Pemikiran Albert Bandura tentang pendidikan moral berfokus pada teori pembelajaran sosial kognitif dimana pembelajaran terjadi melalui peniruan. Ia menekankan peranan guru sebagai teladan moral bagi murid dan pengaruh lingkungan sosial murid dalam membentuk keperibadian mereka.
3. • Teori pembelajaran sosial kognitif dihasilkan atas dasar
kemungkinan yang menyatakan bahawa proses kognitif dalam
diri individu berperanan dalam pembelajaran yang dipengaruhi
lingkungan sosialnya secara ketara.
• Dalam konteks ini, individu melaksanakan pembelajaran
dengan meniru tingkah laku orang lain yang didapati di
sekitarnya sehingga tingkah laku tersebut diamalkan sendiri.
• Dengan itu, individu dikatakan melakukan pembelajaran
melalui peniruan tingkah laku orang lain yang dikenali sebagai
teori pembelajaran melalui peniruan.
5. • Kesesuaian pendidik sebagai model adalah kerana sebahagian
banyak masa murid adalah bersama dengan guru.
• Persis kata peribahasa Melayu “guru kencing berdiri, murid
kencing berlari” jelas mencerminkan bahawa kepentingan guru
menjadi model yang baik.
• Sekiranya guru menunjukkan teladan yang baik kepada anak
didiknya, maka murid akan meniru tingkah laku baik yang
dilakukan gurunya dan begitu juga dengan sebaliknya.
• Jadi, guru sepatutnya menjadi suri teladan kepada murid
dengan menjadi seorang yang mempunyai moral, nilai, etika
dan akhlak.
6. • Guru yang bermoral sepatutnya melaksanakan kewajipannya
sebagai anggota masyarakat dengan menitikberatkan
penaakulan, emosi dan tingkah laku diri selaras dengan
budaya, adat, norma, peraturan, nilai dan undang-undang
masyarakat.
• Sebagai contoh, guru yang bermoral menjadikan teladan
kepada murid dengan sentiasa menjaga kebersihan sekolah.
• Begitu juga dengan nilai yang seharusnya digunakan oleh guru
untuk mengukur sesuatu tingkah laku sama ada benar atau
salah, baik atau buruk.
• Antara jenis nilai yang boleh dipertimbangkan oleh guru
dalam melaksanakan sesuatu keputusan termasuklah nilai
intrinsik, ekstrinsik, objektif, subjektif, mutlak dan relatif.
7. •Sementara itu, guru perlulah sentiasa beretika dengan
mematuhi peraturan yang ditetapkan supaya tingkah
laku guru dalam sekolah dapat dikawal.
•Jadi, etika profesion keguruan perlulah dipatuhi oleh
setiap guru di dalam sekolah.
•Sebagai model, guru juga perlulah menjadi seorang
yang berakhlak dengan mempunyai pegangan agama
yang kuat.
•Maka, pendidik yang berperanan sebagai teladan
kepada anak murid sewajarnya menampilkan imej yang
positif supaya dapat diikuti murid.
9. • Lingkungan sosial murid meliputi keluarga, sekolah dan
masyarakat mempunyai perkaitan yang rapat dengan
pembelajaran murid.
• Sekiranya murid didedahkan dengan persekitaran yang positif,
maka murid yang memperoleh motivasi daripada pelbagai pihak
dapat merangsang mindanya untuk berfikir sedemikian.
• Dengan itu, guru boleh cuba untuk memastikan murid berada di
persekitaran pembelajaran yang sesuai supaya murid berupaya
memperoleh ilmu secara berkesan.
• Oleh itu, guru boleh menekankan pemikiran moral rasionalis
dalam kalangan murid dengan memberi nasihat kepada mereka
untuk mempertimbangkan tindakan yang dilaksanakan orang di
sekeliling.
10. •Jika murid mendapati teman yang sentiasa
mendekatinya memberikan semangat yang positif,
maka murid boleh kerap mendekatinya.
•Sebagai contoh, murid yang sentiasa mempunyai
pemikiran naturalis perlulah mempunyai rakan yang
positif untuk memberikan kata penguat kepadanya
pada masa yang tertentu.
•Begitu juga dengan murid yang emotivis yang
memerlukan kawan karib yang ceria dan boleh
dipercayai.
11. •Oleh sebab setiap peribadi murid adalah berbeza,
maka murid perlulah berfikir secara rasional dalam
menentukan lingkungan diri.
•Secara tidak langsung, lingkungan sosial murid yang
positif berupaya membentuk murid yang bermoral.
• Oleh itu, jelaslah bahawa lingkungan murid
mempunyai pengaruh yang kuat dalam
pembentukan sahsiah diri.
12. Kesimpulan
• Secara kesimpulannya, pemikiran moral Albert Bandura dalam
bidang pendidikan tertumpu kepada teori pembelajaran sosial
kognitif yakni teori pembelajaran melalui peniruan.
• Melalui penelitian, pemikirannya memfokuskan peranan
pendidik sebagai teladan kepada anak muridnya dan peranan
lingkungan yang mempunyai pengaruh yang kuat dalam
pembentukan peribadi murid.
• Dengan perkembangan sosial murid yang positif, maka aspek
kognitif murid dipercayai dapat dipertingkatkan.