analisis terhadap rancangan pengajaran dan pembelajaran yang telah dilaksanak...rathibujie
analisis terhadap rancangan pengajaran dan pembelajaran yang telah dilaksanakan dari segi kaedah, teknik dan kemahiran bernilai tambah. berikan justifikasi mengapa anda memilih kaedah dan teknik tersebut.
Langkah menyediakan JPU dan membina item soalan objektif dan esei
Untuk sesiapa yang inginkan document ini anda boleh emailkan kepada saya zuzanmichael@gmail.com sbb sy jarang bukak page ni. TQ
Huraian RPH Kepelbagaian Pelajar Model Hunter Pembelajaran Berasaskan Masalah
1. Huraian / Penerangan Berkaitan RPH Kepelbagaian Pelajar ( Pelajar Cemerlang)
Adalah penting untuk menunjukkan perkaitan antara teori dengan penyediaan pelan
pengajaran. Bagi setiap langkah dalam RPH, wajarlah ada rasional dan justifikasi kenapa
sesuatu itu dilakukan. Teori-teori yang dipelajari dalam kursus lain khasnya psikologi,
sosiologi, kurikulum , pemikiran kritis dan sebagainya WAJAR diintegrasikan bersama
dalam penerangan. Contoh profil pelajar diambil kira semasa merancang aktiviti. Soalan
taksiran pula dijadikan sebagai cara untuk melihat sama ada objektif pada hari itu berjaya
atau tidak dan disemak sendiri oleh pelajar untuk maklumbalas segera.
Profil Kelas
Untuk rancangan pengajaran harian 1 ini, ia melibatkan pelajar-pelajar daripada kelas
pertama atau kumpulan pelajar-pelajar yang cemerlang dalam akademik. Kelas 4 ERT 1
mempunyai 20 orang pelajar. Setiap kelas ERT adalah lebih baik sekiranya tidak
mempunyai lebih daripada 20 orang pelajar kerana matapelajaran ini banyak melibatkan
aktiviti dalam bengkel yang hanya boleh dikendalikan oleh pelajar dalam bilangan yang
kecil supaya senang diawasi oleh guru dan juga disebabkan peralatan bengkel yang
terhad.
Tajuk pengajaran dan pembelajaran pada hari itu ialah Bab 3 – Pemilihan dan
penyimpan makanan dan sub topiknya ialah Makanan Segar- Sayur-sayuran. Sesi P&P
ini dijalankan selama 80 minit iaitu dua sesi dimana ia bermula pada jam 8.20 pagi
hingga 9.40 pagi. Tujuan waktu P&P ini dijalankan pada waktu pagi adalah kerana pada
waktu ini, pelajar-pelajar segar dan masih boleh menerima input-input daripada guru
serta mereka juga lebih aktif untuk menjalankan aktiviti dalam kelas jika dibandingkan
dengan waktu tengahari di mana pelajar menjadi penat dan daya penerimaan mereka juga
menjadi rendah terutamanya sekiranya guru itu lebih melakukan pengajaran secara
tradisional dimana guru hanya mengajar dan pelajar hanya duduk mendengar.
Dalam tajuk ini sebenarnya pelajar telah didedahkan dan juga telah mempunyai
sedikit pengalaman dalam pengendalian makanan segar semasa mereka menjalani amali
2. masakan di tingkatan 1 hingga 3 untuk subjek elektif kemahiran hidup- Ekonomi Rumah
Tangga.
Secara keseluruhannya saya ingin pelajar menumpukan pada bahagian klasifikasi,
pemilihan dan penyimpanan sayur-sayuran.
Hasil Pembelajaran
Hasil pembelajaran yang saya ingin pelajar peroleh adalalah dua hasil iaitu yang pertama
ialah:
Sebelum tamat pengajaran dan pembelajaran, dalam masa 5 minit (C), pelajar
Tingakatan 4 ERT1 (A) dapat:
1. menyatakan ( B-aras) kesemua (D) klasifikasi sayur-sayuran
iaitu berdaun, bunga, batang dan pucuk, buah, biji, bebawang, kacang dan akar.
Menyenaraikan diletakkan pada aras pertama Taksonomi Bloom iaitu aras pengetahuan.
Saya mentargetkan kesemua pelajar kelas cemerlang ini dapat menyenaraikan kesemua (8
klasifikasi) sayur-sayuran.
Manakala untuk hasil pembelajaran kedua iaitu:
Sebelum tamat pengajaran dan pembelajaran, dalam masa 5 minit (C), pelajar
Tingakatan 4 ERT1 (A) dapat:
2. menghuraikan (B-aras) 90% (D) ciri-ciri pemilihan dan penyimpanan
sayur-sayuran
Untuk hasil pembelajaran kedua ini, ia lebih kepada aras kefahaman dalam Taksonomi
Bloom. Target saya pula pelajar dapat menghuraikan ciri-ciri penyimpanan dan
pemilihan sayur-sayuran ini sebanyak 90% dengan kefahaman mereka sendiri untuk
menerangkannya dan mungkin hanya 10% sahaja yang mereka tidak dapat huraikan
dengan betul kerana tidak ingat atau tidak faham.
3. Turutan Aktiviti
Untuk RPH ini, saya menggunakan model Hunter’s Lesson Cycle Design kerana model
ini banyak membantu pelajar untuk mengukuhkan tahap penerimaan mereka untuk subjek
tersebut dengan adanya permodelan, guru menyemak kefahaman murid, guru memantau
dan mengubahsuai sekiranya ada perkara yang perlu dibetulkan, mengadakan praktis
terbimbing dan juga praktis bertempoh yang boleh mengkonkritkan pelajar untuk topik
berkenaaan.
Set Induksi:
Untuk set induksi, proses ini cuma dijalankan secara ringkas iaitu selama 4 minit sahaja
dimana saya menggunakan bahan maujud atau alat fizikal yang pelajar boleh lihat,
sentuh, rasa dan bau iaitu dengan menggunakan tomato dan sayur kangkung dimana
sedikit sebanyak pelajar dapat gambaran mengenai tajuk yang akan guru ajar pada hari
itu. Dalam set induksi, kemahiran berfikir secara secara kritis dan kreatif, pelajar dapat
menjana idea mereka untuk meneka apakah tajuk yang akan diajar oleh guru. Nilai
kerjasama juga diterap dimana 2 daripada 20 orang pelajar memberi kerjasama dengan
meneka secara sukarela pengajaran yang ingin guru ajar pada hari itu.
Maklumkan objektif pembelajaran:
Guru memaklumkan objektif pembelajaran kepada pelajar supaya mereka mendapat
gambaran apakah yang perlu mereka dapat pada akhir pengajaran nanti dan apa
kepentingan menguasai isi pelajaran tersebut.
Input pengajaran:
Untuk menyampaikan input tentang topik yang ingin diajar, guru menggunakan alat
bantu mengajar daripada slaid powerpoint yang telah disediakan guru (Rujuk Lampiran
BBM- 2) untuk memberi penerangan kepada pelajar tentang klasifikasi, pemilihan dan
penyimpanan sayur-sayuran. Guru menggunakan slaid powerpoint yang disediakan oleh
guru keran ia lebih mudah untuk difahami oleh pelajar daripada menggunakan buku teks.
4. Permodelan:
Guru telah menggunakan kaedah Pembelajaran Berdasarkan Masalah (PBL) kepada
pelajar-pelajar kelas cemerlang ini. PBL digunakan kerana ia merupakan salah satu
alternatif untuk pembelajaran aktif. Pembelajaran berasaskan masalah merupakan satu
kaedah pembelajaran yang menggunakan masalah sebenar yang relevan serta bermakna
sebagai fokus dalam proses pembelajaran. Ianya didapati sesuai digunakan bukan sahaja
dalam meningkatkan pengetahuan dan kemahiran pelajar tetapi juga mampu menyokong
kepada pembangunan kemahiran generik seperti kemahiran menyelesaikan masalah,
kemahiran bekerja dalam kumpulan dan kemahiran berkomunikasi. Nilai bekerjasama
juga dipupuk dalam aktiviti ini.
Dalam PBL, para pelajar diberikan suatu masalah atau situasi sebenar dan
dikehendaki menyelesaikannya dengan mencari input-input daripada artikel yang
diperoleh daripada surat khabar (Rujuk Lampiran BBM 3).
Semak Kefahaman Murid:
Guru bertindak sebagai pembimbing atau penggerak kepada penyelesaian yang dilakukan
oleh para pelajar dimana guru menerangkan keperluan untuk melakukan tugasan secara
berkumpulan dengan memberi peluang kepada setiap rakan dalam kumpulan untuk
menyumbang idea. Di sini kemahiran sosial iaitu pelajar menjadi penyokong yang baik
kerana memberi dan menghormati idea rakan-rakan yang lain serta memberi cadangan
yang bernas untuk menyokong idea rakan-rakan.
Pelajar pula diminta untuk merekodkan hasil perbincangan daripada apa yang
mereka faham mengenai artikel yang diberi. Kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif
iaitu menjana idea juga dipraktikkan di mana setiap pelajar digalakkan untuk
menyumbangkan idea mereka atau menghasilkan idea yang asli dan bernilai. Isi pelajaran
berkaitan dengan klasifikasi, pemilihan dan penyimpanan sayur-sayuran. Kemudian
pelajar mengekpresikan maklumat yang mereka perolehi dalam bentuk peta minda.
5. Pantau dan ubah suai:
Pada sesi ini guru telah memantau serta membimbing pelajar agar tidak tersasar daripada
objektif pembelajaran dan pembincangan serta memberi panduan kepada pelajar untuk
menyelesaikan masalah dalam aktiviti mereka.
Praktis terbimbing:
Pelajar telah diberikan masa selama 20 minit untuk melakukan perbincangan dalam
kumpulan. Pelajar juga bersama-sama bekerjasama mengaplikasikan dan mengeluarkan
segala apa isi yang berkaitan dengan topik hari tersebut semua pengetahuan dan
kemahiran mereka dalam topik hari tersebut untuk menyelesaikan masalah daripada
artikel yang diberikan oleh guru. Manakala guru akan terus memantau aktiviti atau
tugasan yang diberikan kepada pelajar agar mereka tidak tersasar. Kemudian pelajar
mengekpresikan maklumat yang mereka perolehi dalam bentuk peta minda.
Praktis bertempoh:
Untuk praktis bertempoh guru telah meminta pelajar untuk merumuskan apa yang telah
mereka pelajari dan perolehi daripada pengajaran dan aktiviti yang dijalankan.
Kemudian, guru mengedarkan soalan taksiran dan memberi pelajar 5 minit untuk
menjawab diikuti dengan semakan jawapan yang ditulis di papan putih. Soalan yang
dikemukan adalah soalan kognitif yang ingin menguji tahap kefahaman dan pengetahuan
pelajar mengenai topik yang diajar.
Penutup:
Untuk penutup, guru merumuskan apa yang pelajar belajar pada hari tersebut,
mengatakan nilai yang mereka perolehi secara tidak langsung semasa proses P&P ini
berjalan serta menekankan sekali lagi isi pelajaran yang perlu pelajar kuasai.