Successfully reported this slideshow.
We use your LinkedIn profile and activity data to personalize ads and to show you more relevant ads. You can change your ad preferences anytime.

Cara menulis pendahuluan karangan dengan menggunakan teknik faclk

59,668 views

Published on

layari laman web

  • Be the first to comment

Cara menulis pendahuluan karangan dengan menggunakan teknik faclk

  1. 1. Teknik (FACLK) dalam membina pendahuluan karangan SPMLayari laman web kami di http://e-learningsmktsj2.blogspot.com/Tulisan ilmiah oleh : Cikgu Mohd Khir KassimPendahuluan Karangan SPMCara Menulis Pendahuluan Karangan dengan Menggunakan Teknik FACLKTeknik FACLK (Fokus, Akibat, Contoh, Langkah, Kepentingannya)Teknik ini memerlukan murid-murid membina ayat pertama dengan merujuk kepadafokus penyataan (F) dalam soalan. Kemudian, ayat kedua iaitu akibat (A) daripada ayatpertama tadi. Selepas itu, bina pula ayat ketiga iaitu contoh (C) yang boleh dikaitkandengan penyataan soalan. Seterusnya, murid-murid perlu membina ayat keempat, iaitulangkah (L) dan ayat kelima ialah kepentingannya (K) berdasarkan langkah yang telahdiambil tadi. Kemudian, masukkan peribahasa atau gunakan ungkapan menarik, yangdirasakan sesuai dalam mana-mana ayat pendahuluan itu tadi. Jika murid-murid dapatmenulis ayat yang ada pertalian rapat antara satu ayat dengan ayat yang lain, sudah pastipendahuluan itu menjadi satu pendahuluan yang menarik dan mantap serta menepatikehendak skema pemeriksa.Soalan Contoh 1Kerajaan telah berusaha untuk membanteras gejala rasuah, namun amalan yangberakar umbi dalam kalangan masyarakat ini masih wujud.Pada pendapat anda,mengapakah masalah rasuah perlu dibendung?Perenggan Pendahuluan Contoh 1Kebelakangan ini, kes rasuah semakin bertambah dan nampaknya sukar dibanteraskerana melibatkan pegawai kerajaan dan swasta, ahli politik, dan orangawam. (F) Keadaan ini membimbangkan kita kerana jika dibiarkan, sudah tentu perkaraini akan menjadi seperti api di dalam sekam. (A) Fenomena ini sekali gus akanmelahirkan masyarakat yang tiada integriti, contohnya jika seseorang pegawaimenawarkan rasuah untuk menutup kesalahan dirinya daripada landasan undang-undang,jelaslah betapa rendahnya akhlak dan maruah dirinya. (C)Oleh itu, semua pihak harusberusaha untuk membanteras gejala rasuah agar masyarakat Malaysia yang amanah dan
  2. 2. Teknik (FACLK) dalam membina pendahuluan karangan SPMLayari laman web kami di http://e-learningsmktsj2.blogspot.com/Tulisan ilmiah oleh : Cikgu Mohd Khir Kassimberintegriti dapat dilahirkan. (L) Hal ini perlu dititikberatkan kerana rasuah perludibanteras dari awal iaitu, mencegah lebih baik daripada mengubati sesuatu penyakit. (K)Soalan Contoh 2Bangunan bersejarah tinggalan penjajah pada zaman penjajahan perlu dikekalkankerana mempunyai nilai warisan yang tinggi.Jelaskan kelebihan bangunanbersejarah tersebut.Perenggan Pendahuluan Contoh 2Bangunan bersejarah tinggalan penjajah pada zaman penjajahan memang banyak terdapatdi negara kita yang perlu dikekalkan kerana mempunyai nilai warisan yangtinggi. (F) Bangunan tersebut boleh dijadikan fakta sejarah yang menarik pelancong asingke negara kita. (A) Oleh itu, Pulau Pinang dan Melaka yang telah diisytiharkan sebagaitapak warisan dunia oleh UNESCO baru-baru ini masih banyak memiliki bangunanbersejarah seperti di Fort Cornwalis di Pulau Pinang dan Bangunan Stadhuyst diMelaka. (C) Jadi, kerajaan kedua-dua buah negeri tersebut perlulah mengekalkanbangunan-bangunan bersejarah tersebut jika tidak mahu perisyhtiharan itu ditarikbalik. (L) Oleh itu, langkah yang diambil oleh UNESCO itu perlu disokong kerana hal inipasti meningkatkan imej negara. (K)Pesanan seorang guruMurid-murid harus menyedari bahawa perenggan pendahuluan sama pentingnya denganperenggan isi dan perenggan penutup. Perenggan pendahuluan juga akan memberikangambaran atau impression awal tentang keseluruhan karangan murid-murid. Oleh halyang demikian, cubalah berlatih untuk menulis pendahuluan karangan denganmenggunakan teknik ini. Sebenarnya, banyak cara lagi untuk menulis pendahuluankarangan dan cikgu mendangkan satu lagi teknik tambahan kepada murid-murid. Jadi,murid-murid mempunyai banyak cara yang boleh dipilih untuk menulis perengganpendahuluan.
  3. 3. Teknik (FACLK) dalam membina pendahuluan karangan SPMLayari laman web kami di http://e-learningsmktsj2.blogspot.com/Tulisan ilmiah oleh : Cikgu Mohd Khir KassimBagi calon-calon STPM, biasakan diri dengan menulis perenggan pendahuluan karanganyang panjangnya lebih kurang 90 hingga 100 perkataan. Bagi calon-calon SPM pula,biasakan diri dengan menulis pendahuluan karangan yang panjangnya lebih kurang 50hingga 60 perkataan. Bagi calon-calon STPM, ingatlah bahawa markah perengganpendahuluan sudah ditetapkan sebanyak 3 markah, dan kelemahan perengganpendahuluan sudah pasti akan menjejaskan markah aspek relevan (R)dan jugamempengaruhi markah pengolahan (P).

×