SlideShare a Scribd company logo
1 of 20
SGRM 3103 Sejarah Bahasa,Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu 1 
210511 
DEFINISI ADAT 
Menurut Kamus Dewan,adat bermaksud suatu peraturan yang diamalkan secara turun 
temurun(sejak dahulu kala) di dalam masyarakat sehingga merupakan hukum dan peraturan 
yang harus dipatuhi.Adat juga didefinisikan sebagai suatu cara yang sudah menjadi 
kebiasaan1.Etimologi perkataan adat adalah dari bahasa Arab “Adah” yang bererti kebiasaan 
atau sesuatu perbuatan yang dilakukan secara berulang-ulang lalu menjadi kebiasaan yang 
tetap dan dihormati orang,maka kebiasaan itu menjadi adat .Kata majmuk adat ialah adat 
istiadat.Apabila konsep adat dijadikan istilah Melayu perkataan ini boleh disamakan dengan 
kebudayaan.Konsep adat dalam masyarakat Melayu bukan sahaja bermaksud istiadat atau 
upacara tetapi termasuk seluruh sistem hidup seperti sistem sosial,kepercayaan dan 
perundangan.2 
Adat istiadat dalam masyarakat Melayu tradisional ialah segala yang berkaitan dengan proses 
kehidupan manusia bermula apabila seseorang itu lahir hingga beliau meninggal dunia.Adat 
istiadat ini boleh dibahagikan kepada dua iaitu adat yang diamalkan oleh golongan 
bangsawan dan rakyat biasa.Menurut Dr Van Dijk menyatakan bahawa adat merupakan 
kesusilaan dan kebiasaan dalam semua lapangan hidup dan semua peraturan serta tingkah aku 
3.A.J.N Richard pula mentakrifkan adat sebagai “colloquially,adat can mean 
law,fashion,persona and social behavior 4. 
Adat diamalkan sekitar 2000 tahun dan berkembang bersama-sama dengan seluruh proses 
peradaban dan ketamadunan melayu.Adat bukan sekadar kebiasaan,keresaman tetapi cara 
hidup.Alam sekitar juga mempengaruhi adat melayu.Pepatah juga ada mengatakan “Hidup 
1 S.Gazalba,Penghantar Kebudayaan Sebagai Ilmu, Pustaka,Jakarta,1990,hlmn 296 
2 Abdul Latif Abu Bakar,Adat Melayu Serumpun,Penerbit Universiti Malaya,Kuala Lumpur,2001,hlmn 88 
3 S.Gazalba,Penghantar Kebudayaan Sebagai Ilmu,Pustaka,Jakarta,1990,hlmn 297 
4 Ibid,hlmn 297
SGRM 3103 Sejarah Bahasa,Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu 2 
Dikandung Adat Mati Dikandung Tanah”.Adat bukan sahaja diamalkan oleh orang melayu 
sahaja tetapi melibatkan juga kaum peribumi lain seperti kaum Temuan,Jakun,Negrito dan 
210511 
sebagainya. 
Pepatah biar mati anak jangan mati adat dimaknakan secara literal iaitu biarlah anak mati 
asalkan adat dapat dipertahankan dan dikekalkan.Ianya berpunca daripada kecetekan 
pemahaman dan pengetahuan mereka terhadap epistemology dan atmosfera dunia melayu 
khususnya tentang ilmu terhadap kiasan Melayu yang merangkumi konsep pengucapan orang 
Melayu.Adat orang-orang melayu adalah sangat halus iaitu di dalamnya terkandung unsur 
dan nilai agama(malah dalam keadaan tertentu adat dianggap atau sama sebagai agama itu 
sendiri),didalamnya ada rasa bertuhan atau diperhatikan oleh Allah SWT.Za’aba banyak 
menggariskan orang melayu yang beradat dan beradab itu sebagai manusia yang berbudi 
pekerti dan dilihat dari aspek caranya berpakaian,tutur kata dan bahasanya serta tingkah laku 
dan perlakuannya.Terdapat pelbagai jenis adat resam dalam masyarakat melayu yang 
diamalkan sehingga kini diantaranya ialah adat cukur jambul dan berendoi. 
AMALAN CUKUR JAMBUL DAN BERENDOI DALAM MASYARAKAT MELAYU 
Amalan cukur jambul kebiasaannya diadakan sempena menyambut kehadiran orang baru 
dalam keluarga. Berpandukan kepada syariat Islam, istilah cukur jambul sebenarnya tidak 
wujud dan selari dengan sunah Nabi Muhammad s.a.w.. Malah amalan ini juga dipercayai 
berasal daripada kepercayaan masyarakat India yang beragama Hindu. 
Dalam Islam, Rasulullah s.a.w. bersabda, “Tiap-tiap anak itu tergadai dengan akikahnya yang 
disembelih untuk dia ketika hari ketujuh dan dicukur, lalu diberi nama.” (Riwayat Ahmad 
dan disahkan oleh Turmudzi) 
Berdasarkan kepada hadis ini, ulama menyatakan bahawa Rasulullah s.a.w. menggalakkan
SGRM 3103 Sejarah Bahasa,Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu 3 
umat Islam yang dikurniakan cahaya mata supaya melakukan akikah pada hari ketujuh. 
Kemudiannya, daging akikah tersebut diagih-agihkan kepada golongan fakir miskin. 
Mengikut sunah, apa yang dilakukan oleh Baginda kepada cucunya, Hasan dan Husin, 
apabila jatuh hari ketujuh diadakan akikah adalah memberikan nama dan mencukur rambut 
mereka berdua. Rambut tersebut ditimbang dan disamakan dengan nilai perak dan 
kemudiannya disedekahkan kepada fakir miskin. Bagaimanapun, ulama hari ini menyatakan, 
emas boleh digunakan bagi menggantikan perak. Bahkan, mengikut Islam juga, pada hari 
ketujuh akan dilakukan tahnik, jelas Pegawai Agama Istana Negara, Datuk Abu Hassan Din 
210511 
al-Hafiz. 
Menurut beliau, amalan tahnik adalah memasukkan sesuatu yang manis seperti manisan 
madu lebah atau buah tamar yang dihancurkan dan memalitkannya ke lelangit bayi. 
Sebaliknya, cecair manis hanya disapukan ke bibir bayi dan bukannya ke dalam mulut 
sebagaimana yang disunahkan oleh Rasulullah s.a.w.. 
Islam menggalakkan amalan mencukur rambut bayi sehingga botak supaya segala kekotoran 
yang keluar daripada rahim dapat dibuang dan membolehkan rambut baru tumbuh dengan 
sihat.Sebahagian masyarakat Islam hari ini tidak mencukur rambut anak-anak hingga botak 
sebaliknya mengadakan upacara cukur jambul sebagai adat dan tradisi yang telah dilakukan 
sejak turun temurun. Tambah mengelirukan, rambut yang digunting itu dimasukkan ke dalam 
buah kelapa.Memandangkan terdapat beberapa perkara yang jelas bertentangan dengan ajaran 
Islam, maka ulama berpendapat, mengamalkan adat cukur jambul adalah bidaah dan khurafat. 
Paling menyedihkan apabila terdapat segelintir umat Islam yang cuba menghidupkan kembali 
kepercayaan seperti ini.Selain amalan-amalan di atas yang bertentangan dengan syariat 
agama, kesilapan yang turut dilakukan ibu bapa hari ini ialah akikah atau cukur rambut 
dilakukan setelah bayi berusia beberapa bulan. Majlis tersebut turut disertai dengan adat 
berendoi di mana buaian dihias dengan bunga-bungaan dan perhiasan lain.
SGRM 3103 Sejarah Bahasa,Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu 4 
Menurut Abu Hassan, upacara cukur rambut tidak perlu disertakan dengan marhaban atau 
berzanji. Ia memadai dengan bercukur rambut sahaja. Melainkan jika ia diadakan pada hari 
210511 
akikah, bolehlah diadakan jamuan. 
Adat cukur jambul 
Adat ini dilakukan pada hari ketujuh selepas bayi dilahirkan. Untuk menjalankan upacara 
tersebut beberapa kelengkapan disediakan iaitu sebuah dulang berisi tiga mangkuk atau 
piring yang berisi air tepung tawar, beras kunyit dan bertih. 
Peralatan cukur jambul 
Sebiji kelapa muda dipotong bahagian kepalanya dengan potongan berkelok-kelok siku 
seluang untuk dijadikan penutup. Airnya dibuang dan diganti dengan sedikit air sejuk. 
Kemudian kelapa yang dihias dengan lilitan rantai emas atau perak disekelilingnya diletakkan 
di dalam sebiji batil. Kesemua rambut bayi yang dicukur akan dimasukkan ke dalam kelapa. 
Akhirnya kelapa tersebut di tanam di sekitar halaman rumah bersama sepohon anak kelapa 
atau seumpamanya sebagai memperingati masa anak itu dilahirkan. 
Lazimnya, semasa adat ini dijalankan akikah turut diadakan. Dari segi syarak, akikah 
membawa pengertian menyembelih ternakan pada hari ke tujuh selepas anak dilahirkan. 
Akikah sunat dilakukan pada hari ketujuh kelahiran iaitu boleh dijalankan serentak dengan 
adat mencukur rambut dan adat memberi nama. Namun ia juga boleh dilakukan pada hari
SGRM 3103 Sejarah Bahasa,Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu 5 
yang lain.Cukur jambul selalunya bermula pada lewat pagi dengan bacaan Al-Quran atau 
marhaban atau berzanji.Ibubapa mendukung dan membawa bayi kepada setiap orang supaya 
mereka dapat menggunting beberapa gelung rambut.Peluang ini diberikan terutamanya datuk 
dan nenek,ahli keluarga atau penduduk kampong yang lebih tua,ahli kumpulan marhaban 
atau berzanji dan ketua agama.Selalunya menjadi satu adat mereka yang melakukannya 
menghadiahkan bayi dengan sedikit wang atau sepertinya.Selalunya dalam majlis ini,tetamu 
akan dihidangkan dengan makanan atau minuman seperti nasi briyani,nasi minyak,kambing 
guling,ayam masak merah dan sebagainya.Dahulunya tetamu dihadiahkan dengan bunga telur 
sebagai tanda terima kasih tetapi kini mereka dihadiahkan dengan gula-gula dan juga kek. 
210511
SGRM 3103 Sejarah Bahasa,Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu 6 
210511 
Peralatan yang digunakan semasa acara cukur jambul dilakukan 
Cenderahati untuk diberikan kepada para tetamu selain daripada bunga telur
SGRM 3103 Sejarah Bahasa,Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu 7 
sebelum majlis akan di adakan doa selamat.. kemudian.. bacaan selawat kepada Nabi 
210511 
Muhammad s.a.w.. bayi akan di arak 
Kepala bayi akan ditepung tawar terlebih dahulu sebelum acara cukur jambul dibuat.
SGRM 3103 Sejarah Bahasa,Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu 8 
210511 
kemudian barulah rambut bayi di gunting 
rambut yang di gunting tadi akan di masukkan kedalam kelapa dan beras kunyit di tabur. Duit 
syiling bersama bunga rampai juga di tabur.Kanak-kanak akan berebut rebut mengutip duit 
syilling tersebut.
SGRM 3103 Sejarah Bahasa,Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu 9 
210511 
Kepala bayi dicukur oleh mak bidan
SGRM 3103 Sejarah Bahasa,Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu 10 
210511
SGRM 3103 Sejarah Bahasa,Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu 11 
210511 
Wajah bayi selepas selesai dicukur 
Nasi yang dihidangkan didalam talam Amalan sunnah Nabi 
Adat berendoi 
Berendoi berasal daripada kata “endoi”, iaitu buaian yang lazimnya digunakan untuk 
menidurkan bayi atau kanak-kanak. Berendoi adalah bentuk persembahan yang berunsur 
keagamaan. Lagu-lagunya adalah berunsur nasihat kepada anak-anak dan juga ibu bapa. 
Berendoi dipercayai berasal dari negeri Perlis bermula sekitar tahun 1930-an, dan kini juga 
terdapat di Kedah. Peralatan persembahan ialah sebuah “endoi” atau buaian digantung di 
tengah-tengah rumah, air satu jag dan juga sirih pinang yang diletakkan di dalam tepak sireh. 
Upacara berendoi ini boleh diadakan pada siang atau malam hari. 
Satu kumpulan endoi biasanya berjumlah empat atau lebih. Upacara berendoi akan dimulakan 
dengan bacaan Maulud dan lagu yang didendangkan ialah Selawat Nabi sebelum diikuti 
dengan lagu-lagu lain. Isi lagu-lagu berendoi berupa puji-pujian kepada nabi dan juga nasihat 
kepada kanak-kanak dan juga ibu bapa. Jumlah lagu yang didendangkan pada setiap kali 
persembahan bergantung pada kehendak tuan rumah.
SGRM 3103 Sejarah Bahasa,Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu 12 
Untuk pakaian persembahan, selalunya kaum lelaki memakai baju Melayu, bersongkok putih 
atau berserban dan berkain. Jika kumpulan berendoi itu terdiri daripada kaum wanita sahaja, 
maka pakaiannya adalah seperti mana yang lazim dipakai oleh wanita hari ini, iaitu berbaju 
kurung dan bertudung. Berendoi berfungsi alat hiburan dan pengajaran serta nasihat supaya 
anak mendengar nasihat ibu bapa. Nasihat bercorak agama disampaikan melalui lagu-lagu 
Nabi Muhammad dan Rukun Islam yang menceritakan sejarah nabi dan kehidupan nabi. 
Berendoi masih bergerak aktif hingga ke hari ini dan boleh ditonton kebanyakannya di negeri 
Perlis, Kedah, dan Perak. Di negeri Perak nyanyian berendoi ini menggunakan nama 
Dendang Siti Fatimah dan seni katanya berlainan dengan seni kata yang dibawa oleh 
kumpulan Berendoi di Perlis dan Kedah. Adat berendoi atau buai bayi ini dipersembahkan 
sebagai tanda keriangan atau kesyukuran menyambut kelahiran cahaya mata. Lagu-lagu 
Berendoi atau Dendang Siti Fatimah membawa senikata yang memuji junjungan Nabi 
Muhammad s.a.w, menceritakan perihal susah payah ibu mengandung dan melahirkan anak 
dan juga nasihat-nasihat kepada kanak-kanak. Ada juga seni kata yang dicipta oleh kumpulan 
ini disesuaikan dengan keadaan semasa. Antara lagu yang dibawa dalam majlis berendoi 
ialah Tuhan Rabbul’alamin, Anak di dalam Buaian, Ayuhai Anak Cahaya Mata, Kebesaran 
Allah, dan Aduhai Anak Jangan Durhaka. Berikut ialah lagu Anak di dalam Buaian: 
210511 
BAHAN DAN PERALATAN
SGRM 3103 Sejarah Bahasa,Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu 13 
210511 
Lirik lagu Anak di dalam Buaian(Adat Berendoi Melayu) 
Ayuhai anak di dalam buaian, 
Pejamkan mata jangan tangiskan, 
Lagu Berendoi kami dendangkan, 
Di dalam majlis tanda kesyukuran. 
Lamalah sudah kami menanti, 
Namun engkau tak kunjung tiba, 
Dengan takdir ilahi rabbi, 
Kini engkau sudah menjelma. 
Adat cukur jambul 
Adat ini dilakukan pada hari ketujuh selepas bayi dilahirkan. Untuk menjalankan upacara 
tersebut 
beberapa kelengkapan disediakan iaitu sebuah dulang berisi tiga mangkuk atau piring 
yang berisi 
air tepung tawar, beras kunyit dan bertih. 
TEPUNG TAWAR 
BERTIH PULUT
SGRM 3103 Sejarah Bahasa,Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu 14 
210511 
BERAS KUNYIT 
BAHAN UNTUK UPACARA BERENDOI 
BUNGA RAMPAI 
TEPUNG TAWAR 
Sebiji kelapa muda dipotong bahagian kepalanya dengan potongan berkelok-kelok 
sikuseluang untuk dijadikan penutup. Airnya dibuang dan diganti dengan sedikit air sejuk.
SGRM 3103 Sejarah Bahasa,Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu 15 
Kemudian kelapa yang dihiasdengan lilitan rantai emas atau perak disekelilingnya diletakkan 
di dalam sebiji batil. Kesemua rambut bayi yang dicukur akan dimasukkan ke dalam kelapa. 
Akhirnya kelapa tersebut di tanam di sekitar halaman rumah bersama sepohon anak kelapa 
210511 
atau seumpamanya sebagai memperingati masa anak itu dilahirkan. 
Lazimnya, semasa adat ini dijalankan akikah turut diadakan. Dari segi syarak, akikah 
membawa pengertian menyembelih ternakan pada hari ke tujuh selepas anak dilahirkan. 
Akikah sunat dilakukan pada hari ketujuh kelahiran iaitu boleh dijalankan serentak dengan 
adat mencukur rambut dan adat memberi nama. Namun ia juga boleh dilakukan pada hari 
yang lain. 
Semasa adat berendoi, bayi akan diletakkan di dalam buaian dengan menggunakan kain 
songket atau batik dan dihias indah dengan bunga-bungaan. Selendang akan diikat di kiri 
kanan buaian dan ditarik perlahan-lahan semasa upacara berlangsung. Ketika itu juga nazam 
atau marhaban dialunkan oleh sekumpulan lelaki atau wanita. Pada hari ini, masyarakat 
Melayu menjalankan adat ini serentak dengan adat memberi nama dan adat cukur rambut.
SGRM 3103 Sejarah Bahasa,Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu 16 
210511 
ALATAN , PERKAKASAN DAN PERJALANAN 
SEPANJANG MAJLIS BERENDOI 
Bahan untuk upacara 
berendoi Bayi berumur 1-2 bulan Menaikkan bayi ke dalam 
buaian 
Bunga telur untuk tetamu Para tetamu di majlis 
berendoi Mendendangkan marhaban 
Bahan untuk upacara 
berendoi Beras kunyit Bertih pulut 
Beranika corak buaian Buaian upacara berendoi Bunga rampai 
Bunga telur Tepung tawar Menepung tawar buai
SGRM 3103 Sejarah Bahasa,Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu 17 
210511 
KEPENTINGAN ADAT DI KALANGAN MASYARAKAT MASA KINI 
Bagi mewujudkan identiti yang seragam seiring dengan kesanggupan pelbagai kaum untuk 
hidup bersama di Malaysia, tidak dapat tidak, penyeragaman identiti dan keperibadian 
kebangsaan ini perlu dilakukan. Antara kepentingan masyarakat Malaysia disatukan melalui 
adat dan budaya kebangsaan ialah untuk melahirkan satu cara hidup masyarakat Malaysia 
yang mempunyai pelbagai bangsa, agama, budaya dan bahasa pertuturan tetapi dapat hidup 
berdampingan, berganding bahu, bertimbang rasa dan penuh dengan sikap toleran. 
Penyeragaman identiti dan keperibadian berbagai-bagai etnik adalah perlu untuk rakyat 
Malaysia hidup bersatu padu dan aman daripada persengketaan serta kucar-kacir. Dalam erti 
kata yang lain, identiti dan keperibadian yang seragam ini akan membolehkan perpaduan 
nasional berlangsung dengan lebih utuh lagi. 
Identiti dan kepribadian kebangsaan juga berkepentingan untuk menghindarkan masyarakat 
dari me1akukan perkara-perkara yang menyalahi norma-norma dan garis panduan dalam 
kehidupan bermasyarakat. Budaya kebangsaan ini penting ke arah melahirkan satu negara 
bangsa Malaysia yang maju, progresif, saintifik dan bersatu padu tanpa ada unsur-unsur 
negatif dalam kehidupan seharian sesama sendiri. Tiga etnik terbesar iaitu Melayu, Cina dan 
India yang mengamalkan kebudayaan, adat resarn, agarna dan bahasa masing-masing diharap 
akan dapat bersatu melalui usaha bersama yang murni ini. 
Kebudayaan dan adat ahli masyarakat Malaysia walaupun berbeza, namun mempunyai asas 
yang sama iaitu membentuk keperibadian dan jati diri individu ke arah yang lebih baik. 
Melalui usaha membentuk identiti dan keperibadian kebangsaan, ia membolehkan 
masyarakat negara kita berinteraksi dengan lebih baik di antara satu sama dalam 
melaksanakan matlamat yang sama iaitu untuk membentuk masyarakat Malaysia yang
SGRM 3103 Sejarah Bahasa,Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu 18 
bepegang teguh dengan ajaran agama masing-masing dan mementingkan nilai-nilai murni 
yang diajar didalarn agama mereka. Interaksi antara kaum ini penting untuk menghindari 
masyarakat daripada melakukan aktiviti-aktiviti yang tidak sihat dan menyalahi norma-norma 
kehidupan. Interaksi antara kaum yang baik juga adalah merupakan satu jalan kearah 
perpaduan nasional dan mencetuskan masyarakat yang harmonis dan bersatu padu. 
Budaya yang seragam bagi rakyat Malaysia juga penting bagi memastikan perancangan dan 
tindakan kerajaan untuk menerap serta menanam nilai-nilai murni ke dalam akal fikiran, hati 
budi serta perilaku masyarakat Malaysia di pelbagai lapisan masyarakat dapat direalisasikan. 
Amalan budi bahasa dan nilai- nilai murni yang merupakan perkara penting dalam Dasar 
Kebudayaan Kebangsaan seharusnya ditegaskan sebagai sebahagian dari proses 
pembangunan identiti untuk mencapai tahap keutuhan peribadi dan perilaku yang mulia dan 
berbudi bahasa. Maka identiti dan keperibadian kebangsaan ini diharap akan meneguhkan 
210511 
kembali kekuatan peribadi dan jati diri masyarakat. 
KESIMPULAN 
Penggubalan dan pelaksanaan dasar ini, meskipun masih lagi baru usianya namun 
pembentukan identiti nasional dan perpaduan kaum dan nilai murni Islam telah pun 
dilaksanakan. Adalah didapati bahawa pencapaian ke arah ini telahpun jelas kelihatan 
semenjak ia mula diterapkan. Identiti kewarganegaraan dan adat Malaysia pada hari ini boleh 
didapati didalam perayaan-perayaan antarabangsa dan juga di dalam kegiatan seni sukan dan 
perayaan pelbagai kaum di Malaysia sama ada secara rasmi atau tidak rasmi. 
Secara ringkas bolehlah dikatakan aspek adat yang menjadi teras identiti dan keperibadian 
negara Malaysia telah dapat diterima dan diikuti secara beransur-ansur oleh setiap golongan 
rakyat Malaysia. Namun demikian pelaksanaannya pasti rumit dan tidak akan dapat dicapai
SGRM 3103 Sejarah Bahasa,Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu 19 
dalam masa yang singkat. Kesedaran dan kefahaman yang luas akan dapat membantu 
mencapai hasrat dan cita-cita pelaksanaan ini kerana dengan keinsafan itu sahaja adat yang 
membentuk identiti dan keperibadian kebangsaan akan dapat dibezakan dengan adat yang 
bersifat kesukuan atau perkauman. Identiti dan keperibadian yang dipupuk itu akan 
mencirikan sifat-sifat persamaan yang melampaui batas-batas suku kaum dan akan 
memperlihatkan keperibadian kebangsaan Malaysia itu sendiri sebagai sebuah negara yang 
210511 
merdeka dan bermaruah.
SGRM 3103 Sejarah Bahasa,Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu 20 
210511

More Related Content

Similar to AMALAN ADAT

BUDAYA DAN RESAM MELAYU
BUDAYA DAN RESAM MELAYUBUDAYA DAN RESAM MELAYU
BUDAYA DAN RESAM MELAYUDanial DI
 
Topik 2 kesedaran budaya 2b
Topik 2 kesedaran budaya 2bTopik 2 kesedaran budaya 2b
Topik 2 kesedaran budaya 2bshare with me
 
Budaya dan Adat Resam Orang Melayu
Budaya dan Adat Resam Orang MelayuBudaya dan Adat Resam Orang Melayu
Budaya dan Adat Resam Orang MelayuRibut Taufan
 
Masyarakat Tradisional
Masyarakat TradisionalMasyarakat Tradisional
Masyarakat TradisionalOctaviana Adn
 
Tentang Lampung
Tentang LampungTentang Lampung
Tentang LampungRaha Sia
 
Antropologi dan Budaya.pptx
Antropologi dan Budaya.pptxAntropologi dan Budaya.pptx
Antropologi dan Budaya.pptxnajwa416853
 
Kelompok 1 Budaya Sumatera.pdf
Kelompok 1 Budaya Sumatera.pdfKelompok 1 Budaya Sumatera.pdf
Kelompok 1 Budaya Sumatera.pdfMuhammadRipurio
 
Contoh foklore
Contoh foklore Contoh foklore
Contoh foklore VJ Asenk
 
Kerja kursus Sejarah STPM penggal 2 2016
Kerja kursus Sejarah STPM penggal 2 2016Kerja kursus Sejarah STPM penggal 2 2016
Kerja kursus Sejarah STPM penggal 2 2016Mrs. Raudhah
 
EDU 3063 Penulisan etnik bajau serta implikasi kepelbagaian sosiobudaya terha...
EDU 3063 Penulisan etnik bajau serta implikasi kepelbagaian sosiobudaya terha...EDU 3063 Penulisan etnik bajau serta implikasi kepelbagaian sosiobudaya terha...
EDU 3063 Penulisan etnik bajau serta implikasi kepelbagaian sosiobudaya terha...Jat Anasiti
 
5 suku bangsa terbesar yang berasal dari pulau sumatera barat
5 suku bangsa terbesar yang berasal dari pulau sumatera barat5 suku bangsa terbesar yang berasal dari pulau sumatera barat
5 suku bangsa terbesar yang berasal dari pulau sumatera baratFalisha Asyifa
 
Pengantar hubungan etnik
Pengantar hubungan etnikPengantar hubungan etnik
Pengantar hubungan etnikUSM
 
Adat jangan bertentangan syariat
Adat jangan bertentangan syariatAdat jangan bertentangan syariat
Adat jangan bertentangan syariatR&R Darulkautsar
 
Edu...pantang larang kadazan dusun...
Edu...pantang larang kadazan dusun...Edu...pantang larang kadazan dusun...
Edu...pantang larang kadazan dusun...Devi D Hazel Eye
 

Similar to AMALAN ADAT (20)

Adat resam tugasan 2
Adat resam tugasan 2Adat resam tugasan 2
Adat resam tugasan 2
 
Bab 13 Sejarah Tradisi Islam Nusantara
Bab  13 Sejarah Tradisi Islam NusantaraBab  13 Sejarah Tradisi Islam Nusantara
Bab 13 Sejarah Tradisi Islam Nusantara
 
BUDAYA DAN RESAM MELAYU
BUDAYA DAN RESAM MELAYUBUDAYA DAN RESAM MELAYU
BUDAYA DAN RESAM MELAYU
 
Topik 2 kesedaran budaya 2b
Topik 2 kesedaran budaya 2bTopik 2 kesedaran budaya 2b
Topik 2 kesedaran budaya 2b
 
Budaya dan Adat Resam Orang Melayu
Budaya dan Adat Resam Orang MelayuBudaya dan Adat Resam Orang Melayu
Budaya dan Adat Resam Orang Melayu
 
Masyarakat Tradisional
Masyarakat TradisionalMasyarakat Tradisional
Masyarakat Tradisional
 
Tentang Lampung
Tentang LampungTentang Lampung
Tentang Lampung
 
Antropologi dan Budaya.pptx
Antropologi dan Budaya.pptxAntropologi dan Budaya.pptx
Antropologi dan Budaya.pptx
 
Kelompok 1 Budaya Sumatera.pdf
Kelompok 1 Budaya Sumatera.pdfKelompok 1 Budaya Sumatera.pdf
Kelompok 1 Budaya Sumatera.pdf
 
Contoh foklore
Contoh foklore Contoh foklore
Contoh foklore
 
Adeliya
AdeliyaAdeliya
Adeliya
 
Kerja kursus Sejarah STPM penggal 2 2016
Kerja kursus Sejarah STPM penggal 2 2016Kerja kursus Sejarah STPM penggal 2 2016
Kerja kursus Sejarah STPM penggal 2 2016
 
EDU 3063 Penulisan etnik bajau serta implikasi kepelbagaian sosiobudaya terha...
EDU 3063 Penulisan etnik bajau serta implikasi kepelbagaian sosiobudaya terha...EDU 3063 Penulisan etnik bajau serta implikasi kepelbagaian sosiobudaya terha...
EDU 3063 Penulisan etnik bajau serta implikasi kepelbagaian sosiobudaya terha...
 
5 suku bangsa terbesar yang berasal dari pulau sumatera barat
5 suku bangsa terbesar yang berasal dari pulau sumatera barat5 suku bangsa terbesar yang berasal dari pulau sumatera barat
5 suku bangsa terbesar yang berasal dari pulau sumatera barat
 
Adat resam kaum
Adat resam kaumAdat resam kaum
Adat resam kaum
 
kelahiran
kelahirankelahiran
kelahiran
 
Pengantar hubungan etnik
Pengantar hubungan etnikPengantar hubungan etnik
Pengantar hubungan etnik
 
Adat jangan bertentangan syariat
Adat jangan bertentangan syariatAdat jangan bertentangan syariat
Adat jangan bertentangan syariat
 
ISBD SUKU BIMA
ISBD SUKU BIMAISBD SUKU BIMA
ISBD SUKU BIMA
 
Edu...pantang larang kadazan dusun...
Edu...pantang larang kadazan dusun...Edu...pantang larang kadazan dusun...
Edu...pantang larang kadazan dusun...
 

Recently uploaded

adap penggunaan media sosial dalam kehidupan sehari-hari.pptx
adap penggunaan media sosial dalam kehidupan sehari-hari.pptxadap penggunaan media sosial dalam kehidupan sehari-hari.pptx
adap penggunaan media sosial dalam kehidupan sehari-hari.pptxmtsmampunbarub4
 
BAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptx
BAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptxBAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptx
BAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptxJamhuriIshak
 
Jurnal Dwi mingguan modul 1.2-gurupenggerak.pptx
Jurnal Dwi mingguan modul 1.2-gurupenggerak.pptxJurnal Dwi mingguan modul 1.2-gurupenggerak.pptx
Jurnal Dwi mingguan modul 1.2-gurupenggerak.pptxBambang440423
 
implementasu Permendikbudristek no 53 2023
implementasu Permendikbudristek no 53 2023implementasu Permendikbudristek no 53 2023
implementasu Permendikbudristek no 53 2023DodiSetiawan46
 
PPT Materi Jenis - Jenis Alat Pembayaran Tunai dan Non-tunai.pptx
PPT Materi Jenis - Jenis Alat Pembayaran Tunai dan Non-tunai.pptxPPT Materi Jenis - Jenis Alat Pembayaran Tunai dan Non-tunai.pptx
PPT Materi Jenis - Jenis Alat Pembayaran Tunai dan Non-tunai.pptxHeruFebrianto3
 
Lembar Observasi Pembelajaran di Kelas.docx
Lembar Observasi Pembelajaran di  Kelas.docxLembar Observasi Pembelajaran di  Kelas.docx
Lembar Observasi Pembelajaran di Kelas.docxbkandrisaputra
 
04-Gemelli.- kehamilan ganda- duo atau triplet
04-Gemelli.- kehamilan ganda- duo atau triplet04-Gemelli.- kehamilan ganda- duo atau triplet
04-Gemelli.- kehamilan ganda- duo atau tripletMelianaJayasaputra
 
IPA Kelas 9 BAB 10 - www.ilmuguru.org.pptx
IPA Kelas 9 BAB 10 - www.ilmuguru.org.pptxIPA Kelas 9 BAB 10 - www.ilmuguru.org.pptx
IPA Kelas 9 BAB 10 - www.ilmuguru.org.pptxErikaPuspita10
 
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 PENDIDIKAN GURU PENGGERAK
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 PENDIDIKAN GURU PENGGERAKDEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 PENDIDIKAN GURU PENGGERAK
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 PENDIDIKAN GURU PENGGERAKirwan461475
 
MATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATAS
MATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATASMATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATAS
MATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATASKurniawan Dirham
 
1.2.a.6. Demonstrasi Konstektual - Modul 1.2 (Shinta Novianti - CGP A10).pdf
1.2.a.6. Demonstrasi Konstektual - Modul 1.2 (Shinta Novianti - CGP A10).pdf1.2.a.6. Demonstrasi Konstektual - Modul 1.2 (Shinta Novianti - CGP A10).pdf
1.2.a.6. Demonstrasi Konstektual - Modul 1.2 (Shinta Novianti - CGP A10).pdfShintaNovianti1
 
PPT_AKUNTANSI_PAJAK_ATAS_ASET_TETAP.pptx
PPT_AKUNTANSI_PAJAK_ATAS_ASET_TETAP.pptxPPT_AKUNTANSI_PAJAK_ATAS_ASET_TETAP.pptx
PPT_AKUNTANSI_PAJAK_ATAS_ASET_TETAP.pptxalalfardilah
 
Ppt tentang perkembangan Moral Pada Anak
Ppt tentang perkembangan Moral Pada AnakPpt tentang perkembangan Moral Pada Anak
Ppt tentang perkembangan Moral Pada Anakbekamalayniasinta
 
Laporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMM
Laporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMMLaporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMM
Laporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMMmulyadia43
 
AKSI NYATA MODUL 1.2-1 untuk pendidikan guru penggerak.pptx
AKSI NYATA MODUL 1.2-1 untuk pendidikan guru penggerak.pptxAKSI NYATA MODUL 1.2-1 untuk pendidikan guru penggerak.pptx
AKSI NYATA MODUL 1.2-1 untuk pendidikan guru penggerak.pptxWirionSembiring2
 
Tugas 1 pembaruan dlm pembelajaran jawaban tugas tuton 1.docx
Tugas 1 pembaruan dlm pembelajaran jawaban tugas tuton 1.docxTugas 1 pembaruan dlm pembelajaran jawaban tugas tuton 1.docx
Tugas 1 pembaruan dlm pembelajaran jawaban tugas tuton 1.docxmawan5982
 
Panduan Substansi_ Pengelolaan Kinerja Kepala Sekolah Tahap Pelaksanaan.pptx
Panduan Substansi_ Pengelolaan Kinerja Kepala Sekolah Tahap Pelaksanaan.pptxPanduan Substansi_ Pengelolaan Kinerja Kepala Sekolah Tahap Pelaksanaan.pptx
Panduan Substansi_ Pengelolaan Kinerja Kepala Sekolah Tahap Pelaksanaan.pptxsudianaade137
 
HARMONI DALAM EKOSISTEM KELAS V SEKOLAH DASAR.pdf
HARMONI DALAM EKOSISTEM KELAS V SEKOLAH DASAR.pdfHARMONI DALAM EKOSISTEM KELAS V SEKOLAH DASAR.pdf
HARMONI DALAM EKOSISTEM KELAS V SEKOLAH DASAR.pdfkustiyantidew94
 
demontrasi kontekstual modul 1.2.a. 6.pdf
demontrasi kontekstual modul 1.2.a. 6.pdfdemontrasi kontekstual modul 1.2.a. 6.pdf
demontrasi kontekstual modul 1.2.a. 6.pdfIndri117648
 
Kelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdf
Kelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdfKelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdf
Kelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdftsaniasalftn18
 

Recently uploaded (20)

adap penggunaan media sosial dalam kehidupan sehari-hari.pptx
adap penggunaan media sosial dalam kehidupan sehari-hari.pptxadap penggunaan media sosial dalam kehidupan sehari-hari.pptx
adap penggunaan media sosial dalam kehidupan sehari-hari.pptx
 
BAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptx
BAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptxBAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptx
BAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptx
 
Jurnal Dwi mingguan modul 1.2-gurupenggerak.pptx
Jurnal Dwi mingguan modul 1.2-gurupenggerak.pptxJurnal Dwi mingguan modul 1.2-gurupenggerak.pptx
Jurnal Dwi mingguan modul 1.2-gurupenggerak.pptx
 
implementasu Permendikbudristek no 53 2023
implementasu Permendikbudristek no 53 2023implementasu Permendikbudristek no 53 2023
implementasu Permendikbudristek no 53 2023
 
PPT Materi Jenis - Jenis Alat Pembayaran Tunai dan Non-tunai.pptx
PPT Materi Jenis - Jenis Alat Pembayaran Tunai dan Non-tunai.pptxPPT Materi Jenis - Jenis Alat Pembayaran Tunai dan Non-tunai.pptx
PPT Materi Jenis - Jenis Alat Pembayaran Tunai dan Non-tunai.pptx
 
Lembar Observasi Pembelajaran di Kelas.docx
Lembar Observasi Pembelajaran di  Kelas.docxLembar Observasi Pembelajaran di  Kelas.docx
Lembar Observasi Pembelajaran di Kelas.docx
 
04-Gemelli.- kehamilan ganda- duo atau triplet
04-Gemelli.- kehamilan ganda- duo atau triplet04-Gemelli.- kehamilan ganda- duo atau triplet
04-Gemelli.- kehamilan ganda- duo atau triplet
 
IPA Kelas 9 BAB 10 - www.ilmuguru.org.pptx
IPA Kelas 9 BAB 10 - www.ilmuguru.org.pptxIPA Kelas 9 BAB 10 - www.ilmuguru.org.pptx
IPA Kelas 9 BAB 10 - www.ilmuguru.org.pptx
 
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 PENDIDIKAN GURU PENGGERAK
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 PENDIDIKAN GURU PENGGERAKDEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 PENDIDIKAN GURU PENGGERAK
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 PENDIDIKAN GURU PENGGERAK
 
MATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATAS
MATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATASMATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATAS
MATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATAS
 
1.2.a.6. Demonstrasi Konstektual - Modul 1.2 (Shinta Novianti - CGP A10).pdf
1.2.a.6. Demonstrasi Konstektual - Modul 1.2 (Shinta Novianti - CGP A10).pdf1.2.a.6. Demonstrasi Konstektual - Modul 1.2 (Shinta Novianti - CGP A10).pdf
1.2.a.6. Demonstrasi Konstektual - Modul 1.2 (Shinta Novianti - CGP A10).pdf
 
PPT_AKUNTANSI_PAJAK_ATAS_ASET_TETAP.pptx
PPT_AKUNTANSI_PAJAK_ATAS_ASET_TETAP.pptxPPT_AKUNTANSI_PAJAK_ATAS_ASET_TETAP.pptx
PPT_AKUNTANSI_PAJAK_ATAS_ASET_TETAP.pptx
 
Ppt tentang perkembangan Moral Pada Anak
Ppt tentang perkembangan Moral Pada AnakPpt tentang perkembangan Moral Pada Anak
Ppt tentang perkembangan Moral Pada Anak
 
Laporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMM
Laporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMMLaporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMM
Laporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMM
 
AKSI NYATA MODUL 1.2-1 untuk pendidikan guru penggerak.pptx
AKSI NYATA MODUL 1.2-1 untuk pendidikan guru penggerak.pptxAKSI NYATA MODUL 1.2-1 untuk pendidikan guru penggerak.pptx
AKSI NYATA MODUL 1.2-1 untuk pendidikan guru penggerak.pptx
 
Tugas 1 pembaruan dlm pembelajaran jawaban tugas tuton 1.docx
Tugas 1 pembaruan dlm pembelajaran jawaban tugas tuton 1.docxTugas 1 pembaruan dlm pembelajaran jawaban tugas tuton 1.docx
Tugas 1 pembaruan dlm pembelajaran jawaban tugas tuton 1.docx
 
Panduan Substansi_ Pengelolaan Kinerja Kepala Sekolah Tahap Pelaksanaan.pptx
Panduan Substansi_ Pengelolaan Kinerja Kepala Sekolah Tahap Pelaksanaan.pptxPanduan Substansi_ Pengelolaan Kinerja Kepala Sekolah Tahap Pelaksanaan.pptx
Panduan Substansi_ Pengelolaan Kinerja Kepala Sekolah Tahap Pelaksanaan.pptx
 
HARMONI DALAM EKOSISTEM KELAS V SEKOLAH DASAR.pdf
HARMONI DALAM EKOSISTEM KELAS V SEKOLAH DASAR.pdfHARMONI DALAM EKOSISTEM KELAS V SEKOLAH DASAR.pdf
HARMONI DALAM EKOSISTEM KELAS V SEKOLAH DASAR.pdf
 
demontrasi kontekstual modul 1.2.a. 6.pdf
demontrasi kontekstual modul 1.2.a. 6.pdfdemontrasi kontekstual modul 1.2.a. 6.pdf
demontrasi kontekstual modul 1.2.a. 6.pdf
 
Kelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdf
Kelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdfKelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdf
Kelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdf
 

AMALAN ADAT

  • 1. SGRM 3103 Sejarah Bahasa,Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu 1 210511 DEFINISI ADAT Menurut Kamus Dewan,adat bermaksud suatu peraturan yang diamalkan secara turun temurun(sejak dahulu kala) di dalam masyarakat sehingga merupakan hukum dan peraturan yang harus dipatuhi.Adat juga didefinisikan sebagai suatu cara yang sudah menjadi kebiasaan1.Etimologi perkataan adat adalah dari bahasa Arab “Adah” yang bererti kebiasaan atau sesuatu perbuatan yang dilakukan secara berulang-ulang lalu menjadi kebiasaan yang tetap dan dihormati orang,maka kebiasaan itu menjadi adat .Kata majmuk adat ialah adat istiadat.Apabila konsep adat dijadikan istilah Melayu perkataan ini boleh disamakan dengan kebudayaan.Konsep adat dalam masyarakat Melayu bukan sahaja bermaksud istiadat atau upacara tetapi termasuk seluruh sistem hidup seperti sistem sosial,kepercayaan dan perundangan.2 Adat istiadat dalam masyarakat Melayu tradisional ialah segala yang berkaitan dengan proses kehidupan manusia bermula apabila seseorang itu lahir hingga beliau meninggal dunia.Adat istiadat ini boleh dibahagikan kepada dua iaitu adat yang diamalkan oleh golongan bangsawan dan rakyat biasa.Menurut Dr Van Dijk menyatakan bahawa adat merupakan kesusilaan dan kebiasaan dalam semua lapangan hidup dan semua peraturan serta tingkah aku 3.A.J.N Richard pula mentakrifkan adat sebagai “colloquially,adat can mean law,fashion,persona and social behavior 4. Adat diamalkan sekitar 2000 tahun dan berkembang bersama-sama dengan seluruh proses peradaban dan ketamadunan melayu.Adat bukan sekadar kebiasaan,keresaman tetapi cara hidup.Alam sekitar juga mempengaruhi adat melayu.Pepatah juga ada mengatakan “Hidup 1 S.Gazalba,Penghantar Kebudayaan Sebagai Ilmu, Pustaka,Jakarta,1990,hlmn 296 2 Abdul Latif Abu Bakar,Adat Melayu Serumpun,Penerbit Universiti Malaya,Kuala Lumpur,2001,hlmn 88 3 S.Gazalba,Penghantar Kebudayaan Sebagai Ilmu,Pustaka,Jakarta,1990,hlmn 297 4 Ibid,hlmn 297
  • 2. SGRM 3103 Sejarah Bahasa,Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu 2 Dikandung Adat Mati Dikandung Tanah”.Adat bukan sahaja diamalkan oleh orang melayu sahaja tetapi melibatkan juga kaum peribumi lain seperti kaum Temuan,Jakun,Negrito dan 210511 sebagainya. Pepatah biar mati anak jangan mati adat dimaknakan secara literal iaitu biarlah anak mati asalkan adat dapat dipertahankan dan dikekalkan.Ianya berpunca daripada kecetekan pemahaman dan pengetahuan mereka terhadap epistemology dan atmosfera dunia melayu khususnya tentang ilmu terhadap kiasan Melayu yang merangkumi konsep pengucapan orang Melayu.Adat orang-orang melayu adalah sangat halus iaitu di dalamnya terkandung unsur dan nilai agama(malah dalam keadaan tertentu adat dianggap atau sama sebagai agama itu sendiri),didalamnya ada rasa bertuhan atau diperhatikan oleh Allah SWT.Za’aba banyak menggariskan orang melayu yang beradat dan beradab itu sebagai manusia yang berbudi pekerti dan dilihat dari aspek caranya berpakaian,tutur kata dan bahasanya serta tingkah laku dan perlakuannya.Terdapat pelbagai jenis adat resam dalam masyarakat melayu yang diamalkan sehingga kini diantaranya ialah adat cukur jambul dan berendoi. AMALAN CUKUR JAMBUL DAN BERENDOI DALAM MASYARAKAT MELAYU Amalan cukur jambul kebiasaannya diadakan sempena menyambut kehadiran orang baru dalam keluarga. Berpandukan kepada syariat Islam, istilah cukur jambul sebenarnya tidak wujud dan selari dengan sunah Nabi Muhammad s.a.w.. Malah amalan ini juga dipercayai berasal daripada kepercayaan masyarakat India yang beragama Hindu. Dalam Islam, Rasulullah s.a.w. bersabda, “Tiap-tiap anak itu tergadai dengan akikahnya yang disembelih untuk dia ketika hari ketujuh dan dicukur, lalu diberi nama.” (Riwayat Ahmad dan disahkan oleh Turmudzi) Berdasarkan kepada hadis ini, ulama menyatakan bahawa Rasulullah s.a.w. menggalakkan
  • 3. SGRM 3103 Sejarah Bahasa,Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu 3 umat Islam yang dikurniakan cahaya mata supaya melakukan akikah pada hari ketujuh. Kemudiannya, daging akikah tersebut diagih-agihkan kepada golongan fakir miskin. Mengikut sunah, apa yang dilakukan oleh Baginda kepada cucunya, Hasan dan Husin, apabila jatuh hari ketujuh diadakan akikah adalah memberikan nama dan mencukur rambut mereka berdua. Rambut tersebut ditimbang dan disamakan dengan nilai perak dan kemudiannya disedekahkan kepada fakir miskin. Bagaimanapun, ulama hari ini menyatakan, emas boleh digunakan bagi menggantikan perak. Bahkan, mengikut Islam juga, pada hari ketujuh akan dilakukan tahnik, jelas Pegawai Agama Istana Negara, Datuk Abu Hassan Din 210511 al-Hafiz. Menurut beliau, amalan tahnik adalah memasukkan sesuatu yang manis seperti manisan madu lebah atau buah tamar yang dihancurkan dan memalitkannya ke lelangit bayi. Sebaliknya, cecair manis hanya disapukan ke bibir bayi dan bukannya ke dalam mulut sebagaimana yang disunahkan oleh Rasulullah s.a.w.. Islam menggalakkan amalan mencukur rambut bayi sehingga botak supaya segala kekotoran yang keluar daripada rahim dapat dibuang dan membolehkan rambut baru tumbuh dengan sihat.Sebahagian masyarakat Islam hari ini tidak mencukur rambut anak-anak hingga botak sebaliknya mengadakan upacara cukur jambul sebagai adat dan tradisi yang telah dilakukan sejak turun temurun. Tambah mengelirukan, rambut yang digunting itu dimasukkan ke dalam buah kelapa.Memandangkan terdapat beberapa perkara yang jelas bertentangan dengan ajaran Islam, maka ulama berpendapat, mengamalkan adat cukur jambul adalah bidaah dan khurafat. Paling menyedihkan apabila terdapat segelintir umat Islam yang cuba menghidupkan kembali kepercayaan seperti ini.Selain amalan-amalan di atas yang bertentangan dengan syariat agama, kesilapan yang turut dilakukan ibu bapa hari ini ialah akikah atau cukur rambut dilakukan setelah bayi berusia beberapa bulan. Majlis tersebut turut disertai dengan adat berendoi di mana buaian dihias dengan bunga-bungaan dan perhiasan lain.
  • 4. SGRM 3103 Sejarah Bahasa,Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu 4 Menurut Abu Hassan, upacara cukur rambut tidak perlu disertakan dengan marhaban atau berzanji. Ia memadai dengan bercukur rambut sahaja. Melainkan jika ia diadakan pada hari 210511 akikah, bolehlah diadakan jamuan. Adat cukur jambul Adat ini dilakukan pada hari ketujuh selepas bayi dilahirkan. Untuk menjalankan upacara tersebut beberapa kelengkapan disediakan iaitu sebuah dulang berisi tiga mangkuk atau piring yang berisi air tepung tawar, beras kunyit dan bertih. Peralatan cukur jambul Sebiji kelapa muda dipotong bahagian kepalanya dengan potongan berkelok-kelok siku seluang untuk dijadikan penutup. Airnya dibuang dan diganti dengan sedikit air sejuk. Kemudian kelapa yang dihias dengan lilitan rantai emas atau perak disekelilingnya diletakkan di dalam sebiji batil. Kesemua rambut bayi yang dicukur akan dimasukkan ke dalam kelapa. Akhirnya kelapa tersebut di tanam di sekitar halaman rumah bersama sepohon anak kelapa atau seumpamanya sebagai memperingati masa anak itu dilahirkan. Lazimnya, semasa adat ini dijalankan akikah turut diadakan. Dari segi syarak, akikah membawa pengertian menyembelih ternakan pada hari ke tujuh selepas anak dilahirkan. Akikah sunat dilakukan pada hari ketujuh kelahiran iaitu boleh dijalankan serentak dengan adat mencukur rambut dan adat memberi nama. Namun ia juga boleh dilakukan pada hari
  • 5. SGRM 3103 Sejarah Bahasa,Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu 5 yang lain.Cukur jambul selalunya bermula pada lewat pagi dengan bacaan Al-Quran atau marhaban atau berzanji.Ibubapa mendukung dan membawa bayi kepada setiap orang supaya mereka dapat menggunting beberapa gelung rambut.Peluang ini diberikan terutamanya datuk dan nenek,ahli keluarga atau penduduk kampong yang lebih tua,ahli kumpulan marhaban atau berzanji dan ketua agama.Selalunya menjadi satu adat mereka yang melakukannya menghadiahkan bayi dengan sedikit wang atau sepertinya.Selalunya dalam majlis ini,tetamu akan dihidangkan dengan makanan atau minuman seperti nasi briyani,nasi minyak,kambing guling,ayam masak merah dan sebagainya.Dahulunya tetamu dihadiahkan dengan bunga telur sebagai tanda terima kasih tetapi kini mereka dihadiahkan dengan gula-gula dan juga kek. 210511
  • 6. SGRM 3103 Sejarah Bahasa,Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu 6 210511 Peralatan yang digunakan semasa acara cukur jambul dilakukan Cenderahati untuk diberikan kepada para tetamu selain daripada bunga telur
  • 7. SGRM 3103 Sejarah Bahasa,Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu 7 sebelum majlis akan di adakan doa selamat.. kemudian.. bacaan selawat kepada Nabi 210511 Muhammad s.a.w.. bayi akan di arak Kepala bayi akan ditepung tawar terlebih dahulu sebelum acara cukur jambul dibuat.
  • 8. SGRM 3103 Sejarah Bahasa,Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu 8 210511 kemudian barulah rambut bayi di gunting rambut yang di gunting tadi akan di masukkan kedalam kelapa dan beras kunyit di tabur. Duit syiling bersama bunga rampai juga di tabur.Kanak-kanak akan berebut rebut mengutip duit syilling tersebut.
  • 9. SGRM 3103 Sejarah Bahasa,Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu 9 210511 Kepala bayi dicukur oleh mak bidan
  • 10. SGRM 3103 Sejarah Bahasa,Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu 10 210511
  • 11. SGRM 3103 Sejarah Bahasa,Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu 11 210511 Wajah bayi selepas selesai dicukur Nasi yang dihidangkan didalam talam Amalan sunnah Nabi Adat berendoi Berendoi berasal daripada kata “endoi”, iaitu buaian yang lazimnya digunakan untuk menidurkan bayi atau kanak-kanak. Berendoi adalah bentuk persembahan yang berunsur keagamaan. Lagu-lagunya adalah berunsur nasihat kepada anak-anak dan juga ibu bapa. Berendoi dipercayai berasal dari negeri Perlis bermula sekitar tahun 1930-an, dan kini juga terdapat di Kedah. Peralatan persembahan ialah sebuah “endoi” atau buaian digantung di tengah-tengah rumah, air satu jag dan juga sirih pinang yang diletakkan di dalam tepak sireh. Upacara berendoi ini boleh diadakan pada siang atau malam hari. Satu kumpulan endoi biasanya berjumlah empat atau lebih. Upacara berendoi akan dimulakan dengan bacaan Maulud dan lagu yang didendangkan ialah Selawat Nabi sebelum diikuti dengan lagu-lagu lain. Isi lagu-lagu berendoi berupa puji-pujian kepada nabi dan juga nasihat kepada kanak-kanak dan juga ibu bapa. Jumlah lagu yang didendangkan pada setiap kali persembahan bergantung pada kehendak tuan rumah.
  • 12. SGRM 3103 Sejarah Bahasa,Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu 12 Untuk pakaian persembahan, selalunya kaum lelaki memakai baju Melayu, bersongkok putih atau berserban dan berkain. Jika kumpulan berendoi itu terdiri daripada kaum wanita sahaja, maka pakaiannya adalah seperti mana yang lazim dipakai oleh wanita hari ini, iaitu berbaju kurung dan bertudung. Berendoi berfungsi alat hiburan dan pengajaran serta nasihat supaya anak mendengar nasihat ibu bapa. Nasihat bercorak agama disampaikan melalui lagu-lagu Nabi Muhammad dan Rukun Islam yang menceritakan sejarah nabi dan kehidupan nabi. Berendoi masih bergerak aktif hingga ke hari ini dan boleh ditonton kebanyakannya di negeri Perlis, Kedah, dan Perak. Di negeri Perak nyanyian berendoi ini menggunakan nama Dendang Siti Fatimah dan seni katanya berlainan dengan seni kata yang dibawa oleh kumpulan Berendoi di Perlis dan Kedah. Adat berendoi atau buai bayi ini dipersembahkan sebagai tanda keriangan atau kesyukuran menyambut kelahiran cahaya mata. Lagu-lagu Berendoi atau Dendang Siti Fatimah membawa senikata yang memuji junjungan Nabi Muhammad s.a.w, menceritakan perihal susah payah ibu mengandung dan melahirkan anak dan juga nasihat-nasihat kepada kanak-kanak. Ada juga seni kata yang dicipta oleh kumpulan ini disesuaikan dengan keadaan semasa. Antara lagu yang dibawa dalam majlis berendoi ialah Tuhan Rabbul’alamin, Anak di dalam Buaian, Ayuhai Anak Cahaya Mata, Kebesaran Allah, dan Aduhai Anak Jangan Durhaka. Berikut ialah lagu Anak di dalam Buaian: 210511 BAHAN DAN PERALATAN
  • 13. SGRM 3103 Sejarah Bahasa,Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu 13 210511 Lirik lagu Anak di dalam Buaian(Adat Berendoi Melayu) Ayuhai anak di dalam buaian, Pejamkan mata jangan tangiskan, Lagu Berendoi kami dendangkan, Di dalam majlis tanda kesyukuran. Lamalah sudah kami menanti, Namun engkau tak kunjung tiba, Dengan takdir ilahi rabbi, Kini engkau sudah menjelma. Adat cukur jambul Adat ini dilakukan pada hari ketujuh selepas bayi dilahirkan. Untuk menjalankan upacara tersebut beberapa kelengkapan disediakan iaitu sebuah dulang berisi tiga mangkuk atau piring yang berisi air tepung tawar, beras kunyit dan bertih. TEPUNG TAWAR BERTIH PULUT
  • 14. SGRM 3103 Sejarah Bahasa,Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu 14 210511 BERAS KUNYIT BAHAN UNTUK UPACARA BERENDOI BUNGA RAMPAI TEPUNG TAWAR Sebiji kelapa muda dipotong bahagian kepalanya dengan potongan berkelok-kelok sikuseluang untuk dijadikan penutup. Airnya dibuang dan diganti dengan sedikit air sejuk.
  • 15. SGRM 3103 Sejarah Bahasa,Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu 15 Kemudian kelapa yang dihiasdengan lilitan rantai emas atau perak disekelilingnya diletakkan di dalam sebiji batil. Kesemua rambut bayi yang dicukur akan dimasukkan ke dalam kelapa. Akhirnya kelapa tersebut di tanam di sekitar halaman rumah bersama sepohon anak kelapa 210511 atau seumpamanya sebagai memperingati masa anak itu dilahirkan. Lazimnya, semasa adat ini dijalankan akikah turut diadakan. Dari segi syarak, akikah membawa pengertian menyembelih ternakan pada hari ke tujuh selepas anak dilahirkan. Akikah sunat dilakukan pada hari ketujuh kelahiran iaitu boleh dijalankan serentak dengan adat mencukur rambut dan adat memberi nama. Namun ia juga boleh dilakukan pada hari yang lain. Semasa adat berendoi, bayi akan diletakkan di dalam buaian dengan menggunakan kain songket atau batik dan dihias indah dengan bunga-bungaan. Selendang akan diikat di kiri kanan buaian dan ditarik perlahan-lahan semasa upacara berlangsung. Ketika itu juga nazam atau marhaban dialunkan oleh sekumpulan lelaki atau wanita. Pada hari ini, masyarakat Melayu menjalankan adat ini serentak dengan adat memberi nama dan adat cukur rambut.
  • 16. SGRM 3103 Sejarah Bahasa,Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu 16 210511 ALATAN , PERKAKASAN DAN PERJALANAN SEPANJANG MAJLIS BERENDOI Bahan untuk upacara berendoi Bayi berumur 1-2 bulan Menaikkan bayi ke dalam buaian Bunga telur untuk tetamu Para tetamu di majlis berendoi Mendendangkan marhaban Bahan untuk upacara berendoi Beras kunyit Bertih pulut Beranika corak buaian Buaian upacara berendoi Bunga rampai Bunga telur Tepung tawar Menepung tawar buai
  • 17. SGRM 3103 Sejarah Bahasa,Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu 17 210511 KEPENTINGAN ADAT DI KALANGAN MASYARAKAT MASA KINI Bagi mewujudkan identiti yang seragam seiring dengan kesanggupan pelbagai kaum untuk hidup bersama di Malaysia, tidak dapat tidak, penyeragaman identiti dan keperibadian kebangsaan ini perlu dilakukan. Antara kepentingan masyarakat Malaysia disatukan melalui adat dan budaya kebangsaan ialah untuk melahirkan satu cara hidup masyarakat Malaysia yang mempunyai pelbagai bangsa, agama, budaya dan bahasa pertuturan tetapi dapat hidup berdampingan, berganding bahu, bertimbang rasa dan penuh dengan sikap toleran. Penyeragaman identiti dan keperibadian berbagai-bagai etnik adalah perlu untuk rakyat Malaysia hidup bersatu padu dan aman daripada persengketaan serta kucar-kacir. Dalam erti kata yang lain, identiti dan keperibadian yang seragam ini akan membolehkan perpaduan nasional berlangsung dengan lebih utuh lagi. Identiti dan kepribadian kebangsaan juga berkepentingan untuk menghindarkan masyarakat dari me1akukan perkara-perkara yang menyalahi norma-norma dan garis panduan dalam kehidupan bermasyarakat. Budaya kebangsaan ini penting ke arah melahirkan satu negara bangsa Malaysia yang maju, progresif, saintifik dan bersatu padu tanpa ada unsur-unsur negatif dalam kehidupan seharian sesama sendiri. Tiga etnik terbesar iaitu Melayu, Cina dan India yang mengamalkan kebudayaan, adat resarn, agarna dan bahasa masing-masing diharap akan dapat bersatu melalui usaha bersama yang murni ini. Kebudayaan dan adat ahli masyarakat Malaysia walaupun berbeza, namun mempunyai asas yang sama iaitu membentuk keperibadian dan jati diri individu ke arah yang lebih baik. Melalui usaha membentuk identiti dan keperibadian kebangsaan, ia membolehkan masyarakat negara kita berinteraksi dengan lebih baik di antara satu sama dalam melaksanakan matlamat yang sama iaitu untuk membentuk masyarakat Malaysia yang
  • 18. SGRM 3103 Sejarah Bahasa,Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu 18 bepegang teguh dengan ajaran agama masing-masing dan mementingkan nilai-nilai murni yang diajar didalarn agama mereka. Interaksi antara kaum ini penting untuk menghindari masyarakat daripada melakukan aktiviti-aktiviti yang tidak sihat dan menyalahi norma-norma kehidupan. Interaksi antara kaum yang baik juga adalah merupakan satu jalan kearah perpaduan nasional dan mencetuskan masyarakat yang harmonis dan bersatu padu. Budaya yang seragam bagi rakyat Malaysia juga penting bagi memastikan perancangan dan tindakan kerajaan untuk menerap serta menanam nilai-nilai murni ke dalam akal fikiran, hati budi serta perilaku masyarakat Malaysia di pelbagai lapisan masyarakat dapat direalisasikan. Amalan budi bahasa dan nilai- nilai murni yang merupakan perkara penting dalam Dasar Kebudayaan Kebangsaan seharusnya ditegaskan sebagai sebahagian dari proses pembangunan identiti untuk mencapai tahap keutuhan peribadi dan perilaku yang mulia dan berbudi bahasa. Maka identiti dan keperibadian kebangsaan ini diharap akan meneguhkan 210511 kembali kekuatan peribadi dan jati diri masyarakat. KESIMPULAN Penggubalan dan pelaksanaan dasar ini, meskipun masih lagi baru usianya namun pembentukan identiti nasional dan perpaduan kaum dan nilai murni Islam telah pun dilaksanakan. Adalah didapati bahawa pencapaian ke arah ini telahpun jelas kelihatan semenjak ia mula diterapkan. Identiti kewarganegaraan dan adat Malaysia pada hari ini boleh didapati didalam perayaan-perayaan antarabangsa dan juga di dalam kegiatan seni sukan dan perayaan pelbagai kaum di Malaysia sama ada secara rasmi atau tidak rasmi. Secara ringkas bolehlah dikatakan aspek adat yang menjadi teras identiti dan keperibadian negara Malaysia telah dapat diterima dan diikuti secara beransur-ansur oleh setiap golongan rakyat Malaysia. Namun demikian pelaksanaannya pasti rumit dan tidak akan dapat dicapai
  • 19. SGRM 3103 Sejarah Bahasa,Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu 19 dalam masa yang singkat. Kesedaran dan kefahaman yang luas akan dapat membantu mencapai hasrat dan cita-cita pelaksanaan ini kerana dengan keinsafan itu sahaja adat yang membentuk identiti dan keperibadian kebangsaan akan dapat dibezakan dengan adat yang bersifat kesukuan atau perkauman. Identiti dan keperibadian yang dipupuk itu akan mencirikan sifat-sifat persamaan yang melampaui batas-batas suku kaum dan akan memperlihatkan keperibadian kebangsaan Malaysia itu sendiri sebagai sebuah negara yang 210511 merdeka dan bermaruah.
  • 20. SGRM 3103 Sejarah Bahasa,Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu 20 210511