah, Bahan, dan Media i. Terdapat 3 langkah dalam pemilihan: - Menentukan kaedah yang sesuai dengan topik pembelajaran - Memilih media yang sesuai untuk melaksanakan kaedah yang dipilih - Memilih, mengubahsuai atau mereka bentuk media yang telah ditentukan ii. Memilih kaedah: -Kepelbagaian kaedah pengajaran (simulasi, demonstrasi, latihan) Perlu berkait rapat dengan objektif, kandungan pelajaran dan sasaran murid iii. Memilih media perlulah bedasarkan aspek: - Sepadan dengan kurikulum - Maklumat yang jelas dan tepat - Menarik minat dan mencetuskan motivasi - Menggalakkan penglibatan murid - Kualiti yang baik - Tidak bias - Mempunyai panduan penggunaan iv. Mereka bentuk media: -Jika kita gagal untuk memilih media yang sesuai, adalah penting untuk mengubahsuai media yang sedia ada berdasarkan:
  • 8. 8 a. Objektif b. Murid c. Kos d. Kepakaran teknikal e. Peralatan f. Fasiliti g. Masa Gunakan Media Terdapat lima langkah bagi penggunaan media secara baik: i. Pribiu (preview) bahan ii. Sediakan bahan iii. Sediakan persekitaran iv. Sediakan murid v. Sediakan pengalaman pembelajaran Libatkan Murid Untuk memastikan bahawa proses pembelajaran berlaku, murid perlu dilibatkan dalam aktiviti pembelajaran seperti membuat latihan, perbincangan, latih tubi, kuiz, projek dsb. Kegiatan pengukuhan seperti pengukuhan serta merta, diberi selepas memberi tindak balas yang betul Nilai & Semak Penilaian ialah proses membuat pertimbangan nilai tentang sesuatu perkara. Keputusan penilaian akan mempengaruhi keputusan yang diambil terhadap perkara yang dinilai. Berlaku sepanjang proses pengajaran, iaitu sebelum, semasa dan selepas pengajaran. Penilaian melibatkan aspek: i. Pencapaian murid ii. Pembelajaran yang dihasilkan iii. Menilai media dan kaedah
  • 9. 9 iv. Kualiti media v. Penggunaan guru dan vi. Penggunaan murid Secara umumnya, pencapaian murid dibahagikan kepada; i. Prestasi murid berdasarkan rujukan kriteria ii. Prestasi murid dalam aspek kemahiran iii. Sikap murid Menilai Kaedah Dan Media Ciri-ciri yang ditetapkan dalam aspek ini ialah: i. Adakah media berkesan? ii. Bolehkah dipertingkatkan? iii. Adakah ia berguna? iv. Adakah ia membantu murid mencapai objektif? v. Adakah ia mencetuskan minat murid? vi. Adakah ia melibatkan murid secara aktif? Selain daripada itu penggunaan senarai semak dan soal selidik boleh dilakukan melalui: i. Perbincangan dengan kelas ii. Temubual dengan setiap individu iii. Pemerhatian Semua penilaian di atas melibatkan 2 peringkat: i. Penilaian formatif ii. Penilaian sumatif 1.2 Grafik Perkataan grafik sebenarnya berasal dari Greek ³graphikos´ bererti lukisan. Secaraamnya grafik didefinisikan sebagai sebuah lukisan, gambar atau huruf yang dihasilkandengan menggunakan media tertentu seperti pen, pensel, berus dan sebagainya. Grafik juga merupakan penggabungan antara gambar-gambar, lambang- lambang, simbol-simbol, huruf,angka, perkataan, lukisan, lakaran yang dijadikan satu
  • 10. 10 media. Ia bertujuan untuk memberi konsep dan idea yang sukar diterangkan dengan teks dari pengirim kepada sasarannya dalam proses menyampaikan maklumat (Chan Hon Woon,1997). Wittich dan Schuller (1973) mengatakan bahawa grafik terdiri daripada bahan visual yang meringkaskan penerangan dan penilaian tertentu menerusi gabungan penggunaan lukisan, perkataan, lambang dan gambar-gambar. Kanak-kanak biasanya tertarik terhadap bahan grafik yang ditunjukkan. Ini dapat mewujudkan suasana pembelajaran yang positif. Grafik penting untuk menyediakan bahan-bahan pandangan (visual) yang sangat penting untuk menyampaikan sesuatu mesej tertentu dengan jelas. Pemahaman asas grafik membolehkan seseorang guru menghasilkan bahan bantu mengajar yang efektif. Keistimewaan objek grafik ialah ia mudah difahami oleh ramai orang walaupun menghadapi halangan bahasa komunikasi yang berbeza. Bahan grafik yang berkesan mendorong interaksi yang aktif di dalam bilik darjah dan mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan dan mencabar. Sesuai dengan perkembangan teknologi terkini, media elektronik telah digunakan secara meluas dalam menghasilkan pelbagai jenis grafik. Grafik ini disebut sebagai grafik multimedia merujuk kepada sebarang hasil kerja grafik yang dihasilkan menggunakan sama ada pekakasan ataupun perisian komputer. Penggunaan teknologi grafik multimedia semakin berkembang pesat dan digunakan secara meluas dalam bidang pendidikan. Guru dan murid mendapat banyak manfaat bagi mendapatkan grafik yang diperlukan didalam tugas masing-masing Penggunaan grafik atau infografik dalam PdP meningkatkan motivasi murid untuk belajar, mewujudkan suasana pembelaran yang pelbagai, menarik perhatian murid yang berkebolehan pelbagai, menggalakkan penyertaan murid secara aktif, meneguhkan pembelajaran tanpa membosankan, meluaskan skop pengalaman murid, dan menjamin pemikiran yang teratur dan berkesinambungan.
  • 11. 11 3.0 Perbincangan Pengurusan Penggunaan Media Grafik dalam PdP Berasaskan Model ASSURE Analisis Murid Analisis ciri umum pelajar seperti peringkat umur, tahap persekolahan, tahap kemahiran intelektual, stail pembelajaran dan sebagainya perlu dilakukan terlebih dahulu sebelum sesuatu media dipilih dan digunakan. Murid dapat dianalisis berdasarkan aspek-aspek berikut: 1. Ciri-ciri umum murid. 2. Pengetahuan dan pengalaman sedia ada. 3. Gaya belajar Ciri umum murid-murid termasuklah umur, tahun, kelas, aliran, jantina, penempatan/daerah/kawasan, budaya dan sebagainya. Pengetahuan sedia ada yang ada pada murid-murid harus dikenalpasti terlebih dahulu juga agar guru tahu media grafik yang sesuai digunaka. Guru boleh mengenal pasti pengetahuan sedia ada murid- murid melalui sesi soal jawab di dalam kelas. Di samping itu juga, apabila guru sudah ada maklumat tentang pengetahuan dan pengalaman murid dalam topik yang akan dipelajari, ini akan mudahkan guru untuk memilih pengisian sumber pembelajaran dan kaedah yang sesuai yang akan digunakan. Misalnya, dalam pengajaran tersebut guru menggunakan video. Setiap murid mempunyai gaya pembelajaran mereka yang tersendiri. Pengetahuan tentang gaya pembelajaran murid dapat membantu guru merancang pengajaran dan pembelajaran yang efektif dan lancar. Gaya pembelajaran individu mempengaruhi cara individu memproses maklumat, membentuk persepsi merupakan faktor motivasi dan tingkah laku belajar. Oleh itu guru akan tahu keperluan murid dan boleh menyediakan media grafik yang sesuai bagi memudahkan proses PdP.
  • 12. 12 Menyatakan Objektif Langkah seterusnya adalah menentukan objektif atau hasil pembelajaran yang ingin dicapai.Menurut Ee Ah Meng (1997), objektif pengajaran pembelajaran menentukan arah dan tahap pencapaian murid-murid dalam bilik darjah.Oleh itu,objektif yang dinyatakan oleh guru mestilah realistik, iaitu tidak terlalu tinggi sehinggakan sukar untuk dicapai. Nicholson (1996) di dalam artikelnya menyatakan bahawa penetapan objektif bagi sesuatu pengajaran amat perlu bagi memastikan keberkesanan semasa pengajaran dan pembelajaran. Yusuf (2006) menyatakan objektif haruslah berdasarkan peringkat prestasi atau hasilan yang ingin dicapai. Sebelum memulakan proses pengajaran dan pembelajaran, guru menyatakan objektif atau hasil pembelajaran terlebih dahulu sebagai persediaan. Dengan itu, guru dapat menyediakan media pembelajaran dan kaedah penyampaian yang sesuai. Dalam objektif pembelajaran ia merangkumi empat aspek iaitu : 1. Siapakah yang hendak dicapai? (Kumpulan sasar) 2. Apakah yang hendak dicapai? (Apakah bentuk pelakuan baru) 3. Bagaimana hendak dicapai? (Apakah syarat pelakuan) 4. Apakah tahap pencapaian minimum? (standard pencapaian) Oleh itu, guru perlulah memastikan media grafik yang ingin digunakan dalam PdP dapat memastikan objektif yang ditentukan dapat dicapai dengan lebih mudah Memilih Kaedah, Media dan Bahan Memilih bahan sama ada menepati kehendak dan keperluan objektif atau mengubahsuai bahan multimedia agar menepati objektif, ciri-ciri pelajar dan pendekatan yang akan digunakan serta kekangan yang mungkin dihadapi sesuai dengan objektif pembelajaran. Dalam pengajaran yang baik, guru memilih media, kaedah dan bahan sumber yang dibuat secara sistematik dan terancang. Pemilihan media juga mesti bersesuaian dengan topik dan objektif pengajaran.pengajaran dan
  • 13. 13 sesuai dengan ciri-ciri dan saiz kumpulan sasaran; iaitu kumpulan besar,kumpulan sederhana dan individu. Dalam proses memilih media ini, terdapat 2 elemen penting yang perlu dipertimbangkan iaitu media grafik dan teks. Berikut merupakan panduan menggunakan elemen teks dan grafik dalam PdP berasaskan model Assure: Panduan menggunakan elemen teks: i. Pastikan teks yang digunakan ringkas tetapi padat. ii. Gunakan ‘font’ yang bersesuaian. iii. Pastikan teks boleh dibaca dari jarak yang sesuai. iv. Pemilihan stail tulisan dan warna teks bersesuaian dengan kumpulan sasaran dan suasana persembahan. v. Pastikan ‘font’ yang digunakan sedia ada pada sistem komputer lain. Panduan menggunakan elemen grafik: i. Pilih grafik yang bersesuaian dengan kumpulan sasaran. ii. Pilih grafik yang tidak menyentuh sensitiviti kaum atau agama. iii. Pilih kategori grafik yang sesuai dengan keperluan tugas. iv. Pilih kedalaman warna yang bersesuaian dengan keperluan aplikasi. v. Gunakan spesifikasi grafik yang boleh digunakan tanpa masalahpada sistem berkeupayaan rendah. Menggunakan Media dan Bahan Guru harus terlebih dahulu mengadakan pratonton media tersebut sama ada manual penggunaanya, laporan, lampiran atau melihat sendiri sama ada melalui paparan komputer atau membaca teksnya supaya sesuai dengan objektif pembelajaran. Tindakan yang perlu dilakukan oleh guru bagi memastikan media dan bahan sumber pengajaran dan pembelajaran (PdP) dimanfaatkan sepenuhnya di dalam kelas. Seterusnya ialah sediakan media grafik untuk penggunaan dalam kelas. Pastikan media grafik yang digunakan sesuai dengan murid dengan memastikan murid dapat
  • 14. 14 melihat dan memahami dengan jelas apa yang dipaparkan. Pastikan juga media grafik yang digunakan tidak menyetuh isu-isu sensitif. Persekitaran yang sesuai untuk penggunaan harus disediakan. Menyediakan persekitaran yang sesuai merujuk kepada penyusunan media agar mudah dicapai, diambil atau dilihat. Sebagai contoh, persembahan power point yang disediakan perlulah jelas dan terang apabila dipancarkan menggunakan projektor LCD. Sebelum itu guru perlu memastikan bahawa projector LCD berfungsi dengan baik dan dapat digunakan sepanjang sesi PdP berlangsung. Seterusnya, keadaan kelas juga perlu dititiberatkan. Pastikan keadaan kelas berada dalam keadaan bersih, teratur dan selesa. Hal ini adalah kerana keadaan seumpama itu akan mempengaruhi konsentrasi murid semasa PdP berlangsung. Kemudian, sediakan murid untuk mendapat manfaat daripada bahan sumber. Sediakan murid untuk pengalaman pembelajaran sama pentingnya dengan menawarkan pengalaman pembelajaran yang merangsangkan. Induksi yang terancang dan memotivasikan dapat menimbulkan rasa ingin tahu pelajar untuk terus belajar. Menurut Ausubel, pelajar boleh disediakan untuk menerima maklumat baharu dengan membuka minda mereka dengan advance organizer, iaitu memberikan gambaran menyeluruh berkaitan isi pelajaran yang akan dipelajari. Setelah itu, sediakan pengalaman pembelajaran bagi murid.Bagi menyediakan pengalaman pembelajaran, guru hendaklah berjaya memilih kaedah dan teknik penyampaian yang sesuai contohnya menggunakan powerpoint yang dipancarkan melalui projektor LCD menerusi komputer. Memerlukan Penyertaan Pelajar Guru haruslah menyediakan media grafik yang menarik dari segi bentuk dan warna bagi menarik minat murid agar mereka menyertakan diri dalam aktiviti PdP dengan aktif kerana media pengajaran yang baik membolehkan penyertaan respon murid dalam berinteraksi dengan bahan yang disediakan serta mendapatkan maklumbalas. Penglibatan murid boleh berlaku secara individu atau berkumpulan. Guru juga haruslah memastikan media grafik tersebut mampu meransang dan memotivasikan murid untuk belajar dan melibatkan diri dalam aktiviti PdP yang dijalankan di dalam kelas.
  • 15. 15 Menilai dan Mengulangkaji Menurut Heinich, 1982, penilaian perlu dibuat secara berterusan dan bersepadu serta menyeluruh pada semua peringkat untuk memberi gambaran sejauh mana keberkesanan media yang dipilih terhadap prestasi pelajar serta bertepatan dengan objektif atau hasil pembelajaran yang dikehendaki. Penilaian pembelajaran boleh dibuat dalam pelbgai bentuk. Bentuk penilaian pembelajaran terbahagi kepada dua iaitu penilaian formal dan penilaian informal. Penilaian formal merujuk kepada ujian. Pernilaian informal dibuat melalui hasil kerja pelajar, pemerhatian, soal jawab, aktiviti kumpulan, pembentangandan seumpamanya. 4.0 Rumusan Guru-guru di Malaysia telah mengenali kaedah-kaedah pengajaran serta teori-teori pembelajaran. Melalui rekabentuk pengajaran guru-guru dapat membuat asimilasi beberapa kaedah-kaedah pengajaran yang telah dianalisis mengikut kehendak murid. Seterusnya guru-guru akan mengaplikasikan rekabentuk kaedah pengajaran yang telah diasimilasi dan membangunkan media-media yang khusus yang dapat membantu murid memajukan diri. Penggunaan model ASSURE dalam menggunakan media grafik dalam PdP sebenarnya dapat membantu guru mencipta kaedah pengajaran dan pembelajaran yang lebih dinamik berbanding kaedah pengajaran tradisional. Model ASSURE bukan sahaja mudah untuk difahami, malahan mudah untuk diamalkan oleh guru dan murid. Dengan menggunakan model ini dalam pemilihan media yang berkesan seperti media grafik, sudah tentu pencapaian murid akan lebih memuaskan.
  • 16. 16 Rancangan Pengajaran Harian Mata Pelajaran : Reka Bentuk Dan Teknologi Tarikh : 29 April 2015 Masa : 2.30 – 3.00 petang Kelas : 5 Cemerlang Bilangan Murid : 20 Tema : Masakan Tajuk : Menyediakan Sandwich Sardin Kemahiran : Menyediakan makanan dengan bersih Pengetahuan Sedia Ada : Murid pernah melihat ahli keluarga mereka menyediakan sandwich di rumah. Standard Kandungan : Menyediakan makanan dengan kaedah yang betul Standard Pembelajaran : Cara penyediaan Objektif Pembelajaran : Pada akhir proses pengajaran dan pembelajaran ini, murid dapat: i. Menyediakan sandwich sardin dengan sendiri ii. Menyatakan bahan-bahan yang digunakan untuk membuat sandwich sardine (Model ASSURE, Model Dick dan Reisser) LAMPIRAN ANALISIS MURID NYATAKAN OBJEKTIF
  • 17. 17 Pentaksiran Berasaskan : Sekolah (PBS) Tabiat Berfikir (HOM) / : Menghubung kait isi pelajaran dengan pengalaman lampau KBAT Membina pemahaman dan pengetahuan baru berdasarkan pengalaman sedia ada Elemen Merentas Kurikulum : Pendidikan Moral dan Pendidikan Kesihatan Penerapan Nilai : Mendengar arahan, berdisiplin, yakin diri dan kerjasama, kebersihan Bahan bantu mengajar : Gambar slaid powerpoint, analisis tugasan, roti, sardin, timun, sudu, pinggan, tisu pengelap, sarung tangan plastik PILIH KAEDAH, MEDIA, BAHAN
  • 18. 18 Langkah/ Masa Isi Pelajaran Aktiviti P&P Catatan Set Induksi (4minit) Tayangan gambar jenis-jenis sandwich 1. Guru memaparkan gambar jenis-jenis sandwich 2. Murid dikaitkan tantang apa yang akan dipelajari pada hari ini. 3. Murid diterangkan secara ringkas tentang amalan kebersihan dalam menyediakan makanan BBM: Gambar Langkah 1 (5minit) Simulasi Membuat Sandwich Sardin 1.Murid diterangkan langkah demi langkah cara untuk membuat sandwich sardin dengan menggunakan analisis tugasan. 2.Guru melakukan simulasi cara untuk menyediakan sandwich sardine. Teknik : Demonstrasi Nilai : Mendengar arahan guru BBM : Analisis tugasan Langkah 2 (10minit) Amali 1. Murid dikehendaki datang ke depan untuk mengambil bahan dan alatan. 2. Secara berpasangan, murid dikehendaki menyediakan sandwich sardin. 3. Murid harus meletakkan sandwich yang telah siap ke atas pinggan. Nilai : Mendengar arahan guru dan yakin diri BBM : Roti , sardin, timun, sudu, pinggan GUNA MEDIA,BAHAN DORONG PENGLIBATAN MURID GUNA MEDIA,BAHAN
  • 19. 19 Langkah 3 (4minit) Makan secara tertib 1. Murid dikehendaki duduk di kerusi masing-masing. 2. Salah seorang daripada murid bangun untuk membacakan doa makan. 3. Murid makan bersama-sama. Nilai : Kerjasama, mendengar arahan guru BBM : Sandwich sardin Langkah 4 (2 minit) Mengemas 1. Murid dikehendaki memasukkan sampah ke dalam bakul yang telah disediakan Nilai: Kebersihan Penilaian (2 minit) - Guru menanyakan kepada murid tentang amalan kebersihan ketika menyediakan makanan KB : Mengingat kembali Nilai : Berdislpin Penutup (3 minit) Rumusan kognitif : - rumusan isi Pelajaran Rumusan sosial : - Nilai Murni 1.Murid disoal oleh guru tentang apa yang telah dipelajari. 2.Murid diminta menerangkan kembali langkah-langkah menyediakan sandwich sardin 3.Murid diterapkan nilai berdikari dalam kehidupan seharian. 4. Guru merumuskan isi pelajaran Teknik : Soaljawab Nilai : Mendengar arahan guru DORONG PENGLIBATAN MURID NILAI DAN SEMAK
  • 20. 20 Pertama sekali saya sangat bersyukur kerana dapat saya menyiapkan tugasan ini dengan jayanya dalam tempoh masa yang ditetapkan. Semasa menerima tugasan ini, apa yang dapat saya gambarkan ialah halangan-halangan yang terpaksa saya hadapi sama ada dari segi masa serta sumber rujukan. Namun setelah diberi penerangan daripada pensyarah, saya dapat memahami cara untuk melaksanakan kerja kursus ini dan ia memudahkan saya untuk merangka setiap proses untuk melaksanakan tugasan ini. Sepanjang proses saya menyiapkan kerja kursus ini, saya dapati bahawa setiap yang saya pelajari selama ini bukan mudah untuk difahami. Sebagai contoh, sebelum ini, pemahaman saya mengenai model-model pengajaran. Namun, setelah melaksanakan kerja kursus ini, saya kini dapat memahami dengan baik jenis-jenis model tersebut. Selain itu, saya juga dapat menguasai kemahiran berinteraksi dengan rakan- rakan secara lisan dengan betul semasa berbincang dengan mereka untuk bertukar- tukar pendapat dan idea bagi menjawab kehendak soalan tugasan 1. Sebelum ini, kemahiran berkomunikasi saya agak kurang namun, setelah melaksanakan kerja kursus Teknologi dalam Pengajaran dan Pembelajaran, saya dapat menguasai kemahiran tersebut dengan baik. Semasa melaksanakan kerja kursus ini juga, saya dapat menguasai komunikasi lisan dengan baik dan berkesan semasa berbincang dan bertukar-tukar pendapat dengan pensyarah saya dan ini merupakan salah satu perkara yang harus saya banggakan kerana sebelum melaksanakan kerja kursus ini, saya kurang berkomunikasi secara lisan dengan pensyarah saya disebabkan oleh kurangnya keyakinan komunikasi kerana di rumah saya dan ahli keluarga saya bertutur dalam bahasa Dusun iaitu bahasa ibunda kaum saya. Seterusnya, dalam usaha melaksanakan tugasan dalam kerja kursus ini, saya kini lebih memahami tajuk-tajuk yang kami pelajari bagi kursus Teknologi dalam Pengajaran dan Pembelajaran. Setelah melaksanakan kerja kursus ini, lebih yakin dan lebih mengingati topik-topik yang dibincangkan semasa kuliah berlangsung kerana saya dapat melakukan lebih banyak bacaan dan kajian mengenai topik-topik yang dipelajari dalam kelas semasa kuliah berlangsung. Selain itu, saya juga tidak pernah menambil REFLEKSI
  • 21. 21 kisah mengenai kursus Teknologi dalam Pengajaran dan Pembelajaran. Namun, dalam masa melaksanakan kerja kursus ini, saya telah membaca sebuah artikel mengenai jenis-jenis model pengajaran yang digunakan dalam kajian tindakan yang menguji tahap pencapaian murid yang diajar menggunakan media pengajaran berbeza di dalam kelas yang baik sekali yang sangat menarik hati. Kini , saya sangat tertarik dan berminat untuk lebih mendalami kursus ini kerana saya tidak menyangka bahawa kursus ini sebenarnya menarik. Stereotaip saya bahawa kursus ini membosankan dan sukar ternyata silap kerana ia sebenarnya seronok untuk dipelajari. Saya juga kurang memahami soalan kerja kursus yang telah diberikan. Namun, atas tunjuk ajar dan bimbingan yang sangat berharga daripada pensyarah kesayangan kami iaitu Dr. Ma Hamsiatus dan rakan-rakan sekelas saya, saya berjaya memahami soalan dan dapat menyiapkan tugasan 1 kerja kursus ini dengan senang hati dan gembira. Selain itu, pengalaman yang saya perolehi semasa mengumpul maklumat- maklumat tentang tugasan yang diberi, sedikit sebanyak telah membantu saya menambah pengetahuan dalam kursus ini disamping ingin menyiapkan kerja kursus. Saya kini juga menyedari akan betapa pentingnya untuk menguasai kursus Teknologi dalam Pengajaran dan Pembelajaran untuk digunakan apabila saya menjadi guru kelak.Pengetahuan-pengetahuan ini amat penting untuk diaplikasikan ketika saya keluar mengajar nanti. Walaupun sepanjang proses melaksanakan tugasan ini saya terpaksa berkorban masa, tenaga, dan sebagainya ,saya tetap berpuas hati kerana dengan hasil kerja keras saya dapat juga tugasan ini disiapkan. Saya juga telah mempelajari erti kesabaran semasa menyiapkan kerja kursus ini terutamanya ketika saya mencari bahan-bahan rujukan dan idea bagi melengkapkan tugasan yang diberi ini. Dalam kerja kursus ini, kami telah ditugaskan untuk membuat tugasan yang agak sukar. Oleh itu, saya terpaksa mencari rujukan dari pelbagai sumber seperti buku, jurnal, artikel dan sebagainya. Salah satu cabaran yang saya hadapi ketika mencari bahan rujukan bagi kerja kursus ini ialah kekurangan buku dan bahan rujukan kerana buku di perpustakaan IPG mengenai tajuk yang telah diberikan kepada kami adalah agak terhad dan saya datang ke perpustakaan agak lambat berbanding rakan-rakan sekelas saya dan ini menyebabkan saya sukar mendapat bahan rujukan
  • 22. 22 yang sepatutnya.Selain itu, saya juga mempelajari erti kesabaran ketika memerah otak untuk memikirkan idea-idea yang mantap bagi melengkapkan kerja kursus ini. Hasil daripada kesabaran saya, saya berjaya menyiapkan kerja kursus ini atas hasil titik peluh saya sendiri tanpa perlu bergantung kepada orang lain. Saya juga berjaya memupuk semangat bekerjasama dengan rakan-rakan sekelas semasa melaksanakan kerja kursus ini. Kami saling membantu antara satu sama lain terutamanya dalam perbincangan kami semasa menyiapkan kerja kursus ini. Kami saling bertukar-tukar idea dan memberikan pendapat antara satu sama lain bagi menyiapkan kerja kursus ini. Kami juga saling bekerjasama dalam bertukar-tukar sumber rujukan seperti buku. Dengan itu, hubungan antara saya dan rakan-rakan seperjuangan juga semakin erat dan kukuh secara tidak langsung. Akhir kata, saya amat bersyukur kepada Tuhan, kepada pensyarah yang tidak pernah bosan membimbing saya, dan kepada rakan-rakan yang selalu membantu dalam memberikan pendapat dan pandangan dalam melaksanakan kerja kursus ini dengan jayanya walaupun banyak halangan yang saya hadapi kerana halangan itulah yang membina saya untuk terus bersemangat dalam menyiapkan kerja kursus ini.
  • 23. 23 Chan Hon Woon. (1997). Pendidikan Seni Tingkatan 1 & 2 KBSM. Petaling Jaya: Pustaka Delta Pelajaran Sdn. Bhd. Dhia, W. (2013, Januari 22). Cikgu Wan Dhia's Blog. Retrieved Februari 1, 2016, from Blogspot: http://cikguwandhia.blogspot.my/2011/07/reka-bentuk-pengajaran.html Hasan, M. (2000). Media Pengajaran; Penghasilan Bahan Pengajaran Berkesan. Serdang: Universiti Putra Malaysia. Hasim, Y. (1997). Media Pengajaran untuk Pendidikan. Shah Alam: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd. Hasim, Y. (1998). Teknologi Pengajaran. Shah Alam: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd. Hazami, Z. (2009). Teori dan Prinsip Reka Bentuk Pengajaran. Reka Bentuk Pengajaran, 50-59. Karim, S. (2015, September 22). Scrbd. Retrieved Januari 30, 2016, from Scrbd.com: http://www.scribd.com/doc/37766705/Topik-2-Reka-Bentuk-Pengajaran#scribd Kasim, A. (2006). Media Dalam Pendidikan. Universiti Pendidikan Sultan Idris. Norasiah, A., Nor Risah Jamilah, M., & Rosnah, A. (2013). Teknologi dalam Pengajaran dan Pendidikan. Selangor: Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd. Noriati, A., Boon Pong, Y., Sharifah Fakhriah, S., & Wan Kamarudin, W. (2013). Teknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran. Kuala Lumpur: Oxford Fajar Sdn Bhd. Sahin, A. (2013, Jun 8). MyCikgu Blogspot. Retrieved 30 Januari, 2016, from Blogspot.com: http://my-cikgu.blogspot.my/2010/12/konsep-dan-domain- teknologi-pendidikan.html BIBLIOGRAFI