SlideShare a Scribd company logo
1 of 17
Bab 8 : Syer & Dividen
8.1 Syer

8.1.0 Definisi dan ciri-ciri syer

Dalam kes Borland’s Trustee lwn Steel Brothers & Co. Ltd, Farwell J,mentakrifkan
syer sebagai kepentingan bagi pemegang syer di dalam sesebuah syarikat, yang mana
ianya dapat diukur dengan sejumlah wang bagi tujuan : -

   •   Liability / tanggungan
   •   Kepentingan
   •   Merupakan siri perjanjian bersama di antara pemegang2 syer inter se

Sesebuah syarikat yang dihadkan oleh syer mempunyai modal norminal yang
dibahagikan kepada syer di dalam jumlah yang tetap, syer adalah merupakan kepentingan
terhadap sejumlah modal syer yang spesifik di dalam sesebuah syarikat. Ertinya, ia
adalah sebahagian (nisbah) daripada modal. Ia menunjukkan kepentingan pemegang syer
dan liability/ kepentingan semasa syarikat sedang beroperasi dan apabila penggulungan
berlaku. Menurut Sek 4 Akta Syarikat mendefinisikan syer sebagai syer dalam syer
modal sesebuah perbadanan, termasuk stok kecuali di mana perbezaan di antara stok dan
syer dinyatakan/ disiratkan.

Ciri2 sesebuah syer pula dinyatakan di dalam Sek 98 Akta Syarikat, syer2/ lain2
kepentingan mana2 ahli di dalam syarikat hendaklah merupakan harta alih, boleh
dipindahkan dengan cara yang diperuntukkan oleh artikel2 persatuan dan tidak boleh
merupakan sifat harta tidak alih.

Menurut Sek 99 Akta Syarikat 1965 menyatakan bahawa tiap2 syer di dalam syarikat
hendaklah dikenali dengan nombor yang sesuai. Walau bagaimanapun terdapat
pengecualiannya terhadap kesemua syer yang dikeluarkan di dalam syarikat atau
kesemua syer2 yang dikeluarkan di dalamnya dari kelas yang tertentu adalah dibayar
sepenuhnya bolehlah mempunyai nombor yang sama.
Terdapat beberapa syarat berhubung dengan bentuk sijil syer yang diperuntukkan oleh
Akta Syarikat 1965. Sek 100 (2) iaitu : -

    Sijil syer mestilah di bawah meterai biasa syarikat/ rasmi syarikat / cawangan
     syarikat
    Bertarikh bila sijil dikeluarkan
    Nama syarikat dan kuasa di bawah mana syarikat itu ditubuhkan
    Alamat pejabat berdaftar syarikat di Malaysia/ di mana sijil dikeluarkan oleh
     pejabat cawangan, alamat pejabat cawangan tersebut, dan
    Nilai2 nominal dan kelas syer2 dan had di mana syer2 dibayar

Walau bagaimanapun kegagalan mematuhi sub-Sek (2) di atas tidaklah boleh
mempengaruhi hak mana2 pemegang syer2. Hanya syarikat dan tiap2 pegawai syarikat
yang ingkar pematuhan syarat bentuk sijil syer hendaklah didapati bersalah terhadap
kesalahan di atas mengikut Akta Syarikat 1965.

8.1.1 Jenis-jenis syer

Syer boleh diklasifikasikan kepada jenis2 berikut : -

       •   Syer biasa
       •   Syer terutama
       •   Syer tertunda/ penaja

    Syer biasa

Menurut Sek 4 Akta Syarikat 1965, syer ekuiti ertinya sebarang syer yang bukannya syer
keutamaan. Ia merupakan yang paling lazim dikeluarkan oleh syarikat.

Pemegang syer biasa berhak mengundi dan mengawal polisi syarikat. Kadar dividen
untuk pemegang syer biasa bergantung kepada jumlah keuntungan yang diperolehi oleh
syarikat dan mengikut cadangan Lembaga Pengarah. Pembayaran dividen kepada
pemegang syer biasa hanya akan dibuat setelah dividen dibayar kepada pemegang syer
terutama. Di dalam kes penggulungan syarikat, pemegang syer biasa adalah yang terakhir
akan menerima pembahagian asset (dari tanggungan/ liability)

    Syer terutama

Sek 4 Akta Syarikat 1965 mendefinisikan syer terutama sebagai syer dengan apa2 pun
namanya dipanggil, yang tidak memberi hak kepada pemegangnya untuk mengundi di
mesyuarat agung/ kepada apa2 hak untuk menyertai melebihi amaun yang ditetapkan
dalam apa2 pembahagian samada secara dividen/ ke atas penebusan, dalam sesuatu
penggulungan/ selainnya.
Ciri-ciri syer terutama : -

     a. Pemegang syer terutama berhak menerima kadar dividen yang tetap
     b. Peratus dividen ditetapkan pada masa syer diterbitkan dan tidak bergantung
        kepada jumlah keuntungan yang diperolehi oleh syarikat
     c. Pemegang syer terutama mempunyai keutamaan di dalam membuat tuntutan
        pembayaran dividen
     d. Di dalam kes penggulungan syarikat, pemegang syer terutama mempunyai
        keutamaan tuntutan ke atas pembahagian asset syarikat (liability/ tanggungan)
     e. Pemegang syer terutama bukan pemilik syarikat dan tidak berhak untuk
        mengundi/ campurtangan dalam pengurusan dan pentadbiran syarikat

Menurut Sek 66 Akta Syarikat1965, tiada mana2 syarikat boleh menguntukkan mana2
syer terutama/ mengubah mana2 syer terbitan kepada syer2 terutama melainkan
dinyatakan dalam memorandum/ artikel2 hak2 pemegang syer tersebut berhubung
dengan pembayaran modal, penyertaan dalam asset lebihan dan keuntungan, dividen2
terkumpul/ tidak terkumpul, mengundi dan terutama pembayaran modal dan dividen
berhubung dengan lain2 syer atau lain kelas syer terutama.

Jika keingkaran dilakukan dalam mematuhi Sek ini maka syarikat dan setiap pegawai
syarikat itu yang ingkar adalah melakukan suatu kesalahan terhadap Akta Syarikat 1965.
Penalty : RM2000

Sekiranya syer terutama diterbitkan perkara2 berikut perlu diambil perhatian : -

   i.    Pembayaran semula modal
  ii.    Kuasa penyertaan dalam lebihan asset dan keuntungan
 iii.    Samada dividen kumulatif/ tidak
 iv.     Kuasa pengundian
  v.     Terutama pembayaran modal dan dividen berhubung dengan syer/ kelas bagi syer
         terutama

Jenis-jenis syer terutama ialah : -

     •   Syer terutama penyertaan
     •   Syer terutama kumulatif atau bukan kumulatif
     •   Syer terutama boleh tebus
     •   Syer terutama boleh tukar

     •   Syer terutama pernyertaan

Syer ini memberikan hak bukan sahaja untuk menerima dividen yang telah ditetapkan
jumlahnya tetapi juga dividen tambahan jika sekiranya terdapat baki lebihan keuntungan
selepas dividen dibayarkan kepada pemegang syer biasa.
•   Syer terutama kumulatif atau bukan kumulatif

Syer terutama kumulatif memberikan hak kepada pemegang syernya untuk mendapatkan
dividen pada kadar tetap sepanjang hayat syarikat tersebut. Sekiranya sesebuah syarikat
itu mengalami penurunan keuntungan pada tahun tersebut dan jumlah/ kadar sebenar
pembayaran dividen tidak dapat dibayar. Kekurangan tertunggak ini boleh dibayar pada
tahun berikutnya.

Will lwn United Lankat Plantation Co. Ltd. (1914) AC 11
Prinsip : pemegang syer terutama kumulatif dengan hak untuk mendapatkan kumulatif
dividen sebanyak 10% setahun

Syer terutama bukan kumulatif memberikan hak kepada pemegang syernya untuk
mendapat pembayaran dividen pada kadar yang tetap hanya pada tahun di mana
keuntungan diperolehi. Sekiranya terdapat penurunan keuntungan pada satu tahun,
pembayaran dividen yang telah ditetapkan itu tidak akan membawa kepada liability/
tanggungan pada tahun hadapannya.

   •   Syer terutama boleh tebus

Menurut Sek 61 Akta Syarikat 1965, sesebuah syarikat yang mempunyai syer modal
boleh jika dibenarkan sedemikian oleh artikel2nya, menerbitkan syer2 terutama yang
merupakan/ atas opsyen kena tebus dan penebusan hendaklah dibuat hanya atas terma2
dan secara yang diperuntukkan oleh artikel2

Penebusan boleh dibuat atas opsyen syarikat/ pada waktu yang telah ditetapkan pada
masa hadapan dan hendaklah dibuat atas terma2 yang diperuntukan oleh
artikel.penebusan hendaklah tidak disifatkan sebagai mengurangkan amaun syer modal
yang dibenarkan bagi syarikat itu dan syer2 hendaklah ditebus :

   a. Daripada keuntungan2 yang mana selainnya boleh diperuntukkan bagi dividen,
      atau daripada hasil2 terbitan syer yang baru yang dibuat bagi tujuan2 penebusan,
      dan

   b. Syer-syer itu berbayar penuh

Sekiranya mana2 syer tersebut selain daripada hasil terbitan baru, maka hendaklah
dipindahkan daripada keuntungan2 yang sepatutnya diperuntukkan bagi dividen kepada
suatu simpanan yang di panggil ‘ simpanan penebusan modal’ suatu jumlah yang sama
dengan amaun nominal syer2 yang ditebus. Pengurangan syer modal syarikat hendaklah
terpakai seolah2 simpanan penebusan modal adalah syer modal berbayar bagi syarikat
itu.
•   Syer terutama boleh tukar

Syer terutama boleh tukar merupakan syer yang boleh ditukarkan kepada kelas syer yang
berbeza. Kebiasaan penukaran kepada syer biasa mengikut opsyen pemegang syer.

    Syer penaja / tertunda

Syer ini dikeluarkan hanya kepada pengasas syarikat/ mereka yang memberi sumbangan
dalam pembentukan sesebuah syarikat. Pemegang syer ini berhak menerima dividen
hanya apabila syarikat memperolehi lebihan keuntungan iaitu setelah kadar dividen yang
tertentu telah dibayar kepada pemegang syer terutama dan syer biasa.

8.1.2 Lain-lain jenis syer

   •   Syer untuk kakitangan

Sek 67Akta Syarikat 1965, pemberian bantuan kewangan oleh syarikat kepada orang2,
selain daripada pengarah2, yang secara suci hati berada dalam pekerjaan syarikat atau
subsidiary syarikat itu dengan tujuan membolehkan orang2 itu membeli syer2 berbayar
penuh dalam syarikat atau syarikat induknya dipegang oleh mereka secara pemunyaan
beneficial.

8.1.3 Pembahagian syer / pengisuan syer

Pembahagian syer (allotment) dan pengisuan (issue) adalah merupakan tindakan yang
berbeza iaitu : -

Pembahagian syer merupakan satu tindakan oleh syarikat membahagikan syer2 yang
tidak diisukan kepada pihak tertentu dan syer tersebut adalah terhad kepada jumlah yang
tertentu sahaja. Apabila pembahaian syer dilaksanakan oleh sesebuah syarikat kepada
pihak tertentu tersebut, tidaklah menjadi pihak itu secara automatic ahli di daialam
syarikat tersebut.

Pengisuan syer merupakan perjanjian yang mengikat iaitu syarikat mestilah memenuhi
keseluruhan/ semua jumlah syer yang telah ditetapkan untuk tidakan pembahagian dan
pihak yang telah membuat cadangan untuk membeli syer tersebut adalah terikat apabila
penerimaan telah dibuat oleh syarikat. Apabila penerimaan telah berlaku, peringkat kedua
tindakan syarikat ialah mengisukan syer tersebut. Apabila syer dilaksanakan ia adalah
melibatkan pengawalan sepenuhnya oleh pemegang syer terhadap jumlah syer yang
dimiliki olehnya.
•     Kesan-kesan pembahagaian dan pengisuan syer

Apabila pemberitahuan berhubung dengan pembahagian dan pengisuan syer telah
berkuatkuasa, pemohon (alootee) : -

   a) Menjadi ahli syarikat jika syernya telah didaftarkan
   b) Adalah terikat dengan artikel dan memorandum syarikat
   c) Adalah mempunyai liability untuk membayar baki kepada nilai nominal syer yang
      dibahagikan kepadanya

8.1.4 Bentuk pembayaran syer

Kaedah am menyatakan bahawa syarikat mestilah menerima jumlah penuh nilai nominal
syer apabila syer diisukan. Sesebuah syarikat tidak boleh mengisukan syer kurang
daripada nilai nominal dengan syarat pemegang syer tidak mempunyai liability untuk
membayar jumlah kekurangan tersebut. Tujuannya untuk memberikan perlindungan hak
kreditor2 kepada syarikat yang hanya mempunyai tabung simpanan/ dana untuk
membayar pinjaman kepada kreditor. Walau bagaimanapun terdapat pengecualiannya
terhadap kaedah am ini apabila penerbitan syer dilakukan secara diskaun. Bentuk2
pembayaran syer : -

   i.       penerbitan syer secara diskaun
   ii.      penerbitan syer secara premium

            •   penerbitan syer secara diskaun

Sek 59 Akta Syarikat 1965, menyatakan bahawa sesebuah syarikat boleh menerbitkan
syer2 secara diskaun dari kelas2 yang telah diterbitkan jika :

   a. terbitan syer secara diskaun dibenarkan melalaui resolusi yang diluluskan dalam
      mesyuarat agung syarikat dan disahkan oleh perintah mahkamah
   b. resolusi itu menetapkan kadar maksimum diskaun di mana syer itu akan
      diterbitkan
   c. pada tarikh terbitan itu tidak kurang dari satu tahun telah berlalu semenjak tarikh
      di mana syarikat berhak memulakan perniagaan ; dan
   d. syer2 itu diterbitkan dalam masa satu bulan selepas tarikh di mana terbitan itu
      disahkan oleh perintah mahkamah/ dalam masa lanjutan sebagaimana yang
      dibenarkan oleh mahkamah

Sek 59 (3) memperuntukkan setiap prospectus berkaitan dengan terbitan syer hendaklah
mengandungi butir diskaun yang dibenarkan atau sejumlah diskaun tersebut yang tidak
dihapuskaira pada tarikh terbitan prospectus.
Sek 59 (4) pula memperuntukkan walau apa pun peruntuka2 artikel2nya, sesebuah
syarikat tidak boleh menerbitkan secara diskaun mana2 kelas syer melainkan ia terlebih
dahulu menawarkan ayer2 itu kepada setiap pemegang2 syer kelas tersebut dalam
syarikat itu mengikut kadar bilangan syer yang dipegang olehnya. Setiap tawaran tersebut
hendaklah dibuat secara notis menyatakan bilangan syer yang ahli itu berhak dan
menghadkan masa tidak kurang dari 21 hari dalam masa tawaran itu boleh diterima [Sek
59 (5)]

   •   penerbitan syer pada kadar premium

Nilai premium minimum bererti amaun (jika ada) dengan mana nilai asas syer yag
dipindahmilik melebihi nilai agregat nominal syer2 yang diuntukkan sebagai balasan
kepada pindahmilik. Lebihan ini yang dikatakan sebagai kadar premium. Menurut Sek 60
(2), sesebuah syarikat boleh menerbitkan syer pada kadar premium dengan syarat bahawa
semua premium yang diterima sama ada secara tunai atau dalam bentuk lain sebagai
balasan bernilai suatu jumlah sama dengan amaun agregat atau nilai premium2 ke atas
syer2 tersebut hendaklah dipindahmilik kepada suatu akaun yang dipanggil ‘akaun
premium syer’

Sek 60 (3) memperuntukkan tujuan kegunaan akaun premium syer yang dibenarkan oleh
undang2 iaitu : -

   a. bagi membayar syer2 yang tidak diterbitkan kepada ahli2 syarikat sebagai syer2
      bonus berbayar penuh

   b. bagi membeyar kesemua atau sebahagian baki yang belum dibayar ke atas syer2
      yang diterbitkan pada masa lalu kepada ahli2 syarikat

   c. bagi membayar dividen2 jika dividen2 tersebut dipenuhi secara terbitan syer2
      kepada ahli2 syarikat

   d. dalam hal syarikat yang mejalankan perniagaan insurans di Malaysia melalui
      penggunaan atau pindahmilik kepada mana2 tabung berkanun yang ditubuhkan
      dan disenggara menurut mana2 undang2 Malaysia berkaitan insurans

   e. bagi menghapus kira
      i. perbelanjaan2 permulaan syarikat ; atau
      ii. perbelanjaan/ komisen/ brokeraj yang dibayar/ diskaun yang dibenarkan ke
          atas apa2 duti, fee / cukai yang kena dibayar bagi / berhubung dengan mana2
          terbitan syer syarikat

   f. bagi menyediakan premium yang kena dibayar ke atas penebusan syer2
      keutamaan yang boleh ditebus
walau bagaimanapun premium tidak perlu dipindahmilik ke dalam akaun premium syer
dalam kes2 relief percantuman- Sek 60 (4), relief bagi kumpulan pembentukan semula-
Sek 60 (5) dan relief kebelakangan dalam keadaan2 tertentu – Sek 60 (6)

8.1.5 Pemindahan syer

Menurut Sek 98 Akta Syarikat 1965 menyatakan bahawa syer2/ lain2 kepentingan mana2
ahli di dalam syarikat hendaklah nerupakan harta alih, boleh dipindahkan dengan cara
yang diperuntukan oleh artikel2 persatuan dan tidak boleh merupakan sifat harta tidak
alih.

Ertinya, syer2 boleh dipindahkan secara bebas oleh pemegang2 syer yang berdaftar
kecuali terdapat peruntukkan yang spesifik telah dinyatakan di dalam artikel persatuan
syarikat. Pemindahan syer bagi syarikat persendirian mestilah menepati peruntukkan Sek
15 (1) (a) yang mengehadkan hak untuk memindahmilik syer. (sila rujuk kes Lim Ow
Goik lqn Sangsi Merah Bus Co. Ltd (1969) 2 MLJ 122)

Menurut Sek 103 (1) Akta Syarikat 1965 menyatakan mengenai keperluan suratcara
pemindahan iaitu syarikat tidak boleh mendaftar pemindahan syer2/ debenture melainkan
suratcara pemindahan yang betul di dalam bentuk yang ditetapkan telah diserah hantar
kepada syarikat walau bagaimanapun ia tidaklah boleh memudaratkan apa2 kuasa untuk
mendaftar sebagai pemegang2 syer atau pemegang debenture mana2 orang kepada siapa,
hak terhadap apa2 syer didalam/ denbentur syarikat telah dipindahkan oleh operasi
undang2.

8.1.6 Kelas-kelas syer dan variasi (pelbagaian) hak kelas syer

Syer modal bagi sesebuah syarikat boleh dibahagikan kepada beberapa kelas. Kelas2 ini
ada dinyatakan di dalam memorandum/ artikel persatuan syarikat. Setiap kelas
mempunyai hak yang berbeza dari segi dividen oengundian, keutamaan untuk mendapat
pembayaran bila syarikat digulungkan dan sebagainya. Walau bagaimanapun ini
bukanlah sesuatu yang wajib bagi semua syarikat untuk melaksanakannya. Lembaga
Pengarah kebiasaanya mempunyai kuasa untuk menentukan hak bagi kelas2 ini tetapi
mestilah kuasa diluluskan oleh resolusi yang dipersetujui. Jika sekiranya hak bagi kelas
syer ini wujud di dalam memorandum persatuan syarikat, maka hak ini tidak boleh
diubah kerana memorandum hanya boleh dipinda mengikut peruntukkan yang dibenarkan
oleh Akta Syarikat 1965.

Walau bagaimanapun sekiranya hak bagi kelas syer ini dinyatakan di dalam artikel
persatuan syarikat maka ianya boleh diubah dengan membuat pindaan terhadap artikel
persatuan syarikat
Adalah juga dibenarkan, jika hak kelas syer ini terkandung di dalam memorandum/
artikel persatuan syarikat dengan mengenakan syarat atau memasukkan fasal ubahsuaian
iaitu perubahan terhadap hak kelas syer ini hanya boleh dilaksanakan dengan mengikut
kesenua prosedur yang dinyatakan dalam fasal variasi / fasal ubahsuaian hak tersebut. Di
dalam keadaan wujudnya fasal modifikasi/ ubahsuaian ini maka sebarang pindaan
terhadap hak kelas syer itu mestilah mengikut prosedur itu. Prinsip ini dapat dinyatakan
di dalam kes berikut : -


Crumpton lwn Momne Hall Pty. Ltd. (1965) 82 WN (Supreme Ct)

Fakta : Aset milik syarikat adalah hanya sebuah bangunan yang dibahagikan kepada 6
unit tempat kediaman. Di dalam artikel persatuan syarikat, ada meperuntukan fasal yang
menyatakan bahawa syer modal syarikat dibahagikan mengikut kelas2 yang berbeza.
Hakmilikan terhadap syer bagi setiap kelas itu memberikan hak secara ekslusif kepada
pemegangnya untuk menggunakan blok/ unit tempat kediaman itu. Disamping itu,
terdapat juga fasal ubahsuaian hak yang dimasukkan di dalam artikel yang berbunyi
‘persetujuan majority pemegang kelas syer adalah diperlukan apabila hal2 berhubung
dengan hak pemegang kelas syer tersebut hendak dibuat sebarang pindaan’

Satu resolusi telah diluluskan bagi meminda artikel persatuan dengan memasukkan satu
peruntukan yang menghalang hak penyewaan unti tempat kediaman. Plaintif di dalam kes
ini telah membuat bantahan terhadap resolusi yang diluluskan itu kerana menurutnya
beliau tidak pernah bersetuju berhunbung dengan pindaan artikel yang mengehadkan hak
beliau sebagai salah seorang pemegang kelas syer yang kuasa eksklusif penggunaan unit
tempat kediaman

Keputusan mahkamah : apabile wujudnya fasal ubahsuaian hak di dalam sesebuah artikel
persatuan syarikat maka sebarang hak yang ada bagi pemegang kelas syer tersebut
tidaklah boleh dipinda kecuali mengikut prosedur yang ditetapkan. Oleh itu resolusi yang
meluluskan pindaan artikel persatuan syarikat tidak akan memberi kesan kepada hak
plaintif kerana pematuhan tidak dilaksanakan sepertimana yang tercatat di dalam fasal
ubahsuaian hak oleh syarikat

Walaupun di dalam keadaan syarikat telah mengikut semua prosedur fasal ubahsuaian
hak, tetapi jika ada pemegang syer yang memegang syer yang jumlahnya tidak kurang
dari 10% syer2 yang diterbitkan mereka boleh memohon kepada mahkamah untuk
membatalkan pelbagaian (variation)/ pembatalan (abrogation) itu dan permohonan itu
akan hanya berkuatkuasaan sehinggan ianya disahkan oleh mahkamah.

Pemegang2 syer masih mempunyai hak walaupun mungkin mereka pernah bersetuju
terhadap pelbagaian/ pembatalan itu dengan syarat persetujuan diberi kerana beberapa
fakta material telah tidak didedahkan terlebih dahulu kepada mereka. Mengikut Sek 65
(2), jika mahkamah berpuashati bahawa beberapa fakta material telah tidak dijelaskan
sebelum mereka beersetuju atau mengundi, mereka boleh memohon untuk tidak
menguatkuasakan selepas tarikh di mana persetujuan telah diberikan atau dalam masa
lanjutan yang dibenarkan oleh mahkamah. Permohonan juga boleh dibuat oleh wakil
kepada pemegang2 syer dengan syrat perlantikannya sebagai wakil telah dibuat secara
bertulis.

Sek 65 (4) pula memperuntukkan juka mahkamah berpuashati yang pembatalan itu akan
memudaratkan mana2 pemegang syer dari kelas yang diwakili oleh permohon, bolehlah
tidak membenarkan pembatalan itu dan keputusan mahkamah adalah muktamad.

8.1.7 Hakmilikan terhadap syer

Hakmilikan yang sah di sisi undang2 terhadap syer adalah wujud kepada sesiapa yang
telah dibahagikan (allocated) syer atau dipindahmilikkan syer dan namanya telah
didaftarkan sebagai ahli bagi syer tersebut.

Di Malaysia, sijil yang di bawah meterai biasa atau rasmi syarikat menetapkan bahawa
mana2 syer dipegang oleh mana2 ahli syarikat hendaklah merupakan keterangan prima
facie hak milik ahli terhadap syer2. (Sek 100 Akta Syarikat 1965)

EG Tan & Co. (Pte.) lwn Lim & Tan (Pte.) (1987) 2 MLJ 149

Prinsip : pembeli bona facie dengan nilai tanpa notis mempunyai keutamaan dan pembeli
yang tidak mendaftar diri sebagai pemegang syer

Terdapat juga keadaan di mana seseorang itu mendaftarkan pihak lain sebagai
penamanya yang mana pihak lain bertindak sebagai pemegang amanah beliau. Walau
bagaimanpun apabila syer telah didaftarkan degan nama penama untuk tujuan yang
menyalahi undang2/ tujuan untuk mengelirukan pihak awam maka kesannya pemilik
adalah tidak berhak untuk membuat tuntutan kepentingan beneficial hak milik terhadap
syer tersebut. (sila rujuk kes : Suntoso Jacob lwn Kong Miao Ming)

8.1.8 Urusniaga oleh syarikat dalam syernya sendiri

Menurut Sek 67 (1) Akta Syarikat memperuntukkan bahawa syarikat tidak boleh
memberi, samada secara langsung atau tidak langsung dan samda secara pinjaman gerenti
atau peruntukan sekuriti/ selainnya. Apa2 bantuan kewangan bagi maksud/ berhubung
dengan pembelian dan langganan yang dibuat/ akan dibuta oleh mana2 orang atau bagi
mana2 syer dalam syarikat / jika syarikat itu subsidiary, dalam syarikat induknya / dalam
mana2 cara membeli, berurusan / memberi pinjaman wang ke atas syer2nya sendiri.

Trevor lwn Whitworth (1887) 12 APP Cas 409

Prinsip : syarikat tidak dibenarkan membeli syernya sendiri walaupun artikelnya mungkin
membenarkan perbuatan sedemikian
Walau bagaimanapun terdapat pengecualiannya di bawah Sek 67 (2) iaitu : -

           a. sekiranya pemberian pinjaman wang itu adalah sebahagian daripada
              perniagaan syarikat, pemberian pinjaman wang oleh syarikat dalam urusan
              perjalanan perniagaan.
           b. Wujudnya peruntukkan oleh sesebuah syarikat, menurut apa2 skim yang
              pada itu berkuatkuasa, wang bagi pembelian atau langganan bagi syer2
              berbayar penuh dalam syarikat atau syarikat induknya, iaitu pembelian
              atau langganan oleh pemegang2 amanah / bagi syer2 yang akan dipegang
              bagi faedah pekerja2 syarikat, atau subsidiary syarikat itu termasuk mana2
              pengarah yang menjadi pekerja/ berjwatan bergaji dalam syarikat /
              subsidiary syarikat itu ; atau
           c. Pemberian bantuan kewangan oleh syarikat kepada orang2, selain
              daripada pengarah2, yang secara suci hati berada dalam pekerjaan syarikat
              / subsudiari syarikat itu dengan tujuan membolehkan orang2 itu membeli
              syer2 berbayar penuh dalam syarikat atau syarikat induknya dipegang oleh
              mereka secara pemunyaan beneficial

Jika sekiranya berlaku perlanggaran terhadap Sek ini, syarikat tidak bersalah tetapi setiap
pegawai yang ingkar adalah melakukan suatu kesalahn terhadap Akta ini. Penalty :
penjara 5 tahun/ Rm 100000

Walau bagaimanapun disebabkan ketidakstabilan pasaran saham, Sek 67 A telah
dimasukkan dalam Akta Syarikat, yang mana memberi kebenaran kepada semua syarikat
untuk mmeberi bantuan kewangan bagi maksud pembelian ke atas sahamnya sendiri. Sek
ini berkuatkuasa pada bulan September 1967

8.2 Dividen

8.2.0 Definisi dividen

Definisi dividen secara teknikal adalah merujuk kepada syer dan ianya adalah sejumlah
amaun yang diterima olh pemegang2 syer sesebuah syarikat apabila sesebuah syarikat itu
memperolehi keuntungan yang secara sahnya wujud untuk pembahagian dividen

Menurut Sek 365 (1) Akta Syarikat memperuntukkan bahawa tiada dividen boleh dibayar
kepada pemegang2 syer mana2 syaarikat kecuali dari keuntungan/ menurut Sek 60 Akta
Syarikat

Dividen hendaklah dibezakan dengan faedah (interest) iaitu faedah adalah merupakan
hutang yang mana ianya seperti hutang2 yang lain iaitu dibayar dengan menggunakan
asset syarikat. Dividen pula bukanlah merupakan hutang syarikat sehinggalah ia
diisytiharkan oleh pihak syraikat. Di samping itu, dividen tidaklah boleh dibayar dengan
menggunakan asset syarikat secara amnya, hanya di dalam keadaan tertentu sahaja
prinsip pembayaran dividen dibenarkan
8.2.1 Bentuk pembayaran dividen

Fasal berhubung dengan pembayaran dividen adalah tertakluk kepada artikel persatuan
sesebuah syarikat. Pembahagian keuntungan sesebuah syarikat adalah merupakan urusan
dalaman sesebuah syarikat. Kebiasaannya mahkamah tidak akan cmpr tgn did lm isu ini
kecualilah timbul soal2 ketdkadilan/ slh byr / perbuatan/ tindakan yang tidak mematuhi
mana2 peruntukan undang2

Burland lwn Earle

Prinsip : Ahli syarikat dan mahkamah tidak boleh campurtangan dalam pengisytiharkan
dividen kecuali berlakunya penindasan dan ketidakadilan

Sesebuah syarikat di dalam mesyuarat agungnya boleh mengisytiharkan dividen, tetapi
dividen hendaklah tidak melebihi junlah yang disyorkan oleh pengarah. Pengarah2 boleh
sebelum mengesyorkan mana2 dividen, mengenepikan keuntungan2 syarikat, apa2
jumlah yang difikirkan perlu sebagai :

   i.     Simpanan ;atau
  ii.     Untuk kegunaan apa2 tujuan di mana keuntungan2 syarikat ; atau
 iii.     Dilaburkan dalam pelaburan2 tertentu (selaindaripada syer2 dalam syarikat) yang
          difikirkan perlu dari masa ke semasa oleh pengarah2 ; atau
 iv.      Membawa ke hadapan mana2 keuntungan yang mereka fikirkan lebih jimat kalau
          tidak dibahagikan

             •   Bentuk-bentuk pembayaran dividen ialah : -

     a.   wang tunai
     b.   pembahagian dalam bentuk aset2 khusus/ tertentu
     c.   debenture
     d.   stok debenture / lain2 cara mengikut kelulusan resolusi / ketetapan di dalam
          artikel persatuan syarikat tersebut

bagi mana2 dividen yang dibayar secara tunai berhubung dengan syer2 boleh dibayar
dengan cek atau waran yang dihantar secara pos ditujukan kepada alamat berdaftar
pemegang.
8.2.2 Jenis-jenis dividen

Dividen boleh dibahagikan kepada beberapa jenis iaitu : -

   a.   dividen interim
   b.   dividen terakhir
   c.   dividen terkumpul (cumulative)
   d.   dividen tidak terkumpul (non cumulative)

           •   Dividen interim

adalah merupakan dividen yang diisytiharkan dan dibayar sebelum berakhir/ tamat
tempoh tahun keuntungan tersebut/ sebelum mesyuarat tahunan diadakan. Dividen jenis
ini kebiasaannya diisytiharkan oleh pengarah2 apabila yakni bahawa kewangan syarikat
adalah menyakinkan harga syer dalam pasaran syer. Pengarah2 boleh dari masa ke
semasa membayar kepada ahli2 dividen interim ini sebagaimana didapati oleh pengarah2
sebagai berpatutan dari keuntungan syarikat. Dividen ini dibayar dari untung yang telah
terakru dari baki untung tertahan yang dibawa ke hadapan dari tempoh perakauanan
dahulunya.

           •   Dividen terakhir

Pengisytiharkan terhadap dividen ini adalah selepas keuntungan diperolehi bagi satu
tempoh tahun keuntungan tamat

           •   Dividen terkumpul

Jumlah bagi pembayaran dividen bagi satu tahun keuntungan yang di bawa ke tahun
hadapan dan tahun seterusnya. Jumlah dividen yang tertunggak ini dikenali sebagai
dividen terkumpul

           •   Dividen tidak terkumpul

Jumlah dividen bagi satu tahun keuntungan sahaja (satu tempoh perakaunan)
8.3 Prinsip undang-undang pembayaran dividen

Kaedah pembayaran dividen yang dibenarkan oleh undang-undang adalah sperti berikut :

   1. Keperntingan syarikat mestilah wujud diperolehi sesebuah syarikat ketika syarikat
      membuat pengisytiharkan pembayaran dividen

Kaedah2 undang2 menyatakan bahawa keuntungan yang diperolehi oleh syarikat untuk
tujuan pembayaran dividen mestilah wujud ketika pengisytiharan dibuat oleh syarikat.
Setelah pengisytiharan dibuat dividen tersebut merupakan hutng syarikat yang mesti
dijelaskan kepada ahli2/ pemegang syer syarikat

jika sekiranya, pada masa pembayaran dividen hendaklah dibuat syarikat mengalami
kerugian, syarikat masih bertanggungan mengikut undang2 membayar jumlah dividen
yang telah diisytiharkan

Kes : Marra Development Ltd lwn BW Rofe Pty Ltd (1977) Supreme Ct.

Fakta : Marra Development telah mengisytiharkan dividen dan ketika pengisytiharan itu
Marra Development mempunyai keuntungan. Apabila tiba masa pembayaran dividen,
pengarah syarikat tidak mahu mmebuat pembayaran kerana pada masa itu tiada lagi
keuntungan yang wujud. Ini disebabkan di dalam jangkamasa tarikh pengisytiharan dan
tarikh pembayaran dividen, Marra telah membuat penilaian semula aset2nya yang mana
menyebabkan keuntungan yang diperolehi telah berhapus kira.

Keputusan Mahkamah : mahkmah mendapati memanglah benar bahawa pada masa
tuntutan dividen dibuat itu, Marra tidak mempunyai keuntungan tetapi semasa
pengisytiharan dibuat Marra mempunyai keuntungan tersebut. Oleh itu, Marra hendaklah
membayar dividen tersebut kerana ia merupakan hutang terhadap syarikat selepas
pengisytiharannya.

   2. Keuntungan bagi pembayaran dividen mestilah daripada keuntungan yang
      diperolehi oleh syarikat yang membuat pengisytiharan

Keuntungan yang akan digunakan untuk membuat pembayaran dividen mestilah daripada
keuntungan yang diperolehi oleh syarikat yang membuat pengisytiharan dividen.
Walaupun wujud keadaan di mana perhubungan antara syarikat induk dan anak syarikat,
tetapi dari segi undang2 syarikat2 ini mempunyai entity yang berasingan bagi tujuan
pembayaran dividen.
Kes : Industrial Equity Ltd lwn BlackBurn (1977) 3 ACLR 89

Fakta : industrial Equity bercadang untuk mengisytiharkan dividen dalam bentuk
sebahagian tunai dan sebahagian lagi bentuk syer dalam Syarikat Minerva Centre Ltd
(anak syarikat) di mana Industrial Equity adalah merupakan syarikat induknya. Jumlah
yang untuk pembayaran dividen ialah A$900,000 tetapi akaun untung rugi bagi Idustrial
Equity menunjukkan untung bersih hanya A$200,000 dengan keuntungan yang
dibahagikan kepada tahun2 yang lalu sebanyak A$100,000 Industrial Equity. Idustrial
Equity cuba menggunakan keuntungan kumpulan syarikat sebagai memenuhi jumlah
untuk pembayaran dividen.

Isu : samada keuntungan syarikat subsidiary yang dikuasai oleh syarikat induk boleh
dianggap sebagai keuntungan syarikat induk?

Keputusan Mahkamah : keuntungan yang akan digunakan mestilah diperolehi oleh
syarikat yang mengisytiharkan dividend an oleh itu, dividen dalam bentuk syer Minerva
tidak boleh dibayar kerana Industrial Equity tidak memperolehi keuntungan yang boleh
dibayar.

   3. Dividen boleh dibayar walaupun jumlah asset syarikat kurang daripada modal
      asset selagi syarikat membuat keuntungan hasil iaitu pendapatan melebihi
      perbelanjaan

Dividen juga boleh dibayar walaupun jumlah nilai asset syarikat adalah berkurangan
daripada jumlah asal modal yang disumbangakn oleh pemegang syer. Ini boleh dilakukan
selagi syarikat dapat menunjukkan untungn dalam Akaun Untung Rugi nya iaitu
pendapatan melebihi perbelanjaan.

Kes : Lee lwn Neuchatel Asphalte Co. (1889) 41 Ch. D1

Fakta : syarikat mendapat satu konsensi melombong asphalt. Konsensi itu hanya untuk
jangkamasa yang terhad, oleh itu nilainya telah menurun setelah beberapa tahun. Syarikat
mengisytiharkan dividen berdasarkan keuntungan yang diperolehi tanpa mengambilkira
penurunan nilai lombong asfaltnya.

Keputusan mahkamah : mahkamah membenarkan pembayaran dividen walaupun berlaku
pengurangan pada harta syarikat.

Kes : Verner lwn General & Commercials Investment Trust (1894) 2 CH 239, Ct Of
Appeal

Prinsip : keuntungan yang didapati daripada modal pusingan (circulating capital) boleh
diagihkan sebagai dividen walaupun terdapat pengurangan nilai asset tetap syarikat
4. Keuntungan hasil (revenue) juga boleh dibahagikan sebagai dividen tanpa
      kemestian untuk menggantikan kehilangan modal atau kehilangan asset modal

Sesebuah syarikat tidak dimestikan untuk memperuntukkan hasil perolehan bagi
menggantikan semula kerugian yang terkumpul atau berlaku susutnilai asset. Ertinya,
selagi terdapat untung dalam sesuatu tahun, dividen boleh diisytiharkan walaupun
terdapat kerugian dalam tahun sebelumnya atau berlaku pengurangan nilai asset syarikat

Rujuk kes : - Lee lwn Neuchatel asphalte Co. (1889) 41 CHD 1
            - Verner lwn General & Commercials Investment Trust (1994)

   5. Dividen tidak semestinya dibayar daripada keuntungan pada tahun di mana
      keuntungan itu diperolehi kecuali artikel mempunyai peruntukkan tersebut

Dividen boleh dibawa ke tahun2 hadapan/ dipindahkan ke dalam simpanan syarikat. (sila
rujuk kes : Re Hume Industries (FE) Ltd (1974) 1 MLJ 167)

   6. Dividen boleh dibayar daripada keuntungan modal walaupun tidak terdapat
      keuntungan hasil (revenue)

Dividen juga boleh dibayar daripada keuntungan modal walaupun tidak terdapat
keuntungan hasil dengan syarat terdapat penambahan dalam nilai2 aset modalnya.
Dividen boleh diisytiharkan berdasarkan kepada untung modal yang direalis. Akan tetapi,
tidak wujudnya untung modal untuk tujuan ini kecuali modal syarikat terdapat
pertambahan (accretion)

Kes : Lubbock lwn British Bank Of South America (1892) 2 CH 198

Fakta : sesebuah syarikat bank dengan modal berbayar sebanyak $ 500,000 menjual
sebahagian daripada modalnya dengan harga $875,000 memberikan pertambahan modal
sebanyak $375,000

Pengarah syarikat bercadang menyimpan sebanyak $70,000 untuk perbelanjaan syarikat
dan mengisytiharkan lebihan iaitu $205,000 atas modal berbayar sebagai keuntungan
untuk tujuan dividen

Keputusan mahkamah : dividen boleh dibayar oleh kerana $205,000 mewakili untung
modal bukan modal itu sendiri
7. Lebihan daripada penilaian semula asset syarikat boleh dibahagikan sebagai
      dividen

Di dalam keadaan yang tertentu, untung yang belum direaliskan (untung yang
dijangkakan tetapi belum ada) boleh dipergunakan bagi tujuan pembayaran dividen. Oleh
itu, lebihan daripada penilaian semula asset syarikat boleh diagih2kan sebagai dividen.
Walau bagaimanapun, penilaian semuala asset mestilah dibuat oleh pihak yang pakar
untuk membuat penilaian dan nilai itu tidak akan terjejas dengan perubahan semasa

Kes : Dimbula Valley (Ceylon) Tea Co. Ltd lwn Laurie (1961) CHD

Fakta : syarikat mempunyai artikel yang dipanggil ‘capitalization article’ iaitu
membenarkan syarikat dalam sebarang masa meluluskan resolusi mempermodalkan
untung yang tidak diagihkan

Isu : adakah syarikat secara sah dalam mempermodalkan satu tabungan akibat daripada
penilaian semua asset modal syarikat?

Keputusan mahkamah : kecuali bercanggah dengan hak pemegang syer terutama, artikel
persatuan syarikat memberi kuasa kepada permodalan tabung yang berpunca daripada
penilaian semula asset modal. Mahkamah juga memutuskan bahawa syarikat boleh secara
sah mengagihkan untung/ tambahan modal sebegini dengan cara membayar dividen
kepada pemegang syer terutama syer biasa.

   8. Artikel persatuan sesebuah syarikat boleh mengehadkan jenis keuntungan untuk
      dibahagikan sebagai pembayaran dividen

Mengikut kaedah undang2, sungguhpun keuntungan adalah didapati keputusan untuk
mengisytiharkan dividen adalah bergantung kepada urusan perniagaan dan bukan isu
perundangan. Oleh itu, artikel persatuan syarikat boleh menghadkan jenis keuntungan
yang boleh/ tidak boleh dibuat pembayaran dividen

More Related Content

What's hot

Chapter 3 agriculture allowance studnt
Chapter 3 agriculture allowance studntChapter 3 agriculture allowance studnt
Chapter 3 agriculture allowance studntCharmaine Deirdre Dave
 
Introduction to Law of Partnership
Introduction to Law of PartnershipIntroduction to Law of Partnership
Introduction to Law of PartnershipFarihana Abdul Razak
 
Chap 9 -_mfrs_110_after_reporting_period
Chap 9 -_mfrs_110_after_reporting_periodChap 9 -_mfrs_110_after_reporting_period
Chap 9 -_mfrs_110_after_reporting_periodkim rae KI
 
Contract Law II Group Assignment Presentation
Contract Law II Group Assignment PresentationContract Law II Group Assignment Presentation
Contract Law II Group Assignment PresentationTineshvaar
 
Company law member and membership rights Part B
Company law member and membership rights Part BCompany law member and membership rights Part B
Company law member and membership rights Part BNelfi Amiera Mizan
 
Law of Trust, Constitution of trust (short notes)
Law of Trust, Constitution of trust (short notes)Law of Trust, Constitution of trust (short notes)
Law of Trust, Constitution of trust (short notes)Ikram Abdul Sattar
 
Agriculture allowance and approved agriculture project
Agriculture allowance and approved agriculture projectAgriculture allowance and approved agriculture project
Agriculture allowance and approved agriculture projectAnny MuiiMuii
 
Kewajipan fidusiari dan statutori pengarah
Kewajipan fidusiari dan statutori pengarahKewajipan fidusiari dan statutori pengarah
Kewajipan fidusiari dan statutori pengarahNadia Bohari
 
Modal dan Perakaunan Syarikat dalam Islam
Modal dan Perakaunan Syarikat dalam IslamModal dan Perakaunan Syarikat dalam Islam
Modal dan Perakaunan Syarikat dalam IslamMahyuddin Khalid
 
SYAHADAH DALAM STATUT KETERANGAN MAHKAMAH SYARIAH DI MALAYSIA - ASAS DAN SUMB...
SYAHADAH DALAM STATUT KETERANGAN MAHKAMAH SYARIAH DI MALAYSIA - ASAS DAN SUMB...SYAHADAH DALAM STATUT KETERANGAN MAHKAMAH SYARIAH DI MALAYSIA - ASAS DAN SUMB...
SYAHADAH DALAM STATUT KETERANGAN MAHKAMAH SYARIAH DI MALAYSIA - ASAS DAN SUMB...surrenderyourthrone
 
Capital Shares - Companies Act 2016
Capital Shares - Companies Act 2016Capital Shares - Companies Act 2016
Capital Shares - Companies Act 2016Syafawani Mahadi
 
Chapter 7; capital allowances students
Chapter 7; capital allowances studentsChapter 7; capital allowances students
Chapter 7; capital allowances studentsCharmaine Deirdre Dave
 
The law on maintenance for children (equal responsibilities)
The law on maintenance for children (equal responsibilities)The law on maintenance for children (equal responsibilities)
The law on maintenance for children (equal responsibilities)NurulHayyu1
 
LAND LAW 1 Dealings part 3 easements
LAND LAW 1 Dealings part 3 easementsLAND LAW 1 Dealings part 3 easements
LAND LAW 1 Dealings part 3 easementsxareejx
 

What's hot (20)

Chapter 3 agriculture allowance studnt
Chapter 3 agriculture allowance studntChapter 3 agriculture allowance studnt
Chapter 3 agriculture allowance studnt
 
Introduction to Law of Partnership
Introduction to Law of PartnershipIntroduction to Law of Partnership
Introduction to Law of Partnership
 
Chap 9 -_mfrs_110_after_reporting_period
Chap 9 -_mfrs_110_after_reporting_periodChap 9 -_mfrs_110_after_reporting_period
Chap 9 -_mfrs_110_after_reporting_period
 
Contract Law II Group Assignment Presentation
Contract Law II Group Assignment PresentationContract Law II Group Assignment Presentation
Contract Law II Group Assignment Presentation
 
Company law member and membership rights Part B
Company law member and membership rights Part BCompany law member and membership rights Part B
Company law member and membership rights Part B
 
Law of Trust, Constitution of trust (short notes)
Law of Trust, Constitution of trust (short notes)Law of Trust, Constitution of trust (short notes)
Law of Trust, Constitution of trust (short notes)
 
Chapter 4 RPGT
Chapter 4   RPGTChapter 4   RPGT
Chapter 4 RPGT
 
Company law meetings
Company law meetingsCompany law meetings
Company law meetings
 
Chapter 4 (b)employment income
Chapter 4 (b)employment incomeChapter 4 (b)employment income
Chapter 4 (b)employment income
 
Agriculture allowance and approved agriculture project
Agriculture allowance and approved agriculture projectAgriculture allowance and approved agriculture project
Agriculture allowance and approved agriculture project
 
Kewajipan fidusiari dan statutori pengarah
Kewajipan fidusiari dan statutori pengarahKewajipan fidusiari dan statutori pengarah
Kewajipan fidusiari dan statutori pengarah
 
Modal dan Perakaunan Syarikat dalam Islam
Modal dan Perakaunan Syarikat dalam IslamModal dan Perakaunan Syarikat dalam Islam
Modal dan Perakaunan Syarikat dalam Islam
 
Akta syarikat
Akta  syarikatAkta  syarikat
Akta syarikat
 
Topik 7 tadbir urus korporat
Topik 7 tadbir urus korporatTopik 7 tadbir urus korporat
Topik 7 tadbir urus korporat
 
SYAHADAH DALAM STATUT KETERANGAN MAHKAMAH SYARIAH DI MALAYSIA - ASAS DAN SUMB...
SYAHADAH DALAM STATUT KETERANGAN MAHKAMAH SYARIAH DI MALAYSIA - ASAS DAN SUMB...SYAHADAH DALAM STATUT KETERANGAN MAHKAMAH SYARIAH DI MALAYSIA - ASAS DAN SUMB...
SYAHADAH DALAM STATUT KETERANGAN MAHKAMAH SYARIAH DI MALAYSIA - ASAS DAN SUMB...
 
Capital Shares - Companies Act 2016
Capital Shares - Companies Act 2016Capital Shares - Companies Act 2016
Capital Shares - Companies Act 2016
 
Syuf'ah
Syuf'ahSyuf'ah
Syuf'ah
 
Chapter 7; capital allowances students
Chapter 7; capital allowances studentsChapter 7; capital allowances students
Chapter 7; capital allowances students
 
The law on maintenance for children (equal responsibilities)
The law on maintenance for children (equal responsibilities)The law on maintenance for children (equal responsibilities)
The law on maintenance for children (equal responsibilities)
 
LAND LAW 1 Dealings part 3 easements
LAND LAW 1 Dealings part 3 easementsLAND LAW 1 Dealings part 3 easements
LAND LAW 1 Dealings part 3 easements
 

Similar to P3120 undang undang syarikat-bab 8

Entiti perniagaan di malaysia sme corp training
Entiti perniagaan di malaysia sme corp trainingEntiti perniagaan di malaysia sme corp training
Entiti perniagaan di malaysia sme corp trainingNixx F
 
Nota Entiti Perniagaan
Nota Entiti PerniagaanNota Entiti Perniagaan
Nota Entiti PerniagaanCkg Nizam
 
Nota pemilikan perniagaan
Nota pemilikan perniagaanNota pemilikan perniagaan
Nota pemilikan perniagaanSRMORAD
 
15680562 bab-2-pemilikan-perniagaan
15680562 bab-2-pemilikan-perniagaan15680562 bab-2-pemilikan-perniagaan
15680562 bab-2-pemilikan-perniagaanAriffin Jolis
 
Konsep modal dan syer kuliah 1
Konsep modal dan syer kuliah 1Konsep modal dan syer kuliah 1
Konsep modal dan syer kuliah 1Ummi Rahimi
 
Perdagangan tingkatan 4
Perdagangan tingkatan 4Perdagangan tingkatan 4
Perdagangan tingkatan 4Mawar Beracun
 
Entiti pngajian perniagaan
Entiti pngajian perniagaanEntiti pngajian perniagaan
Entiti pngajian perniagaanfazrul
 
Pelaburan Perdagangan F4
Pelaburan Perdagangan F4Pelaburan Perdagangan F4
Pelaburan Perdagangan F4Miss Jia
 
P3120 undang undang syarikat-bab 11
P3120 undang undang syarikat-bab 11P3120 undang undang syarikat-bab 11
P3120 undang undang syarikat-bab 11noeenadheeyah
 
BAB dua keusahawanan kolej vokasional ..
BAB dua keusahawanan kolej vokasional ..BAB dua keusahawanan kolej vokasional ..
BAB dua keusahawanan kolej vokasional ..MELATIMDHUSSAIN
 
P3120 undang undang syarikat-bab 6
P3120 undang undang syarikat-bab 6P3120 undang undang syarikat-bab 6
P3120 undang undang syarikat-bab 6noeenadheeyah
 
Slide puan noraminah abs edu solutions sdn bhd
Slide puan noraminah   abs edu solutions sdn bhdSlide puan noraminah   abs edu solutions sdn bhd
Slide puan noraminah abs edu solutions sdn bhdABS BUSINESS SERVICES
 
Pengenalan syarikat kuliah 4
Pengenalan syarikat kuliah 4Pengenalan syarikat kuliah 4
Pengenalan syarikat kuliah 4Rai Lyeens
 
Undang-undang Syarikat - Perlembagaan Syarikat/Company's Consitution
Undang-undang Syarikat - Perlembagaan Syarikat/Company's ConsitutionUndang-undang Syarikat - Perlembagaan Syarikat/Company's Consitution
Undang-undang Syarikat - Perlembagaan Syarikat/Company's Consitutionsurrenderyourthrone
 

Similar to P3120 undang undang syarikat-bab 8 (20)

pengarah
pengarahpengarah
pengarah
 
Entiti perniagaan di malaysia sme corp training
Entiti perniagaan di malaysia sme corp trainingEntiti perniagaan di malaysia sme corp training
Entiti perniagaan di malaysia sme corp training
 
Akta syarikat
Akta  syarikatAkta  syarikat
Akta syarikat
 
Nota Entiti Perniagaan
Nota Entiti PerniagaanNota Entiti Perniagaan
Nota Entiti Perniagaan
 
Nota pemilikan perniagaan
Nota pemilikan perniagaanNota pemilikan perniagaan
Nota pemilikan perniagaan
 
Company law
Company law Company law
Company law
 
15680562 bab-2-pemilikan-perniagaan
15680562 bab-2-pemilikan-perniagaan15680562 bab-2-pemilikan-perniagaan
15680562 bab-2-pemilikan-perniagaan
 
Konsep modal dan syer kuliah 1
Konsep modal dan syer kuliah 1Konsep modal dan syer kuliah 1
Konsep modal dan syer kuliah 1
 
Perkongsian
PerkongsianPerkongsian
Perkongsian
 
Perdagangan tingkatan 4
Perdagangan tingkatan 4Perdagangan tingkatan 4
Perdagangan tingkatan 4
 
Entiti pngajian perniagaan
Entiti pngajian perniagaanEntiti pngajian perniagaan
Entiti pngajian perniagaan
 
Pelaburan Perdagangan F4
Pelaburan Perdagangan F4Pelaburan Perdagangan F4
Pelaburan Perdagangan F4
 
P3120 undang undang syarikat-bab 11
P3120 undang undang syarikat-bab 11P3120 undang undang syarikat-bab 11
P3120 undang undang syarikat-bab 11
 
BAB dua keusahawanan kolej vokasional ..
BAB dua keusahawanan kolej vokasional ..BAB dua keusahawanan kolej vokasional ..
BAB dua keusahawanan kolej vokasional ..
 
P3120 undang undang syarikat-bab 6
P3120 undang undang syarikat-bab 6P3120 undang undang syarikat-bab 6
P3120 undang undang syarikat-bab 6
 
Slide puan noraminah abs edu solutions sdn bhd
Slide puan noraminah   abs edu solutions sdn bhdSlide puan noraminah   abs edu solutions sdn bhd
Slide puan noraminah abs edu solutions sdn bhd
 
Pengenalan syarikat kuliah 4
Pengenalan syarikat kuliah 4Pengenalan syarikat kuliah 4
Pengenalan syarikat kuliah 4
 
Syarikat
SyarikatSyarikat
Syarikat
 
Undang-undang Syarikat - Perlembagaan Syarikat/Company's Consitution
Undang-undang Syarikat - Perlembagaan Syarikat/Company's ConsitutionUndang-undang Syarikat - Perlembagaan Syarikat/Company's Consitution
Undang-undang Syarikat - Perlembagaan Syarikat/Company's Consitution
 
Bahagian a ( tinjauan)
Bahagian a ( tinjauan)Bahagian a ( tinjauan)
Bahagian a ( tinjauan)
 

More from noeenadheeyah

P3120 undang undang syarikat-bab 5
P3120 undang undang syarikat-bab 5P3120 undang undang syarikat-bab 5
P3120 undang undang syarikat-bab 5noeenadheeyah
 
7 pembuatan keputusan
7 pembuatan keputusan7 pembuatan keputusan
7 pembuatan keputusannoeenadheeyah
 
3 pengorganisasian(penugasan)
3 pengorganisasian(penugasan)3 pengorganisasian(penugasan)
3 pengorganisasian(penugasan)noeenadheeyah
 
1 unsur unsur pengurusan
1 unsur unsur pengurusan1 unsur unsur pengurusan
1 unsur unsur pengurusannoeenadheeyah
 

More from noeenadheeyah (8)

P3120 undang undang syarikat-bab 5
P3120 undang undang syarikat-bab 5P3120 undang undang syarikat-bab 5
P3120 undang undang syarikat-bab 5
 
7 pembuatan keputusan
7 pembuatan keputusan7 pembuatan keputusan
7 pembuatan keputusan
 
6 penstafan
6 penstafan6 penstafan
6 penstafan
 
5 pengawalan
5 pengawalan5 pengawalan
5 pengawalan
 
4 pengarahan
4 pengarahan4 pengarahan
4 pengarahan
 
3 pengorganisasian
3 pengorganisasian3 pengorganisasian
3 pengorganisasian
 
3 pengorganisasian(penugasan)
3 pengorganisasian(penugasan)3 pengorganisasian(penugasan)
3 pengorganisasian(penugasan)
 
1 unsur unsur pengurusan
1 unsur unsur pengurusan1 unsur unsur pengurusan
1 unsur unsur pengurusan
 

P3120 undang undang syarikat-bab 8

  • 1. Bab 8 : Syer & Dividen 8.1 Syer 8.1.0 Definisi dan ciri-ciri syer Dalam kes Borland’s Trustee lwn Steel Brothers & Co. Ltd, Farwell J,mentakrifkan syer sebagai kepentingan bagi pemegang syer di dalam sesebuah syarikat, yang mana ianya dapat diukur dengan sejumlah wang bagi tujuan : - • Liability / tanggungan • Kepentingan • Merupakan siri perjanjian bersama di antara pemegang2 syer inter se Sesebuah syarikat yang dihadkan oleh syer mempunyai modal norminal yang dibahagikan kepada syer di dalam jumlah yang tetap, syer adalah merupakan kepentingan terhadap sejumlah modal syer yang spesifik di dalam sesebuah syarikat. Ertinya, ia adalah sebahagian (nisbah) daripada modal. Ia menunjukkan kepentingan pemegang syer dan liability/ kepentingan semasa syarikat sedang beroperasi dan apabila penggulungan berlaku. Menurut Sek 4 Akta Syarikat mendefinisikan syer sebagai syer dalam syer modal sesebuah perbadanan, termasuk stok kecuali di mana perbezaan di antara stok dan syer dinyatakan/ disiratkan. Ciri2 sesebuah syer pula dinyatakan di dalam Sek 98 Akta Syarikat, syer2/ lain2 kepentingan mana2 ahli di dalam syarikat hendaklah merupakan harta alih, boleh dipindahkan dengan cara yang diperuntukkan oleh artikel2 persatuan dan tidak boleh merupakan sifat harta tidak alih. Menurut Sek 99 Akta Syarikat 1965 menyatakan bahawa tiap2 syer di dalam syarikat hendaklah dikenali dengan nombor yang sesuai. Walau bagaimanapun terdapat pengecualiannya terhadap kesemua syer yang dikeluarkan di dalam syarikat atau kesemua syer2 yang dikeluarkan di dalamnya dari kelas yang tertentu adalah dibayar sepenuhnya bolehlah mempunyai nombor yang sama.
  • 2. Terdapat beberapa syarat berhubung dengan bentuk sijil syer yang diperuntukkan oleh Akta Syarikat 1965. Sek 100 (2) iaitu : -  Sijil syer mestilah di bawah meterai biasa syarikat/ rasmi syarikat / cawangan syarikat  Bertarikh bila sijil dikeluarkan  Nama syarikat dan kuasa di bawah mana syarikat itu ditubuhkan  Alamat pejabat berdaftar syarikat di Malaysia/ di mana sijil dikeluarkan oleh pejabat cawangan, alamat pejabat cawangan tersebut, dan  Nilai2 nominal dan kelas syer2 dan had di mana syer2 dibayar Walau bagaimanapun kegagalan mematuhi sub-Sek (2) di atas tidaklah boleh mempengaruhi hak mana2 pemegang syer2. Hanya syarikat dan tiap2 pegawai syarikat yang ingkar pematuhan syarat bentuk sijil syer hendaklah didapati bersalah terhadap kesalahan di atas mengikut Akta Syarikat 1965. 8.1.1 Jenis-jenis syer Syer boleh diklasifikasikan kepada jenis2 berikut : - • Syer biasa • Syer terutama • Syer tertunda/ penaja  Syer biasa Menurut Sek 4 Akta Syarikat 1965, syer ekuiti ertinya sebarang syer yang bukannya syer keutamaan. Ia merupakan yang paling lazim dikeluarkan oleh syarikat. Pemegang syer biasa berhak mengundi dan mengawal polisi syarikat. Kadar dividen untuk pemegang syer biasa bergantung kepada jumlah keuntungan yang diperolehi oleh syarikat dan mengikut cadangan Lembaga Pengarah. Pembayaran dividen kepada pemegang syer biasa hanya akan dibuat setelah dividen dibayar kepada pemegang syer terutama. Di dalam kes penggulungan syarikat, pemegang syer biasa adalah yang terakhir akan menerima pembahagian asset (dari tanggungan/ liability)  Syer terutama Sek 4 Akta Syarikat 1965 mendefinisikan syer terutama sebagai syer dengan apa2 pun namanya dipanggil, yang tidak memberi hak kepada pemegangnya untuk mengundi di mesyuarat agung/ kepada apa2 hak untuk menyertai melebihi amaun yang ditetapkan dalam apa2 pembahagian samada secara dividen/ ke atas penebusan, dalam sesuatu penggulungan/ selainnya.
  • 3. Ciri-ciri syer terutama : - a. Pemegang syer terutama berhak menerima kadar dividen yang tetap b. Peratus dividen ditetapkan pada masa syer diterbitkan dan tidak bergantung kepada jumlah keuntungan yang diperolehi oleh syarikat c. Pemegang syer terutama mempunyai keutamaan di dalam membuat tuntutan pembayaran dividen d. Di dalam kes penggulungan syarikat, pemegang syer terutama mempunyai keutamaan tuntutan ke atas pembahagian asset syarikat (liability/ tanggungan) e. Pemegang syer terutama bukan pemilik syarikat dan tidak berhak untuk mengundi/ campurtangan dalam pengurusan dan pentadbiran syarikat Menurut Sek 66 Akta Syarikat1965, tiada mana2 syarikat boleh menguntukkan mana2 syer terutama/ mengubah mana2 syer terbitan kepada syer2 terutama melainkan dinyatakan dalam memorandum/ artikel2 hak2 pemegang syer tersebut berhubung dengan pembayaran modal, penyertaan dalam asset lebihan dan keuntungan, dividen2 terkumpul/ tidak terkumpul, mengundi dan terutama pembayaran modal dan dividen berhubung dengan lain2 syer atau lain kelas syer terutama. Jika keingkaran dilakukan dalam mematuhi Sek ini maka syarikat dan setiap pegawai syarikat itu yang ingkar adalah melakukan suatu kesalahan terhadap Akta Syarikat 1965. Penalty : RM2000 Sekiranya syer terutama diterbitkan perkara2 berikut perlu diambil perhatian : - i. Pembayaran semula modal ii. Kuasa penyertaan dalam lebihan asset dan keuntungan iii. Samada dividen kumulatif/ tidak iv. Kuasa pengundian v. Terutama pembayaran modal dan dividen berhubung dengan syer/ kelas bagi syer terutama Jenis-jenis syer terutama ialah : - • Syer terutama penyertaan • Syer terutama kumulatif atau bukan kumulatif • Syer terutama boleh tebus • Syer terutama boleh tukar • Syer terutama pernyertaan Syer ini memberikan hak bukan sahaja untuk menerima dividen yang telah ditetapkan jumlahnya tetapi juga dividen tambahan jika sekiranya terdapat baki lebihan keuntungan selepas dividen dibayarkan kepada pemegang syer biasa.
  • 4. Syer terutama kumulatif atau bukan kumulatif Syer terutama kumulatif memberikan hak kepada pemegang syernya untuk mendapatkan dividen pada kadar tetap sepanjang hayat syarikat tersebut. Sekiranya sesebuah syarikat itu mengalami penurunan keuntungan pada tahun tersebut dan jumlah/ kadar sebenar pembayaran dividen tidak dapat dibayar. Kekurangan tertunggak ini boleh dibayar pada tahun berikutnya. Will lwn United Lankat Plantation Co. Ltd. (1914) AC 11 Prinsip : pemegang syer terutama kumulatif dengan hak untuk mendapatkan kumulatif dividen sebanyak 10% setahun Syer terutama bukan kumulatif memberikan hak kepada pemegang syernya untuk mendapat pembayaran dividen pada kadar yang tetap hanya pada tahun di mana keuntungan diperolehi. Sekiranya terdapat penurunan keuntungan pada satu tahun, pembayaran dividen yang telah ditetapkan itu tidak akan membawa kepada liability/ tanggungan pada tahun hadapannya. • Syer terutama boleh tebus Menurut Sek 61 Akta Syarikat 1965, sesebuah syarikat yang mempunyai syer modal boleh jika dibenarkan sedemikian oleh artikel2nya, menerbitkan syer2 terutama yang merupakan/ atas opsyen kena tebus dan penebusan hendaklah dibuat hanya atas terma2 dan secara yang diperuntukkan oleh artikel2 Penebusan boleh dibuat atas opsyen syarikat/ pada waktu yang telah ditetapkan pada masa hadapan dan hendaklah dibuat atas terma2 yang diperuntukan oleh artikel.penebusan hendaklah tidak disifatkan sebagai mengurangkan amaun syer modal yang dibenarkan bagi syarikat itu dan syer2 hendaklah ditebus : a. Daripada keuntungan2 yang mana selainnya boleh diperuntukkan bagi dividen, atau daripada hasil2 terbitan syer yang baru yang dibuat bagi tujuan2 penebusan, dan b. Syer-syer itu berbayar penuh Sekiranya mana2 syer tersebut selain daripada hasil terbitan baru, maka hendaklah dipindahkan daripada keuntungan2 yang sepatutnya diperuntukkan bagi dividen kepada suatu simpanan yang di panggil ‘ simpanan penebusan modal’ suatu jumlah yang sama dengan amaun nominal syer2 yang ditebus. Pengurangan syer modal syarikat hendaklah terpakai seolah2 simpanan penebusan modal adalah syer modal berbayar bagi syarikat itu.
  • 5. Syer terutama boleh tukar Syer terutama boleh tukar merupakan syer yang boleh ditukarkan kepada kelas syer yang berbeza. Kebiasaan penukaran kepada syer biasa mengikut opsyen pemegang syer.  Syer penaja / tertunda Syer ini dikeluarkan hanya kepada pengasas syarikat/ mereka yang memberi sumbangan dalam pembentukan sesebuah syarikat. Pemegang syer ini berhak menerima dividen hanya apabila syarikat memperolehi lebihan keuntungan iaitu setelah kadar dividen yang tertentu telah dibayar kepada pemegang syer terutama dan syer biasa. 8.1.2 Lain-lain jenis syer • Syer untuk kakitangan Sek 67Akta Syarikat 1965, pemberian bantuan kewangan oleh syarikat kepada orang2, selain daripada pengarah2, yang secara suci hati berada dalam pekerjaan syarikat atau subsidiary syarikat itu dengan tujuan membolehkan orang2 itu membeli syer2 berbayar penuh dalam syarikat atau syarikat induknya dipegang oleh mereka secara pemunyaan beneficial. 8.1.3 Pembahagian syer / pengisuan syer Pembahagian syer (allotment) dan pengisuan (issue) adalah merupakan tindakan yang berbeza iaitu : - Pembahagian syer merupakan satu tindakan oleh syarikat membahagikan syer2 yang tidak diisukan kepada pihak tertentu dan syer tersebut adalah terhad kepada jumlah yang tertentu sahaja. Apabila pembahaian syer dilaksanakan oleh sesebuah syarikat kepada pihak tertentu tersebut, tidaklah menjadi pihak itu secara automatic ahli di daialam syarikat tersebut. Pengisuan syer merupakan perjanjian yang mengikat iaitu syarikat mestilah memenuhi keseluruhan/ semua jumlah syer yang telah ditetapkan untuk tidakan pembahagian dan pihak yang telah membuat cadangan untuk membeli syer tersebut adalah terikat apabila penerimaan telah dibuat oleh syarikat. Apabila penerimaan telah berlaku, peringkat kedua tindakan syarikat ialah mengisukan syer tersebut. Apabila syer dilaksanakan ia adalah melibatkan pengawalan sepenuhnya oleh pemegang syer terhadap jumlah syer yang dimiliki olehnya.
  • 6. Kesan-kesan pembahagaian dan pengisuan syer Apabila pemberitahuan berhubung dengan pembahagian dan pengisuan syer telah berkuatkuasa, pemohon (alootee) : - a) Menjadi ahli syarikat jika syernya telah didaftarkan b) Adalah terikat dengan artikel dan memorandum syarikat c) Adalah mempunyai liability untuk membayar baki kepada nilai nominal syer yang dibahagikan kepadanya 8.1.4 Bentuk pembayaran syer Kaedah am menyatakan bahawa syarikat mestilah menerima jumlah penuh nilai nominal syer apabila syer diisukan. Sesebuah syarikat tidak boleh mengisukan syer kurang daripada nilai nominal dengan syarat pemegang syer tidak mempunyai liability untuk membayar jumlah kekurangan tersebut. Tujuannya untuk memberikan perlindungan hak kreditor2 kepada syarikat yang hanya mempunyai tabung simpanan/ dana untuk membayar pinjaman kepada kreditor. Walau bagaimanapun terdapat pengecualiannya terhadap kaedah am ini apabila penerbitan syer dilakukan secara diskaun. Bentuk2 pembayaran syer : - i. penerbitan syer secara diskaun ii. penerbitan syer secara premium • penerbitan syer secara diskaun Sek 59 Akta Syarikat 1965, menyatakan bahawa sesebuah syarikat boleh menerbitkan syer2 secara diskaun dari kelas2 yang telah diterbitkan jika : a. terbitan syer secara diskaun dibenarkan melalaui resolusi yang diluluskan dalam mesyuarat agung syarikat dan disahkan oleh perintah mahkamah b. resolusi itu menetapkan kadar maksimum diskaun di mana syer itu akan diterbitkan c. pada tarikh terbitan itu tidak kurang dari satu tahun telah berlalu semenjak tarikh di mana syarikat berhak memulakan perniagaan ; dan d. syer2 itu diterbitkan dalam masa satu bulan selepas tarikh di mana terbitan itu disahkan oleh perintah mahkamah/ dalam masa lanjutan sebagaimana yang dibenarkan oleh mahkamah Sek 59 (3) memperuntukkan setiap prospectus berkaitan dengan terbitan syer hendaklah mengandungi butir diskaun yang dibenarkan atau sejumlah diskaun tersebut yang tidak dihapuskaira pada tarikh terbitan prospectus.
  • 7. Sek 59 (4) pula memperuntukkan walau apa pun peruntuka2 artikel2nya, sesebuah syarikat tidak boleh menerbitkan secara diskaun mana2 kelas syer melainkan ia terlebih dahulu menawarkan ayer2 itu kepada setiap pemegang2 syer kelas tersebut dalam syarikat itu mengikut kadar bilangan syer yang dipegang olehnya. Setiap tawaran tersebut hendaklah dibuat secara notis menyatakan bilangan syer yang ahli itu berhak dan menghadkan masa tidak kurang dari 21 hari dalam masa tawaran itu boleh diterima [Sek 59 (5)] • penerbitan syer pada kadar premium Nilai premium minimum bererti amaun (jika ada) dengan mana nilai asas syer yag dipindahmilik melebihi nilai agregat nominal syer2 yang diuntukkan sebagai balasan kepada pindahmilik. Lebihan ini yang dikatakan sebagai kadar premium. Menurut Sek 60 (2), sesebuah syarikat boleh menerbitkan syer pada kadar premium dengan syarat bahawa semua premium yang diterima sama ada secara tunai atau dalam bentuk lain sebagai balasan bernilai suatu jumlah sama dengan amaun agregat atau nilai premium2 ke atas syer2 tersebut hendaklah dipindahmilik kepada suatu akaun yang dipanggil ‘akaun premium syer’ Sek 60 (3) memperuntukkan tujuan kegunaan akaun premium syer yang dibenarkan oleh undang2 iaitu : - a. bagi membayar syer2 yang tidak diterbitkan kepada ahli2 syarikat sebagai syer2 bonus berbayar penuh b. bagi membeyar kesemua atau sebahagian baki yang belum dibayar ke atas syer2 yang diterbitkan pada masa lalu kepada ahli2 syarikat c. bagi membayar dividen2 jika dividen2 tersebut dipenuhi secara terbitan syer2 kepada ahli2 syarikat d. dalam hal syarikat yang mejalankan perniagaan insurans di Malaysia melalui penggunaan atau pindahmilik kepada mana2 tabung berkanun yang ditubuhkan dan disenggara menurut mana2 undang2 Malaysia berkaitan insurans e. bagi menghapus kira i. perbelanjaan2 permulaan syarikat ; atau ii. perbelanjaan/ komisen/ brokeraj yang dibayar/ diskaun yang dibenarkan ke atas apa2 duti, fee / cukai yang kena dibayar bagi / berhubung dengan mana2 terbitan syer syarikat f. bagi menyediakan premium yang kena dibayar ke atas penebusan syer2 keutamaan yang boleh ditebus
  • 8. walau bagaimanapun premium tidak perlu dipindahmilik ke dalam akaun premium syer dalam kes2 relief percantuman- Sek 60 (4), relief bagi kumpulan pembentukan semula- Sek 60 (5) dan relief kebelakangan dalam keadaan2 tertentu – Sek 60 (6) 8.1.5 Pemindahan syer Menurut Sek 98 Akta Syarikat 1965 menyatakan bahawa syer2/ lain2 kepentingan mana2 ahli di dalam syarikat hendaklah nerupakan harta alih, boleh dipindahkan dengan cara yang diperuntukan oleh artikel2 persatuan dan tidak boleh merupakan sifat harta tidak alih. Ertinya, syer2 boleh dipindahkan secara bebas oleh pemegang2 syer yang berdaftar kecuali terdapat peruntukkan yang spesifik telah dinyatakan di dalam artikel persatuan syarikat. Pemindahan syer bagi syarikat persendirian mestilah menepati peruntukkan Sek 15 (1) (a) yang mengehadkan hak untuk memindahmilik syer. (sila rujuk kes Lim Ow Goik lqn Sangsi Merah Bus Co. Ltd (1969) 2 MLJ 122) Menurut Sek 103 (1) Akta Syarikat 1965 menyatakan mengenai keperluan suratcara pemindahan iaitu syarikat tidak boleh mendaftar pemindahan syer2/ debenture melainkan suratcara pemindahan yang betul di dalam bentuk yang ditetapkan telah diserah hantar kepada syarikat walau bagaimanapun ia tidaklah boleh memudaratkan apa2 kuasa untuk mendaftar sebagai pemegang2 syer atau pemegang debenture mana2 orang kepada siapa, hak terhadap apa2 syer didalam/ denbentur syarikat telah dipindahkan oleh operasi undang2. 8.1.6 Kelas-kelas syer dan variasi (pelbagaian) hak kelas syer Syer modal bagi sesebuah syarikat boleh dibahagikan kepada beberapa kelas. Kelas2 ini ada dinyatakan di dalam memorandum/ artikel persatuan syarikat. Setiap kelas mempunyai hak yang berbeza dari segi dividen oengundian, keutamaan untuk mendapat pembayaran bila syarikat digulungkan dan sebagainya. Walau bagaimanapun ini bukanlah sesuatu yang wajib bagi semua syarikat untuk melaksanakannya. Lembaga Pengarah kebiasaanya mempunyai kuasa untuk menentukan hak bagi kelas2 ini tetapi mestilah kuasa diluluskan oleh resolusi yang dipersetujui. Jika sekiranya hak bagi kelas syer ini wujud di dalam memorandum persatuan syarikat, maka hak ini tidak boleh diubah kerana memorandum hanya boleh dipinda mengikut peruntukkan yang dibenarkan oleh Akta Syarikat 1965. Walau bagaimanapun sekiranya hak bagi kelas syer ini dinyatakan di dalam artikel persatuan syarikat maka ianya boleh diubah dengan membuat pindaan terhadap artikel persatuan syarikat
  • 9. Adalah juga dibenarkan, jika hak kelas syer ini terkandung di dalam memorandum/ artikel persatuan syarikat dengan mengenakan syarat atau memasukkan fasal ubahsuaian iaitu perubahan terhadap hak kelas syer ini hanya boleh dilaksanakan dengan mengikut kesenua prosedur yang dinyatakan dalam fasal variasi / fasal ubahsuaian hak tersebut. Di dalam keadaan wujudnya fasal modifikasi/ ubahsuaian ini maka sebarang pindaan terhadap hak kelas syer itu mestilah mengikut prosedur itu. Prinsip ini dapat dinyatakan di dalam kes berikut : - Crumpton lwn Momne Hall Pty. Ltd. (1965) 82 WN (Supreme Ct) Fakta : Aset milik syarikat adalah hanya sebuah bangunan yang dibahagikan kepada 6 unit tempat kediaman. Di dalam artikel persatuan syarikat, ada meperuntukan fasal yang menyatakan bahawa syer modal syarikat dibahagikan mengikut kelas2 yang berbeza. Hakmilikan terhadap syer bagi setiap kelas itu memberikan hak secara ekslusif kepada pemegangnya untuk menggunakan blok/ unit tempat kediaman itu. Disamping itu, terdapat juga fasal ubahsuaian hak yang dimasukkan di dalam artikel yang berbunyi ‘persetujuan majority pemegang kelas syer adalah diperlukan apabila hal2 berhubung dengan hak pemegang kelas syer tersebut hendak dibuat sebarang pindaan’ Satu resolusi telah diluluskan bagi meminda artikel persatuan dengan memasukkan satu peruntukan yang menghalang hak penyewaan unti tempat kediaman. Plaintif di dalam kes ini telah membuat bantahan terhadap resolusi yang diluluskan itu kerana menurutnya beliau tidak pernah bersetuju berhunbung dengan pindaan artikel yang mengehadkan hak beliau sebagai salah seorang pemegang kelas syer yang kuasa eksklusif penggunaan unit tempat kediaman Keputusan mahkamah : apabile wujudnya fasal ubahsuaian hak di dalam sesebuah artikel persatuan syarikat maka sebarang hak yang ada bagi pemegang kelas syer tersebut tidaklah boleh dipinda kecuali mengikut prosedur yang ditetapkan. Oleh itu resolusi yang meluluskan pindaan artikel persatuan syarikat tidak akan memberi kesan kepada hak plaintif kerana pematuhan tidak dilaksanakan sepertimana yang tercatat di dalam fasal ubahsuaian hak oleh syarikat Walaupun di dalam keadaan syarikat telah mengikut semua prosedur fasal ubahsuaian hak, tetapi jika ada pemegang syer yang memegang syer yang jumlahnya tidak kurang dari 10% syer2 yang diterbitkan mereka boleh memohon kepada mahkamah untuk membatalkan pelbagaian (variation)/ pembatalan (abrogation) itu dan permohonan itu akan hanya berkuatkuasaan sehinggan ianya disahkan oleh mahkamah. Pemegang2 syer masih mempunyai hak walaupun mungkin mereka pernah bersetuju terhadap pelbagaian/ pembatalan itu dengan syarat persetujuan diberi kerana beberapa fakta material telah tidak didedahkan terlebih dahulu kepada mereka. Mengikut Sek 65 (2), jika mahkamah berpuashati bahawa beberapa fakta material telah tidak dijelaskan sebelum mereka beersetuju atau mengundi, mereka boleh memohon untuk tidak menguatkuasakan selepas tarikh di mana persetujuan telah diberikan atau dalam masa
  • 10. lanjutan yang dibenarkan oleh mahkamah. Permohonan juga boleh dibuat oleh wakil kepada pemegang2 syer dengan syrat perlantikannya sebagai wakil telah dibuat secara bertulis. Sek 65 (4) pula memperuntukkan juka mahkamah berpuashati yang pembatalan itu akan memudaratkan mana2 pemegang syer dari kelas yang diwakili oleh permohon, bolehlah tidak membenarkan pembatalan itu dan keputusan mahkamah adalah muktamad. 8.1.7 Hakmilikan terhadap syer Hakmilikan yang sah di sisi undang2 terhadap syer adalah wujud kepada sesiapa yang telah dibahagikan (allocated) syer atau dipindahmilikkan syer dan namanya telah didaftarkan sebagai ahli bagi syer tersebut. Di Malaysia, sijil yang di bawah meterai biasa atau rasmi syarikat menetapkan bahawa mana2 syer dipegang oleh mana2 ahli syarikat hendaklah merupakan keterangan prima facie hak milik ahli terhadap syer2. (Sek 100 Akta Syarikat 1965) EG Tan & Co. (Pte.) lwn Lim & Tan (Pte.) (1987) 2 MLJ 149 Prinsip : pembeli bona facie dengan nilai tanpa notis mempunyai keutamaan dan pembeli yang tidak mendaftar diri sebagai pemegang syer Terdapat juga keadaan di mana seseorang itu mendaftarkan pihak lain sebagai penamanya yang mana pihak lain bertindak sebagai pemegang amanah beliau. Walau bagaimanpun apabila syer telah didaftarkan degan nama penama untuk tujuan yang menyalahi undang2/ tujuan untuk mengelirukan pihak awam maka kesannya pemilik adalah tidak berhak untuk membuat tuntutan kepentingan beneficial hak milik terhadap syer tersebut. (sila rujuk kes : Suntoso Jacob lwn Kong Miao Ming) 8.1.8 Urusniaga oleh syarikat dalam syernya sendiri Menurut Sek 67 (1) Akta Syarikat memperuntukkan bahawa syarikat tidak boleh memberi, samada secara langsung atau tidak langsung dan samda secara pinjaman gerenti atau peruntukan sekuriti/ selainnya. Apa2 bantuan kewangan bagi maksud/ berhubung dengan pembelian dan langganan yang dibuat/ akan dibuta oleh mana2 orang atau bagi mana2 syer dalam syarikat / jika syarikat itu subsidiary, dalam syarikat induknya / dalam mana2 cara membeli, berurusan / memberi pinjaman wang ke atas syer2nya sendiri. Trevor lwn Whitworth (1887) 12 APP Cas 409 Prinsip : syarikat tidak dibenarkan membeli syernya sendiri walaupun artikelnya mungkin membenarkan perbuatan sedemikian
  • 11. Walau bagaimanapun terdapat pengecualiannya di bawah Sek 67 (2) iaitu : - a. sekiranya pemberian pinjaman wang itu adalah sebahagian daripada perniagaan syarikat, pemberian pinjaman wang oleh syarikat dalam urusan perjalanan perniagaan. b. Wujudnya peruntukkan oleh sesebuah syarikat, menurut apa2 skim yang pada itu berkuatkuasa, wang bagi pembelian atau langganan bagi syer2 berbayar penuh dalam syarikat atau syarikat induknya, iaitu pembelian atau langganan oleh pemegang2 amanah / bagi syer2 yang akan dipegang bagi faedah pekerja2 syarikat, atau subsidiary syarikat itu termasuk mana2 pengarah yang menjadi pekerja/ berjwatan bergaji dalam syarikat / subsidiary syarikat itu ; atau c. Pemberian bantuan kewangan oleh syarikat kepada orang2, selain daripada pengarah2, yang secara suci hati berada dalam pekerjaan syarikat / subsudiari syarikat itu dengan tujuan membolehkan orang2 itu membeli syer2 berbayar penuh dalam syarikat atau syarikat induknya dipegang oleh mereka secara pemunyaan beneficial Jika sekiranya berlaku perlanggaran terhadap Sek ini, syarikat tidak bersalah tetapi setiap pegawai yang ingkar adalah melakukan suatu kesalahn terhadap Akta ini. Penalty : penjara 5 tahun/ Rm 100000 Walau bagaimanapun disebabkan ketidakstabilan pasaran saham, Sek 67 A telah dimasukkan dalam Akta Syarikat, yang mana memberi kebenaran kepada semua syarikat untuk mmeberi bantuan kewangan bagi maksud pembelian ke atas sahamnya sendiri. Sek ini berkuatkuasa pada bulan September 1967 8.2 Dividen 8.2.0 Definisi dividen Definisi dividen secara teknikal adalah merujuk kepada syer dan ianya adalah sejumlah amaun yang diterima olh pemegang2 syer sesebuah syarikat apabila sesebuah syarikat itu memperolehi keuntungan yang secara sahnya wujud untuk pembahagian dividen Menurut Sek 365 (1) Akta Syarikat memperuntukkan bahawa tiada dividen boleh dibayar kepada pemegang2 syer mana2 syaarikat kecuali dari keuntungan/ menurut Sek 60 Akta Syarikat Dividen hendaklah dibezakan dengan faedah (interest) iaitu faedah adalah merupakan hutang yang mana ianya seperti hutang2 yang lain iaitu dibayar dengan menggunakan asset syarikat. Dividen pula bukanlah merupakan hutang syarikat sehinggalah ia diisytiharkan oleh pihak syraikat. Di samping itu, dividen tidaklah boleh dibayar dengan menggunakan asset syarikat secara amnya, hanya di dalam keadaan tertentu sahaja prinsip pembayaran dividen dibenarkan
  • 12. 8.2.1 Bentuk pembayaran dividen Fasal berhubung dengan pembayaran dividen adalah tertakluk kepada artikel persatuan sesebuah syarikat. Pembahagian keuntungan sesebuah syarikat adalah merupakan urusan dalaman sesebuah syarikat. Kebiasaannya mahkamah tidak akan cmpr tgn did lm isu ini kecualilah timbul soal2 ketdkadilan/ slh byr / perbuatan/ tindakan yang tidak mematuhi mana2 peruntukan undang2 Burland lwn Earle Prinsip : Ahli syarikat dan mahkamah tidak boleh campurtangan dalam pengisytiharkan dividen kecuali berlakunya penindasan dan ketidakadilan Sesebuah syarikat di dalam mesyuarat agungnya boleh mengisytiharkan dividen, tetapi dividen hendaklah tidak melebihi junlah yang disyorkan oleh pengarah. Pengarah2 boleh sebelum mengesyorkan mana2 dividen, mengenepikan keuntungan2 syarikat, apa2 jumlah yang difikirkan perlu sebagai : i. Simpanan ;atau ii. Untuk kegunaan apa2 tujuan di mana keuntungan2 syarikat ; atau iii. Dilaburkan dalam pelaburan2 tertentu (selaindaripada syer2 dalam syarikat) yang difikirkan perlu dari masa ke semasa oleh pengarah2 ; atau iv. Membawa ke hadapan mana2 keuntungan yang mereka fikirkan lebih jimat kalau tidak dibahagikan • Bentuk-bentuk pembayaran dividen ialah : - a. wang tunai b. pembahagian dalam bentuk aset2 khusus/ tertentu c. debenture d. stok debenture / lain2 cara mengikut kelulusan resolusi / ketetapan di dalam artikel persatuan syarikat tersebut bagi mana2 dividen yang dibayar secara tunai berhubung dengan syer2 boleh dibayar dengan cek atau waran yang dihantar secara pos ditujukan kepada alamat berdaftar pemegang.
  • 13. 8.2.2 Jenis-jenis dividen Dividen boleh dibahagikan kepada beberapa jenis iaitu : - a. dividen interim b. dividen terakhir c. dividen terkumpul (cumulative) d. dividen tidak terkumpul (non cumulative) • Dividen interim adalah merupakan dividen yang diisytiharkan dan dibayar sebelum berakhir/ tamat tempoh tahun keuntungan tersebut/ sebelum mesyuarat tahunan diadakan. Dividen jenis ini kebiasaannya diisytiharkan oleh pengarah2 apabila yakni bahawa kewangan syarikat adalah menyakinkan harga syer dalam pasaran syer. Pengarah2 boleh dari masa ke semasa membayar kepada ahli2 dividen interim ini sebagaimana didapati oleh pengarah2 sebagai berpatutan dari keuntungan syarikat. Dividen ini dibayar dari untung yang telah terakru dari baki untung tertahan yang dibawa ke hadapan dari tempoh perakauanan dahulunya. • Dividen terakhir Pengisytiharkan terhadap dividen ini adalah selepas keuntungan diperolehi bagi satu tempoh tahun keuntungan tamat • Dividen terkumpul Jumlah bagi pembayaran dividen bagi satu tahun keuntungan yang di bawa ke tahun hadapan dan tahun seterusnya. Jumlah dividen yang tertunggak ini dikenali sebagai dividen terkumpul • Dividen tidak terkumpul Jumlah dividen bagi satu tahun keuntungan sahaja (satu tempoh perakaunan)
  • 14. 8.3 Prinsip undang-undang pembayaran dividen Kaedah pembayaran dividen yang dibenarkan oleh undang-undang adalah sperti berikut : 1. Keperntingan syarikat mestilah wujud diperolehi sesebuah syarikat ketika syarikat membuat pengisytiharkan pembayaran dividen Kaedah2 undang2 menyatakan bahawa keuntungan yang diperolehi oleh syarikat untuk tujuan pembayaran dividen mestilah wujud ketika pengisytiharan dibuat oleh syarikat. Setelah pengisytiharan dibuat dividen tersebut merupakan hutng syarikat yang mesti dijelaskan kepada ahli2/ pemegang syer syarikat jika sekiranya, pada masa pembayaran dividen hendaklah dibuat syarikat mengalami kerugian, syarikat masih bertanggungan mengikut undang2 membayar jumlah dividen yang telah diisytiharkan Kes : Marra Development Ltd lwn BW Rofe Pty Ltd (1977) Supreme Ct. Fakta : Marra Development telah mengisytiharkan dividen dan ketika pengisytiharan itu Marra Development mempunyai keuntungan. Apabila tiba masa pembayaran dividen, pengarah syarikat tidak mahu mmebuat pembayaran kerana pada masa itu tiada lagi keuntungan yang wujud. Ini disebabkan di dalam jangkamasa tarikh pengisytiharan dan tarikh pembayaran dividen, Marra telah membuat penilaian semula aset2nya yang mana menyebabkan keuntungan yang diperolehi telah berhapus kira. Keputusan Mahkamah : mahkmah mendapati memanglah benar bahawa pada masa tuntutan dividen dibuat itu, Marra tidak mempunyai keuntungan tetapi semasa pengisytiharan dibuat Marra mempunyai keuntungan tersebut. Oleh itu, Marra hendaklah membayar dividen tersebut kerana ia merupakan hutang terhadap syarikat selepas pengisytiharannya. 2. Keuntungan bagi pembayaran dividen mestilah daripada keuntungan yang diperolehi oleh syarikat yang membuat pengisytiharan Keuntungan yang akan digunakan untuk membuat pembayaran dividen mestilah daripada keuntungan yang diperolehi oleh syarikat yang membuat pengisytiharan dividen. Walaupun wujud keadaan di mana perhubungan antara syarikat induk dan anak syarikat, tetapi dari segi undang2 syarikat2 ini mempunyai entity yang berasingan bagi tujuan pembayaran dividen.
  • 15. Kes : Industrial Equity Ltd lwn BlackBurn (1977) 3 ACLR 89 Fakta : industrial Equity bercadang untuk mengisytiharkan dividen dalam bentuk sebahagian tunai dan sebahagian lagi bentuk syer dalam Syarikat Minerva Centre Ltd (anak syarikat) di mana Industrial Equity adalah merupakan syarikat induknya. Jumlah yang untuk pembayaran dividen ialah A$900,000 tetapi akaun untung rugi bagi Idustrial Equity menunjukkan untung bersih hanya A$200,000 dengan keuntungan yang dibahagikan kepada tahun2 yang lalu sebanyak A$100,000 Industrial Equity. Idustrial Equity cuba menggunakan keuntungan kumpulan syarikat sebagai memenuhi jumlah untuk pembayaran dividen. Isu : samada keuntungan syarikat subsidiary yang dikuasai oleh syarikat induk boleh dianggap sebagai keuntungan syarikat induk? Keputusan Mahkamah : keuntungan yang akan digunakan mestilah diperolehi oleh syarikat yang mengisytiharkan dividend an oleh itu, dividen dalam bentuk syer Minerva tidak boleh dibayar kerana Industrial Equity tidak memperolehi keuntungan yang boleh dibayar. 3. Dividen boleh dibayar walaupun jumlah asset syarikat kurang daripada modal asset selagi syarikat membuat keuntungan hasil iaitu pendapatan melebihi perbelanjaan Dividen juga boleh dibayar walaupun jumlah nilai asset syarikat adalah berkurangan daripada jumlah asal modal yang disumbangakn oleh pemegang syer. Ini boleh dilakukan selagi syarikat dapat menunjukkan untungn dalam Akaun Untung Rugi nya iaitu pendapatan melebihi perbelanjaan. Kes : Lee lwn Neuchatel Asphalte Co. (1889) 41 Ch. D1 Fakta : syarikat mendapat satu konsensi melombong asphalt. Konsensi itu hanya untuk jangkamasa yang terhad, oleh itu nilainya telah menurun setelah beberapa tahun. Syarikat mengisytiharkan dividen berdasarkan keuntungan yang diperolehi tanpa mengambilkira penurunan nilai lombong asfaltnya. Keputusan mahkamah : mahkamah membenarkan pembayaran dividen walaupun berlaku pengurangan pada harta syarikat. Kes : Verner lwn General & Commercials Investment Trust (1894) 2 CH 239, Ct Of Appeal Prinsip : keuntungan yang didapati daripada modal pusingan (circulating capital) boleh diagihkan sebagai dividen walaupun terdapat pengurangan nilai asset tetap syarikat
  • 16. 4. Keuntungan hasil (revenue) juga boleh dibahagikan sebagai dividen tanpa kemestian untuk menggantikan kehilangan modal atau kehilangan asset modal Sesebuah syarikat tidak dimestikan untuk memperuntukkan hasil perolehan bagi menggantikan semula kerugian yang terkumpul atau berlaku susutnilai asset. Ertinya, selagi terdapat untung dalam sesuatu tahun, dividen boleh diisytiharkan walaupun terdapat kerugian dalam tahun sebelumnya atau berlaku pengurangan nilai asset syarikat Rujuk kes : - Lee lwn Neuchatel asphalte Co. (1889) 41 CHD 1 - Verner lwn General & Commercials Investment Trust (1994) 5. Dividen tidak semestinya dibayar daripada keuntungan pada tahun di mana keuntungan itu diperolehi kecuali artikel mempunyai peruntukkan tersebut Dividen boleh dibawa ke tahun2 hadapan/ dipindahkan ke dalam simpanan syarikat. (sila rujuk kes : Re Hume Industries (FE) Ltd (1974) 1 MLJ 167) 6. Dividen boleh dibayar daripada keuntungan modal walaupun tidak terdapat keuntungan hasil (revenue) Dividen juga boleh dibayar daripada keuntungan modal walaupun tidak terdapat keuntungan hasil dengan syarat terdapat penambahan dalam nilai2 aset modalnya. Dividen boleh diisytiharkan berdasarkan kepada untung modal yang direalis. Akan tetapi, tidak wujudnya untung modal untuk tujuan ini kecuali modal syarikat terdapat pertambahan (accretion) Kes : Lubbock lwn British Bank Of South America (1892) 2 CH 198 Fakta : sesebuah syarikat bank dengan modal berbayar sebanyak $ 500,000 menjual sebahagian daripada modalnya dengan harga $875,000 memberikan pertambahan modal sebanyak $375,000 Pengarah syarikat bercadang menyimpan sebanyak $70,000 untuk perbelanjaan syarikat dan mengisytiharkan lebihan iaitu $205,000 atas modal berbayar sebagai keuntungan untuk tujuan dividen Keputusan mahkamah : dividen boleh dibayar oleh kerana $205,000 mewakili untung modal bukan modal itu sendiri
  • 17. 7. Lebihan daripada penilaian semula asset syarikat boleh dibahagikan sebagai dividen Di dalam keadaan yang tertentu, untung yang belum direaliskan (untung yang dijangkakan tetapi belum ada) boleh dipergunakan bagi tujuan pembayaran dividen. Oleh itu, lebihan daripada penilaian semula asset syarikat boleh diagih2kan sebagai dividen. Walau bagaimanapun, penilaian semuala asset mestilah dibuat oleh pihak yang pakar untuk membuat penilaian dan nilai itu tidak akan terjejas dengan perubahan semasa Kes : Dimbula Valley (Ceylon) Tea Co. Ltd lwn Laurie (1961) CHD Fakta : syarikat mempunyai artikel yang dipanggil ‘capitalization article’ iaitu membenarkan syarikat dalam sebarang masa meluluskan resolusi mempermodalkan untung yang tidak diagihkan Isu : adakah syarikat secara sah dalam mempermodalkan satu tabungan akibat daripada penilaian semua asset modal syarikat? Keputusan mahkamah : kecuali bercanggah dengan hak pemegang syer terutama, artikel persatuan syarikat memberi kuasa kepada permodalan tabung yang berpunca daripada penilaian semula asset modal. Mahkamah juga memutuskan bahawa syarikat boleh secara sah mengagihkan untung/ tambahan modal sebegini dengan cara membayar dividen kepada pemegang syer terutama syer biasa. 8. Artikel persatuan sesebuah syarikat boleh mengehadkan jenis keuntungan untuk dibahagikan sebagai pembayaran dividen Mengikut kaedah undang2, sungguhpun keuntungan adalah didapati keputusan untuk mengisytiharkan dividen adalah bergantung kepada urusan perniagaan dan bukan isu perundangan. Oleh itu, artikel persatuan syarikat boleh menghadkan jenis keuntungan yang boleh/ tidak boleh dibuat pembayaran dividen