SlideShare a Scribd company logo
1 of 13
K A J I A N T A H A P P E R S E P S I P E L A J A R
T E R H A D A P F A K T O R P E N G L I B A T A N
A K T I V I T I K O K U R I K U L U M D I
K O L E J K O M U N I T I B A Y A N B A R U
O L E H :
N O O R S A R E N A B I N T I M O H D Z A H I D
K O L E J K O M U N I T I B A Y A N B A R U
ABSTRAK
• Kajian deskriptif ini bertujuan untuk mengetahui tahap persepsi pelajar terhadap
faktor penglibatan aktiviti kokurikulum di Kolej Komuniti Bayan Baru dari aspek minat,
bakat, keterampilan dan kesihatan, pengaruh persekitaran serta prestasi akademik
pelajar. Satu set borang soal selidik yang mengandungi bahagian A (demografi
responden) dan bahagian B (Soalan yang berkaitan pembolehubah) telah diedarkan
kepada 65 responden yang telah dipilih secara rawak mudah di mana responden
merupakan pelajar di Kolej Komuniti Bayan Baru dari program SKK(M) Pastri, SKK(M)
Asas Pastri dan SKK(M) Terapi Kecantikan & Spa.
• Dapatan dari kajian ini mendapati bahawa tahap minat pelajar adalah berada pada
tahap tinggi (M=3.80), tahap bakat, keterampilan dan kesihatan pelajar pula berada
pada tahap tinggi (M=3.69), pengaruh persekitaran pula berada pada tahap tinggi
(M=3.98), serta tahap prestasi akademik pelajar adalah berada pada tahap tinggi
(M=3.15)
PENGENALAN
• Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) yang menjadi panduan dalam membentuk sistem pendidikan Malaysia.
FPK telah merumuskan bahawa sistem pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah
memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang
seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan
kepada Tuhan.
• FPK bertujuan melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia,
bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan
terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.
• Kolej Komuniti Bayan Baru (KKBU) merupakan sebuah institusi yang memberikan latihan TVET di Pulau Pinang.
Selain daripada kurikulum terdapat juga aktiviti kokurikulum yang dijalankan di Kolej Komuniti ini. Terdapat
modul untuk kokurikulum seperti kelab dan sukan yang wajib dihadiri oleh pelajar semester 1 dan diberikan
penilaian sehingga tamat semester tersebut. Aktiviti kokurikulum yang dijalankan adalah kelab kompang dan
badminton dan pingpong. Selain daripada modul wajib tersebut terdapat juga aktiviti kokurikulum lain yang
disertai oleh pelajar. Aktiviti ini adalah samada anjuran daripada Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej
Komuniti (JPPKK) dan kolej komuniti yang lain.
• Unit Pembangunan Pelajar Kolej Komuniti Bayan Baru juga ada menubuhkan kelab dan persatuan seperti kelab
Rukun Negara (Kelab Wajib), Briged Sukarelawan (BRISK-Kelab Wajib), Kelab Rakan Jawatankuasa Pembangunan
Pelajar (JPP), Angkatan Pertahanan Awam, Kelab Keusahawanan, Kelab Kebudayaan, Kelab Kembara dan Kelab
Woodball, Kelab Petangue dan Kelab Badminton.
PERNYATAAN MASALAH
• Di Kolej Komuniti Bayan Baru didapati tidak ramai pelajar yang terlibat dalam aktiviti
kokurikulum. Pada tahun 2018 seramai 37 orang pelajar telah terlibat dalam 7 aktiviti
sukan.
• 10 orang daripada pelajar tersebut adalah pelajar yang sama yang mengikuti semua
aktiviti sukan tersebut.
• Manakala untuk aktiviti kelab dan persatuan terdapat pelajar yang mendaftar dan
mengikut program berdasarkan aktiviti yang digariskan oleh penyelaras kelab dan
persatuan.
• Kajian ini adalah untuk mengkaji apakah faktor-faktor yang mendorong pelajar-pelajar di
KKBU untuk menyertai aktiviti kokurikulum di kolej ini dengan lebih giat lagi.
OBJEKTIF KAJIAN
• Mengenalpasti tahap persepsi pelajar terhadap faktor penglibatan aktiviti kokurikulum di Kolej
Komuniti Bayan Baru dari aspek minat
• Mengenalpasti tahap persepsi pelajar terhadap faktor penglibatan aktiviti kokurikulum di Kolej
Komuniti Bayan Baru dari aspek bakat, keterampilan dan kesihatan
• Mengenalpasti tahap persepsi pelajar terhadap faktor penglibatan aktiviti kokurikulum di Kolej
Komuniti Bayan Baru dari aspek pengaruh persekitaran
• Mengenalpasti tahap persepsi pelajar terhadap faktor penglibatan aktiviti kokurikulum di Kolej
Komuniti Bayan Baru dari aspek prestasi akademik pelajar
• Mengenalpasti sama ada terdapat perbezaan yang signifikan antara aspek minat, bakat, keterampilan
dan kesihatan, pengaruh persekitaran serta prestasi akademik pelajar dengan jantina pelajar
• Mengenalpasti sama ada terdapat perhubungan yang signifikan antara aspek minat, bakat,
keterampilan dan kesihatan, pengaruh persekitaran dengan prestasi akademik pelajar
KEPENTINGAN KAJIAN
• Mengetahui cabaran yang dihadapi oleh pelajar di Kolej Komuniti Bayan Baru terhadap
penglibatan aktiviti kokurikulum
• Memastikan sama ada kemudahan yang disediakan di KKBU adalah mencukupi bagi
aktiviti kokurikulum pelajar
• Menyenaraikan cadangan penambahbaikan kepada pihak pengurusan KKBU terhadap
keberkesanan pelaksanaan aktiviti kokurikulum
KAJIAN-KAJIAN LEPAS
• Menurut kajian Rosnida, dan Nur Farrah Azwa (2016), terhadap 304 orang pelajar Politeknik Tuanku
Sultanah Bahiyah menunjukkan bahawa faktor penyediaan infrastruktur yang bersesuaian dan
mencukupi berpotensi meningkatkan penglibatan pelajar.
• Manakala kajian Fazli, Suhaida dan Soaib (2013) menyatakan bahawa faktor persekitaran merupakan
faktor signifikan untuk mendorong penglibatan pelajar dalam aktiviti kokurikulum di sekolah.
• Berdasarkan kajian Zulfadli dan Saifullizam (2014) yang melibatkan 196 pelajar dari 400 pelajar UTHM
yang terlibat dalam 19 jenis sukan menyatakan bahawa pelajar yang mengambil bahagian dalam
aktiviti kokurikulum cenderung untuk mempunyai purata mata gred, rekod kehadiran yang lebih baik,
tidak terlibat dengan masalah disiplin berbanding pelajar-pelajar yang tidak mengambil bahagian
dalam aktiviti kokurikulum.
• Mengikut kajian Hassan dan Raja Roslan (2010) terhadap 104 orang pelajar UTeM mendapati bahan
aktiviti kokurikulum dapat membantu dalam peningkatan tahap komunikasi, kesihatan, minda dan
keyakinan diri di kalangan pelajar-pelajar UTeM.
METODOLOGI
• Reka bentuk kajian ini adalah berbentuk kajian diskriptif menggunakan set borang soal
selidik untuk mencapai objektif kajian ini. Kajian ini juga adalah kajian kuantitatif.
• Responden dalam kajian ini adalah pelajar semester 2 dan 3 Sesi Jun 2019 di Kolej
Komuniti Bayan Baru. Jumlah keseluruhan responden adalah seramai 65 orang
• Instrumen kajian ialah set soal selidik yang menggunakan skala likert lima mata dan
terdiri daripada bahagian A dan bahagian B
• Manakala penentuan tahap bagi skor min adalah menggunakan jadual seperti di
dalam jadual 1.
METODOLOGI
Julat Min Tahap
0.00 – 1.49 Sangat Rendah
1.50 – 2.49 Rendah
2.50 – 3.49 Sederhana
3.50 – 4.49 Tinggi
4.50 – 5.00 Amat Tinggi
Dalam kajian ini julat dibahagikan dengan satu nombor diantara
1 hingga 5. Bilangan sela kelas antara 1 hingga 5 dianggap
mencukupi untuk meringkaskan data secara amat berkesan.
PENGUJIAN HIPOTESIS
• Tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara minat terhadap aktiviti kokurikulum
dengan jantina pelajar
• Tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara bakat, keterampilan dan kesihatan
dengan jantina pelajar
• Tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara pengaruh persekitaran dengan jantina
pelajar
• Tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara prestasi akademik pelajar dengan jantina
pelajar
• Tidak terdapat perhubungan yang signifikan antara aspek minat dengan prestasi
akademik pelajar
• Tidak terdapat perhubungan yang signifikan antara aspek bakat, keterampilan dan
kesihatan dengan prestasi akademik pelajar
• Tidak terdapat perhubungan yang signifikan antara aspek pengaruh persekitaran dengan
prestasi akademik pelajar
PERBINCANGAN
• Berdasarkan kajian ini, didapati aspek persekitaran telah mengatasi aspek yang lain dalam
menyertai aktiviti kokurikulum. Ini menggambarkan situasi sebenar corak penglibatan pelajar
dalam aktiviti kokurilum di Kolej Komuniti Bayan Baru yang agak tidak memberangsangkan.
• Pelajar yang terlibat dalam aktiviti sebelum ini adalah berdasarkan minat semata-mata. Jika
faktor persekitaran diuruskan dengan baik oleh pihak pengurusan KKBU, mungkin pelajar yang
terlibat dalam aktiviti kokurikulum semakin bertambah dan menjadikan KKBU sebagai institusi
TVET yang terbaik dari segi kurikulum dan kokurikulum.
• Walaubagaimanapun terdapat batasan untuk menyediakan dan menguruskan aspek
persekitaran oleh pihak pengurusan memandangkan KKBU tidak mempunyai kawasan yang
luas untuk melakukan semua aktiviti kokurikulum.
• Jadual kelas yang padat juga tidak memberikan masa yang secukupnya kepada pelajar dan
pensyarah untuk menjalankan aktiviti luar kelas ini.
• Terdapat juga pelajar yang beranggapan kegiatan kokurikulum tidak penting dan banyak
membuang masa kerana ianya tidak dinilai sebagaimana kegiatan yang melibatkan akademik.
Pelajar juga mungkin akan ketinggalan dalam akademik jika terlalu aktif dalam kegiatan
kokurikulum kerana jadual yang padat dan masa yang tidak mencukupi telah membataskan
pensyarah untuk membuat kelas dan penilaian gantian kepada pelajar yang tercicir masa
untuk pengajaran dan pembelajaran.
KESIMPULAN DAN CADANGAN
• Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa aspek persekitaran pelajar adalah berada pada tahap
yang tinggi.
• Beberapa cadangan dikemukakan dalam kajian ini. Antaranya ialah kajian dari segi
perancangan aktiviti kokurikulum seperti aktiviti ini dijalankan pada hujung minggu dan tidak
mengganggu masa PdP.
• Pemilihan ahli dalam aktiviti kokurikulum supaya semua pelajar boleh terlibat bukan hanya
pelajar tertentu sahaja yang memainkan peranan.
• Kepelbagaian aktiviti kokurikulum juga perlu bagi meningkatkan lagi penglibatan aktiviti
kokurikulum pelajar di Kolej Komuniti Bayan Baru.
• Pihak pengurusan juga boleh menyediakan infrastruktur dengan cara menyewa tapak aktiviti
kokurikulum dan memasukkan perkara tersebut sebagai salah satu daripada perbelanjaan
kewangan Jabatan.
• Pensyarah juga digalakkan untuk memberi sokongan terhadap pelajar yang aktif dalam bidang
kokurikulum ini dengan menjalankan PdP dan penilaian pada hujung minggu bagi pelajar
yang tercicir masa PdP dan penilaian tersebut.
RUJUKAN
• Bhasah Abu Bakar (2007). Kaedah Analisis Data Penyelidikan Ilmiah. Utusan Publications & Distributions Sdn
Bhd, 2, 25
• Hassan Adnan, Raja Roslan Raja Abd. Rahman (2010). Keberkesanan Pelaksanaan Aktiviti Fizikal Terhadap
Pembangunan Diri Pelajar: Satu Tinjauan, Journal of Human Capital Development. ISSN: 1985-7012 Vol. 3 No. 2
July - December 2010
• Krejcie R.V & Morgan D.W (1970). Determining Sample Size for Research Activities. Educational and
Psychological Measurement, 30, 607 – 610.
• Mohd Najib Abdul Ghafar (2003). Reka Bentuk Tinjauan Soal Selidik Pendidikan. Penerbit UTM.
• Mohd Fazli Hasan, Suhaida Abdul Kadir & Soaib Asimiran (2013). Hubungan Persekitaran Sekolah dengan
Penglibatan Pelajar dalam AktivitiKokurikulum di Sekolah Menengah Jurnal Pendidikan Malaysia 38(2)(2013): 1-9
• Mohd Zulfadli Rozali, Saifullizam Puteh (2014). Keterlibatan Pelajar Secara Aktif Dalam Kokurikulum (Sukan)
Terhadap Peningkatan Kemahiran Generik. CiE-TVET 2014 Prosiding 056, eISBN 978-967-0468-99-0,pg 841-852
• Ranjit Kumar (1999). Research Methodology : A-Step-By-Step Guide To Beginners. Sage Publications
• Rosnida, dan Nur Farrah Azwa (2016), Faktor Yang Mempengaruhi Penglibatan Pelajar Dalam Aktiviti Kokurikulum
di Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah, Politeknik & Kolej Komuniti Journal of Social Sciences and Humanities,
Vol. 1, 2016 eISSN 0128-2875 page 91-100

More Related Content

Similar to EDU44 PRESENTATION.pptx

Faktor Motivasi Ke Atas Pelajar Beraliran Agama Dalam Pembelajaran Kemahiran...
Faktor Motivasi Ke Atas Pelajar Beraliran Agama Dalam Pembelajaran  Kemahiran...Faktor Motivasi Ke Atas Pelajar Beraliran Agama Dalam Pembelajaran  Kemahiran...
Faktor Motivasi Ke Atas Pelajar Beraliran Agama Dalam Pembelajaran Kemahiran...
761117105188
 
2. bab 1 revisi gandes 1
2. bab 1 revisi gandes 12. bab 1 revisi gandes 1
2. bab 1 revisi gandes 1
Call Vano
 
Penggunaan Media animasi dalam model pembelajaran langsung untuk meningkatkan...
Penggunaan Media animasi dalam model pembelajaran langsung untuk meningkatkan...Penggunaan Media animasi dalam model pembelajaran langsung untuk meningkatkan...
Penggunaan Media animasi dalam model pembelajaran langsung untuk meningkatkan...
Harsidi Side
 
Sele, et al, jurnal pengabdian sinta 3
Sele, et al, jurnal pengabdian sinta 3Sele, et al, jurnal pengabdian sinta 3
Sele, et al, jurnal pengabdian sinta 3
YunawatiSele2
 
Laporan akhir perilaku gaya hidup sehat terhadap pencapaian prestasi akademik...
Laporan akhir perilaku gaya hidup sehat terhadap pencapaian prestasi akademik...Laporan akhir perilaku gaya hidup sehat terhadap pencapaian prestasi akademik...
Laporan akhir perilaku gaya hidup sehat terhadap pencapaian prestasi akademik...
belleswan
 
40 penggunaan-kecerdasan-pelbagai-dalam-pengajaran-dan-pembelajaran-ibadah
40 penggunaan-kecerdasan-pelbagai-dalam-pengajaran-dan-pembelajaran-ibadah40 penggunaan-kecerdasan-pelbagai-dalam-pengajaran-dan-pembelajaran-ibadah
40 penggunaan-kecerdasan-pelbagai-dalam-pengajaran-dan-pembelajaran-ibadah
Aishah Umairah
 
Dekons Modul 3.3.pdf contoh format BAGJA.pdfcontoh format BAGJA.pdfcontoh for...
Dekons Modul 3.3.pdf contoh format BAGJA.pdfcontoh format BAGJA.pdfcontoh for...Dekons Modul 3.3.pdf contoh format BAGJA.pdfcontoh format BAGJA.pdfcontoh for...
Dekons Modul 3.3.pdf contoh format BAGJA.pdfcontoh format BAGJA.pdfcontoh for...
BAYUSETYOPRABOWO
 
Penggunaanmediaanimasidalammodelpembelajaranlangsunguntukmeningkatkanhasilbel...
Penggunaanmediaanimasidalammodelpembelajaranlangsunguntukmeningkatkanhasilbel...Penggunaanmediaanimasidalammodelpembelajaranlangsunguntukmeningkatkanhasilbel...
Penggunaanmediaanimasidalammodelpembelajaranlangsunguntukmeningkatkanhasilbel...
sushanblue
 

Similar to EDU44 PRESENTATION.pptx (20)

Administrasi Pendidikan -Fitria Khoiroh
Administrasi Pendidikan -Fitria KhoirohAdministrasi Pendidikan -Fitria Khoiroh
Administrasi Pendidikan -Fitria Khoiroh
 
Faktor Motivasi Ke Atas Pelajar Beraliran Agama Dalam Pembelajaran Kemahiran...
Faktor Motivasi Ke Atas Pelajar Beraliran Agama Dalam Pembelajaran  Kemahiran...Faktor Motivasi Ke Atas Pelajar Beraliran Agama Dalam Pembelajaran  Kemahiran...
Faktor Motivasi Ke Atas Pelajar Beraliran Agama Dalam Pembelajaran Kemahiran...
 
Ulasan jurnal
Ulasan jurnalUlasan jurnal
Ulasan jurnal
 
JURNAL PENDIDIKAN KARAKTER
JURNAL PENDIDIKAN KARAKTERJURNAL PENDIDIKAN KARAKTER
JURNAL PENDIDIKAN KARAKTER
 
Rev annotated bibliography
Rev annotated bibliographyRev annotated bibliography
Rev annotated bibliography
 
2. bab 1 revisi gandes 1
2. bab 1 revisi gandes 12. bab 1 revisi gandes 1
2. bab 1 revisi gandes 1
 
Penggunaan Media animasi dalam model pembelajaran langsung untuk meningkatkan...
Penggunaan Media animasi dalam model pembelajaran langsung untuk meningkatkan...Penggunaan Media animasi dalam model pembelajaran langsung untuk meningkatkan...
Penggunaan Media animasi dalam model pembelajaran langsung untuk meningkatkan...
 
Sele, et al, jurnal pengabdian sinta 3
Sele, et al, jurnal pengabdian sinta 3Sele, et al, jurnal pengabdian sinta 3
Sele, et al, jurnal pengabdian sinta 3
 
s_pgsd_0806270_chapter1.pdf
s_pgsd_0806270_chapter1.pdfs_pgsd_0806270_chapter1.pdf
s_pgsd_0806270_chapter1.pdf
 
Pertemuan 5
Pertemuan 5Pertemuan 5
Pertemuan 5
 
Laporan akhir perilaku gaya hidup sehat terhadap pencapaian prestasi akademik...
Laporan akhir perilaku gaya hidup sehat terhadap pencapaian prestasi akademik...Laporan akhir perilaku gaya hidup sehat terhadap pencapaian prestasi akademik...
Laporan akhir perilaku gaya hidup sehat terhadap pencapaian prestasi akademik...
 
Jt38 e[5]
Jt38 e[5]Jt38 e[5]
Jt38 e[5]
 
Ppt administrasi
Ppt administrasiPpt administrasi
Ppt administrasi
 
40 penggunaan-kecerdasan-pelbagai-dalam-pengajaran-dan-pembelajaran-ibadah
40 penggunaan-kecerdasan-pelbagai-dalam-pengajaran-dan-pembelajaran-ibadah40 penggunaan-kecerdasan-pelbagai-dalam-pengajaran-dan-pembelajaran-ibadah
40 penggunaan-kecerdasan-pelbagai-dalam-pengajaran-dan-pembelajaran-ibadah
 
Artikel pak tama ips
Artikel pak tama   ipsArtikel pak tama   ips
Artikel pak tama ips
 
Dekons Modul 3.3.pdf contoh format BAGJA.pdfcontoh format BAGJA.pdfcontoh for...
Dekons Modul 3.3.pdf contoh format BAGJA.pdfcontoh format BAGJA.pdfcontoh for...Dekons Modul 3.3.pdf contoh format BAGJA.pdfcontoh format BAGJA.pdfcontoh for...
Dekons Modul 3.3.pdf contoh format BAGJA.pdfcontoh format BAGJA.pdfcontoh for...
 
kajian tindakaku
kajian tindakakukajian tindakaku
kajian tindakaku
 
Proposal penelitian eksperime tes 2
Proposal penelitian eksperime tes 2Proposal penelitian eksperime tes 2
Proposal penelitian eksperime tes 2
 
Jurnal -Permasalahan Disiplin Dalam Kalangan Pelajar Sekolah Menengah Teknik ...
Jurnal -Permasalahan Disiplin Dalam Kalangan Pelajar Sekolah Menengah Teknik ...Jurnal -Permasalahan Disiplin Dalam Kalangan Pelajar Sekolah Menengah Teknik ...
Jurnal -Permasalahan Disiplin Dalam Kalangan Pelajar Sekolah Menengah Teknik ...
 
Penggunaanmediaanimasidalammodelpembelajaranlangsunguntukmeningkatkanhasilbel...
Penggunaanmediaanimasidalammodelpembelajaranlangsunguntukmeningkatkanhasilbel...Penggunaanmediaanimasidalammodelpembelajaranlangsunguntukmeningkatkanhasilbel...
Penggunaanmediaanimasidalammodelpembelajaranlangsunguntukmeningkatkanhasilbel...
 

Recently uploaded

BAB 5 KERJASAMA DALAM BERBAGAI BIDANG KEHIDUPAN.pptx
BAB 5 KERJASAMA DALAM BERBAGAI BIDANG KEHIDUPAN.pptxBAB 5 KERJASAMA DALAM BERBAGAI BIDANG KEHIDUPAN.pptx
BAB 5 KERJASAMA DALAM BERBAGAI BIDANG KEHIDUPAN.pptx
JuliBriana2
 
Modul 2 - Bagaimana membangun lingkungan belajar yang mendukung transisi PAUD...
Modul 2 - Bagaimana membangun lingkungan belajar yang mendukung transisi PAUD...Modul 2 - Bagaimana membangun lingkungan belajar yang mendukung transisi PAUD...
Modul 2 - Bagaimana membangun lingkungan belajar yang mendukung transisi PAUD...
pipinafindraputri1
 

Recently uploaded (20)

MODUL AJAR IPAS KELAS 3 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR IPAS KELAS 3 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL AJAR IPAS KELAS 3 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR IPAS KELAS 3 KURIKULUM MERDEKA.pdf
 
BAB 5 KERJASAMA DALAM BERBAGAI BIDANG KEHIDUPAN.pptx
BAB 5 KERJASAMA DALAM BERBAGAI BIDANG KEHIDUPAN.pptxBAB 5 KERJASAMA DALAM BERBAGAI BIDANG KEHIDUPAN.pptx
BAB 5 KERJASAMA DALAM BERBAGAI BIDANG KEHIDUPAN.pptx
 
Modul 2 - Bagaimana membangun lingkungan belajar yang mendukung transisi PAUD...
Modul 2 - Bagaimana membangun lingkungan belajar yang mendukung transisi PAUD...Modul 2 - Bagaimana membangun lingkungan belajar yang mendukung transisi PAUD...
Modul 2 - Bagaimana membangun lingkungan belajar yang mendukung transisi PAUD...
 
Program Kerja Public Relations - Perencanaan
Program Kerja Public Relations - PerencanaanProgram Kerja Public Relations - Perencanaan
Program Kerja Public Relations - Perencanaan
 
Aksi Nyata Disiplin Positif Keyakinan Kelas untuk SMK
Aksi Nyata Disiplin Positif Keyakinan Kelas untuk SMKAksi Nyata Disiplin Positif Keyakinan Kelas untuk SMK
Aksi Nyata Disiplin Positif Keyakinan Kelas untuk SMK
 
PELAKSANAAN (dgn PT SBI) + Link2 Materi Pelatihan _"Teknik Perhitungan TKDN, ...
PELAKSANAAN (dgn PT SBI) + Link2 Materi Pelatihan _"Teknik Perhitungan TKDN, ...PELAKSANAAN (dgn PT SBI) + Link2 Materi Pelatihan _"Teknik Perhitungan TKDN, ...
PELAKSANAAN (dgn PT SBI) + Link2 Materi Pelatihan _"Teknik Perhitungan TKDN, ...
 
KELAS 10 PERUBAHAN LINGKUNGAN SMA KURIKULUM MERDEKA
KELAS 10 PERUBAHAN LINGKUNGAN SMA KURIKULUM MERDEKAKELAS 10 PERUBAHAN LINGKUNGAN SMA KURIKULUM MERDEKA
KELAS 10 PERUBAHAN LINGKUNGAN SMA KURIKULUM MERDEKA
 
Modul Ajar Bahasa Inggris - HOME SWEET HOME (Chapter 3) - Fase D.pdf
Modul Ajar Bahasa Inggris - HOME SWEET HOME (Chapter 3) - Fase D.pdfModul Ajar Bahasa Inggris - HOME SWEET HOME (Chapter 3) - Fase D.pdf
Modul Ajar Bahasa Inggris - HOME SWEET HOME (Chapter 3) - Fase D.pdf
 
Aksi Nyata PMM Topik Refleksi Diri (1).pdf
Aksi Nyata PMM Topik Refleksi Diri (1).pdfAksi Nyata PMM Topik Refleksi Diri (1).pdf
Aksi Nyata PMM Topik Refleksi Diri (1).pdf
 
RENCANA & Link2 Materi Pelatihan_ "Teknik Perhitungan TKDN, BMP, Preferensi H...
RENCANA & Link2 Materi Pelatihan_ "Teknik Perhitungan TKDN, BMP, Preferensi H...RENCANA & Link2 Materi Pelatihan_ "Teknik Perhitungan TKDN, BMP, Preferensi H...
RENCANA & Link2 Materi Pelatihan_ "Teknik Perhitungan TKDN, BMP, Preferensi H...
 
OPTIMALISASI KOMUNITAS BELAJAR DI SEKOLAH.pptx
OPTIMALISASI KOMUNITAS BELAJAR DI SEKOLAH.pptxOPTIMALISASI KOMUNITAS BELAJAR DI SEKOLAH.pptx
OPTIMALISASI KOMUNITAS BELAJAR DI SEKOLAH.pptx
 
Bab 4 Persatuan dan Kesatuan di Lingkup Wilayah Kabupaten dan Kota.pptx
Bab 4 Persatuan dan Kesatuan di Lingkup Wilayah Kabupaten dan Kota.pptxBab 4 Persatuan dan Kesatuan di Lingkup Wilayah Kabupaten dan Kota.pptx
Bab 4 Persatuan dan Kesatuan di Lingkup Wilayah Kabupaten dan Kota.pptx
 
power point bahasa indonesia "Karya Ilmiah"
power point bahasa indonesia "Karya Ilmiah"power point bahasa indonesia "Karya Ilmiah"
power point bahasa indonesia "Karya Ilmiah"
 
SOAL PUBLIC SPEAKING UNTUK PEMULA PG & ESSAY
SOAL PUBLIC SPEAKING UNTUK PEMULA PG & ESSAYSOAL PUBLIC SPEAKING UNTUK PEMULA PG & ESSAY
SOAL PUBLIC SPEAKING UNTUK PEMULA PG & ESSAY
 
Kanvas BAGJA prakarsa perubahan Ahyar.pdf
Kanvas BAGJA prakarsa perubahan Ahyar.pdfKanvas BAGJA prakarsa perubahan Ahyar.pdf
Kanvas BAGJA prakarsa perubahan Ahyar.pdf
 
AKSI NYATA TOPIK 1 MERDEKA BELAJAR. PPTX
AKSI NYATA TOPIK 1 MERDEKA BELAJAR. PPTXAKSI NYATA TOPIK 1 MERDEKA BELAJAR. PPTX
AKSI NYATA TOPIK 1 MERDEKA BELAJAR. PPTX
 
E-modul Materi Ekosistem untuk kelas X SMA
E-modul Materi Ekosistem untuk kelas X SMAE-modul Materi Ekosistem untuk kelas X SMA
E-modul Materi Ekosistem untuk kelas X SMA
 
Intellectual Discourse Business in Islamic Perspective - Mej Dr Mohd Adib Abd...
Intellectual Discourse Business in Islamic Perspective - Mej Dr Mohd Adib Abd...Intellectual Discourse Business in Islamic Perspective - Mej Dr Mohd Adib Abd...
Intellectual Discourse Business in Islamic Perspective - Mej Dr Mohd Adib Abd...
 
TUGAS RUANG KOLABORASI 1.3 PRAKARSA PERUBAHAN
TUGAS RUANG KOLABORASI 1.3 PRAKARSA PERUBAHANTUGAS RUANG KOLABORASI 1.3 PRAKARSA PERUBAHAN
TUGAS RUANG KOLABORASI 1.3 PRAKARSA PERUBAHAN
 
LATAR BELAKANG JURNAL DIALOGIS REFLEKTIF.ppt
LATAR BELAKANG JURNAL DIALOGIS REFLEKTIF.pptLATAR BELAKANG JURNAL DIALOGIS REFLEKTIF.ppt
LATAR BELAKANG JURNAL DIALOGIS REFLEKTIF.ppt
 

EDU44 PRESENTATION.pptx

  • 1. K A J I A N T A H A P P E R S E P S I P E L A J A R T E R H A D A P F A K T O R P E N G L I B A T A N A K T I V I T I K O K U R I K U L U M D I K O L E J K O M U N I T I B A Y A N B A R U O L E H : N O O R S A R E N A B I N T I M O H D Z A H I D K O L E J K O M U N I T I B A Y A N B A R U
  • 2. ABSTRAK • Kajian deskriptif ini bertujuan untuk mengetahui tahap persepsi pelajar terhadap faktor penglibatan aktiviti kokurikulum di Kolej Komuniti Bayan Baru dari aspek minat, bakat, keterampilan dan kesihatan, pengaruh persekitaran serta prestasi akademik pelajar. Satu set borang soal selidik yang mengandungi bahagian A (demografi responden) dan bahagian B (Soalan yang berkaitan pembolehubah) telah diedarkan kepada 65 responden yang telah dipilih secara rawak mudah di mana responden merupakan pelajar di Kolej Komuniti Bayan Baru dari program SKK(M) Pastri, SKK(M) Asas Pastri dan SKK(M) Terapi Kecantikan & Spa. • Dapatan dari kajian ini mendapati bahawa tahap minat pelajar adalah berada pada tahap tinggi (M=3.80), tahap bakat, keterampilan dan kesihatan pelajar pula berada pada tahap tinggi (M=3.69), pengaruh persekitaran pula berada pada tahap tinggi (M=3.98), serta tahap prestasi akademik pelajar adalah berada pada tahap tinggi (M=3.15)
  • 3. PENGENALAN • Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) yang menjadi panduan dalam membentuk sistem pendidikan Malaysia. FPK telah merumuskan bahawa sistem pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. • FPK bertujuan melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara. • Kolej Komuniti Bayan Baru (KKBU) merupakan sebuah institusi yang memberikan latihan TVET di Pulau Pinang. Selain daripada kurikulum terdapat juga aktiviti kokurikulum yang dijalankan di Kolej Komuniti ini. Terdapat modul untuk kokurikulum seperti kelab dan sukan yang wajib dihadiri oleh pelajar semester 1 dan diberikan penilaian sehingga tamat semester tersebut. Aktiviti kokurikulum yang dijalankan adalah kelab kompang dan badminton dan pingpong. Selain daripada modul wajib tersebut terdapat juga aktiviti kokurikulum lain yang disertai oleh pelajar. Aktiviti ini adalah samada anjuran daripada Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK) dan kolej komuniti yang lain. • Unit Pembangunan Pelajar Kolej Komuniti Bayan Baru juga ada menubuhkan kelab dan persatuan seperti kelab Rukun Negara (Kelab Wajib), Briged Sukarelawan (BRISK-Kelab Wajib), Kelab Rakan Jawatankuasa Pembangunan Pelajar (JPP), Angkatan Pertahanan Awam, Kelab Keusahawanan, Kelab Kebudayaan, Kelab Kembara dan Kelab Woodball, Kelab Petangue dan Kelab Badminton.
  • 4. PERNYATAAN MASALAH • Di Kolej Komuniti Bayan Baru didapati tidak ramai pelajar yang terlibat dalam aktiviti kokurikulum. Pada tahun 2018 seramai 37 orang pelajar telah terlibat dalam 7 aktiviti sukan. • 10 orang daripada pelajar tersebut adalah pelajar yang sama yang mengikuti semua aktiviti sukan tersebut. • Manakala untuk aktiviti kelab dan persatuan terdapat pelajar yang mendaftar dan mengikut program berdasarkan aktiviti yang digariskan oleh penyelaras kelab dan persatuan. • Kajian ini adalah untuk mengkaji apakah faktor-faktor yang mendorong pelajar-pelajar di KKBU untuk menyertai aktiviti kokurikulum di kolej ini dengan lebih giat lagi.
  • 5. OBJEKTIF KAJIAN • Mengenalpasti tahap persepsi pelajar terhadap faktor penglibatan aktiviti kokurikulum di Kolej Komuniti Bayan Baru dari aspek minat • Mengenalpasti tahap persepsi pelajar terhadap faktor penglibatan aktiviti kokurikulum di Kolej Komuniti Bayan Baru dari aspek bakat, keterampilan dan kesihatan • Mengenalpasti tahap persepsi pelajar terhadap faktor penglibatan aktiviti kokurikulum di Kolej Komuniti Bayan Baru dari aspek pengaruh persekitaran • Mengenalpasti tahap persepsi pelajar terhadap faktor penglibatan aktiviti kokurikulum di Kolej Komuniti Bayan Baru dari aspek prestasi akademik pelajar • Mengenalpasti sama ada terdapat perbezaan yang signifikan antara aspek minat, bakat, keterampilan dan kesihatan, pengaruh persekitaran serta prestasi akademik pelajar dengan jantina pelajar • Mengenalpasti sama ada terdapat perhubungan yang signifikan antara aspek minat, bakat, keterampilan dan kesihatan, pengaruh persekitaran dengan prestasi akademik pelajar
  • 6. KEPENTINGAN KAJIAN • Mengetahui cabaran yang dihadapi oleh pelajar di Kolej Komuniti Bayan Baru terhadap penglibatan aktiviti kokurikulum • Memastikan sama ada kemudahan yang disediakan di KKBU adalah mencukupi bagi aktiviti kokurikulum pelajar • Menyenaraikan cadangan penambahbaikan kepada pihak pengurusan KKBU terhadap keberkesanan pelaksanaan aktiviti kokurikulum
  • 7. KAJIAN-KAJIAN LEPAS • Menurut kajian Rosnida, dan Nur Farrah Azwa (2016), terhadap 304 orang pelajar Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah menunjukkan bahawa faktor penyediaan infrastruktur yang bersesuaian dan mencukupi berpotensi meningkatkan penglibatan pelajar. • Manakala kajian Fazli, Suhaida dan Soaib (2013) menyatakan bahawa faktor persekitaran merupakan faktor signifikan untuk mendorong penglibatan pelajar dalam aktiviti kokurikulum di sekolah. • Berdasarkan kajian Zulfadli dan Saifullizam (2014) yang melibatkan 196 pelajar dari 400 pelajar UTHM yang terlibat dalam 19 jenis sukan menyatakan bahawa pelajar yang mengambil bahagian dalam aktiviti kokurikulum cenderung untuk mempunyai purata mata gred, rekod kehadiran yang lebih baik, tidak terlibat dengan masalah disiplin berbanding pelajar-pelajar yang tidak mengambil bahagian dalam aktiviti kokurikulum. • Mengikut kajian Hassan dan Raja Roslan (2010) terhadap 104 orang pelajar UTeM mendapati bahan aktiviti kokurikulum dapat membantu dalam peningkatan tahap komunikasi, kesihatan, minda dan keyakinan diri di kalangan pelajar-pelajar UTeM.
  • 8. METODOLOGI • Reka bentuk kajian ini adalah berbentuk kajian diskriptif menggunakan set borang soal selidik untuk mencapai objektif kajian ini. Kajian ini juga adalah kajian kuantitatif. • Responden dalam kajian ini adalah pelajar semester 2 dan 3 Sesi Jun 2019 di Kolej Komuniti Bayan Baru. Jumlah keseluruhan responden adalah seramai 65 orang • Instrumen kajian ialah set soal selidik yang menggunakan skala likert lima mata dan terdiri daripada bahagian A dan bahagian B • Manakala penentuan tahap bagi skor min adalah menggunakan jadual seperti di dalam jadual 1.
  • 9. METODOLOGI Julat Min Tahap 0.00 – 1.49 Sangat Rendah 1.50 – 2.49 Rendah 2.50 – 3.49 Sederhana 3.50 – 4.49 Tinggi 4.50 – 5.00 Amat Tinggi Dalam kajian ini julat dibahagikan dengan satu nombor diantara 1 hingga 5. Bilangan sela kelas antara 1 hingga 5 dianggap mencukupi untuk meringkaskan data secara amat berkesan.
  • 10. PENGUJIAN HIPOTESIS • Tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara minat terhadap aktiviti kokurikulum dengan jantina pelajar • Tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara bakat, keterampilan dan kesihatan dengan jantina pelajar • Tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara pengaruh persekitaran dengan jantina pelajar • Tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara prestasi akademik pelajar dengan jantina pelajar • Tidak terdapat perhubungan yang signifikan antara aspek minat dengan prestasi akademik pelajar • Tidak terdapat perhubungan yang signifikan antara aspek bakat, keterampilan dan kesihatan dengan prestasi akademik pelajar • Tidak terdapat perhubungan yang signifikan antara aspek pengaruh persekitaran dengan prestasi akademik pelajar
  • 11. PERBINCANGAN • Berdasarkan kajian ini, didapati aspek persekitaran telah mengatasi aspek yang lain dalam menyertai aktiviti kokurikulum. Ini menggambarkan situasi sebenar corak penglibatan pelajar dalam aktiviti kokurilum di Kolej Komuniti Bayan Baru yang agak tidak memberangsangkan. • Pelajar yang terlibat dalam aktiviti sebelum ini adalah berdasarkan minat semata-mata. Jika faktor persekitaran diuruskan dengan baik oleh pihak pengurusan KKBU, mungkin pelajar yang terlibat dalam aktiviti kokurikulum semakin bertambah dan menjadikan KKBU sebagai institusi TVET yang terbaik dari segi kurikulum dan kokurikulum. • Walaubagaimanapun terdapat batasan untuk menyediakan dan menguruskan aspek persekitaran oleh pihak pengurusan memandangkan KKBU tidak mempunyai kawasan yang luas untuk melakukan semua aktiviti kokurikulum. • Jadual kelas yang padat juga tidak memberikan masa yang secukupnya kepada pelajar dan pensyarah untuk menjalankan aktiviti luar kelas ini. • Terdapat juga pelajar yang beranggapan kegiatan kokurikulum tidak penting dan banyak membuang masa kerana ianya tidak dinilai sebagaimana kegiatan yang melibatkan akademik. Pelajar juga mungkin akan ketinggalan dalam akademik jika terlalu aktif dalam kegiatan kokurikulum kerana jadual yang padat dan masa yang tidak mencukupi telah membataskan pensyarah untuk membuat kelas dan penilaian gantian kepada pelajar yang tercicir masa untuk pengajaran dan pembelajaran.
  • 12. KESIMPULAN DAN CADANGAN • Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa aspek persekitaran pelajar adalah berada pada tahap yang tinggi. • Beberapa cadangan dikemukakan dalam kajian ini. Antaranya ialah kajian dari segi perancangan aktiviti kokurikulum seperti aktiviti ini dijalankan pada hujung minggu dan tidak mengganggu masa PdP. • Pemilihan ahli dalam aktiviti kokurikulum supaya semua pelajar boleh terlibat bukan hanya pelajar tertentu sahaja yang memainkan peranan. • Kepelbagaian aktiviti kokurikulum juga perlu bagi meningkatkan lagi penglibatan aktiviti kokurikulum pelajar di Kolej Komuniti Bayan Baru. • Pihak pengurusan juga boleh menyediakan infrastruktur dengan cara menyewa tapak aktiviti kokurikulum dan memasukkan perkara tersebut sebagai salah satu daripada perbelanjaan kewangan Jabatan. • Pensyarah juga digalakkan untuk memberi sokongan terhadap pelajar yang aktif dalam bidang kokurikulum ini dengan menjalankan PdP dan penilaian pada hujung minggu bagi pelajar yang tercicir masa PdP dan penilaian tersebut.
  • 13. RUJUKAN • Bhasah Abu Bakar (2007). Kaedah Analisis Data Penyelidikan Ilmiah. Utusan Publications & Distributions Sdn Bhd, 2, 25 • Hassan Adnan, Raja Roslan Raja Abd. Rahman (2010). Keberkesanan Pelaksanaan Aktiviti Fizikal Terhadap Pembangunan Diri Pelajar: Satu Tinjauan, Journal of Human Capital Development. ISSN: 1985-7012 Vol. 3 No. 2 July - December 2010 • Krejcie R.V & Morgan D.W (1970). Determining Sample Size for Research Activities. Educational and Psychological Measurement, 30, 607 – 610. • Mohd Najib Abdul Ghafar (2003). Reka Bentuk Tinjauan Soal Selidik Pendidikan. Penerbit UTM. • Mohd Fazli Hasan, Suhaida Abdul Kadir & Soaib Asimiran (2013). Hubungan Persekitaran Sekolah dengan Penglibatan Pelajar dalam AktivitiKokurikulum di Sekolah Menengah Jurnal Pendidikan Malaysia 38(2)(2013): 1-9 • Mohd Zulfadli Rozali, Saifullizam Puteh (2014). Keterlibatan Pelajar Secara Aktif Dalam Kokurikulum (Sukan) Terhadap Peningkatan Kemahiran Generik. CiE-TVET 2014 Prosiding 056, eISBN 978-967-0468-99-0,pg 841-852 • Ranjit Kumar (1999). Research Methodology : A-Step-By-Step Guide To Beginners. Sage Publications • Rosnida, dan Nur Farrah Azwa (2016), Faktor Yang Mempengaruhi Penglibatan Pelajar Dalam Aktiviti Kokurikulum di Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah, Politeknik & Kolej Komuniti Journal of Social Sciences and Humanities, Vol. 1, 2016 eISSN 0128-2875 page 91-100