Teks ini memberikan dua petikan tentang situasi yang menggunakan kata ganda. Petikan pertama mengisahkan sambutan hari sukan sekolah yang dihiasi dengan pondok-pondok, tali-temali, dan bendera-bendera berwarna-warni. Petikan kedua pula mengisahkan Adam dan kawan-kawannya yang sedang bermain di sungai sebelum mereka melarikan diri akibat tanda-tanda akan berlakunya banjir. Kedua-dua petikan
2. Situasi: Hari Sukan Tahunan Sekolah
“Sambutan hari sukan di sekolah sentiasa menjadi tumpuan murid-murid..
Pondok-pondok rumah sukan dihiasi dengan penuh ceria dan yang memisahkan
setiap pondok hanyalah tali-temali. Bendera-bendara kecil yang berwarna-warni
telah digantung di sekitar padang sekolah. Murid-murid turut berlari lintang-
pukang dan bersorak meyokong rumah sukan masing-masing.. Sambutan yang
gilang-gemilang ini turut dihiasi dengan kehadiran ibu bapa serta saudara-mara
yang lain di samping sokongan daripada guru-guru dan kakitangan-kakitangan
sekolah”.
PETIKAN 1
3. Situasi: Mandi-manda di sungai
“Adam dan kawan-kawannya sering menghabiskan masa lapang mereka di
kawasan sungai. Mereka gemar bermain dan mandi-mandi di sungai yang terletak
di belakang rumah ketua kampung. Ketika mereka sedang bersorak-riang
menikmati kesejukkan air sungai tersebut, mereka menyedari keadaan langit
yang gelap disertai dengan bunyi guruh yang kuat, pepohon-pepohon
menggugurkan daunnya, air sungai berbuih dan paras air mula meningkat.
Mereka lari lintang-punkang untuk meninggalkan kawasan tersebut dengan
serta-merta kerana tanda-tanda itu menunjukkan akan berlakunya kepala air.
Dalam sekelip mata, keadaan yang begitu ceria itu bertukar menjadi huru-hara”.
PETIKAN 2