SlideShare a Scribd company logo
1 of 36
1
1.0 PENGENALAN
Malaysia terkenal dengan keunikan kepelbagaian budaya dan kaum yang hidup
dalam suasana aman dan harmoni serta saling menghormati budaya dan
kepercayaan kaum lain. Ciri unik inilah yang telah menaikan nama Malaysia sebagai
ikon perpaduan di mata dunia. Justeru itu, pelbagai usaha yang dilakukan bagi
memastikan generasi masa akan datang mampu mengekalkan keamanan dan
perpaduan yang sedia terjalin sejak lama dahulu.
Malaysia pada hari ini didiami oleh pelbagai bangsa, kaum dan etnik dari
Perlis hingga ke Sabah. Kepelbagaian kaum dan etnik inilah maka wujud pula
kepelbagaian budaya, bahasa, agama dan adat resam. Corak masyarakat Malaysia
seperti ini berlaku disebabkan oleh perubahan masa dan keadaan, seperti yang
berlaku terhadap perubahan struktur politiknya. Sebelum abad ke-18 dan ke-19,
masyarakat Malaysia tidak begini coraknya. Sebaliknya boleh dikatakan bahawa,
semenanjung Tanah Melayu ketika itu didiami oleh orang Melayu dan Orang Asli
bersama sebilangan kecil bangsa atau kaum lain. Tetapi kini coraknya telah berubah
dan wujudlah pembentukan masyarakat yang pelbagai budaya.
2.0 SEJARAH RINGKAS SUKU KAUM BAJAU DI SABAH
Suku kaum Bajau merupakan suku kaum yang terawal mendiamai kawasan Sabah
dan diiktiraf sebagai penduduk asli dan antara bumiputra terbesar di negeri Sabah.
Secara amnya suku kaum Bajau boleh dibahagikan kepada dua kelompok iaitu
kelompok Bajau Samah atau lebih dikenali sebagai Bajau Darat, dan juga kelompok
Bajau Pantai Timur ataupun Bajau Laut.
Bajau Samah ataupun Bajau Darat, merupakan kelompok etnik daripada
suku kaum Bajau yang menetap di kawasan Pantai Barat Sabah seperti di Putatan,
Tuaran, Kota Marudu, Kota Belut dan juga Papar. Pekerjaan mereka selalunya
adalah petani dan juga nelayan pesisiran pantai. Bajau Samah ini juga dikenali
sebagai ‘cowboy of the east” kerana kepakaran mereka dalam menunggang kuda.
Selain daripada itu, Bajau Samah juga terkenal dalam menghasilkan senjata
khususnya pedang samurai yang bukan sahaja digunakan sebagai senjata tetapi
juga sebagai salah satu tarikan dan cenderamata oleh pelancong dari luar ataupun
dalam negara.
Bagi Bajau Pantai Timur pula, suku kaum ini lebih dikenali sebagai Bajau
Laut kerana kehidupan mereka berkisarkan laut, mereka tinggal di atas lepa-lepa
2
ataupun bot, dan menjalankan aktiviti nelayan dan menyelam untuk mencari hasil
laut sebagai sumber pendapatan dan makanan seharian. Sekiranya Bajau Darat
dikenali sebagai ‘cowboy of the east’ , manakala Bajau Laut pula dikenali sebagai
‘sea gypsies’ kerana tinggal secara nomad di laut. Meskipun kedua-dua suku kaum
ini berasal dari susur galur yang sama, namun terdapat perbezaan yang ketara dari
segi pakaian, bahasa, pemakanan, adat resam dan juga budaya hidup.
Di Sabah, 6 bahasa Bajau di gunakan dan semuanya berasal daripada keluarga
Sama-Bajau. Pengguna bahasa ini termasuklah pendatang-pendatang daripada
negara jiran. Bagi kaum Bajau daripada bahagian pantai Timur Sabah, bahasa
mereka dipinjam daripada Suluk iaitu bahasa perdagangan di Laut Sulu. Kaum Bajau
pantai Barat Sabah pula mengadaptasikan bahasa mereka daripada bahasa Melayu.
Kaum Bajau bahagian ini telah bekerjasama dengan kaum Kadazan dusun dari segi
aktiviti ekonomi, perdagangan, perhubungan sosial serta kebudayaan. Orang Bajau
dikatakan telah menggunakan sistem Barter dalam aktiviti ekonomi mereka iaitu
menukar ganti hasil tangkapan ikan mereka dengan beras orang Kadazan. Bukan itu
sahaja, pengaruh kebudayaan daripada kedua-dua kaum ini juga dapat dilihat dari
segi kesenian material, muzik dan juga reka bentuk bangunan.
3.0 ADAT RESAM DAN PANTANG LARANG
3.0.1 Kelahiran
a) Sewaktu Mengandung
Terdapat beberapa adat yang dijalankan oleh masyarakat Bajau ketika seseorang
wanita itu mengandung, antaranya ialah berpantang, menempah bidan,
menyediakan kelapa tua sebagai tanda kelahiran dan melenggang perut
i) Berpantang
Untuk mengelakkan bahaya sewaktu mengandung, wanita tersebut perlu
menjalani beberapa pantang larang tertentu. Ia bertujuan untuk menjaga
keselamatan dirinya serta kandungan, di samping memudahkan proses kelahiran
kelak. Antara pantang larang tersebut termasuklah :
 Wanita hamil tidak boleh berjalan malam kerana dikhuatiri akan diganggu
oleh makhluk halus. Wanita hamil tidak boleh memakan semua jenis sotong
kerana akan menyukarkan proses kelahiran kelak.
3
 Wanita hamil tidak boleh meminum atau mandi dengan air hujan yang jatuh
dari bumbung kerana dibimbangi tembuni akan terus mati terutama bagi
mereka yang mengandung sulung.
 Wanita hamil juga tidak boleh mengunjungi tempat berlakunya kematian
kerana dikhuatiri anak dalam kandungan menjadi lemah dan terkena penyakit
ketimbaluan.
ii) Menempah Bidan
Dalam masyarakat Bajau, bidan dikenali sebagai pengulin atau pandai.
Setelah tujuh bulan hamil, wanita berkenaan akan menempah bidan dan satu majlis
doa selamat akan diuruskan oleh bidan tersebut. Terdapat barangan tertentu yang
perlu dihadiahkan kepada bidan dan mulai hari itu hingga hari ke 44 selepas
kelahiran bayi, secara rasminya bidan bertanggungjawab menjaga wanita hamil
tersebut.
iii) Tanda Kelahiran
Apabila sudah genap tujuh bulan mengandung, suatu tanda kelahiran akan
disediakan iaitu sebiji kelapa tua yang baru tumbuh tunasnya dibalut dengan kain
putih dan diletakkan ke dalam sebuah pasu tembaga. Kemudian pasu tembaga
beserta kandungannya sekali diletakkan di atas talam yang telah diisikan segantang
padi. Kadang kala diletakkan seutas rantai emas di atas kelapa tua itu yang akan
menjadi milik anak yang akan diahirkan. Talam tersebut akan diletakkan di bahagian
kepala tempat tidur orang yang hamil itu sehingga bayinya lahir.
Sebaik sahaja bayi dilahirkan, kelapa tua itu akan ditanam bersama-sama uri
si ibu sebagai tanda kelahiran bayi yang berkenaan, sementara padi pula akan
dimasak untuk menjamu si ibu dan para jemputan. Secara simboliknya, kelapa tua
bertunas tersebut melambangkan bayi yang sedang berada dalam kandungan
ibunya, sementara padi dan rantai emas pula melambangkan tenaga dan cahaya
yang dapat menyuburkan tunas kelap tersebut. Lazimnya tanda kelahiran ini
diadakan untuk menyambut anak pertama walaupun masih boleh diadakan anak–
anak berikutnya.
iv) Melenggang perut
Selain dari pantang larang dan adat-adat seperti di atas, wanita Bajau juga
perlu melalui upacara melenggang perut atau dikenali sebagai maglenggang di
kalangan masyarakat Bajau. Ia diadakan hanya jika seseorang wanita itu
4
mengandung anak pertama dan upacara dijalankan ketika kandungan berusia tujuh
bulan. Cara adat ini dijalankan hampir-hampir sama dengan upacara melenggang
perut yang dijalankan oleh masyarakat Melayu Semenanjung.
b) Semasa Bersalin
Apabila sudah tiba masanya, bidan akan segera dipanggil dan beberapa peralatan
tertentu disediakan. Adakalanya di bawah rumah tersebut, duri dan benda-benda
tajam seperti besi atau parang diletakkan untuk mengelakkan atau menjauhkan
gangguan makhluk halus terhadap si ibu dan bayi. Di samping itu terdapat beberapa
adat lain yang dilakukan semasa menyambut kelahiran bayi tersebut iaitu adat
potong tali pusat, azan, dan menanam tembuni.
i) Potong tali pusat
Sewaktu hendak melahirkan anak, si ibu akan dibaringkan di atas tikar
sementara bidan pula akan mengurut badannya serta membaca doa selamat agar
proses kelahiran itu tidak mengalami sebarang kesulitan. Apabila bayi sudah
dilahirkan, bidan akan memotong tali pusat bayi dan setelah itu mengikat pusat bayi
dengan benang. Pemotongan tali pusat itu harus disertakan dengan saksinya yang
terdiri daripada segantang beras, emas dan lilin yang akan dipasangkan. Bahan-
bahan tersebut beserta sedikit wang dan kain putih sepanjang tujuh hasta akan
diberi kepada bidan.
ii) Qamat / Azan
Bagi masyarakat Islam, mengazankan dan mengiqamatkan bayi yang baru
lahir merupakan sunnah. Seperti yang telah dinyatakan, masyarakat Bajau rata-
ratanya beragama Islam, justeru itu mereka akan melakukan perbuatan ini. Ia
bukanlah suatu adat, tetapi lebih merupakan suatu upacara ritual. Setelah diikat
pusatnya, bayi akan dimandikan dan beberapa minit kemudian diazankan (bagi anak
lelaki) dan diiqamatkan (bagi anak perempuan) di telinga bayi itu. Semasa azan
dilaungkan, bayi itu diberi makan sedikit garam dan gula, dan selepas itu barulah
bayi tersebut yang baru dilahirkan boleh disusukan.
iii) Menanam Tembuni / uri
Pada hari kelahiran itu juga, tembuni ibu dicuci, dibungkus dengan kain putih
dan diletakkan ke dalam tempurung. Tempurung itu pula akan ditanam bersama-
5
sama kelapa tua yang telah disediakan di suatu tempat berdekatan dengan rumah si
ibu untuk menandakan kelahiran anaknya. Penanaman tembuni lazimnya dilakukan
oleh bidan sendiri. Beras yang telah disediakan bersama-sama kelapa tua ditumbuk
sederhana halus dan dimasak untuk menjamu si ibu dan tetamunya. Di samping itu,
tujuh biji telur direbus dan dimakan dengan nasi tadi. Selepas kelahiran si ibu akan
sekali lagi menjalani beberapa pantang larang dan adat-adat tertentu. Bagi bayi
tersebut pula, terdapat beberapa upacara akan dijalankan mulai dari detik
kelahirannya sehinggalah dia membesar.
c) Selepas Bersalin
i) Rawatan bidan
Selepas kelahiran bayi, bidan akan memberi ubat kepada si ibu dan terus
menjaga keadaan mereka berdua beranak sehingga hari ke 44. Untuk memulihkan
kesihatan si ibu, bidan akan memandikan si ibu dan bayinya sambil membaca doa
selamat. Ini dilakukan pada malam hari ketiga, ketujuh, kedua puluh dan ke 44.
Selepas tamat tempoh berpantang, bidan secara rasminya menyerahkan tugasnya
kepada suami dan keluarga wanita tersebut.
ii) Berpantang
Terdapat beberapa pantang larang yang perlu diamalkan oleh seseorang wanita
yang baru lepas bersalin. Antaranya ialah :
 Si ibu tidak boleh makan makanan selain daripada bubur atau nasi tanpa
lauk.
 Si ibu hanya boleh mengambil ubat yang diperbuat daripada tumbuh-
tumbuhan
 Tujuh hari selepas bersalin, si ibu tidak boleh minum air selain daripada air
ubat yang dibuat daripada akar-akar kayu dan herba
 Si ibu harus memakai sarung yang berwarna gelap, biasanya hitam kerana
warna yang terang tidak baik untuk kesihatan mata bayi
 Si ibu tidak boleh keluar bersiar-siar sebelum hari ke 44
 Perlu memakai bedak paus yang disapukan di kedua-dua belah tangan dan
kaki untuk mengelakkan kesejukkan.
6
iii) Naik Buai
Oleh sebab kelahiran anak pertama dianggap sebagai peristiwa istimewa,
maka ibu bapa akan mengadakan kenduri tambahan. Selepas kenduri, doa selamat
dibacakan oleh bidan dan sebagai upah, bidan akan diberi tiga ela kain kain putih
dan lima biji kelapa tua. Selain kenduri, ada kalanya pada hari yang sama diadakan
juga upacara naik buai atau dipanggil pesakat nirundangan dalam kalangan
masyarakat Bajau, di mana bayi berkenaan akan dinaikkan ke dalam buaiannya buat
pertama kali. Upacara ini dijalankan secara besar-besaran dan menyerupai upacara
melenggang perut. Semasa upacara naik buai berlangsung, upacara berzanji
diadakan selama satu setengah jam dan apabila tiba pada ayat-ayat tertentu yang
menandakan masanya untuk menggunting rambut bayi, bayi akan didukung dan
rambutnya akan digunting oleh mereka yang berzanji secara bergilir-gilir. Upacara ini
biasanya diakhiri dengan jamuan makan yang dihadiri oleh sanak saudara dan jiran
tetangga. Selain jamuan, tuan rumah juga akan memberi sedekah yang lazimnya
berbentuk bunga telur yang dilekatkan dengan wang kepada tetamu yang hadir di
majlis tersebut.
iv) Menimbang bayi bulan Safar
Umumnya, orang Bajau amat teliti tentang masa kelahiran anak mereka. Bayi
yang dilahirkan pada bulan Safar dianggap kurang baik nasibnya kerana bulan Safar
dianggap sebagai bulan yang tidak baik. Untuk mengelakkan kecelakaan dari
menimpa si bayi, pada masa menyambut Maulid Nabi, bayi akan dibawa ke masjid
untuk ditimbang. Penimbangan bayi itu bukanlah bertujuan untuk mengetahui berat
bayi sebaliknya merupakan satu usaha untuk meminta pertimbangan daripada
Tuhan agar tidak diburukkan nasib bayi tersebut. Terdapat barangan tertentu yang
digunakan untuk upacara ini, antaranya ialah :
Sebatang penumbuk padi yang dijadikan batang penimbang. Batang
penimbang itu akan dibalut dengan tujuh hasta kain putih. Batu-batu timbang yang
terdiri daripada benda-benda berikut; sebekas air, seikat kayu yang sederhana
besarnya, seperiuk nasi dan tujuh biji kelapa muda.
Bahagian batang penimbang itu akan diikatkan dengan tali kasar yang
disangkutkan pada alang bumbung masjid supaya batang berada dalam keadaan
tergantung. Pada satu hujung batang penimbang itu akan dipasangkan ayunan
kanak-kanak yang hendak ditimbang sementara pada hujung yang satu lagi akan
digantungkan batu-batu timbang. Batu-batu timbang yang terdiri daripada sebekas
7
air, seperiuk nasi dan seikat kayu wajib digunakan. Hanya kelapa muda sahaja yang
boleh ditambah atau dikurangkan bilangannya mengikut berat bayi itu. Apabila batu-
batu timbang sudah seimbang beratnya dengan berat bayi, batang penimbang serta
segala muatannya akan dipusingkan dan kemudian dilepaskan supaya ia berputar
pada keadaan asalnya. Dengan itu tamatlah upacara penimbangan dan bayi itu akan
digunting rambutnya.
v) Berkhatan
Sebagai orang Islam, anak-anak lelaki dan perempuan akan dikhatankan
apabila sudah cukup umur. Lazimnya anak perempuan akan dikhatankan ketika
berumur lima tahun sementara anak lelaki pula dikhatankan ketika berumur 12 dan
15 tahun. Selepas berkhatan mereka akan dianggap sebagai orang Islam yang
sebenarnya. Majlis berkhatan kanak-kanak lelaki lebih meriah berbanding upacara
berkhatan bagi kanak-kanak perempuan. Upacara berkhatan biasanya diakhiri
dengan satu jamuan di masjid atau di rumah kanak- kanak tersebut.
3.0.2 Kematian
Antara masyarakat Bajau dengan masyarakat Islam yang lain memang tidak banyak
perbezaan dari segi menguruskan pengebumian kerana mereka sama-sama
mengikuti peraturan agama Islam walaupun terdapat sedikit sebanyak pengaruh adat
tempatan. Orang Bajau percaya bahawa seseorang yang telah meninggalkan dunia
akan meneruskan hidupnya di alam baqa dan sekiranya tidak dikebumikan dengan
betul, maka keluarga dan saudara mara telah berdosa kerana melupakan tanggung
jawab mereka. Upacara kematian mereka dilakukan secara teliti bersandarkan
keperluan agama dan adat kerana melalui upacara inilah si mati dipercayai dapat
menyesuaikan diri dengan keadaan hidup baru di akhirat.
Apabila seseorang itu meninggal dunia, doa akan dibaca dan mayatnya akan
ditutup dengan kain. Pada masa itu, tawak-tawak patai atau pukulan gong akan
dibunyikan sebagai tanda seseorang itu telah meninggal dunia. Mengikut adat bajau,
mereka mesti menangisi kematian tersebut kerana ia melambangkan kesedihan
mereka. Seterusnya mayat tersebut akan diuruskan sepenuhnya mengikut peraturan
agama Islam, seperti dimandikan, dikafankan, disembahyangkan serta dikebumikan.
a) Adat mengawal kubur
Masyarakat Bajau yang asalnya berfahaman animisme, kini telah banyak memeluk
agama Islam. Namun demikian, beberapa adat, budaya dan kepercayaan masih
8
dipegang kuat kerana telah diamalkan turun temurun. Adat paling menarik dalam
budaya masyarakat Bajau ialah adat mengawal kubur. Kawalan kubur selama tujuh
hari dimestikan kerana masyarakat Bajau percaya mayat akan didatangi balan-balan
dalam tempoh tersebut.
Adat yang sepatutnya menyeramkan ini sudah menjadi seperti budaya
masyarakat yang ditunggu-tunggu dan membawa keceriaan. Lelaki Bajau yang
terdiri daripada saudara mara si mati akan mengawal kubur sepanjang malam
selama tujuh hari. Kaum wanita dan kanak-kanak pula akan berjaga di rumah si
mati. Adat mengawal kubur ini menjadi semacam hiburan pula apabila para penjaga
kubur mengadakan permainan untuk mengelakkan rasa mengantuk atau rasa takut.
Antara permainan yang biasa dilakukan semasa mengawal kubur adalah ‘pasang’
,congkak, daun terup dan sebagainya.
Bagi orang-orang tua Bajau, permainan-permainan ini sudah menjadi
semacam ritual magis untuk menyingkirkan kuasa-kuasa luar biasa. Orang luar
pastinya berasa hairan apabila melihat adat mengawal kubur ini meriah dan ceria
dengan jerit pekik dan tawa para pengawal kubur. Mereka bergurau senda dan
berhibur sepanjang malam. Namun setiap kebiasaan sesuatu masyarakat memang
lazimnya dianggap luar biasa oleh masyarakat lain.
3.0.3 Perkahwinan
a) Merisik
Adatnya tidak banyak bezanya daripada adat masyarakat Melayu. Sebelum
perkahwinan berlangsung, upacara merisik terlebih dahulu dilakukan terhadap gadis
yang menjadi calon. Caranya hampir sama dengan cara yang diamalkan oleh suku
kaum yang lain iaitu dengan melantik wakil bagi menemui keluarga gadis. Setelah
mendapat kepastian bahawa gadis itu belum ada ikatan apa-apa dan secocok
dengan keinginan pihak lelaki tentang rupa paras, budi bahasa serta martabat
keluarganya, barulah diikuti dengan upacara seruan yakni menyimpul tali
pertunangan.
b) Meminang
Upacara meminang dilakukan dalam satu majlis yang dinamakan seruan.
Dalam majlis itu, pihak lelaki membawa sebentuk cincin, sepersalinan pakaian dan
wang tunai sebanyak RM100.00 sebagai pengikat tali pertunangan. Masa
pertunangan biasanya berlangsung selama setahun untuk membolehkan pihak lelaki
9
membuat persediaan. Apabila tempoh yang ditentukan tiba, pihak lelaki menghantar
semua barang yang dijanjikan dalam majlis seruan itu kepada pihak perempuan.
Dalam majlis penyerahan barang-barang tersebut, tarikh perkahwinan ditentukan.
Pihak keluarga perempuan menentukan jumlah kerbau yang akan dihadiahkan untuk
majlis perkahwinan. Tujuh ekor bagi keluarga yang berada, tiga ekor bagi keluarga
yang sederhana dan seekor bagi keluarga biasa. Mas kahwin dan hadiah lain seperti
sepersalinan pakaian yang lengkap, sirih pinang, alat persolekan dan sebagainya
akan diberikan dalam majlis perkahwinan nanti.
c) Majlis perkahwinan
Majlis perkahwinan dibuat sebelum hari perkahwinan. Keluarga yang berada
mengadakan majlis tujuh hari sebelumnya, tiga hari bagi keluarga sederhana dan
sehari bagi keluarga miskin. Sepanjang hari tersebut, pada sebelah malamnya majlis
titik diadakan yakni memainkan alat muzik yang terdiri daripada kulintangan, gong,
bebandil dan gendang di tempat kediaman kedua-dua belah pihak. Kumpulan muzik
ini mengandungi enam orang pemain yang diketuai oleh seorang wanita yang
memainkan kulintangan, dua orang pemukul gendang, dua orang pemain gong dan
seorang pemain bebandil. Majlis ini mungkin berlangsung hingga larut malam,
kemudian diikuti dengan tarian tradisional yang dikenal sebagai runsai. Tarian ini
memerlukan antara enam hingga lapan orang penari termasuk dua orang wanita.
Tarian ini menjadi bertambah meriah apabila diserikan dengan kalang iaitu pantun
dua kerat yang dijual dan dibeli oleh penari lelalki dan perempuan.
Sehari sebelum hari perkahwinan, bakal pengantin lelaki dan perempuan
akan didandan oleh beberapa orang mak andam. Dandanan ini termasuklah mandi
bedak dengan ramuan bedak tepung beras yang bercampur bunga-bungaan pada
sebelah malam. Pada hari perkahwinan, pengantin dihias dengan pakaian yang
baru, selalunya berwarna kuning dan hijau yang diperbuat daripada sutera. Rambut
pengantin perempuan dihiasi dengan serempak iaitu sejenis mahkota. Pengantin
lelaki yang berpakaian serba kuning lengkap dengan tanjak dan bersenjatakan
sebilah keris diusung dengan tandu oleh beberapa orang ahli keluarganya, atau
menunggang kuda ketika menuju ke ke diaman pengantin perempuan dengan diiringi
pukulan gong berirama tigad-tigad semasa melalui jalan yang dihias dengan bendera
yang berwarna-warni.
Beberapa das tembakan dilepaskan sebagai tanda hormat dan alu-aluan
akan ketibaan rombongan pengantin lelaki di halaman rumah pengantin perempuan.
Pengantin lelaki yang turun dari tandu atau kudanya dijulang di atas bahu anggota
10
rombongan atau didukung masuk ke rumah pengantin perempuan. Dia kemudiannya
dipersilakan duduk di tempat yang dikhaskan untuknya dan bunyi gong pun
diberhentikan.
Disitu pengantin lelaki menunngu majlis akad nikah. Setelah tiba waktunya,
pengantin lelaki mengambil wuduk dan majlis akad nikah dilangsungkan. Pengantin
lelaki kemudian masuk ke bilik pengantin perempuan untuk upacara membatalkan air
sembahyang. Pengantin lelaki dan rombongannya harus melalui beberapa lapis tabir
yang dijadikan halangan sebelum masuk ke bilik pengantin perempuan. Setiap tabir
itu hanya akan dibuka apabila dibayar sekitar RM10 hingga RM20 ataupun membaca
sebuah pantun, syair dan nasyid empat kerat yang dilagukan.Setelah pengantin
lelaki membatalkan air sembahyang dengan menyentuh dahi isterinya, kedua-dua
mempelai itu disandingkan. Kemudian kedua-dua pengantin keluar untuk bertemu
dan bersalaman dengan tetamu.
3.1 PERAYAAN
3.1.1 Perayaan Regatta Lepa
Lepa dalam bahasa kaum Bajau Pantai Timur Sabah bermaksud perahu atau bot.
Biasanya Lepa diperbuat daripada kayu jenis Ubar Suluk ataupun Seraya Merah.
Lazimnya, lepa berukuran lapan meter panjang dan dua meter lebar serta
menampilkan pelbagai jenis ukiran dan warna.
Perayaan Regatta Lepa disambut pada bulan April setiap tahun di daerah
Semporna, Sabah. Ia menjadi perayaan yang penting dalam kalendar masyarakat
Bajau Semporna dan boleh dianggap sebagai ‘hari raya’ mereka. Pada tahun 1994,
perayaan Regatta Lepa mula diperkenalkan sebagai perayaan di peringkat daerah
dan kemudiannya diiktiraf menjadi perayaan di peringkat negeri Sabah. Seterusnya
pada tahun 2003, Perayaan Regatta Lepa telah dimasukkan ke dalam kalendar
'Pesta Air Malaysia' dan kini ia merupakan salah satu acara tahunan di Malaysia.
Setiap tahun pengunjung berpeluang melihat sendiri keunikan lepa yang
cantik.Lepa-lepa tersebut diukir dengan motif bertemakan laut seperti ikan, duyung
dan kuda laut. Ia juga turut dihiasi dengan corak awan larat dan tulisan khat Hiasan
ukiran tersebut merangkumi keseluruhan bahagian lepa beserta tiang selain turut
dihiasi dengan layar dan bendera tiga segi kecil. Setiap satu lepa juga akan
membawa penari-penari dan ahli muzik yang lengkap dengan pakaian tradisional
masyarakat Bajau Laut.
11
Menjadi tradisi kepada sambutan Regatta Lepa, sebanyak lebih 50 buah
perahu akan menyertai Pertandingan Sambulayang atau juga dikenali sebagai
pertandingan layar dan perahu tercantik. Usaha menghasilkan sebuah lepa yang
cantik boleh memakan masa sehingga empat bulan dan kosnya boleh mencecah
hingga ribuan ringgit. Lepa yang paling cantik dan kreatif akan dinobatkan sebagai
pemenang Lepa Tercantik yang merupakan hadiah utama dalam perayaan ini.
Beberapa acara sukan melibatkan perahu seperti lumba perahu, tarik perahu
secara berpasangan, renang dan persembahan kesenian dan kebudayaan turut
diadakan untuk memeriahkan lagi perayaan ini. Selain itu, pada perayaan ini turut
dipamerkan pelbagai jenis kraftangan masyarakat Bajau seperti aksesori wanita,
pakaian tradisional, alat-alat tradisional dan lain-lain lagi.
3.2 KESENIAN DAN KEBUDAYAAN
3.2.1 Pakaian
Bagi Pakaian tradisional suku Kaum Bajau. Berdasarkan gambar, wanita
menggayakan blaus badu sampit dan kain sarung olos berangkit, perhiasan leher
mandapun dan perhiasan kepala sarempak. Lelaki Bajau menggayakan baju
potongan Cekak Musang, seluar, samping dan destar.Manakala, pasangan suku
kaum Bajau menggayakan pakaian adat perkahwinan dan kebesaran. Pakaian lelaki
dari kain satin berhias renda dan pakaian wanita juga dari satin yang dilengkapi
dengan mandapun dan tali pinggang.
12
3.2.2 Makanan Tradisional
a) Kima
Kima adalah nama sejenis kerang laut dan terdapat dalam beberapa spesis,
antaranya lapiran, kima bohe' dan sollot-sollot (bersaiz kecil dan menyelit di celah-
celah permukaan batu). Kima dijadikan lauk dalam makanan tradisi Orang Bajau.
Kima ini boleh dimakan mentah-mentah (inta') setelah dihiris atau dipotong kecil-kecil
dan dicampur dengan air limau dan lada serta rempah-ratus yang lain mengikut
selera orang yang hendak makan. Ia juga boleh dimasak bersama sayur. Ada juga
kima yang dikeringkan di bawah sinar matahari dan biasanya ia dimasak bersama
sayur.
b) Sagol / Senagol
Sagol/Ѕenagol(Kata Kerja) bermaksud mencampuradukkan. Sagol/Ѕenagol
juga mempunyai makna Kata Nama iaitu 'benda yang dicampuradukkan'. Secara
khusus ia merujuk kepada sejenis masakan tradisional yang menggunakan isi ikan
(biasanya ikan pari, ikan yu dan ikan buntal, secara umumnya ikan yang mempunyai
hati yang besar) yang dicincang-cincang dan dimasak dengan kunyit. Untuk
membuat sagol, ikan yu, pari atau buntal dicelur dahulu sehingga mudah
membersihkan 'langnges' iaitu lapisan kasar pada kulit yu dan pari, atau 'iting' iaitu
'duri' pada ikan buntal. Mencelur (masak separuh masak) ini juga dilakukan untuk
memudahkan isi ikan dihancurkan dan dicampur dengan kunyit yang telah dipipis.
Ada dua jenis masakan sagol/Ѕenagol iaitu sagol/Ѕenagol kering (tiada kuah)
dan sagol/Ѕenagol basah (berkuah). Untuk mendapatkan rasa sebenar
sagol/senagol, biasanya tidak menggunakan minyak makan tetapi menggunakan
minyak hati ikan yang disagol itu, iaitu sama ada minyak hati ikan pari, atau minyak
hati ikan yu atau minyak hati ikan buntal.
c) Sunting putu
Makanan yang berupa ubi kayu yang diparut dan telah diperah airnya lalu
dimasak secara stim. Lazimnya, Putu dimakan bersama Sagol, Kima, Tehek-
tehek,Тayum dan beberapa makanan Tradisional Bajau yang lain (Selalunya
makanan laut).
13
d) Sunting Tompe (Tinompeh)
Makanan yang berupa ubi kayu yang diparut dan telah diperah airnya. Ia
kemudiannya digoreng tanpa minyak di dalam kuali, sehingga berwarna kekuning-
kuningan.
Secara umumnya, makanan tradisional masyarakat Bajau adalah makanan
laut dan makanan ubi-ubian dan tanaman huma yang lain. Makanan tradisi orang
Bajau boleh dibahagikan kepada dua jenis utama iaitu makanan yang dimasak dan
makanan yang dimakan mentah (inta'an). Makanan yang dimasak sama ada direbus,
digoreng, dibakar dan dipanggang. Lazimnya, intaan (makanan mentah) terdiri
daripada makanan laut seperti 'ballog-ballog', 'bantunan', tehe'-tehe', tayum, kilau,
baat atau timun laut, lato', kima,tehe-tehe kabboggan atau nasi putih direbus dengan
isi tehe tehe dalam cangkerang tehe-tehe dan sebagainya.
3.2.3 Kesenian
a) Tarian dalling-dalling bajau dan igal-igal bajau
Perkataan dalling-dalling adalah kata ganda daripada perkataan Sinamah
(bahasa Bajau) 'dalling' yang bermaksud gerakan seluruh badan mengikut rentak
tertentu. Ini adalah tarian hiburan di majlis keramaian khususnya majlis perkahwinan.
Tarian daling-daling diiringi oleh pantun yang dinyanyikan oleh seorang penyanyi
atau dua penyanyi. Secara tradisionalnya penyanyi yang menyampaikan nyanyian
(disebut kalangan dalam Sinamah) adalah pemuzik. Alat muzik yang digunakan pula
dipanggil gabbang. Kadang-kadang pemuzik dibantu oleh seorang penyanyi lain
yang lazimnya wanita, terutama apabila aturcara majlis dijangka mengambil masa
yang lama yang kadang-kadang mencecah semalaman.
b) Tarian limbai dan runsai ( Bajau Kota Belud)
Tarian Limbai merupakan satu tarian traditional suku kaum Bajau Kota Belud.
Tarian Limbai biasanya ditarikan ketika menyambut ketibaan pengantin lelaki yang
diarak ke rumah pengantin perempuan. Sebaik sahaja rombongan pengantin
sampai, perarakan dihentikan sementara, lalu tarian Limbai dipersembahkan di
hadapan pengantin. Ia merupakan upacara khas sebagai isyarat menjemput
pengantin lelaki naik ke rumah untuk melakukan istiadat ijab qabul yakni pernikahan.
Tarian limbai di iringi oleh irama kulintangan.Kumpulan muzik ini
mengandungi enam orang pemain yang diketuai oleh seorang wanita yang
14
memainkan kulintangan, dua orang pemukul gendang, dua orang pemain gong dan
seorang pemain bebandil.Tarian ini mengiringi anggota-anggota rombongan
pengantin lelaki naik ke rumah. Penari-penari melambai-lambaikan selendang
mereka sebagai lambang mengundang dan mengucapkan selamat datang.
C) Tarian Kuda Pasu
Sebuah tarian yang asalnya dilakukan oleh pasukan berkuda mahir, Kuda Pasu
adalah tarian Bajau kini dilakukan oleh penari lelaki dan perempuan untuk
menyambut atau menemani rombongan pengantin lelaki ke kediaman pengantin
perempuan. Mereka menari rentak muzik bertitik dipanggil tigad-tigad. Penari lelaki
dipenuhi oleh penari wanita yang memegang sapu tangan merah yang terikat di jari
mereka. Ini bertujuan untuk menyambut pengantin lelaki.
D) Tarian Bolak-bolak
Bolak-Bolak adalah tarian tradisional Bajau dari daerah Semporna di Pantai Timur,
yang telah diturunkan melalui generasi. Bolak-Bolak menandakan bunyi dibuat
apabila kastenyet dipegang oleh penari sentiasa bertepuk tangan bersama-sama,
menghasilkan rentak muzik untuk tarian. Tarian ini tradisinya dilakukan semasa
pembentangan kekayaan pengantin oleh pengantin lelaki kepada keluarga pengantin
perempuan sebagai sebahagian daripada majlis perkahwinan. Iringan muzik
dimainkan pada ensemble kulintangan di samping gong dan gendang
3.2.4 Alat Muzik Tradisional
a) Kulintangan
Merupakan sejenis alat perkusi daripada keluarga gong yang berbusut yang
berukuran kecil, kulintangan diperbuat daripada tembaga ataupun perunggu.
15
b) Gong
Gong terdiri daripada keluarga idofon, ianya berasal daripada Timur Tengah
dan selalunya diperbuat daripada gangsa ataupun besi. Gong boleh didapati di
seluruh negeri Sabah dan mempunyai nilai yang tinggi.
c) Bebandil / Babandil
Bebandil ataupun babandil hampir sama dengan gong, perbezaan yang
ketara adalah dari segi bibir yang tipis dan saiznya yang lebih besar, bebandil ini
merupakan gong utama dan berfungsi sebagai penjaga “timing” alat muzik yang
dipermainkan.
16
c) Gendang
Gendang merupakan salah satu alat membranofon. Gendang berasal
daripada timur tengah. Gendang selalunya diperbuat daripada kayu nangka ataupun
kayu merbau untuk bahagian badan manakala kulit kambing direngangkan di hujung
alat gendang. Instrument ini dikenali dengan nama yang berbeza dalam komoniti
yang berbeza.
3.3 Adat Kehidupan Lain
Selain adat di atas, terdapat beberapa adat lain yang masih diamalkan oleh
masyarakat Bajau di Daerah Semporna iaitu;
a) Magkiparat
Magkiparat ialah acara bermaaf-maafan di antara ahli keluarga. Lazimnya setiap
orang yang hendak menunaikan haji akan magkiparat terlebih dahulu, dengan
mengumpulkan keluarga dan bermaaf-maafan. Selain daripada itu, sekiranya
terdapat orang yang sakit dan lama tenat (nazak), ahli keluarga pesakit akan mencari
alternatif mengumpulkan keluarga magkiparat. Kepercayaan mereka, pesakit sukar
untuk menghembuskan nafas kerana mempunyai masalah dengan ahli keluarga.
Magkiparat juga dilakukan apabila ahli keluarga telah bersengketa atau konflik besar-
besaran diantara mereka telah tercetus. Apabila mereka hendak berbaik semula,
mereka akan magkiparat.
Semasa magkiparat mereka akan menyediakan bahan berikut;
 seekor ayam kampung yang masih hidup
 beras
17
 minyak
 telur
 serai
 kunyit
 bawang merah
 bawang putih
 halia
 kelapa
Bahan-bahan di atas akan diletakkan di tengah-tengah di mana semua ahli keluarga
yang magkiparat berkumpul. Seorang imam akan dijemput untuk mengendalikan
acara ini. Semua ahli keluarga yang terlibat akan duduk dalam bulatan dan
meluahkan rasa tidak puas hati kepada pihak yang lain ataupun seorang daripada
mereka, akan menceritakan permulaan atau sebab-sebab konflik berlaku. Setelah itu
mereka akan saling berbahas dan menegakkan hujah masing-masing. Apabila
keadaan semakin panas dan beremosi, imam tersebut akan cuba menenangkan
mereka dan mengingatkan tujuan berkumpul adalah untuk memperbaiki keadaan
yang tegang. Selepas upacara meluahkan selesai, imam akan mengakhiri dengan
bacaan doa. Semua bahan yang mereka sediakan akan disedekahkan kepada imam
tersebut.
Bagi penulis yang menyaksikan acara ini berlangsung, membuat kesimpulan
magkiparat adalah seperti proses kaunseling, imam bertindak sebagai kaunselor
yang memandu arah tuju perbincangan. Namun bagi penulis pula, ada baiknya
sebelum perselisihan berpanjangan dan berlarutan, mereka duduk berbincang
seperti ini. Bukannya menunggu sebarang musibah, barulah timbul kesedaran untuk
bermaafan. Adakalanya proses ini akan lebih mengundang keaiban kerana semua
kesalahan akan diungkapkan, seperti membuka pekung di dada. Hadirin yang turut
sama menyaksikan akan mengetahui keaiban tersebut, dan menimbulkan pelbagai
umpatan di kalangan masyarakat.
b) Magtimbang
Acara magtimbang dilakukan apabila seorang wanita bersalin dalam bulan safar. Ibu
dan anak akan ditimbang dengan buah-buahan seperti kelapa, tebu, pisang dan
sebarang makanan lain. Lazimnya magtimbang dilakukan semasa anak tersebut
digunting.
18
c) Maggunting
Adat dan budaya lama ini diwarisi sejak turun temurun lagi. Upacara maggunting
ialah cukur jambul beramai-ramai di masjid atau surau sama ada dalam bulan rabiul
awal atau semasa hari raya. Kanak-kanak lelaki yang digunting rambutnya akan
diarak ke masjid beramai-ramai disertai dengan replika Jong atau Ajjung, manakala
kanak-kanak perempuan pula Mahligai yang dihias indah. Jong atau Ajjung dan
Mahligai lazimnya dihiasi dengan makanan ringan kanak-kanak seperti keropok,
gula-gula, coklat dan pelbagai makanan lain. Replika Jong atau Ajjung dan Mahligai
ini adalah melambangkan seorang putera dan puteri raja. Selepas upacara
maggunting makanan ringan tersebut akan diagihkan kepada para jemputan
khususnya kanak-kanak.
d) Mandi Gerhana
Wanita yang hamil dan berlaku gerhana ketika dia sedang mengandung, maka
hendaklah mandi gerhana bagi mengelakkan anak yang dilahirkan mendapat tanda
lahir yang besar berwarna hitam.
3.4 Pantang Larang Suku Kaum Bajau
Dalam masyarakat suku kaum bajau begitu banyak pantang larang yang sehingga
hari ini masih menjadi amalan kami sekeluarga. walaupun dalam era yang serba
moden ini, keluarga tetap berpegang teguh pada adat resam. antara adat yang
diguna pakai sehingga hari ini ialah :
1. larangan menggunakan pinggan mangkuk yang retak - takut dapat pasangan
yang tidak sempurna
2. larangan menggunakan cermin pada waktu malam - takut kehilangan seri
wajah
3. larangan meletakkan tangan di hadapan semasa duduk bersimpuh ketika
makan - akan sentiasa menyakiti atau disakiti orang lain
4. larangan duduk di tangga - jodoh lambat datang
5. larangan makan cili/ lada/ cabai - hati keras, degil dan tidak mudah dinasihati
6. larangan ketawa terbahak- bahak - tidak baik untuk anak dara kerana
membawa imej yang tidak baik pada pandangan orang
19
7. larangan tidak saling mengadap ketika makan - kelak jika punya masalah,
tiada yang membantu
8. larangan memotong kuku pada waktu malam - akan kematian ahli keluarga
9. larangan membawa bayi keluar pada waktu malam - takut ditimpa sesuatu
yang tidak baik seperti jatuh sakit
10. larangan memerah santan kelapa ketika haid - makanan cepat basi
11. larangan tidur dengan rambut basah - mudah rabun
12. larangan menyanyi di dapur - bersuami orang tua
13. larangan mengemas tempat makan jika ada yang belum selesai - akan
dibiarkan jika dilanda musibah
14. larangan menuang air di dapur ( bukan di hadapan tamu ) - untuk
mengelakkan sebarang keraguan di hati tetamu
15. larangan makan di dalam kuali - muka tiada seri
16. barang dapur hendaklah didahulukan ketika berpindah rumah - agar rezeki
tidak putus- putus
17. anak yatim piatu tidak boleh memakaikan inai untuk pengantin - agar anak
yang dilahirkan tidak yatim piatu
18. larangan membunuh sebarang haiwan ketika isteri mengandung - elak
sebarang keburukan terhadap bayi dan isteri
19. larangan keluar rumah sekurang- kurangnya 3 hari untuk pengantin - elak
sebarang keburukan berlaku
20. larangan makan sisa anak - anak keras kepala, tidak dengar kata
4.0 IMPLIKASI KEPELBAGAIAN SOSIOBUDAYA DALAM KALANGAN
PELAJAR TERHADAP PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
DI DALAM BILIK DARJAH
Malaysia terdiri daripada berbilang kaum. Kepelbagaian sosio-budaya sukar untuk
dinafikan dalam sebuah negara seperti Malaysia yang lahir dari kelompok
masyarakat yang berbilang etnik iaitu Melayu, Cina dan India yang menjadi etnik
majoriti terbesar serta kaum peribumi Sabah dan Sarawak serta orang asli tidak lupa
20
juga pada kaum-kaum lain yang menjadi kaum minoriti. Setiap etnik mempunyai
sosio-budaya yang berbeza yang diwarisi daripada nenek moyang terdahulu. Budaya
dapat ditakrifkan sebagai tamadun atau peradaban. Ia juga bermaksud kemajuan
fikiran atau akal budi ( cara berfikir dan berkelakuan). Kita sebagai rakyat Malaysia
yang berbilang kaum perlu sedar kewujudan kepelbagaian sosio-budaya ini yang
meliputi adat resam, bangsa, kepercayaan, jantina, bahasa dan struktur masyarakat.
Dalam konteks pendidikan, kepelbagaian sosio-budaya bukan sahaja dilihat dari
aspek ras, etnik dan adat budaya mereka sahaja, malah ia juga merangkumi skop
yang lebih luas. Di dalam bilik darjah, terdapat pelbagai ras, etnik dan budaya yang
tersendiri dan berbeza-beza .Sebagai guru, kita perlu tahu bahawa setiap individu
pelajar itu mempunyai budaya, latar belakang keluarga dan tahap sosioekonomi
yang berbeza antara satu sama lain. Setiap pelajar berbeza dari segi mereka
berkomunikasi ( verbal dan bukan verbal) , nilai-nilai sosial,intelektual, cara
berinteraksi, gerak badan, dan pandangan serta pendapat mereka yang dipengaruhi
oleh budaya masyarakat asal mereka. Guru juga membawa budaya mereka
tersendiri di dalam bilik darjah. Jika wujud perbezaan dalam kalangan pelajar dan
guru dari segi cara mereka berkomunikasi, pandangan nilai dan sebagainya, maka
akan timbul masalah dalam interaksi antara mereka. Kepelbagaian sosiobudaya
dalam kalangan pelajar memberi pelbagai kesan terhadap proses pengajaran dan
pembelajaran.
4.0.1 Kemahiran Dan Penggunaan Bahasa
Menurut Ruslan Zaiduddin etl.(2006), bahasa adalah suatu identiti bagi sesuatu
kaum. Bahasa adalah satu faktor yang penting dalam usaha memupuk perpaduan.
a) Bahasa daerah, bahasa ibunda atau dialek sahaja
Pelajar hanya mengetahui atau menguasai bahasa ibunda atau dialek
berkemungkinan akan menghadapi masalah dalam pembelajaran, kurang
faham bahan yang dibaca dan juga penerangan daripada guru. Akibat
daripada itu, mereka akan ketinggalan dalam pembelajaran. Proses
pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas akan terganggu kelancarannya
akibat daripada pelajar tidak menguasai pelbagai bahasa dengan baik.
b) dua atau lebih bahasa dengan kosa kata yang terbatas atau meluas
Pelajar yang menguasai dua ataupun lebih bahasa, akan lebih mudah
menguasai pembelajaran. Kesan daripada penguasaan pelbagai bahasa
21
ataupun poliglot, pelajar akan cepat menguasai dan akan mudah untuk
memahami satu-satu sesi pengajaran dan pembelajaran yang disampaikan
oleh guru di dalam kelas. Proses P&P akan dapat dijalankan dengan baik
sekiranya pelajar dapat menguasai pelbagai bahasa dengan cekap. Pelajar
yang terdiri daripada pelbagai kaum pastilah berlakunya dialek bahasa yang
sedikit sebanyak akan memberi kesan kepada pembelajaran di dalam bilik
darjah. Jurang yang berlaku akibat daripada penggunaan bahasa dialek
haruslah dielakkan. Penggunaan bahasa yang standard akan memberi
peluang yang sama rata kepada pelajar untuk mengambil bahagian dalam
aktiviti pembelajaran di dalam bilik darjah. Penggunaan laras bahasa yang
tepat mesti diamalkan dalam situasi yang sesuai, aktiviti yang bercorak ke
arah peningkatan bahasa perlu disertai supaya tahap penguasaan bahasa
murid sentiasa bertambah. Perbendaharaan kata yang tepat akan membantu
murid mencapai kematangan sosial yang sepatutnya. Justeru,
keberkesanan proses P&P sedikit sebanyak bergantung pada kemahiran
bahasa yang dikuasai oleh pelajar itu sendiri.
4.0.2 Kaum Etnik
a) satu kaum atau etnik
Pelajar yang tinggal dalam kelompok ataupun kaumnya sediri selalunya akan
mengamalkan budaya, cara berfikir dan pandangan dunia yang hampir sama.
Amalan kepelbagaian budaya masyarakat ataupun kaum lain akan menjadi
sesuatu yang baru dan berkemungkinan akan mempengaruhi emosi serta
pergaulan pelajar tersebut dengan pelajar-pelajar yang lain kerana perbezaan
budaya dan pendapat. Strategi pengajaran dan pembelajaran perlu dirancang
yang paling berkesan dengan mengambil kira pelbagai faktor seperti budaya
dan agama sesuatu kaum itu. Aktiviti pembelajaran yang dirancang perlulah
sesuai dengan semua kepercayaan, nilai dan agama yang dianuti pelajar itu
sendiri. Pelajar yang terdiri daripada kaum yang sama biasanya tidak
mempunyai masalah untuk terlibat dalam aktiviti pengajaran dan
pembelajaran. Dalam hal ini, guru memainkan peranan yang penting dalam
merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang tidak menggalakkan
semangat assobiyyah dalam diri para pelajar.
22
b) pelbagai etnik
Bagi pelajar yang hidup dalam kelompok kaum yang pelbagai, sebagai
contoh pelajar cina tinggal di perkampungan di mana didiami oleh
masyarakat Melayu dan juga India akan lebih bersikap terbuka dan mudah
untuk memahami sesuatu budaya kerana mereka terlibat sendiri dalam
perkongsian sosial di sekeliling mereka. Perasaan saling hormat
menghormati dan perasaan saling menerima ini dipupuk hasil pergaulan
mereka sehari-hari. Proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan dengan
mengambil kira faktor latar belakang keluarga pelajar, budaya serta tahap
sosio-ekonomi setiap pelajar. Proses pengajaran dan pembelajaran yang
dijalankan tidak sepatutnya membezakan bangsa pelajar dan tidak
mengelompokkan pelajar mengikut kaum mereka sahaja. Pelajar daripada
kaum yang berlainan juga harus di tempatkan dalam satu kumpulan yang
sama supaya peluang untuk berkomunikasi dan berinteraksi terbuka luas.
Guru sebagai tonggak utama dalam proses pengajaran dan pembelajaran di
dalam kelas perlu mempunyai kemahiran untuk menangani masalah
kepelbagaian sosio- budaya pelajar. Sepatutnya, guru perlu berkemahiran
dalam pengajaran dan pembelajaran yang dapat menjamin kemajuan pelajar
secara optimum. Proses pengajaran dan pembelajaran yang mesra rakan
juga harus dicetuskan di dalam kelas. Aktiviti yang melibatkan interaksi dalam
kalangan pelajar haruslah sentiasa dijalankan agar pelajar dalam menjalinkan
hubungan yang mesra sesama mereka tanpa mengira latar belakang sosial,
budaya dan kecerdasan individu. Guru perlu menghormati dan bersikap adil
kepada semua pelajar semasa proses pengajaran dan pembelajaran
dijalankan di dalam kelas. Langkah-langkah pencegahan perlu dilakukan oleh
guru untuk menyekat aktiviti-aktiviti yang tidak diingini seperti pergaduhan
antara kaum, pembentukan kumpulan berdasarkan etnik dan meniupkan api
perkauman dalam kalangan pelajar. Selain itu, aktiviti pengajaran dan
pembelajaran yang dijalankan di dalam kelas harus lah tidak menyentuh atau
mempertikaikan kepercayaan yang diamalkan oleh para pelajar. Setiap
kepercayaan dan nilai harus diterima dan dihargai dalam aktiviti pengajaran
dan pembelajaran seadanya. Isu-isu sensitif dan berkaitan agama pelajar
yang berlainan kaum tidak harus dipertikaikan. Guru perlu merancang aktiviti
pembelajaran yang sesuai dengan semua kepercayaan, nilai dan agama
yang dianuti pelajar.
23
4.0.3 Kelas Sosial
Pelajar terdiri daripada pelbagai kelas sosial, rendah, sederhana, dan tinggi.
Kelas sosial wujud hasil taraf pendidikan dan taraf sosioekonomi keluarga.
Pelajar yang biasanya terdiri daripada keluarga berstatus rendah
selalunya akan kurang bersemangat dan berisiko menghadapi keciciran
dalam pelajaran yang berkemungkinan terjadi akibat daripada masalah
berkaitan dengan pembiayaan, kemudahan belajar, kurang kelengkapan
untuk belajar dan sebagainya. Namun kadangkala faktor tersebut tidaklah
mengganggu semangat mereka untuk belajar. Oleh itu, aktiviti pengajaran
dan pembelajaran di dalam kelas haruslah dijalankan dengan baik sehingga
ia dapat meningkatkan motivasi pelajar. Selain itu, guru tidak seharusnya
mengamalkan sikap pilih kasih dan hanya menumpukan perhatian kepada
segelintir pelajar sahaja semasa proses pengajaran dan pembelajaran
dijalankan di dalam kelas. Perbuatan seumpama ini akan mengakibatkan
emosi dan prestasi pelajar terganggu. Oleh demikian, aktiviti pengajaran dan
pembelajaran haruslah dijalankan dengan memberikan perhatian kepada
kelas sosial murid. Guru digalakkan untuk mengajar tanpa membezakan
kelas sosial murid. Murid yang datangnya dari kelas sosial yang rendah tidak
harus dipinggirkan. Bagi mereka yang datangnya dari kelas sosial atasan dan
berkedudukan juga harus dilayan sama rata dengan murid yang lain.
Perbezaan kelas sosial ini perlu ditangani sebaik mungkin supaya tidak ada
murid yang berasa mereka dipinggirkan oleh guru dalam aktiviti P&P.
Keadaan ini menjamin semua murid akan memberi peluang mengambil
bahagian di dalam setiap aktiviti yang dijalankan oleh guru dalam
pembelajaran di dalam kelas. Oleh itu, aktiviti pengajaran dan pembelajaran
yang dijalankan di dalam kelas dapat dijalankan dengan lancar dan sempurna
sekiranya ia menghormati murid dengan tidak membeza-bezakan kelas sosial
murid.
4.0.4 Petempatan
a) Bandar dan pinggir bandar
Aktiviti pengajaran dan pembelajaran perlu dijalankan di dalam kelas dengan
mengambil kira faktor penempatan pelajar. Dalam sesebuah sekolah bandar
dan pinggir bandar akan wujud kepelbagaian budaya kesan daripada budaya
etnik yang berbeza dan taraf sosioekonomi yang berbeza. Terdapat pelajar-
24
pelajar yang termasuk dalam kelompok miskin bandar, kelas sederhana yang
hampir keseluruhannya terdiri daripada anak pegawai kerajaan dan swasta,
juga mereka yang kaya. Budaya pelajar daripada aspek tumpuan perhatian
kepada pelajaran, kemampuan berbelanja, tingkah laku dan pandangan
terhadap tugas dan tanggungjawab akan berbeza bergantung pada inspirasi
ibu bapa, jenis pekerjaan pandangan terhadap pendidikan dan sebagainya.
Justeru, aktiviti pengajaran dan pembelajaran di sekolah bandar dan pinggir
bandar perlu menggunakan teknologi yang sesuai dengan keadaan tempat
mereka seperti penggunaan projektor LCD di dalam kelas dilihat sebagai
perkara penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik
darjah di sekolah-sekolah bandar. Secara tidak langsung, proses pengajaran
dan pembelajaran di sekolah-sekolah bandar dan pinggir bandar akan
menjadi lebih maju kerana lengkap dengan kemudahan-kemudahan teknologi
masa kini. Hal ini akan memotivasikan para pelajar untuk terlibat dengan
aktif dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas seterusnya
menggalakkan peningkatan prestasi akademik mereka.
b) luar bandar dan pedalaman
Aktiviti pengajaran dan pembelajaran perlu dijalankan di dalam kelas dengan
mengambil kira faktor penempatan pelajar. Pelajar di sekolah luar bandar dan
pedalaman selalunya mengamalkan budaya yang sama, etnik yang sama,
pandangan dunia yang serupa dan sebagainya. Justeru, aktiviti pengajaran
dan pembelajaran yang dijalankan perlulah sesuai dengan kehidupan para
pelajar di luar bandar dan pedalaman. Aktiviti pengajaran dan pembelajaran
di luar kelas bolehlah dijalankan sentiasa agar pelajar dapat mengaitkan
pembelajaran yang dipelajari dengan pengalaman langsung mereka. Hal ini
akan memberi pengalaman pembelajaran yang bermakna kepada para
pelajar. Proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas secara
tradisional perlu dielakkan oleh guru bagi meningkatkan motivasi murid untuk
belajar. Justeru, walaupun penempatan sekolah di luar bandar dan
pedalaman , ini tidak bermakna aktiviti pengajaran dan pembelajaran tidak
boleh dijalankan dengan menggunakan teknologi-teknologi moden. Di sini,
guru sebagai perancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran perlu bijak
merancang pelbagai strategi, teknik serta kaedah pengajaran dan
pembelajaran yang akan digunakan di dalam kelas. Misalnya, Kepekaan guru
terhadap kepercayaan murid dengan alam semula jadi, keagamaan dan
kerohanian adalah amat penting. Justeru guru haruslah menggunakan
25
kaedah pembelajaran yang interaktif serta relevan dengan masyarakat luar
bandar dan pendalaman. Menurut Sparks (2000) mencadangkan
pembelajaran koperatif, bahan pengajaran visual, pendekatan menggunakan
cerita dan lagu. Hal ini demikian kerana masyarakat luar bandar dan
pedalaman seperti orang Asli dan peribumi sangat suka bercerita tentang
peristiwa lampau mereka. Justeru pembelajaran secara kontekstual amat
berkesan dilaksanakan. Selain itu, pembelajaran seperti koperatif dan kerja
projek secara berkumpulan dalam persekitaran yang agak bebas mampu
menarik minat murid mengikuti pengajaran dan pembelajaran bilik darjah. Hal
ini demikian kerana murid luar bandar dan pedalaman seperti orang asli dan
peribumi ini tidak suka akan kongkongan dan biasa hidup dalam situasi
bebas dalam kehidupan mereka seharian.
4.0.5 Gaya Berfkir dan Gaya Belajar
Gaya belajar merujuk kepada cara yang paling berkesan bagi seseorang
individu menguasai pembelajaran. Secara asasnya terdapat tiga jenis gaya
pembelajaran yang sering digunakan iaitu visual, audio, dan kinestetik.
Ketiga-ketiga jenis gaya pembelajaran ini akan mempengaruhi corak
pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan di dalam kelas.
a) Visual
Pelajar visual perlu mendengar dan melihat untuk memahami isi pelajaran.
Justeru, aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan di dalam kelas
perlu menggunakan bahan bantu belajar yang sesuai dengan pelajar visual.
Bahan bantu belajar seperti kad-kad perkataan, gambar, carta dan lain-lain
perlu disediakan dengan baik seperti saiz yang besar sehingga mampu dilihat
oleh semua pelajar di dalam kelas. Proses pengajaran dan pembelajaran
perlu dijalankan dengan melibatkan pelajar visual dengan aktif di dalam
kelas.
b) Audio
Pelajar audio mudah memahami isi pelajaran melalui proses mendengar.
Justeru, aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan di dalam kelas
perlu menggunakan bahan bantu belajar yang sesuai dengan pelajar audio.
Bahan bantu belajar seperti rakaman suara, video dan lain-lain lagi perlu
disediakan dengan baik seperti mempunyai suara yang jelas sehingga
mampu didengar oleh semua pelajar di dalam kelas. Proses pengajaran dan
26
pembelajaran perlu dijalankan dengan melibatkan pelajar audio dengan aktif
di dalam kelas.
c) Kinestetik
Pelajar kinestetik perlu terlibat melakukan aktiviti hands on untuk menguasai
pembelajaran. Untuk pelajar yang kinestetik, pembelajaran holistik amat
berkesan di mana pembelajaran holistik adalah berkaitan dengan aktiviti
sedia ada murid. Pendekatan ini mampu merangsang kreativiti murid dengan
penggunaan visual ruang dan sentuhan. Oleh itu, aktiviti pengajaran dan
pembelajaran perlu dijalankan dengan menggunakan pelbagai kaedah dan
strategi yang dapat merangsang para pelajar kinestetik untuk terlibat dengan
aktif dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah.
4.0.6 Gender
Layanan guru sering dipengaruhi oleh gender pelajar-pelajarnya
memandangkan kelakuan yang ditunjukkan pelajar lelaki dan perempuan
berbeza seperti pelajar perempuan lebih tekun memberikan perhatian dalam
pembelajaran, mematuhi peraturan bilik darjah dan sekolah. Pelajar
perempuan lebih kemas dan teratur berbanding lelaki. Pelajar perempuan
menunjukkan prestasi baik pada peringkat rendah. Pelajar lelaki
menunjukkan prestasi baik pada peringkat sekolah menengah. Pelajar lelaki
lebih baik dalam mata pelajaran pengiraan dan lemah dalam mata pelajaran
sastera dan bahasa. Justeru, aktiviti pengajaran dan pembelajaran perlulah
dijalankan dengan mengambil kira faktor gender juga.
Aktiviti pengajaran dan pembelajaran untuk pelajar lelaki biasanya
lebih terjurus kepada aktiviti hands on. Hal ini adalah kerana pelajar lelaki
lebih suka aktiviti hands on berbanding dengan mendengar penerangan dan
kuliah daripada guru. Justeru, aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang
berpusatkan murid dan bahan perlu lebih ditekankan dalam aktiviti
pengajaran dan pembelajaran bagi pelajar lelaki.
Manakala, pelajar perempuan pula biasanya lebih mudah taat dan
patuh kepada arahan guru di dalam bilik darjah. Mereka sentiasa
menunjukkan prestasi yang bagus dan memberangsangkan di dalam bilik
darjah. Selain itu, pelajar perempuan lebih mudah dikawal tingkah lakunya
berbanding dengan pelajar lelaki. Aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang
27
dijalankan untuk pelajar perempuan perlulah mempunyai strategi dan teknik
yang berbeza-beza bagi memotivasikan serta menggalakkan mereka terlibat
secara aktif di dalam bilik darjah.
5.0 LANGKAH-LANGKAH UNTUK MENANGANI KEPELBAGAIAN BUDAYA
DAN BAHASA DALAM KALANGAN PELAJAR DI DALAM BILIK DARJAH
“orang ramai semakin kerap mempersoalkan kualiti pendidikan di sekolah,
seolah– olah tidak lagi menaruh keyakinan kepada kewibawaan sekolah
dalam hal ehwal mendidik, terutama apabila mendapati kelakuan murid
lepasan sekolah tidak seperti yang diharapkan oleh masyarakat dan Negara.
Kecemerlangan pada sijil peperiksaan mereka secara realitinya tidak
memperlihatkan kematangan berfikir, kepetahan berkomunikasi, ketokohan
sebagai pemimpin, kemurnian tingkah laku, keupayaan mencipta dan
menyumbang kepada kemajuan Negara-bangsa dan global’
(Dasar Standard Tinggi Kualiti Pendidikan, Jemaah Nazir Sekolah (2001):hlm
24)
Bertitik tolak daripada pernyataan di atas, pelbagai pihak perlu
menggembleng tenaga bagi memastikan kepelbagaian budaya dan bahasa di
dalam bilik darjah dapat ditangani dengan baik agar proses pengajaran
pembelajaran dapat dijalankan dengan lancar bagi melahirkan modal insan
yang holistik.
Mengikut Teori Interaksi Allport (1978), untuk mencapai perhubungan
antara kumpulan secara optima situasi multietnik adalah perlu. Dalam situasi
ini,pola interaksi sosial dalam kalangan pelajar kumpulan satu persekitaran
yang multietnik. Teori pola interaksi sosial dapat diaplikasikan dalam keadaan
ini yang mana peluang disediakan untuk berinteraksi sosial.
Pelajar dapat mengenali antara satu sama lain walaupun daripada
etnik yang berlainan. Apabila berinteraksi, minat dan sifat dapat dikenal pasti
seterusnya membuka perkongsian merentas etnik.
Rumusannya, terdapat pelbagai langkah yang boleh diambil oleh
semua pihak bagi menangani kepelbagaian bahasa dan budaya dalam
kalangan pelajar di dalam bilik darjah.
28
5.0.1 Isi Kandungan
Guru boleh menggunakan bahan-bahan dan contoh daripada pelbagai
budaya untuk menerangkan konsep yang ingin diajar. Pelajar akan berasa
bangga dan yakin diri apabila perkara-perkara positif daripada budaya
mereka diketengahkan dan dibincangkan di dalam kelas. Ini akan menarik
minat mereka dan sekali gus dapat menarik tumpuan pelajar terhadap proses
pembelajaran dan pengajaran di dalam bilik darjah.
5.0.2 Mengurangkan Prasangka Dan Stereotype
Guru memainkan peranan yang penting dalam bertindak sebagai role model
kepada pelajar, selain itu guru juga harus bertindak sebagai fasilitator
khususnya dalam membantu pelajar agar mereka sentiasa bersikap positif
terhadap kepelbagaian budaya yang terdapat di kalangan rakan-rakan
mereka sebagai contoh :
a) Memberikan ganjaran kepada pelajar jika mereka berpandangan positif
terhadap kaum ataupun kelompok lain.
b) Menambahkan kontak pelbagai latar belakang dengan aktiviti-aktiviti
terancang dan dengan mengamalakn pembelajaran kooperatif. Dalam
kaedah ini, pelajar akan berkerjasama belajar dalam kelompok kecil
yang dianggotai pelajar berbilang kaum, kebolehan, dan keistimewaan
5.0.3 Memahami Budaya Masyarakat Setempat
Sebagai seorang guru, perkara pertama sekali yang perlu diambil tahu
sebelum memahami murid adalah guru perlu memahami budaya masyarakat
setempat. Bagai memahami budaya masyarakat setempat guru bolehlah :
 Melakukan pemerhatian budaya masyarakat setempat
 Melibatkan diri dalam aktiviti masyarakat
 Bertanyakan kepada jiran ataupun guru-guru yang lebih lama mengajar
tentang budaya setempat
 Berbual dengan anak-anak murid, dan ibu bapa mereka.
Kepekaan seseorang guru tentang budaya sesebuah masyarakat
bukan sahaja dapat menyelesaikan isu-isu yang timbul berkenaan dengan
sesebuah budaya tetapi pada masa yang sama guru dapat menunjukkan
29
rasa hormat terhadap amalan budaya yang dipegang oleh murid-murid yang
berbilang kaum.
Sebagai contoh, guru wajar menguasai bahasa asas murid-murid.
Sekiranya guru ditugaskan di Negeri Kelantan misalnya perkataan ‘lari’
adalah ‘unga’. Sekiranya guru tidak mengetahui bahasa asas, akan wujudnya
jurang hubungan antara guru dan murid.
5.0.4 Mengenal Pasti Gaya Pembelajaran Murid
Tugas guru yang seterusnya setelah memahami budaya setempat adalah
mengenal pasti gaya pembelajaran murid. Seperti yang telah diperkatakan
sebelum terdapat pelbagai gaya pembelajaran yang digunakan murid-murid
di dalam kelas, secara amnya terdapat tiga jenis gaya pembelajaran iaitu
visual, audio dan juga kinestatik.
Kepekaan guru terhadap gaya pembelajaran murid-muridnya dapat
memberikan idea ataupun teknik pengajaran dan pembelajaran yang
pelbagai bertujuan untuk menarik minat pelajar untuk belajar di dalam kelas.
Kepelbagaian teknik pengajaran dan pembelajaran ini dapat membolehkan
murid mengeluarkan potensi diri yang terpendam.
Sebagai contoh gaya pembelajaran audio, guru menggunakan muzik
dalam menerangkan jenis-jenis haiwan misalnya, meskipun murid-murid
memanggil sesetengah jenis haiwan dengan panggilan yang berbeza
mengikut etnik masing-masing, melalui bunyi mereka akan lebih mudah
faham tentang penjelasan jenis haiwan apa yang guru cuba terangkan ini
kerana muzik ataupun bunyi merupakan bahasa antarabangsa yang difahami
oleh semua masyarakat.
5.0.5 Membina Suasana Yang Mesra Budaya
Menurut McInnes & James (1995), perhubungan manusia yang berkesan dan
suatu persekitaran yang menggalakkan amat penting untuk menambah baik
hasil pembelajaran, kejayaan murid dan kadar ingatan. Maksudnya di sini,
guru haruslah mewujudkan hubungan yang baik dengan murid-muridnya di
dalam mahupun luar kelas. Hubungan yang baik tidak bermakna seseorang
guru harus merendahkan martabatnya sebagai seorang guru, guru yang bijak
tahu cara-cara yang ataupun teknik yang boleh digunakan untuk mengambil
hati dan membolehkan murid-murid mesra dengan kita.
30
Salah satu caranya adalah guru mengambil berat tentang kesihatan
murid-muridnya, tentang latar belakang ataupun kisah-kisah murid yang
membolehkan guru mendalami lagi masalah dan cara mengatasai sesuatu
konflik yang berlaku antara murid-murid kesan daripada masalah di rumah.
Dengan cara sebegini murid-murid akan lebih mesra dan pada masa yang
sama menghormati guru tersebut, selain guru dapat memupuk minat murid
untuk belajar.
5.0.6 Rancangan Integrasi Murid untuk Perpaduan (RIMUP)
Pihak kerajaan di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah
berusaha untuk mengatasi masalah kepelbagaian budaya ini melalui aktiviti
yang dijalankan di sekolah. Antara program yang telah dijalankan oleh KPM
seperti Rancangan Integrasi Murid untuk Perpaduan (RIMUP). Program
RIMUP mula diperkenalkan oleh KPM pada tahun 1986. RIMUP merupakan
satu program yang bertujuan untuk membangunkan identiti nasional,
semangat kebangsaan, perpaduan dan cinta akan negara dalam kalangan
masyarakat berbilang kaum untuk memupuk perpaduan dalam kalangan
murid tanpa mengira kaum. Pada asalnya RIMUP hanya dilaksanakan pada
peringkat sekolah rendah,namun pada tahun 2004, Kementerian Pendidikan
telah meneliti semula pelaksanaannya dan mendapati bahawa program
RIMUP perlu dimantapkan serta diperluas ke sekolah menengah.
Pelaksanaan RIMUP akhirnya diteruskan di bawah Teras Pertama Pelan
Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2006 -2010, iaitu “Membina Negara
Bangsa”dan juga di bawah Program Transformasi Kerajaan. Selain itu, KPM
telah menubuhkan Sekolah Wawasan. Sekolah Wawasan adalah sekolah
rendah yang berkonsepkan belajar bersama-sama dalam satu kawasan yang
sama tanpa mengira kaum atau agama. Konsep Sekolah Wawasan adalah
dua atau tiga buah sekolah rendah berlainan aliran akan ditempatkan dalam
kawasan yang sama. Setiap sekolah akan mempunyai bangunan sendiri
yang boleh disambung antara satu sama lain dengan menggunakan
jambatan penghubung. Dengan penubuhan Sekolah Wawasan ini, KPM
menetapkan objektif untuk mewujudkan perpaduan dalam kalangan murid-
murid yang pelbagai bangsa dan latar belakang; memupuk semangat
integrasi antara pelajar dari pelbagai aliran; melahirkan generasi yang
mempunyai sifat toleransi dan persefahaman yang tinggi demi mewujudkan
sebuah negara yang bersatu padu dan menggalakkan interaksi yang
maksimum antara semua warga sekolah melalui perkongsian kemudahan
31
sekolah dan pelaksanaan aktiviti-aktiviti lain di sekolah. Di sini jelas
menunjukkan bahawa penekanan semangat perpaduan dan integrasi antara
kaum sejak kecil lagi akan memudahkan integrasi yang wujud dalam
kalangan mereka pada masa akan datang.
5.0.7 Guru sebagai pengawal di bilik darjah
Menurut Ting dan Sidek, (2007) guru juga berperanan sebagai seorang
pengawal, guru seharusnya mengawal peraturan bilik darjah. Peraturan yang
telah ditetapkan seperti pembahagian tugas, ikut arahan guru, tidak boleh
masuk keluar kelas tanpa kebenaran dan sebagainya hendaklah jelas dan
ringkas serta mudah untuk diikuti. Guru perlulah bersikap tegas dan adil
semasa melaksanakan peraturan. Pematuhan kepada peraturan ini
menjadikan perjalanan bilik darjah menjadi lebih terkawal. Guru juga
seharusnya mengawal murid bermasalah peribadi, masalah disiplin yang
wujud dalam bilik darjah adalah pelbagai disebabkan oleh faktor murid
kemungkinan adalah disebabkan oleh gaya pembelajaran guru bersifat
autokratik menyebabkan wujudnya perasaan marah, benci, kecewa dan
bosan. Maka masalah ini dapat dibendung sekiranya gaya pengajaran guru
dipelbagaikan untuk membantu murid yang menghadapi masalah peribadi.
Selain itu, guru juga haruslah mengawal aktiviti kumpulan. Guru harus
mengawal dari segi tingkah laku, adab dan sopan santun supaya tidak
melanggar susila mana-mana murid terutama yang berlainan bangsa dan
agama. Di samping itu, hubungan mesra wujud di antara murid dan guru
membolehkan guru membimbing dan menggerakkan murid-murid di dalam
kelas.
5.0.8 Pedagogi Relevan Budaya dan Kepelbagaian
Pedagogi yang relevan menggunakan pelbagai strategi pengajaran dan
pembelajaran supaya pembelajaran menjadi lebih bermakna kepada murid.
Penekanan diberikan kepada pengintegrasian pengetahuan, kemahiran asas
serta nilai murni bagi perkembangan menyeluruh dari kepelbagaian
kebolehan dan budaya murid.
Konsep kebudayaan dalam sosiologi, dikatakan cara hidup yang
dipelajari, diubahsuaikan dan diturunkan dari generasi ke generasi. Dari
sudut perspektif ahli fungsionalisme, sekolah dilihat berfungsi sebagai proses
32
sosialisasi mendidik kanak-kanak mengikut kehendak masyarakat mereka
dan guru bertanggungjawab memenuhi keperluan murid tanpa prejudis.
Konsep modal budaya merujuk kepada individu yang mewarisi dan
memperoleh keupayaan bahasa dan budaya dari keluarga dan
masyarakatnya. Pierre Bourdieu (1930) dalam kajiannya menyatakan
pencapaian persekolahan seseorang individu adalah berkaitan rapat dengan
latar belakang kebudayaan ibu bapanya dan tahap pendidikan ibu bapa
mempengaruhi pencapaian persekolahan anak-anak mereka daripada
kedudukan kerjaya mereka dalam masyarakat.
Dalam strategi generatif, guru akan menggalakkan murid menjanakan
idea-idea kritis dan kreatif. Strategi ini membantu murid-murid
menyelesaikan masalah secara kritis dan kreatif dengan menggunakan idea-
idea yang asli dan unik. Contoh-contoh aktiviti sumbang saran yang boleh
digunakan oleh guru ialah seperti pemetaan minda, pemikiran lateral dan
kreatif. Dalam pendekatan pemerhatian, murid-murid diajar mengikuti
perbuatan guru atau memodelkan perlakuan sesuatu kemahiran. Contoh
aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang boleh digunakan oleh guru dalam
kaedah pemerhatian ialah tunjuk cara. Untuk strategi yang seterusnya, guru
boleh menggunakan kaedah kontekstual yang mengaitkan bahan pengajaran
dan pembelajaran kepada situasi dunia yang sebenarnya. Kaedah ini
memotivasikan murid-murid untuk membuat kaitan antara ilmu pengetahuan
dengan pengaplikasiannya kepada kehidupan mereka sebagai ahli keluarga
dan rakyat.
Pembelajaran kontekstual penting kerana ia mengaitkan
pembelajaran kepada realiti kehidupan. Jenis pembelajaran lain yang boleh
dikaitkan kepada pembelajaran kontekstual ialah pembelajaran ’eksperential’,
pengalaman hidup sebenar, pembelajaran aktiviti dan pembelajaran
berpusatkan murid. Pembelajaran ini mementingkan penyelesaian masalah.
Ia memberikan pengakuan bahawa situasi pengajaran dan pembelajaran
boleh berlaku juga di dalam rumah dan masyarakat. Ia mengajar murid untuk
memantau dan mengarah pembelajaran sendiri supaya mereka lebih
berdikari.
33
6.0 KESIMPULAN
Kepelbagaian budaya sememangnya tidak dinafikan mempengaruhi sesi pengajaran
dan pembelajaran di dalam mahupun luar kelas, namun itu bukanlah satu
penghalang sekiranya guru dapat mempelbagaikan kaedah pengajaran dengan
menerapkan unsur-unsur budaya yang pelbagai sewaktu sesi pengajaran dan
pembelajaran berlaku. Namun demikian usaha untuk memupuk perpaduan etnik
dalam kalangan murid-murid bukan hanya disandarkan kepada guru semata-mata,
sebaliknya pihak keluarga, masyarakat dan juga kerajaan seharusnya
menyumbangkan dalam usaha melahirkan generasi yang peka terhadap
kepelbagaian budaya dan etnik di Malaysia pada masa hadapan kelak agar tidak
wujudkan sifat prasangka dan prajudis terhadap sesuatu kaum. Akhir sekali,
hargailah budaya demi kelestarian bangsa.
34
RUJUKAN
Allport, G.W. (1978), The Nature Of Prejudice. Cambridge M.A : Addison Wesley.
Aziz Deraman (1992), Masyarakat dan Kebudayaan Malaysia. Kuala Lumpur :
Perpustakaan Negara Malaysia
Beng Liang Yap, (1993). Orang Bajau Pulau Omadal : Aspek-Aspek Budaya. Kuala
Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka, Kementerian Pendidikan Malaysia.
Chew Fong Peng (2008), Budaya dan Masyarakat Berbilang Kaum Di Malaysia.
Kuala Lumpur: Jabatan Kebudayaan dan Keseniaan Negara
Clifford Sather, (1997). The Bajau Laut. United Kingdom : Oxford University Press
Gusni Saat, (2003). Komuniti Samah – Bajau di Bandar. Bangi : Penerbitan
Universiti Kebangsaan Malaysia
J.A.J Verheijen, (1986). The Sama/ Bajau Language in the Lesser Sunda Islands.
Department of Linguistics, Research School of Pacific Studies, Australian
National University
Kementerian Pelajaran Malaysia (2006). Pelan Induk Pembangunan Pendidikan.
Kuala Lumpur.
Marceller E, DuPraw & Marya Axnar, Working on Common Crosscultural
Communication Challenges.( atas talian)
McInne S., & James, R. (1995), First Year On Campus : Diversity in the Initial
Exprerinces of Australian Undergraduates, for the Committee for the
Advancement of University Teaching (CAUT), Center for the Study of Higher
Education, University of Melbourne
Mok Soon Sang, (2009). Pengurusan Bilik Darjah & Tingkah Laku. Selangor :
Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd
Noriati A. Rashid (2011). Budaya dan Pembelajaran. Shah Alam: Oxford Fajar Sdn.
Bhd.
Noriati A.Rashid, et.al (2012). Falsafah & Pendidikan di Malaysia. Selangor : Oxford
Fajar Sdn. Bhd
35
Ruslan Zainuddin, et.al (2006), Hubungan Etnik di Malaysia. Selangor Darul Ehsan :
Oxford Fajar Sdn.Bhd.
Syed Ismail Bin Syed Mustapa (2010). Budaya dan Pembelajaran. Ipoh:Penerbitan
Multimedia Sdn. Bhd.
36
LAMPIRAN

More Related Content

What's hot

ESEI PENGAJIAN AM SISTEM PENYAMPAIAN PERKHIDMATAN AWAM
ESEI PENGAJIAN AM SISTEM PENYAMPAIAN PERKHIDMATAN AWAMESEI PENGAJIAN AM SISTEM PENYAMPAIAN PERKHIDMATAN AWAM
ESEI PENGAJIAN AM SISTEM PENYAMPAIAN PERKHIDMATAN AWAMNurZahidah22
 
Kerja Kursus Bahasa Melayu Tingkatan 6 2016
Kerja Kursus Bahasa Melayu Tingkatan 6 2016Kerja Kursus Bahasa Melayu Tingkatan 6 2016
Kerja Kursus Bahasa Melayu Tingkatan 6 2016Oliver Louise
 
Contoh Kerja Kursus Pengajian Am Tingkatan 6 Penggal 2 2015 (STPM) (Majlis Pe...
Contoh Kerja Kursus Pengajian Am Tingkatan 6 Penggal 2 2015 (STPM) (Majlis Pe...Contoh Kerja Kursus Pengajian Am Tingkatan 6 Penggal 2 2015 (STPM) (Majlis Pe...
Contoh Kerja Kursus Pengajian Am Tingkatan 6 Penggal 2 2015 (STPM) (Majlis Pe...Thanushah Soniyasee
 
Penerokaan dan penjelajahan
Penerokaan dan penjelajahanPenerokaan dan penjelajahan
Penerokaan dan penjelajahanfiro HAR
 
Ngo & revolusi industri 4.0 v2
Ngo & revolusi industri 4.0 v2Ngo & revolusi industri 4.0 v2
Ngo & revolusi industri 4.0 v2Abdul Ghani
 
Esei pengajian am (penggal 1)
Esei pengajian am (penggal 1)Esei pengajian am (penggal 1)
Esei pengajian am (penggal 1)SITI HAJAR
 
Pengajian perniagaan
Pengajian perniagaanPengajian perniagaan
Pengajian perniagaanHoWie HunTer
 
Bab 8 : Ciri Dan Prinsip Tadbir Urus Baik
Bab 8 : Ciri Dan Prinsip Tadbir Urus BaikBab 8 : Ciri Dan Prinsip Tadbir Urus Baik
Bab 8 : Ciri Dan Prinsip Tadbir Urus BaikJASONYAPMUNHONG
 
Perbezaan adat perpatih dgn adat temengguung { SEJARAH STPM PENGGAL 3}
Perbezaan adat perpatih dgn adat temengguung { SEJARAH STPM PENGGAL 3}Perbezaan adat perpatih dgn adat temengguung { SEJARAH STPM PENGGAL 3}
Perbezaan adat perpatih dgn adat temengguung { SEJARAH STPM PENGGAL 3}Nurul Atikah
 
35960241 proses-pembentukan-masyarakat-pluralistik-di-alam-melayu
35960241 proses-pembentukan-masyarakat-pluralistik-di-alam-melayu35960241 proses-pembentukan-masyarakat-pluralistik-di-alam-melayu
35960241 proses-pembentukan-masyarakat-pluralistik-di-alam-melayuLiana Hasmey
 
Integrasi nasional
Integrasi nasionalIntegrasi nasional
Integrasi nasionalmunnianwar
 
adat perkahwinan masyarakat cina
adat perkahwinan masyarakat cinaadat perkahwinan masyarakat cina
adat perkahwinan masyarakat cinaSang Kidal
 
Pendidikan bertaraf dunia
Pendidikan bertaraf duniaPendidikan bertaraf dunia
Pendidikan bertaraf duniaDurratun Dian
 
Geografi lembangan saliran
Geografi lembangan saliranGeografi lembangan saliran
Geografi lembangan saliranAdliyana Adnan
 
Contoh Kerja Kursus PBS STPM Pengajian Am 4
Contoh Kerja Kursus PBS STPM Pengajian Am 4 Contoh Kerja Kursus PBS STPM Pengajian Am 4
Contoh Kerja Kursus PBS STPM Pengajian Am 4 Weiss Lee
 
Kesan pelajar luar negara
Kesan pelajar luar negaraKesan pelajar luar negara
Kesan pelajar luar negaraZafarul_Irshard
 
PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH : Pengajian Am 900 (Tema 1, Ekonomi : Perniaga...
PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH : Pengajian Am 900 (Tema 1, Ekonomi : Perniaga...PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH : Pengajian Am 900 (Tema 1, Ekonomi : Perniaga...
PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH : Pengajian Am 900 (Tema 1, Ekonomi : Perniaga...Jagitkanthan Raj
 

What's hot (20)

ESEI PENGAJIAN AM SISTEM PENYAMPAIAN PERKHIDMATAN AWAM
ESEI PENGAJIAN AM SISTEM PENYAMPAIAN PERKHIDMATAN AWAMESEI PENGAJIAN AM SISTEM PENYAMPAIAN PERKHIDMATAN AWAM
ESEI PENGAJIAN AM SISTEM PENYAMPAIAN PERKHIDMATAN AWAM
 
Kerja Kursus Bahasa Melayu Tingkatan 6 2016
Kerja Kursus Bahasa Melayu Tingkatan 6 2016Kerja Kursus Bahasa Melayu Tingkatan 6 2016
Kerja Kursus Bahasa Melayu Tingkatan 6 2016
 
Contoh Kerja Kursus Pengajian Am Tingkatan 6 Penggal 2 2015 (STPM) (Majlis Pe...
Contoh Kerja Kursus Pengajian Am Tingkatan 6 Penggal 2 2015 (STPM) (Majlis Pe...Contoh Kerja Kursus Pengajian Am Tingkatan 6 Penggal 2 2015 (STPM) (Majlis Pe...
Contoh Kerja Kursus Pengajian Am Tingkatan 6 Penggal 2 2015 (STPM) (Majlis Pe...
 
Penerokaan dan penjelajahan
Penerokaan dan penjelajahanPenerokaan dan penjelajahan
Penerokaan dan penjelajahan
 
Ngo & revolusi industri 4.0 v2
Ngo & revolusi industri 4.0 v2Ngo & revolusi industri 4.0 v2
Ngo & revolusi industri 4.0 v2
 
penggal 1 pengajian am
penggal 1 pengajian ampenggal 1 pengajian am
penggal 1 pengajian am
 
Esei pengajian am (penggal 1)
Esei pengajian am (penggal 1)Esei pengajian am (penggal 1)
Esei pengajian am (penggal 1)
 
LARAS BAHASA.pptx
LARAS BAHASA.pptxLARAS BAHASA.pptx
LARAS BAHASA.pptx
 
Pengajian perniagaan
Pengajian perniagaanPengajian perniagaan
Pengajian perniagaan
 
Bab 8 : Ciri Dan Prinsip Tadbir Urus Baik
Bab 8 : Ciri Dan Prinsip Tadbir Urus BaikBab 8 : Ciri Dan Prinsip Tadbir Urus Baik
Bab 8 : Ciri Dan Prinsip Tadbir Urus Baik
 
Perbezaan adat perpatih dgn adat temengguung { SEJARAH STPM PENGGAL 3}
Perbezaan adat perpatih dgn adat temengguung { SEJARAH STPM PENGGAL 3}Perbezaan adat perpatih dgn adat temengguung { SEJARAH STPM PENGGAL 3}
Perbezaan adat perpatih dgn adat temengguung { SEJARAH STPM PENGGAL 3}
 
35960241 proses-pembentukan-masyarakat-pluralistik-di-alam-melayu
35960241 proses-pembentukan-masyarakat-pluralistik-di-alam-melayu35960241 proses-pembentukan-masyarakat-pluralistik-di-alam-melayu
35960241 proses-pembentukan-masyarakat-pluralistik-di-alam-melayu
 
Integrasi nasional
Integrasi nasionalIntegrasi nasional
Integrasi nasional
 
adat perkahwinan masyarakat cina
adat perkahwinan masyarakat cinaadat perkahwinan masyarakat cina
adat perkahwinan masyarakat cina
 
Pendidikan bertaraf dunia
Pendidikan bertaraf duniaPendidikan bertaraf dunia
Pendidikan bertaraf dunia
 
Undang2 99 perak
Undang2 99 perakUndang2 99 perak
Undang2 99 perak
 
Geografi lembangan saliran
Geografi lembangan saliranGeografi lembangan saliran
Geografi lembangan saliran
 
Contoh Kerja Kursus PBS STPM Pengajian Am 4
Contoh Kerja Kursus PBS STPM Pengajian Am 4 Contoh Kerja Kursus PBS STPM Pengajian Am 4
Contoh Kerja Kursus PBS STPM Pengajian Am 4
 
Kesan pelajar luar negara
Kesan pelajar luar negaraKesan pelajar luar negara
Kesan pelajar luar negara
 
PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH : Pengajian Am 900 (Tema 1, Ekonomi : Perniaga...
PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH : Pengajian Am 900 (Tema 1, Ekonomi : Perniaga...PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH : Pengajian Am 900 (Tema 1, Ekonomi : Perniaga...
PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH : Pengajian Am 900 (Tema 1, Ekonomi : Perniaga...
 

Viewers also liked

Viewers also liked (20)

Bajau presentation
Bajau presentationBajau presentation
Bajau presentation
 
Bab 11
Bab 11Bab 11
Bab 11
 
Assignment edu 2
Assignment edu 2Assignment edu 2
Assignment edu 2
 
Sabah
SabahSabah
Sabah
 
Bab 11
Bab 11Bab 11
Bab 11
 
Adat kematian kaum kadazan
Adat kematian kaum kadazanAdat kematian kaum kadazan
Adat kematian kaum kadazan
 
Etnik Sabah
Etnik SabahEtnik Sabah
Etnik Sabah
 
Bajau social structure
Bajau social structureBajau social structure
Bajau social structure
 
Adat resam kaum kadazan dusun
Adat resam kaum kadazan dusunAdat resam kaum kadazan dusun
Adat resam kaum kadazan dusun
 
Pakaian tradisional (psk)
Pakaian tradisional (psk)Pakaian tradisional (psk)
Pakaian tradisional (psk)
 
Jurnal reflektif suku kaum bajau
Jurnal reflektif suku kaum bajauJurnal reflektif suku kaum bajau
Jurnal reflektif suku kaum bajau
 
Bab 11 : Sabah
Bab 11 : SabahBab 11 : Sabah
Bab 11 : Sabah
 
Truly Malaysian project ~ lah ~
Truly Malaysian project ~ lah ~Truly Malaysian project ~ lah ~
Truly Malaysian project ~ lah ~
 
kenduri Aqiqah Bagi Suku Kaum Bajau
kenduri Aqiqah Bagi Suku Kaum Bajaukenduri Aqiqah Bagi Suku Kaum Bajau
kenduri Aqiqah Bagi Suku Kaum Bajau
 
Bajau integrated area development
Bajau integrated area developmentBajau integrated area development
Bajau integrated area development
 
(TITAS) KAJAIAN PAKAIN TRADISIONAL DUSUN LOTUD, TAMPARULI, SABAH
(TITAS) KAJAIAN PAKAIN TRADISIONAL DUSUN LOTUD, TAMPARULI, SABAH(TITAS) KAJAIAN PAKAIN TRADISIONAL DUSUN LOTUD, TAMPARULI, SABAH
(TITAS) KAJAIAN PAKAIN TRADISIONAL DUSUN LOTUD, TAMPARULI, SABAH
 
Pakaian kebudayaan kaum(busana sabah)
Pakaian kebudayaan kaum(busana sabah)Pakaian kebudayaan kaum(busana sabah)
Pakaian kebudayaan kaum(busana sabah)
 
20924236 pakaian-traditional-malaysia
20924236 pakaian-traditional-malaysia20924236 pakaian-traditional-malaysia
20924236 pakaian-traditional-malaysia
 
Kenali Suku Kaum Rungus ( Hubungan Etnik)
Kenali Suku Kaum Rungus ( Hubungan Etnik)Kenali Suku Kaum Rungus ( Hubungan Etnik)
Kenali Suku Kaum Rungus ( Hubungan Etnik)
 
Bab 11 Sabah
Bab 11 SabahBab 11 Sabah
Bab 11 Sabah
 

Similar to Budaya Bajau di Sabah

Kerja kursus Sejarah STPM penggal 2 2016
Kerja kursus Sejarah STPM penggal 2 2016Kerja kursus Sejarah STPM penggal 2 2016
Kerja kursus Sejarah STPM penggal 2 2016Mrs. Raudhah
 
Adat_istiadat_dan_upacara_jawa.pptx
Adat_istiadat_dan_upacara_jawa.pptxAdat_istiadat_dan_upacara_jawa.pptx
Adat_istiadat_dan_upacara_jawa.pptxRetnoParamitasari
 
Aspek sosial budaya jawa tentang kehamilan, nifas dan bbl
Aspek sosial budaya jawa tentang kehamilan, nifas dan bblAspek sosial budaya jawa tentang kehamilan, nifas dan bbl
Aspek sosial budaya jawa tentang kehamilan, nifas dan bblTyas Mlik Dy S'org
 
Adat resam-kelahiran-kaum-iban
Adat resam-kelahiran-kaum-ibanAdat resam-kelahiran-kaum-iban
Adat resam-kelahiran-kaum-ibanRenee Evelyn
 
Kelompok 1 Psikososial dan Budaya dalam Keperawatan-1.pptx
Kelompok 1 Psikososial dan Budaya dalam Keperawatan-1.pptxKelompok 1 Psikososial dan Budaya dalam Keperawatan-1.pptx
Kelompok 1 Psikososial dan Budaya dalam Keperawatan-1.pptxRachelMaharani4
 
Masyarakat Tradisional
Masyarakat TradisionalMasyarakat Tradisional
Masyarakat TradisionalOctaviana Adn
 
5 suku bangsa terbesar yang berasal dari pulau sumatera barat
5 suku bangsa terbesar yang berasal dari pulau sumatera barat5 suku bangsa terbesar yang berasal dari pulau sumatera barat
5 suku bangsa terbesar yang berasal dari pulau sumatera baratFalisha Asyifa
 
Topik 2 kesedaran budaya 2b
Topik 2 kesedaran budaya 2bTopik 2 kesedaran budaya 2b
Topik 2 kesedaran budaya 2bshare with me
 
53313116 sejarah-tingkatan-1-bab-11
53313116 sejarah-tingkatan-1-bab-1153313116 sejarah-tingkatan-1-bab-11
53313116 sejarah-tingkatan-1-bab-11Ashvini Velayudham
 
CH10F1
CH10F1CH10F1
CH10F1cgsha
 
Sejarah f1 bab 11 sabah
Sejarah f1 bab 11 sabahSejarah f1 bab 11 sabah
Sejarah f1 bab 11 sabahpseudon
 

Similar to Budaya Bajau di Sabah (20)

SARAWAK
SARAWAKSARAWAK
SARAWAK
 
Kerja kursus Sejarah STPM penggal 2 2016
Kerja kursus Sejarah STPM penggal 2 2016Kerja kursus Sejarah STPM penggal 2 2016
Kerja kursus Sejarah STPM penggal 2 2016
 
Adat kelahiran PBS Sejarah
Adat kelahiran PBS SejarahAdat kelahiran PBS Sejarah
Adat kelahiran PBS Sejarah
 
Kelahiran
KelahiranKelahiran
Kelahiran
 
Adat_istiadat_dan_upacara_jawa.pptx
Adat_istiadat_dan_upacara_jawa.pptxAdat_istiadat_dan_upacara_jawa.pptx
Adat_istiadat_dan_upacara_jawa.pptx
 
Aspek sosial budaya jawa tentang kehamilan, nifas dan bbl
Aspek sosial budaya jawa tentang kehamilan, nifas dan bblAspek sosial budaya jawa tentang kehamilan, nifas dan bbl
Aspek sosial budaya jawa tentang kehamilan, nifas dan bbl
 
Adat resam-kelahiran-kaum-iban
Adat resam-kelahiran-kaum-ibanAdat resam-kelahiran-kaum-iban
Adat resam-kelahiran-kaum-iban
 
Kelompok 1 Psikososial dan Budaya dalam Keperawatan-1.pptx
Kelompok 1 Psikososial dan Budaya dalam Keperawatan-1.pptxKelompok 1 Psikososial dan Budaya dalam Keperawatan-1.pptx
Kelompok 1 Psikososial dan Budaya dalam Keperawatan-1.pptx
 
Bab 10 : Sarawak
Bab 10 : SarawakBab 10 : Sarawak
Bab 10 : Sarawak
 
Adat resam dan pantang larang masyarakat cina
Adat resam dan pantang  larang masyarakat cinaAdat resam dan pantang  larang masyarakat cina
Adat resam dan pantang larang masyarakat cina
 
Masyarakat melayu
Masyarakat melayuMasyarakat melayu
Masyarakat melayu
 
Adat resam masyarakat iban
Adat resam masyarakat ibanAdat resam masyarakat iban
Adat resam masyarakat iban
 
Masyarakat Tradisional
Masyarakat TradisionalMasyarakat Tradisional
Masyarakat Tradisional
 
ISBD SUKU BIMA
ISBD SUKU BIMAISBD SUKU BIMA
ISBD SUKU BIMA
 
5 suku bangsa terbesar yang berasal dari pulau sumatera barat
5 suku bangsa terbesar yang berasal dari pulau sumatera barat5 suku bangsa terbesar yang berasal dari pulau sumatera barat
5 suku bangsa terbesar yang berasal dari pulau sumatera barat
 
Topik 2 kesedaran budaya 2b
Topik 2 kesedaran budaya 2bTopik 2 kesedaran budaya 2b
Topik 2 kesedaran budaya 2b
 
53313116 sejarah-tingkatan-1-bab-11
53313116 sejarah-tingkatan-1-bab-1153313116 sejarah-tingkatan-1-bab-11
53313116 sejarah-tingkatan-1-bab-11
 
Adeliya
AdeliyaAdeliya
Adeliya
 
CH10F1
CH10F1CH10F1
CH10F1
 
Sejarah f1 bab 11 sabah
Sejarah f1 bab 11 sabahSejarah f1 bab 11 sabah
Sejarah f1 bab 11 sabah
 

Recently uploaded

Demonstrasi Kontekstual Modul 1.2. pdf
Demonstrasi Kontekstual  Modul 1.2.  pdfDemonstrasi Kontekstual  Modul 1.2.  pdf
Demonstrasi Kontekstual Modul 1.2. pdfvebronialite32
 
Materi Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptx
Materi Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptxMateri Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptx
Materi Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptxRezaWahyuni6
 
Prakarsa Perubahan dengan Kanvas ATAP & BAGJA.pptx
Prakarsa Perubahan dengan Kanvas ATAP & BAGJA.pptxPrakarsa Perubahan dengan Kanvas ATAP & BAGJA.pptx
Prakarsa Perubahan dengan Kanvas ATAP & BAGJA.pptxSyaimarChandra1
 
421783639-ppt-overdosis-dan-keracunan-pptx.pptx
421783639-ppt-overdosis-dan-keracunan-pptx.pptx421783639-ppt-overdosis-dan-keracunan-pptx.pptx
421783639-ppt-overdosis-dan-keracunan-pptx.pptxGiftaJewela
 
Modul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase C
Modul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase CModul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase C
Modul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase CAbdiera
 
aku-dan-kebutuhanku-Kelas 4 SD Mapel IPAS
aku-dan-kebutuhanku-Kelas 4 SD Mapel IPASaku-dan-kebutuhanku-Kelas 4 SD Mapel IPAS
aku-dan-kebutuhanku-Kelas 4 SD Mapel IPASreskosatrio1
 
Aksi nyata disiplin positif Hj. Hasnani (1).pdf
Aksi nyata disiplin positif Hj. Hasnani (1).pdfAksi nyata disiplin positif Hj. Hasnani (1).pdf
Aksi nyata disiplin positif Hj. Hasnani (1).pdfDimanWr1
 
soal AKM Mata Pelajaran PPKN kelas .pptx
soal AKM Mata Pelajaran PPKN kelas .pptxsoal AKM Mata Pelajaran PPKN kelas .pptx
soal AKM Mata Pelajaran PPKN kelas .pptxazhari524
 
Contoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdf
Contoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdfContoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdf
Contoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdfCandraMegawati
 
PPT Integrasi Islam & Ilmu Pengetahuan.pptx
PPT Integrasi Islam & Ilmu Pengetahuan.pptxPPT Integrasi Islam & Ilmu Pengetahuan.pptx
PPT Integrasi Islam & Ilmu Pengetahuan.pptxnerow98
 
PELAKSANAAN + Link2 Materi TRAINING "Effective SUPERVISORY & LEADERSHIP Sk...
PELAKSANAAN  + Link2 Materi TRAINING "Effective  SUPERVISORY &  LEADERSHIP Sk...PELAKSANAAN  + Link2 Materi TRAINING "Effective  SUPERVISORY &  LEADERSHIP Sk...
PELAKSANAAN + Link2 Materi TRAINING "Effective SUPERVISORY & LEADERSHIP Sk...Kanaidi ken
 
Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptx
Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptxMateri Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptx
Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptxRezaWahyuni6
 
Paparan Refleksi Lokakarya program sekolah penggerak.pptx
Paparan Refleksi Lokakarya program sekolah penggerak.pptxPaparan Refleksi Lokakarya program sekolah penggerak.pptx
Paparan Refleksi Lokakarya program sekolah penggerak.pptxIgitNuryana13
 
04-Gemelli.- kehamilan ganda- duo atau triplet
04-Gemelli.- kehamilan ganda- duo atau triplet04-Gemelli.- kehamilan ganda- duo atau triplet
04-Gemelli.- kehamilan ganda- duo atau tripletMelianaJayasaputra
 
KONSEP KEBUTUHAN AKTIVITAS DAN LATIHAN.pptx
KONSEP KEBUTUHAN AKTIVITAS DAN LATIHAN.pptxKONSEP KEBUTUHAN AKTIVITAS DAN LATIHAN.pptx
KONSEP KEBUTUHAN AKTIVITAS DAN LATIHAN.pptxawaldarmawan3
 
Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5
Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5
Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5KIKI TRISNA MUKTI
 
tugas 1 anak berkebutihan khusus pelajaran semester 6 jawaban tuton 1.docx
tugas 1 anak berkebutihan khusus pelajaran semester 6 jawaban tuton 1.docxtugas 1 anak berkebutihan khusus pelajaran semester 6 jawaban tuton 1.docx
tugas 1 anak berkebutihan khusus pelajaran semester 6 jawaban tuton 1.docxmawan5982
 
2 KISI-KISI Ujian Sekolah Dasar mata pelajaranPPKn 2024.pdf
2 KISI-KISI Ujian Sekolah Dasar  mata pelajaranPPKn 2024.pdf2 KISI-KISI Ujian Sekolah Dasar  mata pelajaranPPKn 2024.pdf
2 KISI-KISI Ujian Sekolah Dasar mata pelajaranPPKn 2024.pdfsdn3jatiblora
 
Bab 6 Kreatif Mengungap Rasa dan Realitas.pdf
Bab 6 Kreatif Mengungap Rasa dan Realitas.pdfBab 6 Kreatif Mengungap Rasa dan Realitas.pdf
Bab 6 Kreatif Mengungap Rasa dan Realitas.pdfbibizaenab
 
Modul Ajar Biologi Kelas 11 Fase F Kurikulum Merdeka [abdiera.com]
Modul Ajar Biologi Kelas 11 Fase F Kurikulum Merdeka [abdiera.com]Modul Ajar Biologi Kelas 11 Fase F Kurikulum Merdeka [abdiera.com]
Modul Ajar Biologi Kelas 11 Fase F Kurikulum Merdeka [abdiera.com]Abdiera
 

Recently uploaded (20)

Demonstrasi Kontekstual Modul 1.2. pdf
Demonstrasi Kontekstual  Modul 1.2.  pdfDemonstrasi Kontekstual  Modul 1.2.  pdf
Demonstrasi Kontekstual Modul 1.2. pdf
 
Materi Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptx
Materi Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptxMateri Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptx
Materi Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptx
 
Prakarsa Perubahan dengan Kanvas ATAP & BAGJA.pptx
Prakarsa Perubahan dengan Kanvas ATAP & BAGJA.pptxPrakarsa Perubahan dengan Kanvas ATAP & BAGJA.pptx
Prakarsa Perubahan dengan Kanvas ATAP & BAGJA.pptx
 
421783639-ppt-overdosis-dan-keracunan-pptx.pptx
421783639-ppt-overdosis-dan-keracunan-pptx.pptx421783639-ppt-overdosis-dan-keracunan-pptx.pptx
421783639-ppt-overdosis-dan-keracunan-pptx.pptx
 
Modul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase C
Modul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase CModul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase C
Modul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase C
 
aku-dan-kebutuhanku-Kelas 4 SD Mapel IPAS
aku-dan-kebutuhanku-Kelas 4 SD Mapel IPASaku-dan-kebutuhanku-Kelas 4 SD Mapel IPAS
aku-dan-kebutuhanku-Kelas 4 SD Mapel IPAS
 
Aksi nyata disiplin positif Hj. Hasnani (1).pdf
Aksi nyata disiplin positif Hj. Hasnani (1).pdfAksi nyata disiplin positif Hj. Hasnani (1).pdf
Aksi nyata disiplin positif Hj. Hasnani (1).pdf
 
soal AKM Mata Pelajaran PPKN kelas .pptx
soal AKM Mata Pelajaran PPKN kelas .pptxsoal AKM Mata Pelajaran PPKN kelas .pptx
soal AKM Mata Pelajaran PPKN kelas .pptx
 
Contoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdf
Contoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdfContoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdf
Contoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdf
 
PPT Integrasi Islam & Ilmu Pengetahuan.pptx
PPT Integrasi Islam & Ilmu Pengetahuan.pptxPPT Integrasi Islam & Ilmu Pengetahuan.pptx
PPT Integrasi Islam & Ilmu Pengetahuan.pptx
 
PELAKSANAAN + Link2 Materi TRAINING "Effective SUPERVISORY & LEADERSHIP Sk...
PELAKSANAAN  + Link2 Materi TRAINING "Effective  SUPERVISORY &  LEADERSHIP Sk...PELAKSANAAN  + Link2 Materi TRAINING "Effective  SUPERVISORY &  LEADERSHIP Sk...
PELAKSANAAN + Link2 Materi TRAINING "Effective SUPERVISORY & LEADERSHIP Sk...
 
Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptx
Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptxMateri Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptx
Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptx
 
Paparan Refleksi Lokakarya program sekolah penggerak.pptx
Paparan Refleksi Lokakarya program sekolah penggerak.pptxPaparan Refleksi Lokakarya program sekolah penggerak.pptx
Paparan Refleksi Lokakarya program sekolah penggerak.pptx
 
04-Gemelli.- kehamilan ganda- duo atau triplet
04-Gemelli.- kehamilan ganda- duo atau triplet04-Gemelli.- kehamilan ganda- duo atau triplet
04-Gemelli.- kehamilan ganda- duo atau triplet
 
KONSEP KEBUTUHAN AKTIVITAS DAN LATIHAN.pptx
KONSEP KEBUTUHAN AKTIVITAS DAN LATIHAN.pptxKONSEP KEBUTUHAN AKTIVITAS DAN LATIHAN.pptx
KONSEP KEBUTUHAN AKTIVITAS DAN LATIHAN.pptx
 
Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5
Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5
Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5
 
tugas 1 anak berkebutihan khusus pelajaran semester 6 jawaban tuton 1.docx
tugas 1 anak berkebutihan khusus pelajaran semester 6 jawaban tuton 1.docxtugas 1 anak berkebutihan khusus pelajaran semester 6 jawaban tuton 1.docx
tugas 1 anak berkebutihan khusus pelajaran semester 6 jawaban tuton 1.docx
 
2 KISI-KISI Ujian Sekolah Dasar mata pelajaranPPKn 2024.pdf
2 KISI-KISI Ujian Sekolah Dasar  mata pelajaranPPKn 2024.pdf2 KISI-KISI Ujian Sekolah Dasar  mata pelajaranPPKn 2024.pdf
2 KISI-KISI Ujian Sekolah Dasar mata pelajaranPPKn 2024.pdf
 
Bab 6 Kreatif Mengungap Rasa dan Realitas.pdf
Bab 6 Kreatif Mengungap Rasa dan Realitas.pdfBab 6 Kreatif Mengungap Rasa dan Realitas.pdf
Bab 6 Kreatif Mengungap Rasa dan Realitas.pdf
 
Modul Ajar Biologi Kelas 11 Fase F Kurikulum Merdeka [abdiera.com]
Modul Ajar Biologi Kelas 11 Fase F Kurikulum Merdeka [abdiera.com]Modul Ajar Biologi Kelas 11 Fase F Kurikulum Merdeka [abdiera.com]
Modul Ajar Biologi Kelas 11 Fase F Kurikulum Merdeka [abdiera.com]
 

Budaya Bajau di Sabah

  • 1. 1 1.0 PENGENALAN Malaysia terkenal dengan keunikan kepelbagaian budaya dan kaum yang hidup dalam suasana aman dan harmoni serta saling menghormati budaya dan kepercayaan kaum lain. Ciri unik inilah yang telah menaikan nama Malaysia sebagai ikon perpaduan di mata dunia. Justeru itu, pelbagai usaha yang dilakukan bagi memastikan generasi masa akan datang mampu mengekalkan keamanan dan perpaduan yang sedia terjalin sejak lama dahulu. Malaysia pada hari ini didiami oleh pelbagai bangsa, kaum dan etnik dari Perlis hingga ke Sabah. Kepelbagaian kaum dan etnik inilah maka wujud pula kepelbagaian budaya, bahasa, agama dan adat resam. Corak masyarakat Malaysia seperti ini berlaku disebabkan oleh perubahan masa dan keadaan, seperti yang berlaku terhadap perubahan struktur politiknya. Sebelum abad ke-18 dan ke-19, masyarakat Malaysia tidak begini coraknya. Sebaliknya boleh dikatakan bahawa, semenanjung Tanah Melayu ketika itu didiami oleh orang Melayu dan Orang Asli bersama sebilangan kecil bangsa atau kaum lain. Tetapi kini coraknya telah berubah dan wujudlah pembentukan masyarakat yang pelbagai budaya. 2.0 SEJARAH RINGKAS SUKU KAUM BAJAU DI SABAH Suku kaum Bajau merupakan suku kaum yang terawal mendiamai kawasan Sabah dan diiktiraf sebagai penduduk asli dan antara bumiputra terbesar di negeri Sabah. Secara amnya suku kaum Bajau boleh dibahagikan kepada dua kelompok iaitu kelompok Bajau Samah atau lebih dikenali sebagai Bajau Darat, dan juga kelompok Bajau Pantai Timur ataupun Bajau Laut. Bajau Samah ataupun Bajau Darat, merupakan kelompok etnik daripada suku kaum Bajau yang menetap di kawasan Pantai Barat Sabah seperti di Putatan, Tuaran, Kota Marudu, Kota Belut dan juga Papar. Pekerjaan mereka selalunya adalah petani dan juga nelayan pesisiran pantai. Bajau Samah ini juga dikenali sebagai ‘cowboy of the east” kerana kepakaran mereka dalam menunggang kuda. Selain daripada itu, Bajau Samah juga terkenal dalam menghasilkan senjata khususnya pedang samurai yang bukan sahaja digunakan sebagai senjata tetapi juga sebagai salah satu tarikan dan cenderamata oleh pelancong dari luar ataupun dalam negara. Bagi Bajau Pantai Timur pula, suku kaum ini lebih dikenali sebagai Bajau Laut kerana kehidupan mereka berkisarkan laut, mereka tinggal di atas lepa-lepa
  • 2. 2 ataupun bot, dan menjalankan aktiviti nelayan dan menyelam untuk mencari hasil laut sebagai sumber pendapatan dan makanan seharian. Sekiranya Bajau Darat dikenali sebagai ‘cowboy of the east’ , manakala Bajau Laut pula dikenali sebagai ‘sea gypsies’ kerana tinggal secara nomad di laut. Meskipun kedua-dua suku kaum ini berasal dari susur galur yang sama, namun terdapat perbezaan yang ketara dari segi pakaian, bahasa, pemakanan, adat resam dan juga budaya hidup. Di Sabah, 6 bahasa Bajau di gunakan dan semuanya berasal daripada keluarga Sama-Bajau. Pengguna bahasa ini termasuklah pendatang-pendatang daripada negara jiran. Bagi kaum Bajau daripada bahagian pantai Timur Sabah, bahasa mereka dipinjam daripada Suluk iaitu bahasa perdagangan di Laut Sulu. Kaum Bajau pantai Barat Sabah pula mengadaptasikan bahasa mereka daripada bahasa Melayu. Kaum Bajau bahagian ini telah bekerjasama dengan kaum Kadazan dusun dari segi aktiviti ekonomi, perdagangan, perhubungan sosial serta kebudayaan. Orang Bajau dikatakan telah menggunakan sistem Barter dalam aktiviti ekonomi mereka iaitu menukar ganti hasil tangkapan ikan mereka dengan beras orang Kadazan. Bukan itu sahaja, pengaruh kebudayaan daripada kedua-dua kaum ini juga dapat dilihat dari segi kesenian material, muzik dan juga reka bentuk bangunan. 3.0 ADAT RESAM DAN PANTANG LARANG 3.0.1 Kelahiran a) Sewaktu Mengandung Terdapat beberapa adat yang dijalankan oleh masyarakat Bajau ketika seseorang wanita itu mengandung, antaranya ialah berpantang, menempah bidan, menyediakan kelapa tua sebagai tanda kelahiran dan melenggang perut i) Berpantang Untuk mengelakkan bahaya sewaktu mengandung, wanita tersebut perlu menjalani beberapa pantang larang tertentu. Ia bertujuan untuk menjaga keselamatan dirinya serta kandungan, di samping memudahkan proses kelahiran kelak. Antara pantang larang tersebut termasuklah :  Wanita hamil tidak boleh berjalan malam kerana dikhuatiri akan diganggu oleh makhluk halus. Wanita hamil tidak boleh memakan semua jenis sotong kerana akan menyukarkan proses kelahiran kelak.
  • 3. 3  Wanita hamil tidak boleh meminum atau mandi dengan air hujan yang jatuh dari bumbung kerana dibimbangi tembuni akan terus mati terutama bagi mereka yang mengandung sulung.  Wanita hamil juga tidak boleh mengunjungi tempat berlakunya kematian kerana dikhuatiri anak dalam kandungan menjadi lemah dan terkena penyakit ketimbaluan. ii) Menempah Bidan Dalam masyarakat Bajau, bidan dikenali sebagai pengulin atau pandai. Setelah tujuh bulan hamil, wanita berkenaan akan menempah bidan dan satu majlis doa selamat akan diuruskan oleh bidan tersebut. Terdapat barangan tertentu yang perlu dihadiahkan kepada bidan dan mulai hari itu hingga hari ke 44 selepas kelahiran bayi, secara rasminya bidan bertanggungjawab menjaga wanita hamil tersebut. iii) Tanda Kelahiran Apabila sudah genap tujuh bulan mengandung, suatu tanda kelahiran akan disediakan iaitu sebiji kelapa tua yang baru tumbuh tunasnya dibalut dengan kain putih dan diletakkan ke dalam sebuah pasu tembaga. Kemudian pasu tembaga beserta kandungannya sekali diletakkan di atas talam yang telah diisikan segantang padi. Kadang kala diletakkan seutas rantai emas di atas kelapa tua itu yang akan menjadi milik anak yang akan diahirkan. Talam tersebut akan diletakkan di bahagian kepala tempat tidur orang yang hamil itu sehingga bayinya lahir. Sebaik sahaja bayi dilahirkan, kelapa tua itu akan ditanam bersama-sama uri si ibu sebagai tanda kelahiran bayi yang berkenaan, sementara padi pula akan dimasak untuk menjamu si ibu dan para jemputan. Secara simboliknya, kelapa tua bertunas tersebut melambangkan bayi yang sedang berada dalam kandungan ibunya, sementara padi dan rantai emas pula melambangkan tenaga dan cahaya yang dapat menyuburkan tunas kelap tersebut. Lazimnya tanda kelahiran ini diadakan untuk menyambut anak pertama walaupun masih boleh diadakan anak– anak berikutnya. iv) Melenggang perut Selain dari pantang larang dan adat-adat seperti di atas, wanita Bajau juga perlu melalui upacara melenggang perut atau dikenali sebagai maglenggang di kalangan masyarakat Bajau. Ia diadakan hanya jika seseorang wanita itu
  • 4. 4 mengandung anak pertama dan upacara dijalankan ketika kandungan berusia tujuh bulan. Cara adat ini dijalankan hampir-hampir sama dengan upacara melenggang perut yang dijalankan oleh masyarakat Melayu Semenanjung. b) Semasa Bersalin Apabila sudah tiba masanya, bidan akan segera dipanggil dan beberapa peralatan tertentu disediakan. Adakalanya di bawah rumah tersebut, duri dan benda-benda tajam seperti besi atau parang diletakkan untuk mengelakkan atau menjauhkan gangguan makhluk halus terhadap si ibu dan bayi. Di samping itu terdapat beberapa adat lain yang dilakukan semasa menyambut kelahiran bayi tersebut iaitu adat potong tali pusat, azan, dan menanam tembuni. i) Potong tali pusat Sewaktu hendak melahirkan anak, si ibu akan dibaringkan di atas tikar sementara bidan pula akan mengurut badannya serta membaca doa selamat agar proses kelahiran itu tidak mengalami sebarang kesulitan. Apabila bayi sudah dilahirkan, bidan akan memotong tali pusat bayi dan setelah itu mengikat pusat bayi dengan benang. Pemotongan tali pusat itu harus disertakan dengan saksinya yang terdiri daripada segantang beras, emas dan lilin yang akan dipasangkan. Bahan- bahan tersebut beserta sedikit wang dan kain putih sepanjang tujuh hasta akan diberi kepada bidan. ii) Qamat / Azan Bagi masyarakat Islam, mengazankan dan mengiqamatkan bayi yang baru lahir merupakan sunnah. Seperti yang telah dinyatakan, masyarakat Bajau rata- ratanya beragama Islam, justeru itu mereka akan melakukan perbuatan ini. Ia bukanlah suatu adat, tetapi lebih merupakan suatu upacara ritual. Setelah diikat pusatnya, bayi akan dimandikan dan beberapa minit kemudian diazankan (bagi anak lelaki) dan diiqamatkan (bagi anak perempuan) di telinga bayi itu. Semasa azan dilaungkan, bayi itu diberi makan sedikit garam dan gula, dan selepas itu barulah bayi tersebut yang baru dilahirkan boleh disusukan. iii) Menanam Tembuni / uri Pada hari kelahiran itu juga, tembuni ibu dicuci, dibungkus dengan kain putih dan diletakkan ke dalam tempurung. Tempurung itu pula akan ditanam bersama-
  • 5. 5 sama kelapa tua yang telah disediakan di suatu tempat berdekatan dengan rumah si ibu untuk menandakan kelahiran anaknya. Penanaman tembuni lazimnya dilakukan oleh bidan sendiri. Beras yang telah disediakan bersama-sama kelapa tua ditumbuk sederhana halus dan dimasak untuk menjamu si ibu dan tetamunya. Di samping itu, tujuh biji telur direbus dan dimakan dengan nasi tadi. Selepas kelahiran si ibu akan sekali lagi menjalani beberapa pantang larang dan adat-adat tertentu. Bagi bayi tersebut pula, terdapat beberapa upacara akan dijalankan mulai dari detik kelahirannya sehinggalah dia membesar. c) Selepas Bersalin i) Rawatan bidan Selepas kelahiran bayi, bidan akan memberi ubat kepada si ibu dan terus menjaga keadaan mereka berdua beranak sehingga hari ke 44. Untuk memulihkan kesihatan si ibu, bidan akan memandikan si ibu dan bayinya sambil membaca doa selamat. Ini dilakukan pada malam hari ketiga, ketujuh, kedua puluh dan ke 44. Selepas tamat tempoh berpantang, bidan secara rasminya menyerahkan tugasnya kepada suami dan keluarga wanita tersebut. ii) Berpantang Terdapat beberapa pantang larang yang perlu diamalkan oleh seseorang wanita yang baru lepas bersalin. Antaranya ialah :  Si ibu tidak boleh makan makanan selain daripada bubur atau nasi tanpa lauk.  Si ibu hanya boleh mengambil ubat yang diperbuat daripada tumbuh- tumbuhan  Tujuh hari selepas bersalin, si ibu tidak boleh minum air selain daripada air ubat yang dibuat daripada akar-akar kayu dan herba  Si ibu harus memakai sarung yang berwarna gelap, biasanya hitam kerana warna yang terang tidak baik untuk kesihatan mata bayi  Si ibu tidak boleh keluar bersiar-siar sebelum hari ke 44  Perlu memakai bedak paus yang disapukan di kedua-dua belah tangan dan kaki untuk mengelakkan kesejukkan.
  • 6. 6 iii) Naik Buai Oleh sebab kelahiran anak pertama dianggap sebagai peristiwa istimewa, maka ibu bapa akan mengadakan kenduri tambahan. Selepas kenduri, doa selamat dibacakan oleh bidan dan sebagai upah, bidan akan diberi tiga ela kain kain putih dan lima biji kelapa tua. Selain kenduri, ada kalanya pada hari yang sama diadakan juga upacara naik buai atau dipanggil pesakat nirundangan dalam kalangan masyarakat Bajau, di mana bayi berkenaan akan dinaikkan ke dalam buaiannya buat pertama kali. Upacara ini dijalankan secara besar-besaran dan menyerupai upacara melenggang perut. Semasa upacara naik buai berlangsung, upacara berzanji diadakan selama satu setengah jam dan apabila tiba pada ayat-ayat tertentu yang menandakan masanya untuk menggunting rambut bayi, bayi akan didukung dan rambutnya akan digunting oleh mereka yang berzanji secara bergilir-gilir. Upacara ini biasanya diakhiri dengan jamuan makan yang dihadiri oleh sanak saudara dan jiran tetangga. Selain jamuan, tuan rumah juga akan memberi sedekah yang lazimnya berbentuk bunga telur yang dilekatkan dengan wang kepada tetamu yang hadir di majlis tersebut. iv) Menimbang bayi bulan Safar Umumnya, orang Bajau amat teliti tentang masa kelahiran anak mereka. Bayi yang dilahirkan pada bulan Safar dianggap kurang baik nasibnya kerana bulan Safar dianggap sebagai bulan yang tidak baik. Untuk mengelakkan kecelakaan dari menimpa si bayi, pada masa menyambut Maulid Nabi, bayi akan dibawa ke masjid untuk ditimbang. Penimbangan bayi itu bukanlah bertujuan untuk mengetahui berat bayi sebaliknya merupakan satu usaha untuk meminta pertimbangan daripada Tuhan agar tidak diburukkan nasib bayi tersebut. Terdapat barangan tertentu yang digunakan untuk upacara ini, antaranya ialah : Sebatang penumbuk padi yang dijadikan batang penimbang. Batang penimbang itu akan dibalut dengan tujuh hasta kain putih. Batu-batu timbang yang terdiri daripada benda-benda berikut; sebekas air, seikat kayu yang sederhana besarnya, seperiuk nasi dan tujuh biji kelapa muda. Bahagian batang penimbang itu akan diikatkan dengan tali kasar yang disangkutkan pada alang bumbung masjid supaya batang berada dalam keadaan tergantung. Pada satu hujung batang penimbang itu akan dipasangkan ayunan kanak-kanak yang hendak ditimbang sementara pada hujung yang satu lagi akan digantungkan batu-batu timbang. Batu-batu timbang yang terdiri daripada sebekas
  • 7. 7 air, seperiuk nasi dan seikat kayu wajib digunakan. Hanya kelapa muda sahaja yang boleh ditambah atau dikurangkan bilangannya mengikut berat bayi itu. Apabila batu- batu timbang sudah seimbang beratnya dengan berat bayi, batang penimbang serta segala muatannya akan dipusingkan dan kemudian dilepaskan supaya ia berputar pada keadaan asalnya. Dengan itu tamatlah upacara penimbangan dan bayi itu akan digunting rambutnya. v) Berkhatan Sebagai orang Islam, anak-anak lelaki dan perempuan akan dikhatankan apabila sudah cukup umur. Lazimnya anak perempuan akan dikhatankan ketika berumur lima tahun sementara anak lelaki pula dikhatankan ketika berumur 12 dan 15 tahun. Selepas berkhatan mereka akan dianggap sebagai orang Islam yang sebenarnya. Majlis berkhatan kanak-kanak lelaki lebih meriah berbanding upacara berkhatan bagi kanak-kanak perempuan. Upacara berkhatan biasanya diakhiri dengan satu jamuan di masjid atau di rumah kanak- kanak tersebut. 3.0.2 Kematian Antara masyarakat Bajau dengan masyarakat Islam yang lain memang tidak banyak perbezaan dari segi menguruskan pengebumian kerana mereka sama-sama mengikuti peraturan agama Islam walaupun terdapat sedikit sebanyak pengaruh adat tempatan. Orang Bajau percaya bahawa seseorang yang telah meninggalkan dunia akan meneruskan hidupnya di alam baqa dan sekiranya tidak dikebumikan dengan betul, maka keluarga dan saudara mara telah berdosa kerana melupakan tanggung jawab mereka. Upacara kematian mereka dilakukan secara teliti bersandarkan keperluan agama dan adat kerana melalui upacara inilah si mati dipercayai dapat menyesuaikan diri dengan keadaan hidup baru di akhirat. Apabila seseorang itu meninggal dunia, doa akan dibaca dan mayatnya akan ditutup dengan kain. Pada masa itu, tawak-tawak patai atau pukulan gong akan dibunyikan sebagai tanda seseorang itu telah meninggal dunia. Mengikut adat bajau, mereka mesti menangisi kematian tersebut kerana ia melambangkan kesedihan mereka. Seterusnya mayat tersebut akan diuruskan sepenuhnya mengikut peraturan agama Islam, seperti dimandikan, dikafankan, disembahyangkan serta dikebumikan. a) Adat mengawal kubur Masyarakat Bajau yang asalnya berfahaman animisme, kini telah banyak memeluk agama Islam. Namun demikian, beberapa adat, budaya dan kepercayaan masih
  • 8. 8 dipegang kuat kerana telah diamalkan turun temurun. Adat paling menarik dalam budaya masyarakat Bajau ialah adat mengawal kubur. Kawalan kubur selama tujuh hari dimestikan kerana masyarakat Bajau percaya mayat akan didatangi balan-balan dalam tempoh tersebut. Adat yang sepatutnya menyeramkan ini sudah menjadi seperti budaya masyarakat yang ditunggu-tunggu dan membawa keceriaan. Lelaki Bajau yang terdiri daripada saudara mara si mati akan mengawal kubur sepanjang malam selama tujuh hari. Kaum wanita dan kanak-kanak pula akan berjaga di rumah si mati. Adat mengawal kubur ini menjadi semacam hiburan pula apabila para penjaga kubur mengadakan permainan untuk mengelakkan rasa mengantuk atau rasa takut. Antara permainan yang biasa dilakukan semasa mengawal kubur adalah ‘pasang’ ,congkak, daun terup dan sebagainya. Bagi orang-orang tua Bajau, permainan-permainan ini sudah menjadi semacam ritual magis untuk menyingkirkan kuasa-kuasa luar biasa. Orang luar pastinya berasa hairan apabila melihat adat mengawal kubur ini meriah dan ceria dengan jerit pekik dan tawa para pengawal kubur. Mereka bergurau senda dan berhibur sepanjang malam. Namun setiap kebiasaan sesuatu masyarakat memang lazimnya dianggap luar biasa oleh masyarakat lain. 3.0.3 Perkahwinan a) Merisik Adatnya tidak banyak bezanya daripada adat masyarakat Melayu. Sebelum perkahwinan berlangsung, upacara merisik terlebih dahulu dilakukan terhadap gadis yang menjadi calon. Caranya hampir sama dengan cara yang diamalkan oleh suku kaum yang lain iaitu dengan melantik wakil bagi menemui keluarga gadis. Setelah mendapat kepastian bahawa gadis itu belum ada ikatan apa-apa dan secocok dengan keinginan pihak lelaki tentang rupa paras, budi bahasa serta martabat keluarganya, barulah diikuti dengan upacara seruan yakni menyimpul tali pertunangan. b) Meminang Upacara meminang dilakukan dalam satu majlis yang dinamakan seruan. Dalam majlis itu, pihak lelaki membawa sebentuk cincin, sepersalinan pakaian dan wang tunai sebanyak RM100.00 sebagai pengikat tali pertunangan. Masa pertunangan biasanya berlangsung selama setahun untuk membolehkan pihak lelaki
  • 9. 9 membuat persediaan. Apabila tempoh yang ditentukan tiba, pihak lelaki menghantar semua barang yang dijanjikan dalam majlis seruan itu kepada pihak perempuan. Dalam majlis penyerahan barang-barang tersebut, tarikh perkahwinan ditentukan. Pihak keluarga perempuan menentukan jumlah kerbau yang akan dihadiahkan untuk majlis perkahwinan. Tujuh ekor bagi keluarga yang berada, tiga ekor bagi keluarga yang sederhana dan seekor bagi keluarga biasa. Mas kahwin dan hadiah lain seperti sepersalinan pakaian yang lengkap, sirih pinang, alat persolekan dan sebagainya akan diberikan dalam majlis perkahwinan nanti. c) Majlis perkahwinan Majlis perkahwinan dibuat sebelum hari perkahwinan. Keluarga yang berada mengadakan majlis tujuh hari sebelumnya, tiga hari bagi keluarga sederhana dan sehari bagi keluarga miskin. Sepanjang hari tersebut, pada sebelah malamnya majlis titik diadakan yakni memainkan alat muzik yang terdiri daripada kulintangan, gong, bebandil dan gendang di tempat kediaman kedua-dua belah pihak. Kumpulan muzik ini mengandungi enam orang pemain yang diketuai oleh seorang wanita yang memainkan kulintangan, dua orang pemukul gendang, dua orang pemain gong dan seorang pemain bebandil. Majlis ini mungkin berlangsung hingga larut malam, kemudian diikuti dengan tarian tradisional yang dikenal sebagai runsai. Tarian ini memerlukan antara enam hingga lapan orang penari termasuk dua orang wanita. Tarian ini menjadi bertambah meriah apabila diserikan dengan kalang iaitu pantun dua kerat yang dijual dan dibeli oleh penari lelalki dan perempuan. Sehari sebelum hari perkahwinan, bakal pengantin lelaki dan perempuan akan didandan oleh beberapa orang mak andam. Dandanan ini termasuklah mandi bedak dengan ramuan bedak tepung beras yang bercampur bunga-bungaan pada sebelah malam. Pada hari perkahwinan, pengantin dihias dengan pakaian yang baru, selalunya berwarna kuning dan hijau yang diperbuat daripada sutera. Rambut pengantin perempuan dihiasi dengan serempak iaitu sejenis mahkota. Pengantin lelaki yang berpakaian serba kuning lengkap dengan tanjak dan bersenjatakan sebilah keris diusung dengan tandu oleh beberapa orang ahli keluarganya, atau menunggang kuda ketika menuju ke ke diaman pengantin perempuan dengan diiringi pukulan gong berirama tigad-tigad semasa melalui jalan yang dihias dengan bendera yang berwarna-warni. Beberapa das tembakan dilepaskan sebagai tanda hormat dan alu-aluan akan ketibaan rombongan pengantin lelaki di halaman rumah pengantin perempuan. Pengantin lelaki yang turun dari tandu atau kudanya dijulang di atas bahu anggota
  • 10. 10 rombongan atau didukung masuk ke rumah pengantin perempuan. Dia kemudiannya dipersilakan duduk di tempat yang dikhaskan untuknya dan bunyi gong pun diberhentikan. Disitu pengantin lelaki menunngu majlis akad nikah. Setelah tiba waktunya, pengantin lelaki mengambil wuduk dan majlis akad nikah dilangsungkan. Pengantin lelaki kemudian masuk ke bilik pengantin perempuan untuk upacara membatalkan air sembahyang. Pengantin lelaki dan rombongannya harus melalui beberapa lapis tabir yang dijadikan halangan sebelum masuk ke bilik pengantin perempuan. Setiap tabir itu hanya akan dibuka apabila dibayar sekitar RM10 hingga RM20 ataupun membaca sebuah pantun, syair dan nasyid empat kerat yang dilagukan.Setelah pengantin lelaki membatalkan air sembahyang dengan menyentuh dahi isterinya, kedua-dua mempelai itu disandingkan. Kemudian kedua-dua pengantin keluar untuk bertemu dan bersalaman dengan tetamu. 3.1 PERAYAAN 3.1.1 Perayaan Regatta Lepa Lepa dalam bahasa kaum Bajau Pantai Timur Sabah bermaksud perahu atau bot. Biasanya Lepa diperbuat daripada kayu jenis Ubar Suluk ataupun Seraya Merah. Lazimnya, lepa berukuran lapan meter panjang dan dua meter lebar serta menampilkan pelbagai jenis ukiran dan warna. Perayaan Regatta Lepa disambut pada bulan April setiap tahun di daerah Semporna, Sabah. Ia menjadi perayaan yang penting dalam kalendar masyarakat Bajau Semporna dan boleh dianggap sebagai ‘hari raya’ mereka. Pada tahun 1994, perayaan Regatta Lepa mula diperkenalkan sebagai perayaan di peringkat daerah dan kemudiannya diiktiraf menjadi perayaan di peringkat negeri Sabah. Seterusnya pada tahun 2003, Perayaan Regatta Lepa telah dimasukkan ke dalam kalendar 'Pesta Air Malaysia' dan kini ia merupakan salah satu acara tahunan di Malaysia. Setiap tahun pengunjung berpeluang melihat sendiri keunikan lepa yang cantik.Lepa-lepa tersebut diukir dengan motif bertemakan laut seperti ikan, duyung dan kuda laut. Ia juga turut dihiasi dengan corak awan larat dan tulisan khat Hiasan ukiran tersebut merangkumi keseluruhan bahagian lepa beserta tiang selain turut dihiasi dengan layar dan bendera tiga segi kecil. Setiap satu lepa juga akan membawa penari-penari dan ahli muzik yang lengkap dengan pakaian tradisional masyarakat Bajau Laut.
  • 11. 11 Menjadi tradisi kepada sambutan Regatta Lepa, sebanyak lebih 50 buah perahu akan menyertai Pertandingan Sambulayang atau juga dikenali sebagai pertandingan layar dan perahu tercantik. Usaha menghasilkan sebuah lepa yang cantik boleh memakan masa sehingga empat bulan dan kosnya boleh mencecah hingga ribuan ringgit. Lepa yang paling cantik dan kreatif akan dinobatkan sebagai pemenang Lepa Tercantik yang merupakan hadiah utama dalam perayaan ini. Beberapa acara sukan melibatkan perahu seperti lumba perahu, tarik perahu secara berpasangan, renang dan persembahan kesenian dan kebudayaan turut diadakan untuk memeriahkan lagi perayaan ini. Selain itu, pada perayaan ini turut dipamerkan pelbagai jenis kraftangan masyarakat Bajau seperti aksesori wanita, pakaian tradisional, alat-alat tradisional dan lain-lain lagi. 3.2 KESENIAN DAN KEBUDAYAAN 3.2.1 Pakaian Bagi Pakaian tradisional suku Kaum Bajau. Berdasarkan gambar, wanita menggayakan blaus badu sampit dan kain sarung olos berangkit, perhiasan leher mandapun dan perhiasan kepala sarempak. Lelaki Bajau menggayakan baju potongan Cekak Musang, seluar, samping dan destar.Manakala, pasangan suku kaum Bajau menggayakan pakaian adat perkahwinan dan kebesaran. Pakaian lelaki dari kain satin berhias renda dan pakaian wanita juga dari satin yang dilengkapi dengan mandapun dan tali pinggang.
  • 12. 12 3.2.2 Makanan Tradisional a) Kima Kima adalah nama sejenis kerang laut dan terdapat dalam beberapa spesis, antaranya lapiran, kima bohe' dan sollot-sollot (bersaiz kecil dan menyelit di celah- celah permukaan batu). Kima dijadikan lauk dalam makanan tradisi Orang Bajau. Kima ini boleh dimakan mentah-mentah (inta') setelah dihiris atau dipotong kecil-kecil dan dicampur dengan air limau dan lada serta rempah-ratus yang lain mengikut selera orang yang hendak makan. Ia juga boleh dimasak bersama sayur. Ada juga kima yang dikeringkan di bawah sinar matahari dan biasanya ia dimasak bersama sayur. b) Sagol / Senagol Sagol/Ѕenagol(Kata Kerja) bermaksud mencampuradukkan. Sagol/Ѕenagol juga mempunyai makna Kata Nama iaitu 'benda yang dicampuradukkan'. Secara khusus ia merujuk kepada sejenis masakan tradisional yang menggunakan isi ikan (biasanya ikan pari, ikan yu dan ikan buntal, secara umumnya ikan yang mempunyai hati yang besar) yang dicincang-cincang dan dimasak dengan kunyit. Untuk membuat sagol, ikan yu, pari atau buntal dicelur dahulu sehingga mudah membersihkan 'langnges' iaitu lapisan kasar pada kulit yu dan pari, atau 'iting' iaitu 'duri' pada ikan buntal. Mencelur (masak separuh masak) ini juga dilakukan untuk memudahkan isi ikan dihancurkan dan dicampur dengan kunyit yang telah dipipis. Ada dua jenis masakan sagol/Ѕenagol iaitu sagol/Ѕenagol kering (tiada kuah) dan sagol/Ѕenagol basah (berkuah). Untuk mendapatkan rasa sebenar sagol/senagol, biasanya tidak menggunakan minyak makan tetapi menggunakan minyak hati ikan yang disagol itu, iaitu sama ada minyak hati ikan pari, atau minyak hati ikan yu atau minyak hati ikan buntal. c) Sunting putu Makanan yang berupa ubi kayu yang diparut dan telah diperah airnya lalu dimasak secara stim. Lazimnya, Putu dimakan bersama Sagol, Kima, Tehek- tehek,Тayum dan beberapa makanan Tradisional Bajau yang lain (Selalunya makanan laut).
  • 13. 13 d) Sunting Tompe (Tinompeh) Makanan yang berupa ubi kayu yang diparut dan telah diperah airnya. Ia kemudiannya digoreng tanpa minyak di dalam kuali, sehingga berwarna kekuning- kuningan. Secara umumnya, makanan tradisional masyarakat Bajau adalah makanan laut dan makanan ubi-ubian dan tanaman huma yang lain. Makanan tradisi orang Bajau boleh dibahagikan kepada dua jenis utama iaitu makanan yang dimasak dan makanan yang dimakan mentah (inta'an). Makanan yang dimasak sama ada direbus, digoreng, dibakar dan dipanggang. Lazimnya, intaan (makanan mentah) terdiri daripada makanan laut seperti 'ballog-ballog', 'bantunan', tehe'-tehe', tayum, kilau, baat atau timun laut, lato', kima,tehe-tehe kabboggan atau nasi putih direbus dengan isi tehe tehe dalam cangkerang tehe-tehe dan sebagainya. 3.2.3 Kesenian a) Tarian dalling-dalling bajau dan igal-igal bajau Perkataan dalling-dalling adalah kata ganda daripada perkataan Sinamah (bahasa Bajau) 'dalling' yang bermaksud gerakan seluruh badan mengikut rentak tertentu. Ini adalah tarian hiburan di majlis keramaian khususnya majlis perkahwinan. Tarian daling-daling diiringi oleh pantun yang dinyanyikan oleh seorang penyanyi atau dua penyanyi. Secara tradisionalnya penyanyi yang menyampaikan nyanyian (disebut kalangan dalam Sinamah) adalah pemuzik. Alat muzik yang digunakan pula dipanggil gabbang. Kadang-kadang pemuzik dibantu oleh seorang penyanyi lain yang lazimnya wanita, terutama apabila aturcara majlis dijangka mengambil masa yang lama yang kadang-kadang mencecah semalaman. b) Tarian limbai dan runsai ( Bajau Kota Belud) Tarian Limbai merupakan satu tarian traditional suku kaum Bajau Kota Belud. Tarian Limbai biasanya ditarikan ketika menyambut ketibaan pengantin lelaki yang diarak ke rumah pengantin perempuan. Sebaik sahaja rombongan pengantin sampai, perarakan dihentikan sementara, lalu tarian Limbai dipersembahkan di hadapan pengantin. Ia merupakan upacara khas sebagai isyarat menjemput pengantin lelaki naik ke rumah untuk melakukan istiadat ijab qabul yakni pernikahan. Tarian limbai di iringi oleh irama kulintangan.Kumpulan muzik ini mengandungi enam orang pemain yang diketuai oleh seorang wanita yang
  • 14. 14 memainkan kulintangan, dua orang pemukul gendang, dua orang pemain gong dan seorang pemain bebandil.Tarian ini mengiringi anggota-anggota rombongan pengantin lelaki naik ke rumah. Penari-penari melambai-lambaikan selendang mereka sebagai lambang mengundang dan mengucapkan selamat datang. C) Tarian Kuda Pasu Sebuah tarian yang asalnya dilakukan oleh pasukan berkuda mahir, Kuda Pasu adalah tarian Bajau kini dilakukan oleh penari lelaki dan perempuan untuk menyambut atau menemani rombongan pengantin lelaki ke kediaman pengantin perempuan. Mereka menari rentak muzik bertitik dipanggil tigad-tigad. Penari lelaki dipenuhi oleh penari wanita yang memegang sapu tangan merah yang terikat di jari mereka. Ini bertujuan untuk menyambut pengantin lelaki. D) Tarian Bolak-bolak Bolak-Bolak adalah tarian tradisional Bajau dari daerah Semporna di Pantai Timur, yang telah diturunkan melalui generasi. Bolak-Bolak menandakan bunyi dibuat apabila kastenyet dipegang oleh penari sentiasa bertepuk tangan bersama-sama, menghasilkan rentak muzik untuk tarian. Tarian ini tradisinya dilakukan semasa pembentangan kekayaan pengantin oleh pengantin lelaki kepada keluarga pengantin perempuan sebagai sebahagian daripada majlis perkahwinan. Iringan muzik dimainkan pada ensemble kulintangan di samping gong dan gendang 3.2.4 Alat Muzik Tradisional a) Kulintangan Merupakan sejenis alat perkusi daripada keluarga gong yang berbusut yang berukuran kecil, kulintangan diperbuat daripada tembaga ataupun perunggu.
  • 15. 15 b) Gong Gong terdiri daripada keluarga idofon, ianya berasal daripada Timur Tengah dan selalunya diperbuat daripada gangsa ataupun besi. Gong boleh didapati di seluruh negeri Sabah dan mempunyai nilai yang tinggi. c) Bebandil / Babandil Bebandil ataupun babandil hampir sama dengan gong, perbezaan yang ketara adalah dari segi bibir yang tipis dan saiznya yang lebih besar, bebandil ini merupakan gong utama dan berfungsi sebagai penjaga “timing” alat muzik yang dipermainkan.
  • 16. 16 c) Gendang Gendang merupakan salah satu alat membranofon. Gendang berasal daripada timur tengah. Gendang selalunya diperbuat daripada kayu nangka ataupun kayu merbau untuk bahagian badan manakala kulit kambing direngangkan di hujung alat gendang. Instrument ini dikenali dengan nama yang berbeza dalam komoniti yang berbeza. 3.3 Adat Kehidupan Lain Selain adat di atas, terdapat beberapa adat lain yang masih diamalkan oleh masyarakat Bajau di Daerah Semporna iaitu; a) Magkiparat Magkiparat ialah acara bermaaf-maafan di antara ahli keluarga. Lazimnya setiap orang yang hendak menunaikan haji akan magkiparat terlebih dahulu, dengan mengumpulkan keluarga dan bermaaf-maafan. Selain daripada itu, sekiranya terdapat orang yang sakit dan lama tenat (nazak), ahli keluarga pesakit akan mencari alternatif mengumpulkan keluarga magkiparat. Kepercayaan mereka, pesakit sukar untuk menghembuskan nafas kerana mempunyai masalah dengan ahli keluarga. Magkiparat juga dilakukan apabila ahli keluarga telah bersengketa atau konflik besar- besaran diantara mereka telah tercetus. Apabila mereka hendak berbaik semula, mereka akan magkiparat. Semasa magkiparat mereka akan menyediakan bahan berikut;  seekor ayam kampung yang masih hidup  beras
  • 17. 17  minyak  telur  serai  kunyit  bawang merah  bawang putih  halia  kelapa Bahan-bahan di atas akan diletakkan di tengah-tengah di mana semua ahli keluarga yang magkiparat berkumpul. Seorang imam akan dijemput untuk mengendalikan acara ini. Semua ahli keluarga yang terlibat akan duduk dalam bulatan dan meluahkan rasa tidak puas hati kepada pihak yang lain ataupun seorang daripada mereka, akan menceritakan permulaan atau sebab-sebab konflik berlaku. Setelah itu mereka akan saling berbahas dan menegakkan hujah masing-masing. Apabila keadaan semakin panas dan beremosi, imam tersebut akan cuba menenangkan mereka dan mengingatkan tujuan berkumpul adalah untuk memperbaiki keadaan yang tegang. Selepas upacara meluahkan selesai, imam akan mengakhiri dengan bacaan doa. Semua bahan yang mereka sediakan akan disedekahkan kepada imam tersebut. Bagi penulis yang menyaksikan acara ini berlangsung, membuat kesimpulan magkiparat adalah seperti proses kaunseling, imam bertindak sebagai kaunselor yang memandu arah tuju perbincangan. Namun bagi penulis pula, ada baiknya sebelum perselisihan berpanjangan dan berlarutan, mereka duduk berbincang seperti ini. Bukannya menunggu sebarang musibah, barulah timbul kesedaran untuk bermaafan. Adakalanya proses ini akan lebih mengundang keaiban kerana semua kesalahan akan diungkapkan, seperti membuka pekung di dada. Hadirin yang turut sama menyaksikan akan mengetahui keaiban tersebut, dan menimbulkan pelbagai umpatan di kalangan masyarakat. b) Magtimbang Acara magtimbang dilakukan apabila seorang wanita bersalin dalam bulan safar. Ibu dan anak akan ditimbang dengan buah-buahan seperti kelapa, tebu, pisang dan sebarang makanan lain. Lazimnya magtimbang dilakukan semasa anak tersebut digunting.
  • 18. 18 c) Maggunting Adat dan budaya lama ini diwarisi sejak turun temurun lagi. Upacara maggunting ialah cukur jambul beramai-ramai di masjid atau surau sama ada dalam bulan rabiul awal atau semasa hari raya. Kanak-kanak lelaki yang digunting rambutnya akan diarak ke masjid beramai-ramai disertai dengan replika Jong atau Ajjung, manakala kanak-kanak perempuan pula Mahligai yang dihias indah. Jong atau Ajjung dan Mahligai lazimnya dihiasi dengan makanan ringan kanak-kanak seperti keropok, gula-gula, coklat dan pelbagai makanan lain. Replika Jong atau Ajjung dan Mahligai ini adalah melambangkan seorang putera dan puteri raja. Selepas upacara maggunting makanan ringan tersebut akan diagihkan kepada para jemputan khususnya kanak-kanak. d) Mandi Gerhana Wanita yang hamil dan berlaku gerhana ketika dia sedang mengandung, maka hendaklah mandi gerhana bagi mengelakkan anak yang dilahirkan mendapat tanda lahir yang besar berwarna hitam. 3.4 Pantang Larang Suku Kaum Bajau Dalam masyarakat suku kaum bajau begitu banyak pantang larang yang sehingga hari ini masih menjadi amalan kami sekeluarga. walaupun dalam era yang serba moden ini, keluarga tetap berpegang teguh pada adat resam. antara adat yang diguna pakai sehingga hari ini ialah : 1. larangan menggunakan pinggan mangkuk yang retak - takut dapat pasangan yang tidak sempurna 2. larangan menggunakan cermin pada waktu malam - takut kehilangan seri wajah 3. larangan meletakkan tangan di hadapan semasa duduk bersimpuh ketika makan - akan sentiasa menyakiti atau disakiti orang lain 4. larangan duduk di tangga - jodoh lambat datang 5. larangan makan cili/ lada/ cabai - hati keras, degil dan tidak mudah dinasihati 6. larangan ketawa terbahak- bahak - tidak baik untuk anak dara kerana membawa imej yang tidak baik pada pandangan orang
  • 19. 19 7. larangan tidak saling mengadap ketika makan - kelak jika punya masalah, tiada yang membantu 8. larangan memotong kuku pada waktu malam - akan kematian ahli keluarga 9. larangan membawa bayi keluar pada waktu malam - takut ditimpa sesuatu yang tidak baik seperti jatuh sakit 10. larangan memerah santan kelapa ketika haid - makanan cepat basi 11. larangan tidur dengan rambut basah - mudah rabun 12. larangan menyanyi di dapur - bersuami orang tua 13. larangan mengemas tempat makan jika ada yang belum selesai - akan dibiarkan jika dilanda musibah 14. larangan menuang air di dapur ( bukan di hadapan tamu ) - untuk mengelakkan sebarang keraguan di hati tetamu 15. larangan makan di dalam kuali - muka tiada seri 16. barang dapur hendaklah didahulukan ketika berpindah rumah - agar rezeki tidak putus- putus 17. anak yatim piatu tidak boleh memakaikan inai untuk pengantin - agar anak yang dilahirkan tidak yatim piatu 18. larangan membunuh sebarang haiwan ketika isteri mengandung - elak sebarang keburukan terhadap bayi dan isteri 19. larangan keluar rumah sekurang- kurangnya 3 hari untuk pengantin - elak sebarang keburukan berlaku 20. larangan makan sisa anak - anak keras kepala, tidak dengar kata 4.0 IMPLIKASI KEPELBAGAIAN SOSIOBUDAYA DALAM KALANGAN PELAJAR TERHADAP PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DI DALAM BILIK DARJAH Malaysia terdiri daripada berbilang kaum. Kepelbagaian sosio-budaya sukar untuk dinafikan dalam sebuah negara seperti Malaysia yang lahir dari kelompok masyarakat yang berbilang etnik iaitu Melayu, Cina dan India yang menjadi etnik majoriti terbesar serta kaum peribumi Sabah dan Sarawak serta orang asli tidak lupa
  • 20. 20 juga pada kaum-kaum lain yang menjadi kaum minoriti. Setiap etnik mempunyai sosio-budaya yang berbeza yang diwarisi daripada nenek moyang terdahulu. Budaya dapat ditakrifkan sebagai tamadun atau peradaban. Ia juga bermaksud kemajuan fikiran atau akal budi ( cara berfikir dan berkelakuan). Kita sebagai rakyat Malaysia yang berbilang kaum perlu sedar kewujudan kepelbagaian sosio-budaya ini yang meliputi adat resam, bangsa, kepercayaan, jantina, bahasa dan struktur masyarakat. Dalam konteks pendidikan, kepelbagaian sosio-budaya bukan sahaja dilihat dari aspek ras, etnik dan adat budaya mereka sahaja, malah ia juga merangkumi skop yang lebih luas. Di dalam bilik darjah, terdapat pelbagai ras, etnik dan budaya yang tersendiri dan berbeza-beza .Sebagai guru, kita perlu tahu bahawa setiap individu pelajar itu mempunyai budaya, latar belakang keluarga dan tahap sosioekonomi yang berbeza antara satu sama lain. Setiap pelajar berbeza dari segi mereka berkomunikasi ( verbal dan bukan verbal) , nilai-nilai sosial,intelektual, cara berinteraksi, gerak badan, dan pandangan serta pendapat mereka yang dipengaruhi oleh budaya masyarakat asal mereka. Guru juga membawa budaya mereka tersendiri di dalam bilik darjah. Jika wujud perbezaan dalam kalangan pelajar dan guru dari segi cara mereka berkomunikasi, pandangan nilai dan sebagainya, maka akan timbul masalah dalam interaksi antara mereka. Kepelbagaian sosiobudaya dalam kalangan pelajar memberi pelbagai kesan terhadap proses pengajaran dan pembelajaran. 4.0.1 Kemahiran Dan Penggunaan Bahasa Menurut Ruslan Zaiduddin etl.(2006), bahasa adalah suatu identiti bagi sesuatu kaum. Bahasa adalah satu faktor yang penting dalam usaha memupuk perpaduan. a) Bahasa daerah, bahasa ibunda atau dialek sahaja Pelajar hanya mengetahui atau menguasai bahasa ibunda atau dialek berkemungkinan akan menghadapi masalah dalam pembelajaran, kurang faham bahan yang dibaca dan juga penerangan daripada guru. Akibat daripada itu, mereka akan ketinggalan dalam pembelajaran. Proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas akan terganggu kelancarannya akibat daripada pelajar tidak menguasai pelbagai bahasa dengan baik. b) dua atau lebih bahasa dengan kosa kata yang terbatas atau meluas Pelajar yang menguasai dua ataupun lebih bahasa, akan lebih mudah menguasai pembelajaran. Kesan daripada penguasaan pelbagai bahasa
  • 21. 21 ataupun poliglot, pelajar akan cepat menguasai dan akan mudah untuk memahami satu-satu sesi pengajaran dan pembelajaran yang disampaikan oleh guru di dalam kelas. Proses P&P akan dapat dijalankan dengan baik sekiranya pelajar dapat menguasai pelbagai bahasa dengan cekap. Pelajar yang terdiri daripada pelbagai kaum pastilah berlakunya dialek bahasa yang sedikit sebanyak akan memberi kesan kepada pembelajaran di dalam bilik darjah. Jurang yang berlaku akibat daripada penggunaan bahasa dialek haruslah dielakkan. Penggunaan bahasa yang standard akan memberi peluang yang sama rata kepada pelajar untuk mengambil bahagian dalam aktiviti pembelajaran di dalam bilik darjah. Penggunaan laras bahasa yang tepat mesti diamalkan dalam situasi yang sesuai, aktiviti yang bercorak ke arah peningkatan bahasa perlu disertai supaya tahap penguasaan bahasa murid sentiasa bertambah. Perbendaharaan kata yang tepat akan membantu murid mencapai kematangan sosial yang sepatutnya. Justeru, keberkesanan proses P&P sedikit sebanyak bergantung pada kemahiran bahasa yang dikuasai oleh pelajar itu sendiri. 4.0.2 Kaum Etnik a) satu kaum atau etnik Pelajar yang tinggal dalam kelompok ataupun kaumnya sediri selalunya akan mengamalkan budaya, cara berfikir dan pandangan dunia yang hampir sama. Amalan kepelbagaian budaya masyarakat ataupun kaum lain akan menjadi sesuatu yang baru dan berkemungkinan akan mempengaruhi emosi serta pergaulan pelajar tersebut dengan pelajar-pelajar yang lain kerana perbezaan budaya dan pendapat. Strategi pengajaran dan pembelajaran perlu dirancang yang paling berkesan dengan mengambil kira pelbagai faktor seperti budaya dan agama sesuatu kaum itu. Aktiviti pembelajaran yang dirancang perlulah sesuai dengan semua kepercayaan, nilai dan agama yang dianuti pelajar itu sendiri. Pelajar yang terdiri daripada kaum yang sama biasanya tidak mempunyai masalah untuk terlibat dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Dalam hal ini, guru memainkan peranan yang penting dalam merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang tidak menggalakkan semangat assobiyyah dalam diri para pelajar.
  • 22. 22 b) pelbagai etnik Bagi pelajar yang hidup dalam kelompok kaum yang pelbagai, sebagai contoh pelajar cina tinggal di perkampungan di mana didiami oleh masyarakat Melayu dan juga India akan lebih bersikap terbuka dan mudah untuk memahami sesuatu budaya kerana mereka terlibat sendiri dalam perkongsian sosial di sekeliling mereka. Perasaan saling hormat menghormati dan perasaan saling menerima ini dipupuk hasil pergaulan mereka sehari-hari. Proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan dengan mengambil kira faktor latar belakang keluarga pelajar, budaya serta tahap sosio-ekonomi setiap pelajar. Proses pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan tidak sepatutnya membezakan bangsa pelajar dan tidak mengelompokkan pelajar mengikut kaum mereka sahaja. Pelajar daripada kaum yang berlainan juga harus di tempatkan dalam satu kumpulan yang sama supaya peluang untuk berkomunikasi dan berinteraksi terbuka luas. Guru sebagai tonggak utama dalam proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas perlu mempunyai kemahiran untuk menangani masalah kepelbagaian sosio- budaya pelajar. Sepatutnya, guru perlu berkemahiran dalam pengajaran dan pembelajaran yang dapat menjamin kemajuan pelajar secara optimum. Proses pengajaran dan pembelajaran yang mesra rakan juga harus dicetuskan di dalam kelas. Aktiviti yang melibatkan interaksi dalam kalangan pelajar haruslah sentiasa dijalankan agar pelajar dalam menjalinkan hubungan yang mesra sesama mereka tanpa mengira latar belakang sosial, budaya dan kecerdasan individu. Guru perlu menghormati dan bersikap adil kepada semua pelajar semasa proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan di dalam kelas. Langkah-langkah pencegahan perlu dilakukan oleh guru untuk menyekat aktiviti-aktiviti yang tidak diingini seperti pergaduhan antara kaum, pembentukan kumpulan berdasarkan etnik dan meniupkan api perkauman dalam kalangan pelajar. Selain itu, aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan di dalam kelas harus lah tidak menyentuh atau mempertikaikan kepercayaan yang diamalkan oleh para pelajar. Setiap kepercayaan dan nilai harus diterima dan dihargai dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran seadanya. Isu-isu sensitif dan berkaitan agama pelajar yang berlainan kaum tidak harus dipertikaikan. Guru perlu merancang aktiviti pembelajaran yang sesuai dengan semua kepercayaan, nilai dan agama yang dianuti pelajar.
  • 23. 23 4.0.3 Kelas Sosial Pelajar terdiri daripada pelbagai kelas sosial, rendah, sederhana, dan tinggi. Kelas sosial wujud hasil taraf pendidikan dan taraf sosioekonomi keluarga. Pelajar yang biasanya terdiri daripada keluarga berstatus rendah selalunya akan kurang bersemangat dan berisiko menghadapi keciciran dalam pelajaran yang berkemungkinan terjadi akibat daripada masalah berkaitan dengan pembiayaan, kemudahan belajar, kurang kelengkapan untuk belajar dan sebagainya. Namun kadangkala faktor tersebut tidaklah mengganggu semangat mereka untuk belajar. Oleh itu, aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas haruslah dijalankan dengan baik sehingga ia dapat meningkatkan motivasi pelajar. Selain itu, guru tidak seharusnya mengamalkan sikap pilih kasih dan hanya menumpukan perhatian kepada segelintir pelajar sahaja semasa proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan di dalam kelas. Perbuatan seumpama ini akan mengakibatkan emosi dan prestasi pelajar terganggu. Oleh demikian, aktiviti pengajaran dan pembelajaran haruslah dijalankan dengan memberikan perhatian kepada kelas sosial murid. Guru digalakkan untuk mengajar tanpa membezakan kelas sosial murid. Murid yang datangnya dari kelas sosial yang rendah tidak harus dipinggirkan. Bagi mereka yang datangnya dari kelas sosial atasan dan berkedudukan juga harus dilayan sama rata dengan murid yang lain. Perbezaan kelas sosial ini perlu ditangani sebaik mungkin supaya tidak ada murid yang berasa mereka dipinggirkan oleh guru dalam aktiviti P&P. Keadaan ini menjamin semua murid akan memberi peluang mengambil bahagian di dalam setiap aktiviti yang dijalankan oleh guru dalam pembelajaran di dalam kelas. Oleh itu, aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan di dalam kelas dapat dijalankan dengan lancar dan sempurna sekiranya ia menghormati murid dengan tidak membeza-bezakan kelas sosial murid. 4.0.4 Petempatan a) Bandar dan pinggir bandar Aktiviti pengajaran dan pembelajaran perlu dijalankan di dalam kelas dengan mengambil kira faktor penempatan pelajar. Dalam sesebuah sekolah bandar dan pinggir bandar akan wujud kepelbagaian budaya kesan daripada budaya etnik yang berbeza dan taraf sosioekonomi yang berbeza. Terdapat pelajar-
  • 24. 24 pelajar yang termasuk dalam kelompok miskin bandar, kelas sederhana yang hampir keseluruhannya terdiri daripada anak pegawai kerajaan dan swasta, juga mereka yang kaya. Budaya pelajar daripada aspek tumpuan perhatian kepada pelajaran, kemampuan berbelanja, tingkah laku dan pandangan terhadap tugas dan tanggungjawab akan berbeza bergantung pada inspirasi ibu bapa, jenis pekerjaan pandangan terhadap pendidikan dan sebagainya. Justeru, aktiviti pengajaran dan pembelajaran di sekolah bandar dan pinggir bandar perlu menggunakan teknologi yang sesuai dengan keadaan tempat mereka seperti penggunaan projektor LCD di dalam kelas dilihat sebagai perkara penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah di sekolah-sekolah bandar. Secara tidak langsung, proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah-sekolah bandar dan pinggir bandar akan menjadi lebih maju kerana lengkap dengan kemudahan-kemudahan teknologi masa kini. Hal ini akan memotivasikan para pelajar untuk terlibat dengan aktif dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas seterusnya menggalakkan peningkatan prestasi akademik mereka. b) luar bandar dan pedalaman Aktiviti pengajaran dan pembelajaran perlu dijalankan di dalam kelas dengan mengambil kira faktor penempatan pelajar. Pelajar di sekolah luar bandar dan pedalaman selalunya mengamalkan budaya yang sama, etnik yang sama, pandangan dunia yang serupa dan sebagainya. Justeru, aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan perlulah sesuai dengan kehidupan para pelajar di luar bandar dan pedalaman. Aktiviti pengajaran dan pembelajaran di luar kelas bolehlah dijalankan sentiasa agar pelajar dapat mengaitkan pembelajaran yang dipelajari dengan pengalaman langsung mereka. Hal ini akan memberi pengalaman pembelajaran yang bermakna kepada para pelajar. Proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas secara tradisional perlu dielakkan oleh guru bagi meningkatkan motivasi murid untuk belajar. Justeru, walaupun penempatan sekolah di luar bandar dan pedalaman , ini tidak bermakna aktiviti pengajaran dan pembelajaran tidak boleh dijalankan dengan menggunakan teknologi-teknologi moden. Di sini, guru sebagai perancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran perlu bijak merancang pelbagai strategi, teknik serta kaedah pengajaran dan pembelajaran yang akan digunakan di dalam kelas. Misalnya, Kepekaan guru terhadap kepercayaan murid dengan alam semula jadi, keagamaan dan kerohanian adalah amat penting. Justeru guru haruslah menggunakan
  • 25. 25 kaedah pembelajaran yang interaktif serta relevan dengan masyarakat luar bandar dan pendalaman. Menurut Sparks (2000) mencadangkan pembelajaran koperatif, bahan pengajaran visual, pendekatan menggunakan cerita dan lagu. Hal ini demikian kerana masyarakat luar bandar dan pedalaman seperti orang Asli dan peribumi sangat suka bercerita tentang peristiwa lampau mereka. Justeru pembelajaran secara kontekstual amat berkesan dilaksanakan. Selain itu, pembelajaran seperti koperatif dan kerja projek secara berkumpulan dalam persekitaran yang agak bebas mampu menarik minat murid mengikuti pengajaran dan pembelajaran bilik darjah. Hal ini demikian kerana murid luar bandar dan pedalaman seperti orang asli dan peribumi ini tidak suka akan kongkongan dan biasa hidup dalam situasi bebas dalam kehidupan mereka seharian. 4.0.5 Gaya Berfkir dan Gaya Belajar Gaya belajar merujuk kepada cara yang paling berkesan bagi seseorang individu menguasai pembelajaran. Secara asasnya terdapat tiga jenis gaya pembelajaran yang sering digunakan iaitu visual, audio, dan kinestetik. Ketiga-ketiga jenis gaya pembelajaran ini akan mempengaruhi corak pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan di dalam kelas. a) Visual Pelajar visual perlu mendengar dan melihat untuk memahami isi pelajaran. Justeru, aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan di dalam kelas perlu menggunakan bahan bantu belajar yang sesuai dengan pelajar visual. Bahan bantu belajar seperti kad-kad perkataan, gambar, carta dan lain-lain perlu disediakan dengan baik seperti saiz yang besar sehingga mampu dilihat oleh semua pelajar di dalam kelas. Proses pengajaran dan pembelajaran perlu dijalankan dengan melibatkan pelajar visual dengan aktif di dalam kelas. b) Audio Pelajar audio mudah memahami isi pelajaran melalui proses mendengar. Justeru, aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan di dalam kelas perlu menggunakan bahan bantu belajar yang sesuai dengan pelajar audio. Bahan bantu belajar seperti rakaman suara, video dan lain-lain lagi perlu disediakan dengan baik seperti mempunyai suara yang jelas sehingga mampu didengar oleh semua pelajar di dalam kelas. Proses pengajaran dan
  • 26. 26 pembelajaran perlu dijalankan dengan melibatkan pelajar audio dengan aktif di dalam kelas. c) Kinestetik Pelajar kinestetik perlu terlibat melakukan aktiviti hands on untuk menguasai pembelajaran. Untuk pelajar yang kinestetik, pembelajaran holistik amat berkesan di mana pembelajaran holistik adalah berkaitan dengan aktiviti sedia ada murid. Pendekatan ini mampu merangsang kreativiti murid dengan penggunaan visual ruang dan sentuhan. Oleh itu, aktiviti pengajaran dan pembelajaran perlu dijalankan dengan menggunakan pelbagai kaedah dan strategi yang dapat merangsang para pelajar kinestetik untuk terlibat dengan aktif dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. 4.0.6 Gender Layanan guru sering dipengaruhi oleh gender pelajar-pelajarnya memandangkan kelakuan yang ditunjukkan pelajar lelaki dan perempuan berbeza seperti pelajar perempuan lebih tekun memberikan perhatian dalam pembelajaran, mematuhi peraturan bilik darjah dan sekolah. Pelajar perempuan lebih kemas dan teratur berbanding lelaki. Pelajar perempuan menunjukkan prestasi baik pada peringkat rendah. Pelajar lelaki menunjukkan prestasi baik pada peringkat sekolah menengah. Pelajar lelaki lebih baik dalam mata pelajaran pengiraan dan lemah dalam mata pelajaran sastera dan bahasa. Justeru, aktiviti pengajaran dan pembelajaran perlulah dijalankan dengan mengambil kira faktor gender juga. Aktiviti pengajaran dan pembelajaran untuk pelajar lelaki biasanya lebih terjurus kepada aktiviti hands on. Hal ini adalah kerana pelajar lelaki lebih suka aktiviti hands on berbanding dengan mendengar penerangan dan kuliah daripada guru. Justeru, aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang berpusatkan murid dan bahan perlu lebih ditekankan dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran bagi pelajar lelaki. Manakala, pelajar perempuan pula biasanya lebih mudah taat dan patuh kepada arahan guru di dalam bilik darjah. Mereka sentiasa menunjukkan prestasi yang bagus dan memberangsangkan di dalam bilik darjah. Selain itu, pelajar perempuan lebih mudah dikawal tingkah lakunya berbanding dengan pelajar lelaki. Aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang
  • 27. 27 dijalankan untuk pelajar perempuan perlulah mempunyai strategi dan teknik yang berbeza-beza bagi memotivasikan serta menggalakkan mereka terlibat secara aktif di dalam bilik darjah. 5.0 LANGKAH-LANGKAH UNTUK MENANGANI KEPELBAGAIAN BUDAYA DAN BAHASA DALAM KALANGAN PELAJAR DI DALAM BILIK DARJAH “orang ramai semakin kerap mempersoalkan kualiti pendidikan di sekolah, seolah– olah tidak lagi menaruh keyakinan kepada kewibawaan sekolah dalam hal ehwal mendidik, terutama apabila mendapati kelakuan murid lepasan sekolah tidak seperti yang diharapkan oleh masyarakat dan Negara. Kecemerlangan pada sijil peperiksaan mereka secara realitinya tidak memperlihatkan kematangan berfikir, kepetahan berkomunikasi, ketokohan sebagai pemimpin, kemurnian tingkah laku, keupayaan mencipta dan menyumbang kepada kemajuan Negara-bangsa dan global’ (Dasar Standard Tinggi Kualiti Pendidikan, Jemaah Nazir Sekolah (2001):hlm 24) Bertitik tolak daripada pernyataan di atas, pelbagai pihak perlu menggembleng tenaga bagi memastikan kepelbagaian budaya dan bahasa di dalam bilik darjah dapat ditangani dengan baik agar proses pengajaran pembelajaran dapat dijalankan dengan lancar bagi melahirkan modal insan yang holistik. Mengikut Teori Interaksi Allport (1978), untuk mencapai perhubungan antara kumpulan secara optima situasi multietnik adalah perlu. Dalam situasi ini,pola interaksi sosial dalam kalangan pelajar kumpulan satu persekitaran yang multietnik. Teori pola interaksi sosial dapat diaplikasikan dalam keadaan ini yang mana peluang disediakan untuk berinteraksi sosial. Pelajar dapat mengenali antara satu sama lain walaupun daripada etnik yang berlainan. Apabila berinteraksi, minat dan sifat dapat dikenal pasti seterusnya membuka perkongsian merentas etnik. Rumusannya, terdapat pelbagai langkah yang boleh diambil oleh semua pihak bagi menangani kepelbagaian bahasa dan budaya dalam kalangan pelajar di dalam bilik darjah.
  • 28. 28 5.0.1 Isi Kandungan Guru boleh menggunakan bahan-bahan dan contoh daripada pelbagai budaya untuk menerangkan konsep yang ingin diajar. Pelajar akan berasa bangga dan yakin diri apabila perkara-perkara positif daripada budaya mereka diketengahkan dan dibincangkan di dalam kelas. Ini akan menarik minat mereka dan sekali gus dapat menarik tumpuan pelajar terhadap proses pembelajaran dan pengajaran di dalam bilik darjah. 5.0.2 Mengurangkan Prasangka Dan Stereotype Guru memainkan peranan yang penting dalam bertindak sebagai role model kepada pelajar, selain itu guru juga harus bertindak sebagai fasilitator khususnya dalam membantu pelajar agar mereka sentiasa bersikap positif terhadap kepelbagaian budaya yang terdapat di kalangan rakan-rakan mereka sebagai contoh : a) Memberikan ganjaran kepada pelajar jika mereka berpandangan positif terhadap kaum ataupun kelompok lain. b) Menambahkan kontak pelbagai latar belakang dengan aktiviti-aktiviti terancang dan dengan mengamalakn pembelajaran kooperatif. Dalam kaedah ini, pelajar akan berkerjasama belajar dalam kelompok kecil yang dianggotai pelajar berbilang kaum, kebolehan, dan keistimewaan 5.0.3 Memahami Budaya Masyarakat Setempat Sebagai seorang guru, perkara pertama sekali yang perlu diambil tahu sebelum memahami murid adalah guru perlu memahami budaya masyarakat setempat. Bagai memahami budaya masyarakat setempat guru bolehlah :  Melakukan pemerhatian budaya masyarakat setempat  Melibatkan diri dalam aktiviti masyarakat  Bertanyakan kepada jiran ataupun guru-guru yang lebih lama mengajar tentang budaya setempat  Berbual dengan anak-anak murid, dan ibu bapa mereka. Kepekaan seseorang guru tentang budaya sesebuah masyarakat bukan sahaja dapat menyelesaikan isu-isu yang timbul berkenaan dengan sesebuah budaya tetapi pada masa yang sama guru dapat menunjukkan
  • 29. 29 rasa hormat terhadap amalan budaya yang dipegang oleh murid-murid yang berbilang kaum. Sebagai contoh, guru wajar menguasai bahasa asas murid-murid. Sekiranya guru ditugaskan di Negeri Kelantan misalnya perkataan ‘lari’ adalah ‘unga’. Sekiranya guru tidak mengetahui bahasa asas, akan wujudnya jurang hubungan antara guru dan murid. 5.0.4 Mengenal Pasti Gaya Pembelajaran Murid Tugas guru yang seterusnya setelah memahami budaya setempat adalah mengenal pasti gaya pembelajaran murid. Seperti yang telah diperkatakan sebelum terdapat pelbagai gaya pembelajaran yang digunakan murid-murid di dalam kelas, secara amnya terdapat tiga jenis gaya pembelajaran iaitu visual, audio dan juga kinestatik. Kepekaan guru terhadap gaya pembelajaran murid-muridnya dapat memberikan idea ataupun teknik pengajaran dan pembelajaran yang pelbagai bertujuan untuk menarik minat pelajar untuk belajar di dalam kelas. Kepelbagaian teknik pengajaran dan pembelajaran ini dapat membolehkan murid mengeluarkan potensi diri yang terpendam. Sebagai contoh gaya pembelajaran audio, guru menggunakan muzik dalam menerangkan jenis-jenis haiwan misalnya, meskipun murid-murid memanggil sesetengah jenis haiwan dengan panggilan yang berbeza mengikut etnik masing-masing, melalui bunyi mereka akan lebih mudah faham tentang penjelasan jenis haiwan apa yang guru cuba terangkan ini kerana muzik ataupun bunyi merupakan bahasa antarabangsa yang difahami oleh semua masyarakat. 5.0.5 Membina Suasana Yang Mesra Budaya Menurut McInnes & James (1995), perhubungan manusia yang berkesan dan suatu persekitaran yang menggalakkan amat penting untuk menambah baik hasil pembelajaran, kejayaan murid dan kadar ingatan. Maksudnya di sini, guru haruslah mewujudkan hubungan yang baik dengan murid-muridnya di dalam mahupun luar kelas. Hubungan yang baik tidak bermakna seseorang guru harus merendahkan martabatnya sebagai seorang guru, guru yang bijak tahu cara-cara yang ataupun teknik yang boleh digunakan untuk mengambil hati dan membolehkan murid-murid mesra dengan kita.
  • 30. 30 Salah satu caranya adalah guru mengambil berat tentang kesihatan murid-muridnya, tentang latar belakang ataupun kisah-kisah murid yang membolehkan guru mendalami lagi masalah dan cara mengatasai sesuatu konflik yang berlaku antara murid-murid kesan daripada masalah di rumah. Dengan cara sebegini murid-murid akan lebih mesra dan pada masa yang sama menghormati guru tersebut, selain guru dapat memupuk minat murid untuk belajar. 5.0.6 Rancangan Integrasi Murid untuk Perpaduan (RIMUP) Pihak kerajaan di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah berusaha untuk mengatasi masalah kepelbagaian budaya ini melalui aktiviti yang dijalankan di sekolah. Antara program yang telah dijalankan oleh KPM seperti Rancangan Integrasi Murid untuk Perpaduan (RIMUP). Program RIMUP mula diperkenalkan oleh KPM pada tahun 1986. RIMUP merupakan satu program yang bertujuan untuk membangunkan identiti nasional, semangat kebangsaan, perpaduan dan cinta akan negara dalam kalangan masyarakat berbilang kaum untuk memupuk perpaduan dalam kalangan murid tanpa mengira kaum. Pada asalnya RIMUP hanya dilaksanakan pada peringkat sekolah rendah,namun pada tahun 2004, Kementerian Pendidikan telah meneliti semula pelaksanaannya dan mendapati bahawa program RIMUP perlu dimantapkan serta diperluas ke sekolah menengah. Pelaksanaan RIMUP akhirnya diteruskan di bawah Teras Pertama Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2006 -2010, iaitu “Membina Negara Bangsa”dan juga di bawah Program Transformasi Kerajaan. Selain itu, KPM telah menubuhkan Sekolah Wawasan. Sekolah Wawasan adalah sekolah rendah yang berkonsepkan belajar bersama-sama dalam satu kawasan yang sama tanpa mengira kaum atau agama. Konsep Sekolah Wawasan adalah dua atau tiga buah sekolah rendah berlainan aliran akan ditempatkan dalam kawasan yang sama. Setiap sekolah akan mempunyai bangunan sendiri yang boleh disambung antara satu sama lain dengan menggunakan jambatan penghubung. Dengan penubuhan Sekolah Wawasan ini, KPM menetapkan objektif untuk mewujudkan perpaduan dalam kalangan murid- murid yang pelbagai bangsa dan latar belakang; memupuk semangat integrasi antara pelajar dari pelbagai aliran; melahirkan generasi yang mempunyai sifat toleransi dan persefahaman yang tinggi demi mewujudkan sebuah negara yang bersatu padu dan menggalakkan interaksi yang maksimum antara semua warga sekolah melalui perkongsian kemudahan
  • 31. 31 sekolah dan pelaksanaan aktiviti-aktiviti lain di sekolah. Di sini jelas menunjukkan bahawa penekanan semangat perpaduan dan integrasi antara kaum sejak kecil lagi akan memudahkan integrasi yang wujud dalam kalangan mereka pada masa akan datang. 5.0.7 Guru sebagai pengawal di bilik darjah Menurut Ting dan Sidek, (2007) guru juga berperanan sebagai seorang pengawal, guru seharusnya mengawal peraturan bilik darjah. Peraturan yang telah ditetapkan seperti pembahagian tugas, ikut arahan guru, tidak boleh masuk keluar kelas tanpa kebenaran dan sebagainya hendaklah jelas dan ringkas serta mudah untuk diikuti. Guru perlulah bersikap tegas dan adil semasa melaksanakan peraturan. Pematuhan kepada peraturan ini menjadikan perjalanan bilik darjah menjadi lebih terkawal. Guru juga seharusnya mengawal murid bermasalah peribadi, masalah disiplin yang wujud dalam bilik darjah adalah pelbagai disebabkan oleh faktor murid kemungkinan adalah disebabkan oleh gaya pembelajaran guru bersifat autokratik menyebabkan wujudnya perasaan marah, benci, kecewa dan bosan. Maka masalah ini dapat dibendung sekiranya gaya pengajaran guru dipelbagaikan untuk membantu murid yang menghadapi masalah peribadi. Selain itu, guru juga haruslah mengawal aktiviti kumpulan. Guru harus mengawal dari segi tingkah laku, adab dan sopan santun supaya tidak melanggar susila mana-mana murid terutama yang berlainan bangsa dan agama. Di samping itu, hubungan mesra wujud di antara murid dan guru membolehkan guru membimbing dan menggerakkan murid-murid di dalam kelas. 5.0.8 Pedagogi Relevan Budaya dan Kepelbagaian Pedagogi yang relevan menggunakan pelbagai strategi pengajaran dan pembelajaran supaya pembelajaran menjadi lebih bermakna kepada murid. Penekanan diberikan kepada pengintegrasian pengetahuan, kemahiran asas serta nilai murni bagi perkembangan menyeluruh dari kepelbagaian kebolehan dan budaya murid. Konsep kebudayaan dalam sosiologi, dikatakan cara hidup yang dipelajari, diubahsuaikan dan diturunkan dari generasi ke generasi. Dari sudut perspektif ahli fungsionalisme, sekolah dilihat berfungsi sebagai proses
  • 32. 32 sosialisasi mendidik kanak-kanak mengikut kehendak masyarakat mereka dan guru bertanggungjawab memenuhi keperluan murid tanpa prejudis. Konsep modal budaya merujuk kepada individu yang mewarisi dan memperoleh keupayaan bahasa dan budaya dari keluarga dan masyarakatnya. Pierre Bourdieu (1930) dalam kajiannya menyatakan pencapaian persekolahan seseorang individu adalah berkaitan rapat dengan latar belakang kebudayaan ibu bapanya dan tahap pendidikan ibu bapa mempengaruhi pencapaian persekolahan anak-anak mereka daripada kedudukan kerjaya mereka dalam masyarakat. Dalam strategi generatif, guru akan menggalakkan murid menjanakan idea-idea kritis dan kreatif. Strategi ini membantu murid-murid menyelesaikan masalah secara kritis dan kreatif dengan menggunakan idea- idea yang asli dan unik. Contoh-contoh aktiviti sumbang saran yang boleh digunakan oleh guru ialah seperti pemetaan minda, pemikiran lateral dan kreatif. Dalam pendekatan pemerhatian, murid-murid diajar mengikuti perbuatan guru atau memodelkan perlakuan sesuatu kemahiran. Contoh aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang boleh digunakan oleh guru dalam kaedah pemerhatian ialah tunjuk cara. Untuk strategi yang seterusnya, guru boleh menggunakan kaedah kontekstual yang mengaitkan bahan pengajaran dan pembelajaran kepada situasi dunia yang sebenarnya. Kaedah ini memotivasikan murid-murid untuk membuat kaitan antara ilmu pengetahuan dengan pengaplikasiannya kepada kehidupan mereka sebagai ahli keluarga dan rakyat. Pembelajaran kontekstual penting kerana ia mengaitkan pembelajaran kepada realiti kehidupan. Jenis pembelajaran lain yang boleh dikaitkan kepada pembelajaran kontekstual ialah pembelajaran ’eksperential’, pengalaman hidup sebenar, pembelajaran aktiviti dan pembelajaran berpusatkan murid. Pembelajaran ini mementingkan penyelesaian masalah. Ia memberikan pengakuan bahawa situasi pengajaran dan pembelajaran boleh berlaku juga di dalam rumah dan masyarakat. Ia mengajar murid untuk memantau dan mengarah pembelajaran sendiri supaya mereka lebih berdikari.
  • 33. 33 6.0 KESIMPULAN Kepelbagaian budaya sememangnya tidak dinafikan mempengaruhi sesi pengajaran dan pembelajaran di dalam mahupun luar kelas, namun itu bukanlah satu penghalang sekiranya guru dapat mempelbagaikan kaedah pengajaran dengan menerapkan unsur-unsur budaya yang pelbagai sewaktu sesi pengajaran dan pembelajaran berlaku. Namun demikian usaha untuk memupuk perpaduan etnik dalam kalangan murid-murid bukan hanya disandarkan kepada guru semata-mata, sebaliknya pihak keluarga, masyarakat dan juga kerajaan seharusnya menyumbangkan dalam usaha melahirkan generasi yang peka terhadap kepelbagaian budaya dan etnik di Malaysia pada masa hadapan kelak agar tidak wujudkan sifat prasangka dan prajudis terhadap sesuatu kaum. Akhir sekali, hargailah budaya demi kelestarian bangsa.
  • 34. 34 RUJUKAN Allport, G.W. (1978), The Nature Of Prejudice. Cambridge M.A : Addison Wesley. Aziz Deraman (1992), Masyarakat dan Kebudayaan Malaysia. Kuala Lumpur : Perpustakaan Negara Malaysia Beng Liang Yap, (1993). Orang Bajau Pulau Omadal : Aspek-Aspek Budaya. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka, Kementerian Pendidikan Malaysia. Chew Fong Peng (2008), Budaya dan Masyarakat Berbilang Kaum Di Malaysia. Kuala Lumpur: Jabatan Kebudayaan dan Keseniaan Negara Clifford Sather, (1997). The Bajau Laut. United Kingdom : Oxford University Press Gusni Saat, (2003). Komuniti Samah – Bajau di Bandar. Bangi : Penerbitan Universiti Kebangsaan Malaysia J.A.J Verheijen, (1986). The Sama/ Bajau Language in the Lesser Sunda Islands. Department of Linguistics, Research School of Pacific Studies, Australian National University Kementerian Pelajaran Malaysia (2006). Pelan Induk Pembangunan Pendidikan. Kuala Lumpur. Marceller E, DuPraw & Marya Axnar, Working on Common Crosscultural Communication Challenges.( atas talian) McInne S., & James, R. (1995), First Year On Campus : Diversity in the Initial Exprerinces of Australian Undergraduates, for the Committee for the Advancement of University Teaching (CAUT), Center for the Study of Higher Education, University of Melbourne Mok Soon Sang, (2009). Pengurusan Bilik Darjah & Tingkah Laku. Selangor : Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd Noriati A. Rashid (2011). Budaya dan Pembelajaran. Shah Alam: Oxford Fajar Sdn. Bhd. Noriati A.Rashid, et.al (2012). Falsafah & Pendidikan di Malaysia. Selangor : Oxford Fajar Sdn. Bhd
  • 35. 35 Ruslan Zainuddin, et.al (2006), Hubungan Etnik di Malaysia. Selangor Darul Ehsan : Oxford Fajar Sdn.Bhd. Syed Ismail Bin Syed Mustapa (2010). Budaya dan Pembelajaran. Ipoh:Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.