Pengenalan Komsas

21,187 views

Published on

Published in: Education
0 Comments
11 Likes
Statistics
Notes
  • Be the first to comment

No Downloads
Views
Total views
21,187
On SlideShare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
12
Actions
Shares
0
Downloads
618
Comments
0
Likes
11
Embeds 0
No embeds

No notes for slide

Pengenalan Komsas

  1. 1. GENRE SASTERA Novel CerpenSajak GENRE Drama SASTERA Puisi Tradisional Prosa Klasik Pantun Cerita Beringkai Syair Mitos Gurindam Legenda Seloka Epik Melayu Talibun Epik Hindu Nazam Mantera Peribahasa Berangkap
  2. 2. PENGHAYATAN TEKS SASTERAPersoalan Persoalan TEMAPersoalan Persoalankekeluargaan Kehidupan kemasyarakatan percintaan agama PLOT Susunan peristiwa Jenis Plot Binaan Plot Kronologi Permulaan Tidak Kronologi Perkembangan Puncak Peleraian
  3. 3. Binaan Plot LATAR Latar belakang cerita Binaan Plot Binaan Plot WATAK pelaku WATAK Pelukisan watak Watak Utama : Watak penting yang menggerakkan cerita Watak Sampingan :Watak pembantu; lebih kecil peranannya daripada peranan watak utama Watak Bundar : Kompleks sifatnya; terlihat amat berbeza daripada sifat watak lain Watak Pipih :Watak pembantu; lebih kecil peranannya daripada peranan watak utama Watak Dinamik: Berkembang dan berubah dari segi aksi, emosi, dan fikiran Watak Statik : Tiada perubahan; fikirannya tidak berkembang dari mula hingga akhir Watak Kodi :Watak konvensional, misalnya nenek kebayan; sedikit sifat tersendirinya, terlalu banyak sifat stereotaipnya
  4. 4. MAKSUD KARYA SASTERAKarya adalah sesuatu idea yang bernas yang disampaikan oleh pengarang. Pemikiran juga dapatdikesani secara tersirat atau tersurat. Kebiasaannya, sesebuah karya yang baik mempunyaipemikiran yang bernas, ada falsafah, ada kias dan sindiran.TEMA Tema ialah gambaran tentang gagasan, fikiran atau persoalan pokok yang menjadi tunjang sesebuah cerita atau persoalan utama yang diutarakan atau dikemukakan oleh pengarang sesebuah karya ataupun isi atau inti pemikiran yang ingin disampaikan oleh pengarang. Tema ialah persoalan pokok yang didiberikan penekanan oleh pengarang sesebuah karya. Terdapat hanya ada satu tema dalam sesebuah karya sama ada sajak, puisi tradisional, cerpen atau prosa tradisional.PEMIKIRAN 1. Pemikiran ialah persoalan pokok atau persoalan utama yang menaungi sesebuah karya drama. Dengan kata lain, pemikiran dalam drama dapatlah disama erti dengan tema dalam cerpen atau novel. 2. Dalam sesebuah karya drama,hanya terdapat satu sahaja pemikiran. Maka, oleh sebab itulah pemikiran dirumuskan sebagai tema utama yang menaungi seluruh karya drama tersebut. 3. Lazimnya, pemikiran sesebuah karya drama terdiri daripada kasih sayang, pengorbanan, ketabahan, kegigihan, kemasyarakatan, percintaan, kekeluargaan, dan keagamaan.PERSOALAN
  5. 5.  Persoalan ialah perkara-perkara kecil atau sampingan yang ingin dikemukakan oleh pengarang bagi memantapkan tema dalam sesebuah karya. Persoalan dalam sesuatu karya biasanya lebih daripada satu.WATAK DAN PERWATAKAN Watak ialah pelaku yang mengembangkan tema, persoalan, dan plot cerita. Perwatakan pula ialah sifat-sifat watak yang digambarkan sama ada: a) Secara langsung oleh pengarang sendiri iaitu dengan menceritakan sifat-sifat watak, keinginan, fikirannya, dan perasaannya atau b) Secara tidak langsung oleh pengarang iaitu melalui dialog, fikiran dan aksi watak itu sendiri.LATAR Latar terbahagi kepada tiga jenis, seperti yang berikut. a) Latar masa - menunjukkan masa sesuatu peristiwa dalam sesebuah karya itu berlaku dengan merujuk zaman dan tempoh masa, misalnya pada Zaman Perang Dunia Kedua, zaman selepas merdeka, waktu pagi, tengah hari, petang dan malam. Tempoh peristiwa itu berlaku pula mungkin seminggu, dua bulan, tiga tahun dan sebagainya. b) Latar tempat - Menunjukkan ruang atau lokasi geografi sesuatu peristiwa dalam sesebuah karya itu berlaku, misalnya di kampong, di pekan, Kuala Lumpur dan sebagainya. c) Latar masyarakat - Menunjukkan komposisi masyarakat yang diketengahkan dalam sesebuah karya, dari segi bangsa, budaya, anutan atau kepercayaan mereka, pekerjaan, pendidikan, nilai yang diamalkan, dan sebagainya.PLOT Plot ialah susunan peristiwa dalam sesebuah karya yang bersandarkan sebab dan akibat. Plot biasanya terbahagi kepada empat bahagian iaitu:
  6. 6. a) Bahagian permulaan atau eksposisi - menampilkan watak, latar, dan sebagainya bagi mencetuskan aksi-aksi watak. b) Bahagian pertengahan atau perkembangan - watak-watak saling berkonflik, menimbulkan masalah dan kerumitan. c) Bahagian puncak cerita (klimaks) - Tumpuan yang maksimum yang menimbulkan ketegangan daripada konflik yang tercetus antara watak. d) Bahagian peleraian – penyelesaian bagi semua konflik.TEKNIK PLOT Teknik plot ialah teknik yang digunakan oleh pengarang untuk menjalinkan cerita supaya menjadi lebih menarik dengan menggunakan beberapa teknik seperti yang berikut. a) Imbas Kembali – Peristiwa masa silam yang dikenang semula dalam ingatan seseorang atau beberapa orang watak. b) Imbas muka – Ramalan peristiwa akan datang terhadap sesuatu yang akan berlaku pada diri seseorang atau beberapa orang watak. c) Monolog – Pengucapan watak secara bersendirian. d) Monolog dalaman – Pengucapan batin watak. e) Saspens – Perasaan ingin tahu. f) Kejutan – Kemunculan peristiwa secara tiba-tiba atau tidak disangka.
  7. 7. g) Konflik – Konflik merupakan pertentangan antara dua pihak dalam satu urutan plot. Konflik boleh berlaku secara dalaman, iaitu konflik dalam diri watak dan secara luaran, iaitu antara watak dengan watak yang lain atau antara watak dengan alam sekitar. Konflik dapat juga digambarkan melalui pertentangan pendapat, idea, sikap, atau pemikiran. h) Dialog - Dialog merupakan pertuturan antara dua watak atau lebih daripada dua watak. Melalui dialog antara watak-watak inilah biasanya tergambar pendapat atau fikiran yang berkaitan dengan tema. i) Pemerian – Gambaran tentang latar, masa, masyarakat, watak dan sebagainya.GAYA BAHASA Jenis Gaya Huraiannya Bahasa(a) Diksi Bermaksud pemilihan dan penyusunan kata-kata oleh pengarang daiam karyanya Harus memperlihatkan kesesuaian kata yang dipilih dengan tema dan persoalan, latar, watak, dan mesej(b) Ayat Merujuk kepada cara pengarang membina dan menyusun ayat daiam karyanya, misalnya ayat pendek dan ayat panjang(c) Personifikasi Dikenal juga sebagai perorangan atau penginsanan Membawa maksud tindakan pengarang memberikan sifat manusia, sama ada dari segi perasaan, perwatakan, atau tindak-tanduk kepada benda- benda mati, binatang, idea, atau hal-hal yang abstrak. Contohnya: ...matahari pagi bangkit daripada selimut gunung, benaknya mendandan sejuta persoalan(d) Simile Merupakan perbandingan yang menggunakan kata konkrit (boleh dihitung) dengan kata abstrak (tidak boleh dihitung) Contohnya: perahu duka, ladang kesabaran(e) Metafora Membandingkan sesuatu dengan yang lain yang lazimnya menggunakan dua perkataan, iaitu satu perkataan abstrak dan satu perkataan konkrit Contohnya: samudera hampa, lautan fikiran(f) Hiperbola Merupakan sejenis bahasa kiasan untuk menyatakan sesuatu secara berlebih-lebihan daripada maksud yang sebenarnya Contohnya: serihu lautan sanggup diharungi(g) Sinkope Bermaksud penyingkatan perkataan Contohnya: "Apa dah jadi ni?"(h) Rima Bermaksud bunyi akhir suku kata pada tempat yang bersetentang antara dua baris atau lebih daripada dua baris daiam puisi Terdiri daripada rima awal, rima dalam, dan rima akhir
  8. 8. Jenis Gaya Huraiannya Bahasa(i) Asonansi Merupakan pengulangan bunyi vokal yang sama dalam baris-baris sajak Contohnya: pengulangan vokal “u” dalam baris Kerana aku penyair kupenuhi hidupku(j) Aliterasi Bermaksud pengulangan bunyi konsonan yang sama dalam baris sajak Contohnya: pengulangan konsonan m dalam baris Memacu menghimpun kekuatan(k) Pengulangan Berlaku pada kata, ungkapan, baris, atau rangkap yang diulang dalam sajak anafora - pengulangan kata pada awal baris secara berurutan. epifora - pengulangan kata pada akhir baris. repitisi - pengulangan kata dalam baris yang sama. Contohnya, orang berbunga dia berbunga response – pengulangan kata di tengah baris.(l) Perlambangan kata-kata yang digunakan untuk menerangkan sesuatu benda, keadaan, atau peristiwa yang membawa maksud yang lain atau maknanya lebih mendalam. Contoh „bunga‟ merujuk kepada perempuan.(m) Rima Pengulangan bunyi yang sama dalam baris puisi atau baris akhir puisi yang berfungsi untuk menimbulkan keindahan dan memberikan kesenangan indera kepada pembaca atau penonton. Contoh: Inderagiri pasirnya lumat, [a] Tempat berkelah putera raja, [b] Baik sedikit tetapi berjimat, [a] Daripada banyak membazir sahaja. [b]NILAI Perbuatan positif yang dapat diteladani oleh pembaca. Terdapat 17 nilai murni yang ditekankan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia menerusi pengenalan KBSM, khususnya dalam proses pengajaran dan pembelajaran KOMSAS dan dalam sesebuah karya, iaitu a) Baik hati b) Berdikari c) Hemah tinggi d) Hormat-menghormati e) Kasih sayang f) Keadilan g) Kebebasan h) Keberanian
  9. 9. i) Kebersihan fizikal dan mental j) Kejujuran k) Kerajinan l) Kerjasama m) Kesederhanaan n) Kesyukuran o) Rasional p) Semangat bermasyarakat q) PatriotismePENGAJARAN Mesej yang ingin disampaikan oleh pengarang dalam bentuk peringatan atau pedoman.

×