SlideShare a Scribd company logo
1 of 14
P66448
NORUL AMLA BT ABDULLAH
FAKTOR KEKANGAN PERSEKITARAN SEKOLAH YANG MEMPENGARUHI
PERLAKSANAAN PENGAJARAN PENDIDIKAN JASMANI DI SEKOLAH
MENENGAH
ABSTRAK
Kajian ini bertujuan mengkaji faktor kekangan persekitaran sekolah yang mempengaruhi
perlaksanaan pengajaran pendidikan jasmani di SMK Seksyen 7 Shah Alam. Kajian
kuantitatif ini menggunakan kaedah tinjauan dan instrumen soal selidik. Seramai 10 orang
yang terlibat dalam kajian ini sebagai responden dan ianya terdiri daripada guru-guru
Pendidikan Jasmani. Persempalan soal selidik kajian ini dilakukan secara pensempelan
rawak mudah. Kajian ini menggunakan Borang soal selidik yang mengandungi 10 soalan
dan menggunakan skala Likert. Analisis dapatan kajian mendapati tujuh item dari soalan
soal selidik faktor kekangan persekitaran sekolah berada pada tahap Min (M) yang
sederhana M=1.8; M=2.3; M=2.9; M=2.9; M=3.0; M=3.1; M=3.2 dan 3 item tahap yang
tinggi M=3.5; M=3.5 dan M=3.9. Min keseluruhan menunjukkan pada tahap sederhana iaitu
M=3.11. Kesimpulannya, pihak sekolah perlu sentiasa memberi kerjasama dalam
menyediakan persekitaran sekolah yang kondusif.
1.0 PENGENALAN
Faktor persekitaran sekolah mempengaruhi perlaksanaan pengajaran dan pembelajaran (PdP)
Pendidikan Jasmani. Proses pengajaran guru Pendidikan Jasmani dikatakan kurang bermutu
disebabkan fakor-faktor kekangan persekitaran sekolah (Ali, 2008). Jika saiz kelas itu besar,
maka masalah kekurangan peralatan dan kemudahan mungkin timbul (Zuber, 1999).
Berdasarkan dapatan Sakhiyyah (2004), 34.2% kekangan yang dihadapi oleh sekolah bandar
ialah mendapatkan kawasan padang permainan yang agak luas. Krome dan Smith (2006) pula
menyatakan sekolah-sekolah di kawasan pedalaman menghadapi kekangan dari segi
kemudahan peralatan. Manakala menurut Muhammad Nor (1990), pengajaran Pendidikan
Jasmani tertangguh disebabkan jumlah peruntukan untuk membeli peralatan sering digunakan
untuk pembangunan sekolah dan mengakibatkan pelajar terpaksa menggunakan peralatan
yang agak uzur, alatan yang dan di makan usia dan tidak selamat untuk digunakan.
Berdasarkan pemerhatian Mohar (2011), kekangan persekitaran perlu diatasi dengan melihat
semula alatan dan kemudahan yang sedia ada di setiap sekolah sebelum merangka kurikulum
Pendidikan Jasmani Pendidikan Jasmani merupakan satu subjek penting dalam kurikulum
pendidikan formal dalam sistem pendidikan di Malaysia (Safani & Hamdan 2005)
Aktiviti kokurikulum merupakan aktiviti luar atau gerak kerja bercorak pendidikan
yang menyediakan pengalaman pembelajaran kepada pelajar. Aktiviti kokurikulum
merupakan lanjutan daripada proses pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah.
Kokurikulum merupakan suatu aktiviti dan pengalaman pendidikan yang dilaksanakan di luar
atau di dalam bilik darjah (Nor Azah 2007). Aktiviti kokurikulum penting dalam membantu
melengkapkan dan memperkukuhkan proses pembelajaran di dalam bilik darjah, di samping
dapat menunjukkan perubahan tingkah laku serta mempengaruhi sahsiah pelajar. Aktiviti
kokurikulum adalah jelas boleh menambah pengalaman penting dan kemahiran kepada
pelajar (Reaves & et al. 2010).
2.0 OBJEKTIF KAJIAN
Pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani tidak dapat dilaksanakan dengan berkesan
disebabkan beberapa faktor kekangan seperti psikologi murid, sosiologi murid, ibu bapa,
persekitaran sekolah dan guru Pendidikan Jasmani yang mengajar (Mohar, 2011).
Berdasarkan penyelidikan lepas, kajian ini dijalankan bertujuan untuk meninjau persepsi
guru-guru yang mengajar mata pelajaran pendidikan jasmani di Sekolah Menengah
Kebangsaan Seksyen 7, Shah Alam, Selangor. Secara khusus, guru-guru ini di minta
memberi maklumbalas mengenai tahap kekangan persekitaran sekolah dalam perlaksanaan
pengajaran pendidikan jasmani secara berkesan di sekolah. Ia melihat samada persekitaran
sekolah menjadi faktor kekangan utama atau pun tidak untuk perlaksanaan pengajaran
Pendidikan Jasmani masa kini di sekolah. Ia penting sebagai semakkan untuk
penambahbaikan bagi pengubahsuaian kurikulum di masa hadapan. Antara objektif kajian
adalah seperti berikut:
1. Meninjau persepsi guru-guru yang mengajar mata pelajaran pendidikan jasmani di
Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 7, Shah Alam, Selangor berdasarkan borang
soal selidik.
2. Mengenal pasti tahap kekangan persekitaran sekolah dalam perlaksanaan pengajaran
pendidikan jasmani secara berkesan di sekolah menengah berdasarkan nilai min dan
peratus.
3.0 METODOLOGI KAJIAN
Metodologi kajian adalah merujuk kepada kaedah yang paling sesuai untuk menjalankan
penyelidikan dan menentukan tatacara yang efektif untuk menjawab permasalah kajian.
3.1 Reka bentuk kajian
Reka bentuk kajian ini menggunakan kaedah tinjauan dan instrumen soal selidik.
Persempalan soal selidik kajian ini dilakukan secara pensempelan rawak mudah.
3.2 Sampel kajian
Kajian ini dilakukan secara rawak yang melibatkan 10 orang guru di SMK Seksyen 7 Shah
Alam, Selangor. Responden yang dipilih adalah terdiri daripada guru mata perlajaran
Pendidikan Jasmani.
3.3 Instrumen kajian
Instrumen yang di pilih untuk membuat kajian ini ialah soal selidik. Untuk kajian ini,
penyelidik menggunakan soal selidik yang sama yang telah digunakan oleh pengkaji sebelum
ini dalam kajian beliau iaitu faktor kekangan ibu bapa dan persekitaran sekolah dalam
pelaksanaan pengajaran Pendidikan Jasmani di sekolah. Soal selidik ini dibina berdasarkan
teoritikal kajian, objektif dan kajian-kajian lampau (McBurney & White, 2010).
Kebolehpercayaan instrumen kajian ini telah dirujuk kepada 7 orang panel pakar bagi
menyemak kesahan kandungan reka bentuk soal selidik dan indeks. Borang soal selidik ini
mengandungi 10 soalan yang berkaitan dengan kekangan persekitaran sekolah dalam
perlaksanaan pengajaran pendidikan jasmani secara berkesan di sekolah menengah. Soalan
dalam soal selidik merupakan soalan tertutup dengan menggunakan skala Likert 5 point.
3.4 Kaedah Pengumpulan data
Data dan maklumat untuk kajian ini dikumpul menggunakan soal selidik. Borang soal selidik
diberikan kepada 10 orang responden iaitu guru mata pelajaran Pendidikan Jasmani yang sudi
bekerjasama. Responden akan diberi masa untuk menjawab semua soalan dalam soal selidik
dan borang soal selidik akan di kutip semula.
Carta alir proses mendapatakan maklumat kajian
3.5 Analisis Data
Pada peringkat akhir kajian ini, dapatan kajian telah dianalisis secara deskriptif untuk
menganalisis data daripada soal selidik. Kajian ini bersifat kuantitatif kerana semua data yang
diperolehi dikumpul melalui borang soal selidik. Soalan di dirangka berdasarkan penyataan 5
skala Likert, iaitu:
1. Sangat Tidak Setuju
2. Tidak Setuju
3. Agak Setuju
4. Setuju
5. Sangat Setuju
Likart (1932) mencadangkan kaedah penyelidikan yang lebih mudah. Analisis item
dilakukan berdasarkan maklum balas yang diberikan. Borang soal selidik yang diberikan
kepada responden penilaian sampel adalah menggunakan persempelan secara rawak.
Persempelan secara rawak adalah bermaksud penilaian berdasarkan kepada individu.
Responden kajian terdiri daripada 10 orang guru. Secara umumnya, data daripada borang soal
selidik yang telah dianalisis. Data yang dipungut melalui borang soal selidik dianalisis
dengan mengamalkan persempelan secara rawak. Soal selidik menggunakan skala Likert
Menulis Dapatan,Perbincangan Dapatan
Analisis di Buat Dalam Bentuk Peratusan dan Min
Menganalisis Dapatan Bagi Setiap Item
Menganalisis Soal Selidik
Mengedarkan Borang Soal Selidik
dengan menggunakan penentuan peratusan (%), min serta skor asal berdasarkan bilangan
responden. Untuk menentukan faktor kekangan dalam kajian ini, penyelidik juga
menggunakan skala pemeringkatan skor min untuk menganalisis dapatan mmin megikut
statistic deskriptif (Norma, 2004). Berdasarkan julat skala tersebut, penyelidik telah
melakukan pembahagian kepada tiga peringkat tahap tinggi, tahap sederhana dan tahap
rendah.
Jadual 1 : Skala Pemeringkatan Skor Min
Bil Tahap Skor min Tahap Skala pemeringkatan skor min
1 0.00 – 1.66 Rendah
2 1.67 – 3.33 Sederhana
3 3.34 – 5.00 Tinggi
Sumber: Mohd Majid Konting (2009). Kaedah Penyelidikan Pendidikan.
Berdasarkan kepada Jadual 2 di atas, tahap min yang terendah dalam kajian ini ialah di antara
0.00 hingga 1.66. Manakala, skor min 1.67 hingga 3.33 diukur berada di tahap yang
sederhana dan skor min 3.34 hingga 5.00 berada di tahap tertinggi bagi menentukan tahap
faktor-faktor kekangan dalam pelaksanaan pengajaran Pendidikan Jasmani di sekolah rendah
ini.
3.6 Kesimpulan
Statistik persampelan data secara rawak digunakan untuk menjawap setiap persoalan dalam
kajian ini. Walaupun kaedah kajian ini berbentuk tinjauan di sekolah, namun hasil dapatan ini
diharap dapat membantu dalam penambahbaikan bagi pengubahsuaian kurikulum di masa
hadapan. Kaedah soal selidik yang digunakan ini lebih mudah untuk mendapatakan maklumat
daripada guru-guru kerana aspek-aspek berkaitan direkodkan dengan menggunakan skala
Likert.
4.0 PERBINCANGAN DAPATAN
Jadual dua menunjukkan analisis statistik deskriptif mengenai tahap kekanganpersekitaran
sekolah dalam perlaksanaan pengajaran Pendidikan Jasmani di sekolah menengah.
Jadual 2: Tahap Kekangan Persekitaran Sekolah
NO PERKARA
SKALA%
MIN1 2 3 4 5 TAHAP
JUMLAH SKOR
1 Kekurangan peralatan
Pendidikan Jasmani.
- 50 20 20 10
2.9
Sederhana
- 5 2 2 1
2 Peralatan Pendidikan Jasmani
yang rosak tidak diganti.
- 40 30 30
2.9 Sederhana
- 4 3 3 -
3 Kawasan padang yang sempit. - 10 40 40 10
3.5 Tinggi
- 1 4 4 1
4 Peruntukan Pendidikan
Jasmani di sekolah salah
dibelanjakan.
30 30 20 20 -
2.3 Sederhana
3 3 2 2 -
5 Keadaan padang tidak selamat. - 10 70 20 -
3.1 Sederhana
- 1 7 2 -
6 Kekurangan kemudahan
Pendidikan Jasmani di
sekolah.
- 20 40 40 -
3.2 Sederhana
- 2 4 4 -
7 Kekurangan peruntukan
Pendidikan Jasmani mengikut
bilangan murid.
20 80 - - -
1.8 Sederhana
2 8 - - -
8 Cuaca semasa pengajaran
Pendidikan Jasmani tidak
menentu.
- - 50 50 -
3.5 Tinggi
- - 5 5 -
9 Gabungan kelas dalam
pengajaran Pendidikan
Jasmani tidak sesuai.
- 30 40 30 -
3.0 Sederhana
3 4 3 -
10 Kesesakan murid yang terlalu
ramai di padang
- - 40 30 30 3.9
- - 4 3 3 Tinggi
3.11Min Keseluruhan Sederhana
1=Sangat Tidak Setuju, 2=Tidak Setuju, 3=Agak Setuju, 4=Setuju, 5=Sangat Setuju
Berdasarkan jadual 2, dapat menunjukkan tahap min yang sederhana. Bagi pernyataan
“Kekurangan peralatan Pendidikan Jasmani” (M=2.9); “Peralatan Pendidikan Jasmani yang
rosak tidak diganti.” (M=2.9); “Kawasan padang yang sempit” (M=3.5); “Peruntukan
Pendidikan Jasmani di sekolah salah dibelanjakan” (M=2.3); “Keadaan padang tidak
selamat” (M=3.1); “Kekurangan kemudahan Pendidikan Jasmani di sekolah (M=3.2);
“Kekurangan peruntukan Pendidikan Jasmani mengikut bilangan murid” (M=1.8); “Cuaca
semasa pengajaran Pendidikan Jasmani tidak menentu” (M=3.5); “Gabungan kelas dalam
pengajaran Pendidikan Jasmani tidak sesuai” (M=3.0) dan “Kesesakan murid yang terlalu
ramai di padang” (M=3.9). Min keseluruhan ialah M=3.11 iaitu menunjukkan pada tahap
sederhana.
4.1 PERBINCANGAN
a) Kekurangan Peralatan Pendidikan Jasmani
Peralatan sukan dalam Pendidikan Jasamani saling memerlukan. Seramai 50% responden
tidak setuju, 20% responden agak setuju, 20% responden setuju dan 10% responden sangat
setuju. Berdasarkan dapatan kajian ini, menunjukkan peralatan Pendidikan Jasmani di SMK
Seksyen 7 kurang mengalami kekangan dari aspek peralatan sukan. Dalam kajian oleh Siti
Ruzina Saron (2002) yang mendapati 90 peratus daripada 30 responden menyatakan bahawa
kemudahan asas dan peralatan sukan yang ada di sekolah tidak mencukupi bagi aktiviti
pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani. Kemudahan peralatan dan fizikal juga
memainkan peranan yang sangat penting untuk menggalakkan pelajar- menyertai kegiatan
sukan. Oleh itu penyediaan peralatan dan kemudahan aktiviti pengajaran yang secukupnya,
seperti bilik persalinan khas, almari kecil, dewan khas dan gimnasium yang membolehkan
digunakan ketika cuaca buruk, serta memastikan peralatan sukan lengkap dan terkini. Hal ini
akan dapat mengekalkan minat murid terhadap pelajaran Pendidikan Jasmani (Zainun, 1995).
b) Peralatan Pendidikan Jasmani yang rosak tidak diganti.
Faktor keselamatan sangat penting dalam PdP pendidikan jasmani, dimana guru perlu
memastikan setiap perlatan yang di gunakan dalam pendidikan jasmani dalam keadaan yang
selamat. Seramai 40% responden tidak setuju, manakala seramai 30% responden agak setuju
dan seramai 30% setuju. Kajian mendapati bahawa terbukti faktor halangan struktur
memainkan peranan yang terpenting dan menjadi penyebab menjadi penghalang penglibatan
para pelajar sekolah menengah di dalam kelas Pendidikan Jasmani (Wan Azlan Wan Ismail,
2015).
c) Kawasan padang yang sempit.
Kawasan padang yang sempit akan menyukarkan aktiviti terutama dalam Pendidikan
Jasmani. Apabila kawasan sempit ianya menghadkan perlaksanaan aktiviti sukan. Sebanyak
10% responden tidak bersetuju, seramai 40% reponden agak setuju, manakala 40% respondan
setuju dan 10% responden sangat setuju. Kawasan pada yang sempit akan menyekat
kebebasan dalam sukan permainan seperti bola sepak, sofbal hoki yang memerlukan keluasan
padang yang sebenar (Carney dan Howells, 2014). Kemudahan infrastruktur dan peralatan
untuk menjalankan aktiviti pendidikan jasmani. Kawasan lapang seperti gelanggang
permainan, padang bola dan ruang-ruang yang agak luas memainkan peranan penting dalam
menjalankan sesuatu aktiviti. Kekangan yang dihadapi oleh sekolah bandar ialah
mendapatkan kawasan padang permainan yang agak luas disebabkan faktor nilai hartanah
yang tinggi. Kawasan sekolah menjadi semakin sempit, ruang untuk sekolah menyediakan
kemudahan agak terhad.
d) Peruntukan Pendidikan Jasmani di sekolah salah dibelanjakan.
Jabatan akan memberi peruntukan mengikut jumlah bilangan murid di setiap sekolah.
Sebanyak 30% responden sangat tidak setuju, 30% responden tidak setuju, manakala 20%
responden agak setuju dan 20% responden sangat setuju.
e) Keadaan padang tidak selamat.
Pendidikan Jasmani melibatkan aktiviti fizikal yang terdedah kepada risiko berlakunya
kecederaan. Oleh itu, untuk mencegah berlakunya sebarang kemalangan yang tidak diingini
guru perlu mengambil langkah keselamatan ke atas murid-murid sewaktu proses PdP berlaku.
Seramai 10% responden tidak setuju, manakala 70% responden agak setuju dan 20%
responden setuju. Dapatan ini menunjukkan terdapat kekangan dalam kemudahan sukan dan
Wan Azlan Wan Ismail (2015), mendapati pelajar kurang berminat untuk melibatkan diri
dalam Pendidikan Jasmani kerana faktor struktur seperti tekanan, masa, kebimbangan,
kewangan, peralatan dan kekangan kemudahan sukan.
f) Kekurangan kemudahan Pendidikan Jasmani di sekolah.
Kekurangan kemudahan Pendidikan Jasmani di sekolah memainkan peranan penting dalam
menjalankan sesuatu aktiviti. Seramai 20% responden tidak setuju, 40% responden agak
setuju dan manakala 40% responden setuju. Sekiranya para pelajar berasa seronok dengan
lokasi kemudahan sukan, pergerakan ke tempat bermain yang mudah, alat yang cukup dan
maklumat yang lengkap para pelajar akan menjadi seronok. Ini akan menggalakkan
penglibatan para pelajar di dalam aktiviti kelas Pendidikan Jasmani (Wan Azlan Wan Ismail,
2015).
g) Kekurangan peruntukan Pendidikan Jasmani mengikut bilangan murid.
Faktor kekurangan peruntukkan bukanlah menjadi perkara baharu dalam semua mata
pelajaran disekolah. Seramai 20% responden sangat tidak setuju dan 80% responden tidak
setuju. Penyediaan peralatan dan kemudahan aktiviti pengajaran yang secukupnya, seperti
bilik persalinan khas, almari kecil, dewan khas dan gimnasium yang membolehkan
digunakan ketika cuaca buruk, serta memastikan peralatan sukan lengkap dan terkini. Hal ini
akan dapat mengekalkan minat murid terhadap pelajaran Pendidikan Jasmani (Zainun, 1995).
Tanpa kemudahan ini, sudah tentu murid-murid di sekolah menengah atas tidak akan dapat
menyertai kegiatan Pendidikan Jasmani dengan sempurna dan seterusnya mematikan minat
pelajar-pelajar tersebut.
h) Cuaca semasa pengajaran Pendidikan Jasmani tidak menentu.
Pendidikan Jasmani menjalankan aktiviti di luar kelas yang terdedah dengan cahaya matahari
dan cuaca semasa, sekiranya cuaca hujan lebat dan panas yang melampau akan menjejaskan
pengajaran aktiviti dan kelas tersebut. Seramai 50% responden agak setuju dan 50%
responden setuju. Guru perlu peka dengan keadaan cuaca semasa dan fenomena-fenomena
yang berlaku seperti al nino yang boleh mengakibatkan stok haba, jerebu, musim hujan, kilat
dan petir. Sekiranya berlaku masalah cuaca yang tidak menentu, guru perlu mengajar
Pendidikan Kesihatan di dalam kelas. Pandangan ini disokong oleh Pugsley, Coffey dan
Delamont (1996) bahawa, sekiranya hujan turun dengan lebat di padang, guru juga boleh
membuat aktiviti senaman ringan di dalam kelas. Senaman ringan ini bertujuan meregangkan
sedikit otot anggota badan dan pada masa yang sama tidak melupakan bahawa waktu tersebut
adalah waktu Pendidikan Jasmani.
i) Gabungan kelas dalam pengajaran Pendidikan Jasmani tidak sesuai.
Pihak pentadbiran sekolah perlu memastikan bahawa guru yang berkelayakan (guru opsyen)
yang mengajar pendidikan jasmani bagi memastikan pelajar dapat belajar dengan lebih
mendalam. Seramai 30% responden tidak setuju, manakala 40% respond agak setuju dan
30% responden setuju. Gabungan kelas melakukan aktiviti bersama akan menyebabkan
pergaduhan dan pertelingkahan kecil sering berlaku kerana pertandingan sering diadakan di
antara kelas. Pandangan ini disokong oleh Mohar (2011) bahawa, gabungan kelas tidak dapat
menyelesaikan masalah dalam pengajaran sebaliknya memberi impak yang besar kepada guru
Pendidikan Jasmani kerana kepenatan dan terpaksa mengeluarkan suara yang kuat untuk
mengajar ramai murid dalam satu masa yang sama di padang.
j) Kesesakan murid yang terlalu ramai di padang.
Apabila murid terlalu ramai ini menyukarkan pengajaran dan pembelajaran. Seramai 40%
responden agak setuju, manakala 30% responden setuju dan 30% responden sangat setuju.
Kesesakan murid di padang adalah salah satu punca kekangan persekitaran di sekolah.
Menurut Ang (1998), ini disebabkan kekurangan peralatan dan pentadbir terpaksa
menggabungkan kelas, waktu pengajaran dan pembelajaran
5.0 KESIMPULAN
Kesimpulannya, Pendidikan Jasmani adalah untuk melahirkan pelajar yang cergas melalui
pembelajaran fizikal serta dapat mengamalkan kecergasan dan disamping itu juga pelajar
diharapkan agar dapat meningkatkan pengetahuan kesihatan, memupuk sikap positif dan
mengamalkan gaya hidup sihat. Melalui mata prlajaran Pendidikan Jasmani, pelajar dapat
mempertingkatkan dan mengekalkan kecergasan berasaskan kesihatan dan lakuan motor
dengan menguasai kemahiran asasa pergerakan dan permainan mengikut kemampuan diri.
Pelajar dapat melakukan senaman dan aktiviti fizikal sebagai rutin harian. Melalui
Pendidikan Jasmani juga, pelajar dapat membentuk sahsiah diri dan disiplin. Selain itu,
pelajar dapat seimbang dari segi jasmani,emosi,rohani,intelek dan sosial.
Melalui Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) yang diimplementasikan
di sekolah menengah seluruh Malaysia mulai 1988, matlamat pelajaran Pendidikan Jasmani
adalah untuk melahirkan pelajar 3 yang seimbang dan harmonis dari aspek jasmani, intelek,
rohani dan emosi selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara (Pusat Perkembangan
Kurikulum, 1985). Mata pelajaran Pendidikan Jasamani ini telah digabungkan dengan
Pendidikan Kesihatan yang menitikberatkan pemeliharaan dan peningkatan kesihatan serta
kecergasan (pusat Perkembangan Kurikulum, 1992; Pusat Perkembangan Kurikulum, 1988).
Sehubungan itu, konsep Pendidikan Jasmani Kesihatan (pJK) dalam KBSM adalah
berlandaskan kepada peJajar menjalankan aktiviti fizikal di samping berpengetahuan dalam
pendidikan kesihatan. Tujuannya adalah untuk membina, memelihara dan meningkatkan
kecergasan pelajar.
RUJUKAN
Abd. Rahim Mohd. Shariff. (2001). Pengaruh penglibatan di dalam aktiviti sukan terhadap
kejayaan di bidang akademik di kalangan atlit pelajar di sebuah sekolah mengengah di
Banting. Tesis sarjana yang tidak diterbitkan: Universiti Malaya.
Aindun Abd Zaman. (1998). Pengajaran guru Pendidikan Jasmani. Tesis sarjana tidak
diterbitkan: Universiti Utara Malaysia.
Ali Maksum. (2008). Kualitas guru Pendidikan Jasmani di sekolah: Antara harapan dan
kenyataan. Fakultas Ilmu Keolahragaan: Universitas Negeri Surabaya.
Alias Baba. (1999). Statistik penyelidikan dalam pendidikan dan sains sosial. Bangi:
Universiti Kebangsaan Malaysia.
Ang Kean Koo. (1998). Persepsi guru sukan dan jurulatih terhadap keselamatan dalam
program sukan. Tesis sarjana yang tidak diterbitkan: Universiti Putra Malaysia.
Azali Rahmat. (2001). Sikap guru mata pelajaran peperiksaan terhadap mata pelajaran
Pendidikan Jasmani & Kesihatan. Tesis sarjana tidak diterbitkan: Universiti Malaya.
Ab. Alim Abdul Rahim. 2004. Pengurusan Gerak Kerja Ko-kurikulum. Oxford Fajar.
Aldridge, J.M., Laugksch, R.C. & Fraser, B.J. 2006. School-level environment and outcomes-
based education in South Africa. Journal Learning Environment Reesrchs, 9: 23–147.
Aminudin Abdul Rahman. 2004. Penglibatan Pelajar Secara Aktif dalam Aktiviti Ko-
kurikulum dan Kesannya ke Atas Pencapaian Akademik. Tesis Sarjana Pendidikan.
Universiti Teknologi Malaysia, Skudai.
Ary, D., Jacobs, L.C. & Razavieh, A. 2002. Introduction to Research in Education. Boston:
Wadsworth/Thomson Learning.
Astin, A. 1984. Student Involvement: A Development Theory for Higher Educations
Graduate School of Educations. Los Angeles: University of California.
Blomfield, C. & Barber B. 2010. Australian adolescents’ extracurricular activity participation
and positive development: Is the relationship mediated by peer attributes?. Australian
Journal of Educational & Developmental Psychology 10: 114-128.
Chapman, E. 2003. Alternative approaches to assessing student engagement rates Practical
Assessment, Research and Evaluation 8 (13). Retrieved April 19, 2006, from
http://PAREonline.net/getvn.asp?v=8&n=13[28 Ogos 2012]
Crowder P.L. 2010. The Influence of the Outdoor Learning Environment on Student
Engagement. Dissertation doctor of educational leadership.
Darling, N., Caldwell, L.L. & Smith, R. 2005. Participation in school based extracurricular
activities and adolescent adjustment. Journal of Leisure Research 37 (I): 51-76.
Fisher, D.L. & Fraser, B.J. 1991b. Validity and use of the school-level environment. Journal
of Classroom Interaction,26 (2): 13–18

More Related Content

What's hot

Stratifikasi dlm pendidikan
Stratifikasi dlm pendidikanStratifikasi dlm pendidikan
Stratifikasi dlm pendidikancik noorlyda
 
Kajian kes -_andrew_huang_
Kajian kes -_andrew_huang_Kajian kes -_andrew_huang_
Kajian kes -_andrew_huang_Dina Amira
 
ARAS PENILAIAN (TAKSONOMI BLOOM)
ARAS PENILAIAN (TAKSONOMI BLOOM)ARAS PENILAIAN (TAKSONOMI BLOOM)
ARAS PENILAIAN (TAKSONOMI BLOOM)Aiisy Afifah
 
Latihan Dan Pembangunan Profesional Guru
Latihan Dan Pembangunan Profesional GuruLatihan Dan Pembangunan Profesional Guru
Latihan Dan Pembangunan Profesional Guruhibatullah92
 
TEORI-TEORI PERKEMBANGAN
TEORI-TEORI PERKEMBANGANTEORI-TEORI PERKEMBANGAN
TEORI-TEORI PERKEMBANGANIeta Sa'ad
 
Rekod-Rekod Perkembangan dan Pengesanan
Rekod-Rekod Perkembangan dan PengesananRekod-Rekod Perkembangan dan Pengesanan
Rekod-Rekod Perkembangan dan PengesananFatin Zafrina Rulez
 
PPPM 2013 - 2025
PPPM 2013 - 2025PPPM 2013 - 2025
PPPM 2013 - 2025mbkppdhl
 
Kepentingan Teori Pembelajaran Konstruktivisme dan Implikasi terhadap Pengaja...
Kepentingan Teori Pembelajaran Konstruktivisme dan Implikasi terhadap Pengaja...Kepentingan Teori Pembelajaran Konstruktivisme dan Implikasi terhadap Pengaja...
Kepentingan Teori Pembelajaran Konstruktivisme dan Implikasi terhadap Pengaja...Atifah Ruzana Abd Wahab
 
Maksud kurikulum
Maksud kurikulumMaksud kurikulum
Maksud kurikulumshahrul93
 
Kata tugas berdasarkan taksonomi bloom
Kata tugas berdasarkan taksonomi bloomKata tugas berdasarkan taksonomi bloom
Kata tugas berdasarkan taksonomi bloomMokhzani Fadir
 
Rubrik Analitik dan Holistik.pptx
Rubrik Analitik dan Holistik.pptxRubrik Analitik dan Holistik.pptx
Rubrik Analitik dan Holistik.pptxMahmudAhmad21
 
kepentingan dan implikasi teori-teori pembelajaran dalam meningkatkan keberke...
kepentingan dan implikasi teori-teori pembelajaran dalam meningkatkan keberke...kepentingan dan implikasi teori-teori pembelajaran dalam meningkatkan keberke...
kepentingan dan implikasi teori-teori pembelajaran dalam meningkatkan keberke...Cho Shirley
 
MASALAH PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN DI DALAM BILIK DARJAH
MASALAH PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN DI DALAM BILIK DARJAHMASALAH PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN DI DALAM BILIK DARJAH
MASALAH PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN DI DALAM BILIK DARJAHIzny Atikah
 
Pengurusan tingkah laku
Pengurusan tingkah lakuPengurusan tingkah laku
Pengurusan tingkah lakuumagul
 
Emk - Elemen Keusahawanan
Emk - Elemen KeusahawananEmk - Elemen Keusahawanan
Emk - Elemen KeusahawananFaFai S.
 
Ujian Rujukan Norma (URN) & Ujian Rujukan Kriteria (URK)
Ujian Rujukan Norma (URN) & Ujian Rujukan Kriteria (URK)Ujian Rujukan Norma (URN) & Ujian Rujukan Kriteria (URK)
Ujian Rujukan Norma (URN) & Ujian Rujukan Kriteria (URK)cikgutika
 

What's hot (20)

Stratifikasi dlm pendidikan
Stratifikasi dlm pendidikanStratifikasi dlm pendidikan
Stratifikasi dlm pendidikan
 
KAJIAN TINJAUAN
KAJIAN TINJAUANKAJIAN TINJAUAN
KAJIAN TINJAUAN
 
Kajian kes -_andrew_huang_
Kajian kes -_andrew_huang_Kajian kes -_andrew_huang_
Kajian kes -_andrew_huang_
 
ARAS PENILAIAN (TAKSONOMI BLOOM)
ARAS PENILAIAN (TAKSONOMI BLOOM)ARAS PENILAIAN (TAKSONOMI BLOOM)
ARAS PENILAIAN (TAKSONOMI BLOOM)
 
Gamifikasi
GamifikasiGamifikasi
Gamifikasi
 
Teori Motivasi
Teori Motivasi Teori Motivasi
Teori Motivasi
 
Latihan Dan Pembangunan Profesional Guru
Latihan Dan Pembangunan Profesional GuruLatihan Dan Pembangunan Profesional Guru
Latihan Dan Pembangunan Profesional Guru
 
TEORI-TEORI PERKEMBANGAN
TEORI-TEORI PERKEMBANGANTEORI-TEORI PERKEMBANGAN
TEORI-TEORI PERKEMBANGAN
 
Rekod-Rekod Perkembangan dan Pengesanan
Rekod-Rekod Perkembangan dan PengesananRekod-Rekod Perkembangan dan Pengesanan
Rekod-Rekod Perkembangan dan Pengesanan
 
PPPM 2013 - 2025
PPPM 2013 - 2025PPPM 2013 - 2025
PPPM 2013 - 2025
 
Kepentingan Teori Pembelajaran Konstruktivisme dan Implikasi terhadap Pengaja...
Kepentingan Teori Pembelajaran Konstruktivisme dan Implikasi terhadap Pengaja...Kepentingan Teori Pembelajaran Konstruktivisme dan Implikasi terhadap Pengaja...
Kepentingan Teori Pembelajaran Konstruktivisme dan Implikasi terhadap Pengaja...
 
psikologi pendidikan
psikologi pendidikanpsikologi pendidikan
psikologi pendidikan
 
Maksud kurikulum
Maksud kurikulumMaksud kurikulum
Maksud kurikulum
 
Kata tugas berdasarkan taksonomi bloom
Kata tugas berdasarkan taksonomi bloomKata tugas berdasarkan taksonomi bloom
Kata tugas berdasarkan taksonomi bloom
 
Rubrik Analitik dan Holistik.pptx
Rubrik Analitik dan Holistik.pptxRubrik Analitik dan Holistik.pptx
Rubrik Analitik dan Holistik.pptx
 
kepentingan dan implikasi teori-teori pembelajaran dalam meningkatkan keberke...
kepentingan dan implikasi teori-teori pembelajaran dalam meningkatkan keberke...kepentingan dan implikasi teori-teori pembelajaran dalam meningkatkan keberke...
kepentingan dan implikasi teori-teori pembelajaran dalam meningkatkan keberke...
 
MASALAH PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN DI DALAM BILIK DARJAH
MASALAH PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN DI DALAM BILIK DARJAHMASALAH PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN DI DALAM BILIK DARJAH
MASALAH PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN DI DALAM BILIK DARJAH
 
Pengurusan tingkah laku
Pengurusan tingkah lakuPengurusan tingkah laku
Pengurusan tingkah laku
 
Emk - Elemen Keusahawanan
Emk - Elemen KeusahawananEmk - Elemen Keusahawanan
Emk - Elemen Keusahawanan
 
Ujian Rujukan Norma (URN) & Ujian Rujukan Kriteria (URK)
Ujian Rujukan Norma (URN) & Ujian Rujukan Kriteria (URK)Ujian Rujukan Norma (URN) & Ujian Rujukan Kriteria (URK)
Ujian Rujukan Norma (URN) & Ujian Rujukan Kriteria (URK)
 

Similar to FAKTOR KEKANGAN

Artikel ff78f36adf773c182704824e300c97f7
Artikel ff78f36adf773c182704824e300c97f7Artikel ff78f36adf773c182704824e300c97f7
Artikel ff78f36adf773c182704824e300c97f7gusty_21
 
Pengaruh metode diskusi kelompok terhadap hasil belajar fisika peserta didik ...
Pengaruh metode diskusi kelompok terhadap hasil belajar fisika peserta didik ...Pengaruh metode diskusi kelompok terhadap hasil belajar fisika peserta didik ...
Pengaruh metode diskusi kelompok terhadap hasil belajar fisika peserta didik ...Azhar Al Munawwarah
 
3351 6492-1-pb
3351 6492-1-pb3351 6492-1-pb
3351 6492-1-pbFppi Unila
 
Penerapan Model Pembelajaran Make-A Match dapat Meningkatkan hasil belajar si...
Penerapan Model Pembelajaran Make-A Match dapat Meningkatkan hasil belajar si...Penerapan Model Pembelajaran Make-A Match dapat Meningkatkan hasil belajar si...
Penerapan Model Pembelajaran Make-A Match dapat Meningkatkan hasil belajar si...Fajar Ash-Shiddiq
 
contoh Jurnal Matematika
contoh Jurnal Matematikacontoh Jurnal Matematika
contoh Jurnal Matematikaimam syafii
 
Penelitian dasar 2021
Penelitian dasar 2021Penelitian dasar 2021
Penelitian dasar 2021ssuseradddf01
 
PPT KEL 3 ASOSIATIF ............................
PPT KEL 3 ASOSIATIF ............................PPT KEL 3 ASOSIATIF ............................
PPT KEL 3 ASOSIATIF ............................PutryMayangSari
 
Penelitian tindakan sekolah
Penelitian tindakan sekolahPenelitian tindakan sekolah
Penelitian tindakan sekolahmalayadewi
 
Laporan Evaluasi Pembelajaran Biologi di SMA Islam Sultan Agung Semarang
Laporan Evaluasi Pembelajaran Biologi di SMA Islam Sultan Agung SemarangLaporan Evaluasi Pembelajaran Biologi di SMA Islam Sultan Agung Semarang
Laporan Evaluasi Pembelajaran Biologi di SMA Islam Sultan Agung Semarangdewisetiyana52
 
Laporan pts bakar
Laporan pts bakarLaporan pts bakar
Laporan pts bakarAnwar Sari
 

Similar to FAKTOR KEKANGAN (20)

Teaching approach 1
Teaching approach 1Teaching approach 1
Teaching approach 1
 
Ulasan jurnal
Ulasan jurnalUlasan jurnal
Ulasan jurnal
 
Artikel ff78f36adf773c182704824e300c97f7
Artikel ff78f36adf773c182704824e300c97f7Artikel ff78f36adf773c182704824e300c97f7
Artikel ff78f36adf773c182704824e300c97f7
 
Pengaruh metode diskusi kelompok terhadap hasil belajar fisika peserta didik ...
Pengaruh metode diskusi kelompok terhadap hasil belajar fisika peserta didik ...Pengaruh metode diskusi kelompok terhadap hasil belajar fisika peserta didik ...
Pengaruh metode diskusi kelompok terhadap hasil belajar fisika peserta didik ...
 
JURNAL
JURNAL JURNAL
JURNAL
 
Seminar kajtin
Seminar kajtinSeminar kajtin
Seminar kajtin
 
3351 6492-1-pb
3351 6492-1-pb3351 6492-1-pb
3351 6492-1-pb
 
Penerapan Model Pembelajaran Make-A Match dapat Meningkatkan hasil belajar si...
Penerapan Model Pembelajaran Make-A Match dapat Meningkatkan hasil belajar si...Penerapan Model Pembelajaran Make-A Match dapat Meningkatkan hasil belajar si...
Penerapan Model Pembelajaran Make-A Match dapat Meningkatkan hasil belajar si...
 
contoh Jurnal Matematika
contoh Jurnal Matematikacontoh Jurnal Matematika
contoh Jurnal Matematika
 
Bab iii revisi
Bab iii revisiBab iii revisi
Bab iii revisi
 
Pbl
PblPbl
Pbl
 
Tugasan 4
Tugasan 4 Tugasan 4
Tugasan 4
 
Penelitian dasar 2021
Penelitian dasar 2021Penelitian dasar 2021
Penelitian dasar 2021
 
PPT KEL 3 ASOSIATIF ............................
PPT KEL 3 ASOSIATIF ............................PPT KEL 3 ASOSIATIF ............................
PPT KEL 3 ASOSIATIF ............................
 
Penelitian tindakan sekolah
Penelitian tindakan sekolahPenelitian tindakan sekolah
Penelitian tindakan sekolah
 
widyaa.pdf
widyaa.pdfwidyaa.pdf
widyaa.pdf
 
karil revisi4.docx
karil revisi4.docxkaril revisi4.docx
karil revisi4.docx
 
Laporan Evaluasi Pembelajaran Biologi di SMA Islam Sultan Agung Semarang
Laporan Evaluasi Pembelajaran Biologi di SMA Islam Sultan Agung SemarangLaporan Evaluasi Pembelajaran Biologi di SMA Islam Sultan Agung Semarang
Laporan Evaluasi Pembelajaran Biologi di SMA Islam Sultan Agung Semarang
 
Laporan pts bakar
Laporan pts bakarLaporan pts bakar
Laporan pts bakar
 
Bab i
Bab iBab i
Bab i
 

Recently uploaded

Prakarsa Perubahan dengan Kanvas ATAP & BAGJA.pptx
Prakarsa Perubahan dengan Kanvas ATAP & BAGJA.pptxPrakarsa Perubahan dengan Kanvas ATAP & BAGJA.pptx
Prakarsa Perubahan dengan Kanvas ATAP & BAGJA.pptxSyaimarChandra1
 
Pembahasan Soal UKOM gerontik persiapan ukomnas
Pembahasan Soal UKOM gerontik persiapan ukomnasPembahasan Soal UKOM gerontik persiapan ukomnas
Pembahasan Soal UKOM gerontik persiapan ukomnasAZakariaAmien1
 
Modul Ajar Bahasa Indonesia - Menulis Puisi Spontanitas - Fase D.docx
Modul Ajar Bahasa Indonesia - Menulis Puisi Spontanitas - Fase D.docxModul Ajar Bahasa Indonesia - Menulis Puisi Spontanitas - Fase D.docx
Modul Ajar Bahasa Indonesia - Menulis Puisi Spontanitas - Fase D.docxherisriwahyuni
 
Demonstrasi Kontekstual Modul 1.2. pdf
Demonstrasi Kontekstual  Modul 1.2.  pdfDemonstrasi Kontekstual  Modul 1.2.  pdf
Demonstrasi Kontekstual Modul 1.2. pdfvebronialite32
 
MTK BAB 5 PENGOLAHAN DATA (Materi 2).pptx
MTK BAB 5 PENGOLAHAN DATA (Materi 2).pptxMTK BAB 5 PENGOLAHAN DATA (Materi 2).pptx
MTK BAB 5 PENGOLAHAN DATA (Materi 2).pptxssuser0239c1
 
MA Kelas XII Bab 1 materi musik mkontemnporerFase F.pdf
MA Kelas XII  Bab 1 materi musik mkontemnporerFase F.pdfMA Kelas XII  Bab 1 materi musik mkontemnporerFase F.pdf
MA Kelas XII Bab 1 materi musik mkontemnporerFase F.pdfcicovendra
 
DESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptx
DESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptxDESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptx
DESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptxFuzaAnggriana
 
MODUL 2 BAHASA INDONESIA-KELOMPOK 1.pptx
MODUL 2 BAHASA INDONESIA-KELOMPOK 1.pptxMODUL 2 BAHASA INDONESIA-KELOMPOK 1.pptx
MODUL 2 BAHASA INDONESIA-KELOMPOK 1.pptxarnisariningsih98
 
Materi Kelas Online Ministry Learning Center - Bedah Kitab 1 Tesalonika
Materi Kelas Online Ministry Learning Center - Bedah Kitab 1 TesalonikaMateri Kelas Online Ministry Learning Center - Bedah Kitab 1 Tesalonika
Materi Kelas Online Ministry Learning Center - Bedah Kitab 1 TesalonikaSABDA
 
Kelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdf
Kelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdfKelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdf
Kelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdfCloverash1
 
Topik 1 - Pengenalan Penghayatan Etika dan Peradaban Acuan Malaysia.pptx
Topik 1 - Pengenalan Penghayatan Etika dan Peradaban Acuan Malaysia.pptxTopik 1 - Pengenalan Penghayatan Etika dan Peradaban Acuan Malaysia.pptx
Topik 1 - Pengenalan Penghayatan Etika dan Peradaban Acuan Malaysia.pptxsyafnasir
 
Panduan Substansi_ Pengelolaan Kinerja Kepala Sekolah Tahap Pelaksanaan.pptx
Panduan Substansi_ Pengelolaan Kinerja Kepala Sekolah Tahap Pelaksanaan.pptxPanduan Substansi_ Pengelolaan Kinerja Kepala Sekolah Tahap Pelaksanaan.pptx
Panduan Substansi_ Pengelolaan Kinerja Kepala Sekolah Tahap Pelaksanaan.pptxsudianaade137
 
Kesebangunan Segitiga matematika kelas 7 kurikulum merdeka.pptx
Kesebangunan Segitiga matematika kelas 7 kurikulum merdeka.pptxKesebangunan Segitiga matematika kelas 7 kurikulum merdeka.pptx
Kesebangunan Segitiga matematika kelas 7 kurikulum merdeka.pptxDwiYuniarti14
 
PRESENTASI PEMBELAJARAN IPA PGSD UT MODUL 2
PRESENTASI PEMBELAJARAN IPA PGSD UT MODUL 2PRESENTASI PEMBELAJARAN IPA PGSD UT MODUL 2
PRESENTASI PEMBELAJARAN IPA PGSD UT MODUL 2noviamaiyanti
 
PUEBI.bahasa Indonesia/pedoman umum ejaan bahasa Indonesia pptx.
PUEBI.bahasa Indonesia/pedoman umum ejaan bahasa Indonesia pptx.PUEBI.bahasa Indonesia/pedoman umum ejaan bahasa Indonesia pptx.
PUEBI.bahasa Indonesia/pedoman umum ejaan bahasa Indonesia pptx.aechacha366
 
adap penggunaan media sosial dalam kehidupan sehari-hari.pptx
adap penggunaan media sosial dalam kehidupan sehari-hari.pptxadap penggunaan media sosial dalam kehidupan sehari-hari.pptx
adap penggunaan media sosial dalam kehidupan sehari-hari.pptxmtsmampunbarub4
 
1.2.a.6. Demonstrasi Konstektual - Modul 1.2 (Shinta Novianti - CGP A10).pdf
1.2.a.6. Demonstrasi Konstektual - Modul 1.2 (Shinta Novianti - CGP A10).pdf1.2.a.6. Demonstrasi Konstektual - Modul 1.2 (Shinta Novianti - CGP A10).pdf
1.2.a.6. Demonstrasi Konstektual - Modul 1.2 (Shinta Novianti - CGP A10).pdfShintaNovianti1
 
PEMIKIRAN POLITIK Jean Jacques Rousseau.pdf
PEMIKIRAN POLITIK Jean Jacques  Rousseau.pdfPEMIKIRAN POLITIK Jean Jacques  Rousseau.pdf
PEMIKIRAN POLITIK Jean Jacques Rousseau.pdfMMeizaFachri
 
PPT_AKUNTANSI_PAJAK_ATAS_ASET_TETAP.pptx
PPT_AKUNTANSI_PAJAK_ATAS_ASET_TETAP.pptxPPT_AKUNTANSI_PAJAK_ATAS_ASET_TETAP.pptx
PPT_AKUNTANSI_PAJAK_ATAS_ASET_TETAP.pptxalalfardilah
 
Catatan di setiap Indikator Fokus Perilaku
Catatan di setiap Indikator Fokus PerilakuCatatan di setiap Indikator Fokus Perilaku
Catatan di setiap Indikator Fokus PerilakuHANHAN164733
 

Recently uploaded (20)

Prakarsa Perubahan dengan Kanvas ATAP & BAGJA.pptx
Prakarsa Perubahan dengan Kanvas ATAP & BAGJA.pptxPrakarsa Perubahan dengan Kanvas ATAP & BAGJA.pptx
Prakarsa Perubahan dengan Kanvas ATAP & BAGJA.pptx
 
Pembahasan Soal UKOM gerontik persiapan ukomnas
Pembahasan Soal UKOM gerontik persiapan ukomnasPembahasan Soal UKOM gerontik persiapan ukomnas
Pembahasan Soal UKOM gerontik persiapan ukomnas
 
Modul Ajar Bahasa Indonesia - Menulis Puisi Spontanitas - Fase D.docx
Modul Ajar Bahasa Indonesia - Menulis Puisi Spontanitas - Fase D.docxModul Ajar Bahasa Indonesia - Menulis Puisi Spontanitas - Fase D.docx
Modul Ajar Bahasa Indonesia - Menulis Puisi Spontanitas - Fase D.docx
 
Demonstrasi Kontekstual Modul 1.2. pdf
Demonstrasi Kontekstual  Modul 1.2.  pdfDemonstrasi Kontekstual  Modul 1.2.  pdf
Demonstrasi Kontekstual Modul 1.2. pdf
 
MTK BAB 5 PENGOLAHAN DATA (Materi 2).pptx
MTK BAB 5 PENGOLAHAN DATA (Materi 2).pptxMTK BAB 5 PENGOLAHAN DATA (Materi 2).pptx
MTK BAB 5 PENGOLAHAN DATA (Materi 2).pptx
 
MA Kelas XII Bab 1 materi musik mkontemnporerFase F.pdf
MA Kelas XII  Bab 1 materi musik mkontemnporerFase F.pdfMA Kelas XII  Bab 1 materi musik mkontemnporerFase F.pdf
MA Kelas XII Bab 1 materi musik mkontemnporerFase F.pdf
 
DESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptx
DESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptxDESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptx
DESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptx
 
MODUL 2 BAHASA INDONESIA-KELOMPOK 1.pptx
MODUL 2 BAHASA INDONESIA-KELOMPOK 1.pptxMODUL 2 BAHASA INDONESIA-KELOMPOK 1.pptx
MODUL 2 BAHASA INDONESIA-KELOMPOK 1.pptx
 
Materi Kelas Online Ministry Learning Center - Bedah Kitab 1 Tesalonika
Materi Kelas Online Ministry Learning Center - Bedah Kitab 1 TesalonikaMateri Kelas Online Ministry Learning Center - Bedah Kitab 1 Tesalonika
Materi Kelas Online Ministry Learning Center - Bedah Kitab 1 Tesalonika
 
Kelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdf
Kelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdfKelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdf
Kelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdf
 
Topik 1 - Pengenalan Penghayatan Etika dan Peradaban Acuan Malaysia.pptx
Topik 1 - Pengenalan Penghayatan Etika dan Peradaban Acuan Malaysia.pptxTopik 1 - Pengenalan Penghayatan Etika dan Peradaban Acuan Malaysia.pptx
Topik 1 - Pengenalan Penghayatan Etika dan Peradaban Acuan Malaysia.pptx
 
Panduan Substansi_ Pengelolaan Kinerja Kepala Sekolah Tahap Pelaksanaan.pptx
Panduan Substansi_ Pengelolaan Kinerja Kepala Sekolah Tahap Pelaksanaan.pptxPanduan Substansi_ Pengelolaan Kinerja Kepala Sekolah Tahap Pelaksanaan.pptx
Panduan Substansi_ Pengelolaan Kinerja Kepala Sekolah Tahap Pelaksanaan.pptx
 
Kesebangunan Segitiga matematika kelas 7 kurikulum merdeka.pptx
Kesebangunan Segitiga matematika kelas 7 kurikulum merdeka.pptxKesebangunan Segitiga matematika kelas 7 kurikulum merdeka.pptx
Kesebangunan Segitiga matematika kelas 7 kurikulum merdeka.pptx
 
PRESENTASI PEMBELAJARAN IPA PGSD UT MODUL 2
PRESENTASI PEMBELAJARAN IPA PGSD UT MODUL 2PRESENTASI PEMBELAJARAN IPA PGSD UT MODUL 2
PRESENTASI PEMBELAJARAN IPA PGSD UT MODUL 2
 
PUEBI.bahasa Indonesia/pedoman umum ejaan bahasa Indonesia pptx.
PUEBI.bahasa Indonesia/pedoman umum ejaan bahasa Indonesia pptx.PUEBI.bahasa Indonesia/pedoman umum ejaan bahasa Indonesia pptx.
PUEBI.bahasa Indonesia/pedoman umum ejaan bahasa Indonesia pptx.
 
adap penggunaan media sosial dalam kehidupan sehari-hari.pptx
adap penggunaan media sosial dalam kehidupan sehari-hari.pptxadap penggunaan media sosial dalam kehidupan sehari-hari.pptx
adap penggunaan media sosial dalam kehidupan sehari-hari.pptx
 
1.2.a.6. Demonstrasi Konstektual - Modul 1.2 (Shinta Novianti - CGP A10).pdf
1.2.a.6. Demonstrasi Konstektual - Modul 1.2 (Shinta Novianti - CGP A10).pdf1.2.a.6. Demonstrasi Konstektual - Modul 1.2 (Shinta Novianti - CGP A10).pdf
1.2.a.6. Demonstrasi Konstektual - Modul 1.2 (Shinta Novianti - CGP A10).pdf
 
PEMIKIRAN POLITIK Jean Jacques Rousseau.pdf
PEMIKIRAN POLITIK Jean Jacques  Rousseau.pdfPEMIKIRAN POLITIK Jean Jacques  Rousseau.pdf
PEMIKIRAN POLITIK Jean Jacques Rousseau.pdf
 
PPT_AKUNTANSI_PAJAK_ATAS_ASET_TETAP.pptx
PPT_AKUNTANSI_PAJAK_ATAS_ASET_TETAP.pptxPPT_AKUNTANSI_PAJAK_ATAS_ASET_TETAP.pptx
PPT_AKUNTANSI_PAJAK_ATAS_ASET_TETAP.pptx
 
Catatan di setiap Indikator Fokus Perilaku
Catatan di setiap Indikator Fokus PerilakuCatatan di setiap Indikator Fokus Perilaku
Catatan di setiap Indikator Fokus Perilaku
 

FAKTOR KEKANGAN

  • 1. P66448 NORUL AMLA BT ABDULLAH FAKTOR KEKANGAN PERSEKITARAN SEKOLAH YANG MEMPENGARUHI PERLAKSANAAN PENGAJARAN PENDIDIKAN JASMANI DI SEKOLAH MENENGAH ABSTRAK Kajian ini bertujuan mengkaji faktor kekangan persekitaran sekolah yang mempengaruhi perlaksanaan pengajaran pendidikan jasmani di SMK Seksyen 7 Shah Alam. Kajian kuantitatif ini menggunakan kaedah tinjauan dan instrumen soal selidik. Seramai 10 orang yang terlibat dalam kajian ini sebagai responden dan ianya terdiri daripada guru-guru Pendidikan Jasmani. Persempalan soal selidik kajian ini dilakukan secara pensempelan rawak mudah. Kajian ini menggunakan Borang soal selidik yang mengandungi 10 soalan dan menggunakan skala Likert. Analisis dapatan kajian mendapati tujuh item dari soalan soal selidik faktor kekangan persekitaran sekolah berada pada tahap Min (M) yang sederhana M=1.8; M=2.3; M=2.9; M=2.9; M=3.0; M=3.1; M=3.2 dan 3 item tahap yang tinggi M=3.5; M=3.5 dan M=3.9. Min keseluruhan menunjukkan pada tahap sederhana iaitu M=3.11. Kesimpulannya, pihak sekolah perlu sentiasa memberi kerjasama dalam menyediakan persekitaran sekolah yang kondusif. 1.0 PENGENALAN Faktor persekitaran sekolah mempengaruhi perlaksanaan pengajaran dan pembelajaran (PdP) Pendidikan Jasmani. Proses pengajaran guru Pendidikan Jasmani dikatakan kurang bermutu disebabkan fakor-faktor kekangan persekitaran sekolah (Ali, 2008). Jika saiz kelas itu besar, maka masalah kekurangan peralatan dan kemudahan mungkin timbul (Zuber, 1999). Berdasarkan dapatan Sakhiyyah (2004), 34.2% kekangan yang dihadapi oleh sekolah bandar ialah mendapatkan kawasan padang permainan yang agak luas. Krome dan Smith (2006) pula menyatakan sekolah-sekolah di kawasan pedalaman menghadapi kekangan dari segi kemudahan peralatan. Manakala menurut Muhammad Nor (1990), pengajaran Pendidikan Jasmani tertangguh disebabkan jumlah peruntukan untuk membeli peralatan sering digunakan
  • 2. untuk pembangunan sekolah dan mengakibatkan pelajar terpaksa menggunakan peralatan yang agak uzur, alatan yang dan di makan usia dan tidak selamat untuk digunakan. Berdasarkan pemerhatian Mohar (2011), kekangan persekitaran perlu diatasi dengan melihat semula alatan dan kemudahan yang sedia ada di setiap sekolah sebelum merangka kurikulum Pendidikan Jasmani Pendidikan Jasmani merupakan satu subjek penting dalam kurikulum pendidikan formal dalam sistem pendidikan di Malaysia (Safani & Hamdan 2005) Aktiviti kokurikulum merupakan aktiviti luar atau gerak kerja bercorak pendidikan yang menyediakan pengalaman pembelajaran kepada pelajar. Aktiviti kokurikulum merupakan lanjutan daripada proses pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. Kokurikulum merupakan suatu aktiviti dan pengalaman pendidikan yang dilaksanakan di luar atau di dalam bilik darjah (Nor Azah 2007). Aktiviti kokurikulum penting dalam membantu melengkapkan dan memperkukuhkan proses pembelajaran di dalam bilik darjah, di samping dapat menunjukkan perubahan tingkah laku serta mempengaruhi sahsiah pelajar. Aktiviti kokurikulum adalah jelas boleh menambah pengalaman penting dan kemahiran kepada pelajar (Reaves & et al. 2010). 2.0 OBJEKTIF KAJIAN Pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani tidak dapat dilaksanakan dengan berkesan disebabkan beberapa faktor kekangan seperti psikologi murid, sosiologi murid, ibu bapa, persekitaran sekolah dan guru Pendidikan Jasmani yang mengajar (Mohar, 2011). Berdasarkan penyelidikan lepas, kajian ini dijalankan bertujuan untuk meninjau persepsi guru-guru yang mengajar mata pelajaran pendidikan jasmani di Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 7, Shah Alam, Selangor. Secara khusus, guru-guru ini di minta memberi maklumbalas mengenai tahap kekangan persekitaran sekolah dalam perlaksanaan
  • 3. pengajaran pendidikan jasmani secara berkesan di sekolah. Ia melihat samada persekitaran sekolah menjadi faktor kekangan utama atau pun tidak untuk perlaksanaan pengajaran Pendidikan Jasmani masa kini di sekolah. Ia penting sebagai semakkan untuk penambahbaikan bagi pengubahsuaian kurikulum di masa hadapan. Antara objektif kajian adalah seperti berikut: 1. Meninjau persepsi guru-guru yang mengajar mata pelajaran pendidikan jasmani di Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 7, Shah Alam, Selangor berdasarkan borang soal selidik. 2. Mengenal pasti tahap kekangan persekitaran sekolah dalam perlaksanaan pengajaran pendidikan jasmani secara berkesan di sekolah menengah berdasarkan nilai min dan peratus. 3.0 METODOLOGI KAJIAN Metodologi kajian adalah merujuk kepada kaedah yang paling sesuai untuk menjalankan penyelidikan dan menentukan tatacara yang efektif untuk menjawab permasalah kajian. 3.1 Reka bentuk kajian Reka bentuk kajian ini menggunakan kaedah tinjauan dan instrumen soal selidik. Persempalan soal selidik kajian ini dilakukan secara pensempelan rawak mudah.
  • 4. 3.2 Sampel kajian Kajian ini dilakukan secara rawak yang melibatkan 10 orang guru di SMK Seksyen 7 Shah Alam, Selangor. Responden yang dipilih adalah terdiri daripada guru mata perlajaran Pendidikan Jasmani. 3.3 Instrumen kajian Instrumen yang di pilih untuk membuat kajian ini ialah soal selidik. Untuk kajian ini, penyelidik menggunakan soal selidik yang sama yang telah digunakan oleh pengkaji sebelum ini dalam kajian beliau iaitu faktor kekangan ibu bapa dan persekitaran sekolah dalam pelaksanaan pengajaran Pendidikan Jasmani di sekolah. Soal selidik ini dibina berdasarkan teoritikal kajian, objektif dan kajian-kajian lampau (McBurney & White, 2010). Kebolehpercayaan instrumen kajian ini telah dirujuk kepada 7 orang panel pakar bagi menyemak kesahan kandungan reka bentuk soal selidik dan indeks. Borang soal selidik ini mengandungi 10 soalan yang berkaitan dengan kekangan persekitaran sekolah dalam perlaksanaan pengajaran pendidikan jasmani secara berkesan di sekolah menengah. Soalan dalam soal selidik merupakan soalan tertutup dengan menggunakan skala Likert 5 point. 3.4 Kaedah Pengumpulan data Data dan maklumat untuk kajian ini dikumpul menggunakan soal selidik. Borang soal selidik diberikan kepada 10 orang responden iaitu guru mata pelajaran Pendidikan Jasmani yang sudi bekerjasama. Responden akan diberi masa untuk menjawab semua soalan dalam soal selidik dan borang soal selidik akan di kutip semula.
  • 5. Carta alir proses mendapatakan maklumat kajian 3.5 Analisis Data Pada peringkat akhir kajian ini, dapatan kajian telah dianalisis secara deskriptif untuk menganalisis data daripada soal selidik. Kajian ini bersifat kuantitatif kerana semua data yang diperolehi dikumpul melalui borang soal selidik. Soalan di dirangka berdasarkan penyataan 5 skala Likert, iaitu: 1. Sangat Tidak Setuju 2. Tidak Setuju 3. Agak Setuju 4. Setuju 5. Sangat Setuju Likart (1932) mencadangkan kaedah penyelidikan yang lebih mudah. Analisis item dilakukan berdasarkan maklum balas yang diberikan. Borang soal selidik yang diberikan kepada responden penilaian sampel adalah menggunakan persempelan secara rawak. Persempelan secara rawak adalah bermaksud penilaian berdasarkan kepada individu. Responden kajian terdiri daripada 10 orang guru. Secara umumnya, data daripada borang soal selidik yang telah dianalisis. Data yang dipungut melalui borang soal selidik dianalisis dengan mengamalkan persempelan secara rawak. Soal selidik menggunakan skala Likert Menulis Dapatan,Perbincangan Dapatan Analisis di Buat Dalam Bentuk Peratusan dan Min Menganalisis Dapatan Bagi Setiap Item Menganalisis Soal Selidik Mengedarkan Borang Soal Selidik
  • 6. dengan menggunakan penentuan peratusan (%), min serta skor asal berdasarkan bilangan responden. Untuk menentukan faktor kekangan dalam kajian ini, penyelidik juga menggunakan skala pemeringkatan skor min untuk menganalisis dapatan mmin megikut statistic deskriptif (Norma, 2004). Berdasarkan julat skala tersebut, penyelidik telah melakukan pembahagian kepada tiga peringkat tahap tinggi, tahap sederhana dan tahap rendah. Jadual 1 : Skala Pemeringkatan Skor Min Bil Tahap Skor min Tahap Skala pemeringkatan skor min 1 0.00 – 1.66 Rendah 2 1.67 – 3.33 Sederhana 3 3.34 – 5.00 Tinggi Sumber: Mohd Majid Konting (2009). Kaedah Penyelidikan Pendidikan. Berdasarkan kepada Jadual 2 di atas, tahap min yang terendah dalam kajian ini ialah di antara 0.00 hingga 1.66. Manakala, skor min 1.67 hingga 3.33 diukur berada di tahap yang sederhana dan skor min 3.34 hingga 5.00 berada di tahap tertinggi bagi menentukan tahap faktor-faktor kekangan dalam pelaksanaan pengajaran Pendidikan Jasmani di sekolah rendah ini. 3.6 Kesimpulan Statistik persampelan data secara rawak digunakan untuk menjawap setiap persoalan dalam kajian ini. Walaupun kaedah kajian ini berbentuk tinjauan di sekolah, namun hasil dapatan ini diharap dapat membantu dalam penambahbaikan bagi pengubahsuaian kurikulum di masa hadapan. Kaedah soal selidik yang digunakan ini lebih mudah untuk mendapatakan maklumat daripada guru-guru kerana aspek-aspek berkaitan direkodkan dengan menggunakan skala Likert.
  • 7. 4.0 PERBINCANGAN DAPATAN Jadual dua menunjukkan analisis statistik deskriptif mengenai tahap kekanganpersekitaran sekolah dalam perlaksanaan pengajaran Pendidikan Jasmani di sekolah menengah. Jadual 2: Tahap Kekangan Persekitaran Sekolah NO PERKARA SKALA% MIN1 2 3 4 5 TAHAP JUMLAH SKOR 1 Kekurangan peralatan Pendidikan Jasmani. - 50 20 20 10 2.9 Sederhana - 5 2 2 1 2 Peralatan Pendidikan Jasmani yang rosak tidak diganti. - 40 30 30 2.9 Sederhana - 4 3 3 - 3 Kawasan padang yang sempit. - 10 40 40 10 3.5 Tinggi - 1 4 4 1 4 Peruntukan Pendidikan Jasmani di sekolah salah dibelanjakan. 30 30 20 20 - 2.3 Sederhana 3 3 2 2 - 5 Keadaan padang tidak selamat. - 10 70 20 - 3.1 Sederhana - 1 7 2 - 6 Kekurangan kemudahan Pendidikan Jasmani di sekolah. - 20 40 40 - 3.2 Sederhana - 2 4 4 - 7 Kekurangan peruntukan Pendidikan Jasmani mengikut bilangan murid. 20 80 - - - 1.8 Sederhana 2 8 - - - 8 Cuaca semasa pengajaran Pendidikan Jasmani tidak menentu. - - 50 50 - 3.5 Tinggi - - 5 5 - 9 Gabungan kelas dalam pengajaran Pendidikan Jasmani tidak sesuai. - 30 40 30 - 3.0 Sederhana 3 4 3 - 10 Kesesakan murid yang terlalu ramai di padang - - 40 30 30 3.9 - - 4 3 3 Tinggi 3.11Min Keseluruhan Sederhana
  • 8. 1=Sangat Tidak Setuju, 2=Tidak Setuju, 3=Agak Setuju, 4=Setuju, 5=Sangat Setuju Berdasarkan jadual 2, dapat menunjukkan tahap min yang sederhana. Bagi pernyataan “Kekurangan peralatan Pendidikan Jasmani” (M=2.9); “Peralatan Pendidikan Jasmani yang rosak tidak diganti.” (M=2.9); “Kawasan padang yang sempit” (M=3.5); “Peruntukan Pendidikan Jasmani di sekolah salah dibelanjakan” (M=2.3); “Keadaan padang tidak selamat” (M=3.1); “Kekurangan kemudahan Pendidikan Jasmani di sekolah (M=3.2); “Kekurangan peruntukan Pendidikan Jasmani mengikut bilangan murid” (M=1.8); “Cuaca semasa pengajaran Pendidikan Jasmani tidak menentu” (M=3.5); “Gabungan kelas dalam pengajaran Pendidikan Jasmani tidak sesuai” (M=3.0) dan “Kesesakan murid yang terlalu ramai di padang” (M=3.9). Min keseluruhan ialah M=3.11 iaitu menunjukkan pada tahap sederhana. 4.1 PERBINCANGAN a) Kekurangan Peralatan Pendidikan Jasmani Peralatan sukan dalam Pendidikan Jasamani saling memerlukan. Seramai 50% responden tidak setuju, 20% responden agak setuju, 20% responden setuju dan 10% responden sangat setuju. Berdasarkan dapatan kajian ini, menunjukkan peralatan Pendidikan Jasmani di SMK Seksyen 7 kurang mengalami kekangan dari aspek peralatan sukan. Dalam kajian oleh Siti Ruzina Saron (2002) yang mendapati 90 peratus daripada 30 responden menyatakan bahawa kemudahan asas dan peralatan sukan yang ada di sekolah tidak mencukupi bagi aktiviti pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani. Kemudahan peralatan dan fizikal juga memainkan peranan yang sangat penting untuk menggalakkan pelajar- menyertai kegiatan sukan. Oleh itu penyediaan peralatan dan kemudahan aktiviti pengajaran yang secukupnya, seperti bilik persalinan khas, almari kecil, dewan khas dan gimnasium yang membolehkan
  • 9. digunakan ketika cuaca buruk, serta memastikan peralatan sukan lengkap dan terkini. Hal ini akan dapat mengekalkan minat murid terhadap pelajaran Pendidikan Jasmani (Zainun, 1995). b) Peralatan Pendidikan Jasmani yang rosak tidak diganti. Faktor keselamatan sangat penting dalam PdP pendidikan jasmani, dimana guru perlu memastikan setiap perlatan yang di gunakan dalam pendidikan jasmani dalam keadaan yang selamat. Seramai 40% responden tidak setuju, manakala seramai 30% responden agak setuju dan seramai 30% setuju. Kajian mendapati bahawa terbukti faktor halangan struktur memainkan peranan yang terpenting dan menjadi penyebab menjadi penghalang penglibatan para pelajar sekolah menengah di dalam kelas Pendidikan Jasmani (Wan Azlan Wan Ismail, 2015). c) Kawasan padang yang sempit. Kawasan padang yang sempit akan menyukarkan aktiviti terutama dalam Pendidikan Jasmani. Apabila kawasan sempit ianya menghadkan perlaksanaan aktiviti sukan. Sebanyak 10% responden tidak bersetuju, seramai 40% reponden agak setuju, manakala 40% respondan setuju dan 10% responden sangat setuju. Kawasan pada yang sempit akan menyekat kebebasan dalam sukan permainan seperti bola sepak, sofbal hoki yang memerlukan keluasan padang yang sebenar (Carney dan Howells, 2014). Kemudahan infrastruktur dan peralatan untuk menjalankan aktiviti pendidikan jasmani. Kawasan lapang seperti gelanggang permainan, padang bola dan ruang-ruang yang agak luas memainkan peranan penting dalam menjalankan sesuatu aktiviti. Kekangan yang dihadapi oleh sekolah bandar ialah mendapatkan kawasan padang permainan yang agak luas disebabkan faktor nilai hartanah yang tinggi. Kawasan sekolah menjadi semakin sempit, ruang untuk sekolah menyediakan kemudahan agak terhad.
  • 10. d) Peruntukan Pendidikan Jasmani di sekolah salah dibelanjakan. Jabatan akan memberi peruntukan mengikut jumlah bilangan murid di setiap sekolah. Sebanyak 30% responden sangat tidak setuju, 30% responden tidak setuju, manakala 20% responden agak setuju dan 20% responden sangat setuju. e) Keadaan padang tidak selamat. Pendidikan Jasmani melibatkan aktiviti fizikal yang terdedah kepada risiko berlakunya kecederaan. Oleh itu, untuk mencegah berlakunya sebarang kemalangan yang tidak diingini guru perlu mengambil langkah keselamatan ke atas murid-murid sewaktu proses PdP berlaku. Seramai 10% responden tidak setuju, manakala 70% responden agak setuju dan 20% responden setuju. Dapatan ini menunjukkan terdapat kekangan dalam kemudahan sukan dan Wan Azlan Wan Ismail (2015), mendapati pelajar kurang berminat untuk melibatkan diri dalam Pendidikan Jasmani kerana faktor struktur seperti tekanan, masa, kebimbangan, kewangan, peralatan dan kekangan kemudahan sukan. f) Kekurangan kemudahan Pendidikan Jasmani di sekolah. Kekurangan kemudahan Pendidikan Jasmani di sekolah memainkan peranan penting dalam menjalankan sesuatu aktiviti. Seramai 20% responden tidak setuju, 40% responden agak setuju dan manakala 40% responden setuju. Sekiranya para pelajar berasa seronok dengan lokasi kemudahan sukan, pergerakan ke tempat bermain yang mudah, alat yang cukup dan maklumat yang lengkap para pelajar akan menjadi seronok. Ini akan menggalakkan
  • 11. penglibatan para pelajar di dalam aktiviti kelas Pendidikan Jasmani (Wan Azlan Wan Ismail, 2015). g) Kekurangan peruntukan Pendidikan Jasmani mengikut bilangan murid. Faktor kekurangan peruntukkan bukanlah menjadi perkara baharu dalam semua mata pelajaran disekolah. Seramai 20% responden sangat tidak setuju dan 80% responden tidak setuju. Penyediaan peralatan dan kemudahan aktiviti pengajaran yang secukupnya, seperti bilik persalinan khas, almari kecil, dewan khas dan gimnasium yang membolehkan digunakan ketika cuaca buruk, serta memastikan peralatan sukan lengkap dan terkini. Hal ini akan dapat mengekalkan minat murid terhadap pelajaran Pendidikan Jasmani (Zainun, 1995). Tanpa kemudahan ini, sudah tentu murid-murid di sekolah menengah atas tidak akan dapat menyertai kegiatan Pendidikan Jasmani dengan sempurna dan seterusnya mematikan minat pelajar-pelajar tersebut. h) Cuaca semasa pengajaran Pendidikan Jasmani tidak menentu. Pendidikan Jasmani menjalankan aktiviti di luar kelas yang terdedah dengan cahaya matahari dan cuaca semasa, sekiranya cuaca hujan lebat dan panas yang melampau akan menjejaskan pengajaran aktiviti dan kelas tersebut. Seramai 50% responden agak setuju dan 50% responden setuju. Guru perlu peka dengan keadaan cuaca semasa dan fenomena-fenomena yang berlaku seperti al nino yang boleh mengakibatkan stok haba, jerebu, musim hujan, kilat dan petir. Sekiranya berlaku masalah cuaca yang tidak menentu, guru perlu mengajar Pendidikan Kesihatan di dalam kelas. Pandangan ini disokong oleh Pugsley, Coffey dan Delamont (1996) bahawa, sekiranya hujan turun dengan lebat di padang, guru juga boleh membuat aktiviti senaman ringan di dalam kelas. Senaman ringan ini bertujuan meregangkan
  • 12. sedikit otot anggota badan dan pada masa yang sama tidak melupakan bahawa waktu tersebut adalah waktu Pendidikan Jasmani. i) Gabungan kelas dalam pengajaran Pendidikan Jasmani tidak sesuai. Pihak pentadbiran sekolah perlu memastikan bahawa guru yang berkelayakan (guru opsyen) yang mengajar pendidikan jasmani bagi memastikan pelajar dapat belajar dengan lebih mendalam. Seramai 30% responden tidak setuju, manakala 40% respond agak setuju dan 30% responden setuju. Gabungan kelas melakukan aktiviti bersama akan menyebabkan pergaduhan dan pertelingkahan kecil sering berlaku kerana pertandingan sering diadakan di antara kelas. Pandangan ini disokong oleh Mohar (2011) bahawa, gabungan kelas tidak dapat menyelesaikan masalah dalam pengajaran sebaliknya memberi impak yang besar kepada guru Pendidikan Jasmani kerana kepenatan dan terpaksa mengeluarkan suara yang kuat untuk mengajar ramai murid dalam satu masa yang sama di padang. j) Kesesakan murid yang terlalu ramai di padang. Apabila murid terlalu ramai ini menyukarkan pengajaran dan pembelajaran. Seramai 40% responden agak setuju, manakala 30% responden setuju dan 30% responden sangat setuju. Kesesakan murid di padang adalah salah satu punca kekangan persekitaran di sekolah. Menurut Ang (1998), ini disebabkan kekurangan peralatan dan pentadbir terpaksa menggabungkan kelas, waktu pengajaran dan pembelajaran
  • 13. 5.0 KESIMPULAN Kesimpulannya, Pendidikan Jasmani adalah untuk melahirkan pelajar yang cergas melalui pembelajaran fizikal serta dapat mengamalkan kecergasan dan disamping itu juga pelajar diharapkan agar dapat meningkatkan pengetahuan kesihatan, memupuk sikap positif dan mengamalkan gaya hidup sihat. Melalui mata prlajaran Pendidikan Jasmani, pelajar dapat mempertingkatkan dan mengekalkan kecergasan berasaskan kesihatan dan lakuan motor dengan menguasai kemahiran asasa pergerakan dan permainan mengikut kemampuan diri. Pelajar dapat melakukan senaman dan aktiviti fizikal sebagai rutin harian. Melalui Pendidikan Jasmani juga, pelajar dapat membentuk sahsiah diri dan disiplin. Selain itu, pelajar dapat seimbang dari segi jasmani,emosi,rohani,intelek dan sosial. Melalui Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) yang diimplementasikan di sekolah menengah seluruh Malaysia mulai 1988, matlamat pelajaran Pendidikan Jasmani adalah untuk melahirkan pelajar 3 yang seimbang dan harmonis dari aspek jasmani, intelek, rohani dan emosi selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara (Pusat Perkembangan Kurikulum, 1985). Mata pelajaran Pendidikan Jasamani ini telah digabungkan dengan Pendidikan Kesihatan yang menitikberatkan pemeliharaan dan peningkatan kesihatan serta kecergasan (pusat Perkembangan Kurikulum, 1992; Pusat Perkembangan Kurikulum, 1988). Sehubungan itu, konsep Pendidikan Jasmani Kesihatan (pJK) dalam KBSM adalah berlandaskan kepada peJajar menjalankan aktiviti fizikal di samping berpengetahuan dalam pendidikan kesihatan. Tujuannya adalah untuk membina, memelihara dan meningkatkan kecergasan pelajar.
  • 14. RUJUKAN Abd. Rahim Mohd. Shariff. (2001). Pengaruh penglibatan di dalam aktiviti sukan terhadap kejayaan di bidang akademik di kalangan atlit pelajar di sebuah sekolah mengengah di Banting. Tesis sarjana yang tidak diterbitkan: Universiti Malaya. Aindun Abd Zaman. (1998). Pengajaran guru Pendidikan Jasmani. Tesis sarjana tidak diterbitkan: Universiti Utara Malaysia. Ali Maksum. (2008). Kualitas guru Pendidikan Jasmani di sekolah: Antara harapan dan kenyataan. Fakultas Ilmu Keolahragaan: Universitas Negeri Surabaya. Alias Baba. (1999). Statistik penyelidikan dalam pendidikan dan sains sosial. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia. Ang Kean Koo. (1998). Persepsi guru sukan dan jurulatih terhadap keselamatan dalam program sukan. Tesis sarjana yang tidak diterbitkan: Universiti Putra Malaysia. Azali Rahmat. (2001). Sikap guru mata pelajaran peperiksaan terhadap mata pelajaran Pendidikan Jasmani & Kesihatan. Tesis sarjana tidak diterbitkan: Universiti Malaya. Ab. Alim Abdul Rahim. 2004. Pengurusan Gerak Kerja Ko-kurikulum. Oxford Fajar. Aldridge, J.M., Laugksch, R.C. & Fraser, B.J. 2006. School-level environment and outcomes- based education in South Africa. Journal Learning Environment Reesrchs, 9: 23–147. Aminudin Abdul Rahman. 2004. Penglibatan Pelajar Secara Aktif dalam Aktiviti Ko- kurikulum dan Kesannya ke Atas Pencapaian Akademik. Tesis Sarjana Pendidikan. Universiti Teknologi Malaysia, Skudai. Ary, D., Jacobs, L.C. & Razavieh, A. 2002. Introduction to Research in Education. Boston: Wadsworth/Thomson Learning. Astin, A. 1984. Student Involvement: A Development Theory for Higher Educations Graduate School of Educations. Los Angeles: University of California. Blomfield, C. & Barber B. 2010. Australian adolescents’ extracurricular activity participation and positive development: Is the relationship mediated by peer attributes?. Australian Journal of Educational & Developmental Psychology 10: 114-128. Chapman, E. 2003. Alternative approaches to assessing student engagement rates Practical Assessment, Research and Evaluation 8 (13). Retrieved April 19, 2006, from http://PAREonline.net/getvn.asp?v=8&n=13[28 Ogos 2012] Crowder P.L. 2010. The Influence of the Outdoor Learning Environment on Student Engagement. Dissertation doctor of educational leadership. Darling, N., Caldwell, L.L. & Smith, R. 2005. Participation in school based extracurricular activities and adolescent adjustment. Journal of Leisure Research 37 (I): 51-76. Fisher, D.L. & Fraser, B.J. 1991b. Validity and use of the school-level environment. Journal of Classroom Interaction,26 (2): 13–18