Kertas kerja ini akan menjelaskan amalan akidah ASWJ di negeri Johor Darul Ta’zim. Di peringkat awal, kertas kerja ini menerangkan latarbelakang ajaran Islam yang mendominasi pemikiran dan kefahaman serta amalan ASWJ. Seterusnya kertas kerja ini menerangkan gambaran ringkas hubungan Johor dengan Kerajaan Turki Uthmaniah, kerana Johor mempunyai keistimewaan yang tersendiri sebagai yang disifatkan oleh Kerajaan Islam Uthmaniah Turki di mana banyak daripada amalan Islam di Turki diserap dan diguna pakai di dalam segenap kehidupan beragama di Johor dan akhirnya menjadi legasi sebagai tunggak ajaran Ahli Sunnah wal Jamaah. Contoh dan amalan pentadbiran Islam di negeri Johor yang berpaksikan ajaran Ahli Sunnah wal Jamaah juga disebutkan. Pengawalan dan pengukuhan ASWJ turut digariskan bagi menjamin legasi yang sedia ada itu. Dalam penutup kertas kerja ini, digariskan beberapa cadangan bagi mengawal ajaran-ajaran sesat di luar akidah dan kefahaman ASWJ].