SlideShare a Scribd company logo
1 of 3
ADAT JANGAN BERTENTANGAN SYARIAT
Oleh Zunaidah Zainon
Dalam kepesatan masyarakat menuju ke arah negara maju, masih wujud kekeliruan antara tuntutan
agama dan adat yang menjadi pegangan kuat orang Melayu. Bahkan, ada pepatah mengatakan biar
mati anak, jangan mati adat. Ini menggambarkan betapa dalam sesuatu situasi adat mendahului
kepentingan lain dalam hidup.
Amat menjengkelkan apabila ada lapisan masyarakat menjadikan adat sebagai perkara wajib hingga
tuntutan agama diabaikan. Perkara ini dapat dilihat terutama dalam majlis yang membabitkan
perkahwinan, menyambut kelahiran cahaya mata dan kematian.
“Sebenarnya, masyarakat perlu faham bahawa Islam tidak pernah menolak adat selagi ia tidak
bertentangan dengan syarak. Dalam hal ini, saya tidak menyalahkan masyarakat kerana wujudnya
kekeliruan antara memahami adat dan tuntutan agama,” kata Timbalan Dekan (Hal Ehwal Akademik),
Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof. Madya Dr. Rugayah Tibek.
Majlis Menyambut Kelahiran
Beliau memberi contoh majlis menyambut kelahiran cahaya mata baru dalam sesebuah keluarga.
Dalam Islam, bayi yang baru lahir perlu diazan dan ditahmidkan. Kemudian, ibu bapa akan memilih
nama yang baik dan seterusnya melakukan aqiqah. Semua ini penting sebagai tanda kesyukuran
kerana mendapat anak.
Namun, yang agak dikesali adalah tindakan sesetengah masyarakat yang menyambut kelahiran anak
dengan bermacam-macam perkara hingga menjadi khurafat seperti meletakkan pisau di bawah
bantal, kononnya untuk mengelakkan daripada gangguan hantu dan syaitan.
“Sama juga dengan majlis mencukur kepala. Sepatutnya rambut dicukur dengan tujuan
membersihkan kepala bayi tersebut tetapi kita hanya cukur sedikit sahaja. Rambut yang habis dicukur
perlu ditimbang dengan nilai emas untuk disedekahkan kepada fakir miskin.
“Cuma Islam tidak memberatkan untuk timbangan emas kerana yang penting ialah membersihkan
kepala bayi.” jelas Rugayah.
Majlis Perkahwinan
Pada majlis perkahwinan pula, yang menjadi tuntutan agama ialah akad nikah dan kenduri kahwin.
Perkahwinan yang dilangsungkan hendaklah diisytiharkan dengan mengadakan kenduri seperti
sabda Nabi Muhammad s.a.w. yang bermaksud: “Buatlah kenduri walau dengan seekor kambing.”
(Riwayat Bukhari)
Dalam Islam, meminang adalah disunatkan tetapi ia bukan satu adat. Agama turut menggalakkan
pemberian hadiah, misalnya pemberian hantaran kepada keluarga pengantin, tetapi biarlah ia
bersederhana untuk mengeratkan hubungan silaturahim. Kalau ia dilakukan secara berlebih-lebihan
seperti mana pada hari ini, itu semua adalah adat semata-mata dan bukannya tuntutan agama.
Begitu juga dengan majlis perkahwinan yang terlalu meriah hingga mengundang kepada pembaziran.
Perkara ini jelas bertentangan dengan ajaran Islam. Di samping itu, ia turut diiringi dengan majlis
persandingan di mana pengantin perempuan berhias secara berlebih-lebihan dan membuka aurat.
“Islam menggalakkan kenduri untuk menghebahkan perkahwinan kepada umum. Adalah lebih elok
kalau pasangan melayan tetamu dengan dihiasi pakaian yang sedikit berbeza dan menunjukkan
dirinya baru berkahwin. Tetapi dalam masyarakat kita terlalu banyak adat hingga matlamat sebenar
tidak tercapai,” kata beliau.
Rugayah turut menyentuh mengenai adat menepung tawar pasangan pengantin semasa majlis
persandingan. Dipercayai adat ini berlaku dalam kalangan masyarakat Melayu dahulu kala yang
hendak belayar. Ketika itu diadakan upacara menurunkan perahu atau kapal. Upacara dilakukan
dengan perahu itu dipulihkan dengan jampi serapah dan mentera menggunakan tepung tawar dan
sebagainya.
“Seperti yang saya nyatakan, masyarakat kita sebenarnya tidak jelas apakah adat yang mereka buat
dan tujuannya. Dalam adat menepung tawar, kita perlu lihat pada tujuannya terlebih dahulu. Kalau
berhasrat untuk menolak bala, maka Islam tidak membenarkan. Sekiranya ia dilakukan dengan tujuan
untuk meraikan pengantin, ini tidak bertentangan dengan syarak,” tambahnya.
Selain itu, beberapa adat yang wujud di sesetengah negeri seperti adat mandi bagi pasangan
pengantin juga tidak manis dilakukan kerana ia menampakkan aurat antara lelaki dan perempuan.
Adat ‘tol’ seperti di Johor juga dilihat membebankan pihak lelaki yang sudah banyak mengeluarkan
perbelanjaan.
Ketika Mengandung
Antara adat yang bertentangan dengan syarak ialah lenggang perut. Adat melenggang perut
kebanyakannya lebih difahami masyarakat Melayu di selatan Semenanjung manakala di utara
Semenanjung, ia lebih dikenali dengan panggilan kirim perut.
Ia dilakukan ke atas wanita yang genap hamil tujuh bulan bertujuan meletakkan kedudukan bayi di
tempat yang sepatutnya dalam perut ibu iaitu bahagian kepala di pintu rahim. Ini penting bagi
memudahkan si ibu bersalin dan bayi tidak kelemasan di dalam perut.
Kelengkapan yang diperlukan ialah tujuh helai kain berlainan warna, segantang beras, sebiji kelapa,
beberapa urat benang dan lilin, sebatang damar, sedikit minyak kelapa atau minyak urut, satu tepak
sirih yang lengkap dengan isinya dan pengeras wang sebanyak RM1.25 di dalam tepak sirih.
Biasanya pada hari melenggang perut akan diadakan kenduri kecil-kecilan yang akan dihadiri oleh
orang tua-tua dan kaum keluarga yang rapat. Pada masa kenduri itu berlangsung, si ibu yang akan
melenggang perut akan dipakaikan dengan pakaian baru dan cantik.
“Adat ini wujud kerana azam kita agar bayi dapat dilahirkan dengan selamat. Hakikatnya, kita perlu
memohon dan berdoa kepada Allah s.w.t. supaya dimudahkan bersalin dan bukannya melalui
upacara tersebut.
“Oleh kerana adat ini diwarisi sejak turun-temurun, maka masyarakat hari ini masih lagi
mengamalkannya,” ujar Rugayah yang berpendapat perlu ada usaha digerakkan bagi menjelaskan
kekeliruan antara adat dan agama.
Kematian
Masyarakat Melayu juga mempunyai kepercayaan tertentu apabila membabitkan soal kematian.
Misalnya, mengadakan majlis tahlil dalam tempoh tertentu hingga membebankan keluarga si mati.
Apabila masyarakat semakin keliru dan tidak tahu membezakan antara adat dan agama, ia akan
menyebabkan umat Islam keciciran tanggungjawab terhadap agama. Dalam kehidupan sesetengah
individu, dari segi psikologi mereka sentiasa mengharapkan ada kuasa lain dalam diri mereka.
“Saya ingin tegaskan bahawa selagi adat tidak bertentangan dengan agama, maka Islam
membenarkan. Jangan sampai ia memudaratkan seperti mana yang kita lihat pada hari ini iaitu
perbelanjaan perkahwinan yang tinggi menyebabkan ramai pasangan muda menangguhkan
perkahwinan mereka dan akhirnya berlaku maksiat,” tegas beliau.

More Related Content

What's hot

Adat dan Pantang Larang Kaum Melayu
Adat dan Pantang Larang Kaum MelayuAdat dan Pantang Larang Kaum Melayu
Adat dan Pantang Larang Kaum MelayuSiti Nor BahijAh
 
Pendidikan anak sholeh
Pendidikan anak sholehPendidikan anak sholeh
Pendidikan anak sholehkangjasmadi2
 
Presentasi agama
Presentasi agamaPresentasi agama
Presentasi agamaNefa151089
 
Lmcp1522 pembangunan mapan dalam islam
Lmcp1522 pembangunan mapan dalam islamLmcp1522 pembangunan mapan dalam islam
Lmcp1522 pembangunan mapan dalam islamFarisha Aliah
 
Amalan Terbaik dalam Pembangunan Sosial
Amalan Terbaik dalam Pembangunan SosialAmalan Terbaik dalam Pembangunan Sosial
Amalan Terbaik dalam Pembangunan Sosialhawa daud
 
Peminangan STPM PENGGAL 1
Peminangan STPM PENGGAL 1Peminangan STPM PENGGAL 1
Peminangan STPM PENGGAL 1Din Gcs
 
A171066 Amalan Terbaik Kesejahteraan Sosial
A171066 Amalan Terbaik Kesejahteraan SosialA171066 Amalan Terbaik Kesejahteraan Sosial
A171066 Amalan Terbaik Kesejahteraan Sosialfatin sabrina
 
Khutbah ttg akhlak rasul
Khutbah ttg akhlak rasulKhutbah ttg akhlak rasul
Khutbah ttg akhlak rasulFaridah Mustapa
 
Lmcp 1552 pembangunan mapan dalam islam
Lmcp 1552 pembangunan mapan dalam islamLmcp 1552 pembangunan mapan dalam islam
Lmcp 1552 pembangunan mapan dalam islamnadhira_najwa97
 
Pembangunan mapan dlm islam (a158859)
Pembangunan mapan dlm islam (a158859)Pembangunan mapan dlm islam (a158859)
Pembangunan mapan dlm islam (a158859)Aliah Izzati Idham
 
Media Umat edisi 115
Media Umat edisi 115Media Umat edisi 115
Media Umat edisi 115Rizky Faisal
 
Lmcp 1552 Amalan Terbaik Dalam Pembangunan Sosial
Lmcp 1552 Amalan Terbaik Dalam Pembangunan SosialLmcp 1552 Amalan Terbaik Dalam Pembangunan Sosial
Lmcp 1552 Amalan Terbaik Dalam Pembangunan SosialNurul Nadhirah Mohd Noor
 

What's hot (20)

Adat dan Pantang Larang Kaum Melayu
Adat dan Pantang Larang Kaum MelayuAdat dan Pantang Larang Kaum Melayu
Adat dan Pantang Larang Kaum Melayu
 
Pendidikan anak sholeh
Pendidikan anak sholehPendidikan anak sholeh
Pendidikan anak sholeh
 
Presentasi agama
Presentasi agamaPresentasi agama
Presentasi agama
 
RESENSI BUKU
RESENSI BUKURESENSI BUKU
RESENSI BUKU
 
Lmcp1522 pembangunan mapan dalam islam
Lmcp1522 pembangunan mapan dalam islamLmcp1522 pembangunan mapan dalam islam
Lmcp1522 pembangunan mapan dalam islam
 
Amalan terbaik dalam pembangunan sosial (aktiviti 3)
Amalan terbaik dalam pembangunan sosial (aktiviti 3)Amalan terbaik dalam pembangunan sosial (aktiviti 3)
Amalan terbaik dalam pembangunan sosial (aktiviti 3)
 
Lmcp 1552 tugasan 3
Lmcp 1552 tugasan 3Lmcp 1552 tugasan 3
Lmcp 1552 tugasan 3
 
Amalan Terbaik dalam Pembangunan Sosial
Amalan Terbaik dalam Pembangunan SosialAmalan Terbaik dalam Pembangunan Sosial
Amalan Terbaik dalam Pembangunan Sosial
 
Pembangunan mapan dalam Islam
Pembangunan mapan dalam IslamPembangunan mapan dalam Islam
Pembangunan mapan dalam Islam
 
Peminangan STPM PENGGAL 1
Peminangan STPM PENGGAL 1Peminangan STPM PENGGAL 1
Peminangan STPM PENGGAL 1
 
A171066 Amalan Terbaik Kesejahteraan Sosial
A171066 Amalan Terbaik Kesejahteraan SosialA171066 Amalan Terbaik Kesejahteraan Sosial
A171066 Amalan Terbaik Kesejahteraan Sosial
 
Sunda
SundaSunda
Sunda
 
Khutbah ttg akhlak rasul
Khutbah ttg akhlak rasulKhutbah ttg akhlak rasul
Khutbah ttg akhlak rasul
 
Berbicara soal agama
Berbicara soal agamaBerbicara soal agama
Berbicara soal agama
 
Lmcp 1552 pembangunan mapan dalam islam
Lmcp 1552 pembangunan mapan dalam islamLmcp 1552 pembangunan mapan dalam islam
Lmcp 1552 pembangunan mapan dalam islam
 
Iedul qurban
Iedul qurbanIedul qurban
Iedul qurban
 
Proposal
ProposalProposal
Proposal
 
Pembangunan mapan dlm islam (a158859)
Pembangunan mapan dlm islam (a158859)Pembangunan mapan dlm islam (a158859)
Pembangunan mapan dlm islam (a158859)
 
Media Umat edisi 115
Media Umat edisi 115Media Umat edisi 115
Media Umat edisi 115
 
Lmcp 1552 Amalan Terbaik Dalam Pembangunan Sosial
Lmcp 1552 Amalan Terbaik Dalam Pembangunan SosialLmcp 1552 Amalan Terbaik Dalam Pembangunan Sosial
Lmcp 1552 Amalan Terbaik Dalam Pembangunan Sosial
 

Viewers also liked

Performance analysis of ‘Mission Shakti’ in empowering women in Odisha - An e...
Performance analysis of ‘Mission Shakti’ in empowering women in Odisha - An e...Performance analysis of ‘Mission Shakti’ in empowering women in Odisha - An e...
Performance analysis of ‘Mission Shakti’ in empowering women in Odisha - An e...inventionjournals
 
Hafró makríll mars 2014
Hafró makríll mars 2014Hafró makríll mars 2014
Hafró makríll mars 2014FIFIsland
 
Cefaloteixo
CefaloteixoCefaloteixo
Cefaloteixomonadela
 
Ppt leeggoed summerschool
Ppt leeggoed summerschoolPpt leeggoed summerschool
Ppt leeggoed summerschoolDieGem
 
Pífies (orto)gràfiques
Pífies (orto)gràfiquesPífies (orto)gràfiques
Pífies (orto)gràfiquesJoanprofe
 
Evolution and Humanity
Evolution and HumanityEvolution and Humanity
Evolution and Humanityiron59
 
Materi smart fisika klas 8 getaran dan gelombang
Materi  smart  fisika klas 8 getaran dan gelombangMateri  smart  fisika klas 8 getaran dan gelombang
Materi smart fisika klas 8 getaran dan gelombangAmalina Berliana
 
Hafró lodna-kolmunni-þs mars 2014
Hafró lodna-kolmunni-þs  mars 2014Hafró lodna-kolmunni-þs  mars 2014
Hafró lodna-kolmunni-þs mars 2014FIFIsland
 
Tamargueira
TamargueiraTamargueira
Tamargueiramonadela
 
TESTA, School of Politics & International Relations, University of Nottingham...
TESTA, School of Politics & International Relations, University of Nottingham...TESTA, School of Politics & International Relations, University of Nottingham...
TESTA, School of Politics & International Relations, University of Nottingham...TESTA winch
 

Viewers also liked (12)

Performance analysis of ‘Mission Shakti’ in empowering women in Odisha - An e...
Performance analysis of ‘Mission Shakti’ in empowering women in Odisha - An e...Performance analysis of ‘Mission Shakti’ in empowering women in Odisha - An e...
Performance analysis of ‘Mission Shakti’ in empowering women in Odisha - An e...
 
Hafró makríll mars 2014
Hafró makríll mars 2014Hafró makríll mars 2014
Hafró makríll mars 2014
 
Cefaloteixo
CefaloteixoCefaloteixo
Cefaloteixo
 
Ppt leeggoed summerschool
Ppt leeggoed summerschoolPpt leeggoed summerschool
Ppt leeggoed summerschool
 
Genome <imran>
Genome <imran>Genome <imran>
Genome <imran>
 
Pífies (orto)gràfiques
Pífies (orto)gràfiquesPífies (orto)gràfiques
Pífies (orto)gràfiques
 
Evolution and Humanity
Evolution and HumanityEvolution and Humanity
Evolution and Humanity
 
Materi smart fisika klas 8 getaran dan gelombang
Materi  smart  fisika klas 8 getaran dan gelombangMateri  smart  fisika klas 8 getaran dan gelombang
Materi smart fisika klas 8 getaran dan gelombang
 
Hafró lodna-kolmunni-þs mars 2014
Hafró lodna-kolmunni-þs  mars 2014Hafró lodna-kolmunni-þs  mars 2014
Hafró lodna-kolmunni-þs mars 2014
 
Tamargueira
TamargueiraTamargueira
Tamargueira
 
TESTA, School of Politics & International Relations, University of Nottingham...
TESTA, School of Politics & International Relations, University of Nottingham...TESTA, School of Politics & International Relations, University of Nottingham...
TESTA, School of Politics & International Relations, University of Nottingham...
 
Chhattisgadiya
ChhattisgadiyaChhattisgadiya
Chhattisgadiya
 

Similar to Adat jangan bertentangan syariat

Perbedaan Aqiqah dan Qurban.pdf
Perbedaan Aqiqah dan Qurban.pdfPerbedaan Aqiqah dan Qurban.pdf
Perbedaan Aqiqah dan Qurban.pdfmuhamad khotim
 
Hukum perayaan ulang tahun dalam islam
Hukum perayaan ulang tahun dalam islamHukum perayaan ulang tahun dalam islam
Hukum perayaan ulang tahun dalam islamAyu Pitas
 
EDUP3073 Adat Resam Kaum
EDUP3073 Adat Resam KaumEDUP3073 Adat Resam Kaum
EDUP3073 Adat Resam KaumAfifah Yusoff
 
Biar mati anak jangan mati adat
Biar mati anak jangan mati adatBiar mati anak jangan mati adat
Biar mati anak jangan mati adatNORULSP
 
Biar mati anak jangan mati adat
Biar mati anak jangan mati adatBiar mati anak jangan mati adat
Biar mati anak jangan mati adat720710025620
 
Budaya dan Adat Resam Orang Melayu
Budaya dan Adat Resam Orang MelayuBudaya dan Adat Resam Orang Melayu
Budaya dan Adat Resam Orang MelayuRibut Taufan
 
Antropologi dan Budaya.pptx
Antropologi dan Budaya.pptxAntropologi dan Budaya.pptx
Antropologi dan Budaya.pptxnajwa416853
 
BUDAYA DAN RESAM MELAYU
BUDAYA DAN RESAM MELAYUBUDAYA DAN RESAM MELAYU
BUDAYA DAN RESAM MELAYUDanial DI
 
Kelompok 1 Budaya Sumatera.pdf
Kelompok 1 Budaya Sumatera.pdfKelompok 1 Budaya Sumatera.pdf
Kelompok 1 Budaya Sumatera.pdfMuhammadRipurio
 
EDU 3063 Penulisan etnik bajau serta implikasi kepelbagaian sosiobudaya terha...
EDU 3063 Penulisan etnik bajau serta implikasi kepelbagaian sosiobudaya terha...EDU 3063 Penulisan etnik bajau serta implikasi kepelbagaian sosiobudaya terha...
EDU 3063 Penulisan etnik bajau serta implikasi kepelbagaian sosiobudaya terha...Jat Anasiti
 
EFEKTIVITAS KEGIATAN KEGAMAAN DALAM MENANGANI KENAKALAN REMAJA DI DESA MUNTE....
EFEKTIVITAS KEGIATAN KEGAMAAN DALAM MENANGANI KENAKALAN REMAJA DI DESA MUNTE....EFEKTIVITAS KEGIATAN KEGAMAAN DALAM MENANGANI KENAKALAN REMAJA DI DESA MUNTE....
EFEKTIVITAS KEGIATAN KEGAMAAN DALAM MENANGANI KENAKALAN REMAJA DI DESA MUNTE....Alorka 114114
 
23.12.2022 (RUMI) KELUARGA MITHALI, ISLAM DIHORMATI.pdf
23.12.2022 (RUMI) KELUARGA MITHALI, ISLAM DIHORMATI.pdf23.12.2022 (RUMI) KELUARGA MITHALI, ISLAM DIHORMATI.pdf
23.12.2022 (RUMI) KELUARGA MITHALI, ISLAM DIHORMATI.pdfmohdaswad9
 

Similar to Adat jangan bertentangan syariat (20)

Perkahwinan
PerkahwinanPerkahwinan
Perkahwinan
 
Adeliya
AdeliyaAdeliya
Adeliya
 
Perbedaan Aqiqah dan Qurban.pdf
Perbedaan Aqiqah dan Qurban.pdfPerbedaan Aqiqah dan Qurban.pdf
Perbedaan Aqiqah dan Qurban.pdf
 
Pengaruh hindu dalam adat istiadat melayu
Pengaruh hindu dalam adat istiadat melayuPengaruh hindu dalam adat istiadat melayu
Pengaruh hindu dalam adat istiadat melayu
 
T1 a3
T1 a3T1 a3
T1 a3
 
Hukum perayaan ulang tahun dalam islam
Hukum perayaan ulang tahun dalam islamHukum perayaan ulang tahun dalam islam
Hukum perayaan ulang tahun dalam islam
 
EDUP3073 Adat Resam Kaum
EDUP3073 Adat Resam KaumEDUP3073 Adat Resam Kaum
EDUP3073 Adat Resam Kaum
 
Keluarga sakinah dalam
Keluarga sakinah dalamKeluarga sakinah dalam
Keluarga sakinah dalam
 
Biar mati anak jangan mati adat
Biar mati anak jangan mati adatBiar mati anak jangan mati adat
Biar mati anak jangan mati adat
 
Biar mati anak jangan mati adat
Biar mati anak jangan mati adatBiar mati anak jangan mati adat
Biar mati anak jangan mati adat
 
Budaya dan Adat Resam Orang Melayu
Budaya dan Adat Resam Orang MelayuBudaya dan Adat Resam Orang Melayu
Budaya dan Adat Resam Orang Melayu
 
Antropologi dan Budaya.pptx
Antropologi dan Budaya.pptxAntropologi dan Budaya.pptx
Antropologi dan Budaya.pptx
 
BUDAYA DAN RESAM MELAYU
BUDAYA DAN RESAM MELAYUBUDAYA DAN RESAM MELAYU
BUDAYA DAN RESAM MELAYU
 
Kelompok 1 Budaya Sumatera.pdf
Kelompok 1 Budaya Sumatera.pdfKelompok 1 Budaya Sumatera.pdf
Kelompok 1 Budaya Sumatera.pdf
 
aqiqah.docx
aqiqah.docxaqiqah.docx
aqiqah.docx
 
EDU 3063 Penulisan etnik bajau serta implikasi kepelbagaian sosiobudaya terha...
EDU 3063 Penulisan etnik bajau serta implikasi kepelbagaian sosiobudaya terha...EDU 3063 Penulisan etnik bajau serta implikasi kepelbagaian sosiobudaya terha...
EDU 3063 Penulisan etnik bajau serta implikasi kepelbagaian sosiobudaya terha...
 
EFEKTIVITAS KEGIATAN KEGAMAAN DALAM MENANGANI KENAKALAN REMAJA DI DESA MUNTE....
EFEKTIVITAS KEGIATAN KEGAMAAN DALAM MENANGANI KENAKALAN REMAJA DI DESA MUNTE....EFEKTIVITAS KEGIATAN KEGAMAAN DALAM MENANGANI KENAKALAN REMAJA DI DESA MUNTE....
EFEKTIVITAS KEGIATAN KEGAMAAN DALAM MENANGANI KENAKALAN REMAJA DI DESA MUNTE....
 
Makalah karo (2)
Makalah karo (2)Makalah karo (2)
Makalah karo (2)
 
23.12.2022 (RUMI) KELUARGA MITHALI, ISLAM DIHORMATI.pdf
23.12.2022 (RUMI) KELUARGA MITHALI, ISLAM DIHORMATI.pdf23.12.2022 (RUMI) KELUARGA MITHALI, ISLAM DIHORMATI.pdf
23.12.2022 (RUMI) KELUARGA MITHALI, ISLAM DIHORMATI.pdf
 
Keluarga Sakinah
Keluarga SakinahKeluarga Sakinah
Keluarga Sakinah
 

More from R&R Darulkautsar

bahaya dan akibat buruk zina
 bahaya dan akibat buruk zina bahaya dan akibat buruk zina
bahaya dan akibat buruk zinaR&R Darulkautsar
 
sebab sebab kehancuran umat
sebab sebab kehancuran umatsebab sebab kehancuran umat
sebab sebab kehancuran umatR&R Darulkautsar
 
youth with and without belief
 youth with and without belief youth with and without belief
youth with and without beliefR&R Darulkautsar
 
the evil of craving for wealth and status
 the evil of craving for wealth and status the evil of craving for wealth and status
the evil of craving for wealth and statusR&R Darulkautsar
 
bilakah sayyidina hasan dilahirkan
bilakah sayyidina hasan dilahirkanbilakah sayyidina hasan dilahirkan
bilakah sayyidina hasan dilahirkanR&R Darulkautsar
 
benarkah hajjaj seorang yang sangat jahat
 benarkah hajjaj seorang yang sangat jahat benarkah hajjaj seorang yang sangat jahat
benarkah hajjaj seorang yang sangat jahatR&R Darulkautsar
 
penjelasan tentang bid’ah – maulana asri yusoff
 penjelasan tentang bid’ah – maulana asri yusoff penjelasan tentang bid’ah – maulana asri yusoff
penjelasan tentang bid’ah – maulana asri yusoffR&R Darulkautsar
 
komentar buku-buku sejarah islam
 komentar buku-buku sejarah islam komentar buku-buku sejarah islam
komentar buku-buku sejarah islamR&R Darulkautsar
 
anak cucu nabi s.a.w yang dilupa dan dipinggirkan
 anak cucu nabi s.a.w yang dilupa dan dipinggirkan anak cucu nabi s.a.w yang dilupa dan dipinggirkan
anak cucu nabi s.a.w yang dilupa dan dipinggirkanR&R Darulkautsar
 
sepintas lalu tentang ibnu ishaq
sepintas lalu tentang ibnu ishaqsepintas lalu tentang ibnu ishaq
sepintas lalu tentang ibnu ishaqR&R Darulkautsar
 
apakah yang telah diseludup oleh syiah
apakah yang telah diseludup oleh syiahapakah yang telah diseludup oleh syiah
apakah yang telah diseludup oleh syiahR&R Darulkautsar
 
sejauh mana boleh beramal dengan zikir sufi ini
sejauh mana boleh beramal dengan zikir sufi inisejauh mana boleh beramal dengan zikir sufi ini
sejauh mana boleh beramal dengan zikir sufi iniR&R Darulkautsar
 
berulang kali melakukan haji dan umrah – fatwa qardhawi
 berulang kali melakukan haji dan umrah – fatwa qardhawi berulang kali melakukan haji dan umrah – fatwa qardhawi
berulang kali melakukan haji dan umrah – fatwa qardhawiR&R Darulkautsar
 
kekeliruan sekitar hukum mewarnakan rambut beruban
kekeliruan sekitar hukum mewarnakan rambut berubankekeliruan sekitar hukum mewarnakan rambut beruban
kekeliruan sekitar hukum mewarnakan rambut berubanR&R Darulkautsar
 

More from R&R Darulkautsar (20)

sayyidina mu’awiyah
 sayyidina mu’awiyah sayyidina mu’awiyah
sayyidina mu’awiyah
 
bukti-bukti ikhlas
 bukti-bukti ikhlas bukti-bukti ikhlas
bukti-bukti ikhlas
 
jiwa yang tenteram
 jiwa yang tenteram jiwa yang tenteram
jiwa yang tenteram
 
bahaya dan akibat buruk zina
 bahaya dan akibat buruk zina bahaya dan akibat buruk zina
bahaya dan akibat buruk zina
 
sebab sebab kehancuran umat
sebab sebab kehancuran umatsebab sebab kehancuran umat
sebab sebab kehancuran umat
 
the fruits of oppression
the fruits of oppressionthe fruits of oppression
the fruits of oppression
 
youth with and without belief
 youth with and without belief youth with and without belief
youth with and without belief
 
the evil of craving for wealth and status
 the evil of craving for wealth and status the evil of craving for wealth and status
the evil of craving for wealth and status
 
dunia itu fatamorgana
 dunia itu fatamorgana dunia itu fatamorgana
dunia itu fatamorgana
 
bilakah sayyidina hasan dilahirkan
bilakah sayyidina hasan dilahirkanbilakah sayyidina hasan dilahirkan
bilakah sayyidina hasan dilahirkan
 
benarkah hajjaj seorang yang sangat jahat
 benarkah hajjaj seorang yang sangat jahat benarkah hajjaj seorang yang sangat jahat
benarkah hajjaj seorang yang sangat jahat
 
penjelasan tentang bid’ah – maulana asri yusoff
 penjelasan tentang bid’ah – maulana asri yusoff penjelasan tentang bid’ah – maulana asri yusoff
penjelasan tentang bid’ah – maulana asri yusoff
 
bidaah dan syirik
  bidaah dan syirik  bidaah dan syirik
bidaah dan syirik
 
komentar buku-buku sejarah islam
 komentar buku-buku sejarah islam komentar buku-buku sejarah islam
komentar buku-buku sejarah islam
 
anak cucu nabi s.a.w yang dilupa dan dipinggirkan
 anak cucu nabi s.a.w yang dilupa dan dipinggirkan anak cucu nabi s.a.w yang dilupa dan dipinggirkan
anak cucu nabi s.a.w yang dilupa dan dipinggirkan
 
sepintas lalu tentang ibnu ishaq
sepintas lalu tentang ibnu ishaqsepintas lalu tentang ibnu ishaq
sepintas lalu tentang ibnu ishaq
 
apakah yang telah diseludup oleh syiah
apakah yang telah diseludup oleh syiahapakah yang telah diseludup oleh syiah
apakah yang telah diseludup oleh syiah
 
sejauh mana boleh beramal dengan zikir sufi ini
sejauh mana boleh beramal dengan zikir sufi inisejauh mana boleh beramal dengan zikir sufi ini
sejauh mana boleh beramal dengan zikir sufi ini
 
berulang kali melakukan haji dan umrah – fatwa qardhawi
 berulang kali melakukan haji dan umrah – fatwa qardhawi berulang kali melakukan haji dan umrah – fatwa qardhawi
berulang kali melakukan haji dan umrah – fatwa qardhawi
 
kekeliruan sekitar hukum mewarnakan rambut beruban
kekeliruan sekitar hukum mewarnakan rambut berubankekeliruan sekitar hukum mewarnakan rambut beruban
kekeliruan sekitar hukum mewarnakan rambut beruban
 

Recently uploaded

MODUL 1 Pembelajaran Kelas Rangkap-compressed.pdf
MODUL 1 Pembelajaran Kelas Rangkap-compressed.pdfMODUL 1 Pembelajaran Kelas Rangkap-compressed.pdf
MODUL 1 Pembelajaran Kelas Rangkap-compressed.pdfNurulHikmah50658
 
PERAN PERAWAT DALAM PEMERIKSAAN PENUNJANG.pptx
PERAN PERAWAT DALAM PEMERIKSAAN PENUNJANG.pptxPERAN PERAWAT DALAM PEMERIKSAAN PENUNJANG.pptx
PERAN PERAWAT DALAM PEMERIKSAAN PENUNJANG.pptxRizkyPratiwi19
 
Latsol TWK Nasionalisme untuk masuk CPNS
Latsol TWK Nasionalisme untuk masuk CPNSLatsol TWK Nasionalisme untuk masuk CPNS
Latsol TWK Nasionalisme untuk masuk CPNSdheaprs
 
MAKALAH KELOMPOK 7 ADMINISTRASI LAYANAN KHUSUS.pdf
MAKALAH KELOMPOK 7 ADMINISTRASI LAYANAN KHUSUS.pdfMAKALAH KELOMPOK 7 ADMINISTRASI LAYANAN KHUSUS.pdf
MAKALAH KELOMPOK 7 ADMINISTRASI LAYANAN KHUSUS.pdfChananMfd
 
Diskusi PPT Sistem Pakar Sesi Ke-4 Simple Naïve Bayesian Classifier .pdf
Diskusi PPT Sistem Pakar Sesi Ke-4 Simple Naïve Bayesian Classifier .pdfDiskusi PPT Sistem Pakar Sesi Ke-4 Simple Naïve Bayesian Classifier .pdf
Diskusi PPT Sistem Pakar Sesi Ke-4 Simple Naïve Bayesian Classifier .pdfHendroGunawan8
 
REFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdf
REFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdfREFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdf
REFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdfirwanabidin08
 
Refleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptx
Refleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptxRefleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptx
Refleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptxIrfanAudah1
 
Keterampilan menyimak kelas bawah tugas UT
Keterampilan menyimak kelas bawah tugas UTKeterampilan menyimak kelas bawah tugas UT
Keterampilan menyimak kelas bawah tugas UTIndraAdm
 
contoh penulisan nomor skl pada surat kelulusan .pptx
contoh penulisan nomor skl pada surat kelulusan  .pptxcontoh penulisan nomor skl pada surat kelulusan  .pptx
contoh penulisan nomor skl pada surat kelulusan .pptxHR MUSLIM
 
Contoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdf
Contoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdfContoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdf
Contoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdfCandraMegawati
 
UT PGSD PDGK4103 MODUL 2 STRUKTUR TUBUH Pada Makhluk Hidup
UT PGSD PDGK4103 MODUL 2 STRUKTUR TUBUH Pada Makhluk HidupUT PGSD PDGK4103 MODUL 2 STRUKTUR TUBUH Pada Makhluk Hidup
UT PGSD PDGK4103 MODUL 2 STRUKTUR TUBUH Pada Makhluk Hidupfamela161
 
AKSI NYATA NARKOBA ATAU OBAT TERLARANG..
AKSI NYATA NARKOBA ATAU OBAT TERLARANG..AKSI NYATA NARKOBA ATAU OBAT TERLARANG..
AKSI NYATA NARKOBA ATAU OBAT TERLARANG..ikayogakinasih12
 
Membuat Komik Digital Berisi Kritik Sosial.docx
Membuat Komik Digital Berisi Kritik Sosial.docxMembuat Komik Digital Berisi Kritik Sosial.docx
Membuat Komik Digital Berisi Kritik Sosial.docxNurindahSetyawati1
 
MODUL P5 KEWIRAUSAHAAN SMAN 2 SLAWI 2023.pptx
MODUL P5 KEWIRAUSAHAAN SMAN 2 SLAWI 2023.pptxMODUL P5 KEWIRAUSAHAAN SMAN 2 SLAWI 2023.pptx
MODUL P5 KEWIRAUSAHAAN SMAN 2 SLAWI 2023.pptxSlasiWidasmara1
 
Bab 7 - Perilaku Ekonomi dan Kesejahteraan Sosial.pptx
Bab 7 - Perilaku Ekonomi dan Kesejahteraan Sosial.pptxBab 7 - Perilaku Ekonomi dan Kesejahteraan Sosial.pptx
Bab 7 - Perilaku Ekonomi dan Kesejahteraan Sosial.pptxssuser35630b
 
PPT AKUNTANSI KEUANGAN MENENGAH DUA.pptx
PPT AKUNTANSI KEUANGAN MENENGAH DUA.pptxPPT AKUNTANSI KEUANGAN MENENGAH DUA.pptx
PPT AKUNTANSI KEUANGAN MENENGAH DUA.pptxssuser8905b3
 
Bab 6 Kreatif Mengungap Rasa dan Realitas.pdf
Bab 6 Kreatif Mengungap Rasa dan Realitas.pdfBab 6 Kreatif Mengungap Rasa dan Realitas.pdf
Bab 6 Kreatif Mengungap Rasa dan Realitas.pdfbibizaenab
 
PPT PENELITIAN TINDAKAN KELAS MODUL 5.pptx
PPT PENELITIAN TINDAKAN KELAS MODUL 5.pptxPPT PENELITIAN TINDAKAN KELAS MODUL 5.pptx
PPT PENELITIAN TINDAKAN KELAS MODUL 5.pptxSaefAhmad
 
Sesi 1_PPT Ruang Kolaborasi Modul 1.3 _ ke 1_PGP Angkatan 10.pptx
Sesi 1_PPT Ruang Kolaborasi Modul 1.3 _ ke 1_PGP Angkatan 10.pptxSesi 1_PPT Ruang Kolaborasi Modul 1.3 _ ke 1_PGP Angkatan 10.pptx
Sesi 1_PPT Ruang Kolaborasi Modul 1.3 _ ke 1_PGP Angkatan 10.pptxSovyOktavianti
 
PPT AKSI NYATA KOMUNITAS BELAJAR .ppt di SD
PPT AKSI NYATA KOMUNITAS BELAJAR .ppt di SDPPT AKSI NYATA KOMUNITAS BELAJAR .ppt di SD
PPT AKSI NYATA KOMUNITAS BELAJAR .ppt di SDNurainiNuraini25
 

Recently uploaded (20)

MODUL 1 Pembelajaran Kelas Rangkap-compressed.pdf
MODUL 1 Pembelajaran Kelas Rangkap-compressed.pdfMODUL 1 Pembelajaran Kelas Rangkap-compressed.pdf
MODUL 1 Pembelajaran Kelas Rangkap-compressed.pdf
 
PERAN PERAWAT DALAM PEMERIKSAAN PENUNJANG.pptx
PERAN PERAWAT DALAM PEMERIKSAAN PENUNJANG.pptxPERAN PERAWAT DALAM PEMERIKSAAN PENUNJANG.pptx
PERAN PERAWAT DALAM PEMERIKSAAN PENUNJANG.pptx
 
Latsol TWK Nasionalisme untuk masuk CPNS
Latsol TWK Nasionalisme untuk masuk CPNSLatsol TWK Nasionalisme untuk masuk CPNS
Latsol TWK Nasionalisme untuk masuk CPNS
 
MAKALAH KELOMPOK 7 ADMINISTRASI LAYANAN KHUSUS.pdf
MAKALAH KELOMPOK 7 ADMINISTRASI LAYANAN KHUSUS.pdfMAKALAH KELOMPOK 7 ADMINISTRASI LAYANAN KHUSUS.pdf
MAKALAH KELOMPOK 7 ADMINISTRASI LAYANAN KHUSUS.pdf
 
Diskusi PPT Sistem Pakar Sesi Ke-4 Simple Naïve Bayesian Classifier .pdf
Diskusi PPT Sistem Pakar Sesi Ke-4 Simple Naïve Bayesian Classifier .pdfDiskusi PPT Sistem Pakar Sesi Ke-4 Simple Naïve Bayesian Classifier .pdf
Diskusi PPT Sistem Pakar Sesi Ke-4 Simple Naïve Bayesian Classifier .pdf
 
REFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdf
REFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdfREFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdf
REFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdf
 
Refleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptx
Refleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptxRefleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptx
Refleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptx
 
Keterampilan menyimak kelas bawah tugas UT
Keterampilan menyimak kelas bawah tugas UTKeterampilan menyimak kelas bawah tugas UT
Keterampilan menyimak kelas bawah tugas UT
 
contoh penulisan nomor skl pada surat kelulusan .pptx
contoh penulisan nomor skl pada surat kelulusan  .pptxcontoh penulisan nomor skl pada surat kelulusan  .pptx
contoh penulisan nomor skl pada surat kelulusan .pptx
 
Contoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdf
Contoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdfContoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdf
Contoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdf
 
UT PGSD PDGK4103 MODUL 2 STRUKTUR TUBUH Pada Makhluk Hidup
UT PGSD PDGK4103 MODUL 2 STRUKTUR TUBUH Pada Makhluk HidupUT PGSD PDGK4103 MODUL 2 STRUKTUR TUBUH Pada Makhluk Hidup
UT PGSD PDGK4103 MODUL 2 STRUKTUR TUBUH Pada Makhluk Hidup
 
AKSI NYATA NARKOBA ATAU OBAT TERLARANG..
AKSI NYATA NARKOBA ATAU OBAT TERLARANG..AKSI NYATA NARKOBA ATAU OBAT TERLARANG..
AKSI NYATA NARKOBA ATAU OBAT TERLARANG..
 
Membuat Komik Digital Berisi Kritik Sosial.docx
Membuat Komik Digital Berisi Kritik Sosial.docxMembuat Komik Digital Berisi Kritik Sosial.docx
Membuat Komik Digital Berisi Kritik Sosial.docx
 
MODUL P5 KEWIRAUSAHAAN SMAN 2 SLAWI 2023.pptx
MODUL P5 KEWIRAUSAHAAN SMAN 2 SLAWI 2023.pptxMODUL P5 KEWIRAUSAHAAN SMAN 2 SLAWI 2023.pptx
MODUL P5 KEWIRAUSAHAAN SMAN 2 SLAWI 2023.pptx
 
Bab 7 - Perilaku Ekonomi dan Kesejahteraan Sosial.pptx
Bab 7 - Perilaku Ekonomi dan Kesejahteraan Sosial.pptxBab 7 - Perilaku Ekonomi dan Kesejahteraan Sosial.pptx
Bab 7 - Perilaku Ekonomi dan Kesejahteraan Sosial.pptx
 
PPT AKUNTANSI KEUANGAN MENENGAH DUA.pptx
PPT AKUNTANSI KEUANGAN MENENGAH DUA.pptxPPT AKUNTANSI KEUANGAN MENENGAH DUA.pptx
PPT AKUNTANSI KEUANGAN MENENGAH DUA.pptx
 
Bab 6 Kreatif Mengungap Rasa dan Realitas.pdf
Bab 6 Kreatif Mengungap Rasa dan Realitas.pdfBab 6 Kreatif Mengungap Rasa dan Realitas.pdf
Bab 6 Kreatif Mengungap Rasa dan Realitas.pdf
 
PPT PENELITIAN TINDAKAN KELAS MODUL 5.pptx
PPT PENELITIAN TINDAKAN KELAS MODUL 5.pptxPPT PENELITIAN TINDAKAN KELAS MODUL 5.pptx
PPT PENELITIAN TINDAKAN KELAS MODUL 5.pptx
 
Sesi 1_PPT Ruang Kolaborasi Modul 1.3 _ ke 1_PGP Angkatan 10.pptx
Sesi 1_PPT Ruang Kolaborasi Modul 1.3 _ ke 1_PGP Angkatan 10.pptxSesi 1_PPT Ruang Kolaborasi Modul 1.3 _ ke 1_PGP Angkatan 10.pptx
Sesi 1_PPT Ruang Kolaborasi Modul 1.3 _ ke 1_PGP Angkatan 10.pptx
 
PPT AKSI NYATA KOMUNITAS BELAJAR .ppt di SD
PPT AKSI NYATA KOMUNITAS BELAJAR .ppt di SDPPT AKSI NYATA KOMUNITAS BELAJAR .ppt di SD
PPT AKSI NYATA KOMUNITAS BELAJAR .ppt di SD
 

Adat jangan bertentangan syariat

  • 1. ADAT JANGAN BERTENTANGAN SYARIAT Oleh Zunaidah Zainon Dalam kepesatan masyarakat menuju ke arah negara maju, masih wujud kekeliruan antara tuntutan agama dan adat yang menjadi pegangan kuat orang Melayu. Bahkan, ada pepatah mengatakan biar mati anak, jangan mati adat. Ini menggambarkan betapa dalam sesuatu situasi adat mendahului kepentingan lain dalam hidup. Amat menjengkelkan apabila ada lapisan masyarakat menjadikan adat sebagai perkara wajib hingga tuntutan agama diabaikan. Perkara ini dapat dilihat terutama dalam majlis yang membabitkan perkahwinan, menyambut kelahiran cahaya mata dan kematian. “Sebenarnya, masyarakat perlu faham bahawa Islam tidak pernah menolak adat selagi ia tidak bertentangan dengan syarak. Dalam hal ini, saya tidak menyalahkan masyarakat kerana wujudnya kekeliruan antara memahami adat dan tuntutan agama,” kata Timbalan Dekan (Hal Ehwal Akademik), Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof. Madya Dr. Rugayah Tibek. Majlis Menyambut Kelahiran Beliau memberi contoh majlis menyambut kelahiran cahaya mata baru dalam sesebuah keluarga. Dalam Islam, bayi yang baru lahir perlu diazan dan ditahmidkan. Kemudian, ibu bapa akan memilih nama yang baik dan seterusnya melakukan aqiqah. Semua ini penting sebagai tanda kesyukuran kerana mendapat anak. Namun, yang agak dikesali adalah tindakan sesetengah masyarakat yang menyambut kelahiran anak dengan bermacam-macam perkara hingga menjadi khurafat seperti meletakkan pisau di bawah bantal, kononnya untuk mengelakkan daripada gangguan hantu dan syaitan. “Sama juga dengan majlis mencukur kepala. Sepatutnya rambut dicukur dengan tujuan membersihkan kepala bayi tersebut tetapi kita hanya cukur sedikit sahaja. Rambut yang habis dicukur perlu ditimbang dengan nilai emas untuk disedekahkan kepada fakir miskin. “Cuma Islam tidak memberatkan untuk timbangan emas kerana yang penting ialah membersihkan kepala bayi.” jelas Rugayah. Majlis Perkahwinan Pada majlis perkahwinan pula, yang menjadi tuntutan agama ialah akad nikah dan kenduri kahwin. Perkahwinan yang dilangsungkan hendaklah diisytiharkan dengan mengadakan kenduri seperti sabda Nabi Muhammad s.a.w. yang bermaksud: “Buatlah kenduri walau dengan seekor kambing.” (Riwayat Bukhari)
  • 2. Dalam Islam, meminang adalah disunatkan tetapi ia bukan satu adat. Agama turut menggalakkan pemberian hadiah, misalnya pemberian hantaran kepada keluarga pengantin, tetapi biarlah ia bersederhana untuk mengeratkan hubungan silaturahim. Kalau ia dilakukan secara berlebih-lebihan seperti mana pada hari ini, itu semua adalah adat semata-mata dan bukannya tuntutan agama. Begitu juga dengan majlis perkahwinan yang terlalu meriah hingga mengundang kepada pembaziran. Perkara ini jelas bertentangan dengan ajaran Islam. Di samping itu, ia turut diiringi dengan majlis persandingan di mana pengantin perempuan berhias secara berlebih-lebihan dan membuka aurat. “Islam menggalakkan kenduri untuk menghebahkan perkahwinan kepada umum. Adalah lebih elok kalau pasangan melayan tetamu dengan dihiasi pakaian yang sedikit berbeza dan menunjukkan dirinya baru berkahwin. Tetapi dalam masyarakat kita terlalu banyak adat hingga matlamat sebenar tidak tercapai,” kata beliau. Rugayah turut menyentuh mengenai adat menepung tawar pasangan pengantin semasa majlis persandingan. Dipercayai adat ini berlaku dalam kalangan masyarakat Melayu dahulu kala yang hendak belayar. Ketika itu diadakan upacara menurunkan perahu atau kapal. Upacara dilakukan dengan perahu itu dipulihkan dengan jampi serapah dan mentera menggunakan tepung tawar dan sebagainya. “Seperti yang saya nyatakan, masyarakat kita sebenarnya tidak jelas apakah adat yang mereka buat dan tujuannya. Dalam adat menepung tawar, kita perlu lihat pada tujuannya terlebih dahulu. Kalau berhasrat untuk menolak bala, maka Islam tidak membenarkan. Sekiranya ia dilakukan dengan tujuan untuk meraikan pengantin, ini tidak bertentangan dengan syarak,” tambahnya. Selain itu, beberapa adat yang wujud di sesetengah negeri seperti adat mandi bagi pasangan pengantin juga tidak manis dilakukan kerana ia menampakkan aurat antara lelaki dan perempuan. Adat ‘tol’ seperti di Johor juga dilihat membebankan pihak lelaki yang sudah banyak mengeluarkan perbelanjaan. Ketika Mengandung Antara adat yang bertentangan dengan syarak ialah lenggang perut. Adat melenggang perut kebanyakannya lebih difahami masyarakat Melayu di selatan Semenanjung manakala di utara Semenanjung, ia lebih dikenali dengan panggilan kirim perut. Ia dilakukan ke atas wanita yang genap hamil tujuh bulan bertujuan meletakkan kedudukan bayi di tempat yang sepatutnya dalam perut ibu iaitu bahagian kepala di pintu rahim. Ini penting bagi memudahkan si ibu bersalin dan bayi tidak kelemasan di dalam perut. Kelengkapan yang diperlukan ialah tujuh helai kain berlainan warna, segantang beras, sebiji kelapa, beberapa urat benang dan lilin, sebatang damar, sedikit minyak kelapa atau minyak urut, satu tepak sirih yang lengkap dengan isinya dan pengeras wang sebanyak RM1.25 di dalam tepak sirih.
  • 3. Biasanya pada hari melenggang perut akan diadakan kenduri kecil-kecilan yang akan dihadiri oleh orang tua-tua dan kaum keluarga yang rapat. Pada masa kenduri itu berlangsung, si ibu yang akan melenggang perut akan dipakaikan dengan pakaian baru dan cantik. “Adat ini wujud kerana azam kita agar bayi dapat dilahirkan dengan selamat. Hakikatnya, kita perlu memohon dan berdoa kepada Allah s.w.t. supaya dimudahkan bersalin dan bukannya melalui upacara tersebut. “Oleh kerana adat ini diwarisi sejak turun-temurun, maka masyarakat hari ini masih lagi mengamalkannya,” ujar Rugayah yang berpendapat perlu ada usaha digerakkan bagi menjelaskan kekeliruan antara adat dan agama. Kematian Masyarakat Melayu juga mempunyai kepercayaan tertentu apabila membabitkan soal kematian. Misalnya, mengadakan majlis tahlil dalam tempoh tertentu hingga membebankan keluarga si mati. Apabila masyarakat semakin keliru dan tidak tahu membezakan antara adat dan agama, ia akan menyebabkan umat Islam keciciran tanggungjawab terhadap agama. Dalam kehidupan sesetengah individu, dari segi psikologi mereka sentiasa mengharapkan ada kuasa lain dalam diri mereka. “Saya ingin tegaskan bahawa selagi adat tidak bertentangan dengan agama, maka Islam membenarkan. Jangan sampai ia memudaratkan seperti mana yang kita lihat pada hari ini iaitu perbelanjaan perkahwinan yang tinggi menyebabkan ramai pasangan muda menangguhkan perkahwinan mereka dan akhirnya berlaku maksiat,” tegas beliau.