123 jtpm v1 n2 - 2011 - ronaldi - 3

3,770 views

Published on

0 Comments
0 Likes
Statistics
Notes
  • Be the first to comment

  • Be the first to like this

No Downloads
Views
Total views
3,770
On SlideShare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
2,596
Actions
Shares
0
Downloads
65
Comments
0
Likes
0
Embeds 0
No embeds

No notes for slide

123 jtpm v1 n2 - 2011 - ronaldi - 3

  1. 1. Jurnal Teknologi Pendidikan Malaysia Jilid 1, Nombor 2, Jun 2011 Menggunakan Animasi di dalam Instruksi Khas untuk Kanak-Kanak DisleksiaRonaldi Saleh Bin Umar, Fadilahwati Abdul Rahman, Fattawi Mokhtar & Nor Aziah Alias Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka dan Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam, Selangor, Malaysia AbstrakMembangunkan bahan pembelajaran boleh jadi sangat mencabar apabila pelajarnya merupakan merekayang datang dari golongan yang khas. Kajian awal telah dijalankan dan mengenalpasti akan keperluanmerekebentuk instruksi khas untuk pelajar disleksia didalam mempelajari topik pendaraban. Sebagaipendekatan seterusnya, kajian dibuat untuk menggambarkan pendekatan merekabentuk animasi didalampembangunan instruksi sebuah Objek Pembelajaran yang berteraskan multimedia interaktif. Secaraterperinci, kajian ini akan menghuraikan pendekatan rekabentuk animasi untuk instruksi khas melalui tigatahap pembangunan, iaitu (1) sebelum pembangunan, (2) semasa pembangunan, dan (3) selepaspembangunan. Kaedah penilaian untuk Objek Pembelajaran yang dihasilkan menggunakan set soalanyang diadaptasi dari Borang Penilaian Pelajar Objek Pembelajaran. Hasil dapatannya disahkan melaluiproses pengamatan dan temubual oleh guru berkenaan. Data yang diperolehi menunjukkankebolehgunaan dan nilai pembelajaran yang postitif bagi Objek Pembelajaran yang dihasilkan.Umar, R.S., Abdul Rahman, F., Mokhtar, F. & Alias, N.A. (2011). Menggunakan Animasi di dalamInstruksi Khas untuk Kanak-Kanak Disleksia. Jurnal Teknologi Pendidikan Malaysia, 1(2), 27-38.PengenalanKerajaan Malaysia mengharapkan rakyatnya akan dapat menguasai kecekapan literasi seratus peratus padatahun 2020. Namun demikian, kemahiran asas membaca, menulis dan mengira (3M) mungkin sukar untukdiperolehi. Menurut Julina (2005), salah satu faktor penyumbang kepada masalah pelajar tidakberkemampuan menguasai 3M di peringkat rendah disebabkan oleh pelajar yang menghadapi masalahkognitif yang berat seperti disleksia.Disleksia mempunyai populasi yang tinggi dan boleh mengakibatkan pelbagai masalah individu, keluarga,masyarakat dan negara. Menurut Disleksia Antarabangsa (2010), 10%-15% populasi dunia menghidapimasalah disleksia. DI Malaysia, Perangkaan Jabatan Pendidikan Khas, Kementerian Pelajaran Malaysia(Nor Afzan, 2006) menganggarkan terdapat seramai 314000 kanak-kanak yang bersekolah di NegaraMalaysia mengidapi disleksia Setiausaha Parlimen, Kementerian Pendidikan pada tahun 2004 (Komala,2004) juga melaporkan bahawa terdapat 5% kes disleksia di kesan pada mana-mana komuniti atau satubagi setiap 20 pelajar. Tambahannya lagi, jumlah itu adalah besar dibandingkan dengan Sindrom Down,iaitu sekitar satu dalam 600 orang; dan spastic, sekitar satu dalam 700 orang. Populasi yang tinggi jugadilaporkan oleh Presiden Persatuan Sosial Harmoni Malaysia (PSHM), Nordin Ahmad (2005) yangmelalui kajian persatuannya, didapati 10-15% murid sekolah rendah diseluruh Negara yangkebanyakannya kaum Melayu, mengalami disleksia.Antara salah satu pendekatan intervensi disleksia adalah dengan menggunakan pendekatan pendidikanmelalui perisian multimedia. Melalui lawatan penyelidik ke Dyslexia International di Brussels, Belgium 27
  2. 2. Jurnal Teknologi Pendidikan Malaysia Jilid 1, Nombor 2, Jun 2011pada bulan November 2010, difahamkan bahawa negara-negara kesatuan Eropah sudahpun menggunakanmultimedia sebagai alat bantu pengajaran dan pembelajaran pelajar disleksia.Pendekatan pendidikan melalui perisian multimedia juga boleh dihasilkan dalam bentuk ObjekPembelajaran. Konsep Objek Pembelajaran atau learning object (LO) dipopularkan oleh Wayne Hodginspada tahun 1994 (Abtar, 2005). LO merupakan cara terkini serta teknologi masa akan datang dalampenghasilan bahan pengajaran dan pembelajaran (Hodgins, 2000). Menurut Shepherd (2001), LO adalahpemikiran berorientasikan objek yang diaplikasikan kepada dunia pendidikan. Definisi objekpembelajaran oleh Dunning (2004), LO adalah interaktif serta membenarkan pelajar mempelajarikandungan sehingga peringkat masteri dan menggunakan pengetahuan tersebut dalam aktiviti kemahiranberfikir. Dengan menggunakan internet, LO boleh diaksess pada bila-bila masa sahaja. Repositori objekpembelajaran direkabentuk untuk pelbagai mode aksesibiliti (dimuat-turun, dipindah ke media elektronikyg lain untuk capaian yg lebih mudah, pengguna boleh mencari objek pembelajaran dengan mudah) bolehmenyediakan ke arah pembelajaran era baru (Ally, 2006)Pernyataan masalahAnalisis awal telah dijalankan oleh penyelidik untuk mengenalpasti kewujudan LO diantara tujuh buahsekolah Dyslexia di Lembah Klang termasuk sebuah NGO yang dikenali sebagai Persatuan DisleksiaMalaysia (DAM). Melalui lawatan dan perbualan telefon pada bulan Januari hingga bulan Mei 2009,pengkaji dapat mengenalpasti masalah kajian, iaitu tiadanya pendekatan multimedia yang sesuai yangdigunakan sebagai strategi pengajaran untuk mengajar matematik dikalangan sekolah disleksia, apatahlagi menggunakan LO. Pengkaji juga mendapati kurangnya penyelidikan tentang disleksia yangbermasalah numerasi di Malaysia. Oleh yang demikian, kajian ini akan menyediakan empirical evidencedalam merekabentuk animasi didalam pembangunan instruksi khas untuk pelajaran matematik diMalaysia.Walaubagaimanapun, merekabentuk animasi untuk sesuatu instruksi khas bukanlah perkara yang mudah.Walaupun animasi mempunyai ciri-ciri multi-modal yang mana ia mampu menyampaikan maklumatmenggunakan kombinasi visual, bunyi, dan suara, tapi belum tentu ia boleh diterima oleh pengguna.Perkara ini ditekankan oleh Cornell (2010) dengan memberikan contoh bahawa novel grafik yangmenggunakan kombinasi ayat dan gambar untuk menyampaikan mesej secara berkesan, perlu analisatersendiri dari segi rekabentuknya. Perkara ini juga dikuatkan oleh Karuchit (2011) didalammerekabentuk Knowledge Cartoon bahawa sangatlah penting untuk membuat pendekatan dan kajian bagimemahami pembaca dari segi gaya hidup mereka, minat, dan juga kepercayaan. Justeru, kajian inimencuba untuk mengenalpasti animasi yang sesuai untuk menyampaikan teknik pengajaran pendarabandua mengikut kehendak dan ciri-ciri pelajar disleksia.Kepentingan KajianKajian ini melibatkan pembangunan dan penilaian LO untuk dislexia yang bermasalah numerasi. Ia dibuatberdasarkan keperluan kanak-kanak disleksia yang bermasalah matematik untuk memanfaatkan kelebihanyang ada pada LO yang dibangunkan. Diharapkan, jumlah pelajar disleksia yang bermasalah numerasi disekolah boleh dikurangkan.Menyedari betapa pentingnya pembangunan LO untuk pelajar disleksia, kandungan yang berkualitiamatlah penting. Kandungan LO bukan sahaja dapat membantu kanak-kanak disleksia belajar matematik,malahan juga menyediakan maklumat yang berguna mengenai bagaimana kanak-kanak disleksiaberinteraksi dengan LO yang boleh disediakan dalam bentuk animasi. Animasi akan dibuat sesuai dengan 28
  3. 3. Jurnal Teknologi Pendidikan Malaysia Jilid 1, Nombor 2, Jun 2011instruksi khas yang telah direkabentuk. Kanak-kanak disleksia akan dapat mengadaptasi dengan prosespembelajaran yang sesuai dengan kehendak mereka, (Mortimore, 2008) menurut gaya pembelajarandislexia, yang mana ia di panggil automaticity.Oleh sebab itu, kajian ini menyediakan maklumat yang juga berkaitan dengan kepelbagaian gayapembelajaran disleksia, dan secara tak langsung juga dapat membantu guru dalam merancang strategipengajaran ke arah proses pembelajaran dan pengajaran yang lebih berkesan. Kajian ini juga amat pentinguntuk menetapkan standard untuk produksi LO yang menggunakan animasi, terutamanya untuk pelajardisleksia. Kebolehgunaan LO ini akan menjadi sumber yang berguna untuk guru dan boleh digunakanuntuk kepelbagaian konteks pembelajararan (sebagai contoh untuk pelajar lembab atau untuk masalahpembelajaran spesifik yang lain).Tinjuan Kajian BerkaitanPenggunaan LO yang berteraskan multimedia sememangnya mampu menjadi alat bantu pembelajaran.Keates (2000) menyokong penggunaan perisian untuk membantu dan memudahkan pembelajarandisleksia. Mortimore (2008) juga mengesahkan bahawa penyelidikan dan pengalaman mencadangkanbahawa pelajar yang menghidapi disleksia berjaya apabila pembelajaran dijalankan secara multi-sensoridan menggunakan kesemua deria untuk memperkukuhkan pembelajaran.Melalui kajian penggunaan aplikasi pembelajaran mobile komik interaktif, Fadilahwati & Ronaldi (2009)mendapati kanak-kanak disleksia didapati sangat meminati aplikasi tersebut. Melalui pendekatan animasikomik interaktif ini, mereka didapati tidak mempunyai masalah didalam mengenal pasti huruf danmembaca perkataan yang tertera di skrin telefon bimbit. Menurut Keates (2000), pengidap disleksia tidakpernah gagal didalam menggunakan alat-alat teknologi maklumat seperti komputer. Beacham (2007) jugapercaya bahawa penggunaan multimedia berpotensi untuk menggalakkan pembelajaran kanak-kanakdisleksia. Pada tahun 2010, melalui kajian kebolehgunaan Objek Pembalajaran Multimedia Interaktif,Fadilahwati et al (2010) mendapati pelajar disleksia berasa bermotivasi, seronok, mudah dan dibantu didalam memahami kandungan pelajaran dengan lebih baik.Sebuah koswer untuk mempelajari bahasa Malaysia telah dibangun dan dikaji oleh Abdullah et al (2009)yang mana isi kandungannya menyediakan cara-cara belajar huruf, suku kata, dan perkataan. Menurutnya,penggunaan elemen multimedia memberikan kebebasan kepada pelajar untuk berinteraksi dan pada masayang sama menarik perhatian pelajar untuk mengerjakan sesuatu tugasan. Bagaimanapun, pengkajimendapati beberapa kesilapan didalam skrin yang dipaparkan yang mana rekabentuknya tidak merujukkepada keupayaan pelajar disleksia. Pelajar disleksia mempunyai masalah untuk mengenal huruf “b” dan“d”, terutama bila ia ditulis dengan warna hitam dan berlatarbelakangkan wana putih (Rajah 1). Inimenyebabkan huruf tersebut nampak bergerak dan sukar untuk dibaca. Pengkaji juga berpendapat bahawaperlunya elemen animasi yang yang dapat menerangkan isi kandungan mengikut kefahaman pelajardisleksia. Menurut Taylor et al (2007), animasi mampu menyokong kefahaman pelajar jika ia digunakandengan cara yang kosisten mengikut teori pembalajaran multimedia.Oleh sebab itu, pengkaji mencadangkan penggunaan animasi yang sesuai untuk pelajar disleksia sepertiyang akan diterangkan pada bab berikutnya. Parette (2011) ada menyatakan bahawa animasi mempunyaikeupayaan untuk menarik perhatian kepada dimensi kritikal pelajar cacat secara berkesan dan bolehmemberikan respon yang benar keatas sesuatu visual dengan cepat. Walaubagaimanapun, pengkajipercaya bahawa dengan mengenalpasti cirri-ciri khas pembelajaran disleksia, animasi tersebut akanmenjadi lebih berkesan. 29
  4. 4. Jurnal Teknologi Pendidikan Malaysia Jilid 1, Nombor 2, Jun 2011 Rajah 1 Koswer Bahasa MalaysiaPembangunan Objek PembelajaranKajian ini mencadangkan pembangunan Objek Pembelajaran yang menggunakan animasi. Ia direkabentukkhas bagi membantu pembalajaran pelajar disleksia yang mempunyai masalah pembelajaran matematik,khususnya untuk topik Pendaraban Dua. Objek Pembelajaran ini dihasilkan melalui kajian terperinci yangmerujuk kepada punca masalah pembalajaran untuk topik tersebut dan ia dibuat selaras dengan silibuspembelajaran sekolah. Topik pendaraban dua dipilih berdasarkan pengamatan kelas, analisis dokumen-dokumen (seperti hasil ujian dan buku laporan), dan juga temuduga terhadap guru.Model pembangunan telah diadaptasi dari model ADDIE, yang mana secara amnya mempunyai prosesyang tersusun melalui (1) Analisis Keperluan (Need Assessment), (2) Rekabentuk (Design), (3)Pembangunan (Development), (4) Implementasi (Implementation), dan (5) Penilaian (Evaluation). Modelyang diberinama DIMLOM/Disleksia Interaktif Multimedia Learning Object Model (Fadilahwati et al,2011) ini direka mengikut tiga fasa utama, iaitu (1) sebelum pembangunan (2) semasa pembangunan, dan(3) selepas pembangunan (Rajah 2). Fasa 1: Analisis Fasa 2: Phase 1: Penilian Pembangunan Tahap 1: Papan cerita Level 2: Prototaip Level 3: Penyelengaraan Sebelum Semasa Selepas pembangunan Pembangunan pembangunan Rajah 2 Model DIMLOM yang memberi penekanan kepada proses pembangunan (fasa 2) dimana ia dibahagikan kepada tiga tahap. 30
  5. 5. Jurnal Teknologi Pendidikan Malaysia Jilid 1, Nombor 2, Jun 2011Sebelum pembangunanPengkaji cuba mengenal pasti ciri-ciri pelajar disleksia dengan mengambilkira masalah-masalah yangdihadapi dan juga peluang-peluang boleh ditelusuri. Seperti yang dijelaskan oleh Newton et al (1979),pelajar disleksia mempunyai masalah memori-jangka-masa-singkat, disamping masalah kemahiranmenulis dan membaca. Oleh sebab itu, adalah penting untuk mengenalpasti masalah topik pembelajarandengan spesifik, supaya pendekatan yang tidak banyak melibatkan pembacaan dan penulisan boleh dibuatsecara terperinci.Melalui pengamatan hasil ujian bulanan pelajar, didapati bahawa soalan yang paling banyak gagal adalahsoalan yang berkaitan dengan pendaraban. Ia juga disahkan oleh guru berkenaan melalui temuduga yangtelah dibuat. Selain daripada itu, pengkaji juga telah membuat pemerhatian kelas semasa topik tersebutditerangkan. Pelajar-pelajar disleksia didapati mempunyai gaya pembelajaran tersendiri. Antara ciri-cirikhas gaya pembelajaran pelajar disleksia adalah (Mortimore, 2008) berfikir secara menyeluruh (bukanfokus dan spesifik) dan gaya pembelajaran yang merujuk kepada satu gaya pembelajaran sahaja (yangmana boleh menyebabkan masalah kepada pelajar untuk memberi tindak balas yang terperinci).Melalui kajian peringkat awal, pengkaji telah membuat kajian gaya pembelajaran kepada lima orangpelajar (populasi keseluruhan kelas) dan mendapati bahawa kecenderungan untuk gaya pembelajaranvisual cukup nyata. Majoriti pelajar didapati mempunyai kecenderungan untuk merujuk kepada gambar(visual) jika diberi sesuatu arahan. Antara pendekatan lain yang boleh diambil kira ialah saranan Dean(1996) yang menyatakan bahawa pendekatan kepada pelajar disleksia boleh dibuat melalui:  Pemecahan kepada topik-topik kecil.  Aktiviti yang membolehkan pelajar tersebut membuat latihan setelah mengulangkaji  Kerja yang melibatkan rangsangan secara terusMelalui analisa sebegini, pengkaji lebih peka didalam menghasilkan prototaip yang boleh digunakan olehpelajar-pelajar disleksiaSemasa PembangunanPapancerita dihasilkan dengan mengambil kira isu ciri-ciri pelajar, gaya pembalajaran dan isi kandunganyang diambil dari silibus pembalajaran. Pandangan pakar seperti Bradford (n.d) juga diambil kira, yangmana teks menggunakan warna cerah dan berlatarbelakangkan warna gelap bagi mengelakkan sensitivitypenglihatan pelajar disleksia. Teknik sebegini juga mampu mengelakkan masalah yang teks yangkelihatan bergerak. Jenis huruf seperti “arial” juga sesuai digunakan bagi mengelakkan masalah yangsama. Huruf sebegini mempunyai bentuk yang sederhana dan jelas. Selain daripada teks, penggunaanvisual juga diberi penekanan yang amat penting. Visual direka khas untuk memudahkan pemahaman teks,isi kandungan, dan juga konsep pembelajaran.Konsep penceritaan dibuat untuk mendapatkan rangsangan secara terus kepada pelajar disleksia denganmenggunakan karakter murid pandai yang boleh bercakap, suara latar belakang, ikon-ikon gambar yangmemberi kefahaman secara terus dan animasi yang menunjukkan proses pendaraban tersebut. Didalamcerita ini, pelajar digalakkan untuk turut serta membuat persiapan majlis hari jadi, dimana mereka perlumemasukkan dua buah gula-gula kedalam beg plastik. Kemudian jumlah gula-gula tersebut dikira dankonsep tambah berulang boleh diperkenalkan (Rajah 3). 31
  6. 6. Jurnal Teknologi Pendidikan Malaysia Jilid 1, Nombor 2, Jun 2011 Aktiviti berkonsep penceritaan dimana Amir/karakter utama (menggunakan suara latar) mengajak pengguna untuk membantu menyiapkan beg plastik bagi meraikan harijadinya. Imej yang direka khas sebagai ikon dua biji gula-gula untuk mewakili darab dua. Imej khas lain; Tiga ikon beg platik dalam tiga warna asas (merah, kuning dan biru) untuk mewakili jumlah yang akan di darab. Jumlah gula-gula ditulis dalam bentuk angka berwarna cerah dan berlatarbelakangkan warna gelap bagi memudahkan pelajar disleksia untuk mengenalpasti angka Animasi yang menunjukkan dua biji gula- gula dimasukkan kedalam setiap beg plastik. Jumlah keseluruhan gula-gula juga dibacakan menggunakan suara latar belakang. huruf “x” berkelip bagi tujuan memperkenalkan tanda darab. Secara keseluruhan animasi dimainkan untuk muka surat satu dalam jangka masa yang singkat bagi memudahkan proses mengingat. Rajah 3 Skrin animasi untuk pengenalan konsep pendarabanBagi memperkenalkan konsep kiraan melangkau (skip counting), pelajar seterusnya dikehendaki untukmengira jumlah sepasang kek cawan untuk sembilan orang kawan. Dengan cara bertahap, pelajardikehendaki menghitung jumlah kawan dahulu, kemudian menghitung dua buah kek cawan tersebutsebanyak sembilan kali, dan membahagikannya kepada kesemua sembilan kawannya (Rajah 4). 32
  7. 7. Jurnal Teknologi Pendidikan Malaysia Jilid 1, Nombor 2, Jun 2011 Animasi angka yang keluar disetiap orang untuk menghitung jumlah kawan. Aktiviti dimana animasi karakter Amir mengajak pengguna untuk membantunya menghitung jumlah kawannya. Mata, mulut dan tangan Amir bergerak mengikut suara latar bagi memperjelas situasi. Animasi karakter Amir yang sentiasa member perhatian kerana kemunculannya yang tak disangka-sangka. Teknik ini membantu mengekalkan fokus pelajar. Animasi anak panah yang keluar serentak dengan tulisan “+ 2+ dan angka bagi mempercepat pemahaman konsep kiraan melangkau. Watak kawan-kawan Amir dihidupkan dengan riak wajah yang gembira dan mata yang berkedip. Animasi yang konsisten sebegini mampu mengekalkan fokus pelajar. Animasi angka yang menunjukkan jumlah kek cawan keluar satu persatu mengikut suara latar. Tulisan angka tersebut berlatarbelakangkan warna gelap bagi memudahkan pembacaan. Rajah 4 LO untuk pendarabanBagi melengkapkan penceritaan secara keseluruhan, kisah majlis hari jadi ini diakhiri dengan aktivitisoalan yang meminta pelajar disleksia untuk menyelesaikan masalah konsep pendaraban dua denganmenggunakan pendekatan yang sama (tambah berulang dan kiraan melangkau).Selepas pembangunanPenilaian terhadap Objek Pembelajaran telahpun dijalankan keatas pelajar-pelajar tahun dua di kesemuasekolah disleksia di Lembah Kelang. Tujuan penilaian ialah untuk memastikan supaya bahan yang 33
  8. 8. Jurnal Teknologi Pendidikan Malaysia Jilid 1, Nombor 2, Jun 2011dihasilkan berkualiti. Data daripada penilaian pelajar menjadi faktor penting kepada kepenggunaan ObjekPembelajaran tersebut. Pengkaji menggunakan borang penilaian yang dihasilkan oleh Leeder (2003) darithe Universities’ Collaboration in eLearning. Ia mengandungi 7 item soalan yang dipilih daripada 23soalan mengikut kesesuaian proses pembangunan animasi. Item dalam tinjauan terdiri daripada duabahagian iaitu Penggunaan LO dan Nilai Pembelajaran. Peratus respons pelajar atas setiap ítem dianalisisdan kemudian purata jumlah keseluruhan dikira bagi mendapatkan rumusan. 1. Penggunaan LO – Fokus kepada persepsi pelajar terhadap betapa mudah dan jelasnya mereka dapat mengikut pengajaran dan aktiviti dalam LO (yang mana disampaikan dengan menggunakan teknik animasi yang telah direka khas) 2. Nilai pembelajaran LO – Merangkumi ítem yang menunjukkan persepsi pelajar terhadap betapa berkesannya LO (khususnya animasi yang telah direka khas) didalam membantu mereka belajar dan memahami kandungan yang relevanBagi memastikan kesahihan jawapan, pengkaji cuba menanyakan setiap soalan tersebut melalui prosestemuduga yang direkodkan kedalam video dan ditayang semula untuk tujuan pengamatan dan pengesahanjawapan pelajar. Untuk melengkapkan proses analisis, pengkaji mendapatkan pandangan guru untukmengesahkan sekali lagi keatas setiap jawapan yang diberikan oleh pelajar.Keputusan dan PerbincanganSekolah-sekolah yang terlibat dalam kajian ini adalah SK TTDI 2 Kuala Lumpur dan SK Bandar TasikPuteri Rawang. Setakat ini hanya kedua-dua sekolah ini sahaja yang mempunyai program pembelajaranmatematik untuk pelajar disleksia. Secara demografiknya, pelajar disini terdiri daripada berbilang kaumdengan pelbagai status ekonomi. Disebabkan jumlah pelajar yang terhad di setiap sekolah, jumlah pelajaryang terlibat bagi kajian ini adalah seramai 11 orang (populasi). Mereka datang dari pelbagailatarbelakang bangsa Melayu, Cina dan India dengan tahap pencapaian tiga peringkat; baik, sederhanadan lemah. Kesemua pelajar dikehendaki mengakses LO yang telah disimpan di dalam komputer. Selepasmenggunakannya, mereka dikehendaki menilai LO menggunakan borang tinjauan penilaian yangdisediakan.Untuk bahagian pertama jadual 1 menerangkan Penggunaan LO yang mana Majoriti pelajar mengakuyang LO senang digunakan. Fungsi ikon-ikon senang difahami dan mereka boleh menelusuri isikandungan dengan menekan ikon-ikon butang. LO ini juga senang digunakan sebab tersedia fungsi butangnavigasi untuk mengulang semula cerita, meneruskan cerita, dan memilih mukasurat penceritaan. 82%pelajar bersetuju bahawa LO distruktur dengan baik. Ini kerana struktur konsep penceritaan perayaan harijadi mampu menyusun isi kandungan mengikut silabus. Pada masa yang sama, tempoh masa animasi yangsingkat mengikut tahap penceritaan menjadikan isi kandungan lebih tersusun dan mudah difahami.Manakala 100% pelajar bersetuju bahawa mereka suka dengan apa yang mereka lihat dan rasa. Melaluipengamatan video dan pjuga pengesahan dari guru berkenaan, pelajar menunjukkan reaksi minat, rasaingin tahu dan dimotivasi semasa menggunakan LO.Dengan adanya majoriti bersetuju bagi kesemua soalan dibahagian Penggunaan LO, menunjukkan bahawapelajar disleksia mempunyai persepsi betapa mudah dan jelasnya mereka dapat mengikut pengajaran danaktiviti yang disampaikan menggunakan teknik animasi yang telah direka khas. 34
  9. 9. Jurnal Teknologi Pendidikan Malaysia Jilid 1, Nombor 2, Jun 2011 Jadual 1 Respons pelajar terhadap LO Pendaraban Jumlah pelajar = 11 sangat setuju neutral tidak setuju Item Bilangan % Bilangan % Bilangan % pelajar pelajar pelajar Bahagian 1: Penggunaan LO ( Usability of LO) LO senang digunakan 10 90.1 - - 1 9.1 LO distruktur dengan baik 9 81.8 - - 2 - Suka dengan apa yang 11 100 - - - - saya lihat dan rasa Bahagian 2: Nilai Pembelajaran LO adalah menarik 11 100 - - - - Imej & animasi 11 100 - - - - komponen penting LO Aktiviti sesuai dan 10 90.1 - - 1 9.1 membantu Kandungan sesuai dengan 10 90.1 1 9.1 - - keperluanUntuk bahagian kedua, jadual 1 menunjukkan reaksi positif terhadap Nilai Pembelajaran. 100% pelajarbersetuju bahawa LO adalah menarik. Bukan sahaja pelajar yang menggunakan LO, pelajar-pelajar lainyang tidak menggunakan LO pada masa itu juga menunjukkan keinginan untuk turut serta menggunakanLO tersebut. Kesemua mereka menyatakan keinginan belajar melalui bentuk pembelajaran sebegini untuksubjek-subjek lain. 100% pelajar juga bersetuju bahawa imej dan animasi adalah komponen penting LO(Rajah 5). Mereka memahami imej ikon gula-gula, plastik dan kek cawan sebagai simbol kepada angkayang akan dikira.Animasi yang ditayangkan diikuti dengan tindak balas fokus, rasa ingin tahu, dan menganggukkan kepala(tanda faham). Bahkan juga, mereka memberikan respon dengan bercakap sesuatu untuk menyelesaikanpenceritaan dengan menjawab hasil kiraan. Manakala 90% pelajar didapati bersetuju yang aktivitipenceritaan adalah sesuai dan membantu. Aktiviti penceritaan sememangnya direka untuk mengajakpengguna untuk turutserta memeriahkan majlis hari jadi Amir sambil memahami konsep pendaraban. 90%pelajar juga bersetuju bahawa kandungan adalah sesuai dengan keperluan. Pelajar mendapati bahawapenggunaan imej dan animasi yang direka khas untuk pelajar disleksia ini dapat diterima dengan baik dankesemua pelajar menunjukkan kefahaman keatas isi kandungan.Sebagai kesimpulan bagi bahagian Nilai Pembelajaran, didapati majoriti persetujuan untuk kesemua ítemdan rumusan kepada animasi yang telah direka khas berkesan didalam membantu mereka belajar danmemahami kandungan yang relevan. 35
  10. 10. Jurnal Teknologi Pendidikan Malaysia Jilid 1, Nombor 2, Jun 2011 12 10 Jumlah pelajar 8 6 4 Imej dan animasi adalah 2 komponen penting LO 0 Sangat Neutral Sangat Setuju Tidak Bersetuju Rajah 5 Item yang menanyakan bahawa imej dan animasi adalah komponen penting LO mendapat respon dari semua sebelas pelajar untuk kategori sangat setujuKesimpulan Dan CadanganSecara keseluruhannya, prototaip LO yang dibangun mendapat respon yang positif. Kesemua pelajardidapati boleh menggunakan LO tersebut dengan pengawasan yang sangat minimum. Mereka jugadidapati mampu menggunakan setiap butang kawalan dan boleh berinteraksi tanpa sebarang masalah.Bahkan, ada yang mengaku bahawa LO sebegini menyeronokkan, mudah dan membantu mereka didalammemahami isi kandungan. Adalah penting bagi pelajar disleksia untuk mendapatkan galakkanpembelajaran mengikut cara yang mereka mahukan. Dengan memecahkan isi topik kepada pecahan tajuk-tajuk kecil, pelajar-pelajar disleksia boleh membuat kawalan diri untuk memahami konsep baik secaraperlahan, berulang kali, dan berinteraksi mengikut cara kawalan masing-masing. Pelajar-pelajar disleksiasememangnya boleh memahami dan membuat aktiviti yang disuruh disetiap pecahan tajuk keciltersebut dalam jangka masa yang singkat.Dari segi nilai pembelajaran, adalah penting untuk memahami yang pelajar disleksia amat tertarik dengankonsep aktiviti penceritaan yang dianimasikan. Didapati bahawa pelajar suka kepada pembelajaran yangdikaitkan dengan masalah dunia sebenar. Kajian ini juga membuktikan yang majoriti pelajar jugaberpendapat bahawa grafik dan animasi adalah menarik dan memudahkan mereka memahami kandungan.Sememangnya pelajar disleksia perlu mendapatkan daya tarikan dan motivasi untuk mengekalkan fokusmereka terhadap bahan pembelajaran. Para pelajar didapati dapat menelusuri kesemua isi kandungan topikPendaraban Dua dalam masa kurang dari 10 minit. Perkara sebegini diakui oleh guru berkenaan bahawaamatlah susah untuk dicapai didalam kelas biasa.Adalah penting untuk merujuk kepada ciri-ciri pelajar disleksia, pemahaman masalah topik pembelajaransecara teliti, dan mengenalpasti kaedah strategi pengajaran seperti yang telah dicadangkan. Dimasa yangakan datang pengkaji akan melihat banyak lagi kemungkinan untuk mengenalpasti lebih banyak unsur-unsur yang memotivasikan pembelajaran mereka.RujukanAnnual Report (2006). Kementerian Pelajaran Malaysia.Abtar Kaur, Ansary Ahmed, Zoraini Wati Abas & David Asirvatham. (2005). E-Learning in Malaysia: Streching Our Horizons. 11th International Conference on Technology Supported Learning & Training 30 November – 2 December 2005 in Berlin, Germany. 36
  11. 11. Jurnal Teknologi Pendidikan Malaysia Jilid 1, Nombor 2, Jun 2011Ally, M., Cleveland-Innes, M., Boskic, N., & Larwill, S. (2006) Learner’s Use of Learning Objects. Journal of Distance Education Revue De L’Education A Distance Fall/Automne 2006, 21(2), 44- 5.Abdullah, M Haziq. Hisham, S. & Parumo.S. (2009) MyLexics: An Assistive Courseware for Dyslexic Children to Learn Basic Malay Language. SigAccess Newsletter, Issue 95, [Online] daripada: http://www.sigaccess.org/community/newsletter/september_2009/sep09_2.pdf [15 December 2009].Beacham, N. (2007) The potential of multimedia to enhance learning for students with dyslexia.Skills for Access. Dimuat turun March 19, 2008, from http://skillsforaccess.org.uk/articles.php?id=150Bradford, J. (n.d.). Designing web pages for dyslexic readers. [Online] Dimuat turun pada May 3 2009, daripada: http://www.dyslexia-parent.com/mag35.htmlCornell, W. B. (2010). History Is Relatives; Educational Affordances of the Graphic Novel in The Magical Life of Long Tack Sam. International Journal of Comic Art, 12(1), 147-156.Dean, J (1996). Managing Special Needs in the Primary School. London: RoutledgeFadilahwati Abdul Rahman & Fattawi Mokhtar (2009), Dyslexic Children Learning styles” Proceedings: 3 rd International Malaysia Educational Technology Convention, Batu Ferringhi, Penang, Malaysia 2009: 21-26.Fadilahwati Abdul Rahman, Fattawi Mokhtar & Ronaldi Saleh Umar. (2010) Usability Testing on Interactive Multimedia Learning Object for Dyslexic Children: Proceeding of 5th International Conference on e-Learning, 12-13 July 2010. Universiti Sains Malaysia, Penang, MalaysiaFadilahwati Abdul Rahman, Fattwai Mokhtar, Ronaldi Saleh & Nor Aziah Alias. (2011). Mengatasi Masalah Disleksia Menggunakan Teknologi Pendidikan: Konferensi Akademik Pendidikan UITM- UPI, Universitas Pendidikan Indonesia, Bandung, 25 April 2011, Bandung IndonesiaFadilahwati Abdul Rahman & Ronaldi Saleh (2009). New Technology Approach (D-Mic) for Dyslexia Learning Style. Proceedings: Regional Conference on Special Need Education, University of Malaya. Kuala Lumpur, Malaysia 20 -22 July 2009.International Dyslexia Association (2010).Promoting Literacy Through Research, Education and Advocacy. Dimuat turun pada March 19, 2010, daripada http://www.interdys.org/Julina Johan (2005). Kementerian rujuk aduan masih banyak pelajar gagal kuasai 3M, Utusan Malaysia 14 Februari:14Karuchit, Warat. (2010). The Renaisance of Thai Knowledge Cartoon. International Journal of Comic Art, 12(1), 147-156.Keates, A. (2000). Dyslexia and Information and Communication Technology: A Guide for Teachers and Parents. London: David Fulton Publishers.Komala, P. Devi. (2004, September 22). Disleksia- Ramai Kanak-kanak tidak kenal huruf. Utusan Malaysia, p.17.Leeder, D. (2003). Learning object instructor and student surveys. Universities’ Collaboration in eLearning. Dimuat turun pada November 17, 2003, daripada http://www.ucel.ac.uk/resources/dev_pack.htmlMortimore, Tilly (2008). Dyslexia and learning style: a practitioner’s handbook 2nd ed. England: John Wiley & Sons Ltd.Newton, M. J., Thomson, M. E., & Richards, I. L.(1979) . Readings in dyslexia: A study text to accompany the Aston index. Wisbech, England: Bemrose UK Limited.Nor Afzan Mohamad Yusof. (2006). Kerajaan perlu tambah program khas di sekolah. Berita Harian, 31 JulaiNordin Ahmad. “350,000 murid sekolah rendah alami Disleksia”. Utusan Malaysia, 17 December 2005. p. 2. 37
  12. 12. Jurnal Teknologi Pendidikan Malaysia Jilid 1, Nombor 2, Jun 2011Parette, H., Hourcade, J. & Blum, C.. (2011). Using Animation in Microsoft PowerPoint to Enhance Engagement and Learning in Young Learners With Developmental Delay. Teaching Exceptional Children, 43(4), 58-67. Retrieved March 27, 2011, from ProQuest Education Journals. (Document ID: 2301060811).Shepherd, Clive. (2001). Objects of Interest. Dimuat turun pada March 19, 2010, daripada http://www.fastrak-consulting.co.uk/tactix/features/objects/objects.htmTaylor,M., Duffy, S., Hughes,G. (2007). The use of animation in higher education teaching to support students with dyslexia. Education and Training, 49(1), pp. 25-35 38

×