SlideShare a Scribd company logo
1 of 10
KEPIMPINAN                                                             Asas Pengurusan




                                     PENGARAHAN
                                    ( KEPIMPINAN )




7.0 Pengenalan


Kita telahpun mempelajari mengenai kuasa dan pengaruh yang terdapat pada seorang
pengurus. Setakat mana pengurus dapat mempengaruhi pekerja maka ia dikatakan
lebih berjaya dan dapat menjadi pemimpin bagi pekerja-pekerja dalam organisasi
tersebut. Ini adalah kerana pemimpin wujud bila adanya pengikut yang akan
melaksanakan kerja-kerja yang akan dilakukan dengan sukarela walaupun tanpa arahan
daripada pengurus atau pemimpin.


Kita juga biasa mendengar kehebatan seseorang pemimpin. Apakah yang menjadi
seorang pemimpin tersebut begitu dikagumi oleh semua masyarakat? Adakah kerana
personaliti, sifatnya, penampilannya, gaya pengurusannya ataupun ideanya? Kita akan
dapat mengenalpasti faktor-faktor ini dalam tajuk–tajuk selepas ini.




7.1 Definisi


   •   Satu proses membimbing, mengarah dan mempengaruhi ahli organisasi untuk
       melaksanakan tugas bagi mencapai matlamat tertentu dengan menjamin
       ketaatan, kesetiaan dan kepatuhan.
KEPIMPINAN                                                                   Asas Pengurusan


   •      Kepimpinan   adalah    proses   pengarahan   tingkahlaku   orang    lain   kearah
          penyempurnaan sesuatu objektif.


7.2 Kemahiran pemimpin


   •      Kemahiran bekerjasama.
   •      Kemahiran memahami nilai.
   •      Kemahiran menggunakan deria dalaman.
   •      Kemahiran memahami diri sendiri.
   •      Kemahiran melihat masa hadapan.




7.3 Pendekatan Kepada Kepimpinan


Bagaimanakah untuk menjadi pemimpin yang berkesan atau bagaimana kita dapat
mengenali     seseorang pengurus itu pemimpin          atau tidak? Pemimpin          dikenali
berdasarkan kepada 3 pendekatan iaitu:


   i.        Pendekatan sifat
   ii.       Pendekatan tingkahlaku atau gelagat
   iii.      Pendekatan kontigensi atau situasi




   7.3.1     Pendekatan sifat.


   Biasakah anda dengar istilah “born to be a leader”?. Melalui pendekatan ini,
   penyelidik menyatakan seseorang pemimpin mempunyai sifat-sifat tertentu sejak
   dilahirkan dan mereka memang dilahirkan untuk menjadi pemimpin. Tetapi
   pandangan ini merupakan satu pandangan yang agak lama kerana sekarang kita
   tidak dapat mendefinisikan seseorang itu sebagai pemimpin hanya berdasarkan
   kepada sifat-sifat yang mereka ada, walaubagaimanapun sifat-sifat tertentu perlu
KEPIMPINAN                                                             Asas Pengurusan


  ada bagi pengurus untuk menjadi pemimpin kerana sifat–sifat ini sebagai aset
  pengurus tersebut.




                  Senaraikan sifat-sifat yang anda rasakan harus ada pada seorang
                  pengurus bagi menjadi seorang     pemimpin? Siapakah pemimpin
                  yang anda kagumi? Apakah sifat-sifat yang ada pada pemimpin?




  7.3.2   Pendekatan tingkahlaku


  Selain daripada pendekatan sifat, tingkahlaku pemimpin juga boleh difahami bagi
  mengenali pemimpin. Ini dapat dilihat samada pemimpin tersebut memberi tumpuan
  kepada pekerja ataupun hanya memberi tumpuan kepada tugas yang akan
  dilakukan. Pendekatan ini mempercayai pemimpin boleh dibentuk.


  Terdapat banyak teori yang dilakukan oleh penyelidik bagi menghuraikan gaya
  kepimpinan pemimpin tetapi kita akan melihat 2 pendekatan yang popular iaitu:




          a) Teori Grid pengurusan
          b) Sistem 4 Likert


  a) Teori Grid pengurusan


  Grid Pengurusan (Managerial Grid) dibentuk oleh Robert Blake dan Jane Mouton.
  Ianya adalah satu matriks mengenai gaya kepimpinan yang mungkin wujud. Ia
  merupakan gaya pengurusan yang boleh digunakan oleh pengurus-pengurus. Grid
  pengurusan di bentuk dengan tujuan untuk membantu perkembangan pengurusan.
KEPIMPINAN                                                                    Asas Pengurusan


  Ia       membolehkan       pengurus   mengenalpasti    gaya    pengurusan   mereka    dan
  menggalakkan mereka menggunakan gaya yang lebih berkesan.


  Ia berdasarkan dua dimensi utama:
                          i)Tumpuan terhadap pekerja
                          ii)Tumpuan terhadap pengeluaran.


                 (1, 9)                                         (9,9 )
       T         Pengurusan Selesa                              Pengurusan Kerja
       u                                                        Berpasukan
       m
       p
       u
       a                                        (5, 5)
       n                                 Pengurusan Jalan
                                         Tengah
       p
       e
       k         ( 1, 1)                                        (9,9 )
       e         Pengurusan Daif                                Pengurusan Tugas
       r
       j
       a
                                  Tumpuan Kepada Pengeluaran




       (1, 9 ) Pengurusan yang selesa ( Country Club)
       Perhatian sepenuhnya diberikan kepada keperluan pekerja supaya wujudnya
       perhubungan yang baik bagi menghasilkan suasana kerja yang selesa dan
       mesra.


           ( 1, 1 ) Pengurusan Daif ( Laissez Faire )
KEPIMPINAN                                                              Asas Pengurusan


     Penekanan kepada usaha yang minimum agar kerja yang perlu dilakukan
     sekadar cukup untuk mengekalkan dirinya sebagai ahli organisasi.


     (5, 5 ) Pengurusan Jalan Tengah ( Middle Of The Road )
     Pencapaian pekerja yang mencukupi diperolehi dengan mengekalkan moral
     pekerja pada tahap yang memuaskan /sederhana.


     (9,9) Pengurusan kerja berpasukan ( Team Work )
     Pencapaian kerja berpunca dari kesungguhan pekerja yang saling bekerja sama,
     percaya mempercayai dan hormat menghormati.


     (9,1 ) Pengurusan Tugas ( Autokratik)
     Kecekapan dalam melaksanakan tugas diperolehi dengan tidak memberi
     tumpuan terhadap aspek kemanusiaan terhadap pekerja. Kecekapan ini terhasil
     dari penyusunan kerja yang rapi.


     Blake dan Mouton berpendapat bahawa gaya kepimpinan (9,9) adalah yang
     paling berkesan dan ia dapat menghasilkan prestasi kerja yang baik, memberi
     kepuasan kepada pekerja serta dapat mengurangi kadar ketidakhadiran.


  b) Sistem Empat Likert
     Rensis     Likert   dalam    bukunya   “New   Patterns   Of   Management”   telah
     mengemukakan 4 jenis sistem pengurusan atau gaya pengurusan iaitu:


     i)      Exploitative – Authoritative
             Kuasa dan arahan datang daripada pihak atasan. Ugutan dan hukuman
             digunakan dalam pengurusan. Komunikasi antara pengurus dan pekerja
             tidak baik. Tiada kerjasama dikalangan pengurus dan pekerja. Produktiviti
             yang sederhana. Masalah pekerja berlaku.


     ii)     Benevolent – Authoritative
             Ciri-cirinya sama seperti di atas kecuali pada sistem ini wujudnya
             komunikasi dari bawah ke atas bagi tujuan rundingan. Ganjaran diberikan
KEPIMPINAN                                                               Asas Pengurusan


              dan ugutan juga digunakan. Daya pengeluaran adalah sederhana tetapi
              masih berlakunya masalah pekerja dan pemberhentian pekerja.


       iii)            Consultative
              Matlamat ditetapkan dan arahan diberi setelah perbincangan dilakukan
              terlebih dahulu dengan pekerja. Berlakunya komunikasi dua hala dan
              kerjasama kumpulan digalakkan. Adakalanya penglibatan pekerja dijadikan
              faktor motivasi. Daya pengeluaran adalah baik dan masalah pekerja
              sederhana.


       iv)    Participative
              Sistem yang paling ideal. Penglibatan pekerja menghasilkan komitment
              terhadap matlamat organisasi. Berlakunya komunikasi dua hala dan
              berbagai cara digunakan oleh pengurus bagi tujuan motivasi. Daya
              pengeluaran adalah paling baik dan masalah pekerja juga semakin
              berkurangan.


       Sistem I adalah lebih cenderung kepada tugas manakala Sistem IV
       berorientasikan kepada manusia.




7.3.3 Pendekatan situasi atau kontigensi.


Pendekatan kontigensi lahir hasil daripada pengalaman pengurus dan penyelidik
mengenai corak kepimpinan pengurus. Mengikut pendekatan ini, gaya kepimpinan
pengurus mestilah disesuaikan dengan situasi yang dihadapai. Bermakna gaya atau
corak kepimpinan pengurus mestilah sentiasa berubah berdasarkan situasi yang mereka
hadapi dan tidak tetap kepada satu gaya pengurusan sahaja bagi semua situasi atau
keadaan. Dalam pendekatan kontigensi kita akan melihat kepada 3 teori iaitu:


a)   Teori Luar Jangka Fiedler
b)   Teori Kitaran Hayat
KEPIMPINAN                                                             Asas Pengurusan


c)   Teori Matlamat Laluan


a)           Teori Luar Jangka Fiedler


Teori Luar Jangka Fiedler yang dikemukakan oleh Fiedler telah memulakan era
penyelidikan dalam kepimpinan mengikut situasi. Teori ini menyatakan bahawa situasi
yang berbeza memerlukan gaya kepimpinan yang berbeza.


Keberkesanan sesebuah kumpulan itu bergantung kepada penyesuaian di antara gaya
kepimpinan seseorang ketua dengan situasi tertentu. Menurut Fiedler, keberkesanan
seseorang pemimpin itu ditentukan oleh interaksi di antara pekerja dengan tiga
angkubah yang lain iaitu:


       i)    Hubungan Anggota-Ketua


       Hubungan ini ditentukan oleh sejauh manakah seseorang pemimpin itu diterima
       oleh sesebuah kumpulan, samada ia mempunyai hubungan yang baik dengan
       kumpulan atau di sebaliknya. Sekiranya wujud perselisihan faham di antara
       kumpulan dengan pemimpin, atau tiada kerjasama, ini menunjukkan hubungan
       ketua – anggota itu adalah rendah.


       ii)             Struktur tugas


       Sejauhmanakah tugas-tugas kumpulan itu adalah rutin dan boleh diramal.




       iii) Kuasa Kedudukan Ketua


       Sejauhmana kuasa untuk memberi ganjaran, menghukum, mengambil dan
       memberhentikan kerja atau lain-lain kuasa itu diberikan oleh organisasi kepada
       pemimpin.
KEPIMPINAN                                                                   Asas Pengurusan




   Dengan bantuan ketiga-tiga faktor situasi di atas, Fiedler mengenalpasti lapan jenis
   situasi dan menghubungkaitkan situasi ini dengan gaya kepimpinan yang paling
   berkesan.




b) Teori Kitaran Hayat




                         3    2




                  4               1




Teori Kitaran Hayat membahagikan situasi kepada empat fasa berdasarkan kedudukan
pekerja dalam organisasi.


Fasa 1
Peringkat ini subordinat baru memasuki organisasi. Mereka perlu diperintah dalam
menjalankan tugas. Jika pengurus tidak bersifat memerintah maka akan timbul
kekeliruan pada subordinat. Hubungan antara pengurus dengan subordinat belum
begitu baik iaitu baru mengenali di antara satu sama lain.


Fasa 2
Gelagat tugasan perlu tinggi kerana subordinat belum mampu untuk menerima tugasan.
Walaubagaimanapun keyakinan           pengurus   terhadap    subordinat   adalah   semakin
meningkat. Galakan dan tunjuk ajar masih perlu diberikan lagi kepada pekerja.


Fasa 3
KEPIMPINAN                                                             Asas Pengurusan


Keupayaan subordinat meningkat dan subordinat mula aktif dan akan mencari-cari
tanggungjawab yang lebih besar. Pengurus tidak perlu menunjukkan sifat direktif yang
tinggi. Walaubagaimanapun pengurus akan memberi bantuan dan galakan kepada
subordinat dalam mengukuhkan subordinat tersebut dalam organisasi. Perhubungan
antara pengurus dan pekerja juga semakin baik.
Fasa 4
Semakin lama subordinat semakin yakin dan dapat melaksanakan tugas dengan sendiri
tanpa bantuan daripada pengurus. Pengurus cuba untuk mengurangkan bantuan dan
galakan. Dalam tingkat ini, hubungan tugasan dengan pengurus akan menurun.




c) Teori matlamat laluan.


Robert House dan Martin J Evans juga mengemukakan satu model mengenai
pendekatan kontigensi iaitu Teori Matlamat Laluan. Teori ini menyatakan bahawa
pemimpin adalah sumber ganjaran. Ia cuba meramalkan bagaimana ganjaran yang
berbeza serta gaya kepimpinan yang berbeza dapat mempengaruhi motivasi, prestasi
dan kepuasan subordinat. Di antara cara yang paling penting ialah keupayaannya
menawarkan ganjaran serta menjelaskan kepada subordinat tentang apakah yang
seharusnya dilakukan oleh mereka untuk mendapatkan ganjaran tersebut. Oleh itu
pengurus menentukan kewujudan matlamat yang perlu dicapai dan menjelaskan
kepada subordinat laluan yang perlu diambil untuk mendapatkannya.


Gaya kepimpinan pengurus samada bertumpukan pekerja atau tugas mempengaruhi
dorongan dan ganjaran yang akan didapati.


Sebagai contoh:


Pengurus yang bertumpukan pekerja.


Pengurus akan menawarkan berbagai bentuk ganjaran kepada subordinat seperti gaji,
kenaikan pangkat, sokongan, galakan, jaminan, penghormatan dan lain-lain. Pengurus
juga sensitif terhadap perbezaan individu dan menyesuaikan ganjaran dengan
keperluan individu serta keinginan mereka.
KEPIMPINAN                                                             Asas Pengurusan




Pengurus yang berorientasikan tugas.


Ia tidak menawarkan bentuk-bentuk ganjaran yang pelbagai dan tidak sensitive terhadap
keperluan   pekerja.   Walaubagaimanpun,     pengurus    demikian   biasanya    lebih
berkemampuan menghubungkan prestasi subordinat dengan ganjaran berbanding
dengan seseorang pengurus yang bertumpukan pekerja.


Para subordinat akan mengetahui dengan tepat apakah tingkat daya pengeluaran atau
prestasi yang perlu mereka capai bagi membolehkan mereka memperolehi bonus,
tambahan gaji atau kenaikan pangkat.

More Related Content

What's hot

Tajuk 11-model-pembinaan-kurikulum
Tajuk 11-model-pembinaan-kurikulumTajuk 11-model-pembinaan-kurikulum
Tajuk 11-model-pembinaan-kurikulumHayati Mustaffa
 
Sumber manusia(pp)
Sumber manusia(pp)Sumber manusia(pp)
Sumber manusia(pp)SITI HAJAR
 
SEM 2 (STPM) Pengajian perniagaan: Bab 1-Kepimpinan
SEM 2 (STPM) Pengajian perniagaan: Bab 1-KepimpinanSEM 2 (STPM) Pengajian perniagaan: Bab 1-Kepimpinan
SEM 2 (STPM) Pengajian perniagaan: Bab 1-KepimpinanAtiqah Wan
 
Kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif
Kemahiran berfikir secara kritis dan kreatifKemahiran berfikir secara kritis dan kreatif
Kemahiran berfikir secara kritis dan kreatifmunnianwar
 
Tajuk 6 kepemimpinan-guru
Tajuk 6 kepemimpinan-guruTajuk 6 kepemimpinan-guru
Tajuk 6 kepemimpinan-gurudewaperangmop
 
Undang undang kedah
Undang undang kedahUndang undang kedah
Undang undang kedahAlif Akram
 
Faktor-faktor yang mempengaruhi kesahan dalam pentaksiran - Pentaksiran dalam...
Faktor-faktor yang mempengaruhi kesahan dalam pentaksiran - Pentaksiran dalam...Faktor-faktor yang mempengaruhi kesahan dalam pentaksiran - Pentaksiran dalam...
Faktor-faktor yang mempengaruhi kesahan dalam pentaksiran - Pentaksiran dalam...FaFai S.
 
Bab 5-kepimpinan-motivasi
Bab 5-kepimpinan-motivasiBab 5-kepimpinan-motivasi
Bab 5-kepimpinan-motivasiKhairul Anwar
 
Peluang pembangunan kerjaya guru
Peluang  pembangunan kerjaya guruPeluang  pembangunan kerjaya guru
Peluang pembangunan kerjaya gurumuhamad hasif
 
4.1 teori keprihatinan
4.1 teori keprihatinan4.1 teori keprihatinan
4.1 teori keprihatinanEp Loh
 
Pengajian Perniagaan Semester 2 - Topik 1.4 Pengorganisasian
Pengajian Perniagaan Semester 2 - Topik 1.4 PengorganisasianPengajian Perniagaan Semester 2 - Topik 1.4 Pengorganisasian
Pengajian Perniagaan Semester 2 - Topik 1.4 PengorganisasianNurul Hanum
 
pemikiran kritis dan kreatif
pemikiran kritis dan kreatifpemikiran kritis dan kreatif
pemikiran kritis dan kreatifErwina Masir
 
presentation pp faedah dan ganjaran
presentation pp faedah dan ganjaranpresentation pp faedah dan ganjaran
presentation pp faedah dan ganjaranCg Zue
 
ciri-ciri ujian bermutu tinggi
ciri-ciri ujian bermutu tinggi ciri-ciri ujian bermutu tinggi
ciri-ciri ujian bermutu tinggi Is Fakarizam
 
Kaedah bercerita dalam pengajaran dan pembelajaran sejarah (SJHK3182 Kaedah P...
Kaedah bercerita dalam pengajaran dan pembelajaran sejarah (SJHK3182 Kaedah P...Kaedah bercerita dalam pengajaran dan pembelajaran sejarah (SJHK3182 Kaedah P...
Kaedah bercerita dalam pengajaran dan pembelajaran sejarah (SJHK3182 Kaedah P...FaFai S.
 
62208146 modul-gajet-krs-dan-tkrs
62208146 modul-gajet-krs-dan-tkrs62208146 modul-gajet-krs-dan-tkrs
62208146 modul-gajet-krs-dan-tkrsNor Ainee
 
5. rph kemahiran membaca kssr
5. rph kemahiran membaca kssr5. rph kemahiran membaca kssr
5. rph kemahiran membaca kssrSharieda Md Dam
 
Aktiviti drama
Aktiviti dramaAktiviti drama
Aktiviti dramaMurni Gaik
 

What's hot (20)

Lontar peluru
Lontar peluruLontar peluru
Lontar peluru
 
Tajuk 11-model-pembinaan-kurikulum
Tajuk 11-model-pembinaan-kurikulumTajuk 11-model-pembinaan-kurikulum
Tajuk 11-model-pembinaan-kurikulum
 
Sumber manusia(pp)
Sumber manusia(pp)Sumber manusia(pp)
Sumber manusia(pp)
 
SEM 2 (STPM) Pengajian perniagaan: Bab 1-Kepimpinan
SEM 2 (STPM) Pengajian perniagaan: Bab 1-KepimpinanSEM 2 (STPM) Pengajian perniagaan: Bab 1-Kepimpinan
SEM 2 (STPM) Pengajian perniagaan: Bab 1-Kepimpinan
 
Kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif
Kemahiran berfikir secara kritis dan kreatifKemahiran berfikir secara kritis dan kreatif
Kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif
 
Tajuk 6 kepemimpinan-guru
Tajuk 6 kepemimpinan-guruTajuk 6 kepemimpinan-guru
Tajuk 6 kepemimpinan-guru
 
Undang undang kedah
Undang undang kedahUndang undang kedah
Undang undang kedah
 
Faktor-faktor yang mempengaruhi kesahan dalam pentaksiran - Pentaksiran dalam...
Faktor-faktor yang mempengaruhi kesahan dalam pentaksiran - Pentaksiran dalam...Faktor-faktor yang mempengaruhi kesahan dalam pentaksiran - Pentaksiran dalam...
Faktor-faktor yang mempengaruhi kesahan dalam pentaksiran - Pentaksiran dalam...
 
Bab 5-kepimpinan-motivasi
Bab 5-kepimpinan-motivasiBab 5-kepimpinan-motivasi
Bab 5-kepimpinan-motivasi
 
Peluang pembangunan kerjaya guru
Peluang  pembangunan kerjaya guruPeluang  pembangunan kerjaya guru
Peluang pembangunan kerjaya guru
 
Gaya kepimpinan
Gaya kepimpinanGaya kepimpinan
Gaya kepimpinan
 
4.1 teori keprihatinan
4.1 teori keprihatinan4.1 teori keprihatinan
4.1 teori keprihatinan
 
Pengajian Perniagaan Semester 2 - Topik 1.4 Pengorganisasian
Pengajian Perniagaan Semester 2 - Topik 1.4 PengorganisasianPengajian Perniagaan Semester 2 - Topik 1.4 Pengorganisasian
Pengajian Perniagaan Semester 2 - Topik 1.4 Pengorganisasian
 
pemikiran kritis dan kreatif
pemikiran kritis dan kreatifpemikiran kritis dan kreatif
pemikiran kritis dan kreatif
 
presentation pp faedah dan ganjaran
presentation pp faedah dan ganjaranpresentation pp faedah dan ganjaran
presentation pp faedah dan ganjaran
 
ciri-ciri ujian bermutu tinggi
ciri-ciri ujian bermutu tinggi ciri-ciri ujian bermutu tinggi
ciri-ciri ujian bermutu tinggi
 
Kaedah bercerita dalam pengajaran dan pembelajaran sejarah (SJHK3182 Kaedah P...
Kaedah bercerita dalam pengajaran dan pembelajaran sejarah (SJHK3182 Kaedah P...Kaedah bercerita dalam pengajaran dan pembelajaran sejarah (SJHK3182 Kaedah P...
Kaedah bercerita dalam pengajaran dan pembelajaran sejarah (SJHK3182 Kaedah P...
 
62208146 modul-gajet-krs-dan-tkrs
62208146 modul-gajet-krs-dan-tkrs62208146 modul-gajet-krs-dan-tkrs
62208146 modul-gajet-krs-dan-tkrs
 
5. rph kemahiran membaca kssr
5. rph kemahiran membaca kssr5. rph kemahiran membaca kssr
5. rph kemahiran membaca kssr
 
Aktiviti drama
Aktiviti dramaAktiviti drama
Aktiviti drama
 

Similar to Kepimpinan yang Berkesan

Kepimpinan fungsi kepimpinan pengurusan
Kepimpinan   fungsi kepimpinan pengurusanKepimpinan   fungsi kepimpinan pengurusan
Kepimpinan fungsi kepimpinan pengurusanQaseh Rindu
 
Kepimpinan
Kepimpinan   Kepimpinan
Kepimpinan mohdilmi
 
Supervisi Hospitality term-7 Peran Supervisor dalam memberikan Motivasi.pptx
Supervisi Hospitality term-7 Peran Supervisor dalam memberikan Motivasi.pptxSupervisi Hospitality term-7 Peran Supervisor dalam memberikan Motivasi.pptx
Supervisi Hospitality term-7 Peran Supervisor dalam memberikan Motivasi.pptxHospitality Industry
 
Kepemimpinan
KepemimpinanKepemimpinan
KepemimpinanCkg Nizam
 
6, kwh, agung rismawan, prof. dr. hapzi ali, cma, komunikasi dab gaya kepemim...
6, kwh, agung rismawan, prof. dr. hapzi ali, cma, komunikasi dab gaya kepemim...6, kwh, agung rismawan, prof. dr. hapzi ali, cma, komunikasi dab gaya kepemim...
6, kwh, agung rismawan, prof. dr. hapzi ali, cma, komunikasi dab gaya kepemim...AgungRismawan1
 
Mohammad sofa permadi(1961019) kp1 2019
Mohammad sofa permadi(1961019) kp1 2019Mohammad sofa permadi(1961019) kp1 2019
Mohammad sofa permadi(1961019) kp1 2019LailatulRodhiyah1
 
Analisis Kepemimpinan
Analisis KepemimpinanAnalisis Kepemimpinan
Analisis Kepemimpinaneryeryey
 
Pengaruh gaya kepemimpinan riko yodhi a 1961081
Pengaruh gaya kepemimpinan riko yodhi a 1961081Pengaruh gaya kepemimpinan riko yodhi a 1961081
Pengaruh gaya kepemimpinan riko yodhi a 1961081Riko Art
 
Pengaruh Gaya Kepemimpinan Terhadap Kinerja Karyawan - Citra Octavi Putri (19...
Pengaruh Gaya Kepemimpinan Terhadap Kinerja Karyawan - Citra Octavi Putri (19...Pengaruh Gaya Kepemimpinan Terhadap Kinerja Karyawan - Citra Octavi Putri (19...
Pengaruh Gaya Kepemimpinan Terhadap Kinerja Karyawan - Citra Octavi Putri (19...CitraOctaviaPutri
 
Pendekatan perilaku
Pendekatan perilakuPendekatan perilaku
Pendekatan perilakuSiti Sahati
 
Dasar – dasar manajemen
Dasar – dasar manajemenDasar – dasar manajemen
Dasar – dasar manajemenmuhammad hamdi
 
Supervisory management
Supervisory managementSupervisory management
Supervisory managementafnianisa
 
Leadership and team building
Leadership and team buildingLeadership and team building
Leadership and team buildingMuhammad AR
 

Similar to Kepimpinan yang Berkesan (20)

Unit7 : pengarahan (kepimpinan)
Unit7 : pengarahan (kepimpinan)Unit7 : pengarahan (kepimpinan)
Unit7 : pengarahan (kepimpinan)
 
Kepimpinan fungsi kepimpinan pengurusan
Kepimpinan   fungsi kepimpinan pengurusanKepimpinan   fungsi kepimpinan pengurusan
Kepimpinan fungsi kepimpinan pengurusan
 
Kepimpinan
Kepimpinan   Kepimpinan
Kepimpinan
 
Supervisi Hospitality term-7 Peran Supervisor dalam memberikan Motivasi.pptx
Supervisi Hospitality term-7 Peran Supervisor dalam memberikan Motivasi.pptxSupervisi Hospitality term-7 Peran Supervisor dalam memberikan Motivasi.pptx
Supervisi Hospitality term-7 Peran Supervisor dalam memberikan Motivasi.pptx
 
Kepemimpinan
KepemimpinanKepemimpinan
Kepemimpinan
 
6, kwh, agung rismawan, prof. dr. hapzi ali, cma, komunikasi dab gaya kepemim...
6, kwh, agung rismawan, prof. dr. hapzi ali, cma, komunikasi dab gaya kepemim...6, kwh, agung rismawan, prof. dr. hapzi ali, cma, komunikasi dab gaya kepemim...
6, kwh, agung rismawan, prof. dr. hapzi ali, cma, komunikasi dab gaya kepemim...
 
kepemimpinan dalam organisasi
kepemimpinan dalam organisasikepemimpinan dalam organisasi
kepemimpinan dalam organisasi
 
Makalah kepemimpinan
Makalah kepemimpinanMakalah kepemimpinan
Makalah kepemimpinan
 
Makalah kepemimpinan
Makalah kepemimpinanMakalah kepemimpinan
Makalah kepemimpinan
 
Mohammad sofa permadi(1961019) kp1 2019
Mohammad sofa permadi(1961019) kp1 2019Mohammad sofa permadi(1961019) kp1 2019
Mohammad sofa permadi(1961019) kp1 2019
 
Analisis Kepemimpinan
Analisis KepemimpinanAnalisis Kepemimpinan
Analisis Kepemimpinan
 
Pengaruh gaya kepemimpinan riko yodhi a 1961081
Pengaruh gaya kepemimpinan riko yodhi a 1961081Pengaruh gaya kepemimpinan riko yodhi a 1961081
Pengaruh gaya kepemimpinan riko yodhi a 1961081
 
Pengaruh Gaya Kepemimpinan Terhadap Kinerja Karyawan - Citra Octavi Putri (19...
Pengaruh Gaya Kepemimpinan Terhadap Kinerja Karyawan - Citra Octavi Putri (19...Pengaruh Gaya Kepemimpinan Terhadap Kinerja Karyawan - Citra Octavi Putri (19...
Pengaruh Gaya Kepemimpinan Terhadap Kinerja Karyawan - Citra Octavi Putri (19...
 
Makalah kepemimpinan2
Makalah kepemimpinan2Makalah kepemimpinan2
Makalah kepemimpinan2
 
Pendekatan perilaku
Pendekatan perilakuPendekatan perilaku
Pendekatan perilaku
 
Dasar – dasar manajemen
Dasar – dasar manajemenDasar – dasar manajemen
Dasar – dasar manajemen
 
Bab 3
Bab 3Bab 3
Bab 3
 
Manajemen organisasi
Manajemen organisasiManajemen organisasi
Manajemen organisasi
 
Supervisory management
Supervisory managementSupervisory management
Supervisory management
 
Leadership and team building
Leadership and team buildingLeadership and team building
Leadership and team building
 

More from noeenadheeyah

P3120 undang undang syarikat-bab 11
P3120 undang undang syarikat-bab 11P3120 undang undang syarikat-bab 11
P3120 undang undang syarikat-bab 11noeenadheeyah
 
P3120 undang undang syarikat-bab 8
P3120 undang undang syarikat-bab 8P3120 undang undang syarikat-bab 8
P3120 undang undang syarikat-bab 8noeenadheeyah
 
P3120 undang undang syarikat-bab 6
P3120 undang undang syarikat-bab 6P3120 undang undang syarikat-bab 6
P3120 undang undang syarikat-bab 6noeenadheeyah
 
P3120 undang undang syarikat-bab 5
P3120 undang undang syarikat-bab 5P3120 undang undang syarikat-bab 5
P3120 undang undang syarikat-bab 5noeenadheeyah
 
P3120 undang undang syarikat-bab 3
P3120 undang undang syarikat-bab 3P3120 undang undang syarikat-bab 3
P3120 undang undang syarikat-bab 3noeenadheeyah
 
P3120 undang undang syarikat-bab 12
P3120 undang undang syarikat-bab 12P3120 undang undang syarikat-bab 12
P3120 undang undang syarikat-bab 12noeenadheeyah
 
7 pembuatan keputusan
7 pembuatan keputusan7 pembuatan keputusan
7 pembuatan keputusannoeenadheeyah
 
3 pengorganisasian(penugasan)
3 pengorganisasian(penugasan)3 pengorganisasian(penugasan)
3 pengorganisasian(penugasan)noeenadheeyah
 
1 unsur unsur pengurusan
1 unsur unsur pengurusan1 unsur unsur pengurusan
1 unsur unsur pengurusannoeenadheeyah
 

More from noeenadheeyah (12)

P3120 undang undang syarikat-bab 11
P3120 undang undang syarikat-bab 11P3120 undang undang syarikat-bab 11
P3120 undang undang syarikat-bab 11
 
P3120 undang undang syarikat-bab 8
P3120 undang undang syarikat-bab 8P3120 undang undang syarikat-bab 8
P3120 undang undang syarikat-bab 8
 
P3120 undang undang syarikat-bab 6
P3120 undang undang syarikat-bab 6P3120 undang undang syarikat-bab 6
P3120 undang undang syarikat-bab 6
 
P3120 undang undang syarikat-bab 5
P3120 undang undang syarikat-bab 5P3120 undang undang syarikat-bab 5
P3120 undang undang syarikat-bab 5
 
P3120 undang undang syarikat-bab 3
P3120 undang undang syarikat-bab 3P3120 undang undang syarikat-bab 3
P3120 undang undang syarikat-bab 3
 
P3120 undang undang syarikat-bab 12
P3120 undang undang syarikat-bab 12P3120 undang undang syarikat-bab 12
P3120 undang undang syarikat-bab 12
 
7 pembuatan keputusan
7 pembuatan keputusan7 pembuatan keputusan
7 pembuatan keputusan
 
6 penstafan
6 penstafan6 penstafan
6 penstafan
 
5 pengawalan
5 pengawalan5 pengawalan
5 pengawalan
 
3 pengorganisasian
3 pengorganisasian3 pengorganisasian
3 pengorganisasian
 
3 pengorganisasian(penugasan)
3 pengorganisasian(penugasan)3 pengorganisasian(penugasan)
3 pengorganisasian(penugasan)
 
1 unsur unsur pengurusan
1 unsur unsur pengurusan1 unsur unsur pengurusan
1 unsur unsur pengurusan
 

Recently uploaded

Membuat Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di dalam Kelas
Membuat Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di dalam KelasMembuat Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di dalam Kelas
Membuat Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di dalam KelasHardaminOde2
 
PELAKSANAAN + Link2 Materi TRAINING "Effective SUPERVISORY & LEADERSHIP Sk...
PELAKSANAAN  + Link2 Materi TRAINING "Effective  SUPERVISORY &  LEADERSHIP Sk...PELAKSANAAN  + Link2 Materi TRAINING "Effective  SUPERVISORY &  LEADERSHIP Sk...
PELAKSANAAN + Link2 Materi TRAINING "Effective SUPERVISORY & LEADERSHIP Sk...Kanaidi ken
 
PPT Integrasi Islam & Ilmu Pengetahuan.pptx
PPT Integrasi Islam & Ilmu Pengetahuan.pptxPPT Integrasi Islam & Ilmu Pengetahuan.pptx
PPT Integrasi Islam & Ilmu Pengetahuan.pptxnerow98
 
Modul 9 Penjas kelompok 7 (evaluasi pembelajaran penjas).ppt
Modul 9 Penjas kelompok 7 (evaluasi pembelajaran penjas).pptModul 9 Penjas kelompok 7 (evaluasi pembelajaran penjas).ppt
Modul 9 Penjas kelompok 7 (evaluasi pembelajaran penjas).pptYanseBetnaArte
 
DESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptx
DESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptxDESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptx
DESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptxFuzaAnggriana
 
Model Manajemen Strategi Public Relations
Model Manajemen Strategi Public RelationsModel Manajemen Strategi Public Relations
Model Manajemen Strategi Public RelationsAdePutraTunggali
 
HARMONI DALAM EKOSISTEM KELAS V SEKOLAH DASAR.pdf
HARMONI DALAM EKOSISTEM KELAS V SEKOLAH DASAR.pdfHARMONI DALAM EKOSISTEM KELAS V SEKOLAH DASAR.pdf
HARMONI DALAM EKOSISTEM KELAS V SEKOLAH DASAR.pdfkustiyantidew94
 
Jurnal Dwi mingguan modul 1.2-gurupenggerak.pptx
Jurnal Dwi mingguan modul 1.2-gurupenggerak.pptxJurnal Dwi mingguan modul 1.2-gurupenggerak.pptx
Jurnal Dwi mingguan modul 1.2-gurupenggerak.pptxBambang440423
 
Modul 1.2.a.8 Koneksi antar materi 1.2.pdf
Modul 1.2.a.8 Koneksi antar materi 1.2.pdfModul 1.2.a.8 Koneksi antar materi 1.2.pdf
Modul 1.2.a.8 Koneksi antar materi 1.2.pdfSitiJulaeha820399
 
Aksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru Penggerak
Aksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru PenggerakAksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru Penggerak
Aksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru Penggeraksupriadi611
 
BAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptx
BAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptxBAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptx
BAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptxJamhuriIshak
 
Wawasan Nusantara sebagai satu kesatuan, politik, ekonomi, sosial, budaya, d...
Wawasan Nusantara  sebagai satu kesatuan, politik, ekonomi, sosial, budaya, d...Wawasan Nusantara  sebagai satu kesatuan, politik, ekonomi, sosial, budaya, d...
Wawasan Nusantara sebagai satu kesatuan, politik, ekonomi, sosial, budaya, d...MarwanAnugrah
 
LAPORAN PKP KESELURUHAN BAB 1-5 NURUL HUSNA.pdf
LAPORAN PKP KESELURUHAN BAB 1-5 NURUL HUSNA.pdfLAPORAN PKP KESELURUHAN BAB 1-5 NURUL HUSNA.pdf
LAPORAN PKP KESELURUHAN BAB 1-5 NURUL HUSNA.pdfChrodtianTian
 
AKSI NYATA MODUL 1.2-1 untuk pendidikan guru penggerak.pptx
AKSI NYATA MODUL 1.2-1 untuk pendidikan guru penggerak.pptxAKSI NYATA MODUL 1.2-1 untuk pendidikan guru penggerak.pptx
AKSI NYATA MODUL 1.2-1 untuk pendidikan guru penggerak.pptxWirionSembiring2
 
Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptx
Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptxMateri Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptx
Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptxRezaWahyuni6
 
adap penggunaan media sosial dalam kehidupan sehari-hari.pptx
adap penggunaan media sosial dalam kehidupan sehari-hari.pptxadap penggunaan media sosial dalam kehidupan sehari-hari.pptx
adap penggunaan media sosial dalam kehidupan sehari-hari.pptxmtsmampunbarub4
 
PPT Materi Jenis - Jenis Alat Pembayaran Tunai dan Non-tunai.pptx
PPT Materi Jenis - Jenis Alat Pembayaran Tunai dan Non-tunai.pptxPPT Materi Jenis - Jenis Alat Pembayaran Tunai dan Non-tunai.pptx
PPT Materi Jenis - Jenis Alat Pembayaran Tunai dan Non-tunai.pptxHeruFebrianto3
 
Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5
Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5
Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5KIKI TRISNA MUKTI
 
Karakteristik Negara Brazil, Geografi Regional Dunia
Karakteristik Negara Brazil, Geografi Regional DuniaKarakteristik Negara Brazil, Geografi Regional Dunia
Karakteristik Negara Brazil, Geografi Regional DuniaNadia Putri Ayu
 
aku-dan-kebutuhanku-Kelas 4 SD Mapel IPAS
aku-dan-kebutuhanku-Kelas 4 SD Mapel IPASaku-dan-kebutuhanku-Kelas 4 SD Mapel IPAS
aku-dan-kebutuhanku-Kelas 4 SD Mapel IPASreskosatrio1
 

Recently uploaded (20)

Membuat Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di dalam Kelas
Membuat Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di dalam KelasMembuat Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di dalam Kelas
Membuat Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di dalam Kelas
 
PELAKSANAAN + Link2 Materi TRAINING "Effective SUPERVISORY & LEADERSHIP Sk...
PELAKSANAAN  + Link2 Materi TRAINING "Effective  SUPERVISORY &  LEADERSHIP Sk...PELAKSANAAN  + Link2 Materi TRAINING "Effective  SUPERVISORY &  LEADERSHIP Sk...
PELAKSANAAN + Link2 Materi TRAINING "Effective SUPERVISORY & LEADERSHIP Sk...
 
PPT Integrasi Islam & Ilmu Pengetahuan.pptx
PPT Integrasi Islam & Ilmu Pengetahuan.pptxPPT Integrasi Islam & Ilmu Pengetahuan.pptx
PPT Integrasi Islam & Ilmu Pengetahuan.pptx
 
Modul 9 Penjas kelompok 7 (evaluasi pembelajaran penjas).ppt
Modul 9 Penjas kelompok 7 (evaluasi pembelajaran penjas).pptModul 9 Penjas kelompok 7 (evaluasi pembelajaran penjas).ppt
Modul 9 Penjas kelompok 7 (evaluasi pembelajaran penjas).ppt
 
DESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptx
DESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptxDESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptx
DESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptx
 
Model Manajemen Strategi Public Relations
Model Manajemen Strategi Public RelationsModel Manajemen Strategi Public Relations
Model Manajemen Strategi Public Relations
 
HARMONI DALAM EKOSISTEM KELAS V SEKOLAH DASAR.pdf
HARMONI DALAM EKOSISTEM KELAS V SEKOLAH DASAR.pdfHARMONI DALAM EKOSISTEM KELAS V SEKOLAH DASAR.pdf
HARMONI DALAM EKOSISTEM KELAS V SEKOLAH DASAR.pdf
 
Jurnal Dwi mingguan modul 1.2-gurupenggerak.pptx
Jurnal Dwi mingguan modul 1.2-gurupenggerak.pptxJurnal Dwi mingguan modul 1.2-gurupenggerak.pptx
Jurnal Dwi mingguan modul 1.2-gurupenggerak.pptx
 
Modul 1.2.a.8 Koneksi antar materi 1.2.pdf
Modul 1.2.a.8 Koneksi antar materi 1.2.pdfModul 1.2.a.8 Koneksi antar materi 1.2.pdf
Modul 1.2.a.8 Koneksi antar materi 1.2.pdf
 
Aksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru Penggerak
Aksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru PenggerakAksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru Penggerak
Aksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru Penggerak
 
BAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptx
BAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptxBAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptx
BAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptx
 
Wawasan Nusantara sebagai satu kesatuan, politik, ekonomi, sosial, budaya, d...
Wawasan Nusantara  sebagai satu kesatuan, politik, ekonomi, sosial, budaya, d...Wawasan Nusantara  sebagai satu kesatuan, politik, ekonomi, sosial, budaya, d...
Wawasan Nusantara sebagai satu kesatuan, politik, ekonomi, sosial, budaya, d...
 
LAPORAN PKP KESELURUHAN BAB 1-5 NURUL HUSNA.pdf
LAPORAN PKP KESELURUHAN BAB 1-5 NURUL HUSNA.pdfLAPORAN PKP KESELURUHAN BAB 1-5 NURUL HUSNA.pdf
LAPORAN PKP KESELURUHAN BAB 1-5 NURUL HUSNA.pdf
 
AKSI NYATA MODUL 1.2-1 untuk pendidikan guru penggerak.pptx
AKSI NYATA MODUL 1.2-1 untuk pendidikan guru penggerak.pptxAKSI NYATA MODUL 1.2-1 untuk pendidikan guru penggerak.pptx
AKSI NYATA MODUL 1.2-1 untuk pendidikan guru penggerak.pptx
 
Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptx
Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptxMateri Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptx
Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptx
 
adap penggunaan media sosial dalam kehidupan sehari-hari.pptx
adap penggunaan media sosial dalam kehidupan sehari-hari.pptxadap penggunaan media sosial dalam kehidupan sehari-hari.pptx
adap penggunaan media sosial dalam kehidupan sehari-hari.pptx
 
PPT Materi Jenis - Jenis Alat Pembayaran Tunai dan Non-tunai.pptx
PPT Materi Jenis - Jenis Alat Pembayaran Tunai dan Non-tunai.pptxPPT Materi Jenis - Jenis Alat Pembayaran Tunai dan Non-tunai.pptx
PPT Materi Jenis - Jenis Alat Pembayaran Tunai dan Non-tunai.pptx
 
Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5
Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5
Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5
 
Karakteristik Negara Brazil, Geografi Regional Dunia
Karakteristik Negara Brazil, Geografi Regional DuniaKarakteristik Negara Brazil, Geografi Regional Dunia
Karakteristik Negara Brazil, Geografi Regional Dunia
 
aku-dan-kebutuhanku-Kelas 4 SD Mapel IPAS
aku-dan-kebutuhanku-Kelas 4 SD Mapel IPASaku-dan-kebutuhanku-Kelas 4 SD Mapel IPAS
aku-dan-kebutuhanku-Kelas 4 SD Mapel IPAS
 

Kepimpinan yang Berkesan

  • 1. KEPIMPINAN Asas Pengurusan PENGARAHAN ( KEPIMPINAN ) 7.0 Pengenalan Kita telahpun mempelajari mengenai kuasa dan pengaruh yang terdapat pada seorang pengurus. Setakat mana pengurus dapat mempengaruhi pekerja maka ia dikatakan lebih berjaya dan dapat menjadi pemimpin bagi pekerja-pekerja dalam organisasi tersebut. Ini adalah kerana pemimpin wujud bila adanya pengikut yang akan melaksanakan kerja-kerja yang akan dilakukan dengan sukarela walaupun tanpa arahan daripada pengurus atau pemimpin. Kita juga biasa mendengar kehebatan seseorang pemimpin. Apakah yang menjadi seorang pemimpin tersebut begitu dikagumi oleh semua masyarakat? Adakah kerana personaliti, sifatnya, penampilannya, gaya pengurusannya ataupun ideanya? Kita akan dapat mengenalpasti faktor-faktor ini dalam tajuk–tajuk selepas ini. 7.1 Definisi • Satu proses membimbing, mengarah dan mempengaruhi ahli organisasi untuk melaksanakan tugas bagi mencapai matlamat tertentu dengan menjamin ketaatan, kesetiaan dan kepatuhan.
  • 2. KEPIMPINAN Asas Pengurusan • Kepimpinan adalah proses pengarahan tingkahlaku orang lain kearah penyempurnaan sesuatu objektif. 7.2 Kemahiran pemimpin • Kemahiran bekerjasama. • Kemahiran memahami nilai. • Kemahiran menggunakan deria dalaman. • Kemahiran memahami diri sendiri. • Kemahiran melihat masa hadapan. 7.3 Pendekatan Kepada Kepimpinan Bagaimanakah untuk menjadi pemimpin yang berkesan atau bagaimana kita dapat mengenali seseorang pengurus itu pemimpin atau tidak? Pemimpin dikenali berdasarkan kepada 3 pendekatan iaitu: i. Pendekatan sifat ii. Pendekatan tingkahlaku atau gelagat iii. Pendekatan kontigensi atau situasi 7.3.1 Pendekatan sifat. Biasakah anda dengar istilah “born to be a leader”?. Melalui pendekatan ini, penyelidik menyatakan seseorang pemimpin mempunyai sifat-sifat tertentu sejak dilahirkan dan mereka memang dilahirkan untuk menjadi pemimpin. Tetapi pandangan ini merupakan satu pandangan yang agak lama kerana sekarang kita tidak dapat mendefinisikan seseorang itu sebagai pemimpin hanya berdasarkan kepada sifat-sifat yang mereka ada, walaubagaimanapun sifat-sifat tertentu perlu
  • 3. KEPIMPINAN Asas Pengurusan ada bagi pengurus untuk menjadi pemimpin kerana sifat–sifat ini sebagai aset pengurus tersebut. Senaraikan sifat-sifat yang anda rasakan harus ada pada seorang pengurus bagi menjadi seorang pemimpin? Siapakah pemimpin yang anda kagumi? Apakah sifat-sifat yang ada pada pemimpin? 7.3.2 Pendekatan tingkahlaku Selain daripada pendekatan sifat, tingkahlaku pemimpin juga boleh difahami bagi mengenali pemimpin. Ini dapat dilihat samada pemimpin tersebut memberi tumpuan kepada pekerja ataupun hanya memberi tumpuan kepada tugas yang akan dilakukan. Pendekatan ini mempercayai pemimpin boleh dibentuk. Terdapat banyak teori yang dilakukan oleh penyelidik bagi menghuraikan gaya kepimpinan pemimpin tetapi kita akan melihat 2 pendekatan yang popular iaitu: a) Teori Grid pengurusan b) Sistem 4 Likert a) Teori Grid pengurusan Grid Pengurusan (Managerial Grid) dibentuk oleh Robert Blake dan Jane Mouton. Ianya adalah satu matriks mengenai gaya kepimpinan yang mungkin wujud. Ia merupakan gaya pengurusan yang boleh digunakan oleh pengurus-pengurus. Grid pengurusan di bentuk dengan tujuan untuk membantu perkembangan pengurusan.
  • 4. KEPIMPINAN Asas Pengurusan Ia membolehkan pengurus mengenalpasti gaya pengurusan mereka dan menggalakkan mereka menggunakan gaya yang lebih berkesan. Ia berdasarkan dua dimensi utama: i)Tumpuan terhadap pekerja ii)Tumpuan terhadap pengeluaran. (1, 9) (9,9 ) T Pengurusan Selesa Pengurusan Kerja u Berpasukan m p u a (5, 5) n Pengurusan Jalan Tengah p e k ( 1, 1) (9,9 ) e Pengurusan Daif Pengurusan Tugas r j a Tumpuan Kepada Pengeluaran (1, 9 ) Pengurusan yang selesa ( Country Club) Perhatian sepenuhnya diberikan kepada keperluan pekerja supaya wujudnya perhubungan yang baik bagi menghasilkan suasana kerja yang selesa dan mesra. ( 1, 1 ) Pengurusan Daif ( Laissez Faire )
  • 5. KEPIMPINAN Asas Pengurusan Penekanan kepada usaha yang minimum agar kerja yang perlu dilakukan sekadar cukup untuk mengekalkan dirinya sebagai ahli organisasi. (5, 5 ) Pengurusan Jalan Tengah ( Middle Of The Road ) Pencapaian pekerja yang mencukupi diperolehi dengan mengekalkan moral pekerja pada tahap yang memuaskan /sederhana. (9,9) Pengurusan kerja berpasukan ( Team Work ) Pencapaian kerja berpunca dari kesungguhan pekerja yang saling bekerja sama, percaya mempercayai dan hormat menghormati. (9,1 ) Pengurusan Tugas ( Autokratik) Kecekapan dalam melaksanakan tugas diperolehi dengan tidak memberi tumpuan terhadap aspek kemanusiaan terhadap pekerja. Kecekapan ini terhasil dari penyusunan kerja yang rapi. Blake dan Mouton berpendapat bahawa gaya kepimpinan (9,9) adalah yang paling berkesan dan ia dapat menghasilkan prestasi kerja yang baik, memberi kepuasan kepada pekerja serta dapat mengurangi kadar ketidakhadiran. b) Sistem Empat Likert Rensis Likert dalam bukunya “New Patterns Of Management” telah mengemukakan 4 jenis sistem pengurusan atau gaya pengurusan iaitu: i) Exploitative – Authoritative Kuasa dan arahan datang daripada pihak atasan. Ugutan dan hukuman digunakan dalam pengurusan. Komunikasi antara pengurus dan pekerja tidak baik. Tiada kerjasama dikalangan pengurus dan pekerja. Produktiviti yang sederhana. Masalah pekerja berlaku. ii) Benevolent – Authoritative Ciri-cirinya sama seperti di atas kecuali pada sistem ini wujudnya komunikasi dari bawah ke atas bagi tujuan rundingan. Ganjaran diberikan
  • 6. KEPIMPINAN Asas Pengurusan dan ugutan juga digunakan. Daya pengeluaran adalah sederhana tetapi masih berlakunya masalah pekerja dan pemberhentian pekerja. iii) Consultative Matlamat ditetapkan dan arahan diberi setelah perbincangan dilakukan terlebih dahulu dengan pekerja. Berlakunya komunikasi dua hala dan kerjasama kumpulan digalakkan. Adakalanya penglibatan pekerja dijadikan faktor motivasi. Daya pengeluaran adalah baik dan masalah pekerja sederhana. iv) Participative Sistem yang paling ideal. Penglibatan pekerja menghasilkan komitment terhadap matlamat organisasi. Berlakunya komunikasi dua hala dan berbagai cara digunakan oleh pengurus bagi tujuan motivasi. Daya pengeluaran adalah paling baik dan masalah pekerja juga semakin berkurangan. Sistem I adalah lebih cenderung kepada tugas manakala Sistem IV berorientasikan kepada manusia. 7.3.3 Pendekatan situasi atau kontigensi. Pendekatan kontigensi lahir hasil daripada pengalaman pengurus dan penyelidik mengenai corak kepimpinan pengurus. Mengikut pendekatan ini, gaya kepimpinan pengurus mestilah disesuaikan dengan situasi yang dihadapai. Bermakna gaya atau corak kepimpinan pengurus mestilah sentiasa berubah berdasarkan situasi yang mereka hadapi dan tidak tetap kepada satu gaya pengurusan sahaja bagi semua situasi atau keadaan. Dalam pendekatan kontigensi kita akan melihat kepada 3 teori iaitu: a) Teori Luar Jangka Fiedler b) Teori Kitaran Hayat
  • 7. KEPIMPINAN Asas Pengurusan c) Teori Matlamat Laluan a) Teori Luar Jangka Fiedler Teori Luar Jangka Fiedler yang dikemukakan oleh Fiedler telah memulakan era penyelidikan dalam kepimpinan mengikut situasi. Teori ini menyatakan bahawa situasi yang berbeza memerlukan gaya kepimpinan yang berbeza. Keberkesanan sesebuah kumpulan itu bergantung kepada penyesuaian di antara gaya kepimpinan seseorang ketua dengan situasi tertentu. Menurut Fiedler, keberkesanan seseorang pemimpin itu ditentukan oleh interaksi di antara pekerja dengan tiga angkubah yang lain iaitu: i) Hubungan Anggota-Ketua Hubungan ini ditentukan oleh sejauh manakah seseorang pemimpin itu diterima oleh sesebuah kumpulan, samada ia mempunyai hubungan yang baik dengan kumpulan atau di sebaliknya. Sekiranya wujud perselisihan faham di antara kumpulan dengan pemimpin, atau tiada kerjasama, ini menunjukkan hubungan ketua – anggota itu adalah rendah. ii) Struktur tugas Sejauhmanakah tugas-tugas kumpulan itu adalah rutin dan boleh diramal. iii) Kuasa Kedudukan Ketua Sejauhmana kuasa untuk memberi ganjaran, menghukum, mengambil dan memberhentikan kerja atau lain-lain kuasa itu diberikan oleh organisasi kepada pemimpin.
  • 8. KEPIMPINAN Asas Pengurusan Dengan bantuan ketiga-tiga faktor situasi di atas, Fiedler mengenalpasti lapan jenis situasi dan menghubungkaitkan situasi ini dengan gaya kepimpinan yang paling berkesan. b) Teori Kitaran Hayat 3 2 4 1 Teori Kitaran Hayat membahagikan situasi kepada empat fasa berdasarkan kedudukan pekerja dalam organisasi. Fasa 1 Peringkat ini subordinat baru memasuki organisasi. Mereka perlu diperintah dalam menjalankan tugas. Jika pengurus tidak bersifat memerintah maka akan timbul kekeliruan pada subordinat. Hubungan antara pengurus dengan subordinat belum begitu baik iaitu baru mengenali di antara satu sama lain. Fasa 2 Gelagat tugasan perlu tinggi kerana subordinat belum mampu untuk menerima tugasan. Walaubagaimanapun keyakinan pengurus terhadap subordinat adalah semakin meningkat. Galakan dan tunjuk ajar masih perlu diberikan lagi kepada pekerja. Fasa 3
  • 9. KEPIMPINAN Asas Pengurusan Keupayaan subordinat meningkat dan subordinat mula aktif dan akan mencari-cari tanggungjawab yang lebih besar. Pengurus tidak perlu menunjukkan sifat direktif yang tinggi. Walaubagaimanapun pengurus akan memberi bantuan dan galakan kepada subordinat dalam mengukuhkan subordinat tersebut dalam organisasi. Perhubungan antara pengurus dan pekerja juga semakin baik. Fasa 4 Semakin lama subordinat semakin yakin dan dapat melaksanakan tugas dengan sendiri tanpa bantuan daripada pengurus. Pengurus cuba untuk mengurangkan bantuan dan galakan. Dalam tingkat ini, hubungan tugasan dengan pengurus akan menurun. c) Teori matlamat laluan. Robert House dan Martin J Evans juga mengemukakan satu model mengenai pendekatan kontigensi iaitu Teori Matlamat Laluan. Teori ini menyatakan bahawa pemimpin adalah sumber ganjaran. Ia cuba meramalkan bagaimana ganjaran yang berbeza serta gaya kepimpinan yang berbeza dapat mempengaruhi motivasi, prestasi dan kepuasan subordinat. Di antara cara yang paling penting ialah keupayaannya menawarkan ganjaran serta menjelaskan kepada subordinat tentang apakah yang seharusnya dilakukan oleh mereka untuk mendapatkan ganjaran tersebut. Oleh itu pengurus menentukan kewujudan matlamat yang perlu dicapai dan menjelaskan kepada subordinat laluan yang perlu diambil untuk mendapatkannya. Gaya kepimpinan pengurus samada bertumpukan pekerja atau tugas mempengaruhi dorongan dan ganjaran yang akan didapati. Sebagai contoh: Pengurus yang bertumpukan pekerja. Pengurus akan menawarkan berbagai bentuk ganjaran kepada subordinat seperti gaji, kenaikan pangkat, sokongan, galakan, jaminan, penghormatan dan lain-lain. Pengurus juga sensitif terhadap perbezaan individu dan menyesuaikan ganjaran dengan keperluan individu serta keinginan mereka.
  • 10. KEPIMPINAN Asas Pengurusan Pengurus yang berorientasikan tugas. Ia tidak menawarkan bentuk-bentuk ganjaran yang pelbagai dan tidak sensitive terhadap keperluan pekerja. Walaubagaimanpun, pengurus demikian biasanya lebih berkemampuan menghubungkan prestasi subordinat dengan ganjaran berbanding dengan seseorang pengurus yang bertumpukan pekerja. Para subordinat akan mengetahui dengan tepat apakah tingkat daya pengeluaran atau prestasi yang perlu mereka capai bagi membolehkan mereka memperolehi bonus, tambahan gaji atau kenaikan pangkat.