SlideShare a Scribd company logo
Konsep Pemulihan
Kamus Dewan Edisi Keempat (2005: 1245,1246)
“Pulih” bermaksud kembali seperti biasa (keadaan semula).“Pemulihan” bermaksud perbuatan
memulihkan, pengembalian kepada keadaan semula.Dalam konteks ini konsep pemulihan merujuk
kepada kanak-kanak yang menghadapi masalah dalam pembelajaran.Pembelajaran pemulihan biasanya
dikaitkan dengan usaha untuk memperbaiki sesuatu kekurangan atau memperbetul sesuatu.


Syarifah Alawiah Alsagoff (1983)
Pemulihan ialah satu tindakan yang diambil untuk mengatasi keperluan pendidikan murid yang
mengalami kesusahan dari segi pembelajaran dalam darjah khas di sekolah biasa, di pusat khusus yang
diasingkan daripada sekolah biasa dan dalam darjah untuk pengajaran pembelajaran biasa.


Ishak Harun dan Koh Boh Boon (1983)
Pemulihan merupakan perkhidmatan khas untuk memenuhi keperluan kanak-kanak yang menghadapi
pembelajaran di sekolah biasa.


O. C. Simpson (1975)
Aktiviti pemulihan merupakan tindakan khas atau tindakan khusus yang diambil untuk mengatasi
keperluan pendidikan murid yang mengalami kesulitan dari segi pembelajaran dalam kelas khas di
sekolah biasa, di pusat-pusat khusus yang dihadiri oleh murid secara sambilan, dan dalam darjah untuk
pengajaran pembelajaran biasa.


Blair (1956)
Pemulihan ialah program khas berbentuk tambahan bagi memenuhi keperluan kanak-kanak yang
menghadapi masalah pembelajaran agar ketidakupayaan yang menghalangnya dapat diatasi.Aktiviti
pemulihan tertumpu kepada penguasaan kemahiran.



Strategi Pemulihan dalam Kelas Khas
       Kenal pasti murid yang perlu pemulihan khas.
       Kenal pasti masalah murid.
       Kenal pasti punca masalah murid.
       Menjalin hubungan mesra dengan murid.
       Menunjukkan penghargaan kepada murid.
       Mewujudkan situasi yang diperlukan oleh murid untuk belajar.
       Memilih pendekatan kaedah, teknik yang sesuai.
       pendekatan bermain sambil belajar.
       teknik bercerita.
       teknik latih tubi.
       teknik bersoal jawab.
       teknik nyanyian.
       Memilih dan menggunakan bahan bantu pengajaran yang sesuai.
Program Pemulihan Khas disediakan untuk membantu murid menguasai
kemahiran-kemahiran asas 3M yang belum dapat dikuasai dalam tempoh masa
ditetapkan.
       Menjalankan aktiviti pengukuhan.
       Membuat penilaian formatif dan sumatif untuk tindakan susulan.




Objektif Pendidikan Pemulihan
1.         Membantu murid mengatasi masalah pembelajaran dalam kemahiran-kemahiran tertentu.

2.         Memupuk serta mengembangkan sikap yakin diri dan sikap positif terhadap pembelajaran.

3.         Membantu murid mengubah sikap negatif dan tingkah laku yang menjejaskan pembelajaran.

4.        Membolehkan murid menguasai kemahiran-kemahiran tertentu dengan cara mengikuti aktiviti-
aktiviti alternatif yang sesuai dengan mereka.

5.    Membolehkan murid mendapat layanan dan kemudahan belajar yang sesuai dengan
kemampuan dan perkembangan mental individu.

6.        Membolehkan murid mendapat peluang yang sama dengan melibatkan diri sepenuhnya dalam
aktiviti-aktiviti sosial, sama ada di dalam atau di luar bilik darjah.

7.      Membolehkan murid meneruskan pelajaran mereka dalam sistem persekolahan biasa atau
sekolah khas yang bersesuaian dengan keperluan masing-masing.




          CIRI-CIRI PELAJAR PEMULIHAN
     1.    Yang tidak bermotivasi untuk belajar
     2.    Yang tidak mempunyai idea tentang cara belajar
     3.    Lebih mudah berputus asa
     4.    Lebih mudah mengganggu persekitaran
     5.    Lebih mudah ragu-ragu
     6.    Cepat lupa
     7.    Kurang cerdas dalam pemikiran
     8.    Belajar secara lambat
     9.    Mundur
     10.   Pencapaian akademik yang tidak tinggi
     11.   Kekurangan sosial
     12.   Kerencatan akal
    FAKTOR-FAKTOR MASALAH PEMBELAJARAN
   1.   Faktor psikologi
            A. Kecerdasan mental
            B. Emosi yang tidak stabil



   1. Faktor biologi/kesihatan
Kanak-kanak biasanya menghadapi masalah “neurologi”, iaitu sukar mengeja,membaca dan menulis.




   1.   Faktor persekitaran
            A. Terdiri daripada bahasa
            B. Terdiri daripada amalan sekolah



   1.   Faktor emosi dan social



       CARA-CARA MENGESAN KESUKARAN PEMBELAJARAN

   1.   Pemerhatian
   2.   Melihat pada rekod prestasi
   3.   Profil peribadi
   4.   Ujian kertas dan pensel
   5.   Latihan harian



       PERANAN GURU KELAS BIASA DALAM PELAKSANAAN PEMULIHAN
   1.   Mengatur langkah-langkah yang sesuai dalam pengelolaan sesi pemulihan
   2.   Menguruskan aktiviti pengajaran pemulihan
   3.   Menentukan strategi p&p
   4.   Menyediakan bahan dalam sesi pemulihan
   5.   Menjalankan aktiviti penilaian untuk sesi pemulihan
   6.   Mengambil tindakan susulan yang sewajarnya



       STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PEMULIHAN

Kumpulan: berlaku apabila sekumpulan kecil murid menghadapi masalah pembelajaran yang sama.
Murid yang lain pula menjalankan aktiviti penggayaan.
Individu: apabila sekumpulan kecil murid menghadapi masalah pembelajaran yang berlainan. Guru akan
bergilir-gilir membetulkan kesalahan secara individu, manakala murid yang lain menjalani pengukuhan.



    PENYEDIAAN BAHAN SESI PEMULIHAN
   1. Aspek pendengaran
Sebutan guru jelas, hanya sebutan bunyi yang hendak dipelajari sahaja yang diajarkan




   1. Aspek penglihatan
BBM besar, ringkas, menarik, dan haruslah menggunakan warna untuk perkara penting sahaja.




   1. Aspek psikomotor
Benda maujud, bentuk huruf atau nombor hendaklah timbul agar murid dapat menyentuhnya, gunakan
warna untuk aktiviti menulis.




PENDIDIKAN PENGGAYAAN
      KONSEP PENGGAYAAN
Iaitu sejenis pembelajaran yang menarik dan mencabar untuk member peluang kepada murid-murid
mengembangkan lagi sifat ingin tahu, semangat berdikari, daya cipta serta bakat kepimpinan mereka.




    OBJEKTIF-OBJEKTIF PENGGAYAAN
Objektif penggayaan untuk murid adalah:
1.   Menggunakan kemahiran-kemahiran yang dikuasai dalam kelas biasa
   2.   Menjalani aktiviti-aktiviti pembelajaran yang menarik dan mencabar.
   3.   Menggunakan masa lapang untuk memperkembangkan minat dan bakat mereka
   4.   Menyemai sifat berdikari dan minat untuk belajar
   5.   Memperkembangi bakat kepimpinan kepada peringkat yang lebih tinggi



       CONTOH-CONTOH AKTIVITI PENGGAYAAN
   1.   Membaca (bacaan) : bahan yang lebih tinggi
   2.   Menulis (tulisan) : ayat yang lebih panjang
   3.   Mengira (kiraan) : kiraan yang lebih mencabar




Strategi mengesan masalah-masalah pembelajaran
Topik pada kali ini adalah „Strategi Mengesan Masalah Pembelajaran Murid‟.Baru-baru ini, guru
Pemulihan di sekolah saya datang berjumpa dan ingin berbincang sesuatu bersama saya.
Masalah yang dihadapinya adalah bagaimana hendak mengesan masalah murid yang diajarnya. Saya
pun memberikan pandangan berikut ;
1. Pemerhatian
2.Pentafsiran rekod prestasi
3.Pentafsiran rekod profil
4.Ujian kertas dan pensel
5.Temu bual dengan guru darjah
6.Temu bual dengan ibu bapa / penjaga murid.

PENTAFSIRAN REKOD PRESTASI
Rekod prestasi merupakan rekod yang menyimpan maklumat tentang pencapaian akademik murid dan
keterangan yang tepat dan lengkap tentang pencapaian murid dalam kelas.
Pentingnya rekod prestasi ini antaranya dapat membantu guru menilai secara jangka panjang dan
membolehkan guru sentiasa mempunyai pengetahuan tentang murid-murid mereka.
Bagi ibu bapa pula, rekod prestasi dapat membantu mereka memahami prestasi akademik,
perkembangan sosila, fizikal dan emosi anak-anak.Melalui sumber berkenaan, ibu bapa dapat membantu
pihak sekolah seperti menilai anak-anak, meningkatkan tanggungjawab sebagai penjaga dengan
menasihati dan memberi tunjuk ajar di rumah.
REKOD PROFIL
Rekod yang memberi maklumat tentang pencapaian murid dalam semua mata pelajaran yang diikuti
disekolah dan ditunjukkan menggunakan markah dan gred.
UJIAN KERTAS dan PENSEL
Ujian bentuk ini melibatkan penggunaan perkataan dan secara tidak langsung menguji penguasaan
bahasa murid.
TEMU BUAL dengan GURU DARJAH
Perbincangan dengan guru darjah dapat memberi maklumat tentang seseorang murid yan hendak
dikenal pasti. Melalui teknik ini, guru akan dapat maklumat seperti kehadiran, pencapaian akademik,
tingkah laku dan perbezaan individu.
TEMU BUAL dengan IBU BAPA
Saya kerap menggunakan kaedah ini kerana ibu bapalah individu yang paling rapat dengan murid di
rumah selain guru semasa di sekolah.Banyak maklumat yang boleh diperolehi daripada ibu bapa
berkaitan murid termasuklah latar sosio-ekonomi keluarga, faktor baka, kesihatan, penceraian, faktor
kelahiran dan sebagainya.




Kanak-kanak bermasalah pembelajaran merupakan kanak-kanak yang telah
dikenalpasti dan disahkan oleh pakar profesional klinikal sebagai mengalami
kecacatan yang menganggu proses pembelajaran. Kecacatan yang dialami boleh
diketegorikan mengikut tahap kefungsian kanak-kanak dalam kebolehan-kebolehan
yang berikut:
1. kebolehan kognitif
2. tingkahlaku sosial / perkembangan sosial
3. penguasaan bahsa lisan/pertuturan
4. penguasaan membaca
5. kemahiran perkembangan (developmental skills)
6. kemahiran matematik


CIRI-CIRI KANAK-KANAK BERMASALAH PEMBELAJARAN
Terdapat banyak ciri-ciri kanak-kanak bermasalah pembelajaran. Antara ciri-ciri yang
mungkin dapat menolong pakar-pakar diagnostik dan guru-guru dalam
mengenalpasti dan mengajar kanak-kanak yang bermasalah pembelajaran:
a. Ciri-ciri fizikal
Bentuk badan dan ko-ordinasi motor kanak-kanak ini tidak banyak berbeza dengan
kanak-kanak normal. Walaubagaimanapun kanak-kanak yang mempunyai rendah
keupayaan mental yang disebabkan oleh faktor – faktor organik adalah lebih kecil
bentuk badan berbanding dengan kanak-kanak biasa.


b. Ciri-ciri intelek
Terdapat kelewatan dalam perkembangan kematangan dan fungsi-fungsi intelek yang
tertentu yang diperlukan dalam perkembangan di sekolah. Sebagai
contohnya,mereka mempunyai rendah daya ingatan, kebolehan dalam bidang
pengamatan dn perkonsepan dan kebolehan berbentuk kreatif. Kesediaan belajar dan
keupayaan menerima pelajaran bagi kanak-kanak bermnasalah pembelajaran tidak
sama dengan kanak-kanak biasa. Contohnya, mereka hanya dapat mempelajari apa
yang dipelajari apa yang dipelajari oleh kanak-kanak biasa berumur 6 tahun pada
peringkat umur 8 tahun atau lebih.


c. Ciri-ciri sosial dan peribadi
Mempunyai bidang perhatian yang singkat atau kurang tumpuan terhadap sesuatu.
Mudah kecewa disebabkan pengalaman kegagalan yang berulang-ulang hasil
daripada pengharapan masyarakat supaya mereka berfungsi sesuai dengan umur
kronologi mereka.Sikap dan nilai mereka tidak selaras dengan tingkahlaku kanak-
kanak biasa. Minat mereka adalah selaras dengan kanak-kanak yang mempunyai
mental yang sama dengan mereka.
RASIONAL
Kanak-kanak yang menghadapi masalah pembelajaran berupaya untuk menerima
pendidikan yang sesuai dengan kemampuan dan perkembangan mereka secara
menyeluruh.Hanya sekadar mereka kurang bertindakbalas kepada strategi
pengajaran dan pembelajaran biasa.Oleh itu satu program khas perlu disediakan
untuk memenuhi keperluan murid-murid ini mengambil kira aspek-aspek seperti
masa, bahan, budaya, kelas, teknik mengajar, bantuan kepakaran dan penglibatan
masyarakat.


MATLAMAT
Kurikulum kanak-kanak bermasalah pembelajaran adalah bertujuan melengkapkan
kanak-kanak yang bermasalah pembelajaran dengan kemahiran-kemahiran yang
tertentu bagi membantu mereka mencapai perkembangan yang
menyeluruh.Perkembangan ini membantu mereka mencapai perkembangan yang
menyeluruh.Perkembangan ini meliputi aspek-aspek intelek, rohani, jasmani, emosi,
bakat, akhlak, nilai-nilai estetika dan sosial agar mereka boleh menjadi satu ahli
masyarakat yang berguna dan berdikari.


OBJEKTIF
Setiap orang kanak-kanak diberi peluang dan bimbingan yang seluas-luasnya untuk
membolehkan mereka:
1. Menguasai kemahiran komunikasi
2. Menguasai kemahiran bergaul
3.Mengetahui dan memperkembang perasaan ingin tahu mengenai hal diri dan alam
sekeliling
4.Menjaga kesihatan dan keselamatan diri
5.Menguruskan hal-hal kehidupan seharian
6.Mempunyai keyakinan diri dan konsep kendiri yang positif
7.Melibatkan diri dalamkegiatan rekreasi
8.Memahami keperluan perkembangan jasmani serta menguasai kemahiran motor
9.Menghayati dan mengamalkan nilai-nilai murni
10. Mengembangkan potensi,bakat,dan daya kreatif serta intelek


SASARAN
Murid-murid terencat akal ringan yang:
Telah disahkan oleh doktor pakar kanak-kanak yang bertauliah
Boleh mengurus diri tanpa bantuan orang lain
Tiada kecacatan fizikal yang teruk
Tiada mengalami masalah sikap/tingkahlaku luarbiasa seperti hyperaktif (sukar
dikawal),ganas atau mental yang teruk
Tiada mengalami sebarang penyakit dalaman seperti sawan,jantung dan lain-lain.
(percubaan selama 3 bulan diberikan kepada murid-murid baru)

Terencat Akal
Diskalkulia, Disgraphia, Disleksia

Autisme
Bermasalah komunikasi
Sukakan rutin
Berada di dunia sendiri
Ekolalia
Cederakan diri sendiri
Kompulsif tanpa tahu kesan
Tidak suka bergaul
Tidak ada tentangan mata
Kerencatan bahasa
Masalah kefahaman
Tidak suka disentuh
Bermasalah interaksi sosial
Pergerakan berulang-ulang

Palsi Serebrum
Kecacatan anggota tangan, kaki dan tubuh badan
Masalah pergerakan
Masalah postur
Kekejangan
Pergerakan tidak terkawal
Masalah imbangan badan
Masalah komunikasi
Masalah motor halus/kasar
Masalah tulisan
Masalah perkembangan motor halus/kasar

Komunikasi, Pertuturan dan Bahasa
Kecelaruan pertuturan
Kecelaruan bahasa
Kecelaruan suara
Masalah artikulasi
Masalah kelancaran

Sindrome Down

Gangguan Penumpuan ADHD
Lambat menyiapkan tugasan
Mudah terganggu
Masalah kosentrasi
Masalah mengurus tugasan
Cepat lupa
Impulsif
Membuat tugasan lain tanpa menyiapkan tugasan terdahulu
Memerlukan pengawasan yang lebih
Masalah menunggu giliran
Hiper Aktif
Tidak boleh duduk diam
Impulsif
Tumpuan perhatian singkat
Suka ganggu orang lain
Bermasalah Pembelajaran

Pintar cerdas dan Berbakat
Keupayaan umum yang istimewa
Kebolehan aptitud, bakat dan kreativiti yang tinggi
Bermotivasi tinggi untuk belajar dan berjaya IQ tinggi
Mudah memahami pengajaran dan pembelajaran
Menguasai hanya satu atau sesuatu kemahiran dengan mudah dan berkesan

DISLEKSIA

Definisi
Perkataan “disleksia” (dyslexia) adalah hasil gabuangan dua perkataan Greek iaitu
“Dys” yang bermaksud kesukaran dan “Lexis” bermaksud perkataan atau dengan
kata lain, kesukaran menggunakan perkataan. Istilah „buta huruf‟ juga digunakan
untuk kategori ini. Seorang Profesor Berlin pada tahun 1887, merangkap seorang
pakar perubatan dan „ophalomotologist‟ telah memperkenalkan perkataan „Disleksia‟
(Hammond dan Hugges, 1996:3)
“Disleksia ialah satu „Disorder‟ dalam kanak-kanak yang telah terima Pendidikan
Biasa, tidak memperolehi kemahiran bahasa, bacaan, menulis dan ejaan yang setaraf
intelek” (World Federation Of Neurology, 1968)
Selain itu terdapat juga beberapa perkataan lain yang berkaitan dengan Disleksia,
diantaranya ialah;
Dyscalculia (Diskalkulia) iaitu seorang disleksia yang bermasalah dalam pengiraan
ataupun matematik
Dysgraphia (Disgrafia) iaitu seorang disleksis yang bermasalah dalam bahasa
Dyspraxia (Dispraksia) iaitu seorang disleksis yang bermasalah dalam ko-ordinasi
moto-mata-tangan


APA ITU DISLEKSIA
Disleksia adalah satu masalah pembelajaran iaitu kesukaran mengenal huruf,
membaca, menulis, mendengar dan bercakap di sebalik pengajaran yang cukup dan
peluang budaya yang sempurna. Sebenarnya masalah ini bukanlah satu penyakit dan
ia tidak memerlukan ubat untuk mengubatinya, sebaliknya dengan program
pendidikan yang sesuai masalah ini dapat dikurangkan. Disleksia juga bukan
disebabkan kecerdasan yang lemah serta penglihatan tetapi seseorang disleksia
tidak mengecam sesuatu dalam keadaan terbalik. Ternyata sekali disleksia
menghuraikan sesuatu kelainan dalam otak, selalunya ia adalah pemberian Tuhan
yang terus berkembang dalam diri seseorang dengan cara yang berlainan.


SIAPA YANG MENGALAMI DISLEKSIA
Disleksia melibatkan orang dari pelbagai latar belakang tanpa mengira umur, jantina
atau bangsa.Disleksia biasanya boleh diperturunkan daripada ibu bapa kepada
kanak-kanak. (Pengenalan Ke Dyslexia)


JENIS-JENIS DISLEKSIA
Disleksia boleh dikategorikan kepada tiga bahagian iaitu;


Disleksia visual (penglihatan)
Kesukaran utama yang dihadapi ialah untuk mengingat dan mengenal abjad serta
konfugirasi perkataan. Simbol-simbol perkataan yang dicetak juga sukar untuk
diterjemahkan. Kemungkinan untuk melihat abjad-abjad tertentu atau sebahagian
perkataan adalah secara terbalik


Disleksia auditori (pendengaran)
Kesukaran untuk mengingat bunyi abjad, menganalisis bunyi mengikut suku kata
perkataan dan menyusun atau menggabungkan suku kata bagi menyembunyikan
perkataan. Bunyi percakapan yang tuturkan secara halus juga tidak dapat dibezakan.
Masalah untuk membezakan bunyi vokal dengan konsonan juga dihadapi oleh
dislaksia auditori


Disleksia visual-auditori
Kesukaran membaca yang amat teruk dan ini disebabkan oleh kelemahan untuk
memproses tulisan secara visual dan audio


PUNCA-PUNCA DISLEKSIAMengikut Mercer, 1997; Hammond dan Hughes, 1996 dan
Spaafford dan Grosser,1996, antara punca-punca disleksia ialah;


a)Keturunan atau genetik
Kebanyakan kes, terdapat beberapa ahli keluarga yang mengalami masalah-masalah
yang sama. Kemungkinan punca ini boleh diwarisi yang membezakan adalah darjah
keterukannya. Terdapat kajian yang dijalankan telah membuktikan disleksia
desebabkan oleh kromosom 15, 1 dan 16 yang boleh diperturunkan secara turun-
temurun


b)Biologi
Sejarah kanak-kanak disleksia biasanya adalah semasa dilahirkan tidak cukup bulan,
kekurangan oksigen semasa dilahirkan atau kelahiran yang amat sukar. Faktor-faktor
ini menjadi punca kelambatan atau ketidaksempurnaan perkembangan. Sebahagian
daripada kerosakan otak yang menyebabkan kanak-kanak ini mengalami masalah
belajar dan kerosalan ini minimumc)


c)Kematangan
Terdapat kanak-kanak yang lambat perkembangnya pada banagian tertentu dalam
sisitem saraf. Pada kebiasannya kanak-kanak lelaki lambat matang daripada kanak-
kanak permepuan. Kelewatan kematangan pada kank-kanak merupakan salah satu
kemungkinan punca disleksia


CIRI-CIRI DISLEKSIA -Tanda bagi kanak-kank pra-sekolah
-Kemahiran bertutur yang lambat dan sukar memahami arahan
-Suka mengganti perkataan dan hiperaktif
-Kemahiran motor kasar dan motor halus yang lemah
-Serigkali terlupa nama benda-benda atau pelajaran yang dipelajari
-Tidak merangkak semasa bayi
-Suka mendengar bacaan tetapi tidak berminat membaca sendiri
-Sifat ingin tahu tinggi, berminat terhadap pekara baru dan suka bertanya banyak
soalan


Kanak-kanak Sekolah Rendah
6 hingga 9 tahun
-Kemahiran membaca, menulis dan mengeja yang lemah dan suka menterbalikkan
perkataan, huruf dan nombor
-Menggunakan jari untuk mengira dan membaca
-Keliru dengan kiri dan kanan
-Tulisan cermin atau terbalik
-9 hingga 12 tahun
-Kesilapan membaca, mengeja dan lemah dalam kefahaman
-Mengambil masa yang panjang untuk menyiapkan latihan
-Kesukaran menyalin maklumat dipapan putih atau buku teks
-Sukar mengikuti arahan lisan yang panjang
-Kelihatan tidak terurus semasa berada dirumah atau sekolah
-Kurang keyakinan dan menghadapi masalah tekanan jiwa


Sekolah Menengah
-Kesukaran membaca dan terkeliru dengan perkataan dan ejaan yang tidak konsisten
-Kesukaran menulis karangan
-Keliru dengan nombor-nombor dan arahan oral
-Kesukaran mempelajari bahasa lain
-Lemah dalam kefahaman dan tidak mempunyai ramai kawan
-Jenis orang yang suka senyap
-Bercakap dengan nada yang kuat atau menjerit daripada konsisten
-Kurang kemahiran bersosial


MASALAH YANG DIHADAPI OLEH KANAK-KANK DISLEKSIA
Masalah utama yang dihadapi kanak-kanak disleksia kebanyakanya adalah dalam
proses pembelajaran. Permasalahan ini boleh dikelaskan kepada;
a)Mengeja
Kelemahan mengeja akan menyebabkan kebolehan untuk menyampaikan
pengetahuan yang diperolehi adalah terhad. Untuk tempoh jangka mas yang panjang
kelemahan dalam proses mengeja akan memberi kesan terhadap kelemahan
membaca. Timbulnya masalah ini adalah berpunca daripada masalah-masalah
awalan seperti terdapatnya kekeliruan dalam mengenal pasti huruf-huruf seperti;
m – w y –g – j u – n m – nc – e p – q h – n b – d
Terdapat juga kekeliruan dalam membunyikan huruf seperti
t–hf–v


b)Membaca
Kesukaran ini menghadkan kebolehan kanak-kanak untuk mendapatkan maklumat
daripada rujukan-rujukan yang berkaitan. Secara langsung ianya akan membuat
kanak-kank merasa rendah diri dan tidak berkeyakinan. Mereka cenderung
menterbalikkan perkataan seperti;
Batu – tuba Gula - lagu
Selain itu mereka juga melakukan pembalikkan dalam ayat. Contohnya seperti
berikut;
pada masa yang sama – dapa masa yang masa
Kekeliruan perkataan antara Bahasa Melayu dengan Bahasa Inggeris. Contohnya
seperti berikut;
Bahasa Inggeris dengan Bahasa Melayu
Jam – jem cat - cat


c)Menulis
Kanak-kanak ini juga mengalami kesukaran untuk memindahkan maklumat ke atas
kertas. Mereka jiga mengalami kesukaran untuk memegang pensel dan tidak dapat
menulis mengikut garisan yang disediakan.
Kanak-kanak ini juga cenderung menulis perkataan yang pelik-pelik
Bercakap dan mendengar
Terdapat juga di antara mereka yang mengalami kesukaran untuk bertutur.Mereka
juga kelihatan seperti tidak mendengar atau mempedulikkan. Hal ini berlaku
disebabkan kelambatan dalam proses maklimat yang diperolehi. Mereka juga tidak
melakukan atau menyusun sesuatu mengikut susunan.


d)Nombor
Kanak-kanak ini juga menghadapi kesukaran dalam pembelajaran yang berkaitan
dengan matematik mental. Terdapat kekeliruan terhadap tanda dan simbol dan suka
menterbalikkan nombor yang sama. Contohnya seperti berikut;
3–5-89-6
i)Masalah fizikal, pengurusan diri dan sosial
Pakaian sentiasa tidak kemas tetapi tidak kotor dan pandai membutangkna baju,
kidal dan pandai mengikat tali kasut
Kelihatan berminat dalam pelajaran tetapi dilabel pemalas dan kelihatan bodoh
Skop penglihatan yang terhad di mana keliru antara depan, belakang, kiri, kanan,,
atas, bawah serta pengamatan yang lemah
LANGKAH MEMBANTU KANAK-KANAK DISLEKSIA
a) Membawa berjumpa dengan pakar pisikologi pembelajaran atau psikologi klinikal
pada peringkat awal bagi tujuan menanganinya.

b)Membantu kanak-kanak memahami bahawa walaupun dia mungkin berbeza dalam
banyak hal tetapi tetap disayangi.

c)Menambah dan menggalakkan sebarang kemahiran istimewa bakat atau kebolehan
semulajadi

d)Sentiasa sabar melayani karenah mereka yang mana biasanya kecewa dengan
kegagalan yang berterusan.

e)Membacakan cerita untuk anak-anak serta menjadi ahli persatuan sokongan ibu
bapa

f)Memberikan bantuan dan latihan pembelajaran sebelum memasuki tadika.

g)Mengamalkan suasana kasih sayang serta bersikap prihatin dalam mengekalkan
suasana harmoni

h)Membuat aktiviti berkeluarga serta memberi bimbingan dalam bidang akademik

i)Memberi kebebasan yang terbatas serta nasihat untuk mengenal identiti sendiri
j)Mengamalkan konsep diri diberi ganjaran atau pujian contohnya bagus, pandai


CEREBRAL PALSY


“CEREBRAL” ialah OTAK“PALSY” bermaksud “KURANG ATAU TIDAK UPAYA
MENGAWAL PERGERAKAN OTOT”
Kanak-kanak cerebal palsy mengalami (sebahagian besarnya) kerosakan pada
kawasan motor dalam otak yang mengakibatkan kekurangupayaan untuk melakukan
pergerakan otot-otot dan tegak badan. Kecacatan otak dan saraf otot ini lazimnya
berlaku sebelum, semasa dan di peringkat awal bayi dilahirkan – ketika bahagian
otak berkembang dengan pesat.

Sebelum Kelahiran
1. Jangkitan dalam rahim
2.ibu mengalami darah tinggi, kancing manis, kurang darah ketika mengandung
3. pendarahan teruk dan kronik ketika mengandung

Semasa Proses Kelahiran
1. Kelahiran tidak cukup bulan
2.kecederaan semasa lahir
3. lemas semasa lahir
4. jangkitan semasa lahir

Selepas Kelahiran (sebelum berumur 3 tahun)
1. meningitis (jangkitan kuman diselaput otak) – demam kuning
2. Jaundis yang teruk (kemicterus)
3. Kecederaan otak disebabkan oleh kemalangan, penderaan dan penganiayaan
fizikal.

Seseorang kanak-kanak ceberal palsy dilahirkan bagi setiap 800 kelahiran tanpa
mengira jantina, kaum, umur ibu atau latar belakang sosial.

Punca-punca :
1. kekurangan bekalan oksigen (anoxia) – punca utama.
2. perkembangan otak yang tidak normal.
3. rembesan (intraeraneal bleeding).
4. demam kuning.
5. terhentak / terhempas / kejutan.
6. serangan kuman / penyakit.

Tanda-tanda :
1. bayi kelihatan lembik
2. lewat perkembangan
3. menggunakan sebelah tangan (hand preference)
4. masalah menyusu
5. kerap menangis, meragam, merenggek, tanpa sebab ataupun terlalu diam dan
kurang tindak balas rangsangan
6. refleks primitive yabg kekal
7. sembelit
8. cepat marah

Perkembangan kanak-kanak cerebral palsy
1. bagi kanak-kanak yang menghidapi cerebral palsy biasanya kita dapati mereka
akan lahir lebih awal berbanding dengan kanak-kanak normal yang lain. Selain
daripada itu, kanak-kanak seperti ini sewaktu lahirnya jarang atau tidak menangis.

Umur
Tahap Perkembangan
0 – 10 bulan
1.kanak-kanak ini pada peringkat awalnya sukar untuk melakukan pergerakan biasa
bagi kanak-kanak normal seperti meniarap, duduk mengesot dan sebagainya.

11 bulan
1.mula merangkak, tetapi tidak mahu berjalan dan mereka biasanya akan berdiri di
hujung jari ibu kaki sahaja seolah-olah bimbang untuk bertapak.

1 – 3 tahun
1. 1 tahun masih belum boleh berjalan / anggota tubuh lembik.
2. Tabiat bertahan nafas atau breathulding spell berlaku di samping berlakunya
kekejangan terhadap anggota badan sekiranya kanak-kanak tersebut menangis
apabila kemahuannya tidak dituruti dan didapati mukanya bertukar menjadi warna
biru. Apabila dia menarik nafasnya dan menangis, warna di mukanya kembali cerah
semula.

8 tahun
1. Belum boleh bercakap
Akibat daripada kerencatan ini boleh juga menimbulkan lain-lain kerencatan seperti :
1. rencatan akal (kurang kecerdasan)
2. kerencatan pertuturan
3. rencatan penglihatan
4. rencatan pendengaran
5. sawan (epilepsy)
6. kecacatan anggota
7. kecacatan gigi
8. masalah mengenai pernafasan
9. masalah mangenai pemakanan
10. masalah untuk buang air besar atau kecil.

Jenis-Jenis Cerebral Palsy
1) Spastic - Bahagian-bahagian otot anggota yang spastic manjadi tegang dan tidak
mudah kendur semula.Pantulan yang terhasil adalah secara terserentak dan
mengejut.

2)Athetoid.- Bahagian-bahagian anggota bergerak tanpa dapat dikawal otot otak
(ivoluntary movements). Akibatnya seseorang kanak-kanak athetoid menunjukkan
gimik muka.

3) Ataxia - Pada prinsipnya kanak-kanak ataxia ini tidak dapat duduk, berdiri dan
berjalan. Kanak-kanak ini mengalami kesukaran untuk mengawal keseimbangan
badan dan koordinasi otot, bergantung kepada kadar kepintasan yang dialaminya.
Biasanya, jika kanak-kanak ini mampu berdiri dan berjalan sekalipun, kakinya akan
berkeadaan terkangkang luas bagi membantu mendapat keseimbangan postur
tersebut.
1. Hypoytonik – otot lembik.
2. Campuran sifat-sifat di atas.

Latihan dan pendidikan kepada kanak-kanak Cerebral Palsy.
1. Kanak-kanak yang mengalami Cerebral Palsy mempunyai otak yang kurang
berfungsi. Tetapi, sekiranya umur mereka lebih muda. Fungsi otak itu akan menjadi
lebih baik. Iaitu walaupun mereka mempunyai otak yang kurang berfungsi, namun
mereka boleh berkembang secara beransur-ansur.Oleh kerana itu, kita mesti
memperkenalkan kanak-kanak Cerebral Palsy ini ke Fisio Terapist dan Occupational
Terapist secepat mungkin.

2. Kalau kanak-kanak tidak diberi latihan oleh Fisio Terapist, Occupational Terapist
dan keluarga untuk jangka masa yang lama, kecacatan mereka akan bertambah
teruk. Contohnya, sendi mereka akan menjadi lebih keras dan tulang belakang
mereka akan menjadi bengkok.
3. Oleh itu, kanak-kanak Cerebral Palsy mesti diberi latihan tiap-tiap hari oleh Fisio
Terapist, Occupational Terapist dan keluarga di hospital atau di rumah.

4. Jikalau, kanak-kanak yang mengalami Cerebral Palsy mempunyai terencat akal
juga, mereka perlu diberi pendidikan khas oleh Guru Khas dan keluarga mereka.

Jenis-jenis Masalah dan Tiga Bentuk Utama.Kecacatan warisan atau keturunan tidak
berapa penting dalam kelumpuhan otak.Masalah utama secara langsung melibatkan
otak.Tiada kecederaan yang berlaku secara langsung kepada anggota yang terlibat.
Terdapat tiga bentuk utama kelumpuhan otak iaitu :
1. Spasticity
2. Athetosis
3.Ataxia

Mereka yang mengalami ketiga-tiga bentuk kelumpuhan otak di atas dikenali secara
umum sebagai penyakit Cerebral Palsy atau spastic.

Cortex atau Lapisan Luar Otak
Cortex atau lapisan luar otak terlibat dalam pemikiran, pengetahuan dan
sensasi.Kanak-kanak yang mengalami spasticity menghadapi kawalan pergerakan
yang tidak terkawal, kelemahan otot-otot dan seringkali mengalami gangguan dalam
tumbesaran dan perkembangan.Kerosakan di bahagian cortex ini berlaku berpunca
daripada keadaan spastic sebenarnya.Kerosakan bahagian luar otak boleh memberi
kesan kepada kedua-dua bahagian anggota di sebelah bahagian tubuh, iaitu
bahagian anggota bawah atau keempat-empat bahagian anggota badan.

Basal Ganglia
Bahagian ini terletak di bawah cortex iaitu di tengah-tengah otak.Basal ganglia dan
serebelum membantu mengorganisasikan atau menyusun pergerakan dengan amat
teratur, harmoni (bersantun) dan lebih ekonomikal.Gangguan di bahagian basal
ganglia ini boleh menyebabkan berlakunya kecederaan yang dikenali sebagai
Athetosis.Ciri utama yang dihadapi olah athetosis ialah pergerakan yang secara tidak
disengajakan dan mengganggu pergerakan yang normal dalam tubuh manusia.

Serebelum
Serebelum ini terletak di bahagian asas atau dasar otak. Bahagian ini berperanan
„mentadbir‟ fungsi tubuh manusia seperti koordinasi pergerakan, gaya dan
keseimbangan. Serebelum dihubungkan dengan pangkal otak yang menghubungkan
bahagian atas otak kepada saraf tulang belakang.

Kanak-kanak spastic yang menghadapi Ataxia berpunca daripada kecederaan pada
bahagian serebelum mengalami gaya melangkah yang tidak stabil dan kesukaran
dalam mengimbang badan.
Orang cacat spastic yang lebih mungkin sekali menghadapi lebih daripada satu
kategori asas biajnosa dan pengklasan menggambarkan kesukaran yang amat
sangat.

Mengesan Kanak-kanak Spastik.
Kanak-kanak spastic dapat dikesan dari simtom-simtom yang ditunjukkan :
a)Kesukaran sewaktu makan
Kanak-kanak spastic akan mengalami kesukaran menghisap, menelan dan
mengunyah makanan. Ini seringkali menyebabkan mereka muntah. Kanak-kanak juga
akan serta merta menggigit makanan yang diletakkan di dalam mulut mereka dan
akan sukar untuk dikeluarkan semula.

b)Masalah pernafasan
Kanak-kanak akan mengalami kesukaran bernafas, pernafasan mereka menjadi
kencang dan bising.

c)Masalah tidur.
Kanak-kanak juga mengalami kesukaran tidur, mereka kerap terjaga di waktu malam
dan sering menangis.

d)Masalah pertuturan.
Kanak-kanak spastic tidak boleh mengeluarkan suara iaitu mereka tidak boleh
memanggil ibu bapanya ataupun mengeluarkan “babbling sound”. Kanak-kanak juga
tidak memahami apa yang dikatakan kepadanya.

e)Masalah pendengaran.
Kanak-kanak spastic hanya akan bertidak balas terhadap bunyi yang kuat ataupun
tidak bertindak balas langsung terhadap bunyi.

f)Masalah penglihatan.
Sering kali kanak-kanak ini juling ataupun mengalami mistagmus iaitu pergerakan
bola mata yang berterusan.

g)Reaksi yang tidak normal
Kanak-kanak spastic sering akan menangis disebabkan bunyi, cahaya dan sentuhan.
Kanak-kanak ini juga kadangkala tidur berlebihan (hipersomnia).
Kemungkinan mengalami simtom-simtom terencat akal.
Kanak-kanak spastic mungkin mengalami kerencatan akal jika didapati mereka tidak
pernah tersenyum, tidak mengenali ibu bapanya, sentiasa tidur, tidak bertindak balas
atau tidak berminat terhadap keadaan sekelilingnya.

Program Kanak-kanak Spastik dalam Kelas Pendidikan Khas.

Kelas khas ini diwujudkan sejak tahun 1992.Kelas ini meliputi pelbagai aspek yang
bukan berkaitan dengan pelajaran.Kelas ini dinamakan kelas kemahiran yang
menempatkan pelajar yang berumur antara 3 hingga 12 tahun.Kelas Pembangunan
bagi pelajar berumur dua belas tahun ke atas serta Kelas Pendidikan Khas untuk
kanak-kanak berumur sembilan tahun ke atas.
Kanak-kanak dalam kedua-dua kelas Kemahiran dan Pembangunan diberikan latihan
fizikal yang berkesan, pembentukkan pemikiran dan kedua-duanya sekali.Mereka ini
didedahkan kepada komunikasi antara masyarakat.
Nota

More Related Content

What's hot

Teori pembelajaran sosial (EDU 3103)
Teori pembelajaran sosial (EDU 3103)Teori pembelajaran sosial (EDU 3103)
Teori pembelajaran sosial (EDU 3103)Noorezayu Mohd Said
 
Implikasi kepelbagaian sosiobudaya kepada murid
Implikasi kepelbagaian sosiobudaya kepada muridImplikasi kepelbagaian sosiobudaya kepada murid
Implikasi kepelbagaian sosiobudaya kepada muridIzzat Najmi
 
Program khas murid orang asli
Program khas murid orang asliProgram khas murid orang asli
Program khas murid orang asli
gemilangfaudzi
 
bab 6 stratifikasi sosial.pdf
bab 6 stratifikasi sosial.pdfbab 6 stratifikasi sosial.pdf
bab 6 stratifikasi sosial.pdf
NurulHudaHusin
 
37411872 banding-beza-teori-pembelajaran-behavior-is-dan-kognitif (1)
37411872 banding-beza-teori-pembelajaran-behavior-is-dan-kognitif (1)37411872 banding-beza-teori-pembelajaran-behavior-is-dan-kognitif (1)
37411872 banding-beza-teori-pembelajaran-behavior-is-dan-kognitif (1)
Komalam Mariappan
 
Akauntabiliti guru
Akauntabiliti guruAkauntabiliti guru
Akauntabiliti guruibnussomad
 
Faktor faktor mempengaruhi perubahan kurikulum
Faktor faktor mempengaruhi perubahan kurikulumFaktor faktor mempengaruhi perubahan kurikulum
Faktor faktor mempengaruhi perubahan kurikulum
Xiaoling Lew
 
Emk - Elemen Keusahawanan
Emk - Elemen KeusahawananEmk - Elemen Keusahawanan
Emk - Elemen Keusahawanan
FaFai S.
 
Pendidikan Inklusif (Pengenalan Program Pendidikan Khas)
Pendidikan Inklusif (Pengenalan Program Pendidikan Khas)Pendidikan Inklusif (Pengenalan Program Pendidikan Khas)
Pendidikan Inklusif (Pengenalan Program Pendidikan Khas)
FaFai S.
 
TEORI-TEORI PERKEMBANGAN BAHASA
TEORI-TEORI PERKEMBANGAN BAHASATEORI-TEORI PERKEMBANGAN BAHASA
TEORI-TEORI PERKEMBANGAN BAHASA
Shahrizzat Md Sukor
 
Aplikasi 4 tonggak pendidikan UNESCO dalam melengkapkan diri sebagai guru yan...
Aplikasi 4 tonggak pendidikan UNESCO dalam melengkapkan diri sebagai guru yan...Aplikasi 4 tonggak pendidikan UNESCO dalam melengkapkan diri sebagai guru yan...
Aplikasi 4 tonggak pendidikan UNESCO dalam melengkapkan diri sebagai guru yan...
Kalai Shan
 
Penghubungkaitan seni visual, muzik dan pergerakan (Kumpulan 3)
Penghubungkaitan seni visual, muzik dan pergerakan (Kumpulan 3)Penghubungkaitan seni visual, muzik dan pergerakan (Kumpulan 3)
Penghubungkaitan seni visual, muzik dan pergerakan (Kumpulan 3)
Aisyah Hamid
 
Stratifikasi dlm pendidikan
Stratifikasi dlm pendidikanStratifikasi dlm pendidikan
Stratifikasi dlm pendidikan
cik noorlyda
 
Mobiliti sosial melalui pendidikan
Mobiliti sosial melalui pendidikanMobiliti sosial melalui pendidikan
Mobiliti sosial melalui pendidikan
Elizabeth beth
 
Model pengajaran
Model pengajaranModel pengajaran
Model pengajaranfiro HAR
 
Pendidikan Inklusif (Peranan dan tanggungjawab dalam Pelaksanaan Program Pend...
Pendidikan Inklusif (Peranan dan tanggungjawab dalam Pelaksanaan Program Pend...Pendidikan Inklusif (Peranan dan tanggungjawab dalam Pelaksanaan Program Pend...
Pendidikan Inklusif (Peranan dan tanggungjawab dalam Pelaksanaan Program Pend...
FaFai S.
 
Kemahiran variasi rangsangan
Kemahiran variasi rangsanganKemahiran variasi rangsangan
Kemahiran variasi rangsanganSohib AlQuran
 
Pengurusan Merentas Budaya
Pengurusan  Merentas  BudayaPengurusan  Merentas  Budaya
Pengurusan Merentas Budayashockgadof
 

What's hot (20)

Teori pembelajaran sosial (EDU 3103)
Teori pembelajaran sosial (EDU 3103)Teori pembelajaran sosial (EDU 3103)
Teori pembelajaran sosial (EDU 3103)
 
Implikasi kepelbagaian sosiobudaya kepada murid
Implikasi kepelbagaian sosiobudaya kepada muridImplikasi kepelbagaian sosiobudaya kepada murid
Implikasi kepelbagaian sosiobudaya kepada murid
 
Program khas murid orang asli
Program khas murid orang asliProgram khas murid orang asli
Program khas murid orang asli
 
bab 6 stratifikasi sosial.pdf
bab 6 stratifikasi sosial.pdfbab 6 stratifikasi sosial.pdf
bab 6 stratifikasi sosial.pdf
 
37411872 banding-beza-teori-pembelajaran-behavior-is-dan-kognitif (1)
37411872 banding-beza-teori-pembelajaran-behavior-is-dan-kognitif (1)37411872 banding-beza-teori-pembelajaran-behavior-is-dan-kognitif (1)
37411872 banding-beza-teori-pembelajaran-behavior-is-dan-kognitif (1)
 
Akauntabiliti guru
Akauntabiliti guruAkauntabiliti guru
Akauntabiliti guru
 
Faktor faktor mempengaruhi perubahan kurikulum
Faktor faktor mempengaruhi perubahan kurikulumFaktor faktor mempengaruhi perubahan kurikulum
Faktor faktor mempengaruhi perubahan kurikulum
 
Emk - Elemen Keusahawanan
Emk - Elemen KeusahawananEmk - Elemen Keusahawanan
Emk - Elemen Keusahawanan
 
Pendidikan Inklusif (Pengenalan Program Pendidikan Khas)
Pendidikan Inklusif (Pengenalan Program Pendidikan Khas)Pendidikan Inklusif (Pengenalan Program Pendidikan Khas)
Pendidikan Inklusif (Pengenalan Program Pendidikan Khas)
 
TEORI-TEORI PERKEMBANGAN BAHASA
TEORI-TEORI PERKEMBANGAN BAHASATEORI-TEORI PERKEMBANGAN BAHASA
TEORI-TEORI PERKEMBANGAN BAHASA
 
Aplikasi 4 tonggak pendidikan UNESCO dalam melengkapkan diri sebagai guru yan...
Aplikasi 4 tonggak pendidikan UNESCO dalam melengkapkan diri sebagai guru yan...Aplikasi 4 tonggak pendidikan UNESCO dalam melengkapkan diri sebagai guru yan...
Aplikasi 4 tonggak pendidikan UNESCO dalam melengkapkan diri sebagai guru yan...
 
Teori perkembangan emosi
Teori perkembangan emosiTeori perkembangan emosi
Teori perkembangan emosi
 
TEORI BEHAVIORISME
TEORI BEHAVIORISMETEORI BEHAVIORISME
TEORI BEHAVIORISME
 
Penghubungkaitan seni visual, muzik dan pergerakan (Kumpulan 3)
Penghubungkaitan seni visual, muzik dan pergerakan (Kumpulan 3)Penghubungkaitan seni visual, muzik dan pergerakan (Kumpulan 3)
Penghubungkaitan seni visual, muzik dan pergerakan (Kumpulan 3)
 
Stratifikasi dlm pendidikan
Stratifikasi dlm pendidikanStratifikasi dlm pendidikan
Stratifikasi dlm pendidikan
 
Mobiliti sosial melalui pendidikan
Mobiliti sosial melalui pendidikanMobiliti sosial melalui pendidikan
Mobiliti sosial melalui pendidikan
 
Model pengajaran
Model pengajaranModel pengajaran
Model pengajaran
 
Pendidikan Inklusif (Peranan dan tanggungjawab dalam Pelaksanaan Program Pend...
Pendidikan Inklusif (Peranan dan tanggungjawab dalam Pelaksanaan Program Pend...Pendidikan Inklusif (Peranan dan tanggungjawab dalam Pelaksanaan Program Pend...
Pendidikan Inklusif (Peranan dan tanggungjawab dalam Pelaksanaan Program Pend...
 
Kemahiran variasi rangsangan
Kemahiran variasi rangsanganKemahiran variasi rangsangan
Kemahiran variasi rangsangan
 
Pengurusan Merentas Budaya
Pengurusan  Merentas  BudayaPengurusan  Merentas  Budaya
Pengurusan Merentas Budaya
 

Viewers also liked

Masalah Penglihatan
Masalah PenglihatanMasalah Penglihatan
Masalah Penglihatan
Ainismaira Smile
 
kajian-kes-murid-mundur-dan-lembam
 kajian-kes-murid-mundur-dan-lembam kajian-kes-murid-mundur-dan-lembam
kajian-kes-murid-mundur-dan-lembamRidzuan Ahmad
 
Kajian kes vandalisme
Kajian kes vandalismeKajian kes vandalisme
Kajian kes vandalismeAhmad Yusoff
 
Laporan kaijian bahasa murid masalah penglihatan
Laporan kaijian bahasa murid masalah penglihatanLaporan kaijian bahasa murid masalah penglihatan
Laporan kaijian bahasa murid masalah penglihatancikgusuepkhas
 
Kerja Kursus Perkembangan Kanak-kanak
Kerja Kursus Perkembangan Kanak-kanakKerja Kursus Perkembangan Kanak-kanak
Kerja Kursus Perkembangan Kanak-kanak
Sherly Jewinly
 

Viewers also liked (8)

Masalah Penglihatan
Masalah PenglihatanMasalah Penglihatan
Masalah Penglihatan
 
Tugasan 1 kbk 3073
Tugasan 1 kbk 3073Tugasan 1 kbk 3073
Tugasan 1 kbk 3073
 
kajian-kes-murid-mundur-dan-lembam
 kajian-kes-murid-mundur-dan-lembam kajian-kes-murid-mundur-dan-lembam
kajian-kes-murid-mundur-dan-lembam
 
Kes buli
Kes buliKes buli
Kes buli
 
KAJIAN KES KANAK-KANAK DOWN SINDROM
KAJIAN KES KANAK-KANAK DOWN SINDROMKAJIAN KES KANAK-KANAK DOWN SINDROM
KAJIAN KES KANAK-KANAK DOWN SINDROM
 
Kajian kes vandalisme
Kajian kes vandalismeKajian kes vandalisme
Kajian kes vandalisme
 
Laporan kaijian bahasa murid masalah penglihatan
Laporan kaijian bahasa murid masalah penglihatanLaporan kaijian bahasa murid masalah penglihatan
Laporan kaijian bahasa murid masalah penglihatan
 
Kerja Kursus Perkembangan Kanak-kanak
Kerja Kursus Perkembangan Kanak-kanakKerja Kursus Perkembangan Kanak-kanak
Kerja Kursus Perkembangan Kanak-kanak
 

Similar to Nota

Konsep pemulihan (autosaved)
Konsep pemulihan (autosaved)Konsep pemulihan (autosaved)
Konsep pemulihan (autosaved)Sohib AlQuran
 
Konsep pemulihan (autosaved)
Konsep pemulihan (autosaved)Konsep pemulihan (autosaved)
Konsep pemulihan (autosaved)Sohib AlQuran
 
KONSEP PROGRAM PEMULIHAN
KONSEP PROGRAM PEMULIHANKONSEP PROGRAM PEMULIHAN
KONSEP PROGRAM PEMULIHANNoor Syazwanni
 
Pemulihan dan pengayaan
Pemulihan dan pengayaanPemulihan dan pengayaan
Pemulihan dan pengayaan
Izzi Farah
 
K01947 20180426221902 k5 pengurusan murid
K01947 20180426221902 k5 pengurusan muridK01947 20180426221902 k5 pengurusan murid
K01947 20180426221902 k5 pengurusan murid
JANGAN TENGOK
 
Bab5 pengurusan murid
Bab5 pengurusan  muridBab5 pengurusan  murid
Bab5 pengurusan murid
zuraidanasri
 
Slide kps
Slide kpsSlide kps
Huraian RPH Kepelbagaian Pelajar Model Hunter Gabungan Kaedah dan pelajar
Huraian RPH Kepelbagaian Pelajar Model Hunter Gabungan Kaedah dan pelajarHuraian RPH Kepelbagaian Pelajar Model Hunter Gabungan Kaedah dan pelajar
Huraian RPH Kepelbagaian Pelajar Model Hunter Gabungan Kaedah dan pelajarZuzan Michael Japang
 
murid pelbagai upaya
murid pelbagai upayamurid pelbagai upaya
murid pelbagai upaya
qila95
 
Bagaimanakah prinsip islam hahari
Bagaimanakah prinsip islam hahariBagaimanakah prinsip islam hahari
Bagaimanakah prinsip islam hahariL Adul Lalut Adul
 
Peta minda 1 & 2 (komponen pengajaran dan teori huraian bahasa)
Peta minda 1 & 2 (komponen pengajaran dan teori huraian bahasa)Peta minda 1 & 2 (komponen pengajaran dan teori huraian bahasa)
Peta minda 1 & 2 (komponen pengajaran dan teori huraian bahasa)Rafiza Diy
 

Similar to Nota (20)

Konsep pemulihan sem 4
Konsep pemulihan sem 4Konsep pemulihan sem 4
Konsep pemulihan sem 4
 
Konsep pemulihan (autosaved)
Konsep pemulihan (autosaved)Konsep pemulihan (autosaved)
Konsep pemulihan (autosaved)
 
Konsep pemulihan (autosaved)
Konsep pemulihan (autosaved)Konsep pemulihan (autosaved)
Konsep pemulihan (autosaved)
 
Modul pendidikan khas
Modul pendidikan khasModul pendidikan khas
Modul pendidikan khas
 
Modul pendidikan khas
Modul pendidikan khasModul pendidikan khas
Modul pendidikan khas
 
KONSEP PROGRAM PEMULIHAN
KONSEP PROGRAM PEMULIHANKONSEP PROGRAM PEMULIHAN
KONSEP PROGRAM PEMULIHAN
 
Konsep pemulihan
Konsep pemulihanKonsep pemulihan
Konsep pemulihan
 
Pemulihan dan pengayaan
Pemulihan dan pengayaanPemulihan dan pengayaan
Pemulihan dan pengayaan
 
K01947 20180426221902 k5 pengurusan murid
K01947 20180426221902 k5 pengurusan muridK01947 20180426221902 k5 pengurusan murid
K01947 20180426221902 k5 pengurusan murid
 
Uji minda
Uji mindaUji minda
Uji minda
 
Bab5 pengurusan murid
Bab5 pengurusan  muridBab5 pengurusan  murid
Bab5 pengurusan murid
 
Laporan penyelidikan tindakan
Laporan penyelidikan tindakanLaporan penyelidikan tindakan
Laporan penyelidikan tindakan
 
Analisis pelajar
Analisis pelajarAnalisis pelajar
Analisis pelajar
 
PENGAYAAN DAN PEMULIHAN(bmm3101)
PENGAYAAN DAN PEMULIHAN(bmm3101)PENGAYAAN DAN PEMULIHAN(bmm3101)
PENGAYAAN DAN PEMULIHAN(bmm3101)
 
Slide kps
Slide kpsSlide kps
Slide kps
 
Huraian RPH Kepelbagaian Pelajar Model Hunter Gabungan Kaedah dan pelajar
Huraian RPH Kepelbagaian Pelajar Model Hunter Gabungan Kaedah dan pelajarHuraian RPH Kepelbagaian Pelajar Model Hunter Gabungan Kaedah dan pelajar
Huraian RPH Kepelbagaian Pelajar Model Hunter Gabungan Kaedah dan pelajar
 
murid pelbagai upaya
murid pelbagai upayamurid pelbagai upaya
murid pelbagai upaya
 
Bagaimanakah prinsip islam hahari
Bagaimanakah prinsip islam hahariBagaimanakah prinsip islam hahari
Bagaimanakah prinsip islam hahari
 
Laporan kajian tindakan
Laporan kajian tindakanLaporan kajian tindakan
Laporan kajian tindakan
 
Peta minda 1 & 2 (komponen pengajaran dan teori huraian bahasa)
Peta minda 1 & 2 (komponen pengajaran dan teori huraian bahasa)Peta minda 1 & 2 (komponen pengajaran dan teori huraian bahasa)
Peta minda 1 & 2 (komponen pengajaran dan teori huraian bahasa)
 

Nota

  • 1. Konsep Pemulihan Kamus Dewan Edisi Keempat (2005: 1245,1246) “Pulih” bermaksud kembali seperti biasa (keadaan semula).“Pemulihan” bermaksud perbuatan memulihkan, pengembalian kepada keadaan semula.Dalam konteks ini konsep pemulihan merujuk kepada kanak-kanak yang menghadapi masalah dalam pembelajaran.Pembelajaran pemulihan biasanya dikaitkan dengan usaha untuk memperbaiki sesuatu kekurangan atau memperbetul sesuatu. Syarifah Alawiah Alsagoff (1983) Pemulihan ialah satu tindakan yang diambil untuk mengatasi keperluan pendidikan murid yang mengalami kesusahan dari segi pembelajaran dalam darjah khas di sekolah biasa, di pusat khusus yang diasingkan daripada sekolah biasa dan dalam darjah untuk pengajaran pembelajaran biasa. Ishak Harun dan Koh Boh Boon (1983) Pemulihan merupakan perkhidmatan khas untuk memenuhi keperluan kanak-kanak yang menghadapi pembelajaran di sekolah biasa. O. C. Simpson (1975) Aktiviti pemulihan merupakan tindakan khas atau tindakan khusus yang diambil untuk mengatasi keperluan pendidikan murid yang mengalami kesulitan dari segi pembelajaran dalam kelas khas di sekolah biasa, di pusat-pusat khusus yang dihadiri oleh murid secara sambilan, dan dalam darjah untuk pengajaran pembelajaran biasa. Blair (1956) Pemulihan ialah program khas berbentuk tambahan bagi memenuhi keperluan kanak-kanak yang menghadapi masalah pembelajaran agar ketidakupayaan yang menghalangnya dapat diatasi.Aktiviti pemulihan tertumpu kepada penguasaan kemahiran. Strategi Pemulihan dalam Kelas Khas Kenal pasti murid yang perlu pemulihan khas. Kenal pasti masalah murid. Kenal pasti punca masalah murid. Menjalin hubungan mesra dengan murid. Menunjukkan penghargaan kepada murid. Mewujudkan situasi yang diperlukan oleh murid untuk belajar. Memilih pendekatan kaedah, teknik yang sesuai. pendekatan bermain sambil belajar. teknik bercerita. teknik latih tubi. teknik bersoal jawab. teknik nyanyian. Memilih dan menggunakan bahan bantu pengajaran yang sesuai.
  • 2. Program Pemulihan Khas disediakan untuk membantu murid menguasai kemahiran-kemahiran asas 3M yang belum dapat dikuasai dalam tempoh masa ditetapkan. Menjalankan aktiviti pengukuhan. Membuat penilaian formatif dan sumatif untuk tindakan susulan. Objektif Pendidikan Pemulihan 1. Membantu murid mengatasi masalah pembelajaran dalam kemahiran-kemahiran tertentu. 2. Memupuk serta mengembangkan sikap yakin diri dan sikap positif terhadap pembelajaran. 3. Membantu murid mengubah sikap negatif dan tingkah laku yang menjejaskan pembelajaran. 4. Membolehkan murid menguasai kemahiran-kemahiran tertentu dengan cara mengikuti aktiviti- aktiviti alternatif yang sesuai dengan mereka. 5. Membolehkan murid mendapat layanan dan kemudahan belajar yang sesuai dengan kemampuan dan perkembangan mental individu. 6. Membolehkan murid mendapat peluang yang sama dengan melibatkan diri sepenuhnya dalam aktiviti-aktiviti sosial, sama ada di dalam atau di luar bilik darjah. 7. Membolehkan murid meneruskan pelajaran mereka dalam sistem persekolahan biasa atau sekolah khas yang bersesuaian dengan keperluan masing-masing.  CIRI-CIRI PELAJAR PEMULIHAN 1. Yang tidak bermotivasi untuk belajar 2. Yang tidak mempunyai idea tentang cara belajar 3. Lebih mudah berputus asa 4. Lebih mudah mengganggu persekitaran 5. Lebih mudah ragu-ragu 6. Cepat lupa 7. Kurang cerdas dalam pemikiran 8. Belajar secara lambat 9. Mundur 10. Pencapaian akademik yang tidak tinggi 11. Kekurangan sosial 12. Kerencatan akal
  • 3. FAKTOR-FAKTOR MASALAH PEMBELAJARAN 1. Faktor psikologi A. Kecerdasan mental B. Emosi yang tidak stabil 1. Faktor biologi/kesihatan Kanak-kanak biasanya menghadapi masalah “neurologi”, iaitu sukar mengeja,membaca dan menulis. 1. Faktor persekitaran A. Terdiri daripada bahasa B. Terdiri daripada amalan sekolah 1. Faktor emosi dan social  CARA-CARA MENGESAN KESUKARAN PEMBELAJARAN 1. Pemerhatian 2. Melihat pada rekod prestasi 3. Profil peribadi 4. Ujian kertas dan pensel 5. Latihan harian  PERANAN GURU KELAS BIASA DALAM PELAKSANAAN PEMULIHAN 1. Mengatur langkah-langkah yang sesuai dalam pengelolaan sesi pemulihan 2. Menguruskan aktiviti pengajaran pemulihan 3. Menentukan strategi p&p 4. Menyediakan bahan dalam sesi pemulihan 5. Menjalankan aktiviti penilaian untuk sesi pemulihan 6. Mengambil tindakan susulan yang sewajarnya  STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PEMULIHAN Kumpulan: berlaku apabila sekumpulan kecil murid menghadapi masalah pembelajaran yang sama. Murid yang lain pula menjalankan aktiviti penggayaan.
  • 4. Individu: apabila sekumpulan kecil murid menghadapi masalah pembelajaran yang berlainan. Guru akan bergilir-gilir membetulkan kesalahan secara individu, manakala murid yang lain menjalani pengukuhan.  PENYEDIAAN BAHAN SESI PEMULIHAN 1. Aspek pendengaran Sebutan guru jelas, hanya sebutan bunyi yang hendak dipelajari sahaja yang diajarkan 1. Aspek penglihatan BBM besar, ringkas, menarik, dan haruslah menggunakan warna untuk perkara penting sahaja. 1. Aspek psikomotor Benda maujud, bentuk huruf atau nombor hendaklah timbul agar murid dapat menyentuhnya, gunakan warna untuk aktiviti menulis. PENDIDIKAN PENGGAYAAN  KONSEP PENGGAYAAN Iaitu sejenis pembelajaran yang menarik dan mencabar untuk member peluang kepada murid-murid mengembangkan lagi sifat ingin tahu, semangat berdikari, daya cipta serta bakat kepimpinan mereka.  OBJEKTIF-OBJEKTIF PENGGAYAAN Objektif penggayaan untuk murid adalah:
  • 5. 1. Menggunakan kemahiran-kemahiran yang dikuasai dalam kelas biasa 2. Menjalani aktiviti-aktiviti pembelajaran yang menarik dan mencabar. 3. Menggunakan masa lapang untuk memperkembangkan minat dan bakat mereka 4. Menyemai sifat berdikari dan minat untuk belajar 5. Memperkembangi bakat kepimpinan kepada peringkat yang lebih tinggi  CONTOH-CONTOH AKTIVITI PENGGAYAAN 1. Membaca (bacaan) : bahan yang lebih tinggi 2. Menulis (tulisan) : ayat yang lebih panjang 3. Mengira (kiraan) : kiraan yang lebih mencabar Strategi mengesan masalah-masalah pembelajaran Topik pada kali ini adalah „Strategi Mengesan Masalah Pembelajaran Murid‟.Baru-baru ini, guru Pemulihan di sekolah saya datang berjumpa dan ingin berbincang sesuatu bersama saya. Masalah yang dihadapinya adalah bagaimana hendak mengesan masalah murid yang diajarnya. Saya pun memberikan pandangan berikut ; 1. Pemerhatian 2.Pentafsiran rekod prestasi 3.Pentafsiran rekod profil 4.Ujian kertas dan pensel 5.Temu bual dengan guru darjah 6.Temu bual dengan ibu bapa / penjaga murid. PENTAFSIRAN REKOD PRESTASI Rekod prestasi merupakan rekod yang menyimpan maklumat tentang pencapaian akademik murid dan keterangan yang tepat dan lengkap tentang pencapaian murid dalam kelas. Pentingnya rekod prestasi ini antaranya dapat membantu guru menilai secara jangka panjang dan membolehkan guru sentiasa mempunyai pengetahuan tentang murid-murid mereka. Bagi ibu bapa pula, rekod prestasi dapat membantu mereka memahami prestasi akademik, perkembangan sosila, fizikal dan emosi anak-anak.Melalui sumber berkenaan, ibu bapa dapat membantu pihak sekolah seperti menilai anak-anak, meningkatkan tanggungjawab sebagai penjaga dengan menasihati dan memberi tunjuk ajar di rumah. REKOD PROFIL Rekod yang memberi maklumat tentang pencapaian murid dalam semua mata pelajaran yang diikuti disekolah dan ditunjukkan menggunakan markah dan gred. UJIAN KERTAS dan PENSEL Ujian bentuk ini melibatkan penggunaan perkataan dan secara tidak langsung menguji penguasaan bahasa murid. TEMU BUAL dengan GURU DARJAH Perbincangan dengan guru darjah dapat memberi maklumat tentang seseorang murid yan hendak dikenal pasti. Melalui teknik ini, guru akan dapat maklumat seperti kehadiran, pencapaian akademik, tingkah laku dan perbezaan individu. TEMU BUAL dengan IBU BAPA Saya kerap menggunakan kaedah ini kerana ibu bapalah individu yang paling rapat dengan murid di
  • 6. rumah selain guru semasa di sekolah.Banyak maklumat yang boleh diperolehi daripada ibu bapa berkaitan murid termasuklah latar sosio-ekonomi keluarga, faktor baka, kesihatan, penceraian, faktor kelahiran dan sebagainya. Kanak-kanak bermasalah pembelajaran merupakan kanak-kanak yang telah dikenalpasti dan disahkan oleh pakar profesional klinikal sebagai mengalami kecacatan yang menganggu proses pembelajaran. Kecacatan yang dialami boleh diketegorikan mengikut tahap kefungsian kanak-kanak dalam kebolehan-kebolehan yang berikut: 1. kebolehan kognitif 2. tingkahlaku sosial / perkembangan sosial 3. penguasaan bahsa lisan/pertuturan 4. penguasaan membaca 5. kemahiran perkembangan (developmental skills) 6. kemahiran matematik CIRI-CIRI KANAK-KANAK BERMASALAH PEMBELAJARAN Terdapat banyak ciri-ciri kanak-kanak bermasalah pembelajaran. Antara ciri-ciri yang mungkin dapat menolong pakar-pakar diagnostik dan guru-guru dalam mengenalpasti dan mengajar kanak-kanak yang bermasalah pembelajaran: a. Ciri-ciri fizikal Bentuk badan dan ko-ordinasi motor kanak-kanak ini tidak banyak berbeza dengan kanak-kanak normal. Walaubagaimanapun kanak-kanak yang mempunyai rendah keupayaan mental yang disebabkan oleh faktor – faktor organik adalah lebih kecil bentuk badan berbanding dengan kanak-kanak biasa. b. Ciri-ciri intelek Terdapat kelewatan dalam perkembangan kematangan dan fungsi-fungsi intelek yang tertentu yang diperlukan dalam perkembangan di sekolah. Sebagai contohnya,mereka mempunyai rendah daya ingatan, kebolehan dalam bidang pengamatan dn perkonsepan dan kebolehan berbentuk kreatif. Kesediaan belajar dan keupayaan menerima pelajaran bagi kanak-kanak bermnasalah pembelajaran tidak sama dengan kanak-kanak biasa. Contohnya, mereka hanya dapat mempelajari apa yang dipelajari apa yang dipelajari oleh kanak-kanak biasa berumur 6 tahun pada peringkat umur 8 tahun atau lebih. c. Ciri-ciri sosial dan peribadi Mempunyai bidang perhatian yang singkat atau kurang tumpuan terhadap sesuatu. Mudah kecewa disebabkan pengalaman kegagalan yang berulang-ulang hasil daripada pengharapan masyarakat supaya mereka berfungsi sesuai dengan umur kronologi mereka.Sikap dan nilai mereka tidak selaras dengan tingkahlaku kanak- kanak biasa. Minat mereka adalah selaras dengan kanak-kanak yang mempunyai mental yang sama dengan mereka.
  • 7. RASIONAL Kanak-kanak yang menghadapi masalah pembelajaran berupaya untuk menerima pendidikan yang sesuai dengan kemampuan dan perkembangan mereka secara menyeluruh.Hanya sekadar mereka kurang bertindakbalas kepada strategi pengajaran dan pembelajaran biasa.Oleh itu satu program khas perlu disediakan untuk memenuhi keperluan murid-murid ini mengambil kira aspek-aspek seperti masa, bahan, budaya, kelas, teknik mengajar, bantuan kepakaran dan penglibatan masyarakat. MATLAMAT Kurikulum kanak-kanak bermasalah pembelajaran adalah bertujuan melengkapkan kanak-kanak yang bermasalah pembelajaran dengan kemahiran-kemahiran yang tertentu bagi membantu mereka mencapai perkembangan yang menyeluruh.Perkembangan ini membantu mereka mencapai perkembangan yang menyeluruh.Perkembangan ini meliputi aspek-aspek intelek, rohani, jasmani, emosi, bakat, akhlak, nilai-nilai estetika dan sosial agar mereka boleh menjadi satu ahli masyarakat yang berguna dan berdikari. OBJEKTIF Setiap orang kanak-kanak diberi peluang dan bimbingan yang seluas-luasnya untuk membolehkan mereka: 1. Menguasai kemahiran komunikasi 2. Menguasai kemahiran bergaul 3.Mengetahui dan memperkembang perasaan ingin tahu mengenai hal diri dan alam sekeliling 4.Menjaga kesihatan dan keselamatan diri 5.Menguruskan hal-hal kehidupan seharian 6.Mempunyai keyakinan diri dan konsep kendiri yang positif 7.Melibatkan diri dalamkegiatan rekreasi 8.Memahami keperluan perkembangan jasmani serta menguasai kemahiran motor 9.Menghayati dan mengamalkan nilai-nilai murni 10. Mengembangkan potensi,bakat,dan daya kreatif serta intelek SASARAN Murid-murid terencat akal ringan yang: Telah disahkan oleh doktor pakar kanak-kanak yang bertauliah Boleh mengurus diri tanpa bantuan orang lain Tiada kecacatan fizikal yang teruk Tiada mengalami masalah sikap/tingkahlaku luarbiasa seperti hyperaktif (sukar dikawal),ganas atau mental yang teruk Tiada mengalami sebarang penyakit dalaman seperti sawan,jantung dan lain-lain. (percubaan selama 3 bulan diberikan kepada murid-murid baru) Terencat Akal
  • 8. Diskalkulia, Disgraphia, Disleksia Autisme Bermasalah komunikasi Sukakan rutin Berada di dunia sendiri Ekolalia Cederakan diri sendiri Kompulsif tanpa tahu kesan Tidak suka bergaul Tidak ada tentangan mata Kerencatan bahasa Masalah kefahaman Tidak suka disentuh Bermasalah interaksi sosial Pergerakan berulang-ulang Palsi Serebrum Kecacatan anggota tangan, kaki dan tubuh badan Masalah pergerakan Masalah postur Kekejangan Pergerakan tidak terkawal Masalah imbangan badan Masalah komunikasi Masalah motor halus/kasar Masalah tulisan Masalah perkembangan motor halus/kasar Komunikasi, Pertuturan dan Bahasa Kecelaruan pertuturan Kecelaruan bahasa Kecelaruan suara Masalah artikulasi Masalah kelancaran Sindrome Down Gangguan Penumpuan ADHD Lambat menyiapkan tugasan Mudah terganggu Masalah kosentrasi Masalah mengurus tugasan Cepat lupa Impulsif Membuat tugasan lain tanpa menyiapkan tugasan terdahulu Memerlukan pengawasan yang lebih Masalah menunggu giliran
  • 9. Hiper Aktif Tidak boleh duduk diam Impulsif Tumpuan perhatian singkat Suka ganggu orang lain Bermasalah Pembelajaran Pintar cerdas dan Berbakat Keupayaan umum yang istimewa Kebolehan aptitud, bakat dan kreativiti yang tinggi Bermotivasi tinggi untuk belajar dan berjaya IQ tinggi Mudah memahami pengajaran dan pembelajaran Menguasai hanya satu atau sesuatu kemahiran dengan mudah dan berkesan DISLEKSIA Definisi Perkataan “disleksia” (dyslexia) adalah hasil gabuangan dua perkataan Greek iaitu “Dys” yang bermaksud kesukaran dan “Lexis” bermaksud perkataan atau dengan kata lain, kesukaran menggunakan perkataan. Istilah „buta huruf‟ juga digunakan untuk kategori ini. Seorang Profesor Berlin pada tahun 1887, merangkap seorang pakar perubatan dan „ophalomotologist‟ telah memperkenalkan perkataan „Disleksia‟ (Hammond dan Hugges, 1996:3) “Disleksia ialah satu „Disorder‟ dalam kanak-kanak yang telah terima Pendidikan Biasa, tidak memperolehi kemahiran bahasa, bacaan, menulis dan ejaan yang setaraf intelek” (World Federation Of Neurology, 1968) Selain itu terdapat juga beberapa perkataan lain yang berkaitan dengan Disleksia, diantaranya ialah; Dyscalculia (Diskalkulia) iaitu seorang disleksia yang bermasalah dalam pengiraan ataupun matematik Dysgraphia (Disgrafia) iaitu seorang disleksis yang bermasalah dalam bahasa Dyspraxia (Dispraksia) iaitu seorang disleksis yang bermasalah dalam ko-ordinasi moto-mata-tangan APA ITU DISLEKSIA Disleksia adalah satu masalah pembelajaran iaitu kesukaran mengenal huruf, membaca, menulis, mendengar dan bercakap di sebalik pengajaran yang cukup dan peluang budaya yang sempurna. Sebenarnya masalah ini bukanlah satu penyakit dan ia tidak memerlukan ubat untuk mengubatinya, sebaliknya dengan program pendidikan yang sesuai masalah ini dapat dikurangkan. Disleksia juga bukan disebabkan kecerdasan yang lemah serta penglihatan tetapi seseorang disleksia tidak mengecam sesuatu dalam keadaan terbalik. Ternyata sekali disleksia menghuraikan sesuatu kelainan dalam otak, selalunya ia adalah pemberian Tuhan yang terus berkembang dalam diri seseorang dengan cara yang berlainan. SIAPA YANG MENGALAMI DISLEKSIA Disleksia melibatkan orang dari pelbagai latar belakang tanpa mengira umur, jantina
  • 10. atau bangsa.Disleksia biasanya boleh diperturunkan daripada ibu bapa kepada kanak-kanak. (Pengenalan Ke Dyslexia) JENIS-JENIS DISLEKSIA Disleksia boleh dikategorikan kepada tiga bahagian iaitu; Disleksia visual (penglihatan) Kesukaran utama yang dihadapi ialah untuk mengingat dan mengenal abjad serta konfugirasi perkataan. Simbol-simbol perkataan yang dicetak juga sukar untuk diterjemahkan. Kemungkinan untuk melihat abjad-abjad tertentu atau sebahagian perkataan adalah secara terbalik Disleksia auditori (pendengaran) Kesukaran untuk mengingat bunyi abjad, menganalisis bunyi mengikut suku kata perkataan dan menyusun atau menggabungkan suku kata bagi menyembunyikan perkataan. Bunyi percakapan yang tuturkan secara halus juga tidak dapat dibezakan. Masalah untuk membezakan bunyi vokal dengan konsonan juga dihadapi oleh dislaksia auditori Disleksia visual-auditori Kesukaran membaca yang amat teruk dan ini disebabkan oleh kelemahan untuk memproses tulisan secara visual dan audio PUNCA-PUNCA DISLEKSIAMengikut Mercer, 1997; Hammond dan Hughes, 1996 dan Spaafford dan Grosser,1996, antara punca-punca disleksia ialah; a)Keturunan atau genetik Kebanyakan kes, terdapat beberapa ahli keluarga yang mengalami masalah-masalah yang sama. Kemungkinan punca ini boleh diwarisi yang membezakan adalah darjah keterukannya. Terdapat kajian yang dijalankan telah membuktikan disleksia desebabkan oleh kromosom 15, 1 dan 16 yang boleh diperturunkan secara turun- temurun b)Biologi Sejarah kanak-kanak disleksia biasanya adalah semasa dilahirkan tidak cukup bulan, kekurangan oksigen semasa dilahirkan atau kelahiran yang amat sukar. Faktor-faktor ini menjadi punca kelambatan atau ketidaksempurnaan perkembangan. Sebahagian daripada kerosakan otak yang menyebabkan kanak-kanak ini mengalami masalah belajar dan kerosalan ini minimumc) c)Kematangan
  • 11. Terdapat kanak-kanak yang lambat perkembangnya pada banagian tertentu dalam sisitem saraf. Pada kebiasannya kanak-kanak lelaki lambat matang daripada kanak- kanak permepuan. Kelewatan kematangan pada kank-kanak merupakan salah satu kemungkinan punca disleksia CIRI-CIRI DISLEKSIA -Tanda bagi kanak-kank pra-sekolah -Kemahiran bertutur yang lambat dan sukar memahami arahan -Suka mengganti perkataan dan hiperaktif -Kemahiran motor kasar dan motor halus yang lemah -Serigkali terlupa nama benda-benda atau pelajaran yang dipelajari -Tidak merangkak semasa bayi -Suka mendengar bacaan tetapi tidak berminat membaca sendiri -Sifat ingin tahu tinggi, berminat terhadap pekara baru dan suka bertanya banyak soalan Kanak-kanak Sekolah Rendah 6 hingga 9 tahun -Kemahiran membaca, menulis dan mengeja yang lemah dan suka menterbalikkan perkataan, huruf dan nombor -Menggunakan jari untuk mengira dan membaca -Keliru dengan kiri dan kanan -Tulisan cermin atau terbalik -9 hingga 12 tahun -Kesilapan membaca, mengeja dan lemah dalam kefahaman -Mengambil masa yang panjang untuk menyiapkan latihan -Kesukaran menyalin maklumat dipapan putih atau buku teks -Sukar mengikuti arahan lisan yang panjang -Kelihatan tidak terurus semasa berada dirumah atau sekolah -Kurang keyakinan dan menghadapi masalah tekanan jiwa Sekolah Menengah -Kesukaran membaca dan terkeliru dengan perkataan dan ejaan yang tidak konsisten -Kesukaran menulis karangan -Keliru dengan nombor-nombor dan arahan oral -Kesukaran mempelajari bahasa lain -Lemah dalam kefahaman dan tidak mempunyai ramai kawan -Jenis orang yang suka senyap -Bercakap dengan nada yang kuat atau menjerit daripada konsisten -Kurang kemahiran bersosial MASALAH YANG DIHADAPI OLEH KANAK-KANK DISLEKSIA Masalah utama yang dihadapi kanak-kanak disleksia kebanyakanya adalah dalam proses pembelajaran. Permasalahan ini boleh dikelaskan kepada;
  • 12. a)Mengeja Kelemahan mengeja akan menyebabkan kebolehan untuk menyampaikan pengetahuan yang diperolehi adalah terhad. Untuk tempoh jangka mas yang panjang kelemahan dalam proses mengeja akan memberi kesan terhadap kelemahan membaca. Timbulnya masalah ini adalah berpunca daripada masalah-masalah awalan seperti terdapatnya kekeliruan dalam mengenal pasti huruf-huruf seperti; m – w y –g – j u – n m – nc – e p – q h – n b – d Terdapat juga kekeliruan dalam membunyikan huruf seperti t–hf–v b)Membaca Kesukaran ini menghadkan kebolehan kanak-kanak untuk mendapatkan maklumat daripada rujukan-rujukan yang berkaitan. Secara langsung ianya akan membuat kanak-kank merasa rendah diri dan tidak berkeyakinan. Mereka cenderung menterbalikkan perkataan seperti; Batu – tuba Gula - lagu Selain itu mereka juga melakukan pembalikkan dalam ayat. Contohnya seperti berikut; pada masa yang sama – dapa masa yang masa Kekeliruan perkataan antara Bahasa Melayu dengan Bahasa Inggeris. Contohnya seperti berikut; Bahasa Inggeris dengan Bahasa Melayu Jam – jem cat - cat c)Menulis Kanak-kanak ini juga mengalami kesukaran untuk memindahkan maklumat ke atas kertas. Mereka jiga mengalami kesukaran untuk memegang pensel dan tidak dapat menulis mengikut garisan yang disediakan. Kanak-kanak ini juga cenderung menulis perkataan yang pelik-pelik Bercakap dan mendengar Terdapat juga di antara mereka yang mengalami kesukaran untuk bertutur.Mereka juga kelihatan seperti tidak mendengar atau mempedulikkan. Hal ini berlaku disebabkan kelambatan dalam proses maklimat yang diperolehi. Mereka juga tidak melakukan atau menyusun sesuatu mengikut susunan. d)Nombor Kanak-kanak ini juga menghadapi kesukaran dalam pembelajaran yang berkaitan dengan matematik mental. Terdapat kekeliruan terhadap tanda dan simbol dan suka menterbalikkan nombor yang sama. Contohnya seperti berikut; 3–5-89-6 i)Masalah fizikal, pengurusan diri dan sosial Pakaian sentiasa tidak kemas tetapi tidak kotor dan pandai membutangkna baju, kidal dan pandai mengikat tali kasut Kelihatan berminat dalam pelajaran tetapi dilabel pemalas dan kelihatan bodoh Skop penglihatan yang terhad di mana keliru antara depan, belakang, kiri, kanan,, atas, bawah serta pengamatan yang lemah
  • 13. LANGKAH MEMBANTU KANAK-KANAK DISLEKSIA a) Membawa berjumpa dengan pakar pisikologi pembelajaran atau psikologi klinikal pada peringkat awal bagi tujuan menanganinya. b)Membantu kanak-kanak memahami bahawa walaupun dia mungkin berbeza dalam banyak hal tetapi tetap disayangi. c)Menambah dan menggalakkan sebarang kemahiran istimewa bakat atau kebolehan semulajadi d)Sentiasa sabar melayani karenah mereka yang mana biasanya kecewa dengan kegagalan yang berterusan. e)Membacakan cerita untuk anak-anak serta menjadi ahli persatuan sokongan ibu bapa f)Memberikan bantuan dan latihan pembelajaran sebelum memasuki tadika. g)Mengamalkan suasana kasih sayang serta bersikap prihatin dalam mengekalkan suasana harmoni h)Membuat aktiviti berkeluarga serta memberi bimbingan dalam bidang akademik i)Memberi kebebasan yang terbatas serta nasihat untuk mengenal identiti sendiri j)Mengamalkan konsep diri diberi ganjaran atau pujian contohnya bagus, pandai CEREBRAL PALSY “CEREBRAL” ialah OTAK“PALSY” bermaksud “KURANG ATAU TIDAK UPAYA MENGAWAL PERGERAKAN OTOT” Kanak-kanak cerebal palsy mengalami (sebahagian besarnya) kerosakan pada kawasan motor dalam otak yang mengakibatkan kekurangupayaan untuk melakukan pergerakan otot-otot dan tegak badan. Kecacatan otak dan saraf otot ini lazimnya berlaku sebelum, semasa dan di peringkat awal bayi dilahirkan – ketika bahagian otak berkembang dengan pesat. Sebelum Kelahiran 1. Jangkitan dalam rahim 2.ibu mengalami darah tinggi, kancing manis, kurang darah ketika mengandung 3. pendarahan teruk dan kronik ketika mengandung Semasa Proses Kelahiran 1. Kelahiran tidak cukup bulan 2.kecederaan semasa lahir 3. lemas semasa lahir
  • 14. 4. jangkitan semasa lahir Selepas Kelahiran (sebelum berumur 3 tahun) 1. meningitis (jangkitan kuman diselaput otak) – demam kuning 2. Jaundis yang teruk (kemicterus) 3. Kecederaan otak disebabkan oleh kemalangan, penderaan dan penganiayaan fizikal. Seseorang kanak-kanak ceberal palsy dilahirkan bagi setiap 800 kelahiran tanpa mengira jantina, kaum, umur ibu atau latar belakang sosial. Punca-punca : 1. kekurangan bekalan oksigen (anoxia) – punca utama. 2. perkembangan otak yang tidak normal. 3. rembesan (intraeraneal bleeding). 4. demam kuning. 5. terhentak / terhempas / kejutan. 6. serangan kuman / penyakit. Tanda-tanda : 1. bayi kelihatan lembik 2. lewat perkembangan 3. menggunakan sebelah tangan (hand preference) 4. masalah menyusu 5. kerap menangis, meragam, merenggek, tanpa sebab ataupun terlalu diam dan kurang tindak balas rangsangan 6. refleks primitive yabg kekal 7. sembelit 8. cepat marah Perkembangan kanak-kanak cerebral palsy 1. bagi kanak-kanak yang menghidapi cerebral palsy biasanya kita dapati mereka akan lahir lebih awal berbanding dengan kanak-kanak normal yang lain. Selain daripada itu, kanak-kanak seperti ini sewaktu lahirnya jarang atau tidak menangis. Umur Tahap Perkembangan 0 – 10 bulan 1.kanak-kanak ini pada peringkat awalnya sukar untuk melakukan pergerakan biasa bagi kanak-kanak normal seperti meniarap, duduk mengesot dan sebagainya. 11 bulan 1.mula merangkak, tetapi tidak mahu berjalan dan mereka biasanya akan berdiri di hujung jari ibu kaki sahaja seolah-olah bimbang untuk bertapak. 1 – 3 tahun 1. 1 tahun masih belum boleh berjalan / anggota tubuh lembik. 2. Tabiat bertahan nafas atau breathulding spell berlaku di samping berlakunya kekejangan terhadap anggota badan sekiranya kanak-kanak tersebut menangis
  • 15. apabila kemahuannya tidak dituruti dan didapati mukanya bertukar menjadi warna biru. Apabila dia menarik nafasnya dan menangis, warna di mukanya kembali cerah semula. 8 tahun 1. Belum boleh bercakap Akibat daripada kerencatan ini boleh juga menimbulkan lain-lain kerencatan seperti : 1. rencatan akal (kurang kecerdasan) 2. kerencatan pertuturan 3. rencatan penglihatan 4. rencatan pendengaran 5. sawan (epilepsy) 6. kecacatan anggota 7. kecacatan gigi 8. masalah mengenai pernafasan 9. masalah mangenai pemakanan 10. masalah untuk buang air besar atau kecil. Jenis-Jenis Cerebral Palsy 1) Spastic - Bahagian-bahagian otot anggota yang spastic manjadi tegang dan tidak mudah kendur semula.Pantulan yang terhasil adalah secara terserentak dan mengejut. 2)Athetoid.- Bahagian-bahagian anggota bergerak tanpa dapat dikawal otot otak (ivoluntary movements). Akibatnya seseorang kanak-kanak athetoid menunjukkan gimik muka. 3) Ataxia - Pada prinsipnya kanak-kanak ataxia ini tidak dapat duduk, berdiri dan berjalan. Kanak-kanak ini mengalami kesukaran untuk mengawal keseimbangan badan dan koordinasi otot, bergantung kepada kadar kepintasan yang dialaminya. Biasanya, jika kanak-kanak ini mampu berdiri dan berjalan sekalipun, kakinya akan berkeadaan terkangkang luas bagi membantu mendapat keseimbangan postur tersebut. 1. Hypoytonik – otot lembik. 2. Campuran sifat-sifat di atas. Latihan dan pendidikan kepada kanak-kanak Cerebral Palsy. 1. Kanak-kanak yang mengalami Cerebral Palsy mempunyai otak yang kurang berfungsi. Tetapi, sekiranya umur mereka lebih muda. Fungsi otak itu akan menjadi lebih baik. Iaitu walaupun mereka mempunyai otak yang kurang berfungsi, namun mereka boleh berkembang secara beransur-ansur.Oleh kerana itu, kita mesti memperkenalkan kanak-kanak Cerebral Palsy ini ke Fisio Terapist dan Occupational Terapist secepat mungkin. 2. Kalau kanak-kanak tidak diberi latihan oleh Fisio Terapist, Occupational Terapist dan keluarga untuk jangka masa yang lama, kecacatan mereka akan bertambah teruk. Contohnya, sendi mereka akan menjadi lebih keras dan tulang belakang mereka akan menjadi bengkok.
  • 16. 3. Oleh itu, kanak-kanak Cerebral Palsy mesti diberi latihan tiap-tiap hari oleh Fisio Terapist, Occupational Terapist dan keluarga di hospital atau di rumah. 4. Jikalau, kanak-kanak yang mengalami Cerebral Palsy mempunyai terencat akal juga, mereka perlu diberi pendidikan khas oleh Guru Khas dan keluarga mereka. Jenis-jenis Masalah dan Tiga Bentuk Utama.Kecacatan warisan atau keturunan tidak berapa penting dalam kelumpuhan otak.Masalah utama secara langsung melibatkan otak.Tiada kecederaan yang berlaku secara langsung kepada anggota yang terlibat. Terdapat tiga bentuk utama kelumpuhan otak iaitu : 1. Spasticity 2. Athetosis 3.Ataxia Mereka yang mengalami ketiga-tiga bentuk kelumpuhan otak di atas dikenali secara umum sebagai penyakit Cerebral Palsy atau spastic. Cortex atau Lapisan Luar Otak Cortex atau lapisan luar otak terlibat dalam pemikiran, pengetahuan dan sensasi.Kanak-kanak yang mengalami spasticity menghadapi kawalan pergerakan yang tidak terkawal, kelemahan otot-otot dan seringkali mengalami gangguan dalam tumbesaran dan perkembangan.Kerosakan di bahagian cortex ini berlaku berpunca daripada keadaan spastic sebenarnya.Kerosakan bahagian luar otak boleh memberi kesan kepada kedua-dua bahagian anggota di sebelah bahagian tubuh, iaitu bahagian anggota bawah atau keempat-empat bahagian anggota badan. Basal Ganglia Bahagian ini terletak di bawah cortex iaitu di tengah-tengah otak.Basal ganglia dan serebelum membantu mengorganisasikan atau menyusun pergerakan dengan amat teratur, harmoni (bersantun) dan lebih ekonomikal.Gangguan di bahagian basal ganglia ini boleh menyebabkan berlakunya kecederaan yang dikenali sebagai Athetosis.Ciri utama yang dihadapi olah athetosis ialah pergerakan yang secara tidak disengajakan dan mengganggu pergerakan yang normal dalam tubuh manusia. Serebelum Serebelum ini terletak di bahagian asas atau dasar otak. Bahagian ini berperanan „mentadbir‟ fungsi tubuh manusia seperti koordinasi pergerakan, gaya dan keseimbangan. Serebelum dihubungkan dengan pangkal otak yang menghubungkan bahagian atas otak kepada saraf tulang belakang. Kanak-kanak spastic yang menghadapi Ataxia berpunca daripada kecederaan pada bahagian serebelum mengalami gaya melangkah yang tidak stabil dan kesukaran dalam mengimbang badan. Orang cacat spastic yang lebih mungkin sekali menghadapi lebih daripada satu kategori asas biajnosa dan pengklasan menggambarkan kesukaran yang amat sangat. Mengesan Kanak-kanak Spastik. Kanak-kanak spastic dapat dikesan dari simtom-simtom yang ditunjukkan :
  • 17. a)Kesukaran sewaktu makan Kanak-kanak spastic akan mengalami kesukaran menghisap, menelan dan mengunyah makanan. Ini seringkali menyebabkan mereka muntah. Kanak-kanak juga akan serta merta menggigit makanan yang diletakkan di dalam mulut mereka dan akan sukar untuk dikeluarkan semula. b)Masalah pernafasan Kanak-kanak akan mengalami kesukaran bernafas, pernafasan mereka menjadi kencang dan bising. c)Masalah tidur. Kanak-kanak juga mengalami kesukaran tidur, mereka kerap terjaga di waktu malam dan sering menangis. d)Masalah pertuturan. Kanak-kanak spastic tidak boleh mengeluarkan suara iaitu mereka tidak boleh memanggil ibu bapanya ataupun mengeluarkan “babbling sound”. Kanak-kanak juga tidak memahami apa yang dikatakan kepadanya. e)Masalah pendengaran. Kanak-kanak spastic hanya akan bertidak balas terhadap bunyi yang kuat ataupun tidak bertindak balas langsung terhadap bunyi. f)Masalah penglihatan. Sering kali kanak-kanak ini juling ataupun mengalami mistagmus iaitu pergerakan bola mata yang berterusan. g)Reaksi yang tidak normal Kanak-kanak spastic sering akan menangis disebabkan bunyi, cahaya dan sentuhan. Kanak-kanak ini juga kadangkala tidur berlebihan (hipersomnia). Kemungkinan mengalami simtom-simtom terencat akal. Kanak-kanak spastic mungkin mengalami kerencatan akal jika didapati mereka tidak pernah tersenyum, tidak mengenali ibu bapanya, sentiasa tidur, tidak bertindak balas atau tidak berminat terhadap keadaan sekelilingnya. Program Kanak-kanak Spastik dalam Kelas Pendidikan Khas. Kelas khas ini diwujudkan sejak tahun 1992.Kelas ini meliputi pelbagai aspek yang bukan berkaitan dengan pelajaran.Kelas ini dinamakan kelas kemahiran yang menempatkan pelajar yang berumur antara 3 hingga 12 tahun.Kelas Pembangunan bagi pelajar berumur dua belas tahun ke atas serta Kelas Pendidikan Khas untuk kanak-kanak berumur sembilan tahun ke atas. Kanak-kanak dalam kedua-dua kelas Kemahiran dan Pembangunan diberikan latihan fizikal yang berkesan, pembentukkan pemikiran dan kedua-duanya sekali.Mereka ini didedahkan kepada komunikasi antara masyarakat.