SlideShare a Scribd company logo
UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS
PENGAJARAN DAN KEPELBAGAIAN PELAJAR
(KPD 5033)
TAJUK:
PENGUASAAN KONSEP DALAM KEPELBAGAIAN PELAJAR
NAMA PELAJAR:
LINDA BINTI YIUS L20092003218 (B41)
NUR AKMAR ABD AZIZ L20092003253 (B63)
DISEDIAKAN UNTUK :
DR. SABRI BIN MOHD SALLEH
1. KAEDAH PEMBELAJARAN KONTEKSTUAL
Huraian konsep:
Kontekstual jika diambil daripada ayat asalnya dalam Bahasa Inggeris (asal bahasa
Latin con = with + textum = woven) bermaksud mengikut konteks atau dalam konteks. Konteks
pula membawa maksud keadaan, situasi dan kejadian. Secara umum, kontekstual membawa
pengertian:
1. Yang berkenaan, relevan, ada hubungan atau kaitan langsung, mengikut konteks.
2. Yang membawa maksud, makna dan kepentingan (meaningful).
Oleh itu, kaedah kontekstual iaitu kaedah yang dibentuk berasaskan maksud kontekstual
itu sendiri, seharusnya mampu membawa pelajar ke matlamat pembelajaran isi dan konsep yang
berkenaan atau releven bagi mereka, dan juga memberi makna dalam kehidupan seharian
mereka.
Kebanyakan pelajar di sekolah tidak mampu membuat kaitan antara apa yang mereka
pelajari dengan bagaimana pengetahuan itu dapat dimanfaatkan. Ini berlaku oleh sebab cara
mereka memproses maklumat dan perasaan motivasi untuk pelajar tidak tersentuh melalui
kaedah pengajaran yang lazim digunakan (iaitu kaedah syarahan yang abstrak), namun mereka
amat perlu memahami konsep itu untuk memudahkan mereka mengaitkannya dengan suasana
dan juga dalam menempuh kehidupan masyarakat di mana tempat mereka menjalani kehidupan
dan bekerja. Secara lazimnya, pelajar dijangkakan mampu membuat kaitan ini dengan sendiri
apabila berada di luar bilik darjah.
Pendekatan kontekstual menyedari hakikat bahawa pembelajaran ialah satu proses pelbagai
bentuk yang kompleks yang menjangkau melepasi kaedah-kaedah jenis latih tubi dan rangsangan
dan tindak balas.Menurut teori pembelajaran kontekstual, pembelajaran hanya berlaku apabila
pelajar memproses maklumat atau ilmu pengetahuan baru dengan cara tertentu sehingga ia
membawa maksud atau makna kepada mereka dalam kerangka rujukan mereka sendiri (dunia
dalaman bagi memori, pengalaman dan tindak balas mereka sendiri). Pendekatan pembelajaran
dan pengajaran seperti ini mengandaikan minda akan mencari maksud dalam konteks dengan
cara semula jadi, iaitu berkait dengan persekitaran semasa seseorang itu. Ini berlaku dengan cara
pencarian hubungan yang diterima akal dan kelihatan bermakna.
Terbentuk daripada pemahaman ini, teori pembelajaran kontekstual tertumpu pada aspek
pelbagai bagi mana-mana persekitaran pembelajaran, sama ada dalam bilik darjah, dalam
makmal, dalam makmal komputer, tempat atau lokasi kerja, atau di ladang tanaman. Ia
menggalakkan pendidik memilih dan/atau membina persekitaran pembelajaran yang
menggabungkan seberapa banyak bentuk pengalaman yang boleh termasuk aspek sosial, fizikal,
psikologikal, ke arah mencapai hasil pembelajaran yang diinginkan. Dalam persekitaran
sedemikian, pelajar menemui perhubungan yang bermakna antara idea abstrak dan aplikasi
praktikal dalam konteks alam yang nyata. Konsep dihayati melalui proses penemuan,
pengukuhan dan menghubungkaitkan. Contohnya, pelajar yang mengikuti satu pelajaran Fizik
berkenaan tajuk Pengkonduksian Terma mungkin mengukur bagaimana kualiti dan amaun bahan
pendebat bangunan mempengaruhi jumlah tenaga yang diperlukan untuk menyejuk atau
memanaskan bangunan itu.
Pengajaran-pembelajaran kontekstual merupakan satu konsepsi pengajaran dan
pembelajaran yang membantu guru mengaitkan bahan subjek yang dipelajari dengan situasi
dunia sebenar dan memotivasikan pelajar untuk membuat perkaitan antara pengetahuan dengan
aplikasinya dalam kehidupan harian mereka sebagai ahli keluarga, warga masyarakat dan
pekerja. Ini dapat membantu dalam menghadapi pelajar dari kelas yang pada peringkat sederhana
dimana pelajar dalam kelas ini berpotensi namun kurang motivasi.
2. KONSEP BILIK DARJAH YANG PELBAGAI BUDAYA
Masyarakat Malaysia terdiri daripada pelbagai budaya, etnik, agama dan nilai. Budaya secara
ringkasnya merujuk kepada ciri-ciri dan hasilan tingkah laku dipelajari oleh sekumpulan manusia
daripada persekitaran sosialnya. Tafsiran klasik budaya selalu dirujuk kepada Taylor (1871)
dalam Amir Hasan Dawi (2009), yang menyatakan budaya sebagai keseluruhan yang kompleks
yang mengandungi ilmu pengetahuan, kepercayaan, kesesuaian, moral, undang-undang, adat dan
sebarang bentuk keupayaan dan kebiasaan yang diperakui oleh seseorang sebagai ahi
masyarakat.
Kurikulum sekolah yang dibentuk dalam sistem pendidikan di negara kita adalah
berorientasikan Malaysia bagi tujuan memupuk nilai-nilai kemalaysiaan. Namun ini bukanlah
bermaksud untuk menolak atau menidakkan budaya sesuatu kaum dengan wujudnya nilai
kemalaysiaan ini. Kurikulum ini dibentuk sebagai alat untuk menyatupadukan pelbagai kaum di
negara ini. Kurikulum yang terdapat dalam sistem pendidikan juga menerapkan dan
mengintergrasikan nilai-nilai murni yang telah diterima oleh masyarakat di Malaysia. Malahan
nilai-nilai murni yang dipilih secara khusus adalah mengikut pelbagai budaya kaum dan bangsa
di Malaysia ini. Maka dengan adanya keseragamanan nilai bagi semua murid di sekolah yang
berorientasikan budaya Malaysia, maka dijangka akan dapat atau struktur yang sama bagi
kefahaman budaya masyarakat Malaysia tanpa mengira kaum, agama dan juga fahaman.
Pengajaran kepelbagaian pelajar merangkumi kepelbagaian pelajar dari aspek budaya,
etnik, agama, jantina dan sebagainya. Apabila seseorang guru dapat memahami setiap budaya
pelajar yang wujud di dalam bilik darjah ia dapat mencari alternatif untuk menyatukan pelajar
yang berlainan budaya ini serta mengelakkan berlakunya sifat perkauman. Perhatian yang sama
rata harus diberikan kepada setiap pelajar tanpa mengira latar belakang budaya, agama atau etnik
serta guru perlu menjaga sensitiviti sesuatu etnik. Guru perlu menjaga tutur kata agar tidak
menyinggung perasaan pelajar yang berlainan etnik contohnya menyatakan hitam seperti orang
India. Hal ini akan membuatkan orang India akan memprotes dan perpaduan kaum akan musnah.
Kesimpulannya, guru harus bijak memainkan peranan dengan memperbanyakkan
aktiviti-aktiviti berkumpulan supaya pelajar-pelajar yang pelbagai budaya ini dapat berinteraksi
dan bergaul seterusnya dapat menghilangkan rasa disisihkan bagi pelajar-pelajar yang minoriti.
Guru harus mempertimbangkan apa yang perlu dilakukan di dalam bilik darjah bagi menjadikan
suasana yang menyeronokkan bagi pembelajaran yang terdiri daripada pelajar yang pelbagai
budaya seperti menghias bilik darjah dengan poster yang melambangkan kepelbagaian budaya di
Malaysia.
3. EPISTEMOLOGI
Huraian Konsep :
Epistemologi merupakan satu cabang falsafah yang menekankan ilmu. Ianya juga
dikenali sebagai teori ilmu dan berteraskaan kepada kebenaran. Persoalan yang difikirkan dalam
epistemologi ialah termasuk sifat serta proses mental dan kognitif dan juga mengesahkan
kebenaran sesuatu idea bagi dijelmakan menjadi ilmu (Abu Bakar Nordin, 2008). Terdapat
pelbagai aliran teori pengetahuan. Secara umumnya, boleh dibahagikan kepada dua golongan
iaitu golongan yang mempersoalkan hakikat pengetahuan manusia ( Endang Saifudin, 1982).
Golongan yang pertama adalah yang mempersoalkan asal usul atau sumber pengetahuan terdiri
daripada golongan rasionalisme, empirisme, dan kritisme. Secara berasingan pula, golongan
rasionalisme berpendapat sumber pengetahuan manusia ialah fikiran dan jiwa. Golongan
empirisme pula berpendapat pengetahuan manusia berasal daripada pengalaman dari dunia
luar atau persekitaran, yang diterima oleh pancaindera. Manakala, golongan kritisme pula
percaya pengetahuan manusia berasal daripada gabungan dunia luar dan dari jiwa atau
fikiran. Golongan kedua pula ialah golongan yang mempersoalkan hakikat pengetahuan
manusia. Golongan ini terdiri daripada golongan idealisme dan realisme.
Pemilihan konsep ini adalah kerana ianya berkaitan dengan cara berfikir para pelajar
dimana setiap pelajar mempunyai gaya pemikiran yang berbeza bersesuaian dengan golongan
yang terdapat dalam cabang falsafah epistemologi ini.
Kaitan konsep ini dengan pengajaran kepelbagaian pelajar adalah pelajar juga
terbahagi kepada beberapa golongan dengan gaya pemikiran yang berbeza. Cara berfikir ini
dikategorikan seperti rasionalisme, empirisme, kritisme, idealisme dan realisme. Dengan
menyedari kepelbagaian kefahaman pelajar dan cara pelajar memperolehi ilmu, guru haruslah
mempelbagaikan pendekatan, kaedah dan teknik pengajaran dan pembelajaran agar tiada pelajar
yang tercicir daripada memahami objektif pembelajaran
4. KONSEP KEMAHIRAN BERFIKIR
Menurut John Dewey (1933) dalam Jamal, Khuan, Marinah, Suzyanty dan Zuraidah (2009),
pemikiran ialah perilaku penyelesaian masalah. Sementara de Bono (1985) mendefinisikan
pemikiran sebagai satu kemahiran operasi yang menyaksikan bagaimana kepintaran bertindak
berdasarkan pengalaman. Kemahiran berfikir pula adalah apa sahaja proses kognitif yang
diperincikan dalam satu set langkah-langkah yang jelas yang kemudiannya digunakan untuk
memandu pemikiran (Johnson, 2000b; Perkins, 1986). Kemahiran berfikir telah lama
diperkenalkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran sama ada secara langsung atau tidak.
Malah kemahiran berfikir telah diajar secara tidak formal kepada pelajar-pelajar bermula dari
pembelajaran peringkat rendah. Secara umumnya kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif
dibentuk mengikut hierarki dari kemahiran asas kepada kemahiran yang lebih kompleks.
Konsep kemahiran berfikir dipilih kerana kepentingan konsep ini dalam menjana
pemikiran dan idea-idea baru daripada pelajar sendiri. Kemahiran berfikir terbahagi kepada dua
iaitu kemahiran berfikir kritis dan kemahiran berfikir kreatif. Kemahiran berfikir kritis ialah
bebolehan menilai kemunasabahan sesuatu idea dan bersifat penilaian. Berfikir secara kritis
dapat menunjukkan kecekapan dan keupayaan seseorang bagi menggunakan minda untuk
menilai kemunasabahan dan kelemahan sesuatu hujah/fakta, dan membuat pertimbangan yang
wajar dengan menggunakan alasan dan bukti yang kukuh. Beberapa komponen penting dalam
kemahiran berfikir kritis ialah mencirikan, membanding dan membezakan, mengumpul dan
mengelas, membuat urutan, menyusun mengikut keutamaan, menganalisis, mengesan
kecondongan dan menilai.
Kemahiran berfikir kreatif pula ialah kebolehan mencerna dan menghasilkan idea asli dan
bersifat generatif. Idea baru terhasil melalui ilham atau gabungan idea-idea yang ada. Pemikiran
kreatif merupakan kebolehan untuk mencerna dan menghasilkan sesuatu idea/konsep. Beberapa
komponen penting dalam kemahiran berfikir kreatif ialah menjana idea, membuat inferens,
menghubungkaitkan, meramal, membuat hipotesis, mensintesis, mengitlak, menganalogi dan
membuat gambaran mental.
Konsep kemahiran berfikir adalah saling berkait dengan Pengajaran Kepelbagaian Pelajar
kerana tahap pemikiran pelajar dari kelas pertama dan kelas terakhir adalah berbeza. Oleh itu,
guru haruslah menyesuaikan aras pemikiran pelajar dengan aras pembelajaran yang ingin
dicapai. Contohnya, sekiranya guru meminta pelajar membandingkan dan membezakan
perwatakan sesuatu watak dalam sesebuah novel, pelajar akan mengaplikasikan pemikiran aras
tinggi. Untuk itu, guru perlu memecahkan proses kognitif ini kepada beberapa langkah supaya
pemikiran aras tinggi akan menjadi lebih mudah.
Kesimpulannya, kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif dapat membantu pelajar
menyelesaikan masalah dalam pembelajaran, memupuk pelajar yang berdaya fakir,
memperkembangkan daya intelek pelajar dan membantu mereka menghadapi kehidupan
mencabar dalam dunia berteknologi tinggi masa kini. Oleh itu, guru perlu menerapkan konsep
kemahiran berfikir ini dalam proses pengajaran dan pembelajaran untuk menggerakkan minda
kreatif pelajar.
5. KONSEP KENDIRI
Konsep kendiri adalah tanggapan individu terhadap dirinya sama ada positif atau negatif
yang terbentuk hasil pengalaman yang dilaluinya sejak kecil hingga dewasa. Shavelson,
Hubner dan Stanton (1976) mendefinisikan konsep kendiri sebagai ‘persepsi seseorang tentang
dirinya hasil daripada pengalamannya dengan persekitaran dan dipengaruhi oleh peneguhan yang
diterimanya daripada orang-orang yang penting di persekitarannya’. Sementara Papalia, Olds dan
Feldman (2001) menjelaskan konsep kendiri sebagai imej diri individu itu sendiri atau gambaran
sebenar tentang kebolehan dan trait seseorang.
Menurut Noran dan Habibah (1997), konsep kendiri boleh dibahagikan kepada konsep
kendiri positif dan negatif. Individu yang mempunyai konsep kendiri positif ialah individu yang
bersikap riang, bercita-cita tinggi, bersedia menerima kritikan dengan hati terbuka, mempunyai
keyakinan diri yang tinggi dan mudah bergaul dengan orang lain. Manakala individu yang
mempunyai konsep kendiri negatif biasanya mempunyai keyakinan diri yang rendah, tidak
pandai berdikari, sering mengalami kegagalan, mementingkan diri sendiri dan takut mencuba
sesuatu yang baru.
Konsep kendiri dipilih kerana ia mempunyai perkaitan secara langsung dengan
Pengajaran Kepelbagaian Pelajar. Di dalam sesebuah bilik darjah, terdapat golongan pelajar yang
mempunyai konsep kendiri positif dan juga negatif. Oleh itu ibu bapa dan guru memainkan
peranan penting dalam mendidik pelajar membentuk personaliti mereka ke arah membina konsep
kendiri yang positif. Kajian-kajian ahli psikologi membuktikan terdapat hubungan yang
signifikan dan positif antara konsep kendiri dengan pencapaian tinggi dalam akademik (Henson
dan Eller, 1999).
Pelajar yang pandai dalam pelajaran biasanya mempunyai konsep kendiri positif
berbanding pelajar yang lemah dalam pelajaran. Oleh itu guru perlu membimbing pelajar untuk
berjaya dalam pelajaran dengan memberi galakan, motivasi dan mengadakan kelas tambahan.
Guru juga perlu sentiasa memberi peneguhan positif seperti memberi pujian kepada pelajar
apabila mereka berjaya membuat latihan atau menyelesaikan sesuatu masalah. Selain itu, pelajar
terutamanya remaja sangat mengambil berat pendapat rakan-rakan terhadap dirinya. Oleh itu,
guru perlu mengadakan aktivit-aktiviti pembelajaran berasaskan kumpulan dan perbincangan
untuk menggalakkan interaksi antara pelajar dengan rakan sebaya. Guru juga perlu
mengenalpasti dan mencungkil potensi pelajar dengan menggalakkan pelajar mengikuti bidang
yang mereka minati dan mempunyai potensi untuk berjaya.
Kesimpulannya, konsep kendiri melambangkan personaliti sebenar seseorang sama ada
baik atau buruk. Konsep kendiri positif boleh menjadi pendorong kepada pelajar untuk berjaya
dalam bidang yang diceburi kerana mereka mempunyai keyakinan diri yang tinggi untuk
mencapai matlamat yang telah ditetapkan. Konsep kendiri yang positif boleh dipupuk melalui
pembentukan personaliti seseorang. Oleh itu, ibu bapa dan guru perlu memahami personaliti
pelajar dan berusaha membina konsep kendiri positif dalam diri mereka.
6. KONSEP KONSTRUKTIVISME
Huraian konsep:
Satu pandangan baru tentang ilmu pengetahuan dan cara bagaimana manusia memperoleh ilmu
pengetahuan telah mula menarik perhatian para pendidik seluruh dunia. Pandangan baru ini
menganggap murid bukan hanya menerima pengetahuan secara pasif daripada gurunya tetapi
membina pengetahuannya melalui interaksi dengan persekitarannya. Pandangan ini dikenali
sebagai Konstruktivisme yang mampu menyediakan warganegara yang berupaya menghadapi
sebarang kemungkinan pada masa hadapan. Teori Konstruktivisme menegaskan bahawa ilmu
pengetahuan tidak boleh wujud di luar minda, tetapi dibina dalam minda berdasarkan
pengalaman sebenar. Teori Konstruktivisme juga mempunyai erti yang serupa dengan Teori
Konstruktivisme Kognitif.
Idea konstruktivisme ini berasal daripada Teori Perkembangan Kognitif Piaget dan Teori
Zon Perkembangan Proksimal Vygotsky. Menurut Vygotsky, idea Zon Perkembangan Proksimal
ialah prestasi pelajar, di bawah bantuan orang dewasa atau kerjasama rakannya, menunjukkan
kebolehan penyelesaian masalah melebihi kebolehan diri sendiri dan dengan ini mencapai
perkembangan peringkat potensi yang lebih tinggi.
Menurut McBrien dan Brant (1997), konstruktivisme adalah satu pendekatan pengajaran
berdasarkan kepada penyelidikan tentang bagaimana manusia belajar. Kebanyakan penyelidik
berpendapat setiap individu membina pengetahuan dan bukannya hanya menerima pengetahuan
daripada orang lain. Manakala menurut Briner, M. (1999), murid membina pengetahuan mereka
dengan menguji idea dan pendekatan berdasarkan pengetahuan dan pengalaman sedia ada,
mengaplikasikannya kepada situasi baru dan mengintegrasikan pengetahuan baru yang diperoleh
dengan binaan intelektual yang sedia wujud. Dalam teori konstruktivisme, penekanan diberikan
kepada murid lebih daripada guru . Ini adalah kerana muridlah yang berinteraksi dengan bahan
dan peristiwa dan memperoleh kefahaman tentang bahan dan peristiwa tersebut. Justeru, murid
membina sendiri konsep dan membuat penyelesaian kepada masalah. Autonomi dan inisiatif
murid hendaklah diterima dan digalakkan.
Implikasi konstruktivisme dalam pengajaran dan pembelajaran ini adalah, guru sebagai
fasilitator yang membantu murid membina pengetahuan dan menyelesaikan masalah. Di dalam
pengajaran dan pembelajaran, mengikut Teori Konstruktivisme, peranan guru merupakan
penolong, pemudahcara dan perancang. Sedangkan pelajar memainkan peranan utama dalam
aktiviti pembelajaran. Guru berperanan sebagai pereka bentuk bahan pengajaran yang
menyediakan peluang kepada murid untuk membina pengetahuan baru. Selain itu, Guru akan
mengenalpasti pengetahuan sedia ada murid dan merancang kaedah pengajarannya dengan sifat
asas pengetahuan tersebut. Model pengajaran-pembelajaran yang sesuai sekali digunakan ialah
pembelajaran secar koperatif dan kolaboratif. Kaedah dan teknik mengajar seperti syarahan,
menghafal dan mengingat, adalah tidak sesuai digunakan untuk membentuk ilmu lagi.
Pengalaman dan kesediaan pelajar adalah faktor penting yang mempengaruhi proses
pembentukan ilmu. Pengetahuan yang dipunyai oleh murid adalah hasil daripada aktiviti yang
dilakukan oleh murid tersebut dan bukan pengajaran yang diterima secara pasif. Keutamaan
pembelajaran adalah ditumpukan kepada hasil perolehan di dalam bidang kontstruktivisme,
khasnya dalam zon perkembangan proksimal. Bentuk dan alat penilaian terhadap pembentukan
ilmu hendaklah dibentuk bersama-sama guru dan murid.
Mengikut teori konstruktivisme, antara intisari teori ini, ilmu pengetahuan adalah dibina
melalui proses saling pengaruh di antara pembelajaran terdahulu dengan pembelajaran terbaru
yang berkaitan. Di bawah proses pembelajaran, pelajar membina ilmu pengetahuan dengan
melibatkan dirinya secara aktif, menggunakan cara membanding maklumat baru dengan
pengalaman yang sedia ada, supaya menyelesaikan sebarang perselisihan yang timbul dengan
tujuan mencapai kefahaman terhadap maklumat baru. Di samping proses kognitif, Teori
Konstruktivisme juga menegaskan perkembangan proses metakognitif, iaitu operasi yang
mengarahkan dan mengawal kemahiran serta proses kognitif. Ia melibatkan operasi membimbing
pelajar untuk mencari makna, terutamanya operasi merancang, mengarah dan menilai
pemikirannya. Ini bermakna, untuk mencapai keberkesanan pembelajaran, pelajar perlu
merancang strategi pembelajaran, berfikir tentang cara pembelajaran yang berkesan serta menilai
dan membuat refleksi tentang pembelajarannya.
Faktor yang paling penting adalah, pelajar perlu menghubungkaitkan pengalamannya
dengan maklumat baru dalam proses pebelajarannya. Di bawah konsep kontruktivisme, ilmu
pengetahuan tidak digunakan untuk menjelaskan kebenaran. Sebaliknya, ia digunakan sebagai
rasionalisasi tindakan dan pengalaman yang dialami oleh seseorang individu. Oleh itu, di dalam
sesuatu situasi yang sam, ilmu pengetahuan yang diperolehi oleh setiap orang individu, mengikut
konstruktivisme, adalah tidak serupa. Melalui konsep kontruktivisme ini, pelajar akan lebih
berfikir, memahami, mengingat, yakin, lebih berkemahiran sosial dan lebih seronok.
Dalam proses membina pengetahuan baru, murid akan berfikir untuk menyelesaikan
masalah, menjana idea, dan membuat keputusan yang bijak dalam menghadapi pelbagai
kemungkinan dan cabaran. Sebagai contoh, ini boleh dicapai melalui aktiviti penyelidikan dan
penyiasatan seperti mengenal pasti masalah, mengumpul maklumat, memproses data, membuat
interpretasi dan membuat kesimpulan. Kefahaman murid tentang sesuatu konsep dan idea lebih
jelas apabila mereka terlibat secara langsung dalam pembinaan pengetahuan baru. Seorang murid
yang memahami apa yang dipelajari akan dapat mengaplikasikan pengetahuan yang baru dalam
kehidupan dan situasi baru. Setelah memahami sesuatu konsep, murid akan dapat mengingati
lebih lama konsep tersebut kerana mereka terlibat secara aktif dalam mengaitkan pengetahuan
yang diterima dengan pengetahuan sedia ada untuk membina pengetahuan baru. Murid yang
belajar secara konstruktivisme diberi peluang untuk membina sendiri kefahaman mereka tentang
sesuatu. Ini menjadikan mereka lebih yakin kepada diri sendiri dan berani menghadapi dan
menyelesaikan masalah dalam situasi baru. Murid yang berkemahiran sosial boleh bekerjasama
dengan orang lain dalam menghadapi sebarang cabaran dan masalah. Kemahiran sosial ini
diperoleh apabila murid berinteraksi dengan rakan-rakan dan guru dalam membina pengetahuan
mereka. Dalam pembelajaran secara konstruktivisme, murid membina sendiri pengetahuan,
konsep dan idea secara aktif. Ini menjadikan mereka lebih faham, lebih yakin dan lebih seronok
untuk terus belajar sepanjang hayat walaupun menghadapi pelbagai kemungkinan dan cabaran.
7. MOTIVASI
Menurut Suppiah, Ramlah dan Abdul Aziz (2008), motivasi ialah suatu kuasa dorongan yang
membantu setiap individu menjayakan tugasan, kerjaya dan aspirasi hidup. Dalam sistem
persekolahan, motivasi memainkan peranan penting dalam menentukan keberkesanan pengajaran
oleh guru dan pembelajaran oleh pelajar. Kuasa motivasi sentiasa memandu pelajar menjayakan
tugas-tugas harian di sekolah. Motivasi dianggap suatu reka bentuk yang memenuhi aspek sosial,
seksual, artistik dan keselamatan (Tan et al. 2003). Menurut Santrock (2004) dalam Suppiah,
Ramlah dan Abdul Aziz (2008), motivasi ialah proses menjana, mengarahkan dan mengekalkan
tingkah laku.
Menurut Mok Soon Sang (2008), motivasi terbahagi kepada dua iaitu motivasi ekstrinsik
dan motivasi intrinsik. Motivasi ekstrinsik diwujudkan daripada rangsangan luaran dengan
tujuan menggerakkan orang untuk melakukan sesuatu aktiviti yang akan membawa faedah
kepadanya. Motivasi ekstrinsik ini dirangsang dengan memberi peneguhan positif seperti pujian,
insentif, hadiah, gred dan membentuk iklim alam belajar yang kondusif untuk mendorong
mereka belajar.
Motivasi intrinsik pula diwujudkan secara semulajadi daripada rangsangan dalaman. Ia
terdiri daripada dorongan dan minat individu untuk melakukan sesuatu aktiviti tanpa
mengharapkan ganjaran. Bagaimanapun tidak semua motivasi intrinsik diwujudkan secara
semulajadi. Terdapat juga motivasi intrinsik yang dibentuk daripada pembelajaran dan
pengalaman yang membawa kepuasan seperti tabiat membaca buku dan bermain alat muzik.
Konsep motivasi dipilih kerana motivasi boleh memberi kesan kepada murid seperti
bimbang gagal untuk memenuhi harapan guru yang mendorong kepada perubahan sikap
iaitu sikap positif terhadap usaha sendiri, meningkatkan naluri ingin tahu, meningkatkan
kepercayaan individu terhadap perkaitan tindakan diri dengan akibatnya serta
mengurangkan sikap putus asa dalam pembelajaran.
Konsep motivasi juga sangat dekat dengan Pengajaran Kepelbagaian Pelajar kerana
dalam sesebuah bilik darjah terdapat pelajar yang mempunyai tahap motivasi tinggi dan juga
motivasi diri yang rendah. Oleh itu, guru harus memahami perbezaan peribadi muridnya dan
sentiasa memberi bimbingan kepada murid yang berorientasi gagal, ini bertujuan memupuk
keyakinan mereka untuk mengatasi masalah yang dihadapi.
Antara strategi pengajaran-pembelajaran untuk mewujudkan motivasi yang
disarankan oleh Mok Soon Sang (2008) ialah menggunakan set induksi yang menarik,
menggunakan pengalaman sedia ada pelajar untuk mengaitkan dengan pelajaran baru,
membangkitkan naluri ingin tahu pelajar dengan soalan mencabar, mewujudkan
semangat bersaing dalam aktiviti permainan dan pertandingan serta menggunakan teknik
peneguhan untuk memupuk dan mengekalkan motivasi pelajar dalam pembelajaran yang
selanjutnya.
Kesimpulannya, pencapaian pelajar bergantung kepada motivasi pelajar dan usaha guru
yang mengajar dalam bilik darjah. Oleh itu guru perlu menetapkan objektif pembelajaran yang
ingin dicapai supaya peringkat kesukaran isi pelajaran dapat disesuaikan dengan kebolehan
pelajar. Kajian juga menunjukkan bahawa harapan guru terhadap pelajar memberi kesan yang
mendalam dalam mengekalkan motivasi. Oleh itu, guru perlu sentiasa memberi motivasi kepada
pelajar yang lemah untuk memperbaiki kelemahan diri dan memberi pujian apabila mereka
berjaya menyiapkan tugasan kerana melalui cara ini pelajar akan lebih berminat untuk belajar.
8. PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
Huraian konsep:
Menurut sumber yang diambil dari wikipedia, pengajaran dan pembelajaran yang berlaku
dalam kelas adalah merupakan interaksi antara guru dengan pelajar. Tugas utama seorang
pengajar atau guru adalah untuk memudahkan pembelajaran para pelajar. Untuk memenuhi tugas
ini, pengajar atau guru bukan sahaja harus dapat menyediakan suasana pembelajaran yang
menarik dan harmonis, tetapi mereka juga menciptakan pengajaran yang berkesan. Ini bermakna
guru perlu mewujudkan suasana pembelajaran yang dapat meransangkan minat pelajar di
samping sentiasa memikirkan kebajikan dan keperluan pelajar.
Sesi pengajaran dan pembelajaran dalam kelas terdapatnya konflik dimana, guru kerap
berhadapan dengan pelajar yang berbeza dari segi kebolehan mereka. Hal ini memerlukan
kepakaran guru dalam menentukan strategi pengajaran dan pembelajaran. Untuk menghadapi
perkara ini, guru boleh menentukan pendekatan, memilih kaedah dan menetapkan teknik-teknik
tertentu yang sesuai dengan perkembangan dan kebolehan pelajar. Strategi yang dipilih itu,
selain berpotensi memeransangkan pelajar belajar secara aktif, ia juga harus mampu membantu
menganalisis konsep atau idea dan berupaya menarik hati pelajar serta dapat menghasilkan
pembelajaran yang bermakna.
Seorang guru perlu menarik perhatian pelajar dalam sesuatu pengajaran dimana aktiviti-
aktiviti yang dipilih hendaklah yang menarik dan mempunyai potensi yang tinggi untuk
membolehkan isi pelajaran dan konsep-konsep yang diterjemahkan secara jelas. Aktiviti harus
boleh mempengaruhi intelek, emosi dan minat pelajar secara berkesan.
Dalam merancang persedia mengajar, aktiviti-aktiviti yang dipilih perlu mempunyai urutan
yang baik. Ia perlu diselaraskan dengan isi kemahiran dan objektif pengajaran. Lazimnya aktiviti
yang dipilih itu adalah gerak kerja yang mampu memberi sepanuh pengaruh terhadap perhatian,
berupaya meningkatkan kesan terhadap intelek, ingatan, emosi, minat dan kecenderungan serta
mampu membantu guru untuk menjelaskan pengajarannya.
Dalam merancang aktiviti mengajar yang berkesan dan bermakna kepada para pelajar, guru
haruslah memikirkan terlebih dahulu tentang kaedah dan teknik yang akan digunakan. Pemilihan
strategi secara bijaksana mampu menjamin kelicinan serta keberkesanan penyampaian sesuatu
subjek atau modul.
Di antara kaedah dan teknik yang boleh digunakan oleh guru ialah :
 Kaedah sumbang saran
 Kaedah tunjuk cara (demonstrasi)
 Simulasi atau kaedah pengajaran kumpulan
 Kaedah perbincangan atau kaedah penyelesaian masalah
 Kaedah Audioligual
 Kaedah kodkognetif
 Kaedah projek
Penggunaan kaedah dan teknik yang pelbagai akan menjadikan sesuatu pengajaran itu
menarik dan akan memberi ruang untuk membolehkan pelajar terlibat secara aktif dan bergiat
sepanjang sesi pengajaran tanpa merasa jemu dan bosan. Dalam pengajaran dan pembelajaran,
terdapat beberapa kaedah dan teknik yang berkesan boleh digunakan oleh guru. Oleh yang
demikian pemilihan terhap kaedah dan teknik pelulah dilakukan secara berhati-hati supaya cara-
cara ini tidak mehalang guru melaksanakan proses pembentukan konsep-konsep secara mudah
dan berkesan. Kaedah projek yang diasaskan oleh John Deney misalnya, menggalakkan pelajar
mempelajari sesuatu melalui pengalaman, permerhatian dan percubaan. Pelajar merasa seronok
menjalankan ujikaji aktiviti lain yang dilakukan dalam situasi sebenar dan bermakna. Biasanya
kaedah ini memberi peluang kepada pelajar menggunakan kemudahan alat deria mereka untuk
membuat pengamatan dan penanggapan secara berkesan. Dari segi penggunaan teknik pula, guru
boleh menggunakan apa sahaja teknik yang difikirkan sesuai sama ada teknik menerang, teknik
mengkaji, teknik penyelesaian mudah, teknik bercerita dan teknik perbincangan. Penggunaan
contoh-contoh adalah asas dalam pengajaran dan pembelajaran. Hal ini kerana ia dapat
melahirkan pemikiran yang jelas dan berkesan. Biasanya seorang guru menerangkan idea-idea
yang komplek kepada sekumpulan pelajar, guru itu dikehendaki memberi contoh-contoh dan
iluktrasi. Idea yang abstrak, konsep-konsep yang baru dan susah, lebih mudah difahami apabila
guru menggunakan contoh-contoh dengan ilutrasi yang mudah dan konkrit. Misalnya, dalam
bentuk lisan iaitu dengan mengemukakan analogi, bercerita, mengemukakan metafora dan
sebagainya. Contoh-contoh boleh juga boleh ditunjukkan dalam bentuk visual, lakaran, ilustrasi
dan lain-lain. Dengan pengetahuan tentang kaedah dan teknik yang pelbagai, maka pengajaran
dan pembelajaran dalam kelas yang mempunyai kepelbagaian yang luas, guru dapat membantu
pelajar untuk mencapai objektif pembelajaran yang ingin disampaikan.
9. PENGURUSAN BILIK DARJAH
Pengurusan bilik darjah ialah suatu aspek yang penting dalam melaksanakan sesuatu pengajaran.
Bilik darjah merupakan tempat di mana sekumpulan manusia berkumpul dan melalui proses
pembelajaran. Bilik darjah merupakan lebih dari hanya sebuah ruang pembelajaran, ia
merupakan persekitaran murid, guru dan penggalak interaksi antara guru dan murid. Lemlech
(1979) mendefinisikan pengurusan bilik darjah sebagai koordinasi dalam bilik darjah yang mana
menurutnya guru sebagai perancang kurikulum, pengorganisasi prosedur dan sumber, penyusun
persekitaran kelas yang efisyen, penyelia prestasi murid serta pengenalpasti masalah potensi
murid. Secara ringkasnya konsep pengurusan bilik darjah bermakna tindakan dan strategi guru
untuk mengekalkan peraturan bilik darjah, mewujudkan suasana bilik darjah yang kondusif,
menghadapi tingkah laku murid serta menarik perhatian murid bagi memastikan pengajaran dan
pembelajaran yang efektif.
Selain itu, terdapat tiga faktor yang menyumbang kepada corak dan suasana interaksi
bilik darjah, ketiga-tiga elemen ini saling melengkapi antara satu sama lain iaitu elemen fizikal,
sosial dan emosi. Persekitaran fizikal bilik darjah mestilah menarik dan kondusif seperti
mempunyai lampu, bilik darjah yang dihias cantik serta di atur kemas dengan pelbagai alat bantu
mengajar, kebersihan kelas yang baik, saiz kelas yang luas, pengudaraaan dan pencahayaan yang
baik, susunan kerusi dan meja yang bersesuaian dan kemudahan yang mencukupi dalam bilik
darjah. Suasana bilik darjah yang kondusif mendorong kepada keberkesanan proses pengajaran
dan pembelajaran
Dari segi sosial merangkumi perhubungan dan corak interaksi antara murid dengan murid
yang memberi pengaruh besar terhadap keberkesanan pengajaran dan pembelajaran terutamanya
dalam aktiviti berkumpulan. Biasanya murid-murid yang berada dalam kelas sosial yang sama
atau hampir sama lebih mudah bekerjasama dalam aktiviti berkumpulan. Oleh itu, guru haruslah
mengenalpasti corak interaksi sosial murid-murid di dalam kelasnya bagi memudahkan
pemahagian aktiviti berkumpulan.
Suasana emosi pula merujuk kepada perasaan murid terhadap guru mereka.Gaya
kepimpinan guru yang autoritarian misalnya mengawal murid melalui ganjaran dan hukuman –
mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang tertekan dan tidak kondusif. Gaya
kepimpinan guru yang demokratik misalnya guru yang berkongsi tanggungjawab dengan murid
melalui galakan dan bukannya desakan akan dapat menghasilkan pengajaran dan pembelajaran
yang berkesan sekaligus menjurus kepada pencapaian murid yang tinggi. Sementara guru yang
penyayang,lucu dan tidak pilih kasih akan mendekatkan murid-murid kepada guru
tersebut,murid-murid akan lebih mudah menumpukan perhatian, menerima arahan dan nasihat
guru,lebih mudah berdamping dan berkongsi masalah dengan guru mereka.Melalui kaedah ini
emosi murid-murid akan lebih terkawal dan matlamat sesuatu P&P itu akan lebih mudah
tercapai.
Kesimpulannya, guru mestilah membina suasana positif dalam bilik darjah, melibatkan
secara aktif semua pelajar dalam sesuatu aktiviti, membina hubungan yang baik dengan pelajar
serta membentuk komunikasi dua hala yang baik antara murid-murid dan guru. Pengurusan bilik
darjah yang berkesan dapat mengatasi masalah disiplin bilik darjah yang dicetuskan oleh murid-
murid.
10. PINTAR CERDAS
Kamus dewan mengistilahkan pintar cerdas sebagai cekap dan pandai, manakala cerdas
didefinisikan sebagai sempurna akal. Menurut Susan K. Golant di dalam bukunya The Joys and
Challenges Of Raising a Gifted Childs berpendapat, kanak-kanak yang pintar cerdas
menunjukkan minat yang tinggi bagi belajar, curiga dan mempunyai perasaan ingin tahu yang
tinggi kepada persekitaran serta berupaya menggabungkan beberapa maklumat dalam
menghasilkannya.Umum pula mentakrifkan pintar cerdas sebagai kepandaian luar biasa yang
dimiliki oleh individu. Individu yang dikatakan pintar cerdas ini mempunyai kebolehan yang luar
biasa memahami dan mengadaptasi segala cabaran persekitaran kepada hidup dan mindanya.
Terdapat pelbagai pandangan dan pendapat mengenai konsep pelajar pintar cerdas ini. Stanford
Binet (1916), orang pertama menjalankan ujian pintar cerdas yang dikenali sebagai “The
Stanford-Binet Test” telah memberikan definisi pintar cerdas sebagai merujuk kepada keupayaan
individu memahami, membuat pertimbangan dan penaakulan dengan baik.
Menurut Dr Gardner, individu yang pintar cerdas mungkin menguasai dan mempunyai
kemahiran luar biasa, dalam salah satu daripada tujuh kecerdasan pelbagai (Multiple
Intelligence) dan mungkin sederhana dalam bidang-bidang yang lain. Dr Sternberg di dalam
bukunya Conception of Giftedness pula berpendapat, kepintaran terdiri daripada tiga faktor
iaitu :
1) kepintaran sintetik atau kebolehan kreatif
2) kepintaran analitik atau kebolehan melakukan analisis
3) kepintaran praktikal iaitu menggunakan kepintaran yang dimiliki menghasilkan sesuatu
ataupun digunakan dalam kehidupan seharian.
Hasan Mohd Ali (2006) menjelaskan Konsep pintar cerdas sebenarnya tidak tertakluk
kepada kejayaan individu dalam bidang akademik semata-mata. Kebolehan berkreatif dan
bereksperimen termasuk menghasilkan bahan ataupun teori, kebolehan seni yang hebat juga
adalah manifestasi kepintaran dan kecerdasan individu.
Konsep pintar cerdas dipilih kerana pelajar pintar cerdas adalah satu aset yang bernilai
bagi sesebuah negara. Kegagalan membantu pelajar pintar cerdas bagi memperkembangkan
potensi dan bakat mereka adalah satu kerugian yang besar kepada Negara dan masyarakat
keseluruhannya. Sekiranya penekanan sebegini tidak diberi perhatian, dikhuatiri potensi dan
bakat pelajar pintar cerdas ini akan terbantut dan lambat berkembang. Faktor yang
mempengaruhi pelajar pintar cerdas ialah faktor genetik dan persekitaran. Oleh itu, asuhan dan
pengayaan pengalaman memainkan peranan penting untuk membantu mengembangkan dan
meningkatkan kepintaran seseorang. Jika dipupuk bakat yang ada tentu dapat mengasah dan
memantapkan keistimewaan yang dikurniakan kepada mereka.
Konsep pintar cerdas adalah saling berkaitan dengan Pengajaran Kepelbagaian Pelajar
kerana di dalam bilik darjah terdapat kepelbagaian pelajar. Mereka berbeza dari segi keupayaan,
kecerdasan, bakat, minat, kecenderungan, sikap, emosi dan sebagainya. Terdapat pelajar yang
pintar, sederhana dan lemah dalam pelajaran. Oleh itu, sekiranya pelajar kategori pintar cerdas
dapat dikenalpasti lebih awal, guru dapat merancang strategi pengajaran yang sesuai kerana jika
pengajaran guru tidak mencabar pemikiran mereka akan menyebabkan golongan pintar cerdas ini
cepat berasa jemu dan bosan, seterusnya akan menghilangkan minat mereka untuk belajar.
11. PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER
Huraian konsep:
Penggunaan komputer dalam pendidikan telah membawa banyak perkembangan kepada sistem
pendidikan yang semakin canggih. Ia juga membawa kepada reformasi serta perkembangan baru
dalam pelbagai bidang pendidikan, khasnya dalam bidang teknologi pendidikan, teori
pendidikan, teori pengajaran-pembelajaran, pengurusan sekolah, sistem pentadbiran pendidikan
serta kemahiran dan latihan guru.
Konsep ini dipilih kerana di bawah konteks pendidikan, penggunaan komputer boleh
dibahagikan kepada beberapa bidang iaitu komputer membantu pendidikan, komputer
membantu pengajaran, komputer mengurus pengajaran dan komputer membantu
pengujian. Komputer membantu pendidikan (Computer Aided Education, CAE) iaitu
menggunakan teknologi dan sistem komputer untuk melaksanakan tugas mengajar serta
mencapai objektif pelajarannya. Di samping itu, teknologi dan sistem komputer yang canggih
pula diaplikasikan dalam pelbagai bidang pengurusan pengajaran-pembelajaran.
Komputer membantu pengajaran (Computer Assisted Instruction, CAI) pula secara
amnya ialah penggunaan teknologi dan sistem komputer dalam proses pengajaran. Secara
khususnya pula, teknologi dan sistem komputer adalah digunakan oleh pelajar untuk mengikuti
pelajaran terancang secara sendiri tanpa kehadiran guru. Tugas utama guru di sini hanya mereka-
bentuk program perisian, pelajar menggunakan komputer belajar program itu dan komputer
merupakan alat perantaraan di antara guru dan pelajar. Sehubungan itu, modul-modul adalah
dirancang dalam pelbagai bentuk seperti bentuk pelajaran formal, latihan terkawal, pengajaran
secra individu, permainan dan penyelesaian masalah.
Komputer mengurus pengajaran (Computer Manage Instruction, CMI) merupakan
teknologi dan sistem komputer boleh digunakan untuk mengumpul data dan membuat analisis
serta menilai keberkesanan-keberkesanan pengajaran, penggunaan bahan-bahan pelajaran, situasi
pengajaran-pembelajaran dan interaksi murid-murid dalam bilik darjah. Dapatan-dapatan kajian
ini akan digunakan untuk mengubahsuai rancangan pelajaran dan membaiki kelemahan yang
terdapat dalam aktiviti-aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah.
Bagi komputer membantu pengujian (Computer Assisted Testing, CAT) ialah teknologi
dan sistem komputer juga boleh digunakan untuk menguji keberkesanan pembelajaran.
Pengujian ini biasanya dikendalikan dengan dua cara. Pertama, murid menjawab soalan dengan
memberi jawapan dalam borang komputer. Jawapan murid kemudian diperiksa dan diberi
markah oleh komputer. Kedua, komputer digunakan untuk memilih soalan-soalan dari item bank
dan menayangkan soalan demi soalan dalam skrin monitor komputer. Murid-murid
menggunakan komputer menjawab soalan demi soalan, kemudian diperiksa dan diberi markah
oleh komputer. Dengan cara ini, pencapaian pelajar dapat dikesan dalam masa singkat.
Budaya komputer (computer literacy) akan menjadi sama penting dan serupa seperti
penguasaan kemahiran membaca, menulis dan mengira (3M) pada masa kini. Bagi generasi masa
depan yang tidak ada budaya komputer akan dianggap sebagai buta huruf dalam masyarakat
mereka yang banyak menggunakan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT). Pembelajaran
berbantukan komputer tidak mengira tahap pelajar. Teknologi dan sistem komputer tidak hanya
dipelajari oleh pelajar-pelajar pintar cerdas, tetapi ia juga turut dipelajari oleh pelajar dari kelas
lemah. Selain itu, kaedah pengajaran melalui komputer ini dapar menarik minat pelajar terutama
pelajar di luar bandar untuk belajar memandangkan pendekatan yang digunakan berbeza yang
digunakan oleh guru. Malah, pembelajaran berbantukan komputer juga dapat digunakan oleh
guru mengubahsuai rancangan pelajaran dan membaiki kelemahan supaya aktiviti pengajaran
dan pembelajaran di dalam bilik darjah menjadi lebih menarik.
12. PENDEKATAN, KAEDAH DAN TEKNIK
Huraian konsep ;
Menurut Parera (1986), pendekatan merupakan satu latar belakang falsafah atau pandangan
mengenai idea utama yang hendak dibahaskan dan merupakan satu aksioma (pernyataan yang
diterima umum dan menjadi asas kepada sesuatu huraian). Kamarudin Hj. Husin (1988),
menyatakan bahawa pendekatan merupakan satu kumpulan andaian yang saling berkait tentang
hakikat bahasa, hakikat pengajaran dan hakikat pembelajaran. Terdapat pelbagai jenis
pendekatan. Antaranya pendekatan induktif. Pendekatan deduktif, pendekatan ekletik,
pendekatan komunikatif, pendekatan interaksional, pendekatan pengalaman bahasa, dan
pendekatan bersepadu.
Kaedah pula pengertiannya menurut Mangantar Simanjuntak (1982), merupakan satu rencana
(prosedur) yang menyeluruh untuk mengajar sesuatu bahan, yang secara keseluruhannya
mestilah didasarkan kepada pendekatan yang di gunakan. Selain itu, Parera (1986) menyatakan
bahawa kaedah adalah merupakan satu penyampaian bahan pengajaran secara teratur, dimana
elemen di dalamnya tidak bertentangan antara satu sama lain dan bersandarkan kepada
pendekatan. Menurut Ishak Ramly (2006), kaedah merupakan satu rancangan tentang apa yang
akan dilaksanakan sesuai dengan situasi bagi mencapai sesuatu objektif pengajaran. Antara
contoh-contoh kaedah adalah kaedah terus, kaedah semulajadi, kaedah askar atau tentera, kaedah
ajuk-hafaz, kaedah linguistik, kaedah oral-aural, kaedah terjemahan,kaedah psikologi, kaedah
kod-kognitif dan kaedah khusus.
Menurut kamus dewan (edisi ketiga), teknik adalah kaedah mencipta sesuatu hasil. Manakala
Kamaruddin Hj Husin (1988) menyatakan bahawa teknik adalah pengendalian sesuatu organisasi
yang benar benar berlaku di dalam bilik darjah di mana ia digunakan untuk mencapai sesuatu
objektif. Antara jenis-jenis teknik main peranan, teknik permainan bahasa, teknik latih tubi,
teknik bercerita, teknik inkuiri, teknik perbahasan, teknik kuiz dan teknik sumbangsaran, teknik
soal jawab, teknik simulasi, teknik drama dan teknik perbincangan.
Dengan mengetahui terdapatnya pelbagai pendekatan, kaedah dan teknik yang boleh
digunakan oleh guru semasa pengajaran dan pembelajaran, sesuatu proses pengajaran dan
pembelajaran dalam suasana kelas yang mempunyai kepelbagaian pelajar. Guru bebas memilih
pendekatan, kaedah dan teknik yang hendak digunakan dan diaplikasi dalam bilik darjah kerana
tiada satu pendekatan,kaedah dan teknik yang spesifik semasa proses pengajaran dan
pembelajaran.
13. PENILAIAN FORMATIF
Huraian konsep:
Penilaian formatif adalah penilaian yang dibuat secara berterusan, iaitu sepanjang proses
pengajaran dan pembelajaran, untuk menilai keberkesanan pengajaran guru dan pembelajaran
pelajar bagi setiap tajuk yang diajar. Ciri –ciri penilaian formatif adalah seperti dijalankan bagi
tujuan memperoleh maklumat bagi memperbaiki kurikulum, dijalankan sepanjang masa dan
maklumat yang diperolehi daripada penilaian ini digunakan secara terus menerus. Penilaian
formatifvbercorak ujian diagnostik yakni yang dapat memberikan input akan masalah yang
dihadapi murid dalam mengikuti pembelajaran. Dimana ianya dijalankan sepanjang masa
pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Dengan itu, maklumat yang diperolehi hendaklah
digunakan serta merta dalam memperbaiki pengajaran dan pembelajaran agar pelajar dan guru
sama-sama memperolehi manfaat daripadanya. Contoh: sesi soal jawab, latihan yang diberikan
guru dan ujian di bilik darjah yang tidak ditentukan gred.
Untuk melakukan penilaian formatif terdapat prosedur yang biasa digunakan, kaedah
tersebut adalah mengikut urutan seperti berikut :
1) Menentukan topik pembelajaran.
Sukatan pelajaran mengandungi beberapa topik yang seharusnya dihabiskan sepanjang sesi
persekolahan untuk satu tahun. Dimana topik ini disusun berdasarkan sukatan pelajaran disusun
mengikut peringkat kesukaran. Seandainya topik tersebut mempunyai cakupan yang luas, maka
penekanan harus diberikan dan mungkin diperlukan dikecilkan kepada sub-topik tertentu.
Dengan cara ini guru akan dapat memastikan murid-murid menguasai sesuatu sub-topik tertentu
terlebih dahulu sebelum meneruskan kepada topik-topik seterusnya. Sebelum beralih kepada
topik lain, guru akan mengadakan ujian formatif untuk melihat tahap penguasaan sesuatu topik.
2) Menyatakan aspek dan tahap pencapaian bagi sesuatu topik pembelajaran.
Guru menentukan kebolehan pelajar dalam mengenal warna, simbol, membaca dan lain-lain
mengikut keperluan topik berkenaan. Setelah aspek berkenaan ditentukan, maka guru boleh
menentu tahap penguasaan murid-murid dalam bilik darjah terhadap satu-satu topik berkenaan.
Dalam hal ini apabila keputusan menunjukkan 80% hingga 90% pelajar telah menunjukkan
penguasaan terhadap sesuatu topik, memperlihatkan bahawa kebanyakan pelajar sudah
menguasai topik berkenaan.
3) Menghubungkaitkan elemen-elemen yang terdapat dalam setiap topik.
Guru perlu menyusun elemen-elemen yang terdapat dalam topik-topik pembelajaran pada
peringkat perlakuan tertentu dengan berdasarkan taksonomi pendidikan. Setelah pemeringkatan
mengikut tahap perlakuan selesai, gurus seterusnya mengaitkan semua elemen berkenaan yang
terdapat dalam satu-satu topik agar saling bertautan dan tidak terpisah.
4) Membentuk soalan ujian.
Dilakukan selepas penentuan elemen-elemen berkenaan. Setiap elemen berkenaan seharusnya
diuji kepada pelajar sekurang-kurangnya satu soalan.
5) Mencadangkan langkah susulan.
Guru mengetahui tahap penguasaan sesuatu topik pembelajaran di samping kesukaran yang
dihadapi oleh murid-murid. Setelah itu, tindakan susulan harus dilaksanakan berdasarkan
keputusan ujian yang diperolehi. Contoh: murid-murid masih menunjukkan kelemahan ketara
dalam sesuatu topik, maka tindakan selanjutnya yang harus diambil oleh guru ialah mengulang
semula topik berkenaan atau mengubah suai pendekatan penyampaian agar murid-murid boleh
menguasai topik tersebut.
Penilaian atau ujian formatif adalah bertujuan untuk memperbaiki pengajaran pembelajaran dan
meningkatkan pencapaian pelajar pada akhir sesuatu pelajaran. Selain itu, ianya memperlihatkan
kelemahan-kelemahan yang wujud sama ada pada penyampaian guru atau penguasaan murid dan
seterusnya guru akan memperbaiki agar murid dapat menguasai dengan lebih baik. Prosedur ini
dapat membantu murid-murid menguasai sesuatu unit atau topik pembelajaran dan ini
memungkinkan mereka memperolehi pencapaian yang lebih baik pada akhir penggal atau
semester persekolahan. Selain itu, ujian formatif memperbaiki kualiti serta dapat meramal
pencapaian pelajar kerana menjadi satu kepuasan kepada seseorang guru apabila beliau dapat
meningkatkan pencapaian murid-murid dari semasa ke semasa. Dengan itu, guru dapat meninggi
dan mengekalkan pencapaian yang memuaskan. Hal ini melalui perbandingan yang boleh dibuat
antara pencapaian murid sekarang dengan pencapaian murid-murid lalu melalui rekod ujian
formatif yang telah dikendalikan dan mencatatkan masalah yang dihadapi oleh murid-murid
dahulu serta langkah penyelesaian yang telah diambil. Dengan cara ini, guru dapat mengekalkan
prestasi pelajar dan meramal pencapaian pada akhir penggal persekolahan. Selain daripada aspek
pelajar, penilaian formatif dapat memberi kesan kepada seorang guru dimana ianya boleh
mengubah suai pengajaran seseorang guru. Tambahan daripada itu, guru juga dapat menentukan
pendekatan yang lebih baik dalam penyampaian. Dengan ini, guru dapat memberikan yang
terbaik semasa memberikan bimbingan pembelajaran kepada murid-murid. Dan ini menjadikan
murid sentiasa bersedia untuk menduduki siri ujian yang dijalankan dan dengan itu memerlukan
ketekunan dan tumpuan kepada topik-topik pembelajaran
14. STRATEGI PENGAJARAN
Huraian konsep :
Secara umumnya terdapat tiga strategi pengajaran utama iaitu:
1. Strategi pengajaran berpusatkan murid.
2. Strategi pengajaran berpusatkan guru.
3. Strategi pengajaran berpusatkan bahan.
Ciri-ciri Strategi pengajaran berpusatkan murid atau Pemusatan Pelajar antaranya,dalam aktiviti
pengajaran dan pembelajaran murid memainkan peranan yang penting, sedangkan peranan guru
merupakan pemimpin yang membimbing murid menjalankan aktiviti pembelajaran. Selain itu,
Komunikasi dan interaksi di antara guru dan murid adalah secara dua hala. Guru menggunakan
kaedah menyoal dan membimbing murid supaya berfikir dan bertindak balas dengan memberi
jawapan kepada mereka. Dari aspek kepimpinan dalam bilik darjah menekankan ciri
kempimpinan guru bersifat demokratik dimana murid-murid sentiasa digalakan memberi
pendapat mereka. Guru banyak menggunakan kaedah berbincang dalam aktiviti pembelajaran
dan pengajaran. Selain itu, dalam strategi ini, pengajaran dan pembelajaran lebih mengutamakan
pencapaian objektif pembelajaran murid.
Ciri strategi pengajaran utama yang kedua adalah strategi pengajaran berpusatkan guru.
Ciri-ciri pemusatan guru adalah dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran, guru memainkan
peranan yang penting, sedangkan murid berperanan sebagai penonton sahaja. Dari aspek
komunikasi pula, komunikasi dan interaksi di antara guru dan murid adalah sehala, dimana guru
banyak bercakap dan murid banyak mendengar. Ciri kepimpinan guru bersifat autokratik dimana
murid-murid tidak berpeluang menyumbangkan pendapat mereka. Guru banyak bertindak
mengawal dan memberi arahan. Strategi pengajaran dan pembelajaran lebih mengutamakan
pencapaian objektif pengajaran guru. Penyebaran ilmu pengetahuan lebih diutamakan daripada
penyuburan nilai murni atau perkembangan emosi. Strategi ini mementingkan pencapaian murid
berdasarkan keputusan ujian dan peperiksaan. Ekoran daripada itu, teknik mengajar
guru ditumpukan kepada penyampaian fakta-fakta secara menghafal. Pembelajaran murid
banyak berbentuk mengingat dan menghafal maka ini membentuk pelajar kurang berupaya
membuat interprestasi. Interaksi di antara murid adalah pasif dan sifat-sifat sosial yang positif
kurang dapat dipupuk. Mementingkan pengolahan kaedah keseluruhan kelas. Perbezaan murid
dari segi kebolehan dan minat tidak diberi perhatian. Di bawah stratergi pemusatan guru, murid-
murid menjadi kurang kreatif dan tidak berinisiatif.
Satu lagi strategi pengajaran adalah strategi pemusatan bahan pelajaran. Ciri – ciri
strategi pengajaran berpusatkan bahan pelajaran adalah seperti bahan pelajaran memainkan
peranan penting dimana terdapatnya keadaan pergantungan kepada bahan untuk mencapai
objektif pengajaran. Komunikasi/interaksi berlaku antara guru/bahan atau murid/bahan
pembelajaran. Dalam strategi ini, Kecekapan/kemahiran penggunaan bahan pengajaran-
pembelajaran diutamakan. Penekanan pembelajaran adalah lebih kepada jasmani, rohani, dan
kognitif dimana murid dilatih dalam kemahiran, kefahaman dan berdikari. Pengajaran adalah
lebih bermakna, menarik dan berkesan. Selain itu, peluang interaksi antara murid lebih banyak.
Sifat sosial yang positif dapat dipupuk melalui kaedah kumpulan kecil seperti ujikaji, projek,
perbincangan dan sebagainya. Tambahan daripada itu, pengetahuan abstrak dapat dijadikan
konkrit dengan adanya bahan-bahan pelajaran. Antara contoh kaedah dan teknik strategi
berpusatkan bahan adalah seperti komputer, bahan cetak, modul, buku teks, buku rujukan,
kamus, perakam pita, carta, peta, graf, spesimen, slaid, video, televisyen, projektor, dan
sebagainya.
Dengan mengetahui strategi pembelajaran dan kesesuaian dengan kepelbagaian pelajar
yang terdapat dalam sesebuah kelas, guru dapat mempelbagaikan strategi. Ini adalah untuk
memastikan pelajar dapat mencapai objektif pembelajaran disamping meningkatkan pengetahuan
dan kemahiran pelajar.
15. TEORI KECERDASAN PELBAGAI HOWARD GARDNER
Kecerdasan bermaksud kebolehan untuk mendapatkan satu pencapaian tinggi serta prestasi yang
baik dalam pembelajaran di sekolah. Menurut Kamus Dewan (2002), kecerdasan boleh diertikan
sebagai kesempurnaan akal (untuk berfikir, mengerti dan lain-lain) seperti kepandaian,
kecerdikan dan keintelektualan. Kecerdasan bermaksud keupayaan manusia untuk
menyelesaikan masalah dan keberkesanannya dalam mengadaptasi ke dalam pengalaman hidup
seharian seseorang (Santrock, 2004). Manakala menurut Gardner (1983,1993,2002), kecerdasan
adalah kemampuan menciptakan produk bermanfaat dan berkeupayaan dalam menyelesaikan
masalah sehari-hari.
Teori Kecerdasan Pelbagai telah diperkenalkan oleh Howard Gardner pada tahun 1983.
Menurut Gardner, kecerdasan yang terdapat pada seseorang bukanlah hanya diwarisi semata-
mata kerana jika ibu bapa dikategorikan sebagai tidak cerdas mengikut ukuran ujian IQ, tidak
semestinya anak mereka juga tidak cerdas. Terdapat sembilan kecerdasan pada manusia yang
telah diperkenalkan oleh Gardner iaitu verbal-linguistik, logik-matematik, visual-ruang,
kinestetik, muzik, interpersonal, intrapersonal, naturalis dan eksistensialisme.
Konsep teori kecerdasan pelbagai Howard Gardner dipilih kerana ia saling berkait rapat
dengan Pengajaran Kepelbagaian Pelajar. Ini kerana para pelajar mempunyai kecenderungan
yang berbeza dalam pelbagai bidang sama ada verbal-linguistik, logik-matematik, visual-ruang,
kinestetik, muzik, interpersonal, intrapersonal, naturalis ataupun eksistensialisme.
Pengetahuan guru tentang teori kecerdasan pelbagai ini membolehkan guru merancang
strategi pengajaran dan pembelajaran secara berkesan dan baik. Hal ini kerana kecerdasan yang
terdapat pada seseorang pelajar boleh dijadikan sebagai petunjuk potensi yang terdapat pada
seseorang pelajar itu. Contohnya, pelajar yang mempunyai kecerdasan verbal-linguistik yang
menonjol biasanya mempunyai potensi yang tinggi dalam penulisan kreatif, perbahasan dan
bidang pengacaraan. Apabila pelajar mengetahui kecenderungan kecerdasan pelbagai yang
terdapat dalam diri, ia dapat membantu mereka memperkembangkan bakat dan kebolehan
mereka selaras dengan kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Pengaplikasian pengetahuan teori kecerdasan pelbagai berupaya membangunkan bidang
akademik dan kokurikulum pelajar. Hal ini kerana seseorang pelajar yang dikatakan bijak tidak
boleh diukur melalui kecemerlangan dalam bidang akademik sahaja, sebaliknya kecerdasan
emosi yang ada dalam dirinya semasa mengendalikan sesuatu perkara juga adalah amat penting.
Oleh itu, guru perlu mempelbagaikan cara penilaian terhadap pelajar. Kefahaman guru terhadap
jenis kecerdasan ini akan membantu guru mengatur rancangan pengajaran yang menjurus kepada
kelompok pelajar yang terdiri daripada pelajar pandai atau lemah di dalam bilik darjah.
Kesimpulannya, melalui teori kecerdasan pelbagai, guru mangakui bahawa setiap pelajar
adalah unik dan belajar dengan cara yang berlainan. Oleh itu, guru boleh menjalankan
pengajaran berdasarkan sembilan kecerdasan yang disarankan oleh Howard Gardner. Suasana
pembelajaran sedemikian menjadikan pelajar lebih bermotivasi dan bersemangat untuk belajar.
Keadaan seperti ini boleh mewujudkan suasana yang kolaboratif antara guru dan pelajar di
sekolah.

More Related Content

What's hot

Pembelajaran kooperatif
Pembelajaran kooperatifPembelajaran kooperatif
Pembelajaran kooperatif
Mokhzani Fadir
 
MODEL-MODEL PENGAJARAN
MODEL-MODEL PENGAJARANMODEL-MODEL PENGAJARAN
MODEL-MODEL PENGAJARAN
Noor Hafizah Abd. Rahim
 
Falsafah Pendidikan Perenialisme
Falsafah Pendidikan PerenialismeFalsafah Pendidikan Perenialisme
Falsafah Pendidikan PerenialismeFatimah Al-Dayana
 
Model sosial
Model sosialModel sosial
Model sosial
王 世策
 
Akauntabiliti guru
Akauntabiliti guruAkauntabiliti guru
Akauntabiliti guruibnussomad
 
Kertas konsep pembelajaran bermakna
Kertas konsep pembelajaran bermaknaKertas konsep pembelajaran bermakna
Kertas konsep pembelajaran bermakna
Norliza Ahmad
 
Media pengajaran
Media pengajaranMedia pengajaran
Media pengajaran
Tien Yu Yu
 
Teori Konstruktivisme oleh Vygotsky
Teori Konstruktivisme oleh VygotskyTeori Konstruktivisme oleh Vygotsky
Teori Konstruktivisme oleh Vygotskyartyschatz
 
Pembelajaran secara kontekstual
Pembelajaran secara kontekstualPembelajaran secara kontekstual
Pembelajaran secara kontekstualzabidah awang
 
PEMBELAJARAN BERASASKAN INKUIRI
PEMBELAJARAN BERASASKAN INKUIRIPEMBELAJARAN BERASASKAN INKUIRI
PEMBELAJARAN BERASASKAN INKUIRI
Aiisy Afifah
 
Aplikasi pendekatan konstruktivisme dalam kalangan murid prasekolah
Aplikasi pendekatan konstruktivisme dalam kalangan murid prasekolahAplikasi pendekatan konstruktivisme dalam kalangan murid prasekolah
Aplikasi pendekatan konstruktivisme dalam kalangan murid prasekolah
Little Butterfly
 
Elemen Merentas Kurikulum EMK
Elemen Merentas Kurikulum EMKElemen Merentas Kurikulum EMK
Elemen Merentas Kurikulum EMKcwanrzzwt
 
Soalan 3
Soalan 3Soalan 3
Soalan 3
LuqmanZaaba
 
4 model pengajaran
4 model pengajaran4 model pengajaran
4 model pengajaranKamal Khalid
 
Pengenalan kepentingan rph
Pengenalan   kepentingan rphPengenalan   kepentingan rph
Pengenalan kepentingan rph
LuqmanZaaba
 
Implikasi kepelbagai-sosio-budaya-dalam-bilik-darjah
Implikasi kepelbagai-sosio-budaya-dalam-bilik-darjahImplikasi kepelbagai-sosio-budaya-dalam-bilik-darjah
Implikasi kepelbagai-sosio-budaya-dalam-bilik-darjah
Agnes Wong
 

What's hot (20)

Rubrik slaid
Rubrik slaidRubrik slaid
Rubrik slaid
 
Pembelajaran kooperatif
Pembelajaran kooperatifPembelajaran kooperatif
Pembelajaran kooperatif
 
MODEL-MODEL PENGAJARAN
MODEL-MODEL PENGAJARANMODEL-MODEL PENGAJARAN
MODEL-MODEL PENGAJARAN
 
Pendekatan pengajaran
Pendekatan pengajaranPendekatan pengajaran
Pendekatan pengajaran
 
Falsafah Pendidikan Perenialisme
Falsafah Pendidikan PerenialismeFalsafah Pendidikan Perenialisme
Falsafah Pendidikan Perenialisme
 
Perancangan ujian
Perancangan ujianPerancangan ujian
Perancangan ujian
 
Model sosial
Model sosialModel sosial
Model sosial
 
Akauntabiliti guru
Akauntabiliti guruAkauntabiliti guru
Akauntabiliti guru
 
Kertas konsep pembelajaran bermakna
Kertas konsep pembelajaran bermaknaKertas konsep pembelajaran bermakna
Kertas konsep pembelajaran bermakna
 
Media pengajaran
Media pengajaranMedia pengajaran
Media pengajaran
 
Teori Konstruktivisme oleh Vygotsky
Teori Konstruktivisme oleh VygotskyTeori Konstruktivisme oleh Vygotsky
Teori Konstruktivisme oleh Vygotsky
 
Pembelajaran secara kontekstual
Pembelajaran secara kontekstualPembelajaran secara kontekstual
Pembelajaran secara kontekstual
 
PEMBELAJARAN BERASASKAN INKUIRI
PEMBELAJARAN BERASASKAN INKUIRIPEMBELAJARAN BERASASKAN INKUIRI
PEMBELAJARAN BERASASKAN INKUIRI
 
Aplikasi pendekatan konstruktivisme dalam kalangan murid prasekolah
Aplikasi pendekatan konstruktivisme dalam kalangan murid prasekolahAplikasi pendekatan konstruktivisme dalam kalangan murid prasekolah
Aplikasi pendekatan konstruktivisme dalam kalangan murid prasekolah
 
Elemen Merentas Kurikulum EMK
Elemen Merentas Kurikulum EMKElemen Merentas Kurikulum EMK
Elemen Merentas Kurikulum EMK
 
Soalan 3
Soalan 3Soalan 3
Soalan 3
 
Perbezaan individu
Perbezaan individuPerbezaan individu
Perbezaan individu
 
4 model pengajaran
4 model pengajaran4 model pengajaran
4 model pengajaran
 
Pengenalan kepentingan rph
Pengenalan   kepentingan rphPengenalan   kepentingan rph
Pengenalan kepentingan rph
 
Implikasi kepelbagai-sosio-budaya-dalam-bilik-darjah
Implikasi kepelbagai-sosio-budaya-dalam-bilik-darjahImplikasi kepelbagai-sosio-budaya-dalam-bilik-darjah
Implikasi kepelbagai-sosio-budaya-dalam-bilik-darjah
 

Similar to 15 konsep kepelbagaian pelajar

Pengembangan kurikulum semiters iii
Pengembangan kurikulum semiters iiiPengembangan kurikulum semiters iii
Pengembangan kurikulum semiters iii
hartoni tastie
 
teori dan konsep pendidikan
 teori dan konsep pendidikan teori dan konsep pendidikan
teori dan konsep pendidikan
Novie Purwaningsih
 
Dasar Teori dan Konsep Pendidikan
Dasar Teori dan Konsep PendidikanDasar Teori dan Konsep Pendidikan
Dasar Teori dan Konsep Pendidikan
Rizki Lia Ismawati
 
Epistemologi kurikulum 2013_pasca_sarjan
Epistemologi kurikulum 2013_pasca_sarjanEpistemologi kurikulum 2013_pasca_sarjan
Epistemologi kurikulum 2013_pasca_sarjan
Maman Med
 
nota SPP Bab 5
nota SPP Bab 5nota SPP Bab 5
nota SPP Bab 5
Rainne Lee
 
Asas Falsafah
Asas FalsafahAsas Falsafah
Asas Falsafah
Azizi Ahmad
 
Pengertian Tujuan dan Ruang Lingkup filsafat pendidikan Islam
Pengertian Tujuan dan Ruang Lingkup  filsafat pendidikan Islam Pengertian Tujuan dan Ruang Lingkup  filsafat pendidikan Islam
Pengertian Tujuan dan Ruang Lingkup filsafat pendidikan Islam
Ikram ishadila (202127050)
 
paper mk filsafat pendidikan kelompok 1.docx
paper mk filsafat pendidikan kelompok 1.docxpaper mk filsafat pendidikan kelompok 1.docx
paper mk filsafat pendidikan kelompok 1.docx
ALABDALI2
 
paper mk filsafat pendidikan kelompok 1.pdf
paper mk filsafat pendidikan kelompok 1.pdfpaper mk filsafat pendidikan kelompok 1.pdf
paper mk filsafat pendidikan kelompok 1.pdf
irnayunita2
 
Makalah yulia
Makalah yuliaMakalah yulia
Makalah yulia
yuliantifisika
 
PENGERTIAN PEND-WPS Office.pdf
PENGERTIAN PEND-WPS Office.pdfPENGERTIAN PEND-WPS Office.pdf
PENGERTIAN PEND-WPS Office.pdf
Fatimah988108
 
Filsafat ilmu konservasi pendidikan
Filsafat ilmu   konservasi pendidikanFilsafat ilmu   konservasi pendidikan
Filsafat ilmu konservasi pendidikan
Angga Debby Frayudha
 
akulturasi, enkulturasi, proses pembudayaan dan teori belajar.docx
akulturasi, enkulturasi, proses pembudayaan dan teori belajar.docxakulturasi, enkulturasi, proses pembudayaan dan teori belajar.docx
akulturasi, enkulturasi, proses pembudayaan dan teori belajar.docx
NurlianOktaviani
 
Pengertian, Tujuan dan Ruang Lingkup Filsafat Pendidikan dan Filsafat Pendidi...
Pengertian, Tujuan dan Ruang Lingkup Filsafat Pendidikan dan Filsafat Pendidi...Pengertian, Tujuan dan Ruang Lingkup Filsafat Pendidikan dan Filsafat Pendidi...
Pengertian, Tujuan dan Ruang Lingkup Filsafat Pendidikan dan Filsafat Pendidi...
Ndya2
 
Filsafat Pendidikan Islam
Filsafat Pendidikan  IslamFilsafat Pendidikan  Islam
Filsafat Pendidikan Islam
Rahmad Alfianto
 
Kb 2 modul 1
Kb 2 modul 1Kb 2 modul 1
Kb 2 modul 1
kasmuddin nanang
 
DDIP KEL 1(249).pptx
DDIP KEL 1(249).pptxDDIP KEL 1(249).pptx
DDIP KEL 1(249).pptx
SilviaArnas1
 
Filsafat pendidikan
Filsafat pendidikanFilsafat pendidikan
Filsafat pendidikan
Anjunfdl
 

Similar to 15 konsep kepelbagaian pelajar (20)

Pengembangan kurikulum semiters iii
Pengembangan kurikulum semiters iiiPengembangan kurikulum semiters iii
Pengembangan kurikulum semiters iii
 
teori dan konsep pendidikan
 teori dan konsep pendidikan teori dan konsep pendidikan
teori dan konsep pendidikan
 
Dasar Teori dan Konsep Pendidikan
Dasar Teori dan Konsep PendidikanDasar Teori dan Konsep Pendidikan
Dasar Teori dan Konsep Pendidikan
 
Epistemologi kurikulum 2013_pasca_sarjan
Epistemologi kurikulum 2013_pasca_sarjanEpistemologi kurikulum 2013_pasca_sarjan
Epistemologi kurikulum 2013_pasca_sarjan
 
nota SPP Bab 5
nota SPP Bab 5nota SPP Bab 5
nota SPP Bab 5
 
Asas Falsafah
Asas FalsafahAsas Falsafah
Asas Falsafah
 
Kurikulum pembelajaran
Kurikulum pembelajaranKurikulum pembelajaran
Kurikulum pembelajaran
 
Landasan filosofis
Landasan filosofisLandasan filosofis
Landasan filosofis
 
Pengertian Tujuan dan Ruang Lingkup filsafat pendidikan Islam
Pengertian Tujuan dan Ruang Lingkup  filsafat pendidikan Islam Pengertian Tujuan dan Ruang Lingkup  filsafat pendidikan Islam
Pengertian Tujuan dan Ruang Lingkup filsafat pendidikan Islam
 
paper mk filsafat pendidikan kelompok 1.docx
paper mk filsafat pendidikan kelompok 1.docxpaper mk filsafat pendidikan kelompok 1.docx
paper mk filsafat pendidikan kelompok 1.docx
 
paper mk filsafat pendidikan kelompok 1.pdf
paper mk filsafat pendidikan kelompok 1.pdfpaper mk filsafat pendidikan kelompok 1.pdf
paper mk filsafat pendidikan kelompok 1.pdf
 
Makalah yulia
Makalah yuliaMakalah yulia
Makalah yulia
 
PENGERTIAN PEND-WPS Office.pdf
PENGERTIAN PEND-WPS Office.pdfPENGERTIAN PEND-WPS Office.pdf
PENGERTIAN PEND-WPS Office.pdf
 
Filsafat ilmu konservasi pendidikan
Filsafat ilmu   konservasi pendidikanFilsafat ilmu   konservasi pendidikan
Filsafat ilmu konservasi pendidikan
 
akulturasi, enkulturasi, proses pembudayaan dan teori belajar.docx
akulturasi, enkulturasi, proses pembudayaan dan teori belajar.docxakulturasi, enkulturasi, proses pembudayaan dan teori belajar.docx
akulturasi, enkulturasi, proses pembudayaan dan teori belajar.docx
 
Pengertian, Tujuan dan Ruang Lingkup Filsafat Pendidikan dan Filsafat Pendidi...
Pengertian, Tujuan dan Ruang Lingkup Filsafat Pendidikan dan Filsafat Pendidi...Pengertian, Tujuan dan Ruang Lingkup Filsafat Pendidikan dan Filsafat Pendidi...
Pengertian, Tujuan dan Ruang Lingkup Filsafat Pendidikan dan Filsafat Pendidi...
 
Filsafat Pendidikan Islam
Filsafat Pendidikan  IslamFilsafat Pendidikan  Islam
Filsafat Pendidikan Islam
 
Kb 2 modul 1
Kb 2 modul 1Kb 2 modul 1
Kb 2 modul 1
 
DDIP KEL 1(249).pptx
DDIP KEL 1(249).pptxDDIP KEL 1(249).pptx
DDIP KEL 1(249).pptx
 
Filsafat pendidikan
Filsafat pendidikanFilsafat pendidikan
Filsafat pendidikan
 

Recently uploaded

Seminar: Sekolah Alkitab Liburan (SAL) 2024
Seminar: Sekolah Alkitab Liburan (SAL) 2024Seminar: Sekolah Alkitab Liburan (SAL) 2024
Seminar: Sekolah Alkitab Liburan (SAL) 2024
SABDA
 
Paparan Kurikulum Satuan Pendidikan_LOKAKARYA TPK 2024.pptx.pdf
Paparan Kurikulum Satuan Pendidikan_LOKAKARYA TPK 2024.pptx.pdfPaparan Kurikulum Satuan Pendidikan_LOKAKARYA TPK 2024.pptx.pdf
Paparan Kurikulum Satuan Pendidikan_LOKAKARYA TPK 2024.pptx.pdf
SEMUELSAMBOKARAENG
 
Form B1 Rubrik Observasi Presentasi Visi Misi -1.docx
Form B1 Rubrik Observasi Presentasi Visi Misi -1.docxForm B1 Rubrik Observasi Presentasi Visi Misi -1.docx
Form B1 Rubrik Observasi Presentasi Visi Misi -1.docx
EkoPutuKromo
 
Laporan Kegiatan Pramuka Tugas Tambahan PMM.pdf
Laporan Kegiatan Pramuka Tugas Tambahan PMM.pdfLaporan Kegiatan Pramuka Tugas Tambahan PMM.pdf
Laporan Kegiatan Pramuka Tugas Tambahan PMM.pdf
UmyHasna1
 
RUBRIK OBSERVASI KINERJA KEPALA SEKOLAH.docx
RUBRIK OBSERVASI KINERJA KEPALA SEKOLAH.docxRUBRIK OBSERVASI KINERJA KEPALA SEKOLAH.docx
RUBRIK OBSERVASI KINERJA KEPALA SEKOLAH.docx
lastri261
 
ppt-menghindari-marah-ghadab-membiasakan-kontrol-diri-dan-berani-membela-kebe...
ppt-menghindari-marah-ghadab-membiasakan-kontrol-diri-dan-berani-membela-kebe...ppt-menghindari-marah-ghadab-membiasakan-kontrol-diri-dan-berani-membela-kebe...
ppt-menghindari-marah-ghadab-membiasakan-kontrol-diri-dan-berani-membela-kebe...
AgusRahmat39
 
Modul Ajar PAI dan Budi Pekerti Kelas 2 Fase A Kurikulum Merdeka
Modul Ajar PAI dan Budi Pekerti Kelas 2 Fase A Kurikulum MerdekaModul Ajar PAI dan Budi Pekerti Kelas 2 Fase A Kurikulum Merdeka
Modul Ajar PAI dan Budi Pekerti Kelas 2 Fase A Kurikulum Merdeka
Fathan Emran
 
MATERI SOSIALISASI PPDB JABAR- 4PAN052024.pdf
MATERI SOSIALISASI PPDB JABAR- 4PAN052024.pdfMATERI SOSIALISASI PPDB JABAR- 4PAN052024.pdf
MATERI SOSIALISASI PPDB JABAR- 4PAN052024.pdf
ssuser289c2f1
 
Permainan Wiwi Wowo aksi nyata berkebhinekaan
Permainan Wiwi Wowo aksi nyata berkebhinekaanPermainan Wiwi Wowo aksi nyata berkebhinekaan
Permainan Wiwi Wowo aksi nyata berkebhinekaan
DEVI390643
 
PRESENTASI OBSERVASI PENGELOLAAN KINERJA KEPALA SEKOLAH.pptx
PRESENTASI OBSERVASI PENGELOLAAN KINERJA KEPALA SEKOLAH.pptxPRESENTASI OBSERVASI PENGELOLAAN KINERJA KEPALA SEKOLAH.pptx
PRESENTASI OBSERVASI PENGELOLAAN KINERJA KEPALA SEKOLAH.pptx
muhammadyudiyanto55
 
VISI MISI KOMUNITAS BELAJAR SDN 93 KOTA JAMBI
VISI MISI KOMUNITAS BELAJAR SDN 93 KOTA JAMBIVISI MISI KOMUNITAS BELAJAR SDN 93 KOTA JAMBI
VISI MISI KOMUNITAS BELAJAR SDN 93 KOTA JAMBI
gloriosaesy
 
813 Modul Ajar KurMer Usaha, Energi, dan Pesawat Sederhana (2).docx
813 Modul Ajar KurMer Usaha, Energi, dan Pesawat Sederhana (2).docx813 Modul Ajar KurMer Usaha, Energi, dan Pesawat Sederhana (2).docx
813 Modul Ajar KurMer Usaha, Energi, dan Pesawat Sederhana (2).docx
RinawatiRinawati10
 
INDIKATOR KINERJA DAN FOKUS PERILAKU KS.pdf
INDIKATOR KINERJA DAN FOKUS PERILAKU KS.pdfINDIKATOR KINERJA DAN FOKUS PERILAKU KS.pdf
INDIKATOR KINERJA DAN FOKUS PERILAKU KS.pdf
NurSriWidyastuti1
 
SOAL SHB PKN SEMESTER GENAP TAHUN 2023-2024.docx
SOAL SHB PKN SEMESTER GENAP TAHUN 2023-2024.docxSOAL SHB PKN SEMESTER GENAP TAHUN 2023-2024.docx
SOAL SHB PKN SEMESTER GENAP TAHUN 2023-2024.docx
MuhammadBagusAprilia1
 
Bab 3 Sejarah Kerajaan Hindu-Buddha.pptx
Bab 3 Sejarah Kerajaan Hindu-Buddha.pptxBab 3 Sejarah Kerajaan Hindu-Buddha.pptx
Bab 3 Sejarah Kerajaan Hindu-Buddha.pptx
nawasenamerta
 
PPT Aksi Nyata Diseminasi Modul 1.4.pptx
PPT Aksi Nyata Diseminasi Modul 1.4.pptxPPT Aksi Nyata Diseminasi Modul 1.4.pptx
PPT Aksi Nyata Diseminasi Modul 1.4.pptx
Kurnia Fajar
 
Form B8 Rubrik Refleksi Program Pengembangan Kompetensi Guru -1.docx
Form B8 Rubrik Refleksi Program Pengembangan Kompetensi Guru -1.docxForm B8 Rubrik Refleksi Program Pengembangan Kompetensi Guru -1.docx
Form B8 Rubrik Refleksi Program Pengembangan Kompetensi Guru -1.docx
EkoPutuKromo
 
tugas pai kelas 10 rangkuman bab 10 smk madani bogor
tugas pai kelas 10 rangkuman bab 10 smk madani bogortugas pai kelas 10 rangkuman bab 10 smk madani bogor
tugas pai kelas 10 rangkuman bab 10 smk madani bogor
WILDANREYkun
 
Dokumen Rangkuman Kehadiran Guru ini dipergunakan sebagai bukti dukung yang w...
Dokumen Rangkuman Kehadiran Guru ini dipergunakan sebagai bukti dukung yang w...Dokumen Rangkuman Kehadiran Guru ini dipergunakan sebagai bukti dukung yang w...
Dokumen Rangkuman Kehadiran Guru ini dipergunakan sebagai bukti dukung yang w...
haryonospdsd011
 
Laporan wakil kepala sekolah bagian Kurikulum.pdf
Laporan wakil kepala sekolah bagian Kurikulum.pdfLaporan wakil kepala sekolah bagian Kurikulum.pdf
Laporan wakil kepala sekolah bagian Kurikulum.pdf
yuniarmadyawati361
 

Recently uploaded (20)

Seminar: Sekolah Alkitab Liburan (SAL) 2024
Seminar: Sekolah Alkitab Liburan (SAL) 2024Seminar: Sekolah Alkitab Liburan (SAL) 2024
Seminar: Sekolah Alkitab Liburan (SAL) 2024
 
Paparan Kurikulum Satuan Pendidikan_LOKAKARYA TPK 2024.pptx.pdf
Paparan Kurikulum Satuan Pendidikan_LOKAKARYA TPK 2024.pptx.pdfPaparan Kurikulum Satuan Pendidikan_LOKAKARYA TPK 2024.pptx.pdf
Paparan Kurikulum Satuan Pendidikan_LOKAKARYA TPK 2024.pptx.pdf
 
Form B1 Rubrik Observasi Presentasi Visi Misi -1.docx
Form B1 Rubrik Observasi Presentasi Visi Misi -1.docxForm B1 Rubrik Observasi Presentasi Visi Misi -1.docx
Form B1 Rubrik Observasi Presentasi Visi Misi -1.docx
 
Laporan Kegiatan Pramuka Tugas Tambahan PMM.pdf
Laporan Kegiatan Pramuka Tugas Tambahan PMM.pdfLaporan Kegiatan Pramuka Tugas Tambahan PMM.pdf
Laporan Kegiatan Pramuka Tugas Tambahan PMM.pdf
 
RUBRIK OBSERVASI KINERJA KEPALA SEKOLAH.docx
RUBRIK OBSERVASI KINERJA KEPALA SEKOLAH.docxRUBRIK OBSERVASI KINERJA KEPALA SEKOLAH.docx
RUBRIK OBSERVASI KINERJA KEPALA SEKOLAH.docx
 
ppt-menghindari-marah-ghadab-membiasakan-kontrol-diri-dan-berani-membela-kebe...
ppt-menghindari-marah-ghadab-membiasakan-kontrol-diri-dan-berani-membela-kebe...ppt-menghindari-marah-ghadab-membiasakan-kontrol-diri-dan-berani-membela-kebe...
ppt-menghindari-marah-ghadab-membiasakan-kontrol-diri-dan-berani-membela-kebe...
 
Modul Ajar PAI dan Budi Pekerti Kelas 2 Fase A Kurikulum Merdeka
Modul Ajar PAI dan Budi Pekerti Kelas 2 Fase A Kurikulum MerdekaModul Ajar PAI dan Budi Pekerti Kelas 2 Fase A Kurikulum Merdeka
Modul Ajar PAI dan Budi Pekerti Kelas 2 Fase A Kurikulum Merdeka
 
MATERI SOSIALISASI PPDB JABAR- 4PAN052024.pdf
MATERI SOSIALISASI PPDB JABAR- 4PAN052024.pdfMATERI SOSIALISASI PPDB JABAR- 4PAN052024.pdf
MATERI SOSIALISASI PPDB JABAR- 4PAN052024.pdf
 
Permainan Wiwi Wowo aksi nyata berkebhinekaan
Permainan Wiwi Wowo aksi nyata berkebhinekaanPermainan Wiwi Wowo aksi nyata berkebhinekaan
Permainan Wiwi Wowo aksi nyata berkebhinekaan
 
PRESENTASI OBSERVASI PENGELOLAAN KINERJA KEPALA SEKOLAH.pptx
PRESENTASI OBSERVASI PENGELOLAAN KINERJA KEPALA SEKOLAH.pptxPRESENTASI OBSERVASI PENGELOLAAN KINERJA KEPALA SEKOLAH.pptx
PRESENTASI OBSERVASI PENGELOLAAN KINERJA KEPALA SEKOLAH.pptx
 
VISI MISI KOMUNITAS BELAJAR SDN 93 KOTA JAMBI
VISI MISI KOMUNITAS BELAJAR SDN 93 KOTA JAMBIVISI MISI KOMUNITAS BELAJAR SDN 93 KOTA JAMBI
VISI MISI KOMUNITAS BELAJAR SDN 93 KOTA JAMBI
 
813 Modul Ajar KurMer Usaha, Energi, dan Pesawat Sederhana (2).docx
813 Modul Ajar KurMer Usaha, Energi, dan Pesawat Sederhana (2).docx813 Modul Ajar KurMer Usaha, Energi, dan Pesawat Sederhana (2).docx
813 Modul Ajar KurMer Usaha, Energi, dan Pesawat Sederhana (2).docx
 
INDIKATOR KINERJA DAN FOKUS PERILAKU KS.pdf
INDIKATOR KINERJA DAN FOKUS PERILAKU KS.pdfINDIKATOR KINERJA DAN FOKUS PERILAKU KS.pdf
INDIKATOR KINERJA DAN FOKUS PERILAKU KS.pdf
 
SOAL SHB PKN SEMESTER GENAP TAHUN 2023-2024.docx
SOAL SHB PKN SEMESTER GENAP TAHUN 2023-2024.docxSOAL SHB PKN SEMESTER GENAP TAHUN 2023-2024.docx
SOAL SHB PKN SEMESTER GENAP TAHUN 2023-2024.docx
 
Bab 3 Sejarah Kerajaan Hindu-Buddha.pptx
Bab 3 Sejarah Kerajaan Hindu-Buddha.pptxBab 3 Sejarah Kerajaan Hindu-Buddha.pptx
Bab 3 Sejarah Kerajaan Hindu-Buddha.pptx
 
PPT Aksi Nyata Diseminasi Modul 1.4.pptx
PPT Aksi Nyata Diseminasi Modul 1.4.pptxPPT Aksi Nyata Diseminasi Modul 1.4.pptx
PPT Aksi Nyata Diseminasi Modul 1.4.pptx
 
Form B8 Rubrik Refleksi Program Pengembangan Kompetensi Guru -1.docx
Form B8 Rubrik Refleksi Program Pengembangan Kompetensi Guru -1.docxForm B8 Rubrik Refleksi Program Pengembangan Kompetensi Guru -1.docx
Form B8 Rubrik Refleksi Program Pengembangan Kompetensi Guru -1.docx
 
tugas pai kelas 10 rangkuman bab 10 smk madani bogor
tugas pai kelas 10 rangkuman bab 10 smk madani bogortugas pai kelas 10 rangkuman bab 10 smk madani bogor
tugas pai kelas 10 rangkuman bab 10 smk madani bogor
 
Dokumen Rangkuman Kehadiran Guru ini dipergunakan sebagai bukti dukung yang w...
Dokumen Rangkuman Kehadiran Guru ini dipergunakan sebagai bukti dukung yang w...Dokumen Rangkuman Kehadiran Guru ini dipergunakan sebagai bukti dukung yang w...
Dokumen Rangkuman Kehadiran Guru ini dipergunakan sebagai bukti dukung yang w...
 
Laporan wakil kepala sekolah bagian Kurikulum.pdf
Laporan wakil kepala sekolah bagian Kurikulum.pdfLaporan wakil kepala sekolah bagian Kurikulum.pdf
Laporan wakil kepala sekolah bagian Kurikulum.pdf
 

15 konsep kepelbagaian pelajar

  • 1. UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS PENGAJARAN DAN KEPELBAGAIAN PELAJAR (KPD 5033) TAJUK: PENGUASAAN KONSEP DALAM KEPELBAGAIAN PELAJAR NAMA PELAJAR: LINDA BINTI YIUS L20092003218 (B41) NUR AKMAR ABD AZIZ L20092003253 (B63) DISEDIAKAN UNTUK : DR. SABRI BIN MOHD SALLEH
  • 2. 1. KAEDAH PEMBELAJARAN KONTEKSTUAL Huraian konsep: Kontekstual jika diambil daripada ayat asalnya dalam Bahasa Inggeris (asal bahasa Latin con = with + textum = woven) bermaksud mengikut konteks atau dalam konteks. Konteks pula membawa maksud keadaan, situasi dan kejadian. Secara umum, kontekstual membawa pengertian: 1. Yang berkenaan, relevan, ada hubungan atau kaitan langsung, mengikut konteks. 2. Yang membawa maksud, makna dan kepentingan (meaningful). Oleh itu, kaedah kontekstual iaitu kaedah yang dibentuk berasaskan maksud kontekstual itu sendiri, seharusnya mampu membawa pelajar ke matlamat pembelajaran isi dan konsep yang berkenaan atau releven bagi mereka, dan juga memberi makna dalam kehidupan seharian mereka. Kebanyakan pelajar di sekolah tidak mampu membuat kaitan antara apa yang mereka pelajari dengan bagaimana pengetahuan itu dapat dimanfaatkan. Ini berlaku oleh sebab cara mereka memproses maklumat dan perasaan motivasi untuk pelajar tidak tersentuh melalui kaedah pengajaran yang lazim digunakan (iaitu kaedah syarahan yang abstrak), namun mereka amat perlu memahami konsep itu untuk memudahkan mereka mengaitkannya dengan suasana dan juga dalam menempuh kehidupan masyarakat di mana tempat mereka menjalani kehidupan dan bekerja. Secara lazimnya, pelajar dijangkakan mampu membuat kaitan ini dengan sendiri apabila berada di luar bilik darjah. Pendekatan kontekstual menyedari hakikat bahawa pembelajaran ialah satu proses pelbagai bentuk yang kompleks yang menjangkau melepasi kaedah-kaedah jenis latih tubi dan rangsangan dan tindak balas.Menurut teori pembelajaran kontekstual, pembelajaran hanya berlaku apabila pelajar memproses maklumat atau ilmu pengetahuan baru dengan cara tertentu sehingga ia membawa maksud atau makna kepada mereka dalam kerangka rujukan mereka sendiri (dunia dalaman bagi memori, pengalaman dan tindak balas mereka sendiri). Pendekatan pembelajaran dan pengajaran seperti ini mengandaikan minda akan mencari maksud dalam konteks dengan
  • 3. cara semula jadi, iaitu berkait dengan persekitaran semasa seseorang itu. Ini berlaku dengan cara pencarian hubungan yang diterima akal dan kelihatan bermakna. Terbentuk daripada pemahaman ini, teori pembelajaran kontekstual tertumpu pada aspek pelbagai bagi mana-mana persekitaran pembelajaran, sama ada dalam bilik darjah, dalam makmal, dalam makmal komputer, tempat atau lokasi kerja, atau di ladang tanaman. Ia menggalakkan pendidik memilih dan/atau membina persekitaran pembelajaran yang menggabungkan seberapa banyak bentuk pengalaman yang boleh termasuk aspek sosial, fizikal, psikologikal, ke arah mencapai hasil pembelajaran yang diinginkan. Dalam persekitaran sedemikian, pelajar menemui perhubungan yang bermakna antara idea abstrak dan aplikasi praktikal dalam konteks alam yang nyata. Konsep dihayati melalui proses penemuan, pengukuhan dan menghubungkaitkan. Contohnya, pelajar yang mengikuti satu pelajaran Fizik berkenaan tajuk Pengkonduksian Terma mungkin mengukur bagaimana kualiti dan amaun bahan pendebat bangunan mempengaruhi jumlah tenaga yang diperlukan untuk menyejuk atau memanaskan bangunan itu. Pengajaran-pembelajaran kontekstual merupakan satu konsepsi pengajaran dan pembelajaran yang membantu guru mengaitkan bahan subjek yang dipelajari dengan situasi dunia sebenar dan memotivasikan pelajar untuk membuat perkaitan antara pengetahuan dengan aplikasinya dalam kehidupan harian mereka sebagai ahli keluarga, warga masyarakat dan pekerja. Ini dapat membantu dalam menghadapi pelajar dari kelas yang pada peringkat sederhana dimana pelajar dalam kelas ini berpotensi namun kurang motivasi.
  • 4. 2. KONSEP BILIK DARJAH YANG PELBAGAI BUDAYA Masyarakat Malaysia terdiri daripada pelbagai budaya, etnik, agama dan nilai. Budaya secara ringkasnya merujuk kepada ciri-ciri dan hasilan tingkah laku dipelajari oleh sekumpulan manusia daripada persekitaran sosialnya. Tafsiran klasik budaya selalu dirujuk kepada Taylor (1871) dalam Amir Hasan Dawi (2009), yang menyatakan budaya sebagai keseluruhan yang kompleks yang mengandungi ilmu pengetahuan, kepercayaan, kesesuaian, moral, undang-undang, adat dan sebarang bentuk keupayaan dan kebiasaan yang diperakui oleh seseorang sebagai ahi masyarakat. Kurikulum sekolah yang dibentuk dalam sistem pendidikan di negara kita adalah berorientasikan Malaysia bagi tujuan memupuk nilai-nilai kemalaysiaan. Namun ini bukanlah bermaksud untuk menolak atau menidakkan budaya sesuatu kaum dengan wujudnya nilai kemalaysiaan ini. Kurikulum ini dibentuk sebagai alat untuk menyatupadukan pelbagai kaum di negara ini. Kurikulum yang terdapat dalam sistem pendidikan juga menerapkan dan mengintergrasikan nilai-nilai murni yang telah diterima oleh masyarakat di Malaysia. Malahan nilai-nilai murni yang dipilih secara khusus adalah mengikut pelbagai budaya kaum dan bangsa di Malaysia ini. Maka dengan adanya keseragamanan nilai bagi semua murid di sekolah yang berorientasikan budaya Malaysia, maka dijangka akan dapat atau struktur yang sama bagi kefahaman budaya masyarakat Malaysia tanpa mengira kaum, agama dan juga fahaman. Pengajaran kepelbagaian pelajar merangkumi kepelbagaian pelajar dari aspek budaya, etnik, agama, jantina dan sebagainya. Apabila seseorang guru dapat memahami setiap budaya pelajar yang wujud di dalam bilik darjah ia dapat mencari alternatif untuk menyatukan pelajar yang berlainan budaya ini serta mengelakkan berlakunya sifat perkauman. Perhatian yang sama rata harus diberikan kepada setiap pelajar tanpa mengira latar belakang budaya, agama atau etnik serta guru perlu menjaga sensitiviti sesuatu etnik. Guru perlu menjaga tutur kata agar tidak menyinggung perasaan pelajar yang berlainan etnik contohnya menyatakan hitam seperti orang India. Hal ini akan membuatkan orang India akan memprotes dan perpaduan kaum akan musnah.
  • 5. Kesimpulannya, guru harus bijak memainkan peranan dengan memperbanyakkan aktiviti-aktiviti berkumpulan supaya pelajar-pelajar yang pelbagai budaya ini dapat berinteraksi dan bergaul seterusnya dapat menghilangkan rasa disisihkan bagi pelajar-pelajar yang minoriti. Guru harus mempertimbangkan apa yang perlu dilakukan di dalam bilik darjah bagi menjadikan suasana yang menyeronokkan bagi pembelajaran yang terdiri daripada pelajar yang pelbagai budaya seperti menghias bilik darjah dengan poster yang melambangkan kepelbagaian budaya di Malaysia.
  • 6. 3. EPISTEMOLOGI Huraian Konsep : Epistemologi merupakan satu cabang falsafah yang menekankan ilmu. Ianya juga dikenali sebagai teori ilmu dan berteraskaan kepada kebenaran. Persoalan yang difikirkan dalam epistemologi ialah termasuk sifat serta proses mental dan kognitif dan juga mengesahkan kebenaran sesuatu idea bagi dijelmakan menjadi ilmu (Abu Bakar Nordin, 2008). Terdapat pelbagai aliran teori pengetahuan. Secara umumnya, boleh dibahagikan kepada dua golongan iaitu golongan yang mempersoalkan hakikat pengetahuan manusia ( Endang Saifudin, 1982). Golongan yang pertama adalah yang mempersoalkan asal usul atau sumber pengetahuan terdiri daripada golongan rasionalisme, empirisme, dan kritisme. Secara berasingan pula, golongan rasionalisme berpendapat sumber pengetahuan manusia ialah fikiran dan jiwa. Golongan empirisme pula berpendapat pengetahuan manusia berasal daripada pengalaman dari dunia luar atau persekitaran, yang diterima oleh pancaindera. Manakala, golongan kritisme pula percaya pengetahuan manusia berasal daripada gabungan dunia luar dan dari jiwa atau fikiran. Golongan kedua pula ialah golongan yang mempersoalkan hakikat pengetahuan manusia. Golongan ini terdiri daripada golongan idealisme dan realisme.
  • 7. Pemilihan konsep ini adalah kerana ianya berkaitan dengan cara berfikir para pelajar dimana setiap pelajar mempunyai gaya pemikiran yang berbeza bersesuaian dengan golongan yang terdapat dalam cabang falsafah epistemologi ini. Kaitan konsep ini dengan pengajaran kepelbagaian pelajar adalah pelajar juga terbahagi kepada beberapa golongan dengan gaya pemikiran yang berbeza. Cara berfikir ini dikategorikan seperti rasionalisme, empirisme, kritisme, idealisme dan realisme. Dengan menyedari kepelbagaian kefahaman pelajar dan cara pelajar memperolehi ilmu, guru haruslah mempelbagaikan pendekatan, kaedah dan teknik pengajaran dan pembelajaran agar tiada pelajar yang tercicir daripada memahami objektif pembelajaran 4. KONSEP KEMAHIRAN BERFIKIR Menurut John Dewey (1933) dalam Jamal, Khuan, Marinah, Suzyanty dan Zuraidah (2009), pemikiran ialah perilaku penyelesaian masalah. Sementara de Bono (1985) mendefinisikan pemikiran sebagai satu kemahiran operasi yang menyaksikan bagaimana kepintaran bertindak berdasarkan pengalaman. Kemahiran berfikir pula adalah apa sahaja proses kognitif yang diperincikan dalam satu set langkah-langkah yang jelas yang kemudiannya digunakan untuk memandu pemikiran (Johnson, 2000b; Perkins, 1986). Kemahiran berfikir telah lama diperkenalkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran sama ada secara langsung atau tidak. Malah kemahiran berfikir telah diajar secara tidak formal kepada pelajar-pelajar bermula dari pembelajaran peringkat rendah. Secara umumnya kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif dibentuk mengikut hierarki dari kemahiran asas kepada kemahiran yang lebih kompleks.
  • 8. Konsep kemahiran berfikir dipilih kerana kepentingan konsep ini dalam menjana pemikiran dan idea-idea baru daripada pelajar sendiri. Kemahiran berfikir terbahagi kepada dua iaitu kemahiran berfikir kritis dan kemahiran berfikir kreatif. Kemahiran berfikir kritis ialah bebolehan menilai kemunasabahan sesuatu idea dan bersifat penilaian. Berfikir secara kritis dapat menunjukkan kecekapan dan keupayaan seseorang bagi menggunakan minda untuk menilai kemunasabahan dan kelemahan sesuatu hujah/fakta, dan membuat pertimbangan yang wajar dengan menggunakan alasan dan bukti yang kukuh. Beberapa komponen penting dalam kemahiran berfikir kritis ialah mencirikan, membanding dan membezakan, mengumpul dan mengelas, membuat urutan, menyusun mengikut keutamaan, menganalisis, mengesan kecondongan dan menilai. Kemahiran berfikir kreatif pula ialah kebolehan mencerna dan menghasilkan idea asli dan bersifat generatif. Idea baru terhasil melalui ilham atau gabungan idea-idea yang ada. Pemikiran kreatif merupakan kebolehan untuk mencerna dan menghasilkan sesuatu idea/konsep. Beberapa komponen penting dalam kemahiran berfikir kreatif ialah menjana idea, membuat inferens, menghubungkaitkan, meramal, membuat hipotesis, mensintesis, mengitlak, menganalogi dan membuat gambaran mental. Konsep kemahiran berfikir adalah saling berkait dengan Pengajaran Kepelbagaian Pelajar kerana tahap pemikiran pelajar dari kelas pertama dan kelas terakhir adalah berbeza. Oleh itu, guru haruslah menyesuaikan aras pemikiran pelajar dengan aras pembelajaran yang ingin dicapai. Contohnya, sekiranya guru meminta pelajar membandingkan dan membezakan perwatakan sesuatu watak dalam sesebuah novel, pelajar akan mengaplikasikan pemikiran aras tinggi. Untuk itu, guru perlu memecahkan proses kognitif ini kepada beberapa langkah supaya pemikiran aras tinggi akan menjadi lebih mudah. Kesimpulannya, kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif dapat membantu pelajar menyelesaikan masalah dalam pembelajaran, memupuk pelajar yang berdaya fakir,
  • 9. memperkembangkan daya intelek pelajar dan membantu mereka menghadapi kehidupan mencabar dalam dunia berteknologi tinggi masa kini. Oleh itu, guru perlu menerapkan konsep kemahiran berfikir ini dalam proses pengajaran dan pembelajaran untuk menggerakkan minda kreatif pelajar. 5. KONSEP KENDIRI Konsep kendiri adalah tanggapan individu terhadap dirinya sama ada positif atau negatif yang terbentuk hasil pengalaman yang dilaluinya sejak kecil hingga dewasa. Shavelson, Hubner dan Stanton (1976) mendefinisikan konsep kendiri sebagai ‘persepsi seseorang tentang dirinya hasil daripada pengalamannya dengan persekitaran dan dipengaruhi oleh peneguhan yang diterimanya daripada orang-orang yang penting di persekitarannya’. Sementara Papalia, Olds dan Feldman (2001) menjelaskan konsep kendiri sebagai imej diri individu itu sendiri atau gambaran sebenar tentang kebolehan dan trait seseorang. Menurut Noran dan Habibah (1997), konsep kendiri boleh dibahagikan kepada konsep kendiri positif dan negatif. Individu yang mempunyai konsep kendiri positif ialah individu yang bersikap riang, bercita-cita tinggi, bersedia menerima kritikan dengan hati terbuka, mempunyai
  • 10. keyakinan diri yang tinggi dan mudah bergaul dengan orang lain. Manakala individu yang mempunyai konsep kendiri negatif biasanya mempunyai keyakinan diri yang rendah, tidak pandai berdikari, sering mengalami kegagalan, mementingkan diri sendiri dan takut mencuba sesuatu yang baru. Konsep kendiri dipilih kerana ia mempunyai perkaitan secara langsung dengan Pengajaran Kepelbagaian Pelajar. Di dalam sesebuah bilik darjah, terdapat golongan pelajar yang mempunyai konsep kendiri positif dan juga negatif. Oleh itu ibu bapa dan guru memainkan peranan penting dalam mendidik pelajar membentuk personaliti mereka ke arah membina konsep kendiri yang positif. Kajian-kajian ahli psikologi membuktikan terdapat hubungan yang signifikan dan positif antara konsep kendiri dengan pencapaian tinggi dalam akademik (Henson dan Eller, 1999). Pelajar yang pandai dalam pelajaran biasanya mempunyai konsep kendiri positif berbanding pelajar yang lemah dalam pelajaran. Oleh itu guru perlu membimbing pelajar untuk berjaya dalam pelajaran dengan memberi galakan, motivasi dan mengadakan kelas tambahan. Guru juga perlu sentiasa memberi peneguhan positif seperti memberi pujian kepada pelajar apabila mereka berjaya membuat latihan atau menyelesaikan sesuatu masalah. Selain itu, pelajar terutamanya remaja sangat mengambil berat pendapat rakan-rakan terhadap dirinya. Oleh itu, guru perlu mengadakan aktivit-aktiviti pembelajaran berasaskan kumpulan dan perbincangan untuk menggalakkan interaksi antara pelajar dengan rakan sebaya. Guru juga perlu mengenalpasti dan mencungkil potensi pelajar dengan menggalakkan pelajar mengikuti bidang yang mereka minati dan mempunyai potensi untuk berjaya. Kesimpulannya, konsep kendiri melambangkan personaliti sebenar seseorang sama ada baik atau buruk. Konsep kendiri positif boleh menjadi pendorong kepada pelajar untuk berjaya dalam bidang yang diceburi kerana mereka mempunyai keyakinan diri yang tinggi untuk mencapai matlamat yang telah ditetapkan. Konsep kendiri yang positif boleh dipupuk melalui
  • 11. pembentukan personaliti seseorang. Oleh itu, ibu bapa dan guru perlu memahami personaliti pelajar dan berusaha membina konsep kendiri positif dalam diri mereka. 6. KONSEP KONSTRUKTIVISME Huraian konsep: Satu pandangan baru tentang ilmu pengetahuan dan cara bagaimana manusia memperoleh ilmu pengetahuan telah mula menarik perhatian para pendidik seluruh dunia. Pandangan baru ini menganggap murid bukan hanya menerima pengetahuan secara pasif daripada gurunya tetapi membina pengetahuannya melalui interaksi dengan persekitarannya. Pandangan ini dikenali sebagai Konstruktivisme yang mampu menyediakan warganegara yang berupaya menghadapi sebarang kemungkinan pada masa hadapan. Teori Konstruktivisme menegaskan bahawa ilmu pengetahuan tidak boleh wujud di luar minda, tetapi dibina dalam minda berdasarkan pengalaman sebenar. Teori Konstruktivisme juga mempunyai erti yang serupa dengan Teori Konstruktivisme Kognitif. Idea konstruktivisme ini berasal daripada Teori Perkembangan Kognitif Piaget dan Teori Zon Perkembangan Proksimal Vygotsky. Menurut Vygotsky, idea Zon Perkembangan Proksimal ialah prestasi pelajar, di bawah bantuan orang dewasa atau kerjasama rakannya, menunjukkan
  • 12. kebolehan penyelesaian masalah melebihi kebolehan diri sendiri dan dengan ini mencapai perkembangan peringkat potensi yang lebih tinggi. Menurut McBrien dan Brant (1997), konstruktivisme adalah satu pendekatan pengajaran berdasarkan kepada penyelidikan tentang bagaimana manusia belajar. Kebanyakan penyelidik berpendapat setiap individu membina pengetahuan dan bukannya hanya menerima pengetahuan daripada orang lain. Manakala menurut Briner, M. (1999), murid membina pengetahuan mereka dengan menguji idea dan pendekatan berdasarkan pengetahuan dan pengalaman sedia ada, mengaplikasikannya kepada situasi baru dan mengintegrasikan pengetahuan baru yang diperoleh dengan binaan intelektual yang sedia wujud. Dalam teori konstruktivisme, penekanan diberikan kepada murid lebih daripada guru . Ini adalah kerana muridlah yang berinteraksi dengan bahan dan peristiwa dan memperoleh kefahaman tentang bahan dan peristiwa tersebut. Justeru, murid membina sendiri konsep dan membuat penyelesaian kepada masalah. Autonomi dan inisiatif murid hendaklah diterima dan digalakkan. Implikasi konstruktivisme dalam pengajaran dan pembelajaran ini adalah, guru sebagai fasilitator yang membantu murid membina pengetahuan dan menyelesaikan masalah. Di dalam pengajaran dan pembelajaran, mengikut Teori Konstruktivisme, peranan guru merupakan penolong, pemudahcara dan perancang. Sedangkan pelajar memainkan peranan utama dalam aktiviti pembelajaran. Guru berperanan sebagai pereka bentuk bahan pengajaran yang menyediakan peluang kepada murid untuk membina pengetahuan baru. Selain itu, Guru akan mengenalpasti pengetahuan sedia ada murid dan merancang kaedah pengajarannya dengan sifat asas pengetahuan tersebut. Model pengajaran-pembelajaran yang sesuai sekali digunakan ialah pembelajaran secar koperatif dan kolaboratif. Kaedah dan teknik mengajar seperti syarahan, menghafal dan mengingat, adalah tidak sesuai digunakan untuk membentuk ilmu lagi. Pengalaman dan kesediaan pelajar adalah faktor penting yang mempengaruhi proses pembentukan ilmu. Pengetahuan yang dipunyai oleh murid adalah hasil daripada aktiviti yang dilakukan oleh murid tersebut dan bukan pengajaran yang diterima secara pasif. Keutamaan pembelajaran adalah ditumpukan kepada hasil perolehan di dalam bidang kontstruktivisme, khasnya dalam zon perkembangan proksimal. Bentuk dan alat penilaian terhadap pembentukan ilmu hendaklah dibentuk bersama-sama guru dan murid.
  • 13. Mengikut teori konstruktivisme, antara intisari teori ini, ilmu pengetahuan adalah dibina melalui proses saling pengaruh di antara pembelajaran terdahulu dengan pembelajaran terbaru yang berkaitan. Di bawah proses pembelajaran, pelajar membina ilmu pengetahuan dengan melibatkan dirinya secara aktif, menggunakan cara membanding maklumat baru dengan pengalaman yang sedia ada, supaya menyelesaikan sebarang perselisihan yang timbul dengan tujuan mencapai kefahaman terhadap maklumat baru. Di samping proses kognitif, Teori Konstruktivisme juga menegaskan perkembangan proses metakognitif, iaitu operasi yang mengarahkan dan mengawal kemahiran serta proses kognitif. Ia melibatkan operasi membimbing pelajar untuk mencari makna, terutamanya operasi merancang, mengarah dan menilai pemikirannya. Ini bermakna, untuk mencapai keberkesanan pembelajaran, pelajar perlu merancang strategi pembelajaran, berfikir tentang cara pembelajaran yang berkesan serta menilai dan membuat refleksi tentang pembelajarannya. Faktor yang paling penting adalah, pelajar perlu menghubungkaitkan pengalamannya dengan maklumat baru dalam proses pebelajarannya. Di bawah konsep kontruktivisme, ilmu pengetahuan tidak digunakan untuk menjelaskan kebenaran. Sebaliknya, ia digunakan sebagai rasionalisasi tindakan dan pengalaman yang dialami oleh seseorang individu. Oleh itu, di dalam sesuatu situasi yang sam, ilmu pengetahuan yang diperolehi oleh setiap orang individu, mengikut konstruktivisme, adalah tidak serupa. Melalui konsep kontruktivisme ini, pelajar akan lebih berfikir, memahami, mengingat, yakin, lebih berkemahiran sosial dan lebih seronok. Dalam proses membina pengetahuan baru, murid akan berfikir untuk menyelesaikan masalah, menjana idea, dan membuat keputusan yang bijak dalam menghadapi pelbagai kemungkinan dan cabaran. Sebagai contoh, ini boleh dicapai melalui aktiviti penyelidikan dan penyiasatan seperti mengenal pasti masalah, mengumpul maklumat, memproses data, membuat interpretasi dan membuat kesimpulan. Kefahaman murid tentang sesuatu konsep dan idea lebih jelas apabila mereka terlibat secara langsung dalam pembinaan pengetahuan baru. Seorang murid yang memahami apa yang dipelajari akan dapat mengaplikasikan pengetahuan yang baru dalam kehidupan dan situasi baru. Setelah memahami sesuatu konsep, murid akan dapat mengingati lebih lama konsep tersebut kerana mereka terlibat secara aktif dalam mengaitkan pengetahuan yang diterima dengan pengetahuan sedia ada untuk membina pengetahuan baru. Murid yang belajar secara konstruktivisme diberi peluang untuk membina sendiri kefahaman mereka tentang
  • 14. sesuatu. Ini menjadikan mereka lebih yakin kepada diri sendiri dan berani menghadapi dan menyelesaikan masalah dalam situasi baru. Murid yang berkemahiran sosial boleh bekerjasama dengan orang lain dalam menghadapi sebarang cabaran dan masalah. Kemahiran sosial ini diperoleh apabila murid berinteraksi dengan rakan-rakan dan guru dalam membina pengetahuan mereka. Dalam pembelajaran secara konstruktivisme, murid membina sendiri pengetahuan, konsep dan idea secara aktif. Ini menjadikan mereka lebih faham, lebih yakin dan lebih seronok untuk terus belajar sepanjang hayat walaupun menghadapi pelbagai kemungkinan dan cabaran. 7. MOTIVASI Menurut Suppiah, Ramlah dan Abdul Aziz (2008), motivasi ialah suatu kuasa dorongan yang membantu setiap individu menjayakan tugasan, kerjaya dan aspirasi hidup. Dalam sistem persekolahan, motivasi memainkan peranan penting dalam menentukan keberkesanan pengajaran oleh guru dan pembelajaran oleh pelajar. Kuasa motivasi sentiasa memandu pelajar menjayakan tugas-tugas harian di sekolah. Motivasi dianggap suatu reka bentuk yang memenuhi aspek sosial, seksual, artistik dan keselamatan (Tan et al. 2003). Menurut Santrock (2004) dalam Suppiah, Ramlah dan Abdul Aziz (2008), motivasi ialah proses menjana, mengarahkan dan mengekalkan tingkah laku. Menurut Mok Soon Sang (2008), motivasi terbahagi kepada dua iaitu motivasi ekstrinsik dan motivasi intrinsik. Motivasi ekstrinsik diwujudkan daripada rangsangan luaran dengan
  • 15. tujuan menggerakkan orang untuk melakukan sesuatu aktiviti yang akan membawa faedah kepadanya. Motivasi ekstrinsik ini dirangsang dengan memberi peneguhan positif seperti pujian, insentif, hadiah, gred dan membentuk iklim alam belajar yang kondusif untuk mendorong mereka belajar. Motivasi intrinsik pula diwujudkan secara semulajadi daripada rangsangan dalaman. Ia terdiri daripada dorongan dan minat individu untuk melakukan sesuatu aktiviti tanpa mengharapkan ganjaran. Bagaimanapun tidak semua motivasi intrinsik diwujudkan secara semulajadi. Terdapat juga motivasi intrinsik yang dibentuk daripada pembelajaran dan pengalaman yang membawa kepuasan seperti tabiat membaca buku dan bermain alat muzik. Konsep motivasi dipilih kerana motivasi boleh memberi kesan kepada murid seperti bimbang gagal untuk memenuhi harapan guru yang mendorong kepada perubahan sikap iaitu sikap positif terhadap usaha sendiri, meningkatkan naluri ingin tahu, meningkatkan kepercayaan individu terhadap perkaitan tindakan diri dengan akibatnya serta mengurangkan sikap putus asa dalam pembelajaran. Konsep motivasi juga sangat dekat dengan Pengajaran Kepelbagaian Pelajar kerana dalam sesebuah bilik darjah terdapat pelajar yang mempunyai tahap motivasi tinggi dan juga motivasi diri yang rendah. Oleh itu, guru harus memahami perbezaan peribadi muridnya dan sentiasa memberi bimbingan kepada murid yang berorientasi gagal, ini bertujuan memupuk keyakinan mereka untuk mengatasi masalah yang dihadapi. Antara strategi pengajaran-pembelajaran untuk mewujudkan motivasi yang disarankan oleh Mok Soon Sang (2008) ialah menggunakan set induksi yang menarik, menggunakan pengalaman sedia ada pelajar untuk mengaitkan dengan pelajaran baru, membangkitkan naluri ingin tahu pelajar dengan soalan mencabar, mewujudkan
  • 16. semangat bersaing dalam aktiviti permainan dan pertandingan serta menggunakan teknik peneguhan untuk memupuk dan mengekalkan motivasi pelajar dalam pembelajaran yang selanjutnya. Kesimpulannya, pencapaian pelajar bergantung kepada motivasi pelajar dan usaha guru yang mengajar dalam bilik darjah. Oleh itu guru perlu menetapkan objektif pembelajaran yang ingin dicapai supaya peringkat kesukaran isi pelajaran dapat disesuaikan dengan kebolehan pelajar. Kajian juga menunjukkan bahawa harapan guru terhadap pelajar memberi kesan yang mendalam dalam mengekalkan motivasi. Oleh itu, guru perlu sentiasa memberi motivasi kepada pelajar yang lemah untuk memperbaiki kelemahan diri dan memberi pujian apabila mereka berjaya menyiapkan tugasan kerana melalui cara ini pelajar akan lebih berminat untuk belajar. 8. PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN Huraian konsep: Menurut sumber yang diambil dari wikipedia, pengajaran dan pembelajaran yang berlaku dalam kelas adalah merupakan interaksi antara guru dengan pelajar. Tugas utama seorang pengajar atau guru adalah untuk memudahkan pembelajaran para pelajar. Untuk memenuhi tugas ini, pengajar atau guru bukan sahaja harus dapat menyediakan suasana pembelajaran yang menarik dan harmonis, tetapi mereka juga menciptakan pengajaran yang berkesan. Ini bermakna guru perlu mewujudkan suasana pembelajaran yang dapat meransangkan minat pelajar di samping sentiasa memikirkan kebajikan dan keperluan pelajar. Sesi pengajaran dan pembelajaran dalam kelas terdapatnya konflik dimana, guru kerap berhadapan dengan pelajar yang berbeza dari segi kebolehan mereka. Hal ini memerlukan kepakaran guru dalam menentukan strategi pengajaran dan pembelajaran. Untuk menghadapi
  • 17. perkara ini, guru boleh menentukan pendekatan, memilih kaedah dan menetapkan teknik-teknik tertentu yang sesuai dengan perkembangan dan kebolehan pelajar. Strategi yang dipilih itu, selain berpotensi memeransangkan pelajar belajar secara aktif, ia juga harus mampu membantu menganalisis konsep atau idea dan berupaya menarik hati pelajar serta dapat menghasilkan pembelajaran yang bermakna. Seorang guru perlu menarik perhatian pelajar dalam sesuatu pengajaran dimana aktiviti- aktiviti yang dipilih hendaklah yang menarik dan mempunyai potensi yang tinggi untuk membolehkan isi pelajaran dan konsep-konsep yang diterjemahkan secara jelas. Aktiviti harus boleh mempengaruhi intelek, emosi dan minat pelajar secara berkesan. Dalam merancang persedia mengajar, aktiviti-aktiviti yang dipilih perlu mempunyai urutan yang baik. Ia perlu diselaraskan dengan isi kemahiran dan objektif pengajaran. Lazimnya aktiviti yang dipilih itu adalah gerak kerja yang mampu memberi sepanuh pengaruh terhadap perhatian, berupaya meningkatkan kesan terhadap intelek, ingatan, emosi, minat dan kecenderungan serta mampu membantu guru untuk menjelaskan pengajarannya. Dalam merancang aktiviti mengajar yang berkesan dan bermakna kepada para pelajar, guru haruslah memikirkan terlebih dahulu tentang kaedah dan teknik yang akan digunakan. Pemilihan strategi secara bijaksana mampu menjamin kelicinan serta keberkesanan penyampaian sesuatu subjek atau modul. Di antara kaedah dan teknik yang boleh digunakan oleh guru ialah :  Kaedah sumbang saran  Kaedah tunjuk cara (demonstrasi)  Simulasi atau kaedah pengajaran kumpulan  Kaedah perbincangan atau kaedah penyelesaian masalah  Kaedah Audioligual  Kaedah kodkognetif  Kaedah projek
  • 18. Penggunaan kaedah dan teknik yang pelbagai akan menjadikan sesuatu pengajaran itu menarik dan akan memberi ruang untuk membolehkan pelajar terlibat secara aktif dan bergiat sepanjang sesi pengajaran tanpa merasa jemu dan bosan. Dalam pengajaran dan pembelajaran, terdapat beberapa kaedah dan teknik yang berkesan boleh digunakan oleh guru. Oleh yang demikian pemilihan terhap kaedah dan teknik pelulah dilakukan secara berhati-hati supaya cara- cara ini tidak mehalang guru melaksanakan proses pembentukan konsep-konsep secara mudah dan berkesan. Kaedah projek yang diasaskan oleh John Deney misalnya, menggalakkan pelajar mempelajari sesuatu melalui pengalaman, permerhatian dan percubaan. Pelajar merasa seronok menjalankan ujikaji aktiviti lain yang dilakukan dalam situasi sebenar dan bermakna. Biasanya kaedah ini memberi peluang kepada pelajar menggunakan kemudahan alat deria mereka untuk membuat pengamatan dan penanggapan secara berkesan. Dari segi penggunaan teknik pula, guru boleh menggunakan apa sahaja teknik yang difikirkan sesuai sama ada teknik menerang, teknik mengkaji, teknik penyelesaian mudah, teknik bercerita dan teknik perbincangan. Penggunaan contoh-contoh adalah asas dalam pengajaran dan pembelajaran. Hal ini kerana ia dapat melahirkan pemikiran yang jelas dan berkesan. Biasanya seorang guru menerangkan idea-idea yang komplek kepada sekumpulan pelajar, guru itu dikehendaki memberi contoh-contoh dan iluktrasi. Idea yang abstrak, konsep-konsep yang baru dan susah, lebih mudah difahami apabila guru menggunakan contoh-contoh dengan ilutrasi yang mudah dan konkrit. Misalnya, dalam bentuk lisan iaitu dengan mengemukakan analogi, bercerita, mengemukakan metafora dan sebagainya. Contoh-contoh boleh juga boleh ditunjukkan dalam bentuk visual, lakaran, ilustrasi dan lain-lain. Dengan pengetahuan tentang kaedah dan teknik yang pelbagai, maka pengajaran dan pembelajaran dalam kelas yang mempunyai kepelbagaian yang luas, guru dapat membantu pelajar untuk mencapai objektif pembelajaran yang ingin disampaikan.
  • 19. 9. PENGURUSAN BILIK DARJAH Pengurusan bilik darjah ialah suatu aspek yang penting dalam melaksanakan sesuatu pengajaran. Bilik darjah merupakan tempat di mana sekumpulan manusia berkumpul dan melalui proses pembelajaran. Bilik darjah merupakan lebih dari hanya sebuah ruang pembelajaran, ia merupakan persekitaran murid, guru dan penggalak interaksi antara guru dan murid. Lemlech (1979) mendefinisikan pengurusan bilik darjah sebagai koordinasi dalam bilik darjah yang mana menurutnya guru sebagai perancang kurikulum, pengorganisasi prosedur dan sumber, penyusun persekitaran kelas yang efisyen, penyelia prestasi murid serta pengenalpasti masalah potensi murid. Secara ringkasnya konsep pengurusan bilik darjah bermakna tindakan dan strategi guru untuk mengekalkan peraturan bilik darjah, mewujudkan suasana bilik darjah yang kondusif,
  • 20. menghadapi tingkah laku murid serta menarik perhatian murid bagi memastikan pengajaran dan pembelajaran yang efektif. Selain itu, terdapat tiga faktor yang menyumbang kepada corak dan suasana interaksi bilik darjah, ketiga-tiga elemen ini saling melengkapi antara satu sama lain iaitu elemen fizikal, sosial dan emosi. Persekitaran fizikal bilik darjah mestilah menarik dan kondusif seperti mempunyai lampu, bilik darjah yang dihias cantik serta di atur kemas dengan pelbagai alat bantu mengajar, kebersihan kelas yang baik, saiz kelas yang luas, pengudaraaan dan pencahayaan yang baik, susunan kerusi dan meja yang bersesuaian dan kemudahan yang mencukupi dalam bilik darjah. Suasana bilik darjah yang kondusif mendorong kepada keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran Dari segi sosial merangkumi perhubungan dan corak interaksi antara murid dengan murid yang memberi pengaruh besar terhadap keberkesanan pengajaran dan pembelajaran terutamanya dalam aktiviti berkumpulan. Biasanya murid-murid yang berada dalam kelas sosial yang sama atau hampir sama lebih mudah bekerjasama dalam aktiviti berkumpulan. Oleh itu, guru haruslah mengenalpasti corak interaksi sosial murid-murid di dalam kelasnya bagi memudahkan pemahagian aktiviti berkumpulan. Suasana emosi pula merujuk kepada perasaan murid terhadap guru mereka.Gaya kepimpinan guru yang autoritarian misalnya mengawal murid melalui ganjaran dan hukuman – mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang tertekan dan tidak kondusif. Gaya kepimpinan guru yang demokratik misalnya guru yang berkongsi tanggungjawab dengan murid melalui galakan dan bukannya desakan akan dapat menghasilkan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan sekaligus menjurus kepada pencapaian murid yang tinggi. Sementara guru yang penyayang,lucu dan tidak pilih kasih akan mendekatkan murid-murid kepada guru tersebut,murid-murid akan lebih mudah menumpukan perhatian, menerima arahan dan nasihat guru,lebih mudah berdamping dan berkongsi masalah dengan guru mereka.Melalui kaedah ini
  • 21. emosi murid-murid akan lebih terkawal dan matlamat sesuatu P&P itu akan lebih mudah tercapai. Kesimpulannya, guru mestilah membina suasana positif dalam bilik darjah, melibatkan secara aktif semua pelajar dalam sesuatu aktiviti, membina hubungan yang baik dengan pelajar serta membentuk komunikasi dua hala yang baik antara murid-murid dan guru. Pengurusan bilik darjah yang berkesan dapat mengatasi masalah disiplin bilik darjah yang dicetuskan oleh murid- murid. 10. PINTAR CERDAS Kamus dewan mengistilahkan pintar cerdas sebagai cekap dan pandai, manakala cerdas didefinisikan sebagai sempurna akal. Menurut Susan K. Golant di dalam bukunya The Joys and Challenges Of Raising a Gifted Childs berpendapat, kanak-kanak yang pintar cerdas menunjukkan minat yang tinggi bagi belajar, curiga dan mempunyai perasaan ingin tahu yang tinggi kepada persekitaran serta berupaya menggabungkan beberapa maklumat dalam menghasilkannya.Umum pula mentakrifkan pintar cerdas sebagai kepandaian luar biasa yang dimiliki oleh individu. Individu yang dikatakan pintar cerdas ini mempunyai kebolehan yang luar biasa memahami dan mengadaptasi segala cabaran persekitaran kepada hidup dan mindanya. Terdapat pelbagai pandangan dan pendapat mengenai konsep pelajar pintar cerdas ini. Stanford Binet (1916), orang pertama menjalankan ujian pintar cerdas yang dikenali sebagai “The
  • 22. Stanford-Binet Test” telah memberikan definisi pintar cerdas sebagai merujuk kepada keupayaan individu memahami, membuat pertimbangan dan penaakulan dengan baik. Menurut Dr Gardner, individu yang pintar cerdas mungkin menguasai dan mempunyai kemahiran luar biasa, dalam salah satu daripada tujuh kecerdasan pelbagai (Multiple Intelligence) dan mungkin sederhana dalam bidang-bidang yang lain. Dr Sternberg di dalam bukunya Conception of Giftedness pula berpendapat, kepintaran terdiri daripada tiga faktor iaitu : 1) kepintaran sintetik atau kebolehan kreatif 2) kepintaran analitik atau kebolehan melakukan analisis 3) kepintaran praktikal iaitu menggunakan kepintaran yang dimiliki menghasilkan sesuatu ataupun digunakan dalam kehidupan seharian. Hasan Mohd Ali (2006) menjelaskan Konsep pintar cerdas sebenarnya tidak tertakluk kepada kejayaan individu dalam bidang akademik semata-mata. Kebolehan berkreatif dan bereksperimen termasuk menghasilkan bahan ataupun teori, kebolehan seni yang hebat juga adalah manifestasi kepintaran dan kecerdasan individu. Konsep pintar cerdas dipilih kerana pelajar pintar cerdas adalah satu aset yang bernilai bagi sesebuah negara. Kegagalan membantu pelajar pintar cerdas bagi memperkembangkan potensi dan bakat mereka adalah satu kerugian yang besar kepada Negara dan masyarakat keseluruhannya. Sekiranya penekanan sebegini tidak diberi perhatian, dikhuatiri potensi dan bakat pelajar pintar cerdas ini akan terbantut dan lambat berkembang. Faktor yang mempengaruhi pelajar pintar cerdas ialah faktor genetik dan persekitaran. Oleh itu, asuhan dan pengayaan pengalaman memainkan peranan penting untuk membantu mengembangkan dan meningkatkan kepintaran seseorang. Jika dipupuk bakat yang ada tentu dapat mengasah dan memantapkan keistimewaan yang dikurniakan kepada mereka.
  • 23. Konsep pintar cerdas adalah saling berkaitan dengan Pengajaran Kepelbagaian Pelajar kerana di dalam bilik darjah terdapat kepelbagaian pelajar. Mereka berbeza dari segi keupayaan, kecerdasan, bakat, minat, kecenderungan, sikap, emosi dan sebagainya. Terdapat pelajar yang pintar, sederhana dan lemah dalam pelajaran. Oleh itu, sekiranya pelajar kategori pintar cerdas dapat dikenalpasti lebih awal, guru dapat merancang strategi pengajaran yang sesuai kerana jika pengajaran guru tidak mencabar pemikiran mereka akan menyebabkan golongan pintar cerdas ini cepat berasa jemu dan bosan, seterusnya akan menghilangkan minat mereka untuk belajar. 11. PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER Huraian konsep: Penggunaan komputer dalam pendidikan telah membawa banyak perkembangan kepada sistem pendidikan yang semakin canggih. Ia juga membawa kepada reformasi serta perkembangan baru dalam pelbagai bidang pendidikan, khasnya dalam bidang teknologi pendidikan, teori pendidikan, teori pengajaran-pembelajaran, pengurusan sekolah, sistem pentadbiran pendidikan serta kemahiran dan latihan guru. Konsep ini dipilih kerana di bawah konteks pendidikan, penggunaan komputer boleh dibahagikan kepada beberapa bidang iaitu komputer membantu pendidikan, komputer membantu pengajaran, komputer mengurus pengajaran dan komputer membantu pengujian. Komputer membantu pendidikan (Computer Aided Education, CAE) iaitu menggunakan teknologi dan sistem komputer untuk melaksanakan tugas mengajar serta
  • 24. mencapai objektif pelajarannya. Di samping itu, teknologi dan sistem komputer yang canggih pula diaplikasikan dalam pelbagai bidang pengurusan pengajaran-pembelajaran. Komputer membantu pengajaran (Computer Assisted Instruction, CAI) pula secara amnya ialah penggunaan teknologi dan sistem komputer dalam proses pengajaran. Secara khususnya pula, teknologi dan sistem komputer adalah digunakan oleh pelajar untuk mengikuti pelajaran terancang secara sendiri tanpa kehadiran guru. Tugas utama guru di sini hanya mereka- bentuk program perisian, pelajar menggunakan komputer belajar program itu dan komputer merupakan alat perantaraan di antara guru dan pelajar. Sehubungan itu, modul-modul adalah dirancang dalam pelbagai bentuk seperti bentuk pelajaran formal, latihan terkawal, pengajaran secra individu, permainan dan penyelesaian masalah. Komputer mengurus pengajaran (Computer Manage Instruction, CMI) merupakan teknologi dan sistem komputer boleh digunakan untuk mengumpul data dan membuat analisis serta menilai keberkesanan-keberkesanan pengajaran, penggunaan bahan-bahan pelajaran, situasi pengajaran-pembelajaran dan interaksi murid-murid dalam bilik darjah. Dapatan-dapatan kajian ini akan digunakan untuk mengubahsuai rancangan pelajaran dan membaiki kelemahan yang terdapat dalam aktiviti-aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Bagi komputer membantu pengujian (Computer Assisted Testing, CAT) ialah teknologi dan sistem komputer juga boleh digunakan untuk menguji keberkesanan pembelajaran. Pengujian ini biasanya dikendalikan dengan dua cara. Pertama, murid menjawab soalan dengan memberi jawapan dalam borang komputer. Jawapan murid kemudian diperiksa dan diberi markah oleh komputer. Kedua, komputer digunakan untuk memilih soalan-soalan dari item bank dan menayangkan soalan demi soalan dalam skrin monitor komputer. Murid-murid menggunakan komputer menjawab soalan demi soalan, kemudian diperiksa dan diberi markah oleh komputer. Dengan cara ini, pencapaian pelajar dapat dikesan dalam masa singkat. Budaya komputer (computer literacy) akan menjadi sama penting dan serupa seperti penguasaan kemahiran membaca, menulis dan mengira (3M) pada masa kini. Bagi generasi masa depan yang tidak ada budaya komputer akan dianggap sebagai buta huruf dalam masyarakat mereka yang banyak menggunakan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT). Pembelajaran berbantukan komputer tidak mengira tahap pelajar. Teknologi dan sistem komputer tidak hanya
  • 25. dipelajari oleh pelajar-pelajar pintar cerdas, tetapi ia juga turut dipelajari oleh pelajar dari kelas lemah. Selain itu, kaedah pengajaran melalui komputer ini dapar menarik minat pelajar terutama pelajar di luar bandar untuk belajar memandangkan pendekatan yang digunakan berbeza yang digunakan oleh guru. Malah, pembelajaran berbantukan komputer juga dapat digunakan oleh guru mengubahsuai rancangan pelajaran dan membaiki kelemahan supaya aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah menjadi lebih menarik. 12. PENDEKATAN, KAEDAH DAN TEKNIK Huraian konsep ; Menurut Parera (1986), pendekatan merupakan satu latar belakang falsafah atau pandangan mengenai idea utama yang hendak dibahaskan dan merupakan satu aksioma (pernyataan yang diterima umum dan menjadi asas kepada sesuatu huraian). Kamarudin Hj. Husin (1988), menyatakan bahawa pendekatan merupakan satu kumpulan andaian yang saling berkait tentang hakikat bahasa, hakikat pengajaran dan hakikat pembelajaran. Terdapat pelbagai jenis
  • 26. pendekatan. Antaranya pendekatan induktif. Pendekatan deduktif, pendekatan ekletik, pendekatan komunikatif, pendekatan interaksional, pendekatan pengalaman bahasa, dan pendekatan bersepadu. Kaedah pula pengertiannya menurut Mangantar Simanjuntak (1982), merupakan satu rencana (prosedur) yang menyeluruh untuk mengajar sesuatu bahan, yang secara keseluruhannya mestilah didasarkan kepada pendekatan yang di gunakan. Selain itu, Parera (1986) menyatakan bahawa kaedah adalah merupakan satu penyampaian bahan pengajaran secara teratur, dimana elemen di dalamnya tidak bertentangan antara satu sama lain dan bersandarkan kepada pendekatan. Menurut Ishak Ramly (2006), kaedah merupakan satu rancangan tentang apa yang akan dilaksanakan sesuai dengan situasi bagi mencapai sesuatu objektif pengajaran. Antara contoh-contoh kaedah adalah kaedah terus, kaedah semulajadi, kaedah askar atau tentera, kaedah ajuk-hafaz, kaedah linguistik, kaedah oral-aural, kaedah terjemahan,kaedah psikologi, kaedah kod-kognitif dan kaedah khusus. Menurut kamus dewan (edisi ketiga), teknik adalah kaedah mencipta sesuatu hasil. Manakala Kamaruddin Hj Husin (1988) menyatakan bahawa teknik adalah pengendalian sesuatu organisasi yang benar benar berlaku di dalam bilik darjah di mana ia digunakan untuk mencapai sesuatu objektif. Antara jenis-jenis teknik main peranan, teknik permainan bahasa, teknik latih tubi, teknik bercerita, teknik inkuiri, teknik perbahasan, teknik kuiz dan teknik sumbangsaran, teknik soal jawab, teknik simulasi, teknik drama dan teknik perbincangan. Dengan mengetahui terdapatnya pelbagai pendekatan, kaedah dan teknik yang boleh digunakan oleh guru semasa pengajaran dan pembelajaran, sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran dalam suasana kelas yang mempunyai kepelbagaian pelajar. Guru bebas memilih pendekatan, kaedah dan teknik yang hendak digunakan dan diaplikasi dalam bilik darjah kerana tiada satu pendekatan,kaedah dan teknik yang spesifik semasa proses pengajaran dan pembelajaran.
  • 27. 13. PENILAIAN FORMATIF Huraian konsep: Penilaian formatif adalah penilaian yang dibuat secara berterusan, iaitu sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran, untuk menilai keberkesanan pengajaran guru dan pembelajaran
  • 28. pelajar bagi setiap tajuk yang diajar. Ciri –ciri penilaian formatif adalah seperti dijalankan bagi tujuan memperoleh maklumat bagi memperbaiki kurikulum, dijalankan sepanjang masa dan maklumat yang diperolehi daripada penilaian ini digunakan secara terus menerus. Penilaian formatifvbercorak ujian diagnostik yakni yang dapat memberikan input akan masalah yang dihadapi murid dalam mengikuti pembelajaran. Dimana ianya dijalankan sepanjang masa pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Dengan itu, maklumat yang diperolehi hendaklah digunakan serta merta dalam memperbaiki pengajaran dan pembelajaran agar pelajar dan guru sama-sama memperolehi manfaat daripadanya. Contoh: sesi soal jawab, latihan yang diberikan guru dan ujian di bilik darjah yang tidak ditentukan gred. Untuk melakukan penilaian formatif terdapat prosedur yang biasa digunakan, kaedah tersebut adalah mengikut urutan seperti berikut : 1) Menentukan topik pembelajaran. Sukatan pelajaran mengandungi beberapa topik yang seharusnya dihabiskan sepanjang sesi persekolahan untuk satu tahun. Dimana topik ini disusun berdasarkan sukatan pelajaran disusun mengikut peringkat kesukaran. Seandainya topik tersebut mempunyai cakupan yang luas, maka penekanan harus diberikan dan mungkin diperlukan dikecilkan kepada sub-topik tertentu. Dengan cara ini guru akan dapat memastikan murid-murid menguasai sesuatu sub-topik tertentu terlebih dahulu sebelum meneruskan kepada topik-topik seterusnya. Sebelum beralih kepada topik lain, guru akan mengadakan ujian formatif untuk melihat tahap penguasaan sesuatu topik. 2) Menyatakan aspek dan tahap pencapaian bagi sesuatu topik pembelajaran. Guru menentukan kebolehan pelajar dalam mengenal warna, simbol, membaca dan lain-lain mengikut keperluan topik berkenaan. Setelah aspek berkenaan ditentukan, maka guru boleh menentu tahap penguasaan murid-murid dalam bilik darjah terhadap satu-satu topik berkenaan. Dalam hal ini apabila keputusan menunjukkan 80% hingga 90% pelajar telah menunjukkan penguasaan terhadap sesuatu topik, memperlihatkan bahawa kebanyakan pelajar sudah menguasai topik berkenaan. 3) Menghubungkaitkan elemen-elemen yang terdapat dalam setiap topik.
  • 29. Guru perlu menyusun elemen-elemen yang terdapat dalam topik-topik pembelajaran pada peringkat perlakuan tertentu dengan berdasarkan taksonomi pendidikan. Setelah pemeringkatan mengikut tahap perlakuan selesai, gurus seterusnya mengaitkan semua elemen berkenaan yang terdapat dalam satu-satu topik agar saling bertautan dan tidak terpisah. 4) Membentuk soalan ujian. Dilakukan selepas penentuan elemen-elemen berkenaan. Setiap elemen berkenaan seharusnya diuji kepada pelajar sekurang-kurangnya satu soalan. 5) Mencadangkan langkah susulan. Guru mengetahui tahap penguasaan sesuatu topik pembelajaran di samping kesukaran yang dihadapi oleh murid-murid. Setelah itu, tindakan susulan harus dilaksanakan berdasarkan keputusan ujian yang diperolehi. Contoh: murid-murid masih menunjukkan kelemahan ketara dalam sesuatu topik, maka tindakan selanjutnya yang harus diambil oleh guru ialah mengulang semula topik berkenaan atau mengubah suai pendekatan penyampaian agar murid-murid boleh menguasai topik tersebut. Penilaian atau ujian formatif adalah bertujuan untuk memperbaiki pengajaran pembelajaran dan meningkatkan pencapaian pelajar pada akhir sesuatu pelajaran. Selain itu, ianya memperlihatkan kelemahan-kelemahan yang wujud sama ada pada penyampaian guru atau penguasaan murid dan seterusnya guru akan memperbaiki agar murid dapat menguasai dengan lebih baik. Prosedur ini dapat membantu murid-murid menguasai sesuatu unit atau topik pembelajaran dan ini memungkinkan mereka memperolehi pencapaian yang lebih baik pada akhir penggal atau semester persekolahan. Selain itu, ujian formatif memperbaiki kualiti serta dapat meramal pencapaian pelajar kerana menjadi satu kepuasan kepada seseorang guru apabila beliau dapat meningkatkan pencapaian murid-murid dari semasa ke semasa. Dengan itu, guru dapat meninggi dan mengekalkan pencapaian yang memuaskan. Hal ini melalui perbandingan yang boleh dibuat antara pencapaian murid sekarang dengan pencapaian murid-murid lalu melalui rekod ujian formatif yang telah dikendalikan dan mencatatkan masalah yang dihadapi oleh murid-murid dahulu serta langkah penyelesaian yang telah diambil. Dengan cara ini, guru dapat mengekalkan
  • 30. prestasi pelajar dan meramal pencapaian pada akhir penggal persekolahan. Selain daripada aspek pelajar, penilaian formatif dapat memberi kesan kepada seorang guru dimana ianya boleh mengubah suai pengajaran seseorang guru. Tambahan daripada itu, guru juga dapat menentukan pendekatan yang lebih baik dalam penyampaian. Dengan ini, guru dapat memberikan yang terbaik semasa memberikan bimbingan pembelajaran kepada murid-murid. Dan ini menjadikan murid sentiasa bersedia untuk menduduki siri ujian yang dijalankan dan dengan itu memerlukan ketekunan dan tumpuan kepada topik-topik pembelajaran 14. STRATEGI PENGAJARAN Huraian konsep : Secara umumnya terdapat tiga strategi pengajaran utama iaitu:
  • 31. 1. Strategi pengajaran berpusatkan murid. 2. Strategi pengajaran berpusatkan guru. 3. Strategi pengajaran berpusatkan bahan. Ciri-ciri Strategi pengajaran berpusatkan murid atau Pemusatan Pelajar antaranya,dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran murid memainkan peranan yang penting, sedangkan peranan guru merupakan pemimpin yang membimbing murid menjalankan aktiviti pembelajaran. Selain itu, Komunikasi dan interaksi di antara guru dan murid adalah secara dua hala. Guru menggunakan kaedah menyoal dan membimbing murid supaya berfikir dan bertindak balas dengan memberi jawapan kepada mereka. Dari aspek kepimpinan dalam bilik darjah menekankan ciri kempimpinan guru bersifat demokratik dimana murid-murid sentiasa digalakan memberi pendapat mereka. Guru banyak menggunakan kaedah berbincang dalam aktiviti pembelajaran dan pengajaran. Selain itu, dalam strategi ini, pengajaran dan pembelajaran lebih mengutamakan pencapaian objektif pembelajaran murid. Ciri strategi pengajaran utama yang kedua adalah strategi pengajaran berpusatkan guru. Ciri-ciri pemusatan guru adalah dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran, guru memainkan peranan yang penting, sedangkan murid berperanan sebagai penonton sahaja. Dari aspek komunikasi pula, komunikasi dan interaksi di antara guru dan murid adalah sehala, dimana guru banyak bercakap dan murid banyak mendengar. Ciri kepimpinan guru bersifat autokratik dimana murid-murid tidak berpeluang menyumbangkan pendapat mereka. Guru banyak bertindak mengawal dan memberi arahan. Strategi pengajaran dan pembelajaran lebih mengutamakan pencapaian objektif pengajaran guru. Penyebaran ilmu pengetahuan lebih diutamakan daripada penyuburan nilai murni atau perkembangan emosi. Strategi ini mementingkan pencapaian murid berdasarkan keputusan ujian dan peperiksaan. Ekoran daripada itu, teknik mengajar guru ditumpukan kepada penyampaian fakta-fakta secara menghafal. Pembelajaran murid banyak berbentuk mengingat dan menghafal maka ini membentuk pelajar kurang berupaya membuat interprestasi. Interaksi di antara murid adalah pasif dan sifat-sifat sosial yang positif kurang dapat dipupuk. Mementingkan pengolahan kaedah keseluruhan kelas. Perbezaan murid dari segi kebolehan dan minat tidak diberi perhatian. Di bawah stratergi pemusatan guru, murid- murid menjadi kurang kreatif dan tidak berinisiatif.
  • 32. Satu lagi strategi pengajaran adalah strategi pemusatan bahan pelajaran. Ciri – ciri strategi pengajaran berpusatkan bahan pelajaran adalah seperti bahan pelajaran memainkan peranan penting dimana terdapatnya keadaan pergantungan kepada bahan untuk mencapai objektif pengajaran. Komunikasi/interaksi berlaku antara guru/bahan atau murid/bahan pembelajaran. Dalam strategi ini, Kecekapan/kemahiran penggunaan bahan pengajaran- pembelajaran diutamakan. Penekanan pembelajaran adalah lebih kepada jasmani, rohani, dan kognitif dimana murid dilatih dalam kemahiran, kefahaman dan berdikari. Pengajaran adalah lebih bermakna, menarik dan berkesan. Selain itu, peluang interaksi antara murid lebih banyak. Sifat sosial yang positif dapat dipupuk melalui kaedah kumpulan kecil seperti ujikaji, projek, perbincangan dan sebagainya. Tambahan daripada itu, pengetahuan abstrak dapat dijadikan konkrit dengan adanya bahan-bahan pelajaran. Antara contoh kaedah dan teknik strategi berpusatkan bahan adalah seperti komputer, bahan cetak, modul, buku teks, buku rujukan, kamus, perakam pita, carta, peta, graf, spesimen, slaid, video, televisyen, projektor, dan sebagainya. Dengan mengetahui strategi pembelajaran dan kesesuaian dengan kepelbagaian pelajar yang terdapat dalam sesebuah kelas, guru dapat mempelbagaikan strategi. Ini adalah untuk memastikan pelajar dapat mencapai objektif pembelajaran disamping meningkatkan pengetahuan dan kemahiran pelajar. 15. TEORI KECERDASAN PELBAGAI HOWARD GARDNER
  • 33. Kecerdasan bermaksud kebolehan untuk mendapatkan satu pencapaian tinggi serta prestasi yang baik dalam pembelajaran di sekolah. Menurut Kamus Dewan (2002), kecerdasan boleh diertikan sebagai kesempurnaan akal (untuk berfikir, mengerti dan lain-lain) seperti kepandaian, kecerdikan dan keintelektualan. Kecerdasan bermaksud keupayaan manusia untuk menyelesaikan masalah dan keberkesanannya dalam mengadaptasi ke dalam pengalaman hidup seharian seseorang (Santrock, 2004). Manakala menurut Gardner (1983,1993,2002), kecerdasan adalah kemampuan menciptakan produk bermanfaat dan berkeupayaan dalam menyelesaikan masalah sehari-hari. Teori Kecerdasan Pelbagai telah diperkenalkan oleh Howard Gardner pada tahun 1983. Menurut Gardner, kecerdasan yang terdapat pada seseorang bukanlah hanya diwarisi semata- mata kerana jika ibu bapa dikategorikan sebagai tidak cerdas mengikut ukuran ujian IQ, tidak semestinya anak mereka juga tidak cerdas. Terdapat sembilan kecerdasan pada manusia yang telah diperkenalkan oleh Gardner iaitu verbal-linguistik, logik-matematik, visual-ruang, kinestetik, muzik, interpersonal, intrapersonal, naturalis dan eksistensialisme. Konsep teori kecerdasan pelbagai Howard Gardner dipilih kerana ia saling berkait rapat dengan Pengajaran Kepelbagaian Pelajar. Ini kerana para pelajar mempunyai kecenderungan yang berbeza dalam pelbagai bidang sama ada verbal-linguistik, logik-matematik, visual-ruang, kinestetik, muzik, interpersonal, intrapersonal, naturalis ataupun eksistensialisme. Pengetahuan guru tentang teori kecerdasan pelbagai ini membolehkan guru merancang strategi pengajaran dan pembelajaran secara berkesan dan baik. Hal ini kerana kecerdasan yang terdapat pada seseorang pelajar boleh dijadikan sebagai petunjuk potensi yang terdapat pada seseorang pelajar itu. Contohnya, pelajar yang mempunyai kecerdasan verbal-linguistik yang menonjol biasanya mempunyai potensi yang tinggi dalam penulisan kreatif, perbahasan dan bidang pengacaraan. Apabila pelajar mengetahui kecenderungan kecerdasan pelbagai yang
  • 34. terdapat dalam diri, ia dapat membantu mereka memperkembangkan bakat dan kebolehan mereka selaras dengan kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Pengaplikasian pengetahuan teori kecerdasan pelbagai berupaya membangunkan bidang akademik dan kokurikulum pelajar. Hal ini kerana seseorang pelajar yang dikatakan bijak tidak boleh diukur melalui kecemerlangan dalam bidang akademik sahaja, sebaliknya kecerdasan emosi yang ada dalam dirinya semasa mengendalikan sesuatu perkara juga adalah amat penting. Oleh itu, guru perlu mempelbagaikan cara penilaian terhadap pelajar. Kefahaman guru terhadap jenis kecerdasan ini akan membantu guru mengatur rancangan pengajaran yang menjurus kepada kelompok pelajar yang terdiri daripada pelajar pandai atau lemah di dalam bilik darjah. Kesimpulannya, melalui teori kecerdasan pelbagai, guru mangakui bahawa setiap pelajar adalah unik dan belajar dengan cara yang berlainan. Oleh itu, guru boleh menjalankan pengajaran berdasarkan sembilan kecerdasan yang disarankan oleh Howard Gardner. Suasana pembelajaran sedemikian menjadikan pelajar lebih bermotivasi dan bersemangat untuk belajar. Keadaan seperti ini boleh mewujudkan suasana yang kolaboratif antara guru dan pelajar di sekolah.