4. Rasulullah S.A.W bersabda yang
bermaksud: Seringan- ringan seksaan
penghuni neraka pada hari kiamat ialah
orang yang diletakkan bara api dibawah
kedua-dua telapak kakinya sehingga
mendidih otaknya. Dia tidak menyangka
bahawa ada orang lain yang lebih
dahsyat seksaan daripadanya. Padahal
dialah orang yang paling ringan seksaan.
(Riwayat Bukhari dan Muslim)
5. KEPENTINGAN BERIMAN KEPADA
NERAKA
1. Melengkapkan Rukun Iman dan memastikan
kebenaran akidah.
2. Menghalang manusia melakukan maksiat
3. Menambahkan keyakinan bahawa setiap
kejahatan akan diberikan balasan kejahatan.
6. NAMA-NAMA NERAKA
1. Jahannam : berasal daripada bahasa Ibraniyang
bermaksud “tempat balasan seksa yang abadi
selepas mati”.
2. Sa’ir : Api yang menyala-nyala.
3. Luza : Api yang menyala-nyala.
4. Saqar : Api yang membakar kulit.
5. Jahim : Api yang menyala-nyala.
6. Hawiyah : Api yang sangat panas.
7. Hathamah : Maaf , tak jumpa .
7. BUKTI KEWUJUDAN
NERAKA
1.Terdapat banyak ayat Al- Qur’an dan hadis yang
.enceritakan tentang naraka dan sifat-sifatnya.
2. Rasulullah S.A.W telah melihat neraka dan keadaan
penghuninya dalam peristiwa Israk dan Mikraj.
3. Tentera bargajah yang dipimpin oleh Abrahah telah
dimusnahkan dengan batu Sijjil yang didatangkan dari
neraka
4. Api yang digunakan pada hari ini membuktikan
kewujudan api neraka yang panasnya melebihi tujuh
puluh kali ganda.
5. Di dunia manusia membuat penjara untuk menghukum
penjenayah, sudah tentu di akhirat pula Allah S.W.T. yang
maha adil menyediakan neraka untuk menghukum orang
yang mengingkarnya.
8. KEPERITAN AZAB NERAKA
1. Api neraka tersangat panas dan boleh meleburkan
segala yang dihumbankan ke dalamnya.
Kepanasannya semakin bertambah setiap hari. Warna
api adalah warna hitam pekat kerana terlampau panas
dan terlalu lama dinyalakan.
2.Wajah penghuni neraka cacat dan hodoh kerana
dibakar api. Kulit mereka pula akan digantikan dengan
kulit baru apabila disambar api. Tubuh badan mereka
akan dijadikan besar supaya bertambah azab yang
diadili. Contohnya sebatang gigi geraham sebesar
Bukit Uhud.
3. Penghuni neraka sentiasa dalam kesengsaraan
selama mereka berada di dalam neraka. Mereka juga
tiada peluang
bertaubat. Mereka meraung kesakitan, mengherdik
dan menyalahkan sesama sendiri, menyesal dan
menangis sehingga mengalirkan air mata darah, dan
berputus asa serta berharap agar mereka kembali
menjadi tanah.
9. KESAN BERIMAN
KEPADA NERAKA
1. Menambahkan keyakinan terhadap kekuasaan Allah
S.W.T.
2. Menginsafkan orang yang berdosa agar segera
bertaubat.
3. Menimbulkan kesedaran meninggalkan
kemungkaran.
4. Mendorong meningkatkan kekuatan dan amalan
soleh.
5. Melahirkan perasaan takut akan azab Allah S.W.T
dan mengharapkan rahmat-Nya
10. HIKMAH ALLAH S.W.T
MENGADAKAN NERAKA
1. Balasan untuk orang yang
mengingkari kewujudan Allah dan
perintahnya.
2. Menepati janji Allah yang
disebutkan di dalam kitab-kitab suci.
3. Setiap dosa dan kesalahan yang
terlepas hukuman di dunia tidak
terlepas menerima hukuman Allah.