SlideShare a Scribd company logo
1 of 3
Peranan Sekolah dan Guru dalam Pembangunan Nilai Pelajar Menerusi
Penerapan Nilai Murni: Satu Sorotan
Melalui penelitian artikel yang bertajuk “Peranan Sekolah dan Guru dalam
Pembangunan Nilai Pelajar Menerusi Penerapan Nilai Murni: Satu Sorotan”, pihak
sekolah dan pendidik berperanan penting dalam membentuk peribadi yang utuh
malahan kental dalam kalangan pelajar. Kepentingannya adalah disebabkan pelajar
sekurang-kurangnya menghabiskan satu per empat masa dalam sehari di sekolah
bersama dengan guru. Lazimnya, jenis dan budaya sekolah dipercayai dapat
meninggalkan impak dalam pembentukan sahsiah pelajar. Begitu juga dengan
peranan guru-guru di sekolah berupaya mempengaruhi tingkah laku murid dalam
kehidupan seharian. Jadi, jelaslah bahawa pihak sekolah dan guru memikul
tanggungjawab yang agak signifikan dalam melahirkan pelajar yang bermoral dengan
mengamalkan nilai murni.
Dalam usaha pembangunan nilai pelajar, pihak pentadbir sekolah mempunyai
peranan untuk membentuk budaya sekolah yang kondusif melalui penerapan nilai
murni. Dalam konteks ini, pemimpin di sekolah perlulah menyedari peranannya di
sekolah dengan menentukan hala tuju sekolah untuk membentuk pelajar yang
mengamalkan nilai murni di samping mewujudkan pelajar yang cemerlang dalam
akademik. Sebagai contoh, pengamalan budaya berbudi bahasa di sekolah boleh
dihidupkan melalui perancangan aktiviti yang sesuai kepada pelajar seperti
mengadakan ceramah, permainan yang berkaitan dengan kepentingan nilai murni,
memberikan ganjaran kepada pelajar yang bermoral dan sebagainya. Dengan inisiatif
yang dilaksanakan oleh pihak sekolah untuk mewujudkan budaya sekolah yang
bermoral, maka pelajar diharapkan dapat menyedari kepentingan pengamalan nilai
murni dalam kehidupan seharian. Jadi, kesedaran pelajar dapat menyebabkan
penerapan nilai murni dalam sanubari masing-masing dan seterusnya
mengamalkannya secara tidak langsung. Walaupun pendedahan kepentingan nilai
murni kepada pelajar adalah sesuatu yang bukan senang, tetapi murid dipercayai
akan mengamalkan nilai murni sekiranya pelbagai inisiatif dirancang dan
dilaksanakan oleh pihak sekolah. Oleh itu, budaya sekolah baik yang berusaha
diwujudkan oleh pihak sekolah dengan menekankan pengamalan nilai murni dalam
kalangan pelajar dipercayai dapat meningkatkan nilai pelajar.
Selain itu, guru berperanan membangunkan nilai pelajar melalui pengamalan
nilai murni dengan menjadikan diri sebagai teladan kepada pelajar. Peranan guru
sebagai model adalah penting kerana sesuatu adalah mustahil untuk disampaikan
kepada pelajar sekiranya guru berkelakuan seperti ketam mengajar anaknya berjalan
lurus. Jadi, guru sepatutnya menjadi teladan pelajar dengan menjadi individu yang
mengamalkan nilai murni walau di mana pun. Bertitik tolak dengan peranan guru
sebagai contoh, guru perlulah mengamalkan nilai peribadi asas, nilai kepimpinan, nilai
profesionalisme, nilai produktiviti dan juga nilai keagamaan. Dalam meneliti
pengamalan nilai peribadi asas, guru perlulah bersikap amanah, bertanggungjawab,
berdedikasi dan kesederhanaan dalam melaksanakan tugasnya sebagai pendidik.
Begitu juga nilai kepimpinan seperti adil dan berani perlulah ditonjolkan oleh guru
dalam memimpin anak muridnya. Guru juga seharusnya menunjukkan nilai
profesionalisme dengan sentiasa komited dengan tanggungjawab sendiri. Dengan
penonjolan sahsiah guru yang baik, maka murid akan meniru personaliti guru yang
positif dan begitu juga dengan sebaliknya. Hal ini demikian kerana pelajar yang masih
keliru dengan identiti diri adalah begitu mudah dipengaruhi oleh orang di sekelilingnya
termasuklah guru. Oleh itu, peranan guru sebagai teladan pelajar adalah begitu vital
dalam meninggikan nilai pelajar melalui penerapan nilai murni dalam jiwa pelajar.
Di samping itu, sikap guru yang prihatin terhadap pelajar adalah penting dalam
membentuk peribadi pelajar yang masih boleh dilenturkan. Sifat yang ditunjukkan oleh
guru adalah penting disebabkan kerencaman latar belakang murid yang membentuk
pengamalan nilai pelajar. Maka, sikap demikian yang ditunjukkan oleh guru dalam
proses pengajaran dan pembelajaran boleh menyebabkan pemahaman yang lebih
lanjut terhadap pelajar dan seterusnya membimbing pelajar untuk menjadi individu
yang mengamalkan nilai. Dalam melaksanakan usaha tersebut, keprihatinan guru
boleh ditonjolkan melalui sentiasa meluangkan masa untuk berinteraksi dengan murid.
Tindakan yang senang seperti memahami latar belakang pelajar, mendengar
kesulitan yang dihadapi pelajar, memperoleh pandangan berkaitan sesuatu isu yang
diberikan pelajar dan sebagainya menyebabkan guru boleh memberikan nasihat
kepada pelajar supaya pelajar diingati untuk mengamalkan nilai dalam menghadapi
sebarang masalah. Walaupun penyampaian ilmu kepada pelajar adalah penting,
tetapi nilai yang didedahkan kepada pelajar dapat membentuk peribadi pelajar yang
unggul. Maka, guru berperanan untuk bersikap prihatin terhadap pelajarnya supaya
nilai pelajar dapat dibangunkan menerusi pengamalan nilai murni.
Secara kesimpulannya, pihak sekolah dan guru sewajarnya melaksanakan
tanggungjawab masing-masing dalam membangunkan nilai pelajar. Seperti yang kita
sedia maklum, sekolah memainkan peranan penting selepas institusi keluarga dalam
pembentukan nilai dan ini sebenarnya jelas termaktub dalam Falsafah Pendidikan
Kebangsaan. Peranan guru pula menjadi semakin penting bagi memastikan sahsiah
dalam kalangan pelajar dapat dibentuk serta kekal terpelihara. Jadi, tanggungjawab
sekolah dan guru dalam mendidik pelajar bukan sahaja diperlihatkan untuk menyedari
kepentingan nilai malahan menghayati serta mengamalkannya setiap masa. Oleh hal
yang demikian, penghayatan nilai yang baik dalam kalangan pelajar diharapkan dapat
merealisasikan matlamat pendidikan negara.
 Sila rujuk artikel:
“Peranan Sekolah dan Guru dalam Pembangunan Nilai Pelajar Menerusi
Penerapan Nilai Murni: Satu Sorotan” – Mohamad Khairi Othman & Asmawati
Suhid

More Related Content

What's hot

kapasiti pedagogi pembelajaran bermakna
kapasiti pedagogi pembelajaran bermaknakapasiti pedagogi pembelajaran bermakna
kapasiti pedagogi pembelajaran bermaknanoorfarahanahmohdnoo
 
Isu Kenaikan Harga Minyak
Isu Kenaikan Harga MinyakIsu Kenaikan Harga Minyak
Isu Kenaikan Harga MinyakUNie ONie
 
Maksud kurikulum
Maksud kurikulumMaksud kurikulum
Maksud kurikulumshahrul93
 
MASALAH PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN DI DALAM BILIK DARJAH
MASALAH PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN DI DALAM BILIK DARJAHMASALAH PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN DI DALAM BILIK DARJAH
MASALAH PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN DI DALAM BILIK DARJAHIzny Atikah
 
47283032 nilai-nilai-murni-dalam-pendidikan
47283032 nilai-nilai-murni-dalam-pendidikan47283032 nilai-nilai-murni-dalam-pendidikan
47283032 nilai-nilai-murni-dalam-pendidikanJalalludin Ibrahim
 
Konsep Pendidikan
Konsep PendidikanKonsep Pendidikan
Konsep Pendidikanfiro HAR
 
Implikasi falsafah pendidikan kebangsaan & falsafah pendidikan guru
Implikasi falsafah pendidikan kebangsaan & falsafah pendidikan guruImplikasi falsafah pendidikan kebangsaan & falsafah pendidikan guru
Implikasi falsafah pendidikan kebangsaan & falsafah pendidikan guruMegala Silva Raju
 
Falsafah pendidikan guru
Falsafah pendidikan guruFalsafah pendidikan guru
Falsafah pendidikan guruRENU PRIYA
 
Standard guru malaysia
Standard guru malaysiaStandard guru malaysia
Standard guru malaysiaULak MuLai
 
Akauntabiliti guru
Akauntabiliti guruAkauntabiliti guru
Akauntabiliti guruibnussomad
 
Permuafakatan sekolah dan komuniti
Permuafakatan sekolah dan komuniti Permuafakatan sekolah dan komuniti
Permuafakatan sekolah dan komuniti wan salleh
 
Kumpulan 5 tenaga alternatif
Kumpulan 5 tenaga alternatifKumpulan 5 tenaga alternatif
Kumpulan 5 tenaga alternatifRazali Samad
 
Mobiliti sosial
Mobiliti sosialMobiliti sosial
Mobiliti sosialparydave
 
model-model pengajaran
model-model pengajaran model-model pengajaran
model-model pengajaran Opie Mohamad
 
Bab3.etika perguruan
Bab3.etika perguruanBab3.etika perguruan
Bab3.etika perguruanNur ja
 
Nota Padat EDUP3063 - Pentaksiran Dalam Pendidikan
Nota Padat EDUP3063 - Pentaksiran Dalam PendidikanNota Padat EDUP3063 - Pentaksiran Dalam Pendidikan
Nota Padat EDUP3063 - Pentaksiran Dalam PendidikanAhmad Fahmi
 
Guru berjiwa pendidik
Guru berjiwa pendidikGuru berjiwa pendidik
Guru berjiwa pendidikROYALBERTM
 

What's hot (20)

kapasiti pedagogi pembelajaran bermakna
kapasiti pedagogi pembelajaran bermaknakapasiti pedagogi pembelajaran bermakna
kapasiti pedagogi pembelajaran bermakna
 
Isu Kenaikan Harga Minyak
Isu Kenaikan Harga MinyakIsu Kenaikan Harga Minyak
Isu Kenaikan Harga Minyak
 
Pendidikan masa kini
Pendidikan masa kiniPendidikan masa kini
Pendidikan masa kini
 
Maksud kurikulum
Maksud kurikulumMaksud kurikulum
Maksud kurikulum
 
MASALAH PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN DI DALAM BILIK DARJAH
MASALAH PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN DI DALAM BILIK DARJAHMASALAH PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN DI DALAM BILIK DARJAH
MASALAH PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN DI DALAM BILIK DARJAH
 
47283032 nilai-nilai-murni-dalam-pendidikan
47283032 nilai-nilai-murni-dalam-pendidikan47283032 nilai-nilai-murni-dalam-pendidikan
47283032 nilai-nilai-murni-dalam-pendidikan
 
Konsep Pendidikan
Konsep PendidikanKonsep Pendidikan
Konsep Pendidikan
 
Modul program bina insan guru ppg
Modul program bina insan guru ppgModul program bina insan guru ppg
Modul program bina insan guru ppg
 
Implikasi falsafah pendidikan kebangsaan & falsafah pendidikan guru
Implikasi falsafah pendidikan kebangsaan & falsafah pendidikan guruImplikasi falsafah pendidikan kebangsaan & falsafah pendidikan guru
Implikasi falsafah pendidikan kebangsaan & falsafah pendidikan guru
 
Falsafah pendidikan guru
Falsafah pendidikan guruFalsafah pendidikan guru
Falsafah pendidikan guru
 
Standard guru malaysia
Standard guru malaysiaStandard guru malaysia
Standard guru malaysia
 
Akauntabiliti guru
Akauntabiliti guruAkauntabiliti guru
Akauntabiliti guru
 
Permuafakatan sekolah dan komuniti
Permuafakatan sekolah dan komuniti Permuafakatan sekolah dan komuniti
Permuafakatan sekolah dan komuniti
 
Kumpulan 5 tenaga alternatif
Kumpulan 5 tenaga alternatifKumpulan 5 tenaga alternatif
Kumpulan 5 tenaga alternatif
 
Model taba
Model taba Model taba
Model taba
 
Mobiliti sosial
Mobiliti sosialMobiliti sosial
Mobiliti sosial
 
model-model pengajaran
model-model pengajaran model-model pengajaran
model-model pengajaran
 
Bab3.etika perguruan
Bab3.etika perguruanBab3.etika perguruan
Bab3.etika perguruan
 
Nota Padat EDUP3063 - Pentaksiran Dalam Pendidikan
Nota Padat EDUP3063 - Pentaksiran Dalam PendidikanNota Padat EDUP3063 - Pentaksiran Dalam Pendidikan
Nota Padat EDUP3063 - Pentaksiran Dalam Pendidikan
 
Guru berjiwa pendidik
Guru berjiwa pendidikGuru berjiwa pendidik
Guru berjiwa pendidik
 

Viewers also liked

Buku mmi 2014 soal jawab lazim
Buku mmi 2014  soal jawab lazimBuku mmi 2014  soal jawab lazim
Buku mmi 2014 soal jawab lazimNadzari Baharom
 
Keluarga dalam Pembentukan Moral
Keluarga dalam Pembentukan MoralKeluarga dalam Pembentukan Moral
Keluarga dalam Pembentukan MoralKharrenyanyan1605
 
Pemikiran Pendidikan Moral Albert Bandura
Pemikiran Pendidikan Moral Albert BanduraPemikiran Pendidikan Moral Albert Bandura
Pemikiran Pendidikan Moral Albert BanduraKharrenyanyan1605
 
A Guide to SlideShare Analytics - Excerpts from Hubspot's Step by Step Guide ...
A Guide to SlideShare Analytics - Excerpts from Hubspot's Step by Step Guide ...A Guide to SlideShare Analytics - Excerpts from Hubspot's Step by Step Guide ...
A Guide to SlideShare Analytics - Excerpts from Hubspot's Step by Step Guide ...SlideShare
 

Viewers also liked (7)

Buku mmi 2014 soal jawab lazim
Buku mmi 2014  soal jawab lazimBuku mmi 2014  soal jawab lazim
Buku mmi 2014 soal jawab lazim
 
Keluarga dalam Pembentukan Moral
Keluarga dalam Pembentukan MoralKeluarga dalam Pembentukan Moral
Keluarga dalam Pembentukan Moral
 
Melindungi Masa Intruksional MMI
Melindungi Masa Intruksional MMIMelindungi Masa Intruksional MMI
Melindungi Masa Intruksional MMI
 
Asaskepimpin
AsaskepimpinAsaskepimpin
Asaskepimpin
 
Pemikiran Pendidikan Moral Albert Bandura
Pemikiran Pendidikan Moral Albert BanduraPemikiran Pendidikan Moral Albert Bandura
Pemikiran Pendidikan Moral Albert Bandura
 
HBEF2303 KESIMPULAN
HBEF2303 KESIMPULANHBEF2303 KESIMPULAN
HBEF2303 KESIMPULAN
 
A Guide to SlideShare Analytics - Excerpts from Hubspot's Step by Step Guide ...
A Guide to SlideShare Analytics - Excerpts from Hubspot's Step by Step Guide ...A Guide to SlideShare Analytics - Excerpts from Hubspot's Step by Step Guide ...
A Guide to SlideShare Analytics - Excerpts from Hubspot's Step by Step Guide ...
 

Similar to Peranan Sekolah dan Guru dalam Pembangunan Nilai Pelajar Menerusi Penerapan Nilai Murni: Satu Sorotan

Kepribadian guru
Kepribadian guru Kepribadian guru
Kepribadian guru Ida Nana
 
Guru sebagai pengajar dan pendidik
Guru sebagai pengajar dan pendidikGuru sebagai pengajar dan pendidik
Guru sebagai pengajar dan pendidikNur Arifaizal Basri
 
Cabaran Seorang Guru Masa Kini
Cabaran Seorang Guru Masa KiniCabaran Seorang Guru Masa Kini
Cabaran Seorang Guru Masa KiniBazrol
 
Falsafah pendidikan islam projek akhir a167854
Falsafah pendidikan islam projek akhir a167854Falsafah pendidikan islam projek akhir a167854
Falsafah pendidikan islam projek akhir a167854SudeshKannahMohan
 
peranan guru pendidikan islam sebagai pembimbing di sekolah Bab 1 5 assignment
peranan guru pendidikan islam sebagai pembimbing di sekolah Bab 1 5 assignmentperanan guru pendidikan islam sebagai pembimbing di sekolah Bab 1 5 assignment
peranan guru pendidikan islam sebagai pembimbing di sekolah Bab 1 5 assignmentNorzamzila Baba
 
Cabaran seorang guru masa kini
Cabaran seorang guru masa kiniCabaran seorang guru masa kini
Cabaran seorang guru masa kinijoeyjoey13
 
Projek Akhir LMCP 1112 LEVAN RAJ A167954
Projek Akhir LMCP 1112 LEVAN RAJ A167954Projek Akhir LMCP 1112 LEVAN RAJ A167954
Projek Akhir LMCP 1112 LEVAN RAJ A167954LevanRaj
 
NILAI DAN PERAN GURU PENGGERAK.pptx
NILAI DAN PERAN GURU PENGGERAK.pptxNILAI DAN PERAN GURU PENGGERAK.pptx
NILAI DAN PERAN GURU PENGGERAK.pptxHamzahSaragih1
 
Upaya peningkatan kinerja guru untuk meningkatkan mutu pendidikan
Upaya peningkatan kinerja guru untuk meningkatkan mutu pendidikanUpaya peningkatan kinerja guru untuk meningkatkan mutu pendidikan
Upaya peningkatan kinerja guru untuk meningkatkan mutu pendidikanrahman rahman
 
Tugasan 3083 noraini mat noor baiki
Tugasan 3083 noraini mat noor baikiTugasan 3083 noraini mat noor baiki
Tugasan 3083 noraini mat noor baikimuhammad
 
Profesionalisme+dan+akautabiliti+guru
Profesionalisme+dan+akautabiliti+guruProfesionalisme+dan+akautabiliti+guru
Profesionalisme+dan+akautabiliti+guruHishamuddin Jabar
 
4 refleksi edu3083_sem7_2014
4 refleksi edu3083_sem7_20144 refleksi edu3083_sem7_2014
4 refleksi edu3083_sem7_2014awangyie
 
Pembahasan Profesi Pendidikan
Pembahasan Profesi PendidikanPembahasan Profesi Pendidikan
Pembahasan Profesi PendidikanRiris Purbosari
 
REFLEKSI BUDAYA POSITIF SEKOLAH OLEH PENGAWAS.pptx
REFLEKSI BUDAYA POSITIF SEKOLAH OLEH PENGAWAS.pptxREFLEKSI BUDAYA POSITIF SEKOLAH OLEH PENGAWAS.pptx
REFLEKSI BUDAYA POSITIF SEKOLAH OLEH PENGAWAS.pptxwiwik100
 
Mewujudkan budaya keseronokan bekerja
Mewujudkan budaya keseronokan bekerjaMewujudkan budaya keseronokan bekerja
Mewujudkan budaya keseronokan bekerjaAzman Adnan
 

Similar to Peranan Sekolah dan Guru dalam Pembangunan Nilai Pelajar Menerusi Penerapan Nilai Murni: Satu Sorotan (20)

Minggu 4
Minggu 4Minggu 4
Minggu 4
 
Kepribadian guru
Kepribadian guru Kepribadian guru
Kepribadian guru
 
Bab i
Bab iBab i
Bab i
 
Guru sebagai pengajar dan pendidik
Guru sebagai pengajar dan pendidikGuru sebagai pengajar dan pendidik
Guru sebagai pengajar dan pendidik
 
Perutusan kppm hari guru 2015
Perutusan kppm hari guru 2015Perutusan kppm hari guru 2015
Perutusan kppm hari guru 2015
 
Cabaran Seorang Guru Masa Kini
Cabaran Seorang Guru Masa KiniCabaran Seorang Guru Masa Kini
Cabaran Seorang Guru Masa Kini
 
Falsafah pendidikan islam projek akhir a167854
Falsafah pendidikan islam projek akhir a167854Falsafah pendidikan islam projek akhir a167854
Falsafah pendidikan islam projek akhir a167854
 
peranan guru pendidikan islam sebagai pembimbing di sekolah Bab 1 5 assignment
peranan guru pendidikan islam sebagai pembimbing di sekolah Bab 1 5 assignmentperanan guru pendidikan islam sebagai pembimbing di sekolah Bab 1 5 assignment
peranan guru pendidikan islam sebagai pembimbing di sekolah Bab 1 5 assignment
 
Cabaran seorang guru masa kini
Cabaran seorang guru masa kiniCabaran seorang guru masa kini
Cabaran seorang guru masa kini
 
Projek Akhir LMCP 1112 LEVAN RAJ A167954
Projek Akhir LMCP 1112 LEVAN RAJ A167954Projek Akhir LMCP 1112 LEVAN RAJ A167954
Projek Akhir LMCP 1112 LEVAN RAJ A167954
 
Pendidik dan peserta didik
Pendidik dan peserta didikPendidik dan peserta didik
Pendidik dan peserta didik
 
NILAI DAN PERAN GURU PENGGERAK.pptx
NILAI DAN PERAN GURU PENGGERAK.pptxNILAI DAN PERAN GURU PENGGERAK.pptx
NILAI DAN PERAN GURU PENGGERAK.pptx
 
Upaya peningkatan kinerja guru untuk meningkatkan mutu pendidikan
Upaya peningkatan kinerja guru untuk meningkatkan mutu pendidikanUpaya peningkatan kinerja guru untuk meningkatkan mutu pendidikan
Upaya peningkatan kinerja guru untuk meningkatkan mutu pendidikan
 
Tugasan 3083 noraini mat noor baiki
Tugasan 3083 noraini mat noor baikiTugasan 3083 noraini mat noor baiki
Tugasan 3083 noraini mat noor baiki
 
Profesionalisme+dan+akautabiliti+guru
Profesionalisme+dan+akautabiliti+guruProfesionalisme+dan+akautabiliti+guru
Profesionalisme+dan+akautabiliti+guru
 
4 refleksi edu3083_sem7_2014
4 refleksi edu3083_sem7_20144 refleksi edu3083_sem7_2014
4 refleksi edu3083_sem7_2014
 
Pembahasan Profesi Pendidikan
Pembahasan Profesi PendidikanPembahasan Profesi Pendidikan
Pembahasan Profesi Pendidikan
 
REFLEKSI BUDAYA POSITIF SEKOLAH OLEH PENGAWAS.pptx
REFLEKSI BUDAYA POSITIF SEKOLAH OLEH PENGAWAS.pptxREFLEKSI BUDAYA POSITIF SEKOLAH OLEH PENGAWAS.pptx
REFLEKSI BUDAYA POSITIF SEKOLAH OLEH PENGAWAS.pptx
 
Mewujudkan budaya keseronokan bekerja
Mewujudkan budaya keseronokan bekerjaMewujudkan budaya keseronokan bekerja
Mewujudkan budaya keseronokan bekerja
 
Budaya Sekolah
Budaya SekolahBudaya Sekolah
Budaya Sekolah
 

Recently uploaded

Modul Ajar Biologi Kelas 11 Fase F Kurikulum Merdeka [abdiera.com]
Modul Ajar Biologi Kelas 11 Fase F Kurikulum Merdeka [abdiera.com]Modul Ajar Biologi Kelas 11 Fase F Kurikulum Merdeka [abdiera.com]
Modul Ajar Biologi Kelas 11 Fase F Kurikulum Merdeka [abdiera.com]Abdiera
 
PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...
PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...
PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...Kanaidi ken
 
PELAKSANAAN + Link2 Materi TRAINING "Effective SUPERVISORY & LEADERSHIP Sk...
PELAKSANAAN  + Link2 Materi TRAINING "Effective  SUPERVISORY &  LEADERSHIP Sk...PELAKSANAAN  + Link2 Materi TRAINING "Effective  SUPERVISORY &  LEADERSHIP Sk...
PELAKSANAAN + Link2 Materi TRAINING "Effective SUPERVISORY & LEADERSHIP Sk...Kanaidi ken
 
442539315-ppt-modul-6-pend-seni-pptx.pptx
442539315-ppt-modul-6-pend-seni-pptx.pptx442539315-ppt-modul-6-pend-seni-pptx.pptx
442539315-ppt-modul-6-pend-seni-pptx.pptxHendryJulistiyanto
 
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 PENDIDIKAN GURU PENGGERAK
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 PENDIDIKAN GURU PENGGERAKDEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 PENDIDIKAN GURU PENGGERAK
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 PENDIDIKAN GURU PENGGERAKirwan461475
 
bab 6 ancaman terhadap negara dalam bingkai bhinneka tunggal ika
bab 6 ancaman terhadap negara dalam bingkai bhinneka tunggal ikabab 6 ancaman terhadap negara dalam bingkai bhinneka tunggal ika
bab 6 ancaman terhadap negara dalam bingkai bhinneka tunggal ikaAtiAnggiSupriyati
 
Refleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptx
Refleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptxRefleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptx
Refleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptxIrfanAudah1
 
Keterampilan menyimak kelas bawah tugas UT
Keterampilan menyimak kelas bawah tugas UTKeterampilan menyimak kelas bawah tugas UT
Keterampilan menyimak kelas bawah tugas UTIndraAdm
 
CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7
CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7
CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7IwanSumantri7
 
MATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATAS
MATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATASMATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATAS
MATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATASKurniawan Dirham
 
Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptx
Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptxMateri Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptx
Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptxRezaWahyuni6
 
Paparan Refleksi Lokakarya program sekolah penggerak.pptx
Paparan Refleksi Lokakarya program sekolah penggerak.pptxPaparan Refleksi Lokakarya program sekolah penggerak.pptx
Paparan Refleksi Lokakarya program sekolah penggerak.pptxIgitNuryana13
 
Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5
Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5
Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5KIKI TRISNA MUKTI
 
JAWAPAN BAB 1 DAN BAB 2 SAINS TINGKATAN 5
JAWAPAN BAB 1 DAN BAB 2 SAINS TINGKATAN 5JAWAPAN BAB 1 DAN BAB 2 SAINS TINGKATAN 5
JAWAPAN BAB 1 DAN BAB 2 SAINS TINGKATAN 5ssuserd52993
 
Laporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMM
Laporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMMLaporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMM
Laporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMMmulyadia43
 
tugas karya ilmiah 1 universitas terbuka pembelajaran
tugas karya ilmiah 1 universitas terbuka pembelajarantugas karya ilmiah 1 universitas terbuka pembelajaran
tugas karya ilmiah 1 universitas terbuka pembelajarankeicapmaniez
 
Bab 7 - Perilaku Ekonomi dan Kesejahteraan Sosial.pptx
Bab 7 - Perilaku Ekonomi dan Kesejahteraan Sosial.pptxBab 7 - Perilaku Ekonomi dan Kesejahteraan Sosial.pptx
Bab 7 - Perilaku Ekonomi dan Kesejahteraan Sosial.pptxssuser35630b
 
Dampak Pendudukan Jepang.pptx indonesia1
Dampak Pendudukan Jepang.pptx indonesia1Dampak Pendudukan Jepang.pptx indonesia1
Dampak Pendudukan Jepang.pptx indonesia1udin100
 
BAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptx
BAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptxBAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptx
BAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptxJamhuriIshak
 
ppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 ppt
ppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 pptppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 ppt
ppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 pptArkhaRega1
 

Recently uploaded (20)

Modul Ajar Biologi Kelas 11 Fase F Kurikulum Merdeka [abdiera.com]
Modul Ajar Biologi Kelas 11 Fase F Kurikulum Merdeka [abdiera.com]Modul Ajar Biologi Kelas 11 Fase F Kurikulum Merdeka [abdiera.com]
Modul Ajar Biologi Kelas 11 Fase F Kurikulum Merdeka [abdiera.com]
 
PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...
PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...
PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...
 
PELAKSANAAN + Link2 Materi TRAINING "Effective SUPERVISORY & LEADERSHIP Sk...
PELAKSANAAN  + Link2 Materi TRAINING "Effective  SUPERVISORY &  LEADERSHIP Sk...PELAKSANAAN  + Link2 Materi TRAINING "Effective  SUPERVISORY &  LEADERSHIP Sk...
PELAKSANAAN + Link2 Materi TRAINING "Effective SUPERVISORY & LEADERSHIP Sk...
 
442539315-ppt-modul-6-pend-seni-pptx.pptx
442539315-ppt-modul-6-pend-seni-pptx.pptx442539315-ppt-modul-6-pend-seni-pptx.pptx
442539315-ppt-modul-6-pend-seni-pptx.pptx
 
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 PENDIDIKAN GURU PENGGERAK
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 PENDIDIKAN GURU PENGGERAKDEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 PENDIDIKAN GURU PENGGERAK
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 PENDIDIKAN GURU PENGGERAK
 
bab 6 ancaman terhadap negara dalam bingkai bhinneka tunggal ika
bab 6 ancaman terhadap negara dalam bingkai bhinneka tunggal ikabab 6 ancaman terhadap negara dalam bingkai bhinneka tunggal ika
bab 6 ancaman terhadap negara dalam bingkai bhinneka tunggal ika
 
Refleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptx
Refleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptxRefleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptx
Refleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptx
 
Keterampilan menyimak kelas bawah tugas UT
Keterampilan menyimak kelas bawah tugas UTKeterampilan menyimak kelas bawah tugas UT
Keterampilan menyimak kelas bawah tugas UT
 
CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7
CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7
CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7
 
MATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATAS
MATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATASMATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATAS
MATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATAS
 
Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptx
Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptxMateri Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptx
Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptx
 
Paparan Refleksi Lokakarya program sekolah penggerak.pptx
Paparan Refleksi Lokakarya program sekolah penggerak.pptxPaparan Refleksi Lokakarya program sekolah penggerak.pptx
Paparan Refleksi Lokakarya program sekolah penggerak.pptx
 
Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5
Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5
Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5
 
JAWAPAN BAB 1 DAN BAB 2 SAINS TINGKATAN 5
JAWAPAN BAB 1 DAN BAB 2 SAINS TINGKATAN 5JAWAPAN BAB 1 DAN BAB 2 SAINS TINGKATAN 5
JAWAPAN BAB 1 DAN BAB 2 SAINS TINGKATAN 5
 
Laporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMM
Laporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMMLaporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMM
Laporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMM
 
tugas karya ilmiah 1 universitas terbuka pembelajaran
tugas karya ilmiah 1 universitas terbuka pembelajarantugas karya ilmiah 1 universitas terbuka pembelajaran
tugas karya ilmiah 1 universitas terbuka pembelajaran
 
Bab 7 - Perilaku Ekonomi dan Kesejahteraan Sosial.pptx
Bab 7 - Perilaku Ekonomi dan Kesejahteraan Sosial.pptxBab 7 - Perilaku Ekonomi dan Kesejahteraan Sosial.pptx
Bab 7 - Perilaku Ekonomi dan Kesejahteraan Sosial.pptx
 
Dampak Pendudukan Jepang.pptx indonesia1
Dampak Pendudukan Jepang.pptx indonesia1Dampak Pendudukan Jepang.pptx indonesia1
Dampak Pendudukan Jepang.pptx indonesia1
 
BAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptx
BAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptxBAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptx
BAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptx
 
ppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 ppt
ppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 pptppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 ppt
ppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 ppt
 

Peranan Sekolah dan Guru dalam Pembangunan Nilai Pelajar Menerusi Penerapan Nilai Murni: Satu Sorotan

  • 1. Peranan Sekolah dan Guru dalam Pembangunan Nilai Pelajar Menerusi Penerapan Nilai Murni: Satu Sorotan Melalui penelitian artikel yang bertajuk “Peranan Sekolah dan Guru dalam Pembangunan Nilai Pelajar Menerusi Penerapan Nilai Murni: Satu Sorotan”, pihak sekolah dan pendidik berperanan penting dalam membentuk peribadi yang utuh malahan kental dalam kalangan pelajar. Kepentingannya adalah disebabkan pelajar sekurang-kurangnya menghabiskan satu per empat masa dalam sehari di sekolah bersama dengan guru. Lazimnya, jenis dan budaya sekolah dipercayai dapat meninggalkan impak dalam pembentukan sahsiah pelajar. Begitu juga dengan peranan guru-guru di sekolah berupaya mempengaruhi tingkah laku murid dalam kehidupan seharian. Jadi, jelaslah bahawa pihak sekolah dan guru memikul tanggungjawab yang agak signifikan dalam melahirkan pelajar yang bermoral dengan mengamalkan nilai murni. Dalam usaha pembangunan nilai pelajar, pihak pentadbir sekolah mempunyai peranan untuk membentuk budaya sekolah yang kondusif melalui penerapan nilai murni. Dalam konteks ini, pemimpin di sekolah perlulah menyedari peranannya di sekolah dengan menentukan hala tuju sekolah untuk membentuk pelajar yang mengamalkan nilai murni di samping mewujudkan pelajar yang cemerlang dalam akademik. Sebagai contoh, pengamalan budaya berbudi bahasa di sekolah boleh dihidupkan melalui perancangan aktiviti yang sesuai kepada pelajar seperti mengadakan ceramah, permainan yang berkaitan dengan kepentingan nilai murni, memberikan ganjaran kepada pelajar yang bermoral dan sebagainya. Dengan inisiatif yang dilaksanakan oleh pihak sekolah untuk mewujudkan budaya sekolah yang bermoral, maka pelajar diharapkan dapat menyedari kepentingan pengamalan nilai murni dalam kehidupan seharian. Jadi, kesedaran pelajar dapat menyebabkan penerapan nilai murni dalam sanubari masing-masing dan seterusnya mengamalkannya secara tidak langsung. Walaupun pendedahan kepentingan nilai murni kepada pelajar adalah sesuatu yang bukan senang, tetapi murid dipercayai akan mengamalkan nilai murni sekiranya pelbagai inisiatif dirancang dan dilaksanakan oleh pihak sekolah. Oleh itu, budaya sekolah baik yang berusaha diwujudkan oleh pihak sekolah dengan menekankan pengamalan nilai murni dalam kalangan pelajar dipercayai dapat meningkatkan nilai pelajar.
  • 2. Selain itu, guru berperanan membangunkan nilai pelajar melalui pengamalan nilai murni dengan menjadikan diri sebagai teladan kepada pelajar. Peranan guru sebagai model adalah penting kerana sesuatu adalah mustahil untuk disampaikan kepada pelajar sekiranya guru berkelakuan seperti ketam mengajar anaknya berjalan lurus. Jadi, guru sepatutnya menjadi teladan pelajar dengan menjadi individu yang mengamalkan nilai murni walau di mana pun. Bertitik tolak dengan peranan guru sebagai contoh, guru perlulah mengamalkan nilai peribadi asas, nilai kepimpinan, nilai profesionalisme, nilai produktiviti dan juga nilai keagamaan. Dalam meneliti pengamalan nilai peribadi asas, guru perlulah bersikap amanah, bertanggungjawab, berdedikasi dan kesederhanaan dalam melaksanakan tugasnya sebagai pendidik. Begitu juga nilai kepimpinan seperti adil dan berani perlulah ditonjolkan oleh guru dalam memimpin anak muridnya. Guru juga seharusnya menunjukkan nilai profesionalisme dengan sentiasa komited dengan tanggungjawab sendiri. Dengan penonjolan sahsiah guru yang baik, maka murid akan meniru personaliti guru yang positif dan begitu juga dengan sebaliknya. Hal ini demikian kerana pelajar yang masih keliru dengan identiti diri adalah begitu mudah dipengaruhi oleh orang di sekelilingnya termasuklah guru. Oleh itu, peranan guru sebagai teladan pelajar adalah begitu vital dalam meninggikan nilai pelajar melalui penerapan nilai murni dalam jiwa pelajar. Di samping itu, sikap guru yang prihatin terhadap pelajar adalah penting dalam membentuk peribadi pelajar yang masih boleh dilenturkan. Sifat yang ditunjukkan oleh guru adalah penting disebabkan kerencaman latar belakang murid yang membentuk pengamalan nilai pelajar. Maka, sikap demikian yang ditunjukkan oleh guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran boleh menyebabkan pemahaman yang lebih lanjut terhadap pelajar dan seterusnya membimbing pelajar untuk menjadi individu yang mengamalkan nilai. Dalam melaksanakan usaha tersebut, keprihatinan guru boleh ditonjolkan melalui sentiasa meluangkan masa untuk berinteraksi dengan murid. Tindakan yang senang seperti memahami latar belakang pelajar, mendengar kesulitan yang dihadapi pelajar, memperoleh pandangan berkaitan sesuatu isu yang diberikan pelajar dan sebagainya menyebabkan guru boleh memberikan nasihat kepada pelajar supaya pelajar diingati untuk mengamalkan nilai dalam menghadapi sebarang masalah. Walaupun penyampaian ilmu kepada pelajar adalah penting, tetapi nilai yang didedahkan kepada pelajar dapat membentuk peribadi pelajar yang unggul. Maka, guru berperanan untuk bersikap prihatin terhadap pelajarnya supaya nilai pelajar dapat dibangunkan menerusi pengamalan nilai murni.
  • 3. Secara kesimpulannya, pihak sekolah dan guru sewajarnya melaksanakan tanggungjawab masing-masing dalam membangunkan nilai pelajar. Seperti yang kita sedia maklum, sekolah memainkan peranan penting selepas institusi keluarga dalam pembentukan nilai dan ini sebenarnya jelas termaktub dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Peranan guru pula menjadi semakin penting bagi memastikan sahsiah dalam kalangan pelajar dapat dibentuk serta kekal terpelihara. Jadi, tanggungjawab sekolah dan guru dalam mendidik pelajar bukan sahaja diperlihatkan untuk menyedari kepentingan nilai malahan menghayati serta mengamalkannya setiap masa. Oleh hal yang demikian, penghayatan nilai yang baik dalam kalangan pelajar diharapkan dapat merealisasikan matlamat pendidikan negara.  Sila rujuk artikel: “Peranan Sekolah dan Guru dalam Pembangunan Nilai Pelajar Menerusi Penerapan Nilai Murni: Satu Sorotan” – Mohamad Khairi Othman & Asmawati Suhid