Dokumen ini membahas isu persepsi negatif terhadap program di Institut Latihan Kemahiran Awam. Faktor-faktor yang menyumbang kepada persepsi ini termasuk ibu bapa, pelajar, masyarakat, dan sistem pendidikan. Kajian menunjukkan bahwa ibu bapa cenderung mengirim anak mereka ke universitas daripada program vokasional, yang dapat menyebabkan kekurangan tenaga kerja terlatih di Malaysia.
Hubungan Indikator dan Persepsi Pelajar Terhadap Program di ILKA
1. RESEARCH CONTENT STRUCTURE (RCS)
ISU KAJIAN : PERSEPSI NEGATIF TERHADAP PROGRAM DI INSTITUT LATIHAN
KEMAHIRAN AWAM
Isu utama kajian yang dipilih adalah berkaitan tentang Persepsi Negatif Terhadap Program di
Institut Latihan Kemahiran Awam (ILKA) . Sebelum isu ini dikupas lebih mendalam, terlebih
dahulu kita mestilah mendapatkan bukti-bukti isu yang diketengahkan bagi menyokong isu yang
dipilih. Menurut Shahril dan Habib Mat Som (1999), tujuan pendidikan teknik adalah untuk
menyediakan pelajar yang cenderung dan berminat terhadap bidang teknik di peringkat sekolah
menengah atas bagi membolehkan mereka melanjutkan ke peringkat lebih tinggi dalam bidang
teknik. Ini bertepatan dengan laporan Kementerian Sumber Manusia pada 2014 yang
mensasarkan 50% pekerja mahir pelbagai bidang pada tahun 2020 nanti.
Namun begitu, menurut kajian oleh Yahya (1993),masih ramai ibu bapa terutamanya
Pegawai Tinggi Kerajaan kurang menggalakkan anak-anak mereka yang berminat dalam bidang
kemahiran untuk meneruskan pengajian dalam bidang teknik dan vokasional. Laporan ini
menunjukkan bahawa kebanyakan ibu bapa yang berpendidikan akan menghantar anak mereka
belajar ke IPT sama ada dalam dan luar negara. Kenyataan ini disokong oleh kajian Ali Suradin
et al (2010), telah menemu bual En. Saat bin Abd Rahman, Guru Kanan Vokasional
menyatakan persepsi ibu bapa terhadap pendidikan vokasional masih belum terbuka.
Keadaan ini boleh menimbulkan kesan yang negatif terhadap negara kita yang
mendambakan sebuah kerajaan berstatus maju menjelang 2020. Menurut Jabatan Perangkaan
pada tahun 2007, 80% tenaga kerja Malaysia mempunyai pendidikan setakat Sijil Pelajaran
Malaysia (SPM) sahaja. Ini menunjukkan bahawa motivasi masyarakat kita tentang kepentingan
menuntut ilmu ke peringkat lebih tinggi adalah mendukacitakan. Data ini ditambah pula oleh
Kementerian Pelajaran Malaysia pada tahun 2008, suku daripada lulusan universiti tempatan
menganggur selepas 6 bulan menamatkan pengajian mereka. Jika keadaan ini berterusan, negara
bakal menghadapi masalah kekurangan tenaga mahir tempatan, justeru menggalakkan
kebergantungan terhadap tenaga pekerja luar seperti Bangladesh, Mynmar dan Nepal .
2. Antara faktor-faktor yang menyumbang ke arah persepsi negatif terhadap program di
Institut Latihan Kemahiran Awam adalah seperti ibu bapa, pelajar,masyarakat, pusat latihan dan
sistem pendidikan. Sebelum kita mengenal pasti punca utamanya, kita memerlukan sedikit
analisis yang perlu dipenuhi iaitu kepakaran , rujukan , praktikal dan dapatan sampel. Daripada
lima punca utama tersebut, kriteria pelajar telah dipilih berdasarkan empat analisis yang
disebutkan sebelum ini.
Setelah pemilihan kriteria terhadap pelajar dikenal pasti, kita hendaklah mendapatkan
beberapa pemboleh ubah (indicator) yang boleh diukur bagi mengukuhkan lagi kajian kita.
Pemilihan indikator seperti sikap, latar belakang pelajar, pengetahuan dan pencapaian pendidikan
telah dipilih. Kesemua indikator ini perlulah dibuktikan dengan kajian terdahulu beserta fakta &
statistik yang berkaitan. Dapatan yang diperoleh daripada indikator ini dapat mewujudkan satu
kesimpulan atau outcome dalam pemilihan tajuk bagi sesuatu penyelidikan . Tajuk yang
dicadangkan bagi isu kajian ini adalah Hubungan Indikator dan Persepsi Pelajar Terhadap
Program di Institut Latihan Kemahiran Awam (ILKA).
3. BIBLIOGRAFI
Ali Suradin, Mohd Noraidil Salehuddin, Mohamad Zaid Mustafa, Abdul Rasid, Abd. Razzaq,
Ahmad Rizal Madar dan Mohd Yusop Ab. Hadi. 2012. Jurnal pendidikan. Persepsi Ibu
Bapa terhadap Pendidikan Vokasional, 197-202.
Muzainy Ahmad (2015,Ogos 1). Berita Harian .Malaysia Tidak Membangunkan Tenaga Mahir
Tetapi Kehilangan Mereka. http://www2.bharian.com.my.
Mohamed, A. (2010,April 16). Utusan Malaysia. Pelajar Teknik, Vokasional Tidak Mencukupi.
Dicapai pada Februari 16, 2010 dari http://tutor.com.my/tutor/dunia .asp?
y=2009&dt+0416&pub=DuniaPendidikan &sec=Perspektif&pg=ps-01.htm
4. Yahya bin Emat. Jurnal Pendidikan, Jilid 37 Keluaran 8 Jun 1993, Kementerian Pendidikan
Malaysia . Cabaran dan Strategi Pendidik Teknik dan Vokasional Ke Arah Mencapai
Wawasan 2020 . Dicapai pada Januari 6, 2007 dari http://aede.tripod.com/Vok.htm