1. GAYA BAHASA
A. Personifikasi
Gaya bahasa 'perorangan' iaitu pemberian sifat manusia kepada objek,
benda atau konsep tertentu untuk menggambarkan kedaan tertentu
Contoh :
sawah telah uzur
daun kelapa melambai-lambai
B. Simile : Perbandingan secara tidak langsung antara satu benda yang
sama dengan menggunakan kata bandingan ' 'seperti, bagai,
umpama, bak'
Contoh:kasihku kepadanya bak lautan tak bertepi
C. Pengulangan:
Unsur pengulangan berlaku pada kata, ungkapan, barisan atau rangkap. Terdapat 4 jenis gaya
bahasa pengulangan:
1. Anafora: Pengulangan kata pada awal baris pantun/sajak.
Contoh:
Kawan ketawa ramai selalu,
Kawan menangis seorang diri.
2. Epifora : Pengulangan perkataan atau frasa di akhir baris pantun/sajak.
Contoh:
Dewa berjalan dihampirinya,
Naga yang besar didekatinya,
Setelah naga mencium baunya,
Kepala diangkat ternganga mulutnya.
3. Repitasi : Pengulangan kata dalam baris/ ayat tertentu.
Contoh:
Muka mesti manis, mulut mesti ramah, hati mesti baik.
4. Responsi : Pengulangan kata di tengah baris.
Contoh:
Hari ini menugal jagung,
Hari esok menugal jelai;
Hari ini kita berkampung,
2. Hari esok kita bercerai.
D. Sinkope : Singkatan perkataan.
Contoh:
“ Eiii,! Kenapa mata kau tu?”
( kau – engkau, tu – itu )
(sinkope yang lain ialah - tak (tidak), nak (hendak), ni (ini)
E. Rima Akhir:
Pengulangan bunyi yang sama atau keselarasan bunyi pada kata/suku
terakhir sesuatu ayat/baris puisi.
Contoh rima akhir ialah ‘abab’,’aaaa’ ‘abcdabcd’ dan sebagainya.
F. Asonansi: Pengulangan bunyi vokal yang sama dalam puisi.
Huruf vokal ialah a,e,i,o, dan u.
Contoh:
Pandai melompat pandai berlari
( pengulangan vokal ‘a’)
G. Aliterasi: Pengulangan bunyi konsonan yang sama dalam baris pantun/sajak.
Contoh
Kalau ada silap dan salah
( pengulangan konsonan ‘l’)