Successfully reported this slideshow.
We use your LinkedIn profile and activity data to personalize ads and to show you more relevant ads. You can change your ad preferences anytime.

Berbicara soal agama

126 views

Published on

  • Be the first to comment

  • Be the first to like this

Berbicara soal agama

  1. 1. BERBICARA soal agama, wanita kelahiran Filipina, Melissa Perez, selama ini hanyamengetahui bahawa di dunia ini, cuma satu agama sahaja yang wujud, iaitu agama Kristian.Tidak seorang pun daripada ahli keluarganya tahu tentang kewujudan agama Islam. Sebabnyamereka tidak pernah terdedah, apa lagi diajarkan mengenai agama tersebut. Malah akui Melissa,agama-agama lain tidak sehebat atau setanding dengan agama anutan yang diwarisi sejak turuntemurun itu. Baginya, orang Islam itu adalah pembunuh kerana mereka sanggup menyembelihorang yang di sekeliling mereka apabila mereka marah. Itulah yang difahami Melissa menerusicerita-cerita yang disampaikan oleh ibunya. Ditambah pula, di tempat dia dibesarkan, jarangkelihatan orang Islam bergaul dengan orang Kristian. Malah kebiasaannya orang Kristian tidakada yang berjiran mahupun berkawan dengan orang Islam. Boleh dikatakan tidak wujud satuhubungan di antara dua agama ini, sebab itulah masing-masing mempunyai komuniti merekatersendiri. Sehingga kini pun, kata Melissa, orang Islam asyik berperang dan bertelagah dengankerajaan Filipina mendesak agar diberikan satu wilayah yang merdeka untuk merekamentadbirnya sendiri.Melissa dilahirkan dalam keluarga yang kuat kepatuhan dan pengamal setiatradisi Katholik. Hakikatnya keseluruhan keluarganya sejak generasi ke generasi malah jiran dansahabatnya adalah mereka yang seagama.Sungguhpun mereka percaya dengan satu tuhan, tetapiTuhan Yang Satu itu ada ketikanya dipanggil Nabi Isa dan pada masa yang lain juga di panggilBapa. Ia agak mengelirukan Melissa.Sedari muda, Melissa sudah belajar hidup berdikari.Kehidupannya pada masa itu, amat perit dan penuh pancaroba. Ditambah dengan perceraian ibubapanya, Melissa dan ibu terpaksa menumpang di rumah saudara mara. Keperitan hidup itulahmenjadikan Melissa seorang gadis yang tabah sehinggakan pada usianya 18 tahun dia bersamaibunya sanggup bekerja di luar negara dengan matlamat memiliki rumah sendiri di Filipina, suatuhari nanti. Berkat usaha dan tidak kenal putus asa, akhirnya, pada usia 23 tahun impian duaberanak ini tercapai jua.Menceritakan pengalaman bergelar perantau, Melissa mengakui sejakmencari rezeki di negara orang, dia mula terdedah dengan pelbagai budaya, tradisi, kepercayaandan perbezaan cara hidup serta membina kenalan baru. Semuanya ternyata jauh berbeza dengancara bagaimana dia dibesarkan.Ketika di negeri orang inilah Melissa menjalani kehidupan yangserba bebas sehingga membawa kepada perlakuan maksiat dan melakukan dosa. Pun begitu,pada usia 29 tahun, Melissa berhasrat memulakan hidup berkeluarga. Perkenalan dengan seoranglelaki dari Mesir menerusi Internet telah membina bibit-bibit cinta antara mereka.Berborakmenerusi laman sembang hanya berlarutan selama dua bulan sebelum Melissa mengambilkeputusan terbang ke Mesir untuk bertemu dengan jejaka yang mencuri hatinya itu. Kalau sudahjodoh, tidak ke mana. Melissa akhirnya menerima lamaran si jejaka.Pada peringkat awalperkahwinan, dia agak bingung dengan ikatan kerana berbeza agama. Bagaimana harus dihadapisituasi ini? "Namun apabila diyakinkan bahawa mereka boleh bersatu, saya terima pandangansuami. Bagaimanakah reaksi keluarga? Sekali lagi saya di dalam dilema, apa lagi bila merekamengetahui yang saya berkahwin dengan pemuda Islam yang baru dikenali dua bulan."Saya inijenis yang tidak akan berpatah balik apabila sudah membuat keputusan. Jadi, walau apa yangmenghalang, saya tetap dengan keputusan yang dibuat. Saya percaya tuhan sentiasa bersamasaya kerana selama ini kepada-Nya saya berserah. "Saya berkahwin di Mesir dan kemudian kamiberpindah ke Hong Kong untuk memulakan kehidupan baru. Pada awal penghijrahan,
  2. 2. suamimengalami kejutan budaya memandangkan itulah pengalaman pertama keluar dari tanahkelahiran," kongsi Melissa di laman web IslamOnline.net.Oleh kerana sudah terbiasamenghadirkan diri ke gereja pada setiap Ahad, Melissa pernah mengajak suaminya ikut serta.Suaminya tidak keberatan malah pernah juga membantunya dengan aktiviti gereja.Pernah suatuketika, suami Melissa memberitahu yang dia hendak kembali mempraktikkan agama Islam yangselama ini menjadi pegangan dan kepercayaannya. Dia mula belajar dan mempraktikkan ajaranIslam. Dia mula sembahyang dan berpuasa. Itulah pertama kali dalam hidupnya Melissamemerhatikan cara umat Islam mengagungkan tuhan mereka. Pada masa yang sama, suaminyamula mengikuti kelas-kelas pengajian Islam, memperbanyakan membaca berkaitan Islam danilmu yang diperoleh itu dipanjangkan kepada Melissa."Pada awalnya saya meluat mendengarnyakerana saya lebih agungkan Nabi Isa. Namun apabila saya mengetahui bahawa orang Islam jugamencintai Nabi Isa, saya mula belajar tentang Islam dan seterusnya memperoleh banyakmaklumat mengenai ajaran Islam."Apa yang begitu menyentuh saya ialah melihat umat Islamsolat terutamanya ketika sujud. Ia bagaikan menyedarkan saya bahawa itulah cara yang betulmenunjukkan ketaatan kepada Allah iaitu dengan rukuk dan sujud. Itulah sewajarnya hakAllah."Saya teringin melakukan solat sedemikian rupa tetapi masih tidak yakin untuk bertukarkepada agama Islam. Ketika kami pulang ke Filipina, saya ada ajukan pertanyaan kepada suamibolehkah dia bersolat bersama tanpa perlu menjadi Muslim?," katanya lagi.SolatAkui Melissa, setelah beberapa kali solat cara orang Islam, dia menyukainya cuma agakkeberatan apabila mengetahui ia wajib dilaksanakan lima kali sehari selain melaksanakan amalanwajib yang lain. Bab bertudung juga menjadi satu hal yang membebankan Melissa. Apa lagi, diatidak mengetahui langsung siapakah pula gerangannya Nabi Muhammad itu.Melissa diberitahuoleh suaminya bahawa dia boleh belajar secara perlahan-lahan. Tidak perlu memaksa dirimempelajari semuanya dalam tempoh sehari semalam. Malah dia juga tidak bertudung selagibelum bersedia serta mengetahui hikmah di sebaliknya.Walaupun suami Melissa tidakmendesaknya agar segera bersyahadah, namun dia sentiasa berpesan kepadanya janganmelengah-lengahkan perkara yang baik kerana kita tidak tahu bila nyawa diambil Tuhan."Padasuatu hari saya mendegar ceramah agama bertajuk Matlamat Kehidupan oleh Sheikh KhalidYasin. Satu persoalan yang dikemukakan penceramah iaitu mengapa kita tidak boleh mengakuiAllah dan Muhammad adalah pesuruh-Nya. Adakah kita angkuh atau bongkak?" kataMelissa.Sebaik mendengar ungkapan di atas, hati Melissa terbuka untuk bergelar Muslim dantidak mahu dianggap seorang yang bersifat bongkak. Akhirnya, selepas tamat mendengarrakaman ceramah itu, Melissa mengucap dua kalimah syahadah.Pembelajaran Melissa mengenaiIslam berterusan sehingga sekarang. Hakikatnya, tidak ada penghujung dalam kita menuntutilmu. Bak kata pepatah Arab, "Carilah ilmu dari dalam buaian hinggalah ke liang lahat".Membaca bukuSebaik diri bergelar Muslim, Melissa ada membaca buku karangan Abdul Malik LeBlancberjudul, The Bible Led Me To Islam. Buku itu memberinya inspirasi dan membuka mindabahawa Allah itu Esa dan Nabi Isa itu adalah salah seorang rasul Allah.
  3. 3. Malah buku kecil yang berjudul The Gift of Muhammad, sentiasa menjadi ilham dan penunjukuntuk mengenali Baginda SAW. Sepotong kata-kata Baginda yang berbunyi Jika engkau datangkepadaku berjalan, aku akan datang kepadanya berlari. (riwayat Bukhari) Menakjubkanbukan?Bila menyentuh kewajipan menutup aurat terutamanya dalam pemakaian tudung, Melissamengakui ia bukanlah mudah, lebih-lebih lagi setelah 30 tahun selesa dengan pakaian moden danmengikut trend. Paling merisaukan Melissa ialah tanggapan dan pandangan kenalan apabilaperubahannya berpakaian.Namun, apabila menyoal kembali Allah atau orang? Jawapannya tentuAllah. Sejak itu dia tekad bertudung bukan kerana sesiapa tetapi kerana Allah yang telahmengkabulkan segala yang saya pohon selama ini. Alhamdulillah, beberapa bulan selepasmelafazkan syahadah, kurniaan Allah tidak putus-putus apabila dapat berpeluang mengerjakanhaji di Mekah. Berada di sana mengukuhkan lagi kepercayaannya kepada Allah dan Melissa tahubahawa dia berada di landasan yang betul serta diredai Allah."Tidak ada perkataan yang mampumenggambarkan kegembiraan di hati ini. Malah sebaik melangkahkan kaki ke masjid suci,Masjidil Haram dan menyaksikan Kaabah, air mata kegembiraan mengalir laju. Saya berasacukup tenang saat itu."Hari demi hari, kehidupan saya terus berubah kepada lebih baik. Akhirnyasaya temui ketenangan yang dicari selama ini," jelasnya.Sumber : Utusan Malaysia Al Kisah Mereka Wanita Filipina Tertarik Dengan SholatGuna font size Medium2. Guna ayat yg pendek2 dan mudah dibaca dgn membuat perenggan2 agar mudah difahami point2pentingnya3. Hanya perlu tekan reply, JANGAN buat topik baru..4. Sila sertakan fakta yg jelas + rujukan5. Terlibat sebanyak 3 kali sekurangnya2 dalam setiap tajuk, 1 kali yg pertama memberi respon soalanustazah dan 2 kali lagi respon posting rakan2 lain...Assalamualaikum dan salam ukhwah,Bercerita berkenaan hakikat ketuhanan ini memang tidak boleh dinafikan kerana Allah telah menjadikanfitrah manusia itu ingin
  4. 4. Assalamualaikum dan salam ukhwah, Bercerita berkenaan hakikat ketuhanan ini memang tidak boleh dinafikan kerana Allah telahmenjadikan fitrah manusia ingin berkomunikasi,berseksualiti,bersosialisasi,berilmu,berintegriti dansebagainya.Pada hakikatnya fitrah-fitrah ini bertitik tolak dari satu fitrah yang paling asas iaitu fitrahberagama,bila disebut fitrah beragama fenomena ini tidak boleh lari dari kenyataan bahawa setiapmanusia yang dijadikan oleh KhalikNya sudah pasti akan tercari-cari atau mencari-cari siapakahPenciptannya. Persoalan ini juga telah bermain dalam fikiran suami anak buah saya (keturunan orang asli)sebagaimana kita tahu masyarakat orang asli ini hidup dalam keadaan serba kekurangan baik dari segiekonomi mahupun arus pembangunan.Mereka juga tidak mempercayai kewujudan tuhan atau tidakmempercayai sebarang bentuk penyembahan.Keadaan ini telah menyalahi fitrah manusia yang sentiasamencari Penciptanya,fitrah inilah juga yang menjadikannya mencari siapa Khaliknya,bagaimanakahbentuk penyembahan yang sepatutnya.Pencarian Khalik ini telah bermain difikirannya semenjak iabersekolah rendah lagi,dimana ia sering berkawan dengan masyarakat melayu semasa di sekolahrendah. Apabila memasuki alam remaja ,ketika di sekolah menengah ia telah bersekolah di sekolahberasrama penuh.Persekitaran asrama yang membuatkannya bergaul dengan ramai murid melayusepanjang masa ,telah menjadikan ia sangat tertarik dengan islam.tetapi pada masa yang sama ia kelirukerana persekitarannya menunjukkan juga segelintir pelajar melayu yang melanggar displin,merokokdan melakukan perkara-perkara yang sama dengan masyarakat orang asli.Bermula daripada itu ia mulamendekati guru-guru yang beragama islam untuk bertanya soal-soal agama dan kehidupan. Pencarian hakikat kebenaran bertuhan ini tidak habis di sekolah menengah sahaja,sehinggalahbeliau melanjutkan pengajian di UPM,di situlah bermulanya beliau membaca dan mengkaji hakikatberagama serta membuat perbandingan diantara agama islam dengan agama-agama yang lain.TernyataAllah memberi pertunjuk dan hidayah kepadanya,dimana beliau telah mengucapkan dua kalimahsyahadah sewaktu dalam tahun akhir di UPM.Kini beliau telah berkeluarga dan isterinya merupakanseorang wanita melayu beragama islam dan beliau mengakui bahawa kehidupannya lebih tenang danberperaturan selepas beliau mengucap dua kalimah syahadah.Bertepatanlah dengan firman Allah dalamsurah AL Hadid ayat 3:’Wahai sekelian manusia, kamu semua berhajat kepada Allah,sedang Allah ituyang maha kaya lagi maha terpuji.Kesimpulannya jika individu itu mencari Khaliknya atas kesedaran dankeinginannya sudah pasti Allah akan memberi hidayahnya tetapi jika ia memeluk agama islam keranaperkahwinan belum tentu ia boleh meyakini kewujudan Allah dan mengamalkannya dalam kehidupanseharian.

×