Pengajaran Matematik Menggunakan Komputer Atau Pengajaran Matematik Tanpa                                   Menggunakan Ko...
Dalam kajian ini, isu yang akan dibincangkan adalah berkaitan dengan penggunaan ICTdalam mengajar Matematik. Pengajaran da...
Pada pendapat kami, PBBK adalah satu situasi pembelajaran di mana komputerdigunakan sebagai medium untuk penyampaian maklu...
kemahiran mencari, menilai dan menggunakan maklumat untuk tujuan               pendidikan1997          Pengajian Komputer ...
Cockcroft (1982) menyarankan bahawa penggunaan komputer dalam pengajaran danpembelajaran matematik bukan sahaja boleh memp...
8.0    Hujah8.1    Hujah 1: Keberkesanan penggunaan komputer dalam pengajaran matematikHujah yang pertama adalah mengenai ...
Hasil kajian yang kedua adalah Nor Hayati (2003) yang mengkaji keberkesanan perisisan“The Geometer’s Sketchpad” (GSP) bagi...
dan ini akan membantu mereka untuk mengingati sesuatu konsep dalam mata pelajaranmatematik dengan lebih berkesan. Pelajar ...
8.2      Hujah 2: Penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran (P&P)matematik bergantung kepada kemampuan pelajar...
kepada sukatan pelajaran Matematik tingkatan dua yang telah ditetapkan oleh KPM danperancangan pengajaran yang sama bagi m...
8.3     Hujah 3: Penggunaan komputer dalam p&p matematik bergantung kepadaprasarana ICT di sekolahHujah yang ketiga adalah...
Hasil temuduga yang telah dijalankan ke atas seorang guru Matematik SMK Seri Ampangmendapati antara masalah utama pengguna...
kerana selain mengajar, guru juga perlu melakukan hal-hal pentadbiran dan pengurusan yangmana mengganggu masa guru untuk m...
Dapatan kajian Norhana Aini Mohamed Amin et al. (2008) juga mendapati bahawahanya 40% sahaja daripada guru matematik yang ...
11.0   KesimpulanWalaupun dengan penggunaan teknologi dapat menjadikan pelajar lebih seronok, namunterdapat pelbagai kekan...
Upcoming SlideShare
Loading in …5
×

Report trends 6

3,992 views

Published on

Published in: Education, Business
2 Comments
1 Like
Statistics
Notes
  • URUS NIK BEACUKAI / REGISTRASI PABEAN / SRP BEACUKAI
    Peraturan Menteri Keuangan No. 63/PMK.04/2011

    - URUS SRP, NIK BEACUKIA PENERBITAN BARU
    - URUS SRP, NIK BEACUKAI DITOLAK.
    - URUS SRP, NIK BEACUKAI DIBLOKIR
    - URUS SRP, NIK BEACUKAI PINDAH ALAMAT,

    URUS IZIN USAHA:
    - URUS PENDIRIAN PT – Jakarta, Bekasi, Depok, Tangerang, Krawang, Bandung
    - URUS PENDIRIAN PMA – Jakarta, Bekasi, Depok, Tangerang, Krawang, Bandung
    - URUS PENDIRIAN CV – Jakarta, Bekasi, Depok, Tangerang, Krawang, Bandung
    - URUS APIU – Jakarta, Bekasi, Depok, Tangerang, Krawang, Bandung – Jakarta, Bekasi, Depok, Tangerang, Krawang, Bandung
    - URUS APIP – Jakarta, Bekasi, Depok, Tangerang, Krawang, Bandung
    - URUS NPIK – Seluruh Indonesia
    - URUS NIK BEACUKAI – Seluruh Indonesia
    - Urus IT Plastik
    - Urus IT CAKRAM OPTIK
    - Urus IT KOSMETIK
    - Urus IT ALAS KAKI
    - Urus IT MAKANAN DAN MINUMAN
    - Urus IT MAINAN ANAK-ANAK
    - Urus IT ELEKTRONIKA
    - Urus IT OBAT TRADISIONAL DAN HERBAL
    - Urus IT PRODUK MAKANAN DAN MINUMAN
    - Urus Izin Prinsip
    -Urus SIUP.
    -Urus TDP
    -Dll

    PT. LEGALITAS SARANAIZIN INDONESIA.
    Gedung Maya Indah Lt 2 Jakarta Pusat 10450
    Telp. 021-3142566
    Fax. 021-3928113
    HP. 081385042000
    Flexi. 021-70940216
    Website: http://www.saranaijin.com
    Email legal@saranaizin.com
    Pin BB 2262D175
       Reply 
    Are you sure you want to  Yes  No
    Your message goes here
  • TQ..sesuai dgn bahan kursus ku..
       Reply 
    Are you sure you want to  Yes  No
    Your message goes here
No Downloads
Views
Total views
3,992
On SlideShare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
3
Actions
Shares
0
Downloads
96
Comments
2
Likes
1
Embeds 0
No embeds

No notes for slide

Report trends 6

  1. 1. Pengajaran Matematik Menggunakan Komputer Atau Pengajaran Matematik Tanpa Menggunakan Komputer1.0 PengenalanKerajaan Malaysia melalui Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) menekankan bahawapenyaluran maklumat yang lebih berkesan khususnya dalam bidang Sains dan Matematikseharusnya menggunakan peralatan terkini iaitu penggunaan teknologi maklumat. Bermula darikaedah Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) yang menggunakan papan hitam dan kapur, bertukarkepada kaedah yang lebih canggih iaitu penggunaan komputer, bahan elektronik,liquidcrystal display (LCD), kamera video digital dan lain-lain dalam bilik darjah. Bajet 2003 yang dibentang oleh Perdana Menteri ketika itu, Yang Amat Berhormat DatukSeri Dr. Mahathir Mohamad memperuntukkan RM 5 billion untuk tempoh antara 2002 hingga2008 bagi melengkapkan prasarana perisian dan latihan kepada tenaga pengajar untukmemastikan kelancaran perlaksanaan mata pelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggerisdi sekolah-sekolah. Untuk memastikan bahawa pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggerisdapat dilaksanakan secara berkesan, guru-guru akan dibekalkan dengan komputer notebook,LCD projector untuk sekolah dan peralatan berkaitan. Bagi tujuan ini, sebanyak 978.7 jutaringgit telah dibelanjakan pada tahun 2003 (Mahathir, 2002). Peruntukan kewangan yang tinggiini adalah untuk menjadikan pendidikan di Malaysia adalah berteknologi tinggi. Becta (2003) telah meringkaskan bahawa ICT dapat menggalakkan kerjasama dankomunikasi yang baik di antara pelajar serta berkongsi pengetahuan di antara satu sama lain.Selain itu, ICT juga dapat memberikan maklum balas yang cepat dan tepat kepada pelajar danhal ini dapat mempengaruhi motivasi yang positif kepada pelajar. Di samping itu, ICT jugamembolehkan mereka memfokuskan pada strategi dan tafsiran jawapan daripada menghabiskanmasa pada computational calculations yang membosankan.
  2. 2. Dalam kajian ini, isu yang akan dibincangkan adalah berkaitan dengan penggunaan ICTdalam mengajar Matematik. Pengajaran dan pembelajaran Matematik yang berkesan kepadaguru dan pelajar sama ada menggunakan komputer atau tanpa menggunakan komputer.2.0 Definisi Istilah2.1 Information Communication Technology (ICT) Information Communication Technology (ICT) adalah teknologi yang berkaitan denganpemerolehan, penyimpanan, pemprosesan dan penyebaran maklumat melalui penggunaanteknologi komputer dan telekomunikasi (Kamus Dewan Edisi Keempat 2005). Di samping itu, ICT juga adalah teknologi yang diperlukan untuk pemprosesanmaklumat, khususnya penggunaan komputer, peranti komunikasi dan aplikasi perisian untukmenukar, menyimpan, melindungi, proses, menghantar dan mengambil maklumat dari mana-mana sahaja dan pada bila-bila masa. Mengikut definisi kami sendiri, ICT bermaksud perkakasan, perisian dan sistemtelekomunikasi yang digunakan di dalam pengurusan dan pemprosesan maklumat. ICT jugaadalah satu teknologi yang bergantung kepada komputer dan perkakasan elektronik lain untukmemudahkan urusan seharian manusia. Selain itu, ICT juga berkait dengan internet di manainternet memudahkan manusia berhubung antara satu sama lain. Contoh ICT dalam kehidupanseharian adalah seperti perbankan, pendidikan, kerajaan dan perniagaan.2.2 Pengajaran dan Pembelajaran Berbantukan Komputer (PPBK) Pengajaran dan Pembelajaran Berbantukan Komputer (PPBK) adalah penggunaankomputer dalam menyampaikan bahan pengajaran dan melibatkan pelajar secara aktif sertamembolehkan maklum balas. Criswell (1989) dalam Abdul Wahab Ismail Gani et. al. (2006).
  3. 3. Pada pendapat kami, PBBK adalah satu situasi pembelajaran di mana komputerdigunakan sebagai medium untuk penyampaian maklumat di antara tenaga pengajar danindividu. PPBK menggunakan komputer sebagai alat untuk menyampaikan maklumat sama adadalam pengajaran, melatih, membimbing dan menilai prestasi pelajar dengan menggunakankomputer untuk menjadikan pelajar lebih berminat serta menambah keberkesanan pengajaran.Selain itu PPBK juga boleh didefinisikan sebagai satu strategi atau bentuk pengajaran danpembelajaran dengan menggunakan komputer untuk menyampaikan seluruh atau sebahagian dariisi kandungan mata pelajaran. Ia merupakan satu pengajaran terancang seperti menggunakanbahan perisian kursus.2.3 Penggunaan ICT dalam Pengajaran dan Pembelajaran Matematik Penggunaan ICT dalam Pengajaran dan Pembelajaran Matematik di definisikan sebagaimenggunakan ICT secara berfikrah, terancang dan bersesuaian untuk meningkatkan kecekapandan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran matematik. (Pusat PerkembanganKurikulum KPM, 2001)(Sehingga Sekolah Bestari) Perkembangan Penggunaan Teknologi Komputer Dalam Pendidikan Di Malaysia telahbermula pada tahun 1986 sehinggalah sekolah bestari ditubuhkan iaitu pada tahun 1999. Jadualdi bawah menunjukkan perkembangan penggunaan teknologi komputer dalam pendidikan diMalaysia secara umum.TAHUN TINDAKAN1986 Program Pengenalan kepada komputer1989-1992 Program Literasi Komputer yang bertujuan untuk menyediakan pelajar dengan kemahiran dan pengetahuan asas mengenai komputer dan pengguna.1993 Program Literasi Komputer diperluas dengan memasukkan unsur PBK1994 KPM memperluaskan bidang penggunaan komputer melalui Jaringan Pendidikan seluruh Negara berinteraksi melalui aktiviti terancang yang berorientasikan
  4. 4. kemahiran mencari, menilai dan menggunakan maklumat untuk tujuan pendidikan1997 Pengajian Komputer dilaksanakan sebagai mata pelajaran elektif untuk pelajar tingkatan 4 & 5.1999 Pelaksanaan Sekolah Bestari Jadual 1 : Perkembangan Penggunaan Teknologi Komputer Dalam Pendidikan Di Malaysia4.0 ICT dalam Pengajaran dan Pembelajaran MatematikPada 20 Mei 2002, kabinet mengumumkan mata pelajaran Sains dan Matematik akan diajardalam bahasa Inggeris untuk Tahun 1, Tingkatan 1 dan Tingkatan 6 Rendah pada tahunhadapannya, iaitu tahun 2003 (Utusan Malaysia, 10 Ogos 2002). Pengajaran dan pembelajaranSains dan Matematik dalam bahasa Inggeris ini akan dilaksanakan oleh pihak kerajaan dalamtempoh masa yang sangat singkat. Kerajaan telah memutuskan untuk menggunakan ICT dalampengajaran dan pembelajaran sains dan matematik bagi membantu dan memudahkan gurumelaksanakan pengajaran dan pembelajaran.5.0 Pengajaran Matematik Tanpa Menggunakan Komputer (Secara Tradisional)Menurut Havice (1999) pengajaran matematik tanpa menggunakan komputer adalah pengajaransecara tradisional yang melibatkan penggunaan buku teks dan kaedah pengkuliahan sahaja.Selain itu, pengajaran dan pembelajaran secara tradisional merupakan kaedah ‘kapur dan cakap’atau kaedah menggunakan transperansi (OHP), manakala media yang digunakan adalah bukubercetak. Neo & Rafi (2007). Di samping itu, Azura Ishak et. al (2009) menyatakan bahawapengajaran berasaskan tradisional merupakan kaedah penyampaian guru Matematikmenggunakan peralatan yang lazim terdapat di semua sekolah seperti papan hitam atau putih,kapur tulis atau pen marker dan buku teks Matematik.6.0 Pengajaran Matematik Menggunakan Komputer
  5. 5. Cockcroft (1982) menyarankan bahawa penggunaan komputer dalam pengajaran danpembelajaran matematik bukan sahaja boleh memperbaiki kualiti pengajaran malahmengubahkan kepentingan sesuatu topik dalam matematik. Aktiviti penyelesaian masalah adalahbahagian yang terpenting dalam pendidikan matematik. Pencapaian yang tinggi dalam matematiktidak bermakna jika seorang pelajar tidak mampu melakukan proses penyelesaian masalah.Laporan Cockcroft (1982) menegaskan bahawa masalah matematik harus diterjemahkan kepadasebutan dan bahasa matematik sebelum ianya diselesaikan. Langkah terjemahan seperti inimemerlukan fahaman yang lengkap terhadap konsep yang terkandung dalam masalah tersebut.Keadaan ini telah menyebabkan kesukaran pembelajaran di kalangan sesetengah pelajar.Masalah dan kesukaran ini boleh diatasi melalui komputer Lim (1989) dalam A/P Ramakrishnan(2005). Pada pandangan pelajar-pelajar, pendidikan matematik merupakan sesuatu yang amatsukar, membosankan dan penuh dengan pola nombor dan hafalan. Pandangan ini dapat dikikisdengan penggunaan komputer. Penggunaan perisian seperti Microsoft-Excel, The Geometers Sketchpad dan Logomenarik minat pelajar-pelajar Matematik. Perisian-perisian ini boleh membantu pelajarmeneroka dan menyiasat pola nombor, memahami konsep dan prinsip-prinsip Matematik denganmudah dan berkesan. Rajah di bawah menunjukkan contoh pengajaran matematik denganmenggunakan perisian The Geometers Sketchpad bagi tajuk graf, penjelmaan dan sudut.Rajah 1 : Graphical visualisation tools untuk tajuk GrafRajah 2 : Graphical visualisation tools untuk tajuk Sudut7.0 Pendirian: Pengajaran Matematik Menggunakan Komputer Berkesan, NamunBergantung Kepada Kemampuan Pelajar dan Prasarana ICTBagi pembentangan isu bertajuk penggunaan ICT dalam mengajar matematik, pendirian yangdipilih adalah pengajaran marematik menggunakan komputer adalah berkesan, namunbergantung kepada kemampuan pelajar dan prasarana ICT. Berdasarkan pendirian yang dipilih,beberapa hujan yang relevan telah dikemukakan.
  6. 6. 8.0 Hujah8.1 Hujah 1: Keberkesanan penggunaan komputer dalam pengajaran matematikHujah yang pertama adalah mengenai keberkesanan penggunaan komputer dalam pengajaranmatematik. Hujah ini disokong dengan beberapa hasil kajian berkaitan penggunaan komputerdalam subjek matematik yang pernah dijalankan. Hasil kajian yang pertama adalah Shaharuddin Md Salleh (2008), yang telah mengkajikeberkesanan PBK bagi Tajuk Trigonometri yang disediakan oleh KPM bagi pelajar-pelajartingkatan empat di empat buah sekolah di Johor Bahru. Beliau mendapati pembelajaranmatematik dengan menggunakan Pembelajaran Berbantukan Komputer (PBK) meninggalkankesan yang positif yang mana ianya telah memupuk minat, keseronokkan dan menarik perhatianpelajar terhadap pembelajaran matematik. Ia banyak membantu mempertingkatkan pemahamandan seterusnya pencapaian peperiksaan pelajar. Dalam kajian beliau, seramai 120 orang pelajar tingkatan empat daripada empat buahsekolah menengah berkenaan telah dipilih sebagai sampel kajian dengan 59 orang pelajardiambil sebagai kumpulan rawatan manakala 61 orang lagi dijadikan sebagai kumpulan kawalan.Dua instrumen telah digunakan dalam kajian ini iaitu satu set soalan ujian pencapaian matematikbagi Tajuk Trigonometri yang terdiri daripada 4 soalan struktur dan soalselidik. Dapatan kajian beliau menunjukkan min pencapaian dalam ujian pra bagi kumpulanrawatan dan kumpulan kawalan masing-masing tidak berbeza secara signifikan (t=-1.694,p>.05). Manakala min pencapaian dalam ujian pasca bagi kumpulan kawalan dan minpencapaian kumpulan rawatan pula berbeza secara signifikan (t= -5.442, p<.05). Dapatan inimenunjukkan bahawa wujud perbezaan yang signifikan di antara min pencapaian ujian pascabagi Tajuk Trigonometri dikalangan pelajar-pelajar dalam kumpulan rawatan dan kumpulankawalan. Oleh itu, ini jelas menunjukkan bahawa Pembelajaran Berbantukan Komputer (PBK)berupaya meningkatkan pencapaian pelajar.
  7. 7. Hasil kajian yang kedua adalah Nor Hayati (2003) yang mengkaji keberkesanan perisisan“The Geometer’s Sketchpad” (GSP) bagi Tajuk Penjelmaan, Matematik Tingkatan 2 di SekolahMenengah Kebangsaan Jitra (SMKJ), Kedah Darul Aman. Beliau mendapati penggunaanperisian GSP telah meningkatkan pencapaian serta minat para pelajar dalam matematik, oleh itupengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer (PPBK) dengan menggunakan perisian GSPadalah berkesan. GSP merupakan satu perisian khusus yang dapat digunakan untuk membina rajah-rajahgeometri, melukis garisan, mengukur panjang, sudut dan mengira perimeter, luas dan lain-lain.Perisian GSP yang berkapasiti 1.33 MB telah dihasilkan oleh Nicholas Jackiw pada Mac 1993bagi memudahkan para pengguna melukis apa jua bentuk geometri, seperti segitiga, bulatan,garisan-garisan lurus, bongkah-bongkah serta pelbagai bentuk dalam tiga dimensi. Tajuk Penjelmaan sesuai dipelajari menggunakan perisian GSP, kerana dengan perisianini, pelbagai perubahan daripada suatu titik atau suatu bentuk yang asal kepada titik atau bentukyang baru mudah dilakukan dan dapat dilihat terus melalui skrin komputer. Cara ini telah dapatmenimbulkan minat para pelajar untuk mencuba sendiri pelbagai bentuk serta warna yangdigemari. Perisian tersebut dapat membantu pelajar dalam pengajaran dan pembelajarantranslasi, pantulan, putaran dan pembesaran, di samping dapat membuat pengiraan danpengukuran dengan lebih cepat dan tepat. Secara tidak langsung, ia membantu para pelajarmemperoleh sendiri konsep-konsep sesuatu isi pelajaran dengan lebih mudah, cepat danberkesan. Selain itu, dengan berbantukan perisian GSP, pengguna boleh melukis sebuah segitigadengan hanya memberi arahan secara “mengklik” pada menu bar yang bersesuaian.Pengubahsuaian ke atas bentuk segitiga yang dibina boleh dilakukan dengan menyeret salah satubucu segitiga tersebut tanpa perlu melukis rajah segitiga yang baru. Perisian GSP juga secaraautomatik boleh membuat pengiraan kepada sudut, panjang sisi, mencari nisbah dan bolehdikemas kini pada bila-bila masa dengan hanya mengubah angka-angka atau pun rajah-rajahyang telah dilukis. Oleh itu melalui perisian GSP, para pelajar akan dapat belajar secara kendiri
  8. 8. dan ini akan membantu mereka untuk mengingati sesuatu konsep dalam mata pelajaranmatematik dengan lebih berkesan. Pelajar juga dapat meneroka pelbagai rajah baru tanpamemadam atau melukis semula rajah berkenaan. Selain daripada dua kajian yang dinyatakan, beberapa kajian lain yang terdahulu jugamenyatakan sokongan terhadap penggunaan komputer dalam pengajaran matematik keranakeberkesanannya. Hasil beberapa kajian yang telah dijalankan oleh Funkhouser (1993)Henderson and Landersman (1992), Chazan (1988), McCoy (1991), Al Ghamdi (1987) di dalamNorella Kadir (2004) menyatakan pelajar yang menggunakan komputer dalam matematikmempunyai sikap yang lebih positif terhadap dirinya sebagai ahli matematik dan berkeupayaanmenyelesaikan masalah yang lebih kompleks. Selain itu perisian komputer yang digunakandalam proses pengajaran akan dapat membantu pelajar memahami konsep dan prinsip matematikdengan mudah dan berkesan dan seterusnya pencapaian pelajar dalam peperiksaan akhirmenunjukkan peningkatan yang ketara. Kumpulan pelajar yang belajar berbantukan komputermempunyai kemampuan mengekalkan maklumat dalam jangka masa yang lebih lama dan dapatmenggunakannya dalam bidang-bidang lain. Gagne & Briggs dalam Rosenberg (2000) pula menyatakan komputer memilikikeistimewaan yang tidak dimiliki oleh media pembelajaran yang lain sebelum zaman komputer.Antara keistimewaan tersebut adalah hubungan interaktif, pengulangan, maklum balas &peneguhan. Hubungan interaktif yang dimaksudkan oleh pengkaji adalah kemampuan komputermemberikan respon yang serta merta semasa pengguna menggunakan perisian, aplikasi danprogram-program tertentu. Contohnya dalam sesebuah permainan komputer (games), penggunaakan dapat melihat dan mengetahui sebarang perubahan terhadap objek yang dimainkan. Selainitu pemain akan mendapat maklum balas berbentuk ganjaran yang diperolehi dengan serta mertaapabila berjaya mencapai mata atau peringkat tertentu. Berdasarkan kajian-kajian terdahulu jelas menunjukkan bahawa penggunaan komputerdalam pembelajaran dapat memberikan kesan berbeza yang lebih baik yang tidak dapat dicapaimelalui pembelajaran tradisional. Kesan yang lebih baik menerusi penggunaan komputer ini jugadapat dilihat dalam pembelajaran subjek-subjek lain selain daripada matematik.
  9. 9. 8.2 Hujah 2: Penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran (P&P)matematik bergantung kepada kemampuan pelajar.Hujah yang kedua adalah mengenai penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran(P&P) matematik bergantung kepada kemampuan pelajar. Hujah ini disokong dengan dapatankajian berkaitan perbandingan pengajaran yang menggunakan komputer dengan pengajarantanpa menggunakan komputer. Hasil kajian Azura Ishak et. al (2009) menyatakan penggunaan multimedia dalam P&Pmatematik tidak semestinya berkesan secara menyeluruh bagi segenap lapisan pelajarterutamanya pelajar berisiko yang terdiri daripada kelas aliran lemah. Pelajar berisiko dalamkajian beliau adalah terdiri daripada para pelajar tingkatan dua yang mempunyai masalahakademik yang rendah yang ditempatkan di dalam kelas aliran yang paling lemah seperti kelas Ddan E. Beliau dan rakan-rakannya telah menjalankan kajian di dua buah sekolah di Serdang,Selangor. Kajian dijalankan selama 10 minggu ke atas pelajar tingkatan dua yang merangkumitiga topik dalam sukatan pelajaran matematik tingkatan dua iaitu bab satu hingga tiga. (Chapter1: Directed Numbers; Chapter 2: Squares, Square Roots, Cubes and Cube Roots dan Chapter 3:Algebraic Expressions II). Subjek kajian yang terlibat dalam kumpulan multimedia adalah seramai 25 orang pelajarSekolah Menengah Kebangsaan Sri Indah Selangor dan 29 orang bagi kumpulan tradisional diSekolah Menengah Kebangsaan Sri Serdang Selangor. Bagi kumpulan multimedia, gurumengajar menggunakan sokongan multimedia iaitu perisian “Mathematics Form Two” yangdisediakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dengan alat sokongan teknologikomputer yang lain seperti komputer riba, projektor paparan cecair kristal (LCD) dan skrinpapan putih bagi kumpulan multimedia. Manakala agi kumpulan tradisional, guru mengajarmenggunakan kaedah manual, iaitu buku teks “Mathematics Form Two” dengan alat sokonganpapan putih dan pen marker. Kedua-dua kumpulan pengajaran Matematik ini adalah berdasarkan
  10. 10. kepada sukatan pelajaran Matematik tingkatan dua yang telah ditetapkan oleh KPM danperancangan pengajaran yang sama bagi mengelakkan unsur-unsur ‘bias’ berlaku semasaeksperimen dijalankan. Hasil kajian dinilai menerusi pencapaian matematik pelajar bersadarkan ujian yangdijalankan selepas eksperimen dijalankan. Dapatan kajian beliau menunjukkan min ujianpencapaian matematik bagi pelajar di bawah kumpulan multimedia adalah 23.067, manakalabagi pelajar di bawah kumpulan tradisional pula adalah 22.471. Min pencapaian ujian tidakmenunjukkan perbezaan yang ketara bagi kedua-dua kumpulan. Dapatan ini menunjukkanbahawa penggunaan multimedia tidak semestinya berkesan secara menyeluruh bagi segenaplapisan pelajar terutamanya pelajar berisiko yang terdiri daripada kelas aliran lemah seperti yangdigembar gemburkan dalam kebanyakan kajian sebelum ini. Dapatan kajian Azura Ishak et. al (2009) selari dengan Al-Mikhlafi (2006) yangmenyatakan kesan penggunaan multimedia terhadap pembelajaran tidak semestinya berkesan. Inikerana keberkesanannya juga bergantung kepada perisian multimedia itu sendiri, kumpulanpelajar yang menggunakannya, kaedah pengajaran dan tempoh penggunaannya. Kajian yang seumpamanya juga pernah dilakukan oleh Ahmad Hanizar Abdul Halim(2007) yang menjalankan kajian kesan pembelajaran menggunakan perisian SSMS sekolahbestari berbanding pengajaran dan pembelajaran secara tradisional dalam mata pelajaran fiziktingkatan empat. Sampel kajian terdiri daripada 62 orang pelajar aliran Sains Tingkatan 4 disebuah sekolah bestari di Malaysia. Kajian beliau juga melibatkan perbandingan P&P diantaradua kumpulan iaitu kumpulan yang belajar menggunakan perisian SSMS berbantukan komputer(PBK) dengan kumpulan yang belajar secara bersemuka dalam topik-topik Fizik yang sama. Dua dapatan penting diperolehi dari penyelidikan ini adalah kecanggihan ICT dalampendidikan bukan satu-satunya jaminan untuk meningkatkan kualiti sesuatu P&P. Guru masihmempunyai peranan yang penting dalam sesuatu P&P untuk membimbing dan mengawal kadardan suasana pembelajaran.
  11. 11. 8.3 Hujah 3: Penggunaan komputer dalam p&p matematik bergantung kepadaprasarana ICT di sekolahHujah yang ketiga adalah mengenai penggunaan komputer dalam P&P matematik yang manakebolehlaksanaannya bergantung kepada prasarana ICT di sekolah. Hujah ini disokong olehbeberapa permasalahan yang dikemukakan oleh beberapa pengkaji yang menjalankan kajianberkaitan penggunaan dan prasarana ICT disekolah. Antara permasalahana yang dikenalpasti menjadi punca mengapa pengajaran matematikmenggunakan ICT sukar dilaksanakan secara konsisten adalah masalah makmal komputer yangterhad. Masalah ini menjadi kekangan utama ke atas kesukaran melaksanakan P&P matematikmenggunakan ICT. Ini kerana, didapati tidak semua sekolah menyediakan makmal khas yntukmatematik seperti makmal sains. Oleh itu, P&P matematik lebih banyak dilakukan di dalamkelas. Jika perlu keluar kelas dan melaksanakan P&P di bilik-nilik khas yang lain seperti bilikmedia atau bilik tayangan, guru terpaksa membawa banyak peralatan seperti ”laptop”, ”LCD”,buku rekod mengajar dan lain-lain ke dalam kelas. Ting Kung Shiung et. al (2005) menyatakanjika infrastruktur ICT tidak lengkap dan tidak efisyen, guru dan pelajar tidak dapat menjalaniP&P dengan baik dan pelaksanaan ICT dalam P&P akan gagal.9.0 Kekangan LainDi dalam melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran Matematik menggunakan ICT,terdapat pelbagai kekangan lain selain kekangan dari sudut kemampuan pelajar itu sendiri danprasarana yang ada di sekolah. Hal ini selari dengan apa yang dikatakan oleh Gagne (1971) didalam Pendidik (2004) yang menyatakan bahawa tidak ada satu media yang sempurna dan bolehmemenuhi semua keperluan pelajar. Dengan itu, kekangan-kekangan lain di dalam melaksanakanpengajaran menggunakan ICT adalah seperti berikut :9.1 Masalah Perisian Kursus
  12. 12. Hasil temuduga yang telah dijalankan ke atas seorang guru Matematik SMK Seri Ampangmendapati antara masalah utama penggunaan perisian kursus yang dibekalkan oleh pihakkerajaan semasa proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) adalah dari segi bahasa inggerisyang digunakan di dalam perisian kursus tersebut di mana slanga yang digunakan adalah slangaluar negara. Perkara ini di sokong oleh Norhayati Mat Ali (2003) di dalam kajiannya yangmendapati bahawa timbulnya permasalahan bahasa inggeris yang digunakan di dalam perisiankursus tersebut. Ianya menyukarkan pemahaman pelajar yang menggunakan perisian kursus itulebih-lebih lagi kepada mereka yang lemah dalam penguasaan bahasa inggeris. Selain itu juga, guru berkenaan menyatakan bahawa pelajar sukar memahami apa yangdiajar di dalam perisian kursus dan memerlukan bantuan guru untuk memahami pelajarantersebut. Hal ini dipersetujui oleh dapatan kajian yang telah dijalankan oleh Azizah Jaafar (2002)yang mana mendapati perisian kursus tidak dapat menarik minat para guru untukmenggunakannya. Ini kerana guru berpendapat bahawa perisian kursus masih belum mampumenandingi pengajaran dan pembelajaran konvensional. Ini berikutan model pembelajaran yang dikemukakan oleh Alessi dan Trollip (2001) yangmenyatakan bahawa bimbingan adalah antara elemen penting di dalam pengajaran berkesan.Bimbingan guru melalui penerangan dan penulisan di papan putih lebih bermakna untuk pelajarmemahami apa yang dipelajari. Ianya akan meningkatkan kefahaman pelajar terhadap apa yangdipelajari berbanding hanya melihat apa yang diterangkan di dalam perisian kursus. Denganadanya pengajaran secara konvensional di dalam pengajaran matematik, ianya dapat membantupelajar memahami pelajaran dengan lebih efektif di mana pelajar boleh bertanya secara teruskepada guru berkenaan apa yang mereka tidak fahami.9.2 Masalah GuruNor Azan Mat Ali (2005) di dalam Bushro Ali (2007) menyatakan bahawa saiz kelas yang besar,bebanan kerja yang tinggi dan had masa menyukarkan guru memberi tumpuan khusus kepadapelajar yang lemah dalam mata pelajaran matematik sekaligus menjadi penghalang kepada guruuntuk menyediakan pengajaran yang pelbagai yang bersesuaian dengan kecerdasan mereka. Ini
  13. 13. kerana selain mengajar, guru juga perlu melakukan hal-hal pentadbiran dan pengurusan yangmana mengganggu masa guru untuk membuat penyediaan rancangan dan bahan pengajaran yangberkesan. Perkara ini disokong oleh Norhana Aini Mohamed Amin et al (2008) yang menyatakanbahawa permasalahan yang dikenal pasti di kalangan guru adalah guru tidak mempunyai cukupmasa untuk menyediakan bahan pengajaran menggunakan komputer kerana dibebani denganmasa mengajar yang penuh disamping tugas-tugas lain yang dipertanggungjawabkan. Di manaperkara ini dipersetujui Norida Suhadi (2001) di dalam Norhana Aini Mohamed Amin et al(2008) yang mendapati hanya 10% daripada 100 orang guru-guru menghasilkan bahanpengajaran berbentuk multimedia. Ini bermaksud 90% guru hanya menggunakan bahan sedia adaseperti buku teks untuk pengajaran mereka. Dengan banyaknya tanggungjawab atau tugas guru ini, maka tahap pengetahuan dankemahiran guru-guru terhadap penggunaan ICT di dalam pengajaran dan pembelajaran beradapada tahap yang sederhana. Ini disokong oleh kajian Nazamud-din Alias (2004) yang mendapatitahap keperluan latihan adalah besar. Maka guru-guru ini perlu menjalani program latihan yangtersusun dan komprehensif bagi menambah pengetahuan dan kemahiran asas penggunaan ICTdalam pengajaran mereka.9.3 Masalah Dalam Pengendalian Perkakasan ICTKajian yang dilaksanakan oleh Norhana Aini Mohamed Amin et al. (2008) mendapati 66.7%guru matematik mengambil masa yang lama untuk memasang peralatan ICT berbanding gurusains hanya 44.4%. Ini kerana peralatan ICT yang diperlukan untuk pengajaran telahdilengkapkan di makmal-makmal sains manakala untuk matematik, guru perlu membawa danmemasang sendiri peralatan ICT di dalam kelas seperti laptop, lcd, dan extension wire. Perkaraini mendatangkan masalah kepada guru-guru yang tidak mempunyai kemahiran dalam teknikaluntuk pemasangan alatan tersebut secara tidak langsung ianya akan mengambil masa yang lamauntuk memasangnya.
  14. 14. Dapatan kajian Norhana Aini Mohamed Amin et al. (2008) juga mendapati bahawahanya 40% sahaja daripada guru matematik yang boleh mengatasi masalah teknikal yangberlaku. Ini bermaksud 60% guru matematik tidak boleh mengatasi masalah teknikal yangberlaku. Hal ini berikutan ketiadaan kakitangan terlatih untuk membantu mereka dalampenggunaan media komputer dalam pengajaran. Berbanding guru sains yang mempunyaimakmal sendiri serta pembantu makmal yang dapat membantu mereka dalam menyediakanperalatan ICT sebelum pengajaran bermula. Selain itu, kajian Thomas O.J. (2006) menyatakan bahawa permasalahan guru adalahdengan tidak boleh fokus kepada matematik. Kesannya, dengan menggunakan ICT ini para guruhanya lebih memberi fokus terhadap peralatan-peralatan ICT tersebut. Ianya menjadikan gurukaku di hadapan kelas untuk mengajar. Penggunaan komputer tidak mengubah kemahiranmengajar seseorang guru. Perkara ini disokong oleh pelajar dari SMK Melaka, SMK Terengganudan SMK Perak yang telah ditemuduga di mana menyatakan bahawa pembelajaran menjadibosan kerana guru tidak berfungsi di hadapan.10.0 CadanganDaripada kekangan-kekangan tersebut, di sini dinyatakan beberapa cadangan yang boleh diambilkira oleh pihak tertentu untuk mengatasi permasalahan-permasalahan yang ada. Di antaranyaadalah: 1) Kerajaan perlu menyediakan bilik darjah yang boleh akses kepada internet secara terus untuk melaksanakan proses pengajaran menggunakan ICT dengan lebih efektif. 2) Kerajaan haruslah mengkaji dan menilai semula keberkesanan penggunaan perisian kursus yang dibekalkan untuk P&P. 3) Guru perlulah bersedia untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran mereka bagi menjadikan komputer sebagai teknologi pengajaran dan pembelajaran menggantikan kaedah konvensional yang kurang berasaskan inovasi teknologi. 4) Guru haruslah mengambil inisiatif lain selain mengharapkan kepada kursus yang diberi kerana kemahiran komuter guru bergantung kepada minat dan kekerapan seseorang guru itu menggunakan komputer.
  15. 15. 11.0 KesimpulanWalaupun dengan penggunaan teknologi dapat menjadikan pelajar lebih seronok, namunterdapat pelbagai kekangan yang harus diambil kira sebelum dapat menjalankan perlaksanaannyasecara menyeluruh. Ini berdasarkan kepada sumber yang digunakan, kemampuan pelajar danjuga kelengkapan prasarana yang diperlukan untuk menjalankan pembelajaran berasaskanteknologi tersebut. Selain itu, kesediaan guru juga penting di dalam penggunaan ICT untuk tujuanpengajaran dan pembelajaran ini. Ini kerana keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaranberasaskan teknologi maklumat adalah merujuk kepada kebolehan guru dalam mengintegrasikanaspek pedagogi, psikologi dan teknologi dalam pengajarannya serta kemampuan pelajar untukbelajar dari bahan yang disediakan. Hal ini kerana menurut Hillis, P. (2002), penggunaan ICT dalam P&P harus menekankankepada aspek pedagogi dan bukannya teknologi. Jika guru mengajar tanpa kesediaan yangmencukupi, apa yang ditakuti akan berlaku adalah guru lebih menekankan kepada teknologiberbanding aspek pedagogi sekaligus murid juga akan lebih mementingkan teknologi berbandingisi pelajaran mereka seperti mana Thomas M.O.J. (2006) yang menyatakan : “Reliance on technology rather than understanding content and sometimes some studentsrely too heavily on technology without really understanding basic concept and unable toocalculate by hand ” Dengan itu, penggunaan ICT di dalam matematik terdapat pelbagai cabarannya dan ianyahanya dikatakan sesuai untuk diajar pada topik-topik tertentu sahaja. Ini kerana penerangan gurumasih diperlukan untuk memastikan pelajar memahami konsep asas subjek tersebut.

×