Model BBM ini memberikan contoh-contoh model pengajaran yang dapat digunakan untuk mengajar murid-murid khas tentang haiwan liar, huruf, dan nombor. Model-model tersebut dirancang untuk memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran serta menarik perhatian murid.
Preparing Your Data for an Affirmative Action Plan: HiringThomas Econometrics
Preparing your data for an Affirmative Action Plan is an essential component of your overall compliance strategy. In this presentation, we'll focus on how to prepare your hiring data.
Specifically, we'll discuss the kinds of data required, and talk about how and why bad or missing hiring data can render a data set useless for analysis purposes. Simple techniques for scrubbing data will be presented, and the webinar will conclude with a summary of common data validation tools.
1. MODEL BAHAN BANTU MENGAJAR (BBM)
Tajuk : Haiwan Liar
Sumber : Manila Kad, Gambar Haiwan Liar dan Kad Board
Matapelajaran : Bahasa Melayu, Sains Alam Sekitar dan Bahasa Inggeris
Objektif : i) menyebut dan menamakan jenis haiwan liar
ii) mengenal dan mengecam jenis haiwan liar
Model Pengajaran :Model Pengajaran Sosial - Koperatif
Sasaran Murid :Pendidikan Khas
Tempoh :20 minit
Terapi :Penglihatan, Pendengaran, Pertuturan dan Pergerakan
Motor dan Cara Kerja
Unsur Nilai Murni :Berkerjasama, mendengar arahan, kasih sayang dan
bertolak ansur
Merentas Kurikulum :Pendidikan Seni dan Pendidikan Islam
Kemahiran :Penaakulan, berkomunikasi dan pengecaman
2. Teknik Pengajaran :
i. Model haiwan liar (kad imbasan) digunakan untuk
memudahkan aktiviti pembelajaran dijalankan di
dalam kelas. Kad imbas berwarna biru adalah kad
yang dilekatkan pada kain berwarna hitam dan
sebagai gambaran utama imej bagi murid-murid khas
memadankan jenis-jenis haiwan liar yang
samadengan menggunakan kad imbasan merah..
ii. Guru akan memberi tunjuk ajar cara / soalan
rangsangan yang paling mudah.
iii. Soalan boleh dipelbagaikan mengikut kesesuaian
masa guru.
iv. Guru boleh membentuk kumpulan kecil dikalangan
murid semasa melaksanakan aktiviti ini.
v. Guru memberikan kad imbas haiwan liar berwarna
merah kepada setiap murid/kumpulan.
vi. Guru memberi pembayang mengenai haiwan liar dan
setiap murid/kumpulan akan cuba meneka haiwan
yang dimaksudkan oleh guru.
vii. Jadi, guru akan membimbing murid dengan memberi
pembayang yang mudah murid fahami.
viii. Contoh, haiwan ini ada hidung yang sangat panjang
dan kuat? Jawapan : Gajah
ix. Setelah mendapat jawapan murid/kumpulan akan
memadankan kad gambar haiwan liar dengan gambar
yang terdapat dihadapan (kad imbas biru).
x. Kumpulan yang betul akan diberi token atau pujian
oleh guru.
3. MODEL BAHAN BANTU MENGAJAR (BBM)
Tajuk : Jaring Haiwan ( Binatang liar )
Sumber : Kotak Tisu, Gambar Haiwan Liar dan Jaring
Matapelajaran : Bahasa Melayu, Sains Alam Sekitar dan Bahasa Inggeris
Objektif : i) menyebut dan menamakan jenis haiwan liar
ii) mengenal dan mengecam jenis haiwan liar
Model Pengajaran :Model Pengajaran Sosial - Kolaboratif
Sasaran Murid :Pendidikan Khas
Tempoh :20 minit
Terapi :Penglihatan, Pendengaran, Pertuturan dan Pergerakan
Motor dan Cara Kerja
Unsur Nilai Murni :Berkerjasama, mendengar arahan, kasih sayang dan
bertolak ansur
Merentas Kurikulum :Pendidikan Seni dan Pendidikan Islam
Kemahiran :Penaakulan, berkomunikasi dan pengecaman
4. Teknik Pengajaran :
i. Model gambar haiwan liar digunakan untuk
memudahkan aktiviti dapat dijalankan dengan lebih
efektif dan berkesan. Setiap jaring mempunyai
gambar haiwan liar.
ii. Guru akan memberi tunjuk ajar cara / soalan
rangsangan yang paling mudah.
iii. Soalan boleh dipelbagaikan mengikut kesesuaian
masa guru.
iv. Guru boleh juga boleh membentuk kumpulan kecil
dikalangan murid.
v. Guru meminta setiap murid/kumpulan mengambil
satu jaring.
vi. Guru meminta setiap murid/kumpulan memberi
beberapa jenis sifat fizikal haiwan liar berdasarkan
gambar haiwan yang mereka perolehi dalam jaring
tersebut.
vii. Jadi, guru boleh membantu murid memberi
penjelasan mengenai sifat fizikal haiwan liar yang
mereka perolehi dengan mengadakan sesi soal jawab
dengan memberi soalan-soalan yang mudah
difahami.
viii. Contohnya, gajah ada berapa kaki? Gajah tinggal di
mana?
5. MODEL BAHAN BANTU MENGAJAR (BBM)
Tajuk : Roller Ball ( Bola Kesayangan ku)
Sumber : Bola Mainan
Matapelajaran : Bahasa Melayu
Objektif : i) menyebut dan menamakan huruf
ii) mengenal dan mengecam huruf
Model Pengajaran :Model Pengajaran Sosial - Koperatif
Sasaran Murid :Pendidikan Khas
Tempoh :20 minit
Terapi :Penglihatan, Pertuturan dan Pergerakan Motor
Unsur Nilai Murni :Berkerjasama, mendengar arahan, kasih sayang dan
bertolak ansur
Merentas Kurikulum :Pendidikan Seni dan Pendidikan Islam
Kemahiran :Penaakulan, berkomunikasi, pengecaman dan Manipulatif
6. Teknik Pengajaran :
i. Model Bola Mainan digunakan untuk menguji tahap
kepekaan dan ketangkassan murid. Di dalam bola
mainan ini terdapat huruf dan murid hanya memusing
bola tersebut sehingga mengeluarkan kad huruf.
ii. Guru akan menunjukkan beberapa huruf terlebih
dahulu kepada pelajar.
iii. Guru meminta murid memusingkan bola yang
mempunyai huruf tersebut.
iv. Guru meminta murid memadankan huruf yang
mereka perolehi dari bola tersebut dengan kad huruf.
v. Guru juga meminta murid menyebut dan menamakan
huruf tersebut.
vi. Guru akan membantu murid yang tidak dapat
memadankan atau tidak dapat menyebut huruf
dengan betul.
vii. Guru memberi pujian dan token kepada murid yang
berjaya memadan dan menyebut huruf tersebut
dengan betul.
7. MODEL BAHAN BANTU MENGAJAR (BBM)
Tajuk : Teropong Ajaib ( Bola Kesayangan ku)
Sumber : Roda Kecil, Plastic Cover, Kad Huruf
Matapelajaran : Bahasa Melayu
Objektif : i) menyebut dan menamakan huruf
ii) mengenal dan mengecam huruf
Model Pengajaran :Model Pengajaran Sosial - Kolaboratif
Sasaran Murid :Pendidikan Khas
Tempoh :20 minit
Terapi :Penglihatan, Pendengaran, Pertuturan dan Pergerakan
Motor
Unsur Nilai Murni :Berkerjasama, mendengar arahan, kasih sayang dan
bertolak ansur
Merentas Kurikulum :Pendidikan Seni
Kemahiran :Penaakulan, berkomunikasi dan pengecaman
8. Teknik Pengajaran :
i. Model teropong huruf digunakan untuk memudahkan
aktiviti dijalankan dalam proses pengajaran dan
pembelajaran. Setiap teropong yang disediakan
mempunyai huruf bagi membentuk perkataan bola.
ii. Guru akan memperkenalkan huruf kepada murid
sebagai langkah pengenalan.
iii. Setiap murid diberikan teropong dan setiap teropong
mempunyai huruf perkataan bola.
iv. Guru meminta setiap murid meneropong huruf yang
ada pada teropong tersebut dan menyebut huruf
tersebut dengan kuat dan jelas.
v. Guru meminta murid menunjukkan kad huruf yang
mempunyai huruf yang sama seperti yang terdapat
pada teropong tersebut.
vi. Jadi, guru boleh membantu murid menunjukkan huruf
yang sama seperti huruf yang ada dalam teropong
tersebut.
vii. Guru membina perkataan bola dan meminta murid
menyebut bersama-sama perkataan yang telah
dibentuk.
9. MODEL BAHAN BANTU MENGAJAR (BBM)
Tajuk : Papan Tulis ( Pengenalan Huruf )
Sumber : Kad Board, Plastic Cover, Marker Pen (White Board)
Matapelajaran : Bahasa Melayu dan Matematik
Objektif : i) menyebut dan menamakan huruf atau nombor
ii) menulis huruf atau nombor
Model Pengajaran :Model Pengajaran Sosial - Kolaboratif
Sasaran Murid :Pendidikan Khas
Tempoh :20 minit
Terapi :Penglihatan, Pertuturan, Pergerakan Motor dan Cara Kerja
Unsur Nilai Murni :Berkerjasama, mendengar arahan dan kasih sayang
Merentas Kurikulum :Pendidikan Seni dan Bahasa Inggeris
Kemahiran :Penaakulan, berkomunikasi, pengecaman dan Manipulatif
10. Teknik Pengajaran :
i. Model Kad Board (Papan Tulis) digunakan untuk
memudahkan aktiviti penulisan dan pengecaman
bentuk huruf. Setiap murid dikehendaki menulis
semula huruf yang dilihat dia atas papan tulis.
ii. Guru akan menyebut dan menamakan huruf/nombor
kepada murid.
iii. Guru memberikan papan tulis tersebut kepada setiap
murid.
iv. Guru menunjukkan cara menulis huruf/nombor
dengan betul.
v. Guru meminta murid menulis semula huruf yang
ditunjukkan oleh guru di atas papan tulis tersebut.
vi. Guru dan PPM akan membantu murid menulis
huruf/nombor dengan betul.
vii. Guru memberi pujian dan token kepada murid yang
berjaya memadan dan menyebut huruf tersebut
dengan betul.
11. MODEL BAHAN BANTU MENGAJAR (BBM)
Tajuk : Lorong Bentuk Huruf/Nombor ( Pengenalan Huruf )
Sumber : Kotak, Kertas Warna dan Roda Kecil
Matapelajaran : Bahasa Melayu dan Matematik
Objektif : i) menyebut dan menamakan huruf/nombor
ii) mengenal bentuk huruf/nombor
Model Pengajaran :Model Pengajaran Inkuiri
Sasaran Murid :Pendidikan Khas
Tempoh :20 minit
Terapi :Penglihatan, Pendengaran, Pertuturan dan Pergerakan
Motor
Unsur Nilai Murni :Berkerjasama, mendengar arahan dan kasih sayang
Merentas Kurikulum :Pendidikan Seni
Kemahiran :Penaakulan, berkomunikasi dan pengecaman dan
Manipulatif
12. Teknik Pengajaran :
i. Model lorong huruf/nombor digunakan untuk menarik
perhatian murid dan daya kognitif mereka semasa
proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan..
Tahap penumpuan dan nilai kerjasama yang tinggi di
antara rakan sebaya merupakan objektif penggunaan
jaringan model ini. Setiap lorong tersebut mempunyai
bentuk huruf/nombor.
ii. Guru akan memperkenalkan huruf/nombor kepada
murid dengan menggunakan kad imbasan huruf
terlebih dahulu sebelum permainan ini digunakan
secara berkumpulan /individu.
iii. Setiap murid diberikan blok lorong huruf/nombor.
iv. Guru juga menunjukkan cara menggunakan blok
lorong huruf/nombor tersebut.
v. Guru meminta murid menggerakkan roda kecil
mengikut lorong tersebut.
vi. Guru menyebut huruf/nombor tersebut sambil diikuti
oleh murid.
vii. Guru meminta murid mengulangi langkah v dan
pengagihan secara giliran akan dilakukan apabila
murid telah berjaya menyebut huruf dan suku kata
yang dilihat dengan jelas.
viii. Guru boleh membantu murid mengerakkan roda kecil
tersebut sambil menyebut bentuk huruf tersebut
sebagai langkah membimbing dan melatih keyakinan
diri murid untuk berani mencuba.
13. MODEL BAHAN BANTU MENGAJAR (BBM)
Tajuk : Daduku ( Pengenalan Nombor )
Sumber : Dadu bernombor
Matapelajaran : Matematik
Objektif : i) menyebut dan menamakan nombor
ii) mengenal dan mengecam nombor
Model Pengajaran :Model Pengajaran Inkuiri
Sasaran Murid :Pendidikan Khas
Tempoh :20 minit
Terapi :Penglihatan, Pendengaran, Pertuturan dan Pergerakan
Motor
Unsur Nilai Murni :Berkerjasama, mendengar arahan, kasih sayang dan
bertolak ansur
Merentas Kurikulum :Bahasa Melayu dan Pendidikan Seni
Kemahiran :Penaakulan, berkomunikasi, pengecaman dan Manipulatif
14. Teknik Pengajaran :
i. Model dadu nombor ini digunakan untuk
memudahkan aktiviti dijalankan. Setiap bahagian
dadu mempunyai nombor 1 hingga 6.
ii. Guru akan menggunakan sebiji sahaja dadu gergasi
ini dan melambung bagi memperkenalkan nombor 1
hingga 6 kepada murid pada peringkat permulaan.
iii. Setiap murid dikehendaki menyebut dan menamakan
nombor yang dilihat pada dadu tersebut.
iv. Guru menerangkan cara menggunakan dadu tersebut
kepada murid.
v. Guru meminta murid melambung dadu tersebut dan
menyebut nombor yang diperolehi atau dilihat.
vi. Jadi, guru boleh membantu murid yang tidak dapat
menyebut atau menamakan nombor tersebut.
vii. Guru memberi pujian dan ganjaran token akan
diberikan kepada murid selalu mencuba dan yakin
diri.
15. MODEL BAHAN BANTU MENGAJAR (BBM)
Tajuk : Lorong Bentuk Nombor ( Pengenalan Nombor )
Sumber : Bentuk Nombor
Matapelajaran : Matematik
Objektif : i) mengenal Bentuk Nombor
ii) menulis nombor dengan betul
Model Pengajaran :Model Pengajaran Sosial - Kolaboratif
Sasaran Murid :Pendidikan Khas
Tempoh :20 minit
Terapi :Penglihatan, Pendengaran, Pertuturan dan Pergerakan
Motor
Unsur Nilai Murni :Berkerjasama, mendengar arahan dan kasih sayang
Merentas Kurikulum :Pendidikan Seni
Kemahiran :Penaakulan, berkomunikasi, pengecaman dan Manipulatif
16. Teknik Pengajaran :
i. Model bentuk huruf digunakan untuk memudahkan
aktiviti penerangan dan penjelasan terhadap sesuatu
nombor yang akan diperkenalkan. Setiap nombor /
angka mempunyai lorong mengikut bentuk yang
tersendiri.
ii. Guru akan membekalkan setiap seorang lorong
angka/nombor kepada murid.
iii. Guru juga menunjukkan kad nombor kepada murid
sambil menyebut dan menamakan nombor tersebut.
iv. Setiap murid diminta untuk mengisi lorong pada
angka/ nombor dengan bijirin yang telah disediakan
sehingga membentuk nombor yang dikehendaki.
v. Guru meminta murid menunjukkan nombor yang
hasilkan
vi. Murid dan guru akan merasa setiap permukaan
nombor yang telah disiapkan secara bergilir-gilir.
vii. Guru boleh membantu murid yang tidak dapat
membentuk nombor tersebut dengan bijirirn yang
telah disediakan..