SlideShare a Scribd company logo
1 of 14
SISTEM PEMERINTAHAN BERAJA


Konsep Sistem Pemerintahan Beraja


       Mengikut Kamus Dewan, raja bermaksud orang yang mengetuai dan
memerintah sesebuah negara atau bangsa, menjadi kepala negara, kepala
negeri atau kepala suku. Mengikut Encyclopedia Britanica, raja lelaki dan ratu
bagi perempuan adalah pemerintah tertinggi dalam negeri, lebih tinggi
kedudukannya daripada mana-mana pentadbir. Pemerintahan beraja adalah
fenomena      seluruh    dunia    secara       keturunan   sempurna   atau   raja
berperlembagaan. Biasanya dalam bentuk monarki dan raja juga dianggap
sebagai penghubung antara rakyat dengan tuhan.
Pemerintahan beraja atau Monarki (dari bahasa Yunani "monos archein",
bermaksud "satu pemerintah") merupakan satu bentuk kerajaan di mana Raja
menjadi ketua negara. Monarki atau sistem pemerintahan beraja adalah sistem
tertua di dunia.
       Pada awal kurun ke-19, terdapat lebih 900 buah takhta kerajaan di dunia,
tetapi menurun kepada 240 buah dalam abad ke-20. Manakala pada dekad
kelapan abad ke-20, hanya 40 takhta sahaja yang masih kekal. Daripada jumlah
tersebut, hanya empat negara mempunyai raja atau monarki yang mutlak dan
selebihnya terhad kepada sistem perlembagaan. Pembentukan dan perluasan
empayar telah menyebabkan status seseorang raja itu meningkat daripada raja
kepada maharaja seperti yang berlaku di China semasa pemerintahan Dinasti
Chin dan di India semasa pemerintahan Dinasti Maurya. Republik ialah negara
yang ditadbir oleh wakil-wakil yang dipilih oleh rakyat.




                                           1
Ciri – Ciri Sistem Pemerintahan Beraja


Institusi Tertinggi
Raja merupakan institusi yang tertinggi. Raja mempunyai kuasa pengurus dalam
segala tindakan penggubalan dan perlaksanaan dasar. Raja juga mempunyai
kuasa mutlak.
Raja Sebagai Tuhan
Raja dianggap sebagai tuhan. Rakyat hendaklah mentaati dan menghormati raja
sepenuhnya. Raja menganggap rakyat sebagai hambanya. Buktinya: apabila
rakyat mengadap raja, mereka akan menyembah dan menyebut perkataan
terakhir seperti patik yang hina dan sebagainya.
Secara Warisan
Institusi raja adalah berterusan secara warisan. Ada juga yang berjaya menjadi
raja setelah berjaya menggulingkan raja yang sedia ada. Mereka menggunakan
kekuatan ketenteraan dan pengaruh yang dimiliki untuk menggulingkannya.
Undang-undang di Tangan Raja
Raja melebihi undang-undang dan hukuman di tangannya. Raja boleh
mengampun kesalahan walaupun yang melakukan kesalahan itu dirinya sendiri.
Hal ini bermakna raja kekal daripada sebarang hukuman. Rakyat tidak boleh
dipersoalkan tindakan atau peraturan yang digubal oleh raja. Rakyat mesti
menurut apa sahaja perintah raja.
Keistimewaan Raja
Raja sentiasa istimewa daripada orang lain. Keistimewaan ini dapat dilihat dari
cara berpakaian, bertutur, majlis-majlis tertentu, mempunyai daulat, ada lambang
kekuasaan seperti cop mohor, pedang, keris, mahkota, cokmar, pending dan
sebagainya.




                                        2
Cara Pemerintahan
Raja akan dibantu oleh pembesar-pembesar yang menjalankan tugas. Hal ini
bermakna pemerintahan adalah secara berpusat. Pemerintahan berpusat di ibu
kota negeri untuk seluruh jajahan takluk.
Berkuasa Penuh
Raja berkuasa penuh dalam hal ehwal kewangan dan ekonomi juga. Segala
sumber yang mendatangkan keuntungan dikuasai oleh baginda seperti pungutan
cukai, hasil, pertanian, perniagaan dan semua perkhidmatan. Raja dianggap
sebagai tuan punya tanah di mana segala penggunaan terhadap tanah
hendaklah dalam pengetahuan raja.
Agama
Dalam bidang agama, raja bertindak sebagai ketua agama dan dinasihati oleh
tokoh agama yang bertindak sebagai penasihat.
Pertahanan
Dalam bidang pertahanan, raja mempunyai kuasa kerahan ke atas rakyat.
Rakyat hendaklah sentiasa bersedia untuk berperang jika diperintahkan. Hal ini
kerana raja tidak mempunyai tentera yang khas. Tentera raja hanya pengawal
istana sahaja. Oleh itu, rakyatlah yang bertindak sebagai tentera.
Perbelanjaan
Perbelanjaan istana dan peribadi adalah dibiayai dengan menggunakan
pendapatan negara / cukai atau sumbangan pembesar.




                                        3
Sistem Pemerintahan Beraja Mesir


       Pada asalnya Mesir dibahagikan kepada dua bahagian iaitu Mesir Utara
dan Mesir Selatan.Pada tahun 3100 SM, Raja Menes telah menyatukan Mesir
Utara dan Mesir Selatan.Baginda merupakan pengasas dinasti Mesir purba dan
merupakan raja Mesir yang pertama.Dinasti pertama di Mesir ialah Dinasti
Thinite. Baginda telah mewujudkan sistem negara beraja dan dinasti di Mesir.
Memphis dijadikan ibu kotanya. Dalam sistem dinasti, raja-raja yang memerintah
Mesir berasal dari satu keluarga. Mesir telah diperintah oleh 30 buah dinasti
untuk kira-kira 3000 tahun yang dibahagikan kepada 3 zaman iaitu Kerajaan
Mesir Purba (3500 SM -2700 SM SM), Kerajaan Mesir Pertengahan (2400 SM –
1800 SM) dan Kerajaan Mesir Baru atau Empayar (1600 SM – 1000 SM).
Pemerintah Mesir atau raja-raja Mesir digelar ‘Firaun’ ( yang bererti Rumah
Besar). Firaun yang paling masyhur ialah Ramses II yang telah membina
empayar Mesir dan piramid yang besar. Begitu juga dengan Tutmose III dan
Amenhotep III dan IV. Firaun berada pada kedudukan teratas dalam
pemerintahan negara Mesir.
       Baginda memerintah secara mutlak dan menguasai semua tanah dan air
di Mesir..Firaun menguasai pentadbiran, ekonomi dan angkatan tentera.
Darjatnya begitu tinggi hinggakan dianggap sebagai anak kepada ketua
tuhan – tuhan atau anak tuhan Amon Re ( tuhan matahari). Pada akhir dinasti
kelima , Peranan Firaun sebagai Jelmaan Horus berubah . Firaun yang menaiki
takhta akan menjadi Tuhan Horus( Tuhan Langit ) tetapi menjadi Tuhan Osiris
selepas kematiannya , Kepercayaan ini amat popular dalam semua lapisan
masyarakat manakala kepercayaan Tuhan Re popular dalam kalangan golongan
diraja dan aristokrat .
       Rakyat sangat menghormati dan mentaati Firaun.Rakyat dikenakan cukai
dalam bentuk barang seperti gandum,felek, lembu, kayu kayan, arak dan
sebagainya. Dengan cukai begitu rupa, Firaun memiliki gudang-gudang yang
besar. Baginda menjadi ketua agama dan ketua angkatan tentera. Baginda juga
menggubal undang-undang.


                                      4
Mereka memiliki banyak harta dan kadang-kadang hampir sama banyaknya
dengan harta Firaun. Dalam urusan pentadbiran, baginda dibantu oleh golongan
bangsawan, gabenor (pegawai kerajaan) dan paderi. Golongan bangsawan
berkuasa penuh dalam daerah dan kuasa mereka kekal turun temurun. Kerajaan
Mesir dibahagikan kepada beberapa daerah dan ditadbir oleh pegawai kerajaan.
      Salah satu ciri utama yang membezakan pemerintahan beraja di Mesir
dengan tamadun – tamadun lain adalah konsep dualisme . Berdasarkan konsep
ini , bumi ditafsirkan mempunyai kaitan dengan ciri – ciri seperti North and
South , Portions of Horus and Portions of Seth , The two Lands atau The Two
Banks . Firaun dari Mesir Selatan pula akan memakai mahkota putih manakala
Firaun dari Mesir Utara akan memakai mahkota merah .
      Sifat Duolisme ini diperkukuhkan lagi dengan penggunaan lambang ,
gelaran dan alat – alat kebesaran seperti penggunaan lambang sedge untuk
Mesir Selatan manakala Mesir Utara menggunakan Lambang lebah yang mana
terdapat pada monumen – monumen diraja , perabut dan kain . Selain itu ,
penggunaan gelaran nama Two Ladies iaitu Dewi Nekhbet sebagai tuhan
penaung Mesir Selatan manakala Dewi Buto untuk Mesir Utara .
      Ciri kedua yang membezakan Tamadun Mesir dengan tamadun lain
adalah dari segi pewarisan takhta . Dari segi teori dan praktikal , takhta akan
diwarisi oleh anggota keluarga sebelah perempuan . Hanya puteri mahkota yang
berhak mewarisi takhta . Namun selepas berkahwin , hak memerintah akan
diserahkan kepada suaminya dan puteri mahkota akan menjadi Great Wife
ataupun permaisuri . Kebiasaannya , Puteri mahkota akan dikahwinkan dengan
abang kandungnya sendiri bagi mengekalkan kesucian darah keturunan diraja .
Namun jika tiada , puteri mahkota akan berkahwin dengan orang asing seperti
janda Raja Tutankhamun yang telah menulis surat kepada Raja hittite ,
Suppiliulimus   untuk   menghantarkan       putera   mahkota   untuk   dikahwinkan
dengannya .




                                        5
SISTEM PEMERINTAHAN BERAJA INDIA


      Dalam tamadun awal India ( Tamadun Sungai Indus) yang bermula pada
tahun 2500 SM, pemimpin adalah dari golongan pendeta dan berkuasa mutlak
(kerajaan bersifat teokrasi).Ini bermakna, India pada masa itu belum lagi
melaksanakan pemerintahan beraja. Semasa India diperintah oleh Dinasti
Maurya   yang   diasaskan    oleh   Chandragupta   Maurya   (321   SM),    India
mengamalkan sistem pemerintahan beraja mutlak dan secara monarki.Gelaran
raja bertukar menjadi maharaja apabila perluasan kuasa ke kawasan-kekawasan
sekitar dilakukan. Kerajaan ini kuat dengan bantuan 700,000 orang tentera yang
cekap tetapi tiada belas kesihan. Petani-petani dikenakan cukai yang berat di
bawah pengawasan pegawai-pegawai raja yang sangat zalim. Raja memerintah
dengan bantuan Majlis Penasihat. Empayar dibahagikan kepada 5 bahagian
atau wilayah dan setiap wilayah diketuai seorang wizurai. Kerajaan ini
mempunyai     Pejabat   Peperangan    yang   mengandungi     6   Jabatan    dan
Perkhidmatan Perisik yang teratur. Pentadbiran awam termasuk Badan
Perdagangan, Jabatan Kerja, Badan Upah dan Pendaftaran kelahiran, kematian
dan pendapatan. Bandar-bandar dalam empayar Maurya ditadbir oleh satu
badan yang dibahagikan kepada 6 jawatankuasa dan dianggotai 30 orang ahli.
Ada ahli sejarah berpendapat, Chandragupta Maurya ini menjalankan sistem
pemerintahan awam untuk kesejahteraan rakyat dan kemakmuran negara
dengan memperbaiki sistem keadilan dan pentadbiran.
      Ketika India diperintah oleh Maharaja Asoka (273 SM atau 269 SM) ,
baginda menjalankan pemerintahan dengan baik dan berperikemanusiaan
berdasarkan titah perintahnya yang diukir pada tiang-tiang batu di sepanjang
jalan untuk dibaca oleh rakyat. Semua orang diberi hak dan peluang yang sama
dalam pentadbiran.. Asoka sangat benci kepada kemusnahan, kekejaman dan
permusuhan. Baginda membawa semangat kemanusiaan baru di kalangan raja-
raja hasil dari ajaran agama Buddha yang bertindak atas rasa sensitif dan tidak
mementingkan diri sendiri.


                                       6
Beliau mengamalkan doktrin ‘Ahimsa’ yang melarang perbuatan menyakiti atau
melukai haiwan dan manusia. Asoka juga menjalankan reformasi dalam
pentadbiran melalui ‘Dharma-Mahamatra’.
Sistem   ini   memastikan   pegawai-pegawai     kerajaan   di   wilayah-wilayah
melaksanakan tugas berdasarkan arahan kerajaan pusat. Asoka memerintahkan
gabenor-gabenor dan pegawai-pegawainya supaya adil dan bersifat belas
kesihan. Asoka juga menyediakan rumah-rumah rehat, telaga dan pokok kayu
untuk kemudahan pengembara dan menyediakan rumah sakit bagi merawat
orang dan haiwan yang sakit. Semasa India di bawah pemerintahan raja-raja
Gupta, kerajaan ini juga tidak mengganggu kehidupan rakyat kecuali untuk
membasmi jenayah, tiada penganiaan terhadap agama. Hukuman bunuh jarang
dilakukan. Kebanyakan kesalahan yang dilakukan dikenakan hukuman denda.


Sistem Pemerintahan Beraja China


      Semenjak tamadun awal China (tamadun Sungai Hwang Ho di bawah
pemerintahan Dinasti Shang dan Dinasti Chou) lagi China telah mengamalkan
sistem pemerintahan beraja mutlak secara monarki. Orang China percaya, Raja
diberi mandat oleh tuhan untuk mentadbir. Pada zaman Dinasti Shang dan Chou
raja berfungsi sebagai ketua agama dan angkatan tentera. Pada masa itu China
mengamalkan sistem feudal. Zaman kemaharajaan yang paling gemilang ialah
ketika China diperintah oleh Shih Huang Ti (Dinasti Chin). Gelaran raja ditukar
menjadi maharaja semasa baginda memerintah China. Baginda menghapuskan
sistem feudal dan digantikan dengan sistem provinsi/wilayah (36 buah) yang
diketuai oleh gabenor..Maharaja dibantu oleh golongan birokrasi yang terdiri
daripada pegawai kerajaan. Maharaja Shih Huang Ti mengamalkan undang-
undang yang ketat. Undang-undang Dinasti Chin diperkenalkan oleh Han Fei
Tsu, seorang ahli falsafah. Beliau menegaskan bahawa tingkah laku manusia
hanya dapat dikawal melalui kekerasan dan undang-undang yang tegas.
Baginda menggelarkan diri baginda sebagai Maharaja Chin Pertama




                                      7
( Shih bererti pertama, Hwang Ti bererti maharaja) kerana ingin mengasaskan
satu dinasti yang berlainan dari pemerintah yang terdahulu ( sistem feudal).
Baginda mahu dirinya dipuja sebagai maharaja (sebelum ini raja dianggap
sebagai wakil ‘Raja di Atas’). Oleh kerana baginda ada darah keturunan Tartar,
baginda    banyak   dibantu   oleh   tentera   berkuda    Tartar   dalam   usaha
memperluaskan wilayah China.
Dalam masa sepuluh tahun, semua wilayah China tertakluk di bawah
pemerintahannya. Baginda juga melatih kumpulan penjahat menjadi askar
baginda.
Dalam menghadapi bahaya serangan pelanggar-pelanggar Tartar secara besar-
besaran, baginda telah membina tembok besar negeri China. baginda telah
membakar buku-buku sejarah dan falsafah yang mengandungi unsur-unsur
politik dan membunuh 400 orang sarjana pada tahun 213 SM kerana
menganggap mereka ‘menyusahkan’ baginda. Bagi orang China peristiwa
pembakaran itu dianggap sebagai peristiwa pencabulan pusaka intelektual
mereka. Semasa China diperintah oleh Dinasti Han (206 SM – 220 SM) , Sistem
Peperiksaan Awam bagi perlantikan pegawai-pegawai kerajaan diamalkan.
Sistem ini mengutamakan kebolehan seseorang dan terbuka kepada semua
rakyat yang layak. Di bawah pemerintahan dinasti ini, pemimpin-pemimpin
wilayah tidak diberi kuasa yang luas dan tidak dibenarkan memiliki kekayaan
yang besar Tujuannya ialah supaya kerajaan pusat menjadi teguh dan tidak
dicabar. Dinasti Han mengutamakan undang-undang yang berasaskan ajaran
Confucius. Pengasas dinasti ini iaitu Liu Pang memperkenalkan satu Hukum
Kanun yang menekankan bahawa hukuman bunuh ialah bunuh, hukuman
mencederakan orang ialah dicederakan dan hukuman mencuri ialah dibayar
denda sebanyak yang dicurinya. Jika dibandingkan dengan Dinasti Chin, Dinasti
Han ini melaksanakan pemerintahan yang kurang ketat. Baginda melonggarkan
sistem kerahan buruh dan menggantikan undang-undang China yang berat dan
zalim dengan hukuman yang ringan.




                                        8
Sistem Pemerintahan Beraja Melayu


Di Alam Melayu, sistem pemerintahan berajanya merupakan campuran sistem
tempatan dengan pengaruh Hindu dan Buddha. Raja adalah ketua kerajaan
yang mengamalkan kuasa mutlak. Raja berkuasa membuat undang-undang dan
menjatuhkan hukuman. Raja dianggap oleh rakyatnya sebagai dewa (atau
dewaraja) atau tuhan di muka bumi. Rakyat tidak boleh mempersoalkan tindak
tanduk raja. Raja dibantu oleh para pegawai dalam pentadbiran negara.
Perlantikan para pegawai secara berangka seperti Pembesar 4, Pembesar 8,
Pembesar 16 dan Pembesar 32 dipengaruhi oleh astrologi Hindu. Begitu juga
dengan sistem pewarisan pemerintahan berasaskan keturunan dipengaruhi oleh
agama Hindu. Pengaruh Hindu ini semakin jelas dalam adat istiadat pertabalan
raja,penggunaan alat-alat pertabalan seperti pedang dan rantai yang digunakan
oleh tuhan-tuhan orang Hindu. Raja memainkan peranan aktif dalam bidang
ekonomi. Raja menguasai sumber-sumber ekonomi utama seperti pungutan
cukai, tenaga buruh dan aktiviti perdagangan. Raja menggunakan golongan
Brahman (sami Hindu) untuk menonjolkan kekuatan dan keistimewaannya
menerusi cerita dongeng, legenda dan metos. Undang-undang dipengaruhi oleh
Kod Manu dan Dharmasastra. Sistem tataurus negarapula dipengaruhi
olehkaryaArthasastra.Kita boleh lihat contoh sistem pemerintahan beraja ini
dalam kerajaan Angkor dan Srivijaya. Dalam sistem pentadbiran Kerajaan
Angkor, raja dianggap sebagai dewaraja. Raja menjadi ketua negara dan ketua
tentera. Raja mempunyai kata pemutus dalam hal perundangan.Raja dibantu
oleh sebuah majlis menteri ( yang terdiri daripada para menteri, pemimpin
tentera dan hakim), gabenor wilayah, ketua daerah dan ketua kampung.
Para pegawai tinggi dikehendaki mengambil peperiksaan kerajaan untuk
meningkatkan kecekapan dan ilmu pengetahuan. Dalam sistem pentadbiran
Kerajaan Srivijaya pula, raja juga berkuasa mutlak dan dianggap sebagai
dewaraja. Dalam pentadbiran negara, raja dinasihati oleh sebilangan menteri.
Pentadbiran Kerajaan Srivijaya terbahagi kepada 3 jenis pentadbiran


                                       9
iaitu pentadbiran diraja, pentadbiran ketenteraan dan pentadbiran daerah.
Pentadbiran diraja tertumpu kepada pentadbiran pusat (seperti bidang
kehakiman, pengutipan cukai dan hukuman). Pentadbiran ketenteraan diketuai
oleh seorang panglima bergelar pratisava. Pentadbiran daerah pula diketuai oleh
datu yang bertanggungjawab dalam hal ehwal tanah, kebajikan rakyat, memupuk
kesetiaan rakyat kepada pemerintah dan menjatuhkan hukuman ke atas
penentang   kerajaan.   Kerajaan   Kedah   Tua    juga   mengamalkan    sistem
pemerintahan beraja. Raja dibantu oleh menteri dalam mentadbir negara. Setiap
daerah diketuai oleh pembesar.


Sistem Pemerintahan Beraja Mesopotamia


      Sistem pemerintahan beraja di Mesopotamia berasal daripada dua
jawatan utama iaitu En dan Lugal . Pada zaman Archaic , teks – teks dari Uruk
menyebut pemerintahan sebagai En yang berperanan sebagai ketua paderi bagi
dewa bandar . manakala pada zaman dinasti awal , pemerintah dikenali sebagai
Ensi yang bermaksud gabenor ataupun Lugal yang bermaksud raja . Ensi
mempunyai kuasa ke atas kawasan berhala .
      Praktikalnya , En adalah pasangan lelaki bagi Dewi ( Tuhan Perempuan )
yang melindungi sesebuah negara kota . Bagi negara kota yang dinaungi oleh
Dewa ( Tuhan Lelaki ) pula akan berpasangan dengan paderi wanita . Oleh
kerana , paderi wanita tidak berupaya untuk memimpin angkatan tentera , maka
Lugal akan dilantik oleh Dewan Perhimpunan untuk menjawat jawatan ketua
tentera . Lama – kelamaan ramai Lugal dan En telah mengisytiharkan diri
mereka sebagai raja gengan mendakwa mendapat mandat daripada Tuhan
untuk memerintah .
       Setiap negara kota akan ditadbir oleh seorang raja yang mempunyai
kuasa mutlak dan dimiliki oleh dewa negara kota . Seseorang raja itu akan
dilantik oleh dewa negara kota yang akan menjalankan tugas bagi pihak dewa
negara kota berkenaan . Hal ini menjelaskan bahawa raja merupakan wakil
masyarakat yang dipilih oleh tuhan untuk menjalankan pentadbiran negara .


                                      10
Dari segi bidang pemerintahan , raja memainkan peranan sebagai
panglima tentera , ketua hakim , ketua rumah berhala dan menteri kerja awan .
Antara tugas raja yang dianggap suci adalah membina dam memelihara rumah
ibadat yang baru . Hal ini adalah selaras dengan kepercayaan mereka
bahawasanya manusia itu diciptakan untuk berkhidmat kepada tuhan . Raja juga
bertanggungjawab untuk melantik pegawai – pegawai pentadbiran , memberikan
arahan dan nasihat kepada para pegawai . Selain itu , raja juga akan mendengar
aduan – aduan daripada rakyat serta menjemput dan meraikan pegawai –
pegawai tertinggi dan duta dari negara assing .
      Dalam bidang keagamaan pula , raja merupakan ketua paderi. Baginda
akan mengawasi kerja – kerja pembinaan dan pengurusan rumah ibadat serta
berkuasa melantik para paderi malah memainkan peranan penting dalam
sambutan perayaan keagamaan seperti New Moon atau pesta tahun baru .
      Bidang kehakiman pula memperlihatkan raja sebagai ketua hakim .
Baginda bertanggungjawab untuk memastikan wujud keadilan dalam dalam
negara . Setiap rakyat tanpa mengira kedudukan serta kekayaan mempunyai
hak yang sama dalam negara . Hal ini raja harus memastikan semua lapisan
masyarakat mendapat layanan dan keadilan yang sewajarnya agar memastikan
golongan kaya dan berpengaruh tidak menindas golongan miskin .




Sistem Pemerintahan Beraja Eropah


Pemerintahan beraja Yunani


   Pada peringkat awal pembinaan negara kota Yunani sudah wujud sistem
pemerintahan yang terbahagi kepada monarki , oligarki , plutokrasi , aristokrasi ,
Tyrant dan demokrasi yang mana sistem – sistem tidak diamalkan di negara kota
Sparta .




                                       11
1. Monarki
   Pada peringkat awal , sesebuah negara kota itu akan diperintah oleh raja
   yang akan dibantu oleh sebuah badan yang dikenali sebagai Konsul , badan
   ini berperanan sebagai penasihat raja . Lama – kelamaan munculnya
   sekumpulan keluarga Greek yang berpengaruh daripada raja . Akhirnya telah
   membawa kepada kemerosotan kuasa raja serta peranan baginda sebagai
   ketua tentera , hakim dan agama . semua raja di setiap negara kota kecuali
   Sparta telah kehilangan kuasa untuk memerintah .
2. Oligarki
   Satu perubahan telah berlaku apabila jawatan raja tidak lagi diwarisi
   sebaliknya akan dilantik       untuk menjawatnya . Raja yang dilantik telah
   ditentukan tempoh perkhidmatnnya dan pemerintahan akan dijalankan oleh
   sekumpulan pegawai yang dilantik dengan dibantu oleh Konsul . Hak untuk
   mengundi bagi pera pegawai dan Konsul dihadkan kepada beberapa orang .


Pemerintahan Beraja Rom


   Zaman pemerintahan beraja Rom adalah antara tahun 753 – 509 S.M . Pada
zaman beraja , raja dilantik dengan restu Tuhan dan raja adalah pemerintah
tentera , ketua hakim dan agama . Raja mempunyai kuasa eksekutif yang
dipanggil     imperium   yang   diberikan    kepada   raja   oleh   sebuah   Dewan
Perhimpunan ( Comitia Centuriata ) yang sebahagian besar ahlinya terdiri
daripada warganegara tentera . Walaubagaimanapun , dewan ini tidak
mempunyai kuasa pemutus . Semasa menjalankan pentadbiran negara , raja
akan dibantu oleh sebuah majlis yang mana anggotanya terdiri daripada
golongan bangsawan yang dipanggil Senat , anggotanya terdiri daripada 300
orang tua yang usia mereka melewati 40 tahun .




                                        12
pemerintahan Beraja Rom Suci ( Charlemagne )


      Charlemagne memerintah Rom dari tahun 768 – 814 M . Baginda
merupakan cucu kepada Raja Charles Martel dan juga seorang raja
berketurunan Franks yang termasyur . Charlemagne dianggap sebagai raja dan
penakluk yang termasyur selepas Constantine , baginda diberi gelaran Charles
The Great ( Charles yang mulia ) . Semasa zaman pemerintahannya , baginda
telah meluaskan empayar sehingga meliputi kawasan yang cukup luas . Baginda
telah menawan Lombardy , Bavaria , Sepanyol dan meluaskan empayarnya dari
utara sempadan kerajaan Franks di perbatasan di Rhine sehingga ke sempadan
Denmark dan timur Sungai Elbe .
      Baginda merupakan seorang penyokong kuat Pope dan kerana itu Pope
telah mengambil peluang melantik baginda sebagai maharaja di Rom pada tahun
800 Masihi . Atas sebab itu jugalah diwujudkan semula gelaran maharaja dan
status empayar , selain itu Charlemagne juga merupakan seorang penyokong
kuat mazhab Roman Katolik . Dikhabarkan atas kerana baginda menyokong kuat
Pope , maka baginda telah dikatakan telah melakukan suatu pekerjaan suci .
Justeru itu , kerajaan baginda dikenali sebagai Kerajaan Rom Suci ( Carolingian
Empire ) .
      Kerajaan Rom Suci yang telah didirikan oleh Charlemagne telah
membawa Eropah kepada satu tradisi , di mana bakal maharaja – maharaja
yang akan memerintah Rom mesti ditabalkan oleh Pope . Pope juga berusaha
menjadi ketua negara dengan maharaja di bawah telunjuknya serta mahukan
dirinnya diiktiraf sebagai ketua agama di mana – mana termasuklah di Rom
Timur . Kerajaan Rom timur pula mempunyai maharajanya sendiri dan tidak
mahu dikawal oleh Pope di Rom . Hal inilah merupakan punca kepada keretakan
antara Rom dan Byzantium pada tahun 1054 M . Selepas itu mazhab Kristian di
Byzantium dikenali sebagai Ortodoks yang berlainan dengan Rom yang
berpegang kepada mazhab Kristian Roman Katolik




                                      13
SUMBER RUJUKAN


 •   Internet
 •   Sivachandralimgam Sundara raja , Ayadurai Letchumanan. Nota Lengkap
     Tamadun Dunia STPM . Fajar Bakti , 2000
 •   Mahdi Shuid , Saliza Saad . Longman Teks Pra – U STPM Tamadun
     Dunia . Pearson , 2009




                                   14

More Related Content

What's hot

LANGKAH MENGATASI KEMASUKAN PENDATANG ASING
LANGKAH MENGATASI KEMASUKAN PENDATANG ASING LANGKAH MENGATASI KEMASUKAN PENDATANG ASING
LANGKAH MENGATASI KEMASUKAN PENDATANG ASING NurZahidah22
 
17 nilai murni yang utama
17 nilai murni yang utama17 nilai murni yang utama
17 nilai murni yang utamaMARTIN JANTAI
 
FAKTOR PENCETUS PERANG DUNIA PERTAMA DAN KESAN2
FAKTOR PENCETUS PERANG DUNIA PERTAMA DAN KESAN2FAKTOR PENCETUS PERANG DUNIA PERTAMA DAN KESAN2
FAKTOR PENCETUS PERANG DUNIA PERTAMA DAN KESAN2Fitriah Gi Kwang
 
Nota ringkas bahasa melayu tingkatan 6 stpm penggal 1, 2, 3
Nota ringkas bahasa melayu tingkatan 6 stpm penggal 1, 2, 3Nota ringkas bahasa melayu tingkatan 6 stpm penggal 1, 2, 3
Nota ringkas bahasa melayu tingkatan 6 stpm penggal 1, 2, 3JANGAN TENGOK
 
Sejarah Paper3 SPM Soalan KBKK
Sejarah Paper3 SPM  Soalan KBKKSejarah Paper3 SPM  Soalan KBKK
Sejarah Paper3 SPM Soalan KBKKZhang Ewe
 
Cabaran yang harus dihadapi bagi membolehkan malaysia mencapai taraf negara maju
Cabaran yang harus dihadapi bagi membolehkan malaysia mencapai taraf negara majuCabaran yang harus dihadapi bagi membolehkan malaysia mencapai taraf negara maju
Cabaran yang harus dihadapi bagi membolehkan malaysia mencapai taraf negara majuJANGAN TINGGAL DAKU
 
Penubhn ngeri selat
Penubhn ngeri selatPenubhn ngeri selat
Penubhn ngeri selatfiro HAR
 
Sejarah kemerdekaan Malaysia
Sejarah kemerdekaan MalaysiaSejarah kemerdekaan Malaysia
Sejarah kemerdekaan MalaysiaASMANIZA ABDULLAH
 
Sistem pentadbiran yang sistematik bab 5
Sistem pentadbiran yang sistematik bab 5Sistem pentadbiran yang sistematik bab 5
Sistem pentadbiran yang sistematik bab 5kavitha_mnm
 
2.4 zaman kesultanan melayu melaka
2.4 zaman kesultanan melayu melaka2.4 zaman kesultanan melayu melaka
2.4 zaman kesultanan melayu melakafiro HAR
 
KEPENTINGAN SISTEM MASYARAKAT MELAYU TRADISI
KEPENTINGAN SISTEM MASYARAKAT MELAYU TRADISIKEPENTINGAN SISTEM MASYARAKAT MELAYU TRADISI
KEPENTINGAN SISTEM MASYARAKAT MELAYU TRADISINur Fareha
 
Kepentingan Dasar Luar
Kepentingan Dasar LuarKepentingan Dasar Luar
Kepentingan Dasar Luarnurulshamiera
 
T2 BAB 5 5.2 KEGEMILANGAN KESULTANAN MELAYU MELAKA
T2 BAB 5 5.2 KEGEMILANGAN KESULTANAN MELAYU MELAKAT2 BAB 5 5.2 KEGEMILANGAN KESULTANAN MELAYU MELAKA
T2 BAB 5 5.2 KEGEMILANGAN KESULTANAN MELAYU MELAKATeh Boon Siang
 
Jelaskan konsep dan peranan raja melayu sebelum th 1874
Jelaskan konsep dan peranan raja melayu sebelum th 1874Jelaskan konsep dan peranan raja melayu sebelum th 1874
Jelaskan konsep dan peranan raja melayu sebelum th 1874Jimmy Mogolid
 
Bab 2 - PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN
Bab 2 - PERLEMBAGAAN PERSEKUTUANBab 2 - PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN
Bab 2 - PERLEMBAGAAN PERSEKUTUANnasywah79
 
Pembangunan insan
Pembangunan insanPembangunan insan
Pembangunan insanabidin1961
 

What's hot (20)

LANGKAH MENGATASI KEMASUKAN PENDATANG ASING
LANGKAH MENGATASI KEMASUKAN PENDATANG ASING LANGKAH MENGATASI KEMASUKAN PENDATANG ASING
LANGKAH MENGATASI KEMASUKAN PENDATANG ASING
 
17 nilai murni yang utama
17 nilai murni yang utama17 nilai murni yang utama
17 nilai murni yang utama
 
FAKTOR PENCETUS PERANG DUNIA PERTAMA DAN KESAN2
FAKTOR PENCETUS PERANG DUNIA PERTAMA DAN KESAN2FAKTOR PENCETUS PERANG DUNIA PERTAMA DAN KESAN2
FAKTOR PENCETUS PERANG DUNIA PERTAMA DAN KESAN2
 
Nota ringkas bahasa melayu tingkatan 6 stpm penggal 1, 2, 3
Nota ringkas bahasa melayu tingkatan 6 stpm penggal 1, 2, 3Nota ringkas bahasa melayu tingkatan 6 stpm penggal 1, 2, 3
Nota ringkas bahasa melayu tingkatan 6 stpm penggal 1, 2, 3
 
Sejarah Paper3 SPM Soalan KBKK
Sejarah Paper3 SPM  Soalan KBKKSejarah Paper3 SPM  Soalan KBKK
Sejarah Paper3 SPM Soalan KBKK
 
Cabaran yang harus dihadapi bagi membolehkan malaysia mencapai taraf negara maju
Cabaran yang harus dihadapi bagi membolehkan malaysia mencapai taraf negara majuCabaran yang harus dihadapi bagi membolehkan malaysia mencapai taraf negara maju
Cabaran yang harus dihadapi bagi membolehkan malaysia mencapai taraf negara maju
 
Penubhn ngeri selat
Penubhn ngeri selatPenubhn ngeri selat
Penubhn ngeri selat
 
Sejarah kemerdekaan Malaysia
Sejarah kemerdekaan MalaysiaSejarah kemerdekaan Malaysia
Sejarah kemerdekaan Malaysia
 
Sistem pentadbiran yang sistematik bab 5
Sistem pentadbiran yang sistematik bab 5Sistem pentadbiran yang sistematik bab 5
Sistem pentadbiran yang sistematik bab 5
 
2.4 zaman kesultanan melayu melaka
2.4 zaman kesultanan melayu melaka2.4 zaman kesultanan melayu melaka
2.4 zaman kesultanan melayu melaka
 
KEPENTINGAN SISTEM MASYARAKAT MELAYU TRADISI
KEPENTINGAN SISTEM MASYARAKAT MELAYU TRADISIKEPENTINGAN SISTEM MASYARAKAT MELAYU TRADISI
KEPENTINGAN SISTEM MASYARAKAT MELAYU TRADISI
 
Kepentingan Dasar Luar
Kepentingan Dasar LuarKepentingan Dasar Luar
Kepentingan Dasar Luar
 
Masyarakat feudal
Masyarakat feudalMasyarakat feudal
Masyarakat feudal
 
T2 BAB 5 5.2 KEGEMILANGAN KESULTANAN MELAYU MELAKA
T2 BAB 5 5.2 KEGEMILANGAN KESULTANAN MELAYU MELAKAT2 BAB 5 5.2 KEGEMILANGAN KESULTANAN MELAYU MELAKA
T2 BAB 5 5.2 KEGEMILANGAN KESULTANAN MELAYU MELAKA
 
Senarai nilai murni
Senarai nilai murniSenarai nilai murni
Senarai nilai murni
 
Jelaskan konsep dan peranan raja melayu sebelum th 1874
Jelaskan konsep dan peranan raja melayu sebelum th 1874Jelaskan konsep dan peranan raja melayu sebelum th 1874
Jelaskan konsep dan peranan raja melayu sebelum th 1874
 
Suruhanjaya reid
Suruhanjaya reidSuruhanjaya reid
Suruhanjaya reid
 
Bab 2 - PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN
Bab 2 - PERLEMBAGAAN PERSEKUTUANBab 2 - PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN
Bab 2 - PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN
 
Konsep Raja Beperlembagaan
Konsep Raja BeperlembagaanKonsep Raja Beperlembagaan
Konsep Raja Beperlembagaan
 
Pembangunan insan
Pembangunan insanPembangunan insan
Pembangunan insan
 

Similar to SISTEM PEMERINTAHAN BERAJA

SEJARAH T4 KBSM Bab 2 - Peningkatan Tamadun
SEJARAH T4 KBSM Bab 2 - Peningkatan TamadunSEJARAH T4 KBSM Bab 2 - Peningkatan Tamadun
SEJARAH T4 KBSM Bab 2 - Peningkatan TamadunFasyah Tutor
 
Sistem feudalisme
Sistem feudalismeSistem feudalisme
Sistem feudalismeahmadsupu
 
Power point sejarah peradaban lembah sungai nil
Power point sejarah peradaban lembah sungai nilPower point sejarah peradaban lembah sungai nil
Power point sejarah peradaban lembah sungai nilLatifa Syifa
 
Peradaban Mesir kuno
Peradaban Mesir kunoPeradaban Mesir kuno
Peradaban Mesir kunoadvent17
 
Peradaban lembah sungai nil spansa
Peradaban lembah sungai nil spansaPeradaban lembah sungai nil spansa
Peradaban lembah sungai nil spansaRadityaIswara
 
Peradaban Mesir Kuno
Peradaban Mesir KunoPeradaban Mesir Kuno
Peradaban Mesir KunoDio Satyaloka
 
Sejarah : Sungai Nil
Sejarah : Sungai NilSejarah : Sungai Nil
Sejarah : Sungai NilIndriHutami
 
Peradaban Romawi
Peradaban RomawiPeradaban Romawi
Peradaban RomawiGian Angelo
 
Sejarah peradaban di sungai nil
Sejarah peradaban di sungai nilSejarah peradaban di sungai nil
Sejarah peradaban di sungai nilPT.surga firdaus
 
Peradaban Mesir
Peradaban MesirPeradaban Mesir
Peradaban MesirKasa Rambe
 
Peradaban Lembah Sungai Nil (Mesir Kuno) X IIS
Peradaban Lembah Sungai Nil (Mesir Kuno) X IIS Peradaban Lembah Sungai Nil (Mesir Kuno) X IIS
Peradaban Lembah Sungai Nil (Mesir Kuno) X IIS Caecilia Wahyuningrum
 
Peradaban lembah sungai nil (Mesir Kuno) X IIS 3
Peradaban lembah sungai nil (Mesir Kuno) X IIS 3Peradaban lembah sungai nil (Mesir Kuno) X IIS 3
Peradaban lembah sungai nil (Mesir Kuno) X IIS 3Caecilia Wahyuningrum
 
Peradaban lembah sungai nil
Peradaban lembah sungai nilPeradaban lembah sungai nil
Peradaban lembah sungai nil087dwi
 
Sejarah Peminatan
Sejarah PeminatanSejarah Peminatan
Sejarah PeminatanNdud Endud
 
0bec19371b8769039cf058c9a8e64b15
0bec19371b8769039cf058c9a8e64b150bec19371b8769039cf058c9a8e64b15
0bec19371b8769039cf058c9a8e64b15Huang Qi Shen
 

Similar to SISTEM PEMERINTAHAN BERAJA (20)

SEJARAH T4 KBSM Bab 2 - Peningkatan Tamadun
SEJARAH T4 KBSM Bab 2 - Peningkatan TamadunSEJARAH T4 KBSM Bab 2 - Peningkatan Tamadun
SEJARAH T4 KBSM Bab 2 - Peningkatan Tamadun
 
Sistem feudalisme
Sistem feudalismeSistem feudalisme
Sistem feudalisme
 
Power point sejarah peradaban lembah sungai nil
Power point sejarah peradaban lembah sungai nilPower point sejarah peradaban lembah sungai nil
Power point sejarah peradaban lembah sungai nil
 
Peradaban Mesir kuno
Peradaban Mesir kunoPeradaban Mesir kuno
Peradaban Mesir kuno
 
Peradaban lembah sungai nil spansa
Peradaban lembah sungai nil spansaPeradaban lembah sungai nil spansa
Peradaban lembah sungai nil spansa
 
Peradaban Mesir Kuno
Peradaban Mesir KunoPeradaban Mesir Kuno
Peradaban Mesir Kuno
 
Sejarah : Sungai Nil
Sejarah : Sungai NilSejarah : Sungai Nil
Sejarah : Sungai Nil
 
Bab 2 Sejarah Form 4
Bab 2 Sejarah Form 4Bab 2 Sejarah Form 4
Bab 2 Sejarah Form 4
 
Peradaban Mesir Kuno
Peradaban Mesir KunoPeradaban Mesir Kuno
Peradaban Mesir Kuno
 
Peradaban Romawi
Peradaban RomawiPeradaban Romawi
Peradaban Romawi
 
Raja mutlak
Raja mutlakRaja mutlak
Raja mutlak
 
Sejarah peradaban di sungai nil
Sejarah peradaban di sungai nilSejarah peradaban di sungai nil
Sejarah peradaban di sungai nil
 
Peradaban mesir kuno
Peradaban mesir kunoPeradaban mesir kuno
Peradaban mesir kuno
 
Peradaban Mesir
Peradaban MesirPeradaban Mesir
Peradaban Mesir
 
Peradaban Lembah Sungai Nil (Mesir Kuno) X IIS
Peradaban Lembah Sungai Nil (Mesir Kuno) X IIS Peradaban Lembah Sungai Nil (Mesir Kuno) X IIS
Peradaban Lembah Sungai Nil (Mesir Kuno) X IIS
 
Peradaban lembah sungai nil (Mesir Kuno) X IIS 3
Peradaban lembah sungai nil (Mesir Kuno) X IIS 3Peradaban lembah sungai nil (Mesir Kuno) X IIS 3
Peradaban lembah sungai nil (Mesir Kuno) X IIS 3
 
Peradaban lembah sungai nil
Peradaban lembah sungai nilPeradaban lembah sungai nil
Peradaban lembah sungai nil
 
Sejarah 1 skema
Sejarah 1 skemaSejarah 1 skema
Sejarah 1 skema
 
Sejarah Peminatan
Sejarah PeminatanSejarah Peminatan
Sejarah Peminatan
 
0bec19371b8769039cf058c9a8e64b15
0bec19371b8769039cf058c9a8e64b150bec19371b8769039cf058c9a8e64b15
0bec19371b8769039cf058c9a8e64b15
 

Recently uploaded

LAPORAN PKP KESELURUHAN BAB 1-5 NURUL HUSNA.pdf
LAPORAN PKP KESELURUHAN BAB 1-5 NURUL HUSNA.pdfLAPORAN PKP KESELURUHAN BAB 1-5 NURUL HUSNA.pdf
LAPORAN PKP KESELURUHAN BAB 1-5 NURUL HUSNA.pdfChrodtianTian
 
Aksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru Penggerak
Aksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru PenggerakAksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru Penggerak
Aksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru Penggeraksupriadi611
 
aksi nyata pendidikan inklusif.pelatihan mandiri pmm
aksi nyata pendidikan inklusif.pelatihan mandiri pmmaksi nyata pendidikan inklusif.pelatihan mandiri pmm
aksi nyata pendidikan inklusif.pelatihan mandiri pmmeunikekambe10
 
Demonstrasi Kontekstual Modul 1.2. pdf
Demonstrasi Kontekstual  Modul 1.2.  pdfDemonstrasi Kontekstual  Modul 1.2.  pdf
Demonstrasi Kontekstual Modul 1.2. pdfvebronialite32
 
Kelompok 1 Bimbingan Konseling Islami (Asas-Asas).pdf
Kelompok 1 Bimbingan Konseling Islami (Asas-Asas).pdfKelompok 1 Bimbingan Konseling Islami (Asas-Asas).pdf
Kelompok 1 Bimbingan Konseling Islami (Asas-Asas).pdfmaulanayazid
 
adap penggunaan media sosial dalam kehidupan sehari-hari.pptx
adap penggunaan media sosial dalam kehidupan sehari-hari.pptxadap penggunaan media sosial dalam kehidupan sehari-hari.pptx
adap penggunaan media sosial dalam kehidupan sehari-hari.pptxmtsmampunbarub4
 
PPT Materi Jenis - Jenis Alat Pembayaran Tunai dan Non-tunai.pptx
PPT Materi Jenis - Jenis Alat Pembayaran Tunai dan Non-tunai.pptxPPT Materi Jenis - Jenis Alat Pembayaran Tunai dan Non-tunai.pptx
PPT Materi Jenis - Jenis Alat Pembayaran Tunai dan Non-tunai.pptxHeruFebrianto3
 
Membuat Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di dalam Kelas
Membuat Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di dalam KelasMembuat Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di dalam Kelas
Membuat Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di dalam KelasHardaminOde2
 
TPPK_panduan pembentukan tim TPPK di satuan pendidikan
TPPK_panduan pembentukan tim TPPK di satuan pendidikanTPPK_panduan pembentukan tim TPPK di satuan pendidikan
TPPK_panduan pembentukan tim TPPK di satuan pendidikanNiKomangRaiVerawati
 
Lembar Observasi Pembelajaran di Kelas.docx
Lembar Observasi Pembelajaran di  Kelas.docxLembar Observasi Pembelajaran di  Kelas.docx
Lembar Observasi Pembelajaran di Kelas.docxbkandrisaputra
 
Kelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdf
Kelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdfKelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdf
Kelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdftsaniasalftn18
 
PELAKSANAAN + Link2 Materi TRAINING "Effective SUPERVISORY & LEADERSHIP Sk...
PELAKSANAAN  + Link2 Materi TRAINING "Effective  SUPERVISORY &  LEADERSHIP Sk...PELAKSANAAN  + Link2 Materi TRAINING "Effective  SUPERVISORY &  LEADERSHIP Sk...
PELAKSANAAN + Link2 Materi TRAINING "Effective SUPERVISORY & LEADERSHIP Sk...Kanaidi ken
 
Edukasi Haji 2023 pembinaan jemaah hajii
Edukasi Haji 2023 pembinaan jemaah hajiiEdukasi Haji 2023 pembinaan jemaah hajii
Edukasi Haji 2023 pembinaan jemaah hajiiIntanHanifah4
 
PEMIKIRAN POLITIK Jean Jacques Rousseau.pdf
PEMIKIRAN POLITIK Jean Jacques  Rousseau.pdfPEMIKIRAN POLITIK Jean Jacques  Rousseau.pdf
PEMIKIRAN POLITIK Jean Jacques Rousseau.pdfMMeizaFachri
 
Kelompok 4 : Karakteristik Negara Inggris
Kelompok 4 : Karakteristik Negara InggrisKelompok 4 : Karakteristik Negara Inggris
Kelompok 4 : Karakteristik Negara InggrisNazla aulia
 
polinomial dan suku banyak kelas 11..ppt
polinomial dan suku banyak kelas 11..pptpolinomial dan suku banyak kelas 11..ppt
polinomial dan suku banyak kelas 11..pptGirl38
 
aku-dan-kebutuhanku-Kelas 4 SD Mapel IPAS
aku-dan-kebutuhanku-Kelas 4 SD Mapel IPASaku-dan-kebutuhanku-Kelas 4 SD Mapel IPAS
aku-dan-kebutuhanku-Kelas 4 SD Mapel IPASreskosatrio1
 
MATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATAS
MATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATASMATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATAS
MATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATASKurniawan Dirham
 
Karakteristik Negara Brazil, Geografi Regional Dunia
Karakteristik Negara Brazil, Geografi Regional DuniaKarakteristik Negara Brazil, Geografi Regional Dunia
Karakteristik Negara Brazil, Geografi Regional DuniaNadia Putri Ayu
 
Laporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMM
Laporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMMLaporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMM
Laporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMMmulyadia43
 

Recently uploaded (20)

LAPORAN PKP KESELURUHAN BAB 1-5 NURUL HUSNA.pdf
LAPORAN PKP KESELURUHAN BAB 1-5 NURUL HUSNA.pdfLAPORAN PKP KESELURUHAN BAB 1-5 NURUL HUSNA.pdf
LAPORAN PKP KESELURUHAN BAB 1-5 NURUL HUSNA.pdf
 
Aksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru Penggerak
Aksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru PenggerakAksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru Penggerak
Aksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru Penggerak
 
aksi nyata pendidikan inklusif.pelatihan mandiri pmm
aksi nyata pendidikan inklusif.pelatihan mandiri pmmaksi nyata pendidikan inklusif.pelatihan mandiri pmm
aksi nyata pendidikan inklusif.pelatihan mandiri pmm
 
Demonstrasi Kontekstual Modul 1.2. pdf
Demonstrasi Kontekstual  Modul 1.2.  pdfDemonstrasi Kontekstual  Modul 1.2.  pdf
Demonstrasi Kontekstual Modul 1.2. pdf
 
Kelompok 1 Bimbingan Konseling Islami (Asas-Asas).pdf
Kelompok 1 Bimbingan Konseling Islami (Asas-Asas).pdfKelompok 1 Bimbingan Konseling Islami (Asas-Asas).pdf
Kelompok 1 Bimbingan Konseling Islami (Asas-Asas).pdf
 
adap penggunaan media sosial dalam kehidupan sehari-hari.pptx
adap penggunaan media sosial dalam kehidupan sehari-hari.pptxadap penggunaan media sosial dalam kehidupan sehari-hari.pptx
adap penggunaan media sosial dalam kehidupan sehari-hari.pptx
 
PPT Materi Jenis - Jenis Alat Pembayaran Tunai dan Non-tunai.pptx
PPT Materi Jenis - Jenis Alat Pembayaran Tunai dan Non-tunai.pptxPPT Materi Jenis - Jenis Alat Pembayaran Tunai dan Non-tunai.pptx
PPT Materi Jenis - Jenis Alat Pembayaran Tunai dan Non-tunai.pptx
 
Membuat Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di dalam Kelas
Membuat Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di dalam KelasMembuat Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di dalam Kelas
Membuat Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di dalam Kelas
 
TPPK_panduan pembentukan tim TPPK di satuan pendidikan
TPPK_panduan pembentukan tim TPPK di satuan pendidikanTPPK_panduan pembentukan tim TPPK di satuan pendidikan
TPPK_panduan pembentukan tim TPPK di satuan pendidikan
 
Lembar Observasi Pembelajaran di Kelas.docx
Lembar Observasi Pembelajaran di  Kelas.docxLembar Observasi Pembelajaran di  Kelas.docx
Lembar Observasi Pembelajaran di Kelas.docx
 
Kelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdf
Kelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdfKelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdf
Kelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdf
 
PELAKSANAAN + Link2 Materi TRAINING "Effective SUPERVISORY & LEADERSHIP Sk...
PELAKSANAAN  + Link2 Materi TRAINING "Effective  SUPERVISORY &  LEADERSHIP Sk...PELAKSANAAN  + Link2 Materi TRAINING "Effective  SUPERVISORY &  LEADERSHIP Sk...
PELAKSANAAN + Link2 Materi TRAINING "Effective SUPERVISORY & LEADERSHIP Sk...
 
Edukasi Haji 2023 pembinaan jemaah hajii
Edukasi Haji 2023 pembinaan jemaah hajiiEdukasi Haji 2023 pembinaan jemaah hajii
Edukasi Haji 2023 pembinaan jemaah hajii
 
PEMIKIRAN POLITIK Jean Jacques Rousseau.pdf
PEMIKIRAN POLITIK Jean Jacques  Rousseau.pdfPEMIKIRAN POLITIK Jean Jacques  Rousseau.pdf
PEMIKIRAN POLITIK Jean Jacques Rousseau.pdf
 
Kelompok 4 : Karakteristik Negara Inggris
Kelompok 4 : Karakteristik Negara InggrisKelompok 4 : Karakteristik Negara Inggris
Kelompok 4 : Karakteristik Negara Inggris
 
polinomial dan suku banyak kelas 11..ppt
polinomial dan suku banyak kelas 11..pptpolinomial dan suku banyak kelas 11..ppt
polinomial dan suku banyak kelas 11..ppt
 
aku-dan-kebutuhanku-Kelas 4 SD Mapel IPAS
aku-dan-kebutuhanku-Kelas 4 SD Mapel IPASaku-dan-kebutuhanku-Kelas 4 SD Mapel IPAS
aku-dan-kebutuhanku-Kelas 4 SD Mapel IPAS
 
MATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATAS
MATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATASMATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATAS
MATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATAS
 
Karakteristik Negara Brazil, Geografi Regional Dunia
Karakteristik Negara Brazil, Geografi Regional DuniaKarakteristik Negara Brazil, Geografi Regional Dunia
Karakteristik Negara Brazil, Geografi Regional Dunia
 
Laporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMM
Laporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMMLaporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMM
Laporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMM
 

SISTEM PEMERINTAHAN BERAJA

  • 1. SISTEM PEMERINTAHAN BERAJA Konsep Sistem Pemerintahan Beraja Mengikut Kamus Dewan, raja bermaksud orang yang mengetuai dan memerintah sesebuah negara atau bangsa, menjadi kepala negara, kepala negeri atau kepala suku. Mengikut Encyclopedia Britanica, raja lelaki dan ratu bagi perempuan adalah pemerintah tertinggi dalam negeri, lebih tinggi kedudukannya daripada mana-mana pentadbir. Pemerintahan beraja adalah fenomena seluruh dunia secara keturunan sempurna atau raja berperlembagaan. Biasanya dalam bentuk monarki dan raja juga dianggap sebagai penghubung antara rakyat dengan tuhan. Pemerintahan beraja atau Monarki (dari bahasa Yunani "monos archein", bermaksud "satu pemerintah") merupakan satu bentuk kerajaan di mana Raja menjadi ketua negara. Monarki atau sistem pemerintahan beraja adalah sistem tertua di dunia. Pada awal kurun ke-19, terdapat lebih 900 buah takhta kerajaan di dunia, tetapi menurun kepada 240 buah dalam abad ke-20. Manakala pada dekad kelapan abad ke-20, hanya 40 takhta sahaja yang masih kekal. Daripada jumlah tersebut, hanya empat negara mempunyai raja atau monarki yang mutlak dan selebihnya terhad kepada sistem perlembagaan. Pembentukan dan perluasan empayar telah menyebabkan status seseorang raja itu meningkat daripada raja kepada maharaja seperti yang berlaku di China semasa pemerintahan Dinasti Chin dan di India semasa pemerintahan Dinasti Maurya. Republik ialah negara yang ditadbir oleh wakil-wakil yang dipilih oleh rakyat. 1
  • 2. Ciri – Ciri Sistem Pemerintahan Beraja Institusi Tertinggi Raja merupakan institusi yang tertinggi. Raja mempunyai kuasa pengurus dalam segala tindakan penggubalan dan perlaksanaan dasar. Raja juga mempunyai kuasa mutlak. Raja Sebagai Tuhan Raja dianggap sebagai tuhan. Rakyat hendaklah mentaati dan menghormati raja sepenuhnya. Raja menganggap rakyat sebagai hambanya. Buktinya: apabila rakyat mengadap raja, mereka akan menyembah dan menyebut perkataan terakhir seperti patik yang hina dan sebagainya. Secara Warisan Institusi raja adalah berterusan secara warisan. Ada juga yang berjaya menjadi raja setelah berjaya menggulingkan raja yang sedia ada. Mereka menggunakan kekuatan ketenteraan dan pengaruh yang dimiliki untuk menggulingkannya. Undang-undang di Tangan Raja Raja melebihi undang-undang dan hukuman di tangannya. Raja boleh mengampun kesalahan walaupun yang melakukan kesalahan itu dirinya sendiri. Hal ini bermakna raja kekal daripada sebarang hukuman. Rakyat tidak boleh dipersoalkan tindakan atau peraturan yang digubal oleh raja. Rakyat mesti menurut apa sahaja perintah raja. Keistimewaan Raja Raja sentiasa istimewa daripada orang lain. Keistimewaan ini dapat dilihat dari cara berpakaian, bertutur, majlis-majlis tertentu, mempunyai daulat, ada lambang kekuasaan seperti cop mohor, pedang, keris, mahkota, cokmar, pending dan sebagainya. 2
  • 3. Cara Pemerintahan Raja akan dibantu oleh pembesar-pembesar yang menjalankan tugas. Hal ini bermakna pemerintahan adalah secara berpusat. Pemerintahan berpusat di ibu kota negeri untuk seluruh jajahan takluk. Berkuasa Penuh Raja berkuasa penuh dalam hal ehwal kewangan dan ekonomi juga. Segala sumber yang mendatangkan keuntungan dikuasai oleh baginda seperti pungutan cukai, hasil, pertanian, perniagaan dan semua perkhidmatan. Raja dianggap sebagai tuan punya tanah di mana segala penggunaan terhadap tanah hendaklah dalam pengetahuan raja. Agama Dalam bidang agama, raja bertindak sebagai ketua agama dan dinasihati oleh tokoh agama yang bertindak sebagai penasihat. Pertahanan Dalam bidang pertahanan, raja mempunyai kuasa kerahan ke atas rakyat. Rakyat hendaklah sentiasa bersedia untuk berperang jika diperintahkan. Hal ini kerana raja tidak mempunyai tentera yang khas. Tentera raja hanya pengawal istana sahaja. Oleh itu, rakyatlah yang bertindak sebagai tentera. Perbelanjaan Perbelanjaan istana dan peribadi adalah dibiayai dengan menggunakan pendapatan negara / cukai atau sumbangan pembesar. 3
  • 4. Sistem Pemerintahan Beraja Mesir Pada asalnya Mesir dibahagikan kepada dua bahagian iaitu Mesir Utara dan Mesir Selatan.Pada tahun 3100 SM, Raja Menes telah menyatukan Mesir Utara dan Mesir Selatan.Baginda merupakan pengasas dinasti Mesir purba dan merupakan raja Mesir yang pertama.Dinasti pertama di Mesir ialah Dinasti Thinite. Baginda telah mewujudkan sistem negara beraja dan dinasti di Mesir. Memphis dijadikan ibu kotanya. Dalam sistem dinasti, raja-raja yang memerintah Mesir berasal dari satu keluarga. Mesir telah diperintah oleh 30 buah dinasti untuk kira-kira 3000 tahun yang dibahagikan kepada 3 zaman iaitu Kerajaan Mesir Purba (3500 SM -2700 SM SM), Kerajaan Mesir Pertengahan (2400 SM – 1800 SM) dan Kerajaan Mesir Baru atau Empayar (1600 SM – 1000 SM). Pemerintah Mesir atau raja-raja Mesir digelar ‘Firaun’ ( yang bererti Rumah Besar). Firaun yang paling masyhur ialah Ramses II yang telah membina empayar Mesir dan piramid yang besar. Begitu juga dengan Tutmose III dan Amenhotep III dan IV. Firaun berada pada kedudukan teratas dalam pemerintahan negara Mesir. Baginda memerintah secara mutlak dan menguasai semua tanah dan air di Mesir..Firaun menguasai pentadbiran, ekonomi dan angkatan tentera. Darjatnya begitu tinggi hinggakan dianggap sebagai anak kepada ketua tuhan – tuhan atau anak tuhan Amon Re ( tuhan matahari). Pada akhir dinasti kelima , Peranan Firaun sebagai Jelmaan Horus berubah . Firaun yang menaiki takhta akan menjadi Tuhan Horus( Tuhan Langit ) tetapi menjadi Tuhan Osiris selepas kematiannya , Kepercayaan ini amat popular dalam semua lapisan masyarakat manakala kepercayaan Tuhan Re popular dalam kalangan golongan diraja dan aristokrat . Rakyat sangat menghormati dan mentaati Firaun.Rakyat dikenakan cukai dalam bentuk barang seperti gandum,felek, lembu, kayu kayan, arak dan sebagainya. Dengan cukai begitu rupa, Firaun memiliki gudang-gudang yang besar. Baginda menjadi ketua agama dan ketua angkatan tentera. Baginda juga menggubal undang-undang. 4
  • 5. Mereka memiliki banyak harta dan kadang-kadang hampir sama banyaknya dengan harta Firaun. Dalam urusan pentadbiran, baginda dibantu oleh golongan bangsawan, gabenor (pegawai kerajaan) dan paderi. Golongan bangsawan berkuasa penuh dalam daerah dan kuasa mereka kekal turun temurun. Kerajaan Mesir dibahagikan kepada beberapa daerah dan ditadbir oleh pegawai kerajaan. Salah satu ciri utama yang membezakan pemerintahan beraja di Mesir dengan tamadun – tamadun lain adalah konsep dualisme . Berdasarkan konsep ini , bumi ditafsirkan mempunyai kaitan dengan ciri – ciri seperti North and South , Portions of Horus and Portions of Seth , The two Lands atau The Two Banks . Firaun dari Mesir Selatan pula akan memakai mahkota putih manakala Firaun dari Mesir Utara akan memakai mahkota merah . Sifat Duolisme ini diperkukuhkan lagi dengan penggunaan lambang , gelaran dan alat – alat kebesaran seperti penggunaan lambang sedge untuk Mesir Selatan manakala Mesir Utara menggunakan Lambang lebah yang mana terdapat pada monumen – monumen diraja , perabut dan kain . Selain itu , penggunaan gelaran nama Two Ladies iaitu Dewi Nekhbet sebagai tuhan penaung Mesir Selatan manakala Dewi Buto untuk Mesir Utara . Ciri kedua yang membezakan Tamadun Mesir dengan tamadun lain adalah dari segi pewarisan takhta . Dari segi teori dan praktikal , takhta akan diwarisi oleh anggota keluarga sebelah perempuan . Hanya puteri mahkota yang berhak mewarisi takhta . Namun selepas berkahwin , hak memerintah akan diserahkan kepada suaminya dan puteri mahkota akan menjadi Great Wife ataupun permaisuri . Kebiasaannya , Puteri mahkota akan dikahwinkan dengan abang kandungnya sendiri bagi mengekalkan kesucian darah keturunan diraja . Namun jika tiada , puteri mahkota akan berkahwin dengan orang asing seperti janda Raja Tutankhamun yang telah menulis surat kepada Raja hittite , Suppiliulimus untuk menghantarkan putera mahkota untuk dikahwinkan dengannya . 5
  • 6. SISTEM PEMERINTAHAN BERAJA INDIA Dalam tamadun awal India ( Tamadun Sungai Indus) yang bermula pada tahun 2500 SM, pemimpin adalah dari golongan pendeta dan berkuasa mutlak (kerajaan bersifat teokrasi).Ini bermakna, India pada masa itu belum lagi melaksanakan pemerintahan beraja. Semasa India diperintah oleh Dinasti Maurya yang diasaskan oleh Chandragupta Maurya (321 SM), India mengamalkan sistem pemerintahan beraja mutlak dan secara monarki.Gelaran raja bertukar menjadi maharaja apabila perluasan kuasa ke kawasan-kekawasan sekitar dilakukan. Kerajaan ini kuat dengan bantuan 700,000 orang tentera yang cekap tetapi tiada belas kesihan. Petani-petani dikenakan cukai yang berat di bawah pengawasan pegawai-pegawai raja yang sangat zalim. Raja memerintah dengan bantuan Majlis Penasihat. Empayar dibahagikan kepada 5 bahagian atau wilayah dan setiap wilayah diketuai seorang wizurai. Kerajaan ini mempunyai Pejabat Peperangan yang mengandungi 6 Jabatan dan Perkhidmatan Perisik yang teratur. Pentadbiran awam termasuk Badan Perdagangan, Jabatan Kerja, Badan Upah dan Pendaftaran kelahiran, kematian dan pendapatan. Bandar-bandar dalam empayar Maurya ditadbir oleh satu badan yang dibahagikan kepada 6 jawatankuasa dan dianggotai 30 orang ahli. Ada ahli sejarah berpendapat, Chandragupta Maurya ini menjalankan sistem pemerintahan awam untuk kesejahteraan rakyat dan kemakmuran negara dengan memperbaiki sistem keadilan dan pentadbiran. Ketika India diperintah oleh Maharaja Asoka (273 SM atau 269 SM) , baginda menjalankan pemerintahan dengan baik dan berperikemanusiaan berdasarkan titah perintahnya yang diukir pada tiang-tiang batu di sepanjang jalan untuk dibaca oleh rakyat. Semua orang diberi hak dan peluang yang sama dalam pentadbiran.. Asoka sangat benci kepada kemusnahan, kekejaman dan permusuhan. Baginda membawa semangat kemanusiaan baru di kalangan raja- raja hasil dari ajaran agama Buddha yang bertindak atas rasa sensitif dan tidak mementingkan diri sendiri. 6
  • 7. Beliau mengamalkan doktrin ‘Ahimsa’ yang melarang perbuatan menyakiti atau melukai haiwan dan manusia. Asoka juga menjalankan reformasi dalam pentadbiran melalui ‘Dharma-Mahamatra’. Sistem ini memastikan pegawai-pegawai kerajaan di wilayah-wilayah melaksanakan tugas berdasarkan arahan kerajaan pusat. Asoka memerintahkan gabenor-gabenor dan pegawai-pegawainya supaya adil dan bersifat belas kesihan. Asoka juga menyediakan rumah-rumah rehat, telaga dan pokok kayu untuk kemudahan pengembara dan menyediakan rumah sakit bagi merawat orang dan haiwan yang sakit. Semasa India di bawah pemerintahan raja-raja Gupta, kerajaan ini juga tidak mengganggu kehidupan rakyat kecuali untuk membasmi jenayah, tiada penganiaan terhadap agama. Hukuman bunuh jarang dilakukan. Kebanyakan kesalahan yang dilakukan dikenakan hukuman denda. Sistem Pemerintahan Beraja China Semenjak tamadun awal China (tamadun Sungai Hwang Ho di bawah pemerintahan Dinasti Shang dan Dinasti Chou) lagi China telah mengamalkan sistem pemerintahan beraja mutlak secara monarki. Orang China percaya, Raja diberi mandat oleh tuhan untuk mentadbir. Pada zaman Dinasti Shang dan Chou raja berfungsi sebagai ketua agama dan angkatan tentera. Pada masa itu China mengamalkan sistem feudal. Zaman kemaharajaan yang paling gemilang ialah ketika China diperintah oleh Shih Huang Ti (Dinasti Chin). Gelaran raja ditukar menjadi maharaja semasa baginda memerintah China. Baginda menghapuskan sistem feudal dan digantikan dengan sistem provinsi/wilayah (36 buah) yang diketuai oleh gabenor..Maharaja dibantu oleh golongan birokrasi yang terdiri daripada pegawai kerajaan. Maharaja Shih Huang Ti mengamalkan undang- undang yang ketat. Undang-undang Dinasti Chin diperkenalkan oleh Han Fei Tsu, seorang ahli falsafah. Beliau menegaskan bahawa tingkah laku manusia hanya dapat dikawal melalui kekerasan dan undang-undang yang tegas. Baginda menggelarkan diri baginda sebagai Maharaja Chin Pertama 7
  • 8. ( Shih bererti pertama, Hwang Ti bererti maharaja) kerana ingin mengasaskan satu dinasti yang berlainan dari pemerintah yang terdahulu ( sistem feudal). Baginda mahu dirinya dipuja sebagai maharaja (sebelum ini raja dianggap sebagai wakil ‘Raja di Atas’). Oleh kerana baginda ada darah keturunan Tartar, baginda banyak dibantu oleh tentera berkuda Tartar dalam usaha memperluaskan wilayah China. Dalam masa sepuluh tahun, semua wilayah China tertakluk di bawah pemerintahannya. Baginda juga melatih kumpulan penjahat menjadi askar baginda. Dalam menghadapi bahaya serangan pelanggar-pelanggar Tartar secara besar- besaran, baginda telah membina tembok besar negeri China. baginda telah membakar buku-buku sejarah dan falsafah yang mengandungi unsur-unsur politik dan membunuh 400 orang sarjana pada tahun 213 SM kerana menganggap mereka ‘menyusahkan’ baginda. Bagi orang China peristiwa pembakaran itu dianggap sebagai peristiwa pencabulan pusaka intelektual mereka. Semasa China diperintah oleh Dinasti Han (206 SM – 220 SM) , Sistem Peperiksaan Awam bagi perlantikan pegawai-pegawai kerajaan diamalkan. Sistem ini mengutamakan kebolehan seseorang dan terbuka kepada semua rakyat yang layak. Di bawah pemerintahan dinasti ini, pemimpin-pemimpin wilayah tidak diberi kuasa yang luas dan tidak dibenarkan memiliki kekayaan yang besar Tujuannya ialah supaya kerajaan pusat menjadi teguh dan tidak dicabar. Dinasti Han mengutamakan undang-undang yang berasaskan ajaran Confucius. Pengasas dinasti ini iaitu Liu Pang memperkenalkan satu Hukum Kanun yang menekankan bahawa hukuman bunuh ialah bunuh, hukuman mencederakan orang ialah dicederakan dan hukuman mencuri ialah dibayar denda sebanyak yang dicurinya. Jika dibandingkan dengan Dinasti Chin, Dinasti Han ini melaksanakan pemerintahan yang kurang ketat. Baginda melonggarkan sistem kerahan buruh dan menggantikan undang-undang China yang berat dan zalim dengan hukuman yang ringan. 8
  • 9. Sistem Pemerintahan Beraja Melayu Di Alam Melayu, sistem pemerintahan berajanya merupakan campuran sistem tempatan dengan pengaruh Hindu dan Buddha. Raja adalah ketua kerajaan yang mengamalkan kuasa mutlak. Raja berkuasa membuat undang-undang dan menjatuhkan hukuman. Raja dianggap oleh rakyatnya sebagai dewa (atau dewaraja) atau tuhan di muka bumi. Rakyat tidak boleh mempersoalkan tindak tanduk raja. Raja dibantu oleh para pegawai dalam pentadbiran negara. Perlantikan para pegawai secara berangka seperti Pembesar 4, Pembesar 8, Pembesar 16 dan Pembesar 32 dipengaruhi oleh astrologi Hindu. Begitu juga dengan sistem pewarisan pemerintahan berasaskan keturunan dipengaruhi oleh agama Hindu. Pengaruh Hindu ini semakin jelas dalam adat istiadat pertabalan raja,penggunaan alat-alat pertabalan seperti pedang dan rantai yang digunakan oleh tuhan-tuhan orang Hindu. Raja memainkan peranan aktif dalam bidang ekonomi. Raja menguasai sumber-sumber ekonomi utama seperti pungutan cukai, tenaga buruh dan aktiviti perdagangan. Raja menggunakan golongan Brahman (sami Hindu) untuk menonjolkan kekuatan dan keistimewaannya menerusi cerita dongeng, legenda dan metos. Undang-undang dipengaruhi oleh Kod Manu dan Dharmasastra. Sistem tataurus negarapula dipengaruhi olehkaryaArthasastra.Kita boleh lihat contoh sistem pemerintahan beraja ini dalam kerajaan Angkor dan Srivijaya. Dalam sistem pentadbiran Kerajaan Angkor, raja dianggap sebagai dewaraja. Raja menjadi ketua negara dan ketua tentera. Raja mempunyai kata pemutus dalam hal perundangan.Raja dibantu oleh sebuah majlis menteri ( yang terdiri daripada para menteri, pemimpin tentera dan hakim), gabenor wilayah, ketua daerah dan ketua kampung. Para pegawai tinggi dikehendaki mengambil peperiksaan kerajaan untuk meningkatkan kecekapan dan ilmu pengetahuan. Dalam sistem pentadbiran Kerajaan Srivijaya pula, raja juga berkuasa mutlak dan dianggap sebagai dewaraja. Dalam pentadbiran negara, raja dinasihati oleh sebilangan menteri. Pentadbiran Kerajaan Srivijaya terbahagi kepada 3 jenis pentadbiran 9
  • 10. iaitu pentadbiran diraja, pentadbiran ketenteraan dan pentadbiran daerah. Pentadbiran diraja tertumpu kepada pentadbiran pusat (seperti bidang kehakiman, pengutipan cukai dan hukuman). Pentadbiran ketenteraan diketuai oleh seorang panglima bergelar pratisava. Pentadbiran daerah pula diketuai oleh datu yang bertanggungjawab dalam hal ehwal tanah, kebajikan rakyat, memupuk kesetiaan rakyat kepada pemerintah dan menjatuhkan hukuman ke atas penentang kerajaan. Kerajaan Kedah Tua juga mengamalkan sistem pemerintahan beraja. Raja dibantu oleh menteri dalam mentadbir negara. Setiap daerah diketuai oleh pembesar. Sistem Pemerintahan Beraja Mesopotamia Sistem pemerintahan beraja di Mesopotamia berasal daripada dua jawatan utama iaitu En dan Lugal . Pada zaman Archaic , teks – teks dari Uruk menyebut pemerintahan sebagai En yang berperanan sebagai ketua paderi bagi dewa bandar . manakala pada zaman dinasti awal , pemerintah dikenali sebagai Ensi yang bermaksud gabenor ataupun Lugal yang bermaksud raja . Ensi mempunyai kuasa ke atas kawasan berhala . Praktikalnya , En adalah pasangan lelaki bagi Dewi ( Tuhan Perempuan ) yang melindungi sesebuah negara kota . Bagi negara kota yang dinaungi oleh Dewa ( Tuhan Lelaki ) pula akan berpasangan dengan paderi wanita . Oleh kerana , paderi wanita tidak berupaya untuk memimpin angkatan tentera , maka Lugal akan dilantik oleh Dewan Perhimpunan untuk menjawat jawatan ketua tentera . Lama – kelamaan ramai Lugal dan En telah mengisytiharkan diri mereka sebagai raja gengan mendakwa mendapat mandat daripada Tuhan untuk memerintah . Setiap negara kota akan ditadbir oleh seorang raja yang mempunyai kuasa mutlak dan dimiliki oleh dewa negara kota . Seseorang raja itu akan dilantik oleh dewa negara kota yang akan menjalankan tugas bagi pihak dewa negara kota berkenaan . Hal ini menjelaskan bahawa raja merupakan wakil masyarakat yang dipilih oleh tuhan untuk menjalankan pentadbiran negara . 10
  • 11. Dari segi bidang pemerintahan , raja memainkan peranan sebagai panglima tentera , ketua hakim , ketua rumah berhala dan menteri kerja awan . Antara tugas raja yang dianggap suci adalah membina dam memelihara rumah ibadat yang baru . Hal ini adalah selaras dengan kepercayaan mereka bahawasanya manusia itu diciptakan untuk berkhidmat kepada tuhan . Raja juga bertanggungjawab untuk melantik pegawai – pegawai pentadbiran , memberikan arahan dan nasihat kepada para pegawai . Selain itu , raja juga akan mendengar aduan – aduan daripada rakyat serta menjemput dan meraikan pegawai – pegawai tertinggi dan duta dari negara assing . Dalam bidang keagamaan pula , raja merupakan ketua paderi. Baginda akan mengawasi kerja – kerja pembinaan dan pengurusan rumah ibadat serta berkuasa melantik para paderi malah memainkan peranan penting dalam sambutan perayaan keagamaan seperti New Moon atau pesta tahun baru . Bidang kehakiman pula memperlihatkan raja sebagai ketua hakim . Baginda bertanggungjawab untuk memastikan wujud keadilan dalam dalam negara . Setiap rakyat tanpa mengira kedudukan serta kekayaan mempunyai hak yang sama dalam negara . Hal ini raja harus memastikan semua lapisan masyarakat mendapat layanan dan keadilan yang sewajarnya agar memastikan golongan kaya dan berpengaruh tidak menindas golongan miskin . Sistem Pemerintahan Beraja Eropah Pemerintahan beraja Yunani Pada peringkat awal pembinaan negara kota Yunani sudah wujud sistem pemerintahan yang terbahagi kepada monarki , oligarki , plutokrasi , aristokrasi , Tyrant dan demokrasi yang mana sistem – sistem tidak diamalkan di negara kota Sparta . 11
  • 12. 1. Monarki Pada peringkat awal , sesebuah negara kota itu akan diperintah oleh raja yang akan dibantu oleh sebuah badan yang dikenali sebagai Konsul , badan ini berperanan sebagai penasihat raja . Lama – kelamaan munculnya sekumpulan keluarga Greek yang berpengaruh daripada raja . Akhirnya telah membawa kepada kemerosotan kuasa raja serta peranan baginda sebagai ketua tentera , hakim dan agama . semua raja di setiap negara kota kecuali Sparta telah kehilangan kuasa untuk memerintah . 2. Oligarki Satu perubahan telah berlaku apabila jawatan raja tidak lagi diwarisi sebaliknya akan dilantik untuk menjawatnya . Raja yang dilantik telah ditentukan tempoh perkhidmatnnya dan pemerintahan akan dijalankan oleh sekumpulan pegawai yang dilantik dengan dibantu oleh Konsul . Hak untuk mengundi bagi pera pegawai dan Konsul dihadkan kepada beberapa orang . Pemerintahan Beraja Rom Zaman pemerintahan beraja Rom adalah antara tahun 753 – 509 S.M . Pada zaman beraja , raja dilantik dengan restu Tuhan dan raja adalah pemerintah tentera , ketua hakim dan agama . Raja mempunyai kuasa eksekutif yang dipanggil imperium yang diberikan kepada raja oleh sebuah Dewan Perhimpunan ( Comitia Centuriata ) yang sebahagian besar ahlinya terdiri daripada warganegara tentera . Walaubagaimanapun , dewan ini tidak mempunyai kuasa pemutus . Semasa menjalankan pentadbiran negara , raja akan dibantu oleh sebuah majlis yang mana anggotanya terdiri daripada golongan bangsawan yang dipanggil Senat , anggotanya terdiri daripada 300 orang tua yang usia mereka melewati 40 tahun . 12
  • 13. pemerintahan Beraja Rom Suci ( Charlemagne ) Charlemagne memerintah Rom dari tahun 768 – 814 M . Baginda merupakan cucu kepada Raja Charles Martel dan juga seorang raja berketurunan Franks yang termasyur . Charlemagne dianggap sebagai raja dan penakluk yang termasyur selepas Constantine , baginda diberi gelaran Charles The Great ( Charles yang mulia ) . Semasa zaman pemerintahannya , baginda telah meluaskan empayar sehingga meliputi kawasan yang cukup luas . Baginda telah menawan Lombardy , Bavaria , Sepanyol dan meluaskan empayarnya dari utara sempadan kerajaan Franks di perbatasan di Rhine sehingga ke sempadan Denmark dan timur Sungai Elbe . Baginda merupakan seorang penyokong kuat Pope dan kerana itu Pope telah mengambil peluang melantik baginda sebagai maharaja di Rom pada tahun 800 Masihi . Atas sebab itu jugalah diwujudkan semula gelaran maharaja dan status empayar , selain itu Charlemagne juga merupakan seorang penyokong kuat mazhab Roman Katolik . Dikhabarkan atas kerana baginda menyokong kuat Pope , maka baginda telah dikatakan telah melakukan suatu pekerjaan suci . Justeru itu , kerajaan baginda dikenali sebagai Kerajaan Rom Suci ( Carolingian Empire ) . Kerajaan Rom Suci yang telah didirikan oleh Charlemagne telah membawa Eropah kepada satu tradisi , di mana bakal maharaja – maharaja yang akan memerintah Rom mesti ditabalkan oleh Pope . Pope juga berusaha menjadi ketua negara dengan maharaja di bawah telunjuknya serta mahukan dirinnya diiktiraf sebagai ketua agama di mana – mana termasuklah di Rom Timur . Kerajaan Rom timur pula mempunyai maharajanya sendiri dan tidak mahu dikawal oleh Pope di Rom . Hal inilah merupakan punca kepada keretakan antara Rom dan Byzantium pada tahun 1054 M . Selepas itu mazhab Kristian di Byzantium dikenali sebagai Ortodoks yang berlainan dengan Rom yang berpegang kepada mazhab Kristian Roman Katolik 13
  • 14. SUMBER RUJUKAN • Internet • Sivachandralimgam Sundara raja , Ayadurai Letchumanan. Nota Lengkap Tamadun Dunia STPM . Fajar Bakti , 2000 • Mahdi Shuid , Saliza Saad . Longman Teks Pra – U STPM Tamadun Dunia . Pearson , 2009 14