Dokumen tersebut membincangkan konsep dan aktiviti prabacaan untuk meningkatkan kesediaan membaca murid. Ia menjelaskan tiga komponen utama aktiviti prabacaan iaitu pengamatan penglihatan, pendengaran, dan pergerakan tangan dan mata. Dokumen ini juga mendefinisikan konsep pengamatan dan menjelaskan beberapa bentuk aktiviti pengamatan seperti diskriminasi, ingatan dan orientasi untuk meningkatkan kemahiran asas membaca murid.
1. Melaksanakan Aktiviti Prabacaan
1. Melaksanakan aktiviti pengamatan
penglihatan
2. Melaksanakan aktiviti pengamatan
pendengaran.
3. Melaksanakan aktiviti pergerakan tangan
dan mata.
2. Konsep prabacaan
• Kesediaan membaca merujuk kepada
kemampuan seseorang murid menerima
pengajaran dan pembelajaran dari segi
mental, emosi dan fizikal.
• Melibatkan peringkat mendirikan asas
membaca, memperkukuh asas membaca dan
peringkat-peringkat yang lebih tinggi.
3. • Syed Abu Bakar (1994) menyatakan bahawa
peringkat kesediaan membaca sangat penting.
Menurutnya, “Jika tahap ini tidak dicapai
terlebih dahulu, usaha untuk mengajarkan
kemahiran membaca bukan sahaja sia-sia,
malah boleh menimbulkan kesan yang amat
buruk kepada kanak-kanak, ibu bapa dan guru.
Konsep kesediaan membaca ini samalah dengan
keadaan semula jadi yang dialami oleh kanak-
kanak dalam perkembangan otot-otot tubuh
mereka.”
4. • Syed Abu Bakar (1994) mengkategorikan aktiviti
kesediaan membaca kepada dua, iaitu peringkat
prabacaan dan peringkat bacaan.
• Ismail Zakaria, Salmah Othman dan Elly Chong
(1992) menetapkan bahawa tahap prabacaan
merupakan satu tempoh menyediakan murid
untuk membaca.
• Juriah Long et. al (1994) menjelaskan bahawa
konsep kesediaan membaca bukan sahaja
meliputi pengajaran kemahiran-kemahiran
sebelum bacaan, tetapi juga merangkumi setiap
kemahiran sebelum kemahiran secara khusus dan
berterusan.
6. Konsep pengamatan
• Proses untuk mengenal maklumat daripada
tindak balas pancaindera dengan bantuan
kuasa intelek.
• Berlaku apabila wujudnya rangsangan luar
yang boleh bertindak dengan organ-organ
deria, hasil proses mental dan neurologi yang
mempengaruhi pembentukan konsep-konsep
yang jelas dan tepat. (Janet W. Leaner, 1971)
8. • Pengamatan = proses pengawasan dan
penelitian.
• Memberi bayangan atau bayangan dalam hati
atau fikiran tentang sesuatu dan pandangan
atau tanggapan pancaindera. (Noresah
baharom et. al, 2002)
Rajah 3: Proses pengamatan Noresah Baharom
et. al
9. Komponen dan bentuk pengamatan
1. Penglihatan (diskriminasi penglihatan, ingatan
penglihatan dan integrasi visual-motor dan
visual-kinestetik)
2. Pendengaran (diskriminasi pendengaran,
ingatan pendengaran dan integrasi visual-
pendengaran)
3. Pergerakan tangan dan mata.
10. Jenis aktiviti dan Bentuk Pengamatan
• Bentuk pengamatan penglihatan
a) Diskriminasi penglihatan
- Melibatkan keupayaan murid untuk melihat
dan mengamati persamaan dan perbezaan
sesuatu objek, bentuk geometri, gambar,
huruf dan perkataan.
11.
12.
13. b) Ingat kembali
- Melatih murid supaya dapat mengingat
kembali apa yang telah diamati.
- Guru boleh menggunakan bahan maujud atau
kad imbasan yang mengandungi gambar.
- Contoh:
14. c) Orientasi kedudukan
- Menguji kebolehan murid membezakan
kedudukan sesuatu objek atau gambar.
Berdasarkan beberapa gambar yang
mempunyai ciri-ciri yang sama, murid
mengesan kedudukan gambar yang berbeza.
15.
16. d) Mazing atau Cari Jalan Keluar
- Murid perlu mencari jalan keluar atau jalan
pulang. Contoh: ibu ayam mencari anak ayam
atau tikus mencari makanan dengan selamat.
- Tujuan: untuk menguji kesabaran dan
pengamatan penglihatan sebagai kemahiran
menyelesaikan masalah.
17.
18. e) Rajah dan latar bertindih
- Menguji kebolehan murid mengesan dan
menentukan jenis imej seperti bentuk, huruf
atau nombor dari latar belakang sesuatu
rajah. Kemudian murid diminta melukis
bentuk yang ada pada sehelai kertas putih.
19. f) Benda tersembunyi
- Aktiviti ini menguji kebolehan murid untuk
menyelesaikan masalah secara abstrak.
Berbantukan sekeping gambar, murid-murid
dikehendaki mengesan semua objek yang
tersembunyi pada gambar berkenaan.
20. • Contoh 1:
Cari objek tersembunyi ( pensel, topi, baldi,
huruf S dan kasut )
21. • Bentuk pengamatan pendengaran
a) Diskriminasi pendengaran
- Tujuan: untuk melihat keupayaan murid
mengenali dan mengecam persamaan dan
perbezaan bunyi yang didengar.
22. • Contoh 1: Mendiskriminasi kumpulan bunyi
yang sama.
Dengar bunyi dan namakan haiwan.
23. • Contoh 2: Mendiskriminasikan bunyi yang
berbeza.
Dengar bunyi dan namakan.
24. • Bentuk pergerakan tangan dan mata.
- Tujuan: untuk membantu murid menguasai
kemahiran asas pergerakan tangan secara
kemas, berpandu, terarah dan berfokus.
- Dua aktiviti yang boleh dilaksanakan:
a) Menyambungkan titik.
b) Menyalin corak.
28. Cara-cara melaksanakan
Guru akan
meletakkan beberapa
jenis haiwan mainan
di atas meja. Dalam
pada masa yang
sama, guru juga
melekatkan tanda
nama setiap haiwan
yang telah
ditunjukkan di atas
papan hitam.
Guru memilih
seorang murid. Murid
tersebut akan
memilih salah satu
haiwan yang
ditunjukkan dan
meletakkan haiwan
tersebut di dalam
kategori yang betul.
Contoh: ayam
diletakkan di dalam
kotak “Binatang
Ternakan”
Murid itu juga akan
menamakan haiwan
tersebut dengan
memilih tanda nama
yang betul. Murid itu
akan meletakkan
tanda nama itu ke
dalam sampul yang
dilekatkan di hadapan
kotak.
29. Tujuan aktiviti
• Untuk membezakan kategori haiwan dengan
melihat kepada ciri-ciri haiwan.
• Untuk mengukuhkan pemahaman murid.
• Untuk mempelbagaikan teknik pengajaran dan
pembelajaran.