SlideShare a Scribd company logo
1 of 14
Download to read offline
FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PENGGUNAAAN BAHASA INGGERIS
DALAM KALANGAN PELAJAR POLITEKNIK TUANKU SYED SIRAJUDDIN
Nor Aziza Abdul Aziz
Tengku Aroal Hawa Delaila Tengku Ahmad
Abstrak
Penyelidikan ini bertujuan mengkaji tentang hubungan antara persekitaran, motivasi, dan sikap
pelajar terhadap penggunaan Bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar Politeknik Tuanku Syed
Sirajuddin. Jenis persampelan yang digunakan ialah persampelan rawak mudah di mana
seramai 346 responden dipilih sebagai sampel kajian daripada enam buah jabatan di Politeknik
Tuanku Syed Sirajuddin. Kaedah kajian yang digunakan adalah berbentuk tinjauan
menggunakan instrumen soal selidik. Hasil kajian ini dianalisa dengan SPSS (Statistical
Package for the Social Sciences) versi 17.0. Penganalisaan dibuat secara kaedah statistik
deskriptif. Berdasarkan Alpha’s Cronbach, bagi pemboleh ubah persekitaran ialah 0.802 , 0.632
untuk pemboleh ubah motivasi dan 0.756 bagi pemboleh ubah sikap pelajar. Secara
keseluruhannya hasil kajian mendapati hubungan persekitaran, motivasi dan sikap terhadap
faktor yang mempengaruhi penggunaan Bahasa Inggeris adalah sebanyak 0.921. Hasil dapatan
menunjukkan bahawa faktor persekitaran, motivasi, dan sikap pelajar berada pada tahap
sederhana bagi penggunaan Bahasa Inggeris. Beberapa cadangan telah diutarakan.
Kata kunci: keberkesanan penggunaan Bahasa Inggeris, persekitaran, motivasi, sikap.
1 PENDAHULUAN
Penggunaan Bahasa Inggeris dalam bidang sains dan teknologi, perubatan, perdagangan dan
lain-lain adalah ketara dalam era globalisasi. Dalam bidang teknologi maklumat dan komunikasi,
Bahasa Inggeris digunakan untuk memperolehi ilmu dan maklumat. Ini menjadikan Bahasa
Inggeris sebagai bahasa teknologi yang sangat penting (Fadhlina Mohd. Azizuddin, 2006).
Penggunaan Bahasa Inggeris dalam sesi pengajaran dan pembelajaran memberikan peluang
kepada pelajar dan pensyarah untuk menimba ilmu dengan lebih mendalam. Tahap penguasaan
Bahasa Inggeris dalam kalangan bakal pensyarah perlu berada pada tahap yang baik kerana
bahasa merupakan alat yang digunakan dalam penyampaian maklumat dan ilmu pengetahuan.
1.1 Latar belakang kajian
Penguasaan bahasa seseorang pelajar bergantung kepada aspek mendengar, membaca,
menulis dan bertutur (Radha Nambiar, Noraini Ibrahim & Pramela, 2008). Kemahiran ini
merupakan empat kemahiran asas dalam pembelajaran. Apabila pengajaran dilaksanakan,
pelajar akan mendengar apa yang diajar oleh pensyarah. Pada masa yang sama, mereka
akan mencatatkan perkara penting dalam pengajaran tersebut. Apabila terdapat soalan
atau perkara yang tidak difahami atau kurang faham, pelajar akan bertanya dengan
pensyarah. Selepas sesuatu pengajaran biasanya pensyarah akan meminta pelajar
membuat ulang kaji atau bacaan tambahan sebelum kuliah seterusnya diadakan. Jika kita
mendengar sahaja, kita akan mudah lupa berbanding dengan sekiranya catatan dibuat
sambil mendengar (Ab. Rahim Selamat, 2000).
1.2 Pernyataan masalah
Kursus atau subjek Bahasa Inggeris merupakan salah satu kursus yang wajib dipelajari
oleh pelajar di semua institut pengajian tinggi. Ia merupakan satu kursus teras bagi semua
pelajar di politeknik. Setiap program yang diajar berpandukan sukatan kurikulum terkini
mengikut standard yang ditetapkan oleh Jabatan Pengajian Politeknik, Kementerian
Pengajian Tinggi Malaysia. Kemahiran membaca, bertutur, mendengar dan menulis
dalam Bahasa Inggeris merupakan faktor yang menjurus ke arah penetapan dan
kepenggunaan dalam persediaan pembelajaran. Sehubungan dengan itu, penyelidik
berpendapat adalah penting untuk mengkaji tahap penggunaan dan pelaksanaan Bahasa
Inggeris dalam kalangan pelajar Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin.
1.3 Objektif kajian
1.3.1 Objektif umum
Secara umumnya kajian ini bertujuan mengenalpasti faktor yang mempengaruhi
keberkesanan penggunaan Bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar di PTSS.
1.3.2 Objektif khusus
Secara khususnya, ia bertujuan mengkaji tentang hubungan antara persekitaran,
motivasi dan sikap terhadap penggunaan Bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar
PTSS. Antara objektif yang dikenalpasti ialah:
a) Mengenalpasti samaada faktor persekitaran mempunyai kesan
terhadap keberkesanan penggunaan Bahasa Inggeris dalam kalangan
pelajar.
b) Mengenalpasti samaada faktor motivasi mempunyai kesan terhadap
keberkesanan penggunaan Bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar.
c) Mengenalpasti samaada faktor sikap mempunyai kesan terhadap
keberkesanan penggunaan Bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar.
d) Mengenalpasti samaada semua faktor iaitu persekitaran, motivasi dan
sikap mempunyai kesan terhadap penggunaan Bahasa Inggeris dalam
kalangan pelajar.
1.4 Persoalan kajian
Adakah persekitaran menjadi faktor penyumbang terhadap keberkesanan penggunaan
Bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar PTSS.
1.4.1 Adakah motivasi menjadi faktor penyumbang terhadap keberkesanan
penggunaan Bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar PTSS?
1.4.2 Adakah persekitaran, motivasi dan sikap menjadi faktor penyumbang
kepada keberkesanan penggunaan Bahasa Inggeris dalam kalangan
pelajar?
1.4.3 Adakah faktor persekitaran, motivasi dan sikap menjadi penyumbang
terhadap penggunaan Bahasa Inggeris di kalangan pelajar PTSS.
1.5 Kepentingan kajian
Tahap penguasaan Bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar amatlah penting di mana ia
memerlukan pelajar untuk menguasainya, memandangkan semua kursus telah
diperkenalkan di dalam Bahasa Inggeris. Kajian ini dilakukan untuk mengenalpasti faktor
yang mempengaruhi penguasaan Bahasa Inggeris di PTSS khususnya dalam kalangan
pelajar. Di antara kepentingan kajian ini adalah seperti berikut:
1.5.1 Melalui kajian ini, pelajar merupakan pihak yang terlibat kerana tahap
penggunaan dan penguasaan Bahasa Inggeris mereka berkait dengan
pengetahuan mereka tentang kursus yang dipelajari.
1.5.2 Pensyarah juga dapat mengenalpasti masalah mereka dalam
berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris dan merancang strategi untuk
mengatasi masalah tersebut.
1.5.3 Melalui dapatan kajian, pensyarah dan pelajar boleh berusaha dalam
meningkatkan lagi tahap penguasaan komunikasi mereka dalam Bahasa
Inggeris.
1.5.4 Proses pembelajaran juga boleh berjalan dengan lancar sekiranya
pensyarah dapat menguasai kemahiran komunikasi dalam Bahasa Inggeris.
1.6 Skop Kajian
Skop kajian ini bertujuan mengkaji faktor-faktor yang mempengaruhi penggunaan bahasa
Inggeris dalam kalangan pelajar PTSS. Responden kajian ini terdiri daripada pelajar
PTSS yang dipilih secara rawak pelajar daripada setiap jabatan induk di PTSS iaitu
Jabatan Perdagangan, Jabatan Kejuruteraan Mekanikal, Jabatan Pelancongan dan
Hospitaliti, Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi, Jabatan Kejuruteraan Elektrik
dan Jabatan Rekabentuk Komunikasi dan Visual.
2 ULASAN KARYA
2.1 Persekitaran
Menurut Richards (2009), ICT boleh membantu mempercepatkan proses mempelajari
bahasa iaitu bahasa kedua dalam aspek kosakata dan tatabahasa. Pembelajaran melalui
komputer lebih cenderung untuk meningkatkan pemahaman Bahasa Inggeris. Oleh itu,
penggunaan ICT dalam proses pembelajaran bahasa kedua adalah penting. Justeru,
pensyarah digalakkan menggunakan kemudahan ICT sebagai alat atau kaedah pengajaran
yang berpotensi sewaktu proses pembelajaran di dalam kelas. Keluarga yang
menekankan intelek dan aktiviti kebudayaan dapat menghasilkan manfaat dalam aspek
bahasa dan sosial. Hubungan yang jelas antara prestasi dan pendedahan bahasa dalam
keluarga menunjukkan nilai yang baik. Oleh itu persekitaran keluarga termasuk sokongan
dan dorongan memainkan peranan penting dalam usaha meningkatkan prestasi bahasa
pelajar.
2.2 Motivasi
Rabey (2001), mentakrifkan motivasi sebagai pemanduan ke arah pemikiran yang positif
dalam kalangan individu. Individu itu mencipta motivasi untuk diri sendiri. Motivasi
didorong oleh pergerakan tindak balas terhadap diri masing-masing. Motivasi akan
bertindak responsif terhadap tiga syarat iaitu neutral, maju atau sebaliknya. Ransangan
dalaman mahupun luaran mampu menjadikan seseorang bermotivasi. Dalam konteks
kajian terhadap keberkesanan penggunaan Bahasa Inggeris, motivasi menjadi kayu
pengukur kepada pelajar dalam menguasai Bahasa Inggeris. Dalam kajian Feng (2008),
motivasi ekstrinsik didefinisikan sebagai pelbagai bentuk ransangan luar dan persekitaran
yang mempengaruhi peningkatan Bahasa Inggeris yang baik. Manakala motivasi intrinsik
tidak berlaku daripada ransangan persekitaran luaran.
2.3 Sikap
Menurut Arbuthnott (2009), pengetahuan saintifik dan maklumat umum dapat mendidik
masyarakat dan seterusnya berpotensi untuk mempengaruhi sikap dalam kalangan
masyarakat tersebut. Kajian ini juga menunjukkan bahawa usaha untuk pendidikan umum
akan menjadi lebih berkesan dalam memotivasikan perubahan sikap seseorang individu.
Oleh itu, sewaktu proses pembelajaran, pensyarah perlulah memberi dorongan atau
motivasi kepada pelajar supaya memperolehi pemahaman yang berkesan. Dalam kajian
Boske (2007), beliau mendapati ada kolerasi positif di antara sikap dan tindakan daripada
kepelbagaian masyarakat. Beliau menjelaskan bahawa apabila semakin banyak para
pengawal masyarakat majmuk, maka semakin tinggi kemungkinan bahawa tindakan
mereka akan mencerminkan kepelbagaian pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan
untuk bekerja sama dengan budaya dan bahasa yang terdiri daripada pelbagai populasi.
2.4 Faktor pensyarah
Kajian yang dijalankan mendapati terdapat pelbagai faktor yang mempengaruhi
kewujudan permasalahan di kalangan pelajar untuk menguasai penggunaan Bahasa
Inggeris. Antara faktor-faktor tersebut ialah faktor pelajar dan faktor pensyarah. Bahasa
pengantar memainkan peranan yang amat penting bagi menyampaikan isi serta mencapai
objektif pelajaran. Jumrang (2004) menyatakan bahawa, jika pelajar tidak memahami
segala penyampaian dan pengajaran guru semasa proses pengajaran dan pembelajaran
berlaku, maka ia akan membawa kepada masalah pembelajaran kepada pelajar tersebut.
Pensyarah juga merupakan faktor utama yang menyumbang kepada kecemerlangan
akademik pelajar. Pendidik yang bijaksana akan menjadikan proses pengajaran sesuatu
yang bermanfaat (Widad, 1998). Menurutnya lagi kecekapan dan keberkesanan seseorang
pendidik memainkan peranan yang penting sebagai pembimbing atau model kerana ia
akan mempengaruhi pelajar untuk menunjukkan sikap yang positif terhadap pencapaian
akademiknya. Daya tarikan sesuatu pelajaran amat bergantung kepada kemahiran
mengajar dan pengajaran pendidik (Kamaruddin, 1989). Sesuatu pengajaran yang baik
dan berkesan memerlukan pendidik yang pandai dan berkebolehan mempelbagaikan
kaedah, teknik dan aktiviti yang dijalankan dalam pengajarannya.
2.5 Faktor Pelajar
Selain itu menurut Fathman (1995), kejayaan seseorang dalam mata pelajaran bahasa
kedua dipengaruhi oleh ciri-ciri individu pelajar itu sendiri. Pelajar yang bermasalah
adalah pelajar yang tidak dapat berkomunikasi dengan baik serta mempunyai asas bahasa
Inggeris yang lemah. Ervin-Tripp (1994) mendapati bahawa dengan kekerapan latihan
sahaja seseorang mungkin tidak dapat menguasai bahasa yang dipelajari. Ianya perlu
ditambah dengan pemahaman nahu dan pembinaan ayat untuk menguasai bahasa yang
dipelajari. Hasil kajian mendapati kesediaan pelajar yang kurang mencukupi akan
menimbulkan masalah semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Masalah bahasa
dalam pembelajaran akan mengakibatkan pelajar mengalami kesukaran kerana tiada
huraian yang lengkap dan penjelasan yang baik. Dapatan kajian ini disokong oleh
Tarmizi (2003) yang menyatakan faktor yang paling mempengaruhi penguasaan bahasa
Inggeris di kalangan responden adalah pengetahuan asas bahasa Inggeris di peringkat
sekolah. Di samping itu, responden yang lemah pengetahuan asas bahasa Inggeris di
peringkat sekolah akan menghadapi kesukaran untuk menguasai bahasa Inggeris (Jumali,
1992). Oleh yang demikian, tahap penguasaan bahasa Inggeris yang kurang memuaskan
menyebabkan responden tidak dapat mengikuti sesi pengajaran.
3. METODOLOGI
3.1 Kerangka Kajian
Berikut adalah kerangka kerja teoretikal seperti dalam Rajah 3.1.1 berikut. Pembolehubah
bebas terdiri daripada tiga dimensi iaitu persekitaran, motivasi dan sikap.
Rajah 3.1.1: Kerangka kajian.
3.2 Rekabentuk kajian
Penyelidikan ini menggunakan pendekatan kuantitatif dan jenis deskriptif dengan
membuat tinjauan sampel untuk menyelidik dan mengenal pasti faktor keberkesanan
penggunaan Bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar di PTSS. Penyelidik menyediakan
soal selidik yang mempunyai kesahihan, kesesuaian dan menepati objektif kajian.
3.3 Populasi dan sampel kajian
Menurut Azizi Yahaya dan Shahrin Hashim (2007), sampel adalah sebahagian daripada
populasi tanpa mengambil kira sama ada ia dapat mewakili populasi atau sebaliknya di
mana populasi kajian merupakan satu set yang lengkap semua kumpulan yang memenuhi
spesifikasi. Kajian ini menggunakan kaedah tinjauan, sampel yang dipilih adalah terdiri
daripada pelajar yang mewakili setiap jabatan induk di PTSS. Populasi kajian terdiri
daripada 3,408 orang pelajar dan saiz sampel kajian adalah 346 orang.
3.4 Instrumen kajian
Instrumen kajian adalah alat yang membantu dalam mengumpul maklumat yang
diperlukan. Ia digunakan dalam kajian ini yang berbentuk soal selidik. Menurut Ahmad
Hamzah (2002), satu borang soal selidik yang sama hendaklah digunakan untuk semua
responden. Ini adalah untuk memastikan keseragaman dalam jawapan yang diberikan.
Keseragaman di sini tidak bermaksud semua jawapan yang sama, tetapi jawapan itu
diletakkan dalam ruangan yang sama bagi membolehkan pemprosesan data melalui
Persekitaran
Motivasi
Faktor –faktor yang
menpengaruhi penggunaan
Bahasa Inggeris
Sikap
Pembolehubah bebas Pembolehubah bersandar
komputer. Penyelidik telah menyediakan satu set soal selidik yang terdiri daripada tiga
bahagian dan mengandungi 20 item. Bentuk kajian yang digunakan adalah kajian
kuantitatif di mana pengkaji menggunakan skala Likert untuk mengukur tahap
persetujuan responden terhadap soal selidik yang dikemukakan. Dengan menggunakan
skala Likert, responden dapat memberi maklum balas dengan lebih tepat dan teliti
terhadap soalan yang dikemukakan.
3.5 Kajian rintis
Sebelum kajian sebenar dijalankan, satu kajian rintis dijalankan ke atas 30 orang pelajar
di Jabatan Perdagangan. Tujuan kajian rintis adalah untuk menguji kebolehpercayaan
soalan dan item yang dibina. Ia membantu penyelidik menguji kesesuaian set instrumen
ke atas sampel kajian samaada menepati apa yang hendak diukur. Selain itu, penyelidik
dapat mengetahui sejauh manakah responden memahami soalan dan item-item yang
dikemukakakan.
Jadual 3.5.1: Indeks kebolehpercayaan item.
Bahagian Indeks kebolehpercayaan
Persekitaran 0.802
Motivasi 0.632
Sikap 0.9756
Keberkesanan penggunaan Bahasa Inggeris 0.921
3.6 Analisis Kajian
3.6.1 Analisi maklumat demografi
Bahagian ini melaporkan analisis latar belakang responden yang terdiri daripada
jantina, bangsa, program, jabatan dan keputusan SPM. Kaedah kekerapan dan
peratusan digunakan untuk menganalisis latar belakang responden.
3.6.2 Jantina
Taburan bilangan dan peratusan responden mengikut jantina. Hasil dapatan jelas
menunjukkan bilangan pelajar perempuan merupakan golongan majoriti iaitu
seramai 186 orang ataupun 53.8 peratus berbanding dengan pelajar lelaki seramai
160 orang ataupun 46.2 peratus.
3.6.3 Bangsa
Taburan bilangan dan peratusan responden mengikut bangsa pelajar di PTSS.
Hasil dapatan kajian menunjukkan 209 orang responden mewakili bangsa Melayu
iaitu 60.4 peratus, responden Cina terdiri daripada 71 orang (20.5 peratus),
manakala responden berbangsa India adalah 51 orang (14.7 peratus) dan lain lain
bangsa adalah seramai 15 orang (4.3 peratus).
3.6.4 Program
Dari sudut program yang diambil oleh pelajar PTSS, taburan dan peratusan adalah seperti
berikut: 35.3 peratus ataupun 122 orang pelajar adalah daripada program sijil
manakala 64.7 peratus bersamaan 224 orang adalah daripada program diploma.
3.6.5 Jabatan
Taburan sampel kajian mengikut jabatan yang diwakili oleh pelajar di PTSS.
Daripada 346 responden, sebanyak 16.8 peratus (n=58) adalah daripada Jabatan
Perdagangan; Kejuruteraan Elektrik, 21.7 peratus (n=75); Jabatan Rekabentuk
Komunikasi dan Visual, 12.1 peratus (n=42); Jabatan Teknologi Maklumat dan
Komunikasi 14.2 peratus (n=49); Jabatan Pelancongan dan Hospitaliti, 20.5
peratus (n=71) dan Jabatan Kejuruteraan Mekanikal, 14.7 peratus (n=51).
3.6.6 Keputusan SPM untuk Bahasa Inggeris
Taburan sampel kajian dari sudut keputusan SPM untuk Bahasa Inggeris yang
diperolehi oleh pelajar PTSS. Hasil dapatan menunjukkan seramai 11 orang
ataupun 3.2 peratus mendapat keputusan A1 dalam Bahasa Inggeris, manakala
seramai 29 orang (atau 8.4 peratus) mendapat A2. Seramai 50 orang responden
(14.5 peratus) mendapat B3, manakala B4 seramai 48 orang (13.9 peratus).
Sementara C5 diwakili 84 orang atau, 24.3 peratus dan C6 adalah seramai 64
orang ( ataupun 8.5 peratus). Bagi D7 adalah seramai 42 orang (12.1 peratus), E8
terdiri daripada 17 orang responden (4.9 peratus) dan akhir sekali G9 hanya
seorang (0.3 peratus).
4 DAPATAN KAJIAN
4.1 Analisis dapatan faktor persekitaran
Skor min bagi aspek persekitaran yang mempengaruhi keberkesanan penggunaan Bahasa
Inggeris. Pada keseluruhannya skor min bagi aspek persekitaran berada antara nilai 2.62
hingga 2.97. Skor min keseluruhan bagi aspek persekitaran adalah 2.83 dan berada pada
tahap sederhana. Hal ini menunjukkan pelajar bersetuju bahawa faktor persekitaran dapat
mempengaruhi keberkesanan penggunaan Bahasa Inggeris di PTSS. Item yang mendapat
skor min tertinggi iaitu 2.97 adalah item 2. Item yang mendapat skor min terendah iaitu
2.62 adalah item 1. Manakala skor min bagi item 3 ialah 2.83, bagi item 4 ialah 2.78 dan
bagi item 5 ialah 2.95. Hasil daripada keputusan yang diperolehi jelas menunjukkan
bahawa pelajar dapat meningkatkan perbendaharaan kata dengan mendengar lagu dalam
Bahasa Inggeris.
4.2 Analisis dapatan faktor motivasi
Pada keseluruhannya skor min bagi aspek motivasi yang mempengaruhi keberkesanan
penggunaan Bahasa Inggeris berada di antara nilai 2.69 hingga 3.09. Skor min
keseluruhan bagi aspek motivasi adalah 2.81 iaitu pada tahap sederhana. Hal ini
menunjukkan pelajar bersetuju bahawa faktor motivasi dapat mempengaruhi
keberkesanan penggunaan Bahasa Inggeris. Item yang mendapat skor min tertinggi iaitu
3.09, adalah item 8. Manakala, item yang mendapat skor min terendah iaitu 2.69, adalah
item 6. Skor min bagi item 7 ialah 2.82, bagi item 9 ialah 2.71 dan item 10 ialah 2.76.
Hasil keputusan yang diperolehi jelas menunjukkan bahawa pelajar kurang berkeyakinan
untuk berkomunikasi menggunakan Bahasa Inggeris dalam urusan harian mereka.
4.3 Analisis dapatan faktor sikap
Pada keseluruhannya skor min bagi aspek sikap yang mempengaruhi keberkesanan
penggunaan Bahasa Inggeris berada di antara nilai 2.76 hingga 2.99. Skor min
keseluruhan bagi aspek persekitaran adalah 2.88 dan berada pada tahap sederhana. Hal
ini menunjukkan pelajar bersetuju bahawa faktor sikap dapat mempengaruhi
keberkesanan penggunaan Bahasa Inggeris. Item yang mendapat skor min tertinggi iaitu
2.99 adalah item 15 (Saya tidak berapa minat Bahasa Inggeris tetapi saya
mempelajarinya kerana ia berguna). Item yang mendapat skor min terendah iaitu 2.76
adalah item 14 (Saya lebih meminati rancangan Bahasa Inggeris di TV daripada bahasa
lain). Manakala skor min bagi item 11 ialah 2.82, bagi item 12 ialah 2.90 dan bagi item
13 ialah 2.94. Hal ini menunjukkan bahawa secara keseluruhannya ramai pelajar tidak
berapa minat Bahasa Inggeris tetapi mereka mempelajarinya kerana ia berguna.
4.4 Analisis skor min keberkesanan
Skor min bagi aspek keberkesanan penggunaan Bahasa Inggeris. Pada keseluruhannya
skor min bagi aspek keberkesanan berada antara nilai 2.83 hingga 3.02. Skor min
keseluruhan bagi aspek keberkesanan adalah 2.92. Item yang mendapat skor min
tertinggi iaitu 3.02 adalah item 18 (Saya berasa yakin untuk bercakap dalam Bahasa
Inggeris). Item yang mendapat skor min terendah iaitu 2.83 adalah item 16 (Saya akan
sentiasa berusaha untuk meningkatkan tahap penguasaan Bahasa Inggeris dari semasa
ke semasa). Manakala skor min bagi item 17 ialah 2.85, bagi item 19 ialah 2.96 dan bagi
item 20 ialah 2.97. Hal Ini menunjukkan bahawa secara keseluruhannya, ramai pelajar
sangat bersetuju bahawa mereka berasa yakin untuk bercakap dalam Bahasa Inggeris.
4.5 Hubungan persekitaran, motivasi dan sikap dengan keberkesanan
penggunaan Bahasa Inggeris
Analisis perkaitan atau korelasi sesuai digunakan untuk mendapatkan hubungan atau
perkaitan antara dua pembolehubah. Hubungan yang akan dilihat oleh analisis korelasi
adalah merupakan yang bersifat linear sama ada linear yang positif atau negatif. Pekali
korelasi diperolehi mentafsir kekuatan antara dua pembolehubah tersebut.
Jadual 4.5.1: Hubungan persekitaran, motivasi dan sikap dengan keberkesanan
penggunaan Bahasa Inggeris.
KORELASI
Keberkesanan Persekitaran Motivasi Sikap
Keberkesanan Pearson Correlations 1 .746** .714** .720**
Sig.(2-tailed) .000 .000 .000
N 346 346 346 346
Persekitaran Pearson Correlations .746** 1 .803** .806**
Sig.(2-tailed) .000 .000 .000
N 346 346 346 346
Motivasi Pearson Correlations .714** 803** 1 .758**
Sig.(2-tailed) .000 .000 .000
N 346 346 346 346
sikap Pearson Correlations .720** 806** .758** 1
Sig.(2-tailed) .000 .000 .000
N 346 346 346 346
Jadual 4.5.1 menunjukkan bahawa pekali korelasi bagi pasangan pembolehubah
persekitaran dan keberkesanan adalah tinggi iaitu 0.746. Hal ini membuktikan bahawa
pembolehubah persekitaran dan keberkesanan mempunyai hubungan yang kuat
memandangkan nilai pekali korelasi menghampiri nilai 1 (nilai maksimum bagi sesuatu
pekali korelasi). Nilai pekali korelasi yang positif menunjukkan bahawa perkaitan dan
pembolehubah tersebut merupakan satu hubungan yang positif. Hasil tersebut juga jelas
menunjukkan terdapat satu perkaitan yang signifikan di antara pembolehubah
persekitaran dan keberkesanan di mana nilai signifikannya ialah 0.000 iaitu lebih kecil
dari aras signifikan yang ditetapkan iaitu 0.01 (2-tailed). Hasil tersebut menunjukkan
bahawa pekali korelasi bagi pasangan pembolehubah motivasi dan keberkesanan adalah
tinggi iaitu 0.714. Hal ini membuktikan bahawa pembolehubah motivasi dan
keberkesanan mempunyai perhubungan yang kuat memandangkan nilai pekali korelasi
menghampiri nilai 1 (nilai maksimum bagi sesuatu pekali korelasi). Nilai pekali korelasi
yang positif menunjukkan bahawa perkaitan dan pembolehubah tersebut merupakan satu
hubungan yang positif. Hasil tersebut juga jelas menunjukkan terdapat satu perkaitan
yang signifikan di antara pembolehubah motivasi dan keberkesanan di mana nilai
signifikannya ialah 0.000 iaitu lebih kecil dari aras signifikan yang ditetapkan iaitu 0.01
(2-tailed). Hasil tersebut menunjukkan bahawa pekali korelasi bagi pasangan
pembolehubah sikap dan keberkesanan adalah tinggi iaitu 0.720. Hal ini membuktikan
bahawa pembolehubah sikap dan keberkesanan mempunyai perhubungan yang kuat
memandangkan nilai pekali korelasi menghampiri nilai 1 (nilai maksimum bagi sesuatu
pekali korelasi). Hasil tersebut juga jelas menunjukkan terdapat satu perkaitan yang
signifikan di antara pembolehubah sikap dan keberkesanan di mana nilai signifikannya
ialah 0.00 iaitu lebih kecil dari aras signifikan yang ditetapkan iaitu 0.01 (2-tailed).
5 PERBINCANGAN
Secara keseluruhan, penyelidik mendapati bahawa hubungan antara faktor persekitaran, motivasi
dan sikap terhadap keberkesanan penggunaan Bahasa Inggeris di kalangan pelajar adalah positif.
Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa faktor persekitaran adalah pembolehubah yang paling
dominan. Min bagi pembolehubah persekitaran yang dikaji oleh penyelidik berada di antara nilai
2.62 hingga 2.97. Oleh itu, dapatan kajian ini telah menyokong dapatan kajian yang dibuat oleh
Vachha dan Adams (2005) yang menunjukkan bahawa secara keseluruhannya faktor persekitaran
memberi pengaruh yang besar terhadap penguasaan Bahasa Inggeris di kalangan pelajar PTSS.
Skor min keseluruhan bagi aspek persekitaran adalah 2.83. Purata nilai min melebihi daripada
3.0. Ini menunjukkan faktor persekitaran berada pada tahap yang tinggi. Manakala korelasi bagi
pekali korelasi untuk pasangan pembolehubah persekitaran dan keberkesanan adalah tinggi iaitu
0.746.
Hal ini membuktikan bahawa pembolehubah persekitaran dan keberkesanan mempunyai
perhubungan yang kuat memandangkan nilai pekali korelasi menghampiri nilai 1 (nilai
maksimum bagi sesuatu pekali korelasi). Hasil tersebut juga jelas menunjukkan terdapat satu
perkaitan yang signifikan di antara pembolehubah persekitaran dan keberkesanan di mana nilai
signifikannya ialah 0.000 iaitu lebih kecil dari aras signifikan yang ditetapkan iaitu 0.01 (2-
tailed). Tujuan penyelidik menjalankan ujian korelasi adalah untuk mendapatkan keputusan
samaada faktor yang dikaji mempunyai hubungan dengan pembolehubah tidak bersandar. Kajian
Liggett (2008), faktor bangsa penting dalam proses pembelajaran bahasa dan peranan
persekitaran yang mencorakkan pelajar tersebut.
Seterusnya, bagi faktor motivasi, dapatan kajian ini juga menunjukkan bahawa motivasi
merupakan elamen yang kedua terpenting dalam proses penguasaan Bahasa Inggeris. Skor min
bagi pembolehubah ini adalah di antara nilai 2.69 hingga 3.09. Skor min keseluruhan bagi
aspek motivasi adalah 2.81. Ini menunjukkan bahawa ramai pelajar berasa rendah diri kerana
rakan-rakan di sekeliling fasih berbahasa Inggeris. Hal ini adalah disebabkan kurangnya
motivasi dan dorongan kepada pelajar untuk mempelajari Bahasa Inggeris.
Ini bertepatan dengan kajian yang dibuat oleh Rabey (2001) yang mentakrifkan motivasi sebagai
pemanduan ke arah pemikiran yang positif di kalangan individu. Dalam kajian ini didapati
kebanyakkan pelajar menggunakan Bahasa Inggeris didorong oleh motivasi sepenuhnya. Pelajar
seharusnya didorong agar dapat melatih diri mereka supaya menguasai Bahasa Inggeris.
Kegagalan penguasaan Bahasa Inggeris yang baik akan menyebabkan pelajar gagal mendapatkan
tempat bekerja dan menyambung pelajaran. Motivasi akan mempengaruhi pergerakan mentaliti
pelajar tersebut. Motivasi mengandungi pelbagai aspek dalaman yang dapat dikenalpasti. Pelajar
yang bermotivasi lebih yakin untuk menggunakan Bahasa Ingggeris dengan bebas dan yakin.
Maklumat yang diambil perlu diperbanyakkan lagi supaya proses pengagregatan dan
penganalisaan data dapat dilakukan untuk mendapatkan keputusan yang lebih menghampiri
keadaan sebenar, supaya kajian dibuat tidak menghadapi masalah dan dapat dilaksanakan dengan
sempurna.
Bahasa Inggeris merupakan bahasa kedua terpenting dalam proses pembelajaran di PTSS.
Meskipun pelajar dimaklum tentang kepentingan penggunaan Bahasa Inggeris, peranan
pensyarah, ibu bapa dan masyarakat amat penting dalam penguasaan bahasa kedua ini.
Berdasarkan skor min yang diperolehi daripada hasil kajian tentang faktor persekitaran, motivasi
dan sikap terhadap keberkesanan penggunaan Bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar PTSS,
penyelidik mendapati bahawa sebilangan besar pelajar amat terpengaruh oleh faktor persekitaran
berbanding dengan faktor motivasi dan sikap.
RUJUKAN
Ab. Rahim Selamat. (2000). Kemahiran dalam sekolah bestari. Johor Bharu: Badan Cemerlang
Sdn. Bhd.
Ahmad Hamzah. (2002). Buku Panduan & Modul Pengajaran dan Pembelajaran Komponen
Undang-undang Kemanusiaan Antarabangsa (International Humanitarian Law –
“IHL”) Dalam Pendidikan Sivik & Kewarganegaraan. Kuala Lumpur: Kementerian
Pelajaran Malaysia.
Arbuthnott, K.D. (2009). Education for sustainable development beyond attitude change.
International Journal of Sustainability in Higher Education, 10(2), 152-163.
Azizi Yahaya, & Shahrin Hashim. (2007). Menguasai penyelidikan dalam pendidikan. Kuala
Lumpur: PTS Profesional Publishing Sdn. Bhd.
Boske, C. (2007). The awakening: the multicultural attitude and actions of chief executive school
officers. International Journal of Educational Management, 21(6), 491-503.
Dewan Bahasa dan Pustaka. (1994). Kamus Dewan ( Edisi Ketiga). Kuala Lumpur: Kementerian
Pelajaran Malaysia.
Ervin–Tripp, S. M. (1994). Language acquisition and communicative choice.
California: Stanford University Press.
Fadhlina Mohd. Azizuddin. (2006). Tahap kompetensi guru sekolah rendah terhadap
pengajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris. (Tesis). Universiti Teknologi
Malaysia, Johor.
Fathman A. K. (1995). Variables affecting the successful learning of English as a second
language. Tesol Quarterly, 10 (4).
Feng, X. W. (2008). Integrated design and implementation of embedded control systems with
scilab. Sensors . Diambil dari www.mdpi.org/sensors
Jumali Ismail. (1992). Sikap motivasi dan pencapaian dalam pembelajaran Bahasa Inggeris
sebagai bahasa kedua di kalangan pelajar Melayu. Jurnal Dewan Bahasa, 11, 1071 -
1080.
Jumrang Mendeng. (2004). Pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran Sains Matematik dalam
Bahasa Inggeris. Tinjauan persepsi pelajar 3 buah sekolah Daerah Kota Kinabalu,
Sabah. (Tesis Sarjana Muda).Universiti Teknologi Malaysia, Johor.
Kamarudin Kachar. (1989). Ke arah pengurusan pelajar dinamik. Kuala Lumpur: Teks
Publishing Sdn. Bhd.
Ligget, T. (2008). Frames of Reference: The impact of race on teaching strategy and classroom
discussion. Urban Review, 40, 386-402.
Rabey, G.P. (2001). Motivation is response. Industrial and Commercial Training, 33(1), 26-28.
Radha Nambiar, Noraini Ibrahim, & Pramela, K. (2008). Penggunaan strategi pembelajaran
bahasa dalam kalangan pelajar Tingkatan 2. Jurnal e- Bangi, 3(3), 1-17.
Richards, G. (2009). Book Riview: Technology-mediated learning environment for young
English learners. Educational Technology & Society, 12(2), 334-336.
Tarmizi Amran. (2003). Penguasaan Bahasa Inggeris di kalangan pelajar-pelajar Tahun 4SPA,
E dan J, Fakulti Pendidikan UTM: Kajian tentang status penguasaan, kebolehan
bertutur, sikap, motivasi dan dorangan ibu bapa. (Tesis Sarjana Muda). Universiti
Teknologi Malaysia, Johor.
Vachha, B., & Adam, R. (2005). Influence of family environment on language outcomes in
children with myelomeningocele child. Care, Health & Development, 31(5), 589-596.
Widad Othman. (1998). Kaedah mengajar lukisan kejuruteraan. (Tesis Sarjana Muda).
Universiti Teknologi Malaysia, Johor.
Nor Aziza Abdul Aziz, Jabatan Perdagangan, Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin.
emel: az_zie2001@yahoo.com
Tengku Aroal Hawa Delaila Tengku Ahmad, Jabatan Perdagangan, Politeknik Tuanku Syed
Sirajuddin. emel: aroaldelaila@yahoo.com
BORANG SOAL SELIDIK
BAHAGIAN A : Latar belakang responden
Diharapkan anda dapat memberikan maklumat dengan menandakan ( / ) dalam petak yang disediakan.
1. Jantina:
2. Bangsa:
3. Program:
Lelaki perempuan
Sijil
Cina India Lain-lainMelayu
Diploma
4. Jabatan:
5. Keputusan Bahasa Inggeris (SPM):……… (Nyatakan)
BAHAGIAN B
Kajian Hubungan persekitaran, motivasi dan sikap terhadap penggunaan bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar
PTSS.
Arahan: Tandakan ( / ) pada bagi setiap item berpandukan kepada petunjuk yang diberikan.
Item Perkara 1 2 3 4
P1
Pensyarah jarang menggunakan alat bantu mengajar yang berkesan semasa
proses P&P di dalam kelas.
P2
Saya dapat memperbanyakkan perkataan baharu dengan mendengar lagu
dalam Bahasa Inggeris.
P3
Saya tidak pernah berkomunikasi dalam bahasa Inggeris dengan keluarga.
P4
Saya jarang berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris dalam bahasa Inggeris
bersama rakan-rakan saya.
P5
Bahasa Inggeris digunakan sebagai medium perantaraan dalam bidang
teknologi maklumat.
M6
Saya tidak ada minat yang tinggi untuk belajar dalam Bahasa Inggeris.
M7
Bahasa Inggeris melayakkan pelajar untuk menamatkan pengajian.
M8
Bahasa Inggeris membolehkan pelajar berkomunikasi dengan orang ramai
daripada berlainan bangsa.
M9
Saya berasa rendah diri kerana rakan-rakan di sekiling mahir berbahasa
Inggeris.
M10
Seseorang memerlukan pengetahuan dalam Bahasa Inggeris supaya
disegani.
S11
Susah untuk mempelajari Bahasa Inggeris.
S12
Saya jarang membaca bahan-bahan bacaan dalam Bahasa Inggeris.
S13
Saya belajar Bahasa Inggeris supaya mudah mendapat kerja jika saya baik
dalam penguasaan Bahasa Inggeris.
S14
Saya lebih meminati rancangan Bahasa Inggeris di TV daripada bahasa lain.
S15
Saya malu berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris.
BAHAGIAN C: Keberkesanan penguasaan Bahasa Inggeris
Item Perkara 1 2 3 4
K16
Saya akan sentiasa berusaha untuk meningkat tahap pengusaan Bahasa
Inggeris dari semasa ke semasa.
K17
Saya selalu berkomunikasi dengan rakan –rakan dengan menggunakan
Bahasa Inggeris.
K18
Saya berasa yakin untuk bercakap dalam Bahasa Inggeris.
K19
Saya yakin boleh mendapatkan keputusan cemerlang dalam kursus Bahasa
Inggeris.
K20
Saya akan mengaplikasikan Bahasa Inggeris yang dipelajari sewaktu
temuduga pekerjaan.
JPG JHP JRVKJKE JTMK JKM

More Related Content

What's hot

Keberkesanan penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran tatabahasa...
Keberkesanan penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran tatabahasa...Keberkesanan penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran tatabahasa...
Keberkesanan penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran tatabahasa...azwinashafira2012
 
284305064 contoh-jurnal-pendidikan
284305064 contoh-jurnal-pendidikan284305064 contoh-jurnal-pendidikan
284305064 contoh-jurnal-pendidikanAlinLin10
 
kEBERKESANAN KAEDAH PEMBELAJARAN KOPERATIF - STUDENT TEAM ACHIEVEMENT DIVISIO...
kEBERKESANAN KAEDAH PEMBELAJARAN KOPERATIF - STUDENT TEAM ACHIEVEMENT DIVISIO...kEBERKESANAN KAEDAH PEMBELAJARAN KOPERATIF - STUDENT TEAM ACHIEVEMENT DIVISIO...
kEBERKESANAN KAEDAH PEMBELAJARAN KOPERATIF - STUDENT TEAM ACHIEVEMENT DIVISIO...Ng lily
 
04 contoh penulisan proposal dan laporan(2)
04 contoh penulisan proposal dan laporan(2)04 contoh penulisan proposal dan laporan(2)
04 contoh penulisan proposal dan laporan(2)Chon Seong Hoo
 
Proposal rbt 12koperatif
Proposal rbt 12koperatifProposal rbt 12koperatif
Proposal rbt 12koperatifammart852
 
Ulasan Jurnal Pendidikan
Ulasan Jurnal PendidikanUlasan Jurnal Pendidikan
Ulasan Jurnal Pendidikanamirsmkt
 
Kajian kpt 6054- PARTHIBAN
Kajian kpt 6054- PARTHIBANKajian kpt 6054- PARTHIBAN
Kajian kpt 6054- PARTHIBANRthi Ban
 
Pembelajaran Berasaskan Elektronik Dan Web
 Pembelajaran Berasaskan Elektronik Dan Web Pembelajaran Berasaskan Elektronik Dan Web
Pembelajaran Berasaskan Elektronik Dan WebhazlinShahida
 
KAJIAN TINDAKAN SAINS : PENGGUNAAN TEKNIK KAJIAN LAPANGAN UNTUK PENGAJARAN DA...
KAJIAN TINDAKAN SAINS : PENGGUNAAN TEKNIK KAJIAN LAPANGAN UNTUK PENGAJARAN DA...KAJIAN TINDAKAN SAINS : PENGGUNAAN TEKNIK KAJIAN LAPANGAN UNTUK PENGAJARAN DA...
KAJIAN TINDAKAN SAINS : PENGGUNAAN TEKNIK KAJIAN LAPANGAN UNTUK PENGAJARAN DA...Mohd Nuruzzaman
 
teisi : tentang ADD Bab 1
teisi : tentang ADD Bab 1teisi : tentang ADD Bab 1
teisi : tentang ADD Bab 1muhammad
 
03.baharom.atikan.jun .11
03.baharom.atikan.jun .1103.baharom.atikan.jun .11
03.baharom.atikan.jun .11greenfrog88
 
Ulasan jurnal (kpt 6044)
Ulasan jurnal (kpt 6044)Ulasan jurnal (kpt 6044)
Ulasan jurnal (kpt 6044)Jeya Kumar
 
Kajian tindakan bm skj
Kajian tindakan bm skjKajian tindakan bm skj
Kajian tindakan bm skjAtok Shila
 

What's hot (19)

Kajian Tindakan Bahasa Melayu
Kajian Tindakan Bahasa MelayuKajian Tindakan Bahasa Melayu
Kajian Tindakan Bahasa Melayu
 
Tugasan 1
Tugasan 1Tugasan 1
Tugasan 1
 
Ekm 331-norainie
Ekm 331-norainieEkm 331-norainie
Ekm 331-norainie
 
Keberkesanan penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran tatabahasa...
Keberkesanan penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran tatabahasa...Keberkesanan penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran tatabahasa...
Keberkesanan penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran tatabahasa...
 
284305064 contoh-jurnal-pendidikan
284305064 contoh-jurnal-pendidikan284305064 contoh-jurnal-pendidikan
284305064 contoh-jurnal-pendidikan
 
kEBERKESANAN KAEDAH PEMBELAJARAN KOPERATIF - STUDENT TEAM ACHIEVEMENT DIVISIO...
kEBERKESANAN KAEDAH PEMBELAJARAN KOPERATIF - STUDENT TEAM ACHIEVEMENT DIVISIO...kEBERKESANAN KAEDAH PEMBELAJARAN KOPERATIF - STUDENT TEAM ACHIEVEMENT DIVISIO...
kEBERKESANAN KAEDAH PEMBELAJARAN KOPERATIF - STUDENT TEAM ACHIEVEMENT DIVISIO...
 
04 contoh penulisan proposal dan laporan(2)
04 contoh penulisan proposal dan laporan(2)04 contoh penulisan proposal dan laporan(2)
04 contoh penulisan proposal dan laporan(2)
 
Proposal rbt 12koperatif
Proposal rbt 12koperatifProposal rbt 12koperatif
Proposal rbt 12koperatif
 
Ulasan
Ulasan Ulasan
Ulasan
 
Ulasan Jurnal Pendidikan
Ulasan Jurnal PendidikanUlasan Jurnal Pendidikan
Ulasan Jurnal Pendidikan
 
Prosiding jam
Prosiding jamProsiding jam
Prosiding jam
 
Kajian kpt 6054- PARTHIBAN
Kajian kpt 6054- PARTHIBANKajian kpt 6054- PARTHIBAN
Kajian kpt 6054- PARTHIBAN
 
Pembelajaran Berasaskan Elektronik Dan Web
 Pembelajaran Berasaskan Elektronik Dan Web Pembelajaran Berasaskan Elektronik Dan Web
Pembelajaran Berasaskan Elektronik Dan Web
 
Tugasan kaedah penyelidikan oum
Tugasan kaedah penyelidikan oumTugasan kaedah penyelidikan oum
Tugasan kaedah penyelidikan oum
 
KAJIAN TINDAKAN SAINS : PENGGUNAAN TEKNIK KAJIAN LAPANGAN UNTUK PENGAJARAN DA...
KAJIAN TINDAKAN SAINS : PENGGUNAAN TEKNIK KAJIAN LAPANGAN UNTUK PENGAJARAN DA...KAJIAN TINDAKAN SAINS : PENGGUNAAN TEKNIK KAJIAN LAPANGAN UNTUK PENGAJARAN DA...
KAJIAN TINDAKAN SAINS : PENGGUNAAN TEKNIK KAJIAN LAPANGAN UNTUK PENGAJARAN DA...
 
teisi : tentang ADD Bab 1
teisi : tentang ADD Bab 1teisi : tentang ADD Bab 1
teisi : tentang ADD Bab 1
 
03.baharom.atikan.jun .11
03.baharom.atikan.jun .1103.baharom.atikan.jun .11
03.baharom.atikan.jun .11
 
Ulasan jurnal (kpt 6044)
Ulasan jurnal (kpt 6044)Ulasan jurnal (kpt 6044)
Ulasan jurnal (kpt 6044)
 
Kajian tindakan bm skj
Kajian tindakan bm skjKajian tindakan bm skj
Kajian tindakan bm skj
 

Viewers also liked

Penulisan projek
Penulisan projekPenulisan projek
Penulisan projektrick765
 
Konstruk inventori minat kerjaya
Konstruk inventori minat kerjayaKonstruk inventori minat kerjaya
Konstruk inventori minat kerjayaAMira LIzza
 
soalan soal selidik
soalan soal selidiksoalan soal selidik
soalan soal selidikAgnes Tan
 
Soal selidik didik hibur
Soal selidik didik hiburSoal selidik didik hibur
Soal selidik didik hiburEda Muryanti
 
Kaji selidik kpt6044_Nor Husniyah
Kaji selidik kpt6044_Nor HusniyahKaji selidik kpt6044_Nor Husniyah
Kaji selidik kpt6044_Nor HusniyahHusniyah Rashid
 
Amalan solat fardhu di kalangan pelajar pismp semester 3
Amalan solat fardhu di kalangan pelajar pismp semester 3Amalan solat fardhu di kalangan pelajar pismp semester 3
Amalan solat fardhu di kalangan pelajar pismp semester 3Nazmi Lestari
 
Borang kaji selidik sek
Borang kaji selidik sekBorang kaji selidik sek
Borang kaji selidik sekNona Naza
 
Soal selidik minat sejarah
Soal selidik minat sejarahSoal selidik minat sejarah
Soal selidik minat sejarahJohari Ibrahim
 
Borang Soal Kaji Selidik,Pengetahuan Dan Penerimaan Mahasiswa Cina Terhadap C...
Borang Soal Kaji Selidik,Pengetahuan Dan Penerimaan Mahasiswa Cina Terhadap C...Borang Soal Kaji Selidik,Pengetahuan Dan Penerimaan Mahasiswa Cina Terhadap C...
Borang Soal Kaji Selidik,Pengetahuan Dan Penerimaan Mahasiswa Cina Terhadap C...mandalina landy
 
KPT6044 - Kajian Tinjauan
KPT6044 - Kajian TinjauanKPT6044 - Kajian Tinjauan
KPT6044 - Kajian Tinjauanidahazira
 
Teori dan Jenis Pemikiran- Kemahiran Komunikasi
Teori dan Jenis Pemikiran- Kemahiran KomunikasiTeori dan Jenis Pemikiran- Kemahiran Komunikasi
Teori dan Jenis Pemikiran- Kemahiran KomunikasiAwatif Atif
 
Soal selidik sikap, motivasi, la & ujian pencapaian
Soal selidik    sikap, motivasi, la & ujian pencapaianSoal selidik    sikap, motivasi, la & ujian pencapaian
Soal selidik sikap, motivasi, la & ujian pencapaianNur Hayati Ibrahim
 
Lampiran a dan b(borang maklumat pelajar dan soal selidik) thesis
Lampiran a dan b(borang maklumat pelajar dan soal selidik) thesisLampiran a dan b(borang maklumat pelajar dan soal selidik) thesis
Lampiran a dan b(borang maklumat pelajar dan soal selidik) thesisTeacher Nasrah
 
Borang soal selidik
Borang soal selidikBorang soal selidik
Borang soal selidikZainal Mohd
 

Viewers also liked (16)

Penulisan projek
Penulisan projekPenulisan projek
Penulisan projek
 
Ict 3
Ict 3Ict 3
Ict 3
 
Konstruk inventori minat kerjaya
Konstruk inventori minat kerjayaKonstruk inventori minat kerjaya
Konstruk inventori minat kerjaya
 
soalan soal selidik
soalan soal selidiksoalan soal selidik
soalan soal selidik
 
Soal selidik didik hibur
Soal selidik didik hiburSoal selidik didik hibur
Soal selidik didik hibur
 
Kaji selidik kpt6044_Nor Husniyah
Kaji selidik kpt6044_Nor HusniyahKaji selidik kpt6044_Nor Husniyah
Kaji selidik kpt6044_Nor Husniyah
 
Amalan solat fardhu di kalangan pelajar pismp semester 3
Amalan solat fardhu di kalangan pelajar pismp semester 3Amalan solat fardhu di kalangan pelajar pismp semester 3
Amalan solat fardhu di kalangan pelajar pismp semester 3
 
Borang kaji selidik sek
Borang kaji selidik sekBorang kaji selidik sek
Borang kaji selidik sek
 
Soal selidik minat sejarah
Soal selidik minat sejarahSoal selidik minat sejarah
Soal selidik minat sejarah
 
Borang Soal Kaji Selidik,Pengetahuan Dan Penerimaan Mahasiswa Cina Terhadap C...
Borang Soal Kaji Selidik,Pengetahuan Dan Penerimaan Mahasiswa Cina Terhadap C...Borang Soal Kaji Selidik,Pengetahuan Dan Penerimaan Mahasiswa Cina Terhadap C...
Borang Soal Kaji Selidik,Pengetahuan Dan Penerimaan Mahasiswa Cina Terhadap C...
 
KPT6044 - Kajian Tinjauan
KPT6044 - Kajian TinjauanKPT6044 - Kajian Tinjauan
KPT6044 - Kajian Tinjauan
 
Teori dan Jenis Pemikiran- Kemahiran Komunikasi
Teori dan Jenis Pemikiran- Kemahiran KomunikasiTeori dan Jenis Pemikiran- Kemahiran Komunikasi
Teori dan Jenis Pemikiran- Kemahiran Komunikasi
 
Soal selidik sikap, motivasi, la & ujian pencapaian
Soal selidik    sikap, motivasi, la & ujian pencapaianSoal selidik    sikap, motivasi, la & ujian pencapaian
Soal selidik sikap, motivasi, la & ujian pencapaian
 
Soal selidik
Soal selidik Soal selidik
Soal selidik
 
Lampiran a dan b(borang maklumat pelajar dan soal selidik) thesis
Lampiran a dan b(borang maklumat pelajar dan soal selidik) thesisLampiran a dan b(borang maklumat pelajar dan soal selidik) thesis
Lampiran a dan b(borang maklumat pelajar dan soal selidik) thesis
 
Borang soal selidik
Borang soal selidikBorang soal selidik
Borang soal selidik
 

Similar to Bab 7

Powerpoint kajian tindakan grup latest
Powerpoint kajian tindakan grup latestPowerpoint kajian tindakan grup latest
Powerpoint kajian tindakan grup latestabdol rahim
 
Slide ani kkbt
Slide ani kkbtSlide ani kkbt
Slide ani kkbthoneis
 
Tugasan 4 - Bahasa Pengantar
Tugasan 4 - Bahasa PengantarTugasan 4 - Bahasa Pengantar
Tugasan 4 - Bahasa PengantarSYAZWANI IBRAHIM
 
Kertas cadangan keberkesanan kaedah pembelajaran koperatif dlm mempertingkat...
Kertas cadangan keberkesanan kaedah pembelajaran koperatif  dlm mempertingkat...Kertas cadangan keberkesanan kaedah pembelajaran koperatif  dlm mempertingkat...
Kertas cadangan keberkesanan kaedah pembelajaran koperatif dlm mempertingkat...Ahmad NazRi
 
Perancangan strategik panitia bi 2020
Perancangan strategik panitia bi 2020Perancangan strategik panitia bi 2020
Perancangan strategik panitia bi 2020Norain Afzan
 
Hasil Kajian PBS Bahasa Melayu STPM Baharu
Hasil Kajian PBS Bahasa Melayu STPM BaharuHasil Kajian PBS Bahasa Melayu STPM Baharu
Hasil Kajian PBS Bahasa Melayu STPM BaharuEda Saayah Bakarim
 
Sejauh manakah _faktor_keluarga_dapat__mempengaruhi_pencapaian_pelajar_dalam_...
Sejauh manakah _faktor_keluarga_dapat__mempengaruhi_pencapaian_pelajar_dalam_...Sejauh manakah _faktor_keluarga_dapat__mempengaruhi_pencapaian_pelajar_dalam_...
Sejauh manakah _faktor_keluarga_dapat__mempengaruhi_pencapaian_pelajar_dalam_...Yellowz Timpuson Omie
 
5. Bahasa Pengantar
5. Bahasa Pengantar5. Bahasa Pengantar
5. Bahasa Pengantarkrys73
 
Faktor yang memberi kesan kepada strategi pembelajaran bahasa
Faktor yang memberi kesan kepada strategi pembelajaran bahasaFaktor yang memberi kesan kepada strategi pembelajaran bahasa
Faktor yang memberi kesan kepada strategi pembelajaran bahasarohaida mazlan
 
Panel 1
Panel 1Panel 1
Panel 1AT05F
 
Meningkatkan kosa kata, motivasi dan keyakinan dalam kalangan murid sekolah ...
 Meningkatkan kosa kata, motivasi dan keyakinan dalam kalangan murid sekolah ... Meningkatkan kosa kata, motivasi dan keyakinan dalam kalangan murid sekolah ...
Meningkatkan kosa kata, motivasi dan keyakinan dalam kalangan murid sekolah ...MuhammadZulaziziMohd
 

Similar to Bab 7 (20)

Powerpoint kajian tindakan grup latest
Powerpoint kajian tindakan grup latestPowerpoint kajian tindakan grup latest
Powerpoint kajian tindakan grup latest
 
Slide ani kkbt
Slide ani kkbtSlide ani kkbt
Slide ani kkbt
 
Tugasan 4 - Bahasa Pengantar
Tugasan 4 - Bahasa PengantarTugasan 4 - Bahasa Pengantar
Tugasan 4 - Bahasa Pengantar
 
Kertas cadangan keberkesanan kaedah pembelajaran koperatif dlm mempertingkat...
Kertas cadangan keberkesanan kaedah pembelajaran koperatif  dlm mempertingkat...Kertas cadangan keberkesanan kaedah pembelajaran koperatif  dlm mempertingkat...
Kertas cadangan keberkesanan kaedah pembelajaran koperatif dlm mempertingkat...
 
Perancangan strategik panitia bi 2020
Perancangan strategik panitia bi 2020Perancangan strategik panitia bi 2020
Perancangan strategik panitia bi 2020
 
Hasil Kajian PBS Bahasa Melayu STPM Baharu
Hasil Kajian PBS Bahasa Melayu STPM BaharuHasil Kajian PBS Bahasa Melayu STPM Baharu
Hasil Kajian PBS Bahasa Melayu STPM Baharu
 
Group proposal kpr
Group proposal kprGroup proposal kpr
Group proposal kpr
 
Sejauh manakah _faktor_keluarga_dapat__mempengaruhi_pencapaian_pelajar_dalam_...
Sejauh manakah _faktor_keluarga_dapat__mempengaruhi_pencapaian_pelajar_dalam_...Sejauh manakah _faktor_keluarga_dapat__mempengaruhi_pencapaian_pelajar_dalam_...
Sejauh manakah _faktor_keluarga_dapat__mempengaruhi_pencapaian_pelajar_dalam_...
 
Budaya sekolah
Budaya sekolahBudaya sekolah
Budaya sekolah
 
Ppt ppsmi
Ppt ppsmiPpt ppsmi
Ppt ppsmi
 
5. bahasa
5. bahasa5. bahasa
5. bahasa
 
Ppt ppsmi
Ppt ppsmiPpt ppsmi
Ppt ppsmi
 
5. Bahasa Pengantar
5. Bahasa Pengantar5. Bahasa Pengantar
5. Bahasa Pengantar
 
Ppt ppsmi
Ppt ppsmiPpt ppsmi
Ppt ppsmi
 
Faktor yang memberi kesan kepada strategi pembelajaran bahasa
Faktor yang memberi kesan kepada strategi pembelajaran bahasaFaktor yang memberi kesan kepada strategi pembelajaran bahasa
Faktor yang memberi kesan kepada strategi pembelajaran bahasa
 
Panel 1
Panel 1Panel 1
Panel 1
 
Propasal cuti semester
Propasal cuti semesterPropasal cuti semester
Propasal cuti semester
 
Meningkatkan kosa kata, motivasi dan keyakinan dalam kalangan murid sekolah ...
 Meningkatkan kosa kata, motivasi dan keyakinan dalam kalangan murid sekolah ... Meningkatkan kosa kata, motivasi dan keyakinan dalam kalangan murid sekolah ...
Meningkatkan kosa kata, motivasi dan keyakinan dalam kalangan murid sekolah ...
 
Slide presentation
Slide presentationSlide presentation
Slide presentation
 
Slide presentation
Slide presentationSlide presentation
Slide presentation
 

Bab 7

  • 1. FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PENGGUNAAAN BAHASA INGGERIS DALAM KALANGAN PELAJAR POLITEKNIK TUANKU SYED SIRAJUDDIN Nor Aziza Abdul Aziz Tengku Aroal Hawa Delaila Tengku Ahmad Abstrak Penyelidikan ini bertujuan mengkaji tentang hubungan antara persekitaran, motivasi, dan sikap pelajar terhadap penggunaan Bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin. Jenis persampelan yang digunakan ialah persampelan rawak mudah di mana seramai 346 responden dipilih sebagai sampel kajian daripada enam buah jabatan di Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin. Kaedah kajian yang digunakan adalah berbentuk tinjauan menggunakan instrumen soal selidik. Hasil kajian ini dianalisa dengan SPSS (Statistical Package for the Social Sciences) versi 17.0. Penganalisaan dibuat secara kaedah statistik deskriptif. Berdasarkan Alpha’s Cronbach, bagi pemboleh ubah persekitaran ialah 0.802 , 0.632 untuk pemboleh ubah motivasi dan 0.756 bagi pemboleh ubah sikap pelajar. Secara keseluruhannya hasil kajian mendapati hubungan persekitaran, motivasi dan sikap terhadap faktor yang mempengaruhi penggunaan Bahasa Inggeris adalah sebanyak 0.921. Hasil dapatan menunjukkan bahawa faktor persekitaran, motivasi, dan sikap pelajar berada pada tahap sederhana bagi penggunaan Bahasa Inggeris. Beberapa cadangan telah diutarakan. Kata kunci: keberkesanan penggunaan Bahasa Inggeris, persekitaran, motivasi, sikap. 1 PENDAHULUAN Penggunaan Bahasa Inggeris dalam bidang sains dan teknologi, perubatan, perdagangan dan lain-lain adalah ketara dalam era globalisasi. Dalam bidang teknologi maklumat dan komunikasi, Bahasa Inggeris digunakan untuk memperolehi ilmu dan maklumat. Ini menjadikan Bahasa Inggeris sebagai bahasa teknologi yang sangat penting (Fadhlina Mohd. Azizuddin, 2006). Penggunaan Bahasa Inggeris dalam sesi pengajaran dan pembelajaran memberikan peluang kepada pelajar dan pensyarah untuk menimba ilmu dengan lebih mendalam. Tahap penguasaan Bahasa Inggeris dalam kalangan bakal pensyarah perlu berada pada tahap yang baik kerana bahasa merupakan alat yang digunakan dalam penyampaian maklumat dan ilmu pengetahuan. 1.1 Latar belakang kajian Penguasaan bahasa seseorang pelajar bergantung kepada aspek mendengar, membaca, menulis dan bertutur (Radha Nambiar, Noraini Ibrahim & Pramela, 2008). Kemahiran ini merupakan empat kemahiran asas dalam pembelajaran. Apabila pengajaran dilaksanakan, pelajar akan mendengar apa yang diajar oleh pensyarah. Pada masa yang sama, mereka akan mencatatkan perkara penting dalam pengajaran tersebut. Apabila terdapat soalan
  • 2. atau perkara yang tidak difahami atau kurang faham, pelajar akan bertanya dengan pensyarah. Selepas sesuatu pengajaran biasanya pensyarah akan meminta pelajar membuat ulang kaji atau bacaan tambahan sebelum kuliah seterusnya diadakan. Jika kita mendengar sahaja, kita akan mudah lupa berbanding dengan sekiranya catatan dibuat sambil mendengar (Ab. Rahim Selamat, 2000). 1.2 Pernyataan masalah Kursus atau subjek Bahasa Inggeris merupakan salah satu kursus yang wajib dipelajari oleh pelajar di semua institut pengajian tinggi. Ia merupakan satu kursus teras bagi semua pelajar di politeknik. Setiap program yang diajar berpandukan sukatan kurikulum terkini mengikut standard yang ditetapkan oleh Jabatan Pengajian Politeknik, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia. Kemahiran membaca, bertutur, mendengar dan menulis dalam Bahasa Inggeris merupakan faktor yang menjurus ke arah penetapan dan kepenggunaan dalam persediaan pembelajaran. Sehubungan dengan itu, penyelidik berpendapat adalah penting untuk mengkaji tahap penggunaan dan pelaksanaan Bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin. 1.3 Objektif kajian 1.3.1 Objektif umum Secara umumnya kajian ini bertujuan mengenalpasti faktor yang mempengaruhi keberkesanan penggunaan Bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar di PTSS. 1.3.2 Objektif khusus Secara khususnya, ia bertujuan mengkaji tentang hubungan antara persekitaran, motivasi dan sikap terhadap penggunaan Bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar PTSS. Antara objektif yang dikenalpasti ialah: a) Mengenalpasti samaada faktor persekitaran mempunyai kesan terhadap keberkesanan penggunaan Bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar. b) Mengenalpasti samaada faktor motivasi mempunyai kesan terhadap keberkesanan penggunaan Bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar. c) Mengenalpasti samaada faktor sikap mempunyai kesan terhadap keberkesanan penggunaan Bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar. d) Mengenalpasti samaada semua faktor iaitu persekitaran, motivasi dan sikap mempunyai kesan terhadap penggunaan Bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar.
  • 3. 1.4 Persoalan kajian Adakah persekitaran menjadi faktor penyumbang terhadap keberkesanan penggunaan Bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar PTSS. 1.4.1 Adakah motivasi menjadi faktor penyumbang terhadap keberkesanan penggunaan Bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar PTSS? 1.4.2 Adakah persekitaran, motivasi dan sikap menjadi faktor penyumbang kepada keberkesanan penggunaan Bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar? 1.4.3 Adakah faktor persekitaran, motivasi dan sikap menjadi penyumbang terhadap penggunaan Bahasa Inggeris di kalangan pelajar PTSS. 1.5 Kepentingan kajian Tahap penguasaan Bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar amatlah penting di mana ia memerlukan pelajar untuk menguasainya, memandangkan semua kursus telah diperkenalkan di dalam Bahasa Inggeris. Kajian ini dilakukan untuk mengenalpasti faktor yang mempengaruhi penguasaan Bahasa Inggeris di PTSS khususnya dalam kalangan pelajar. Di antara kepentingan kajian ini adalah seperti berikut: 1.5.1 Melalui kajian ini, pelajar merupakan pihak yang terlibat kerana tahap penggunaan dan penguasaan Bahasa Inggeris mereka berkait dengan pengetahuan mereka tentang kursus yang dipelajari. 1.5.2 Pensyarah juga dapat mengenalpasti masalah mereka dalam berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris dan merancang strategi untuk mengatasi masalah tersebut. 1.5.3 Melalui dapatan kajian, pensyarah dan pelajar boleh berusaha dalam meningkatkan lagi tahap penguasaan komunikasi mereka dalam Bahasa Inggeris. 1.5.4 Proses pembelajaran juga boleh berjalan dengan lancar sekiranya pensyarah dapat menguasai kemahiran komunikasi dalam Bahasa Inggeris. 1.6 Skop Kajian Skop kajian ini bertujuan mengkaji faktor-faktor yang mempengaruhi penggunaan bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar PTSS. Responden kajian ini terdiri daripada pelajar PTSS yang dipilih secara rawak pelajar daripada setiap jabatan induk di PTSS iaitu Jabatan Perdagangan, Jabatan Kejuruteraan Mekanikal, Jabatan Pelancongan dan Hospitaliti, Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi, Jabatan Kejuruteraan Elektrik dan Jabatan Rekabentuk Komunikasi dan Visual.
  • 4. 2 ULASAN KARYA 2.1 Persekitaran Menurut Richards (2009), ICT boleh membantu mempercepatkan proses mempelajari bahasa iaitu bahasa kedua dalam aspek kosakata dan tatabahasa. Pembelajaran melalui komputer lebih cenderung untuk meningkatkan pemahaman Bahasa Inggeris. Oleh itu, penggunaan ICT dalam proses pembelajaran bahasa kedua adalah penting. Justeru, pensyarah digalakkan menggunakan kemudahan ICT sebagai alat atau kaedah pengajaran yang berpotensi sewaktu proses pembelajaran di dalam kelas. Keluarga yang menekankan intelek dan aktiviti kebudayaan dapat menghasilkan manfaat dalam aspek bahasa dan sosial. Hubungan yang jelas antara prestasi dan pendedahan bahasa dalam keluarga menunjukkan nilai yang baik. Oleh itu persekitaran keluarga termasuk sokongan dan dorongan memainkan peranan penting dalam usaha meningkatkan prestasi bahasa pelajar. 2.2 Motivasi Rabey (2001), mentakrifkan motivasi sebagai pemanduan ke arah pemikiran yang positif dalam kalangan individu. Individu itu mencipta motivasi untuk diri sendiri. Motivasi didorong oleh pergerakan tindak balas terhadap diri masing-masing. Motivasi akan bertindak responsif terhadap tiga syarat iaitu neutral, maju atau sebaliknya. Ransangan dalaman mahupun luaran mampu menjadikan seseorang bermotivasi. Dalam konteks kajian terhadap keberkesanan penggunaan Bahasa Inggeris, motivasi menjadi kayu pengukur kepada pelajar dalam menguasai Bahasa Inggeris. Dalam kajian Feng (2008), motivasi ekstrinsik didefinisikan sebagai pelbagai bentuk ransangan luar dan persekitaran yang mempengaruhi peningkatan Bahasa Inggeris yang baik. Manakala motivasi intrinsik tidak berlaku daripada ransangan persekitaran luaran. 2.3 Sikap Menurut Arbuthnott (2009), pengetahuan saintifik dan maklumat umum dapat mendidik masyarakat dan seterusnya berpotensi untuk mempengaruhi sikap dalam kalangan masyarakat tersebut. Kajian ini juga menunjukkan bahawa usaha untuk pendidikan umum akan menjadi lebih berkesan dalam memotivasikan perubahan sikap seseorang individu. Oleh itu, sewaktu proses pembelajaran, pensyarah perlulah memberi dorongan atau motivasi kepada pelajar supaya memperolehi pemahaman yang berkesan. Dalam kajian Boske (2007), beliau mendapati ada kolerasi positif di antara sikap dan tindakan daripada kepelbagaian masyarakat. Beliau menjelaskan bahawa apabila semakin banyak para pengawal masyarakat majmuk, maka semakin tinggi kemungkinan bahawa tindakan mereka akan mencerminkan kepelbagaian pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan untuk bekerja sama dengan budaya dan bahasa yang terdiri daripada pelbagai populasi.
  • 5. 2.4 Faktor pensyarah Kajian yang dijalankan mendapati terdapat pelbagai faktor yang mempengaruhi kewujudan permasalahan di kalangan pelajar untuk menguasai penggunaan Bahasa Inggeris. Antara faktor-faktor tersebut ialah faktor pelajar dan faktor pensyarah. Bahasa pengantar memainkan peranan yang amat penting bagi menyampaikan isi serta mencapai objektif pelajaran. Jumrang (2004) menyatakan bahawa, jika pelajar tidak memahami segala penyampaian dan pengajaran guru semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlaku, maka ia akan membawa kepada masalah pembelajaran kepada pelajar tersebut. Pensyarah juga merupakan faktor utama yang menyumbang kepada kecemerlangan akademik pelajar. Pendidik yang bijaksana akan menjadikan proses pengajaran sesuatu yang bermanfaat (Widad, 1998). Menurutnya lagi kecekapan dan keberkesanan seseorang pendidik memainkan peranan yang penting sebagai pembimbing atau model kerana ia akan mempengaruhi pelajar untuk menunjukkan sikap yang positif terhadap pencapaian akademiknya. Daya tarikan sesuatu pelajaran amat bergantung kepada kemahiran mengajar dan pengajaran pendidik (Kamaruddin, 1989). Sesuatu pengajaran yang baik dan berkesan memerlukan pendidik yang pandai dan berkebolehan mempelbagaikan kaedah, teknik dan aktiviti yang dijalankan dalam pengajarannya. 2.5 Faktor Pelajar Selain itu menurut Fathman (1995), kejayaan seseorang dalam mata pelajaran bahasa kedua dipengaruhi oleh ciri-ciri individu pelajar itu sendiri. Pelajar yang bermasalah adalah pelajar yang tidak dapat berkomunikasi dengan baik serta mempunyai asas bahasa Inggeris yang lemah. Ervin-Tripp (1994) mendapati bahawa dengan kekerapan latihan sahaja seseorang mungkin tidak dapat menguasai bahasa yang dipelajari. Ianya perlu ditambah dengan pemahaman nahu dan pembinaan ayat untuk menguasai bahasa yang dipelajari. Hasil kajian mendapati kesediaan pelajar yang kurang mencukupi akan menimbulkan masalah semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Masalah bahasa dalam pembelajaran akan mengakibatkan pelajar mengalami kesukaran kerana tiada huraian yang lengkap dan penjelasan yang baik. Dapatan kajian ini disokong oleh Tarmizi (2003) yang menyatakan faktor yang paling mempengaruhi penguasaan bahasa Inggeris di kalangan responden adalah pengetahuan asas bahasa Inggeris di peringkat sekolah. Di samping itu, responden yang lemah pengetahuan asas bahasa Inggeris di peringkat sekolah akan menghadapi kesukaran untuk menguasai bahasa Inggeris (Jumali, 1992). Oleh yang demikian, tahap penguasaan bahasa Inggeris yang kurang memuaskan menyebabkan responden tidak dapat mengikuti sesi pengajaran. 3. METODOLOGI 3.1 Kerangka Kajian Berikut adalah kerangka kerja teoretikal seperti dalam Rajah 3.1.1 berikut. Pembolehubah bebas terdiri daripada tiga dimensi iaitu persekitaran, motivasi dan sikap.
  • 6. Rajah 3.1.1: Kerangka kajian. 3.2 Rekabentuk kajian Penyelidikan ini menggunakan pendekatan kuantitatif dan jenis deskriptif dengan membuat tinjauan sampel untuk menyelidik dan mengenal pasti faktor keberkesanan penggunaan Bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar di PTSS. Penyelidik menyediakan soal selidik yang mempunyai kesahihan, kesesuaian dan menepati objektif kajian. 3.3 Populasi dan sampel kajian Menurut Azizi Yahaya dan Shahrin Hashim (2007), sampel adalah sebahagian daripada populasi tanpa mengambil kira sama ada ia dapat mewakili populasi atau sebaliknya di mana populasi kajian merupakan satu set yang lengkap semua kumpulan yang memenuhi spesifikasi. Kajian ini menggunakan kaedah tinjauan, sampel yang dipilih adalah terdiri daripada pelajar yang mewakili setiap jabatan induk di PTSS. Populasi kajian terdiri daripada 3,408 orang pelajar dan saiz sampel kajian adalah 346 orang. 3.4 Instrumen kajian Instrumen kajian adalah alat yang membantu dalam mengumpul maklumat yang diperlukan. Ia digunakan dalam kajian ini yang berbentuk soal selidik. Menurut Ahmad Hamzah (2002), satu borang soal selidik yang sama hendaklah digunakan untuk semua responden. Ini adalah untuk memastikan keseragaman dalam jawapan yang diberikan. Keseragaman di sini tidak bermaksud semua jawapan yang sama, tetapi jawapan itu diletakkan dalam ruangan yang sama bagi membolehkan pemprosesan data melalui Persekitaran Motivasi Faktor –faktor yang menpengaruhi penggunaan Bahasa Inggeris Sikap Pembolehubah bebas Pembolehubah bersandar
  • 7. komputer. Penyelidik telah menyediakan satu set soal selidik yang terdiri daripada tiga bahagian dan mengandungi 20 item. Bentuk kajian yang digunakan adalah kajian kuantitatif di mana pengkaji menggunakan skala Likert untuk mengukur tahap persetujuan responden terhadap soal selidik yang dikemukakan. Dengan menggunakan skala Likert, responden dapat memberi maklum balas dengan lebih tepat dan teliti terhadap soalan yang dikemukakan. 3.5 Kajian rintis Sebelum kajian sebenar dijalankan, satu kajian rintis dijalankan ke atas 30 orang pelajar di Jabatan Perdagangan. Tujuan kajian rintis adalah untuk menguji kebolehpercayaan soalan dan item yang dibina. Ia membantu penyelidik menguji kesesuaian set instrumen ke atas sampel kajian samaada menepati apa yang hendak diukur. Selain itu, penyelidik dapat mengetahui sejauh manakah responden memahami soalan dan item-item yang dikemukakakan. Jadual 3.5.1: Indeks kebolehpercayaan item. Bahagian Indeks kebolehpercayaan Persekitaran 0.802 Motivasi 0.632 Sikap 0.9756 Keberkesanan penggunaan Bahasa Inggeris 0.921 3.6 Analisis Kajian 3.6.1 Analisi maklumat demografi Bahagian ini melaporkan analisis latar belakang responden yang terdiri daripada jantina, bangsa, program, jabatan dan keputusan SPM. Kaedah kekerapan dan peratusan digunakan untuk menganalisis latar belakang responden. 3.6.2 Jantina Taburan bilangan dan peratusan responden mengikut jantina. Hasil dapatan jelas menunjukkan bilangan pelajar perempuan merupakan golongan majoriti iaitu seramai 186 orang ataupun 53.8 peratus berbanding dengan pelajar lelaki seramai 160 orang ataupun 46.2 peratus. 3.6.3 Bangsa Taburan bilangan dan peratusan responden mengikut bangsa pelajar di PTSS. Hasil dapatan kajian menunjukkan 209 orang responden mewakili bangsa Melayu
  • 8. iaitu 60.4 peratus, responden Cina terdiri daripada 71 orang (20.5 peratus), manakala responden berbangsa India adalah 51 orang (14.7 peratus) dan lain lain bangsa adalah seramai 15 orang (4.3 peratus). 3.6.4 Program Dari sudut program yang diambil oleh pelajar PTSS, taburan dan peratusan adalah seperti berikut: 35.3 peratus ataupun 122 orang pelajar adalah daripada program sijil manakala 64.7 peratus bersamaan 224 orang adalah daripada program diploma. 3.6.5 Jabatan Taburan sampel kajian mengikut jabatan yang diwakili oleh pelajar di PTSS. Daripada 346 responden, sebanyak 16.8 peratus (n=58) adalah daripada Jabatan Perdagangan; Kejuruteraan Elektrik, 21.7 peratus (n=75); Jabatan Rekabentuk Komunikasi dan Visual, 12.1 peratus (n=42); Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi 14.2 peratus (n=49); Jabatan Pelancongan dan Hospitaliti, 20.5 peratus (n=71) dan Jabatan Kejuruteraan Mekanikal, 14.7 peratus (n=51). 3.6.6 Keputusan SPM untuk Bahasa Inggeris Taburan sampel kajian dari sudut keputusan SPM untuk Bahasa Inggeris yang diperolehi oleh pelajar PTSS. Hasil dapatan menunjukkan seramai 11 orang ataupun 3.2 peratus mendapat keputusan A1 dalam Bahasa Inggeris, manakala seramai 29 orang (atau 8.4 peratus) mendapat A2. Seramai 50 orang responden (14.5 peratus) mendapat B3, manakala B4 seramai 48 orang (13.9 peratus). Sementara C5 diwakili 84 orang atau, 24.3 peratus dan C6 adalah seramai 64 orang ( ataupun 8.5 peratus). Bagi D7 adalah seramai 42 orang (12.1 peratus), E8 terdiri daripada 17 orang responden (4.9 peratus) dan akhir sekali G9 hanya seorang (0.3 peratus). 4 DAPATAN KAJIAN 4.1 Analisis dapatan faktor persekitaran Skor min bagi aspek persekitaran yang mempengaruhi keberkesanan penggunaan Bahasa Inggeris. Pada keseluruhannya skor min bagi aspek persekitaran berada antara nilai 2.62 hingga 2.97. Skor min keseluruhan bagi aspek persekitaran adalah 2.83 dan berada pada tahap sederhana. Hal ini menunjukkan pelajar bersetuju bahawa faktor persekitaran dapat mempengaruhi keberkesanan penggunaan Bahasa Inggeris di PTSS. Item yang mendapat skor min tertinggi iaitu 2.97 adalah item 2. Item yang mendapat skor min terendah iaitu 2.62 adalah item 1. Manakala skor min bagi item 3 ialah 2.83, bagi item 4 ialah 2.78 dan bagi item 5 ialah 2.95. Hasil daripada keputusan yang diperolehi jelas menunjukkan bahawa pelajar dapat meningkatkan perbendaharaan kata dengan mendengar lagu dalam Bahasa Inggeris.
  • 9. 4.2 Analisis dapatan faktor motivasi Pada keseluruhannya skor min bagi aspek motivasi yang mempengaruhi keberkesanan penggunaan Bahasa Inggeris berada di antara nilai 2.69 hingga 3.09. Skor min keseluruhan bagi aspek motivasi adalah 2.81 iaitu pada tahap sederhana. Hal ini menunjukkan pelajar bersetuju bahawa faktor motivasi dapat mempengaruhi keberkesanan penggunaan Bahasa Inggeris. Item yang mendapat skor min tertinggi iaitu 3.09, adalah item 8. Manakala, item yang mendapat skor min terendah iaitu 2.69, adalah item 6. Skor min bagi item 7 ialah 2.82, bagi item 9 ialah 2.71 dan item 10 ialah 2.76. Hasil keputusan yang diperolehi jelas menunjukkan bahawa pelajar kurang berkeyakinan untuk berkomunikasi menggunakan Bahasa Inggeris dalam urusan harian mereka. 4.3 Analisis dapatan faktor sikap Pada keseluruhannya skor min bagi aspek sikap yang mempengaruhi keberkesanan penggunaan Bahasa Inggeris berada di antara nilai 2.76 hingga 2.99. Skor min keseluruhan bagi aspek persekitaran adalah 2.88 dan berada pada tahap sederhana. Hal ini menunjukkan pelajar bersetuju bahawa faktor sikap dapat mempengaruhi keberkesanan penggunaan Bahasa Inggeris. Item yang mendapat skor min tertinggi iaitu 2.99 adalah item 15 (Saya tidak berapa minat Bahasa Inggeris tetapi saya mempelajarinya kerana ia berguna). Item yang mendapat skor min terendah iaitu 2.76 adalah item 14 (Saya lebih meminati rancangan Bahasa Inggeris di TV daripada bahasa lain). Manakala skor min bagi item 11 ialah 2.82, bagi item 12 ialah 2.90 dan bagi item 13 ialah 2.94. Hal ini menunjukkan bahawa secara keseluruhannya ramai pelajar tidak berapa minat Bahasa Inggeris tetapi mereka mempelajarinya kerana ia berguna. 4.4 Analisis skor min keberkesanan Skor min bagi aspek keberkesanan penggunaan Bahasa Inggeris. Pada keseluruhannya skor min bagi aspek keberkesanan berada antara nilai 2.83 hingga 3.02. Skor min keseluruhan bagi aspek keberkesanan adalah 2.92. Item yang mendapat skor min tertinggi iaitu 3.02 adalah item 18 (Saya berasa yakin untuk bercakap dalam Bahasa Inggeris). Item yang mendapat skor min terendah iaitu 2.83 adalah item 16 (Saya akan sentiasa berusaha untuk meningkatkan tahap penguasaan Bahasa Inggeris dari semasa ke semasa). Manakala skor min bagi item 17 ialah 2.85, bagi item 19 ialah 2.96 dan bagi item 20 ialah 2.97. Hal Ini menunjukkan bahawa secara keseluruhannya, ramai pelajar sangat bersetuju bahawa mereka berasa yakin untuk bercakap dalam Bahasa Inggeris. 4.5 Hubungan persekitaran, motivasi dan sikap dengan keberkesanan penggunaan Bahasa Inggeris Analisis perkaitan atau korelasi sesuai digunakan untuk mendapatkan hubungan atau perkaitan antara dua pembolehubah. Hubungan yang akan dilihat oleh analisis korelasi adalah merupakan yang bersifat linear sama ada linear yang positif atau negatif. Pekali korelasi diperolehi mentafsir kekuatan antara dua pembolehubah tersebut.
  • 10. Jadual 4.5.1: Hubungan persekitaran, motivasi dan sikap dengan keberkesanan penggunaan Bahasa Inggeris. KORELASI Keberkesanan Persekitaran Motivasi Sikap Keberkesanan Pearson Correlations 1 .746** .714** .720** Sig.(2-tailed) .000 .000 .000 N 346 346 346 346 Persekitaran Pearson Correlations .746** 1 .803** .806** Sig.(2-tailed) .000 .000 .000 N 346 346 346 346 Motivasi Pearson Correlations .714** 803** 1 .758** Sig.(2-tailed) .000 .000 .000 N 346 346 346 346 sikap Pearson Correlations .720** 806** .758** 1 Sig.(2-tailed) .000 .000 .000 N 346 346 346 346 Jadual 4.5.1 menunjukkan bahawa pekali korelasi bagi pasangan pembolehubah persekitaran dan keberkesanan adalah tinggi iaitu 0.746. Hal ini membuktikan bahawa pembolehubah persekitaran dan keberkesanan mempunyai hubungan yang kuat memandangkan nilai pekali korelasi menghampiri nilai 1 (nilai maksimum bagi sesuatu pekali korelasi). Nilai pekali korelasi yang positif menunjukkan bahawa perkaitan dan pembolehubah tersebut merupakan satu hubungan yang positif. Hasil tersebut juga jelas menunjukkan terdapat satu perkaitan yang signifikan di antara pembolehubah persekitaran dan keberkesanan di mana nilai signifikannya ialah 0.000 iaitu lebih kecil dari aras signifikan yang ditetapkan iaitu 0.01 (2-tailed). Hasil tersebut menunjukkan bahawa pekali korelasi bagi pasangan pembolehubah motivasi dan keberkesanan adalah tinggi iaitu 0.714. Hal ini membuktikan bahawa pembolehubah motivasi dan keberkesanan mempunyai perhubungan yang kuat memandangkan nilai pekali korelasi menghampiri nilai 1 (nilai maksimum bagi sesuatu pekali korelasi). Nilai pekali korelasi yang positif menunjukkan bahawa perkaitan dan pembolehubah tersebut merupakan satu hubungan yang positif. Hasil tersebut juga jelas menunjukkan terdapat satu perkaitan yang signifikan di antara pembolehubah motivasi dan keberkesanan di mana nilai signifikannya ialah 0.000 iaitu lebih kecil dari aras signifikan yang ditetapkan iaitu 0.01 (2-tailed). Hasil tersebut menunjukkan bahawa pekali korelasi bagi pasangan pembolehubah sikap dan keberkesanan adalah tinggi iaitu 0.720. Hal ini membuktikan bahawa pembolehubah sikap dan keberkesanan mempunyai perhubungan yang kuat memandangkan nilai pekali korelasi menghampiri nilai 1 (nilai maksimum bagi sesuatu pekali korelasi). Hasil tersebut juga jelas menunjukkan terdapat satu perkaitan yang signifikan di antara pembolehubah sikap dan keberkesanan di mana nilai signifikannya ialah 0.00 iaitu lebih kecil dari aras signifikan yang ditetapkan iaitu 0.01 (2-tailed).
  • 11. 5 PERBINCANGAN Secara keseluruhan, penyelidik mendapati bahawa hubungan antara faktor persekitaran, motivasi dan sikap terhadap keberkesanan penggunaan Bahasa Inggeris di kalangan pelajar adalah positif. Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa faktor persekitaran adalah pembolehubah yang paling dominan. Min bagi pembolehubah persekitaran yang dikaji oleh penyelidik berada di antara nilai 2.62 hingga 2.97. Oleh itu, dapatan kajian ini telah menyokong dapatan kajian yang dibuat oleh Vachha dan Adams (2005) yang menunjukkan bahawa secara keseluruhannya faktor persekitaran memberi pengaruh yang besar terhadap penguasaan Bahasa Inggeris di kalangan pelajar PTSS. Skor min keseluruhan bagi aspek persekitaran adalah 2.83. Purata nilai min melebihi daripada 3.0. Ini menunjukkan faktor persekitaran berada pada tahap yang tinggi. Manakala korelasi bagi pekali korelasi untuk pasangan pembolehubah persekitaran dan keberkesanan adalah tinggi iaitu 0.746. Hal ini membuktikan bahawa pembolehubah persekitaran dan keberkesanan mempunyai perhubungan yang kuat memandangkan nilai pekali korelasi menghampiri nilai 1 (nilai maksimum bagi sesuatu pekali korelasi). Hasil tersebut juga jelas menunjukkan terdapat satu perkaitan yang signifikan di antara pembolehubah persekitaran dan keberkesanan di mana nilai signifikannya ialah 0.000 iaitu lebih kecil dari aras signifikan yang ditetapkan iaitu 0.01 (2- tailed). Tujuan penyelidik menjalankan ujian korelasi adalah untuk mendapatkan keputusan samaada faktor yang dikaji mempunyai hubungan dengan pembolehubah tidak bersandar. Kajian Liggett (2008), faktor bangsa penting dalam proses pembelajaran bahasa dan peranan persekitaran yang mencorakkan pelajar tersebut. Seterusnya, bagi faktor motivasi, dapatan kajian ini juga menunjukkan bahawa motivasi merupakan elamen yang kedua terpenting dalam proses penguasaan Bahasa Inggeris. Skor min bagi pembolehubah ini adalah di antara nilai 2.69 hingga 3.09. Skor min keseluruhan bagi aspek motivasi adalah 2.81. Ini menunjukkan bahawa ramai pelajar berasa rendah diri kerana rakan-rakan di sekeliling fasih berbahasa Inggeris. Hal ini adalah disebabkan kurangnya motivasi dan dorongan kepada pelajar untuk mempelajari Bahasa Inggeris. Ini bertepatan dengan kajian yang dibuat oleh Rabey (2001) yang mentakrifkan motivasi sebagai pemanduan ke arah pemikiran yang positif di kalangan individu. Dalam kajian ini didapati kebanyakkan pelajar menggunakan Bahasa Inggeris didorong oleh motivasi sepenuhnya. Pelajar seharusnya didorong agar dapat melatih diri mereka supaya menguasai Bahasa Inggeris. Kegagalan penguasaan Bahasa Inggeris yang baik akan menyebabkan pelajar gagal mendapatkan tempat bekerja dan menyambung pelajaran. Motivasi akan mempengaruhi pergerakan mentaliti pelajar tersebut. Motivasi mengandungi pelbagai aspek dalaman yang dapat dikenalpasti. Pelajar yang bermotivasi lebih yakin untuk menggunakan Bahasa Ingggeris dengan bebas dan yakin. Maklumat yang diambil perlu diperbanyakkan lagi supaya proses pengagregatan dan penganalisaan data dapat dilakukan untuk mendapatkan keputusan yang lebih menghampiri keadaan sebenar, supaya kajian dibuat tidak menghadapi masalah dan dapat dilaksanakan dengan sempurna. Bahasa Inggeris merupakan bahasa kedua terpenting dalam proses pembelajaran di PTSS. Meskipun pelajar dimaklum tentang kepentingan penggunaan Bahasa Inggeris, peranan
  • 12. pensyarah, ibu bapa dan masyarakat amat penting dalam penguasaan bahasa kedua ini. Berdasarkan skor min yang diperolehi daripada hasil kajian tentang faktor persekitaran, motivasi dan sikap terhadap keberkesanan penggunaan Bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar PTSS, penyelidik mendapati bahawa sebilangan besar pelajar amat terpengaruh oleh faktor persekitaran berbanding dengan faktor motivasi dan sikap. RUJUKAN Ab. Rahim Selamat. (2000). Kemahiran dalam sekolah bestari. Johor Bharu: Badan Cemerlang Sdn. Bhd. Ahmad Hamzah. (2002). Buku Panduan & Modul Pengajaran dan Pembelajaran Komponen Undang-undang Kemanusiaan Antarabangsa (International Humanitarian Law – “IHL”) Dalam Pendidikan Sivik & Kewarganegaraan. Kuala Lumpur: Kementerian Pelajaran Malaysia. Arbuthnott, K.D. (2009). Education for sustainable development beyond attitude change. International Journal of Sustainability in Higher Education, 10(2), 152-163. Azizi Yahaya, & Shahrin Hashim. (2007). Menguasai penyelidikan dalam pendidikan. Kuala Lumpur: PTS Profesional Publishing Sdn. Bhd. Boske, C. (2007). The awakening: the multicultural attitude and actions of chief executive school officers. International Journal of Educational Management, 21(6), 491-503. Dewan Bahasa dan Pustaka. (1994). Kamus Dewan ( Edisi Ketiga). Kuala Lumpur: Kementerian Pelajaran Malaysia. Ervin–Tripp, S. M. (1994). Language acquisition and communicative choice. California: Stanford University Press. Fadhlina Mohd. Azizuddin. (2006). Tahap kompetensi guru sekolah rendah terhadap pengajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris. (Tesis). Universiti Teknologi Malaysia, Johor. Fathman A. K. (1995). Variables affecting the successful learning of English as a second language. Tesol Quarterly, 10 (4). Feng, X. W. (2008). Integrated design and implementation of embedded control systems with scilab. Sensors . Diambil dari www.mdpi.org/sensors Jumali Ismail. (1992). Sikap motivasi dan pencapaian dalam pembelajaran Bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua di kalangan pelajar Melayu. Jurnal Dewan Bahasa, 11, 1071 - 1080.
  • 13. Jumrang Mendeng. (2004). Pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran Sains Matematik dalam Bahasa Inggeris. Tinjauan persepsi pelajar 3 buah sekolah Daerah Kota Kinabalu, Sabah. (Tesis Sarjana Muda).Universiti Teknologi Malaysia, Johor. Kamarudin Kachar. (1989). Ke arah pengurusan pelajar dinamik. Kuala Lumpur: Teks Publishing Sdn. Bhd. Ligget, T. (2008). Frames of Reference: The impact of race on teaching strategy and classroom discussion. Urban Review, 40, 386-402. Rabey, G.P. (2001). Motivation is response. Industrial and Commercial Training, 33(1), 26-28. Radha Nambiar, Noraini Ibrahim, & Pramela, K. (2008). Penggunaan strategi pembelajaran bahasa dalam kalangan pelajar Tingkatan 2. Jurnal e- Bangi, 3(3), 1-17. Richards, G. (2009). Book Riview: Technology-mediated learning environment for young English learners. Educational Technology & Society, 12(2), 334-336. Tarmizi Amran. (2003). Penguasaan Bahasa Inggeris di kalangan pelajar-pelajar Tahun 4SPA, E dan J, Fakulti Pendidikan UTM: Kajian tentang status penguasaan, kebolehan bertutur, sikap, motivasi dan dorangan ibu bapa. (Tesis Sarjana Muda). Universiti Teknologi Malaysia, Johor. Vachha, B., & Adam, R. (2005). Influence of family environment on language outcomes in children with myelomeningocele child. Care, Health & Development, 31(5), 589-596. Widad Othman. (1998). Kaedah mengajar lukisan kejuruteraan. (Tesis Sarjana Muda). Universiti Teknologi Malaysia, Johor. Nor Aziza Abdul Aziz, Jabatan Perdagangan, Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin. emel: az_zie2001@yahoo.com Tengku Aroal Hawa Delaila Tengku Ahmad, Jabatan Perdagangan, Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin. emel: aroaldelaila@yahoo.com BORANG SOAL SELIDIK BAHAGIAN A : Latar belakang responden Diharapkan anda dapat memberikan maklumat dengan menandakan ( / ) dalam petak yang disediakan. 1. Jantina: 2. Bangsa: 3. Program: Lelaki perempuan Sijil Cina India Lain-lainMelayu Diploma
  • 14. 4. Jabatan: 5. Keputusan Bahasa Inggeris (SPM):……… (Nyatakan) BAHAGIAN B Kajian Hubungan persekitaran, motivasi dan sikap terhadap penggunaan bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar PTSS. Arahan: Tandakan ( / ) pada bagi setiap item berpandukan kepada petunjuk yang diberikan. Item Perkara 1 2 3 4 P1 Pensyarah jarang menggunakan alat bantu mengajar yang berkesan semasa proses P&P di dalam kelas. P2 Saya dapat memperbanyakkan perkataan baharu dengan mendengar lagu dalam Bahasa Inggeris. P3 Saya tidak pernah berkomunikasi dalam bahasa Inggeris dengan keluarga. P4 Saya jarang berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris dalam bahasa Inggeris bersama rakan-rakan saya. P5 Bahasa Inggeris digunakan sebagai medium perantaraan dalam bidang teknologi maklumat. M6 Saya tidak ada minat yang tinggi untuk belajar dalam Bahasa Inggeris. M7 Bahasa Inggeris melayakkan pelajar untuk menamatkan pengajian. M8 Bahasa Inggeris membolehkan pelajar berkomunikasi dengan orang ramai daripada berlainan bangsa. M9 Saya berasa rendah diri kerana rakan-rakan di sekiling mahir berbahasa Inggeris. M10 Seseorang memerlukan pengetahuan dalam Bahasa Inggeris supaya disegani. S11 Susah untuk mempelajari Bahasa Inggeris. S12 Saya jarang membaca bahan-bahan bacaan dalam Bahasa Inggeris. S13 Saya belajar Bahasa Inggeris supaya mudah mendapat kerja jika saya baik dalam penguasaan Bahasa Inggeris. S14 Saya lebih meminati rancangan Bahasa Inggeris di TV daripada bahasa lain. S15 Saya malu berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris. BAHAGIAN C: Keberkesanan penguasaan Bahasa Inggeris Item Perkara 1 2 3 4 K16 Saya akan sentiasa berusaha untuk meningkat tahap pengusaan Bahasa Inggeris dari semasa ke semasa. K17 Saya selalu berkomunikasi dengan rakan –rakan dengan menggunakan Bahasa Inggeris. K18 Saya berasa yakin untuk bercakap dalam Bahasa Inggeris. K19 Saya yakin boleh mendapatkan keputusan cemerlang dalam kursus Bahasa Inggeris. K20 Saya akan mengaplikasikan Bahasa Inggeris yang dipelajari sewaktu temuduga pekerjaan. JPG JHP JRVKJKE JTMK JKM