SlideShare a Scribd company logo
1 of 13
Download to read offline
1
1.0 DEFINISI HARTA MENURUT ISLAM
1
Dalam Islam, mengurus dan membelanjakan harta adalah amanah Allah. Ia
merupakan keperluan yang bertujuan mencapai kehidupan yang diberkati. Perspektif yang
tepat terhadap harta akan memastikan seseorang itu mencapai bahagia di dunia dan
akhirat menerusi hartanya. Harta mempunyai kedudukan yang sangat mulia di sisi Islam.
Islam menggalakkan umatnya memiliki, menghasil dan menggunkan harta dengan baik dan
bijaksana.
Dari kaca mata Islam, harta adalah alat untuk menjamin keselesaan hidup manusia
di dunia dan kebahagiaan di akhirat. Ia juga merupakan wasilah untuk mencapai takwa.
Allah juga menganugerahkan harta kepada manusia untuk menguji manusia itu sama ada
bersyukur atau sebaliknya. Di samping2
mengajar manusia agar mempunyai perspektif
yang jelas terhadap harta, Islam juga mengajar manusia agar mempunyai pandangan yang
betul terhadap kehidupan. Hal ini penting bagi memastikan kehidupan mereka bermatlamat
dan mempunyai arah tuju yang jelas.
Islam menggariskan agar umat manusia berusaha bersungguh-sungguh untuk
membangun dan membina kehidupan yang bahagia dan harmoni selain menyeru agar
menjadikan kehidupan dapat memberi menfaat kepada orang lain. Sebagaimana hadis
Rasulullah SAW yang bermaksud :
“ Sebaik-baik kamu adalah yang paling banyak memberi manfaat ”
1
http://islamicwealthplanning.wordpress.com/2010/04/10/konsep-harta-menurut-perspektif-islam
2
Sholahuddin, Asas-Asas Ekonomi Islam, Jakarta:PT. Raja Grafindo Persada, 2007.
2
3
Menurut Imam Hanafi, harta ialah sesuatu yang diingini manusia dan boleh
disimpan lama. Manakala menurut Imam Syafi‟I dan Imam Hanbali, harta merupakan
sesuatu benda yang dianggap harta jika ada nilai komersial padanya sama ada ia dalam
bentuk barang atau manfaat dan boleh dikenakan ganti rugi sekiranya ia dicerobohi.
4
Dalam ajaran Islam, dunia adalah tempat sementara sebagai jambatan untuk ke
akhirat, dunia sebagai tempat bercucuk tanam dan akhiratlah tempat untuk menuainya.
Walaupun dunia bersifat sementara, Islam dengan pelbagai kaedah dan pendekatan
mengajar manusia supaya mempuyai status sosial dan ekonomi yang baik.
3
http://www.islam.gov.my/muamalat/sites/default/files/kertas_ilmiah/2010/04/tuntutan_agama_dalam_memb
uat_perancangan_harta.pdf
4
http://islamicwealthplanning.wordpress.com/2010/04/10/konsep-harta-menurut-perspektif-islam/
3
2.0 CIRI-CIRI HARTA MENURUT ISLAM
5
Melalui takrifan oleh Imam Hanafi, Imam Syafi‟i dan Imam Hanbali, untuk
menentukan sesuatu itu sebagai harta, ianya memerlukan beberapa ciri seperti mempunyai
nilai sama ada bentuk fizikal atau manfaat. Selain itu, ia hendaklah sesuatu yang halal dan
tidak najis menurut syarak serta ianya hendaklah sesuatu yang boleh dimiliki. Jika sesuatu
itu tidak boleh dimiliki dan dikuasai seperti ikan yang masih di laut dan burung di udara,
maka ia tidak lagi dianggap sebagai harta.
Harta ialah benda yang kita boleh kuasai dan boleh manfaatkan secara langsung
seperti tanah, bangunan, rumah dan kereta. Harta juga merupakan sesuatu yang belum kita
miliki tetapi berkemungkinan untuk memilikinya seperti ikan di sungai dan laut, mutiara di
lautan, during di udara dan haiwan di dalam hutan. Harta itu mesti mempunyai benda yang
wujud. Selain itu, harta itu dapat dijadikan sebagai harta, dapat disimpan untuk waktu yang
tertentu atau waktu yang lama dan boleh digunakan di waktu memerlukan, an boleh
digunakan oeh sebhagian atau masyarakat umum. Harta adalah sesuatu yang halal dan
dibenarkan syarak. Barangan haram tidak dianggap mempunyai nilai ekonomi Islam dalam
Islam. Harta ialah sesuatu yang tidak boleh dikuasai tetapi dimanfaatkan seperti cahaya
matahari tidak dianggap harta. Sesuatu yang boleh dikuasai tetapi tidak boleh dimanfaatkan
seperti sebiji beras tidak dianggap sebagai harta.
5
http://www.islam.gov.my/muamalat/sites/default/files/kertas_ilmiah/2010/04/tuntutan_agama_dalam_memb
uat_perancangan_harta.pdf
4
3.0 KONSEP HARTA MENURUT PANDANGAN ISLAM
6
Wang, harta kekayaan dan pendapatan merupakan rezeki yang Allah kurniakan
kepada hamba-hambaNya. Masyarakat Islam digalakan agar mencari dan mengumpul
harta dari sumber yang halal memandangkan dunia ia adalah kebun bagi menuai hasil
untuk kehidupan yang sejahtera di akhirat. Firman Allah yang bermaksud:
“Maka mintalah rezeki itu di sisi Allah.”
( Surah Al-Ankabut : 17 )
Begitu juga, harta kekayaan yang digunakan mengikut landasan syara‟ akan membawa
keberkatan di dunia dan keselesaan di akhirat.
“Dan jadikanlah sebahagian kekayaan dan kurnia yang Allah berikan kepadamu di
jalan Allah dan amalan untuk kehidupan akhirat.”
( Surah al-Qashah : 77 )
Seperti juga rezeki-rezeki yang lain, harta kekayaan merupakan amanah yang mesti
diuruskan dengan sebaik mungkin dan mengikut ketentuan syara‟. Pemilik hakiki harta dan
kekayaan adalah Allah swt. Harta yang diamanahkan akan di persoalkan tentang sumber,
perbelanjaan serta penggunaannya. Sabda Rasulullah SAW lagi yang bermaksud :
6
http://pislampsas.blogspot.com/2009/01/konsep-harta-dalam-islam.html
5
“ Sesungguhnya bagi setiap umat itu mempunyai ujian dan ujian bagi umat adalah
harta kekayaan.”
( Hadis Riwayat At-Tirmidzi )
7
Sumber harta merupakan seperkara yang amat dititikberatkan dalam Islam. Ia haruslah
berasal dari sumber yang halal, sama ada harta itu merupakan pendapatan, simpanan
mahu pun warisan. Segala sumber rezeki yang boleh merosakan harta, akal fikiran dan
segala pemberian Allah kepada manusia adalah haram. Rasulullah SAW bersabda yang
bermaksud:
“Orang yang paling dirundung penyesalan di hari kiamat ialah orang yang
memperolehi harta dari sumber yang tidak halal lalu menyebabkanya masuk neraka.”
( Hadis Riwayat Al-Bukhari )
Begitu juga cara kita membelanjakan wang tersebut. Islam melarang umatnya dari
melakukan pembaziran. Cara hidup yang sederhana merupakan sesuatu yang ideal dalam
Islam. Manusia mestilah menggunakan haknya sejajar dengan apa yang diperintahkan dan
dibenarkan oleh syara‟. Manusia tidak boleh mengunakan haknya yang boleh
memudaratkan orang lain, individu atau kumpulan, sama ada memang bermaksud
memudartkan ataupun tidak. Manusia tidak boleh membazir atau merosakan sesuatupun
daripada hartanaya kerana perbuatan ini dilarang oleh syara‟. Firman Allah s.w.t. dalam
bermaksud:
7
http://duniamuslim.my/konsep-harta-menurut-islam/
6
“Sesungguhnya mereka yang membazir itu adalah saudara syaitan”
( Surah Al-Israa : 27 )
Harta adalah milik Allah. Implikasi daripada harta milik Allah ialah manusia tidak boleh
memiliki harta secara mutlak. Pemerintah dibolehkan untuk membuat peraturan berhubung
dengan penggunaan harta serta berhak menarik balik harta individu jika mempunyai
kepentingan untuk masyarakat dan orang ramai selain mengehadkan hak milik individu
demi kepentingan masyarakat.
8
Manusia hanya berperanan sebagai pemegang amanah. Mereka tidak boleh
mengganggu hak milik orang lain. Jika diberi keizinan oleh yang berhak, mereka juga tidak
boleh untuk bertindak mengambil kesempatan ke atas yang berhak tersebut. Manusia juga
mempunyai tanggungjawab sepenuhnya ke atas apa yang diperoleh dan dibelanjakan.
Manusia menggunakan harta dengan sebaik mungkin dan mesti mengikut peraturan yang
telah dijelaskan oleh syarak. Selain itu, harta adalah sebagai ujian daripada Allah kepada
manusia dan manusia bertanggungjawab untuk menggunakan harta ke jalan Allah.
Semua kekayaan yang ada dimuka bumi adalah untuk manusia bagi menggunakan
harta dengan sebaik mungkin dan tidak melakukan kerosakan di muka bumi. Kita harus
ingat akan peringatan dari Allah bahawa berlakunya kerosakan di muka bumi ini adalah
akibat tangan manusia yang sering menggunakan harta mereka ke jalan yang tidak diredhai
Allah. Harta yang diberikan kepada manusia tidak sama bilangannya antara satu dengan
yang lain. Ini bertujuan untuk menguji keimanan hamba-Nya selain menyuruh untuk
manusia supaya lebih kuat berusaha. Manusia juga perlu mengakui inilah realiti kehidupan
di mana masing-masing saling perlu memerlukan dalam menjalani kehidupan di dunia untuk
8
Majalah Pengasuh KONSEP HARTA MENURUT ISLAM oleh Al-Faqir Ilallah, Mohd. Rumaizuddin Ghazali
7
mencari redha Allah di akhirat kelak. Ini akan mewujudkan budaya saling membantu dan
tolong menolong. Manakala syurga ramai dihuni oleh orang miskin dan neraka pula terdiri
daripada orang kaya. Harta yang disediakan oleh Allah adalah banyak dan cukup untuk
manusia. Jika berlaku ketidakcukupan, itu adalah kerana sifat manusia sendiri, sama ada
mereka zalim, malas, kufur, tiada ilmu atau lain-lain alasan.
8
4.0 JENIS-JENIS HARTA DALAM ISLAM
4.1 HARTA MUTAQAWWAM DAN GHAIR MUTAQAYYAM
Harta Mutaqawwam ialah harta bernilai manakala Harta Ghair Mutaqawwam ialah
harta tidak bernilai atau juga digolong sebagai harta halal dan harta haram.
9
Harta yang bernilai iaitu harta mutaqawwam ialah harta yang diiktiraf pemilikannya
oleh syarak. Namun pengiktirafan ini hanya akan wujud sekiranya harta tersebut melepasi
dua syarat asasnya iaitu harta tersenut dimiliki oleh pemiliknya secara sah dan harta
tersebut juga boleh dimanfaatkan dalam keadaan biasa menurut hokum syarak kecuali
dalam keadaan darurat. Harta tidak bernilai atau harta ghair mutaqawwam pula ialah harta
yang tidak diikitiraf pemilikannya oleh syarak. Harta tersebut juga belum dimiliki
sepenuhnya seperti burung di udara atau penggunaannya tidak dibenarkan oleh syarak
dalam keadaan biasa seperti arak, barangan curi dan daging babi.
Impak kepada pembahagian ini ialah dalam masalah kontrak jual beli dari sudut sah
atau tidak, harta ghair mutaqawwam tidak boleh sama sekali dilakukan transaksi dan dibuat
kontrak contohnya babi, arak dan biawak. Manakala daripada segi ganti rugi, jika berlaku
kerosakan, semua harta yang tidak bernilai adalah tidak diikitiraf pemilikannya. Oleh itu,
sesiapa yang merosakkan harta ini tidak perlu untuk membayar pampasan.
9
Wahbah al-Zuhaili (1984) Fiqh al-Islami wa Adillatuhu, Damsyik : Dar al-Fikr
9
4.2 HARTA MITHLY DAN HARTA QIMMI
10
Harta mithly ialah harta serupa dan harta qimmiy adalah harta seharga. Harta
mithly atau serupa ialah harga yang mudah untuk didapati seumpamanya di pasaran dan
tidak ada sebarnag perbezaan padanya yang boleh dikesan. Dengan kata lain, harta mithly
ialah harta yang mempunyai persamaan dengan harta lain sama ada dari segi bentuk dan
nilai. Harta ini terbahagi kepada empat bahagian iaitu barang yang disukat seperti gandum
dan padi, barang yang ditimbang seperti kapas dan besi, barang dikira yang mempunyai
bentuk sama seperti telur dan kelapa dan terakhir ialah barang yang diukur mengikut meter,
ela, depa dan lain-lain ukuran. Jika terdapat perbezaan antara keduanya, perbezaan itu
boleh diterima oleh semua pihak.
Manakala harta qimmi atau harta serupa ialah harta yang mempunyai ciri-ciri khusus
yang menjadi penentu kepada nilai harganya sama ada terdiri daripada barang yang sukar
untuk didapati di pasaran atau terdapat di pasaran tetapi harganya adalah berbeza. Atau
dengan kata lain, harta qimmi ialah harta yang berlainan jenis atau jika terdapat persamaan,
ia berbeza dari segi nilai dan harga yang ketara dan tidak boleh diterima oleh semua pihak.
11
Impak pembahagian bagi harta mithly ialah jika merosakkan harta ini maka perlu
membayar ganti rugi iaitu dengan yang serupa dengan barang yang telah dirosakkan dari
segi nilai dan barangnya. Manakala jika seseorang ahli syarikat menuntut harta dibahagi
sesame mereka, pembahagian tersebut boleh dibuat ke atas hata mithly sahaja. Bagi harta
qimmi tidak boleh dibuat kecuali ada persetujuan daripada ahli syarikat. Jika harta qimmi
dirosakkan, cukup sekadar membayarnya dengan kadar harga yang sama dengan barang
yang telah dirosakkan tersebut.
10
Paizah Ismail (1995) Asas-Asas Muamalat dalam Islam, Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka
11
Munir, Abdul, Harta Dalam Perspektif Al Quran, Disertasi UIN Syarif Hidayatullah Jakarta, 2006
10
4.3. HARTA MANQUL DAN HARTA GHAIR MANQUL
Harta manqul ialah harta alih iaitu sesuatu yang boelh dipindahkan dari satu tempat
ke tempat yang lain. Contohnya ialah buku dan wang. Harta ini juga ialah barang yang
boleh ditentukan kadarnya dengan sukatan seperti gandum dan padi serta yang boleh
ditimbang iaitu kapas dan besi. Manakala harta ghair manqul atau a‟qar atau juga harta tak
alih ialah harta yang mempunyai harga tetap dan tidak boleh dipindahkan ke tempat lain.
Jika dialih, ia akan merosakkan contohnya ialah bangunan dan tanah. 12
Dalam kesan
pembahagiannya, seperti masalah wakaf, para fuqaha bersepakat, boleh mewakafkan harta
tak alih. Manakala dalam pewasiatan, penjaga wasiat tidak boleh menjual harta tak alih
kecuali dengan sebab yang tidak boleh dapat dielakkan seperti untuk tujuan membayar
hutang orang yang di bawah jagaannya. Sebaliknya, harta alih boleh dijual pada bila-bila
masa. Dalam hukum Islam, sesuatu barangan yang telah dibeli tetapi belum diterima lagi
adalah sah jualannya jika barang itu dari jenis harta tak alih tetapi bagi harta alih maka ia
dianggap tidak sah kecuali melalui tempahan atau hutang. Selain itu, seorang yang muglis
boleh dilelong hartanya untuk menebus balik hutang. Walaubagaimanapun, lelongan
tersebut mestilah didahului dengan harta alih. Sekiranya tidak cukup, barulah boleh dilelong
harta tak alih. Manakala dalam masalah syufah, hanya harta tak alih sahaja yang
dibenarkan hak syufah manakala harta harta alih tidak boleh disyufah.
12
Abdul Karim Zaidan (2003) al-Madkhal li Dirasah al-Syari‟ah al-Islamiyyah, Beirut : Muassasah al-Risalah
11
4.4 HARTA ISTIKMALI DAN HARTA ISTIKHLAKI
13
Harta istikmali ialah harta yang diguna berkali-kali dan yang kekal zatnya selepas
digunakan seperti pakaian, kereta dan barang perhiasan. Manakala harta istikhlaki ialah
harta yang habis dipakai apabila digunakan seperti minyak, makanan dan minuman.
4.5 HARTA YANG BOLEH DITENTUKAN KADARNYA DAN HARTA YANG TIDAK BOLEH
DITENTUKAN KADARNYA
Harta yang boleh ditentukan kadarnya ialah seperti buku dan wang iaitu harta yang
boleh ditentukan dengan bilanga dan ukuran. Manakala harta yang tidak boleh ditentukan
kadarnya ialah harta yang ditentukan dengan sukatan dan timbangan bergantung kepada
penerimaan masyarakat atau disebut sebagai uruf seperti di Baghdad dan Khufah, minyak
dan madu ditimbang manakala di Andalusia disukat. Contoh bagi harta yang tidak boleh
ditentukan kadarnya ialah beras, gula dan tepung.
4.6 HARTA DALAM BENTUK BARANG DAN MANFAAT
Harta dalam bentuk barang juga disebut sebagai „ain harta atau fizikal harta. Ini
bermaksud, Sesutu yang boleh dilihat, dipegang dan dirasa seperti rumah dan kereta.
Manakala harta dalam bentuk manfaat ialah sesuatu yang tidak boleh dilihat, dipegang juga
dirasa seperti hak menggunakan rumah dan kereta yang bermaksud hanya mendapat
manfaat daripada harta tersebut iaitu hak untuk menduduki rumah tersebut bagi rumah
yang disewa manakala barang tersebut merupakan milik atau barang pemilik sebenar
rumah sewa tersebut.
13
http://caripopo.com/ipk211b02.html
12
5.0 KEPENTINGAN HARTA DALAM KEHIDUPAN MANUSIA
14
Dalam kehidupan individu, harta adalah sebagai wasilah bagi memenuhi keperluan
yang dihajati. Sementara bagi masyarakat dan negara, harta sebagai wasilah atau
pemangkin pembangunan dan sumber kekuatan. Islam yang memperakui penguasaan
harta ke atas diri manusia, pengaruhnya dalam kehidupan dan disanubari mereka, kerana ia
merupakan tenaga yang bekerja dalam kehidupan. Harta dilihat sebagai paksi aktiviti
ekonomi dalam masyarakat. Islam sebagai ad-din telah pun mengatur dalam sistem
ekonominya cara-cara pemilikan harta serta kaedah membangun dan mengembangkannya.
15
Islam bukan sahaja meletakkan persoalan harta sebagai salah satu faktor
penyumbang kepada kebahagiaan insan di dunia tetapi juga mengaitkan harta dengan
sumbangan kebahagiaan insan di akhirat. Antaranya ialah dengan membelanjakan harta
untuk keperluan diri sendiri bagi melaksanakan ibadat atau untuk kemudahan beribadat.
Contohnya ibadat yang dimaksudkan ialah seperti ibadat zakat dan haji. Kedua-duanya
tidak dapat dilaksanakan tanpa harta. Contoh kemudahan untuk beribadat pula ialah
pakaian, tempat tinggal dan lain-lain keperluan. Perkara tersebut dianggap sebahagian
daripada ibadat kerana tanpanya ibadat tidak dapat dilaksanakan.
Membelanjakan kepada orang lain melalui beberapa saluran yang telah ditentukan
oleh syarak seperti sedekah dan derma. Membelanjakan harta kepada sesuatu yang
bersifat kebajikan umum seperti membina masjid, hospital dan sebagainya. Sebagai
khalifah di muka bumi ini juga, kita telah diamanahkan oleh Allah untuk mencari dan
mengembangkan harta untuk kehidupan yang sempurna.
14
Harta intelektual menurut fiqh Islam : Ariff Salleh Rosman, Penerbit UTM, 2002
15
At-Thariqi, Abdullah Abdul Husain, Ekonomi Islam, Prinsip Dasar dan Tujuan, Magistra Insani Press,
13
6.0 KESIMPULAN
Harta adalah ujian Allah. Ia merupakan perantaraan dalam kehidupan dan bukanlah
segala-galanya atau menjadi matlamat utama dalam kehidupan manusia.
Walaubagaimanapun tanpa harta, manusia akan mendapat susah. Tanpa berteraskan
rahmah dan keihsanan di dalam mengurus harta, ia boleh membawa kepada perpecahan
dan pergaduhan, terutama di kalangan ahli keluarga dalam masalah harta warisan. Maka
sebagai orang Islam, kita berkewajipan menerima ketentuan Allah dalam harta
peninggalan, termasuk wasiat dan faraidh. Adalah perlu ditekankan bahawa harta
bukanlah milik kita selamanya. Pemilik harta yang hakiki hanyalah Allah s.w.t. dan ia harus
ditadbir menurut ketentuanNya.

More Related Content

What's hot

What's hot (20)

Jual Beli - Khiyar
Jual Beli - KhiyarJual Beli - Khiyar
Jual Beli - Khiyar
 
Akad Bay' Salam dan Bau' Istisna'
Akad Bay' Salam dan Bau' Istisna'Akad Bay' Salam dan Bau' Istisna'
Akad Bay' Salam dan Bau' Istisna'
 
Bab 5- Akad, Rukun dan Syarat Jual Beli.
Bab 5- Akad, Rukun dan Syarat Jual Beli.Bab 5- Akad, Rukun dan Syarat Jual Beli.
Bab 5- Akad, Rukun dan Syarat Jual Beli.
 
Jual beli salam
Jual beli salamJual beli salam
Jual beli salam
 
Muamalat, al wadi'ah.
Muamalat, al wadi'ah.Muamalat, al wadi'ah.
Muamalat, al wadi'ah.
 
Pengharaman gharar dalam muamalat
Pengharaman gharar dalam muamalatPengharaman gharar dalam muamalat
Pengharaman gharar dalam muamalat
 
Teori Kontrak/Akad dalam Muamalat
Teori Kontrak/Akad dalam MuamalatTeori Kontrak/Akad dalam Muamalat
Teori Kontrak/Akad dalam Muamalat
 
Barangan Ribawi
Barangan RibawiBarangan Ribawi
Barangan Ribawi
 
Falsafah Konsep Teori Pemilikan dalam Islam
Falsafah Konsep Teori Pemilikan dalam IslamFalsafah Konsep Teori Pemilikan dalam Islam
Falsafah Konsep Teori Pemilikan dalam Islam
 
Al ijarah
Al ijarahAl ijarah
Al ijarah
 
Sejarah Perundangan Islam : Zaman Tabi'in
Sejarah Perundangan Islam : Zaman Tabi'inSejarah Perundangan Islam : Zaman Tabi'in
Sejarah Perundangan Islam : Zaman Tabi'in
 
Khiyar (Pilihan)
Khiyar (Pilihan)Khiyar (Pilihan)
Khiyar (Pilihan)
 
Syarikat
SyarikatSyarikat
Syarikat
 
Al-Kafalah
Al-KafalahAl-Kafalah
Al-Kafalah
 
Gadaian (Al-Rahn)
Gadaian (Al-Rahn)Gadaian (Al-Rahn)
Gadaian (Al-Rahn)
 
Syariah, as-Syarikat.
Syariah, as-Syarikat.Syariah, as-Syarikat.
Syariah, as-Syarikat.
 
Kontrak Jual Beli
Kontrak Jual BeliKontrak Jual Beli
Kontrak Jual Beli
 
Musaqah
MusaqahMusaqah
Musaqah
 
Jaminan (Kafalah)
Jaminan (Kafalah)Jaminan (Kafalah)
Jaminan (Kafalah)
 
Bai Al- Tawarruq
Bai Al- TawarruqBai Al- Tawarruq
Bai Al- Tawarruq
 

Similar to HARTA DALAM ISLAM

Makalah harta dalam islam
Makalah harta dalam islamMakalah harta dalam islam
Makalah harta dalam islamHarta R
 
Teori Harta Dalam Islam
Teori Harta Dalam IslamTeori Harta Dalam Islam
Teori Harta Dalam IslamEkonomiIslam
 
Presentasi Fiqh Siyasah 8
Presentasi Fiqh Siyasah 8Presentasi Fiqh Siyasah 8
Presentasi Fiqh Siyasah 8Marhamah Saleh
 
02 02 17_slide minggu 1-SYI34102
02 02 17_slide minggu 1-SYI3410202 02 17_slide minggu 1-SYI34102
02 02 17_slide minggu 1-SYI34102abuhannan78
 
Fiqih Muamalah - Konsep Harta dalam Islam
Fiqih Muamalah - Konsep Harta dalam IslamFiqih Muamalah - Konsep Harta dalam Islam
Fiqih Muamalah - Konsep Harta dalam IslamHaristian Sahroni Putra
 
1sistemkepemilikandalamislam 100428030444-phpapp02
1sistemkepemilikandalamislam 100428030444-phpapp021sistemkepemilikandalamislam 100428030444-phpapp02
1sistemkepemilikandalamislam 100428030444-phpapp02Hamzah Robbani
 
Sistem kepemilikan dalam islam
Sistem kepemilikan dalam islamSistem kepemilikan dalam islam
Sistem kepemilikan dalam islamMuhammad Jamhuri
 
Konsep harta dalam isalm
Konsep harta dalam isalmKonsep harta dalam isalm
Konsep harta dalam isalmQila Aqila
 
ppt fikih muamalah kel.2.pptx
ppt fikih muamalah kel.2.pptxppt fikih muamalah kel.2.pptx
ppt fikih muamalah kel.2.pptxNurKhusenPambudi
 
Konsep harta dalam ekonomi islam
Konsep harta dalam ekonomi islamKonsep harta dalam ekonomi islam
Konsep harta dalam ekonomi islamGazali Mdr
 
Konsep harta dalam ekonomi islam
Konsep harta dalam ekonomi islamKonsep harta dalam ekonomi islam
Konsep harta dalam ekonomi islamGazali Mdr
 
Pengantar fiqh muamalat maliah dalam islam
Pengantar fiqh muamalat maliah dalam islamPengantar fiqh muamalat maliah dalam islam
Pengantar fiqh muamalat maliah dalam islamAbdul Ghani
 
Tugas tik makalah 1
Tugas tik makalah 1Tugas tik makalah 1
Tugas tik makalah 1sujud123
 
syariat harta benda dalam islam
syariat harta benda dalam islamsyariat harta benda dalam islam
syariat harta benda dalam islamsujud123
 

Similar to HARTA DALAM ISLAM (20)

Makalah harta dalam islam
Makalah harta dalam islamMakalah harta dalam islam
Makalah harta dalam islam
 
Teori Harta Dalam Islam
Teori Harta Dalam IslamTeori Harta Dalam Islam
Teori Harta Dalam Islam
 
Konsep
KonsepKonsep
Konsep
 
Presentasi Fiqh Siyasah 8
Presentasi Fiqh Siyasah 8Presentasi Fiqh Siyasah 8
Presentasi Fiqh Siyasah 8
 
02 02 17_slide minggu 1-SYI34102
02 02 17_slide minggu 1-SYI3410202 02 17_slide minggu 1-SYI34102
02 02 17_slide minggu 1-SYI34102
 
Fiqih Muamalah - Konsep Harta dalam Islam
Fiqih Muamalah - Konsep Harta dalam IslamFiqih Muamalah - Konsep Harta dalam Islam
Fiqih Muamalah - Konsep Harta dalam Islam
 
1sistemkepemilikandalamislam 100428030444-phpapp02
1sistemkepemilikandalamislam 100428030444-phpapp021sistemkepemilikandalamislam 100428030444-phpapp02
1sistemkepemilikandalamislam 100428030444-phpapp02
 
Sistem kepemilikan dalam islam
Sistem kepemilikan dalam islamSistem kepemilikan dalam islam
Sistem kepemilikan dalam islam
 
Konsep harta dalam isalm
Konsep harta dalam isalmKonsep harta dalam isalm
Konsep harta dalam isalm
 
ppt fikih muamalah kel.2.pptx
ppt fikih muamalah kel.2.pptxppt fikih muamalah kel.2.pptx
ppt fikih muamalah kel.2.pptx
 
Fiqmul sessi 2
Fiqmul sessi 2Fiqmul sessi 2
Fiqmul sessi 2
 
Fiqmul sessi 2
Fiqmul sessi 2Fiqmul sessi 2
Fiqmul sessi 2
 
Konsep harta dalam ekonomi islam
Konsep harta dalam ekonomi islamKonsep harta dalam ekonomi islam
Konsep harta dalam ekonomi islam
 
Konsep harta dalam ekonomi islam
Konsep harta dalam ekonomi islamKonsep harta dalam ekonomi islam
Konsep harta dalam ekonomi islam
 
Pengantar fiqh muamalat maliah dalam islam
Pengantar fiqh muamalat maliah dalam islamPengantar fiqh muamalat maliah dalam islam
Pengantar fiqh muamalat maliah dalam islam
 
Ekonomi syari’ah
Ekonomi syari’ahEkonomi syari’ah
Ekonomi syari’ah
 
Eko slide
Eko slideEko slide
Eko slide
 
Tugas tik makalah 1
Tugas tik makalah 1Tugas tik makalah 1
Tugas tik makalah 1
 
syariat harta benda dalam islam
syariat harta benda dalam islamsyariat harta benda dalam islam
syariat harta benda dalam islam
 
Rukun al fahmu pt 2
Rukun al fahmu pt 2Rukun al fahmu pt 2
Rukun al fahmu pt 2
 

HARTA DALAM ISLAM

  • 1. 1 1.0 DEFINISI HARTA MENURUT ISLAM 1 Dalam Islam, mengurus dan membelanjakan harta adalah amanah Allah. Ia merupakan keperluan yang bertujuan mencapai kehidupan yang diberkati. Perspektif yang tepat terhadap harta akan memastikan seseorang itu mencapai bahagia di dunia dan akhirat menerusi hartanya. Harta mempunyai kedudukan yang sangat mulia di sisi Islam. Islam menggalakkan umatnya memiliki, menghasil dan menggunkan harta dengan baik dan bijaksana. Dari kaca mata Islam, harta adalah alat untuk menjamin keselesaan hidup manusia di dunia dan kebahagiaan di akhirat. Ia juga merupakan wasilah untuk mencapai takwa. Allah juga menganugerahkan harta kepada manusia untuk menguji manusia itu sama ada bersyukur atau sebaliknya. Di samping2 mengajar manusia agar mempunyai perspektif yang jelas terhadap harta, Islam juga mengajar manusia agar mempunyai pandangan yang betul terhadap kehidupan. Hal ini penting bagi memastikan kehidupan mereka bermatlamat dan mempunyai arah tuju yang jelas. Islam menggariskan agar umat manusia berusaha bersungguh-sungguh untuk membangun dan membina kehidupan yang bahagia dan harmoni selain menyeru agar menjadikan kehidupan dapat memberi menfaat kepada orang lain. Sebagaimana hadis Rasulullah SAW yang bermaksud : “ Sebaik-baik kamu adalah yang paling banyak memberi manfaat ” 1 http://islamicwealthplanning.wordpress.com/2010/04/10/konsep-harta-menurut-perspektif-islam 2 Sholahuddin, Asas-Asas Ekonomi Islam, Jakarta:PT. Raja Grafindo Persada, 2007.
  • 2. 2 3 Menurut Imam Hanafi, harta ialah sesuatu yang diingini manusia dan boleh disimpan lama. Manakala menurut Imam Syafi‟I dan Imam Hanbali, harta merupakan sesuatu benda yang dianggap harta jika ada nilai komersial padanya sama ada ia dalam bentuk barang atau manfaat dan boleh dikenakan ganti rugi sekiranya ia dicerobohi. 4 Dalam ajaran Islam, dunia adalah tempat sementara sebagai jambatan untuk ke akhirat, dunia sebagai tempat bercucuk tanam dan akhiratlah tempat untuk menuainya. Walaupun dunia bersifat sementara, Islam dengan pelbagai kaedah dan pendekatan mengajar manusia supaya mempuyai status sosial dan ekonomi yang baik. 3 http://www.islam.gov.my/muamalat/sites/default/files/kertas_ilmiah/2010/04/tuntutan_agama_dalam_memb uat_perancangan_harta.pdf 4 http://islamicwealthplanning.wordpress.com/2010/04/10/konsep-harta-menurut-perspektif-islam/
  • 3. 3 2.0 CIRI-CIRI HARTA MENURUT ISLAM 5 Melalui takrifan oleh Imam Hanafi, Imam Syafi‟i dan Imam Hanbali, untuk menentukan sesuatu itu sebagai harta, ianya memerlukan beberapa ciri seperti mempunyai nilai sama ada bentuk fizikal atau manfaat. Selain itu, ia hendaklah sesuatu yang halal dan tidak najis menurut syarak serta ianya hendaklah sesuatu yang boleh dimiliki. Jika sesuatu itu tidak boleh dimiliki dan dikuasai seperti ikan yang masih di laut dan burung di udara, maka ia tidak lagi dianggap sebagai harta. Harta ialah benda yang kita boleh kuasai dan boleh manfaatkan secara langsung seperti tanah, bangunan, rumah dan kereta. Harta juga merupakan sesuatu yang belum kita miliki tetapi berkemungkinan untuk memilikinya seperti ikan di sungai dan laut, mutiara di lautan, during di udara dan haiwan di dalam hutan. Harta itu mesti mempunyai benda yang wujud. Selain itu, harta itu dapat dijadikan sebagai harta, dapat disimpan untuk waktu yang tertentu atau waktu yang lama dan boleh digunakan di waktu memerlukan, an boleh digunakan oeh sebhagian atau masyarakat umum. Harta adalah sesuatu yang halal dan dibenarkan syarak. Barangan haram tidak dianggap mempunyai nilai ekonomi Islam dalam Islam. Harta ialah sesuatu yang tidak boleh dikuasai tetapi dimanfaatkan seperti cahaya matahari tidak dianggap harta. Sesuatu yang boleh dikuasai tetapi tidak boleh dimanfaatkan seperti sebiji beras tidak dianggap sebagai harta. 5 http://www.islam.gov.my/muamalat/sites/default/files/kertas_ilmiah/2010/04/tuntutan_agama_dalam_memb uat_perancangan_harta.pdf
  • 4. 4 3.0 KONSEP HARTA MENURUT PANDANGAN ISLAM 6 Wang, harta kekayaan dan pendapatan merupakan rezeki yang Allah kurniakan kepada hamba-hambaNya. Masyarakat Islam digalakan agar mencari dan mengumpul harta dari sumber yang halal memandangkan dunia ia adalah kebun bagi menuai hasil untuk kehidupan yang sejahtera di akhirat. Firman Allah yang bermaksud: “Maka mintalah rezeki itu di sisi Allah.” ( Surah Al-Ankabut : 17 ) Begitu juga, harta kekayaan yang digunakan mengikut landasan syara‟ akan membawa keberkatan di dunia dan keselesaan di akhirat. “Dan jadikanlah sebahagian kekayaan dan kurnia yang Allah berikan kepadamu di jalan Allah dan amalan untuk kehidupan akhirat.” ( Surah al-Qashah : 77 ) Seperti juga rezeki-rezeki yang lain, harta kekayaan merupakan amanah yang mesti diuruskan dengan sebaik mungkin dan mengikut ketentuan syara‟. Pemilik hakiki harta dan kekayaan adalah Allah swt. Harta yang diamanahkan akan di persoalkan tentang sumber, perbelanjaan serta penggunaannya. Sabda Rasulullah SAW lagi yang bermaksud : 6 http://pislampsas.blogspot.com/2009/01/konsep-harta-dalam-islam.html
  • 5. 5 “ Sesungguhnya bagi setiap umat itu mempunyai ujian dan ujian bagi umat adalah harta kekayaan.” ( Hadis Riwayat At-Tirmidzi ) 7 Sumber harta merupakan seperkara yang amat dititikberatkan dalam Islam. Ia haruslah berasal dari sumber yang halal, sama ada harta itu merupakan pendapatan, simpanan mahu pun warisan. Segala sumber rezeki yang boleh merosakan harta, akal fikiran dan segala pemberian Allah kepada manusia adalah haram. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Orang yang paling dirundung penyesalan di hari kiamat ialah orang yang memperolehi harta dari sumber yang tidak halal lalu menyebabkanya masuk neraka.” ( Hadis Riwayat Al-Bukhari ) Begitu juga cara kita membelanjakan wang tersebut. Islam melarang umatnya dari melakukan pembaziran. Cara hidup yang sederhana merupakan sesuatu yang ideal dalam Islam. Manusia mestilah menggunakan haknya sejajar dengan apa yang diperintahkan dan dibenarkan oleh syara‟. Manusia tidak boleh mengunakan haknya yang boleh memudaratkan orang lain, individu atau kumpulan, sama ada memang bermaksud memudartkan ataupun tidak. Manusia tidak boleh membazir atau merosakan sesuatupun daripada hartanaya kerana perbuatan ini dilarang oleh syara‟. Firman Allah s.w.t. dalam bermaksud: 7 http://duniamuslim.my/konsep-harta-menurut-islam/
  • 6. 6 “Sesungguhnya mereka yang membazir itu adalah saudara syaitan” ( Surah Al-Israa : 27 ) Harta adalah milik Allah. Implikasi daripada harta milik Allah ialah manusia tidak boleh memiliki harta secara mutlak. Pemerintah dibolehkan untuk membuat peraturan berhubung dengan penggunaan harta serta berhak menarik balik harta individu jika mempunyai kepentingan untuk masyarakat dan orang ramai selain mengehadkan hak milik individu demi kepentingan masyarakat. 8 Manusia hanya berperanan sebagai pemegang amanah. Mereka tidak boleh mengganggu hak milik orang lain. Jika diberi keizinan oleh yang berhak, mereka juga tidak boleh untuk bertindak mengambil kesempatan ke atas yang berhak tersebut. Manusia juga mempunyai tanggungjawab sepenuhnya ke atas apa yang diperoleh dan dibelanjakan. Manusia menggunakan harta dengan sebaik mungkin dan mesti mengikut peraturan yang telah dijelaskan oleh syarak. Selain itu, harta adalah sebagai ujian daripada Allah kepada manusia dan manusia bertanggungjawab untuk menggunakan harta ke jalan Allah. Semua kekayaan yang ada dimuka bumi adalah untuk manusia bagi menggunakan harta dengan sebaik mungkin dan tidak melakukan kerosakan di muka bumi. Kita harus ingat akan peringatan dari Allah bahawa berlakunya kerosakan di muka bumi ini adalah akibat tangan manusia yang sering menggunakan harta mereka ke jalan yang tidak diredhai Allah. Harta yang diberikan kepada manusia tidak sama bilangannya antara satu dengan yang lain. Ini bertujuan untuk menguji keimanan hamba-Nya selain menyuruh untuk manusia supaya lebih kuat berusaha. Manusia juga perlu mengakui inilah realiti kehidupan di mana masing-masing saling perlu memerlukan dalam menjalani kehidupan di dunia untuk 8 Majalah Pengasuh KONSEP HARTA MENURUT ISLAM oleh Al-Faqir Ilallah, Mohd. Rumaizuddin Ghazali
  • 7. 7 mencari redha Allah di akhirat kelak. Ini akan mewujudkan budaya saling membantu dan tolong menolong. Manakala syurga ramai dihuni oleh orang miskin dan neraka pula terdiri daripada orang kaya. Harta yang disediakan oleh Allah adalah banyak dan cukup untuk manusia. Jika berlaku ketidakcukupan, itu adalah kerana sifat manusia sendiri, sama ada mereka zalim, malas, kufur, tiada ilmu atau lain-lain alasan.
  • 8. 8 4.0 JENIS-JENIS HARTA DALAM ISLAM 4.1 HARTA MUTAQAWWAM DAN GHAIR MUTAQAYYAM Harta Mutaqawwam ialah harta bernilai manakala Harta Ghair Mutaqawwam ialah harta tidak bernilai atau juga digolong sebagai harta halal dan harta haram. 9 Harta yang bernilai iaitu harta mutaqawwam ialah harta yang diiktiraf pemilikannya oleh syarak. Namun pengiktirafan ini hanya akan wujud sekiranya harta tersebut melepasi dua syarat asasnya iaitu harta tersenut dimiliki oleh pemiliknya secara sah dan harta tersebut juga boleh dimanfaatkan dalam keadaan biasa menurut hokum syarak kecuali dalam keadaan darurat. Harta tidak bernilai atau harta ghair mutaqawwam pula ialah harta yang tidak diikitiraf pemilikannya oleh syarak. Harta tersebut juga belum dimiliki sepenuhnya seperti burung di udara atau penggunaannya tidak dibenarkan oleh syarak dalam keadaan biasa seperti arak, barangan curi dan daging babi. Impak kepada pembahagian ini ialah dalam masalah kontrak jual beli dari sudut sah atau tidak, harta ghair mutaqawwam tidak boleh sama sekali dilakukan transaksi dan dibuat kontrak contohnya babi, arak dan biawak. Manakala daripada segi ganti rugi, jika berlaku kerosakan, semua harta yang tidak bernilai adalah tidak diikitiraf pemilikannya. Oleh itu, sesiapa yang merosakkan harta ini tidak perlu untuk membayar pampasan. 9 Wahbah al-Zuhaili (1984) Fiqh al-Islami wa Adillatuhu, Damsyik : Dar al-Fikr
  • 9. 9 4.2 HARTA MITHLY DAN HARTA QIMMI 10 Harta mithly ialah harta serupa dan harta qimmiy adalah harta seharga. Harta mithly atau serupa ialah harga yang mudah untuk didapati seumpamanya di pasaran dan tidak ada sebarnag perbezaan padanya yang boleh dikesan. Dengan kata lain, harta mithly ialah harta yang mempunyai persamaan dengan harta lain sama ada dari segi bentuk dan nilai. Harta ini terbahagi kepada empat bahagian iaitu barang yang disukat seperti gandum dan padi, barang yang ditimbang seperti kapas dan besi, barang dikira yang mempunyai bentuk sama seperti telur dan kelapa dan terakhir ialah barang yang diukur mengikut meter, ela, depa dan lain-lain ukuran. Jika terdapat perbezaan antara keduanya, perbezaan itu boleh diterima oleh semua pihak. Manakala harta qimmi atau harta serupa ialah harta yang mempunyai ciri-ciri khusus yang menjadi penentu kepada nilai harganya sama ada terdiri daripada barang yang sukar untuk didapati di pasaran atau terdapat di pasaran tetapi harganya adalah berbeza. Atau dengan kata lain, harta qimmi ialah harta yang berlainan jenis atau jika terdapat persamaan, ia berbeza dari segi nilai dan harga yang ketara dan tidak boleh diterima oleh semua pihak. 11 Impak pembahagian bagi harta mithly ialah jika merosakkan harta ini maka perlu membayar ganti rugi iaitu dengan yang serupa dengan barang yang telah dirosakkan dari segi nilai dan barangnya. Manakala jika seseorang ahli syarikat menuntut harta dibahagi sesame mereka, pembahagian tersebut boleh dibuat ke atas hata mithly sahaja. Bagi harta qimmi tidak boleh dibuat kecuali ada persetujuan daripada ahli syarikat. Jika harta qimmi dirosakkan, cukup sekadar membayarnya dengan kadar harga yang sama dengan barang yang telah dirosakkan tersebut. 10 Paizah Ismail (1995) Asas-Asas Muamalat dalam Islam, Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka 11 Munir, Abdul, Harta Dalam Perspektif Al Quran, Disertasi UIN Syarif Hidayatullah Jakarta, 2006
  • 10. 10 4.3. HARTA MANQUL DAN HARTA GHAIR MANQUL Harta manqul ialah harta alih iaitu sesuatu yang boelh dipindahkan dari satu tempat ke tempat yang lain. Contohnya ialah buku dan wang. Harta ini juga ialah barang yang boleh ditentukan kadarnya dengan sukatan seperti gandum dan padi serta yang boleh ditimbang iaitu kapas dan besi. Manakala harta ghair manqul atau a‟qar atau juga harta tak alih ialah harta yang mempunyai harga tetap dan tidak boleh dipindahkan ke tempat lain. Jika dialih, ia akan merosakkan contohnya ialah bangunan dan tanah. 12 Dalam kesan pembahagiannya, seperti masalah wakaf, para fuqaha bersepakat, boleh mewakafkan harta tak alih. Manakala dalam pewasiatan, penjaga wasiat tidak boleh menjual harta tak alih kecuali dengan sebab yang tidak boleh dapat dielakkan seperti untuk tujuan membayar hutang orang yang di bawah jagaannya. Sebaliknya, harta alih boleh dijual pada bila-bila masa. Dalam hukum Islam, sesuatu barangan yang telah dibeli tetapi belum diterima lagi adalah sah jualannya jika barang itu dari jenis harta tak alih tetapi bagi harta alih maka ia dianggap tidak sah kecuali melalui tempahan atau hutang. Selain itu, seorang yang muglis boleh dilelong hartanya untuk menebus balik hutang. Walaubagaimanapun, lelongan tersebut mestilah didahului dengan harta alih. Sekiranya tidak cukup, barulah boleh dilelong harta tak alih. Manakala dalam masalah syufah, hanya harta tak alih sahaja yang dibenarkan hak syufah manakala harta harta alih tidak boleh disyufah. 12 Abdul Karim Zaidan (2003) al-Madkhal li Dirasah al-Syari‟ah al-Islamiyyah, Beirut : Muassasah al-Risalah
  • 11. 11 4.4 HARTA ISTIKMALI DAN HARTA ISTIKHLAKI 13 Harta istikmali ialah harta yang diguna berkali-kali dan yang kekal zatnya selepas digunakan seperti pakaian, kereta dan barang perhiasan. Manakala harta istikhlaki ialah harta yang habis dipakai apabila digunakan seperti minyak, makanan dan minuman. 4.5 HARTA YANG BOLEH DITENTUKAN KADARNYA DAN HARTA YANG TIDAK BOLEH DITENTUKAN KADARNYA Harta yang boleh ditentukan kadarnya ialah seperti buku dan wang iaitu harta yang boleh ditentukan dengan bilanga dan ukuran. Manakala harta yang tidak boleh ditentukan kadarnya ialah harta yang ditentukan dengan sukatan dan timbangan bergantung kepada penerimaan masyarakat atau disebut sebagai uruf seperti di Baghdad dan Khufah, minyak dan madu ditimbang manakala di Andalusia disukat. Contoh bagi harta yang tidak boleh ditentukan kadarnya ialah beras, gula dan tepung. 4.6 HARTA DALAM BENTUK BARANG DAN MANFAAT Harta dalam bentuk barang juga disebut sebagai „ain harta atau fizikal harta. Ini bermaksud, Sesutu yang boleh dilihat, dipegang dan dirasa seperti rumah dan kereta. Manakala harta dalam bentuk manfaat ialah sesuatu yang tidak boleh dilihat, dipegang juga dirasa seperti hak menggunakan rumah dan kereta yang bermaksud hanya mendapat manfaat daripada harta tersebut iaitu hak untuk menduduki rumah tersebut bagi rumah yang disewa manakala barang tersebut merupakan milik atau barang pemilik sebenar rumah sewa tersebut. 13 http://caripopo.com/ipk211b02.html
  • 12. 12 5.0 KEPENTINGAN HARTA DALAM KEHIDUPAN MANUSIA 14 Dalam kehidupan individu, harta adalah sebagai wasilah bagi memenuhi keperluan yang dihajati. Sementara bagi masyarakat dan negara, harta sebagai wasilah atau pemangkin pembangunan dan sumber kekuatan. Islam yang memperakui penguasaan harta ke atas diri manusia, pengaruhnya dalam kehidupan dan disanubari mereka, kerana ia merupakan tenaga yang bekerja dalam kehidupan. Harta dilihat sebagai paksi aktiviti ekonomi dalam masyarakat. Islam sebagai ad-din telah pun mengatur dalam sistem ekonominya cara-cara pemilikan harta serta kaedah membangun dan mengembangkannya. 15 Islam bukan sahaja meletakkan persoalan harta sebagai salah satu faktor penyumbang kepada kebahagiaan insan di dunia tetapi juga mengaitkan harta dengan sumbangan kebahagiaan insan di akhirat. Antaranya ialah dengan membelanjakan harta untuk keperluan diri sendiri bagi melaksanakan ibadat atau untuk kemudahan beribadat. Contohnya ibadat yang dimaksudkan ialah seperti ibadat zakat dan haji. Kedua-duanya tidak dapat dilaksanakan tanpa harta. Contoh kemudahan untuk beribadat pula ialah pakaian, tempat tinggal dan lain-lain keperluan. Perkara tersebut dianggap sebahagian daripada ibadat kerana tanpanya ibadat tidak dapat dilaksanakan. Membelanjakan kepada orang lain melalui beberapa saluran yang telah ditentukan oleh syarak seperti sedekah dan derma. Membelanjakan harta kepada sesuatu yang bersifat kebajikan umum seperti membina masjid, hospital dan sebagainya. Sebagai khalifah di muka bumi ini juga, kita telah diamanahkan oleh Allah untuk mencari dan mengembangkan harta untuk kehidupan yang sempurna. 14 Harta intelektual menurut fiqh Islam : Ariff Salleh Rosman, Penerbit UTM, 2002 15 At-Thariqi, Abdullah Abdul Husain, Ekonomi Islam, Prinsip Dasar dan Tujuan, Magistra Insani Press,
  • 13. 13 6.0 KESIMPULAN Harta adalah ujian Allah. Ia merupakan perantaraan dalam kehidupan dan bukanlah segala-galanya atau menjadi matlamat utama dalam kehidupan manusia. Walaubagaimanapun tanpa harta, manusia akan mendapat susah. Tanpa berteraskan rahmah dan keihsanan di dalam mengurus harta, ia boleh membawa kepada perpecahan dan pergaduhan, terutama di kalangan ahli keluarga dalam masalah harta warisan. Maka sebagai orang Islam, kita berkewajipan menerima ketentuan Allah dalam harta peninggalan, termasuk wasiat dan faraidh. Adalah perlu ditekankan bahawa harta bukanlah milik kita selamanya. Pemilik harta yang hakiki hanyalah Allah s.w.t. dan ia harus ditadbir menurut ketentuanNya.