SlideShare a Scribd company logo
1 of 66
Hikayat
Inderaputera
Fazilah Binti Zakaria D20131063303
Norhamdari Binti Itin D20111047560
Norfarah Amirah Binti Mohd Amiza D20111047572
Nurqatrunnada Haryanti Binti Abd Basir D20111047615
Noor Ezza Hazreen Binti Shamsuddin D20111047580
Rosliza Binti Ahmad D20111047611
Nur Azfizatul Azwa Binti Kardir D20111057588
PENDAHULUAN
 Sebuah karya agung Melayu yang genre cerita lipur lara yang terkenal
& tersebar luas pada abad ke - 17 hingga ke- 19.
 Terdapat dalam versi Aceh, Jawa, Lombok, Bugis, Makasar, Cam &
Mindanao.
 Inderaputera , merupakan watak utama hikayat ini, diandaikan sebagai
seorang pengembara sufi yang mencari kebenaran Ilahi.
 Pengarangnya tidak diketahui.
 Hikayat Inderaputera memaparkan dua unsur yang berbeza iaitu unsur
Hindu dan juga unsur Islam.
 Hikayat ini juga dianggap sebagai karya sastera yang lahir dalam zaman
peralihan Hindu-Islam dan telah tercatat dalam senarai buku yang
diketuai oleh Werndly pada tahun 1936 M.
 Hikayat ini dikatakan hikayat zaman peralihan kerana mempunyai ciri-
ciri tertentu. Antara ciri-ciri tersebut ialah plotnya sentiasa menceritakan
dewa-dewi atau bidadari yang turun ke bumi untuk menjadi raja atau
anak raja.
SINOPSIS HIKAYAT INDERAPUTERA
 Hikayat ini mengisahkan perihal seorang Putera Raja Bikrama
Buspa negeri Samanta Puri yang bernama Inderaputera yang telah
diterbangkan oleh merak emas.
 Inderaputera telah dijatuhkan di dalam sebuah taman bunga yang
dipunyai oleh nenek kebayan. Di sinilah serta di bawah jagaan Per-
dana Menteri Inderaputera dewasa, hingga beliau memperhamba-
kan diri kepada Maharaja Syahian untuk menemui Berma Sakti bagi
mendapatkan penawar beranak bagi baginda.
 Perjalanan Inderaputera penuh dengan temasya-temasya yang
ajaib-ajaib dan menakutkan. Akhirnya bertemu juga dengan Berma
Sakti.
 Hikayat ini ditamatkan dengan Inderaputera kembali menemui
ayahandanya dan ditabalkan sebagai raja bergelar Paduka Sultan
Mengindera di sisi empat orang isterinya.
Pemikiran dalam Hikayat
Inderaputera
Apakah itu pemikiran ?
Idea
Subjek
Buah
fikiran
Mesej, mutiara,
& permata karya
dimatangkan
Bahan
dipilih, dan
dilahirkan
dicambahkan
Pemikiran Pertama
1. Kisah hidup anak raja
• Memerihal pengembaraan anak
putera raja iaitu anak kepada
Maharaja Bikrama Buspa dan
Isterinya Tuan Puteri Jamjam
Ratna Dewi daripada tanah negeri
Samanta Puri yang diberi nama
Inderaputera.
• Menceritakan watak dan
perwatakan Inderaputera
Pemikiran Kedua
2. Unsur Dongeng dalam karya
• Ditekankan dalam sepenuh karya.
• Antaranya boleh dilihat melalui :
 Latar
 Watak
 Plot
Pemikiran Ketiga
3. Zaman Peralihan Hindu Islam
• Unsur-unsur Hindu amat banyak
seperti alam, adat, watak dan nama
banyak menjurus kepada sastera
hindu.
• Teks ini, hanya mengutarakan nama
Allah beberapa kali. Namun begitu,
Islam sering kali dikaitkan dengan
kebesaran tuhan, dan jelas inti
hikayat ini banyak memuji kebesaran
alam dan kebesaran nikmat Tuhan
atas makhluk.
NILAI
BUDAYA
Maksud Nilai
Satu konsep yang dijadikan asas oleh
masyarakat untuk melihat, mengukur
atau membuat pilihan terhadap sesuatu
perkara, darjat, mutu, kualiti dan taraf
perilaku dan benda mengenai
seseorang atau kelompok orang
sebagai baik, berharga dan bernilai.
Maksud budaya
Perkataan “budaya” merujuk kepada
kegiatan-kegiatan manusia
Budaya merujuk kepada keseluruhan
pengertian, nilai, norma, ilmu
pengetahuan serta struktur-struktur
kemasyarakatan, keagamaan,
penghasilan seni dan intelektual yang
membentuk ciri-ciri khas sesebuah
masyarakat
Nilai budaya dalam Hikayat
Inderaputera
Adat
Adat memberi ufti
Adat berpakaian orang besar
Ada sekali persetua ada seorang maharaja di negeri
Sementa Pura dan nama raja itu Raja Bikrama Buspa
dan akan raja itu terlalu amat besar kerajaannya.
Arakian beberapa raja-raja yang takluk kepada raja
itu memberi ufti pada tiap-tiap tahun dan empat
puluh raja-raja yang memakai pakaian yang
keemasan sentiasa dengan alat senjata di bawah
istana Maharaja Bikrama Buspa, demikianlah peri
kebesarannya baginda itu.
Adat
Adat kelahiran
Baginda memberi sedekah dan persalinan pada
segala anak raja-raja dan pada segala menteri
hulubalang dan pada segala orang kaya-kaya Setelah
sudah memberi persalinan maka baginda pun
berjaga-jaga sekira empat puluh hari dan empat
puluh malam makan minum bersuka-sukaan
dengan segala anak raja-raja dan segala menteri
hulubalang dan orang kaya-kaya.
(Bab 1: Ramalan Nujum)
Adat
Adat perkahwinan
Setelah sudah berbicara maka Raja Tahir Johan Syah
pun menyuruh memulai pekerjaan berjaga-jaga
pada hari yang baik empat puluh hari dan empat
puluh malam. Setelah sudah maka disuruh orang
oleh baginda berjaga-jaga akan menghiasi
Inderaputera pula. Maka Inderaputera pun
dikahwinkan oranglah dengan Puteri Jamjam Dewi
Gemala Ratna
(Bab 4: Di Negeri Jin Islam)
Perintah Raja
Mencari ubat beranak
Maka Maharaja pun memberi titah kepada segala
menteri hulubalang dan pada rakyat yang hina dina.
“Hai kamu sekalian hendaklah engkau apa bicarakan
hasratku hendak beranak.”
...
Maka titah Maharaja, “Baiklah aku beri janji
menantikan jikalau tiada kamu bicarakan hasratku ini
nescaya kubunuh engkau sekalian.”
(Bab 3:Mencari Ubat Beranak)
Sikap Masyarakat
Insaf
Maka baginda itu pun hairanlah melihat anak kijang
itu serta fikir dalam hatinya demikian-sedangkan
binatang lagi demikian melihat ibunya, jikalau
manusia berapa lagi. Setelah baginda sudah berfikir
itu maka baginda pun kembali dengan dukacitanya,
“Jangankan membunuh binatang, menggentas
daun kayu sehelai pun tiada kumau.” Maka
Maharaja itu pun kembalilah ke istananya dan ia pun
masuklah keperaduannya Ialu tidur serta
berkelubung.
(Bab 3: Mencari Ubat Beranak)
Sikap Masyarakat
Kasih-sayang
Maka dilihat oleh Inderaputera Perdana Menteri
duduk masyghul itu maka fikir Inderaputera di dalam
hatinya, “Kerana Perdana Menteri itu banyaklah
kasihnya padaku akan pekerjaan ini di atas batu
kepala Perdana Menteri juga tertanggung. Jikalau
demikian baiklah nyawaku akan balasnya.” Setelah
sudah fikirnya itu maka Inderaputera pun berkata
pada Perdana Menteri, “Ya Tuanku Perdana Menteri
janganlah tuan hamba bercinta lagi. Adapun
hambalah pergi ke sana kepada Berma Sakti itu.”
(Bab 3: Mencari Ubat Beranak)
Sikap Masyarakat
Berani
Maka kata tengkorak itu, “Mudah-mudahan dipelihara
Tuhan juga tuan hamba.”... Maka ia pun merupakan
dirinya seperti rupa orang tua dan pedang itu
dipanggung3 nya kepada tangannya. Maka
Inderaputera pun bertemu dengan raksaksa itu. “Hai!”
katanya, “Orang muda, ambil olehmu pedang pada ta-
nganku ini.” Maka Inderaputera pun melompat seraya
bertempik merampas-l kan pedang pada tangannya
raksaksa itu. Maka pedang itu pun dapat Inderaputera
dengan ditolongkan oleh Tuhan Yang Mahabesar.
Maka lalu diparangkannya kepada raksaksa itu jadi
penggal dua.
Pandangan Hidup
Definisi
 Pandangan hidup merupakan suatu
pendapat atau ketetapan yang dijadikan
pegangan, pedoman, arahan dan petunjuk
hidup.
 Suatu konsep yang dimiliki oleh
masyarakat atau komuniti tertentu,
bertujuan untuk menanggapi dan
menerangkan segala permasalahan yang
berkaitan dengan Tuhan, manusia dan
alam.
Hikayat Inderaputera
Pandangan
Hidup
Agama
Hindu-Islam
Kehidupan
Sosial
Pemerintah
Mitos
AGAMA
HINDU - ISLAM
 Hikayat Inderaputera seperti juga Hikayat
Seri Rama tidaklah asing lagi di dalam
kesusasteraan Melayu Lama kita.
 Dipandang dari sudut sejarahnya ia dapat
dianggap sebagai sebuah hasil yang telah
disesuaikan dari hikayat Hindu.
 Ciri-ciri untuk menunjukkan ia berasal dari
sastera Hindu amatlah banyak.
Pengaruh Hindu
Upacara
‘tambang’
• Merupakan suatu pemujaan kepada dewa-dewa untuk
memperolehi kuasa ghaib dan rahmat daripada tuhan.
• Inderaputera melakukan pemujaan ‘tambang’ ini untuk
memperolehi pertolongan.
• “ ... Maka Inderaputera pun pergilah kepada tasik itu seraya ia
menambangkan geliga Mayan Bedi.”3 (Bab 5 : ms 32)
Nama
Inderaputera
• Nama Inderaputera sendiri sebagai 'hero' di dalam hikayat ini
adalah nama dewa (demi-god) Indera.
Kesaktian dan
Kekuasaan
Berma Sakti
• Kesaktian dan kekuasaan orang tua bertapa yang menolong
Inderaputera memperolehi ubat beranak bagi Raja Syahian
iaitu Berma Sakti nyata banyak persamaannya dengan sifat
Brahma di dalam hikayat-hikayat Hindu.
Burung
Merak
• Burung merak yang 'menculik' Inderaputera menjadi
lambang kebesaran di dalam hikayat-hikayat Hindu.
Unsur
panah sakti
• Unsur panah sakti yang boleh kembali kepada busurnya
seperti yang terdapat di dalam hikayat-hikayat
Ramayana dan Mahabharata di dalam Hikayat
Inderaputera memainkan peranan yang Iebih besar
untuk mengumpulkan kembali serpihan-serpihan daging
dan tulang Inderaputera yang telah dicincang hancur
oleh menteri-menteri dan anak-anak raja yang dengki.
Pengaruh Islam
 Teks yang mengandungi lebih daripada
200 mukasurat ini hanya terdapat
beberapa nama Allah sahaja disebut.
 Inti dari seluruh karya ini adalah
merupakan pemujaan kepada
keindahan alam dan kebesaran
nikmat Tuhan ke atas makhluk.
 Inderaputera di dalam perjalanannya
menemui Berma Sakti (Brahama) telah
melihat berbagai keajaiban di dalam
dunia bumi, peri dan mambang sebagai
dalil kebesaran Tuhan.
 Inderaputera telah memperoleh berbagai-
bagai hikmat 'kenabian'.
 Kerana itu Inderaputera sentiasa sahaja
memuji kebesaran Tuhan itu, kerana ia
sendiri menginsafi bahawa kesaktian yang
ada padanya adalah dari limpah kurnia
Tuhan jua.
 Pengislaman hikayat ini dengan
menjelmakan nama 'Allah' dan nama-nama
Islam atau Parsi seperti Raja Tahir Johan
Syah, Indera Jilani dan Nobat Rom Syah
dan peristiwa-peristiwa pertarungan antara
jin kafir dan jin Islam tidak sekali-kali dapat
menenggelamkan dasar kehinduan hikayat
ini.
KEHIDUPAN SOSIAL
PEMERINTAH
• “ Ada sekali persetua ada seorang maharaja
di negeri Sementa Pura dan nama raja itu
Raja Bikrama Buspa dan akan raja itu terlalu
amat besar kerajaannya. Arakian beberapa
raja-raja yang takluk kepada raja itu memberi
ufti pada tiap-tiap tahun dan empat puluh
raja-raja yang memakai pakaian yang
keemasan sentiasa dengan alat senjata di
bawah istana Maharaja Bikrama Buspa,
demikianlah peri kebesarannya baginda itu.”
(Bab 1 : ms 2)
Kebesaran
Raja
Bikrama
Puspa
• “Setelah datanglah segala ahlil nujum maka
baginda pun memberi titah kepada segala ahlil
nujum, “Maka lihatlah oleh tuan-tuan sekalian
betapakah kebesaran anakku ini.”(Bab 1: ms 2)
• “Ampun Tuanku Syah Alam, terlalu sekali
bahagianya paduka anakanda itu akan memang-
ku kerajaan yang amat besar hingga tujuh
tahun juga lamanya paduka anakanda ini
bersama-sama dengan Duli Syah Alam nescaya
cerai lah juga ia dengan Duli Tuanku.”(Bab 1 : ms
2)
• “Ampun Tuanku Syah Alam. Adapun jika Paduka
anakanda itu hendak bermain-main binatang
jangan Tuanku beri, kerana sebab binatang
itulah anakanda itu beroleh bencana.”(Bab 1: ms
2)
Mempercayai
Ramalan
Nujum
• Sifat sopan dan berbudi bahasa Inderaputera.
• “Hatta beberapa lamanya maka Inderaputera duduk dengan Perdana
Menteri maka dilihat oleh Perdana Menteri lakunya dan: duduknya
dan makannya dan pekertinya terlalu manis juga.” (Bab 3: ms 8)
• Sifat baik hati Raja Syahian menjamu rakyat dengan hasil buruan.
• “Maka pada suatu hari Raja Syahian pergi berburu ke dalam hutan.
Setelah beroleh perburuan maka Raja itu pun kembalilah pada
istananya dengan segala menteri hulubalang dan rakyat balanya.
Setelah itu maka diterjamukan makan minum dengan segala
menteri hulubalang rakyat sekalian. Demikianlah pekerjaan baginda.”
(Bab 3: ms 9)
Pembentukan
Keperibadian
• “Maka ujar oleh Inderaputera, “Ya tuanku
Perdana Menteri bahawa sekalian hamba Allah
lupa dan tersalah juga bahagiannya, dan patik
serahkan diri patik kepada Tuhan Yang
Mahakuasa akan memeliharakan
hambanya.”(Bab 3 : ms15)
Meminta
Pertolongan
daripada Allah
• “ ..Hatta maka segala binatang itu pun datang kepada
Inderaputera dan sekalian pun menundukkan kepalanya itu
kepada Inderaputera. Maka ujar Inderaputera, “Hai sekalian
kamu binatang liar, apa kerjamu datang kepadaku ini.” (Bab 3 :
ms16)
• “..Maka kata segala binatang itu, “Ya tuanku Inderaputera,
kami ini sekalian datang hendak berlindungkan diri kami
daripada seteru kami itu.”(Bab 3 : ms 16)
Kebesaran
Inderaputera
• “Syahadan di pandang itu rumputnya seperti zamrut warnanya.
Maka Inderaputera pun datanglah ke padang itu dan ada suatu bukit
terlalu elok rupanya dan airnya pun mengalir daripada pihak bukit itu
terlalu sejuk dan di bawah bukit itu beberapa pohon kayu berbagai-
bagai rupanya, berbagai-bagai jenis warnanya. “ (ms 18)
• “Kalakian maka didengar oleh Inderaputera bunyinya segala bunyi-
bunyian itu seperti orang bernyanyi. Ada yang seperti orang
bersyair dan bermadah dan berpantun. Maka Inderaputera pun
berhenti melihat kekayaan Tuhan dan bertambah-tambah yang
indah-indah itu. Setelah itu demikian maka Inderaputera pun
kenyanglah rasanya sebab melihat sekalian itu. Maka ia pun
mengucap syukurlah kepada Allah dan terkenanglah akan ayah
bondanya.”(Bab 3: ms 18)
Mengagumi
Keindahan
Tuhan
Unsur Mitos dalam Hikayat
Inderaputera
Merak Emas Menerbangkan Inderaputera lalu Ghaib
• “Maka tiba-tiba merak itu pun menyambar Inderaputera seraya
diterbangkannya. Maka Inderaputera pun ghaibIah daripada
mata baginda dan orang sekalian dan Maharaja Bikrama Buspa
pun melihat anakanda baginda hilang. “ (Bab 2: ms 5)
Tengkorak Boleh Berkata-kata
• “...Maka ujar Inderaputera, “Hai tengkorak tuan hambalah yang
berseru-seru akan hamba tadi?” Maka ujar tengkorak itu,
“Bahkan.” Maka Inderaputera pun berkata-kata, “Maka mengapa
tuan hamba memanggil hamba” Maka ujarnya tengkorak itu,
“Ampun tuanku, Hai Inderaputera, inilah tengkorak yang takluk
kepada ayah tuan hamba itu...” (Bab 3 : ms 16)
Raksasa Menyamar Berupa Manusia dan
Bukit Besar
• “Maka ia merupakan dirinya seperti orang muda
serta katanya, “Pandang mukaku ini.” Maka jangankan
Inderaputera memandang, menoleh pun tiada mahu.
Maka Inderaputera pun segera berjalan pula. Maka
raksaksa itu pun menjadikan dirinya seperti bukit
besarnya. Maka ia pun menghempaskan. dirinya lalu
mati terguling-guling ke bawah gunung itu bunyinya
seperti guruh. Maka yang mana kena tubuh raksaksa
itu segala pohon kayu yang besar-besar habis roboh-
roboh, maka segala binatang di hutan itu pun habislah
lari berlarian mendengar bunyinya bahana itu.” (Bab 3 :
ms 17)
NILAI ILMU
1. Ilmu Firasat
• Demikianlah lagi sembah
segala ahlil nujum “Ampun
Tuanku Syah Alam. Adapun
jika Paduka anakanda itu
hendak bermain-main binatang
jangan Tuanku beri, kerana
sebab binatang itulah anak-
anda itu beroleh bencana.”
2. Ilmu Teologi
• ...dan beberapa lamanya
anakanda baginda itu maka ia pun
besar panjang lalu disuruh oleh
baginda serahkan mengaji kepada
seorang mualim Bersapian
namanya. Hatta beberapa lamanya
sekira-kira tujuh lamanya maka
Inderaputra pun tahulah sudah
mengaji Quran ...
3. Ilmu Ekonomi
•Maka keesokan harinya
maka nenek kebayan pun
pergi berjual bunga. Maka
Inderaputera pun dibawa
sertanya berjalan dan rupa-
nya Inderaputera terlalulah
elok parasnya...
4. Ilmu Bahasa
*Bercakap dengan
binatang.
Maka ujar
Inderaputera, “Di
mana seteru kamu
itu?”
Maka kata segala
binatang, “Ya tuanku
Inderaputera di
Gunung Indera Kita
itu.”
*Bercakap dengan
tengkorak.
Maka ujar
Inderaputera, “Hai
tengkorak tuan
hambalah yang
berseru-seru akan
hamba tadi?”
Maka ujar tengkorak
itu, “Bahkan.”
5. Ilmu Etika
• Hatta beberapa lamanya
maka Inderaputera duduk
dengan Perdana Menteri
maka dilihat oleh Perdana
Menteri lakunya dan
duduknya dan makannya dan
pekertinya terlalu manis juga.
6. Ilmu Estetika
Maka demi tuan puteri mendengar kata
suaminya itu maka ia pun menangis. Maka
Inderaputera pun tersenyum seraya
berpantun demikian, bunyinya:
“Gajah putih dalam kota,
Dang Kemayat lalu berlembu,
Janganlah puteri sedih kan beta,
Adalah hayat kita bertemu.”
kepengarangan
 Kepengarangan merujuk kepada
keterampilan, kecerdikan, dan
kearifan seseorang pengarang itu
dalam berkarya. Kepengarangan
dianalisis dari aspek keperibadian
yang berjaya dicapai oleh pengarang.
Keperibadian adalah kemuncak
kejayaan bagi seorang pengarang
(Mohd Rashid Md Idris et al. 2014: 96-
98)
 Naskah ini merupakan salinan daripada
naskah yang lebih tua, iaitu asalnya
bertulis tangan. Dalam proses penyalinan
tersebut telah mengandungi tokok
tambah, tetapi berbeza dari segi bentuk
gaya karangan, jalan bahasa,
penggunaan perkataan, ejaan dsb.
 Pengarang telah membuat penambahan kepada hikayat tersebut
dengan membahagikannya kepada bab dan berperenggan.
Contohnya:
“BAB II
PERISTIWA MERAK EMAS
Al-kisah peri mengatakan tatkala Inderaputera diterbang¬kan oleh
Merak Emas dan peri mengatakan tatkala Indera¬putera diangkat
cucu oleh nenek kebayan dan peri mengata¬kan tatkala
Inderaputera diangkat anak oleh Perdana Menteri dan peri
mengatakan tatkala Inderaputera direstui oleh Men¬teri Raja
Syahian.
Hatta kalakian pada suatu hari Raja Bikrama Buspa semayam
dihadap segala raja-raja dan menteri hulubalang rakyat jelata dan
orang kaya-kaya dan sekalian hina dina. Maka Inderaputera pun
diribai oleh baginda itu. Maka tatkala itu datanglah orang
meng¬hantar akan ufti daripada sebuah negeri serta membawa dua
orang utusan dan seorang utusan pandai emas dan seorang utusan
itu pandai kayu.”
(Hikayat
Inderaputera: 4)
 Hikayat ini dari sudut sejarahnya dapat
dianggap sebagai hasil yang telah
disesuaikan dari hikayat Hindu. Ciri-ciri
untuk menunjukkan ia berasal daripada
sastera Hindu amatlah banyak. Hal ini
dapat dilihat dalam agama Hindu yang
mengadakan upacara ‘tambang’ yang
merupakan satu pemujaan kepada dewa-
dewa dengannya dapat diperolehi kuasa
ghaib dan rahmat dari Tuhan
 Contoh berikut dapat menunjukkan
perbuatan upacara ini dilakukan di dalam
petikan, iaitu:
“Maka berkatalah peri itu, “Ada suatu Geliga
Mayan Bedi nama¬nya. Jika tuanku mau
kuberikan. Adapun gunanya jikalau hendak
mengeluarkan angin dan ombak atau kilat
atau petir halalintar citalah namaku dan
tambangkan1 geliga itu nescaya barang
kehendak tuan jadilah. Maka Inderaputera
pun melepaskanlah rambutnya peri itu.”
(Hikayat Inderaputera: 28)
 Dalam sastera rakyat Melayu dibahagikan
kepada dua bentuk iaitu yang pertama
kisah atau bukan naratif dan bentuk yang
kedua pula ialah bukan cerita iaitu bukan
kisah atau bukan naratif. Hikayat
Inderaputera merupakan sastera tulisan
yang berbentuk cerita atau naratif.
 Hikayat ini merupakan penceritaan orang
ketiga, iaitu sebagai pencerita, hanya
dapat menceritakan apa-apa yang dilihat
atau didengarnya sahaja tentang sesuatu
watak atau peristiwa dalam cerita. Sudut
pandangan jenis ini didapati pengarang
bertindak sebagai pelapor atau pencatat
terhadap keseluruhan pergerakan cerita.
 Penceritaan orang ketiga ini boleh dilihat
dalam petikan berikut:
“Hatta kalakian diceterakan oleh orang
yang empunya cetera ini demikian
bunyinya. Adapun raja dalam negeri itu
Raja Syahian namanya. Adapun baginda
itu terlalu amat besar kerajaannya juga.
Syahadan menteri Maharaja itu yang
muda-muda kurang se1 empat puluh dan
Maharaja Syahian itu tiada beranak.”
(Hikayat Inderaputera: 9)
 Hikayat ini mengandungi unsur-unsur
pengembaraan, percintaan dan
peperangan yang penuh magis dan mitos.
Antara contoh unsur pengembaraan yang
diketengahkan dalam hikayat ini melalui
watak utama, iaitu Inderaputera yang
mengembara dengan memperhambakan
diri kepada Maharaja Syahian untuk
menemui Berma Sakti bagi mendapatkan
penawar beranak bagi baginda.
 “Maka nenek kebayan pun menangis dan
Inderaputera pun me¬nangis juga seraya
bermohon dan dipeluknya dan diciumnya oleh
nenek kebayan. Maka Inderaputera pun
berjalanlah menuju mata¬hari mati. Maka ia pun
masuk hutan keluar hutan. Arakian maka hari pun
malamlah maka Inderaputera pun berhenti di
bawah pohon kayu.
Syahadan beberapa memuji-muji nama Tuhan,
setelah hari pun siang, maka Inderaputera
berjalanlah melalui padang masuk rimba belantara
dan beberapa melalui bukit yang besar-besar dan
bertemu dengan binatang yang buas-buas.”
(Hikayat Inderaputera: 15)
 Hikayat ini turut mengetengahkan unsur
peperangan yang berlaku antara anak raja
jin kafir yang bernama Tamar Jalis dengan
Nobat Rom Syah. Peperangan berlaku
kerana Tamar Jalis cuba untuk memberi
makan kudanya di kawasan Nobat Rom
Syah. Unsur ini dapat dilihat dalam
petikan berikut:
“Maka dilihat Inderaputera kedua kaum itu
berdahulu-dahuluan terlalu ramai bunyi sorai
kedua pihak berperang itu, berpanah-pa¬nahan
dan bertikam-tikaman pedang dan berpanahan.
Maka jadilah gegak gempita terlalu azmat
bunyinya parang-memarang tikam-me¬nikam
tengkis-menengkis panah-memanah menjadi
gelap gelita bunyi gertak kudanya. Maka duli pun
berbangkit ke udara dan bunyi tempik soraknya
mereka itu seperti guruh di langit. Ada yang mati,
ada yang pecah kepalanya, tetapi banyak juga
yang luka daripada yang mati daripada kaum
Tamar Jalis itu.”
(Hikayat Inderaputera: 22)
 Pengarang turut mengetengahkan unsur
percintaan watak utama, iaitu
Inderaputera yang mengasihi isterinya.
Percintaan yang ditonjolkan oleh
pengarang dalam hikayat ini dapat dilihat
dalam petikan berikut:
“Maka tuan puteri pun menangis juga dan
Inderaputera pun men¬cium akan isterinya. Maka
dipujukkannya dengan perkataan dengan lemah-
lembut serta berpantun yang memberi akan rawan
hati tuan puteri dengan berseloka. Maka tuan
puteri pun tertidurlah. Maka dilihat oleh
Inderaputera akan isterinya sudah lena itu maka
Lalu diangkat kepalanya ditaruhkannya kepada
bantal seraga. Maka Nobat Rom Syah pun datang
mendahului mendapatkan Indera¬putera. Maka
Inderaputera pun bermohon kepada Nobat Rom
Syah. Maka keduanya anak raja itu pun keluarlah
berjalan.”
(Hikayat Inderaputera: 26)
 Hikayat Inderaputera digerakkan oleh
unsur mitos dan lagenda yang penuh
dengan unsur kesaktian dan magis.
Peristiwa-peristiwa yang ditonjolkan
memperlihatkan tengkorak boleh berkata-
kata dan memberitahu kepada
Inderaputera akan bahaya menunggunya
jika beliau tetap meneruskan perjalanan
untuk memanjak gunung tersebut,
contohnya:
 “Maka ujar Inderaputera, “Hai tengkorak tuan
hambalah yang berseru-seru akan hamba tadi?”
Maka ujar tengkorak itu, “Bahkan.”
Maka Inderaputera pun berkata-kata, “Maka mengapa
tuan ham¬ba memanggil hamba”
Maka ujarnya tengkorak itu, “Ampun tuanku, Hai
Inderaputera, inilah tengkorak yang takluk kepada
ayah tuan hamba itu. Sebermula adapun tatkala
hamba daripada menghantar ufti kepada ayahanda
tuanku itu maka hamba pun sesat melarat lalu
sampailah di gunung, beberapa hari hambanya di sini
tiada minum dan seketika maka hamba berhenti.
Maka seorang raksaksa daripada atas gunung itu
merupakan dirinya seperti seorang perempuan
membawa suatu pedang pada tangannya.”
(Hikayat Inderaputera:
16)
 Dalam hikayat ini juga pengarang
mengetengahkan perwatakan yang
luar biasa bagi watak utama, iaitu
Inderaputera. Inderaputera dikatakan
mempunyai kesaktian dan kuasa
magis untuk mempertahankan diri.
Perwatakan ini dapat dilihat dalam
petikan berikut:
 “Syahadan kepada zaman itu seorang pun tiada tandingnya
dengan Inderaputera itu lagi dengan arif bijaksananya dan
terlalu perkasa serta dengan saktinya. Syahadan beberapa
yang tiada dapat dikerja¬kan oleh orang banyak dapat
dikerjakannya. Bermula ialah yang disuruhkan oleh
RajaSyahian kepada] Berma sakti dengan dewa Lela
Mengerna dan ialah yang (diterbangkan) oleh jin Tamarbuga,
dan ialah yang bertemu dengan bukit emas dan bukit
permata, dan ialah yang bertemu dengan tasik Bahrul Ajaib,
dan ialah yang ber¬temu dengan tasik BaharuI Asyik, dan
ialah yang menjalani jalan yang tiada dijalani orang;
demikianlah gagah perkasa Inderaputera, dan ialah yang
berjalan dalam gua sebulan lamanya, dan ialah yang
membunuh gergasi yang bernama Mamdu; maka beberapa
hikmat' Raja. Talela Syah hendak membunuh gergasi itu tiada
juga dapat membunuh dia, maka dengan mudahnya juga
dibunuhi oleh Indera¬putera.”
(Hikayat
Inderaputera: 1)
 Inderaputera dikatakan mempunyai rupa paras
yang indah yang mampu menawan sesiapa yang
melihatnya. Perwatakan ini ditonjolkan oleh
pengarang dalam petikan tersebut, iaitu:
“Maka bidadari itu pun tertawa seraya
memandang kepada Indera¬putera dan dilihat
oleh segala bidadari maka ia pun tertawa seraya
memandang kepada Inderaputera dan dilihat oleh
Inderaputera segala rupanya itu amat indah dan
terlalu elok parasnya dan laku¬nya terlalu amat
manis seperti laut madu laksana. Syahadan terlalu
sikap jejaknya itu. Maka segala bidadari itu pun
mendapat Tuan Puteri Seri Ratna Gemala
Nehran.”
(Hikayat Inderaputra: 34)
 Isi kandungan Hikayat Inderaputera adalah
meleret-leret dalam menyatakan sesuatu perkara.
Di samping itu, pengarang juga menyelitkan
pelbagai teknik penceritaan. Antaranya ialah
dialog yang dilihatkan dalam petikan berikut:
Maka Inderaputera pun terlalulah sukacita hatinya
menengar kata Tuan Puteri Seri Ratna Gemala
Nehran. Maka kata Inderaputera, “Hai saudaraku
jikalau ada dengan sungguhnya kasih saudaraku
akan hamba ada suatu gemala hikmat yang di
atas kemuncak mah¬ligai tuan puteri itu Maka
kakanda pohonkan supaya hamba pulangkan baju
itu.”
(Hikayat Inderaputera: 38)
 Teknik penceritaan monolog turut digunakan
oleh pengarang bagi mengindahkan lagi
penceritaan dalam hikayat ini, iaitu:
Setelah didengar oleh tuan puteri kata
Inderaputera itu maka tuan puteri pun
berdiam dirinya dengan seketika duduk
berfikir di dalam hatinya. “Di manalah
gerangan ia tahu akan hikmat gemala?
Syahadan jikalau tiada aku berikan gemala
hikmat itu nescaya aku tiadalah kembali lagi
dan lagipun aku sudah bersumpah akan
ayah¬ku. Jika demikian baiklah aku berikan
kepadanya.”
(Hikayat
Inderaputera: 38)
 Dalam hikayat Inderaputera ini juga diselitkan
dengan penggunaan bahasa asing iaitu bahasa
Arab seperti syahadan, hatta, afiat, fakir dll.
Sebagai contoh dapat dilihat dalam petikan yang
berikut, iaitu:
Syahadan ialah yang dibuangkan oleh menteri
Raja Syahian ke dalam laut tiga tahun lamanya,
dan ialah yang beroleh (kain sutera) rambuti
seperti air embun rupanya dan ialah yang
(bertemu) dengan Dewa Langkurba di dalam laut
dan ialah yang berjalan di dalam laut jin, dan ialah
yang bertemu dengan Derma Gangga; maka
diberinya panah kesaktian dan beberapa pula
hikmat hulubalang akan Inderaputera.
Demikianlah akan gagah perkasa Inderaputera.
(Hikayat
Estetika dalam Hikayat
Inderaputera
Pengertian Estetika
1. Catatan Kamus Dewan Edisi Keempat
Estetika bererti cabang falsafah yang mengkaji konsep berkaitan dengan
keindahan, cita rasa dan lain-lain.
2. Rahman Shaari (2001)
“Estetika bermaksud nilai keindahan dalam karya sastera yang berkaitan
dengan perasaan manusia dan subjektif sifatnya” Menurut beliau lagi, bagi
sesebuah karya sastera aspek teknik dan gaya itulah yang menjadi penentu
hadirnya nilai estetika.
3. Van Mater Ames dalam bukunya Colliers Encyclopedia Volume 1
estetika sebahagian daripada telaah yang berkaitan dengan penciptaan,
apresiasi dan kritikan terhadap karya seni dalam konteks berkaitan seni
dengan kegiatan manusia serta peranan seni dalam perubahan dunia.
4. V.I Braginsky (1994:16)
menyatakan bahawa keindahan atau indah merupakan salah satu istilah
pokok dalam sistem estetika kesusasteraan Melayu. Beliau turut
merumuskan tiga aspek yang dinyatakan dalam karya-karya sastera
dengan penggantian perkataan indah dengan perkataan yang seerti.
Menurutnya lagi, keindahan sesuatu karya sastera dipercayai boleh
mempengaruhi jiwa seseorang dan mempunyai kuasa penyembuh, namun
Estetika dalam Hikayat
Inderaputera1. Gaya Bahasa.
 Dalam teks hikayat, unsur-unsur keindahan bahasa diaplikasikan untuk
menyalurkan pemikiran dan pandangan terhadap sesuatu tema dan
persoalan.
 Dalam Hikayat Inderaputera umpamanya, pengarang telah menggunakan
dan memanipulasikan unsur bahasa bagi membentuk cerita.
 Di antara gaya bahasa tersebut ialah unsur personifikasi yang digambarkan
dalam satu babak sewaktu Indraputra sedang menikmati keindahan Bukit
Permata.
 Dalam Hikayat Inderaputra juga, pengarang telah memperlihatkan rasa
kagumnya terhadap kejelitaan Puteri Candera Lela Nur Lela yang tiada tolok
bandingnya dengan mengaplikasikan unsur metafora.
 Selain itu terdapat juga penggunaan gaya bahasa repetisi, iaitu
pengulangan perkataan "maka" dalam Hikayat Inderaputra tersebut. Repetisi
yang digunakan oelh pengarang V.I Braginsky menjelaskan bahawa frasa-
frasa yang akan diawali dengan kata penghujung "maka" dalam Hikayat
Melayu, disifatkan seakan-akan mencontohi model umum sastera naratif
Arab Parsi yang bersifat prosa.
2. NILAI ISLAM
 Estetika Islam juga turut ditonjolkan
dalam kebanyakkan karya agung
Melayu.
 Unsur keindahan ini dapat dilihat pada
setiap permulaan dan pengakhiran
sesebuah karya agung.
 Hikayat Inderaputera juga turut
memperlihatkan estetika dalam nilai
keislaman, kerana hikayat ini
berlatarkan zaman peralihan hindu-
Islam.
3. KEBUDAYAAN HINDU
 Nilai estetika bukan sahaja dapat dilihat
dari segi bahasa, pemikirannya semata-
mata.
 Unsur- unsur kebudayaan dan adat istiadat
yang diperlihatkan dalam sesebuah karya
menjadikan karya tersebut lebih indah.
 Nilai kebudayaan merupakan sebuah nilai
estetika dalam sesebuah karya.
 Dalam Hikayat Inderaputera ini,
kebudayaan Hindu lebih dominan untuk
dipaparkan, kerana hikayat ini merupakan
sebuah karya sastera hindu yang lahir
pada zaman peralihan hindu-Islam.
KESIMPULAN
 Hikayat Inderaputera ini bolehlah dianggap antara sebuah sastera lama
yang mungkin telah tercipta pada zaman Kerajaan Melayu Melaka ataupun
selewat-lewatnya pada zaman Kerajaan Aceh sedang di puncak
kebesarannya. Oleh yang demikian, hikayat ini dapat dijadikan contoh
dalam bidang bahasa dan kesusasteraan pada zaman tiga, empat abad yang-
lalu ataupun terdahulu dari itu.
 Sesungguhnya daripada bahan-bahan sastera lama tersebut, apabila dikaji
dan diselidiki dapat kita mengetahui dan mengenali perkembangan dalam
berbagai segi kebudayaan, penghidupan, kebolehan, cara berfikir, dan
terutama sekali perkembangan dalam bidang bahasa dan kesusasteraan
sehingga mencapai peringkat kemajuannya pada hari ini.

More Related Content

What's hot

TEMA DAN STANDARD KANDUNGAN KURIKULUM SEJARAH SEKOLAH RENDAH
TEMA DAN STANDARD KANDUNGAN KURIKULUM SEJARAH SEKOLAH RENDAHTEMA DAN STANDARD KANDUNGAN KURIKULUM SEJARAH SEKOLAH RENDAH
TEMA DAN STANDARD KANDUNGAN KURIKULUM SEJARAH SEKOLAH RENDAHsafeqa
 
Undang undang kedah
Undang undang kedahUndang undang kedah
Undang undang kedahAlif Akram
 
Karya sastera kanak kanak,remaja,dewasa & popular
Karya sastera kanak kanak,remaja,dewasa & popular Karya sastera kanak kanak,remaja,dewasa & popular
Karya sastera kanak kanak,remaja,dewasa & popular Antasha Kamaruzzaman
 
KESAN EKONOMI TERHADAP PENDAPATAN NEGARA DAN PERBELANJAAN PENDIDIKAN DI MALA...
KESAN EKONOMI  TERHADAP PENDAPATAN NEGARA DAN PERBELANJAAN PENDIDIKAN DI MALA...KESAN EKONOMI  TERHADAP PENDAPATAN NEGARA DAN PERBELANJAAN PENDIDIKAN DI MALA...
KESAN EKONOMI TERHADAP PENDAPATAN NEGARA DAN PERBELANJAAN PENDIDIKAN DI MALA...faizzuddinz
 
Zaman air batu
Zaman air batu Zaman air batu
Zaman air batu Syarel Saz
 
Laras bahasa
Laras bahasaLaras bahasa
Laras bahasamarzieta
 
Sejarah kesusasteraan melayu tradisional
Sejarah kesusasteraan melayu tradisionalSejarah kesusasteraan melayu tradisional
Sejarah kesusasteraan melayu tradisionalMohdRainie
 
Analisis Drama Kanak-Kanak
Analisis Drama Kanak-KanakAnalisis Drama Kanak-Kanak
Analisis Drama Kanak-KanakArifahAzlanShah1
 
Topik 1 Peranan Al-Quran & As-sunnah (bidang politik)
Topik 1 Peranan Al-Quran & As-sunnah (bidang politik) Topik 1 Peranan Al-Quran & As-sunnah (bidang politik)
Topik 1 Peranan Al-Quran & As-sunnah (bidang politik) NabihahNazri
 
teknik mengajar komsas
teknik mengajar komsasteknik mengajar komsas
teknik mengajar komsasrosniyati
 
SEJARAH DAN PERKEMBANGAN SISTEM EJAAN RUMI BAHASA MELAYU
SEJARAH DAN PERKEMBANGAN SISTEM EJAAN RUMI BAHASA MELAYUSEJARAH DAN PERKEMBANGAN SISTEM EJAAN RUMI BAHASA MELAYU
SEJARAH DAN PERKEMBANGAN SISTEM EJAAN RUMI BAHASA MELAYUIzzah Zahh
 
Penggunaan Gaya Bahasa dalam Drama-drama Kemala
Penggunaan Gaya Bahasa dalam Drama-drama KemalaPenggunaan Gaya Bahasa dalam Drama-drama Kemala
Penggunaan Gaya Bahasa dalam Drama-drama Kemalasaziannesm
 
Kebudayaan melayu (politik) dan bidang sosial (full)
Kebudayaan melayu (politik) dan bidang sosial (full)Kebudayaan melayu (politik) dan bidang sosial (full)
Kebudayaan melayu (politik) dan bidang sosial (full)Mohammad Yaqin
 
teori pemerolehan-bahasa
teori pemerolehan-bahasateori pemerolehan-bahasa
teori pemerolehan-bahasaxiaomei1029
 

What's hot (20)

TEMA DAN STANDARD KANDUNGAN KURIKULUM SEJARAH SEKOLAH RENDAH
TEMA DAN STANDARD KANDUNGAN KURIKULUM SEJARAH SEKOLAH RENDAHTEMA DAN STANDARD KANDUNGAN KURIKULUM SEJARAH SEKOLAH RENDAH
TEMA DAN STANDARD KANDUNGAN KURIKULUM SEJARAH SEKOLAH RENDAH
 
GWP1092 : Penanda Wacana
GWP1092 : Penanda WacanaGWP1092 : Penanda Wacana
GWP1092 : Penanda Wacana
 
Undang undang kedah
Undang undang kedahUndang undang kedah
Undang undang kedah
 
Karya sastera kanak kanak,remaja,dewasa & popular
Karya sastera kanak kanak,remaja,dewasa & popular Karya sastera kanak kanak,remaja,dewasa & popular
Karya sastera kanak kanak,remaja,dewasa & popular
 
Keterampilan Membaca
Keterampilan MembacaKeterampilan Membaca
Keterampilan Membaca
 
KESAN EKONOMI TERHADAP PENDAPATAN NEGARA DAN PERBELANJAAN PENDIDIKAN DI MALA...
KESAN EKONOMI  TERHADAP PENDAPATAN NEGARA DAN PERBELANJAAN PENDIDIKAN DI MALA...KESAN EKONOMI  TERHADAP PENDAPATAN NEGARA DAN PERBELANJAAN PENDIDIKAN DI MALA...
KESAN EKONOMI TERHADAP PENDAPATAN NEGARA DAN PERBELANJAAN PENDIDIKAN DI MALA...
 
Makna sastera
Makna sasteraMakna sastera
Makna sastera
 
Fonetik dan fonologi
Fonetik dan fonologiFonetik dan fonologi
Fonetik dan fonologi
 
Zaman air batu
Zaman air batu Zaman air batu
Zaman air batu
 
Laras bahasa
Laras bahasaLaras bahasa
Laras bahasa
 
Ucapan Pemujukan
Ucapan PemujukanUcapan Pemujukan
Ucapan Pemujukan
 
Sejarah kesusasteraan melayu tradisional
Sejarah kesusasteraan melayu tradisionalSejarah kesusasteraan melayu tradisional
Sejarah kesusasteraan melayu tradisional
 
Analisis Drama Kanak-Kanak
Analisis Drama Kanak-KanakAnalisis Drama Kanak-Kanak
Analisis Drama Kanak-Kanak
 
Topik 1 Peranan Al-Quran & As-sunnah (bidang politik)
Topik 1 Peranan Al-Quran & As-sunnah (bidang politik) Topik 1 Peranan Al-Quran & As-sunnah (bidang politik)
Topik 1 Peranan Al-Quran & As-sunnah (bidang politik)
 
teknik mengajar komsas
teknik mengajar komsasteknik mengajar komsas
teknik mengajar komsas
 
SEJARAH DAN PERKEMBANGAN SISTEM EJAAN RUMI BAHASA MELAYU
SEJARAH DAN PERKEMBANGAN SISTEM EJAAN RUMI BAHASA MELAYUSEJARAH DAN PERKEMBANGAN SISTEM EJAAN RUMI BAHASA MELAYU
SEJARAH DAN PERKEMBANGAN SISTEM EJAAN RUMI BAHASA MELAYU
 
Penggunaan Gaya Bahasa dalam Drama-drama Kemala
Penggunaan Gaya Bahasa dalam Drama-drama KemalaPenggunaan Gaya Bahasa dalam Drama-drama Kemala
Penggunaan Gaya Bahasa dalam Drama-drama Kemala
 
Teori pemerolehan bahasa
Teori pemerolehan bahasaTeori pemerolehan bahasa
Teori pemerolehan bahasa
 
Kebudayaan melayu (politik) dan bidang sosial (full)
Kebudayaan melayu (politik) dan bidang sosial (full)Kebudayaan melayu (politik) dan bidang sosial (full)
Kebudayaan melayu (politik) dan bidang sosial (full)
 
teori pemerolehan-bahasa
teori pemerolehan-bahasateori pemerolehan-bahasa
teori pemerolehan-bahasa
 

Similar to HIKAYAT INDERAPUTERA

Slaid Pembentangan Hikayat Acheh
Slaid Pembentangan Hikayat AchehSlaid Pembentangan Hikayat Acheh
Slaid Pembentangan Hikayat AchehAmie Gy
 
bahasa indonesia - hikayat
 bahasa indonesia - hikayat bahasa indonesia - hikayat
bahasa indonesia - hikayatSalVani SalVani
 
Bms 3022 karya agung melayu (1)1
Bms 3022 karya agung melayu (1)1Bms 3022 karya agung melayu (1)1
Bms 3022 karya agung melayu (1)1NorWahida Salim
 
Hikayat Raja Pasai Kump. 5
Hikayat Raja Pasai Kump. 5Hikayat Raja Pasai Kump. 5
Hikayat Raja Pasai Kump. 5M-ma NurNa
 
Hikayat merong-mahawangsa
Hikayat merong-mahawangsaHikayat merong-mahawangsa
Hikayat merong-mahawangsamira dyla
 
KARYA MODEN
KARYA MODENKARYA MODEN
KARYA MODENAT05F
 
Bab 4 Tamadun India
Bab 4 Tamadun IndiaBab 4 Tamadun India
Bab 4 Tamadun IndiaCherylMak4
 
Hikayat langlang buana
Hikayat langlang buanaHikayat langlang buana
Hikayat langlang buanasrdz31
 
Konsep dan Sumbangan Tamadun India Terhadap Tamadun Islam
Konsep dan Sumbangan Tamadun India Terhadap Tamadun IslamKonsep dan Sumbangan Tamadun India Terhadap Tamadun Islam
Konsep dan Sumbangan Tamadun India Terhadap Tamadun IslamNoreena Saedon
 
membandingkan teks cerita ulang
membandingkan teks cerita ulangmembandingkan teks cerita ulang
membandingkan teks cerita ulangrahma belinda
 
HIKAYAT ACHEH
HIKAYAT ACHEHHIKAYAT ACHEH
HIKAYAT ACHEHAmie Gy
 
Peran orang suci dalam penyebaran agama hindu
Peran orang suci dalam penyebaran agama hinduPeran orang suci dalam penyebaran agama hindu
Peran orang suci dalam penyebaran agama hinduWayan Permadi
 
versi-ringkas-sejarah-islam-nusantara.pptx
versi-ringkas-sejarah-islam-nusantara.pptxversi-ringkas-sejarah-islam-nusantara.pptx
versi-ringkas-sejarah-islam-nusantara.pptxnurmilazubaidah
 
ppt sejarah perkembangan islam.pptx
ppt sejarah perkembangan islam.pptxppt sejarah perkembangan islam.pptx
ppt sejarah perkembangan islam.pptxAfifJuniansyah
 

Similar to HIKAYAT INDERAPUTERA (20)

Slaid Pembentangan Hikayat Acheh
Slaid Pembentangan Hikayat AchehSlaid Pembentangan Hikayat Acheh
Slaid Pembentangan Hikayat Acheh
 
bahasa indonesia - hikayat
 bahasa indonesia - hikayat bahasa indonesia - hikayat
bahasa indonesia - hikayat
 
Bms 3022 karya agung melayu (1)1
Bms 3022 karya agung melayu (1)1Bms 3022 karya agung melayu (1)1
Bms 3022 karya agung melayu (1)1
 
Hikayat
HikayatHikayat
Hikayat
 
Hikayat Raja Pasai Kump. 5
Hikayat Raja Pasai Kump. 5Hikayat Raja Pasai Kump. 5
Hikayat Raja Pasai Kump. 5
 
Hikayat merong-mahawangsa
Hikayat merong-mahawangsaHikayat merong-mahawangsa
Hikayat merong-mahawangsa
 
Hinduisme abdul
Hinduisme abdulHinduisme abdul
Hinduisme abdul
 
Myth legend
Myth legendMyth legend
Myth legend
 
KARYA MODEN
KARYA MODENKARYA MODEN
KARYA MODEN
 
Radiatul fadillah putri (powerpoint)
Radiatul fadillah putri (powerpoint)Radiatul fadillah putri (powerpoint)
Radiatul fadillah putri (powerpoint)
 
Bab 4 Tamadun India
Bab 4 Tamadun IndiaBab 4 Tamadun India
Bab 4 Tamadun India
 
Hikayat langlang buana
Hikayat langlang buanaHikayat langlang buana
Hikayat langlang buana
 
Konsep dan Sumbangan Tamadun India Terhadap Tamadun Islam
Konsep dan Sumbangan Tamadun India Terhadap Tamadun IslamKonsep dan Sumbangan Tamadun India Terhadap Tamadun Islam
Konsep dan Sumbangan Tamadun India Terhadap Tamadun Islam
 
membandingkan teks cerita ulang
membandingkan teks cerita ulangmembandingkan teks cerita ulang
membandingkan teks cerita ulang
 
HIKAYAT ACHEH
HIKAYAT ACHEHHIKAYAT ACHEH
HIKAYAT ACHEH
 
Peran orang suci dalam penyebaran agama hindu
Peran orang suci dalam penyebaran agama hinduPeran orang suci dalam penyebaran agama hindu
Peran orang suci dalam penyebaran agama hindu
 
Bab 4 tamadun india
Bab 4 tamadun indiaBab 4 tamadun india
Bab 4 tamadun india
 
versi-ringkas-sejarah-islam-nusantara.pptx
versi-ringkas-sejarah-islam-nusantara.pptxversi-ringkas-sejarah-islam-nusantara.pptx
versi-ringkas-sejarah-islam-nusantara.pptx
 
ppt sejarah perkembangan islam.pptx
ppt sejarah perkembangan islam.pptxppt sejarah perkembangan islam.pptx
ppt sejarah perkembangan islam.pptx
 
Template ppt 3
Template ppt 3Template ppt 3
Template ppt 3
 

HIKAYAT INDERAPUTERA

  • 1. Hikayat Inderaputera Fazilah Binti Zakaria D20131063303 Norhamdari Binti Itin D20111047560 Norfarah Amirah Binti Mohd Amiza D20111047572 Nurqatrunnada Haryanti Binti Abd Basir D20111047615 Noor Ezza Hazreen Binti Shamsuddin D20111047580 Rosliza Binti Ahmad D20111047611 Nur Azfizatul Azwa Binti Kardir D20111057588
  • 2. PENDAHULUAN  Sebuah karya agung Melayu yang genre cerita lipur lara yang terkenal & tersebar luas pada abad ke - 17 hingga ke- 19.  Terdapat dalam versi Aceh, Jawa, Lombok, Bugis, Makasar, Cam & Mindanao.  Inderaputera , merupakan watak utama hikayat ini, diandaikan sebagai seorang pengembara sufi yang mencari kebenaran Ilahi.  Pengarangnya tidak diketahui.  Hikayat Inderaputera memaparkan dua unsur yang berbeza iaitu unsur Hindu dan juga unsur Islam.  Hikayat ini juga dianggap sebagai karya sastera yang lahir dalam zaman peralihan Hindu-Islam dan telah tercatat dalam senarai buku yang diketuai oleh Werndly pada tahun 1936 M.  Hikayat ini dikatakan hikayat zaman peralihan kerana mempunyai ciri- ciri tertentu. Antara ciri-ciri tersebut ialah plotnya sentiasa menceritakan dewa-dewi atau bidadari yang turun ke bumi untuk menjadi raja atau anak raja.
  • 3. SINOPSIS HIKAYAT INDERAPUTERA  Hikayat ini mengisahkan perihal seorang Putera Raja Bikrama Buspa negeri Samanta Puri yang bernama Inderaputera yang telah diterbangkan oleh merak emas.  Inderaputera telah dijatuhkan di dalam sebuah taman bunga yang dipunyai oleh nenek kebayan. Di sinilah serta di bawah jagaan Per- dana Menteri Inderaputera dewasa, hingga beliau memperhamba- kan diri kepada Maharaja Syahian untuk menemui Berma Sakti bagi mendapatkan penawar beranak bagi baginda.  Perjalanan Inderaputera penuh dengan temasya-temasya yang ajaib-ajaib dan menakutkan. Akhirnya bertemu juga dengan Berma Sakti.  Hikayat ini ditamatkan dengan Inderaputera kembali menemui ayahandanya dan ditabalkan sebagai raja bergelar Paduka Sultan Mengindera di sisi empat orang isterinya.
  • 4. Pemikiran dalam Hikayat Inderaputera Apakah itu pemikiran ? Idea Subjek Buah fikiran Mesej, mutiara, & permata karya dimatangkan Bahan dipilih, dan dilahirkan dicambahkan
  • 5. Pemikiran Pertama 1. Kisah hidup anak raja • Memerihal pengembaraan anak putera raja iaitu anak kepada Maharaja Bikrama Buspa dan Isterinya Tuan Puteri Jamjam Ratna Dewi daripada tanah negeri Samanta Puri yang diberi nama Inderaputera. • Menceritakan watak dan perwatakan Inderaputera
  • 6. Pemikiran Kedua 2. Unsur Dongeng dalam karya • Ditekankan dalam sepenuh karya. • Antaranya boleh dilihat melalui :  Latar  Watak  Plot
  • 7. Pemikiran Ketiga 3. Zaman Peralihan Hindu Islam • Unsur-unsur Hindu amat banyak seperti alam, adat, watak dan nama banyak menjurus kepada sastera hindu. • Teks ini, hanya mengutarakan nama Allah beberapa kali. Namun begitu, Islam sering kali dikaitkan dengan kebesaran tuhan, dan jelas inti hikayat ini banyak memuji kebesaran alam dan kebesaran nikmat Tuhan atas makhluk.
  • 9. Maksud Nilai Satu konsep yang dijadikan asas oleh masyarakat untuk melihat, mengukur atau membuat pilihan terhadap sesuatu perkara, darjat, mutu, kualiti dan taraf perilaku dan benda mengenai seseorang atau kelompok orang sebagai baik, berharga dan bernilai.
  • 10. Maksud budaya Perkataan “budaya” merujuk kepada kegiatan-kegiatan manusia Budaya merujuk kepada keseluruhan pengertian, nilai, norma, ilmu pengetahuan serta struktur-struktur kemasyarakatan, keagamaan, penghasilan seni dan intelektual yang membentuk ciri-ciri khas sesebuah masyarakat
  • 11. Nilai budaya dalam Hikayat Inderaputera
  • 12. Adat Adat memberi ufti Adat berpakaian orang besar Ada sekali persetua ada seorang maharaja di negeri Sementa Pura dan nama raja itu Raja Bikrama Buspa dan akan raja itu terlalu amat besar kerajaannya. Arakian beberapa raja-raja yang takluk kepada raja itu memberi ufti pada tiap-tiap tahun dan empat puluh raja-raja yang memakai pakaian yang keemasan sentiasa dengan alat senjata di bawah istana Maharaja Bikrama Buspa, demikianlah peri kebesarannya baginda itu.
  • 13. Adat Adat kelahiran Baginda memberi sedekah dan persalinan pada segala anak raja-raja dan pada segala menteri hulubalang dan pada segala orang kaya-kaya Setelah sudah memberi persalinan maka baginda pun berjaga-jaga sekira empat puluh hari dan empat puluh malam makan minum bersuka-sukaan dengan segala anak raja-raja dan segala menteri hulubalang dan orang kaya-kaya. (Bab 1: Ramalan Nujum)
  • 14. Adat Adat perkahwinan Setelah sudah berbicara maka Raja Tahir Johan Syah pun menyuruh memulai pekerjaan berjaga-jaga pada hari yang baik empat puluh hari dan empat puluh malam. Setelah sudah maka disuruh orang oleh baginda berjaga-jaga akan menghiasi Inderaputera pula. Maka Inderaputera pun dikahwinkan oranglah dengan Puteri Jamjam Dewi Gemala Ratna (Bab 4: Di Negeri Jin Islam)
  • 15. Perintah Raja Mencari ubat beranak Maka Maharaja pun memberi titah kepada segala menteri hulubalang dan pada rakyat yang hina dina. “Hai kamu sekalian hendaklah engkau apa bicarakan hasratku hendak beranak.” ... Maka titah Maharaja, “Baiklah aku beri janji menantikan jikalau tiada kamu bicarakan hasratku ini nescaya kubunuh engkau sekalian.” (Bab 3:Mencari Ubat Beranak)
  • 16. Sikap Masyarakat Insaf Maka baginda itu pun hairanlah melihat anak kijang itu serta fikir dalam hatinya demikian-sedangkan binatang lagi demikian melihat ibunya, jikalau manusia berapa lagi. Setelah baginda sudah berfikir itu maka baginda pun kembali dengan dukacitanya, “Jangankan membunuh binatang, menggentas daun kayu sehelai pun tiada kumau.” Maka Maharaja itu pun kembalilah ke istananya dan ia pun masuklah keperaduannya Ialu tidur serta berkelubung. (Bab 3: Mencari Ubat Beranak)
  • 17. Sikap Masyarakat Kasih-sayang Maka dilihat oleh Inderaputera Perdana Menteri duduk masyghul itu maka fikir Inderaputera di dalam hatinya, “Kerana Perdana Menteri itu banyaklah kasihnya padaku akan pekerjaan ini di atas batu kepala Perdana Menteri juga tertanggung. Jikalau demikian baiklah nyawaku akan balasnya.” Setelah sudah fikirnya itu maka Inderaputera pun berkata pada Perdana Menteri, “Ya Tuanku Perdana Menteri janganlah tuan hamba bercinta lagi. Adapun hambalah pergi ke sana kepada Berma Sakti itu.” (Bab 3: Mencari Ubat Beranak)
  • 18. Sikap Masyarakat Berani Maka kata tengkorak itu, “Mudah-mudahan dipelihara Tuhan juga tuan hamba.”... Maka ia pun merupakan dirinya seperti rupa orang tua dan pedang itu dipanggung3 nya kepada tangannya. Maka Inderaputera pun bertemu dengan raksaksa itu. “Hai!” katanya, “Orang muda, ambil olehmu pedang pada ta- nganku ini.” Maka Inderaputera pun melompat seraya bertempik merampas-l kan pedang pada tangannya raksaksa itu. Maka pedang itu pun dapat Inderaputera dengan ditolongkan oleh Tuhan Yang Mahabesar. Maka lalu diparangkannya kepada raksaksa itu jadi penggal dua.
  • 19. Pandangan Hidup Definisi  Pandangan hidup merupakan suatu pendapat atau ketetapan yang dijadikan pegangan, pedoman, arahan dan petunjuk hidup.  Suatu konsep yang dimiliki oleh masyarakat atau komuniti tertentu, bertujuan untuk menanggapi dan menerangkan segala permasalahan yang berkaitan dengan Tuhan, manusia dan alam.
  • 21. AGAMA HINDU - ISLAM  Hikayat Inderaputera seperti juga Hikayat Seri Rama tidaklah asing lagi di dalam kesusasteraan Melayu Lama kita.  Dipandang dari sudut sejarahnya ia dapat dianggap sebagai sebuah hasil yang telah disesuaikan dari hikayat Hindu.  Ciri-ciri untuk menunjukkan ia berasal dari sastera Hindu amatlah banyak.
  • 22. Pengaruh Hindu Upacara ‘tambang’ • Merupakan suatu pemujaan kepada dewa-dewa untuk memperolehi kuasa ghaib dan rahmat daripada tuhan. • Inderaputera melakukan pemujaan ‘tambang’ ini untuk memperolehi pertolongan. • “ ... Maka Inderaputera pun pergilah kepada tasik itu seraya ia menambangkan geliga Mayan Bedi.”3 (Bab 5 : ms 32) Nama Inderaputera • Nama Inderaputera sendiri sebagai 'hero' di dalam hikayat ini adalah nama dewa (demi-god) Indera. Kesaktian dan Kekuasaan Berma Sakti • Kesaktian dan kekuasaan orang tua bertapa yang menolong Inderaputera memperolehi ubat beranak bagi Raja Syahian iaitu Berma Sakti nyata banyak persamaannya dengan sifat Brahma di dalam hikayat-hikayat Hindu.
  • 23. Burung Merak • Burung merak yang 'menculik' Inderaputera menjadi lambang kebesaran di dalam hikayat-hikayat Hindu. Unsur panah sakti • Unsur panah sakti yang boleh kembali kepada busurnya seperti yang terdapat di dalam hikayat-hikayat Ramayana dan Mahabharata di dalam Hikayat Inderaputera memainkan peranan yang Iebih besar untuk mengumpulkan kembali serpihan-serpihan daging dan tulang Inderaputera yang telah dicincang hancur oleh menteri-menteri dan anak-anak raja yang dengki.
  • 24. Pengaruh Islam  Teks yang mengandungi lebih daripada 200 mukasurat ini hanya terdapat beberapa nama Allah sahaja disebut.  Inti dari seluruh karya ini adalah merupakan pemujaan kepada keindahan alam dan kebesaran nikmat Tuhan ke atas makhluk.  Inderaputera di dalam perjalanannya menemui Berma Sakti (Brahama) telah melihat berbagai keajaiban di dalam dunia bumi, peri dan mambang sebagai dalil kebesaran Tuhan.
  • 25.  Inderaputera telah memperoleh berbagai- bagai hikmat 'kenabian'.  Kerana itu Inderaputera sentiasa sahaja memuji kebesaran Tuhan itu, kerana ia sendiri menginsafi bahawa kesaktian yang ada padanya adalah dari limpah kurnia Tuhan jua.  Pengislaman hikayat ini dengan menjelmakan nama 'Allah' dan nama-nama Islam atau Parsi seperti Raja Tahir Johan Syah, Indera Jilani dan Nobat Rom Syah dan peristiwa-peristiwa pertarungan antara jin kafir dan jin Islam tidak sekali-kali dapat menenggelamkan dasar kehinduan hikayat ini.
  • 26. KEHIDUPAN SOSIAL PEMERINTAH • “ Ada sekali persetua ada seorang maharaja di negeri Sementa Pura dan nama raja itu Raja Bikrama Buspa dan akan raja itu terlalu amat besar kerajaannya. Arakian beberapa raja-raja yang takluk kepada raja itu memberi ufti pada tiap-tiap tahun dan empat puluh raja-raja yang memakai pakaian yang keemasan sentiasa dengan alat senjata di bawah istana Maharaja Bikrama Buspa, demikianlah peri kebesarannya baginda itu.” (Bab 1 : ms 2) Kebesaran Raja Bikrama Puspa
  • 27. • “Setelah datanglah segala ahlil nujum maka baginda pun memberi titah kepada segala ahlil nujum, “Maka lihatlah oleh tuan-tuan sekalian betapakah kebesaran anakku ini.”(Bab 1: ms 2) • “Ampun Tuanku Syah Alam, terlalu sekali bahagianya paduka anakanda itu akan memang- ku kerajaan yang amat besar hingga tujuh tahun juga lamanya paduka anakanda ini bersama-sama dengan Duli Syah Alam nescaya cerai lah juga ia dengan Duli Tuanku.”(Bab 1 : ms 2) • “Ampun Tuanku Syah Alam. Adapun jika Paduka anakanda itu hendak bermain-main binatang jangan Tuanku beri, kerana sebab binatang itulah anakanda itu beroleh bencana.”(Bab 1: ms 2) Mempercayai Ramalan Nujum
  • 28. • Sifat sopan dan berbudi bahasa Inderaputera. • “Hatta beberapa lamanya maka Inderaputera duduk dengan Perdana Menteri maka dilihat oleh Perdana Menteri lakunya dan: duduknya dan makannya dan pekertinya terlalu manis juga.” (Bab 3: ms 8) • Sifat baik hati Raja Syahian menjamu rakyat dengan hasil buruan. • “Maka pada suatu hari Raja Syahian pergi berburu ke dalam hutan. Setelah beroleh perburuan maka Raja itu pun kembalilah pada istananya dengan segala menteri hulubalang dan rakyat balanya. Setelah itu maka diterjamukan makan minum dengan segala menteri hulubalang rakyat sekalian. Demikianlah pekerjaan baginda.” (Bab 3: ms 9) Pembentukan Keperibadian • “Maka ujar oleh Inderaputera, “Ya tuanku Perdana Menteri bahawa sekalian hamba Allah lupa dan tersalah juga bahagiannya, dan patik serahkan diri patik kepada Tuhan Yang Mahakuasa akan memeliharakan hambanya.”(Bab 3 : ms15) Meminta Pertolongan daripada Allah
  • 29. • “ ..Hatta maka segala binatang itu pun datang kepada Inderaputera dan sekalian pun menundukkan kepalanya itu kepada Inderaputera. Maka ujar Inderaputera, “Hai sekalian kamu binatang liar, apa kerjamu datang kepadaku ini.” (Bab 3 : ms16) • “..Maka kata segala binatang itu, “Ya tuanku Inderaputera, kami ini sekalian datang hendak berlindungkan diri kami daripada seteru kami itu.”(Bab 3 : ms 16) Kebesaran Inderaputera • “Syahadan di pandang itu rumputnya seperti zamrut warnanya. Maka Inderaputera pun datanglah ke padang itu dan ada suatu bukit terlalu elok rupanya dan airnya pun mengalir daripada pihak bukit itu terlalu sejuk dan di bawah bukit itu beberapa pohon kayu berbagai- bagai rupanya, berbagai-bagai jenis warnanya. “ (ms 18) • “Kalakian maka didengar oleh Inderaputera bunyinya segala bunyi- bunyian itu seperti orang bernyanyi. Ada yang seperti orang bersyair dan bermadah dan berpantun. Maka Inderaputera pun berhenti melihat kekayaan Tuhan dan bertambah-tambah yang indah-indah itu. Setelah itu demikian maka Inderaputera pun kenyanglah rasanya sebab melihat sekalian itu. Maka ia pun mengucap syukurlah kepada Allah dan terkenanglah akan ayah bondanya.”(Bab 3: ms 18) Mengagumi Keindahan Tuhan
  • 30. Unsur Mitos dalam Hikayat Inderaputera Merak Emas Menerbangkan Inderaputera lalu Ghaib • “Maka tiba-tiba merak itu pun menyambar Inderaputera seraya diterbangkannya. Maka Inderaputera pun ghaibIah daripada mata baginda dan orang sekalian dan Maharaja Bikrama Buspa pun melihat anakanda baginda hilang. “ (Bab 2: ms 5) Tengkorak Boleh Berkata-kata • “...Maka ujar Inderaputera, “Hai tengkorak tuan hambalah yang berseru-seru akan hamba tadi?” Maka ujar tengkorak itu, “Bahkan.” Maka Inderaputera pun berkata-kata, “Maka mengapa tuan hamba memanggil hamba” Maka ujarnya tengkorak itu, “Ampun tuanku, Hai Inderaputera, inilah tengkorak yang takluk kepada ayah tuan hamba itu...” (Bab 3 : ms 16)
  • 31. Raksasa Menyamar Berupa Manusia dan Bukit Besar • “Maka ia merupakan dirinya seperti orang muda serta katanya, “Pandang mukaku ini.” Maka jangankan Inderaputera memandang, menoleh pun tiada mahu. Maka Inderaputera pun segera berjalan pula. Maka raksaksa itu pun menjadikan dirinya seperti bukit besarnya. Maka ia pun menghempaskan. dirinya lalu mati terguling-guling ke bawah gunung itu bunyinya seperti guruh. Maka yang mana kena tubuh raksaksa itu segala pohon kayu yang besar-besar habis roboh- roboh, maka segala binatang di hutan itu pun habislah lari berlarian mendengar bunyinya bahana itu.” (Bab 3 : ms 17)
  • 33. 1. Ilmu Firasat • Demikianlah lagi sembah segala ahlil nujum “Ampun Tuanku Syah Alam. Adapun jika Paduka anakanda itu hendak bermain-main binatang jangan Tuanku beri, kerana sebab binatang itulah anak- anda itu beroleh bencana.”
  • 34. 2. Ilmu Teologi • ...dan beberapa lamanya anakanda baginda itu maka ia pun besar panjang lalu disuruh oleh baginda serahkan mengaji kepada seorang mualim Bersapian namanya. Hatta beberapa lamanya sekira-kira tujuh lamanya maka Inderaputra pun tahulah sudah mengaji Quran ...
  • 35. 3. Ilmu Ekonomi •Maka keesokan harinya maka nenek kebayan pun pergi berjual bunga. Maka Inderaputera pun dibawa sertanya berjalan dan rupa- nya Inderaputera terlalulah elok parasnya...
  • 36. 4. Ilmu Bahasa *Bercakap dengan binatang. Maka ujar Inderaputera, “Di mana seteru kamu itu?” Maka kata segala binatang, “Ya tuanku Inderaputera di Gunung Indera Kita itu.” *Bercakap dengan tengkorak. Maka ujar Inderaputera, “Hai tengkorak tuan hambalah yang berseru-seru akan hamba tadi?” Maka ujar tengkorak itu, “Bahkan.”
  • 37. 5. Ilmu Etika • Hatta beberapa lamanya maka Inderaputera duduk dengan Perdana Menteri maka dilihat oleh Perdana Menteri lakunya dan duduknya dan makannya dan pekertinya terlalu manis juga.
  • 38. 6. Ilmu Estetika Maka demi tuan puteri mendengar kata suaminya itu maka ia pun menangis. Maka Inderaputera pun tersenyum seraya berpantun demikian, bunyinya: “Gajah putih dalam kota, Dang Kemayat lalu berlembu, Janganlah puteri sedih kan beta, Adalah hayat kita bertemu.”
  • 39. kepengarangan  Kepengarangan merujuk kepada keterampilan, kecerdikan, dan kearifan seseorang pengarang itu dalam berkarya. Kepengarangan dianalisis dari aspek keperibadian yang berjaya dicapai oleh pengarang. Keperibadian adalah kemuncak kejayaan bagi seorang pengarang (Mohd Rashid Md Idris et al. 2014: 96- 98)
  • 40.  Naskah ini merupakan salinan daripada naskah yang lebih tua, iaitu asalnya bertulis tangan. Dalam proses penyalinan tersebut telah mengandungi tokok tambah, tetapi berbeza dari segi bentuk gaya karangan, jalan bahasa, penggunaan perkataan, ejaan dsb.
  • 41.  Pengarang telah membuat penambahan kepada hikayat tersebut dengan membahagikannya kepada bab dan berperenggan. Contohnya: “BAB II PERISTIWA MERAK EMAS Al-kisah peri mengatakan tatkala Inderaputera diterbang¬kan oleh Merak Emas dan peri mengatakan tatkala Indera¬putera diangkat cucu oleh nenek kebayan dan peri mengata¬kan tatkala Inderaputera diangkat anak oleh Perdana Menteri dan peri mengatakan tatkala Inderaputera direstui oleh Men¬teri Raja Syahian. Hatta kalakian pada suatu hari Raja Bikrama Buspa semayam dihadap segala raja-raja dan menteri hulubalang rakyat jelata dan orang kaya-kaya dan sekalian hina dina. Maka Inderaputera pun diribai oleh baginda itu. Maka tatkala itu datanglah orang meng¬hantar akan ufti daripada sebuah negeri serta membawa dua orang utusan dan seorang utusan pandai emas dan seorang utusan itu pandai kayu.” (Hikayat Inderaputera: 4)
  • 42.  Hikayat ini dari sudut sejarahnya dapat dianggap sebagai hasil yang telah disesuaikan dari hikayat Hindu. Ciri-ciri untuk menunjukkan ia berasal daripada sastera Hindu amatlah banyak. Hal ini dapat dilihat dalam agama Hindu yang mengadakan upacara ‘tambang’ yang merupakan satu pemujaan kepada dewa- dewa dengannya dapat diperolehi kuasa ghaib dan rahmat dari Tuhan
  • 43.  Contoh berikut dapat menunjukkan perbuatan upacara ini dilakukan di dalam petikan, iaitu: “Maka berkatalah peri itu, “Ada suatu Geliga Mayan Bedi nama¬nya. Jika tuanku mau kuberikan. Adapun gunanya jikalau hendak mengeluarkan angin dan ombak atau kilat atau petir halalintar citalah namaku dan tambangkan1 geliga itu nescaya barang kehendak tuan jadilah. Maka Inderaputera pun melepaskanlah rambutnya peri itu.” (Hikayat Inderaputera: 28)
  • 44.  Dalam sastera rakyat Melayu dibahagikan kepada dua bentuk iaitu yang pertama kisah atau bukan naratif dan bentuk yang kedua pula ialah bukan cerita iaitu bukan kisah atau bukan naratif. Hikayat Inderaputera merupakan sastera tulisan yang berbentuk cerita atau naratif.
  • 45.  Hikayat ini merupakan penceritaan orang ketiga, iaitu sebagai pencerita, hanya dapat menceritakan apa-apa yang dilihat atau didengarnya sahaja tentang sesuatu watak atau peristiwa dalam cerita. Sudut pandangan jenis ini didapati pengarang bertindak sebagai pelapor atau pencatat terhadap keseluruhan pergerakan cerita.
  • 46.  Penceritaan orang ketiga ini boleh dilihat dalam petikan berikut: “Hatta kalakian diceterakan oleh orang yang empunya cetera ini demikian bunyinya. Adapun raja dalam negeri itu Raja Syahian namanya. Adapun baginda itu terlalu amat besar kerajaannya juga. Syahadan menteri Maharaja itu yang muda-muda kurang se1 empat puluh dan Maharaja Syahian itu tiada beranak.” (Hikayat Inderaputera: 9)
  • 47.  Hikayat ini mengandungi unsur-unsur pengembaraan, percintaan dan peperangan yang penuh magis dan mitos. Antara contoh unsur pengembaraan yang diketengahkan dalam hikayat ini melalui watak utama, iaitu Inderaputera yang mengembara dengan memperhambakan diri kepada Maharaja Syahian untuk menemui Berma Sakti bagi mendapatkan penawar beranak bagi baginda.
  • 48.  “Maka nenek kebayan pun menangis dan Inderaputera pun me¬nangis juga seraya bermohon dan dipeluknya dan diciumnya oleh nenek kebayan. Maka Inderaputera pun berjalanlah menuju mata¬hari mati. Maka ia pun masuk hutan keluar hutan. Arakian maka hari pun malamlah maka Inderaputera pun berhenti di bawah pohon kayu. Syahadan beberapa memuji-muji nama Tuhan, setelah hari pun siang, maka Inderaputera berjalanlah melalui padang masuk rimba belantara dan beberapa melalui bukit yang besar-besar dan bertemu dengan binatang yang buas-buas.” (Hikayat Inderaputera: 15)
  • 49.  Hikayat ini turut mengetengahkan unsur peperangan yang berlaku antara anak raja jin kafir yang bernama Tamar Jalis dengan Nobat Rom Syah. Peperangan berlaku kerana Tamar Jalis cuba untuk memberi makan kudanya di kawasan Nobat Rom Syah. Unsur ini dapat dilihat dalam petikan berikut:
  • 50. “Maka dilihat Inderaputera kedua kaum itu berdahulu-dahuluan terlalu ramai bunyi sorai kedua pihak berperang itu, berpanah-pa¬nahan dan bertikam-tikaman pedang dan berpanahan. Maka jadilah gegak gempita terlalu azmat bunyinya parang-memarang tikam-me¬nikam tengkis-menengkis panah-memanah menjadi gelap gelita bunyi gertak kudanya. Maka duli pun berbangkit ke udara dan bunyi tempik soraknya mereka itu seperti guruh di langit. Ada yang mati, ada yang pecah kepalanya, tetapi banyak juga yang luka daripada yang mati daripada kaum Tamar Jalis itu.” (Hikayat Inderaputera: 22)
  • 51.  Pengarang turut mengetengahkan unsur percintaan watak utama, iaitu Inderaputera yang mengasihi isterinya. Percintaan yang ditonjolkan oleh pengarang dalam hikayat ini dapat dilihat dalam petikan berikut:
  • 52. “Maka tuan puteri pun menangis juga dan Inderaputera pun men¬cium akan isterinya. Maka dipujukkannya dengan perkataan dengan lemah- lembut serta berpantun yang memberi akan rawan hati tuan puteri dengan berseloka. Maka tuan puteri pun tertidurlah. Maka dilihat oleh Inderaputera akan isterinya sudah lena itu maka Lalu diangkat kepalanya ditaruhkannya kepada bantal seraga. Maka Nobat Rom Syah pun datang mendahului mendapatkan Indera¬putera. Maka Inderaputera pun bermohon kepada Nobat Rom Syah. Maka keduanya anak raja itu pun keluarlah berjalan.” (Hikayat Inderaputera: 26)
  • 53.  Hikayat Inderaputera digerakkan oleh unsur mitos dan lagenda yang penuh dengan unsur kesaktian dan magis. Peristiwa-peristiwa yang ditonjolkan memperlihatkan tengkorak boleh berkata- kata dan memberitahu kepada Inderaputera akan bahaya menunggunya jika beliau tetap meneruskan perjalanan untuk memanjak gunung tersebut, contohnya:
  • 54.  “Maka ujar Inderaputera, “Hai tengkorak tuan hambalah yang berseru-seru akan hamba tadi?” Maka ujar tengkorak itu, “Bahkan.” Maka Inderaputera pun berkata-kata, “Maka mengapa tuan ham¬ba memanggil hamba” Maka ujarnya tengkorak itu, “Ampun tuanku, Hai Inderaputera, inilah tengkorak yang takluk kepada ayah tuan hamba itu. Sebermula adapun tatkala hamba daripada menghantar ufti kepada ayahanda tuanku itu maka hamba pun sesat melarat lalu sampailah di gunung, beberapa hari hambanya di sini tiada minum dan seketika maka hamba berhenti. Maka seorang raksaksa daripada atas gunung itu merupakan dirinya seperti seorang perempuan membawa suatu pedang pada tangannya.” (Hikayat Inderaputera: 16)
  • 55.  Dalam hikayat ini juga pengarang mengetengahkan perwatakan yang luar biasa bagi watak utama, iaitu Inderaputera. Inderaputera dikatakan mempunyai kesaktian dan kuasa magis untuk mempertahankan diri. Perwatakan ini dapat dilihat dalam petikan berikut:
  • 56.  “Syahadan kepada zaman itu seorang pun tiada tandingnya dengan Inderaputera itu lagi dengan arif bijaksananya dan terlalu perkasa serta dengan saktinya. Syahadan beberapa yang tiada dapat dikerja¬kan oleh orang banyak dapat dikerjakannya. Bermula ialah yang disuruhkan oleh RajaSyahian kepada] Berma sakti dengan dewa Lela Mengerna dan ialah yang (diterbangkan) oleh jin Tamarbuga, dan ialah yang bertemu dengan bukit emas dan bukit permata, dan ialah yang bertemu dengan tasik Bahrul Ajaib, dan ialah yang ber¬temu dengan tasik BaharuI Asyik, dan ialah yang menjalani jalan yang tiada dijalani orang; demikianlah gagah perkasa Inderaputera, dan ialah yang berjalan dalam gua sebulan lamanya, dan ialah yang membunuh gergasi yang bernama Mamdu; maka beberapa hikmat' Raja. Talela Syah hendak membunuh gergasi itu tiada juga dapat membunuh dia, maka dengan mudahnya juga dibunuhi oleh Indera¬putera.” (Hikayat Inderaputera: 1)
  • 57.  Inderaputera dikatakan mempunyai rupa paras yang indah yang mampu menawan sesiapa yang melihatnya. Perwatakan ini ditonjolkan oleh pengarang dalam petikan tersebut, iaitu: “Maka bidadari itu pun tertawa seraya memandang kepada Indera¬putera dan dilihat oleh segala bidadari maka ia pun tertawa seraya memandang kepada Inderaputera dan dilihat oleh Inderaputera segala rupanya itu amat indah dan terlalu elok parasnya dan laku¬nya terlalu amat manis seperti laut madu laksana. Syahadan terlalu sikap jejaknya itu. Maka segala bidadari itu pun mendapat Tuan Puteri Seri Ratna Gemala Nehran.” (Hikayat Inderaputra: 34)
  • 58.  Isi kandungan Hikayat Inderaputera adalah meleret-leret dalam menyatakan sesuatu perkara. Di samping itu, pengarang juga menyelitkan pelbagai teknik penceritaan. Antaranya ialah dialog yang dilihatkan dalam petikan berikut: Maka Inderaputera pun terlalulah sukacita hatinya menengar kata Tuan Puteri Seri Ratna Gemala Nehran. Maka kata Inderaputera, “Hai saudaraku jikalau ada dengan sungguhnya kasih saudaraku akan hamba ada suatu gemala hikmat yang di atas kemuncak mah¬ligai tuan puteri itu Maka kakanda pohonkan supaya hamba pulangkan baju itu.” (Hikayat Inderaputera: 38)
  • 59.  Teknik penceritaan monolog turut digunakan oleh pengarang bagi mengindahkan lagi penceritaan dalam hikayat ini, iaitu: Setelah didengar oleh tuan puteri kata Inderaputera itu maka tuan puteri pun berdiam dirinya dengan seketika duduk berfikir di dalam hatinya. “Di manalah gerangan ia tahu akan hikmat gemala? Syahadan jikalau tiada aku berikan gemala hikmat itu nescaya aku tiadalah kembali lagi dan lagipun aku sudah bersumpah akan ayah¬ku. Jika demikian baiklah aku berikan kepadanya.” (Hikayat Inderaputera: 38)
  • 60.  Dalam hikayat Inderaputera ini juga diselitkan dengan penggunaan bahasa asing iaitu bahasa Arab seperti syahadan, hatta, afiat, fakir dll. Sebagai contoh dapat dilihat dalam petikan yang berikut, iaitu: Syahadan ialah yang dibuangkan oleh menteri Raja Syahian ke dalam laut tiga tahun lamanya, dan ialah yang beroleh (kain sutera) rambuti seperti air embun rupanya dan ialah yang (bertemu) dengan Dewa Langkurba di dalam laut dan ialah yang berjalan di dalam laut jin, dan ialah yang bertemu dengan Derma Gangga; maka diberinya panah kesaktian dan beberapa pula hikmat hulubalang akan Inderaputera. Demikianlah akan gagah perkasa Inderaputera. (Hikayat
  • 62. Pengertian Estetika 1. Catatan Kamus Dewan Edisi Keempat Estetika bererti cabang falsafah yang mengkaji konsep berkaitan dengan keindahan, cita rasa dan lain-lain. 2. Rahman Shaari (2001) “Estetika bermaksud nilai keindahan dalam karya sastera yang berkaitan dengan perasaan manusia dan subjektif sifatnya” Menurut beliau lagi, bagi sesebuah karya sastera aspek teknik dan gaya itulah yang menjadi penentu hadirnya nilai estetika. 3. Van Mater Ames dalam bukunya Colliers Encyclopedia Volume 1 estetika sebahagian daripada telaah yang berkaitan dengan penciptaan, apresiasi dan kritikan terhadap karya seni dalam konteks berkaitan seni dengan kegiatan manusia serta peranan seni dalam perubahan dunia. 4. V.I Braginsky (1994:16) menyatakan bahawa keindahan atau indah merupakan salah satu istilah pokok dalam sistem estetika kesusasteraan Melayu. Beliau turut merumuskan tiga aspek yang dinyatakan dalam karya-karya sastera dengan penggantian perkataan indah dengan perkataan yang seerti. Menurutnya lagi, keindahan sesuatu karya sastera dipercayai boleh mempengaruhi jiwa seseorang dan mempunyai kuasa penyembuh, namun
  • 63. Estetika dalam Hikayat Inderaputera1. Gaya Bahasa.  Dalam teks hikayat, unsur-unsur keindahan bahasa diaplikasikan untuk menyalurkan pemikiran dan pandangan terhadap sesuatu tema dan persoalan.  Dalam Hikayat Inderaputera umpamanya, pengarang telah menggunakan dan memanipulasikan unsur bahasa bagi membentuk cerita.  Di antara gaya bahasa tersebut ialah unsur personifikasi yang digambarkan dalam satu babak sewaktu Indraputra sedang menikmati keindahan Bukit Permata.  Dalam Hikayat Inderaputra juga, pengarang telah memperlihatkan rasa kagumnya terhadap kejelitaan Puteri Candera Lela Nur Lela yang tiada tolok bandingnya dengan mengaplikasikan unsur metafora.  Selain itu terdapat juga penggunaan gaya bahasa repetisi, iaitu pengulangan perkataan "maka" dalam Hikayat Inderaputra tersebut. Repetisi yang digunakan oelh pengarang V.I Braginsky menjelaskan bahawa frasa- frasa yang akan diawali dengan kata penghujung "maka" dalam Hikayat Melayu, disifatkan seakan-akan mencontohi model umum sastera naratif Arab Parsi yang bersifat prosa.
  • 64. 2. NILAI ISLAM  Estetika Islam juga turut ditonjolkan dalam kebanyakkan karya agung Melayu.  Unsur keindahan ini dapat dilihat pada setiap permulaan dan pengakhiran sesebuah karya agung.  Hikayat Inderaputera juga turut memperlihatkan estetika dalam nilai keislaman, kerana hikayat ini berlatarkan zaman peralihan hindu- Islam.
  • 65. 3. KEBUDAYAAN HINDU  Nilai estetika bukan sahaja dapat dilihat dari segi bahasa, pemikirannya semata- mata.  Unsur- unsur kebudayaan dan adat istiadat yang diperlihatkan dalam sesebuah karya menjadikan karya tersebut lebih indah.  Nilai kebudayaan merupakan sebuah nilai estetika dalam sesebuah karya.  Dalam Hikayat Inderaputera ini, kebudayaan Hindu lebih dominan untuk dipaparkan, kerana hikayat ini merupakan sebuah karya sastera hindu yang lahir pada zaman peralihan hindu-Islam.
  • 66. KESIMPULAN  Hikayat Inderaputera ini bolehlah dianggap antara sebuah sastera lama yang mungkin telah tercipta pada zaman Kerajaan Melayu Melaka ataupun selewat-lewatnya pada zaman Kerajaan Aceh sedang di puncak kebesarannya. Oleh yang demikian, hikayat ini dapat dijadikan contoh dalam bidang bahasa dan kesusasteraan pada zaman tiga, empat abad yang- lalu ataupun terdahulu dari itu.  Sesungguhnya daripada bahan-bahan sastera lama tersebut, apabila dikaji dan diselidiki dapat kita mengetahui dan mengenali perkembangan dalam berbagai segi kebudayaan, penghidupan, kebolehan, cara berfikir, dan terutama sekali perkembangan dalam bidang bahasa dan kesusasteraan sehingga mencapai peringkat kemajuannya pada hari ini.