SlideShare a Scribd company logo
1 of 75
BMS3022
KARYA AGUNG MELAYU
ANALISIS KARYA KLASIK
“HIKAYAT MERONG MAHAWANGSA"
Aini Atiroh Bt Ibrahim D20121057957
Marliana Bt Hassan D20121057961
Nur Syazwanie Bt Ismail D20121057974
Nurul Wajeehah Bt Md Yusof D20121057978
Norhafizah Bt Abd Rahim D20121057979
AT05 Kumpulan A
Semester 2, Sesi 2015/2016
PENSYARAH
Dr. Seri Lanang Jaya Hj. Rohani
SINOPSIS
HIKAYAT
MERONG
MAHAWANGSA
Diceritakan nenek moyang
raja-raja Kedah yakni Raja
Merong Mahawangsa. Beliau
dikatakan mempunyai
hubungan kekeluargaan
dengan Raja Rom serta
menjadi pembesar
kepercayaannya.
Raja Merong Mahawangsa
telah diarahkan untuk
mengiringi angkatan Putera
Raja Rom ke negeri China
untuk meminang Puteri Raja
China.
Raja Merong Mahawangsa
pula diterima sebagai Raja di
Langkasuka. Baginda hanya
meninggalkan negeri itu
kepada puteranya iaitu Raja
Merong Mahadipusat setelah
dewasa dan layak memerintah
negeri.
Seterusnya, Raja Merong
Mahadipusat memenuhi
pesanan ayahandanya untuk
meneruskan pemerintahan di
negeri itu. Raja Merong
Mahadipusat telah mendapat
empat cahaya mata.
Raja Seri Mahawangsa
mangkat setelah puteranya
yakni Raja Seri Maha
Inderawangsa menentang
perintahnya dengan berkahwin
dengan puteri berbangsa
gergasi. Melalui perkahwinan
inilah telah melahirkan Raja
Bersiung.
Zaman pemerintahan Raja
Phra Ong Mahawangsa,
negeri Kedah menerima Islam
yang dibawa oleh Syeikh
Abdullah. Baginda merupakan
raja Kedah pertama yang
memeluk Islam dan menukar
namanya kepada Sultan
Muzalfal Syah.
PEMIKIRAN
Definisi Pemikiran
-Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2010: 411), pemikiran
dapat didefinisikan sebagai perihal berfikir.
-S.Othman Kelantan (1997) menjelaskan bahawa pemikiran
merupakan satu fikiran atau idea yang muncul dan wujud dari
golongan bijak pandai dengan menggunakan akalnya dalam
memikirkan konflik yang dihadapi oleh masyarakat dalam
lingkungannya, dan pemikiran tersebut dilebarkan oleh golongan
cerdik pandai ke luar lingkungannya.
-Pemikiran dalam bidang sastera selalunya dimulakan dengan idea
yang diperoleh oleh pengarang yang kemudiannya diolah oleh
pengarang sehingga menjadi sebuah karya atau buah fikiran yang
bernas.
-Pemikiran dapat dikaitkan dengan perkara utama atau tema dan
persoalan yang ingin disampaikan dalam sesebuah karya. Selain
itu, pemikiran juga dapat dikaitkan dengan mesej yang ingin
disampaikan oleh pengarang kepada pembaca dalam sesebuah
karya.
Pemikiran pengarang dalam Hikayat Merong Mahawangsa
1.Mengangkat keagungan agama Islam.
-Pengarang cuba mengangkat keagungan agama islam dengan
mengaitkan galur cerita Hikayat Merong Mahawangsa dengan kisah
Nabi Sulaiman dengan Burung Geruda.
-Pengarang meletakkan batu asas dalam penulisannya bahawa
segala yang berlaku tidak boleh dipertikaikan kerana ianya berlaku
dengan izin Allah S.W.T
-Pengarang mengangkat martabat unsur Islam kerana
kegagalan Burung Geroda dianggap sebagai simbol
kekalahan unsur Hindu kerana dipercayai bahawa Burung
Geroda adalah burung mistik agama Hindu yang cuba
memperlihatkan keangkuhannya kepada Nabi Sulaiman A.S.
Contoh :
‘ketahui oleh mu kepada zaman dahulu kala dan pada masa yang telah lalu, kata yang
empunya chetera ini, maka ada-lah kepada suatu masa sedang zaman Nabi Allah
Sulaiman álaihis-salam naik jadi raja yang tetap di-atas takhta kerajaan, di-kurnia
Allah Taála di-dalam dunia ini yang memerentahkan daripada segala makhlok
khalayak2 yang berjenis2 bangsa-nya yang di-jadikan Allah Subhanahu wa Taála
di-dalam dunia ini di-titahkan oleh Allah sarwa sekalian álam memerentahkan isi
álam di-dunia ini di-dalam hokum Nabi Allah Sulaiman tiada boleh hendak
melalui hukumnya…
Hikayat Merong Mahawangsa (1973:3)
2. Pembukaan Negeri Kedah
-bertitik tolak kepada peristiwa perjanjian yang dilakukan oleh burung
Garoda dengan Nabi Allah Sulaiman yang menyatakan bahawa dia
akan memisahkan hubungan yang akan dijalinkan antara Raja Rom
dan Raja China dengan mengahwinkan anak-anak mereka.
-Burung Garoda telah melakukan perjanjian untuk menghalang
hubungan antara kedua-dua buah negara tersebut dengan
-Bahtera anak Raja Rom yang telah disambar oleh burung Garoda
menyebabkan bahtera tersebut musnah dan anak Raja Rom
dihanyutkan laut.
Contoh :
“… Maka sembah segala menteri, ‘patut sangat tuanku menamakan negeri ini,
supaya tidak sesat daripada sebutannya.’ Maka sembah pula menteri Rum,
‘bukanlah dengan kemudahan juga mendapat negeri ini, dengan tiada sukarnya,
jikalau kepada namanya pun demikian jua.’ Maka titah Raja Merong
Mahawangsa, ‘jika demikian, hendaklah kita namakan negeri ini Negeri Kedah
Zamin Turan sebutannya.”
(Hikayat Merong Mahawangsa, halaman 30)
-Dengan nama yang telah diberikan oleh Raja Merong Mahawangsa,
maka secara tidak langsung, tertubuhlah sebuah negeri yang
bernama Kedah. Setelah itu, segala pemerintahan telah diamanahkan
kepada anakandanya iaitu Raja MerongMahadipusat.
3. Penubuhan kerajaan
-Raja Merong Mahawangsa meninggalkan wasiat kepada
anakandanya Raja MerongMahadipusat
-Raja Merong Mahawangsa menitahkan anakandanya untuk
memperbesar empayar pemerintahannya dengan meminta anakanda-
anakanda Raja MerongMahadipusat membuka kerajaan-kerajaan
baru.
Hal ini dibuktikan daripada teks yang berikut:
“Serta titahnya, ‘ hai anakku Raja MerongMahadipusat, jikalau anakku beroleh
anak pada zaman ini, hendaklah anakku rajakan akan dia seorang sebelah utara
barat laut, seorang sebelah selatan timur menenggara daripada negeri Kedah ini
dan seorang sebelah matahari naik antara timur laut.”
(Hikayat Merong Mahawangsa, halaman 30)
-Raja MerongMahadipusat telah dikurniakan empat orang anakanda,
tiga orang anakanda lelaki dan seorang anakanda perempuan.
-Raja MerongMahadi pusat telah mengikut wasiat dan saranan
daripada ayahandanya.
- Anakandanya yang tua telah dihantar untuk membina sebuah
kerajaan yang dinamakan sebagai Benua Siam. Anakandanya yang
tengah pula dihantar untuk membina kerajaan yang dinamakan Negeri
perak manakala anakanda perempuannya pula telah memerintah
sebuah kerajaan yang bernama Patani. Manakala anakandanya yang
akhir diberikan takhtanya untuk diwarisi apabila baginda mangkat
kelak.
4. Kedudukan Merong Mahawangsa sebagai seorang pemerintah
yang agung.
-Peristiwa perlantikan Merong Mahawangsa sebagai wakil kepada
Raja Rom untuk mengiringi Puteranya ke China bagi dikahwinkan
dengan Puteri Raja China menunjukkan pengarang ingin
menggambarkan kehebatan Merong Mahawangsa.
-Pengarang mengaitkan Merong Mahawangsa yang merupakan
pengasas kerajaan Negeri Kedah dengan pemerintah negara-negara
hebat seperti Rom dan China bagi menunjukkan bahawa Merong
Mahawangsa bukanlah sembarangan dan disanjung oleh pemerintah
lain.
5.Memartabatkan Negeri Kedah sebagai sebuah kerajaan yang
berdaulat.
-Ideologi pemikiran politiknya bahawa bunga emas yang dihantar
oleh kerajaan kedah kepada negeri siam bukanlah tanda mengakui
ketuanan siam terhadap kerajaan kedah namun ianya adalah sebagai
simbol kekeluargaan dan penghargaan.
6. Asal usul raja dan kedaulatan pemerintahan beraja.
-Selepas Raja Merong Mahawangsa meninggalkan zuriatnya di Negeri
Kedah, ia balik ke Rum. Daripada keturunannya lahirlah dinasti kesultanan
Kedah. Raja-raja Kedah daripada keturunan Raja Merong Mahawangsa ini
semuanya baik-baik belaka kecuali Raja Phra Ong Maha Perita Deria atau
Raja Bersiung yang kejam dan zalim.
-Kezaliman dan kejahatan Raja Bersiung ini dapat dilihat melalui :
“Demi Raja Bersiung mendengar sembah perempuan itu, maka ia pun menyarungkan
pedangnya serta bertitah, ‘ Baiklah, lalu berangkat keluar ke balai rong bertitah , ‘
Mana penghulu biduanda sekalian? Bukankah ada orang yang kita suruh bunuh
sulakan itu pada hari ini? Ambil cawan itu, isikan darahnya, bawa ke mari kepada aku.”
(Hikayat Merong Mahawangsa, halaman 46 & 47)
7. Salasilah keturunan Raja Kedah
-Bermula daripada Kerajaan Langkasuka dibawah pemerintahan
Merong Mahawangsa sehinggalah pentadbiran Kedah Zamin Turan
dibawah Raja Phra Ong Mahawangsa.
-Politik dan pentadbiran Negeri Kedah bebas daripada pengaruh
kuasa-kuasa asing dimana pemerintah bebas untuk memilih
pengantinya tanpa campur tangan kuasa luar.
- Memberi gambaran bahawa Kedah merupakan sebuah negeri
yang berdaulat dan kuat.
8. Keturunan pemerintah Kedah mempunyai kedudukan yang sangat
tinggi.
-Peristiwa perkahwinan antara Maharaja Seri Maha Inderawangsa
dengan wanita daripada golongan gergasi.
- Keturunan pemerintah Kedah mempunyai kedudukan yang sangat
tinggi sehinggakan golongan gergasi yang mempunyai kedudukan
yang rendah adalah tidak setaraf untuk dijadikan sebagai isteri.
FALSAFAH
Kamus Dewan Edisi Keempat (2010)
Pengetahuan tentang pengertian yang dianggap sebagai ilmu yang
tertinggi yang menjadi dasar ilmu-ilmu lain
Cinta kepada ilmu dan kebenaran
Pemikiran yang tertinggi dan bertujuan untuk mendapatkan
kebenaran
Perbincangan tentang sesuatu secara terperinci untuk
mendapatkan jawapan yang sebenar
Bidang
Falsafah
Etika
Metafizika
Sejarah
Sosial
Ekonomi
Kosmologi
Politik
Logik
Aplikasi dan tujuan sistem pemerintahan
Hubungan kerajaan Kedah dengan negeri Siam
- Kerajaan Kedah menghantar bunga emas kepada negeri Siam sebagai tanda
kekeluargaan dan penghargaan
‘’… sebab leka dengan membuat sa-pohon emas dan sa-pohon bunga perak dengan
tambak chabang yang bersampok emas saga merah… ‘’
(HMM:56)
‘’Hendak-lah tuan hamba sakalian sembahkan pada saudara kita, jika ia beroleh anak beri jua khabr
ka-negeri Kedah ini…’
(HMM:56 dan 57)
Falsafah
Politik
- Menurut Kamus Dewan Edisi
Keempat (2010), sejarah merupakan
peristiwa yang benar-benar berlaku
pada waktu yang lampau, kisah,
riwayat dan sebagainya
- Persoalan yang berkaitan dengan
makna masa silam seperti tamadun
dan keruntuhan.
Setelah Raja Pra’ Ong Mahawangsa
memeluk agama Islam, baginda
menggunakan gelaran Sultan
Mudzalfal Shah
Buktinya :
‘’Maka kata tuan Sheikh Abdullah
pada menteri keempat, “Dengan
nama mana raja kita di-sebut orang?
“ Maka kata menteri keempat,
“Dengan Raja Pra’ Ong
Mahawangsa.”
(HMM:147)
“ Maka kata Sheikh Abdullah,” Jika
demikian sebutlah nama-nya Sultan
Mudzalfal Shah, … nama yang paling
mulia dan tertinggi daripada segala
nama yang di-dalam dunia”
(HMM:147)
Falsafah
Sejarah
- Kewujudan dan keberadaan
- Membincangkan 3 aspek iaitu Tuhan, manusia, dan benda-benda tidak berakal
seperti pohon, air dan sebagainya.
Mengagungkan dan Mempercayai
Kekuasaan Tuhan
- Nabi Allah Sulaiman sangat
mengagungkan dan mempercayai
kekuasaan Tuhan.
- Baginda memberi pengajaran dan
tauladan kepada raja-raja dan menteri-
menteri tentang tindakan burung garuda
yang cuba mencabar kekuasaan Tuhan
dengan memisahkan manusia yang telah
ditetapkan-Nya untuk bersatu.
Buktinya :
Maka sabda Nabi Allah Sulaiman, ‘Hai
segala raja2 dan menteriku bangsa yang
baik2, hendaklah engkau dan kamu
sekalian ketahui, demi Tuhanku yang
menjadikan aku dan kamu sekalian diatas
segala makluknya, dalam empat perkara
ini hendaklah jangan sekali-kali
ditentukan, jikalau tiada dengan janji
daripada Tuhan alam...
Halaman
Falsafah
Metafizika
- Gambaran kehidupan realiti manusia yang kontekstual
- Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2010), sosial merupakan segala yang
berkaitan dengan masyarakat, perihal masyarakat dan kemasyarakatan.
Raja Pra’ Ong Mahawangsa, pembesar
dan rakyat jelata memeluk agama Islam.
- Kedatangan Sheikh Abdullah ke negeri
Kedah telah mengislamkan pemerintah
dan rakyatnya.
Maka kata Raja Pra’ Ong Mahawangsa,
‘’Jikalau demikian hendak-lah tuan hemba
tolong hamba sakalian ini ajarkan agama
Islam yang sa-benar itu.’’
(HMM:144)
“… maka Sheikh Abdullah pun dudok
berkata2 dengan menteri keempat,…
maka hendak-lah taun hamba keempay
suroh kerahkan sakalian ra’ayat bala isi
negeri ini suroh himpun datang ka-mari’’
(HMM:147)
Falsafah Sosial
- Situasi persekitaran dan alam sarwajagat (universal)
- Hal-hal yang berhubung dengan alam
Ketika Raja Merong Mahawangsa bersiar-siar
di sekitar kawasan yang hendak dibuka
negeri baru.
Contoh dalam HMM :
‘’Maka Raja Merong Mahawangsa pun berjalan-lah ... Lalu
bertemu-lah dengan tanah bumi yang baik terlalu lah indah
tempat-nya dengan tanah-nya menjadi tiada-lah turun ka-bahtera-
nya; gila dengan membuat kota, istana dengan balai-nya yang
terlalu amat besar-nya lagi dengan indah-nya.”
(HMM, halaman 18&19)
Falsafah Kosmologi
- Ethos iaitu adat kebiasaan
- Pemikiran tentang moral, pendidikan dan
pengajaran
- Ilmu tingkah laku manusia yang boleh
dilihat dari segi baik dan buruknya yang
dapat ditentukan oleh akal
1. Tingkah laku pembesar tanpa
mengira pangkat atau darjat.
2. Seorang penjahat bernama
Kampar yang membuat kesalahan
sehingga ditangkap
Maka segala menteri hulubalang pun
gemar-lah sangat melihat budi
pekertinya serta dengan pandai
mengambil hati sekalian menteri
hulubalang tambah pula di-atas
segala fakir, miskin, dagang santeri
sekalian serta dengan tegor sapa
siapa yang bertemu dengan dia.
(HMM: 46)
Bermula ada-lah sa-orang orang
Seri Gunong Ledang bernama
Kampar yang amat jahat-nya.
(HMM: 70)
Falsafah
Etika
NILAI BUDAYA
DAN
PANDANGAN
HIDUP
Nilai
-Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2010), nilai merujuk
kepada darjat, kualiti, mutu dan taraf.
-Nilai juga diistilahkan sebagai ‘al-qimah’ dalam bahasa Arab
yang lebih merujuk kepada harga yang ditetapkan atau
diletakkan pada sesuatu.
Budaya
-Budaya berasal daripada perkataan Sanskrit, iaitu buddayah
yang merupakan kata jamak bagi perkataan buddhi yang
bermaksud budi pekerti atau akal.
Definisi nilai budaya
Definisi pandangan hidup
Pandangan hidup adalah suatu konsep yang dimiliki oleh
masyarakat atau komuniti tertentu, bertujuan untuk menanggapi
dan menerangkan segala permasalahan yang berkaitan dengan
Tuhan, manusia dan alam.
1. Taat kepada perintah ibu bapa
Nilai ini amat dituntut dalam Islam. Hal ini demikian kerana,
martabat ibu bapa diangkat tinggi oleh Allah dalam Islam.
Raja Merong Mahadipusat amat taat kepada bapanya
sehingga baginda segera menjalankan perintah bapanya
selepas diberitahu oleh menteri.
Nilai dalam Hikayat Merong Mahawangsa
Contoh:
Sa-telah di-dengar oleh Raja Merong Mahadipusat sembah
menteri itu, maka titah kapada menteri, “Jikalau demikian hendak-
lah saudara kerahkan segala kaum gergasi , himpun sakalian-nya
dan panggil penghulu Pra’ Chisim dan penghulu Nang Sutaman
itu ka-mari, kita beri ia pergi bersama² dengan anak kita dan
orang kita yang tua ini kita hantarkan ka-hulu disabelah utara
barat-laut. Maka tanah bumi itu lanjut jauh jua perjalanan-nya.
Hikayat Merong Mahawangsa (1973: 47)
2. Sopan santun dalam berbicara
Nilai sopan santun ini amat sinonim dengan masyarakat
Melayu. Namun begitu, setiap manusia yang lahir ke dunia
sememangnya dididik dengan nilai kesopanan. Nilai ini
wujud sejak zaman dahulu lagi. Hal ini dapat dibuktikan
dalam HMM ini melalui perwatakan Raja Merong
Mahawangsa yang sopan santu dalam berbicara.
Contoh:
Maka Raja Merong Mahawangsa pun sudah ketahui bangsa-
nya gergasi lalu ditegor-nya dengan manis suara-nya
mengambil hati-nya.
Maka titah-nya kepada segala kaum gergasi yang datang itu,
“Ada pun beta singgah di-sini ini, jikalau baik² bichara-nya mahu-
lah beta dudok berhenti di-sini dahulu sementara menanti
mengambil khabar anak Raja Rum itu kalau² ada hidupnya.”
Hikayat Merong Mahawangsa (1973: 18)
3.Belas kasihan
Sifat belas kasihan ini sewajarnya ada dalam diri setiap
manusia. Sifat belas kasihan ini tidak terhad kepada manusia
sahaja malah kepada haiwan. Sifat ini dapat dilihat dalam diri
Mak Inang yang mempunyai sifat belas kasihan terhadap anak
raja Rum dan ingin menolongnya.
Contoh:
Maka mak inang tuan puteri itu pun terlalu-lah belas kasehan
hati-nya mendengarkan hal anak Raja Rum itu, lalu ia pun
kembali pada tuan puteri persembahkan hal itu sakalian-nya
dengan suka tertawa-nya.
Hikayat Merong Mahawangsa (1973: 21)
Budaya dalam Hikayat Merong Mahawangsa
1. Islam
Budaya dalam Islam dapat dilihat semasa pengislaman Sultan
Kedah iaitu Raja Pra’ Ong Mahawangsa. Baginda telah
mengucap dua kalimah syahadah di hadapan Sheikh
Abdullah.
Contoh:
Demi di-dengar oleh Sheikh Abdullah akan perkataan raja itu lalu
di-pelok leher di-chium-nya tuboh raja itu serta dudok berkata², sa-
ketika di-ajarkan-nya kalimah shahadat demikian bunyi-nya,
“Ashhadu alla-ilaha-illallahwahdahu lasharika lahu wa ashhadu-
anna Muhammadan’abduhu wa rasulluh.” Maka Raja Pra’ Ong
Mahawangsa pun menguchap-lah dua kalima shahadat…
Hikayat Merong Mahawangsa (1973: 144)
2. Adat Perkahwinan
Adat perkahwinan masyarakat pada zaman dahulu ditunjukkan
secara langsung dalam Hikayat Merong Mahawangsa. Adat
perkahwinan ini ditunjukkan semasa perkahwinan Raja Merong
Mahadipusat yang diadakan selama 40 hari 40 malam. Adat
perkahwinan pada zaman itu dilakukan secara besar-besaran dan
meriah.
Contoh:
“Maka Raja Merong Mahawangsa pun berangkat-lah masok ka-
istana di-iringkan oleh anakanda baginda itu serta menyuroh
memulai kerja berjaga² mengerjakan anakanda baginda itu,
dengan makan minum dan bersuka²an dengan beberapa banyak
perburuan yang di-sembelah jadi tambul orang berjaga² itu, serta
dengan segala permainan daripada gong, gendang, serunai, nafiri,
harbab, kecapi, dandi, muri, kopak, cherachap, serdam, bangsi,
nakara, menjadi empat puloh malam yang berjaga² makan minum
dengan segala menteri, hulu balang, para penggawa sekalian,
terlalu-lah ramai-nya. Sa-telah genap-lah empat puloh hari maka
pada sa-orang sa-beblar selatan timor menenggara daripada
negeri Kedah ini,...
Hikayat Merong Mahawangsa (1973: 42)
Pandangan Hidup dalam Hikayat Merong Mahawangsa
1. Kepercayaan kepada Tuhan
Hikayat Merong Mahawangsa ini memperlihatkan betapa Nabi
Allah Sulaiman sangat mempercayai kekuasaan Tuhan.
Baginda percaya bahawa Tuhan berkuasa terhadap segala
yang ada di muka bumi ini. Baginda menunjukkan kepercayaan
kepada Tuhan semasa memberi pengajaran kepada burung
garuda yang berusaha untuk memisahkan manusia yang ingin
bersatu.
Contoh:
Maka sabda Nabi Allah Sulaiman, “Hai burong garuda!
Demi tuhan yang menjadikan aku, ada pun jodoh
pertemuan itu di-dalam batu atau di-dalam kayu sakali pun
tiada siapa yang dapat mencheraikan dia.”
Hikayat Merong Mahawangsa (1973: 6)
2. Taat kepada Pemimpin
Pemimpin merupakan antara golongan yang wajar kita
hormati. Hikayat Merong Mahawangsa turut
mengetengahkan Nabi Sulaiman sebagai pemimpin yang
berkuasa pada zaman tersebut. Contoh ketaatan kepada
pemimpin dapat dilihat melalui burung garuda yang amat
taat kepada Nabi Sulaiman.
Contoh :
Maka kata burong garuda kepada burong rajawali, “Di-mana
dapat ia sakalian hendak mengerjakan pekerjaan itu? Pada
fikir ku tiada boleh jadi , tetapi nanti-lah dahulu aku hendak
pergi menghadap Nabi Allah Sulaiman kerana ia itu raja besar
di-dalam ‘alam dunia ini; jikalau sudah ada sapeti yang
demikian itu, tiadalah ku beri jadi pekerjaan nikah kedua-
duanya anak raja dua buah negeri itu.”
Hikayat Merong Mahawangsa (1973: 5)
ESTETIKA
DAN
KEPENGARANGAN
Estetika :
Aspek keindahan,yang terdapat pada struktur,
pengolahan dan teknik penulisan.
Kepengarangan :
Keterampilan, kecerdikan dan kearifan seseorang
pengarang dalam mengolah jalan penceritaan.
MAKSUD
ESTETIKA DAN KEPENGARANGAN
Estetika dalam Hikayat Merong Mahawangsa
1. Penggunaan Bahasa Klasik
-Struktur ayat yang panjang dan berbelit-belit dan sukar untuk
difahami
-Penggunaan kata pangkal ayat/praklausa
Contoh :
Bermula, adapun raja ketiga ketumbukan itu
berperanglah terlalu ramai beramuk-amukan sama
sendirinya kerana orang negeri itu habis mati
dan tertangkap serta pula habis segala rumah
tangganya itu terbakar dan rumah berhala itu
pun habislah terbakar dengan berhala itu
sekali hangus, berhamburanlah abunya ditiup angin.
(Hikayat Merong Mahawangsa, halaman 102)
Contoh:
Sebermula, segala kapal dan bahtera kenaikan anak raja Rom itu
dinanti-nantinya serang langgar burung geroda itu,...
(Hikayat Merong Mahawangsa, halaman 11)
Hatta, beberapa lamanya berjalan itu hampirlah hendak bertemu
dengan laut sebelah sana, maka bertemu pula dengan suatu
sungai besar terus ke laut juga.
(Hikayat Merong Mahawangsa, halaman 40)
2. Penggunaan Bahasa Istana
-Penggunaan bahasa istana dalam karya telah menunjukkan
hubungan masyarakat pada zaman itu sangat rapat dengan
istana.
Contoh:
Maka titah Raja Merong Mahawangsa kepada menteri Rom,
“Sudahlah beta rajakan anakanda ini. Maka sekarang akan negeri
ini patutlah kita namakan akan dia.”
Maka sembah segala menteri, “Patut sangat tuanku menamakan
negeri ini, supaya tiada sesat daripada sebutannya.”
  
(Hikayat Merong Mahawangsa, halaman 34)
3. Simile
-Gaya bahasa yang menunjukkan perbandingan dengan
sesuatu benda secara terus.
-Gaya bahasa ini dikesan dengan melalui penggunaan
perkataan iaitu seperti, bagai, umpama dsbg
Contoh :
  
Maka bahananya bunyi bedil meriam
yang dipasang itu seperti bunyi guruh dan tagar,
terlalu gempita, alamat di dalam laut
pun tiadalah dengan kemasygulannya
melainkan dengan kesukaan belaka.
(Hikayat Merong Mahawangsa, halaman 8)
Kepengarangan dalam Hikayat Merong Mahawangsa
1. Penggunaan Unsur Mitos
-Mitos ialah cerita zaman dahulu yang dianggap benar,
terutamanya cerita yang mengandungi unsur-unsur konsep atau
kepercayaan sejarah awal kewujudan sesuatu bangsa, kejadian-
kejadian alam dan sebagainya.
-Umumnya, mitos dikenali sebagai unsur yang luar biasa yang
tidak dapat diterima oleh logik akal tetapi perihal tersebut
diketengahkan sebagai sesuatu peristiwa yang benar-benar
berlaku.
-Dalam Hikayat Merong Mahawangsa, unsur mitos
dapat dilihat dalam kisah Nabi Sulaiman dan burung
geroda.
-Geroda merupakan binatang kenderaan Visynu dalam mitos
Hindu.
-Ketika itu, geroda ingin menghadap dengan Nabi Allah
Sulaiman untuk menyampaikan sesuatu.
-Mengikut kepercayaan Islam, Nabi Sulaiman diberikan mukjizat
oleh Allah iaitu boleh berkata-kata dan memahami bahasa
haiwan dan unggas.
Bahawa pada ketika itu datanglah seekor burung
geroda yang terlalu amat besarnya turun menghadap
Nabi Allah Sulaiman, sembahnya, “Ya Nabi Alllah,
hamba dengar warta Raja Rom ada menaruh seorang
anak laki-laki dan raja Benua China ada menaruh
seorang anak perempuan. Maka sekarang raja Rom itu
hendak meminang anak raja Benua China. Konon akan
rupa kedua anak raja itu terlalu amat eloknya, tiadalah
lagi bandingannya akan rupa keduanya itu, dan
kedudukan negeri itu terlalulah jauh, pada fikiran
hamba bukanlah jodo pertemuannya.”
Maka sabda Nabi Allah Sulaiman, “Hai burung
geroda, demi Tuhan yang menjadikan aku, adapun jodo
pertemuan itu di dalam batu atau di dalam kayu
sekalipun tiada yang dapat menceraikan dia.”
(Hikayat Merong Mahawangsa, halaman
5)
2. Penggunaan fakta Islam dalam Hikayat
-Hikayat Merong Mahawangsa ini juga memperlihatkan bahawa
Nabi Allah Sulaiman sangat mengagungkan dan mempercayai
kekuasaan Tuhan.
-Baginda percaya bahawa hanya Tuhan yang mempunyai kuasa
atas segalanya makhluk.
-Baginda juga mempercayai segala janji dan kekuasaan Tuhan.
-Kepercayaan baginda dapat dilihat semasa baginda berkata-
kata dan memberi pengajaran dan tauladan kepada raja-raja
dan menteri-menteri berkenaan dengan tindakan burung
geroda yang cuba mencabar kekuasaan Tuhan dengan
memisahkan manusia yang telah ditetapkan-Nya untuk
bersatu.
Contoh:
Maka sabda Nabi Allah Sulaiman, “Hai segala raja-
raja dan menteriku bangsa yang baik-baik, hendaklah
engkau dan kamu sekalian ketahui, demi Tuhanku
yang menjadikan aku dan kamu sekalian diatas segala
makhluknya, dalam empat perkara ini hendaklah
jangan sekali-kali ditentukan, jikalau tiada dengan
janji daripada Tuhan alam. Pertama rezeki, sedikit
atau banyak ada sehari semalam itu tiadalah segala
makhluk hendak tentukan, sekalian dengan janjinya
juga. Kedua, perkara yang memutuskan rezekinya,
seperti yang akan datang mara dan maut, hendak
mengetahuikan dia dan hendaklah jangan kamu
tentukan bumi tempat kematiannya, melainkan
kesudahannya dengan janji Allah jua........
(Hikayat Merong Mahawangsa, halaman 23)
NILAI
ILMU
NILAI ILMU
• Nilai merujuk kepada darjat,
kualiti, mutu dan taraf (Kamus
Dewan Edisi Keempat).
• Nilai merupakan satu prinsip
atau garis panduan yang
menyediakan seseorang untuk
menjalani kehidupan.
• Ilmu pula bermaksud
pengetahuan dalam perkara
dunia, akhirat, zahir, batin dan
lain-lain (Kamus Dewan Edisi
Keempat).
• Ilmu merupakan hal yang
berkaitan kerana pemerolehan
ilmu itu dan usaha kita
menyebarkannya kepada
orang lain dalam bentuk
pelbagai maklumat.
Ilmu dan maklumat yang terdapat dalam karya agung termasuklah
ilmu perdukunan, ilmu firasat, ilmu jampi, ilmu pengasih, strata
masyarakat Melayu dan adat istiadat Melayu.
Ilmu Firasat
Firasat ialah pengetahuan mengenai tanda-tanda
pada muka (badan dan lain-lain) untuk mengetahui
kelakuan atau nasib orang.
Ilmu firasat merupakan ramalan tentang sesuatu
perkara.
Dalam HMM, ilmu firasat dapat dilihat sewaktu Raja Seri
Mahawangsa melarang anakandanya, Raja Seri Maha
Inderawangsa untuk berkahwin dengan cucu perempuan
Nang Miri Gergasi yang berketurunan gergasi.
Maka oleh Raja Seri Mahawangsa beberapa ditegahkan anakanda baginda itu
daripada beristeri akan budak perempuan itu, mengatakan, “Tiada sama
bangsanya dengan kita, kalau-kalau siapa tahu akhirnya beroleh anak dengan
perempuan itu menurut hawa nafsu kaumnya, iaitu gergasi, masuk fitnah
makannya itu.”
(Hikayat Merong Mahawangsa, 1998: 45)
Akan tetapi, atas kedegilan Raja Seri Maha
Inderawangsa, maka berkahwin juga baginda dengan
perempuan berbangsa gergasi tersebut.
Ramalan Raja Seri Mahawangsa memang tepat kerana
waris Raja Seri Maha Inderawangsa menjadi pemerintah
yang zalim terhadap rakyatnya sendiri dan akhirnya
tersingkir dari takhta.
Pada awalnya,
kepercayaan
orang Melayu
adalah berbentuk
aminisme yakni,
menganggap
benda-benda
mempunyai
semangat dan
kuasa ghaib.
Kuasa ghaib itu
tidak boleh
dihubungi oleh
orang
sembarangan,
jadi dukun,
pawang atau
bomoh
diperlukan.
Usaha ini
dianggap
berfungsi
mengembalikan
keadaan
seperti asalnya.
Dukun atau
bomoh juga
dapat
menghubungi
semua kuasa
ghaib yang ada
pada binatang
terutama yang
liar dan bisa.
Ilmu Perdukunan
Dalam HMM, keturunan raja
Kedah yang memerintah Benua
Siam telah meminta ahli
nujumnya mencari pengganti
raja Kedah setelah Raja
Bersiung hilang. Ahli nujum itu
melepaskan gajah sakti untuk
mencari raja yang baru.
Ahli nujum menghubungi kuasa
ghaib yang ada pada gajah
sakti.
Semasa negeri Kedah tidak beraja akibat kehilangan
Raja Bersiung, menteri keempat mengutus surat
kepada raja di Benua Siam memohon untuk dihantar
raja bagi memerintah negeri Kedah. Namun, hasil
tilikan membuatkan raja Benua Siam menghantar
gajah Gemala Johari untuk mencari raja yang
sepatutnya beraja di negeri Kedah.
Setelah demikian maka datanglah fikir hemat yang memberi sempurna
di dalam hati raja Benua Siam. Maka adalah pesanan datuk neneknya,
adalah seekor gajah dalam negeri Kedah atau Patani yang bernama
Gemala Johari, kalau-kalau ialah dapat mengetahui orang yang hendak
dirajakan daripada yang berasal itu. Maka titah raja Benua Siam
kepada orang membawa surat itu, “Adakah engkau sekalian ketahui
gajah kesaktian itu?”
Maka sembah orang itu, “Ada, tuanku, dia berulang alik antara Kedah
dengan Patani. Baharu ini juga ia memberi mimpi kepada penghulu
patik menteri keempat, tuanku.”
Maka titah raja Benua Siam kepada seorang menteri yang tua,
“Hendaklah tuan hamba perbuat sepucuk surat hantarkan ke negeri
Kedah pada menteri itu. Hendaklah suruh ia sekalian hiasi dengan alat
gajah Gemala Johari itu dengan sepertinya, kemudian lepaskan ia pergi
mencari raja yang patut. Barang siapa yang diambilnya, itulah raja
negeri Kedah itu. Kemudian kita dari sini pun bolehlah suruh menteri
yang besar pergi rajakan dia.”
(Hikayat Merong Mahawangsa, 1998: 62)
Jampi bermaksud kata-kata tertentu yang
diucapkan untuk mendatangkan kesaktian
seperti boleh menyembuhkan penyakit.
Di dalam sesebuah jampi terdapat unsur-unsur pemujaan, perubatan, kasih-sayang,
pendinding dan berhubung dengan psikologi manusia.
Raja Benua Siam memberi titah kepada ahli nujum untuk menilik pengganti raja
Kedah yang sebenar. Ahli nujum tersebut menggunakan ilmu jampi yang dimilikinya
untuk mengetahui keberadaan pengganti raja Kedah.
Ilmu Jampi
Maka ahlu’l nujum pun menyembah lalu membuka surat nujumnya ditilik seketika. Maka
ia datang sembah, “Ampun tuanku, adapun yang hendak dirajakan di dalam negeri
Kedah itu janganlah dicari raja yang lain, nescaya tidak boleh kekal dan tetap, sekadar
dua tiga tahun sahaja tentu mati atau menjadi haru-hara.”
Maka titah pula baginda, “Sekarang bagaimana juga kita hendak ketahui asal rajanya
yang dapat kita rajakan dia?”
Maka ahlu’l nujum pun menilik nujumnya pula, seketika berdatang sembah, “Ampun
tuanku, ada lagi ia kanak-kanak di dalam umur enam tujuh tahun juga. Adapun hendak
mengetahui akan dia itu tiadalah boleh manusia ketahui, melainkan dengan mergastua
juga.”
(Hikayat Merong Mahawangsa, 1998: 61-62)
Hasil tilikan ahli nujum mendapati bahawa ada kanak-kanak berumur antara enam hingga tujuh
tahun yang boleh dijadikan raja. Namun begitu, kanak-kanak tersebut tidak dapat diketahui oleh
manusia melainkan dengan bantuan ‘mergastua’.
Adat bermaksud
peraturan yang
sudah diamalkan
turun temurun
sejak dahulu kala
di dalam sesuatu
masyarakat
sehingga
merupakan hukum
dan peraturan yang
harus dipatuhi.
Istiadat pula
membawa maksud
peraturan atau
cara-cara
melakukan sesuatu
yang sudah
menjadi kebiasaan,
adat kebiasaan,
atau resam.
Terdapat 3 jenis adat
dan istiadat dalam
HMM,iaitu:
1. Adat temenggung
2.Upacara meraikan
kelahiran anak
3.Pelantikan raja
Adat dan Istiadat
Adat Temenggung ialah adat
yang diamalkan oleh orang-orang
Melayu di semua negeri di
semenanjung Malaysia kecuali
Negeri Sembilan.
Berdasarkan Hikayat Merong
Mahawangsa, adat temenggung
secara jelas dipaparkan melalui
pertabalan raja. Seperti yang kita
sedia maklum, dalam adat
temenggung, nasab lelaki lebih
diutamakan.
Contohnya:
Maka titah Raja Merong Mahawangsa
kepada menteri Rom, “Sudahlah beta
rajakan anakanda ini. Maka sekarang
akan negeri ini patutlah kita namakan
sesuatu akan dia.”
(HMM, 1998: 34)
Raja Merong Mahawangsa telah
menabalkan puteranya, Raja Merong
Mahadipusat untuk menggantikan
baginda memerintah negeri Kedah.
Pertabalan putera raja ini juga
diteruskan dalam jurai keturunan raja-
raja kedah dalam hikayat ini.
ADAT
TEMENGGUNG
 Putera bongsu yang menjadi raja di negeri Kedah yakni Raja Seri
Mahawangsa berasa wajar sekali memulakan tradisi
mempersembahkan hantaran bunga emas dan perak sebagai hadiah
meraikan kelahiran putera-putera raja Siam.
 Sejak peristiwa ini, Raja Kedah memerintahkan supaya tradisi
menghantar bunga emas itu diteruskan hingga ke akhir zaman setiap
kali mendapat putera.
 Meskipun upacara ini tidak dilaksanakan dalam kalangan masyarakat
Melayu, namun istiadat ini telah dimulakan oleh raja Kedah bagi
memperlihatkan perhubungan kekeluargaan yang erat antara adik
bongsu dengan abang sulungnya yang memerintah di Benua Siam.
Upacara Meraikan Kelahiran Anak
‘Apa juga yang baik aku hendak membalaskan akan anak
saudaraku itu ... biarlah jangan lagi tersebut nama kejahatan
pada seisi alam dunia ini, supaya jangan jadi berputusan
daripada umur aku ini boleh sampai pada anak cucu hingga
sampai pada kemudian harinya, datang pada akhir zaman
jangan tersebut nama kejahatan pada segala raja-raja dan
pada khalayak sekalian.’
(Hikayat Merong Mahawangsa, 1998:
42)
“Hendaklah tuan hamba sekalian sembahkan pada saudara
kita, jika ia beroleh anak beri jua khabar ke negeri Kedah
ini, demikianlah kita hantarkan. Jikalau kita tiada sekalipun,
kita pesan taruh kepada anak cucu kita biar sampai kepada
akhir zaman, nescaya tersebutlah nama kita pada alam dunia
ini tanda kira berkasih-kasihan
(Hikayat Merong Mahawangsa, 1998: 43)
• Hikayat Merong Mahawangsa merupakan salah satu karya
agong Melayu klasik yang mempunyai ciri-ciri yang boleh
dianggap sebagai salah satu sejarah yang perlu diketahui
oleh masyarakat. Dengan penghasilan hikayat ini,
masyarakat dapat melihat perkembangan susur galur
mengenai raja-raja Kedah dengan jajahan takluknya.
• Hikayat Merong Mahawangsa juga dapat disimpulkan
bahawa karya ini mempunyai beberapa aspek yang dapat
dijadikan teladan, bahan rujukan, nilai budaya, pegangan
hidup, teknik penghasilan karya, gaya bahasa dan
sebagainya.
• Oleh itu, karya ini merupakan anugerah yang tidak ternilai
sehingga diangkat menjadi karya agung dalam masyarakat
Melayu.
Kesimpulan
BIBLIOGRAFI
Awang Sariyan (2007). Falsafah dan Logika Melayu. Selangor: Synergymate
Dzulkifli bin Mohd Salleh (penyelenggara) (1973). Hikayat Merong Mahawangsa, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
dan Pustaka.
H.M. Sidin (1964). Asal Usul Adat Resan Melayu. Kuala Lumpur: Penerbitan Pustaka Antara.
Kamus Dewan Edisi Keempat (2010). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Mana Sikana (1996). Falsafah dan Seni Kreatif Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka
S. Othman Kelantan (1997). Pemikiran Satira dalam Novel Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Seri Lanang Jaya Hj. Rohani, Abd. Rahman Napiah, Mohd Rashid Md. Idris (2016). Karya Agung Melayu. Tanjung
Malim: Universiti Pendidikan Sultan Idris.
Siti Hawa Hj. Salleh (1998). Hikayat Merong Mahawangsa. Kuala Lumpur: Terbitan Bersama Yayasan Karyawan
dan Penerbit Universiti Malaya.
Zaini Abdullah (2001). Pengantar Etika Edisi Ketiga. Kuala Lumpur: Pustaka Salam.
myKedah.com (2002). Sinopsis Hikayat Merong Mahawangsa. Diperoleh pada April 11, 2015 daripada
http://www.mykedah2.com/10heritage/111_3.html
Sekian,
terima kasih.

More Related Content

What's hot

KERAJAAN KEDAH TUA DAN BERUAS
KERAJAAN KEDAH TUA DAN BERUAS KERAJAAN KEDAH TUA DAN BERUAS
KERAJAAN KEDAH TUA DAN BERUAS Santa Barbara
 
Sulalatus Salatin/Wacana Sejarah Melayu
Sulalatus Salatin/Wacana Sejarah MelayuSulalatus Salatin/Wacana Sejarah Melayu
Sulalatus Salatin/Wacana Sejarah MelayuAlif Akram
 
Pembentangan Hikayat Merong Mahawangsa
Pembentangan Hikayat Merong MahawangsaPembentangan Hikayat Merong Mahawangsa
Pembentangan Hikayat Merong MahawangsaNurul Amira Ali
 
Bab-4- Pensejarahan-berbentuk-undang-undang
Bab-4- Pensejarahan-berbentuk-undang-undangBab-4- Pensejarahan-berbentuk-undang-undang
Bab-4- Pensejarahan-berbentuk-undang-undangfiro HAR
 
Kesantunan bahasa dalam teknologi maklumat dan komunikasi.
Kesantunan bahasa dalam teknologi maklumat dan komunikasi.Kesantunan bahasa dalam teknologi maklumat dan komunikasi.
Kesantunan bahasa dalam teknologi maklumat dan komunikasi.HanaFitrah
 
Bab-1-Pengenalan-pensejarahan-msia
Bab-1-Pengenalan-pensejarahan-msiaBab-1-Pengenalan-pensejarahan-msia
Bab-1-Pengenalan-pensejarahan-msiafiro HAR
 
Penerokaan dan penjelajahan
Penerokaan dan penjelajahanPenerokaan dan penjelajahan
Penerokaan dan penjelajahanfiro HAR
 
Cerita Penglipur Lara (SASTERA RAKYAT)
Cerita Penglipur Lara (SASTERA RAKYAT) Cerita Penglipur Lara (SASTERA RAKYAT)
Cerita Penglipur Lara (SASTERA RAKYAT) cg.Teha Amran
 
Sejarah kesusasteraan melayu tradisional
Sejarah kesusasteraan melayu tradisionalSejarah kesusasteraan melayu tradisional
Sejarah kesusasteraan melayu tradisionalMohdRainie
 
Hikayat merong-mahawangsa
Hikayat merong-mahawangsaHikayat merong-mahawangsa
Hikayat merong-mahawangsamira dyla
 
WACANA PENULISAN; KEUTUHAN WACANA
WACANA PENULISAN; KEUTUHAN WACANAWACANA PENULISAN; KEUTUHAN WACANA
WACANA PENULISAN; KEUTUHAN WACANAAFIFAH ABIDIN
 
Kemahiran mendengar
Kemahiran mendengarKemahiran mendengar
Kemahiran mendengarRickson JD
 
KESAN EKONOMI TERHADAP PENDAPATAN NEGARA DAN PERBELANJAAN PENDIDIKAN DI MALA...
KESAN EKONOMI  TERHADAP PENDAPATAN NEGARA DAN PERBELANJAAN PENDIDIKAN DI MALA...KESAN EKONOMI  TERHADAP PENDAPATAN NEGARA DAN PERBELANJAAN PENDIDIKAN DI MALA...
KESAN EKONOMI TERHADAP PENDAPATAN NEGARA DAN PERBELANJAAN PENDIDIKAN DI MALA...faizzuddinz
 
Sejarah perkembangan ejaan rumi dan jawi
Sejarah perkembangan ejaan rumi dan jawiSejarah perkembangan ejaan rumi dan jawi
Sejarah perkembangan ejaan rumi dan jawiNURLIDYAWATI JASMIN
 
KRISIS KEWANGAN GLOBAL
KRISIS KEWANGAN GLOBALKRISIS KEWANGAN GLOBAL
KRISIS KEWANGAN GLOBALSITIFATIMAH483
 
Laras bahasa sastera
Laras bahasa sasteraLaras bahasa sastera
Laras bahasa sasteraung sii mee
 

What's hot (20)

KERAJAAN KEDAH TUA DAN BERUAS
KERAJAAN KEDAH TUA DAN BERUAS KERAJAAN KEDAH TUA DAN BERUAS
KERAJAAN KEDAH TUA DAN BERUAS
 
Sulalatus Salatin/Wacana Sejarah Melayu
Sulalatus Salatin/Wacana Sejarah MelayuSulalatus Salatin/Wacana Sejarah Melayu
Sulalatus Salatin/Wacana Sejarah Melayu
 
Pembentangan Hikayat Merong Mahawangsa
Pembentangan Hikayat Merong MahawangsaPembentangan Hikayat Merong Mahawangsa
Pembentangan Hikayat Merong Mahawangsa
 
Tutorial minggu 11 [PERJANJIAN PANGKOR]
Tutorial minggu 11 [PERJANJIAN PANGKOR]Tutorial minggu 11 [PERJANJIAN PANGKOR]
Tutorial minggu 11 [PERJANJIAN PANGKOR]
 
Komunikasi bertulis
Komunikasi bertulisKomunikasi bertulis
Komunikasi bertulis
 
Bab-4- Pensejarahan-berbentuk-undang-undang
Bab-4- Pensejarahan-berbentuk-undang-undangBab-4- Pensejarahan-berbentuk-undang-undang
Bab-4- Pensejarahan-berbentuk-undang-undang
 
Kesantunan bahasa dalam teknologi maklumat dan komunikasi.
Kesantunan bahasa dalam teknologi maklumat dan komunikasi.Kesantunan bahasa dalam teknologi maklumat dan komunikasi.
Kesantunan bahasa dalam teknologi maklumat dan komunikasi.
 
Bab-1-Pengenalan-pensejarahan-msia
Bab-1-Pengenalan-pensejarahan-msiaBab-1-Pengenalan-pensejarahan-msia
Bab-1-Pengenalan-pensejarahan-msia
 
Penerokaan dan penjelajahan
Penerokaan dan penjelajahanPenerokaan dan penjelajahan
Penerokaan dan penjelajahan
 
Analisis Cerita Jenaka Melayu
Analisis Cerita Jenaka MelayuAnalisis Cerita Jenaka Melayu
Analisis Cerita Jenaka Melayu
 
Cerita Penglipur Lara (SASTERA RAKYAT)
Cerita Penglipur Lara (SASTERA RAKYAT) Cerita Penglipur Lara (SASTERA RAKYAT)
Cerita Penglipur Lara (SASTERA RAKYAT)
 
Sejarah kesusasteraan melayu tradisional
Sejarah kesusasteraan melayu tradisionalSejarah kesusasteraan melayu tradisional
Sejarah kesusasteraan melayu tradisional
 
Hikayat merong-mahawangsa
Hikayat merong-mahawangsaHikayat merong-mahawangsa
Hikayat merong-mahawangsa
 
WACANA PENULISAN; KEUTUHAN WACANA
WACANA PENULISAN; KEUTUHAN WACANAWACANA PENULISAN; KEUTUHAN WACANA
WACANA PENULISAN; KEUTUHAN WACANA
 
Kemahiran mendengar
Kemahiran mendengarKemahiran mendengar
Kemahiran mendengar
 
KESAN EKONOMI TERHADAP PENDAPATAN NEGARA DAN PERBELANJAAN PENDIDIKAN DI MALA...
KESAN EKONOMI  TERHADAP PENDAPATAN NEGARA DAN PERBELANJAAN PENDIDIKAN DI MALA...KESAN EKONOMI  TERHADAP PENDAPATAN NEGARA DAN PERBELANJAAN PENDIDIKAN DI MALA...
KESAN EKONOMI TERHADAP PENDAPATAN NEGARA DAN PERBELANJAAN PENDIDIKAN DI MALA...
 
Kesantunan berbahasa (1)
Kesantunan berbahasa (1)Kesantunan berbahasa (1)
Kesantunan berbahasa (1)
 
Sejarah perkembangan ejaan rumi dan jawi
Sejarah perkembangan ejaan rumi dan jawiSejarah perkembangan ejaan rumi dan jawi
Sejarah perkembangan ejaan rumi dan jawi
 
KRISIS KEWANGAN GLOBAL
KRISIS KEWANGAN GLOBALKRISIS KEWANGAN GLOBAL
KRISIS KEWANGAN GLOBAL
 
Laras bahasa sastera
Laras bahasa sasteraLaras bahasa sastera
Laras bahasa sastera
 

Similar to Karya Klasik Hikayat Merong Mahawangsa

Power point-merong
Power point-merongPower point-merong
Power point-merongkelantan999
 
Power point-merong 1
Power point-merong 1Power point-merong 1
Power point-merong 1cikgurusdi
 
Sejarah Melayu
Sejarah MelayuSejarah Melayu
Sejarah MelayuCt Atikah
 
Sultan alauddin riayat syah
Sultan alauddin riayat syahSultan alauddin riayat syah
Sultan alauddin riayat syahHaslisa Hariono
 
KARYA MODEN
KARYA MODENKARYA MODEN
KARYA MODENAT05F
 
Tun Seri Lanang & Raja Ali Haji
Tun Seri Lanang & Raja Ali Haji Tun Seri Lanang & Raja Ali Haji
Tun Seri Lanang & Raja Ali Haji geehamid
 
KELOMPOK 4 - kerajaan mataram kuno
KELOMPOK 4 - kerajaan mataram kunoKELOMPOK 4 - kerajaan mataram kuno
KELOMPOK 4 - kerajaan mataram kunoX-MIPA1 SMANCIL
 
Melaka dan hubungan diplomatik sulalatus salatin
Melaka dan hubungan diplomatik sulalatus salatinMelaka dan hubungan diplomatik sulalatus salatin
Melaka dan hubungan diplomatik sulalatus salatinlauchen32
 
Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu).pdf
Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu).pdfSulalatus Salatin (Sejarah Melayu).pdf
Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu).pdfNor Azlina Nordin
 
Kerajaan islam di pulau jawa
Kerajaan islam di pulau jawaKerajaan islam di pulau jawa
Kerajaan islam di pulau jawaKevinAnggono
 
Tugas makalah kerajaan kalingga dan mataram kuno
Tugas makalah kerajaan kalingga dan mataram kunoTugas makalah kerajaan kalingga dan mataram kuno
Tugas makalah kerajaan kalingga dan mataram kunoMyOs Supardi
 
Note topik 1
Note topik 1Note topik 1
Note topik 1azlina_ab
 

Similar to Karya Klasik Hikayat Merong Mahawangsa (20)

Power point-merong
Power point-merongPower point-merong
Power point-merong
 
Power point-merong 1
Power point-merong 1Power point-merong 1
Power point-merong 1
 
Eika sempoi
Eika sempoiEika sempoi
Eika sempoi
 
Sejarah Melayu
Sejarah MelayuSejarah Melayu
Sejarah Melayu
 
Sultan alauddin riayat syah
Sultan alauddin riayat syahSultan alauddin riayat syah
Sultan alauddin riayat syah
 
KARYA MODEN
KARYA MODENKARYA MODEN
KARYA MODEN
 
Tun Seri Lanang & Raja Ali Haji
Tun Seri Lanang & Raja Ali Haji Tun Seri Lanang & Raja Ali Haji
Tun Seri Lanang & Raja Ali Haji
 
KELOMPOK 4 - kerajaan mataram kuno
KELOMPOK 4 - kerajaan mataram kunoKELOMPOK 4 - kerajaan mataram kuno
KELOMPOK 4 - kerajaan mataram kuno
 
Negeri-negeri Melayu Baru
Negeri-negeri Melayu BaruNegeri-negeri Melayu Baru
Negeri-negeri Melayu Baru
 
Hikayat raja
Hikayat rajaHikayat raja
Hikayat raja
 
Kerajaan hindu banjar
Kerajaan hindu banjarKerajaan hindu banjar
Kerajaan hindu banjar
 
Melaka dan hubungan diplomatik sulalatus salatin
Melaka dan hubungan diplomatik sulalatus salatinMelaka dan hubungan diplomatik sulalatus salatin
Melaka dan hubungan diplomatik sulalatus salatin
 
Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu).pdf
Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu).pdfSulalatus Salatin (Sejarah Melayu).pdf
Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu).pdf
 
Kerajaan islam di pulau jawa
Kerajaan islam di pulau jawaKerajaan islam di pulau jawa
Kerajaan islam di pulau jawa
 
Analisis hikayat-upu-daeng-menambun
Analisis hikayat-upu-daeng-menambunAnalisis hikayat-upu-daeng-menambun
Analisis hikayat-upu-daeng-menambun
 
Analisis hikayat-upu-daeng-menambun
Analisis hikayat-upu-daeng-menambunAnalisis hikayat-upu-daeng-menambun
Analisis hikayat-upu-daeng-menambun
 
Tugas sejarah
Tugas sejarahTugas sejarah
Tugas sejarah
 
Tugas makalah kerajaan kalingga dan mataram kuno
Tugas makalah kerajaan kalingga dan mataram kunoTugas makalah kerajaan kalingga dan mataram kuno
Tugas makalah kerajaan kalingga dan mataram kuno
 
Note topik 1
Note topik 1Note topik 1
Note topik 1
 
Bab 8
Bab 8Bab 8
Bab 8
 

Recently uploaded

Membuat Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di dalam Kelas
Membuat Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di dalam KelasMembuat Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di dalam Kelas
Membuat Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di dalam KelasHardaminOde2
 
alat-alat liturgi dalam Gereja Katolik.pptx
alat-alat liturgi dalam Gereja Katolik.pptxalat-alat liturgi dalam Gereja Katolik.pptx
alat-alat liturgi dalam Gereja Katolik.pptxRioNahak1
 
Materi Bimbingan Manasik Haji Tarwiyah.pptx
Materi Bimbingan Manasik Haji Tarwiyah.pptxMateri Bimbingan Manasik Haji Tarwiyah.pptx
Materi Bimbingan Manasik Haji Tarwiyah.pptxc9fhbm7gzj
 
Modul 9 Penjas kelompok 7 (evaluasi pembelajaran penjas).ppt
Modul 9 Penjas kelompok 7 (evaluasi pembelajaran penjas).pptModul 9 Penjas kelompok 7 (evaluasi pembelajaran penjas).ppt
Modul 9 Penjas kelompok 7 (evaluasi pembelajaran penjas).pptYanseBetnaArte
 
MATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATAS
MATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATASMATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATAS
MATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATASKurniawan Dirham
 
Prakarsa Perubahan dengan Kanvas ATAP & BAGJA.pptx
Prakarsa Perubahan dengan Kanvas ATAP & BAGJA.pptxPrakarsa Perubahan dengan Kanvas ATAP & BAGJA.pptx
Prakarsa Perubahan dengan Kanvas ATAP & BAGJA.pptxSyaimarChandra1
 
AKSI NYATA Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di Kelas (1).pdf
AKSI NYATA Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di Kelas (1).pdfAKSI NYATA Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di Kelas (1).pdf
AKSI NYATA Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di Kelas (1).pdfTaqdirAlfiandi1
 
04-Gemelli.- kehamilan ganda- duo atau triplet
04-Gemelli.- kehamilan ganda- duo atau triplet04-Gemelli.- kehamilan ganda- duo atau triplet
04-Gemelli.- kehamilan ganda- duo atau tripletMelianaJayasaputra
 
Kelompok 1 Bimbingan Konseling Islami (Asas-Asas).pdf
Kelompok 1 Bimbingan Konseling Islami (Asas-Asas).pdfKelompok 1 Bimbingan Konseling Islami (Asas-Asas).pdf
Kelompok 1 Bimbingan Konseling Islami (Asas-Asas).pdfmaulanayazid
 
PEMIKIRAN POLITIK Jean Jacques Rousseau.pdf
PEMIKIRAN POLITIK Jean Jacques  Rousseau.pdfPEMIKIRAN POLITIK Jean Jacques  Rousseau.pdf
PEMIKIRAN POLITIK Jean Jacques Rousseau.pdfMMeizaFachri
 
LAPORAN PKP KESELURUHAN BAB 1-5 NURUL HUSNA.pdf
LAPORAN PKP KESELURUHAN BAB 1-5 NURUL HUSNA.pdfLAPORAN PKP KESELURUHAN BAB 1-5 NURUL HUSNA.pdf
LAPORAN PKP KESELURUHAN BAB 1-5 NURUL HUSNA.pdfChrodtianTian
 
Kelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdf
Kelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdfKelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdf
Kelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdftsaniasalftn18
 
Jurnal Dwi mingguan modul 1.2-gurupenggerak.pptx
Jurnal Dwi mingguan modul 1.2-gurupenggerak.pptxJurnal Dwi mingguan modul 1.2-gurupenggerak.pptx
Jurnal Dwi mingguan modul 1.2-gurupenggerak.pptxBambang440423
 
Modul 1.2.a.8 Koneksi antar materi 1.2.pdf
Modul 1.2.a.8 Koneksi antar materi 1.2.pdfModul 1.2.a.8 Koneksi antar materi 1.2.pdf
Modul 1.2.a.8 Koneksi antar materi 1.2.pdfSitiJulaeha820399
 
PPT Materi Jenis - Jenis Alat Pembayaran Tunai dan Non-tunai.pptx
PPT Materi Jenis - Jenis Alat Pembayaran Tunai dan Non-tunai.pptxPPT Materi Jenis - Jenis Alat Pembayaran Tunai dan Non-tunai.pptx
PPT Materi Jenis - Jenis Alat Pembayaran Tunai dan Non-tunai.pptxHeruFebrianto3
 
Kelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdf
Kelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdfKelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdf
Kelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdfCloverash1
 
Model Manajemen Strategi Public Relations
Model Manajemen Strategi Public RelationsModel Manajemen Strategi Public Relations
Model Manajemen Strategi Public RelationsAdePutraTunggali
 
Lembar Observasi Pembelajaran di Kelas.docx
Lembar Observasi Pembelajaran di  Kelas.docxLembar Observasi Pembelajaran di  Kelas.docx
Lembar Observasi Pembelajaran di Kelas.docxbkandrisaputra
 
PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...
PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...
PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...Kanaidi ken
 
Demonstrasi Kontekstual Modul 1.2. pdf
Demonstrasi Kontekstual  Modul 1.2.  pdfDemonstrasi Kontekstual  Modul 1.2.  pdf
Demonstrasi Kontekstual Modul 1.2. pdfvebronialite32
 

Recently uploaded (20)

Membuat Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di dalam Kelas
Membuat Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di dalam KelasMembuat Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di dalam Kelas
Membuat Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di dalam Kelas
 
alat-alat liturgi dalam Gereja Katolik.pptx
alat-alat liturgi dalam Gereja Katolik.pptxalat-alat liturgi dalam Gereja Katolik.pptx
alat-alat liturgi dalam Gereja Katolik.pptx
 
Materi Bimbingan Manasik Haji Tarwiyah.pptx
Materi Bimbingan Manasik Haji Tarwiyah.pptxMateri Bimbingan Manasik Haji Tarwiyah.pptx
Materi Bimbingan Manasik Haji Tarwiyah.pptx
 
Modul 9 Penjas kelompok 7 (evaluasi pembelajaran penjas).ppt
Modul 9 Penjas kelompok 7 (evaluasi pembelajaran penjas).pptModul 9 Penjas kelompok 7 (evaluasi pembelajaran penjas).ppt
Modul 9 Penjas kelompok 7 (evaluasi pembelajaran penjas).ppt
 
MATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATAS
MATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATASMATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATAS
MATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATAS
 
Prakarsa Perubahan dengan Kanvas ATAP & BAGJA.pptx
Prakarsa Perubahan dengan Kanvas ATAP & BAGJA.pptxPrakarsa Perubahan dengan Kanvas ATAP & BAGJA.pptx
Prakarsa Perubahan dengan Kanvas ATAP & BAGJA.pptx
 
AKSI NYATA Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di Kelas (1).pdf
AKSI NYATA Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di Kelas (1).pdfAKSI NYATA Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di Kelas (1).pdf
AKSI NYATA Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di Kelas (1).pdf
 
04-Gemelli.- kehamilan ganda- duo atau triplet
04-Gemelli.- kehamilan ganda- duo atau triplet04-Gemelli.- kehamilan ganda- duo atau triplet
04-Gemelli.- kehamilan ganda- duo atau triplet
 
Kelompok 1 Bimbingan Konseling Islami (Asas-Asas).pdf
Kelompok 1 Bimbingan Konseling Islami (Asas-Asas).pdfKelompok 1 Bimbingan Konseling Islami (Asas-Asas).pdf
Kelompok 1 Bimbingan Konseling Islami (Asas-Asas).pdf
 
PEMIKIRAN POLITIK Jean Jacques Rousseau.pdf
PEMIKIRAN POLITIK Jean Jacques  Rousseau.pdfPEMIKIRAN POLITIK Jean Jacques  Rousseau.pdf
PEMIKIRAN POLITIK Jean Jacques Rousseau.pdf
 
LAPORAN PKP KESELURUHAN BAB 1-5 NURUL HUSNA.pdf
LAPORAN PKP KESELURUHAN BAB 1-5 NURUL HUSNA.pdfLAPORAN PKP KESELURUHAN BAB 1-5 NURUL HUSNA.pdf
LAPORAN PKP KESELURUHAN BAB 1-5 NURUL HUSNA.pdf
 
Kelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdf
Kelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdfKelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdf
Kelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdf
 
Jurnal Dwi mingguan modul 1.2-gurupenggerak.pptx
Jurnal Dwi mingguan modul 1.2-gurupenggerak.pptxJurnal Dwi mingguan modul 1.2-gurupenggerak.pptx
Jurnal Dwi mingguan modul 1.2-gurupenggerak.pptx
 
Modul 1.2.a.8 Koneksi antar materi 1.2.pdf
Modul 1.2.a.8 Koneksi antar materi 1.2.pdfModul 1.2.a.8 Koneksi antar materi 1.2.pdf
Modul 1.2.a.8 Koneksi antar materi 1.2.pdf
 
PPT Materi Jenis - Jenis Alat Pembayaran Tunai dan Non-tunai.pptx
PPT Materi Jenis - Jenis Alat Pembayaran Tunai dan Non-tunai.pptxPPT Materi Jenis - Jenis Alat Pembayaran Tunai dan Non-tunai.pptx
PPT Materi Jenis - Jenis Alat Pembayaran Tunai dan Non-tunai.pptx
 
Kelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdf
Kelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdfKelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdf
Kelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdf
 
Model Manajemen Strategi Public Relations
Model Manajemen Strategi Public RelationsModel Manajemen Strategi Public Relations
Model Manajemen Strategi Public Relations
 
Lembar Observasi Pembelajaran di Kelas.docx
Lembar Observasi Pembelajaran di  Kelas.docxLembar Observasi Pembelajaran di  Kelas.docx
Lembar Observasi Pembelajaran di Kelas.docx
 
PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...
PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...
PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...
 
Demonstrasi Kontekstual Modul 1.2. pdf
Demonstrasi Kontekstual  Modul 1.2.  pdfDemonstrasi Kontekstual  Modul 1.2.  pdf
Demonstrasi Kontekstual Modul 1.2. pdf
 

Karya Klasik Hikayat Merong Mahawangsa

  • 1. BMS3022 KARYA AGUNG MELAYU ANALISIS KARYA KLASIK “HIKAYAT MERONG MAHAWANGSA" Aini Atiroh Bt Ibrahim D20121057957 Marliana Bt Hassan D20121057961 Nur Syazwanie Bt Ismail D20121057974 Nurul Wajeehah Bt Md Yusof D20121057978 Norhafizah Bt Abd Rahim D20121057979 AT05 Kumpulan A Semester 2, Sesi 2015/2016 PENSYARAH Dr. Seri Lanang Jaya Hj. Rohani
  • 3. Diceritakan nenek moyang raja-raja Kedah yakni Raja Merong Mahawangsa. Beliau dikatakan mempunyai hubungan kekeluargaan dengan Raja Rom serta menjadi pembesar kepercayaannya. Raja Merong Mahawangsa telah diarahkan untuk mengiringi angkatan Putera Raja Rom ke negeri China untuk meminang Puteri Raja China. Raja Merong Mahawangsa pula diterima sebagai Raja di Langkasuka. Baginda hanya meninggalkan negeri itu kepada puteranya iaitu Raja Merong Mahadipusat setelah dewasa dan layak memerintah negeri. Seterusnya, Raja Merong Mahadipusat memenuhi pesanan ayahandanya untuk meneruskan pemerintahan di negeri itu. Raja Merong Mahadipusat telah mendapat empat cahaya mata. Raja Seri Mahawangsa mangkat setelah puteranya yakni Raja Seri Maha Inderawangsa menentang perintahnya dengan berkahwin dengan puteri berbangsa gergasi. Melalui perkahwinan inilah telah melahirkan Raja Bersiung. Zaman pemerintahan Raja Phra Ong Mahawangsa, negeri Kedah menerima Islam yang dibawa oleh Syeikh Abdullah. Baginda merupakan raja Kedah pertama yang memeluk Islam dan menukar namanya kepada Sultan Muzalfal Syah.
  • 5. Definisi Pemikiran -Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2010: 411), pemikiran dapat didefinisikan sebagai perihal berfikir. -S.Othman Kelantan (1997) menjelaskan bahawa pemikiran merupakan satu fikiran atau idea yang muncul dan wujud dari golongan bijak pandai dengan menggunakan akalnya dalam memikirkan konflik yang dihadapi oleh masyarakat dalam lingkungannya, dan pemikiran tersebut dilebarkan oleh golongan cerdik pandai ke luar lingkungannya.
  • 6. -Pemikiran dalam bidang sastera selalunya dimulakan dengan idea yang diperoleh oleh pengarang yang kemudiannya diolah oleh pengarang sehingga menjadi sebuah karya atau buah fikiran yang bernas. -Pemikiran dapat dikaitkan dengan perkara utama atau tema dan persoalan yang ingin disampaikan dalam sesebuah karya. Selain itu, pemikiran juga dapat dikaitkan dengan mesej yang ingin disampaikan oleh pengarang kepada pembaca dalam sesebuah karya.
  • 7. Pemikiran pengarang dalam Hikayat Merong Mahawangsa 1.Mengangkat keagungan agama Islam. -Pengarang cuba mengangkat keagungan agama islam dengan mengaitkan galur cerita Hikayat Merong Mahawangsa dengan kisah Nabi Sulaiman dengan Burung Geruda. -Pengarang meletakkan batu asas dalam penulisannya bahawa segala yang berlaku tidak boleh dipertikaikan kerana ianya berlaku dengan izin Allah S.W.T
  • 8. -Pengarang mengangkat martabat unsur Islam kerana kegagalan Burung Geroda dianggap sebagai simbol kekalahan unsur Hindu kerana dipercayai bahawa Burung Geroda adalah burung mistik agama Hindu yang cuba memperlihatkan keangkuhannya kepada Nabi Sulaiman A.S.
  • 9. Contoh : ‘ketahui oleh mu kepada zaman dahulu kala dan pada masa yang telah lalu, kata yang empunya chetera ini, maka ada-lah kepada suatu masa sedang zaman Nabi Allah Sulaiman álaihis-salam naik jadi raja yang tetap di-atas takhta kerajaan, di-kurnia Allah Taála di-dalam dunia ini yang memerentahkan daripada segala makhlok khalayak2 yang berjenis2 bangsa-nya yang di-jadikan Allah Subhanahu wa Taála di-dalam dunia ini di-titahkan oleh Allah sarwa sekalian álam memerentahkan isi álam di-dunia ini di-dalam hokum Nabi Allah Sulaiman tiada boleh hendak melalui hukumnya… Hikayat Merong Mahawangsa (1973:3)
  • 10. 2. Pembukaan Negeri Kedah -bertitik tolak kepada peristiwa perjanjian yang dilakukan oleh burung Garoda dengan Nabi Allah Sulaiman yang menyatakan bahawa dia akan memisahkan hubungan yang akan dijalinkan antara Raja Rom dan Raja China dengan mengahwinkan anak-anak mereka. -Burung Garoda telah melakukan perjanjian untuk menghalang hubungan antara kedua-dua buah negara tersebut dengan -Bahtera anak Raja Rom yang telah disambar oleh burung Garoda menyebabkan bahtera tersebut musnah dan anak Raja Rom dihanyutkan laut.
  • 11. Contoh : “… Maka sembah segala menteri, ‘patut sangat tuanku menamakan negeri ini, supaya tidak sesat daripada sebutannya.’ Maka sembah pula menteri Rum, ‘bukanlah dengan kemudahan juga mendapat negeri ini, dengan tiada sukarnya, jikalau kepada namanya pun demikian jua.’ Maka titah Raja Merong Mahawangsa, ‘jika demikian, hendaklah kita namakan negeri ini Negeri Kedah Zamin Turan sebutannya.” (Hikayat Merong Mahawangsa, halaman 30) -Dengan nama yang telah diberikan oleh Raja Merong Mahawangsa, maka secara tidak langsung, tertubuhlah sebuah negeri yang bernama Kedah. Setelah itu, segala pemerintahan telah diamanahkan kepada anakandanya iaitu Raja MerongMahadipusat.
  • 12. 3. Penubuhan kerajaan -Raja Merong Mahawangsa meninggalkan wasiat kepada anakandanya Raja MerongMahadipusat -Raja Merong Mahawangsa menitahkan anakandanya untuk memperbesar empayar pemerintahannya dengan meminta anakanda- anakanda Raja MerongMahadipusat membuka kerajaan-kerajaan baru. Hal ini dibuktikan daripada teks yang berikut: “Serta titahnya, ‘ hai anakku Raja MerongMahadipusat, jikalau anakku beroleh anak pada zaman ini, hendaklah anakku rajakan akan dia seorang sebelah utara barat laut, seorang sebelah selatan timur menenggara daripada negeri Kedah ini dan seorang sebelah matahari naik antara timur laut.” (Hikayat Merong Mahawangsa, halaman 30)
  • 13. -Raja MerongMahadipusat telah dikurniakan empat orang anakanda, tiga orang anakanda lelaki dan seorang anakanda perempuan. -Raja MerongMahadi pusat telah mengikut wasiat dan saranan daripada ayahandanya. - Anakandanya yang tua telah dihantar untuk membina sebuah kerajaan yang dinamakan sebagai Benua Siam. Anakandanya yang tengah pula dihantar untuk membina kerajaan yang dinamakan Negeri perak manakala anakanda perempuannya pula telah memerintah sebuah kerajaan yang bernama Patani. Manakala anakandanya yang akhir diberikan takhtanya untuk diwarisi apabila baginda mangkat kelak.
  • 14. 4. Kedudukan Merong Mahawangsa sebagai seorang pemerintah yang agung. -Peristiwa perlantikan Merong Mahawangsa sebagai wakil kepada Raja Rom untuk mengiringi Puteranya ke China bagi dikahwinkan dengan Puteri Raja China menunjukkan pengarang ingin menggambarkan kehebatan Merong Mahawangsa. -Pengarang mengaitkan Merong Mahawangsa yang merupakan pengasas kerajaan Negeri Kedah dengan pemerintah negara-negara hebat seperti Rom dan China bagi menunjukkan bahawa Merong Mahawangsa bukanlah sembarangan dan disanjung oleh pemerintah lain.
  • 15. 5.Memartabatkan Negeri Kedah sebagai sebuah kerajaan yang berdaulat. -Ideologi pemikiran politiknya bahawa bunga emas yang dihantar oleh kerajaan kedah kepada negeri siam bukanlah tanda mengakui ketuanan siam terhadap kerajaan kedah namun ianya adalah sebagai simbol kekeluargaan dan penghargaan.
  • 16. 6. Asal usul raja dan kedaulatan pemerintahan beraja. -Selepas Raja Merong Mahawangsa meninggalkan zuriatnya di Negeri Kedah, ia balik ke Rum. Daripada keturunannya lahirlah dinasti kesultanan Kedah. Raja-raja Kedah daripada keturunan Raja Merong Mahawangsa ini semuanya baik-baik belaka kecuali Raja Phra Ong Maha Perita Deria atau Raja Bersiung yang kejam dan zalim. -Kezaliman dan kejahatan Raja Bersiung ini dapat dilihat melalui : “Demi Raja Bersiung mendengar sembah perempuan itu, maka ia pun menyarungkan pedangnya serta bertitah, ‘ Baiklah, lalu berangkat keluar ke balai rong bertitah , ‘ Mana penghulu biduanda sekalian? Bukankah ada orang yang kita suruh bunuh sulakan itu pada hari ini? Ambil cawan itu, isikan darahnya, bawa ke mari kepada aku.” (Hikayat Merong Mahawangsa, halaman 46 & 47)
  • 17. 7. Salasilah keturunan Raja Kedah -Bermula daripada Kerajaan Langkasuka dibawah pemerintahan Merong Mahawangsa sehinggalah pentadbiran Kedah Zamin Turan dibawah Raja Phra Ong Mahawangsa. -Politik dan pentadbiran Negeri Kedah bebas daripada pengaruh kuasa-kuasa asing dimana pemerintah bebas untuk memilih pengantinya tanpa campur tangan kuasa luar. - Memberi gambaran bahawa Kedah merupakan sebuah negeri yang berdaulat dan kuat.
  • 18. 8. Keturunan pemerintah Kedah mempunyai kedudukan yang sangat tinggi. -Peristiwa perkahwinan antara Maharaja Seri Maha Inderawangsa dengan wanita daripada golongan gergasi. - Keturunan pemerintah Kedah mempunyai kedudukan yang sangat tinggi sehinggakan golongan gergasi yang mempunyai kedudukan yang rendah adalah tidak setaraf untuk dijadikan sebagai isteri.
  • 20. Kamus Dewan Edisi Keempat (2010) Pengetahuan tentang pengertian yang dianggap sebagai ilmu yang tertinggi yang menjadi dasar ilmu-ilmu lain Cinta kepada ilmu dan kebenaran Pemikiran yang tertinggi dan bertujuan untuk mendapatkan kebenaran Perbincangan tentang sesuatu secara terperinci untuk mendapatkan jawapan yang sebenar
  • 22. Aplikasi dan tujuan sistem pemerintahan Hubungan kerajaan Kedah dengan negeri Siam - Kerajaan Kedah menghantar bunga emas kepada negeri Siam sebagai tanda kekeluargaan dan penghargaan ‘’… sebab leka dengan membuat sa-pohon emas dan sa-pohon bunga perak dengan tambak chabang yang bersampok emas saga merah… ‘’ (HMM:56) ‘’Hendak-lah tuan hamba sakalian sembahkan pada saudara kita, jika ia beroleh anak beri jua khabr ka-negeri Kedah ini…’ (HMM:56 dan 57) Falsafah Politik
  • 23. - Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2010), sejarah merupakan peristiwa yang benar-benar berlaku pada waktu yang lampau, kisah, riwayat dan sebagainya - Persoalan yang berkaitan dengan makna masa silam seperti tamadun dan keruntuhan. Setelah Raja Pra’ Ong Mahawangsa memeluk agama Islam, baginda menggunakan gelaran Sultan Mudzalfal Shah Buktinya : ‘’Maka kata tuan Sheikh Abdullah pada menteri keempat, “Dengan nama mana raja kita di-sebut orang? “ Maka kata menteri keempat, “Dengan Raja Pra’ Ong Mahawangsa.” (HMM:147) “ Maka kata Sheikh Abdullah,” Jika demikian sebutlah nama-nya Sultan Mudzalfal Shah, … nama yang paling mulia dan tertinggi daripada segala nama yang di-dalam dunia” (HMM:147) Falsafah Sejarah
  • 24. - Kewujudan dan keberadaan - Membincangkan 3 aspek iaitu Tuhan, manusia, dan benda-benda tidak berakal seperti pohon, air dan sebagainya. Mengagungkan dan Mempercayai Kekuasaan Tuhan - Nabi Allah Sulaiman sangat mengagungkan dan mempercayai kekuasaan Tuhan. - Baginda memberi pengajaran dan tauladan kepada raja-raja dan menteri- menteri tentang tindakan burung garuda yang cuba mencabar kekuasaan Tuhan dengan memisahkan manusia yang telah ditetapkan-Nya untuk bersatu. Buktinya : Maka sabda Nabi Allah Sulaiman, ‘Hai segala raja2 dan menteriku bangsa yang baik2, hendaklah engkau dan kamu sekalian ketahui, demi Tuhanku yang menjadikan aku dan kamu sekalian diatas segala makluknya, dalam empat perkara ini hendaklah jangan sekali-kali ditentukan, jikalau tiada dengan janji daripada Tuhan alam... Halaman Falsafah Metafizika
  • 25. - Gambaran kehidupan realiti manusia yang kontekstual - Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2010), sosial merupakan segala yang berkaitan dengan masyarakat, perihal masyarakat dan kemasyarakatan. Raja Pra’ Ong Mahawangsa, pembesar dan rakyat jelata memeluk agama Islam. - Kedatangan Sheikh Abdullah ke negeri Kedah telah mengislamkan pemerintah dan rakyatnya. Maka kata Raja Pra’ Ong Mahawangsa, ‘’Jikalau demikian hendak-lah tuan hemba tolong hamba sakalian ini ajarkan agama Islam yang sa-benar itu.’’ (HMM:144) “… maka Sheikh Abdullah pun dudok berkata2 dengan menteri keempat,… maka hendak-lah taun hamba keempay suroh kerahkan sakalian ra’ayat bala isi negeri ini suroh himpun datang ka-mari’’ (HMM:147) Falsafah Sosial
  • 26. - Situasi persekitaran dan alam sarwajagat (universal) - Hal-hal yang berhubung dengan alam Ketika Raja Merong Mahawangsa bersiar-siar di sekitar kawasan yang hendak dibuka negeri baru. Contoh dalam HMM : ‘’Maka Raja Merong Mahawangsa pun berjalan-lah ... Lalu bertemu-lah dengan tanah bumi yang baik terlalu lah indah tempat-nya dengan tanah-nya menjadi tiada-lah turun ka-bahtera- nya; gila dengan membuat kota, istana dengan balai-nya yang terlalu amat besar-nya lagi dengan indah-nya.” (HMM, halaman 18&19) Falsafah Kosmologi
  • 27. - Ethos iaitu adat kebiasaan - Pemikiran tentang moral, pendidikan dan pengajaran - Ilmu tingkah laku manusia yang boleh dilihat dari segi baik dan buruknya yang dapat ditentukan oleh akal 1. Tingkah laku pembesar tanpa mengira pangkat atau darjat. 2. Seorang penjahat bernama Kampar yang membuat kesalahan sehingga ditangkap Maka segala menteri hulubalang pun gemar-lah sangat melihat budi pekertinya serta dengan pandai mengambil hati sekalian menteri hulubalang tambah pula di-atas segala fakir, miskin, dagang santeri sekalian serta dengan tegor sapa siapa yang bertemu dengan dia. (HMM: 46) Bermula ada-lah sa-orang orang Seri Gunong Ledang bernama Kampar yang amat jahat-nya. (HMM: 70) Falsafah Etika
  • 29. Nilai -Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2010), nilai merujuk kepada darjat, kualiti, mutu dan taraf. -Nilai juga diistilahkan sebagai ‘al-qimah’ dalam bahasa Arab yang lebih merujuk kepada harga yang ditetapkan atau diletakkan pada sesuatu. Budaya -Budaya berasal daripada perkataan Sanskrit, iaitu buddayah yang merupakan kata jamak bagi perkataan buddhi yang bermaksud budi pekerti atau akal. Definisi nilai budaya
  • 30. Definisi pandangan hidup Pandangan hidup adalah suatu konsep yang dimiliki oleh masyarakat atau komuniti tertentu, bertujuan untuk menanggapi dan menerangkan segala permasalahan yang berkaitan dengan Tuhan, manusia dan alam.
  • 31. 1. Taat kepada perintah ibu bapa Nilai ini amat dituntut dalam Islam. Hal ini demikian kerana, martabat ibu bapa diangkat tinggi oleh Allah dalam Islam. Raja Merong Mahadipusat amat taat kepada bapanya sehingga baginda segera menjalankan perintah bapanya selepas diberitahu oleh menteri. Nilai dalam Hikayat Merong Mahawangsa
  • 32. Contoh: Sa-telah di-dengar oleh Raja Merong Mahadipusat sembah menteri itu, maka titah kapada menteri, “Jikalau demikian hendak- lah saudara kerahkan segala kaum gergasi , himpun sakalian-nya dan panggil penghulu Pra’ Chisim dan penghulu Nang Sutaman itu ka-mari, kita beri ia pergi bersama² dengan anak kita dan orang kita yang tua ini kita hantarkan ka-hulu disabelah utara barat-laut. Maka tanah bumi itu lanjut jauh jua perjalanan-nya. Hikayat Merong Mahawangsa (1973: 47)
  • 33. 2. Sopan santun dalam berbicara Nilai sopan santun ini amat sinonim dengan masyarakat Melayu. Namun begitu, setiap manusia yang lahir ke dunia sememangnya dididik dengan nilai kesopanan. Nilai ini wujud sejak zaman dahulu lagi. Hal ini dapat dibuktikan dalam HMM ini melalui perwatakan Raja Merong Mahawangsa yang sopan santu dalam berbicara.
  • 34. Contoh: Maka Raja Merong Mahawangsa pun sudah ketahui bangsa- nya gergasi lalu ditegor-nya dengan manis suara-nya mengambil hati-nya. Maka titah-nya kepada segala kaum gergasi yang datang itu, “Ada pun beta singgah di-sini ini, jikalau baik² bichara-nya mahu- lah beta dudok berhenti di-sini dahulu sementara menanti mengambil khabar anak Raja Rum itu kalau² ada hidupnya.” Hikayat Merong Mahawangsa (1973: 18)
  • 35. 3.Belas kasihan Sifat belas kasihan ini sewajarnya ada dalam diri setiap manusia. Sifat belas kasihan ini tidak terhad kepada manusia sahaja malah kepada haiwan. Sifat ini dapat dilihat dalam diri Mak Inang yang mempunyai sifat belas kasihan terhadap anak raja Rum dan ingin menolongnya.
  • 36. Contoh: Maka mak inang tuan puteri itu pun terlalu-lah belas kasehan hati-nya mendengarkan hal anak Raja Rum itu, lalu ia pun kembali pada tuan puteri persembahkan hal itu sakalian-nya dengan suka tertawa-nya. Hikayat Merong Mahawangsa (1973: 21)
  • 37. Budaya dalam Hikayat Merong Mahawangsa 1. Islam Budaya dalam Islam dapat dilihat semasa pengislaman Sultan Kedah iaitu Raja Pra’ Ong Mahawangsa. Baginda telah mengucap dua kalimah syahadah di hadapan Sheikh Abdullah.
  • 38. Contoh: Demi di-dengar oleh Sheikh Abdullah akan perkataan raja itu lalu di-pelok leher di-chium-nya tuboh raja itu serta dudok berkata², sa- ketika di-ajarkan-nya kalimah shahadat demikian bunyi-nya, “Ashhadu alla-ilaha-illallahwahdahu lasharika lahu wa ashhadu- anna Muhammadan’abduhu wa rasulluh.” Maka Raja Pra’ Ong Mahawangsa pun menguchap-lah dua kalima shahadat… Hikayat Merong Mahawangsa (1973: 144)
  • 39. 2. Adat Perkahwinan Adat perkahwinan masyarakat pada zaman dahulu ditunjukkan secara langsung dalam Hikayat Merong Mahawangsa. Adat perkahwinan ini ditunjukkan semasa perkahwinan Raja Merong Mahadipusat yang diadakan selama 40 hari 40 malam. Adat perkahwinan pada zaman itu dilakukan secara besar-besaran dan meriah.
  • 40. Contoh: “Maka Raja Merong Mahawangsa pun berangkat-lah masok ka- istana di-iringkan oleh anakanda baginda itu serta menyuroh memulai kerja berjaga² mengerjakan anakanda baginda itu, dengan makan minum dan bersuka²an dengan beberapa banyak perburuan yang di-sembelah jadi tambul orang berjaga² itu, serta dengan segala permainan daripada gong, gendang, serunai, nafiri, harbab, kecapi, dandi, muri, kopak, cherachap, serdam, bangsi, nakara, menjadi empat puloh malam yang berjaga² makan minum dengan segala menteri, hulu balang, para penggawa sekalian, terlalu-lah ramai-nya. Sa-telah genap-lah empat puloh hari maka pada sa-orang sa-beblar selatan timor menenggara daripada negeri Kedah ini,... Hikayat Merong Mahawangsa (1973: 42)
  • 41. Pandangan Hidup dalam Hikayat Merong Mahawangsa 1. Kepercayaan kepada Tuhan Hikayat Merong Mahawangsa ini memperlihatkan betapa Nabi Allah Sulaiman sangat mempercayai kekuasaan Tuhan. Baginda percaya bahawa Tuhan berkuasa terhadap segala yang ada di muka bumi ini. Baginda menunjukkan kepercayaan kepada Tuhan semasa memberi pengajaran kepada burung garuda yang berusaha untuk memisahkan manusia yang ingin bersatu.
  • 42. Contoh: Maka sabda Nabi Allah Sulaiman, “Hai burong garuda! Demi tuhan yang menjadikan aku, ada pun jodoh pertemuan itu di-dalam batu atau di-dalam kayu sakali pun tiada siapa yang dapat mencheraikan dia.” Hikayat Merong Mahawangsa (1973: 6)
  • 43. 2. Taat kepada Pemimpin Pemimpin merupakan antara golongan yang wajar kita hormati. Hikayat Merong Mahawangsa turut mengetengahkan Nabi Sulaiman sebagai pemimpin yang berkuasa pada zaman tersebut. Contoh ketaatan kepada pemimpin dapat dilihat melalui burung garuda yang amat taat kepada Nabi Sulaiman.
  • 44. Contoh : Maka kata burong garuda kepada burong rajawali, “Di-mana dapat ia sakalian hendak mengerjakan pekerjaan itu? Pada fikir ku tiada boleh jadi , tetapi nanti-lah dahulu aku hendak pergi menghadap Nabi Allah Sulaiman kerana ia itu raja besar di-dalam ‘alam dunia ini; jikalau sudah ada sapeti yang demikian itu, tiadalah ku beri jadi pekerjaan nikah kedua- duanya anak raja dua buah negeri itu.” Hikayat Merong Mahawangsa (1973: 5)
  • 46. Estetika : Aspek keindahan,yang terdapat pada struktur, pengolahan dan teknik penulisan. Kepengarangan : Keterampilan, kecerdikan dan kearifan seseorang pengarang dalam mengolah jalan penceritaan. MAKSUD ESTETIKA DAN KEPENGARANGAN
  • 47. Estetika dalam Hikayat Merong Mahawangsa 1. Penggunaan Bahasa Klasik -Struktur ayat yang panjang dan berbelit-belit dan sukar untuk difahami -Penggunaan kata pangkal ayat/praklausa
  • 48. Contoh : Bermula, adapun raja ketiga ketumbukan itu berperanglah terlalu ramai beramuk-amukan sama sendirinya kerana orang negeri itu habis mati dan tertangkap serta pula habis segala rumah tangganya itu terbakar dan rumah berhala itu pun habislah terbakar dengan berhala itu sekali hangus, berhamburanlah abunya ditiup angin. (Hikayat Merong Mahawangsa, halaman 102)
  • 49. Contoh: Sebermula, segala kapal dan bahtera kenaikan anak raja Rom itu dinanti-nantinya serang langgar burung geroda itu,... (Hikayat Merong Mahawangsa, halaman 11) Hatta, beberapa lamanya berjalan itu hampirlah hendak bertemu dengan laut sebelah sana, maka bertemu pula dengan suatu sungai besar terus ke laut juga. (Hikayat Merong Mahawangsa, halaman 40)
  • 50. 2. Penggunaan Bahasa Istana -Penggunaan bahasa istana dalam karya telah menunjukkan hubungan masyarakat pada zaman itu sangat rapat dengan istana.
  • 51. Contoh: Maka titah Raja Merong Mahawangsa kepada menteri Rom, “Sudahlah beta rajakan anakanda ini. Maka sekarang akan negeri ini patutlah kita namakan akan dia.” Maka sembah segala menteri, “Patut sangat tuanku menamakan negeri ini, supaya tiada sesat daripada sebutannya.”    (Hikayat Merong Mahawangsa, halaman 34)
  • 52. 3. Simile -Gaya bahasa yang menunjukkan perbandingan dengan sesuatu benda secara terus. -Gaya bahasa ini dikesan dengan melalui penggunaan perkataan iaitu seperti, bagai, umpama dsbg
  • 53. Contoh :    Maka bahananya bunyi bedil meriam yang dipasang itu seperti bunyi guruh dan tagar, terlalu gempita, alamat di dalam laut pun tiadalah dengan kemasygulannya melainkan dengan kesukaan belaka. (Hikayat Merong Mahawangsa, halaman 8)
  • 54. Kepengarangan dalam Hikayat Merong Mahawangsa 1. Penggunaan Unsur Mitos -Mitos ialah cerita zaman dahulu yang dianggap benar, terutamanya cerita yang mengandungi unsur-unsur konsep atau kepercayaan sejarah awal kewujudan sesuatu bangsa, kejadian- kejadian alam dan sebagainya. -Umumnya, mitos dikenali sebagai unsur yang luar biasa yang tidak dapat diterima oleh logik akal tetapi perihal tersebut diketengahkan sebagai sesuatu peristiwa yang benar-benar berlaku.
  • 55. -Dalam Hikayat Merong Mahawangsa, unsur mitos dapat dilihat dalam kisah Nabi Sulaiman dan burung geroda. -Geroda merupakan binatang kenderaan Visynu dalam mitos Hindu. -Ketika itu, geroda ingin menghadap dengan Nabi Allah Sulaiman untuk menyampaikan sesuatu. -Mengikut kepercayaan Islam, Nabi Sulaiman diberikan mukjizat oleh Allah iaitu boleh berkata-kata dan memahami bahasa haiwan dan unggas.
  • 56. Bahawa pada ketika itu datanglah seekor burung geroda yang terlalu amat besarnya turun menghadap Nabi Allah Sulaiman, sembahnya, “Ya Nabi Alllah, hamba dengar warta Raja Rom ada menaruh seorang anak laki-laki dan raja Benua China ada menaruh seorang anak perempuan. Maka sekarang raja Rom itu hendak meminang anak raja Benua China. Konon akan rupa kedua anak raja itu terlalu amat eloknya, tiadalah lagi bandingannya akan rupa keduanya itu, dan kedudukan negeri itu terlalulah jauh, pada fikiran hamba bukanlah jodo pertemuannya.” Maka sabda Nabi Allah Sulaiman, “Hai burung geroda, demi Tuhan yang menjadikan aku, adapun jodo pertemuan itu di dalam batu atau di dalam kayu sekalipun tiada yang dapat menceraikan dia.” (Hikayat Merong Mahawangsa, halaman 5)
  • 57. 2. Penggunaan fakta Islam dalam Hikayat -Hikayat Merong Mahawangsa ini juga memperlihatkan bahawa Nabi Allah Sulaiman sangat mengagungkan dan mempercayai kekuasaan Tuhan. -Baginda percaya bahawa hanya Tuhan yang mempunyai kuasa atas segalanya makhluk. -Baginda juga mempercayai segala janji dan kekuasaan Tuhan.
  • 58. -Kepercayaan baginda dapat dilihat semasa baginda berkata- kata dan memberi pengajaran dan tauladan kepada raja-raja dan menteri-menteri berkenaan dengan tindakan burung geroda yang cuba mencabar kekuasaan Tuhan dengan memisahkan manusia yang telah ditetapkan-Nya untuk bersatu.
  • 59. Contoh: Maka sabda Nabi Allah Sulaiman, “Hai segala raja- raja dan menteriku bangsa yang baik-baik, hendaklah engkau dan kamu sekalian ketahui, demi Tuhanku yang menjadikan aku dan kamu sekalian diatas segala makhluknya, dalam empat perkara ini hendaklah jangan sekali-kali ditentukan, jikalau tiada dengan janji daripada Tuhan alam. Pertama rezeki, sedikit atau banyak ada sehari semalam itu tiadalah segala makhluk hendak tentukan, sekalian dengan janjinya juga. Kedua, perkara yang memutuskan rezekinya, seperti yang akan datang mara dan maut, hendak mengetahuikan dia dan hendaklah jangan kamu tentukan bumi tempat kematiannya, melainkan kesudahannya dengan janji Allah jua........ (Hikayat Merong Mahawangsa, halaman 23)
  • 61. NILAI ILMU • Nilai merujuk kepada darjat, kualiti, mutu dan taraf (Kamus Dewan Edisi Keempat). • Nilai merupakan satu prinsip atau garis panduan yang menyediakan seseorang untuk menjalani kehidupan. • Ilmu pula bermaksud pengetahuan dalam perkara dunia, akhirat, zahir, batin dan lain-lain (Kamus Dewan Edisi Keempat). • Ilmu merupakan hal yang berkaitan kerana pemerolehan ilmu itu dan usaha kita menyebarkannya kepada orang lain dalam bentuk pelbagai maklumat. Ilmu dan maklumat yang terdapat dalam karya agung termasuklah ilmu perdukunan, ilmu firasat, ilmu jampi, ilmu pengasih, strata masyarakat Melayu dan adat istiadat Melayu.
  • 62. Ilmu Firasat Firasat ialah pengetahuan mengenai tanda-tanda pada muka (badan dan lain-lain) untuk mengetahui kelakuan atau nasib orang. Ilmu firasat merupakan ramalan tentang sesuatu perkara. Dalam HMM, ilmu firasat dapat dilihat sewaktu Raja Seri Mahawangsa melarang anakandanya, Raja Seri Maha Inderawangsa untuk berkahwin dengan cucu perempuan Nang Miri Gergasi yang berketurunan gergasi.
  • 63. Maka oleh Raja Seri Mahawangsa beberapa ditegahkan anakanda baginda itu daripada beristeri akan budak perempuan itu, mengatakan, “Tiada sama bangsanya dengan kita, kalau-kalau siapa tahu akhirnya beroleh anak dengan perempuan itu menurut hawa nafsu kaumnya, iaitu gergasi, masuk fitnah makannya itu.” (Hikayat Merong Mahawangsa, 1998: 45) Akan tetapi, atas kedegilan Raja Seri Maha Inderawangsa, maka berkahwin juga baginda dengan perempuan berbangsa gergasi tersebut. Ramalan Raja Seri Mahawangsa memang tepat kerana waris Raja Seri Maha Inderawangsa menjadi pemerintah yang zalim terhadap rakyatnya sendiri dan akhirnya tersingkir dari takhta.
  • 64. Pada awalnya, kepercayaan orang Melayu adalah berbentuk aminisme yakni, menganggap benda-benda mempunyai semangat dan kuasa ghaib. Kuasa ghaib itu tidak boleh dihubungi oleh orang sembarangan, jadi dukun, pawang atau bomoh diperlukan. Usaha ini dianggap berfungsi mengembalikan keadaan seperti asalnya. Dukun atau bomoh juga dapat menghubungi semua kuasa ghaib yang ada pada binatang terutama yang liar dan bisa. Ilmu Perdukunan
  • 65. Dalam HMM, keturunan raja Kedah yang memerintah Benua Siam telah meminta ahli nujumnya mencari pengganti raja Kedah setelah Raja Bersiung hilang. Ahli nujum itu melepaskan gajah sakti untuk mencari raja yang baru. Ahli nujum menghubungi kuasa ghaib yang ada pada gajah sakti. Semasa negeri Kedah tidak beraja akibat kehilangan Raja Bersiung, menteri keempat mengutus surat kepada raja di Benua Siam memohon untuk dihantar raja bagi memerintah negeri Kedah. Namun, hasil tilikan membuatkan raja Benua Siam menghantar gajah Gemala Johari untuk mencari raja yang sepatutnya beraja di negeri Kedah.
  • 66. Setelah demikian maka datanglah fikir hemat yang memberi sempurna di dalam hati raja Benua Siam. Maka adalah pesanan datuk neneknya, adalah seekor gajah dalam negeri Kedah atau Patani yang bernama Gemala Johari, kalau-kalau ialah dapat mengetahui orang yang hendak dirajakan daripada yang berasal itu. Maka titah raja Benua Siam kepada orang membawa surat itu, “Adakah engkau sekalian ketahui gajah kesaktian itu?” Maka sembah orang itu, “Ada, tuanku, dia berulang alik antara Kedah dengan Patani. Baharu ini juga ia memberi mimpi kepada penghulu patik menteri keempat, tuanku.” Maka titah raja Benua Siam kepada seorang menteri yang tua, “Hendaklah tuan hamba perbuat sepucuk surat hantarkan ke negeri Kedah pada menteri itu. Hendaklah suruh ia sekalian hiasi dengan alat gajah Gemala Johari itu dengan sepertinya, kemudian lepaskan ia pergi mencari raja yang patut. Barang siapa yang diambilnya, itulah raja negeri Kedah itu. Kemudian kita dari sini pun bolehlah suruh menteri yang besar pergi rajakan dia.” (Hikayat Merong Mahawangsa, 1998: 62)
  • 67. Jampi bermaksud kata-kata tertentu yang diucapkan untuk mendatangkan kesaktian seperti boleh menyembuhkan penyakit. Di dalam sesebuah jampi terdapat unsur-unsur pemujaan, perubatan, kasih-sayang, pendinding dan berhubung dengan psikologi manusia. Raja Benua Siam memberi titah kepada ahli nujum untuk menilik pengganti raja Kedah yang sebenar. Ahli nujum tersebut menggunakan ilmu jampi yang dimilikinya untuk mengetahui keberadaan pengganti raja Kedah. Ilmu Jampi
  • 68. Maka ahlu’l nujum pun menyembah lalu membuka surat nujumnya ditilik seketika. Maka ia datang sembah, “Ampun tuanku, adapun yang hendak dirajakan di dalam negeri Kedah itu janganlah dicari raja yang lain, nescaya tidak boleh kekal dan tetap, sekadar dua tiga tahun sahaja tentu mati atau menjadi haru-hara.” Maka titah pula baginda, “Sekarang bagaimana juga kita hendak ketahui asal rajanya yang dapat kita rajakan dia?” Maka ahlu’l nujum pun menilik nujumnya pula, seketika berdatang sembah, “Ampun tuanku, ada lagi ia kanak-kanak di dalam umur enam tujuh tahun juga. Adapun hendak mengetahui akan dia itu tiadalah boleh manusia ketahui, melainkan dengan mergastua juga.” (Hikayat Merong Mahawangsa, 1998: 61-62) Hasil tilikan ahli nujum mendapati bahawa ada kanak-kanak berumur antara enam hingga tujuh tahun yang boleh dijadikan raja. Namun begitu, kanak-kanak tersebut tidak dapat diketahui oleh manusia melainkan dengan bantuan ‘mergastua’.
  • 69. Adat bermaksud peraturan yang sudah diamalkan turun temurun sejak dahulu kala di dalam sesuatu masyarakat sehingga merupakan hukum dan peraturan yang harus dipatuhi. Istiadat pula membawa maksud peraturan atau cara-cara melakukan sesuatu yang sudah menjadi kebiasaan, adat kebiasaan, atau resam. Terdapat 3 jenis adat dan istiadat dalam HMM,iaitu: 1. Adat temenggung 2.Upacara meraikan kelahiran anak 3.Pelantikan raja Adat dan Istiadat
  • 70. Adat Temenggung ialah adat yang diamalkan oleh orang-orang Melayu di semua negeri di semenanjung Malaysia kecuali Negeri Sembilan. Berdasarkan Hikayat Merong Mahawangsa, adat temenggung secara jelas dipaparkan melalui pertabalan raja. Seperti yang kita sedia maklum, dalam adat temenggung, nasab lelaki lebih diutamakan. Contohnya: Maka titah Raja Merong Mahawangsa kepada menteri Rom, “Sudahlah beta rajakan anakanda ini. Maka sekarang akan negeri ini patutlah kita namakan sesuatu akan dia.” (HMM, 1998: 34) Raja Merong Mahawangsa telah menabalkan puteranya, Raja Merong Mahadipusat untuk menggantikan baginda memerintah negeri Kedah. Pertabalan putera raja ini juga diteruskan dalam jurai keturunan raja- raja kedah dalam hikayat ini. ADAT TEMENGGUNG
  • 71.  Putera bongsu yang menjadi raja di negeri Kedah yakni Raja Seri Mahawangsa berasa wajar sekali memulakan tradisi mempersembahkan hantaran bunga emas dan perak sebagai hadiah meraikan kelahiran putera-putera raja Siam.  Sejak peristiwa ini, Raja Kedah memerintahkan supaya tradisi menghantar bunga emas itu diteruskan hingga ke akhir zaman setiap kali mendapat putera.  Meskipun upacara ini tidak dilaksanakan dalam kalangan masyarakat Melayu, namun istiadat ini telah dimulakan oleh raja Kedah bagi memperlihatkan perhubungan kekeluargaan yang erat antara adik bongsu dengan abang sulungnya yang memerintah di Benua Siam. Upacara Meraikan Kelahiran Anak
  • 72. ‘Apa juga yang baik aku hendak membalaskan akan anak saudaraku itu ... biarlah jangan lagi tersebut nama kejahatan pada seisi alam dunia ini, supaya jangan jadi berputusan daripada umur aku ini boleh sampai pada anak cucu hingga sampai pada kemudian harinya, datang pada akhir zaman jangan tersebut nama kejahatan pada segala raja-raja dan pada khalayak sekalian.’ (Hikayat Merong Mahawangsa, 1998: 42) “Hendaklah tuan hamba sekalian sembahkan pada saudara kita, jika ia beroleh anak beri jua khabar ke negeri Kedah ini, demikianlah kita hantarkan. Jikalau kita tiada sekalipun, kita pesan taruh kepada anak cucu kita biar sampai kepada akhir zaman, nescaya tersebutlah nama kita pada alam dunia ini tanda kira berkasih-kasihan (Hikayat Merong Mahawangsa, 1998: 43)
  • 73. • Hikayat Merong Mahawangsa merupakan salah satu karya agong Melayu klasik yang mempunyai ciri-ciri yang boleh dianggap sebagai salah satu sejarah yang perlu diketahui oleh masyarakat. Dengan penghasilan hikayat ini, masyarakat dapat melihat perkembangan susur galur mengenai raja-raja Kedah dengan jajahan takluknya. • Hikayat Merong Mahawangsa juga dapat disimpulkan bahawa karya ini mempunyai beberapa aspek yang dapat dijadikan teladan, bahan rujukan, nilai budaya, pegangan hidup, teknik penghasilan karya, gaya bahasa dan sebagainya. • Oleh itu, karya ini merupakan anugerah yang tidak ternilai sehingga diangkat menjadi karya agung dalam masyarakat Melayu. Kesimpulan
  • 74. BIBLIOGRAFI Awang Sariyan (2007). Falsafah dan Logika Melayu. Selangor: Synergymate Dzulkifli bin Mohd Salleh (penyelenggara) (1973). Hikayat Merong Mahawangsa, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. H.M. Sidin (1964). Asal Usul Adat Resan Melayu. Kuala Lumpur: Penerbitan Pustaka Antara. Kamus Dewan Edisi Keempat (2010). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Mana Sikana (1996). Falsafah dan Seni Kreatif Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka S. Othman Kelantan (1997). Pemikiran Satira dalam Novel Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Seri Lanang Jaya Hj. Rohani, Abd. Rahman Napiah, Mohd Rashid Md. Idris (2016). Karya Agung Melayu. Tanjung Malim: Universiti Pendidikan Sultan Idris. Siti Hawa Hj. Salleh (1998). Hikayat Merong Mahawangsa. Kuala Lumpur: Terbitan Bersama Yayasan Karyawan dan Penerbit Universiti Malaya. Zaini Abdullah (2001). Pengantar Etika Edisi Ketiga. Kuala Lumpur: Pustaka Salam. myKedah.com (2002). Sinopsis Hikayat Merong Mahawangsa. Diperoleh pada April 11, 2015 daripada http://www.mykedah2.com/10heritage/111_3.html