SlideShare a Scribd company logo
1 of 65
HIKAYAT MERONG MAHAWANGSA
NUR SYAFFIQAH SYAZZA BINTI AZLI
D20111047479
KHAIRUL AZHAR BIN USOF
D20111047500
MUHAMMAD HANIS BIN ZULKHAIRI
D20111047517
SHAH AFFENDY JAFRI
D20111047644
NURUL AMIRA BINTI ALI
D20111047534
SARIMAH BINTI JAMIL
D20111047525
FREADY ANAK HANG
D20111047549
NAMA PENSYARAH : DR. SERI LANANG JAYA BIN HAJI ROHANI
RAJA MERONG
MAHAWANGSA
RAJA MERONG
MAHAPUDISAT
RAJA PHRA ONG
MAHAPUDISAT
(SULTAN MUZAFFAR
SYAH)
RAJA SERI
INDERAWANGSA (RAJA
BERSIONG)
4. RAJA KEDAH
(RAJA SERI
MAHAWANGSA)
3. RAJA PATANI (PUTERI)2. RAJA PERAK1. RAJA SIAM
Bunga Emas, Perak,
(mangka)
Turun takhta
Peluk Islam
SINOPSIS HMM
• Angkatan Raja Merong Mahawangsa yang sedang
belayar dari Rom ke negeri China telah diserang
oleh geroda. Dia membuka negeri Langkasuka
dan diangkat menjadi raja. Ia pulang ke Rom
setelah menabalkan puteranya Raja Merong
Mahapudisat menjadi raja. Langkasuka ditukar
namanya ke Kedah Zamin Turan. Raja Seri
Mahawangsa mangkat setelah kecewa dengan
puteranya yang tidak menurut perintah dan
digantikan oleh putera itu dengan gelaran Raja
Seri Maha Inderawangsa.
• Berpandukan nasihat yang diberikan oleh
ayahandanya, Raja Merong Mahapudisat
merajakan putera sulungnya menjadi Raja
Siam, putera tengah sebagai Raja Perak dan
anakandanya yang ketiga, seorang puteri,
sebagai Raja Patani. Putera yang bongsu
menggantikan ayahanda mereka sebagai Raja
Kedah dengan gelaran Raja Seri Mahawangsa.
Raja inilah yang memulakan tradisi
menghantar persembahan bunga mas dan
bunga perak sebagai hadiah kepada
kekandanya, Raja Siam, setiap kali kekandanya
mendapat putera.
• Seterusnya putera Raja Seri Maha
Inderawangsa menjadi raja dengan gelaran
Raja Ong Maha Perita Deria yang lebih
terkenal dalam sejarah negeri Kedah sebagai
Raja Bersiong. Apabila Raja Bersiong turun
dari takhta setelah ditentang kerana
kezalimannya, puteranya ditabalkan sebagai
Raja Phra Ong Mahapudisat. Raja ini
digantikan oleh puteranya, Raja Phra Ong
Mahawangsa yang kemudiannya menjadi raja
Kedah yang pertama memeluk agama Islam.
Syeikh Abdullah Yamani menukarkan namanya
kepada Sultan Muzaffar Syah.
Rungkaian Pensejarahan Melayu
Tradisional dalam HMM
• Unsur mitos yang berasal daripada pengaruh
Hindu
– Burung geroda, binatang mitis hindu kenderaan
Visynu dipertentangkan dengan kuasa Allah menerusi
Nabi Allah Sulaiman adalah antara unsur mitos yang
diceriterakan dalam HMM
• Perhubungan antara negeri Kedah dengan Siam
• Kedatangan Islam pada waktu itu ke negeri Kedah
– Hindu -> Islam
ISI DAN MESEJ
KHAIRUL AZHAR BIN USOF
D20111047500
Asal Usul Keturunan Raja
• Kisah raja-raja ini bermula daripada Raja
Merong Mahawangsa. Ayah Merong
Mahawangsa berbangsa indera-indera
manakala ibunya daripada golongan dewa-
dewa.
• Dalam Hikayat ini diceritakan juga tentang
perkahwinan antara raja dengan raja, raja
dengan manusia biasa dan raja dengan
gergasi.
Contoh
• Perkahwinan antara raja dengan raja
 Raja Merong Mahapudisat telah dikahwinkan dengan
anak raja dan dikurniakan tiga putera dan seorang
puteri.
• Perkahwinan antara raja dengan manusia biasa
 Perkahwinan antara Raja Bersiong dan anak orang
huma.
• Perkahwinan antara raja dengan gergasi
 Perkahwinan antara Raja Seri Maha Inderawangsa dan
cucu kepada Nang Miri Gergasi.
Penubuhan Kerajaan dan Pembukaan Negeri
• Setiap kawasan yang dipilih untuk dibuka adalah baik
daripada segi struktur muka bumi dan strategik.
• Selain bertujuan meluaskan kuasa, pembukaan negeri
atau kawasan baharu juga bertujuan untuk memajukan
dan meramaikan rakyat di tempat yang tidak maju.
• Pembukaan kawasan baharu juga bertujuan merajakan
anak-anak raja yang baharu. Contoh :
 Penubuhan Kerajaan Langkasuka
 Penubuhan negeri Kedah
Salasilah Raja-raja
• Dalam bab ini diceritakan salasilah raja-raja
bermula daripada Raja Merong Mahawangsa
sehingga raja yang terakhir sewaktu zaman
penulisan hikayat ini.
• Pemilihan pemerintah atau raja mengikut
waris keturunan.
• Diceritakan setiap kisah yang berlaku terhadap
setiap raja yang memerintah negeri Kedah.
Raja Merong
Mahawangsa
+
isteri
Raja Merong
Mahapudisat
+
isteri
Raja Seri Maha
Inderawangsa
+
Isteri
Raja Ong Maha Perita
Daria (Raja Bersioang)
Raja Buluh Betung
Puteri Seluang
Raja Pra’ Ong
Mahawangsa (Sultan
Mudzalfal Shah)
Raja Mu’adzam Shah
Raja Mahmud Shah
Raja Sulaiman Shah
X Y Z
Proses Pengislaman Raja dan Seluruh Negeri
• Proses pengislaman raja dan seluruh negeri diceritakan
dalam bab terakhir Hikayat Merong Mahawangsa.
• Kisah Raja Pra’ Ong Mahawangsa meminum air kencing
Penghulu Iblis telah memberi hidayah kepada baginda
untuk memeluk Islam.
• Sheikh Abdullah sangat berjasa dalam membawa jalan
yang benar kepada rakyat Kedah.
• Kehidupan Islam diamalkan sebaik-baiknya. Sebagai
contoh, Undang-undang Allah dan bayaran zakat
dilaksanakan.
• Berhala yang disimpan dikeluarkan dan dimusnahkan.
Nilai Budaya
dalam
Hikayat Merong Mahawangsa
Muhammad Hanis Bin Zulkhairi
D20111047517
Definisi @ Konsep
• Budaya adalah elemen penting yang
membezakan manusia dengan hidupan lain.
• Budaya biasanya dikaitkan dengan aktiviti-aktiviti
yang ada dalam persekitaran manusia seperti
kesenian, barangan, makanan, tarian dan
sebagainya.
• Kehidupan sesuatu masyarakat bergantung
kepada kebudayaan yang diamalkan.
Taat perintah raja
• Rakyat perlulah mentaati segala perintah raja
kerana rakyat berpegang kepada konsep
daulat.
• Sesiapa yang ingkar akan perintah raja akan
dikenakan tulah iaitu kehidupan mereka akan
sengsara atau mendapat nasib yang buruk.
Contoh:
• “Demi didengar oleh sekaliannya titah Raja Merong
Mahawangsa yang demikian itu, maka sekalian itupun
mengerahkan sekalian orangnya suruh beringat-ingat
serta memegang senjata masing2 tangan.”
Adat Perkahwinan
• Adat perkahwinan yang dilaksanakan semasa
perkahwinan Raja Merong Mahadipusat.
• Peristiwa berkaitan persiapan perkahwinan
yang dilaksanakan seawal 40 hari 40 malam.
• Turut dimeriahkan dengan bunyi-bunyian,
hidangan makanan dan disambut dengan
penuh meriah oleh segala menteri, hulu balang
dan orang ramai.
Contoh:
• “menjadi empat puluh hari empat puluh malam yang
berjaga makan minum dengan segala menteri, hulu
balang, para penggawa sekalian, terlalulah ramainya.
Setelah genaplah empat puluh hari, maka pada hari yang
baik dan saat yang sejahtera, pada ketika itulah
dikahwinkan anakanda baginda itu”
Budaya Islam
• Peristiwa berkaitan nilai budaya ini ditonjolkan
melalui peristiwa pengislaman Sultan Kedah.
• Contohnya, Sheikh Abdullah memberitahu
perkara yang perlu dilakukan sebagai seorang
hamba yang beragama Islam.
Contoh:
• “Itulah tuanku, yang bernama tiang agama pada syariat
Nabi Muhammad Rasulullah pada segala kaum umatnya
yang mahu menurut kitab Quran serta Sabdanya itu,
supaya termasyhurlah nama raja menteri di dalam negeri
itu mengerjakan amal ibadat akan Allah subahanahu wa
taala, adalah sudah dengan tempatnya rumah akan ganti
Ka’batu’Llah di negeri Mekah Madinah.”
SHAH AFFENDY JAFRI
D20111047644
Maksud pandangan hidup secara
umum menurut Mohd. Rashid Hj. Md.
Idris, Abd, Rahman Napiah, dan Seri
Lanang Hj. Rohani (2015: 126) ialah
satu konsep mengenai pandangan
hidup alam semesta secara
keseluruhan terutamanya dilihat
melalui satu sudut pandangan yang
dipengaruhi oleh satu sistem nilai
tertentu.
Terdapat beberapa pandangan hidup yang
dikenal pasti dalam hikayat yang dikaji iaitu
menghormati autoriti, percaya pada takdir,
berpegang pada janji, mengaggungkan dan
mempercayai kekuasaan Tuhan, mengambil
keputusan daripada tindakan yang difikirkan,
sentiasa memelihara hubungan baik,
pemenang akan berkuasa, dan memerintah
dengan adil dan saksama.
Dalam Hikayat Merong Mahawangsa ini, dapat dilihat
pandangan hidup burung garuda yang tetap
menghormati Nabi Allah Sulaiman sebagai autoriti
dan yang berkuasa di dunia pada waktu itu.
Walaupun burung garuda tersebut merancangkan
kejahatan dengan berniat mahu memisahkan Raja
Rum dengan puteri benua China, dia tetap bertanya
dan merujuk kepada Nabi Allah Sulaiman untuk
memberitahu akan rancangannya itu.
Maka kata burung garuda kepada burung
rajawali: ‘Dimana dapat ia sekalian hendak
mengerjakan pekerjaan itu? Pada fikiranku
tiada boleh jadi, tetapi nantilah dahulu, aku
hendak pergi menghadap Nabi Allah Sulaiman
karena ia itu raja besar di dalam dunia ini.
Jikalau sudah ada seperti yang demikiann itu,
tiadalah aku beri jadi pekerjaan nikah keduanya
anak raja dua buah negeri itu’
(halaman 3)
Nabi Allah Sulaiman sangat mengagungkan dan mempercayai
akan kekuasaan Tuhan. Baginda percaya bahawa hanya Tuhan
yang mempunyai kuasa atas segalanya dan manusia atau
makluk Tuhan tidak dapat menentukan sesuatu perkara
sekalipun. Baginda percaya kepada janji Tuhan dan kekuasaan
Tuhan. Kepercayaan baginda dapat dilihat semasa baginda
berkata-kata dan memberi pengajaran dan tauladan kepada
raja-raja dan menteri-menteri berkenaan dengan tindakan
burung garuda yang cuba mencabar kekuasaan Tuhan dengan
memisahkan manusia yang telah ditetapkan-Nya untuk bersatu.
Maka sabda Nabi Allah Sulaiman, ‘Hai segala raja2
dan menteriku bangsa yang baik2, hendaklah engkau
dan kamu sekalian ketahui, demi Tuhanku yang
menjadikan aku dan kamu sekalian diatas segala
makluknya, dalam empat perkara ini hendaklah
jangan sekali-kali ditentukan, jikalau tiada dengan
janji daripada Tuhan alam. Pertama rezki, sedikit
atau banyak ada sehari semalam itu tiadalah segala
makluk hendak tentukan, sekalian dengan janjinya
juga. ( halaman 20)
Dalam hikayat ini, Raja Seri Mahawangsa berfikir dan berharap
akan hubungan baik antara dia dan adik beradiknya akan
berkekalan sampai anak cucunya. Dengan demikian, nama baik
sahaja yang diingat orang pada masa akan datang, bukannya
kejahatan.
‘Apa juga yang baik aku hendak membalaskan akan anak
saudaraku itu,’ dengan tilik nazarnya dan fikirnya yang putus
di dalam hatinya, biarlah jangan lagi tersebut nama kejahatan
pada seisi alam dunia ini, supaya jangan jadi berputusan
daripada umur aku ini boleh sampai pada anak chuchu
jangan tersebut nama kejahatan pada segala raja2 dan pada
khalayak sekalian.’
(halaman 37-38)
Nilai ilmu
NURUL AMIRA BINTI ALI
D20111047534
NILAI ILMU
Mana
Sikana
Ilmu
Teologi
Ilmu
Etika
Ilmu
Estetik
aIlmu
Mantik
Ilmu
Metafizika
Ilmu
Kosmolo
gi
ILMU TEOLOGI
Ilmu tentang Tuhan atau ilmu ketuhanan.
Maka titah raja, “Hendak-lah saudara-ku keempat turutkan
saperti kehendak tuan Sheikh Abdullah ini, barang kata-nya
itu dengan hukum Allah dan sabda Nabi Muhammad
Rasullah lagi yang di-dalam kitab Qur’an itu jua yang
diturut oleh tuan ini.”(HMM: 147)
Maka sabda Nabi Allah Sulaiman, “Hai burung garuda!
Demi Tuhan yang menjadikan aku, ada pun jodoh
pertemuan itu di-dalam batu atau di-dalam kayu sekali pun
tiada siapa yang dapat mencheraikan dia” (HMM : 5)
ILMU ETIKA
Ilmu tentang tingkah laku manusia yang dilihat dari
sudut baik dan buruknya, sejauh yang dapat
ditentukan akal.
Maka segala menteri hulubalang pun gemar-lah sangat
melihat budi pekertinya serta dengan pandai mengambil
hati sekalian menteri hulubalang tambah pula di-atas
segala fakir, miskin, dagang santeri sekalian serta dengan
tegor sapa siapa yang bertemu dengan dia. (HMM: 46)
Bermula ada-lah sa-orang orang Seri Gunong Ledang
bernama Kampar yang amat jahat-nya. (HMM: 70)
ILMU ESTETIKA
Ilmu yang membahaskan tentang keindahan
dan kesenian.
Maka darah pun banyak-lah tumpah ka-bumi mengalir
seperti ayer deras laku-nya dan kepala pun seperti buah
masak gugor ka-bumi dan berkaparan segala senjata yang
patah dan sumbing dan rosak binasa, itu pun jadi sula dan
ranjau menikamkan kaki tangan orang yang berkelahi.
(HMM: 156)
ILMU KOSMOLOGI
Ilmu yang mengkaji tentang hal-hal yang
berhubung dengan alam.
Maka datang-lah pula burung geroda itu dengan hebat dan
garang-nya seperti tiada berlawananlah kelakuan rupa-nya;
datang dengan angin ribut, guroh, petir, kilat sabong
menyabung. (HMM : 11)
Maka ada-lah kapada suatu hari ketika burong garuda itu
pergi menchari makan tiada ia di-pulau itu, maka turun-lah
tuan puteri anak Raja China itu serta dengan inang
pengasoh-nya datang ka-tepi laut itu menchari ketam, siput
di-susur pantai itu. (HMM : 20)
SARIMAH BINTI JAMIL
D 20111047525
Teknik Kepengarangan
UNSUR BAHASA
• Pengarang menggunakan istilah Arab yang
jelas dalam hikayat ini.
Sa-bermula maka tersebutlah-lah perkataan
negeri Baghdad itu sa-lama peninggal nabi
Muhammad Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi
Wassalam
(Halaman 11)
unsur Mitos
• Berfungsi untuk menghidupkan sesuatu karya.
Unsur ini dapat dilihat melalui cerita dongeng.
“Hai burung garuda! Demi tuhan yang menjadikan
aku, ada pun jodoh pertemuan itu di dalam batu atau di
dalam kayu sekali pun tiada siapa yang dapat
mencheraikan dia.” Maka sembah burung garuda “Ya
Nabi Allah, atas pekerjaan itu atas hambamulah
mencheraikan dia.”
(Halaman 5)
Teknik Pemerian
• Pengarang banyak menggunakan teknik pemerian
bagi menjelaskan sesuatu perkara dengan lebih
jelas.
Hatta pada suatu hari Raja Bersiong dudok di balai rongnya
sa-telah datang-lah tengah hari rembang maka Raja Bersiong
pun masok-lah ka-istana pergi mandi. Maka tatkala itu gerau
yang di-dapor itu pun tengah memotong sayor bayam dengan
gopoh-nya hendak di-perbuat gulai lechek maka terleka-lah
mata-nya sedikit, maka tersayat-lah hujong jari-nya dengan
pisau. Maka pada sangkanya tiadalah keluar darah itu.
(Halaman 67)
Teknik Pemujukan
• Teknik ini digunakan untuk menarik perhatian
seseorang sama ada untuk kebaikan atau
keburukan.
“Hai chuchuku, tiada apa-nya nenek hendak berbuat di-atas
chuchu-ku yang tiga berhamba ini, hanya nenek menanti janji
dengan Nabi Allah Sulaiman jua: tiada berapa lama-nya
nenek hendak kembalikan chuchu-ku kepada bonda chuchu-
ku jua.Maka sekarang ini di-mana jua tempat-nya segala
pakaian chuchu-ku di-dalam istana ayah bonda chchu-ku di
Benua China itu-kah ada atau kepada tempat yang lain-
kah?Hendaklah chuchu-ku katakan kapada nenek supaya
boleh nenek pergi ambil beri akan chucu-ku.
(Halaman 23)
Teknik Pencontohan
• Pengarang menggunakan teknik ini tetapi tidak
menggunakan perkataan yang memperlihatkan
sebarang perkataan yang boleh dianggap sebagai
contoh.
Sa-telah sudah balai itu maka di-nama-nya akan dia
Langkasuka, kerana mengerjakan itu dengan makan minum
dan bersuka-sukaan serta dengan beberapa binatang jenis-
nya daripada rusa, kijang, pelandok, napoh, sapi dengan
segala perburuan yang di-makan oleh sakalian-nya; terlalu-
lah amat kesukaan-nya serta dengan tepok tarinya...”
(Halaman 19)
Teknik Analogi
• Pengarang ingin menunjukkan gambaran yang
berlebihan tentang sesuatu perkara.
Sa-telah demikian itu maka di-kerjakan orang lima
ratus itu dengan tempek sorak-nya terlalu ramai-nya
saperti akan terchabut kota itu daripada kebanyakan
tentera yang melanggar empat penjuru kota itu. Jikalau
guroh halilintar di langit sa-kali pun tiada kedengaran
lagi daripada sangat banyak azamat bunyi itu.
(Halaman 76)
Seni Bahasa
FREADY ANAK HANG
D20111047549
• Pengkarya-pengkarya sastera Melayu tradisional
sememangnya orang yang begitu hebat dari segi
penguasaan bahasa.
• Agar pembaca dapat menggambarkan kehebatan
watak-watak yang digambarkan dalam karya.
• Dalam karya sastera tradisional, pengarang
kebiasaannya menggunakan teknik-teknik seperti
teknik metafora, teknik hiperbola, dan teknik
simile, untuk menimbulkan rasa kagum pembaca
terhadap karya yang mereka baca.
Teknik Metafora
• Perkataan Yunani
• Gabungan dua buah perkataan iaitu kata
‘meta’ dan ‘pherein’.
• ‘Meta’ membawa maksud memindahkan.
• ‘Pherein’ pula bermaksud membawa.
• Nik Hassan Basri (2005) mengatakan sifat
gaya bahasa perbandingan metafora adalah
mengandungi satu perkataan yang bersifat
konkrit dan satu perkataan pula yang bersifat
abstrak.
• Contoh: Rimba kehidupan
• Membandingkan sesuatu secara tidak terus.
Contoh
• Maka di-dalam negeri Kedah ini pun jangan
sa-kali2 anak-ku suroh tinggalkan kerana
zaman ini banyak sangat bumi yang hampa
yang tiada orang diam diami… (ms 43)
• Sa-telah sudah siap maka tunggul panji2 pun
berkibaran-lah serta disuroh-nya pula
gendang perang menaikkan berani hati yang
takut. (ms 75)
• Maka Raja itu ka-negeri Kelinggi pun tiada ia
tundok dan ka-Benua Siam pun ia tiada di-
ta’alok kerana hati-nya keras hingga ia dudok
menghimpunkan ra’ayat-nya daripada bangsa
Semang dan Wila dan ra’ayat bukit dan sa-
bagai-nya di-gelar-nya nama penghulu yang
besar2-nya di-suroh-nya dudok berkeliling
tasek Ayer Tawar itu…(ms 88)
• …sama ekor pun bersimbat-lah ber-karang
membicharakan bisa senjata-nya. (ms 94
Teknik Hiperbola
• Memberi gambaran yang berlebih-lebihan
terhadap sesuatu yang diperkatakan.
• Menarik perhatian pembaca untuk terus
sesebuah membaca karya.
• Tidak mementingkan ketepatan gambaran.
• Bahasa Yunani
• Gabungan perkataan ‘hyper’ dan ‘ballien’
• Hyper bermaksud melebihi
• ‘Ballien’ bererti luahkan atau keluarkan
• Contoh: darahnya terpercik seperti hujan
membasahi bumi
• Corbett dan Connors, 1999 (Abu Hassan
Abdullah, 2013: 87) hiperbola ialah
penggunaan istilah yang membesar-besarkan
dengan tujuan memberi penekanan atau
kesan memperhebat.
Contoh
• …Sa-telah itu maka burong garuda itu pun
terbang-lah naik ka-udara sampai pergi
mengaras awan udara, berasap-lah kelihatan
dunia ini. (ms 4)
• Maka Raja Merong Mahawangsa pun menarek
busar anak panah-nya yang bernama Ayun2an itu
ka-udara, bergemuroh-lah bunyi-nya saperti
halilintar mem-belah, maka segera di-tepiskan
dengan sayap-nya tiada kena. (ms 10)
• Maka banyak-lah kaum gergasi itu mati,
bertimbun2 bangkai-nya; darah pun banyak-
lah tumpah ka-bumi saperti ayer sebak laku-
nya. (ms 96)
Teknik Simile
• Kata-kata perbandingan dan kata-kata ini bersifat
eksplisit
• Seperti bak, laksana, bagai, ibarat, tamsil, dan
umpama
• Teknik simile digunakan untuk menyamakan
sesuatu objek atau perkara dengan perkara yang
lain dengan menggunakan kata-kata perbanding
Contoh
• … ada pun pelayaran angkatan anak Raja Rum
hendak pergi kahwin ka-benua China itu ada-
lah saperti burong terbang dan tiang-nya
saperti batang pepara laku-nya… (ms 8 - 9)
• … barang di-mana berlaboh dan berhenti itu
saperti pulau yang besar serta dengan segala
bunyi2an pun di-palu orang-lah terlalu adzmat
bunyi-nya saperti akan terangkat-lah lautan
itu. (ms 9)
• Maka sorak tempek pun terlalu-lah adzmat
tambahan dengan bunyi bedil meriam pun
saperti berteh… (ms 12)
• Demi di-dengar oleh Raja Kelana Hitam maka
naik marah-lah ia, muka-nya pun merah
saperti bunga raya serta titah-nya,… (ms 92)
Bahasa
• Bahasa amat memainkan peranan yang
penting dalam memastikan teknik penceritaan
dapat disampaikan dengan berkesan.
• Bahasa yang digunakan oleh pengarang dalam
sesebuah cerita juga menunjukkan zaman
yang sedang dilalui oleh sesebuah kerajaan.
• Penggunaan Bahasa Arab jelas dalam Hikayat
Merong Mahawangsa.
Buktinya????
• Maka barang siapa membacha dia jangan-lah
di-bicharakan lagi, terlalu amat sempurna
bichara-nya; kerana hikayat ini tahu-lah kami
akan perkataan kerana sabda Nabi
Sallalallahu ‘alaihi-wassalam, “Tafakkaru fi
zatulahi”, ya’ani bicharakan oleh mu pada
segala kebesaran Allah, jangan kamu fikirkan
pada zat Allah. (ms 2)
• ...di-buangkan oleh segala malaikat ka-laut
yang bernama kalzum dengan sebab hendak
menetapkan shari’at Nabi Muhammad Rasul-
Allah dengan keramat kitab Quran dan
hendak menentukan i’tikad yang sa-benar-nya
yang bernama ugama Islam wa-rahamtul-
ilahi wa barakatuh. (ms 112)
KESIMPULAN
• Mitos dan lagenda yang disisipkan dalam hikayat ini
menjadi suatu gambaran kepada kuatnya kepercayaan
animisme masyarakat terdahulu, yang diketahui lebih
awal mengenal agama Hindu sebelum datangnya
agama Islam. Justeru, jelas menunjukkan bahawa,
karya sastera lama ini sebenarnya memiliki nilai
estetikanya yang tersendiri dan mampu merangkumkan
segala tatacara hidup bermasyarakat, pembelajaran
berkenaan keagamaan, kerajaan dan nilai murni hanya
melalui sebuah hikayat yang tidak diketahui penulisnya
namun boleh memberikan pelajaran kepada
pembacanya hingga ke hari ini.
SEKIAN TERIMA KASIH

More Related Content

What's hot

Peranan majlis raja raja
Peranan majlis raja rajaPeranan majlis raja raja
Peranan majlis raja rajaamiraaa96
 
TOKOH: TUN DR MAHATHIR MOHAMAD
TOKOH: TUN DR MAHATHIR MOHAMADTOKOH: TUN DR MAHATHIR MOHAMAD
TOKOH: TUN DR MAHATHIR MOHAMADAsri Mohad
 
Bab-1-Pengenalan-pensejarahan-msia
Bab-1-Pengenalan-pensejarahan-msiaBab-1-Pengenalan-pensejarahan-msia
Bab-1-Pengenalan-pensejarahan-msiafiro HAR
 
Faktor faktor perkembangan kesultanan melayu melaka
Faktor faktor perkembangan kesultanan melayu melakaFaktor faktor perkembangan kesultanan melayu melaka
Faktor faktor perkembangan kesultanan melayu melaka湘霖 徐
 
Apa itu sejarah
Apa itu sejarahApa itu sejarah
Apa itu sejarahyuzz7772
 
KERAJAAN KEDAH TUA DAN BERUAS
KERAJAAN KEDAH TUA DAN BERUAS KERAJAAN KEDAH TUA DAN BERUAS
KERAJAAN KEDAH TUA DAN BERUAS Santa Barbara
 
Pengenalan sains sosial
Pengenalan sains sosialPengenalan sains sosial
Pengenalan sains sosialSyahremie Teja
 
KEPENTINGAN SISTEM MASYARAKAT MELAYU TRADISI
KEPENTINGAN SISTEM MASYARAKAT MELAYU TRADISIKEPENTINGAN SISTEM MASYARAKAT MELAYU TRADISI
KEPENTINGAN SISTEM MASYARAKAT MELAYU TRADISINur Fareha
 
KSSM Sejarah Tingkatan 2 (KEDAH TUA)
KSSM Sejarah Tingkatan 2 (KEDAH TUA)KSSM Sejarah Tingkatan 2 (KEDAH TUA)
KSSM Sejarah Tingkatan 2 (KEDAH TUA)nur_waniatul
 
Sistem Beraja
Sistem BerajaSistem Beraja
Sistem Berajahomogenus
 
Sejarah Perkembangan Bandar Kuala Lumpur
Sejarah Perkembangan Bandar Kuala LumpurSejarah Perkembangan Bandar Kuala Lumpur
Sejarah Perkembangan Bandar Kuala Lumpurdigitalsejarah
 
Pembentukan kata dalam bm
Pembentukan kata dalam bmPembentukan kata dalam bm
Pembentukan kata dalam bmPunitha Nitha
 
BAB 3 - Kerajaan Awal Di Asia Tenggara
BAB 3 - Kerajaan Awal Di Asia TenggaraBAB 3 - Kerajaan Awal Di Asia Tenggara
BAB 3 - Kerajaan Awal Di Asia TenggaraRedwan Haris
 

What's hot (20)

Peranan majlis raja raja
Peranan majlis raja rajaPeranan majlis raja raja
Peranan majlis raja raja
 
TOKOH: TUN DR MAHATHIR MOHAMAD
TOKOH: TUN DR MAHATHIR MOHAMADTOKOH: TUN DR MAHATHIR MOHAMAD
TOKOH: TUN DR MAHATHIR MOHAMAD
 
Bab-1-Pengenalan-pensejarahan-msia
Bab-1-Pengenalan-pensejarahan-msiaBab-1-Pengenalan-pensejarahan-msia
Bab-1-Pengenalan-pensejarahan-msia
 
Faktor faktor perkembangan kesultanan melayu melaka
Faktor faktor perkembangan kesultanan melayu melakaFaktor faktor perkembangan kesultanan melayu melaka
Faktor faktor perkembangan kesultanan melayu melaka
 
Apa itu sejarah
Apa itu sejarahApa itu sejarah
Apa itu sejarah
 
Zaman mesolitik & neolitik
Zaman mesolitik & neolitikZaman mesolitik & neolitik
Zaman mesolitik & neolitik
 
KERAJAAN KEDAH TUA DAN BERUAS
KERAJAAN KEDAH TUA DAN BERUAS KERAJAAN KEDAH TUA DAN BERUAS
KERAJAAN KEDAH TUA DAN BERUAS
 
Pengenalan sains sosial
Pengenalan sains sosialPengenalan sains sosial
Pengenalan sains sosial
 
KEPENTINGAN SISTEM MASYARAKAT MELAYU TRADISI
KEPENTINGAN SISTEM MASYARAKAT MELAYU TRADISIKEPENTINGAN SISTEM MASYARAKAT MELAYU TRADISI
KEPENTINGAN SISTEM MASYARAKAT MELAYU TRADISI
 
KSSM Sejarah Tingkatan 2 (KEDAH TUA)
KSSM Sejarah Tingkatan 2 (KEDAH TUA)KSSM Sejarah Tingkatan 2 (KEDAH TUA)
KSSM Sejarah Tingkatan 2 (KEDAH TUA)
 
Sistem Beraja
Sistem BerajaSistem Beraja
Sistem Beraja
 
Temu bual
Temu bualTemu bual
Temu bual
 
Sejarah Perkembangan Bandar Kuala Lumpur
Sejarah Perkembangan Bandar Kuala LumpurSejarah Perkembangan Bandar Kuala Lumpur
Sejarah Perkembangan Bandar Kuala Lumpur
 
Pembentukan kata dalam bm
Pembentukan kata dalam bmPembentukan kata dalam bm
Pembentukan kata dalam bm
 
Ketahanan dan pertahanan tamadun
Ketahanan dan pertahanan tamadunKetahanan dan pertahanan tamadun
Ketahanan dan pertahanan tamadun
 
BAB 3 - Kerajaan Awal Di Asia Tenggara
BAB 3 - Kerajaan Awal Di Asia TenggaraBAB 3 - Kerajaan Awal Di Asia Tenggara
BAB 3 - Kerajaan Awal Di Asia Tenggara
 
Definisi kebudayaan
Definisi kebudayaanDefinisi kebudayaan
Definisi kebudayaan
 
Maksud nilai
Maksud nilaiMaksud nilai
Maksud nilai
 
Kepentingan plbgaan..
Kepentingan plbgaan..Kepentingan plbgaan..
Kepentingan plbgaan..
 
Makna sastera
Makna sasteraMakna sastera
Makna sastera
 

Similar to RAJA MERONG

Karya Klasik Hikayat Merong Mahawangsa
Karya Klasik Hikayat Merong MahawangsaKarya Klasik Hikayat Merong Mahawangsa
Karya Klasik Hikayat Merong Mahawangsanorhafizahabdrahim
 
Sumpah keramat dan mubaya'ah
Sumpah keramat dan mubaya'ahSumpah keramat dan mubaya'ah
Sumpah keramat dan mubaya'ahHazim Hg
 
Hikayat Raja Pasai Kump. 5
Hikayat Raja Pasai Kump. 5Hikayat Raja Pasai Kump. 5
Hikayat Raja Pasai Kump. 5M-ma NurNa
 
NEGERI JOHOR DARUL TAKZIM : LEGASI, PENGUKUHAN DAN PENGAWALAN AKIDAH ASWJA
NEGERI JOHOR DARUL TAKZIM : LEGASI, PENGUKUHAN DAN PENGAWALAN AKIDAH ASWJANEGERI JOHOR DARUL TAKZIM : LEGASI, PENGUKUHAN DAN PENGAWALAN AKIDAH ASWJA
NEGERI JOHOR DARUL TAKZIM : LEGASI, PENGUKUHAN DAN PENGAWALAN AKIDAH ASWJAaswajanu
 
Power point-merong
Power point-merongPower point-merong
Power point-merongkelantan999
 
Power point-merong 1
Power point-merong 1Power point-merong 1
Power point-merong 1cikgurusdi
 
Karya Agung Melayu (Misa Melayu)
Karya Agung Melayu (Misa Melayu)Karya Agung Melayu (Misa Melayu)
Karya Agung Melayu (Misa Melayu)zaidatol zulkiflly
 
Sultan alauddin riayat syah
Sultan alauddin riayat syahSultan alauddin riayat syah
Sultan alauddin riayat syahHaslisa Hariono
 
KELOMPOK 4 - kerajaan mataram kuno
KELOMPOK 4 - kerajaan mataram kunoKELOMPOK 4 - kerajaan mataram kuno
KELOMPOK 4 - kerajaan mataram kunoX-MIPA1 SMANCIL
 
Tugas makalah kerajaan kalingga dan mataram kuno
Tugas makalah kerajaan kalingga dan mataram kunoTugas makalah kerajaan kalingga dan mataram kuno
Tugas makalah kerajaan kalingga dan mataram kunoMyOs Supardi
 
Tun Seri Lanang & Raja Ali Haji
Tun Seri Lanang & Raja Ali Haji Tun Seri Lanang & Raja Ali Haji
Tun Seri Lanang & Raja Ali Haji geehamid
 
Materi 3 - Hukum Adat.pptx
Materi 3 - Hukum Adat.pptxMateri 3 - Hukum Adat.pptx
Materi 3 - Hukum Adat.pptxAgustinus Astono
 
IPS SMP SEJARAH ISLAM MASUK KE INDONESIA
IPS SMP SEJARAH ISLAM MASUK KE INDONESIAIPS SMP SEJARAH ISLAM MASUK KE INDONESIA
IPS SMP SEJARAH ISLAM MASUK KE INDONESIAEmaHDN
 
Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu).pdf
Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu).pdfSulalatus Salatin (Sejarah Melayu).pdf
Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu).pdfNor Azlina Nordin
 
Keindahan akhlak dalam islam
Keindahan akhlak dalam islamKeindahan akhlak dalam islam
Keindahan akhlak dalam islamfurnival linggang
 

Similar to RAJA MERONG (20)

Karya Klasik Hikayat Merong Mahawangsa
Karya Klasik Hikayat Merong MahawangsaKarya Klasik Hikayat Merong Mahawangsa
Karya Klasik Hikayat Merong Mahawangsa
 
Sumpah keramat dan mubaya'ah
Sumpah keramat dan mubaya'ahSumpah keramat dan mubaya'ah
Sumpah keramat dan mubaya'ah
 
Hikayat Raja Pasai Kump. 5
Hikayat Raja Pasai Kump. 5Hikayat Raja Pasai Kump. 5
Hikayat Raja Pasai Kump. 5
 
NEGERI JOHOR DARUL TAKZIM : LEGASI, PENGUKUHAN DAN PENGAWALAN AKIDAH ASWJA
NEGERI JOHOR DARUL TAKZIM : LEGASI, PENGUKUHAN DAN PENGAWALAN AKIDAH ASWJANEGERI JOHOR DARUL TAKZIM : LEGASI, PENGUKUHAN DAN PENGAWALAN AKIDAH ASWJA
NEGERI JOHOR DARUL TAKZIM : LEGASI, PENGUKUHAN DAN PENGAWALAN AKIDAH ASWJA
 
Power point-merong
Power point-merongPower point-merong
Power point-merong
 
Power point-merong 1
Power point-merong 1Power point-merong 1
Power point-merong 1
 
Karya Agung Melayu (Misa Melayu)
Karya Agung Melayu (Misa Melayu)Karya Agung Melayu (Misa Melayu)
Karya Agung Melayu (Misa Melayu)
 
Sultan alauddin riayat syah
Sultan alauddin riayat syahSultan alauddin riayat syah
Sultan alauddin riayat syah
 
Sejarah Tingkatan 4: Bab7
Sejarah Tingkatan 4: Bab7Sejarah Tingkatan 4: Bab7
Sejarah Tingkatan 4: Bab7
 
Bab 7-tg4
Bab 7-tg4Bab 7-tg4
Bab 7-tg4
 
KELOMPOK 4 - kerajaan mataram kuno
KELOMPOK 4 - kerajaan mataram kunoKELOMPOK 4 - kerajaan mataram kuno
KELOMPOK 4 - kerajaan mataram kuno
 
Tugas makalah kerajaan kalingga dan mataram kuno
Tugas makalah kerajaan kalingga dan mataram kunoTugas makalah kerajaan kalingga dan mataram kuno
Tugas makalah kerajaan kalingga dan mataram kuno
 
Tun Seri Lanang & Raja Ali Haji
Tun Seri Lanang & Raja Ali Haji Tun Seri Lanang & Raja Ali Haji
Tun Seri Lanang & Raja Ali Haji
 
X: Kerajaan Panjalu
X: Kerajaan PanjaluX: Kerajaan Panjalu
X: Kerajaan Panjalu
 
Hikayat inderaputera
Hikayat inderaputeraHikayat inderaputera
Hikayat inderaputera
 
Materi 3 - Hukum Adat.pptx
Materi 3 - Hukum Adat.pptxMateri 3 - Hukum Adat.pptx
Materi 3 - Hukum Adat.pptx
 
Kerajaan Kalingga
Kerajaan KalinggaKerajaan Kalingga
Kerajaan Kalingga
 
IPS SMP SEJARAH ISLAM MASUK KE INDONESIA
IPS SMP SEJARAH ISLAM MASUK KE INDONESIAIPS SMP SEJARAH ISLAM MASUK KE INDONESIA
IPS SMP SEJARAH ISLAM MASUK KE INDONESIA
 
Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu).pdf
Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu).pdfSulalatus Salatin (Sejarah Melayu).pdf
Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu).pdf
 
Keindahan akhlak dalam islam
Keindahan akhlak dalam islamKeindahan akhlak dalam islam
Keindahan akhlak dalam islam
 

Recently uploaded

442539315-ppt-modul-6-pend-seni-pptx.pptx
442539315-ppt-modul-6-pend-seni-pptx.pptx442539315-ppt-modul-6-pend-seni-pptx.pptx
442539315-ppt-modul-6-pend-seni-pptx.pptxHendryJulistiyanto
 
KONSEP KEBUTUHAN AKTIVITAS DAN LATIHAN.pptx
KONSEP KEBUTUHAN AKTIVITAS DAN LATIHAN.pptxKONSEP KEBUTUHAN AKTIVITAS DAN LATIHAN.pptx
KONSEP KEBUTUHAN AKTIVITAS DAN LATIHAN.pptxawaldarmawan3
 
Lembar Observasi Pembelajaran di Kelas.docx
Lembar Observasi Pembelajaran di  Kelas.docxLembar Observasi Pembelajaran di  Kelas.docx
Lembar Observasi Pembelajaran di Kelas.docxbkandrisaputra
 
PPT Integrasi Islam & Ilmu Pengetahuan.pptx
PPT Integrasi Islam & Ilmu Pengetahuan.pptxPPT Integrasi Islam & Ilmu Pengetahuan.pptx
PPT Integrasi Islam & Ilmu Pengetahuan.pptxnerow98
 
JAWAPAN BAB 1 DAN BAB 2 SAINS TINGKATAN 5
JAWAPAN BAB 1 DAN BAB 2 SAINS TINGKATAN 5JAWAPAN BAB 1 DAN BAB 2 SAINS TINGKATAN 5
JAWAPAN BAB 1 DAN BAB 2 SAINS TINGKATAN 5ssuserd52993
 
ppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 ppt
ppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 pptppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 ppt
ppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 pptArkhaRega1
 
2 KISI-KISI Ujian Sekolah Dasar mata pelajaranPPKn 2024.pdf
2 KISI-KISI Ujian Sekolah Dasar  mata pelajaranPPKn 2024.pdf2 KISI-KISI Ujian Sekolah Dasar  mata pelajaranPPKn 2024.pdf
2 KISI-KISI Ujian Sekolah Dasar mata pelajaranPPKn 2024.pdfsdn3jatiblora
 
Aksi nyata disiplin positif Hj. Hasnani (1).pdf
Aksi nyata disiplin positif Hj. Hasnani (1).pdfAksi nyata disiplin positif Hj. Hasnani (1).pdf
Aksi nyata disiplin positif Hj. Hasnani (1).pdfDimanWr1
 
421783639-ppt-overdosis-dan-keracunan-pptx.pptx
421783639-ppt-overdosis-dan-keracunan-pptx.pptx421783639-ppt-overdosis-dan-keracunan-pptx.pptx
421783639-ppt-overdosis-dan-keracunan-pptx.pptxGiftaJewela
 
TUGAS GURU PENGGERAK Aksi Nyata Modul 1.1.pdf
TUGAS GURU PENGGERAK Aksi Nyata Modul 1.1.pdfTUGAS GURU PENGGERAK Aksi Nyata Modul 1.1.pdf
TUGAS GURU PENGGERAK Aksi Nyata Modul 1.1.pdfElaAditya
 
Wawasan Nusantara sebagai satu kesatuan, politik, ekonomi, sosial, budaya, d...
Wawasan Nusantara  sebagai satu kesatuan, politik, ekonomi, sosial, budaya, d...Wawasan Nusantara  sebagai satu kesatuan, politik, ekonomi, sosial, budaya, d...
Wawasan Nusantara sebagai satu kesatuan, politik, ekonomi, sosial, budaya, d...MarwanAnugrah
 
REFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdf
REFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdfREFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdf
REFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdfirwanabidin08
 
AKSI NYATA MODUL 1.2-1 untuk pendidikan guru penggerak.pptx
AKSI NYATA MODUL 1.2-1 untuk pendidikan guru penggerak.pptxAKSI NYATA MODUL 1.2-1 untuk pendidikan guru penggerak.pptx
AKSI NYATA MODUL 1.2-1 untuk pendidikan guru penggerak.pptxWirionSembiring2
 
Lembar Catatan Percakapan Pasca observasidocx
Lembar Catatan Percakapan Pasca observasidocxLembar Catatan Percakapan Pasca observasidocx
Lembar Catatan Percakapan Pasca observasidocxbkandrisaputra
 
aku-dan-kebutuhanku-Kelas 4 SD Mapel IPAS
aku-dan-kebutuhanku-Kelas 4 SD Mapel IPASaku-dan-kebutuhanku-Kelas 4 SD Mapel IPAS
aku-dan-kebutuhanku-Kelas 4 SD Mapel IPASreskosatrio1
 
PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...
PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...
PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...Kanaidi ken
 
Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptx
Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptxMateri Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptx
Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptxRezaWahyuni6
 
Dinamika Hidrosfer geografi kelas X genap
Dinamika Hidrosfer geografi kelas X genapDinamika Hidrosfer geografi kelas X genap
Dinamika Hidrosfer geografi kelas X genapsefrida3
 
Demonstrasi Kontekstual Modul 1.2. pdf
Demonstrasi Kontekstual  Modul 1.2.  pdfDemonstrasi Kontekstual  Modul 1.2.  pdf
Demonstrasi Kontekstual Modul 1.2. pdfvebronialite32
 
MATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATAS
MATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATASMATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATAS
MATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATASKurniawan Dirham
 

Recently uploaded (20)

442539315-ppt-modul-6-pend-seni-pptx.pptx
442539315-ppt-modul-6-pend-seni-pptx.pptx442539315-ppt-modul-6-pend-seni-pptx.pptx
442539315-ppt-modul-6-pend-seni-pptx.pptx
 
KONSEP KEBUTUHAN AKTIVITAS DAN LATIHAN.pptx
KONSEP KEBUTUHAN AKTIVITAS DAN LATIHAN.pptxKONSEP KEBUTUHAN AKTIVITAS DAN LATIHAN.pptx
KONSEP KEBUTUHAN AKTIVITAS DAN LATIHAN.pptx
 
Lembar Observasi Pembelajaran di Kelas.docx
Lembar Observasi Pembelajaran di  Kelas.docxLembar Observasi Pembelajaran di  Kelas.docx
Lembar Observasi Pembelajaran di Kelas.docx
 
PPT Integrasi Islam & Ilmu Pengetahuan.pptx
PPT Integrasi Islam & Ilmu Pengetahuan.pptxPPT Integrasi Islam & Ilmu Pengetahuan.pptx
PPT Integrasi Islam & Ilmu Pengetahuan.pptx
 
JAWAPAN BAB 1 DAN BAB 2 SAINS TINGKATAN 5
JAWAPAN BAB 1 DAN BAB 2 SAINS TINGKATAN 5JAWAPAN BAB 1 DAN BAB 2 SAINS TINGKATAN 5
JAWAPAN BAB 1 DAN BAB 2 SAINS TINGKATAN 5
 
ppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 ppt
ppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 pptppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 ppt
ppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 ppt
 
2 KISI-KISI Ujian Sekolah Dasar mata pelajaranPPKn 2024.pdf
2 KISI-KISI Ujian Sekolah Dasar  mata pelajaranPPKn 2024.pdf2 KISI-KISI Ujian Sekolah Dasar  mata pelajaranPPKn 2024.pdf
2 KISI-KISI Ujian Sekolah Dasar mata pelajaranPPKn 2024.pdf
 
Aksi nyata disiplin positif Hj. Hasnani (1).pdf
Aksi nyata disiplin positif Hj. Hasnani (1).pdfAksi nyata disiplin positif Hj. Hasnani (1).pdf
Aksi nyata disiplin positif Hj. Hasnani (1).pdf
 
421783639-ppt-overdosis-dan-keracunan-pptx.pptx
421783639-ppt-overdosis-dan-keracunan-pptx.pptx421783639-ppt-overdosis-dan-keracunan-pptx.pptx
421783639-ppt-overdosis-dan-keracunan-pptx.pptx
 
TUGAS GURU PENGGERAK Aksi Nyata Modul 1.1.pdf
TUGAS GURU PENGGERAK Aksi Nyata Modul 1.1.pdfTUGAS GURU PENGGERAK Aksi Nyata Modul 1.1.pdf
TUGAS GURU PENGGERAK Aksi Nyata Modul 1.1.pdf
 
Wawasan Nusantara sebagai satu kesatuan, politik, ekonomi, sosial, budaya, d...
Wawasan Nusantara  sebagai satu kesatuan, politik, ekonomi, sosial, budaya, d...Wawasan Nusantara  sebagai satu kesatuan, politik, ekonomi, sosial, budaya, d...
Wawasan Nusantara sebagai satu kesatuan, politik, ekonomi, sosial, budaya, d...
 
REFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdf
REFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdfREFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdf
REFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdf
 
AKSI NYATA MODUL 1.2-1 untuk pendidikan guru penggerak.pptx
AKSI NYATA MODUL 1.2-1 untuk pendidikan guru penggerak.pptxAKSI NYATA MODUL 1.2-1 untuk pendidikan guru penggerak.pptx
AKSI NYATA MODUL 1.2-1 untuk pendidikan guru penggerak.pptx
 
Lembar Catatan Percakapan Pasca observasidocx
Lembar Catatan Percakapan Pasca observasidocxLembar Catatan Percakapan Pasca observasidocx
Lembar Catatan Percakapan Pasca observasidocx
 
aku-dan-kebutuhanku-Kelas 4 SD Mapel IPAS
aku-dan-kebutuhanku-Kelas 4 SD Mapel IPASaku-dan-kebutuhanku-Kelas 4 SD Mapel IPAS
aku-dan-kebutuhanku-Kelas 4 SD Mapel IPAS
 
PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...
PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...
PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...
 
Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptx
Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptxMateri Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptx
Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptx
 
Dinamika Hidrosfer geografi kelas X genap
Dinamika Hidrosfer geografi kelas X genapDinamika Hidrosfer geografi kelas X genap
Dinamika Hidrosfer geografi kelas X genap
 
Demonstrasi Kontekstual Modul 1.2. pdf
Demonstrasi Kontekstual  Modul 1.2.  pdfDemonstrasi Kontekstual  Modul 1.2.  pdf
Demonstrasi Kontekstual Modul 1.2. pdf
 
MATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATAS
MATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATASMATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATAS
MATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATAS
 

RAJA MERONG

  • 1.
  • 2. HIKAYAT MERONG MAHAWANGSA NUR SYAFFIQAH SYAZZA BINTI AZLI D20111047479 KHAIRUL AZHAR BIN USOF D20111047500 MUHAMMAD HANIS BIN ZULKHAIRI D20111047517 SHAH AFFENDY JAFRI D20111047644 NURUL AMIRA BINTI ALI D20111047534 SARIMAH BINTI JAMIL D20111047525 FREADY ANAK HANG D20111047549 NAMA PENSYARAH : DR. SERI LANANG JAYA BIN HAJI ROHANI
  • 3. RAJA MERONG MAHAWANGSA RAJA MERONG MAHAPUDISAT RAJA PHRA ONG MAHAPUDISAT (SULTAN MUZAFFAR SYAH) RAJA SERI INDERAWANGSA (RAJA BERSIONG) 4. RAJA KEDAH (RAJA SERI MAHAWANGSA) 3. RAJA PATANI (PUTERI)2. RAJA PERAK1. RAJA SIAM Bunga Emas, Perak, (mangka) Turun takhta Peluk Islam
  • 4. SINOPSIS HMM • Angkatan Raja Merong Mahawangsa yang sedang belayar dari Rom ke negeri China telah diserang oleh geroda. Dia membuka negeri Langkasuka dan diangkat menjadi raja. Ia pulang ke Rom setelah menabalkan puteranya Raja Merong Mahapudisat menjadi raja. Langkasuka ditukar namanya ke Kedah Zamin Turan. Raja Seri Mahawangsa mangkat setelah kecewa dengan puteranya yang tidak menurut perintah dan digantikan oleh putera itu dengan gelaran Raja Seri Maha Inderawangsa.
  • 5. • Berpandukan nasihat yang diberikan oleh ayahandanya, Raja Merong Mahapudisat merajakan putera sulungnya menjadi Raja Siam, putera tengah sebagai Raja Perak dan anakandanya yang ketiga, seorang puteri, sebagai Raja Patani. Putera yang bongsu menggantikan ayahanda mereka sebagai Raja Kedah dengan gelaran Raja Seri Mahawangsa. Raja inilah yang memulakan tradisi menghantar persembahan bunga mas dan bunga perak sebagai hadiah kepada kekandanya, Raja Siam, setiap kali kekandanya mendapat putera.
  • 6. • Seterusnya putera Raja Seri Maha Inderawangsa menjadi raja dengan gelaran Raja Ong Maha Perita Deria yang lebih terkenal dalam sejarah negeri Kedah sebagai Raja Bersiong. Apabila Raja Bersiong turun dari takhta setelah ditentang kerana kezalimannya, puteranya ditabalkan sebagai Raja Phra Ong Mahapudisat. Raja ini digantikan oleh puteranya, Raja Phra Ong Mahawangsa yang kemudiannya menjadi raja Kedah yang pertama memeluk agama Islam. Syeikh Abdullah Yamani menukarkan namanya kepada Sultan Muzaffar Syah.
  • 7. Rungkaian Pensejarahan Melayu Tradisional dalam HMM • Unsur mitos yang berasal daripada pengaruh Hindu – Burung geroda, binatang mitis hindu kenderaan Visynu dipertentangkan dengan kuasa Allah menerusi Nabi Allah Sulaiman adalah antara unsur mitos yang diceriterakan dalam HMM • Perhubungan antara negeri Kedah dengan Siam • Kedatangan Islam pada waktu itu ke negeri Kedah – Hindu -> Islam
  • 8. ISI DAN MESEJ KHAIRUL AZHAR BIN USOF D20111047500
  • 9. Asal Usul Keturunan Raja • Kisah raja-raja ini bermula daripada Raja Merong Mahawangsa. Ayah Merong Mahawangsa berbangsa indera-indera manakala ibunya daripada golongan dewa- dewa. • Dalam Hikayat ini diceritakan juga tentang perkahwinan antara raja dengan raja, raja dengan manusia biasa dan raja dengan gergasi.
  • 10. Contoh • Perkahwinan antara raja dengan raja  Raja Merong Mahapudisat telah dikahwinkan dengan anak raja dan dikurniakan tiga putera dan seorang puteri. • Perkahwinan antara raja dengan manusia biasa  Perkahwinan antara Raja Bersiong dan anak orang huma. • Perkahwinan antara raja dengan gergasi  Perkahwinan antara Raja Seri Maha Inderawangsa dan cucu kepada Nang Miri Gergasi.
  • 11. Penubuhan Kerajaan dan Pembukaan Negeri • Setiap kawasan yang dipilih untuk dibuka adalah baik daripada segi struktur muka bumi dan strategik. • Selain bertujuan meluaskan kuasa, pembukaan negeri atau kawasan baharu juga bertujuan untuk memajukan dan meramaikan rakyat di tempat yang tidak maju. • Pembukaan kawasan baharu juga bertujuan merajakan anak-anak raja yang baharu. Contoh :  Penubuhan Kerajaan Langkasuka  Penubuhan negeri Kedah
  • 12. Salasilah Raja-raja • Dalam bab ini diceritakan salasilah raja-raja bermula daripada Raja Merong Mahawangsa sehingga raja yang terakhir sewaktu zaman penulisan hikayat ini. • Pemilihan pemerintah atau raja mengikut waris keturunan. • Diceritakan setiap kisah yang berlaku terhadap setiap raja yang memerintah negeri Kedah.
  • 13. Raja Merong Mahawangsa + isteri Raja Merong Mahapudisat + isteri Raja Seri Maha Inderawangsa + Isteri Raja Ong Maha Perita Daria (Raja Bersioang) Raja Buluh Betung Puteri Seluang Raja Pra’ Ong Mahawangsa (Sultan Mudzalfal Shah) Raja Mu’adzam Shah Raja Mahmud Shah Raja Sulaiman Shah X Y Z
  • 14. Proses Pengislaman Raja dan Seluruh Negeri • Proses pengislaman raja dan seluruh negeri diceritakan dalam bab terakhir Hikayat Merong Mahawangsa. • Kisah Raja Pra’ Ong Mahawangsa meminum air kencing Penghulu Iblis telah memberi hidayah kepada baginda untuk memeluk Islam. • Sheikh Abdullah sangat berjasa dalam membawa jalan yang benar kepada rakyat Kedah. • Kehidupan Islam diamalkan sebaik-baiknya. Sebagai contoh, Undang-undang Allah dan bayaran zakat dilaksanakan. • Berhala yang disimpan dikeluarkan dan dimusnahkan.
  • 15. Nilai Budaya dalam Hikayat Merong Mahawangsa Muhammad Hanis Bin Zulkhairi D20111047517
  • 16. Definisi @ Konsep • Budaya adalah elemen penting yang membezakan manusia dengan hidupan lain. • Budaya biasanya dikaitkan dengan aktiviti-aktiviti yang ada dalam persekitaran manusia seperti kesenian, barangan, makanan, tarian dan sebagainya. • Kehidupan sesuatu masyarakat bergantung kepada kebudayaan yang diamalkan.
  • 17. Taat perintah raja • Rakyat perlulah mentaati segala perintah raja kerana rakyat berpegang kepada konsep daulat. • Sesiapa yang ingkar akan perintah raja akan dikenakan tulah iaitu kehidupan mereka akan sengsara atau mendapat nasib yang buruk.
  • 18. Contoh: • “Demi didengar oleh sekaliannya titah Raja Merong Mahawangsa yang demikian itu, maka sekalian itupun mengerahkan sekalian orangnya suruh beringat-ingat serta memegang senjata masing2 tangan.”
  • 19. Adat Perkahwinan • Adat perkahwinan yang dilaksanakan semasa perkahwinan Raja Merong Mahadipusat. • Peristiwa berkaitan persiapan perkahwinan yang dilaksanakan seawal 40 hari 40 malam. • Turut dimeriahkan dengan bunyi-bunyian, hidangan makanan dan disambut dengan penuh meriah oleh segala menteri, hulu balang dan orang ramai.
  • 20. Contoh: • “menjadi empat puluh hari empat puluh malam yang berjaga makan minum dengan segala menteri, hulu balang, para penggawa sekalian, terlalulah ramainya. Setelah genaplah empat puluh hari, maka pada hari yang baik dan saat yang sejahtera, pada ketika itulah dikahwinkan anakanda baginda itu”
  • 21. Budaya Islam • Peristiwa berkaitan nilai budaya ini ditonjolkan melalui peristiwa pengislaman Sultan Kedah. • Contohnya, Sheikh Abdullah memberitahu perkara yang perlu dilakukan sebagai seorang hamba yang beragama Islam.
  • 22. Contoh: • “Itulah tuanku, yang bernama tiang agama pada syariat Nabi Muhammad Rasulullah pada segala kaum umatnya yang mahu menurut kitab Quran serta Sabdanya itu, supaya termasyhurlah nama raja menteri di dalam negeri itu mengerjakan amal ibadat akan Allah subahanahu wa taala, adalah sudah dengan tempatnya rumah akan ganti Ka’batu’Llah di negeri Mekah Madinah.”
  • 24. Maksud pandangan hidup secara umum menurut Mohd. Rashid Hj. Md. Idris, Abd, Rahman Napiah, dan Seri Lanang Hj. Rohani (2015: 126) ialah satu konsep mengenai pandangan hidup alam semesta secara keseluruhan terutamanya dilihat melalui satu sudut pandangan yang dipengaruhi oleh satu sistem nilai tertentu.
  • 25. Terdapat beberapa pandangan hidup yang dikenal pasti dalam hikayat yang dikaji iaitu menghormati autoriti, percaya pada takdir, berpegang pada janji, mengaggungkan dan mempercayai kekuasaan Tuhan, mengambil keputusan daripada tindakan yang difikirkan, sentiasa memelihara hubungan baik, pemenang akan berkuasa, dan memerintah dengan adil dan saksama.
  • 26. Dalam Hikayat Merong Mahawangsa ini, dapat dilihat pandangan hidup burung garuda yang tetap menghormati Nabi Allah Sulaiman sebagai autoriti dan yang berkuasa di dunia pada waktu itu. Walaupun burung garuda tersebut merancangkan kejahatan dengan berniat mahu memisahkan Raja Rum dengan puteri benua China, dia tetap bertanya dan merujuk kepada Nabi Allah Sulaiman untuk memberitahu akan rancangannya itu.
  • 27. Maka kata burung garuda kepada burung rajawali: ‘Dimana dapat ia sekalian hendak mengerjakan pekerjaan itu? Pada fikiranku tiada boleh jadi, tetapi nantilah dahulu, aku hendak pergi menghadap Nabi Allah Sulaiman karena ia itu raja besar di dalam dunia ini. Jikalau sudah ada seperti yang demikiann itu, tiadalah aku beri jadi pekerjaan nikah keduanya anak raja dua buah negeri itu’ (halaman 3)
  • 28. Nabi Allah Sulaiman sangat mengagungkan dan mempercayai akan kekuasaan Tuhan. Baginda percaya bahawa hanya Tuhan yang mempunyai kuasa atas segalanya dan manusia atau makluk Tuhan tidak dapat menentukan sesuatu perkara sekalipun. Baginda percaya kepada janji Tuhan dan kekuasaan Tuhan. Kepercayaan baginda dapat dilihat semasa baginda berkata-kata dan memberi pengajaran dan tauladan kepada raja-raja dan menteri-menteri berkenaan dengan tindakan burung garuda yang cuba mencabar kekuasaan Tuhan dengan memisahkan manusia yang telah ditetapkan-Nya untuk bersatu.
  • 29. Maka sabda Nabi Allah Sulaiman, ‘Hai segala raja2 dan menteriku bangsa yang baik2, hendaklah engkau dan kamu sekalian ketahui, demi Tuhanku yang menjadikan aku dan kamu sekalian diatas segala makluknya, dalam empat perkara ini hendaklah jangan sekali-kali ditentukan, jikalau tiada dengan janji daripada Tuhan alam. Pertama rezki, sedikit atau banyak ada sehari semalam itu tiadalah segala makluk hendak tentukan, sekalian dengan janjinya juga. ( halaman 20)
  • 30. Dalam hikayat ini, Raja Seri Mahawangsa berfikir dan berharap akan hubungan baik antara dia dan adik beradiknya akan berkekalan sampai anak cucunya. Dengan demikian, nama baik sahaja yang diingat orang pada masa akan datang, bukannya kejahatan.
  • 31. ‘Apa juga yang baik aku hendak membalaskan akan anak saudaraku itu,’ dengan tilik nazarnya dan fikirnya yang putus di dalam hatinya, biarlah jangan lagi tersebut nama kejahatan pada seisi alam dunia ini, supaya jangan jadi berputusan daripada umur aku ini boleh sampai pada anak chuchu jangan tersebut nama kejahatan pada segala raja2 dan pada khalayak sekalian.’ (halaman 37-38)
  • 32. Nilai ilmu NURUL AMIRA BINTI ALI D20111047534
  • 34. ILMU TEOLOGI Ilmu tentang Tuhan atau ilmu ketuhanan. Maka titah raja, “Hendak-lah saudara-ku keempat turutkan saperti kehendak tuan Sheikh Abdullah ini, barang kata-nya itu dengan hukum Allah dan sabda Nabi Muhammad Rasullah lagi yang di-dalam kitab Qur’an itu jua yang diturut oleh tuan ini.”(HMM: 147) Maka sabda Nabi Allah Sulaiman, “Hai burung garuda! Demi Tuhan yang menjadikan aku, ada pun jodoh pertemuan itu di-dalam batu atau di-dalam kayu sekali pun tiada siapa yang dapat mencheraikan dia” (HMM : 5)
  • 35. ILMU ETIKA Ilmu tentang tingkah laku manusia yang dilihat dari sudut baik dan buruknya, sejauh yang dapat ditentukan akal. Maka segala menteri hulubalang pun gemar-lah sangat melihat budi pekertinya serta dengan pandai mengambil hati sekalian menteri hulubalang tambah pula di-atas segala fakir, miskin, dagang santeri sekalian serta dengan tegor sapa siapa yang bertemu dengan dia. (HMM: 46) Bermula ada-lah sa-orang orang Seri Gunong Ledang bernama Kampar yang amat jahat-nya. (HMM: 70)
  • 36. ILMU ESTETIKA Ilmu yang membahaskan tentang keindahan dan kesenian. Maka darah pun banyak-lah tumpah ka-bumi mengalir seperti ayer deras laku-nya dan kepala pun seperti buah masak gugor ka-bumi dan berkaparan segala senjata yang patah dan sumbing dan rosak binasa, itu pun jadi sula dan ranjau menikamkan kaki tangan orang yang berkelahi. (HMM: 156)
  • 37. ILMU KOSMOLOGI Ilmu yang mengkaji tentang hal-hal yang berhubung dengan alam. Maka datang-lah pula burung geroda itu dengan hebat dan garang-nya seperti tiada berlawananlah kelakuan rupa-nya; datang dengan angin ribut, guroh, petir, kilat sabong menyabung. (HMM : 11) Maka ada-lah kapada suatu hari ketika burong garuda itu pergi menchari makan tiada ia di-pulau itu, maka turun-lah tuan puteri anak Raja China itu serta dengan inang pengasoh-nya datang ka-tepi laut itu menchari ketam, siput di-susur pantai itu. (HMM : 20)
  • 38. SARIMAH BINTI JAMIL D 20111047525 Teknik Kepengarangan
  • 39. UNSUR BAHASA • Pengarang menggunakan istilah Arab yang jelas dalam hikayat ini. Sa-bermula maka tersebutlah-lah perkataan negeri Baghdad itu sa-lama peninggal nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wassalam (Halaman 11)
  • 40. unsur Mitos • Berfungsi untuk menghidupkan sesuatu karya. Unsur ini dapat dilihat melalui cerita dongeng. “Hai burung garuda! Demi tuhan yang menjadikan aku, ada pun jodoh pertemuan itu di dalam batu atau di dalam kayu sekali pun tiada siapa yang dapat mencheraikan dia.” Maka sembah burung garuda “Ya Nabi Allah, atas pekerjaan itu atas hambamulah mencheraikan dia.” (Halaman 5)
  • 41. Teknik Pemerian • Pengarang banyak menggunakan teknik pemerian bagi menjelaskan sesuatu perkara dengan lebih jelas. Hatta pada suatu hari Raja Bersiong dudok di balai rongnya sa-telah datang-lah tengah hari rembang maka Raja Bersiong pun masok-lah ka-istana pergi mandi. Maka tatkala itu gerau yang di-dapor itu pun tengah memotong sayor bayam dengan gopoh-nya hendak di-perbuat gulai lechek maka terleka-lah mata-nya sedikit, maka tersayat-lah hujong jari-nya dengan pisau. Maka pada sangkanya tiadalah keluar darah itu. (Halaman 67)
  • 42. Teknik Pemujukan • Teknik ini digunakan untuk menarik perhatian seseorang sama ada untuk kebaikan atau keburukan. “Hai chuchuku, tiada apa-nya nenek hendak berbuat di-atas chuchu-ku yang tiga berhamba ini, hanya nenek menanti janji dengan Nabi Allah Sulaiman jua: tiada berapa lama-nya nenek hendak kembalikan chuchu-ku kepada bonda chuchu- ku jua.Maka sekarang ini di-mana jua tempat-nya segala pakaian chuchu-ku di-dalam istana ayah bonda chchu-ku di Benua China itu-kah ada atau kepada tempat yang lain- kah?Hendaklah chuchu-ku katakan kapada nenek supaya boleh nenek pergi ambil beri akan chucu-ku. (Halaman 23)
  • 43. Teknik Pencontohan • Pengarang menggunakan teknik ini tetapi tidak menggunakan perkataan yang memperlihatkan sebarang perkataan yang boleh dianggap sebagai contoh. Sa-telah sudah balai itu maka di-nama-nya akan dia Langkasuka, kerana mengerjakan itu dengan makan minum dan bersuka-sukaan serta dengan beberapa binatang jenis- nya daripada rusa, kijang, pelandok, napoh, sapi dengan segala perburuan yang di-makan oleh sakalian-nya; terlalu- lah amat kesukaan-nya serta dengan tepok tarinya...” (Halaman 19)
  • 44. Teknik Analogi • Pengarang ingin menunjukkan gambaran yang berlebihan tentang sesuatu perkara. Sa-telah demikian itu maka di-kerjakan orang lima ratus itu dengan tempek sorak-nya terlalu ramai-nya saperti akan terchabut kota itu daripada kebanyakan tentera yang melanggar empat penjuru kota itu. Jikalau guroh halilintar di langit sa-kali pun tiada kedengaran lagi daripada sangat banyak azamat bunyi itu. (Halaman 76)
  • 45. Seni Bahasa FREADY ANAK HANG D20111047549
  • 46. • Pengkarya-pengkarya sastera Melayu tradisional sememangnya orang yang begitu hebat dari segi penguasaan bahasa. • Agar pembaca dapat menggambarkan kehebatan watak-watak yang digambarkan dalam karya. • Dalam karya sastera tradisional, pengarang kebiasaannya menggunakan teknik-teknik seperti teknik metafora, teknik hiperbola, dan teknik simile, untuk menimbulkan rasa kagum pembaca terhadap karya yang mereka baca.
  • 47. Teknik Metafora • Perkataan Yunani • Gabungan dua buah perkataan iaitu kata ‘meta’ dan ‘pherein’. • ‘Meta’ membawa maksud memindahkan. • ‘Pherein’ pula bermaksud membawa.
  • 48. • Nik Hassan Basri (2005) mengatakan sifat gaya bahasa perbandingan metafora adalah mengandungi satu perkataan yang bersifat konkrit dan satu perkataan pula yang bersifat abstrak. • Contoh: Rimba kehidupan • Membandingkan sesuatu secara tidak terus.
  • 49. Contoh • Maka di-dalam negeri Kedah ini pun jangan sa-kali2 anak-ku suroh tinggalkan kerana zaman ini banyak sangat bumi yang hampa yang tiada orang diam diami… (ms 43) • Sa-telah sudah siap maka tunggul panji2 pun berkibaran-lah serta disuroh-nya pula gendang perang menaikkan berani hati yang takut. (ms 75)
  • 50. • Maka Raja itu ka-negeri Kelinggi pun tiada ia tundok dan ka-Benua Siam pun ia tiada di- ta’alok kerana hati-nya keras hingga ia dudok menghimpunkan ra’ayat-nya daripada bangsa Semang dan Wila dan ra’ayat bukit dan sa- bagai-nya di-gelar-nya nama penghulu yang besar2-nya di-suroh-nya dudok berkeliling tasek Ayer Tawar itu…(ms 88) • …sama ekor pun bersimbat-lah ber-karang membicharakan bisa senjata-nya. (ms 94
  • 51. Teknik Hiperbola • Memberi gambaran yang berlebih-lebihan terhadap sesuatu yang diperkatakan. • Menarik perhatian pembaca untuk terus sesebuah membaca karya. • Tidak mementingkan ketepatan gambaran.
  • 52. • Bahasa Yunani • Gabungan perkataan ‘hyper’ dan ‘ballien’ • Hyper bermaksud melebihi • ‘Ballien’ bererti luahkan atau keluarkan • Contoh: darahnya terpercik seperti hujan membasahi bumi
  • 53. • Corbett dan Connors, 1999 (Abu Hassan Abdullah, 2013: 87) hiperbola ialah penggunaan istilah yang membesar-besarkan dengan tujuan memberi penekanan atau kesan memperhebat.
  • 54. Contoh • …Sa-telah itu maka burong garuda itu pun terbang-lah naik ka-udara sampai pergi mengaras awan udara, berasap-lah kelihatan dunia ini. (ms 4) • Maka Raja Merong Mahawangsa pun menarek busar anak panah-nya yang bernama Ayun2an itu ka-udara, bergemuroh-lah bunyi-nya saperti halilintar mem-belah, maka segera di-tepiskan dengan sayap-nya tiada kena. (ms 10)
  • 55. • Maka banyak-lah kaum gergasi itu mati, bertimbun2 bangkai-nya; darah pun banyak- lah tumpah ka-bumi saperti ayer sebak laku- nya. (ms 96)
  • 56. Teknik Simile • Kata-kata perbandingan dan kata-kata ini bersifat eksplisit • Seperti bak, laksana, bagai, ibarat, tamsil, dan umpama • Teknik simile digunakan untuk menyamakan sesuatu objek atau perkara dengan perkara yang lain dengan menggunakan kata-kata perbanding
  • 57. Contoh • … ada pun pelayaran angkatan anak Raja Rum hendak pergi kahwin ka-benua China itu ada- lah saperti burong terbang dan tiang-nya saperti batang pepara laku-nya… (ms 8 - 9) • … barang di-mana berlaboh dan berhenti itu saperti pulau yang besar serta dengan segala bunyi2an pun di-palu orang-lah terlalu adzmat bunyi-nya saperti akan terangkat-lah lautan itu. (ms 9)
  • 58. • Maka sorak tempek pun terlalu-lah adzmat tambahan dengan bunyi bedil meriam pun saperti berteh… (ms 12) • Demi di-dengar oleh Raja Kelana Hitam maka naik marah-lah ia, muka-nya pun merah saperti bunga raya serta titah-nya,… (ms 92)
  • 59. Bahasa • Bahasa amat memainkan peranan yang penting dalam memastikan teknik penceritaan dapat disampaikan dengan berkesan. • Bahasa yang digunakan oleh pengarang dalam sesebuah cerita juga menunjukkan zaman yang sedang dilalui oleh sesebuah kerajaan.
  • 60. • Penggunaan Bahasa Arab jelas dalam Hikayat Merong Mahawangsa. Buktinya????
  • 61.
  • 62. • Maka barang siapa membacha dia jangan-lah di-bicharakan lagi, terlalu amat sempurna bichara-nya; kerana hikayat ini tahu-lah kami akan perkataan kerana sabda Nabi Sallalallahu ‘alaihi-wassalam, “Tafakkaru fi zatulahi”, ya’ani bicharakan oleh mu pada segala kebesaran Allah, jangan kamu fikirkan pada zat Allah. (ms 2)
  • 63. • ...di-buangkan oleh segala malaikat ka-laut yang bernama kalzum dengan sebab hendak menetapkan shari’at Nabi Muhammad Rasul- Allah dengan keramat kitab Quran dan hendak menentukan i’tikad yang sa-benar-nya yang bernama ugama Islam wa-rahamtul- ilahi wa barakatuh. (ms 112)
  • 64. KESIMPULAN • Mitos dan lagenda yang disisipkan dalam hikayat ini menjadi suatu gambaran kepada kuatnya kepercayaan animisme masyarakat terdahulu, yang diketahui lebih awal mengenal agama Hindu sebelum datangnya agama Islam. Justeru, jelas menunjukkan bahawa, karya sastera lama ini sebenarnya memiliki nilai estetikanya yang tersendiri dan mampu merangkumkan segala tatacara hidup bermasyarakat, pembelajaran berkenaan keagamaan, kerajaan dan nilai murni hanya melalui sebuah hikayat yang tidak diketahui penulisnya namun boleh memberikan pelajaran kepada pembacanya hingga ke hari ini.