Successfully reported this slideshow.
We use your LinkedIn profile and activity data to personalize ads and to show you more relevant ads. You can change your ad preferences anytime.

Penghargaan

89,072 views

Published on

  • Be the first to comment

Penghargaan

  1. 1. PenghargaanBersyukur kami ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah dan kurniaNya dapat kamimenyiapkan kerja kursus dengan jayanya. Pertama sekali kami mengucapkan ribuanterima kasih kepada Institut Pendidikan Guru Kampus Tuanku Bainun kerana memberipeluang kepada kami menghasilkan kerja kursus ini dengan menyediakan kemudahanseperti perpustakaan bagi memudahkan kami mendapatkan bahan rujukan yangberkaitan dengan tajuk tugasan kami. Kami juga mengucapkan terima kasih kepada Encik Md Radzi yang telahbanyak memberi tunjuk ajar serta penerangan yang sempurna kepada kami dari awallagi sejak tugasan ini diedarkan sehinggalah dalam proses menyiapkan tugasan ini.Selain itu juga, kami mengucapkan terima kasih kepada tuan kerana memberikepercayaan kepada kami dalam menjalankan tugasan ini sehingga jayanya.Tidak lupa juga kepada kedua ibu bapa kami yang banyak memberi sokongan sertadorongan dan juga wang ringgit dalam menghasilkan kerja kursus ini. Tanpa sokongandan dorongan kalian mungkin tidak dapat kami menghasilkan tugasan ini dengansempurna seperti rakan-rakan yang lain. Malah, jutaan terima kasih juga kepada rakan-rakan seperjuangan yang sama-sama bertungkus-lumus menghasilkan tugasan ini danjuga bertukar-tukar idea dalam membantu kami menyiapkan kerja kursus ini.Akhir sekali, harapan kami agar segala tugasan yang kami hasilkan dapatmenambahkan ilmu pengetahuan kami disamping dapat menjadi bakal guru yangbertanggungjawab bagi melahirkan modal insan yang cemerlang. Selain itu juga,harapan kami agar dapat memberi manfaat kepada diri kami sendiri terutamanya sertakepada pembaca agar kita sama-sama menjadi pendidik yang berpengetahuan luasdalam menyampaikan maklumat bukan sahaja dalam proses pembelajaran malahdalam kepada masyarakat setempat khususnya.PENGENALAN
  2. 2. Statistik (atau perangkaan) adalah sains dan aplikasi dalam membangunkanpengetahuan manusia melalui penggunaan data empirikal.Statistik berasaskan teoristatistik iaitu salah satu daripada cabang matematik.Dalam teori statistik, kerawakandan ketidakpastian dimodelkan berasaskan teori kebarangkalian.Statistik termasukperancangan, meringkaskan, dan memahami pemerhatian yang tidak menentu.Statistik juga merupakan satu disiplin pembangunan dan aplikasi kaedah untukmengumpul, menganalisis dan mentafsir data. Moden kaedah statistik termasuk rekabentuk dan analisis eksperimen dan kaji selidik, kuantifikasi fenomena biologi, sosialdan saintifik dan aplikasi prinsip statistik untuk memahami lebih lanjut mengenai duniadi sekeliling kita. Sejak data yang digunakan di dalam kebanyakan bidang usahamanusia, teori dan kaedah statistik moden telah digunakan untuk pelbagai bidang.Beberapa kawasan yang menggunakan kaedah statistik moden dalam perubatan, sainsbiologi dan sosial, ekonomi, kewangan, penyelidikan pemasaran, pembuatan danpengurusan, kerajaan, institut penyelidikan dan banyak lagi..Tujuan statistik adalahmenghasilkan maklumat "terbaik" daripada data yang ada, sesetengah orangmenggolongkan statistik sebagai cabang teori keputusan.Jadi, kami sudah melakukan soal selidik bagi 50 orang responden.Kami memilihbeberapa soalan berkenaan dengan fesyen oleh pelajar IPG Kampus Tuanku Bainununtuk ditunjukkan di dalam tugasan ini. Borang soal selidik yang telah diedarkan bolehdidapati di bahagian lampiran.OBJEKTIF
  3. 3. Antara objektif kajian dijalankan :1. Soal selidik ini dijalankan untuk mengetahui cara peragaan fesyen oleh pelajar-pelajar Ipg Kampus Tuanku Bainun.2. Soal selidik ini dijalankan untuk mengetahui berapakah perbelanjaan pembeliaanuntuk barangan fesyen yang dibeli oleh pelajar-pelajar Ipg Kampus Tuanku Bainun.3. Soal selidik ini dijalankan untuk mengetahui faktor yang mempengaruhi fesyenpelajar-pelajar Ipg Kampus Tuanku Bainun.KAEDAH PELAKSANAAN KAJIANKami telah menggunakan beberapa kaedah untuk mendapatkan maklumat yang tepatdan benar. Kaedah yang telah kami gunakan ialah :1. PemerhatianKami telah membuat pemerhatian ke atas tajuk tugasan bagi soal selidik yang hendakdijalankan. Kami juga telah membuat pemerhatian akan soalan-soalan yang sesuai bagitajuk tugasan kami.2. Soal selidikKami telah mengedarkan borang soal selidik kepada 50 orang responden pelajar InstitutPendidikan Guru Kampus Tuanku Bainun untuk mendapatkan maklumat berkenaandengan kajian kami iaitu tentang fesyen yang diikuti oleh pelajar IPTB.3. RujukanKami merujuk kepada buku teks dan buku-buku rujukan di perpustakaan untukmendapatkan maklumat tambahan. Di samping itu, kami membuat rujukan internetmelalui komputer untuk mendapatkan seberapa banyak maklumat tentang kajian dantajuk statistik.SOALAN SOAL SELIDIK :
  4. 4. Untuk menghasilkan borang soal selidik ini kami telah berbincang dan membuatpenyemakan semula soalan- soalan tersebut dengan pensyarah lebih kurangseminggu.Melalui soalan soal selidik ini kami menyoal berkenaan fesyen yang menjadipilihan hati kebanyakan pelajar IPG Kampus Tuanku Bainun.Bukan itu sahaja, kamijuga dapat mengetahui anggaran perbelanjaan yang pelajar-pelajar gunakan untukmembeli barangan untuk melengkapkan diri dengan fesyen dan kami juga mengetahuifaktor yang mendorong para pelajar terpengaruh dengan fesyen.Contoh Soalan Kaji Selidik Yang DiedarkanRujukanBUKU RUJUKAN Cheang Chooi Yoong, K. b. (2005). Mathematics Form 4. Kuala Lumpur: Cerdik Publications Sdn. Bhd. mun, c. (2004). siri teks referens SPM matematik. Selangor: pearson malaysia sdn. bhd. Rahman, A. S. (1997). Matematik Matrikulasi Jilid 2. Shah Alam: Fajar Bakti Sdn. Bhd.SUMBER INTERNET  http://cheguzam.blogspot.com/2011/08/nota-matematik-tingkatan-3-bab-4.html  www.amaljaya.com/guru/.../Statistik%20Asas.pdf  http://cikgunaza-matematik45.blogspot.com/2011/11/matematik-4-5.html  http://matematikkkktu.blogspot.com/2010/08/nota-statistik-untuk-pelajar- diploma.htmlRefleksi
  5. 5. Muhamad Syafiq Bin HussinSaya dan rakan- rakan sekumpulan saya telah menerima satu tugasan mengenai tajukstatistik.Pendapat awal saya apabila menerima tugasan ini adalah tugasan ini remehdan tajuknya tidak menyeronokkan. Ini kerana, saya tidak berapa menggemari tajukstatistik sejak dari sekolah menengah lagi. Selain itu, sepanjang proses pembelajarandalam kelas ia menyukarkan saya untuk memahami istilah-istilah dalam tajuk statistiktersebut kerana proses pembelajaran saya menggunkan bahasa Melayu sedangkansewaktu sekolah menengah dahulu pembelajaran saya menggunakan bahasa Inggeris.Hal ini membuatkan saya kurang berminat untuk mempelajari dan memahami tajukstatistik dengan mendalam.Namun, dalam keterpaksaan membuat tugasan ini hadir juga keikhlasan untukmempelajarinya dengan lebih mendalam. Setelah berbincang dengan ahli kumpulandan mengkajinya secara bersendirian, saya mula merasakan tajuk statistik ini adalahtajuk yang menyeronokkan sebenarnya jika difahami dengan lebih mendalam.Sepanjang perbincangan dengan ahli kumpulan untuk menyiapkan tugasan ini, banyakperkara baru yang saya belajar. Saya cuba belajar dan mengingatkembali carabagaimana membina carta bar, carta pai dan histogram menggunakan aplikasi dalamcomputer riba. Sebelum ini, dalam kelas komputer saya hanya belajar acuh tak acuhsahaja apabila berkaitan dengan pembinaan carta. Sekarang, barulah saya sedar akanfungsi dan kepentingannya dalam kehidupan manusia.Saya juga mula belajar cara memindahkan, menganalisis data dan mentafsir datadengan lebih mendalam dan daripada maklumat-maklumat tersebut saya dan ahlikumpulan berbincang memindahkaanya ke dalam bentuk jadual dan pelbagai lagipersembahan data. Bukan itu sahaja, saya juga belajar dan cuba memahami konsepperbincangan yang sebenar dalam sesebuah kumpulan. Bukan sekadar untukmeyiapkan tugasan tetapi dalam masa yang sama mengamalkan nilai-nilai murni dalamkerja berpasukan seperti mendengar dan menerima pendapat ahli kumpulan. Bagikumpulan kami, prinsip menerima dan mendengar pendapat orang lain merupakantunjang dan kekuatan utama. Saya mempelajari bagaimana cara menyesuaikan diridengan ahli kumpulan yang berbeza dan cuba memahami dan menghormati cara ahli-
  6. 6. ahli kumpulan saya bekerja. Mereka juga menghormati pandangan saya dan kamisaling mengamalkan konsep bekerjasama, bersama-sama berkongsi buah fikiran danberusaha untuk melibatkan diri secara aktif dalam kumpulan kami bagi menghasilkanmutu tugasan yang berkualiti.Saya berharap semoga penghasilan tugasan kami ini dapat memberikan saya danrakan-rakan suntikan semnagat agar jangan pernah mengalah selagi belum mencubasesuatu perkara. Semoga usaha kami dalam penghasilan tugasan ini dapatmenjadikan saya dan rakan-rakan individu yang lebih berusaha untuk memperbaiki diri ,mempunyai jati diri yang mantap dan menjadikan saya dan rakan- rakan bakal guruyang komited dalam menjalankan tugas selari dengan tanggungjawab yangdiamanahkan. Saya berharap agar segala usaha saya ini dapat diterima olehpensyarah kami dan juga memberi inspirasi kepada saya untuk terus berjuang dalambidang pendidikan.

×