SlideShare a Scribd company logo
1 of 23
Download to read offline
0
JMK214 / 4
JMK214TG1
KAJIAN TEKS MELAYU KLASIK TERPILIH
SELECTED STUDIES OF MALAY CLASSICAL TEXTS
Academic Session 2019/2020
TUGASAN TG1
Name IDORA BT OMAR
Matric No. JM/13398/18
IC No. 751002016768
Regional Centre MELAKA
Phone No.
House :
H/P: 012-2743555
751002016768
1
NOTE :
1. Please use this form as the FRONT COVER of your assignment.
AS : Please use blue colour cover
LR : Please use yellow colour cover
2. Complete all details.
3. Without the barcode, your assignment cannot be recorded by the computer system.
2
Perkara Muka surat
1. Pengenalan 3-4
2. Wa’ad dan wa’adat 5-19
3. Ulasan 20
4. Penutup 21
5. Rujukan 22
3
1. PENGENALAN
Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu) adalah satu karya agung sastera yang mengambarkan keadaan
hidup bangsa Melayu yang terdiri daripada golongan Raja-raja Melayu yang memerintah, adat istiadat,
kepahlawanan dan kesetiaan rakyat serta perhubungan serumpun semasa zaman kegemilangan Empayar
Kesultanan Melayu Melaka pada abad yang ke -15. Naskah ini dikatakan telah ditulis pada zaman
Kesultanan Melayu Melaka dan ditulis semula oleh Tun Seri Lanang di Johor pada awal abad ke-17.
Walaubagaimanapun, ada pendapat yang mengatakan apabila Portugis menakluk Melaka,
salinan Sejarah Melayu yang ditulis di Melaka telah dibawa ke Goa semasa Sultan Mahmud
Syah berundur dari Melaka pada tahun 1511. Naskhah asal ini kemudian dibawa ke Johor dari
Kampar, Sumatera pada tahun 1528. Teks yang wujud pada masa kini dipercayai berasal sejak
tahun 1356, dan disunting semula pada 1612. Portugis dikatakan merampas naskhah asal
Sejarah Melayu pada tahun 1536 semasa menyerang Johor Lama dan naskhah ini kemudian
dibawa balik ke Johor semula oleh Orang Kaya Suguh.
Selain daripada itu, terdapat percanggahan pendapat mengenai kedudukan Goa dimana
ada pendapat mengatakan Goa adalah sebuah tempat yang terletak di India manakala ada
pendapat kedua mengatakan Gowa adalah terletak di Sulawesi. Pendapat kedua dikatakan adalah
lebih munasabah dimana sekiranya Portugis membawa naskah tersebut ke Goa di India pastinya
naskah tersebut telah tersenarai sebagai harta rampasan dan dibawa pulang terus ke Eropah.
Sebanyak lebih kurang 29 versi mengenai pendapat ini tetapi yang paling diyakini adalah
versi tulisan yang diusahakan oleh W.G.Shellabear pada muka surat dua buku Sejarah Melayu
yang mengatakan pada hari Khamis, 12 Rabiul Awal 1021 bersamaan 13 Mei 1612 Yang Di
Pertuan Raja di Hilir Sultan Abdullah Mu’ayat Syah ibni Sultan Abdul Jalil Syah telah
mengutuskan Seri Nara Wangsa Tun Bambang untuk memerintah Tun Muhammad atau Tun Sri
4
Lanang menyunting semula salinan Sejarah Melayu yang dibawa balik dari Goa oleh Orang
Kaya Sogoh.
Antara kata-kata yang dipetik dari dalam naskah tulisan Shellabear adalah sebagaimana
berikut:
‘Demikian bunyi titah yang maha mulia, “Bahwa beta minta buatkan hikayat pada
Bendahara, peri peristiwa dan peraturan segala raja-raja Melayu dengan istiadatnya sekali
supaya diketahui oleh segala anak cucu kita yang kemudian daripada kita, diingatkannya oleh
mereka itu, syahdan beroleh faedahlah ia daripadanya.’ ( muka surat dua, Sejarah Melayu,
W.G. Shellabear)
Silalatus Salatin adalah sebuah buku ilmiah yang melihat dan menganalisis karya agung Melayu
yang memfokuskan kepada zaman kegemilangan Empayar Kesultanan Melayu Melaka dan sebagai bukti
peradaban Melayu juga dunia yang tinggi nilainya.
Karya ini memaparkan sistem pemerintahan yang penuh dengan adat resam serta tatasusila Raja-
Raja Melayu Melaka yang mana menjadikan karya ini penting untuk memahami dan mendalami konsep
dan amalan institusi Raja Melayu yang berdaulat dan bermaruah yang mementingkan kesetiaan rakyat
kepada Raja atau Sultan dan sekiranya rakyat menentang akan di anggap sebagai penderhaka.
Konsep daulat dan derhaka menjadi pegangan asas dalam sistem pemerintahan tersebut dimana
menurut konsep ini Raja hendaklah menjalankan tugas dan tanggungjawab menjaga kepentingan rakyat
jelata dan rakyat pula perlu menghormati dan menunjukkan taat setia kepada Raja tanpa berbelah bahagi.
Berdasarkan konsep ini, secara tidak langsung telah mewujudkan wa’ad dan wa’adat dalam sistem
pemerintahan Raja Melayu pada masa itu.
5
2. WA’AD DAN WA’ADAT
Wa’ad merupakan satu bentuk perjanjian yang menjadi lambang atau simbol hubungan Raja
dengan rakyat didalam mencapai tujuan utama hidup bermasyarakat iaitu memelihara keharmonian
sejagat yang menuntut keadilan melalui peraturan-peraturan dan perjanjian yang telah ditetapkan. Institusi
Raja yang memerintah di tuntut untuk memerintah dengan adil dan saksama dan dilarang melakukan
kezaliman kepada rakyat tanpa usul periksa dan rakyat pula dikehendaki untuk menunjukkan rasa hormat
dan kesetiaan yang tidak berbelah bahagi serta menghindari perbuatan yang di anggap menderhaka
kepada Raja.
Melalui wa’ad @ perjanjian ini akan memberikan satu nikmat kemakmuran dan keamanan
kepada Negara dan rakyat jelata dan ia juga menjamin keselamatan dan hidup yang sejahtera. Sekiranya
berlaku perlanggaran wa’ad di kalangan Raja ia akan menimbulkan musibah balasan Raja kehilangan
takhta dan kuasa serta sekiranya derhaka di kalangan rakyat pula akan menimbulkan bencana yang
melibatkan juga seluruh ahli keluarga dan keturunannya. Beberapa senario telah digambarkan mengenai
peristiwa kepatuhan kepada wa’ad dan pelanggaran wa’ad yang menunjukkan akibat yang baik dan
buruk.
2.1 Peristiwa kepatuhan kepada wa’ad
2.1.1 Perjanjian antara Seri Teri Buana dengan Demang Lebar Daun
Sulalatus Salatin menzahirkan konsep wa’ad @ perjanjian didalam senario yang berlaku apabila
Seri Teri Buana yang mewakili pihak Raja berkehendak memperisterikan anak kepada Demang Lebar
Daun yang bernama Ratna Cendera Puri yang mewakili pihak rakyat. Seri Teri Buana telah mempunyai
tiga puluh sembilan orang isteri dan semua isteri yang dikahwininya akan mengidap penyakit kedal.
Senario ini di gambarkan di halaman 23, Sulalatus Salatin yang berbunyi sebagaimana berikut:-
‘….. seraya ia menyembah, lalu kembali menyuruh mengambil anak raja-raja, barang yang baik
dipersembahkan kepada Seri Teri Buana. Setelah malam dibawalah baginda beradu: setelah siang hari
maka dilihat baginda anak raja itu sekonyong-konyong kedal…..’
6
Oleh kerana bimbang Raden Cendera Puteri terkena penyakit kedal selepas di kahwini maka
Demang Lebar Daun telah meminta Seri Teri Buana berwa’ad dengannya dan permintaan Demang Lebar
Daun dinyatakan dalam halaman 25, Sulalatus Salatin yang berbunyi seperti berikut:-
‘Maka sembah Demang Lebar Daun,
‘Sungguh tuanku seperti khabar orang itu: jikalau tuanku berkehendakkan patik itu, patik
sembahka, lamun mahu duli tuanku berjanji dahulu dengan patik…’
Seri Teri Buana telah bersetuju untuk mendengar waad yang dipohon oleh Demang Lebar Daun
kepada bagindadan petikan kata-kata Seri Teri Buana dizahirkan sebagaimana di halaman 25, Sulalatus
Salatin yang berbunyi sebagaimana berikut:-
‘Maka titah baginda,
‘Apa janji paman hendak diperjanjikan dengan hamba itu? Katakan oleh paman hamba dengar’
Selepas daripada itu, Demang Lebar Daun dan Seri Teri Buana telah berw’aad dan peristiwa ini
sebenarnya telah mengikat kepada satu konsep pemerintahan beraja yang menuntut kesetiaan rakyat yang
tidak berbelah bahagi kepada Raja dan mengikat pemerintah iaitu Raja untuk berlaku adil kepada rakyat
dan tidak sewenang-wenangnya menjatuhkan hukuman tanpa usul periksa. Lafaz wa’ad yang berlaku
antara Demang Lebar Daun dan Seri Teri Buana dijelaskan didalam satu petikan didalam Sulalatus
Salatin, muka surat 25 yang berbunyi sebagaimana berikut:-
‘Maka sembah Demang Lebar Daun,
Barang maklum duli tuanku Yang Maha Mulia, jikalau anak patik telah terambil ke bawah duli,
jikalau ia terkena penyakit seperti patik-patik yang lain, telah maklum kebawah duli tuanku itu, jikalau
ada ampun kurnia duli Yang Maha Mulia, janganlah tuanku keluarkan dari bawah istana tuanku.Biarlah
ia menjadi gembala dapur Yang Maha Mulia dan menyapu sampah dibawah peraduan duli tuanku.
Seperkara lagi, perjanjian patik mohonkan anugerah ke bawah duli Yang Maha Mulia, segala hamba
Melayu jikalau ada dosanya ke bawah duli, patik pohonkan jangan ia di fadihatkan, dinista yang dikeji-
keji, jikalau patut pada hukum syarak bunuh, tuanku: jangan duli tuanku aibi’
7
Seri Teri Buana telah menjawab permohonan wa’ad dari Demang Lebar Daun dengan
mengeluarkan kata-kata persetujuan tetapi dalam masa yang sama bagindameminta untuk Demang Lebar
Daun memenuhi permohonan wa’ad daripadanya sebagaimana yang di tunjukkan didalam muka surat 25,
Sulalatus Salatin yang berbunyi sebagaimana berikut:
“Maka titah Seri Teri Buana,
Kabullah hamba akan janji paman itu: tetapi hamba pun hendak minta janji juga pada paman.
Maka sembah Demang Lebar Daun,
Janji yang mana itu, patik pohonkan titah duli Yang Maha Mulia’
Maka titah Seri Teri Buana,
Hendaklah oleh segala anak cucu hamba, jikalau ada salahnya sekalipun, atau zalim jahat
pekertinya, jangan segala hamba Melayu itu derhaka dan menitikkan darahnya ke bumi, jikalau mereka
itu akan cedera, berundur hingga takluk negerinya juga.’
Maka sembah Demang Lebar Daun,
Baiklah Tuanku, tetapi jikalau anak cucu duli tuanku dahulu mengubahkan, anak cucu patik pun
berubahlah tuanku’
Maka titah Seri Teri Buana,
Baiklah paman, kabullah hamba akan waad itu.’
Secara tersembunyi, wa’ad antara Seri Teri Buana dengan Demang Lebar Daun itu telah
mewujudkan satu corak pemerintahan yang menjelaskan mengenai kedudukan Raja dimana Raja tetap
menuntut ketaatan dan kesetiaan rakyat walau dalam apa keadaan sekalipun. Dengan erti kata yang lain,
wa’ad ini telah mewujudkan konsep daulat dan derhaka dimana ianya adalah satu konsep yang sinonim
dengan sistem pemerintahan beraja.
Senario ini ditunjukkan dengan lafaz kata daripada Seri Teri Buana diakhir persetujuan waad
bagindadengan Demang Lebar Daun yang dinyatakan didalam muka surat 26, Sulalatus Salatin yang
berbunyi sebagaimana berikut:-
8
‘Titah Baginda,
‘Barang siapa hamba Melayu derhaka mengubahkan perjanjiannya, dibalikkan Allah
bumbungan rumahnya ke bawah kaki ke atas’
Maka sembah Demang Lebar Daun,
‘Jikalau raja Melayu itu mengubahkan perjanjian dengan hamba Melayu, dibinasakan Allah
negerinya dan takhta kerajaannya’
Petikan tersebut secara tidak langsung menuntut pihak Raja dan rakyat memenuhi
tanggungjawab masing-masing dengan memainkan peranan dengan betul bagi menjamin keharmonian
hidup bermasyarakat. Selepas wa’ad tersebut dicapai, Demang Lebar Daun telah menyerahkan puterinya
Raden Ratna Cendera Puri kepada Seri Teri Buana dan selepas perkahwinan berlangsung ternyata Raden
Cendera Puri tidak terkena penyakit kedal kerana kedua-dua pihak berpegang pada wa’ad yang telah
dipersetujui.
2.1.2 Zaman pemerintahan Sulatan Mansur Syah
Karya agung Sulalatus Salatin telah mengangkat zaman kegemilangan Kesultanan Melayu
Melaka sebagai sebuah kerajaan yang berpengaruh dan mempunyai sistem pemerintahan yang unik dan
tersendiri serta ketatanegaraan yang utuh dengan adanya sistem beraja yang diketuai oleh Sultan atau
Raja.Konsep wa’ad didalam Silalatus Salatin dapat dilihat semasa zaman pemerintahan Sultan Mansur
Syah atau nama asalnya Raja Abdullah dimana bagindadi gambarkan sebagai seorang yang memiliki rupa
paras yang menarik dan keadilan dan kemurahan hatinya tidak dapat ditandingi oleh mana-mana
pemerintah yang ada pada waktu itu.
Kegemilangan pemerintahan Sultan Mansur Syah dapat dilihat apabila semasa pemerintahan
bagindadapat menakluki Pahang, Kampar dan Siak serta membina jambatan persahabatan dengan China
dan Majapahit serta berusaha mendekati Siam yang pada ketika itu hanya menunjukkan sikap pasif
terhadap Kerajaan Melayu Melaka. Kebijaksanaan Sultan Mansur Syah sebagai pemerintah terserlah
9
apabila bagindaberjaya menjadikan Melaka sebagai kawasan tumpuan pedagang dari seluruh dunia
termasuk Arab dan India dan kejayaan ini telah memberikan keuntungan kepada rakyat untuk hidup
makmur dan harmoni.
Ketokohan Sultan Mansyur Syah sebagai pemerintah yang berpegang pada wa’ad terserlah
apabila sehingga ke penghujung nyawa bagindamasih lagi mengambil berat tentang masa depan
kerajaannya dan ini digambarkan didalam petikan dihalaman 171, Sulalatus Salatin yang berbunyi
sebagaimana berikut:-
‘Ketahui olehmu sekalian, bahwa dunia ini telah lepaslah rasanya daripada gengamanku,
melainkan negeri akhiratlan penghadapanku. Adapun pertaruhkulah pada Bendahara dan segala orang
kaya-kaya sekalian anak kita Ahmad ialah ganti kita pada tuan-tuan sekalian. Jikalau barang sesuatu
salahnya, hendaklah dimaafkan oleh tuan-tuan sekalian, kerana ia budak yang bebal tidak tahu istiadat.’
Sultan Mansur Syah juga telah meninggalkan wasiat kepada pewaris takhta bagindaRaja Ahmad
dimana didalam wasiat tersebut jelas menunjukkan pendirian Sultan Mansur Syah sebagai seorang
pemerintah yang mementingkan keadilan serta mengambil berat dan menjaga kebajikan rakyat
jelata.Pendirian ini jelas menunjukkan yang Sultan Mansur Syah memegang teguh pada perjanjian wa’ad
antara pemerintah dan rakyat. Isi kandungan wasiat daripada Sultan Mansur Syah dalat dihayati pada
muka surat 171-172, Sulalatus Salatin yang berbunyi sebagaimana berikut:
‘Maka Sultan Mansur Syah memandang kepada anak anda baginda, Raja Ahmad: maka titah
baginda,
“Hei anakku, ketahui olehmu, bahawa dunia ini sekali-kali tiada kekal adanya. Yang hidup itu
sedia akan mati juga sudahnya: iman yang sempurna dan pekerti yang baik, itulah yang kekal di sebut
orang selama-lamanya. Adapun peninggalan aku ini, hei anakku, hendaklah engkau berbuat adil sangat-
sangat, dan jangan engkau mengambil hak orang tiada sebenarnya.Makan haqu’l-adam terlalu besar
dosanya, tiada diampuni Allah subhanahu wa taala: melainkan dengan izin yang empunya hak juga: dan
jangan khali engkau keluar dihadap orang, kerana hamba Allah sekaliannya, hendaklah segala yang
10
kesakitan itu segera engkau tolong; jikalau teraniaya ia, hendaklah engkau periksa ia baik-baik, supaya
di akhirat jangan diberatkan Allah atasmu, kerana sabda Nabi, sall’ilahu ‘alahi wa salam: kul-lukum
ra’in wa kullukum mas’ulun ‘an ra’iyyatihi, yakni segala kamu yang mengembala dunia lagi akan
ditanyai daripada kebelaan kamu: ertinya segala raja-raja diakhirat lagi akan ditanyai Allah subhanahu
wataala daripada segala rakyat. Sebab demikianlah, maka sebaiknyalah engkau berbuat adil dan
saksama, supaya disana jemaah diringankan Allah Taala kira-kiramu: dan hendaklah engkau muafakat
dengan segala menteri dan segala Orang Besar-Besar mu, kerana Raja itu, jikalau bagaimana sekalipun
bijaksana dan tahunya, jikalau tiada maufakat dengan segala pegawai, dimana akan dapat ia melakukan
bijaksananya itu?Dan tiada akan sentosa kerajaannya: kerana raja-raja itu umpama api, segala menteri
itu umpamnya kayu: kerana api itu tidak akan nyala, jikalau tiada kayu: seperti kata Farsi, ‘Ar’ayatu
juan bakhasta sultan khasad’, yakni rakyat itu umpama akar dan raja itu umpama pohon: jikalau tiada
akar nescaya pohon tiada akan dapat berdiri. Demikianlah raja itu dengan segala rakyatnya. Hei
anakku, hendaklah engkau turut seperti amanatku ini: supaya beroleh berkat diberi Allah subha nahu wa
taala, bija hi nabi salla ‘illahu ‘ alaihi wa salam” .
Jelas didalam wasiat yang ditinggalkan oleh Sultan Mansur Syah dimana bagindamemegang
teguh kepada wa’ad antara Raja dan rakyat dan ini dibuktikan dengan kemakmuran dan keharmonian
kehidupan rakyat jelata semasa pemerintahan beliau. Melalui wasiat tersebut juga jelas dilihat bagaimana
bagindamengutamakan perbincangan sesama menteri dan orang besar dibawah pemerintahan bagindadan
tidak mengenepikan pendapat yang diberikan serta tidak mengambil tindakan melulu atas sesuatu perkara
yang berlaku tanpa usul periksa.
2.1.3 Zaman pemerintahan Sultan Alau’d-Din Riayat Syah
Selepas mangkatnya Sultan Mansur Syah, takhta telah diambil alih oleh Raja Ahmad dengan
memakai nama Sultan Alau’d-Din Riayat Syah dimana bagindameneruskan corak pemerintahan
sebagaimana yang diwasiatkan oleh ayahnda beliau. Diriwayatkan didalam Silalatus Salatin, yang Sultan
11
Alau’d-Din Riayat Syah telah menjalankan pemerintahan yang adil dan menjaga kebajikan rakyat jelata
disamping mengamalkan sistem corak pemerintahan Islam. Ini dapat dilihat apabila Sultan Alau’d-Din
Riayat Syah sendiri telah turun padang untuk membanteras kegiatan mencuri di Melaka dimana amalan
ini adalah sama sebagaimana yang dilakukan oleh Khalifah Umar Al-Khattab..
Senario tersebut digambarkan didalam Silalatus Salatin pada muka surat 173 yang berbunyi
sebagaimana berikut:
‘Maka Sultan Alau’d-Din Riayat Syah pun berjalanlah tiga orang dengan penjawat sirih santap
baginda, berkeliling negeri Melaka, hendak melihat hal negeri itu. Setelah datang pada satu tempat,
maka baginda bertemu dengan pencuri lima orang; mengusung satu candu-peti dua orang, dan yang tiga
orang lagi mengiringkan dia. Maka segera diusir baginda pencuri itu, setelah hampir, maka pencuri itu
pun terkejut, lalu lari ke lima-limanya; maka peti itu pun dicampakkannya. Maka titah Sultan Alau’d-Din
pada Hang Ishak, “Tunggu oleh mu peti ini.” Maka sembah Hang Ishak, “Baiklah tuanku.”
‘Maka Sultan Alau’d-Din dengan Hang Isap pun pergilah mengikut pencuri lima orang
itu, maka segala pencuri itu lari ke atas Bukit Melaka, maka diikuti baginda ke atas bukit, tempik, lalu
diparang baginda seorang, kena pinggangnya putus seperti mentimun, penggal dua. Maka yang empat
orang itu lari ke jambatan, diperturut oleh baginda; datang ke bawah bodi, maka ke empatnya
menghadapi Sultan Alau’d-Din . Maka dibunuh baginda seorang lagi, maka yang tiga orang itu
lari.Setelah datang ke hujung jambatan di bunuh oleh hang Isap seorang: yang dua oranng lagi itu terjun
ke air, lalu berenang ke seberang…..’
Sultan Alau’d-Din Riayat Syah juga mempamerkan sikap amanah apabila bagindamemulangkan
semula harta yang di rampas daripada pencuri yang lima orang itu kepada pemilik iaitu seorang saudagar
yang bernama Ki Tarambulum. Ini di tunjukkan pada petikan di muka surat 175, Sulalatus Salatin yang
berbunyi seperti berikut:
12
‘…. Ada seorang saudagar, Ki Tarambulum namanya, ialah yang empunya peti itu: ialah
kehilangan pada malam itu. Maka disuruh oleh Sultan Alau’d-Din kembalikan peti itu pada Ki
Tarambulum; maka beberapa puji dan doanya akan Sultan Alau’d-Din…..’
Dengan ketegasan pemerintahan yang dijalankan oleh Sultan Alau’d-Din Riayat Syah telah
berjaya membersihkan kota Melaka daripada ancaman pencuri dan ini menjadikan Melaka sebuah
kerajaan yang aman damai dan harmoni. Bagindatelah mengguna pakai undang-undang hudud dengan
mengenakan hukuman potong tangan kepada individu atau kumpulan yang mencuri atau mengambil harta
orang lain. Selain daripada itu bagindajuga telah mewujudkan satu sistem baru iaitu membina balai
dengan diletakkan seorang Penghulu untuk menguruskan segala harta yang tidak di tuntut oleh pemilik
harta yang dicuri. Ini dapat dilihat pada petikan di muka surat 175, Sulalatus Salatin yang berbunyi seperti
berikut:-
‘Maka titah Sultan Alau’d-Din kepada Bendahara Paduka Raja, menyuruh membuat balai di
simpang empat di tengah negeri, disuruh bubuh seorang penghulu diam di sana. Maka titah baginda
pada Seri Maharaja : Jikalau orang mendapat harta orang, jika tiada dipulangkannya pada yang
empunya, disuruh baginda kudung tangannya: jikalau tiada bertemu dengan empunya harta, ke balai
itulah dihantarkannya.’
Kematangan pemerintahan Sultan Alau’d-Din Riayat Syah serta ketaatan bagindaberpegang pada
wa’ad telah menimbulkan suasana harmoni didalam kerajaan yang di pimpin dan menjadikan kerajaan
negeri Melaka terus makmur dan aman damai serta rakyat jelata juga terus mengekalkan taat setia yang
tidak berbelah bahagi kepada Sultan yang memerintah.
13
2.2 Peristiwa pelanggaran wa’ad
2.2.1 Pembunuhan Tuan Jana Khatib
Pada bab ke empat Sulalatus Salatin telah diriwayatkan mengenai peritiwa berkaitan pembunuhan
Tuan Jana Khatib. Kejadian berlaku apabila Tuan Jana Khatib seorang bijak pandai dan alim ulama
daripada negara Pasai telah datang ke Singapura dan menggunakan ilmu yang dimiliki bagindatelah
menilik sebatang pokok pinang gading sehingga pokok tersebut terbelah dua. Kejadian tersebut berlaku di
hadapan isteri Paduka Seri Maharaja dan ianya menyebabkan timbul satu perasaan cemburu dan iri hati
yang mana bagindamenyangkakan Tuan Jana Khatib dengan sengaja hendak menunjuk-nunjuk ilmu yang
dimiliki serta perbuatan tersebut di anggap sebagai cubaan untuk mengoda isteri beliau.
Kejadian yang berlaku ini di zahirkan di muka surat 67, Sulalatus Salatin yang mana berbunyi
sebagaimana berikut:
‘…..Maka satu hari Tun Jana Khatib berjalan di Pekan Singapura bertudung: maka ia lalu
hampir dengan pagar istana. Maka dipandangnya dipintu peranginann raja itu, ada seorang perempuan
yang dilindung oleh pohon pinang gading: oleh Tuan Jana Khatib ditiliknya pohon pinang itu terbelah
dua.
Setelah dilihat oleh Paduka Maharaja perihal itu maka baginda pun terlalu murka: titah
baginda, “Lihatlah kelakuan Tun Jana Khatib, diketahuinya isteri kita ada di pintu maka ia menunjukkan
ilmunya.” Maka disuruh baginda bunuh: Tuan Jana Khatib pun dibawa orang akan dibunuh, hamper
ujung negeri tempat orang membuat bikang; disanalah di tikam orang. Maka titik darahnya setitik,
badannya pun ghaiblah. Orang yang membunuh itu kembalilah, dipersembahkan nya kepada Raja.’
Tindakan Paduka Seri Maharaja yang membunuh Tuan Jana Khatib tanpa usul periksa dan
berdasarkan kepada anggapan bagindasemata-mata telah menyebabkan berlakunya perlanggaran wa’ad
dimana akibat daripada perbuatan tersebut telah menyebabkan Singapura dilanggar todak. Kejadian
Singapura di langgar todak digambarkan dalam muka surat 68, Sulalatus Salatin yang berbunyi
sebagaimana berikut:-
14
‘Hatta tidak berapa lama antaranya, maka datanglah todak menyerang Singapura, berlompatan
lalu ke parit. Maka segala orang yang di pantai itu banyak mati di lompati todak itu; barang yang kena
terus-menerus olehnya. Maka tiadalah dapat orang berdiri di pantai itu lagi. Maka gemparlah orang
berlari-larian ke sana ke mari, semuanya mengatakan, “Todak datang menyerang kita; banyaklah sudah
mati di tikamnya.”Maka paduka Seri Maharaja pun segera naik gajah, lalu baginda keluar di iringkan
segala menteri hulubalang sida-sida bentara sekalian. Setelah datang ke pantai, maka baginda pun
hairanlah melihat perihal todak itu, barang yang kena dilompatinya sama sekali mati lah. Maka
terlalulah banyak orang yang mati ditikam todak itu. Maka baginda pun menitahkan orang berkotakan
betis, maka di lompati oleh todak iitu, terus berkcning ke sebelah. Adapun todak itu seperti hujan,
usahkan kurang, makin banyak orang mati. “
Melalui peristiwa ini dapat dilihat apabila seorang pemerintah bertindak melanggar wa’ad atau
perjanjian, ia mengakibatkan musibah yang bukan sahaja berlaku dan dirasai oleh pemerintah malah turut
sama di rasai dan dideritai oleh rakyat jelata.
2.2.2 Kezaliman Raja Iskandar Syah
Raja Iskandar Syah telah mengambil alih pemerintahan Singapura selepas kemangkatan Paduka
Seri Maharaja dan bagindamempunyai seorang Bendahari yang bernama Sang Rajuna Tapa. Anak kepada
Sang Rajuna Tapa merupakan salah seorang gundik kepada Raja Iskandar Syah yang mana gundik
tersebut menjadi gundik kesayangan Raja Iskandar Syah. Anak Sang Rajuna Tapa telah difitnah oleh
gundik yang lain dan tanpa usul periksa Raja Iskandar Syah telah menjatuhkan hukuman sula dan
perbuatan tersebut dibuat di hujung pasar dimana ianya dilihat oleh ramai orang.
Perbuatan Raja Iskandar dengan jelas telah melanggar wa’ad yang di zahirkan terdahulu didalam
muka surat 25, Sulalatus Salatin yang berbunyi sebagaimana berikut:-
15
“Seperkara lagi, perjanjian patik mohonkan anugerah ke bawah duli Yang Maha Mulia, segala
hamba Melayu jikalau ada dosanya ke bawah duli, patik pohonkan jangan ia di fadihatkan, dinista yang
dikeji-keji, jikalau patut pada hukum syarak bunuh, tuanku: jangan duli tuanku aibi”
Akibat daripada rasa malu dan marah dengan perbuatan Raja Iskandar Syah dan perasaan itu
diluahkan melalui dialog di muka surat 69, Sulalatus Salatin yang berbunyi sebagaimana berikut:
“Jika sungguh sekalipun anak hamba berbuat jahat, bunuhlah ia; mengapakah diberi malu
demikian?”
Sang Rajuna Tapa kemudiannya telah bertindak menghantar surat kepada kerajaan Majapahit dan
menyatakan kesediaan untuk memberikan kerjasama membantu Majapahit mengalahkan Singapura. Sang
Rajuna Tapa adalah individu yang bertanggungjawab membuka pintu kota Singapura. Peristiwa ini
digambarkan didalam muka surat 69, Sulalatus Salatin yang berbunyi sebagaimana berikut:-
“Hatta, maka Sang Rajuna Tapa pun berkirim surat ke Majapahit, demikian ibunya, “Sang
Rajuna Tapa, bendahari Raja Singapura empunya sembah kepada Betara Majapahit, jikalau Betara
hendak mengalahkan Singapura, segeralah datang; hamba ada belot dalam negeri.”Setelah Betara
Majapahit mendengar bunyi surat Bendahari Singapura itu,maka baginda pun segera menyuruhnya
berlengkap tiga ratus jong, lain daripada banting dan jongkong, kelulos, tiada berbilang lagi; dua keti
rakyat Jawa yang pergi itu.”
Akibat daripada itu maka berlakulah peperangan antara Majapahit dengan Singapura sehingga
Singapura kalah dan peristiwa ini digambarkan di muka surat 70, Sulalatus Salatin yang berbunyi
sebagaimana berikut:
“Maka dikeluari oleh orang Singapura terlalu subur berperang; tetak menetak, parang-
memaran, tikam-menikam, serta dengan tempik-soraknya, gegak-gempita, tiada sangka bunyi lagi. Maka
darah ditengah peperangan itu seperti air sebak, merah rupanya pasir itu, datang sekarang ada
lagi.Maka patahlah perang orang Singapura, lalu sekaliannya undur masuk ke dalam kota; pintu kota
pun di tutup, dan di lawan berperang dari dalam kota kira-kira sebulan lamanya.
16
Maka oleh Sang Rajuna Tapa, beras dikatakannya tiada lagi. Maka titah Raja Iskandar Syah,
“Cari barang siapa yang ada berjual, jangan ditawar lagi.” Maka dicari secupak pun hendak dibeli
tiada orang berjual; dengan demikian orang Singapura pun letihlah, tiada terangkatkan senjatanya
lagi.Setelah dilihat oleh Sang Rajuna Tapa telah letihlah isi negeri Singapura itu, pada waktu malam
dibukannyalah pintu kota; maka masuklah rakyat Jawa.”
Kemenangan Majapahit keatas Singapura telah menyebabkan Raja Iskandar Syah melarikan diri
dari Singapura. Peristiwa ini digambarkan didalam muka surat 70 yang berbunyi sebagaimana berikut:-
“Maka Raja dengan segala para menteri hulubalang, sida-sida bentara sekalian pun berlepaslah
dibawa rakyat ke Seletar, lalu berjalan ke darat mengiringkan baginda.Maka Jawa pun kembalilah
dengan kemenangannya. “
Peristiwa yang berlaku ini bukan sahaja memberikan kesan kepada pemerintah iaitu Raja
Iskandar Syah yang kehilangan takhta dan kerajaannya tetapi juga mengakibatkan rakyat jelata menderita
akibat peperangan. Kejadian ini juga melibatkan Sang Rajuna Tapa mati akibat daripada perbuatan
khianatnya kepada pemerintah dan kejadian tersebut digambarkan dalam muka surat 70, Sulalatus Salatin
yang berbunyi sebagaimana berikut:-
“Adapun akan Sang Rajuna Tapa, dengan takdir Allah Taala menunjukkan kuasa-Nya, baharu
hendak mengambil beras, tiba-tiba rengkiang beras itu pun berbalik, jatuh ke parit, kaki tiangnya ke atas
dan bumbungnya ke bawah; Sang Rajuna Tapa pun jatuh tersungkur di tengah parit itu, laki bini menjadi
batu; ada datang sekarang dengan beras itu.”
2.2.3 Kezaliman pemerintahan Sultan Mahmud Syah 1
Selepas mangkatnya Sultan Alau’d-Din Riayat Syah takhta pemerintahan telah diambil alih oleh
anak baginda yang bernama Raja Mamadlah yang kemudian memakai nama gelaran Sultan Mahmud
Syah. Zaman pemerintahan Sultan Mahmus Syah adalah zaman bermulanya kejatuhan Empayar Melayu
Melaka.Baginda terkenal sebagai seorang yang kuat nafsu serakahnya terhadap perempuan dan
17
mengambil keputusan menjatuhkan hukuman bunuh keatas sesiapa sahaja yang tidak di sukai oleh
baginda. Sikap sembrono baginda mengundang satu rasa ketidakpuasan hati bukan sahaja dikalangan
rakyat jelata malah mendatangkan musibah kepada Melaka, negeri yang dipimpin olehnya.
Sikap buruk baginda terlihat apabila baginda mengadakan hubungan sulit dengan isteri Tun
Biajid, anak Laksamana Hang Tuah. Perbuatan baginda di zahirkan pada muka surat 193, Sulalatus
Salatin yang berbunyi sebagaimana berikut:
‘Sekali persetua Sultan Mahmud Syah bermain dengan isteri Tun Biajid, anak Laksamana Hang
Tuah; pada tatkala itu Tun Biajid tiada di rumah, pergi ke Merba, kerana Merba pegangannya. Maka
pada suatu malam Sultan Mahmud pergi ke rumah isteri Tun Biajid; setelah dinihari makan baginda pun
kembali.’
Perbuatan Baginda telah dapat diketahui oleh Tun Biajid apabila baginda yang hendak pulang ke
istana setelah bermukah dengan isteri Tun Biajid telah terserempak dengan Tun Biajid yang baru pulang
dari Merba. Perkara tersebut telah mendatangkan kemarahan yang amat sangat kepada Tun Biajid tetapi
kerana kesetiaan Tuan Biajid kepada Sultan Mahmud Syah, Tun Biajid hanya menimang-nimang
lembing tetapi tidak hendak di baling kepada baginda Sultan Mahmud Syah. Kejadian ini di zahirkan di
muka surat 193, Sulalatus Salatin yang berbunyi sebagaimana berikut:
‘ Maka Tun Biajid baru datang dari Merba diringkan oleh dengan Sultan Mahmud Syah yang
kembali dari rumah isterinya. Maka Tun Biajid pun tahu akan Sultan Mahmud bermain dengan isterinya
iitu; jikalau hendak dibunuhnya pada masa itu dapat, kerana tiada orang yang mengiringkan baginda;
daripada ia hamba Melayu, tiada ia mahu mengubahkan setianya, sekadar lembingnya di timang-
timangnya, katanya,
“Hei Sultan Mahmud, demikiankah pekerjaan tuan hamba akan hamba? Sayang tuan hamba
tuan kepada hamba, jikalai tuan hamba bukannya tuan kepada hamba, jika tidak lembing ini
kuterbangkan didada itu, ubah nama si Biajid anak Laksamana Hang Tuah”
18
Didalam kejadian ini Sultan Mahmud Syah tanpa segan silu mengakui kesalahan yang
dilakukannya setelah melihat kemarahan Tun Biajid dengan mengeluarkan kata-kata sebagaimana
berikut:
“Jangan kamu semua marah, kerana katanya itu benar, kita sedia salah kepadanya; pada
hukumnya patut kita dibunuhnya, daripada ia hamba Melayu, tiada ia mau derhaka, maka demikian
lakunya”
Perbuatan yang dilakukan oleh Sultan Mahmud Syah keatas Tun Biajid bukan sahaja
menyebabkan rumahtanggan Tun Biajid rosak tetapi malah menghilangkan rasa hormat Tun Biajid
kepada baginda. Tun Biajid telah bertindak menceraikan isteri bagindadengan talak dan enggan datang
mengadap dan berkhidmat kepada baginda Sultan Mahmud Syah lagi. Peristiwa ini digambarkan pada
muka surat 193, Sulalatus Salatin yang berbunyi sebagaimana berikut:
“Maka oleh Tuan Biajid isterinya di talaknya, dan ia pun tiadalah mahu mengadap dan bekerja
lagi. Maka oleh Sultan Mahmud Tun Biajid dipanggil baginda, maka Tun Biajid datang mengadap maka
gundek baginda yang bernama Tun Iran Sendari, dianugerahkan baginda kepada Tun Biajid. Maka
diambil oleh Tun Biajid akan Tun Iram Sendari itu diperisterikannya. Sungguhpun demikian, tiada juga
Tun Biajid mau ke majlis; jika dititahkan, dari rumahnya turun ke perahu lalu pergilah ia”
Sikap serakah Sultan Mahud Syah terhadap perempuan tidak berhenti setakat disitu. Baginda
mengadakan hubungan sulit dengan seorang perempuan bernama Tun Dewi dan dalam masa yang sama
baginda dapati Tun Ali Sandang juga mempunyai hubungan dengan Tun Dewi. Baginda telah menitahkan
Tun Isap untuk membunuh Tun Ali Sandang. Peristiwa ini digambarkan sebagaimana di muka surat 194
Sulalatus Salatin yang berbunyi sebagaimana berikut:-
“Pada suatu malam, Sultan Mahmud Syah pergi ke rumah seorang perempuan, Tun Dewi
namanya. Maka didapati baginda Tun Ali Sandang ada di sana; maka Sultan Mahmud pun berbalik,
baginda menoleh ke belakang, dilihat bagunda Tun Isap, anak Tun Abu Yazid, cucu Tun Abu Sayid, cicit
19
Seri Udana, ada mengiring baginda. Maka oleh Sultan Mahmud diambil baginda sirih di puan,
dianugerahkan pada Tun Isap. Maka Tun Isap pun fikir pada hatinya,
‘Apa gerangan ertinya Yang Dipertuan memberi aku sirih di puan ini? Pada bicaraku entah
Yang Dipertuan menyuruh membunuh Tun Ali Sandang gerangan?’
Kerana pada zaman dahulu kala sirih di puan raja itu terlalu mulia, tiada barang-barang orang
di anugerahkan raja; barang siapa dianugerah sirih daripada puan itu tandanya kurnialah akan orang
itu.”
Tun Isap yang menerima titah perintah Sultan Mahmud Syah dan telah menikam dada Tun Ali
Sandang sehingga menyebabkan kematian. Kejadian ini di tunjukkan dalam muka surat 194, Sulalatus
Salatin yang berbunyi sebagaimana berikut:-
“Setelah demikian fikir Tun Isap, maka Tun Isap berbalik ke rumah Tun Dewi, lalu dinaikinya.
Maka di tikamnya Tun Ali kena dadanya terus, lalu mati. Telah Tun Ali Sandang sudah mati, maka Tun
Isap pun turun mengadap Sultan Mahmud……..”
Perbuatan Sultan Mahmud Syah jelas telah melanggar wa’ad diantara pemerintah dengan rakyat.
Ianya bukan sahaja memudaratkan baginda malah peristiwa-peristiwa yang berlaku menjadi rentetan
kepada kejatuhan kerajaan Empayar Melayu Melaka pada ketika itu.
20
3. ULASAN
Kesultanan Melayu Melaka diagungkan sebagai sebuah empayar yang mempunyai jajahan takluk
yang luas dan mempunyai sistem pemerintahan dan ketatanegaraan yang kuat berdasarkan pemerintahan
yang dijalankan oleh Sultan atau Raja. Ianya bermula dari zaman pemerintahan Raja Iskandar Syah dan
berakhir dengan pemerintahan Sultan Mahmud Syah. Warisan pemerintahan yang diketuai oleh Sultan
atau Raja masih diikuti sehingga hari ini dan diamalkan di negeri-negeri di Malaysia dengan corak
pemerintahan demokrasi berdasarkan Raja Berperlembagaan.
Gagasan perjuangan rakyat untuk membela tanah air dan mempertahankan kesetiaan kepada Sultan
@ Raja masih berlandaskan wa’ad atau perjanjian yang terbina sejak zaman Melayu Melaka. Walaupun
menempuh kegagalan dan penaklukan penjajah yang bermula sejak tahun 1511, rakyat tidak pernah jemu
untuk meneruskan perjuagan membela tanah air dan mempertahankan bumi Melayu sehingga Tanah
Melayu mencapai kemerdekaan pada tahun 1957.
Sulalatus Salatin memberikan ilham kepada pemimpin baru selepas kejatuhan empayar Melayu
Melaka memperjuangkan kemerdekaan Negara dan memperjuangkan hak orang Melayu sebagai
penduduk asal Tanah Melayu. Selepas berjaya mendapatkan kemerdekaan pada tahun 1957, Sultan dan
Raja Melayu pada masa itu berusaha mengabungkan semua negeri dalam sebuah Negara baru yang
dikenali dengan Persekutuan Tanah Melayu yang mengiktiraf Sultan atau Raja sebagai Ketua Negeri dan
menjamin keselamatan serta menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa Kebangsaan dan agama Islam
sebagai agama rasmi Negara serta menjaga hak-hak dan keistemewaan orang Melayu.
Kini, selepas 62 tahun mencapai kemerdekaan Perlembagaan Persekutuan menjadi nadi kepada
pemerintahan Negara bagi menjamin kemerdekaan dan keamanan terus dicapai.
21
4. PENUTUP
Sulalatus Salatin adalah sebuah karya agung Melayu yang boleh di kaji dari apa juga perspektif.
Walaubagaimana pun, sesiapa juga tidak akan mampu untuk melarikan diri daripada menyempurnakan
dan menegakkan keadilan dan kebesaran Tuhan di muka bumi ini walaupun sistem pemerintahan dan
pentadbiran serta sosio-politik sudah berubah kepada rakyat.
Melalui ulasan yang dibuat berdasarkan peristiwa-peristiwa yang berlaku, jelas dapat di lihat
kewujudkan kepentingan pada pematuhan wa’ad dan wa’adat yang mana ianya bukan sahaja menjamin
kelancaran pemerintahan oleh Sultan @ Raja malah memberikan satu kehidupan yang aman dan harmoni
kepada rakyat jelata.
Pelanggaran wa’ad atau wa’adat jelas menunjukkan ianya mendatangkan musibah kepada
pemerintah sehingga menyebabkan bukan sahaja kehilangan takhta pemerintahan malah kehilangan
kepercayaan rakyat jelata. Ia juga menyebabkan negara mengalami porak peranda dan musibah berterusan
kepada rakyat jelata.
Pelbagai pengajaran dan pembelajaran dapat di kupas melalui isu-isu yang ditimbulkan di dalam
jalan penceritaan yang baik dengan mengupas perbuatan dan karenah pihak pemerintah malah juga rakyat
yang menjadi sesuatu yang ilmiah untuk di kaji sesuai dengan pengiktirafan karya agung yang diberikan
kepada karya Sulalatus Salatin.
22
5. RUJUKAN
A. Samad Ahmad, 2018, Sulalatus Salatin, DBP, Kuala Lumpur
Ali Ahmad, 1977, Kajian Sejarah Melayu, Fajar Bakti Sdn Bhd, Petaling Jaya, Selangor
Haron Daud, 1993, Sejarah Melayu, Satu Kajian daripada Aspek Pensejarahan Budaya, DBP,
Kuala Lumpur
W.G.Shellabear. 1975. Sejarah Melayu, Fajar Baktu Sdn Bhd, Petaling Jaya, Selangor

More Related Content

What's hot

BM P1: Bahan bukti penggunaan bahasa melayu klasik
BM P1: Bahan bukti penggunaan bahasa melayu klasikBM P1: Bahan bukti penggunaan bahasa melayu klasik
BM P1: Bahan bukti penggunaan bahasa melayu klasikFairuz Alwi
 
Bab 15 faktor faktor perang candu pertama dan kedua
Bab 15 faktor faktor perang candu pertama dan keduaBab 15 faktor faktor perang candu pertama dan kedua
Bab 15 faktor faktor perang candu pertama dan keduaMuhamad Saifullah
 
Bandingkan ciri ciri masyarakat feudal di england dengan jepun
Bandingkan ciri ciri masyarakat feudal di england dengan jepunBandingkan ciri ciri masyarakat feudal di england dengan jepun
Bandingkan ciri ciri masyarakat feudal di england dengan jepunJimmy Mogolid
 
Reaksi Masyarakat China Terhadap Perluasan Barat & Kesan Penjajahan Barat
Reaksi Masyarakat China Terhadap Perluasan Barat & Kesan Penjajahan BaratReaksi Masyarakat China Terhadap Perluasan Barat & Kesan Penjajahan Barat
Reaksi Masyarakat China Terhadap Perluasan Barat & Kesan Penjajahan Barathasfazera hassan
 
3.1.2.2 pertanian di belanda dan england abad ke 17-18
3.1.2.2 pertanian di belanda dan england  abad ke 17-183.1.2.2 pertanian di belanda dan england  abad ke 17-18
3.1.2.2 pertanian di belanda dan england abad ke 17-18Karsodikromo Yatiman
 
Asal-usul dan Perkembangan Kampung Lendu di Alor Gajah dari Tahun 1980 hingga...
Asal-usul dan Perkembangan Kampung Lendu di Alor Gajah dari Tahun 1980 hingga...Asal-usul dan Perkembangan Kampung Lendu di Alor Gajah dari Tahun 1980 hingga...
Asal-usul dan Perkembangan Kampung Lendu di Alor Gajah dari Tahun 1980 hingga...SyazwaniHamzah1
 
sejarah penggal 2 stpm-Pengubahsuaian di indonesia
sejarah penggal 2 stpm-Pengubahsuaian di indonesia sejarah penggal 2 stpm-Pengubahsuaian di indonesia
sejarah penggal 2 stpm-Pengubahsuaian di indonesia Syazwani Idris
 
Bahasa Melayu Moden Zaman Pramerdeka
Bahasa Melayu Moden Zaman PramerdekaBahasa Melayu Moden Zaman Pramerdeka
Bahasa Melayu Moden Zaman Pramerdekahisyamrani
 
Langkah langkah yang diambil Bismark di Jerman selepas 1871
Langkah langkah yang diambil Bismark di Jerman selepas 1871Langkah langkah yang diambil Bismark di Jerman selepas 1871
Langkah langkah yang diambil Bismark di Jerman selepas 1871azam_hazel
 
Pengenalan revolusi china
Pengenalan revolusi chinaPengenalan revolusi china
Pengenalan revolusi chinaNoha Fiq
 
Masyarakat agraria di china (stpm sej sem 1)
Masyarakat agraria di china (stpm sej sem 1)Masyarakat agraria di china (stpm sej sem 1)
Masyarakat agraria di china (stpm sej sem 1)azam_hazel
 
Pendidikan tamadun awal
Pendidikan tamadun awalPendidikan tamadun awal
Pendidikan tamadun awalpienasapina
 
Tema 3 kemajuan pendidikan jerman
Tema 3 kemajuan pendidikan jermanTema 3 kemajuan pendidikan jerman
Tema 3 kemajuan pendidikan jermanaseojjhy
 
Pertikaian raja berkuasa mutlak dan raja berpelembagaan
Pertikaian raja berkuasa mutlak dan raja berpelembagaanPertikaian raja berkuasa mutlak dan raja berpelembagaan
Pertikaian raja berkuasa mutlak dan raja berpelembagaansmk batu sapi
 
kesan Perang dunia pertama
kesan Perang dunia pertamakesan Perang dunia pertama
kesan Perang dunia pertamaNoha Fiq
 
3.1.2.1 perdagangan dan perniagaan portugal dan belanda
3.1.2.1 perdagangan dan perniagaan portugal dan belanda3.1.2.1 perdagangan dan perniagaan portugal dan belanda
3.1.2.1 perdagangan dan perniagaan portugal dan belandaKarsodikromo Yatiman
 
STPM SEM 1 SEJARAH TEMA 4 PERANG DUNIA PERTAMA(1914-1918)
STPM SEM 1 SEJARAH TEMA 4 PERANG DUNIA PERTAMA(1914-1918)STPM SEM 1 SEJARAH TEMA 4 PERANG DUNIA PERTAMA(1914-1918)
STPM SEM 1 SEJARAH TEMA 4 PERANG DUNIA PERTAMA(1914-1918)NurZahidah22
 
Sistem Sosial Bab 3 STPM Penggal 3
 Sistem Sosial  Bab 3 STPM Penggal 3 Sistem Sosial  Bab 3 STPM Penggal 3
Sistem Sosial Bab 3 STPM Penggal 3naddy sulaiman
 
Nota STPM : Sejarah : Negara Kesatuan dan Persekutuan
Nota STPM : Sejarah : Negara Kesatuan dan Persekutuan Nota STPM : Sejarah : Negara Kesatuan dan Persekutuan
Nota STPM : Sejarah : Negara Kesatuan dan Persekutuan Ara Dot
 

What's hot (20)

BM P1: Bahan bukti penggunaan bahasa melayu klasik
BM P1: Bahan bukti penggunaan bahasa melayu klasikBM P1: Bahan bukti penggunaan bahasa melayu klasik
BM P1: Bahan bukti penggunaan bahasa melayu klasik
 
Bab 15 faktor faktor perang candu pertama dan kedua
Bab 15 faktor faktor perang candu pertama dan keduaBab 15 faktor faktor perang candu pertama dan kedua
Bab 15 faktor faktor perang candu pertama dan kedua
 
Bandingkan ciri ciri masyarakat feudal di england dengan jepun
Bandingkan ciri ciri masyarakat feudal di england dengan jepunBandingkan ciri ciri masyarakat feudal di england dengan jepun
Bandingkan ciri ciri masyarakat feudal di england dengan jepun
 
Reaksi Masyarakat China Terhadap Perluasan Barat & Kesan Penjajahan Barat
Reaksi Masyarakat China Terhadap Perluasan Barat & Kesan Penjajahan BaratReaksi Masyarakat China Terhadap Perluasan Barat & Kesan Penjajahan Barat
Reaksi Masyarakat China Terhadap Perluasan Barat & Kesan Penjajahan Barat
 
3.1.2.2 pertanian di belanda dan england abad ke 17-18
3.1.2.2 pertanian di belanda dan england  abad ke 17-183.1.2.2 pertanian di belanda dan england  abad ke 17-18
3.1.2.2 pertanian di belanda dan england abad ke 17-18
 
Asal-usul dan Perkembangan Kampung Lendu di Alor Gajah dari Tahun 1980 hingga...
Asal-usul dan Perkembangan Kampung Lendu di Alor Gajah dari Tahun 1980 hingga...Asal-usul dan Perkembangan Kampung Lendu di Alor Gajah dari Tahun 1980 hingga...
Asal-usul dan Perkembangan Kampung Lendu di Alor Gajah dari Tahun 1980 hingga...
 
sejarah penggal 2 stpm-Pengubahsuaian di indonesia
sejarah penggal 2 stpm-Pengubahsuaian di indonesia sejarah penggal 2 stpm-Pengubahsuaian di indonesia
sejarah penggal 2 stpm-Pengubahsuaian di indonesia
 
Syair ikan terubuk
Syair ikan terubukSyair ikan terubuk
Syair ikan terubuk
 
Bahasa Melayu Moden Zaman Pramerdeka
Bahasa Melayu Moden Zaman PramerdekaBahasa Melayu Moden Zaman Pramerdeka
Bahasa Melayu Moden Zaman Pramerdeka
 
Langkah langkah yang diambil Bismark di Jerman selepas 1871
Langkah langkah yang diambil Bismark di Jerman selepas 1871Langkah langkah yang diambil Bismark di Jerman selepas 1871
Langkah langkah yang diambil Bismark di Jerman selepas 1871
 
Pengenalan revolusi china
Pengenalan revolusi chinaPengenalan revolusi china
Pengenalan revolusi china
 
Masyarakat agraria di china (stpm sej sem 1)
Masyarakat agraria di china (stpm sej sem 1)Masyarakat agraria di china (stpm sej sem 1)
Masyarakat agraria di china (stpm sej sem 1)
 
Pendidikan tamadun awal
Pendidikan tamadun awalPendidikan tamadun awal
Pendidikan tamadun awal
 
Tema 3 kemajuan pendidikan jerman
Tema 3 kemajuan pendidikan jermanTema 3 kemajuan pendidikan jerman
Tema 3 kemajuan pendidikan jerman
 
Pertikaian raja berkuasa mutlak dan raja berpelembagaan
Pertikaian raja berkuasa mutlak dan raja berpelembagaanPertikaian raja berkuasa mutlak dan raja berpelembagaan
Pertikaian raja berkuasa mutlak dan raja berpelembagaan
 
kesan Perang dunia pertama
kesan Perang dunia pertamakesan Perang dunia pertama
kesan Perang dunia pertama
 
3.1.2.1 perdagangan dan perniagaan portugal dan belanda
3.1.2.1 perdagangan dan perniagaan portugal dan belanda3.1.2.1 perdagangan dan perniagaan portugal dan belanda
3.1.2.1 perdagangan dan perniagaan portugal dan belanda
 
STPM SEM 1 SEJARAH TEMA 4 PERANG DUNIA PERTAMA(1914-1918)
STPM SEM 1 SEJARAH TEMA 4 PERANG DUNIA PERTAMA(1914-1918)STPM SEM 1 SEJARAH TEMA 4 PERANG DUNIA PERTAMA(1914-1918)
STPM SEM 1 SEJARAH TEMA 4 PERANG DUNIA PERTAMA(1914-1918)
 
Sistem Sosial Bab 3 STPM Penggal 3
 Sistem Sosial  Bab 3 STPM Penggal 3 Sistem Sosial  Bab 3 STPM Penggal 3
Sistem Sosial Bab 3 STPM Penggal 3
 
Nota STPM : Sejarah : Negara Kesatuan dan Persekutuan
Nota STPM : Sejarah : Negara Kesatuan dan Persekutuan Nota STPM : Sejarah : Negara Kesatuan dan Persekutuan
Nota STPM : Sejarah : Negara Kesatuan dan Persekutuan
 

Similar to Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu).pdf

Karya Klasik Hikayat Merong Mahawangsa
Karya Klasik Hikayat Merong MahawangsaKarya Klasik Hikayat Merong Mahawangsa
Karya Klasik Hikayat Merong Mahawangsanorhafizahabdrahim
 
Hikayat merong-mahawangsa
Hikayat merong-mahawangsaHikayat merong-mahawangsa
Hikayat merong-mahawangsamira dyla
 
Sumpah keramat dan mubaya'ah
Sumpah keramat dan mubaya'ahSumpah keramat dan mubaya'ah
Sumpah keramat dan mubaya'ahHazim Hg
 
KARYA MODEN
KARYA MODENKARYA MODEN
KARYA MODENAT05F
 
Pembentangan Hikayat Merong Mahawangsa
Pembentangan Hikayat Merong MahawangsaPembentangan Hikayat Merong Mahawangsa
Pembentangan Hikayat Merong MahawangsaNurul Amira Ali
 
Karya Agung Melayu (Misa Melayu)
Karya Agung Melayu (Misa Melayu)Karya Agung Melayu (Misa Melayu)
Karya Agung Melayu (Misa Melayu)zaidatol zulkiflly
 
Sistem feudalisme
Sistem feudalismeSistem feudalisme
Sistem feudalismeahmadsupu
 
10. jodoh rajawali
10. jodoh rajawali10. jodoh rajawali
10. jodoh rajawaliDody Irawan
 
Kerja kursus titas ibn khaldun
Kerja kursus titas ibn khaldunKerja kursus titas ibn khaldun
Kerja kursus titas ibn khaldunSuhada Sohot
 
Power point-merong
Power point-merongPower point-merong
Power point-merongkelantan999
 
Power point-merong 1
Power point-merong 1Power point-merong 1
Power point-merong 1cikgurusdi
 
Sejarah Melayu
Sejarah MelayuSejarah Melayu
Sejarah MelayuCt Atikah
 
Sultan alauddin riayat syah
Sultan alauddin riayat syahSultan alauddin riayat syah
Sultan alauddin riayat syahHaslisa Hariono
 
KESULTANAN DELI ZAMAN PRA KOLONIAL
KESULTANAN DELI  ZAMAN PRA KOLONIALKESULTANAN DELI  ZAMAN PRA KOLONIAL
KESULTANAN DELI ZAMAN PRA KOLONIALWahyuHatta1
 
adat pepatih dan temenggung karya agung
adat pepatih dan temenggung karya agungadat pepatih dan temenggung karya agung
adat pepatih dan temenggung karya agungnornadiya
 
Adat perpatih amat sinonim dengan negeri sembilan darul khusus1111
Adat perpatih amat sinonim dengan negeri sembilan darul khusus1111Adat perpatih amat sinonim dengan negeri sembilan darul khusus1111
Adat perpatih amat sinonim dengan negeri sembilan darul khusus1111Normala Salleh
 
T2 BAB 9 9.1 WARISAN KERAJAAN KEDAH, KELANTAN DAN PERLIS
T2 BAB 9 9.1 WARISAN KERAJAAN KEDAH, KELANTAN DAN PERLIST2 BAB 9 9.1 WARISAN KERAJAAN KEDAH, KELANTAN DAN PERLIS
T2 BAB 9 9.1 WARISAN KERAJAAN KEDAH, KELANTAN DAN PERLISTeh Boon Siang
 
Kerajaan kerajaan melayu
Kerajaan kerajaan melayuKerajaan kerajaan melayu
Kerajaan kerajaan melayuisharsmiaa
 

Similar to Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu).pdf (20)

Karya Klasik Hikayat Merong Mahawangsa
Karya Klasik Hikayat Merong MahawangsaKarya Klasik Hikayat Merong Mahawangsa
Karya Klasik Hikayat Merong Mahawangsa
 
Hikayat merong-mahawangsa
Hikayat merong-mahawangsaHikayat merong-mahawangsa
Hikayat merong-mahawangsa
 
Sumpah keramat dan mubaya'ah
Sumpah keramat dan mubaya'ahSumpah keramat dan mubaya'ah
Sumpah keramat dan mubaya'ah
 
KARYA MODEN
KARYA MODENKARYA MODEN
KARYA MODEN
 
Pembentangan Hikayat Merong Mahawangsa
Pembentangan Hikayat Merong MahawangsaPembentangan Hikayat Merong Mahawangsa
Pembentangan Hikayat Merong Mahawangsa
 
Karya Agung Melayu (Misa Melayu)
Karya Agung Melayu (Misa Melayu)Karya Agung Melayu (Misa Melayu)
Karya Agung Melayu (Misa Melayu)
 
Sistem feudalisme
Sistem feudalismeSistem feudalisme
Sistem feudalisme
 
Sejarah kelantan
Sejarah kelantanSejarah kelantan
Sejarah kelantan
 
Negeri-negeri Melayu Baru
Negeri-negeri Melayu BaruNegeri-negeri Melayu Baru
Negeri-negeri Melayu Baru
 
10. jodoh rajawali
10. jodoh rajawali10. jodoh rajawali
10. jodoh rajawali
 
Kerja kursus titas ibn khaldun
Kerja kursus titas ibn khaldunKerja kursus titas ibn khaldun
Kerja kursus titas ibn khaldun
 
Power point-merong
Power point-merongPower point-merong
Power point-merong
 
Power point-merong 1
Power point-merong 1Power point-merong 1
Power point-merong 1
 
Sejarah Melayu
Sejarah MelayuSejarah Melayu
Sejarah Melayu
 
Sultan alauddin riayat syah
Sultan alauddin riayat syahSultan alauddin riayat syah
Sultan alauddin riayat syah
 
KESULTANAN DELI ZAMAN PRA KOLONIAL
KESULTANAN DELI  ZAMAN PRA KOLONIALKESULTANAN DELI  ZAMAN PRA KOLONIAL
KESULTANAN DELI ZAMAN PRA KOLONIAL
 
adat pepatih dan temenggung karya agung
adat pepatih dan temenggung karya agungadat pepatih dan temenggung karya agung
adat pepatih dan temenggung karya agung
 
Adat perpatih amat sinonim dengan negeri sembilan darul khusus1111
Adat perpatih amat sinonim dengan negeri sembilan darul khusus1111Adat perpatih amat sinonim dengan negeri sembilan darul khusus1111
Adat perpatih amat sinonim dengan negeri sembilan darul khusus1111
 
T2 BAB 9 9.1 WARISAN KERAJAAN KEDAH, KELANTAN DAN PERLIS
T2 BAB 9 9.1 WARISAN KERAJAAN KEDAH, KELANTAN DAN PERLIST2 BAB 9 9.1 WARISAN KERAJAAN KEDAH, KELANTAN DAN PERLIS
T2 BAB 9 9.1 WARISAN KERAJAAN KEDAH, KELANTAN DAN PERLIS
 
Kerajaan kerajaan melayu
Kerajaan kerajaan melayuKerajaan kerajaan melayu
Kerajaan kerajaan melayu
 

Recently uploaded

AKSI NYATA MODUL 1.2-1 untuk pendidikan guru penggerak.pptx
AKSI NYATA MODUL 1.2-1 untuk pendidikan guru penggerak.pptxAKSI NYATA MODUL 1.2-1 untuk pendidikan guru penggerak.pptx
AKSI NYATA MODUL 1.2-1 untuk pendidikan guru penggerak.pptxWirionSembiring2
 
tugas 1 tutorial online anak berkebutuhan khusus di SD
tugas 1 tutorial online anak berkebutuhan khusus di SDtugas 1 tutorial online anak berkebutuhan khusus di SD
tugas 1 tutorial online anak berkebutuhan khusus di SDmawan5982
 
DESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptx
DESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptxDESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptx
DESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptxFuzaAnggriana
 
ppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 ppt
ppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 pptppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 ppt
ppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 pptArkhaRega1
 
soal AKM Mata Pelajaran PPKN kelas .pptx
soal AKM Mata Pelajaran PPKN kelas .pptxsoal AKM Mata Pelajaran PPKN kelas .pptx
soal AKM Mata Pelajaran PPKN kelas .pptxazhari524
 
tugas 1 anak berkebutihan khusus pelajaran semester 6 jawaban tuton 1.docx
tugas 1 anak berkebutihan khusus pelajaran semester 6 jawaban tuton 1.docxtugas 1 anak berkebutihan khusus pelajaran semester 6 jawaban tuton 1.docx
tugas 1 anak berkebutihan khusus pelajaran semester 6 jawaban tuton 1.docxmawan5982
 
Paparan Refleksi Lokakarya program sekolah penggerak.pptx
Paparan Refleksi Lokakarya program sekolah penggerak.pptxPaparan Refleksi Lokakarya program sekolah penggerak.pptx
Paparan Refleksi Lokakarya program sekolah penggerak.pptxIgitNuryana13
 
PPT Integrasi Islam & Ilmu Pengetahuan.pptx
PPT Integrasi Islam & Ilmu Pengetahuan.pptxPPT Integrasi Islam & Ilmu Pengetahuan.pptx
PPT Integrasi Islam & Ilmu Pengetahuan.pptxnerow98
 
Kelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdf
Kelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdfKelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdf
Kelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdfCloverash1
 
Aksi nyata Malaikat Kebaikan [Guru].pptx
Aksi nyata Malaikat Kebaikan [Guru].pptxAksi nyata Malaikat Kebaikan [Guru].pptx
Aksi nyata Malaikat Kebaikan [Guru].pptxsdn3jatiblora
 
JAWAPAN BAB 1 DAN BAB 2 SAINS TINGKATAN 5
JAWAPAN BAB 1 DAN BAB 2 SAINS TINGKATAN 5JAWAPAN BAB 1 DAN BAB 2 SAINS TINGKATAN 5
JAWAPAN BAB 1 DAN BAB 2 SAINS TINGKATAN 5ssuserd52993
 
Materi Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptx
Materi Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptxMateri Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptx
Materi Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptxRezaWahyuni6
 
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase B
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase BModul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase B
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase BAbdiera
 
KONSEP KEBUTUHAN AKTIVITAS DAN LATIHAN.pptx
KONSEP KEBUTUHAN AKTIVITAS DAN LATIHAN.pptxKONSEP KEBUTUHAN AKTIVITAS DAN LATIHAN.pptx
KONSEP KEBUTUHAN AKTIVITAS DAN LATIHAN.pptxawaldarmawan3
 
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 PENDIDIKAN GURU PENGGERAK
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 PENDIDIKAN GURU PENGGERAKDEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 PENDIDIKAN GURU PENGGERAK
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 PENDIDIKAN GURU PENGGERAKirwan461475
 
aku-dan-kebutuhanku-Kelas 4 SD Mapel IPAS
aku-dan-kebutuhanku-Kelas 4 SD Mapel IPASaku-dan-kebutuhanku-Kelas 4 SD Mapel IPAS
aku-dan-kebutuhanku-Kelas 4 SD Mapel IPASreskosatrio1
 
Bab 6 Kreatif Mengungap Rasa dan Realitas.pdf
Bab 6 Kreatif Mengungap Rasa dan Realitas.pdfBab 6 Kreatif Mengungap Rasa dan Realitas.pdf
Bab 6 Kreatif Mengungap Rasa dan Realitas.pdfbibizaenab
 
Aksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru Penggerak
Aksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru PenggerakAksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru Penggerak
Aksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru Penggeraksupriadi611
 
Tugas 1 pembaruan dlm pembelajaran jawaban tugas tuton 1.docx
Tugas 1 pembaruan dlm pembelajaran jawaban tugas tuton 1.docxTugas 1 pembaruan dlm pembelajaran jawaban tugas tuton 1.docx
Tugas 1 pembaruan dlm pembelajaran jawaban tugas tuton 1.docxmawan5982
 
Kelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdf
Kelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdfKelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdf
Kelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdftsaniasalftn18
 

Recently uploaded (20)

AKSI NYATA MODUL 1.2-1 untuk pendidikan guru penggerak.pptx
AKSI NYATA MODUL 1.2-1 untuk pendidikan guru penggerak.pptxAKSI NYATA MODUL 1.2-1 untuk pendidikan guru penggerak.pptx
AKSI NYATA MODUL 1.2-1 untuk pendidikan guru penggerak.pptx
 
tugas 1 tutorial online anak berkebutuhan khusus di SD
tugas 1 tutorial online anak berkebutuhan khusus di SDtugas 1 tutorial online anak berkebutuhan khusus di SD
tugas 1 tutorial online anak berkebutuhan khusus di SD
 
DESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptx
DESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptxDESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptx
DESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptx
 
ppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 ppt
ppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 pptppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 ppt
ppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 ppt
 
soal AKM Mata Pelajaran PPKN kelas .pptx
soal AKM Mata Pelajaran PPKN kelas .pptxsoal AKM Mata Pelajaran PPKN kelas .pptx
soal AKM Mata Pelajaran PPKN kelas .pptx
 
tugas 1 anak berkebutihan khusus pelajaran semester 6 jawaban tuton 1.docx
tugas 1 anak berkebutihan khusus pelajaran semester 6 jawaban tuton 1.docxtugas 1 anak berkebutihan khusus pelajaran semester 6 jawaban tuton 1.docx
tugas 1 anak berkebutihan khusus pelajaran semester 6 jawaban tuton 1.docx
 
Paparan Refleksi Lokakarya program sekolah penggerak.pptx
Paparan Refleksi Lokakarya program sekolah penggerak.pptxPaparan Refleksi Lokakarya program sekolah penggerak.pptx
Paparan Refleksi Lokakarya program sekolah penggerak.pptx
 
PPT Integrasi Islam & Ilmu Pengetahuan.pptx
PPT Integrasi Islam & Ilmu Pengetahuan.pptxPPT Integrasi Islam & Ilmu Pengetahuan.pptx
PPT Integrasi Islam & Ilmu Pengetahuan.pptx
 
Kelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdf
Kelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdfKelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdf
Kelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdf
 
Aksi nyata Malaikat Kebaikan [Guru].pptx
Aksi nyata Malaikat Kebaikan [Guru].pptxAksi nyata Malaikat Kebaikan [Guru].pptx
Aksi nyata Malaikat Kebaikan [Guru].pptx
 
JAWAPAN BAB 1 DAN BAB 2 SAINS TINGKATAN 5
JAWAPAN BAB 1 DAN BAB 2 SAINS TINGKATAN 5JAWAPAN BAB 1 DAN BAB 2 SAINS TINGKATAN 5
JAWAPAN BAB 1 DAN BAB 2 SAINS TINGKATAN 5
 
Materi Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptx
Materi Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptxMateri Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptx
Materi Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptx
 
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase B
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase BModul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase B
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase B
 
KONSEP KEBUTUHAN AKTIVITAS DAN LATIHAN.pptx
KONSEP KEBUTUHAN AKTIVITAS DAN LATIHAN.pptxKONSEP KEBUTUHAN AKTIVITAS DAN LATIHAN.pptx
KONSEP KEBUTUHAN AKTIVITAS DAN LATIHAN.pptx
 
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 PENDIDIKAN GURU PENGGERAK
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 PENDIDIKAN GURU PENGGERAKDEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 PENDIDIKAN GURU PENGGERAK
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 PENDIDIKAN GURU PENGGERAK
 
aku-dan-kebutuhanku-Kelas 4 SD Mapel IPAS
aku-dan-kebutuhanku-Kelas 4 SD Mapel IPASaku-dan-kebutuhanku-Kelas 4 SD Mapel IPAS
aku-dan-kebutuhanku-Kelas 4 SD Mapel IPAS
 
Bab 6 Kreatif Mengungap Rasa dan Realitas.pdf
Bab 6 Kreatif Mengungap Rasa dan Realitas.pdfBab 6 Kreatif Mengungap Rasa dan Realitas.pdf
Bab 6 Kreatif Mengungap Rasa dan Realitas.pdf
 
Aksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru Penggerak
Aksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru PenggerakAksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru Penggerak
Aksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru Penggerak
 
Tugas 1 pembaruan dlm pembelajaran jawaban tugas tuton 1.docx
Tugas 1 pembaruan dlm pembelajaran jawaban tugas tuton 1.docxTugas 1 pembaruan dlm pembelajaran jawaban tugas tuton 1.docx
Tugas 1 pembaruan dlm pembelajaran jawaban tugas tuton 1.docx
 
Kelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdf
Kelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdfKelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdf
Kelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdf
 

Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu).pdf

  • 1. 0 JMK214 / 4 JMK214TG1 KAJIAN TEKS MELAYU KLASIK TERPILIH SELECTED STUDIES OF MALAY CLASSICAL TEXTS Academic Session 2019/2020 TUGASAN TG1 Name IDORA BT OMAR Matric No. JM/13398/18 IC No. 751002016768 Regional Centre MELAKA Phone No. House : H/P: 012-2743555 751002016768
  • 2. 1 NOTE : 1. Please use this form as the FRONT COVER of your assignment. AS : Please use blue colour cover LR : Please use yellow colour cover 2. Complete all details. 3. Without the barcode, your assignment cannot be recorded by the computer system.
  • 3. 2 Perkara Muka surat 1. Pengenalan 3-4 2. Wa’ad dan wa’adat 5-19 3. Ulasan 20 4. Penutup 21 5. Rujukan 22
  • 4. 3 1. PENGENALAN Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu) adalah satu karya agung sastera yang mengambarkan keadaan hidup bangsa Melayu yang terdiri daripada golongan Raja-raja Melayu yang memerintah, adat istiadat, kepahlawanan dan kesetiaan rakyat serta perhubungan serumpun semasa zaman kegemilangan Empayar Kesultanan Melayu Melaka pada abad yang ke -15. Naskah ini dikatakan telah ditulis pada zaman Kesultanan Melayu Melaka dan ditulis semula oleh Tun Seri Lanang di Johor pada awal abad ke-17. Walaubagaimanapun, ada pendapat yang mengatakan apabila Portugis menakluk Melaka, salinan Sejarah Melayu yang ditulis di Melaka telah dibawa ke Goa semasa Sultan Mahmud Syah berundur dari Melaka pada tahun 1511. Naskhah asal ini kemudian dibawa ke Johor dari Kampar, Sumatera pada tahun 1528. Teks yang wujud pada masa kini dipercayai berasal sejak tahun 1356, dan disunting semula pada 1612. Portugis dikatakan merampas naskhah asal Sejarah Melayu pada tahun 1536 semasa menyerang Johor Lama dan naskhah ini kemudian dibawa balik ke Johor semula oleh Orang Kaya Suguh. Selain daripada itu, terdapat percanggahan pendapat mengenai kedudukan Goa dimana ada pendapat mengatakan Goa adalah sebuah tempat yang terletak di India manakala ada pendapat kedua mengatakan Gowa adalah terletak di Sulawesi. Pendapat kedua dikatakan adalah lebih munasabah dimana sekiranya Portugis membawa naskah tersebut ke Goa di India pastinya naskah tersebut telah tersenarai sebagai harta rampasan dan dibawa pulang terus ke Eropah. Sebanyak lebih kurang 29 versi mengenai pendapat ini tetapi yang paling diyakini adalah versi tulisan yang diusahakan oleh W.G.Shellabear pada muka surat dua buku Sejarah Melayu yang mengatakan pada hari Khamis, 12 Rabiul Awal 1021 bersamaan 13 Mei 1612 Yang Di Pertuan Raja di Hilir Sultan Abdullah Mu’ayat Syah ibni Sultan Abdul Jalil Syah telah mengutuskan Seri Nara Wangsa Tun Bambang untuk memerintah Tun Muhammad atau Tun Sri
  • 5. 4 Lanang menyunting semula salinan Sejarah Melayu yang dibawa balik dari Goa oleh Orang Kaya Sogoh. Antara kata-kata yang dipetik dari dalam naskah tulisan Shellabear adalah sebagaimana berikut: ‘Demikian bunyi titah yang maha mulia, “Bahwa beta minta buatkan hikayat pada Bendahara, peri peristiwa dan peraturan segala raja-raja Melayu dengan istiadatnya sekali supaya diketahui oleh segala anak cucu kita yang kemudian daripada kita, diingatkannya oleh mereka itu, syahdan beroleh faedahlah ia daripadanya.’ ( muka surat dua, Sejarah Melayu, W.G. Shellabear) Silalatus Salatin adalah sebuah buku ilmiah yang melihat dan menganalisis karya agung Melayu yang memfokuskan kepada zaman kegemilangan Empayar Kesultanan Melayu Melaka dan sebagai bukti peradaban Melayu juga dunia yang tinggi nilainya. Karya ini memaparkan sistem pemerintahan yang penuh dengan adat resam serta tatasusila Raja- Raja Melayu Melaka yang mana menjadikan karya ini penting untuk memahami dan mendalami konsep dan amalan institusi Raja Melayu yang berdaulat dan bermaruah yang mementingkan kesetiaan rakyat kepada Raja atau Sultan dan sekiranya rakyat menentang akan di anggap sebagai penderhaka. Konsep daulat dan derhaka menjadi pegangan asas dalam sistem pemerintahan tersebut dimana menurut konsep ini Raja hendaklah menjalankan tugas dan tanggungjawab menjaga kepentingan rakyat jelata dan rakyat pula perlu menghormati dan menunjukkan taat setia kepada Raja tanpa berbelah bahagi. Berdasarkan konsep ini, secara tidak langsung telah mewujudkan wa’ad dan wa’adat dalam sistem pemerintahan Raja Melayu pada masa itu.
  • 6. 5 2. WA’AD DAN WA’ADAT Wa’ad merupakan satu bentuk perjanjian yang menjadi lambang atau simbol hubungan Raja dengan rakyat didalam mencapai tujuan utama hidup bermasyarakat iaitu memelihara keharmonian sejagat yang menuntut keadilan melalui peraturan-peraturan dan perjanjian yang telah ditetapkan. Institusi Raja yang memerintah di tuntut untuk memerintah dengan adil dan saksama dan dilarang melakukan kezaliman kepada rakyat tanpa usul periksa dan rakyat pula dikehendaki untuk menunjukkan rasa hormat dan kesetiaan yang tidak berbelah bahagi serta menghindari perbuatan yang di anggap menderhaka kepada Raja. Melalui wa’ad @ perjanjian ini akan memberikan satu nikmat kemakmuran dan keamanan kepada Negara dan rakyat jelata dan ia juga menjamin keselamatan dan hidup yang sejahtera. Sekiranya berlaku perlanggaran wa’ad di kalangan Raja ia akan menimbulkan musibah balasan Raja kehilangan takhta dan kuasa serta sekiranya derhaka di kalangan rakyat pula akan menimbulkan bencana yang melibatkan juga seluruh ahli keluarga dan keturunannya. Beberapa senario telah digambarkan mengenai peristiwa kepatuhan kepada wa’ad dan pelanggaran wa’ad yang menunjukkan akibat yang baik dan buruk. 2.1 Peristiwa kepatuhan kepada wa’ad 2.1.1 Perjanjian antara Seri Teri Buana dengan Demang Lebar Daun Sulalatus Salatin menzahirkan konsep wa’ad @ perjanjian didalam senario yang berlaku apabila Seri Teri Buana yang mewakili pihak Raja berkehendak memperisterikan anak kepada Demang Lebar Daun yang bernama Ratna Cendera Puri yang mewakili pihak rakyat. Seri Teri Buana telah mempunyai tiga puluh sembilan orang isteri dan semua isteri yang dikahwininya akan mengidap penyakit kedal. Senario ini di gambarkan di halaman 23, Sulalatus Salatin yang berbunyi sebagaimana berikut:- ‘….. seraya ia menyembah, lalu kembali menyuruh mengambil anak raja-raja, barang yang baik dipersembahkan kepada Seri Teri Buana. Setelah malam dibawalah baginda beradu: setelah siang hari maka dilihat baginda anak raja itu sekonyong-konyong kedal…..’
  • 7. 6 Oleh kerana bimbang Raden Cendera Puteri terkena penyakit kedal selepas di kahwini maka Demang Lebar Daun telah meminta Seri Teri Buana berwa’ad dengannya dan permintaan Demang Lebar Daun dinyatakan dalam halaman 25, Sulalatus Salatin yang berbunyi seperti berikut:- ‘Maka sembah Demang Lebar Daun, ‘Sungguh tuanku seperti khabar orang itu: jikalau tuanku berkehendakkan patik itu, patik sembahka, lamun mahu duli tuanku berjanji dahulu dengan patik…’ Seri Teri Buana telah bersetuju untuk mendengar waad yang dipohon oleh Demang Lebar Daun kepada bagindadan petikan kata-kata Seri Teri Buana dizahirkan sebagaimana di halaman 25, Sulalatus Salatin yang berbunyi sebagaimana berikut:- ‘Maka titah baginda, ‘Apa janji paman hendak diperjanjikan dengan hamba itu? Katakan oleh paman hamba dengar’ Selepas daripada itu, Demang Lebar Daun dan Seri Teri Buana telah berw’aad dan peristiwa ini sebenarnya telah mengikat kepada satu konsep pemerintahan beraja yang menuntut kesetiaan rakyat yang tidak berbelah bahagi kepada Raja dan mengikat pemerintah iaitu Raja untuk berlaku adil kepada rakyat dan tidak sewenang-wenangnya menjatuhkan hukuman tanpa usul periksa. Lafaz wa’ad yang berlaku antara Demang Lebar Daun dan Seri Teri Buana dijelaskan didalam satu petikan didalam Sulalatus Salatin, muka surat 25 yang berbunyi sebagaimana berikut:- ‘Maka sembah Demang Lebar Daun, Barang maklum duli tuanku Yang Maha Mulia, jikalau anak patik telah terambil ke bawah duli, jikalau ia terkena penyakit seperti patik-patik yang lain, telah maklum kebawah duli tuanku itu, jikalau ada ampun kurnia duli Yang Maha Mulia, janganlah tuanku keluarkan dari bawah istana tuanku.Biarlah ia menjadi gembala dapur Yang Maha Mulia dan menyapu sampah dibawah peraduan duli tuanku. Seperkara lagi, perjanjian patik mohonkan anugerah ke bawah duli Yang Maha Mulia, segala hamba Melayu jikalau ada dosanya ke bawah duli, patik pohonkan jangan ia di fadihatkan, dinista yang dikeji- keji, jikalau patut pada hukum syarak bunuh, tuanku: jangan duli tuanku aibi’
  • 8. 7 Seri Teri Buana telah menjawab permohonan wa’ad dari Demang Lebar Daun dengan mengeluarkan kata-kata persetujuan tetapi dalam masa yang sama bagindameminta untuk Demang Lebar Daun memenuhi permohonan wa’ad daripadanya sebagaimana yang di tunjukkan didalam muka surat 25, Sulalatus Salatin yang berbunyi sebagaimana berikut: “Maka titah Seri Teri Buana, Kabullah hamba akan janji paman itu: tetapi hamba pun hendak minta janji juga pada paman. Maka sembah Demang Lebar Daun, Janji yang mana itu, patik pohonkan titah duli Yang Maha Mulia’ Maka titah Seri Teri Buana, Hendaklah oleh segala anak cucu hamba, jikalau ada salahnya sekalipun, atau zalim jahat pekertinya, jangan segala hamba Melayu itu derhaka dan menitikkan darahnya ke bumi, jikalau mereka itu akan cedera, berundur hingga takluk negerinya juga.’ Maka sembah Demang Lebar Daun, Baiklah Tuanku, tetapi jikalau anak cucu duli tuanku dahulu mengubahkan, anak cucu patik pun berubahlah tuanku’ Maka titah Seri Teri Buana, Baiklah paman, kabullah hamba akan waad itu.’ Secara tersembunyi, wa’ad antara Seri Teri Buana dengan Demang Lebar Daun itu telah mewujudkan satu corak pemerintahan yang menjelaskan mengenai kedudukan Raja dimana Raja tetap menuntut ketaatan dan kesetiaan rakyat walau dalam apa keadaan sekalipun. Dengan erti kata yang lain, wa’ad ini telah mewujudkan konsep daulat dan derhaka dimana ianya adalah satu konsep yang sinonim dengan sistem pemerintahan beraja. Senario ini ditunjukkan dengan lafaz kata daripada Seri Teri Buana diakhir persetujuan waad bagindadengan Demang Lebar Daun yang dinyatakan didalam muka surat 26, Sulalatus Salatin yang berbunyi sebagaimana berikut:-
  • 9. 8 ‘Titah Baginda, ‘Barang siapa hamba Melayu derhaka mengubahkan perjanjiannya, dibalikkan Allah bumbungan rumahnya ke bawah kaki ke atas’ Maka sembah Demang Lebar Daun, ‘Jikalau raja Melayu itu mengubahkan perjanjian dengan hamba Melayu, dibinasakan Allah negerinya dan takhta kerajaannya’ Petikan tersebut secara tidak langsung menuntut pihak Raja dan rakyat memenuhi tanggungjawab masing-masing dengan memainkan peranan dengan betul bagi menjamin keharmonian hidup bermasyarakat. Selepas wa’ad tersebut dicapai, Demang Lebar Daun telah menyerahkan puterinya Raden Ratna Cendera Puri kepada Seri Teri Buana dan selepas perkahwinan berlangsung ternyata Raden Cendera Puri tidak terkena penyakit kedal kerana kedua-dua pihak berpegang pada wa’ad yang telah dipersetujui. 2.1.2 Zaman pemerintahan Sulatan Mansur Syah Karya agung Sulalatus Salatin telah mengangkat zaman kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka sebagai sebuah kerajaan yang berpengaruh dan mempunyai sistem pemerintahan yang unik dan tersendiri serta ketatanegaraan yang utuh dengan adanya sistem beraja yang diketuai oleh Sultan atau Raja.Konsep wa’ad didalam Silalatus Salatin dapat dilihat semasa zaman pemerintahan Sultan Mansur Syah atau nama asalnya Raja Abdullah dimana bagindadi gambarkan sebagai seorang yang memiliki rupa paras yang menarik dan keadilan dan kemurahan hatinya tidak dapat ditandingi oleh mana-mana pemerintah yang ada pada waktu itu. Kegemilangan pemerintahan Sultan Mansur Syah dapat dilihat apabila semasa pemerintahan bagindadapat menakluki Pahang, Kampar dan Siak serta membina jambatan persahabatan dengan China dan Majapahit serta berusaha mendekati Siam yang pada ketika itu hanya menunjukkan sikap pasif terhadap Kerajaan Melayu Melaka. Kebijaksanaan Sultan Mansur Syah sebagai pemerintah terserlah
  • 10. 9 apabila bagindaberjaya menjadikan Melaka sebagai kawasan tumpuan pedagang dari seluruh dunia termasuk Arab dan India dan kejayaan ini telah memberikan keuntungan kepada rakyat untuk hidup makmur dan harmoni. Ketokohan Sultan Mansyur Syah sebagai pemerintah yang berpegang pada wa’ad terserlah apabila sehingga ke penghujung nyawa bagindamasih lagi mengambil berat tentang masa depan kerajaannya dan ini digambarkan didalam petikan dihalaman 171, Sulalatus Salatin yang berbunyi sebagaimana berikut:- ‘Ketahui olehmu sekalian, bahwa dunia ini telah lepaslah rasanya daripada gengamanku, melainkan negeri akhiratlan penghadapanku. Adapun pertaruhkulah pada Bendahara dan segala orang kaya-kaya sekalian anak kita Ahmad ialah ganti kita pada tuan-tuan sekalian. Jikalau barang sesuatu salahnya, hendaklah dimaafkan oleh tuan-tuan sekalian, kerana ia budak yang bebal tidak tahu istiadat.’ Sultan Mansur Syah juga telah meninggalkan wasiat kepada pewaris takhta bagindaRaja Ahmad dimana didalam wasiat tersebut jelas menunjukkan pendirian Sultan Mansur Syah sebagai seorang pemerintah yang mementingkan keadilan serta mengambil berat dan menjaga kebajikan rakyat jelata.Pendirian ini jelas menunjukkan yang Sultan Mansur Syah memegang teguh pada perjanjian wa’ad antara pemerintah dan rakyat. Isi kandungan wasiat daripada Sultan Mansur Syah dalat dihayati pada muka surat 171-172, Sulalatus Salatin yang berbunyi sebagaimana berikut: ‘Maka Sultan Mansur Syah memandang kepada anak anda baginda, Raja Ahmad: maka titah baginda, “Hei anakku, ketahui olehmu, bahawa dunia ini sekali-kali tiada kekal adanya. Yang hidup itu sedia akan mati juga sudahnya: iman yang sempurna dan pekerti yang baik, itulah yang kekal di sebut orang selama-lamanya. Adapun peninggalan aku ini, hei anakku, hendaklah engkau berbuat adil sangat- sangat, dan jangan engkau mengambil hak orang tiada sebenarnya.Makan haqu’l-adam terlalu besar dosanya, tiada diampuni Allah subhanahu wa taala: melainkan dengan izin yang empunya hak juga: dan jangan khali engkau keluar dihadap orang, kerana hamba Allah sekaliannya, hendaklah segala yang
  • 11. 10 kesakitan itu segera engkau tolong; jikalau teraniaya ia, hendaklah engkau periksa ia baik-baik, supaya di akhirat jangan diberatkan Allah atasmu, kerana sabda Nabi, sall’ilahu ‘alahi wa salam: kul-lukum ra’in wa kullukum mas’ulun ‘an ra’iyyatihi, yakni segala kamu yang mengembala dunia lagi akan ditanyai daripada kebelaan kamu: ertinya segala raja-raja diakhirat lagi akan ditanyai Allah subhanahu wataala daripada segala rakyat. Sebab demikianlah, maka sebaiknyalah engkau berbuat adil dan saksama, supaya disana jemaah diringankan Allah Taala kira-kiramu: dan hendaklah engkau muafakat dengan segala menteri dan segala Orang Besar-Besar mu, kerana Raja itu, jikalau bagaimana sekalipun bijaksana dan tahunya, jikalau tiada maufakat dengan segala pegawai, dimana akan dapat ia melakukan bijaksananya itu?Dan tiada akan sentosa kerajaannya: kerana raja-raja itu umpama api, segala menteri itu umpamnya kayu: kerana api itu tidak akan nyala, jikalau tiada kayu: seperti kata Farsi, ‘Ar’ayatu juan bakhasta sultan khasad’, yakni rakyat itu umpama akar dan raja itu umpama pohon: jikalau tiada akar nescaya pohon tiada akan dapat berdiri. Demikianlah raja itu dengan segala rakyatnya. Hei anakku, hendaklah engkau turut seperti amanatku ini: supaya beroleh berkat diberi Allah subha nahu wa taala, bija hi nabi salla ‘illahu ‘ alaihi wa salam” . Jelas didalam wasiat yang ditinggalkan oleh Sultan Mansur Syah dimana bagindamemegang teguh kepada wa’ad antara Raja dan rakyat dan ini dibuktikan dengan kemakmuran dan keharmonian kehidupan rakyat jelata semasa pemerintahan beliau. Melalui wasiat tersebut juga jelas dilihat bagaimana bagindamengutamakan perbincangan sesama menteri dan orang besar dibawah pemerintahan bagindadan tidak mengenepikan pendapat yang diberikan serta tidak mengambil tindakan melulu atas sesuatu perkara yang berlaku tanpa usul periksa. 2.1.3 Zaman pemerintahan Sultan Alau’d-Din Riayat Syah Selepas mangkatnya Sultan Mansur Syah, takhta telah diambil alih oleh Raja Ahmad dengan memakai nama Sultan Alau’d-Din Riayat Syah dimana bagindameneruskan corak pemerintahan sebagaimana yang diwasiatkan oleh ayahnda beliau. Diriwayatkan didalam Silalatus Salatin, yang Sultan
  • 12. 11 Alau’d-Din Riayat Syah telah menjalankan pemerintahan yang adil dan menjaga kebajikan rakyat jelata disamping mengamalkan sistem corak pemerintahan Islam. Ini dapat dilihat apabila Sultan Alau’d-Din Riayat Syah sendiri telah turun padang untuk membanteras kegiatan mencuri di Melaka dimana amalan ini adalah sama sebagaimana yang dilakukan oleh Khalifah Umar Al-Khattab.. Senario tersebut digambarkan didalam Silalatus Salatin pada muka surat 173 yang berbunyi sebagaimana berikut: ‘Maka Sultan Alau’d-Din Riayat Syah pun berjalanlah tiga orang dengan penjawat sirih santap baginda, berkeliling negeri Melaka, hendak melihat hal negeri itu. Setelah datang pada satu tempat, maka baginda bertemu dengan pencuri lima orang; mengusung satu candu-peti dua orang, dan yang tiga orang lagi mengiringkan dia. Maka segera diusir baginda pencuri itu, setelah hampir, maka pencuri itu pun terkejut, lalu lari ke lima-limanya; maka peti itu pun dicampakkannya. Maka titah Sultan Alau’d-Din pada Hang Ishak, “Tunggu oleh mu peti ini.” Maka sembah Hang Ishak, “Baiklah tuanku.” ‘Maka Sultan Alau’d-Din dengan Hang Isap pun pergilah mengikut pencuri lima orang itu, maka segala pencuri itu lari ke atas Bukit Melaka, maka diikuti baginda ke atas bukit, tempik, lalu diparang baginda seorang, kena pinggangnya putus seperti mentimun, penggal dua. Maka yang empat orang itu lari ke jambatan, diperturut oleh baginda; datang ke bawah bodi, maka ke empatnya menghadapi Sultan Alau’d-Din . Maka dibunuh baginda seorang lagi, maka yang tiga orang itu lari.Setelah datang ke hujung jambatan di bunuh oleh hang Isap seorang: yang dua oranng lagi itu terjun ke air, lalu berenang ke seberang…..’ Sultan Alau’d-Din Riayat Syah juga mempamerkan sikap amanah apabila bagindamemulangkan semula harta yang di rampas daripada pencuri yang lima orang itu kepada pemilik iaitu seorang saudagar yang bernama Ki Tarambulum. Ini di tunjukkan pada petikan di muka surat 175, Sulalatus Salatin yang berbunyi seperti berikut:
  • 13. 12 ‘…. Ada seorang saudagar, Ki Tarambulum namanya, ialah yang empunya peti itu: ialah kehilangan pada malam itu. Maka disuruh oleh Sultan Alau’d-Din kembalikan peti itu pada Ki Tarambulum; maka beberapa puji dan doanya akan Sultan Alau’d-Din…..’ Dengan ketegasan pemerintahan yang dijalankan oleh Sultan Alau’d-Din Riayat Syah telah berjaya membersihkan kota Melaka daripada ancaman pencuri dan ini menjadikan Melaka sebuah kerajaan yang aman damai dan harmoni. Bagindatelah mengguna pakai undang-undang hudud dengan mengenakan hukuman potong tangan kepada individu atau kumpulan yang mencuri atau mengambil harta orang lain. Selain daripada itu bagindajuga telah mewujudkan satu sistem baru iaitu membina balai dengan diletakkan seorang Penghulu untuk menguruskan segala harta yang tidak di tuntut oleh pemilik harta yang dicuri. Ini dapat dilihat pada petikan di muka surat 175, Sulalatus Salatin yang berbunyi seperti berikut:- ‘Maka titah Sultan Alau’d-Din kepada Bendahara Paduka Raja, menyuruh membuat balai di simpang empat di tengah negeri, disuruh bubuh seorang penghulu diam di sana. Maka titah baginda pada Seri Maharaja : Jikalau orang mendapat harta orang, jika tiada dipulangkannya pada yang empunya, disuruh baginda kudung tangannya: jikalau tiada bertemu dengan empunya harta, ke balai itulah dihantarkannya.’ Kematangan pemerintahan Sultan Alau’d-Din Riayat Syah serta ketaatan bagindaberpegang pada wa’ad telah menimbulkan suasana harmoni didalam kerajaan yang di pimpin dan menjadikan kerajaan negeri Melaka terus makmur dan aman damai serta rakyat jelata juga terus mengekalkan taat setia yang tidak berbelah bahagi kepada Sultan yang memerintah.
  • 14. 13 2.2 Peristiwa pelanggaran wa’ad 2.2.1 Pembunuhan Tuan Jana Khatib Pada bab ke empat Sulalatus Salatin telah diriwayatkan mengenai peritiwa berkaitan pembunuhan Tuan Jana Khatib. Kejadian berlaku apabila Tuan Jana Khatib seorang bijak pandai dan alim ulama daripada negara Pasai telah datang ke Singapura dan menggunakan ilmu yang dimiliki bagindatelah menilik sebatang pokok pinang gading sehingga pokok tersebut terbelah dua. Kejadian tersebut berlaku di hadapan isteri Paduka Seri Maharaja dan ianya menyebabkan timbul satu perasaan cemburu dan iri hati yang mana bagindamenyangkakan Tuan Jana Khatib dengan sengaja hendak menunjuk-nunjuk ilmu yang dimiliki serta perbuatan tersebut di anggap sebagai cubaan untuk mengoda isteri beliau. Kejadian yang berlaku ini di zahirkan di muka surat 67, Sulalatus Salatin yang mana berbunyi sebagaimana berikut: ‘…..Maka satu hari Tun Jana Khatib berjalan di Pekan Singapura bertudung: maka ia lalu hampir dengan pagar istana. Maka dipandangnya dipintu peranginann raja itu, ada seorang perempuan yang dilindung oleh pohon pinang gading: oleh Tuan Jana Khatib ditiliknya pohon pinang itu terbelah dua. Setelah dilihat oleh Paduka Maharaja perihal itu maka baginda pun terlalu murka: titah baginda, “Lihatlah kelakuan Tun Jana Khatib, diketahuinya isteri kita ada di pintu maka ia menunjukkan ilmunya.” Maka disuruh baginda bunuh: Tuan Jana Khatib pun dibawa orang akan dibunuh, hamper ujung negeri tempat orang membuat bikang; disanalah di tikam orang. Maka titik darahnya setitik, badannya pun ghaiblah. Orang yang membunuh itu kembalilah, dipersembahkan nya kepada Raja.’ Tindakan Paduka Seri Maharaja yang membunuh Tuan Jana Khatib tanpa usul periksa dan berdasarkan kepada anggapan bagindasemata-mata telah menyebabkan berlakunya perlanggaran wa’ad dimana akibat daripada perbuatan tersebut telah menyebabkan Singapura dilanggar todak. Kejadian Singapura di langgar todak digambarkan dalam muka surat 68, Sulalatus Salatin yang berbunyi sebagaimana berikut:-
  • 15. 14 ‘Hatta tidak berapa lama antaranya, maka datanglah todak menyerang Singapura, berlompatan lalu ke parit. Maka segala orang yang di pantai itu banyak mati di lompati todak itu; barang yang kena terus-menerus olehnya. Maka tiadalah dapat orang berdiri di pantai itu lagi. Maka gemparlah orang berlari-larian ke sana ke mari, semuanya mengatakan, “Todak datang menyerang kita; banyaklah sudah mati di tikamnya.”Maka paduka Seri Maharaja pun segera naik gajah, lalu baginda keluar di iringkan segala menteri hulubalang sida-sida bentara sekalian. Setelah datang ke pantai, maka baginda pun hairanlah melihat perihal todak itu, barang yang kena dilompatinya sama sekali mati lah. Maka terlalulah banyak orang yang mati ditikam todak itu. Maka baginda pun menitahkan orang berkotakan betis, maka di lompati oleh todak iitu, terus berkcning ke sebelah. Adapun todak itu seperti hujan, usahkan kurang, makin banyak orang mati. “ Melalui peristiwa ini dapat dilihat apabila seorang pemerintah bertindak melanggar wa’ad atau perjanjian, ia mengakibatkan musibah yang bukan sahaja berlaku dan dirasai oleh pemerintah malah turut sama di rasai dan dideritai oleh rakyat jelata. 2.2.2 Kezaliman Raja Iskandar Syah Raja Iskandar Syah telah mengambil alih pemerintahan Singapura selepas kemangkatan Paduka Seri Maharaja dan bagindamempunyai seorang Bendahari yang bernama Sang Rajuna Tapa. Anak kepada Sang Rajuna Tapa merupakan salah seorang gundik kepada Raja Iskandar Syah yang mana gundik tersebut menjadi gundik kesayangan Raja Iskandar Syah. Anak Sang Rajuna Tapa telah difitnah oleh gundik yang lain dan tanpa usul periksa Raja Iskandar Syah telah menjatuhkan hukuman sula dan perbuatan tersebut dibuat di hujung pasar dimana ianya dilihat oleh ramai orang. Perbuatan Raja Iskandar dengan jelas telah melanggar wa’ad yang di zahirkan terdahulu didalam muka surat 25, Sulalatus Salatin yang berbunyi sebagaimana berikut:-
  • 16. 15 “Seperkara lagi, perjanjian patik mohonkan anugerah ke bawah duli Yang Maha Mulia, segala hamba Melayu jikalau ada dosanya ke bawah duli, patik pohonkan jangan ia di fadihatkan, dinista yang dikeji-keji, jikalau patut pada hukum syarak bunuh, tuanku: jangan duli tuanku aibi” Akibat daripada rasa malu dan marah dengan perbuatan Raja Iskandar Syah dan perasaan itu diluahkan melalui dialog di muka surat 69, Sulalatus Salatin yang berbunyi sebagaimana berikut: “Jika sungguh sekalipun anak hamba berbuat jahat, bunuhlah ia; mengapakah diberi malu demikian?” Sang Rajuna Tapa kemudiannya telah bertindak menghantar surat kepada kerajaan Majapahit dan menyatakan kesediaan untuk memberikan kerjasama membantu Majapahit mengalahkan Singapura. Sang Rajuna Tapa adalah individu yang bertanggungjawab membuka pintu kota Singapura. Peristiwa ini digambarkan didalam muka surat 69, Sulalatus Salatin yang berbunyi sebagaimana berikut:- “Hatta, maka Sang Rajuna Tapa pun berkirim surat ke Majapahit, demikian ibunya, “Sang Rajuna Tapa, bendahari Raja Singapura empunya sembah kepada Betara Majapahit, jikalau Betara hendak mengalahkan Singapura, segeralah datang; hamba ada belot dalam negeri.”Setelah Betara Majapahit mendengar bunyi surat Bendahari Singapura itu,maka baginda pun segera menyuruhnya berlengkap tiga ratus jong, lain daripada banting dan jongkong, kelulos, tiada berbilang lagi; dua keti rakyat Jawa yang pergi itu.” Akibat daripada itu maka berlakulah peperangan antara Majapahit dengan Singapura sehingga Singapura kalah dan peristiwa ini digambarkan di muka surat 70, Sulalatus Salatin yang berbunyi sebagaimana berikut: “Maka dikeluari oleh orang Singapura terlalu subur berperang; tetak menetak, parang- memaran, tikam-menikam, serta dengan tempik-soraknya, gegak-gempita, tiada sangka bunyi lagi. Maka darah ditengah peperangan itu seperti air sebak, merah rupanya pasir itu, datang sekarang ada lagi.Maka patahlah perang orang Singapura, lalu sekaliannya undur masuk ke dalam kota; pintu kota pun di tutup, dan di lawan berperang dari dalam kota kira-kira sebulan lamanya.
  • 17. 16 Maka oleh Sang Rajuna Tapa, beras dikatakannya tiada lagi. Maka titah Raja Iskandar Syah, “Cari barang siapa yang ada berjual, jangan ditawar lagi.” Maka dicari secupak pun hendak dibeli tiada orang berjual; dengan demikian orang Singapura pun letihlah, tiada terangkatkan senjatanya lagi.Setelah dilihat oleh Sang Rajuna Tapa telah letihlah isi negeri Singapura itu, pada waktu malam dibukannyalah pintu kota; maka masuklah rakyat Jawa.” Kemenangan Majapahit keatas Singapura telah menyebabkan Raja Iskandar Syah melarikan diri dari Singapura. Peristiwa ini digambarkan didalam muka surat 70 yang berbunyi sebagaimana berikut:- “Maka Raja dengan segala para menteri hulubalang, sida-sida bentara sekalian pun berlepaslah dibawa rakyat ke Seletar, lalu berjalan ke darat mengiringkan baginda.Maka Jawa pun kembalilah dengan kemenangannya. “ Peristiwa yang berlaku ini bukan sahaja memberikan kesan kepada pemerintah iaitu Raja Iskandar Syah yang kehilangan takhta dan kerajaannya tetapi juga mengakibatkan rakyat jelata menderita akibat peperangan. Kejadian ini juga melibatkan Sang Rajuna Tapa mati akibat daripada perbuatan khianatnya kepada pemerintah dan kejadian tersebut digambarkan dalam muka surat 70, Sulalatus Salatin yang berbunyi sebagaimana berikut:- “Adapun akan Sang Rajuna Tapa, dengan takdir Allah Taala menunjukkan kuasa-Nya, baharu hendak mengambil beras, tiba-tiba rengkiang beras itu pun berbalik, jatuh ke parit, kaki tiangnya ke atas dan bumbungnya ke bawah; Sang Rajuna Tapa pun jatuh tersungkur di tengah parit itu, laki bini menjadi batu; ada datang sekarang dengan beras itu.” 2.2.3 Kezaliman pemerintahan Sultan Mahmud Syah 1 Selepas mangkatnya Sultan Alau’d-Din Riayat Syah takhta pemerintahan telah diambil alih oleh anak baginda yang bernama Raja Mamadlah yang kemudian memakai nama gelaran Sultan Mahmud Syah. Zaman pemerintahan Sultan Mahmus Syah adalah zaman bermulanya kejatuhan Empayar Melayu Melaka.Baginda terkenal sebagai seorang yang kuat nafsu serakahnya terhadap perempuan dan
  • 18. 17 mengambil keputusan menjatuhkan hukuman bunuh keatas sesiapa sahaja yang tidak di sukai oleh baginda. Sikap sembrono baginda mengundang satu rasa ketidakpuasan hati bukan sahaja dikalangan rakyat jelata malah mendatangkan musibah kepada Melaka, negeri yang dipimpin olehnya. Sikap buruk baginda terlihat apabila baginda mengadakan hubungan sulit dengan isteri Tun Biajid, anak Laksamana Hang Tuah. Perbuatan baginda di zahirkan pada muka surat 193, Sulalatus Salatin yang berbunyi sebagaimana berikut: ‘Sekali persetua Sultan Mahmud Syah bermain dengan isteri Tun Biajid, anak Laksamana Hang Tuah; pada tatkala itu Tun Biajid tiada di rumah, pergi ke Merba, kerana Merba pegangannya. Maka pada suatu malam Sultan Mahmud pergi ke rumah isteri Tun Biajid; setelah dinihari makan baginda pun kembali.’ Perbuatan Baginda telah dapat diketahui oleh Tun Biajid apabila baginda yang hendak pulang ke istana setelah bermukah dengan isteri Tun Biajid telah terserempak dengan Tun Biajid yang baru pulang dari Merba. Perkara tersebut telah mendatangkan kemarahan yang amat sangat kepada Tun Biajid tetapi kerana kesetiaan Tuan Biajid kepada Sultan Mahmud Syah, Tun Biajid hanya menimang-nimang lembing tetapi tidak hendak di baling kepada baginda Sultan Mahmud Syah. Kejadian ini di zahirkan di muka surat 193, Sulalatus Salatin yang berbunyi sebagaimana berikut: ‘ Maka Tun Biajid baru datang dari Merba diringkan oleh dengan Sultan Mahmud Syah yang kembali dari rumah isterinya. Maka Tun Biajid pun tahu akan Sultan Mahmud bermain dengan isterinya iitu; jikalau hendak dibunuhnya pada masa itu dapat, kerana tiada orang yang mengiringkan baginda; daripada ia hamba Melayu, tiada ia mahu mengubahkan setianya, sekadar lembingnya di timang- timangnya, katanya, “Hei Sultan Mahmud, demikiankah pekerjaan tuan hamba akan hamba? Sayang tuan hamba tuan kepada hamba, jikalai tuan hamba bukannya tuan kepada hamba, jika tidak lembing ini kuterbangkan didada itu, ubah nama si Biajid anak Laksamana Hang Tuah”
  • 19. 18 Didalam kejadian ini Sultan Mahmud Syah tanpa segan silu mengakui kesalahan yang dilakukannya setelah melihat kemarahan Tun Biajid dengan mengeluarkan kata-kata sebagaimana berikut: “Jangan kamu semua marah, kerana katanya itu benar, kita sedia salah kepadanya; pada hukumnya patut kita dibunuhnya, daripada ia hamba Melayu, tiada ia mau derhaka, maka demikian lakunya” Perbuatan yang dilakukan oleh Sultan Mahmud Syah keatas Tun Biajid bukan sahaja menyebabkan rumahtanggan Tun Biajid rosak tetapi malah menghilangkan rasa hormat Tun Biajid kepada baginda. Tun Biajid telah bertindak menceraikan isteri bagindadengan talak dan enggan datang mengadap dan berkhidmat kepada baginda Sultan Mahmud Syah lagi. Peristiwa ini digambarkan pada muka surat 193, Sulalatus Salatin yang berbunyi sebagaimana berikut: “Maka oleh Tuan Biajid isterinya di talaknya, dan ia pun tiadalah mahu mengadap dan bekerja lagi. Maka oleh Sultan Mahmud Tun Biajid dipanggil baginda, maka Tun Biajid datang mengadap maka gundek baginda yang bernama Tun Iran Sendari, dianugerahkan baginda kepada Tun Biajid. Maka diambil oleh Tun Biajid akan Tun Iram Sendari itu diperisterikannya. Sungguhpun demikian, tiada juga Tun Biajid mau ke majlis; jika dititahkan, dari rumahnya turun ke perahu lalu pergilah ia” Sikap serakah Sultan Mahud Syah terhadap perempuan tidak berhenti setakat disitu. Baginda mengadakan hubungan sulit dengan seorang perempuan bernama Tun Dewi dan dalam masa yang sama baginda dapati Tun Ali Sandang juga mempunyai hubungan dengan Tun Dewi. Baginda telah menitahkan Tun Isap untuk membunuh Tun Ali Sandang. Peristiwa ini digambarkan sebagaimana di muka surat 194 Sulalatus Salatin yang berbunyi sebagaimana berikut:- “Pada suatu malam, Sultan Mahmud Syah pergi ke rumah seorang perempuan, Tun Dewi namanya. Maka didapati baginda Tun Ali Sandang ada di sana; maka Sultan Mahmud pun berbalik, baginda menoleh ke belakang, dilihat bagunda Tun Isap, anak Tun Abu Yazid, cucu Tun Abu Sayid, cicit
  • 20. 19 Seri Udana, ada mengiring baginda. Maka oleh Sultan Mahmud diambil baginda sirih di puan, dianugerahkan pada Tun Isap. Maka Tun Isap pun fikir pada hatinya, ‘Apa gerangan ertinya Yang Dipertuan memberi aku sirih di puan ini? Pada bicaraku entah Yang Dipertuan menyuruh membunuh Tun Ali Sandang gerangan?’ Kerana pada zaman dahulu kala sirih di puan raja itu terlalu mulia, tiada barang-barang orang di anugerahkan raja; barang siapa dianugerah sirih daripada puan itu tandanya kurnialah akan orang itu.” Tun Isap yang menerima titah perintah Sultan Mahmud Syah dan telah menikam dada Tun Ali Sandang sehingga menyebabkan kematian. Kejadian ini di tunjukkan dalam muka surat 194, Sulalatus Salatin yang berbunyi sebagaimana berikut:- “Setelah demikian fikir Tun Isap, maka Tun Isap berbalik ke rumah Tun Dewi, lalu dinaikinya. Maka di tikamnya Tun Ali kena dadanya terus, lalu mati. Telah Tun Ali Sandang sudah mati, maka Tun Isap pun turun mengadap Sultan Mahmud……..” Perbuatan Sultan Mahmud Syah jelas telah melanggar wa’ad diantara pemerintah dengan rakyat. Ianya bukan sahaja memudaratkan baginda malah peristiwa-peristiwa yang berlaku menjadi rentetan kepada kejatuhan kerajaan Empayar Melayu Melaka pada ketika itu.
  • 21. 20 3. ULASAN Kesultanan Melayu Melaka diagungkan sebagai sebuah empayar yang mempunyai jajahan takluk yang luas dan mempunyai sistem pemerintahan dan ketatanegaraan yang kuat berdasarkan pemerintahan yang dijalankan oleh Sultan atau Raja. Ianya bermula dari zaman pemerintahan Raja Iskandar Syah dan berakhir dengan pemerintahan Sultan Mahmud Syah. Warisan pemerintahan yang diketuai oleh Sultan atau Raja masih diikuti sehingga hari ini dan diamalkan di negeri-negeri di Malaysia dengan corak pemerintahan demokrasi berdasarkan Raja Berperlembagaan. Gagasan perjuangan rakyat untuk membela tanah air dan mempertahankan kesetiaan kepada Sultan @ Raja masih berlandaskan wa’ad atau perjanjian yang terbina sejak zaman Melayu Melaka. Walaupun menempuh kegagalan dan penaklukan penjajah yang bermula sejak tahun 1511, rakyat tidak pernah jemu untuk meneruskan perjuagan membela tanah air dan mempertahankan bumi Melayu sehingga Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada tahun 1957. Sulalatus Salatin memberikan ilham kepada pemimpin baru selepas kejatuhan empayar Melayu Melaka memperjuangkan kemerdekaan Negara dan memperjuangkan hak orang Melayu sebagai penduduk asal Tanah Melayu. Selepas berjaya mendapatkan kemerdekaan pada tahun 1957, Sultan dan Raja Melayu pada masa itu berusaha mengabungkan semua negeri dalam sebuah Negara baru yang dikenali dengan Persekutuan Tanah Melayu yang mengiktiraf Sultan atau Raja sebagai Ketua Negeri dan menjamin keselamatan serta menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa Kebangsaan dan agama Islam sebagai agama rasmi Negara serta menjaga hak-hak dan keistemewaan orang Melayu. Kini, selepas 62 tahun mencapai kemerdekaan Perlembagaan Persekutuan menjadi nadi kepada pemerintahan Negara bagi menjamin kemerdekaan dan keamanan terus dicapai.
  • 22. 21 4. PENUTUP Sulalatus Salatin adalah sebuah karya agung Melayu yang boleh di kaji dari apa juga perspektif. Walaubagaimana pun, sesiapa juga tidak akan mampu untuk melarikan diri daripada menyempurnakan dan menegakkan keadilan dan kebesaran Tuhan di muka bumi ini walaupun sistem pemerintahan dan pentadbiran serta sosio-politik sudah berubah kepada rakyat. Melalui ulasan yang dibuat berdasarkan peristiwa-peristiwa yang berlaku, jelas dapat di lihat kewujudkan kepentingan pada pematuhan wa’ad dan wa’adat yang mana ianya bukan sahaja menjamin kelancaran pemerintahan oleh Sultan @ Raja malah memberikan satu kehidupan yang aman dan harmoni kepada rakyat jelata. Pelanggaran wa’ad atau wa’adat jelas menunjukkan ianya mendatangkan musibah kepada pemerintah sehingga menyebabkan bukan sahaja kehilangan takhta pemerintahan malah kehilangan kepercayaan rakyat jelata. Ia juga menyebabkan negara mengalami porak peranda dan musibah berterusan kepada rakyat jelata. Pelbagai pengajaran dan pembelajaran dapat di kupas melalui isu-isu yang ditimbulkan di dalam jalan penceritaan yang baik dengan mengupas perbuatan dan karenah pihak pemerintah malah juga rakyat yang menjadi sesuatu yang ilmiah untuk di kaji sesuai dengan pengiktirafan karya agung yang diberikan kepada karya Sulalatus Salatin.
  • 23. 22 5. RUJUKAN A. Samad Ahmad, 2018, Sulalatus Salatin, DBP, Kuala Lumpur Ali Ahmad, 1977, Kajian Sejarah Melayu, Fajar Bakti Sdn Bhd, Petaling Jaya, Selangor Haron Daud, 1993, Sejarah Melayu, Satu Kajian daripada Aspek Pensejarahan Budaya, DBP, Kuala Lumpur W.G.Shellabear. 1975. Sejarah Melayu, Fajar Baktu Sdn Bhd, Petaling Jaya, Selangor