SlideShare a Scribd company logo
1 of 14
SEMINAR PENYELIDIKAN KOLEJ KOMUNITI ZON UTARA (SPEKKU) 2015 | 1
FAKTOR-FAKTOR YANG MENDORONG PELAJAR MEMILIH PROGRAM
KULINARI DI KOLEJ KOMUNITI NIBONG TEBAL, PULAU PINANG
Nurdzifazura Binti Dziyauddin
ierad@yahoo.com
Emyzatul Najlaa’ Binti Roslin
najlaa_me@yahoo.com
Kolej Komuniti Nibong Tebal, Pulau Pinang
ABSTRAK
Kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti faktor-faktor yang mendorong pelajar memilih
program kulinari di Kolej komuniti Nibong Tebal, Pulau Pinang. Faktor-faktor yang diutarakan
dari segi minat, pengaruh ibu bapa, pengaruh rakan sebaya dan kerjaya. Kajian ini melibatkan 52
pelajar ambilan Mac, Julai dan November 2014 yang mengikuti Program Kulinari di Kolej
Komuniti Nibong Tebal pada peringkat Sijil Kolej Komuniti (Modular). Data mentah dikutip
menggunakan soal selidik yang diedarkan kepada responden. Data yang diperolehi, kemudian
dianalisis seterusnya dilaporkan secara deskriptif. Pada keseluruhannya, dapatan kajian
menunjukkan responden memberikan reaksi yang positif terhadap aspek-aspek yang dikaji. Hasil
kajian mendapati faktor kerjaya merupakan faktor paling tinggi yang mendorong pelajar memilih
program kulinari di samping faktor lain seperti minat, pengaruh ibu bapa dan pengaruh rakan
sebaya.
Kata Kunci: faktor, mendorong, program kulinari
SEMINAR PENYELIDIKAN KOLEJ KOMUNITI ZON UTARA (SPEKKU) 2015 | 2
1.0 Pengenalan
Pemilihan program untuk melanjutkan pelajaran merupakan suatu perkara yang penting kerana ia
memberi kesan jangka panjang kepada pelajar. Perkembangan pendidikan yang pesat di negara
ini telah membuka banyak peluang dan ruang kepada pelajar lepasan SPM dan STPM untuk
menyambung pengajian ke peringkat yang lebih tinggi. Menurut Nadzri Mohammad dan Abu
Osman Md. Tap (2002) di dalam Nurzatil et. al (2015), proses membuat pemilihan tempat dan
kursus pengajian juga menjadi semakin sukar kerana semua Institut Pengajian Tinggi (IPT) ini
menawarkan pelbagai pilihan program berkualiti dan berdaya saing yang bertujuan menarik
perhatian pelajar.
Nadzri Mohamad dan Abu Osman Md. Tap (2002) di dalam Nurzatil et. al (2015)
pemilihan universiti juga amat berkait rapat dengan kursus yang akan diikuti oleh pelajar bagi
mencapai cita-cita mereka. Ia perlu kepada persediaan dan perancangan rapi terutama dalam
mendapatkan maklumat berkenaan bidang kerjaya yang boleh diceburi selepas tamat pengajian.
Ketepatan pemilihan kursus pengajian berkait rapat dengan maklumat yang diperolehi oleh
seseorang tentang sesuatu kerjaya. Pemilihan ini juga boleh digambarkan menerusi pemilihan
pelajar terhadap bidang pengajian dan pusat pengajian tinggi tertentu.
Industri kulinari yang semakin berkembang pesat juga menjadi faktor pemilihan kursus
ini. Kewujudan hotel dan restoran yang bertaraf antarabangsa, membuka peluang pekerjaan,
sekaligus menyumbang kepada permintaan dalam kulinari. Kenyataan ini disokong oleh Mohd
Rizal dan Rusli Radzi (2008), di Malaysia, industri hospitaliti sedang rancak berkembang dengan
adanya banyak kemudahan hotel dan restoran yang bertaraf antarabangsa. Perkembangan yang
paling pesat berlaku pada tahun 1990an yang mana banyak syarikat hotel gergasi telah bertapak
di Malaysia.
SEMINAR PENYELIDIKAN KOLEJ KOMUNITI ZON UTARA (SPEKKU) 2015 | 3
2.0 Latar Belakang Masalah
Dalam dunia pekerjaan masa kini, kemahiran teknikal adalah salah satu kemahiran yang sangat
diperlukan oleh para majikan di luar sana. Salah satu kemahiran yang semakin mendapat tempat
dikalangan para pelajar masa kini adalah kemahiran dalam bidang masakan atau lebih di kenali
dengan bidang kulinari. Sehubungan dengan itu, satu kajian telah dijalankan di Kolej Komuniti
Nibong Tebal untuk mengenalpasti faktor-faktor yang mendorong para pelajar memilih program
kulinari. Menurut Asnul Dahar Minghat dan Siti Azizah Disun (2011) telah menyenaraikan
faktor –faktor yang mempengaruhi pemilihan kursus rekaan dan jahitan di daerah Muar, Johor.
Antara faktor berikut ialah pangaruh minat pelajar, pengaruh kemudahan bengkel, pengaruh
kerjaya serta pengaruh sikap pelajar dalam memilih kursus rekaan dan jahitan pakaian.
Mohd Rizal dan Rusli Radzi (2008) telah menyenaraikan beberapa faktor pemilihan
kursus hospitaliti sebagai pembentukan awal kerjaya di Insitut Kemahiran Belia Negara, Peretak.
Antara faktor berikut ialah faktor minat pelajar terhadap pemilihan kursus hospitaliti, peranan
ibu bapa, peranan rakan sebaya untuk menceburi kursus hospitaliti dan samada kelayakan
akademik mendorong pelajar dalam memilih kursus hospitaliti.
Melalui kajian ini, pengkaji dapat mengesan faktor utama yang mendorong para pelajar
memilih program ini agar penambahbaikan dapat dilaksanakan bagi menarik minat lebih ramai
pelajar memilih program kulinari.
Walaupun peningkatan dari segi pengambilan pelajar membanggakan, terdapat juga
sesetengah golongan pelajar masih kurang berkeyakinan terhadap program ini. Segelintir pelajar
masih berpandangan negatif terhadap program kulinari kerana bagi mereka pendidikan seperti
ini, adalah bagi pelajar kelas kedua dan untuk mereka yang tidak cemerlang di dalam pelajaran.
SEMINAR PENYELIDIKAN KOLEJ KOMUNITI ZON UTARA (SPEKKU) 2015 | 4
3.0 Objektif Kajian
Kajian ini dijalankan mengandungi beberapa objektif yang hendak dicapai seperti berikut:
i. Mengenal pasti sama ada faktor minat mendorong pelajar memilih program
kulinari di Kolej Komuniti Nibong Tebal.
ii. Mengenal pasti sama ada pengaruh ibu bapa mendorong pelajar untuk memilih
program kulinari di Kolej Komuniti Nibong Tebal.
iii. Mengenal pasti sama ada faktor pengaruh rakan sebaya mendorong pelajar dalam
memilih program kulinari di Kolej Komuniti Nibong Tebal.
iv. Mengenal pasti sama ada faktor kerjaya mendorong pelajar dalam memilih
program kulinari di Kolej Komuniti Nibong Tebal.
4.0 Persoalan Kajian
i. Sejauh manakah responden memilih program kulinari kerana faktor minat?
ii. Sejauh manakah responden memilih program kulinari kerana faktor pengaruh
ibubapa?
iii. Sejauh manakah responden memilih program kulinari kerana faktor pengaruh
rakan sebaya?
iv. Sejauh manakah responden memilih program kulinari kerana faktor kerjaya?
SEMINAR PENYELIDIKAN KOLEJ KOMUNITI ZON UTARA (SPEKKU) 2015 | 5
5.0 Metodologi
Seramai 52 orang pelajar baharu Kolej Komuniti Nibong Tebal telah mendaftar bagi sesi
ambilan Mac, Julai dan November 2014. Sehubungan itu, sebanyak 52 borang soal selidik telah
diedarkan semasa sesi pendaftaran pelajar baharu bagi program Sijil Kulinari dan maklum balas
yang diterima adalah sebanyak 52 responden. Kajian dijalankan ke atas pelajar pada sesi
berkenaan kerana sesi ini Kolej Komuniti Nibong Tebal menawarkan sepenuhnya Sijil Kolej
Komuniti (M). Menurut Syed Arabi (1992), penggunaan soal selidik adalah lebih praktikal,
berkesan dan menjimatkan masa. Kaedah ini juga sesuai kerana lebih realistik bagi mendapatkan
maklumbalas dari responden, gerak balas atau jawapan yang diberikan lebih mudah diproses dan
dianalisis.
Borang soal selidik bagi kajian ini terbahagi kepada dua bahagian iaitu bahagian pertama
adalah demografi responden yang berkaitan seperti jantina, umur dan bangsa. Manakala
bahagian kedua pula, faktor-faktor pemilihan program kulinari mengikut persoalan kajian iaitu
faktor minat, pengaruh ibu-bapa, pengaruh rakan sebaya dan faktor kerjaya.
SEMINAR PENYELIDIKAN KOLEJ KOMUNITI ZON UTARA (SPEKKU) 2015 | 6
6.0 Analisis Dapatan
6.1 Bahagian A- Data demografi
Hasil dapatan kajian ini diperolehi melalui borang soal selidik yang telah dijalankan ke atas
seramai 52 orang responden yang terdiri daripada para pelajar kulinari ambilan Mac, Julai dan
November 2014 di Kolej Komuniti Nibong Tebal. Berdasarkan analisis data kajian ini, peratusan
responden mengikut jantina ialah lelaki mewakili sebanyak 42%, manakala perempuan sebanyak
58 % daripada jumlah responden. Bagi hasil dapatan untuk bangsa responden pula, menunjukkan
Melayu mewakili 98 % dan India 2%. Taburan bagi peringkat umur responden pula 18-20 tahun
adalah sebanyak 79%, peringkat umur 21-25 tahun sebanyak 15% dan 26 tahun ke atas sebanyak
6%.
Taburan 1 – Jantina
22
30
0
5
10
15
20
25
30
35
LELAKI PEREMPUAN
JANTINA
LELAKI
PEREMPUAN
SEMINAR PENYELIDIKAN KOLEJ KOMUNITI ZON UTARA (SPEKKU) 2015 | 7
Taburan 2 – Bangsa
Taburan 3 – Umur
51
0 1
0
10
20
30
40
50
60
MELAYU CINA INDIA
BANGSA
MELAYU
CINA
INDIA
41
8
3
0
5
10
15
20
25
30
35
40
45
18-20 21-25 26 KE ATAS
UMUR
18-20
21-25
26 KE ATAS
SEMINAR PENYELIDIKAN KOLEJ KOMUNITI ZON UTARA (SPEKKU) 2015 | 8
6.2 Bahagian B – Faktor-faktor yang mendorong pelajar memilih program kulinari di
Kolej Komuniti Nibong Tebal, Pulau Pinang
6.2.1 Faktor minat mendorong pelajar memilih program kulinari di Kolej
Komuniti Nibong Tebal.
Jadual 1.1- Faktor minat mendorong pelajar memilih program kulinari di Kolej Komuniti
Nibong Tebal.
NO PERNYATAAN TIDAK
SETUJU
(%)
TIDAK PASTI
(%)
SETUJU
(%)
1. Saya minat/gemarmemasak 0 12 88
2. Saya berminatuntukmenjadi seorangchef terkenal 0 19 81
3. Saya terpengaruhdenganrancangantelevisyendalam
duniamasakan
6 17 77
4. Saya gemarmenghasilkanresipi masakansendiri 2 48 50
5. Saya sukamelakukankerjaamali berbandingteori 4 25 71
Jadual 1.1 menunjukkan peratusan keseluruhan, pelajar bersetuju adalah 73% bahawa faktor
minat mendorong mereka memilih program kulinari. Peratusan pelajar di dalam faktor minat
terhadap program kulinari, dapatan tertinggi yang diperolehi adalah “saya minat/gemar
memasak” sebanyak 88%. Minat memainkan peranan yang penting dalam menentukan kejayaan
proses pembelajaran dan ianya mempengaruhi pencapaian seseorang pelajar itu. Menurut
Roshidah (2001), minat boleh menentukan apa yang hendak dilakukan. Ini disokong dengan
kajian Khashiatul-fauziah (2003), yang menyatakan bahawa minat adalah segalanya yang
membawa maksud walaupun seseorang itu mempunyai kebolehan dalam melakukan kerja tetapi
disebabkan faktor minat, seseorang itu mudah menguasai bidang tersebut. Menurut Rhys Davies
(2003) di dalam Nurzatil et. al (2015) , sebab sesuatu kursus pengajian dipilih ialah minat
terhadap sesuatu subjek tersebut. Oleh sebab itu, minat yang ada dalam diri pelajar memberi
kesan kepada pelajar dalam pemilihan program kulinari di Kolej Komuniti Nibong Tebal.
“Saya gemar menghasilkan resipi masakan sendiri” mencatat peratusan terendah
sebanyak 50%, ini berkemungkinan responden masih belum mempunyai ilmu dalam bidang
kulinari dan kurang percaya pada diri sendiri dalam mengolah dan mencipta resipi sendiri.
SEMINAR PENYELIDIKAN KOLEJ KOMUNITI ZON UTARA (SPEKKU) 2015 | 9
6.2.2 Faktor peranan ibu bapa dalam mendorong pelajar untuk memilih
program kulinari di Kolej Komuniti Nibong Tebal.
Jadual 1.2 - Faktor peranan ibu bapa dalam mendorong pelajar untuk memilih program
kulinari di Kolej Komuniti Nibong Tebal.
NO PERNYATAAN TIDAK
SETUJU
(%)
TIDAK
PASTI
(%)
SETUJU
(%)
1. Ibubapa saya membuatkeputusandalampemilihan
program ini
56 15 29
2. Ibubapa saya merasakanprogramini sesuai dengan
kebolehansaya
8 21 71
3. Ibubapa saya memohonprogramini tanpapengetahuan
saya
13.5 73 13.5
4. Ibubapa memberi galakandansokonganapabilasaya
memohonprogramini
4 6 90
5. Ibubapa saya merasakan programini menjaminmasadepan 2 11.5 86.5
Jadual 1.2 menunjukkan peratusan keseluruhan, pelajar bersetuju adalah 58% bahawa peranan
ibu bapa mendorong mereka memilih program kulinari. Sebanyak 90% responden menjawab
“Ibu bapa memberi galakan dan sokongan apabila saya memohon program ini”, selalunya ibu
bapa memainkan peranan utama dalam mempengaruhi anak-anak mereka dalam pemilihan
sesuatu kursus supaya ia dapat menjamin masa depan mereka, menurut Hishammudin dalam
Baharin Abu (2010) ibu bapa merupakan kumpulan rujukan terpenting dikalangan anak-anak di
dalam sistem kekeluargaan di Malaysia. Ibu bapa berkemungkinan merasakan program ini
mampu menjana pendapatan yang menguntungkan dan menjamin peluang perkerjaan apabila
anak mereka tamat pengajian kelak. Sekiranya, ibu bapa pelajar merupakan peniaga makanan
atau minuman ini dapat membantu mereka dalam mendalami dunia kulinari dan
memperkembangkan perniagaan mereka. Keyakinan ibu bapa terhadap program ini
menyumbang kepada kecenderungan pemilihan program dengan memberi galakan dan sokongan
semasa pemilihan program kulinari di Kolej Komuniti Nibong Tebal.
SEMINAR PENYELIDIKAN KOLEJ KOMUNITI ZON UTARA (SPEKKU) 2015 | 10
6.2.3 Faktor rakan sebaya mendorong pelajar dalam memilih program
kulinari di Kolej Komuniti Nibong Tebal
Jadual 1.3 – Faktor rakan sebaya mendorong pelajar dalam memilih program kulinari di Kolej
Komuniti Nibong Tebal
NO PERNYATAAN TIDAK
SETUJU
(%)
TIDAK
PASTI
(%)
SETUJU
(%)
1. Ramai rakan saya mengikuti programkulinariini 10 52 38
2. Rakan-rakanyangmengikuti programini mengesyorkansaya
supayamengikuti programini.
12 48 40
3. Kejayaanrakan-rakanyangmengikuti programini mendorong
saya memilihprogramini
12 42 46
4. Rakan sayamerasakanprogram ini sesuai dengankebolehan
saya
4 44 52
5. Saya dan rakanmemohonprogramyang sama 19 38.5 42
Berdasarkan dapatan yang diperoleh pada jadual 1.3, purata keseluruhan pelajar tidak pasti faktor
rakan sebaya mendorong mereka memilih program kulinari adalah sebanyak 45 %. Pengaruh
rakan sebaya kurang memberikan kesan ke atas responden dalam pemilihan program kulinari. Ini
kerana kebanyakan responden memberikan peratusan 52 % kepada ‘Tidak Pasti’ dan 10 % atas
jawapan ‘Tidak Setuju’ kepada item “Ramai rakan saya mengikuti program kulinari ini”. Bagi
pernyataan “Rakan-rakan yang mengikuti program ini mengesyorkan saya supaya mengikuti
program ini”, responden memberikan 48% kepada ‘Tidak Pasti’ dan 12% ke atas ‘Tidak Setuju’.
Oleh yang demikian, faktor rakan sebaya bukanlah pendorong utama responden dalam pemilihan
program kulinari di Kolej Komuniti Nibong Tebal. Berdasarkan dapatan yang di perolehi di
dalam jadual diatas, kebanyakan responden tidak memilih program kulinari kerana mengikut
jejak langkah rakan-rakan. Namun begitu, berkemungkinan rakan mereka memberi galakan
kepada responden dalam pemilihan program ini dengan menyatakan program ini bersesuaian
dengan responden kerana menurut Asnul Dahar Minghat (2011), remaja lebih terpengaruh
dengan rakan sebaya daripada orang lain dalam pelbagai aspek.
SEMINAR PENYELIDIKAN KOLEJ KOMUNITI ZON UTARA (SPEKKU) 2015 | 11
6.2.4 Faktor kerjaya mendorong pelajar dalam memilih program
kulinari di Kolej Komuniti Nibong Tebal.
Jadual 1.4 - Faktor kerjaya mendorong pelajar dalam memilih program
kulinari di Kolej Komuniti Nibong Tebal.
NO PERNYATAAN TIDAK
SETUJU
(%)
TIDAK
PASTI
(%)
SETUJU
(%)
1. Saya bercita-citauntukmenjadiseorangchef yangmahir
di masa depan
2 13 85
2. Pelajarlepasanprogramkulinari mempunyai peluangpekerjaan
yang baik
0 13 87
3. Program kulinari memberi peluangkepadasayauntukmenjadi
usahawanyangberjaya
0 15 85
4. Program kulinari memberi persediaanyangcukupkepadasaya
sebelummelangkahke alampekerjaan
0 13 87
5. Program kulinari berkaitandengankerjayayangsayacita-citakan 2 19 79
Jadual 1.4 menunjukkan item dalam faktor kerjaya mendorong responden memilih program
kulinari. Purata keseluruhan, pelajar bersetuju adalah sebanyak 84.6% bahawa faktor kerjaya
mendorong memilih program kulinari. Jumlah peratusan tertinggi pada jadual berikut ialah item
“Pelajar lepasan program kulinari mempunyai peluang pekerjaan yang baik” dan “Program
kulinari memberi persediaan yang cukup kepada saya sebelum melangkah ke alam pekerjaan”
mewakili sebanyak 87 %, ini memberi gambaran pelajar percaya bahawa program ini
menawarkan banyak peluang perkerjaan. Seseorang individu itu tertarik kepada sesuatu
pekerjaan kerana terdapat beberapa ciri-ciri yang menarik seperti latar belakang pekerjaan,
pangkat, bentuk kerja dan ganjaran (Herzberg, 1966). Kenyataan ini disokong, kerana menurut
Robiah (1993), pelajar-pelajar perlu diberi bimbingan dalam memilih kerjaya dan mengamalkan
budaya kerja yang baik kerana hanya kerjaya yang sesuai dengan personaliti dan keperluan diri
seseorang itu boleh menjamin kepuasan kerja. Selain daripada itu, proses pembelajaran program
kulinari mengamalkan konsep yang hampir sama seperti situasi sebenar dalam alam pekerjaan
termasuk penggunaan alatan dapur untuk tujuan kemahiran, tatacara penggunaan serta
penekanan terhadap aspek-aspek keselamatan semasa menjalankan kerja di bengkel masakan.
SEMINAR PENYELIDIKAN KOLEJ KOMUNITI ZON UTARA (SPEKKU) 2015 | 12
7.0 Kesimpulan
Pemilihan program bagi tujuan melanjutkan pelajaran merupakan perkara yang penting kerana
pemilihan program yang tepat serta bersesuaian memberikan kesan jangka panjang kepada
pelajar. Pemilihan program pengajian yang tepat berdasarkan keperluan semasa, minat serta
tempat pengajian amat penting bagi membantu pembelajaran dan melakar kejayaan dalam
bidang yang diceburi. Hasil kajian yang telah di jalankan secara keseluruhannya menunjukkan
faktor minat, pengaruh ibu bapa, pengaruh rakan sebaya dan faktor kerjaya telah mendorong
responden dalam pemilihan program kulinari. Namun begitu, daripada keempat-empat faktor
yang yang menjadi kayu pengukur kepada kajian ini, faktor terbesar yang dapat di lihat
mendorong responden memilih kursus kulinari adalah faktor kerjaya. Peluang pekerjaan yang
terhad pada masa kini, mendorong responden memilih program kulinari kerana program ini
memberi persediaan yang cukup kepada responden sebelum melangkah ke alam pekerjaan.
Selain dari itu, program ini juga membuka peluang kepada responden yang berminat menjadi
usahawan di dalam bidang makanan serta minuman.
8.0 Cadangan
Hasil daripada dapatan kajian, beberapa penambahbaikan boleh di lakukan agar kajian lebih
terperinci dapat dilaksanakan. Beberapa elemen seperti persepsi pelajar terhadap Kolej Komuniti
Nibong Tebal, faktor lokasi, kemudahan infrastruktur boleh diambil sebagai salah satu skop
kajian. Penyelidik berharap agar kajian ini dapat dijadikan rujukan oleh bahagian pengambilan
pelajar kolej untuk menambahbaik pengambilan pelajar di masa akan datang.
SEMINAR PENYELIDIKAN KOLEJ KOMUNITI ZON UTARA (SPEKKU) 2015 | 13
9.0 Rujukan
Asnul Dahar Minghat dan Siti Azizah Disun (2011). Faktor-faktor Yang Mempengaruhi
Pemilihan Kursus Rekaan Dan Jahitan Di Daerah Muar, Negeri Johor. Journal of
Technical, Vocational & Engineering Education, Volume 4, 58-76.
Baharin Abu dan Nor Fatimah A. Aziz (2010). Faktor-faktor Yang Mendorong Guru Pelatih
Fakulti Pendidikan Memilih Bidang Perguruan pp. 1-9. Fakulti Pendidikan, Universiti
Teknologi Malaysia. Tidak Diterbitkan.
Frederick Herzberg, Bernard Mausner, Barbara Bloch Snyderman (1966). The Motivation to
Work. New Brunswick, New Jersey: Transaction Pub.
Khashiatul-Fauziah Hamzah (2003). Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Pemilihan Kerjaya Di
Kalangan Remaja Melayu Di Daerah Batu Pahat. Universiti Teknologi Malaysia (UTM)
Skudai : Tesis Sarjana Muda.
Mohd Rizal Mohd Said dan Rusli Radzi (2008). Faktor-faktor Yang Mempengaruhi Pelajar
Memilih Kursus Hospitaliti Sebagai Pembentukan Awal kerjaya Di Institut Kemahiran
Belia Negara, Peretak. Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia.
Norbaizura Abu bakar, Mohd Hafiz Saberi, Nasruddin Faisol, Mohmad Mohd Derus, Suhaila Ali
dan Farhan Md Dahlan (2012). Faktor-faktor Yang Mempengaruhi Pemilihan Kursus
Professional Di Universiti Awam Di Malaysia: Tinjauan Awal. 1st International
Conference On Innovation and Technology For Sustainable Built Environment 2012, 23-
24 April.
Nurzatil Ismah Azizan, Zanariah Dimon, Nazneen Ismail dan Sahlawati Abu Bakar (2015).
Faktor-faktor Yang Mendorong Pemilihan Institusi Pengajian Tinggi Di Kalangan
Pelajar. E-Proceeding of The 2nd International Conference on Arabic Studies And Islamic
Civilization, 9-10 March.
Rahmahtunnisah Hj. Sailin, Norziah Othman, Nor 'Adha Abd. Hamid, Nurkaliza Khalid, Abdul
Hadi Awang dan Mohd Farok Mat Nor (2014). Faktor pendorong Kemasukan Pelajar
SEMINAR PENYELIDIKAN KOLEJ KOMUNITI ZON UTARA (SPEKKU) 2015 | 14
Baharu Ke Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS). 1st International
Research Management and Innovation Conference, Kuala Lumpur, 17-18 November.
Robiah Sidin (1993). Pendidikan Malaysia : Cabaran Masa Depan. Shah Alam : Fajar Bakti Sdn.
Bhd.
Roshidah Mat Rashid (2001). Aplikasi Kompenen Ekonomi Rumah Tangga (ERT) Dan
Kemahiran Manipulatif Tambahan (KMT) Dalam Kehidupan Seharian Di Kalangan
Pelajar Sekolah Menengah. Universiti Teknologi Malaysia, Johor. Projek Sarjana Muda.
Tidak Diterbitkan.
Zikriah Zakaria dan Mohd Juwahir Pa'iman (2014). Faktor-faktor Yang Mendorong Para pelajar
Memilih Program Pengajian Di Kolej Komuniti Rompin, Pahang. Seminar Kebangsaan
Hal Ehwal Pelajar Kolej Komuniti, Kementerian Pendidikan Malaysia, 20 Disember.

More Related Content

What's hot

Tugasan 1:Ulasan kajian tindakan
Tugasan 1:Ulasan kajian tindakanTugasan 1:Ulasan kajian tindakan
Tugasan 1:Ulasan kajian tindakanJunaidah Jusoh
 
Kaedah penyelesaian masalah
Kaedah penyelesaian masalahKaedah penyelesaian masalah
Kaedah penyelesaian masalahMaizatul Malik
 
Aplikasi Pembentangan Web 2.0
Aplikasi Pembentangan Web 2.0Aplikasi Pembentangan Web 2.0
Aplikasi Pembentangan Web 2.0Mohamed Amin Embi
 
rancangan pengajaran harian
rancangan pengajaran harianrancangan pengajaran harian
rancangan pengajaran harianAeyn Solehah
 
Pengetahuan Pedagogi Isi Kandungan
Pengetahuan Pedagogi Isi KandunganPengetahuan Pedagogi Isi Kandungan
Pengetahuan Pedagogi Isi KandunganIrma Gurlz
 
Tugasan Modul 6 TS25
Tugasan Modul 6 TS25Tugasan Modul 6 TS25
Tugasan Modul 6 TS25Nor Azize
 
Pelan pengurusan bilik darjah pak 21
Pelan pengurusan bilik darjah pak 21Pelan pengurusan bilik darjah pak 21
Pelan pengurusan bilik darjah pak 21AlbertAmbas
 
15 buku panduan pendekatan modular dalam pd p 28082018
15 buku panduan pendekatan modular dalam pd p 2808201815 buku panduan pendekatan modular dalam pd p 28082018
15 buku panduan pendekatan modular dalam pd p 28082018lieytech
 
Apa itu pengajaran makro
Apa itu pengajaran makroApa itu pengajaran makro
Apa itu pengajaran makronanisaaid
 
Kumpulan 4 strategi, pendekatan, kaedah & teknik pengajaran
Kumpulan 4 strategi, pendekatan, kaedah & teknik pengajaranKumpulan 4 strategi, pendekatan, kaedah & teknik pengajaran
Kumpulan 4 strategi, pendekatan, kaedah & teknik pengajaranpikaosman
 
Penggunaan TMK dalam P&P
Penggunaan TMK dalam P&PPenggunaan TMK dalam P&P
Penggunaan TMK dalam P&PAdila Dila
 
Emk - Elemen Keusahawanan
Emk - Elemen KeusahawananEmk - Elemen Keusahawanan
Emk - Elemen KeusahawananFaFai S.
 
arus terus dan arus ulang-alik
arus terus dan arus ulang-alikarus terus dan arus ulang-alik
arus terus dan arus ulang-alikmuhammadsyafie10
 
Kajian tindakan dan kajian kes
Kajian tindakan dan kajian kesKajian tindakan dan kajian kes
Kajian tindakan dan kajian kesasiahjupry
 
BBD 10302 pedagogi (KEMAHIRAN PENGAJARAN)
BBD 10302 pedagogi (KEMAHIRAN PENGAJARAN)BBD 10302 pedagogi (KEMAHIRAN PENGAJARAN)
BBD 10302 pedagogi (KEMAHIRAN PENGAJARAN)Fizz Scopio
 

What's hot (20)

Flipped classroom
Flipped classroomFlipped classroom
Flipped classroom
 
Tugasan 1:Ulasan kajian tindakan
Tugasan 1:Ulasan kajian tindakanTugasan 1:Ulasan kajian tindakan
Tugasan 1:Ulasan kajian tindakan
 
Kaedah penyelesaian masalah
Kaedah penyelesaian masalahKaedah penyelesaian masalah
Kaedah penyelesaian masalah
 
Maklumat
MaklumatMaklumat
Maklumat
 
Aplikasi Pembentangan Web 2.0
Aplikasi Pembentangan Web 2.0Aplikasi Pembentangan Web 2.0
Aplikasi Pembentangan Web 2.0
 
rancangan pengajaran harian
rancangan pengajaran harianrancangan pengajaran harian
rancangan pengajaran harian
 
Pengetahuan Pedagogi Isi Kandungan
Pengetahuan Pedagogi Isi KandunganPengetahuan Pedagogi Isi Kandungan
Pengetahuan Pedagogi Isi Kandungan
 
SOALAN OBJEKTIF
SOALAN OBJEKTIFSOALAN OBJEKTIF
SOALAN OBJEKTIF
 
Tugasan Modul 6 TS25
Tugasan Modul 6 TS25Tugasan Modul 6 TS25
Tugasan Modul 6 TS25
 
Pelan pengurusan bilik darjah pak 21
Pelan pengurusan bilik darjah pak 21Pelan pengurusan bilik darjah pak 21
Pelan pengurusan bilik darjah pak 21
 
15 buku panduan pendekatan modular dalam pd p 28082018
15 buku panduan pendekatan modular dalam pd p 2808201815 buku panduan pendekatan modular dalam pd p 28082018
15 buku panduan pendekatan modular dalam pd p 28082018
 
Apa itu pengajaran makro
Apa itu pengajaran makroApa itu pengajaran makro
Apa itu pengajaran makro
 
Kumpulan 4 strategi, pendekatan, kaedah & teknik pengajaran
Kumpulan 4 strategi, pendekatan, kaedah & teknik pengajaranKumpulan 4 strategi, pendekatan, kaedah & teknik pengajaran
Kumpulan 4 strategi, pendekatan, kaedah & teknik pengajaran
 
Penggunaan TMK dalam P&P
Penggunaan TMK dalam P&PPenggunaan TMK dalam P&P
Penggunaan TMK dalam P&P
 
konsep KBAT dan i-THINK
 konsep KBAT dan i-THINK konsep KBAT dan i-THINK
konsep KBAT dan i-THINK
 
BAB 9 grafik
BAB 9  grafikBAB 9  grafik
BAB 9 grafik
 
Emk - Elemen Keusahawanan
Emk - Elemen KeusahawananEmk - Elemen Keusahawanan
Emk - Elemen Keusahawanan
 
arus terus dan arus ulang-alik
arus terus dan arus ulang-alikarus terus dan arus ulang-alik
arus terus dan arus ulang-alik
 
Kajian tindakan dan kajian kes
Kajian tindakan dan kajian kesKajian tindakan dan kajian kes
Kajian tindakan dan kajian kes
 
BBD 10302 pedagogi (KEMAHIRAN PENGAJARAN)
BBD 10302 pedagogi (KEMAHIRAN PENGAJARAN)BBD 10302 pedagogi (KEMAHIRAN PENGAJARAN)
BBD 10302 pedagogi (KEMAHIRAN PENGAJARAN)
 

Viewers also liked

Faktor faktor pemilihan pekerjaan
Faktor faktor pemilihan pekerjaanFaktor faktor pemilihan pekerjaan
Faktor faktor pemilihan pekerjaanYusliza Baharin
 
Ekonomi Asas Tingkatan 4 Unit 2 - Pendapatan Dan Penggunaan Pendapatan Individu
Ekonomi Asas Tingkatan 4 Unit 2 - Pendapatan Dan Penggunaan Pendapatan Individu Ekonomi Asas Tingkatan 4 Unit 2 - Pendapatan Dan Penggunaan Pendapatan Individu
Ekonomi Asas Tingkatan 4 Unit 2 - Pendapatan Dan Penggunaan Pendapatan Individu Chuah Chye
 
Borang kaji selidik (2)
Borang kaji selidik (2)Borang kaji selidik (2)
Borang kaji selidik (2)Payeh NorMan
 
Lampiran a dan b(borang maklumat pelajar dan soal selidik) thesis
Lampiran a dan b(borang maklumat pelajar dan soal selidik) thesisLampiran a dan b(borang maklumat pelajar dan soal selidik) thesis
Lampiran a dan b(borang maklumat pelajar dan soal selidik) thesisTeacher Nasrah
 
Trial spm times_2013_maths_paper1_2_[q]
Trial spm times_2013_maths_paper1_2_[q]Trial spm times_2013_maths_paper1_2_[q]
Trial spm times_2013_maths_paper1_2_[q]Karthik Karunanithy
 
001 29 3386-1-sm-i dewa ayu dkk
001 29 3386-1-sm-i dewa ayu dkk001 29 3386-1-sm-i dewa ayu dkk
001 29 3386-1-sm-i dewa ayu dkkSamato Bahagia
 
Analisis Faktor-Faktor yang Mempengaruhi Pemilihan Lokasi Kos Di Kelurahan Te...
Analisis Faktor-Faktor yang Mempengaruhi Pemilihan Lokasi Kos Di Kelurahan Te...Analisis Faktor-Faktor yang Mempengaruhi Pemilihan Lokasi Kos Di Kelurahan Te...
Analisis Faktor-Faktor yang Mempengaruhi Pemilihan Lokasi Kos Di Kelurahan Te...Sally Indah N
 
PERANAN GURU UNTUK MELAHIRKAN SEKOLAH BERKESAN
PERANAN GURU UNTUK MELAHIRKAN SEKOLAH BERKESANPERANAN GURU UNTUK MELAHIRKAN SEKOLAH BERKESAN
PERANAN GURU UNTUK MELAHIRKAN SEKOLAH BERKESANSyuhaila Shukri
 
VKMB1021 - Pembangunan Kemasyarakatan II
VKMB1021 - Pembangunan Kemasyarakatan II VKMB1021 - Pembangunan Kemasyarakatan II
VKMB1021 - Pembangunan Kemasyarakatan II Ainun Syamila
 
Guru sebagai pengajar dan pendidik
Guru sebagai pengajar dan pendidikGuru sebagai pengajar dan pendidik
Guru sebagai pengajar dan pendidikNur Arifaizal Basri
 
Pelan perancangan projek
Pelan perancangan projekPelan perancangan projek
Pelan perancangan projekizazihazirah
 
Patriotisme semakin terhakis
Patriotisme semakin terhakisPatriotisme semakin terhakis
Patriotisme semakin terhakisJamilah Abd Halim
 
Cabaran Seorang Guru Masa Kini
Cabaran Seorang Guru Masa KiniCabaran Seorang Guru Masa Kini
Cabaran Seorang Guru Masa KiniBazrol
 
Kajian Kumpulan Tahap Keselesaan Bekerja dalam kalangan staff PPUKM
Kajian Kumpulan Tahap Keselesaan Bekerja dalam kalangan staff PPUKMKajian Kumpulan Tahap Keselesaan Bekerja dalam kalangan staff PPUKM
Kajian Kumpulan Tahap Keselesaan Bekerja dalam kalangan staff PPUKMNuraini Ismail
 
djeme98 : INVENTORI MINAT KERJAYA (IMK)
djeme98 : INVENTORI MINAT KERJAYA (IMK)djeme98 : INVENTORI MINAT KERJAYA (IMK)
djeme98 : INVENTORI MINAT KERJAYA (IMK)Djeme Djusoh
 
Inventori Minat Kerjaya
Inventori Minat Kerjaya Inventori Minat Kerjaya
Inventori Minat Kerjaya ubkktk
 

Viewers also liked (20)

Faktor faktor pemilihan pekerjaan
Faktor faktor pemilihan pekerjaanFaktor faktor pemilihan pekerjaan
Faktor faktor pemilihan pekerjaan
 
Ekonomi Asas Tingkatan 4 Unit 2 - Pendapatan Dan Penggunaan Pendapatan Individu
Ekonomi Asas Tingkatan 4 Unit 2 - Pendapatan Dan Penggunaan Pendapatan Individu Ekonomi Asas Tingkatan 4 Unit 2 - Pendapatan Dan Penggunaan Pendapatan Individu
Ekonomi Asas Tingkatan 4 Unit 2 - Pendapatan Dan Penggunaan Pendapatan Individu
 
Borang kaji selidik (2)
Borang kaji selidik (2)Borang kaji selidik (2)
Borang kaji selidik (2)
 
Lampiran a dan b(borang maklumat pelajar dan soal selidik) thesis
Lampiran a dan b(borang maklumat pelajar dan soal selidik) thesisLampiran a dan b(borang maklumat pelajar dan soal selidik) thesis
Lampiran a dan b(borang maklumat pelajar dan soal selidik) thesis
 
Trial spm times_2013_maths_paper1_2_[q]
Trial spm times_2013_maths_paper1_2_[q]Trial spm times_2013_maths_paper1_2_[q]
Trial spm times_2013_maths_paper1_2_[q]
 
001 29 3386-1-sm-i dewa ayu dkk
001 29 3386-1-sm-i dewa ayu dkk001 29 3386-1-sm-i dewa ayu dkk
001 29 3386-1-sm-i dewa ayu dkk
 
Analisis Faktor-Faktor yang Mempengaruhi Pemilihan Lokasi Kos Di Kelurahan Te...
Analisis Faktor-Faktor yang Mempengaruhi Pemilihan Lokasi Kos Di Kelurahan Te...Analisis Faktor-Faktor yang Mempengaruhi Pemilihan Lokasi Kos Di Kelurahan Te...
Analisis Faktor-Faktor yang Mempengaruhi Pemilihan Lokasi Kos Di Kelurahan Te...
 
PERANAN GURU UNTUK MELAHIRKAN SEKOLAH BERKESAN
PERANAN GURU UNTUK MELAHIRKAN SEKOLAH BERKESANPERANAN GURU UNTUK MELAHIRKAN SEKOLAH BERKESAN
PERANAN GURU UNTUK MELAHIRKAN SEKOLAH BERKESAN
 
Kertas kerja inovasi
Kertas kerja inovasi Kertas kerja inovasi
Kertas kerja inovasi
 
VKMB1021 - Pembangunan Kemasyarakatan II
VKMB1021 - Pembangunan Kemasyarakatan II VKMB1021 - Pembangunan Kemasyarakatan II
VKMB1021 - Pembangunan Kemasyarakatan II
 
Guru sebagai pengajar dan pendidik
Guru sebagai pengajar dan pendidikGuru sebagai pengajar dan pendidik
Guru sebagai pengajar dan pendidik
 
Pelan perancangan projek
Pelan perancangan projekPelan perancangan projek
Pelan perancangan projek
 
Patriotisme semakin terhakis
Patriotisme semakin terhakisPatriotisme semakin terhakis
Patriotisme semakin terhakis
 
Isu kauseling Sekolah
Isu kauseling SekolahIsu kauseling Sekolah
Isu kauseling Sekolah
 
Cabaran Seorang Guru Masa Kini
Cabaran Seorang Guru Masa KiniCabaran Seorang Guru Masa Kini
Cabaran Seorang Guru Masa Kini
 
Kajian Kumpulan Tahap Keselesaan Bekerja dalam kalangan staff PPUKM
Kajian Kumpulan Tahap Keselesaan Bekerja dalam kalangan staff PPUKMKajian Kumpulan Tahap Keselesaan Bekerja dalam kalangan staff PPUKM
Kajian Kumpulan Tahap Keselesaan Bekerja dalam kalangan staff PPUKM
 
Borang soal selidik
Borang soal selidikBorang soal selidik
Borang soal selidik
 
9 bimbingan dan kaunseling
9 bimbingan dan kaunseling9 bimbingan dan kaunseling
9 bimbingan dan kaunseling
 
djeme98 : INVENTORI MINAT KERJAYA (IMK)
djeme98 : INVENTORI MINAT KERJAYA (IMK)djeme98 : INVENTORI MINAT KERJAYA (IMK)
djeme98 : INVENTORI MINAT KERJAYA (IMK)
 
Inventori Minat Kerjaya
Inventori Minat Kerjaya Inventori Minat Kerjaya
Inventori Minat Kerjaya
 

Similar to Kertas kajian faktor-faktor yang mendorong pelajar memilih program kulinari di Kolej Komuniti Nibong Tebal

Pendekatan Gamifikasi Sebagai Pentaksiran Formatif Bagi Menilai Tahap Minat d...
Pendekatan Gamifikasi Sebagai Pentaksiran Formatif Bagi Menilai Tahap Minat d...Pendekatan Gamifikasi Sebagai Pentaksiran Formatif Bagi Menilai Tahap Minat d...
Pendekatan Gamifikasi Sebagai Pentaksiran Formatif Bagi Menilai Tahap Minat d...WANFADHILAHWANHITAM1
 
Review paper firna
Review paper firnaReview paper firna
Review paper firnaFirnafir
 
Semester 6 - Isu Pengangguran (Unemployment Issue)
Semester 6 - Isu Pengangguran (Unemployment Issue)Semester 6 - Isu Pengangguran (Unemployment Issue)
Semester 6 - Isu Pengangguran (Unemployment Issue)Nur Aisyah Khor
 
Research Content Structure
Research Content StructureResearch Content Structure
Research Content StructureSamsul Salleh
 
Slide Artikel TIDP kumpulan 7
Slide Artikel TIDP kumpulan 7Slide Artikel TIDP kumpulan 7
Slide Artikel TIDP kumpulan 7RubinaKhan69
 
Laporan Survey IKM.docx
Laporan Survey IKM.docxLaporan Survey IKM.docx
Laporan Survey IKM.docxDefison Chan
 
Ahmad faozi riview jurnal pak lantip
Ahmad faozi riview jurnal pak lantipAhmad faozi riview jurnal pak lantip
Ahmad faozi riview jurnal pak lantipAhmmad Faozi
 
Diges Politeknik & Kolej Komuniti Zon Sarawak/Bil 1/ISSN 2180 - 1916 APRIL 2010
Diges Politeknik & Kolej Komuniti Zon Sarawak/Bil 1/ISSN 2180 - 1916 APRIL 2010Diges Politeknik & Kolej Komuniti Zon Sarawak/Bil 1/ISSN 2180 - 1916 APRIL 2010
Diges Politeknik & Kolej Komuniti Zon Sarawak/Bil 1/ISSN 2180 - 1916 APRIL 2010Muhammad Nazri Abdul Halim
 
EDU44 PRESENTATION.pptx
EDU44 PRESENTATION.pptxEDU44 PRESENTATION.pptx
EDU44 PRESENTATION.pptxnoorsarena
 
jurnal pendidikan akuntansi indonesia
jurnal pendidikan akuntansi indonesiajurnal pendidikan akuntansi indonesia
jurnal pendidikan akuntansi indonesiaLaily Himawati
 
MENJAWAB TANTANGAN GLOBALISASI DENGAN UJIAN NASIONAL DALAM STANDARISASI PENDI...
MENJAWAB TANTANGAN GLOBALISASI DENGAN UJIAN NASIONAL DALAM STANDARISASI PENDI...MENJAWAB TANTANGAN GLOBALISASI DENGAN UJIAN NASIONAL DALAM STANDARISASI PENDI...
MENJAWAB TANTANGAN GLOBALISASI DENGAN UJIAN NASIONAL DALAM STANDARISASI PENDI...Yekti Hanani
 
2987-Article Text-12025-2-10-20200108.pdf
2987-Article Text-12025-2-10-20200108.pdf2987-Article Text-12025-2-10-20200108.pdf
2987-Article Text-12025-2-10-20200108.pdfAhmadRopei1
 
3. pengaruh model pembelajaran proyek dan motivasi terhadap kompetensi prakti...
3. pengaruh model pembelajaran proyek dan motivasi terhadap kompetensi prakti...3. pengaruh model pembelajaran proyek dan motivasi terhadap kompetensi prakti...
3. pengaruh model pembelajaran proyek dan motivasi terhadap kompetensi prakti...ajirniarya
 
Analisis jurnal kewirausahaan
Analisis jurnal kewirausahaanAnalisis jurnal kewirausahaan
Analisis jurnal kewirausahaansofyanalmulky
 
Masriah 201903064 kelas a_15_implementasi k-13 dalam pembelajaran online pan...
Masriah 201903064 kelas a_15_implementasi k-13 dalam pembelajaran online  pan...Masriah 201903064 kelas a_15_implementasi k-13 dalam pembelajaran online  pan...
Masriah 201903064 kelas a_15_implementasi k-13 dalam pembelajaran online pan...HidaMasriah
 

Similar to Kertas kajian faktor-faktor yang mendorong pelajar memilih program kulinari di Kolej Komuniti Nibong Tebal (20)

Tugasan 7
Tugasan 7Tugasan 7
Tugasan 7
 
Pendekatan Gamifikasi Sebagai Pentaksiran Formatif Bagi Menilai Tahap Minat d...
Pendekatan Gamifikasi Sebagai Pentaksiran Formatif Bagi Menilai Tahap Minat d...Pendekatan Gamifikasi Sebagai Pentaksiran Formatif Bagi Menilai Tahap Minat d...
Pendekatan Gamifikasi Sebagai Pentaksiran Formatif Bagi Menilai Tahap Minat d...
 
Prakerja2.pdf
Prakerja2.pdfPrakerja2.pdf
Prakerja2.pdf
 
Review paper firna
Review paper firnaReview paper firna
Review paper firna
 
Semester 6 - Isu Pengangguran (Unemployment Issue)
Semester 6 - Isu Pengangguran (Unemployment Issue)Semester 6 - Isu Pengangguran (Unemployment Issue)
Semester 6 - Isu Pengangguran (Unemployment Issue)
 
Research Content Structure
Research Content StructureResearch Content Structure
Research Content Structure
 
Slide Artikel TIDP kumpulan 7
Slide Artikel TIDP kumpulan 7Slide Artikel TIDP kumpulan 7
Slide Artikel TIDP kumpulan 7
 
Laporan Survey IKM.docx
Laporan Survey IKM.docxLaporan Survey IKM.docx
Laporan Survey IKM.docx
 
Ahmad faozi riview jurnal pak lantip
Ahmad faozi riview jurnal pak lantipAhmad faozi riview jurnal pak lantip
Ahmad faozi riview jurnal pak lantip
 
Diges Politeknik & Kolej Komuniti Zon Sarawak/Bil 1/ISSN 2180 - 1916 APRIL 2010
Diges Politeknik & Kolej Komuniti Zon Sarawak/Bil 1/ISSN 2180 - 1916 APRIL 2010Diges Politeknik & Kolej Komuniti Zon Sarawak/Bil 1/ISSN 2180 - 1916 APRIL 2010
Diges Politeknik & Kolej Komuniti Zon Sarawak/Bil 1/ISSN 2180 - 1916 APRIL 2010
 
EDU44 PRESENTATION.pptx
EDU44 PRESENTATION.pptxEDU44 PRESENTATION.pptx
EDU44 PRESENTATION.pptx
 
jurnal pendidikan akuntansi indonesia
jurnal pendidikan akuntansi indonesiajurnal pendidikan akuntansi indonesia
jurnal pendidikan akuntansi indonesia
 
MENJAWAB TANTANGAN GLOBALISASI DENGAN UJIAN NASIONAL DALAM STANDARISASI PENDI...
MENJAWAB TANTANGAN GLOBALISASI DENGAN UJIAN NASIONAL DALAM STANDARISASI PENDI...MENJAWAB TANTANGAN GLOBALISASI DENGAN UJIAN NASIONAL DALAM STANDARISASI PENDI...
MENJAWAB TANTANGAN GLOBALISASI DENGAN UJIAN NASIONAL DALAM STANDARISASI PENDI...
 
2987-Article Text-12025-2-10-20200108.pdf
2987-Article Text-12025-2-10-20200108.pdf2987-Article Text-12025-2-10-20200108.pdf
2987-Article Text-12025-2-10-20200108.pdf
 
3. pengaruh model pembelajaran proyek dan motivasi terhadap kompetensi prakti...
3. pengaruh model pembelajaran proyek dan motivasi terhadap kompetensi prakti...3. pengaruh model pembelajaran proyek dan motivasi terhadap kompetensi prakti...
3. pengaruh model pembelajaran proyek dan motivasi terhadap kompetensi prakti...
 
Analisis jurnal kewirausahaan
Analisis jurnal kewirausahaanAnalisis jurnal kewirausahaan
Analisis jurnal kewirausahaan
 
Masriah 201903064 kelas a_15_implementasi k-13 dalam pembelajaran online pan...
Masriah 201903064 kelas a_15_implementasi k-13 dalam pembelajaran online  pan...Masriah 201903064 kelas a_15_implementasi k-13 dalam pembelajaran online  pan...
Masriah 201903064 kelas a_15_implementasi k-13 dalam pembelajaran online pan...
 
SWOT OPPM.pptx
SWOT OPPM.pptxSWOT OPPM.pptx
SWOT OPPM.pptx
 
Jurnal
JurnalJurnal
Jurnal
 
3642 13376-1-pb
3642 13376-1-pb3642 13376-1-pb
3642 13376-1-pb
 

Kertas kajian faktor-faktor yang mendorong pelajar memilih program kulinari di Kolej Komuniti Nibong Tebal

  • 1. SEMINAR PENYELIDIKAN KOLEJ KOMUNITI ZON UTARA (SPEKKU) 2015 | 1 FAKTOR-FAKTOR YANG MENDORONG PELAJAR MEMILIH PROGRAM KULINARI DI KOLEJ KOMUNITI NIBONG TEBAL, PULAU PINANG Nurdzifazura Binti Dziyauddin ierad@yahoo.com Emyzatul Najlaa’ Binti Roslin najlaa_me@yahoo.com Kolej Komuniti Nibong Tebal, Pulau Pinang ABSTRAK Kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti faktor-faktor yang mendorong pelajar memilih program kulinari di Kolej komuniti Nibong Tebal, Pulau Pinang. Faktor-faktor yang diutarakan dari segi minat, pengaruh ibu bapa, pengaruh rakan sebaya dan kerjaya. Kajian ini melibatkan 52 pelajar ambilan Mac, Julai dan November 2014 yang mengikuti Program Kulinari di Kolej Komuniti Nibong Tebal pada peringkat Sijil Kolej Komuniti (Modular). Data mentah dikutip menggunakan soal selidik yang diedarkan kepada responden. Data yang diperolehi, kemudian dianalisis seterusnya dilaporkan secara deskriptif. Pada keseluruhannya, dapatan kajian menunjukkan responden memberikan reaksi yang positif terhadap aspek-aspek yang dikaji. Hasil kajian mendapati faktor kerjaya merupakan faktor paling tinggi yang mendorong pelajar memilih program kulinari di samping faktor lain seperti minat, pengaruh ibu bapa dan pengaruh rakan sebaya. Kata Kunci: faktor, mendorong, program kulinari
  • 2. SEMINAR PENYELIDIKAN KOLEJ KOMUNITI ZON UTARA (SPEKKU) 2015 | 2 1.0 Pengenalan Pemilihan program untuk melanjutkan pelajaran merupakan suatu perkara yang penting kerana ia memberi kesan jangka panjang kepada pelajar. Perkembangan pendidikan yang pesat di negara ini telah membuka banyak peluang dan ruang kepada pelajar lepasan SPM dan STPM untuk menyambung pengajian ke peringkat yang lebih tinggi. Menurut Nadzri Mohammad dan Abu Osman Md. Tap (2002) di dalam Nurzatil et. al (2015), proses membuat pemilihan tempat dan kursus pengajian juga menjadi semakin sukar kerana semua Institut Pengajian Tinggi (IPT) ini menawarkan pelbagai pilihan program berkualiti dan berdaya saing yang bertujuan menarik perhatian pelajar. Nadzri Mohamad dan Abu Osman Md. Tap (2002) di dalam Nurzatil et. al (2015) pemilihan universiti juga amat berkait rapat dengan kursus yang akan diikuti oleh pelajar bagi mencapai cita-cita mereka. Ia perlu kepada persediaan dan perancangan rapi terutama dalam mendapatkan maklumat berkenaan bidang kerjaya yang boleh diceburi selepas tamat pengajian. Ketepatan pemilihan kursus pengajian berkait rapat dengan maklumat yang diperolehi oleh seseorang tentang sesuatu kerjaya. Pemilihan ini juga boleh digambarkan menerusi pemilihan pelajar terhadap bidang pengajian dan pusat pengajian tinggi tertentu. Industri kulinari yang semakin berkembang pesat juga menjadi faktor pemilihan kursus ini. Kewujudan hotel dan restoran yang bertaraf antarabangsa, membuka peluang pekerjaan, sekaligus menyumbang kepada permintaan dalam kulinari. Kenyataan ini disokong oleh Mohd Rizal dan Rusli Radzi (2008), di Malaysia, industri hospitaliti sedang rancak berkembang dengan adanya banyak kemudahan hotel dan restoran yang bertaraf antarabangsa. Perkembangan yang paling pesat berlaku pada tahun 1990an yang mana banyak syarikat hotel gergasi telah bertapak di Malaysia.
  • 3. SEMINAR PENYELIDIKAN KOLEJ KOMUNITI ZON UTARA (SPEKKU) 2015 | 3 2.0 Latar Belakang Masalah Dalam dunia pekerjaan masa kini, kemahiran teknikal adalah salah satu kemahiran yang sangat diperlukan oleh para majikan di luar sana. Salah satu kemahiran yang semakin mendapat tempat dikalangan para pelajar masa kini adalah kemahiran dalam bidang masakan atau lebih di kenali dengan bidang kulinari. Sehubungan dengan itu, satu kajian telah dijalankan di Kolej Komuniti Nibong Tebal untuk mengenalpasti faktor-faktor yang mendorong para pelajar memilih program kulinari. Menurut Asnul Dahar Minghat dan Siti Azizah Disun (2011) telah menyenaraikan faktor –faktor yang mempengaruhi pemilihan kursus rekaan dan jahitan di daerah Muar, Johor. Antara faktor berikut ialah pangaruh minat pelajar, pengaruh kemudahan bengkel, pengaruh kerjaya serta pengaruh sikap pelajar dalam memilih kursus rekaan dan jahitan pakaian. Mohd Rizal dan Rusli Radzi (2008) telah menyenaraikan beberapa faktor pemilihan kursus hospitaliti sebagai pembentukan awal kerjaya di Insitut Kemahiran Belia Negara, Peretak. Antara faktor berikut ialah faktor minat pelajar terhadap pemilihan kursus hospitaliti, peranan ibu bapa, peranan rakan sebaya untuk menceburi kursus hospitaliti dan samada kelayakan akademik mendorong pelajar dalam memilih kursus hospitaliti. Melalui kajian ini, pengkaji dapat mengesan faktor utama yang mendorong para pelajar memilih program ini agar penambahbaikan dapat dilaksanakan bagi menarik minat lebih ramai pelajar memilih program kulinari. Walaupun peningkatan dari segi pengambilan pelajar membanggakan, terdapat juga sesetengah golongan pelajar masih kurang berkeyakinan terhadap program ini. Segelintir pelajar masih berpandangan negatif terhadap program kulinari kerana bagi mereka pendidikan seperti ini, adalah bagi pelajar kelas kedua dan untuk mereka yang tidak cemerlang di dalam pelajaran.
  • 4. SEMINAR PENYELIDIKAN KOLEJ KOMUNITI ZON UTARA (SPEKKU) 2015 | 4 3.0 Objektif Kajian Kajian ini dijalankan mengandungi beberapa objektif yang hendak dicapai seperti berikut: i. Mengenal pasti sama ada faktor minat mendorong pelajar memilih program kulinari di Kolej Komuniti Nibong Tebal. ii. Mengenal pasti sama ada pengaruh ibu bapa mendorong pelajar untuk memilih program kulinari di Kolej Komuniti Nibong Tebal. iii. Mengenal pasti sama ada faktor pengaruh rakan sebaya mendorong pelajar dalam memilih program kulinari di Kolej Komuniti Nibong Tebal. iv. Mengenal pasti sama ada faktor kerjaya mendorong pelajar dalam memilih program kulinari di Kolej Komuniti Nibong Tebal. 4.0 Persoalan Kajian i. Sejauh manakah responden memilih program kulinari kerana faktor minat? ii. Sejauh manakah responden memilih program kulinari kerana faktor pengaruh ibubapa? iii. Sejauh manakah responden memilih program kulinari kerana faktor pengaruh rakan sebaya? iv. Sejauh manakah responden memilih program kulinari kerana faktor kerjaya?
  • 5. SEMINAR PENYELIDIKAN KOLEJ KOMUNITI ZON UTARA (SPEKKU) 2015 | 5 5.0 Metodologi Seramai 52 orang pelajar baharu Kolej Komuniti Nibong Tebal telah mendaftar bagi sesi ambilan Mac, Julai dan November 2014. Sehubungan itu, sebanyak 52 borang soal selidik telah diedarkan semasa sesi pendaftaran pelajar baharu bagi program Sijil Kulinari dan maklum balas yang diterima adalah sebanyak 52 responden. Kajian dijalankan ke atas pelajar pada sesi berkenaan kerana sesi ini Kolej Komuniti Nibong Tebal menawarkan sepenuhnya Sijil Kolej Komuniti (M). Menurut Syed Arabi (1992), penggunaan soal selidik adalah lebih praktikal, berkesan dan menjimatkan masa. Kaedah ini juga sesuai kerana lebih realistik bagi mendapatkan maklumbalas dari responden, gerak balas atau jawapan yang diberikan lebih mudah diproses dan dianalisis. Borang soal selidik bagi kajian ini terbahagi kepada dua bahagian iaitu bahagian pertama adalah demografi responden yang berkaitan seperti jantina, umur dan bangsa. Manakala bahagian kedua pula, faktor-faktor pemilihan program kulinari mengikut persoalan kajian iaitu faktor minat, pengaruh ibu-bapa, pengaruh rakan sebaya dan faktor kerjaya.
  • 6. SEMINAR PENYELIDIKAN KOLEJ KOMUNITI ZON UTARA (SPEKKU) 2015 | 6 6.0 Analisis Dapatan 6.1 Bahagian A- Data demografi Hasil dapatan kajian ini diperolehi melalui borang soal selidik yang telah dijalankan ke atas seramai 52 orang responden yang terdiri daripada para pelajar kulinari ambilan Mac, Julai dan November 2014 di Kolej Komuniti Nibong Tebal. Berdasarkan analisis data kajian ini, peratusan responden mengikut jantina ialah lelaki mewakili sebanyak 42%, manakala perempuan sebanyak 58 % daripada jumlah responden. Bagi hasil dapatan untuk bangsa responden pula, menunjukkan Melayu mewakili 98 % dan India 2%. Taburan bagi peringkat umur responden pula 18-20 tahun adalah sebanyak 79%, peringkat umur 21-25 tahun sebanyak 15% dan 26 tahun ke atas sebanyak 6%. Taburan 1 – Jantina 22 30 0 5 10 15 20 25 30 35 LELAKI PEREMPUAN JANTINA LELAKI PEREMPUAN
  • 7. SEMINAR PENYELIDIKAN KOLEJ KOMUNITI ZON UTARA (SPEKKU) 2015 | 7 Taburan 2 – Bangsa Taburan 3 – Umur 51 0 1 0 10 20 30 40 50 60 MELAYU CINA INDIA BANGSA MELAYU CINA INDIA 41 8 3 0 5 10 15 20 25 30 35 40 45 18-20 21-25 26 KE ATAS UMUR 18-20 21-25 26 KE ATAS
  • 8. SEMINAR PENYELIDIKAN KOLEJ KOMUNITI ZON UTARA (SPEKKU) 2015 | 8 6.2 Bahagian B – Faktor-faktor yang mendorong pelajar memilih program kulinari di Kolej Komuniti Nibong Tebal, Pulau Pinang 6.2.1 Faktor minat mendorong pelajar memilih program kulinari di Kolej Komuniti Nibong Tebal. Jadual 1.1- Faktor minat mendorong pelajar memilih program kulinari di Kolej Komuniti Nibong Tebal. NO PERNYATAAN TIDAK SETUJU (%) TIDAK PASTI (%) SETUJU (%) 1. Saya minat/gemarmemasak 0 12 88 2. Saya berminatuntukmenjadi seorangchef terkenal 0 19 81 3. Saya terpengaruhdenganrancangantelevisyendalam duniamasakan 6 17 77 4. Saya gemarmenghasilkanresipi masakansendiri 2 48 50 5. Saya sukamelakukankerjaamali berbandingteori 4 25 71 Jadual 1.1 menunjukkan peratusan keseluruhan, pelajar bersetuju adalah 73% bahawa faktor minat mendorong mereka memilih program kulinari. Peratusan pelajar di dalam faktor minat terhadap program kulinari, dapatan tertinggi yang diperolehi adalah “saya minat/gemar memasak” sebanyak 88%. Minat memainkan peranan yang penting dalam menentukan kejayaan proses pembelajaran dan ianya mempengaruhi pencapaian seseorang pelajar itu. Menurut Roshidah (2001), minat boleh menentukan apa yang hendak dilakukan. Ini disokong dengan kajian Khashiatul-fauziah (2003), yang menyatakan bahawa minat adalah segalanya yang membawa maksud walaupun seseorang itu mempunyai kebolehan dalam melakukan kerja tetapi disebabkan faktor minat, seseorang itu mudah menguasai bidang tersebut. Menurut Rhys Davies (2003) di dalam Nurzatil et. al (2015) , sebab sesuatu kursus pengajian dipilih ialah minat terhadap sesuatu subjek tersebut. Oleh sebab itu, minat yang ada dalam diri pelajar memberi kesan kepada pelajar dalam pemilihan program kulinari di Kolej Komuniti Nibong Tebal. “Saya gemar menghasilkan resipi masakan sendiri” mencatat peratusan terendah sebanyak 50%, ini berkemungkinan responden masih belum mempunyai ilmu dalam bidang kulinari dan kurang percaya pada diri sendiri dalam mengolah dan mencipta resipi sendiri.
  • 9. SEMINAR PENYELIDIKAN KOLEJ KOMUNITI ZON UTARA (SPEKKU) 2015 | 9 6.2.2 Faktor peranan ibu bapa dalam mendorong pelajar untuk memilih program kulinari di Kolej Komuniti Nibong Tebal. Jadual 1.2 - Faktor peranan ibu bapa dalam mendorong pelajar untuk memilih program kulinari di Kolej Komuniti Nibong Tebal. NO PERNYATAAN TIDAK SETUJU (%) TIDAK PASTI (%) SETUJU (%) 1. Ibubapa saya membuatkeputusandalampemilihan program ini 56 15 29 2. Ibubapa saya merasakanprogramini sesuai dengan kebolehansaya 8 21 71 3. Ibubapa saya memohonprogramini tanpapengetahuan saya 13.5 73 13.5 4. Ibubapa memberi galakandansokonganapabilasaya memohonprogramini 4 6 90 5. Ibubapa saya merasakan programini menjaminmasadepan 2 11.5 86.5 Jadual 1.2 menunjukkan peratusan keseluruhan, pelajar bersetuju adalah 58% bahawa peranan ibu bapa mendorong mereka memilih program kulinari. Sebanyak 90% responden menjawab “Ibu bapa memberi galakan dan sokongan apabila saya memohon program ini”, selalunya ibu bapa memainkan peranan utama dalam mempengaruhi anak-anak mereka dalam pemilihan sesuatu kursus supaya ia dapat menjamin masa depan mereka, menurut Hishammudin dalam Baharin Abu (2010) ibu bapa merupakan kumpulan rujukan terpenting dikalangan anak-anak di dalam sistem kekeluargaan di Malaysia. Ibu bapa berkemungkinan merasakan program ini mampu menjana pendapatan yang menguntungkan dan menjamin peluang perkerjaan apabila anak mereka tamat pengajian kelak. Sekiranya, ibu bapa pelajar merupakan peniaga makanan atau minuman ini dapat membantu mereka dalam mendalami dunia kulinari dan memperkembangkan perniagaan mereka. Keyakinan ibu bapa terhadap program ini menyumbang kepada kecenderungan pemilihan program dengan memberi galakan dan sokongan semasa pemilihan program kulinari di Kolej Komuniti Nibong Tebal.
  • 10. SEMINAR PENYELIDIKAN KOLEJ KOMUNITI ZON UTARA (SPEKKU) 2015 | 10 6.2.3 Faktor rakan sebaya mendorong pelajar dalam memilih program kulinari di Kolej Komuniti Nibong Tebal Jadual 1.3 – Faktor rakan sebaya mendorong pelajar dalam memilih program kulinari di Kolej Komuniti Nibong Tebal NO PERNYATAAN TIDAK SETUJU (%) TIDAK PASTI (%) SETUJU (%) 1. Ramai rakan saya mengikuti programkulinariini 10 52 38 2. Rakan-rakanyangmengikuti programini mengesyorkansaya supayamengikuti programini. 12 48 40 3. Kejayaanrakan-rakanyangmengikuti programini mendorong saya memilihprogramini 12 42 46 4. Rakan sayamerasakanprogram ini sesuai dengankebolehan saya 4 44 52 5. Saya dan rakanmemohonprogramyang sama 19 38.5 42 Berdasarkan dapatan yang diperoleh pada jadual 1.3, purata keseluruhan pelajar tidak pasti faktor rakan sebaya mendorong mereka memilih program kulinari adalah sebanyak 45 %. Pengaruh rakan sebaya kurang memberikan kesan ke atas responden dalam pemilihan program kulinari. Ini kerana kebanyakan responden memberikan peratusan 52 % kepada ‘Tidak Pasti’ dan 10 % atas jawapan ‘Tidak Setuju’ kepada item “Ramai rakan saya mengikuti program kulinari ini”. Bagi pernyataan “Rakan-rakan yang mengikuti program ini mengesyorkan saya supaya mengikuti program ini”, responden memberikan 48% kepada ‘Tidak Pasti’ dan 12% ke atas ‘Tidak Setuju’. Oleh yang demikian, faktor rakan sebaya bukanlah pendorong utama responden dalam pemilihan program kulinari di Kolej Komuniti Nibong Tebal. Berdasarkan dapatan yang di perolehi di dalam jadual diatas, kebanyakan responden tidak memilih program kulinari kerana mengikut jejak langkah rakan-rakan. Namun begitu, berkemungkinan rakan mereka memberi galakan kepada responden dalam pemilihan program ini dengan menyatakan program ini bersesuaian dengan responden kerana menurut Asnul Dahar Minghat (2011), remaja lebih terpengaruh dengan rakan sebaya daripada orang lain dalam pelbagai aspek.
  • 11. SEMINAR PENYELIDIKAN KOLEJ KOMUNITI ZON UTARA (SPEKKU) 2015 | 11 6.2.4 Faktor kerjaya mendorong pelajar dalam memilih program kulinari di Kolej Komuniti Nibong Tebal. Jadual 1.4 - Faktor kerjaya mendorong pelajar dalam memilih program kulinari di Kolej Komuniti Nibong Tebal. NO PERNYATAAN TIDAK SETUJU (%) TIDAK PASTI (%) SETUJU (%) 1. Saya bercita-citauntukmenjadiseorangchef yangmahir di masa depan 2 13 85 2. Pelajarlepasanprogramkulinari mempunyai peluangpekerjaan yang baik 0 13 87 3. Program kulinari memberi peluangkepadasayauntukmenjadi usahawanyangberjaya 0 15 85 4. Program kulinari memberi persediaanyangcukupkepadasaya sebelummelangkahke alampekerjaan 0 13 87 5. Program kulinari berkaitandengankerjayayangsayacita-citakan 2 19 79 Jadual 1.4 menunjukkan item dalam faktor kerjaya mendorong responden memilih program kulinari. Purata keseluruhan, pelajar bersetuju adalah sebanyak 84.6% bahawa faktor kerjaya mendorong memilih program kulinari. Jumlah peratusan tertinggi pada jadual berikut ialah item “Pelajar lepasan program kulinari mempunyai peluang pekerjaan yang baik” dan “Program kulinari memberi persediaan yang cukup kepada saya sebelum melangkah ke alam pekerjaan” mewakili sebanyak 87 %, ini memberi gambaran pelajar percaya bahawa program ini menawarkan banyak peluang perkerjaan. Seseorang individu itu tertarik kepada sesuatu pekerjaan kerana terdapat beberapa ciri-ciri yang menarik seperti latar belakang pekerjaan, pangkat, bentuk kerja dan ganjaran (Herzberg, 1966). Kenyataan ini disokong, kerana menurut Robiah (1993), pelajar-pelajar perlu diberi bimbingan dalam memilih kerjaya dan mengamalkan budaya kerja yang baik kerana hanya kerjaya yang sesuai dengan personaliti dan keperluan diri seseorang itu boleh menjamin kepuasan kerja. Selain daripada itu, proses pembelajaran program kulinari mengamalkan konsep yang hampir sama seperti situasi sebenar dalam alam pekerjaan termasuk penggunaan alatan dapur untuk tujuan kemahiran, tatacara penggunaan serta penekanan terhadap aspek-aspek keselamatan semasa menjalankan kerja di bengkel masakan.
  • 12. SEMINAR PENYELIDIKAN KOLEJ KOMUNITI ZON UTARA (SPEKKU) 2015 | 12 7.0 Kesimpulan Pemilihan program bagi tujuan melanjutkan pelajaran merupakan perkara yang penting kerana pemilihan program yang tepat serta bersesuaian memberikan kesan jangka panjang kepada pelajar. Pemilihan program pengajian yang tepat berdasarkan keperluan semasa, minat serta tempat pengajian amat penting bagi membantu pembelajaran dan melakar kejayaan dalam bidang yang diceburi. Hasil kajian yang telah di jalankan secara keseluruhannya menunjukkan faktor minat, pengaruh ibu bapa, pengaruh rakan sebaya dan faktor kerjaya telah mendorong responden dalam pemilihan program kulinari. Namun begitu, daripada keempat-empat faktor yang yang menjadi kayu pengukur kepada kajian ini, faktor terbesar yang dapat di lihat mendorong responden memilih kursus kulinari adalah faktor kerjaya. Peluang pekerjaan yang terhad pada masa kini, mendorong responden memilih program kulinari kerana program ini memberi persediaan yang cukup kepada responden sebelum melangkah ke alam pekerjaan. Selain dari itu, program ini juga membuka peluang kepada responden yang berminat menjadi usahawan di dalam bidang makanan serta minuman. 8.0 Cadangan Hasil daripada dapatan kajian, beberapa penambahbaikan boleh di lakukan agar kajian lebih terperinci dapat dilaksanakan. Beberapa elemen seperti persepsi pelajar terhadap Kolej Komuniti Nibong Tebal, faktor lokasi, kemudahan infrastruktur boleh diambil sebagai salah satu skop kajian. Penyelidik berharap agar kajian ini dapat dijadikan rujukan oleh bahagian pengambilan pelajar kolej untuk menambahbaik pengambilan pelajar di masa akan datang.
  • 13. SEMINAR PENYELIDIKAN KOLEJ KOMUNITI ZON UTARA (SPEKKU) 2015 | 13 9.0 Rujukan Asnul Dahar Minghat dan Siti Azizah Disun (2011). Faktor-faktor Yang Mempengaruhi Pemilihan Kursus Rekaan Dan Jahitan Di Daerah Muar, Negeri Johor. Journal of Technical, Vocational & Engineering Education, Volume 4, 58-76. Baharin Abu dan Nor Fatimah A. Aziz (2010). Faktor-faktor Yang Mendorong Guru Pelatih Fakulti Pendidikan Memilih Bidang Perguruan pp. 1-9. Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia. Tidak Diterbitkan. Frederick Herzberg, Bernard Mausner, Barbara Bloch Snyderman (1966). The Motivation to Work. New Brunswick, New Jersey: Transaction Pub. Khashiatul-Fauziah Hamzah (2003). Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Pemilihan Kerjaya Di Kalangan Remaja Melayu Di Daerah Batu Pahat. Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Skudai : Tesis Sarjana Muda. Mohd Rizal Mohd Said dan Rusli Radzi (2008). Faktor-faktor Yang Mempengaruhi Pelajar Memilih Kursus Hospitaliti Sebagai Pembentukan Awal kerjaya Di Institut Kemahiran Belia Negara, Peretak. Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia. Norbaizura Abu bakar, Mohd Hafiz Saberi, Nasruddin Faisol, Mohmad Mohd Derus, Suhaila Ali dan Farhan Md Dahlan (2012). Faktor-faktor Yang Mempengaruhi Pemilihan Kursus Professional Di Universiti Awam Di Malaysia: Tinjauan Awal. 1st International Conference On Innovation and Technology For Sustainable Built Environment 2012, 23- 24 April. Nurzatil Ismah Azizan, Zanariah Dimon, Nazneen Ismail dan Sahlawati Abu Bakar (2015). Faktor-faktor Yang Mendorong Pemilihan Institusi Pengajian Tinggi Di Kalangan Pelajar. E-Proceeding of The 2nd International Conference on Arabic Studies And Islamic Civilization, 9-10 March. Rahmahtunnisah Hj. Sailin, Norziah Othman, Nor 'Adha Abd. Hamid, Nurkaliza Khalid, Abdul Hadi Awang dan Mohd Farok Mat Nor (2014). Faktor pendorong Kemasukan Pelajar
  • 14. SEMINAR PENYELIDIKAN KOLEJ KOMUNITI ZON UTARA (SPEKKU) 2015 | 14 Baharu Ke Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS). 1st International Research Management and Innovation Conference, Kuala Lumpur, 17-18 November. Robiah Sidin (1993). Pendidikan Malaysia : Cabaran Masa Depan. Shah Alam : Fajar Bakti Sdn. Bhd. Roshidah Mat Rashid (2001). Aplikasi Kompenen Ekonomi Rumah Tangga (ERT) Dan Kemahiran Manipulatif Tambahan (KMT) Dalam Kehidupan Seharian Di Kalangan Pelajar Sekolah Menengah. Universiti Teknologi Malaysia, Johor. Projek Sarjana Muda. Tidak Diterbitkan. Zikriah Zakaria dan Mohd Juwahir Pa'iman (2014). Faktor-faktor Yang Mendorong Para pelajar Memilih Program Pengajian Di Kolej Komuniti Rompin, Pahang. Seminar Kebangsaan Hal Ehwal Pelajar Kolej Komuniti, Kementerian Pendidikan Malaysia, 20 Disember.