Successfully reported this slideshow.
We use your LinkedIn profile and activity data to personalize ads and to show you more relevant ads. You can change your ad preferences anytime.
1                                        BAB 1                                   PENGENALAN1.0 PendahuluanMenjelang abad k...
2guru serta daya intelek murid. Guru Pendidikan Islam pula harus perlu memilikipandangan dan rancangan yang bersifat futur...
3taraf kualiti pengajaran pembelajaran oleh guru Pendidikan Islam pada peringkat yangpaling asas iaitu di bilik darjah.Ama...
4Namun begitu, satu perkara yang harus di teliti dan difikirkan terlebih dahulu ialahsejauhmana tahap kefahaman, amalan da...
5Berdasarkan analisis pemilihan seperti pada jadual 1, didapati bahawa kajian tindakandalam hidang kemanusiaan khususnya p...
61.4. Tujuan Kajian      Matlamat KajianKajian ini secara umumnya diharap dapat memberi tumpuan untuk mengenalpasti tahapk...
71.5     Persoalan KajianTujuan utama kajian ini dilaksanakan ialah untuk mengkaji persoalan persoalanberikut:        1.5....
81.7.   Konseptual KajianSetiap kajian yang baik akan mempunyai prosedur dan kaedah yang tetantu yangbersifat saintifik da...
9                 KONSEP, TEORI DAN LATAR BELAKANG                          KAJIAN TINDAKANPEMBOLEH UBAH BERSANDAR        ...
101.8. Metodologi Kajian    1.8.1. Skop dan batasan kajian               Kajian ini hanya terbatas kepada aspek berikut   ...
11sedia ada responden terhadap bidang kajian. Bagi mencapai objektif, soal selidikberbentuk skala likert dengan lima pilih...
12pilihan jawapan atau min keseluruhan komponen akan dianalisis bagi tujuan menjawabpersoalan kajian1.9     Kepentingan Ka...
1310.1. Kajian TindakanMenurut Ann Curry (2005), kajian Tindakan adalah Action research is focused onproblem solving throu...
14Pendidikan Islam khas merangkumi segala ilmu Islam yang terdiri daripada berbagaibidang, seperti Aqidah atau Tauhid, Iba...
15Kerana pengetahuan Agama Islam itu, atau Tamadun Islam yang diajar itu, merupakansebagai tempelan atau sulaman sahaja. A...
16                                     BAB 2                           KAJIAN LITERATUR2.1. PENDAHULUAN2.2 PENDIDIKAN ISLA...
17                            BAB 3                        KAEDAH KAJIAN3.1. PENDAHULUAN3.2 REKABENTUK KAJIAN3.3. PROFIL R...
181.10. RujukanAhmad Mohd. Salleh, Pendidikan Islam, Falsafah, Pedagogi Dan Metodologi, Fajar   Bakti, Shah Alam 1997Ahmad...
19     Era 2020, Tasawwur dan Strategi, Maktab Perguruan Islam, Tekno Edar,     Selangor,1993Syahrul Riza , Konsep Pendidi...
1.11. Jadual Rangka Kerja                            CARTA GANT TINDAKAN
BIL              TINDAKAN                                                                BULAN                            ...
SOAL SELIDIK PROJEK SARJANA PENDIDIKAN                   Para Responden yang di hormati,Soal selidik ini adalah sebahagian...
AMALAN KAJIAN TINDAKAN DALAM KALANGAN GURU                PENDIDIKAN ISLAM SEKOLAH RENDAH                               NE...
2. Umur (Nyatakan): Kurang 30 Tahun                                                         31 - 40 Tahun                 ...
5. Amat Setuju     KEFAHAMAN TENTANG KAJIAN TINDAKAN                   1   2   3   4   51    Saya memahami secara umum kon...
berkesan melalui amalan Kajian Tindakan4    Saya percaya Kajian Tindakan boleh meningkatkan     kualiti pendidikan Islam d...
peringkat negeri4    Saya pernah menjalani latihan Kajian Tindakan di     peringkat kebangsaan5    Saya pernah menjalani @...
beberapa unsur penambahbaikan8    Amalan kajian Tindakan perlu diterapkan di semua     jenis sekolah secara aktif.9    Say...
Proposal kajian tindakan pendidikan islam
Proposal kajian tindakan pendidikan islam
Proposal kajian tindakan pendidikan islam
Proposal kajian tindakan pendidikan islam
Upcoming SlideShare
Loading in …5
×

Proposal kajian tindakan pendidikan islam

30,774 views

Published on

Draf Proposal M pendidkan UPSI 2011

Published in: Education

Proposal kajian tindakan pendidikan islam

  1. 1. 1 BAB 1 PENGENALAN1.0 PendahuluanMenjelang abad ke 21, perspektif Pendidikan Islam di Malaysia dilihat semakinberkembang mengikut arus peredaran global, dan tidak dapat lari dari tempias eraketerbukaan maklumat dan tanpa sempadan sebagaimana pelajaran-pelajaraan yanglain seperti sains dan matematik. Langkah kerajaan memperkenalkan sistempembelajaran j Qaf serta beberapa penambahbaikan sukatan, kandungan, pelaksanaanKurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) serta usaha peningkatan tahapprofesionalisme guru Pendidikan Islam mula membuka dimensi pendidikan Islam kearah yang lebih terbuka dan meluas.Ruh dan semangat falsafah Pendidikan Islam juga digarap seiring dengan aspirasifalsafah pendidikan negara melalui beberapa penambahbaikan yang diperkenalkanseperti Pelan Induk Pembangunan Pendidikan, Pembestarian sekolah, ideapendemokrasian pendidikan nasional serta penekanan konsep pembangunan modalinsan melalui pendidikan.Selain itu, isu meritokrasi, kecenderungan kepada aspek pendidikan teknikal danmultimedia, keperluan kepada tenaga kerja , peningkatan tahap sosio ekonomi sertaperubahan nilai budaya masyarakat turut menuntut perluasan fungsi Pendidikan Islamseiring dengan pendidikan teras yang lain.Semua perkembangan ini akhirnya menuntut agar Pendidikan Islam berubah ke arahlebih ofensif , proaktif, dan perlukan suntikan idealisme yang lebih segar dalamkonteks kandungan pelajaran, proses pengajaran pembelajaran, tahap profesionalisme
  2. 2. 2guru serta daya intelek murid. Guru Pendidikan Islam pula harus perlu memilikipandangan dan rancangan yang bersifat futuristik. Perkara ini pernah diutarakan olehDr Wan Zahid Nordin, mantan Ketua Pemgarah Pelajaran Malaysia bahawa betapawawasan, impian dan pandangan mengenai masa hadapan Pendidikan Islam sangatmustahak untuk masyarakat kita membuat perancangan secukupnya bagi menghadapicabaran zaman tersebut. (Khailani dan Ishak, 1993)1.2. Latar belakang kajianBerikutan daripada senario tersebut, ia turut memberi kesan kepada amalan pengajarandan pembelajaran pendidikan Islam di sekolah apakala semakin lama ia dilihat dan dirasa semakin kompleks, rencam, rumit dan mencabar. Situasi ini mendorong para gurupendidikan Islam khususnya untuk lebih fleksibel dan serba anjal dalam menguruspengajaran dan pembelajaran supaya lebih berkesan dan mencapai objekitifpembelajaran yang dirancang samada untuk jangka pendek atau jangka panjang.Sebagai agen pembangunan agama, masyarakat dan negara yang penting, mengelakdaripada menghadapi keadaan ini adalah pilihan yang sumbang sementaramenghadapinya tanpa sebarang persediaan dan persiapan dalam pelbagai disiplin ilmubantu pula akan hanya menyukarkan lagi keadaan yang sedia ada.Antara faktor dalaman yang dilihat mendorong kepada kerencaman dan kerumitanpengajaran Pendidikan Islam di sekolah ialah aras pemikiran dan kognitif pelajar yangberkembang lebih pantas berbanding pelajar seusia sama di era lepas.Justeru itu, antara alternatif yang cuba penyelidik cadangkan ialah menggunakankaedah amalan Kajian Tindakan untuk memperbaiki, menambah nilai serta menaik
  3. 3. 3taraf kualiti pengajaran pembelajaran oleh guru Pendidikan Islam pada peringkat yangpaling asas iaitu di bilik darjah.Amalan kajian Tindakan diakui oleh sarjana khususnyaa dalam bidang pengurusan danpendidikan mampu menjadi kaedah alternatif untuk menambahbaik sistempembelajaran sedia ada. Menurut Mok Soong Sang (1996) dalam konteksperkembangan profesionalisme keguruan, salah satu usaha utama ialah meningkatkanteknik pengajaran dalam bilik darjah. Dalam hal ini, guru harus sentiasa berusahamembawa perubahan dan penyesuaian teknik pengajaran dan pembelajaran demimeningkatkan prestasi dan memberi perkhidmatan yang bermutu tinggi dalam bidangprofesion mereka. Usaha ini boleh dilaksanakan dengan menguasai beberapa kaedahasas seperti menjalankan kajian terhadap keberkesanan aktiviti pengajaran danpembelajaran mereka di dalam bilik darjah , menggunakan teknik refleksi danmenguasai kemahiran penilaian kendiri untuk mempertingkatkan kemahiran pengajarandan pembelajaran dalam bilik darjah. Menariknya, ketiga-tiga aspek ini terkandung didalam prinsip asas bidang Kajian Tindakan.1.3. Pernyataan Masalah
  4. 4. 4Namun begitu, satu perkara yang harus di teliti dan difikirkan terlebih dahulu ialahsejauhmana tahap kefahaman, amalan dan motivasi para guru pendidikan islam dalambidang kajian tindakan.Jabatan Pelajaran Negeri Perak dalam tahun 2007 hingga 2008 telah menerbitkanKoleksi senarai kajian Tindakan yang dijalankan oleh guru-guru dari seluruh negeriPerak dalam pelbagai bidang seperti sains, matematik, bahasa, serta kemanusiaan .Jadual 1 di bawah adalah Analisis penulis berdasarkan Buku Prosiding KonvensyenKajian Tindakan anjuran Jabatan Pelajaran Perak bertemakan Kajian Tindakan TerasKomuniti Berilmu yang diadakan di Pangkor Coral Bay Resort dari 19 hingga 21September 2006 dan Buku Prosiding Konvensyen Kajian Tindakan 2007 bertemaKajian Tindakan menjana Modal Insan Gemilang yang diadakan di The Summit Hotel,Bukit Mertajam, P. Pinang dari 27 hingga 29 Ogos 2007 BIL BIDANG N % 1 Pengurusan dan pentadbiran 36 20.2 2 Bahasa dan Kesusateraan Melayu 19 10.6 3 Bahasa Inggeris 18 10.2 4 Matematik / Sains 42 23.6 5 P. Islam 16 8.9 6 Sejarah dan Geografi 12 6.6 7 P. Moral dan Sivik 3 1.6 8 Kemahiran hidup, lukisan dan kejuruteraan 16 8.9 9 Pengajian Am, ekonomi dan perdagangan 17 9.4 Jumlah 178 100 Jadual 1
  5. 5. 5Berdasarkan analisis pemilihan seperti pada jadual 1, didapati bahawa kajian tindakandalam hidang kemanusiaan khususnya pendidikan Islam amat kurang diberi tumpuanberbanding bidang teras seperti bahasa, sains dan matematik.Sebagai guru pendidikan islam yang melihat, menghadapi dan terbabit secara langsungdalam pendidikan Islam, pengkaji telah terkesan dengan keadaan tersebut. Pelbagaimasalah, kekangan, idea dan keperluan yang bersilihganti mengitari amalan pengajarandan pembelajaran termasuk tuntutan-tuntutan kesegaran idea di bilik darjahmenimbulkan masalah dan cabaran yang amat besar.Kerana itu juga , pengkaji merasa amat terdorong untuk mencetuskan sesuatu kerangkayang baru sebagai alternatif dan peransang kepada keanjalan dan penambahbaikandalam pengajaran dan pembelajaran pendidikan islam seiring dengan pelajaran lain.Pengkaji juga positif bahawa rakan seperjuangan juga tercari-cari pendekatan alternatifuntuk menyegarkan dan memudakan Pendidikan Islam. Masalah ini sebenarnyamenyatukan pengkaji dengan rakan setugas untuk menyelesaikan masalah danmenambahbaik amalan penegajaran dan pembelajaran pendidikan islam seterusnyameningkatkan kualiti Pendidikan Islam.Justeru itu kajian ini akan melihat sejauhmana tahap amalan iaitu kefahaman, amalan,dan motivasi dan guru Pendidikan Islam terhadap kajian tindakan dalam pengajaran danpembelajaran dengan harapan seterusnya ia akan mencetuskan rangsangan untuk kajianyang lebih mendalam untuk mengembangkan budaya kajian tindakan dalam kalanganguru Pendidikan Islam khususnya dan seluruh warga pendidik amnya.
  6. 6. 61.4. Tujuan Kajian Matlamat KajianKajian ini secara umumnya diharap dapat memberi tumpuan untuk mengenalpasti tahapkefahaman dan amalan bidang kajian tindakandalam kalangan guru pendidikan islamsekolah rendah dalam proses pengajaran pendidikan islam.Selain itu, kajian ini juga bertujuan untuk mengukur perbezaan yang wujud dalamkalangan guru pendidikan islam dari segi jantina, lokasi sekolah dan kelulusanakademik guru.Seterusnya kajian ini juga akan melihat hubungan yang wujud antara amalan kajiantindakan dengan pencapaian akademik pendidikan islam pelajar sekolah rendah disamping mendapatkan maklum balas dan cadangan untuk menambahbaik amalankajian tindakan khususnya dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam Objektif kajian 1.4.1. Untuk mengkaji tahap kefahaman guru pendidikan islam sekolah rendah terhadap bidang kajian tindakan . 1.4.2. Untuk mengkaji tahap amalan guru Pendidikan Islam sekolah rendah terhadap kajian tindakan dalam pengajaran dan pembelajaran pendidikan islam . 1.4.3. untuk melihat perbezaan amalan kajian tindakan dalam kalangan guru Pendidikan Islam berdasarkan jantina, lokasi dan kelulusan akademik. 1.4.4. untuk melihat hubungan antara amalan kajian tindakan guru Pndidikan Islam dengan pencapaian Pendidikan Islam pelajar di sekolah rendah. 1.4.5. untuk mencadangkan langkah-langkah penambahbaikan amalan kajian tindakan dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam.
  7. 7. 71.5 Persoalan KajianTujuan utama kajian ini dilaksanakan ialah untuk mengkaji persoalan persoalanberikut: 1.5.1. Sejauhmanakah tahap kefahaman guru pendidikan islam sekolah rendah terhadap bidang kajian tindakan . 1.5.2. Sejauhmanakan tahap amalan guru Pendidikan Islam sekolah rendah terhadap kajian tindakan dalam pengajaran dan pembelajaran pendidikan islam . 1.5.3. Sejauhmanakah wujudnya perbezaan amalan kajian tindakan dalam kalangan guru Pendidikan Islam berdasarkan jantina, lokasi dan kelulusan akademik. 1.5.4. Sejauhmanakah hubungan antara amalan kajian tindakan guru Pendidikan Islam dengan pencapaian Pendidikan Islam pelajar di sekolah rendah. 1.5.5. Apakah langkah-langkah penambahbaikan amalan kajian tindakan dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam1.6. Hipotesis Kajian Ho1 Tidak ada perbezaan antara amalan kajian tindakan dalam kalangan guru dengan pencapaian murid. Ho2 Tidak ada perbezaan tahap amalan kajian tindakn antara sekolah di bandar dengan sekolah luar bandar Ho3 Tidak ada kaitan amalan kajian tidakan dalam kalangan guru berdasarkan lokasi sekolah Ho4 Tidak ada kaitan amalan kajian tidakan dalam kalangan guru berdasarkan jantina
  8. 8. 81.7. Konseptual KajianSetiap kajian yang baik akan mempunyai prosedur dan kaedah yang tetantu yangbersifat saintifik dan tersusun berdasarkan objektif yang digariskan. Kajian yang akandijalankan ini adalah berdasarkan tinjauan dan kajian kes iaitu dalam lingkungankomuniti guru pendidikan Islam sekolah rendah di dalam negeri Perak.Berdasarkan tajuk kajian, pengkaji menmbahagikan kajian kepada 2 pembolehubahiaitu pembolehubah bersandar dan pembolehubah tidak bersandar.Aspek yang diletakkan dalam pembolehubah bersandar ialah aspek kefahaman, amalan,dan motivasi dalam pengajaran pembelajaran sementara pembolehubah tidak bersandarmelibatkan jantina, usia, dan pengalaman mengajarKajian ini dijalankan melalui 3 bentuk iaitu taburan soalselidik, pemerhatian amalanpengajaran pembelajaran serta temubual bersama responden bagi mencapai objektifkajian serta mendapatkan input pandangan daripada responden.
  9. 9. 9 KONSEP, TEORI DAN LATAR BELAKANG KAJIAN TINDAKANPEMBOLEH UBAH BERSANDAR PEMBOLEH UBAH TIDAK BERSANDAR Kefahaman Lokasi Amalan Jantina Pengajaran dan pembelajaran Umur Pencapaian Tahap akademik Kurikulum Pengalaman mengajar Soalselidik Pemerhatian temubual Analisis SPSS Dapatan kajian Laporan , cadangan dan dokumentasi Jadual 2
  10. 10. 101.8. Metodologi Kajian 1.8.1. Skop dan batasan kajian Kajian ini hanya terbatas kepada aspek berikut 1.8.2. Aspek pengajaran dan pembelajaran Pendidikan islam sekolah rendah. 1.8.3. Melibatkan kumpulan responden dalam kalangan guru Pendidikan Islam sekolah rendah di negeri Perak melalui kerjasama Sektor Pendidikan Islam, Jabatan Pelajaran Perak. 1.8.4. Kajian ini melibatkan populasi seramai 4000 orang guru Pendidikan Islam sekolah rendah termasuk guru j QAF sebagai responden dan mengambil 400 atau 10% daripadanya sebagai sampel kajian. 1.8.2. Rekabentuk Kajian 1.8.2.1 Kajian perpustakaanTujuan penyelidik telah memilih metod ini untuk mendapatkan data dan bukti darikajian yang telah didokumenkan seperti buku-buku,majalah, jurnal, kertas seminar,akhbar dan internet. Selain itu, penyelidik juga menjalankan rujukan terhadap beberapatesis sarjana muda, sarjana dan doktor Falsafah yang berkaitan dengan tajukpenyelidikanData-data yang telah diperolehi dikaji dan dijadikan panduan dalam penyelidikan ini.Selain itu,pemilihan tajuk juga dibuat melalui metod ini. 1.8.2.2 . Kajian LapanganProses kajian lapangan dijalankan dalam bentuk soalselidik akan dimulai denganmaklumat latarbelakang responden selain mendapatkan maklum balas pengetahuan
  11. 11. 11sedia ada responden terhadap bidang kajian. Bagi mencapai objektif, soal selidikberbentuk skala likert dengan lima pilihan jawapan digunakan untuk mendapatkanmaklumat berkaitan dengan persoalan kajian.. Soalan-soalan yang diajukan bertujuanuntuk mengenal pasti kandungan persoalan kajian dan dengan tujuan untuk mencapaiobjektif kajian dan seterusnya menjawab persoalan kajian yang ditetapkan.1.8.3. Instrumen KajianInstrumen utama yang akan digunakan dalam kajian ini adalah soal selidik. Faktorpenulis memilih menggunakan soal selidik adalah bagi mengumpulkan maklumatdaripada responden. Ini kerana responden lebih jujur ketika menjawab soalan kajian.Manakala cadangan jawapan yang dikemukakan juga memudahkan respondenmenjawab dengan cepat.Soal selidik mempunyai dua bahagian iaitu A dan B. Bahagian A (Demografi)menjelaskan latar belakang responden yang mengandungi 3 item iaitu jantina, umur,dan pengalaman mengajar.Bahagian B pula ialan soalan berbentuk skal Likert dengan 5 pilihan jawapan iaituamat setuju, setuju, kurang setuju, tidak setuju dan amat tidak setuju untuk mengukurmaklum balas responden terhadap kajian sebelum dibuat rumusan bagi menjawabpersoalan kajian dan tahap pencapaian objektif kajian.Soalan-soalan yang dibina adalah berdasarkan kepada persoalan dan objektif kajianyang telah ditetapkan iaitu berkaitan tahap kefahaman dan amalan kajian tindakandalam pengajaran dan pembelajarn pendidikan islam selain daripada motivasi dalampengajaran dan pembelajaran yang dijalankan oleh guru pendidikan islamSelain itu, responden juga diminta untuk memberi pandangan atau pendapat secarabertulis terhadap isu yang dikaji. Kekerapan pilihan jawapan, peratusan serta purata
  12. 12. 12pilihan jawapan atau min keseluruhan komponen akan dianalisis bagi tujuan menjawabpersoalan kajian1.9 Kepentingan Kajian 1.9.1. Memberi persepsi dan alternatif baru kepada individu dan organiasi yang terbabit dengan Pendidikan Islam dalam proses pengajaran pembelajaran pendidikan islam 1.9.2. Menyesuaikan konsep pendidikan islam dengan metodologi pendidikan yang lebih anjal dan sesuai dengan perkembangan sosio budaya moden. 1.9.3. Membantu memperkemas dan menambah nilai sistem Pendidikan Islam supaya seiring dengan situasi zaman dan tahap mentaliti dan kematangan murid. 1.9.4. Memberikan pengisian dan maklumat atau bahan kajian lepas berkaitan untuk tujuan penyelidikan dan kajian lanjutan dalam bidang yang berkaitan dengan Pendidikan Islam ataupun bidang kajian tindakan dalam pendidikan.1.10. Definisi Istilah
  13. 13. 1310.1. Kajian TindakanMenurut Ann Curry (2005), kajian Tindakan adalah Action research is focused onproblem solving through inquiry into human problems in areal context atau penumpuankepada penyelesaian masalah melalui penyiasatan masalah manusia dan kontekstertentu. Dalam kes pengajaran dan pembelajaran, ia merujuk kepada situasi guru danpelajaran dalam pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah.Kurt Lewin (1946), antara pencetus amalan kajian tindakan memberikan takrifanklasik kajian tindakan melalui dua idea utama iaitu komitmen untuk penambahbaikandan keputusan bersama . Beliau menambah Kajian Tindakan sebagai satu kitaranproses yang melibatkan 3 langkah iaitu perancangan yang melibatkan tinjauan,mengambil tindakan, dan mencari maklumat tentang keputusan tindakan.Stephen Corey ( 1953) pula mentakrifkan Kajian Tindakan sebagai satu proses di manapengamal cuba mempelajari tentang masalah yang dihadapi secara saintifik dengantujuan mendapatkan panduan amalan, tindakan yang betul, dan dapat menilai keputusanserta tindakannya.Selain itu ada beberapa takrifan yang diberikan oleh para pengamal kajian tindakanyang asas menuju kesimpulan yang sama iaitu satu bentuk penyelidikan danpemerhatian yang ringkas untuk menyelesaikan masalah kecil dengan urutan dandisiplin tertentu antaranya (Che Wa b Halim, 2005)Dengan kata lain Kajian Tindakan adalah “ belajar daripada apa yang dibuat. ”(SKPM,KPM 2006)10.2. Pendidikan IslamHasan Langgulung (1995) melihat Pendidikan Islam adari 3 sudut , iaitu PendidikanIslam Khas, Penndidikan Islam Umum dan Sistem Pendidikan Islam.
  14. 14. 14Pendidikan Islam khas merangkumi segala ilmu Islam yang terdiri daripada berbagaibidang, seperti Aqidah atau Tauhid, Ibadah atau Fiqah, Tafsir, Hadis, Akhlak, Sejarahatau Sirah, Falak dan lain-lain. Dalam negara Malaysia inilah yang dikenali ramaidengan nama Pendidikan Islam, iaitu satu mata pelajaran dalam sekolah.Pendidikan Islam Umum. Ia meliputi segala bidang hidup manusia, seperti rohani,jasmani, emosi, sosial, politik, budaya, ekonomi, sains, multi media, mass media,teknikal, vokasional, pendidikan, perundangan dan lain-lain. Maknanya, dalam setiapbidang itu ada pendidikan Islamnya. Contohnya dalam ekonomi; kita bolehberinteraksi antara sesama manusia untuk pembangunan ekonomi, tetapi dalam Islamada beberapa larangan semasa berinteraksi, seperti, tidak boleh tipu, mungkir janji dansebagainya. Di samping itu ada pula suruhan dan anjuran, seperti mudahkan kirabicara, bertolak ansur, banyak menolong dan memudahkan orang lain dan sebagainya.Demikianlah juga Islam mendidik supaya kita berinteraksi dengan orang lain mengikutkaedah Islam dan tidak melanggar perintah Islam. Untuk mengetahui apa yang disuruhdan apa yang dilarang memerlukan ilmu. Dan ilmu tidak dapat dengan begitu sahaja,sebaliknya mesti berusaha mencarinya, atau berlajar pada orang yang mengerti.Pendidikan Islam juga bermaksud Sistem Pendidikan. Ia merangkumi segala aspekyang berkaitan dengan pendidikan, dan semuanya mesti dilihat dan dilaksanakanmengikut prinsip Islam. Ini termasuklah gurunya, pengurusnya sama ada di sekolahatau di pejabat (Jabatan dan Kementerian), kriteria pemilihan guru, pemilihankakitangan sekolah dan pejabat, kurikulum, sukatan pelajaran, buku teks, falsafah,matlamat dan segala-galanya mesti berdasarkan kepada prinsip Islam. Kalau tidakberdasarkan kepada prinsip Islam maka ia tidak dinamakan sistem pendidikan Islam,walau pun di dalamnya terdapat pengetahuan agama Islam, seperti pengetahuan AgamaIslam yang diajar di sekolah, di maktab, di politeknik, universiti dan lain-lain institusipendidikan.
  15. 15. 15Kerana pengetahuan Agama Islam itu, atau Tamadun Islam yang diajar itu, merupakansebagai tempelan atau sulaman sahaja. Akibatnya kita tidak dapat melahirkan orangIslam yang mengamalkan Islam secara total, kerana ia bukan lahir daripada sistem,sebaliknya lahir daripada tempelan. Kalau Pendidikan guru, misalnya, maktabperguruan atau universiti yang bukan mengikut sistem pendidikan Islam, maka kitatidak dapat melahirkan guru Islam yang sebenarnya, yang lahir ialah guru TampalSulam.Mohd Kamal Hassan, Faisal Haji Othman, Razali Haji Nawawi, (1976) dalam suatuseminar Pendidikan Islam anjuran Fakulti Pengajian Islam, Universiti Malaya ketikamenyampaikan makalah dengan tajuk : Konsep Pendidikan Islam dan MatlamatPersekolahan Ugama/Arab di Malaysia, menyatakan bahawa Pendidikan Islam dalamkonteks ini membawa fungsi untuk melahirkan manusia yang berpengetahuan danpunya kesejajaran dengan dasar kehidupan Islam. Pengetahuan yang dimaksudkan ialahpengetahuan-pengetahuan yang merangkumi ilmu mengenai hubungan antara manusiadengan penciptanya (Allah s.w.t) yang dimanifestasikan dalam ilmu-ilmu akidah dancara perlaksanaan ibadah khusus, dalam waktu yang sama berfungsi menjadikanmanusia itu berilmu pengetahuan.Mengenai hubungan sesama manusia dimanifestasikan dalam ilmu-ilmu sosial Islamyang merangkumi ilmu-ilmu ekonomi, undang-undang, politik, kenegaraan danantarabangsa, etika kebudayaan dan ilmu-ilmu natural sains dan teknologi yangberasaskan dasar hidup Islam. Selain itu, tabi‘i manusia itu sendiri yang dijadikan Allahbermula dari kejadian Adam A.S adalah dimulakan dengan persediaan penemuan ilmupengetahuan dan cahaya kebenaran sebagai persediaannya membawa amanah sebagaiwakil Allah di bumi (Khalifat Allah Fi al-Ard).(Syahrul Riza, 2008)1.11. RUMUSAN
  16. 16. 16 BAB 2 KAJIAN LITERATUR2.1. PENDAHULUAN2.2 PENDIDIKAN ISLAM DI NEGERI PERAK 2.2.1. Sejarah Pendidikan Islam di Negeri Perak 2.2.2. Struktur pentadbiran pendidikan Islam di Perak 2.2.2.1. Sektor pendidikan Islam, Jabatan Pelajaran Negeri Perak 2.2.2.2. Bahagian Pendidikam , Jabatan Agama Islam Perak 2.2.3. Prestasi Pendidikan Islam Negeri Perak2.3. KAJIAN LITERATUR BERKAITAN KAJIAN TINDAKAN 2.3.1. Pengenalan Kajian Tindakan 2.3.2. Sejarah Kajian Tindakan 2.3.2. Kepentingan Kajian Tindakan2.4. KAJIAN LITERATUR BERKAITAN PENDIDIKAN ISLAM 2.4.1. Pengenalan 2.4.2. Konsep Pendidikan Islam 2.4.3. Sejarah pendidikan Islam 2.4.4. Kepentingan Pendidikan Islam2.5. KAJIAN TINDAKAN PENDIDIKAN ISLAM 2.5.1. Pengenalan 2.5.2. Kajian Tindakan menurut Al Quran dan hadis 2.5.3 Sorotan kajian lepas berkaitan kajian tindakan Pendidikan islam 2.5.4. Rumusan hubungan Kajian Tindakan dengan Pendidikan Islam2.6. RUMUSAN
  17. 17. 17 BAB 3 KAEDAH KAJIAN3.1. PENDAHULUAN3.2 REKABENTUK KAJIAN3.3. PROFIL RESPONDEN KAJIAN3.4. LOKASI , POPULASI DAN SAMPEL KAJIAN3.5. ALAT KAJIAN3.6. TATACARA PEMEROLEHAN DAN ANALISIS KAJIAN3.7. BATASAN KAJIAN3.8. RUMUSAN
  18. 18. 181.10. RujukanAhmad Mohd. Salleh, Pendidikan Islam, Falsafah, Pedagogi Dan Metodologi, Fajar Bakti, Shah Alam 1997Ahmad Mohd. Salleh, Pendidikan Islam, Dinamika Guru Jld 2, Fajar Bakti, Shah Alam 1998Ahmad Shalaby, Prof. Dr, Kurikulum Islam dalam perkembangan Sejarah, Pustaka Nasional Pte. Ltd, Singapura,2003An Na’ami, Abdullah al Amin, Kaedah Dan Teknik Pengajaran Menurut Ibn Khaldun dan Al Qabisi, Terjemahan Mohd. Ramzi Omar, Dewan Bahasa Dan Pustaka, Kuala Lumpur, 1994Asmah bt. Hj. Ahmad, Pedagogi 1, Longman Malaysia Sdn. Bhd., Selangor, 1989Ee Ah Meng, Pedagogi, Satu Pengenalan, Edisi 2 Fajar Bakti, Petaling Jaya 1990Ee Ah Meng, Pedagogi 1, Kurikulum Dan Pengurusan Bilik Darjah, Fajar Bakti, Petaling Jaya 1997Ee Ah Meng, Pedagogi 2, Pelaksanaan Pengajaran, Fajar Bakti, Petaling Jaya , 1997Ee Ah Meng, Psikologi pendidikan 1, Psikologi Perkembangan, Fajar Bakti, Petaling Jaya 1996Ee Ah Meng, Psikologi pendidikan 2, Psikologi Perkembangan, Fajar Bakti, Petaling Jaya 1997Hanafi Mohamed, Drs, Falsafah Pendidikan Menurut Al Quran, Pustala Ilmi, Selangor, 1996Mok Soong Sang, Pendidikan Di Malaysia, Edisi 6, Kumpulan Budiman, Subang Jaya, 1996Mohd Kamal Hassan, Faisal Haji Othman, Razali Haji Nawawi Konsep Pendidikan Islam dan Matlamat Persekolahan Ugama/Arab di Malaysia,1976Khailani Abdul Jalil dan Ishak Ali Shah (Editor), Seminar Pendidikan Islam
  19. 19. 19 Era 2020, Tasawwur dan Strategi, Maktab Perguruan Islam, Tekno Edar, Selangor,1993Syahrul Riza , Konsep Pendidikan Islam menurut Ibn Khaldun : Satu kajian terhadap elemen-elemen kemasyarakatan islam, Tesis Ijazah Sarjana Sastera, USM. Pulau Pinang , 2008.Sumber JurnalBuku Prosiding Konvensyen Kajian Tindakan, Jabatan Pelajaran Perak ,2006Buku Prosiding Konvensyen kajian Tindakan 2007, Jabatan Pelajaran Perak, 2007Jurnal Pendidikan, Jilid 1 Oktober 1990, Maktab Perguruan Islam, Kajang, Selangor, 1990Buku Panduan Kursus Pemantapan Pelaksanaan Kurikulum Pendidikan Islam KBSR 2008, bahagian Kurikulum Pendidikan Islam dan Moral, Jabatan Pendidikan Islam dan Moral, Kementerian Pelajaran Malaysia, 2008Jurnal Pengurusan dan Kepimpinan Pendidikan, Jilid 13 Bil 01 Jun 2003, Institut Aminuddin Baki, Kemeterian Pelajaran Malaysia, 2003Jurnal Pengurusan dan Kepimpinan Pendidikan, Jilid 17 Bil 02 Dis 2007, Institut Aminuddin Baki, Kemeterian Pelajaran Malaysia, 2Sumber Lawan Sesawanghttp://khirkassim.blogspot.com/2009/04/kajian-tindakan.htmlAction Research in Action: Involving Students and ProfessionalsAugust 14th - 18th 2005, Oslo, Norway Conference Programme:http://www.ifla.org/IV/ifla71 /Programme.htm 7 Jun 2005http://www.broward.k12.fl.us/hrd/actionresearchstudies/introduction/ar/definitions. htm pada 20 Julai 2008 dan diterjemahkan oleh Akhiar Pardi.http://pendislami.tripod.com/new_page_2.htm 21 Sept 2010Standard Kualiti Pendidikan Malaysia (SKPM) oleh Jemaah Nazir Malaysia sumber http://khirkassim.blogspot.com/2009/04/kajian-tindakan.htmlChe Wa bt Halim, Jawatankuasa Penyelaras Kajian Tindakan Negeri Kedah 2005
  20. 20. 1.11. Jadual Rangka Kerja CARTA GANT TINDAKAN
  21. 21. BIL TINDAKAN BULAN 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 21 22 23 241 Penyediaan proposal2 Perjumpaan Penasihat akademik3 Pendaftaran kursus/kod disertasi /tesis4 Seminar, kolokium, bengkel5 Sesi bimbingan/ tutorial penyelidikan Serah Borang cadangan Penyelidikan6 Pembentangan 1 2 37 Penulisan bab 18 Penulisan bab 29 Penulisan bab 310 Penyediaan dan pembetulan soalselidik11 Kajian rintis12 Analisis kajian rintis13 Menjalankan soalselidik14 Pengisian data soalselidik15 Analisis soalselidk16 Penulisan bab 417 Penulisan bab 518 Pembentangan cadangan penyelidikan19 Hantar LKPS ke Fakulti & IPS20 Hantar Notis penyerahan disertasi21 Serah Disertasi awal22 Penetapan tarikh Viva Voce23 Sesi Viva Voce24 Pembetulan disertasi25 Penjilidan Tesis
  22. 22. SOAL SELIDIK PROJEK SARJANA PENDIDIKAN Para Responden yang di hormati,Soal selidik ini adalah sebahagian daripada kajian saya untuk mendapatkan maklumbalas mengenai
  23. 23. AMALAN KAJIAN TINDAKAN DALAM KALANGAN GURU PENDIDIKAN ISLAM SEKOLAH RENDAH NEGERI PERAK Set soal selidik ini mengandungi 2 bahagian: Bahagian A : Maklumat dan latar belakang RESPONDEN Bahagian B : Soalan berkaitan bidang kajian Panduan untuk menjawab soal selidik: 1. Kerjasama anda adalah diharapkan untuk menjawab semua soalan yang terkandung dalam set ini. 2. Semua maklumat yang diberi adalah rahsia dan bertujuan untuk kajian semata-mata. 3. Kejujuran anda memberi maklumat akan menentukan kejituan kajian ini. 4. Apabila selesai menjawab, sila kembalikan borang ini kepada penyelidik. 5. Ribuan terima kasih diucapkan di atas kerjasama anda dalam menjayakan penyelidikan ini.Arahan:Sila isikan ruang kosong atau tandakan ( √ ) di petak yang disediakan bagi setiapjawapan yang difikirkan sesuai oleh saudara / saudari.BAHAGIAN A.1. Jantina : Lelaki Perempuan
  24. 24. 2. Umur (Nyatakan): Kurang 30 Tahun 31 - 40 Tahun Lebih 40 Tahun3. Jenis sekolah : Bandar luar bandar4. Tahap pendidikan : SPM /Tsanawi STPM / STAM B.A / MA5. Pengalaman sebagai guru pendikan islam : Kurang 1 Tahun 1 - 5 Tahun Lebih 5 Tahun6. Pengalaman terbabit dalam kajian tindakan : Kurang 1 Tahun 1 - 5 Tahun Lebih 5 Tahun7. Pandangan saya terhadap keperluan bidang kajian Tindakan dalam amalan pengajaran dan pembelajaran pendidikan islam di Sekolah. ................................................................................................................. ....................................................................................................................................... BAHAGIAN BArahn : Jawab semua soalan dan Tandakan ( √ ) dalam ruangan yang disediakan. 1. Amat tidak Setuju 2. Tidak Setuju 3. Kurang Setuju 4. Setuju
  25. 25. 5. Amat Setuju KEFAHAMAN TENTANG KAJIAN TINDAKAN 1 2 3 4 51 Saya memahami secara umum konsep Kajian Tindakan2 Saya pernah baca artikel @ teks berkenaan Kajian Tindakan3 Saya pernah menyertai kursus atau latihan kajian Tindakan peringkat sekolah4 Saya pernah menyertai kursus atau latihan kajian Tindakan peringkat Pejabat Pelajaran Daerah5 Saya pernah menyertai kursus atau latihan kajian Tindakan peringkat Jabatan Pelajaran Negeri6 Saya pernah menyertai kursus atau latihan kajian Tindakan peringkat Kementerian Pelajaran Malaysia7 Saya pernah menyertai kursus atau latihan kajian Tindakan anjuran IPGM atau IPTA8 Saya mampu menyampaikan maklumat berkenaan Kajian Tindakan kepada orang lain secara umum9 Saya mampu menyampaikan maklumat berkenaan Kajian Tindakan kepada orang lain secara terperinci10 Saya mengenali tokoh dan pakar yang mengendalikan bidang kajian tindakan KEYAKINAN DAN KEPERCAYAAN TERHADAP 1 2 3 4 5 KAJIAN TINDAKAN1 Saya yakin pada kepentingan kajian tindakan terhadap Pendidikan Islam2 Saya yakin Kajian Tindakan perlu ada dalam proses pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam3 Saya yakin pendidikan Islam akan lebih berkualiti dan
  26. 26. berkesan melalui amalan Kajian Tindakan4 Saya percaya Kajian Tindakan boleh meningkatkan kualiti pendidikan Islam di sekolah5 Saya percaya amalan Kajian Tindakan boleh meningkatkan kualiti pengajaran guru Pendidikan Islam6 Saya percaya amalan Kajian Tindakan beleh membantu guru mencapai objektif pengajaran dengan pembelajaran dengan lebih cepat.7 Saya percaya amalan kajian tindakan boleh menghasilkan alternatif gaya dan persembahan pengajaran pembelajaran guru pendidikan Islam8 Saya percaya amalan kajian tindakan bersesuaian dengan falsafah dan prinsip pendidikan islam9 Saya percaya amalan kajian tindakan tidak bertentangan dengan prinsip dan falsafah pendidikan Islam10 Saya meyakini kepentingan dan kebaikan Kajian Tindakan kepada pendidikan Islam AMALAN KAJIAN TINDAKAN 1 2 3 4 51 Saya pernah menjalani latihan kajian tindakan diperingkat sekolah2 Saya pernah menjalani latihan berkaitan Kajian Tindakan di peringkat daerah .3 Saya pernah menjalani latihan Kajian Tindakan di
  27. 27. peringkat negeri4 Saya pernah menjalani latihan Kajian Tindakan di peringkat kebangsaan5 Saya pernah menjalani @ menyertai latihan Kajian Tindakan di peringkat antarabangsa6 Saya pernah menjalankan kajian tindakan di peringkat bilik darjah7 Saya pernah menjalankan kajian tindakan di peringkat sekolah8 Saya pernah menjalankan kajian tindakan di peringkat daerah9 Saya pernah menjalankan kajian tindakan di peringkat negeri10 Saya pernah menjalankan kajian tindakan di peringkat kebangsaan11 Saya pernah menjalankan kajian tindakan di peringkat antarabangsa12 Saya mempunyai idea untuk menjalankan kajian tindakan di bilik darjah MINAT DAN KECENDERUNGAN 1 2 3 4 51 Saya amat berminat terhadap bidang kajian tindakan2 Saya terlibat aktif dalam amalan kajian tindakan3 Saya suka mencari maklumat dan bahan bacaan berkaitan kajian tindakan4 Saya suka mencari maklumat dan bahan kaian tindakan melalui laman sesawang internet5 Saya suka berbincang dengan rakan berkenaan amalan kajian tindakan6 Latihan dan pendedahan berkaitan amalan Kajian Tindakan perlu di sebarluaskan dalam kalangan guru7 Amalan kajian Tindakan perlu diteruskan dengan
  28. 28. beberapa unsur penambahbaikan8 Amalan kajian Tindakan perlu diterapkan di semua jenis sekolah secara aktif.9 Saya percaya guru-guru perlu meningkatkan kemahiran dan kefahaman terhadap amalan kajian tindakan10 Saya ingin menjalankan amalan kajian tindakan dalam setiapwaktu sesi pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah11 Saya ingin menjalankan amalan kajian tindakan dalam sekali setiap hari dalam pengajaran dan pembelajran di bilik darjah12 Saya ingin menjalankan amalan kajian tindakan dalam sekali setiap minggu dalam pengajaran dan pembelajran di bilik darjah13 Saya ingin menjalankan amalan kajian tindakan dalam sekali setiap bulan dalam pengajaran dan pembelajran di bilik darjah

×