RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN<br />PENDIDIKAN ISLAM<br /><ul><li>Tarikh:15 September 2009Tingkatan:1 Ibn SinaMasa:8.20-9.40 ...
Rancangan Pengajaran Harian
Rancangan Pengajaran Harian
Rancangan Pengajaran Harian
Upcoming SlideShare
Loading in …5
×

Rancangan Pengajaran Harian

6,708 views

Published on

Published in: Technology, Business
0 Comments
1 Like
Statistics
Notes
  • Be the first to comment

No Downloads
Views
Total views
6,708
On SlideShare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
22
Actions
Shares
0
Downloads
144
Comments
0
Likes
1
Embeds 0
No embeds

No notes for slide

Rancangan Pengajaran Harian

  1. 1. RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN<br />PENDIDIKAN ISLAM<br /><ul><li>Tarikh:15 September 2009Tingkatan:1 Ibn SinaMasa:8.20-9.40 pagiBilangan Murid:29/32Tajuk Umum:IbadahTajuk Pelajaran:TayamumObjektif Am:Pelajar dapat mengetahui konsep bertayamum dengan betul serta kepentingannya dalam kehidupan.Hasil Pembelajaran:Di akhir pengajaran dan pembelajaran, pelajar dapat:(1)Mengenalpasti sekurang-kurangnya 3 sebab bertayamum.(2)(3)(4) Membezakan syarat-syarat dan rukun tayamum.Menyebut semula lafaz niat tayamum dengan betul.Menyatakan sekurang-kurangnya 3 perkara sunat ketika bertayamum dan 2perkara yang membatalkan tayamum. (5)Menunjukkan cara-cara bertayamum dengan betul.Kemahiran Berfikir:Menghayati kepentingan bertayamum bagi meneruskan ibadah solat tatkala ketiadaan air dan sebab-sebab tertentu yang lain.Penghayatan Nilai:Mengingatkan tanggungjawab kita sebagai hamba Allah dan kewajipan bersolat yang mesti dilaksanakan walaubagaimana keadaan sekalipun. Penggabung Jalinan:Kaitan dengan Geografi. Ayat ini diturunkan semasa zaman Rasulullah dan keadaan tanahnya berdebu dan berpasir. Sebab itu debu lebih sesuai digunakan, bukannya tanah liat dan sebagainya. Pengetahuan Sedia Ada:(1) Pelajar telah mempelajari ciri-ciri gurun di tanah Arab semasa kelas Geografi. (2) Pelajar telah mengetahui anggota-anggota untuk berwuduk serta perkara yang membatalkan wuduk.Bahan Bantu Mengajar:(1) Slide yang menunjukkan dialog antara dua sahabat tentang tayamum.(2) Lapan kepingan kad yang bertulis syarat-syarat dan rukun tayamum.(3) Bedak dan surat khabar- sebagai bahan untuk demonstrasi tayamum.Rujukan Guru:(1)Zulkarnain Yunus dan Mohd. Salam Kamil. (2009). Xpress Vista PMR1.2.3- Pendidikan Islam. Selangor, Sasbadi Sdn. Bhd.m/s: 48-49.Isi Pelajaran:(1)Pengertian tayamum dan sebab-sebabnya.(2)Syarat-syarat dan rukun tayamum.(3)Cara-cara bertayamum.(4)Perkara-perkara sunat ketika bertayamum. (5) Perkara-perkara yang membatalkan tayamum.KOMPONEN PENGAJARANInduksi SetGuru menunjukkan slide yang memaparkan dialog antara dua sahabat tentang tayamum. Dua pelajar diminta untuk membaca dialog tersebut dan pelajar yang lain diminta mendengar dengan baik dan mencari isi penting.Dialog ini adalah ketika Azam menziarahi Muaz di rumahnya.Azam : Nampaknya teruk juga balutan di tangan kau ni. Muaz: Begitulah nampaknya. Mana aku sangka lembu itu nak melintas. Aku pula tengah laju bawa moto masa tu. Hmm... Azam: Sabarlah Muaz, lepas ni kita kena sentiasa berhati-hati lah. Terpaksalah kau bertayamum macam ni kalau nak bersolat. Muaz: Tayamum? Boleh ke? Bukan masa tiada air sahaja ke kita dibenarkan bertayamum?Guru meminta pandangan pelajar dengan bertanya,”Apakah pendapat kamu? Boleh atau tidak Muaz bertayamum?”. Setelah pelajar memberi maklum balas, guru tidak terus memberi jawapan sebenar, sebaliknya guru meminta pelajar fokus akan topik pada hari ini dan akan membincangkan kembali situasi di atas.Guru memberitahu kelas yang topik akan dipelajari ialah Tayamum. Perkembangan IsiIsi PelajaranAktiviti Pengajaran dan PembelajaranCatatan1.Pengertian tayamum: - Menyapu debu tanah yang suci ke muka dan kedua-dua belah tangan hingga ke siku dengan syarat-syarat tertentu beserta dengan niat. Bertanya kepada pelajar sama ada tahu makna tayamum.”Ada sesiapa di antara kamu yang pernah dengar atau tahu apa yang dikatakan tayamum?”Jika ada yang tahu, minta beritahu kelas apa itu tayamum, dan guru membimbing jawapan pelajar tersebut.Jika tidak, guru memulakan pengajaran tayamum dengan menerangkan maknanya.2.Sebab-sebab Tayamum:Ketiadaan air atau ada air tetapi hanya cukup untuk keperluan makan dan minum.Sakit yang memudaratkan jika terkena air.Air yang terlalu sejuk dan boleh memudaratkan diri.Terkurung dan tiada bekalan air. Mula mengadakan perbincangan akan sebab-sebab yang dibenarkan bertayamum.Rujuk semula dialog tadi, kemudian tanya semula kepada pelajar sama ada situasi tersebut dibenarkan untuk bertayamum atau tidak. Minta pelajar beri situasi yang lain.Penilaian 13.Syarat-syarat tayamum:Telah masuk waktu solat.Debu tanah mestilah suci daripada najis.Debu mestilah kering dan tidak bercampur lumpur.Membersihkan najis sebelum bertayamum.Rukun tayamum:Niat. (Maksudnya: Sahaja aku bertayamum bagi mengharuskan solat kerana Allah Taala).Menyapu muka.Menyapu tangan hingga ke siku.Tertib.Guru menerangkan syarat-syarat dan rukun tayamum.Guru menguji pelajar dengan memberi kepingan kad yang mengandungi syarat-syarat dan rukun tayamum. Mana-mana lapan orang pelajar yang terpilih itu diminta untuk melekatkan kad tersebut di papan tulis sama ada di bawah kategori syarat-syarat atau rukun tayamum. Guru memberi maklum balas terhadap hasil jawapan pelajar.Penilaian 24.Perkara-perkara sunat ketika tayamum:Mula dengan membaca Bismillah.Mendahulukan tangan kanan daripada tangan kiri.Menipiskan debu tanah di tapak tangan.Berturut-turut antara menyapu muka dan tangan.Membaca doa.Perkara-perkara yang membatalkan tayamum:Semua perkara yang membatalkan wuduk.Ada air sebelum solat sekiranya bertayamum kerana ketiadaan air.Guru meneruskan pengajaran dengan menerangkan perkara-perkara sunat ketika tayamum dan perkara-perkara yang membatalkan tayamum. Tanya pelajar perkara-perkara yang membatalkan tayamum.Jika pelajar memberi jawapan perkara-perkara yang membatalkan tayamum ialah semua perkara yang membatalkan wuduk, guru menyoal kepada pelajar akan perkara yang membatalkan wuduk sebagai imbasan semula kepada topik yang lalu.Guru memberi maklum balas terhadap jawapan pelajar.Penilaian 45.Cara-cara bertayamum:Tekan kedua-dua tapak tangan ke atas debu yang suci.Kemudian sapu muka dengan debu tadi disertai dengan niat.Seterusnya tekan kedua tapak tangan ke atas debu sekali lagi, kemudian sapu debu tersebut di tangan kanan dan kiri hingga ke siku.Guru membuat demonstrasi sebanyak dua kali di hadapan pelajar (semua pelajar diminta membuat lengkungan agar semua dapat melihat demonstrasi tersebut-sebahagiannya duduk dan sebahagiannya berdiri). Kali pertama, pelajar diminta mencatat isi-isi penting cara untuk bertayamum.Kali kedua, pelajar diminta perhatikan dengan teliti kerana guru akan menguji dua orang daripada pelajar untuk membuat demonstrasi.Penilaian1.Sebelum pelajar yang terpilih membuat demonstrasi, guru meminta:semua pelajar menyebut semula lafaz niat tayamum dengan kuat dan betul.kemudian guru memilih 2 atau 3 orang untuk menyebut semula lafaz niat tayamum dengan betul. Guru memberi maklum balas terhadap bacaan pelajar.(Penilaian 3)2. Dua orang pelajar diminta membuat demonstrasi di hadapan kelas dengan kaedah yang betul. Sambil berdemonstrasi, guru juga meminta pelajar tersebut menyatakan dan menunjukkan sekurang-kurangnya 3 perkara sunat ketika bertayamum. Pelajar yang lain juga dibenarkan membantu dan memberi jawapan. Guru memberi maklum balas semasa dan setelah selesai berdemonstrasi.(Penilaian 4 dan 5)RumusanGuru menegaskan bahawa tayamum ini boleh dilakukan atas sebab-sebab tertentu seperti ketiadaan air untuk meneruskan ibadah solat.Guru menasihati pelajar agar menjaga solat dalam kehidupan seharian tidak kira di mana dan bagaimana keadaan sekalipun.Latihan SusulanGuru memberi kerja rumah dengan soalan-soalan berikut: Apakah hukum bertayamum dengan bedak bagi menggantikan debu seperti yang baru sahaja didemonstrasikan tadi?Kenapa anggota tayamum tidak sama dengan anggota wuduk? Kenapa hanya muka dan tangan sahaja sedangkan tayamum itu adalah sebagai pengganti wuduk untuk melaksanakan solat?Jawapan kepada soalan ini akan dibincangkan pada kelas yang akan datang.Penilaian KendiriUlasan Penyelia Ulasan Pengetua

×