SlideShare a Scribd company logo
1 of 14
Download to read offline
1 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.
Pemahaman Teks
Praktis PT3 Pantun Dua Kerat (Nasihat)
Baca pantun di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat
anda sendiri.
Berapa jauh wujud dengan sifat,
  Sejauh lutut dengan pelipat.
Sarang semut dalam gelap,
  Orang selimut selalu lelap.
Hitam-hitam pucuk kawa,
  Sungguh hitam dipandang lawa.
Emas, perak, tembaga, suasa,
  Malas bergerak tidak merasa.
Buah sintang buah senikul,
  Satu memegang satu memikul.
(Dipetik daripada antologi
Kuingin Berterima Kasih, halaman 5)
(i)	 Berikan maksud rangkap kedua Pantun Dua Kerat (Nasihat).
(ii)	Nyatakan dua unsur bunyi yang terdapat dalam pantun tersebut.
	
(iii)	 Pada pendapat anda, apakah faedah-faedah hidup bekerjasama? KBAT
  Bahasa Malaysia  Ting. 1 KBSM  Pemahaman Teks
2© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.
Praktis PT3 Syair Pohon Buluh
Baca syair di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat
anda sendiri.
Menara tinggi banyak bertingkat,
Di sana tiada bilik bersekat,
Tiada bertangga naik melekat,
Mata mata menjaga segenap pangkat.
Yang ada sedia panji-panji bendera,
Hingga sampai ke kemuncak menara,
Banyak ada ia bersaudara,
Yang ada pula bersama gara.
Selalu dipandang dilihat adanya,
Tinggi rendah dijerat pangkatnya,
Besar kecil ikat binanya,
Terlalu kuat pula asasnya.
Ikatnya licin di luar di dalam,
Gelapnya di dalam seperti malam,
Air tak tiris seperti kolam,
Ikat tingkatnya tak nampak alam.
(Dipetik daripada antologi
Kuingin Berterima Kasih, halaman 6)
(i)	 Berdasarkan rangkap ketiga Syair Pohon Buluh, nyatakan cara-cara memupuk semangat perpaduan
dalam sesebuah masyarakat?
(ii)	Nyatakan tiga ciri syair berdasarkan syair tersebut.
(iii)	 Pada pendapat anda, apakah akibat jika sesebuah masyarakat itu tidak mengamalkan nilai hidup
bermasyarakat? KBAT
Bahasa Malaysia  Ting. 1 KBSM  Pemahaman Teks 
3 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.
Praktis PT3 Kita Umpama Sehelai Daun
Baca sajak di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat
anda sendiri.
kita umpama sehelai daun
bertunas segar dihujung ranting
lalu melebar dan merimbun
tempat bercanda unggas meriang
di bawah redup bebayang mentari
andai kikir jasa dan bakti
di mana lagi tempat bernaung
dari tusukan bahang memijar
unggar kecil tidak berkudrat
kita umpama sehelai daun
bakal kering sampai waktunya
usahlah angkuh keupayaan diri
sehingga lupa makhluk duafa
ingin bernaung mencari hidup
jadilah sehelai daun
hijau menunas menyegar mata
kering gugur menjadi baja
(Dipetik daripada antologi Kuingin Berterima Kasih, halaman 11)
(i)	 Berdasarkan rangkap pertama sajak Kita Umpama Sehelai Daun, nyatakan pendapat pengarang
tentang manusia.
(ii)	Nyatakan tiga pengajaran yang terdapat dalam sajak tersebut.
(iii)	Pada pendapat anda, mengapakah kita dituntut mengamalkan akhlak yang terpuji dalam
kehidupan seharian? KBAT
  Bahasa Malaysia  Ting. 1 KBSM  Pemahaman Teks
4© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.
Praktis PT3 Kuingin Berterima Kasih
Baca sajak di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat
anda sendiri.
Sesekali kuingin berterima kasih
kepadamu hujan bagai tetamu
jiwa pun menjadi dingin
api amarah menjadi terpadam.
Sesekali kuingin menyemai budi
kepadamu tanah yang hidup
kerana perutmu setia menghamilkan
rezeki buat petani.
Sesekali kuingin berbisik kepadamu
ikan-ikan yang riang
liar di belantara samudera
kerana sudi membebaskan cerita
nelayan tua di pondoknya.
Sesekali kuingin kalungkan kagum
kepadamu pejuang negara
kerana tanganmu pernah berdarah
darah kesetiaan seorang warga
kepada watan tercintanya.
Sesekali kuingin pula menjadi bunga
menebarkan keharuman
di taman-taman keresahan hidup
menyerahkan keinsafan
kepada kangkuhan perang.
Alangkah indahnya dunia
andai semua merenung
kekosongan hidup ini.
(Dipetik daripada antologi Kuingin Berterima Kasih, halaman 12)
(i)	 Berdasarkan sajak Kuingin Berterima Kasih, mengapakah penyajak ingin berterima kasih kepada
hujan, tanah dan ikan?
(ii)	Nyatakan tiga nilai yang terdapat dalam sajak tersebut.
(iii)	 Pada pendapat anda, mengapakah kita perlu mempunyai jati diri? KBAT
Bahasa Malaysia  Ting. 1 KBSM  Pemahaman Teks 
5 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.
Praktis PT3 Aku
Baca sajak di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat
anda sendiri.
Tidak ada manusia lain
di pantai ini
kecuali diriku.
Kususur pasir panjang
sambil kubayangkan
aku ini Adam.
Hari inilah aku tercipta
dan pertama kali melihat
laut, langit, dan pohon.
Kelmarin aku belum ada
tidak terdengar olehku
bunyi ombak itu.
Tidak terasa olehku
sentuhan angin ini
bertiup di mana-mana.
Bahkan aku tidak tahu
kulit kerang dan ru
pernah wujud di sini.
Tuhan
aku percaya Kau Pencipta
kerana aku baru ada.
(Dipetik daripada antologi
Kuingin Berterima Kasih, halaman 13)
(i)	 Berdasarkan sajak Aku, apakah yang dilihat oleh penyajak di pantai itu?
(ii)	 Nyatakan tema dan dua persoalan sajak tersebut.
(iii)	 Pada pendapat anda, apakah faktor-faktor yang menyebabkan pencemaran laut? KBAT
  Bahasa Malaysia  Ting. 1 KBSM  Pemahaman Teks
6© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.
Praktis PT3 Kunci Bahasa
Baca sajak di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat
anda sendiri.
Bahasa bermaruah
tidak berbilur bahasa di lidah.
Bahasa berbuah
tidak kering bahasa diperah.
Bahasa bersejarah
tidak luput bahasa bertingkah.
Bahasa berwasilah
tidak putus jambatan ukhuwah.
Bahasa berbudi sudah
tidak lokek pada ummah.
Bahasa begitu indah
tidak habis berbahasa bermadah.
(Dipetik daripada antologi
Kuingin Berterima Kasih, halaman 15)
(i)	 Berdasarkan rangkap ketiga, keempat, dan kelima sajak Kunci Bahasa, apakah ciri-ciri bahasa yang
dinyatakan oleh penyajak?
(ii)	Nyatakan dua gaya bahasa sajak tersebut.
	
(iii)	 Pada pendapat anda, apakah langkah-langkah untuk memartabatkan bahasa? KBAT
Bahasa Malaysia  Ting. 1 KBSM  Pemahaman Teks 
7 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.
Praktis PT3 Asal Padi
Baca prosa tradisional di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan
menggunakan ayat anda sendiri.
	 Berkata lagi tuannya, “Jikalau demikian, pergilah engkau bersama-sama dengan Si Tekuri.
Jikalau nanti ternyata bahawa di bumi ada padi, maka Si Tekuri akan membunuhmu. Akan tetapi
sebaliknya jikalau di bumi masih belum ada padi, maka engkaulah yang membunuh Si Tekuri.”
	 Setelah orang kayangan itu berkata demikian, maka berangkatlah Si Tekuri bersama-sama
dengan burung pipit itu untuk melihat apakah ada padi yang tumbuh di bumi? Mereka pun
sampailah di bumi dan ternyata bahawa laporan Si Burung Pipit itu tidak benar. Ternyata bahawa
di bumi banyak padi yang tumbuh, bahkan sedang berbuah. Mereka bertengkar, lalu berlagalah
burung tekuri dan burung pipit itu. Burung pipit itu kalah, kerana memang ia ada di pihak yang
salah. Kerongkongnya disepit keras-keras, hanya temboloknya yang berputar ke arah tengkuknya.
Itulah mula sebabnya tembolok burung pipit itu ada di bahagian tengkuknya. Demikianlah cerita
asal mulanya padi ada dan tumbuh di bumi kita ini.
(Dipetik daripada prosa tradisional Asal Padi,
antologi Kuingin Berterima Kasih, halaman 27 – 28)
(i)	 Mengapakah Si Tekuri turun ke bumi?
(ii)	Nyatakan dua latar tempat dan contoh peristiwa yang terdapat dalam petikan tersebut.
(iii)	 Pada pendapat anda, apakah faedah-faedah membaca cerita asal usul? KBAT
  Bahasa Malaysia  Ting. 1 KBSM  Pemahaman Teks
8© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.
Praktis PT3 Oren
Baca cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat
anda sendiri.
	 Sekarang dia hanya menunggu kepulangan Oren. Dia ingin mengotakan janjinya kepada
dirinya dahulu sewaktu membawa Oren pulang. Dahulu, dia berjanji untuk memelihara Oren
seperti anaknya sendiri. Janjinya itu adalah untuk menebus kesalahan dirinya yang mengakibatkan
Oren kehilangan ibunya. Segala egonya dahulu yang tidak membenarkan anak-anaknya memelihara
kucing telah dipadamkan. Sebaliknya, dia yang membawa Oren pulang ke rumah.
	 Tetapi dia tidak menyangka bahawa selepas kehadiran Oren dia akan membawa pulang Kelabu
sebagai sebahagian daripada ahli keluarganya. Kelabu ditemukan sewaktu anak kucing jantan itu
mengekorinya yang sedang menuju ke kereta dan hendak pulang ke rumah. Dia memungut Kelabu
untuk menjadi teman Oren bermain.
	 Pada mulanya, dia menyamaratakan kasih sayangnya kepada kedua-duanya. Setelah dia
melihat Kelabu menunjukkan reaksi yang lebih manja daripada Oren dan sering menarik perhatian,
mereka sekeluarga lebih suka akan Kelabu. Oren yang lebih suka menyendiri dan pendiam semakin
tersisih.
(Dipetik daripada cerpen Oren,
antologi Kuingin Berterima Kasih, halaman 37)
(i)	 Berdasarkan petikan cerpen di atas, mengapakah ayah sekeluarga menyayangi Kelabu lebih
daripada Oren?
(ii)	Nyatakan dua perwatakan ayah berdasarkan petikan di atas.
(iii)	 Pada pendapat anda, apakah faedah-faedah memelihara binatang kesayangan? KBAT
Bahasa Malaysia  Ting. 1 KBSM  Pemahaman Teks 
9 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.
Praktis PT3 Hadiah (... atas kejayaan para guru menghasilkan Aku)
Baca cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat
anda sendiri.
	 “Tak payahlah Zizah, menyusahkan kamu saja,”
	 “Tak apa, akan saya belikan juga hadiah yang menarik.”
	 Namun, sampai kini Azizah tidak tahu hadiah apa yang boleh dibelinya. Fikirannya buntu.
Perasaannya menjadi hiba apabila memikirkan rakan-rakannya yang telah siap dengan hadiah
masing-masing. Mahal-mahal belaka. Yang menambahkan kerisauannya lagi ialah Sambutan Hari
Guru semakin hampir.
	 Azizah membuka tabung arnabnya yang dihadiahkan oleh Abang Azman sebelum pergi ke
Universiti Teknologi Mara setahun yang lalu. Azizah mengira wang yang terkumpul di dalam
tabungnya. Wang yang ada belum cukup dua ringgit. Azizah selalu menggunakan wang tabungnya
untuk pelbagai belanja. Ini menyebabkan wang tabungnya tidak bertambah.
	 Cukupkah dengan dua ringgit? Nak beli apa? Sapu tangan? Sehelai sapu tangan harganya
dua ringgit lapan puluh sen. Azizah melihat sapu tangan yang berbunga orkid kecil itu di pekan
sewaktu dia keluar ke pasar malam minggu lalu. Untuk beli yang paling murah, Azizah berasa
malu, takut diejek oleh Hamidah nanti.
	 “Nak beli apa? Kalau majalah, cikgu selalu baca di pusat sumber, lagipun majalah juga mahal.
Harganya tiga ringgit lima puluh sen senaskhah. Nak beli apa ya?” fikir Azizah.
(Dipetik daripada cerpen Hadiah…(atas kejayaan para guru menghasilkan Aku),
antologi Kuingin Berterima Kasih, halaman 46)
(i)	 Berdasarkan petikan cerpen di atas, mengapakah Azizah sangat risau?
(ii)	Nyatakan tiga teknik plot yang terdapat dalam petikan tersebut.
(iii)	 Pada pendapat anda, bagaimanakah seseorang murid itu dapat mengambil hati guru? KBAT
  Bahasa Malaysia  Ting. 1 KBSM  Pemahaman Teks
10© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.
Praktis PT3 Kuih Bakul Limau Mandarin
Baca cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat
anda sendiri.
	 “Dia anak kita,” Sim Pau membalas.
	 “Dia bukan anak aku,” Lim Pooi masih berada dalam kandang kemarahan. Begitu keras dia
menyatakan bahawa Lim Meng bukan anaknya, bukan daripada benih yang disemainya bersama-
sama dengan Sim Pau. Dia yang berada di atas kerusi malas terus menggerakkan kerusi itu. Bebola
matanya sedikit pun tidak menangkap wajah Sim Pau yang sedang bercakap dengannya.
	 Sim Pau seakan-akan terkunci mulutnya. Air matanya sudah tiada nilai lagi bagi Lim Pooi.
Sedikit pun air mata itu tidak dapat menyejukkan hati Lim Pooi. Lim Pooi memang berhati kering.
Dia tidak mudah tersentuh dengan hidangan air mata yang melimpah-ruah.
	 “Anak aku dah meninggal dunia.” Ketika Lim Pooi mengeluarkan kata-kata itu ada nada
sebu menyerbu hatinya. Sim Pau dapat merasainya.
	 “Sejak dia lahir, semuanya jadi haru-biru. Perniagaan aku lingkup. Banyak kecurian yang
berlaku. Hidup aku tak tenang dan kerana dialah Lim Foong meninggal dunia.” Walau apa-apa
pun, Lim Pooi tetap menyalahkan Lim Meng.
(Dipetik daripada cerpen Kuih Bakul Limau Mandarin,
antologi Kuingin Berterima Kasih, halaman 55 – 56)
(i)	 Berdasarkan petikan cerpen di atas, mengapakah Lim Pooi tidak mengaku Lim Meng itu anaknya?
(ii)	Nyatakan tiga gaya bahasa yang terdapat dalam petikan tersebut.
(iii)	 Pada pendapat anda, apakah kesan-kesan negatif mempercayai tilikan? KBAT
Bahasa Malaysia  Ting. 1 KBSM  Pemahaman Teks 
11 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.
Praktis PT3 Hadiah
Baca drama di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat
anda sendiri.
HAYATI: (Bersalaman dengan ibu dan datuknya) Apa khabar, mak? Apa khabar, tuk? Ada mak terima
surat Yati?
FAUZIAH: Ada, Yati. Sudahkah kamu memberitahu guru asrama bahawa kamu hendak balik
hari ini?
HAYATI: Sudah, mak. Yati sudah memberitahunya dan Yati telah menceritakan segala-galanya.
PAK MAIL: Eloklah begitu, Yati. Kamu mesti memberitahu guru asrama, kalau tidak, susah pula
orang di sana. Tentang hal persekolahan, janganlah kamu bimbang. Datuk akan ikhtiarkan.
HAYATI: Adakah peluang Yati untuk meneruskan pelajaran di sekolah itu, tuk?
PAK MAIL: Tuk akan ikhtiarkan, Yati. Pada pagi tadi tuk sudah berjumpa dengan Datuk Penghulu.
Tuk terangkan masalah kita.
HAYATI: Di sekolah pun Yati sudah memberitahu Guru Besar, tuk. Beliau telah berjanji untuk
menolong Yati.
PAK MAIL: Bagulah, Yati. Moga-moga Tuhan akan menolong kita.
FAUZIAH: Pergilah masuk, Yati. Tukar pakaian itu. Kalau engkau lapar, nasi ada di dapur.
HAYATI: Mak dan datuk sudah makan?
FAUZIAH: Datuk kamu sudah makan tadi. Kalau kamu nak makan, makanlah dulu. Mak akan
makan kemudian.
(Dipetik daripada drama Hadiah,
antologi Kuingin Berterima Kasih, halaman 70 – 71)
(i)	 Berdasarkan petikan drama di atas, apakah usaha-usaha yang dilakukan untuk meneruskan
persekolahan Hayati?
(ii)	Nyatakan tiga nilai murni yang terdapat dalam petikan tersebut.
(iii)	 Pada pendapat anda, apakah kebaikan tinggal di asrama? KBAT
  Bahasa Malaysia  Ting. 1 KBSM  Pemahaman Teks
12© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.
Praktis PT3 Novel
Jawapan anda hendaklah berdasarkan satu daripada novel yang telah anda kaji di Tingkatan 1.
(i)	 Pelari Muda karya Ghazali Ngah Azia
(ii)	 Destinasi Impian karya Mohd Ismail Sarbini
(iii)	 Formula Termodinamik karya Obasiah Haji Usman
(iv)	 Sejambak Bakti karya Rejab F.I
	1.	 Berdasarkan sebuah novel yang anda telah kaji, nyatakan tema dan contoh-contoh peristiwa yang
menunjukkan tema novel tersebut.
	
	2.	 Berdasarkan sebuah novel yang anda telah kaji, nyatakan tiga persoalan dan contoh-contoh yang
sesuai bagi setiap persoalan tersebut.
Bahasa Malaysia  Ting. 1 KBSM  Pemahaman Teks 
13 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.
	3.	 Berdasarkan sebuah novel yang anda telah kaji, huraikan tiga contoh peristiwa yang menggambarkan
sifat yang terdapat dalam diri watak utama.
	4.	 Berdasarkan sebuah novel yang anda telah kaji, pilih satu watak sampingan dalam novel tersebut
dan huraikan tiga perwatakannya.
  Bahasa Malaysia  Ting. 1 KBSM  Pemahaman Teks
14© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.
	5.	 Berdasarkan sebuah novel yang anda telah kaji, huraikan tiga latar masyarakat yang terdapat
dalam novel tersebut. Berikan satu contoh peristiwa bagi setiap latar masyarakat tersebut.
	6.	 Berdasarkan novel yang anda kaji, nyatakan tiga latar tempat berserta peristiwa yang berlaku di
situ.

More Related Content

What's hot

Contoh kertas 1&2 BM PT3 2019
Contoh kertas 1&2 BM PT3 2019Contoh kertas 1&2 BM PT3 2019
Contoh kertas 1&2 BM PT3 2019LatiSigub
 
Contoh karangan jenis fakta (1)
Contoh karangan jenis fakta (1)Contoh karangan jenis fakta (1)
Contoh karangan jenis fakta (1)Vivian Wmn
 
Kata ganti nama diri (bahasa istana)
Kata ganti nama diri  (bahasa istana)Kata ganti nama diri  (bahasa istana)
Kata ganti nama diri (bahasa istana)Bong Shuying
 
Contoh karangan-Pengalaman
Contoh karangan-PengalamanContoh karangan-Pengalaman
Contoh karangan-Pengalamanvijayaletchumy
 
Latihan kesalahan ejaan 2
Latihan kesalahan ejaan 2Latihan kesalahan ejaan 2
Latihan kesalahan ejaan 2kevinyok01
 
Latihan Peribahasa Grafik
Latihan Peribahasa Grafik Latihan Peribahasa Grafik
Latihan Peribahasa Grafik cik bunga
 
Pemotong kayu yang jujur
Pemotong kayu yang jujurPemotong kayu yang jujur
Pemotong kayu yang jujurJaiho Jambari
 
Modul 11-kesilapan-ejaan-kata
Modul 11-kesilapan-ejaan-kataModul 11-kesilapan-ejaan-kata
Modul 11-kesilapan-ejaan-kataBotol Budu
 
Latihan tatabahasa kata hubung tahun 2
Latihan tatabahasa kata hubung tahun 2Latihan tatabahasa kata hubung tahun 2
Latihan tatabahasa kata hubung tahun 2Adrian Melepong
 
Esei tahun 6 (latest)
Esei tahun 6 (latest)Esei tahun 6 (latest)
Esei tahun 6 (latest)Bong Shuying
 
Latihan simpulan bahasa UNTUK BAHASA MALAYSIA THN 2 & 3
Latihan simpulan bahasa UNTUK BAHASA MALAYSIA THN 2 & 3Latihan simpulan bahasa UNTUK BAHASA MALAYSIA THN 2 & 3
Latihan simpulan bahasa UNTUK BAHASA MALAYSIA THN 2 & 3Kak Min Min
 
Ulangkaji: kata adjektif
Ulangkaji: kata adjektifUlangkaji: kata adjektif
Ulangkaji: kata adjektifshirleyku
 
Ayat Majmuk
Ayat MajmukAyat Majmuk
Ayat MajmukMat Yuih
 

What's hot (20)

Cerita teladan
Cerita teladanCerita teladan
Cerita teladan
 
Kata Ganda
Kata GandaKata Ganda
Kata Ganda
 
Contoh kertas 1&2 BM PT3 2019
Contoh kertas 1&2 BM PT3 2019Contoh kertas 1&2 BM PT3 2019
Contoh kertas 1&2 BM PT3 2019
 
Contoh karangan jenis fakta (1)
Contoh karangan jenis fakta (1)Contoh karangan jenis fakta (1)
Contoh karangan jenis fakta (1)
 
Imbuhan Ber
Imbuhan BerImbuhan Ber
Imbuhan Ber
 
Kata ganti nama diri (bahasa istana)
Kata ganti nama diri  (bahasa istana)Kata ganti nama diri  (bahasa istana)
Kata ganti nama diri (bahasa istana)
 
Ayat sama maksud
Ayat sama maksudAyat sama maksud
Ayat sama maksud
 
Contoh karangan-Pengalaman
Contoh karangan-PengalamanContoh karangan-Pengalaman
Contoh karangan-Pengalaman
 
Bm tahun 5 pemahaman
Bm tahun 5 pemahamanBm tahun 5 pemahaman
Bm tahun 5 pemahaman
 
Latihan kesalahan ejaan 2
Latihan kesalahan ejaan 2Latihan kesalahan ejaan 2
Latihan kesalahan ejaan 2
 
Latihan Peribahasa Grafik
Latihan Peribahasa Grafik Latihan Peribahasa Grafik
Latihan Peribahasa Grafik
 
Pemotong kayu yang jujur
Pemotong kayu yang jujurPemotong kayu yang jujur
Pemotong kayu yang jujur
 
Modul 11-kesilapan-ejaan-kata
Modul 11-kesilapan-ejaan-kataModul 11-kesilapan-ejaan-kata
Modul 11-kesilapan-ejaan-kata
 
Latihan tatabahasa kata hubung tahun 2
Latihan tatabahasa kata hubung tahun 2Latihan tatabahasa kata hubung tahun 2
Latihan tatabahasa kata hubung tahun 2
 
Esei tahun 6 (latest)
Esei tahun 6 (latest)Esei tahun 6 (latest)
Esei tahun 6 (latest)
 
Latihan simpulan bahasa UNTUK BAHASA MALAYSIA THN 2 & 3
Latihan simpulan bahasa UNTUK BAHASA MALAYSIA THN 2 & 3Latihan simpulan bahasa UNTUK BAHASA MALAYSIA THN 2 & 3
Latihan simpulan bahasa UNTUK BAHASA MALAYSIA THN 2 & 3
 
Ulangkaji: kata adjektif
Ulangkaji: kata adjektifUlangkaji: kata adjektif
Ulangkaji: kata adjektif
 
Ayat Majmuk
Ayat MajmukAyat Majmuk
Ayat Majmuk
 
Simpulan bahasa
Simpulan bahasaSimpulan bahasa
Simpulan bahasa
 
imbuhan akhiran
 imbuhan akhiran imbuhan akhiran
imbuhan akhiran
 

Similar to HADIAH

Uji Coba Ujian Nasional (UCUN) 1 2017-2018 Paket A BAHASA INDONESIA
Uji Coba Ujian Nasional (UCUN) 1 2017-2018 Paket A BAHASA INDONESIAUji Coba Ujian Nasional (UCUN) 1 2017-2018 Paket A BAHASA INDONESIA
Uji Coba Ujian Nasional (UCUN) 1 2017-2018 Paket A BAHASA INDONESIAAmphie Yuurisman
 
Modul 4 UN bahasa Indonesia 2013 2014
Modul 4 UN bahasa Indonesia 2013 2014Modul 4 UN bahasa Indonesia 2013 2014
Modul 4 UN bahasa Indonesia 2013 2014ekraisira
 
Pembahasan contoh Teks anekdot
Pembahasan contoh Teks anekdot Pembahasan contoh Teks anekdot
Pembahasan contoh Teks anekdot lissura chatami
 
kuis online.docx
kuis online.docxkuis online.docx
kuis online.docxGoldaMair2
 
Refleksi teks cerita fabel
Refleksi teks cerita fabelRefleksi teks cerita fabel
Refleksi teks cerita fabelTriyono Untung
 
REFLEKSI TEKS CERITA FABEL Kur 2013
REFLEKSI TEKS CERITA FABEL Kur 2013REFLEKSI TEKS CERITA FABEL Kur 2013
REFLEKSI TEKS CERITA FABEL Kur 2013Triyono Untung
 
Refleksi teks cerita fabel
Refleksi teks cerita fabelRefleksi teks cerita fabel
Refleksi teks cerita fabelTriyono Untung
 
Refleksi teks cerita fabel
Refleksi teks cerita fabelRefleksi teks cerita fabel
Refleksi teks cerita fabelTriyono Untung
 
Teks cerita fantasi
Teks cerita fantasiTeks cerita fantasi
Teks cerita fantasipudjotri
 
Cara Menulis Cerpen.pptx
Cara Menulis Cerpen.pptxCara Menulis Cerpen.pptx
Cara Menulis Cerpen.pptxsummerhare05
 
Novel & Komsas
Novel & KomsasNovel & Komsas
Novel & Komsasjigy lulu
 
Apakah yang dimaksud dengan fabel (autosaved)
Apakah yang dimaksud dengan fabel (autosaved)Apakah yang dimaksud dengan fabel (autosaved)
Apakah yang dimaksud dengan fabel (autosaved)Widiya Ocek
 
Refleksi 1 ;BAB I : TEKS FABEL
Refleksi 1 ;BAB I :  TEKS FABELRefleksi 1 ;BAB I :  TEKS FABEL
Refleksi 1 ;BAB I : TEKS FABELPhaphy Wahyudhi
 
Ensiklopedia sastra indonesia sd smp
Ensiklopedia sastra indonesia sd smpEnsiklopedia sastra indonesia sd smp
Ensiklopedia sastra indonesia sd smpDhek Prasetya
 

Similar to HADIAH (20)

Uji Coba Ujian Nasional (UCUN) 1 2017-2018 Paket A BAHASA INDONESIA
Uji Coba Ujian Nasional (UCUN) 1 2017-2018 Paket A BAHASA INDONESIAUji Coba Ujian Nasional (UCUN) 1 2017-2018 Paket A BAHASA INDONESIA
Uji Coba Ujian Nasional (UCUN) 1 2017-2018 Paket A BAHASA INDONESIA
 
Soal analisis sastra
Soal analisis sastraSoal analisis sastra
Soal analisis sastra
 
Cerpen
CerpenCerpen
Cerpen
 
Modul 4 UN bahasa Indonesia 2013 2014
Modul 4 UN bahasa Indonesia 2013 2014Modul 4 UN bahasa Indonesia 2013 2014
Modul 4 UN bahasa Indonesia 2013 2014
 
Pembahasan contoh Teks anekdot
Pembahasan contoh Teks anekdot Pembahasan contoh Teks anekdot
Pembahasan contoh Teks anekdot
 
kuis online.docx
kuis online.docxkuis online.docx
kuis online.docx
 
T4 s3p2
T4 s3p2T4 s3p2
T4 s3p2
 
B.indo 7
B.indo 7B.indo 7
B.indo 7
 
Refleksi teks cerita fabel
Refleksi teks cerita fabelRefleksi teks cerita fabel
Refleksi teks cerita fabel
 
REFLEKSI TEKS CERITA FABEL Kur 2013
REFLEKSI TEKS CERITA FABEL Kur 2013REFLEKSI TEKS CERITA FABEL Kur 2013
REFLEKSI TEKS CERITA FABEL Kur 2013
 
Refleksi teks cerita fabel
Refleksi teks cerita fabelRefleksi teks cerita fabel
Refleksi teks cerita fabel
 
Refleksi teks cerita fabel
Refleksi teks cerita fabelRefleksi teks cerita fabel
Refleksi teks cerita fabel
 
Kd 3.4 part 1 kelas 7
Kd 3.4 part 1 kelas 7Kd 3.4 part 1 kelas 7
Kd 3.4 part 1 kelas 7
 
Teks cerita fantasi
Teks cerita fantasiTeks cerita fantasi
Teks cerita fantasi
 
Bin7 bab2
Bin7 bab2Bin7 bab2
Bin7 bab2
 
Cara Menulis Cerpen.pptx
Cara Menulis Cerpen.pptxCara Menulis Cerpen.pptx
Cara Menulis Cerpen.pptx
 
Novel & Komsas
Novel & KomsasNovel & Komsas
Novel & Komsas
 
Apakah yang dimaksud dengan fabel (autosaved)
Apakah yang dimaksud dengan fabel (autosaved)Apakah yang dimaksud dengan fabel (autosaved)
Apakah yang dimaksud dengan fabel (autosaved)
 
Refleksi 1 ;BAB I : TEKS FABEL
Refleksi 1 ;BAB I :  TEKS FABELRefleksi 1 ;BAB I :  TEKS FABEL
Refleksi 1 ;BAB I : TEKS FABEL
 
Ensiklopedia sastra indonesia sd smp
Ensiklopedia sastra indonesia sd smpEnsiklopedia sastra indonesia sd smp
Ensiklopedia sastra indonesia sd smp
 

More from Ribena Jaja

Ajk dan pegawai bertugas 2016
Ajk dan pegawai bertugas 2016Ajk dan pegawai bertugas 2016
Ajk dan pegawai bertugas 2016Ribena Jaja
 
Maksud sajak kuingin berterima kasih
Maksud sajak   kuingin berterima kasihMaksud sajak   kuingin berterima kasih
Maksud sajak kuingin berterima kasihRibena Jaja
 
Kita umpama sehelai
Kita umpama sehelaiKita umpama sehelai
Kita umpama sehelaiRibena Jaja
 
Ujian akhir thn sm mary moral
Ujian akhir thn sm mary moralUjian akhir thn sm mary moral
Ujian akhir thn sm mary moralRibena Jaja
 

More from Ribena Jaja (6)

5.03.18 9.3.18
5.03.18 9.3.185.03.18 9.3.18
5.03.18 9.3.18
 
Ajk dan pegawai bertugas 2016
Ajk dan pegawai bertugas 2016Ajk dan pegawai bertugas 2016
Ajk dan pegawai bertugas 2016
 
Maksud sajak kuingin berterima kasih
Maksud sajak   kuingin berterima kasihMaksud sajak   kuingin berterima kasih
Maksud sajak kuingin berterima kasih
 
Kita umpama sehelai
Kita umpama sehelaiKita umpama sehelai
Kita umpama sehelai
 
Ujian akhir thn sm mary moral
Ujian akhir thn sm mary moralUjian akhir thn sm mary moral
Ujian akhir thn sm mary moral
 
4
44
4
 

Recently uploaded

LAPORAN PKP KESELURUHAN BAB 1-5 NURUL HUSNA.pdf
LAPORAN PKP KESELURUHAN BAB 1-5 NURUL HUSNA.pdfLAPORAN PKP KESELURUHAN BAB 1-5 NURUL HUSNA.pdf
LAPORAN PKP KESELURUHAN BAB 1-5 NURUL HUSNA.pdfChrodtianTian
 
Wawasan Nusantara sebagai satu kesatuan, politik, ekonomi, sosial, budaya, d...
Wawasan Nusantara  sebagai satu kesatuan, politik, ekonomi, sosial, budaya, d...Wawasan Nusantara  sebagai satu kesatuan, politik, ekonomi, sosial, budaya, d...
Wawasan Nusantara sebagai satu kesatuan, politik, ekonomi, sosial, budaya, d...MarwanAnugrah
 
AKSI NYATA MODUL 1.2-1 untuk pendidikan guru penggerak.pptx
AKSI NYATA MODUL 1.2-1 untuk pendidikan guru penggerak.pptxAKSI NYATA MODUL 1.2-1 untuk pendidikan guru penggerak.pptx
AKSI NYATA MODUL 1.2-1 untuk pendidikan guru penggerak.pptxWirionSembiring2
 
TUGAS GURU PENGGERAK Aksi Nyata Modul 1.1.pdf
TUGAS GURU PENGGERAK Aksi Nyata Modul 1.1.pdfTUGAS GURU PENGGERAK Aksi Nyata Modul 1.1.pdf
TUGAS GURU PENGGERAK Aksi Nyata Modul 1.1.pdfElaAditya
 
Kelompok 4 : Karakteristik Negara Inggris
Kelompok 4 : Karakteristik Negara InggrisKelompok 4 : Karakteristik Negara Inggris
Kelompok 4 : Karakteristik Negara InggrisNazla aulia
 
PPT Integrasi Islam & Ilmu Pengetahuan.pptx
PPT Integrasi Islam & Ilmu Pengetahuan.pptxPPT Integrasi Islam & Ilmu Pengetahuan.pptx
PPT Integrasi Islam & Ilmu Pengetahuan.pptxnerow98
 
Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptx
Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptxMateri Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptx
Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptxRezaWahyuni6
 
MATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATAS
MATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATASMATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATAS
MATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATASKurniawan Dirham
 
Panduan Substansi_ Pengelolaan Kinerja Kepala Sekolah Tahap Pelaksanaan.pptx
Panduan Substansi_ Pengelolaan Kinerja Kepala Sekolah Tahap Pelaksanaan.pptxPanduan Substansi_ Pengelolaan Kinerja Kepala Sekolah Tahap Pelaksanaan.pptx
Panduan Substansi_ Pengelolaan Kinerja Kepala Sekolah Tahap Pelaksanaan.pptxsudianaade137
 
PPT_AKUNTANSI_PAJAK_ATAS_ASET_TETAP.pptx
PPT_AKUNTANSI_PAJAK_ATAS_ASET_TETAP.pptxPPT_AKUNTANSI_PAJAK_ATAS_ASET_TETAP.pptx
PPT_AKUNTANSI_PAJAK_ATAS_ASET_TETAP.pptxalalfardilah
 
AKSI NYATA Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di Kelas (1).pdf
AKSI NYATA Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di Kelas (1).pdfAKSI NYATA Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di Kelas (1).pdf
AKSI NYATA Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di Kelas (1).pdfTaqdirAlfiandi1
 
Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5
Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5
Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5KIKI TRISNA MUKTI
 
Laporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMM
Laporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMMLaporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMM
Laporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMMmulyadia43
 
aku-dan-kebutuhanku-Kelas 4 SD Mapel IPAS
aku-dan-kebutuhanku-Kelas 4 SD Mapel IPASaku-dan-kebutuhanku-Kelas 4 SD Mapel IPAS
aku-dan-kebutuhanku-Kelas 4 SD Mapel IPASreskosatrio1
 
Model Manajemen Strategi Public Relations
Model Manajemen Strategi Public RelationsModel Manajemen Strategi Public Relations
Model Manajemen Strategi Public RelationsAdePutraTunggali
 
IPA Kelas 9 BAB 10 - www.ilmuguru.org.pptx
IPA Kelas 9 BAB 10 - www.ilmuguru.org.pptxIPA Kelas 9 BAB 10 - www.ilmuguru.org.pptx
IPA Kelas 9 BAB 10 - www.ilmuguru.org.pptxErikaPuspita10
 
DESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptx
DESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptxDESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptx
DESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptxFuzaAnggriana
 
PELAKSANAAN + Link2 Materi TRAINING "Effective SUPERVISORY & LEADERSHIP Sk...
PELAKSANAAN  + Link2 Materi TRAINING "Effective  SUPERVISORY &  LEADERSHIP Sk...PELAKSANAAN  + Link2 Materi TRAINING "Effective  SUPERVISORY &  LEADERSHIP Sk...
PELAKSANAAN + Link2 Materi TRAINING "Effective SUPERVISORY & LEADERSHIP Sk...Kanaidi ken
 
KONSEP KEBUTUHAN AKTIVITAS DAN LATIHAN.pptx
KONSEP KEBUTUHAN AKTIVITAS DAN LATIHAN.pptxKONSEP KEBUTUHAN AKTIVITAS DAN LATIHAN.pptx
KONSEP KEBUTUHAN AKTIVITAS DAN LATIHAN.pptxawaldarmawan3
 
Karakteristik Negara Brazil, Geografi Regional Dunia
Karakteristik Negara Brazil, Geografi Regional DuniaKarakteristik Negara Brazil, Geografi Regional Dunia
Karakteristik Negara Brazil, Geografi Regional DuniaNadia Putri Ayu
 

Recently uploaded (20)

LAPORAN PKP KESELURUHAN BAB 1-5 NURUL HUSNA.pdf
LAPORAN PKP KESELURUHAN BAB 1-5 NURUL HUSNA.pdfLAPORAN PKP KESELURUHAN BAB 1-5 NURUL HUSNA.pdf
LAPORAN PKP KESELURUHAN BAB 1-5 NURUL HUSNA.pdf
 
Wawasan Nusantara sebagai satu kesatuan, politik, ekonomi, sosial, budaya, d...
Wawasan Nusantara  sebagai satu kesatuan, politik, ekonomi, sosial, budaya, d...Wawasan Nusantara  sebagai satu kesatuan, politik, ekonomi, sosial, budaya, d...
Wawasan Nusantara sebagai satu kesatuan, politik, ekonomi, sosial, budaya, d...
 
AKSI NYATA MODUL 1.2-1 untuk pendidikan guru penggerak.pptx
AKSI NYATA MODUL 1.2-1 untuk pendidikan guru penggerak.pptxAKSI NYATA MODUL 1.2-1 untuk pendidikan guru penggerak.pptx
AKSI NYATA MODUL 1.2-1 untuk pendidikan guru penggerak.pptx
 
TUGAS GURU PENGGERAK Aksi Nyata Modul 1.1.pdf
TUGAS GURU PENGGERAK Aksi Nyata Modul 1.1.pdfTUGAS GURU PENGGERAK Aksi Nyata Modul 1.1.pdf
TUGAS GURU PENGGERAK Aksi Nyata Modul 1.1.pdf
 
Kelompok 4 : Karakteristik Negara Inggris
Kelompok 4 : Karakteristik Negara InggrisKelompok 4 : Karakteristik Negara Inggris
Kelompok 4 : Karakteristik Negara Inggris
 
PPT Integrasi Islam & Ilmu Pengetahuan.pptx
PPT Integrasi Islam & Ilmu Pengetahuan.pptxPPT Integrasi Islam & Ilmu Pengetahuan.pptx
PPT Integrasi Islam & Ilmu Pengetahuan.pptx
 
Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptx
Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptxMateri Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptx
Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptx
 
MATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATAS
MATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATASMATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATAS
MATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATAS
 
Panduan Substansi_ Pengelolaan Kinerja Kepala Sekolah Tahap Pelaksanaan.pptx
Panduan Substansi_ Pengelolaan Kinerja Kepala Sekolah Tahap Pelaksanaan.pptxPanduan Substansi_ Pengelolaan Kinerja Kepala Sekolah Tahap Pelaksanaan.pptx
Panduan Substansi_ Pengelolaan Kinerja Kepala Sekolah Tahap Pelaksanaan.pptx
 
PPT_AKUNTANSI_PAJAK_ATAS_ASET_TETAP.pptx
PPT_AKUNTANSI_PAJAK_ATAS_ASET_TETAP.pptxPPT_AKUNTANSI_PAJAK_ATAS_ASET_TETAP.pptx
PPT_AKUNTANSI_PAJAK_ATAS_ASET_TETAP.pptx
 
AKSI NYATA Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di Kelas (1).pdf
AKSI NYATA Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di Kelas (1).pdfAKSI NYATA Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di Kelas (1).pdf
AKSI NYATA Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di Kelas (1).pdf
 
Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5
Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5
Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5
 
Laporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMM
Laporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMMLaporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMM
Laporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMM
 
aku-dan-kebutuhanku-Kelas 4 SD Mapel IPAS
aku-dan-kebutuhanku-Kelas 4 SD Mapel IPASaku-dan-kebutuhanku-Kelas 4 SD Mapel IPAS
aku-dan-kebutuhanku-Kelas 4 SD Mapel IPAS
 
Model Manajemen Strategi Public Relations
Model Manajemen Strategi Public RelationsModel Manajemen Strategi Public Relations
Model Manajemen Strategi Public Relations
 
IPA Kelas 9 BAB 10 - www.ilmuguru.org.pptx
IPA Kelas 9 BAB 10 - www.ilmuguru.org.pptxIPA Kelas 9 BAB 10 - www.ilmuguru.org.pptx
IPA Kelas 9 BAB 10 - www.ilmuguru.org.pptx
 
DESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptx
DESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptxDESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptx
DESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptx
 
PELAKSANAAN + Link2 Materi TRAINING "Effective SUPERVISORY & LEADERSHIP Sk...
PELAKSANAAN  + Link2 Materi TRAINING "Effective  SUPERVISORY &  LEADERSHIP Sk...PELAKSANAAN  + Link2 Materi TRAINING "Effective  SUPERVISORY &  LEADERSHIP Sk...
PELAKSANAAN + Link2 Materi TRAINING "Effective SUPERVISORY & LEADERSHIP Sk...
 
KONSEP KEBUTUHAN AKTIVITAS DAN LATIHAN.pptx
KONSEP KEBUTUHAN AKTIVITAS DAN LATIHAN.pptxKONSEP KEBUTUHAN AKTIVITAS DAN LATIHAN.pptx
KONSEP KEBUTUHAN AKTIVITAS DAN LATIHAN.pptx
 
Karakteristik Negara Brazil, Geografi Regional Dunia
Karakteristik Negara Brazil, Geografi Regional DuniaKarakteristik Negara Brazil, Geografi Regional Dunia
Karakteristik Negara Brazil, Geografi Regional Dunia
 

HADIAH

  • 1. 1 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. Pemahaman Teks Praktis PT3 Pantun Dua Kerat (Nasihat) Baca pantun di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri. Berapa jauh wujud dengan sifat,   Sejauh lutut dengan pelipat. Sarang semut dalam gelap,   Orang selimut selalu lelap. Hitam-hitam pucuk kawa,   Sungguh hitam dipandang lawa. Emas, perak, tembaga, suasa,   Malas bergerak tidak merasa. Buah sintang buah senikul,   Satu memegang satu memikul. (Dipetik daripada antologi Kuingin Berterima Kasih, halaman 5) (i) Berikan maksud rangkap kedua Pantun Dua Kerat (Nasihat). (ii) Nyatakan dua unsur bunyi yang terdapat dalam pantun tersebut. (iii) Pada pendapat anda, apakah faedah-faedah hidup bekerjasama? KBAT
  • 2.   Bahasa Malaysia  Ting. 1 KBSM  Pemahaman Teks 2© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. Praktis PT3 Syair Pohon Buluh Baca syair di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri. Menara tinggi banyak bertingkat, Di sana tiada bilik bersekat, Tiada bertangga naik melekat, Mata mata menjaga segenap pangkat. Yang ada sedia panji-panji bendera, Hingga sampai ke kemuncak menara, Banyak ada ia bersaudara, Yang ada pula bersama gara. Selalu dipandang dilihat adanya, Tinggi rendah dijerat pangkatnya, Besar kecil ikat binanya, Terlalu kuat pula asasnya. Ikatnya licin di luar di dalam, Gelapnya di dalam seperti malam, Air tak tiris seperti kolam, Ikat tingkatnya tak nampak alam. (Dipetik daripada antologi Kuingin Berterima Kasih, halaman 6) (i) Berdasarkan rangkap ketiga Syair Pohon Buluh, nyatakan cara-cara memupuk semangat perpaduan dalam sesebuah masyarakat? (ii) Nyatakan tiga ciri syair berdasarkan syair tersebut. (iii) Pada pendapat anda, apakah akibat jika sesebuah masyarakat itu tidak mengamalkan nilai hidup bermasyarakat? KBAT
  • 3. Bahasa Malaysia  Ting. 1 KBSM  Pemahaman Teks  3 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. Praktis PT3 Kita Umpama Sehelai Daun Baca sajak di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri. kita umpama sehelai daun bertunas segar dihujung ranting lalu melebar dan merimbun tempat bercanda unggas meriang di bawah redup bebayang mentari andai kikir jasa dan bakti di mana lagi tempat bernaung dari tusukan bahang memijar unggar kecil tidak berkudrat kita umpama sehelai daun bakal kering sampai waktunya usahlah angkuh keupayaan diri sehingga lupa makhluk duafa ingin bernaung mencari hidup jadilah sehelai daun hijau menunas menyegar mata kering gugur menjadi baja (Dipetik daripada antologi Kuingin Berterima Kasih, halaman 11) (i) Berdasarkan rangkap pertama sajak Kita Umpama Sehelai Daun, nyatakan pendapat pengarang tentang manusia. (ii) Nyatakan tiga pengajaran yang terdapat dalam sajak tersebut. (iii) Pada pendapat anda, mengapakah kita dituntut mengamalkan akhlak yang terpuji dalam kehidupan seharian? KBAT
  • 4.   Bahasa Malaysia  Ting. 1 KBSM  Pemahaman Teks 4© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. Praktis PT3 Kuingin Berterima Kasih Baca sajak di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri. Sesekali kuingin berterima kasih kepadamu hujan bagai tetamu jiwa pun menjadi dingin api amarah menjadi terpadam. Sesekali kuingin menyemai budi kepadamu tanah yang hidup kerana perutmu setia menghamilkan rezeki buat petani. Sesekali kuingin berbisik kepadamu ikan-ikan yang riang liar di belantara samudera kerana sudi membebaskan cerita nelayan tua di pondoknya. Sesekali kuingin kalungkan kagum kepadamu pejuang negara kerana tanganmu pernah berdarah darah kesetiaan seorang warga kepada watan tercintanya. Sesekali kuingin pula menjadi bunga menebarkan keharuman di taman-taman keresahan hidup menyerahkan keinsafan kepada kangkuhan perang. Alangkah indahnya dunia andai semua merenung kekosongan hidup ini. (Dipetik daripada antologi Kuingin Berterima Kasih, halaman 12) (i) Berdasarkan sajak Kuingin Berterima Kasih, mengapakah penyajak ingin berterima kasih kepada hujan, tanah dan ikan? (ii) Nyatakan tiga nilai yang terdapat dalam sajak tersebut. (iii) Pada pendapat anda, mengapakah kita perlu mempunyai jati diri? KBAT
  • 5. Bahasa Malaysia  Ting. 1 KBSM  Pemahaman Teks  5 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. Praktis PT3 Aku Baca sajak di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri. Tidak ada manusia lain di pantai ini kecuali diriku. Kususur pasir panjang sambil kubayangkan aku ini Adam. Hari inilah aku tercipta dan pertama kali melihat laut, langit, dan pohon. Kelmarin aku belum ada tidak terdengar olehku bunyi ombak itu. Tidak terasa olehku sentuhan angin ini bertiup di mana-mana. Bahkan aku tidak tahu kulit kerang dan ru pernah wujud di sini. Tuhan aku percaya Kau Pencipta kerana aku baru ada. (Dipetik daripada antologi Kuingin Berterima Kasih, halaman 13) (i) Berdasarkan sajak Aku, apakah yang dilihat oleh penyajak di pantai itu? (ii) Nyatakan tema dan dua persoalan sajak tersebut. (iii) Pada pendapat anda, apakah faktor-faktor yang menyebabkan pencemaran laut? KBAT
  • 6.   Bahasa Malaysia  Ting. 1 KBSM  Pemahaman Teks 6© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. Praktis PT3 Kunci Bahasa Baca sajak di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri. Bahasa bermaruah tidak berbilur bahasa di lidah. Bahasa berbuah tidak kering bahasa diperah. Bahasa bersejarah tidak luput bahasa bertingkah. Bahasa berwasilah tidak putus jambatan ukhuwah. Bahasa berbudi sudah tidak lokek pada ummah. Bahasa begitu indah tidak habis berbahasa bermadah. (Dipetik daripada antologi Kuingin Berterima Kasih, halaman 15) (i) Berdasarkan rangkap ketiga, keempat, dan kelima sajak Kunci Bahasa, apakah ciri-ciri bahasa yang dinyatakan oleh penyajak? (ii) Nyatakan dua gaya bahasa sajak tersebut. (iii) Pada pendapat anda, apakah langkah-langkah untuk memartabatkan bahasa? KBAT
  • 7. Bahasa Malaysia  Ting. 1 KBSM  Pemahaman Teks  7 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. Praktis PT3 Asal Padi Baca prosa tradisional di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri. Berkata lagi tuannya, “Jikalau demikian, pergilah engkau bersama-sama dengan Si Tekuri. Jikalau nanti ternyata bahawa di bumi ada padi, maka Si Tekuri akan membunuhmu. Akan tetapi sebaliknya jikalau di bumi masih belum ada padi, maka engkaulah yang membunuh Si Tekuri.” Setelah orang kayangan itu berkata demikian, maka berangkatlah Si Tekuri bersama-sama dengan burung pipit itu untuk melihat apakah ada padi yang tumbuh di bumi? Mereka pun sampailah di bumi dan ternyata bahawa laporan Si Burung Pipit itu tidak benar. Ternyata bahawa di bumi banyak padi yang tumbuh, bahkan sedang berbuah. Mereka bertengkar, lalu berlagalah burung tekuri dan burung pipit itu. Burung pipit itu kalah, kerana memang ia ada di pihak yang salah. Kerongkongnya disepit keras-keras, hanya temboloknya yang berputar ke arah tengkuknya. Itulah mula sebabnya tembolok burung pipit itu ada di bahagian tengkuknya. Demikianlah cerita asal mulanya padi ada dan tumbuh di bumi kita ini. (Dipetik daripada prosa tradisional Asal Padi, antologi Kuingin Berterima Kasih, halaman 27 – 28) (i) Mengapakah Si Tekuri turun ke bumi? (ii) Nyatakan dua latar tempat dan contoh peristiwa yang terdapat dalam petikan tersebut. (iii) Pada pendapat anda, apakah faedah-faedah membaca cerita asal usul? KBAT
  • 8.   Bahasa Malaysia  Ting. 1 KBSM  Pemahaman Teks 8© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. Praktis PT3 Oren Baca cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri. Sekarang dia hanya menunggu kepulangan Oren. Dia ingin mengotakan janjinya kepada dirinya dahulu sewaktu membawa Oren pulang. Dahulu, dia berjanji untuk memelihara Oren seperti anaknya sendiri. Janjinya itu adalah untuk menebus kesalahan dirinya yang mengakibatkan Oren kehilangan ibunya. Segala egonya dahulu yang tidak membenarkan anak-anaknya memelihara kucing telah dipadamkan. Sebaliknya, dia yang membawa Oren pulang ke rumah. Tetapi dia tidak menyangka bahawa selepas kehadiran Oren dia akan membawa pulang Kelabu sebagai sebahagian daripada ahli keluarganya. Kelabu ditemukan sewaktu anak kucing jantan itu mengekorinya yang sedang menuju ke kereta dan hendak pulang ke rumah. Dia memungut Kelabu untuk menjadi teman Oren bermain. Pada mulanya, dia menyamaratakan kasih sayangnya kepada kedua-duanya. Setelah dia melihat Kelabu menunjukkan reaksi yang lebih manja daripada Oren dan sering menarik perhatian, mereka sekeluarga lebih suka akan Kelabu. Oren yang lebih suka menyendiri dan pendiam semakin tersisih. (Dipetik daripada cerpen Oren, antologi Kuingin Berterima Kasih, halaman 37) (i) Berdasarkan petikan cerpen di atas, mengapakah ayah sekeluarga menyayangi Kelabu lebih daripada Oren? (ii) Nyatakan dua perwatakan ayah berdasarkan petikan di atas. (iii) Pada pendapat anda, apakah faedah-faedah memelihara binatang kesayangan? KBAT
  • 9. Bahasa Malaysia  Ting. 1 KBSM  Pemahaman Teks  9 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. Praktis PT3 Hadiah (... atas kejayaan para guru menghasilkan Aku) Baca cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri. “Tak payahlah Zizah, menyusahkan kamu saja,” “Tak apa, akan saya belikan juga hadiah yang menarik.” Namun, sampai kini Azizah tidak tahu hadiah apa yang boleh dibelinya. Fikirannya buntu. Perasaannya menjadi hiba apabila memikirkan rakan-rakannya yang telah siap dengan hadiah masing-masing. Mahal-mahal belaka. Yang menambahkan kerisauannya lagi ialah Sambutan Hari Guru semakin hampir. Azizah membuka tabung arnabnya yang dihadiahkan oleh Abang Azman sebelum pergi ke Universiti Teknologi Mara setahun yang lalu. Azizah mengira wang yang terkumpul di dalam tabungnya. Wang yang ada belum cukup dua ringgit. Azizah selalu menggunakan wang tabungnya untuk pelbagai belanja. Ini menyebabkan wang tabungnya tidak bertambah. Cukupkah dengan dua ringgit? Nak beli apa? Sapu tangan? Sehelai sapu tangan harganya dua ringgit lapan puluh sen. Azizah melihat sapu tangan yang berbunga orkid kecil itu di pekan sewaktu dia keluar ke pasar malam minggu lalu. Untuk beli yang paling murah, Azizah berasa malu, takut diejek oleh Hamidah nanti. “Nak beli apa? Kalau majalah, cikgu selalu baca di pusat sumber, lagipun majalah juga mahal. Harganya tiga ringgit lima puluh sen senaskhah. Nak beli apa ya?” fikir Azizah. (Dipetik daripada cerpen Hadiah…(atas kejayaan para guru menghasilkan Aku), antologi Kuingin Berterima Kasih, halaman 46) (i) Berdasarkan petikan cerpen di atas, mengapakah Azizah sangat risau? (ii) Nyatakan tiga teknik plot yang terdapat dalam petikan tersebut. (iii) Pada pendapat anda, bagaimanakah seseorang murid itu dapat mengambil hati guru? KBAT
  • 10.   Bahasa Malaysia  Ting. 1 KBSM  Pemahaman Teks 10© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. Praktis PT3 Kuih Bakul Limau Mandarin Baca cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri. “Dia anak kita,” Sim Pau membalas. “Dia bukan anak aku,” Lim Pooi masih berada dalam kandang kemarahan. Begitu keras dia menyatakan bahawa Lim Meng bukan anaknya, bukan daripada benih yang disemainya bersama- sama dengan Sim Pau. Dia yang berada di atas kerusi malas terus menggerakkan kerusi itu. Bebola matanya sedikit pun tidak menangkap wajah Sim Pau yang sedang bercakap dengannya. Sim Pau seakan-akan terkunci mulutnya. Air matanya sudah tiada nilai lagi bagi Lim Pooi. Sedikit pun air mata itu tidak dapat menyejukkan hati Lim Pooi. Lim Pooi memang berhati kering. Dia tidak mudah tersentuh dengan hidangan air mata yang melimpah-ruah. “Anak aku dah meninggal dunia.” Ketika Lim Pooi mengeluarkan kata-kata itu ada nada sebu menyerbu hatinya. Sim Pau dapat merasainya. “Sejak dia lahir, semuanya jadi haru-biru. Perniagaan aku lingkup. Banyak kecurian yang berlaku. Hidup aku tak tenang dan kerana dialah Lim Foong meninggal dunia.” Walau apa-apa pun, Lim Pooi tetap menyalahkan Lim Meng. (Dipetik daripada cerpen Kuih Bakul Limau Mandarin, antologi Kuingin Berterima Kasih, halaman 55 – 56) (i) Berdasarkan petikan cerpen di atas, mengapakah Lim Pooi tidak mengaku Lim Meng itu anaknya? (ii) Nyatakan tiga gaya bahasa yang terdapat dalam petikan tersebut. (iii) Pada pendapat anda, apakah kesan-kesan negatif mempercayai tilikan? KBAT
  • 11. Bahasa Malaysia  Ting. 1 KBSM  Pemahaman Teks  11 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. Praktis PT3 Hadiah Baca drama di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri. HAYATI: (Bersalaman dengan ibu dan datuknya) Apa khabar, mak? Apa khabar, tuk? Ada mak terima surat Yati? FAUZIAH: Ada, Yati. Sudahkah kamu memberitahu guru asrama bahawa kamu hendak balik hari ini? HAYATI: Sudah, mak. Yati sudah memberitahunya dan Yati telah menceritakan segala-galanya. PAK MAIL: Eloklah begitu, Yati. Kamu mesti memberitahu guru asrama, kalau tidak, susah pula orang di sana. Tentang hal persekolahan, janganlah kamu bimbang. Datuk akan ikhtiarkan. HAYATI: Adakah peluang Yati untuk meneruskan pelajaran di sekolah itu, tuk? PAK MAIL: Tuk akan ikhtiarkan, Yati. Pada pagi tadi tuk sudah berjumpa dengan Datuk Penghulu. Tuk terangkan masalah kita. HAYATI: Di sekolah pun Yati sudah memberitahu Guru Besar, tuk. Beliau telah berjanji untuk menolong Yati. PAK MAIL: Bagulah, Yati. Moga-moga Tuhan akan menolong kita. FAUZIAH: Pergilah masuk, Yati. Tukar pakaian itu. Kalau engkau lapar, nasi ada di dapur. HAYATI: Mak dan datuk sudah makan? FAUZIAH: Datuk kamu sudah makan tadi. Kalau kamu nak makan, makanlah dulu. Mak akan makan kemudian. (Dipetik daripada drama Hadiah, antologi Kuingin Berterima Kasih, halaman 70 – 71) (i) Berdasarkan petikan drama di atas, apakah usaha-usaha yang dilakukan untuk meneruskan persekolahan Hayati? (ii) Nyatakan tiga nilai murni yang terdapat dalam petikan tersebut. (iii) Pada pendapat anda, apakah kebaikan tinggal di asrama? KBAT
  • 12.   Bahasa Malaysia  Ting. 1 KBSM  Pemahaman Teks 12© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. Praktis PT3 Novel Jawapan anda hendaklah berdasarkan satu daripada novel yang telah anda kaji di Tingkatan 1. (i) Pelari Muda karya Ghazali Ngah Azia (ii) Destinasi Impian karya Mohd Ismail Sarbini (iii) Formula Termodinamik karya Obasiah Haji Usman (iv) Sejambak Bakti karya Rejab F.I 1. Berdasarkan sebuah novel yang anda telah kaji, nyatakan tema dan contoh-contoh peristiwa yang menunjukkan tema novel tersebut. 2. Berdasarkan sebuah novel yang anda telah kaji, nyatakan tiga persoalan dan contoh-contoh yang sesuai bagi setiap persoalan tersebut.
  • 13. Bahasa Malaysia  Ting. 1 KBSM  Pemahaman Teks  13 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. 3. Berdasarkan sebuah novel yang anda telah kaji, huraikan tiga contoh peristiwa yang menggambarkan sifat yang terdapat dalam diri watak utama. 4. Berdasarkan sebuah novel yang anda telah kaji, pilih satu watak sampingan dalam novel tersebut dan huraikan tiga perwatakannya.
  • 14.   Bahasa Malaysia  Ting. 1 KBSM  Pemahaman Teks 14© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. 5. Berdasarkan sebuah novel yang anda telah kaji, huraikan tiga latar masyarakat yang terdapat dalam novel tersebut. Berikan satu contoh peristiwa bagi setiap latar masyarakat tersebut. 6. Berdasarkan novel yang anda kaji, nyatakan tiga latar tempat berserta peristiwa yang berlaku di situ.