SlideShare a Scribd company logo
1 of 6
Download to read offline
1
TEKS KHUTBAH JUMAAT
SEMPENA SAMBUTAN HARI GURU
PERINGKAT KEBANGSAAN TAHUN 2016
“GURU: PEMBINA NEGARA BANGSA”
KHUTBAH PERTAMA
ِ‫هلل‬ ُ‫د‬ْ‫م‬َ‫ح‬‫ال‬:‫القائل‬

َ‫ل‬ِ‫ا‬ َ‫ال‬ ْ‫ن‬َ‫أ‬ ُ‫د‬َ‫ه‬ْ‫ش‬َ‫أ‬ُ‫ه‬َّ‫ل‬‫ال‬ َّ‫ال‬ِ‫إ‬ َ‫ه‬َ‫و‬ْ‫ح‬َ‫د‬ُ‫ه‬َ‫ال‬َ‫ش‬ِ‫ر‬ْ‫ي‬َ‫ك‬َ‫ل‬‫ا‬ً‫د‬َّ‫م‬َُ‫ُم‬ َّ‫َن‬‫أ‬ ُ‫د‬َ‫ه‬ْ‫ش‬َ‫أ‬َ‫و‬ ‫ه‬،ُ‫ه‬ُ‫ل‬ْ‫و‬ُ‫س‬َ‫ر‬َ‫و‬ ُ‫ه‬ُ‫د‬ْ‫ب‬َ‫ع‬ِّ‫ل‬َ‫ص‬ َّ‫م‬ُ‫ه‬ّ‫ل‬‫ال‬
ٍ‫ان‬َ‫س‬ْ‫ح‬ِ‫إ‬ِ‫ب‬ ْ‫م‬ُ‫ه‬َ‫ع‬ِ‫ب‬َ‫ت‬ ْ‫ن‬َ‫م‬َ‫و‬ ِ‫ه‬ِ‫ب‬‫ا‬َ‫ح‬ْ‫َص‬‫أ‬َ‫و‬ ِ‫ه‬ِ‫آل‬ ‫ى‬َ‫ل‬َ‫ع‬َ‫و‬ ٍ‫د‬َّ‫م‬َُ‫ُم‬ ‫ا‬َ‫ن‬ِ‫د‬ِّ‫ي‬َ‫س‬ َ‫لى‬َ‫ع‬ ْ‫ك‬ِ‫ر‬‫ا‬َ‫ب‬َ‫و‬ ْ‫م‬ِّ‫ل‬َ‫س‬َ‫و‬ِ‫ن‬ْ‫ِّي‬‫الد‬ ِ‫م‬ْ‫و‬َ‫ي‬ َ‫َل‬ِ‫إ‬.
ُ‫د‬ْ‫ع‬َ‫ب‬ ‫ا‬َّ‫َم‬‫أ‬،َ‫ن‬ْ‫و‬ُ‫ق‬َّ‫ت‬
ُ
‫امل‬ َ‫از‬َ‫ف‬ ْ‫د‬َ‫ق‬َ‫ف‬ ِ‫ه‬ِ‫ت‬َ‫اع‬َ‫ط‬َ‫و‬ ِ‫اهلل‬ ‫ى‬َ‫و‬ْ‫ق‬َ‫ت‬ِ‫ب‬ َ‫اي‬َّ‫ي‬ِ‫إ‬َ‫و‬ ْ‫م‬ُ‫ك‬ْ‫ي‬ِ‫ص‬ْ‫ُو‬‫أ‬ َ‫اهلل‬ ‫ا‬ْ‫و‬ُ‫ق‬َّ‫ات‬ َ‫ن‬ْ‫و‬ُ‫ن‬ِ‫م‬ْ‫ؤ‬
ُ
‫امل‬ ‫ا‬َ‫ه‬ُّ‫َي‬‫أ‬ ‫ا‬َ‫ي‬َ‫ف‬
‫تعاَل‬ ‫اهلل‬ ‫قال‬:
Sidang Jumaat yang dirahmati Allah
Marilah kita bertakwa kepada Allah SWT dengan melaksanakan segala perintahNya dan
menjauhkan segala laranganNya. Mudah-mudahan kita akan termasuk dalam kalangan
orang-orang yang dikasihi oleh Allah Taala dan seterusnya mendapat kejayaan di dunia
dan di akhirat. Tajuk khutbah kita pada hari ini, Guru : Pembina Negara Bangsa yang
merupakan tema sambutan hari guru tahun 2016 bersamaan 1437 Hijri.
Sidang Jumaat yang dirahmati Allah
Tanggal 16 Mei setiap tahun telah ditetapkan sebagai sambutan Hari Guru peringkat
kebangsaan. Ini bagi mengingati jasa dan pengorbanan seorang insan bergelar guru.
2
Ingatlah, walau apapun kedudukan kita sekarang, pastinya bermula daripada didikan
seorang guru.
Guru merupakan murabbi, pendakwah yang diiktiraf sangat mulia di sisi agama dan
masyarakat, kerana mereka mewarisi tugas-tugas para rasul dalam membimbing manusia
ke jalan kebenaran dan membentuk tamadun manusia melalui pendidikan dan penyebaran
ilmu. Betapa besarnya peranan guru ini, mereka diibarat seperti bintang di langit yang
menjadi petunjuk jalan menerangi laluan sama ada di desa atau di bandar, di darat atau di
lautan.
Anas bin Malik r.a meriwayatkan Rasulullah SAW bersabda:
ِ‫"إ‬ِ‫ن‬ِ‫ات‬َ‫م‬ُ‫ل‬ُ‫ظ‬ِ‫ي‬‫اِف‬َ‫ه‬‫ىِب‬َ‫د‬َ‫ت‬ْ‫ه‬ُ‫ي‬ِ،ِ‫اء‬َ‫م‬‫ِالس‬‫وم‬ُ‫ج‬ُ‫ن‬ِ‫ل‬َ‫ث‬َ‫م‬َ‫ك‬ِ‫ض‬ْ‫ر‬َ‫يِاأل‬‫ِف‬‫اء‬َ‫م‬َ‫ل‬ُ‫ع‬ْ‫ل‬‫ِا‬َ‫ل‬َ‫ث‬َ‫م‬
ُِ‫ة‬‫ا‬َ‫د‬ُ‫ه‬ْ‫ل‬‫ِا‬‫ل‬‫َض‬‫ت‬ِ ْ‫ن‬َ‫ُِأ‬‫ك‬‫وش‬ُ‫ي‬ُِ‫م‬‫و‬ُ‫ج‬ُّ‫ن‬‫ِال‬‫ت‬َ‫س‬َ‫م‬َ‫ط‬ْ‫ن‬‫اِا‬َ‫ذ‬‫إ‬َ‫ف‬ِ،ِ‫ر‬ ْ‫ح‬َ‫ب‬ْ‫ل‬‫ا‬َ‫ِو‬ِّ‫ر‬َ‫ب‬ْ‫ل‬‫ا‬"
Mafhumnya: “ sesungguhnya perumpamaan orang yang berilmu pengetahuan
di muka bumi ini seperti bintang-bintang di langit yang menjadi petunjuk dan
menerangi di dalam kegelapan sama ada di daratan mahupun di lautan,
apabila ia terbenam atau hilang dikhuatiri akan hilang arah tujuan”
(riwayat Imam Ahmad)
Saidina Umar r.a pernah berkata “kematian seribu ahli ibadat adalah sedikit kesannya
berbanding kematian seorang alim (Ahli Ilmu) yang mahir ilmu halal, haram dalam syariat
Allah”.
Imam Syafie amat menghormati gurunya. Beliau pernah berkata: “Malik Bin Anas adalah
guruku. Seandainya tidak ada Imam Malik dan guruku seperti Ibnu Uyainah, maka
hilanglah ilmu Ulama-Ulama seluruh negeri hijaz ini”.
Saidina Ali Radiallahu anhu juga pernah berkata “Barang siapa yang mengajar aku
walaupun satu huruf maka dia adalah guruku”.
Imam Ghazali dalam kitab ‘Ihya Ulumuddin memetik nasihat Lukman Al-Hakim kepada
anaknya supaya menghormati guru, katanya : “Wahai anakku, pergaulilah para guru dan
rapatilah mereka dengan kedua lututmu, kerana Allah Taala menghidupkan hati dengan
nur ( cahaya) hikmah, sebagaimana Allah menghidupkan bumi dengan hujan dari langit”.
3
Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,
Profesion seorang guru bukan sahaja suatu pekerjaan yang murni dan baik, malah menjadi
seorang guru perlu menggalas suatu tugas dan cabaran yang hebat untuk mendidik,
membimbing dan menunjuk ajar dalam proses membentuk seorang manusia agar menjadi
modal insan yang berguna untuk agama, bangsa dan negara.
Dalam mengharungi proses dan sistem pendidikan tersebut khususnya di negara kita,
seorang guru sering menghadapi pelbagai cabaran dalam melaksanakan tugasannya di
bilik darjah dan sekolah.
Antara cabaran yang sering dihadapi oleh guru ialah berhadapan dengan pelbagai latar
belakang masyarakat dan salah faham mereka terhadap peranan guru.
Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,
Dalam mendepani cabaran-cabaran tersebut, pihak Kementerian Pendidikan Malaysia
memandang serius berkaitan dengan peranan ibu bapa dan komuniti sekitar terhadap
pendidikan dengan mewujudkan e-sarana seperti yang terkandung dalam Pelan
Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 – 2025.
E-sarana merupakan satu usaha bagi meningkatkan penglibatan ibu bapa dalam
pembelajaran anak-anak di dalam dan di luar sekolah. Kemahiran dan kepakaran yang ada
pada ibu bapa, dikongsi bersama dalam membina pendidikan anak-anak.
Oleh itu amatlah penting penglibatan ibu bapa bersama anak-anak dan mengambil
tindakan yang sewajarnya bagi membantu mereka meraih kejayaan pada masa hadapan.
Ibu bapa juga perlu berperanan sebagai guru di rumah. Sepertimana firman Allah SWT
dalam surah Al Maidah ayat 2.
َ َ
‫لَع‬
ْ
‫وا‬
ُ
‫ن‬َ‫او‬َ‫ع‬
َ
‫ت‬َ‫و‬‫ر‬
ِ
‫ر‬‫ب‬
ۡ
‫ٱل‬َ‫و‬‫ى‬َ‫و‬
ۡ
‫ق‬َّ‫ٱتل‬
َ َ
‫لَع‬
ْ
‫وا‬
ُ
‫ن‬َ‫او‬َ‫ع‬
َ
‫ت‬
َ
‫َل‬َ‫و‬‫ر‬‫م‬
ۡ
‫ث‬‫ر‬
ۡ
‫ٱۡل‬َ‫و‬‫ر‬‫ن‬ َ‫و‬ۡ‫د‬ُ‫ع‬
ۡ
‫ٱل‬
“dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertakwa dan
janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan".
Sidang Jumaat yang dirahmati Allah
4
Pada zaman yang serba mencabar ini, anak-anak lebih terdedah dengan pelbagai anasir
negatif yang boleh menyebabkan mereka lalai dan leka, sebagai contoh leka dengan
telefon pintar, leka dengan internet dan leka dengan pelbagai jenis bentuk hiburan.
Akhirnya peranan guru sebagai pembimbing sebenar telah dipinggirkan, mereka lebih
percaya kepada maklumat yang diambil daripada internet yang belum pasti kesahihannya.
Budaya ini boleh menyebabkan kekeliruan dan salah faham berlaku dalam perkara ibadah,
akhlak dan lebih membimbangkan lagi jika melibatkan akidah.
Kita juga dikejutkan dengan pelbagai berita berkaitan penyertaan rakyat Malaysia dalam
kumpulan militan Islamic State dan lebih mengejutkan apabila ada murid sekolah yang
terlibat sama. Menurut sumber berita, strategi licik cubaan merekrut pelajar sekolah itu
menggunakan medium facebook sebelum membiayai perjalanan mereka ke negara
tertentu dengan memberikan tafsiran sempit terhadap erti jihad sebenar semata-mata ingin
mendapat balasan syurga.
Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,
Al Quran telah mengingatkan kita tentang kepentingan masa. Maka sebagai umat Islam,
masa berkualiti amat penting khususnya kepada anak-anak pelajar.
Hasil kajian yang telah dibuat, masa anak-anak berada di sekolah hanya 15% manakala
masa untuk tidur 33% sementara 52% pula masa anak-anak berada di rumah dan bersama
komuniti masyarakat.
Marilah kita bersama-sama memastikan kualiti masa anak-anak dijaga dan diuruskan
dengan baik agar tidak menyesal di kemudian hari sebagaimana sabda junjungan nabi
Muhammad SAW :
"ِ‫ا‬ِ،ِ َ‫ك‬‫م‬َ‫ق‬َ‫س‬ِ َ‫ل‬ْ‫ب‬َ‫ق‬ِ َ‫ك‬َ‫ت‬‫ح‬‫ص‬َ‫و‬ِ ،ِ َ‫ك‬‫م‬َ‫ر‬َ‫ه‬ِ َ‫ل‬ْ‫ب‬َ‫ق‬ِ َ‫ك‬َ‫ب‬‫ا‬َ‫ب‬َ‫ش‬ِ :ِ ٍ‫س‬ْ‫م‬َ‫ِخ‬ َ‫ل‬ْ‫ب‬َ‫ق‬ِ ‫ا‬ً‫س‬ْ‫م‬َ‫ِخ‬ ْ‫م‬‫َن‬‫ت‬ْ‫غ‬
َِ‫ك‬‫ت‬ْ‫و‬َ‫م‬َِ‫ل‬ْ‫ب‬َ‫ق‬َِ‫ك‬َ‫ت‬‫ا‬َ‫ي‬َ‫ح‬َ‫و‬ِ،َِ‫ك‬‫ل‬ْ‫غ‬ُ‫ش‬َِ‫ل‬ْ‫ب‬َ‫ق‬َِ‫ك‬َ‫غ‬‫ا‬َ‫ر‬َ‫ف‬َ‫ِ،ِو‬َ‫ك‬‫ر‬ْ‫ق‬َ‫ف‬َِ‫ل‬ْ‫ب‬َ‫ق‬َِ‫اك‬َ‫ن‬‫غ‬َ‫و‬ِ"ِِِ
Yang bermaksud: “Rebutlah peluang lima keadaan sebelum datangnya lima
yang lain, keadaan mudamu sebelum datangnya masa tuamu dan keadaan
sihatmu sebelum datangnya faqirmu, keadaan lapangmu sebelum datangnya
keadaan sibukmu dan keadaanmu masih hidup sebelum datangnya matimu”.
(riwayat Tirmizi)
5
Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,
Mengakhiri khutbah pada hari ini, mimbar ingin mengajak sidang jumaat sekelian untuk
menghayati intipati khutbah yang disampaikan sebagai pedoman di dalam kehidupan kita,
antaranya:
Pertama - Guru merupakan insan yang perlu dihormati dan dihargai jasanya, bukan
diperlekeh apatah lagi dihina;
Kedua – Ibu bapa dan masyakarat juga perlu berperanan sebagai seorang guru di luar
sekolah;
Ketiga – Pengurusan masa yang berkualiti penting bagi melahirkan pelajar yang cemerlang
akademik dan akhlaknya.
Keempat – Negara amat memerlukan modal insan yang berkelakuan baik dan mempunyai
kemahiran yang tinggi; dan
Kelima – Semua pihak perlu berganding bahu dalam memartabat pendidikan demi
mencapai kebahagian dunia dan akhirat.
Ingatlah, Negara cemerlang terhasil daripada umat cemerlang, umat cemerlang terhasil
daripada keluarga yang cemerlang, keluarga cemerlang terhasil dari individu cemerlang
manakala individu cemerlang terhasil daripada didikan insan bernama guru.
‫الشيطان‬ ‫من‬ ‫باهلل‬ ‫أعوذ‬‫الرجيم‬
َ‫و‬
ُ
‫ه‬‫ري‬
َّ
‫ٱَّل‬‫ر‬‫ِف‬
َ
‫ث‬َ‫ع‬َ‫ب‬‫ر‬
ِ
‫ري‬ِ‫م‬
ُ ۡ
‫ٱۡل‬َۧ‫ن‬‫ر‬‫ه‬‫ر‬‫ت‬
َ
‫اي‬َ‫ء‬ ۡ‫م‬‫ر‬‫ه‬ۡ‫ي‬
َ
‫ل‬
َ
‫ع‬
ْ
‫وا‬
ُ
‫ل‬
ۡ
‫ت‬َ‫ي‬ ۡ‫م‬ُ‫ه‬
ۡ
‫رن‬ِ‫م‬
‫ا‬
‫وَل‬ُ‫س‬َ‫ر‬‫ۦ‬ُ‫م‬ُ‫ه‬ُ‫م‬‫ر‬
ِ
‫ل‬َ‫ع‬ُ‫ي‬َ‫و‬ ۡ‫م‬‫ر‬‫ه‬‫ري‬
ِ
‫ك‬َ‫ز‬ُ‫ي‬َ‫و‬
َ‫ب‬
َ
‫رت‬‫ك‬
ۡ
‫ٱل‬َ‫و‬
َ
‫ة‬َ‫م‬
ۡ
‫رك‬
ۡ
‫ٱۡل‬ٖ‫ني‬‫ر‬‫ب‬ُّ‫م‬ ٖ‫ل‬
َ
‫ل‬
َ
‫ض‬ ‫ر‬‫ِف‬
َ
‫ل‬
ُ
‫ل‬ۡ‫ب‬
َ
‫ق‬ ‫رن‬‫م‬
ْ
‫وا‬
ُ
‫ن‬
َ
‫َك‬ ‫ِإَون‬٢
Maksudnya: "Dia lah yang telah mengutuskan dalam kalangan orang-orang (Arab) yang
Ummiyyin, seorang Rasul (Nabi Muhammad s.a.w) dari bangsa mereka sendiri, yang
membacakan kepada mereka ayat-ayat Allah (yang membuktikan keesaan Allah dan
kekuasaanNya), dan membersihkan mereka (dari iktiqad yang sesat), serta mengajarkan
mereka Kitab Allah (Al-Quran) dan Hikmah (pengetahuan yang mendalam mengenai
hukum-hukum syarak). Dan sesungguhnya mereka sebelum (kedatangan Nabi
Muhammad) itu adalah dalam kesesatan yang nyata"
6
ِ‫آن‬ْ‫ر‬ُ‫ق‬‫ال‬ ِ‫ِف‬ ْ‫م‬ُ‫ك‬َ‫ل‬َ‫و‬ ْ ِ‫ِل‬ ُ‫اهلل‬ َ‫ك‬َ‫ار‬َ‫ب‬ِ‫م‬ْ‫ي‬ِ‫ك‬َ‫احل‬ ِ‫ر‬ْ‫ك‬ِّ‫الذ‬َ‫و‬ ِ‫ات‬َ‫اآلي‬ َ‫ن‬ِ‫م‬ ِ‫ه‬ْ‫ي‬ِ‫ف‬ ‫ا‬َِ‫ِب‬ ْ‫م‬ُ‫ك‬‫ا‬َّ‫ي‬ِ‫إ‬َ‫و‬ ِ‫ِن‬َ‫ع‬َ‫ف‬َ‫ن‬َ‫و‬ ِ‫م‬ْ‫ي‬ِ‫ظ‬َ‫الع‬
ِ‫ل‬َ‫و‬ ْ‫م‬ُ‫ك‬َ‫ل‬َ‫و‬ ْ ِ‫ِل‬ َ‫م‬ْ‫ي‬ِ‫ظ‬َ‫الع‬ َ‫اهلل‬ ُ‫ر‬ِ‫ف‬ْ‫غ‬َ‫ت‬ْ‫اس‬َ‫و‬ ُ‫م‬ْ‫ي‬ِ‫ل‬َ‫الع‬ ُ‫ع‬ْ‫ي‬ِ‫م‬َّ‫الس‬ َ‫و‬ُ‫ه‬ ُ‫ه‬َّ‫ن‬ِ‫إ‬ ُ‫ه‬َ‫ت‬َ‫الو‬ِ‫ت‬ ْ‫م‬ُ‫ك‬ْ‫ن‬ِ‫م‬َ‫و‬ ِّ‫ِن‬ِ‫م‬ َ‫ل‬َّ‫ب‬َ‫ق‬َ‫ت‬َ‫و‬ِ‫ر‬ِِ‫ا‬َ‫س‬
ُ
‫امل‬َ‫و‬ ِ‫ات‬َ‫م‬ِ‫ل‬ْ‫س‬
ُ
‫امل‬َ‫و‬ َ‫ني‬ْ‫م‬ِ‫ل‬ِ‫س‬ْ‫م‬ُ‫ل‬‫ا‬َْ‫ني‬ِ‫ب‬ِِ‫َّا‬‫ت‬‫ال‬ َ‫ة‬‫ا‬ََ‫َن‬ ‫ا‬َ‫ي‬َ‫و‬ َ‫ن‬ْ‫ي‬ِ‫ر‬ِ‫ف‬ْ‫غ‬َ‫ت‬ْ‫س‬
ُ
‫امل‬ َ‫ز‬ْ‫و‬َ‫ف‬ ‫ا‬َ‫ي‬َ‫ف‬ ُ‫ه‬ْ‫و‬ُ‫ر‬ِ‫ف‬ْ‫غ‬َ‫ت‬ْ‫اس‬َ‫ف‬ ِ‫ات‬َ‫ن‬ِ‫م‬ْ‫ؤ‬
ُ
‫امل‬َ‫و‬ َْ‫ني‬ِ‫ن‬ِ‫م‬ْ‫ؤ‬
Disediakan oleh:
Panel Penyediaan Teks Khutbah
Kementerian Pendidikan Malaysia
Mac 2016

More Related Content

What's hot

Kertas 2 isipadu cecair
Kertas 2   isipadu cecairKertas 2   isipadu cecair
Kertas 2 isipadu cecair
SK Seri Tawai
 
Labelkan setiap negeri di dalam peta malaysia di bawah
Labelkan setiap negeri di dalam peta malaysia di bawahLabelkan setiap negeri di dalam peta malaysia di bawah
Labelkan setiap negeri di dalam peta malaysia di bawah
Hasnah Annuar
 
Slide rbt tahun 4 unit 3 teknologi (penghasilan produk)
Slide rbt tahun 4 unit 3 teknologi (penghasilan produk)Slide rbt tahun 4 unit 3 teknologi (penghasilan produk)
Slide rbt tahun 4 unit 3 teknologi (penghasilan produk)
Nor Hafiz
 
Rancangan Pengajaran Harian
Rancangan Pengajaran HarianRancangan Pengajaran Harian
Rancangan Pengajaran Harian
khatifah yusup
 
Bahagian-bahagian najis
Bahagian-bahagian najisBahagian-bahagian najis
Bahagian-bahagian najis
syukrina53
 
Jerebuh langkah mengatasi dan kesan
Jerebuh langkah mengatasi dan kesan Jerebuh langkah mengatasi dan kesan
Jerebuh langkah mengatasi dan kesan
Song Love Story
 

What's hot (20)

Rukun tayammum
Rukun tayammumRukun tayammum
Rukun tayammum
 
MODUL BIMA SAKTI MENARI
MODUL BIMA SAKTI MENARIMODUL BIMA SAKTI MENARI
MODUL BIMA SAKTI MENARI
 
NOTA PANDUAN MENCAMBAH TAUGEH
NOTA PANDUAN MENCAMBAH TAUGEHNOTA PANDUAN MENCAMBAH TAUGEH
NOTA PANDUAN MENCAMBAH TAUGEH
 
Bab 10 hadis sumber hukum
Bab 10 hadis sumber hukumBab 10 hadis sumber hukum
Bab 10 hadis sumber hukum
 
Cerita pendek
Cerita pendekCerita pendek
Cerita pendek
 
Kertas 2 isipadu cecair
Kertas 2   isipadu cecairKertas 2   isipadu cecair
Kertas 2 isipadu cecair
 
Guli
GuliGuli
Guli
 
Bab 24 riwayat hidup rasulullah saw
Bab 24 riwayat hidup rasulullah sawBab 24 riwayat hidup rasulullah saw
Bab 24 riwayat hidup rasulullah saw
 
Tingkatan 3 Bawod
Tingkatan 3 BawodTingkatan 3 Bawod
Tingkatan 3 Bawod
 
Labelkan setiap negeri di dalam peta malaysia di bawah
Labelkan setiap negeri di dalam peta malaysia di bawahLabelkan setiap negeri di dalam peta malaysia di bawah
Labelkan setiap negeri di dalam peta malaysia di bawah
 
tayammum
tayammumtayammum
tayammum
 
Slide rbt tahun 4 unit 3 teknologi (penghasilan produk)
Slide rbt tahun 4 unit 3 teknologi (penghasilan produk)Slide rbt tahun 4 unit 3 teknologi (penghasilan produk)
Slide rbt tahun 4 unit 3 teknologi (penghasilan produk)
 
Rancangan Pengajaran Harian
Rancangan Pengajaran HarianRancangan Pengajaran Harian
Rancangan Pengajaran Harian
 
Bahagian-bahagian najis
Bahagian-bahagian najisBahagian-bahagian najis
Bahagian-bahagian najis
 
Ting 1 bab 3
Ting 1 bab 3Ting 1 bab 3
Ting 1 bab 3
 
Peranan guru
Peranan guruPeranan guru
Peranan guru
 
KATA HUBUNG PANCANGAN
KATA HUBUNG PANCANGANKATA HUBUNG PANCANGAN
KATA HUBUNG PANCANGAN
 
Jerebuh langkah mengatasi dan kesan
Jerebuh langkah mengatasi dan kesan Jerebuh langkah mengatasi dan kesan
Jerebuh langkah mengatasi dan kesan
 
Bab 13 islam agama fitrah
Bab 13 islam agama fitrahBab 13 islam agama fitrah
Bab 13 islam agama fitrah
 
Soalan sebenar upkk ulum syariah 2018
Soalan sebenar upkk ulum syariah 2018Soalan sebenar upkk ulum syariah 2018
Soalan sebenar upkk ulum syariah 2018
 

Similar to Khutbah hari guru 2016 rumi

Teks khutbah khas hari guru 2013 terkini
Teks khutbah khas hari guru 2013 terkiniTeks khutbah khas hari guru 2013 terkini
Teks khutbah khas hari guru 2013 terkini
KPM
 
NOOR IZZAH (SINOPSIS 4 BUAH BUKU) 2021.pdf
NOOR IZZAH (SINOPSIS 4 BUAH BUKU) 2021.pdfNOOR IZZAH (SINOPSIS 4 BUAH BUKU) 2021.pdf
NOOR IZZAH (SINOPSIS 4 BUAH BUKU) 2021.pdf
izzah888925
 
PENDIDIK DALAM ISLAM
PENDIDIK DALAM ISLAMPENDIDIK DALAM ISLAM
PENDIDIK DALAM ISLAM
guest08635a
 
Pendidik Dalam Islam
Pendidik Dalam IslamPendidik Dalam Islam
Pendidik Dalam Islam
guest08635a
 
Syarifudin ambon, fiqh dakwah
Syarifudin ambon, fiqh dakwahSyarifudin ambon, fiqh dakwah
Syarifudin ambon, fiqh dakwah
Syarifudin Amq
 
Pendidik Dalam Islam
Pendidik Dalam IslamPendidik Dalam Islam
Pendidik Dalam Islam
guest08635a
 
Syarifudin, membersihkan jiwa dengan berkahnya al quran
Syarifudin, membersihkan jiwa dengan berkahnya al quranSyarifudin, membersihkan jiwa dengan berkahnya al quran
Syarifudin, membersihkan jiwa dengan berkahnya al quran
Syarifudin Amq
 
Syarifudin, membersihkan jiwa dengan berkahnya al quran
Syarifudin, membersihkan jiwa dengan berkahnya al quranSyarifudin, membersihkan jiwa dengan berkahnya al quran
Syarifudin, membersihkan jiwa dengan berkahnya al quran
Syarifudin Amq
 

Similar to Khutbah hari guru 2016 rumi (20)

Teks khutbah khas hari guru 2013 terkini
Teks khutbah khas hari guru 2013 terkiniTeks khutbah khas hari guru 2013 terkini
Teks khutbah khas hari guru 2013 terkini
 
NOOR IZZAH (SINOPSIS 4 BUAH BUKU) 2021.pdf
NOOR IZZAH (SINOPSIS 4 BUAH BUKU) 2021.pdfNOOR IZZAH (SINOPSIS 4 BUAH BUKU) 2021.pdf
NOOR IZZAH (SINOPSIS 4 BUAH BUKU) 2021.pdf
 
Ciri ciri seorang guru yang diimpikan
Ciri ciri seorang guru yang diimpikanCiri ciri seorang guru yang diimpikan
Ciri ciri seorang guru yang diimpikan
 
PENDIDIK DALAM ISLAM
PENDIDIK DALAM ISLAMPENDIDIK DALAM ISLAM
PENDIDIK DALAM ISLAM
 
Pendidik Dalam Islam
Pendidik Dalam IslamPendidik Dalam Islam
Pendidik Dalam Islam
 
LMCP1112 FALSAFAH PENDIDIKAN ISLAM (A173825).pptx
LMCP1112 FALSAFAH PENDIDIKAN ISLAM (A173825).pptxLMCP1112 FALSAFAH PENDIDIKAN ISLAM (A173825).pptx
LMCP1112 FALSAFAH PENDIDIKAN ISLAM (A173825).pptx
 
Fiqh dakwah
Fiqh dakwahFiqh dakwah
Fiqh dakwah
 
Syarifudin ambon, fiqh dakwah
Syarifudin ambon, fiqh dakwahSyarifudin ambon, fiqh dakwah
Syarifudin ambon, fiqh dakwah
 
Proposal program lembaga pendidikan al quran sma islam cendekia muda
Proposal program lembaga pendidikan al quran sma islam cendekia mudaProposal program lembaga pendidikan al quran sma islam cendekia muda
Proposal program lembaga pendidikan al quran sma islam cendekia muda
 
Pendidik Dalam Islam
Pendidik Dalam IslamPendidik Dalam Islam
Pendidik Dalam Islam
 
Soalan Peperiksaan Bahasa Melayu Tingkatan 5 kertas 2
Soalan Peperiksaan  Bahasa Melayu Tingkatan 5 kertas 2 Soalan Peperiksaan  Bahasa Melayu Tingkatan 5 kertas 2
Soalan Peperiksaan Bahasa Melayu Tingkatan 5 kertas 2
 
Tuntunan wudhu dan tayammum disertai adab untuk tingkat dasar sd mi tematik k...
Tuntunan wudhu dan tayammum disertai adab untuk tingkat dasar sd mi tematik k...Tuntunan wudhu dan tayammum disertai adab untuk tingkat dasar sd mi tematik k...
Tuntunan wudhu dan tayammum disertai adab untuk tingkat dasar sd mi tematik k...
 
Amalan terbaik
Amalan terbaikAmalan terbaik
Amalan terbaik
 
Syarifudin, membersihkan jiwa dengan berkahnya al quran
Syarifudin, membersihkan jiwa dengan berkahnya al quranSyarifudin, membersihkan jiwa dengan berkahnya al quran
Syarifudin, membersihkan jiwa dengan berkahnya al quran
 
Syarifudin, membersihkan jiwa dengan berkahnya al quran
Syarifudin, membersihkan jiwa dengan berkahnya al quranSyarifudin, membersihkan jiwa dengan berkahnya al quran
Syarifudin, membersihkan jiwa dengan berkahnya al quran
 
Modul Mata Pelajaran PAI SMP Kelas IX
Modul Mata Pelajaran PAI SMP Kelas IXModul Mata Pelajaran PAI SMP Kelas IX
Modul Mata Pelajaran PAI SMP Kelas IX
 
Ciri ciri guru yang diimpikan
Ciri ciri guru yang diimpikanCiri ciri guru yang diimpikan
Ciri ciri guru yang diimpikan
 
JURNAL_HADITS_TARBAWI_KELOMPOK_8 asli.docx
JURNAL_HADITS_TARBAWI_KELOMPOK_8 asli.docxJURNAL_HADITS_TARBAWI_KELOMPOK_8 asli.docx
JURNAL_HADITS_TARBAWI_KELOMPOK_8 asli.docx
 
JURNAL_HADITS_TARBAWI_KELOMPOK_8 asli.docx
JURNAL_HADITS_TARBAWI_KELOMPOK_8 asli.docxJURNAL_HADITS_TARBAWI_KELOMPOK_8 asli.docx
JURNAL_HADITS_TARBAWI_KELOMPOK_8 asli.docx
 
A168771 AINAA AMIRAH BINTI ZAINOL EFFANDY.pptx
A168771 AINAA AMIRAH BINTI ZAINOL EFFANDY.pptxA168771 AINAA AMIRAH BINTI ZAINOL EFFANDY.pptx
A168771 AINAA AMIRAH BINTI ZAINOL EFFANDY.pptx
 

Recently uploaded

prinsip dasar kepramukaan dan metode kepramukaan
prinsip dasar kepramukaan dan metode kepramukaanprinsip dasar kepramukaan dan metode kepramukaan
prinsip dasar kepramukaan dan metode kepramukaan
aji guru
 
perwalian IKLIM SEKOLAH AMAN Mencegah Intoleransi.pptx
perwalian IKLIM SEKOLAH AMAN Mencegah Intoleransi.pptxperwalian IKLIM SEKOLAH AMAN Mencegah Intoleransi.pptx
perwalian IKLIM SEKOLAH AMAN Mencegah Intoleransi.pptx
Mas PauLs
 
Materi Bid PPM Bappeda Sos Pemutakhiran IDM 2024 di kec Plumbon.pptx
Materi Bid PPM Bappeda Sos Pemutakhiran  IDM 2024 di kec Plumbon.pptxMateri Bid PPM Bappeda Sos Pemutakhiran  IDM 2024 di kec Plumbon.pptx
Materi Bid PPM Bappeda Sos Pemutakhiran IDM 2024 di kec Plumbon.pptx
AvivThea
 
Power point materi IPA pada materi unsur
Power point materi IPA pada materi unsurPower point materi IPA pada materi unsur
Power point materi IPA pada materi unsur
DoddiKELAS7A
 

Recently uploaded (20)

prinsip dasar kepramukaan dan metode kepramukaan
prinsip dasar kepramukaan dan metode kepramukaanprinsip dasar kepramukaan dan metode kepramukaan
prinsip dasar kepramukaan dan metode kepramukaan
 
MODUL AJAR SENI MUSIK KELAS 5 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR SENI MUSIK KELAS 5 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL AJAR SENI MUSIK KELAS 5 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR SENI MUSIK KELAS 5 KURIKULUM MERDEKA.pdf
 
perwalian IKLIM SEKOLAH AMAN Mencegah Intoleransi.pptx
perwalian IKLIM SEKOLAH AMAN Mencegah Intoleransi.pptxperwalian IKLIM SEKOLAH AMAN Mencegah Intoleransi.pptx
perwalian IKLIM SEKOLAH AMAN Mencegah Intoleransi.pptx
 
MODUL AJAR PENDIDIKAN AGAMA ISLAM & BUDI PEKERTI (PAIBP) KELAS 5.pdf
MODUL AJAR PENDIDIKAN AGAMA ISLAM & BUDI PEKERTI (PAIBP) KELAS 5.pdfMODUL AJAR PENDIDIKAN AGAMA ISLAM & BUDI PEKERTI (PAIBP) KELAS 5.pdf
MODUL AJAR PENDIDIKAN AGAMA ISLAM & BUDI PEKERTI (PAIBP) KELAS 5.pdf
 
PELAKSANAAN + Link2 MATERI Training_ "AUDIT INTERNAL + SISTEM MANAJEMEN MUTU ...
PELAKSANAAN + Link2 MATERI Training_ "AUDIT INTERNAL + SISTEM MANAJEMEN MUTU ...PELAKSANAAN + Link2 MATERI Training_ "AUDIT INTERNAL + SISTEM MANAJEMEN MUTU ...
PELAKSANAAN + Link2 MATERI Training_ "AUDIT INTERNAL + SISTEM MANAJEMEN MUTU ...
 
Demokrasi dan Pendidikan Demokrasi kwn ppt.ppt
Demokrasi dan Pendidikan Demokrasi kwn ppt.pptDemokrasi dan Pendidikan Demokrasi kwn ppt.ppt
Demokrasi dan Pendidikan Demokrasi kwn ppt.ppt
 
UAS Matematika kelas IX 2024 HK_2024.pdf
UAS Matematika kelas IX 2024 HK_2024.pdfUAS Matematika kelas IX 2024 HK_2024.pdf
UAS Matematika kelas IX 2024 HK_2024.pdf
 
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 5 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 5 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 5 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 5 KURIKULUM MERDEKA.pdf
 
Aksi Nyata Modul 1.3 Visi Guru penggerak
Aksi Nyata Modul 1.3 Visi Guru penggerakAksi Nyata Modul 1.3 Visi Guru penggerak
Aksi Nyata Modul 1.3 Visi Guru penggerak
 
E-modul materi Ekosistem Kelas 10 SMA (Preview)
E-modul materi Ekosistem Kelas 10 SMA (Preview)E-modul materi Ekosistem Kelas 10 SMA (Preview)
E-modul materi Ekosistem Kelas 10 SMA (Preview)
 
PPDB SMAN 1 SURADE - PROV JABAR 2024 / 2025
PPDB SMAN 1 SURADE - PROV JABAR 2024 / 2025PPDB SMAN 1 SURADE - PROV JABAR 2024 / 2025
PPDB SMAN 1 SURADE - PROV JABAR 2024 / 2025
 
Materi Bid PPM Bappeda Sos Pemutakhiran IDM 2024 di kec Plumbon.pptx
Materi Bid PPM Bappeda Sos Pemutakhiran  IDM 2024 di kec Plumbon.pptxMateri Bid PPM Bappeda Sos Pemutakhiran  IDM 2024 di kec Plumbon.pptx
Materi Bid PPM Bappeda Sos Pemutakhiran IDM 2024 di kec Plumbon.pptx
 
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 4 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 4 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 4 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 4 KURIKULUM MERDEKA.pdf
 
PWS KIA (Pemantauan Wilayah Setempat) Kesehatan Ibu dan Anak
PWS KIA (Pemantauan Wilayah Setempat) Kesehatan Ibu dan AnakPWS KIA (Pemantauan Wilayah Setempat) Kesehatan Ibu dan Anak
PWS KIA (Pemantauan Wilayah Setempat) Kesehatan Ibu dan Anak
 
MODUL AJAR SENI RUPA KELAS 2 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR SENI RUPA KELAS 2 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL AJAR SENI RUPA KELAS 2 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR SENI RUPA KELAS 2 KURIKULUM MERDEKA.pdf
 
Power point materi IPA pada materi unsur
Power point materi IPA pada materi unsurPower point materi IPA pada materi unsur
Power point materi IPA pada materi unsur
 
MODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 3 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 3 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 3 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 3 KURIKULUM MERDEKA.pdf
 
Materi: Mengapa tidak memanfaatkan Media ?
Materi: Mengapa tidak memanfaatkan Media ?Materi: Mengapa tidak memanfaatkan Media ?
Materi: Mengapa tidak memanfaatkan Media ?
 
MODUL AJAR PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 4 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 4 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL AJAR PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 4 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 4 KURIKULUM MERDEKA.pdf
 
Variasi dan Gaya Mengajar, Mata Kuliah Strategi Belajar Mengajar
Variasi dan Gaya Mengajar, Mata Kuliah Strategi Belajar MengajarVariasi dan Gaya Mengajar, Mata Kuliah Strategi Belajar Mengajar
Variasi dan Gaya Mengajar, Mata Kuliah Strategi Belajar Mengajar
 

Khutbah hari guru 2016 rumi

  • 1. 1 TEKS KHUTBAH JUMAAT SEMPENA SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT KEBANGSAAN TAHUN 2016 “GURU: PEMBINA NEGARA BANGSA” KHUTBAH PERTAMA ِ‫هلل‬ ُ‫د‬ْ‫م‬َ‫ح‬‫ال‬:‫القائل‬  َ‫ل‬ِ‫ا‬ َ‫ال‬ ْ‫ن‬َ‫أ‬ ُ‫د‬َ‫ه‬ْ‫ش‬َ‫أ‬ُ‫ه‬َّ‫ل‬‫ال‬ َّ‫ال‬ِ‫إ‬ َ‫ه‬َ‫و‬ْ‫ح‬َ‫د‬ُ‫ه‬َ‫ال‬َ‫ش‬ِ‫ر‬ْ‫ي‬َ‫ك‬َ‫ل‬‫ا‬ً‫د‬َّ‫م‬َُ‫ُم‬ َّ‫َن‬‫أ‬ ُ‫د‬َ‫ه‬ْ‫ش‬َ‫أ‬َ‫و‬ ‫ه‬،ُ‫ه‬ُ‫ل‬ْ‫و‬ُ‫س‬َ‫ر‬َ‫و‬ ُ‫ه‬ُ‫د‬ْ‫ب‬َ‫ع‬ِّ‫ل‬َ‫ص‬ َّ‫م‬ُ‫ه‬ّ‫ل‬‫ال‬ ٍ‫ان‬َ‫س‬ْ‫ح‬ِ‫إ‬ِ‫ب‬ ْ‫م‬ُ‫ه‬َ‫ع‬ِ‫ب‬َ‫ت‬ ْ‫ن‬َ‫م‬َ‫و‬ ِ‫ه‬ِ‫ب‬‫ا‬َ‫ح‬ْ‫َص‬‫أ‬َ‫و‬ ِ‫ه‬ِ‫آل‬ ‫ى‬َ‫ل‬َ‫ع‬َ‫و‬ ٍ‫د‬َّ‫م‬َُ‫ُم‬ ‫ا‬َ‫ن‬ِ‫د‬ِّ‫ي‬َ‫س‬ َ‫لى‬َ‫ع‬ ْ‫ك‬ِ‫ر‬‫ا‬َ‫ب‬َ‫و‬ ْ‫م‬ِّ‫ل‬َ‫س‬َ‫و‬ِ‫ن‬ْ‫ِّي‬‫الد‬ ِ‫م‬ْ‫و‬َ‫ي‬ َ‫َل‬ِ‫إ‬. ُ‫د‬ْ‫ع‬َ‫ب‬ ‫ا‬َّ‫َم‬‫أ‬،َ‫ن‬ْ‫و‬ُ‫ق‬َّ‫ت‬ ُ ‫امل‬ َ‫از‬َ‫ف‬ ْ‫د‬َ‫ق‬َ‫ف‬ ِ‫ه‬ِ‫ت‬َ‫اع‬َ‫ط‬َ‫و‬ ِ‫اهلل‬ ‫ى‬َ‫و‬ْ‫ق‬َ‫ت‬ِ‫ب‬ َ‫اي‬َّ‫ي‬ِ‫إ‬َ‫و‬ ْ‫م‬ُ‫ك‬ْ‫ي‬ِ‫ص‬ْ‫ُو‬‫أ‬ َ‫اهلل‬ ‫ا‬ْ‫و‬ُ‫ق‬َّ‫ات‬ َ‫ن‬ْ‫و‬ُ‫ن‬ِ‫م‬ْ‫ؤ‬ ُ ‫امل‬ ‫ا‬َ‫ه‬ُّ‫َي‬‫أ‬ ‫ا‬َ‫ي‬َ‫ف‬ ‫تعاَل‬ ‫اهلل‬ ‫قال‬: Sidang Jumaat yang dirahmati Allah Marilah kita bertakwa kepada Allah SWT dengan melaksanakan segala perintahNya dan menjauhkan segala laranganNya. Mudah-mudahan kita akan termasuk dalam kalangan orang-orang yang dikasihi oleh Allah Taala dan seterusnya mendapat kejayaan di dunia dan di akhirat. Tajuk khutbah kita pada hari ini, Guru : Pembina Negara Bangsa yang merupakan tema sambutan hari guru tahun 2016 bersamaan 1437 Hijri. Sidang Jumaat yang dirahmati Allah Tanggal 16 Mei setiap tahun telah ditetapkan sebagai sambutan Hari Guru peringkat kebangsaan. Ini bagi mengingati jasa dan pengorbanan seorang insan bergelar guru.
  • 2. 2 Ingatlah, walau apapun kedudukan kita sekarang, pastinya bermula daripada didikan seorang guru. Guru merupakan murabbi, pendakwah yang diiktiraf sangat mulia di sisi agama dan masyarakat, kerana mereka mewarisi tugas-tugas para rasul dalam membimbing manusia ke jalan kebenaran dan membentuk tamadun manusia melalui pendidikan dan penyebaran ilmu. Betapa besarnya peranan guru ini, mereka diibarat seperti bintang di langit yang menjadi petunjuk jalan menerangi laluan sama ada di desa atau di bandar, di darat atau di lautan. Anas bin Malik r.a meriwayatkan Rasulullah SAW bersabda: ِ‫"إ‬ِ‫ن‬ِ‫ات‬َ‫م‬ُ‫ل‬ُ‫ظ‬ِ‫ي‬‫اِف‬َ‫ه‬‫ىِب‬َ‫د‬َ‫ت‬ْ‫ه‬ُ‫ي‬ِ،ِ‫اء‬َ‫م‬‫ِالس‬‫وم‬ُ‫ج‬ُ‫ن‬ِ‫ل‬َ‫ث‬َ‫م‬َ‫ك‬ِ‫ض‬ْ‫ر‬َ‫يِاأل‬‫ِف‬‫اء‬َ‫م‬َ‫ل‬ُ‫ع‬ْ‫ل‬‫ِا‬َ‫ل‬َ‫ث‬َ‫م‬ ُِ‫ة‬‫ا‬َ‫د‬ُ‫ه‬ْ‫ل‬‫ِا‬‫ل‬‫َض‬‫ت‬ِ ْ‫ن‬َ‫ُِأ‬‫ك‬‫وش‬ُ‫ي‬ُِ‫م‬‫و‬ُ‫ج‬ُّ‫ن‬‫ِال‬‫ت‬َ‫س‬َ‫م‬َ‫ط‬ْ‫ن‬‫اِا‬َ‫ذ‬‫إ‬َ‫ف‬ِ،ِ‫ر‬ ْ‫ح‬َ‫ب‬ْ‫ل‬‫ا‬َ‫ِو‬ِّ‫ر‬َ‫ب‬ْ‫ل‬‫ا‬" Mafhumnya: “ sesungguhnya perumpamaan orang yang berilmu pengetahuan di muka bumi ini seperti bintang-bintang di langit yang menjadi petunjuk dan menerangi di dalam kegelapan sama ada di daratan mahupun di lautan, apabila ia terbenam atau hilang dikhuatiri akan hilang arah tujuan” (riwayat Imam Ahmad) Saidina Umar r.a pernah berkata “kematian seribu ahli ibadat adalah sedikit kesannya berbanding kematian seorang alim (Ahli Ilmu) yang mahir ilmu halal, haram dalam syariat Allah”. Imam Syafie amat menghormati gurunya. Beliau pernah berkata: “Malik Bin Anas adalah guruku. Seandainya tidak ada Imam Malik dan guruku seperti Ibnu Uyainah, maka hilanglah ilmu Ulama-Ulama seluruh negeri hijaz ini”. Saidina Ali Radiallahu anhu juga pernah berkata “Barang siapa yang mengajar aku walaupun satu huruf maka dia adalah guruku”. Imam Ghazali dalam kitab ‘Ihya Ulumuddin memetik nasihat Lukman Al-Hakim kepada anaknya supaya menghormati guru, katanya : “Wahai anakku, pergaulilah para guru dan rapatilah mereka dengan kedua lututmu, kerana Allah Taala menghidupkan hati dengan nur ( cahaya) hikmah, sebagaimana Allah menghidupkan bumi dengan hujan dari langit”.
  • 3. 3 Sidang Jumaat yang dirahmati Allah, Profesion seorang guru bukan sahaja suatu pekerjaan yang murni dan baik, malah menjadi seorang guru perlu menggalas suatu tugas dan cabaran yang hebat untuk mendidik, membimbing dan menunjuk ajar dalam proses membentuk seorang manusia agar menjadi modal insan yang berguna untuk agama, bangsa dan negara. Dalam mengharungi proses dan sistem pendidikan tersebut khususnya di negara kita, seorang guru sering menghadapi pelbagai cabaran dalam melaksanakan tugasannya di bilik darjah dan sekolah. Antara cabaran yang sering dihadapi oleh guru ialah berhadapan dengan pelbagai latar belakang masyarakat dan salah faham mereka terhadap peranan guru. Sidang Jumaat yang dirahmati Allah, Dalam mendepani cabaran-cabaran tersebut, pihak Kementerian Pendidikan Malaysia memandang serius berkaitan dengan peranan ibu bapa dan komuniti sekitar terhadap pendidikan dengan mewujudkan e-sarana seperti yang terkandung dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 – 2025. E-sarana merupakan satu usaha bagi meningkatkan penglibatan ibu bapa dalam pembelajaran anak-anak di dalam dan di luar sekolah. Kemahiran dan kepakaran yang ada pada ibu bapa, dikongsi bersama dalam membina pendidikan anak-anak. Oleh itu amatlah penting penglibatan ibu bapa bersama anak-anak dan mengambil tindakan yang sewajarnya bagi membantu mereka meraih kejayaan pada masa hadapan. Ibu bapa juga perlu berperanan sebagai guru di rumah. Sepertimana firman Allah SWT dalam surah Al Maidah ayat 2. َ َ ‫لَع‬ ْ ‫وا‬ ُ ‫ن‬َ‫او‬َ‫ع‬ َ ‫ت‬َ‫و‬‫ر‬ ِ ‫ر‬‫ب‬ ۡ ‫ٱل‬َ‫و‬‫ى‬َ‫و‬ ۡ ‫ق‬َّ‫ٱتل‬ َ َ ‫لَع‬ ْ ‫وا‬ ُ ‫ن‬َ‫او‬َ‫ع‬ َ ‫ت‬ َ ‫َل‬َ‫و‬‫ر‬‫م‬ ۡ ‫ث‬‫ر‬ ۡ ‫ٱۡل‬َ‫و‬‫ر‬‫ن‬ َ‫و‬ۡ‫د‬ُ‫ع‬ ۡ ‫ٱل‬ “dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertakwa dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan". Sidang Jumaat yang dirahmati Allah
  • 4. 4 Pada zaman yang serba mencabar ini, anak-anak lebih terdedah dengan pelbagai anasir negatif yang boleh menyebabkan mereka lalai dan leka, sebagai contoh leka dengan telefon pintar, leka dengan internet dan leka dengan pelbagai jenis bentuk hiburan. Akhirnya peranan guru sebagai pembimbing sebenar telah dipinggirkan, mereka lebih percaya kepada maklumat yang diambil daripada internet yang belum pasti kesahihannya. Budaya ini boleh menyebabkan kekeliruan dan salah faham berlaku dalam perkara ibadah, akhlak dan lebih membimbangkan lagi jika melibatkan akidah. Kita juga dikejutkan dengan pelbagai berita berkaitan penyertaan rakyat Malaysia dalam kumpulan militan Islamic State dan lebih mengejutkan apabila ada murid sekolah yang terlibat sama. Menurut sumber berita, strategi licik cubaan merekrut pelajar sekolah itu menggunakan medium facebook sebelum membiayai perjalanan mereka ke negara tertentu dengan memberikan tafsiran sempit terhadap erti jihad sebenar semata-mata ingin mendapat balasan syurga. Sidang Jumaat yang dirahmati Allah, Al Quran telah mengingatkan kita tentang kepentingan masa. Maka sebagai umat Islam, masa berkualiti amat penting khususnya kepada anak-anak pelajar. Hasil kajian yang telah dibuat, masa anak-anak berada di sekolah hanya 15% manakala masa untuk tidur 33% sementara 52% pula masa anak-anak berada di rumah dan bersama komuniti masyarakat. Marilah kita bersama-sama memastikan kualiti masa anak-anak dijaga dan diuruskan dengan baik agar tidak menyesal di kemudian hari sebagaimana sabda junjungan nabi Muhammad SAW : "ِ‫ا‬ِ،ِ َ‫ك‬‫م‬َ‫ق‬َ‫س‬ِ َ‫ل‬ْ‫ب‬َ‫ق‬ِ َ‫ك‬َ‫ت‬‫ح‬‫ص‬َ‫و‬ِ ،ِ َ‫ك‬‫م‬َ‫ر‬َ‫ه‬ِ َ‫ل‬ْ‫ب‬َ‫ق‬ِ َ‫ك‬َ‫ب‬‫ا‬َ‫ب‬َ‫ش‬ِ :ِ ٍ‫س‬ْ‫م‬َ‫ِخ‬ َ‫ل‬ْ‫ب‬َ‫ق‬ِ ‫ا‬ً‫س‬ْ‫م‬َ‫ِخ‬ ْ‫م‬‫َن‬‫ت‬ْ‫غ‬ َِ‫ك‬‫ت‬ْ‫و‬َ‫م‬َِ‫ل‬ْ‫ب‬َ‫ق‬َِ‫ك‬َ‫ت‬‫ا‬َ‫ي‬َ‫ح‬َ‫و‬ِ،َِ‫ك‬‫ل‬ْ‫غ‬ُ‫ش‬َِ‫ل‬ْ‫ب‬َ‫ق‬َِ‫ك‬َ‫غ‬‫ا‬َ‫ر‬َ‫ف‬َ‫ِ،ِو‬َ‫ك‬‫ر‬ْ‫ق‬َ‫ف‬َِ‫ل‬ْ‫ب‬َ‫ق‬َِ‫اك‬َ‫ن‬‫غ‬َ‫و‬ِ"ِِِ Yang bermaksud: “Rebutlah peluang lima keadaan sebelum datangnya lima yang lain, keadaan mudamu sebelum datangnya masa tuamu dan keadaan sihatmu sebelum datangnya faqirmu, keadaan lapangmu sebelum datangnya keadaan sibukmu dan keadaanmu masih hidup sebelum datangnya matimu”. (riwayat Tirmizi)
  • 5. 5 Sidang Jumaat yang dirahmati Allah, Mengakhiri khutbah pada hari ini, mimbar ingin mengajak sidang jumaat sekelian untuk menghayati intipati khutbah yang disampaikan sebagai pedoman di dalam kehidupan kita, antaranya: Pertama - Guru merupakan insan yang perlu dihormati dan dihargai jasanya, bukan diperlekeh apatah lagi dihina; Kedua – Ibu bapa dan masyakarat juga perlu berperanan sebagai seorang guru di luar sekolah; Ketiga – Pengurusan masa yang berkualiti penting bagi melahirkan pelajar yang cemerlang akademik dan akhlaknya. Keempat – Negara amat memerlukan modal insan yang berkelakuan baik dan mempunyai kemahiran yang tinggi; dan Kelima – Semua pihak perlu berganding bahu dalam memartabat pendidikan demi mencapai kebahagian dunia dan akhirat. Ingatlah, Negara cemerlang terhasil daripada umat cemerlang, umat cemerlang terhasil daripada keluarga yang cemerlang, keluarga cemerlang terhasil dari individu cemerlang manakala individu cemerlang terhasil daripada didikan insan bernama guru. ‫الشيطان‬ ‫من‬ ‫باهلل‬ ‫أعوذ‬‫الرجيم‬ َ‫و‬ ُ ‫ه‬‫ري‬ َّ ‫ٱَّل‬‫ر‬‫ِف‬ َ ‫ث‬َ‫ع‬َ‫ب‬‫ر‬ ِ ‫ري‬ِ‫م‬ ُ ۡ ‫ٱۡل‬َۧ‫ن‬‫ر‬‫ه‬‫ر‬‫ت‬ َ ‫اي‬َ‫ء‬ ۡ‫م‬‫ر‬‫ه‬ۡ‫ي‬ َ ‫ل‬ َ ‫ع‬ ْ ‫وا‬ ُ ‫ل‬ ۡ ‫ت‬َ‫ي‬ ۡ‫م‬ُ‫ه‬ ۡ ‫رن‬ِ‫م‬ ‫ا‬ ‫وَل‬ُ‫س‬َ‫ر‬‫ۦ‬ُ‫م‬ُ‫ه‬ُ‫م‬‫ر‬ ِ ‫ل‬َ‫ع‬ُ‫ي‬َ‫و‬ ۡ‫م‬‫ر‬‫ه‬‫ري‬ ِ ‫ك‬َ‫ز‬ُ‫ي‬َ‫و‬ َ‫ب‬ َ ‫رت‬‫ك‬ ۡ ‫ٱل‬َ‫و‬ َ ‫ة‬َ‫م‬ ۡ ‫رك‬ ۡ ‫ٱۡل‬ٖ‫ني‬‫ر‬‫ب‬ُّ‫م‬ ٖ‫ل‬ َ ‫ل‬ َ ‫ض‬ ‫ر‬‫ِف‬ َ ‫ل‬ ُ ‫ل‬ۡ‫ب‬ َ ‫ق‬ ‫رن‬‫م‬ ْ ‫وا‬ ُ ‫ن‬ َ ‫َك‬ ‫ِإَون‬٢ Maksudnya: "Dia lah yang telah mengutuskan dalam kalangan orang-orang (Arab) yang Ummiyyin, seorang Rasul (Nabi Muhammad s.a.w) dari bangsa mereka sendiri, yang membacakan kepada mereka ayat-ayat Allah (yang membuktikan keesaan Allah dan kekuasaanNya), dan membersihkan mereka (dari iktiqad yang sesat), serta mengajarkan mereka Kitab Allah (Al-Quran) dan Hikmah (pengetahuan yang mendalam mengenai hukum-hukum syarak). Dan sesungguhnya mereka sebelum (kedatangan Nabi Muhammad) itu adalah dalam kesesatan yang nyata"
  • 6. 6 ِ‫آن‬ْ‫ر‬ُ‫ق‬‫ال‬ ِ‫ِف‬ ْ‫م‬ُ‫ك‬َ‫ل‬َ‫و‬ ْ ِ‫ِل‬ ُ‫اهلل‬ َ‫ك‬َ‫ار‬َ‫ب‬ِ‫م‬ْ‫ي‬ِ‫ك‬َ‫احل‬ ِ‫ر‬ْ‫ك‬ِّ‫الذ‬َ‫و‬ ِ‫ات‬َ‫اآلي‬ َ‫ن‬ِ‫م‬ ِ‫ه‬ْ‫ي‬ِ‫ف‬ ‫ا‬َِ‫ِب‬ ْ‫م‬ُ‫ك‬‫ا‬َّ‫ي‬ِ‫إ‬َ‫و‬ ِ‫ِن‬َ‫ع‬َ‫ف‬َ‫ن‬َ‫و‬ ِ‫م‬ْ‫ي‬ِ‫ظ‬َ‫الع‬ ِ‫ل‬َ‫و‬ ْ‫م‬ُ‫ك‬َ‫ل‬َ‫و‬ ْ ِ‫ِل‬ َ‫م‬ْ‫ي‬ِ‫ظ‬َ‫الع‬ َ‫اهلل‬ ُ‫ر‬ِ‫ف‬ْ‫غ‬َ‫ت‬ْ‫اس‬َ‫و‬ ُ‫م‬ْ‫ي‬ِ‫ل‬َ‫الع‬ ُ‫ع‬ْ‫ي‬ِ‫م‬َّ‫الس‬ َ‫و‬ُ‫ه‬ ُ‫ه‬َّ‫ن‬ِ‫إ‬ ُ‫ه‬َ‫ت‬َ‫الو‬ِ‫ت‬ ْ‫م‬ُ‫ك‬ْ‫ن‬ِ‫م‬َ‫و‬ ِّ‫ِن‬ِ‫م‬ َ‫ل‬َّ‫ب‬َ‫ق‬َ‫ت‬َ‫و‬ِ‫ر‬ِِ‫ا‬َ‫س‬ ُ ‫امل‬َ‫و‬ ِ‫ات‬َ‫م‬ِ‫ل‬ْ‫س‬ ُ ‫امل‬َ‫و‬ َ‫ني‬ْ‫م‬ِ‫ل‬ِ‫س‬ْ‫م‬ُ‫ل‬‫ا‬َْ‫ني‬ِ‫ب‬ِِ‫َّا‬‫ت‬‫ال‬ َ‫ة‬‫ا‬ََ‫َن‬ ‫ا‬َ‫ي‬َ‫و‬ َ‫ن‬ْ‫ي‬ِ‫ر‬ِ‫ف‬ْ‫غ‬َ‫ت‬ْ‫س‬ ُ ‫امل‬ َ‫ز‬ْ‫و‬َ‫ف‬ ‫ا‬َ‫ي‬َ‫ف‬ ُ‫ه‬ْ‫و‬ُ‫ر‬ِ‫ف‬ْ‫غ‬َ‫ت‬ْ‫اس‬َ‫ف‬ ِ‫ات‬َ‫ن‬ِ‫م‬ْ‫ؤ‬ ُ ‫امل‬َ‫و‬ َْ‫ني‬ِ‫ن‬ِ‫م‬ْ‫ؤ‬ Disediakan oleh: Panel Penyediaan Teks Khutbah Kementerian Pendidikan Malaysia Mac 2016