Doc to be uploaded

2,360 views

Published on

Penggunaan ICT dalam Pengajaran Matematik dan Sains

  • Be the first to comment

  • Be the first to like this

Doc to be uploaded

  1. 1. UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS, 35900 TANJONG MALIM, PERAK DARUL RIDZUAN TAJUK: PENGGUNAAN ICT DALAM P&P MATEMATIK DAN SAINS KUMPULAN 11 (B) NAMA NO. MATRIK AUNI BT AMIN D20091034745 PATRICIA KONNY ANAK HO KOK SUNTING D20091034803 MALYANAH SHAMIMI BT MOHD NASIR D20091034763 NUR HANANI BT MAT GHANI D20091034750 MUHAMMAD IZWAN BIN ISMAIL D20091034799 NAMA PENSYARAH: PROF. MARZITA PUTEH
  2. 2. ISI KANDUNGAN Senarai Kandungan Halaman 1.0 Pengenalan 1 2.0 Isu penggunaan ICT dalam P&P matematik dan sains 2.1 Kerajaan 1 2.1.1 Projek ICT oleh kerajaan 5 2.2 Sekolah 9 2.3 Guru 2.3.1 Kemahiran 12 2.3.2 Minat 13 2.3.3 Persepsi 13 2.3.4 Kekangan masa 15 3.0 Langkah mengatasi 3.1 Juruteknik di setiap sekolah 16 3.2 Tambahan makmal komputer 17 3.3 Penyediaan kemudahan 17 4.0 Kesimpulan 19 1.0 PENGENALAN ICT
  3. 3. Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) merangkumi aspek teknologi maklumat dan komunikasi. Faharol Razi (1998) menyatakan istilah komputer dalam pengajaran dan pembelajaran diambil daripada istilah asalnya dalam Bahasa Inggeris iaitu Computer-Based Instruction (CBI) yang bermaksud pengajaran terancang berasaskan komputer. Criswell (1989) pula mendefinikan Pengajaran Dan Pembelajaran Berbantukan Komputer (PPBK) sebagai penggunaan komputer dalam menyampaikan bahan pengajaran dan melibatkan pelajar secara aktif serta membolehkan maklum balas. Menurut Gagne dan Briggs dalam Rosenberg (2000), komputer dapat digunakan sebagai media pembelajaran kerana komputer memiliki keistimewaan yang tidak dimiliki oleh media pembelajaran yang lain sebelum zaman komputer. 2.0 ISU PENGGUNAAN ICT DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MATEMATIK DAN SAINS 2.1 Kerajaan Penggunaan teknologi dalam pengajaran dalam pembelajaran matematik dan sains adalah serentak dengan perubahan-perubahan yang berlaku dalam dunia globalisasi yang lebih dikenali sebagai dunia tanpa sempadan. Kehadiran teknologi dalam pengurusan sistem pendidikan khususnya telah membuka peluang baru untuk memajukan bidang pendidikan, seterusnya dapat menyediakan pelajar-pelajar untuk menghadapi cabaran-cabaran abad ke-21 atau dengan kata lain cabaran era teknologi. Sebagaimana yang kita sedia maklum, dunia kini berada dalam era digital di mana sumber pengetahuan merupakan nadi dan tulang belakang kepada kejayaan sesebuah bangsa. Medium utama ke arah memperbanyakkan sumber pengetahuan ini ialah teknologi maklumat dan komunikasi atau lebih dikenali sebagai ICT. Menurut Hansen V.P dan Zweng M.J (1984), dalam usaha menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran matematik dan sains sesuatu yang lebih efektif, dua konsep penting perlu ditekankan. Antaranya ialah menitikberatkan konsep kelas matematik sebagai proses yang menyeronokkan dan konsep P&P yang berpusatkan pelajar. Sehubungan dengan itu, penggunaan teknologi yang relevan di dalam proses pengajaran dan pembelajaran dapat membantu mempertingkatkan kefahaman pelajar dari segi pencapaian akademik, sebagaimana yang telah dinyatakan dalam kajian Burton L. dan Jaworski B. (1995). Contohnya, teknologi komputer dapat mempengaruhi
  4. 4. kehidupan pelajar terutamanya dalam matematik kerana dapat memperkembangkan minda pelajar supaya menjadi lebih kritis, kreatif, serta inovatif. Penggunaan teknologi komputer dalam bidang pendidikan bukanlah sesuatu yang baru, malah telah lama diperkenalkan di negara-negara maju seperti Amerika dan Eropah sejak awal tahun 60-an lagi. Malaysia juga tidak ketinggalan dalam menikmati arus pembangunan yang berasaskan komputer ini. Dalam konteks pendidikan, ia bukan hanya mampu membantu tugas-tugas pengurusan dan pentadbiran, tetapi juga berpotensi sebagai alat untuk mengayakan lagi persekitaran pengajaran dan pembelajaran bagi hampir semua mata pelajaran. Penciptaan mikro komputer pada awal tahun 70-an telah memberi kesan yang mendalam kepada penggunaan teknologi tersebut dalam bidang pendidikan di Malaysia (Norhashim, Mazenah & Rose Alinda, 1996). Aspek teknologi telah digabungkan dalam kurikulum sekolah sebagai satu daya usaha ke arah menyemai dan memupuk minat serta sikap yang positif terhadap perkembangan teknologi. Budaya persekolahan seharusnya diubah daripada sesuatu iaitu berdasarkan memori kepada yang lebih berpengetahuan, berpemikiran, kreatif dan penyayang dengan menggunakan teknologi terkini ( KPM, 1997 ). Atas alasan inilah pihak kerajaan melalui kementerian pendidikan berhasrat untuk mewujudkan sekolah bestari yang sekali gus bertindak mengisi agenda perancangan dan pelaksanaan koridor raya multimedia ( Multimedia Super Corridor atau MSC ). Pelaksanaan sekolah bestari akan membuka ruang seluas-luasnya kepada teknologi komputer dan internet, yang akan membolehkan fleksibiliti dan kepelbagaian dibina dalam sistem pendidikan (KPM, 1997). Penggunaan dan perkembangan internet yang meluas dalam bidang perniagaan dan komunikasi, akan memudahkan pelaksanaannya dalam bidang pendidikan. Terdapat pelbagai teknologi yang telah dan sedang digunakan oleh para pendidik. Antaranya termasuklah ICT, penggunaan LCD, kalkulator grafik, The Geometers’s Sketchpad, MS-EXCEL, dan juga The World Wide Web atau WWW. Terdapat banyak kajian tentang penggunaan spreadsheet dalam pengajaran komputer. Kajian yang telah dijalankan menyatakan bahawa berbagai cara penggunaan spreadsheet dalam matematik. Malah kini, penggunaan spreadsheet boleh didapati daripada laman web yang memaparkan penggunaan spreadsheet. Multimedia juga adalah teknologi maklumat yang membenarkan integrasi dan manipulasi video sama ada secara audio, teks, dan animasi. Multimedia berasaskan komputer
  5. 5. boleh menjadikan proses pendidikan sebagai suatu pengalaman yang menyeronokkan di samping dapat membantu pelajar untuk memahami sesuatu konsep dengan cepat dan mudah. Kaedah ini juga membenarkan pelajar menggunakan sokongan audio-visual, di mana ianya merupakan persembahan grafik dan animasi teks bagi menyuarakan pendapatnya mengikut apa yang dikaji. Penggunaan multimedia mempunyai peranan penting dalam pendidikan matematik. Antaranya ialah memberi peluang kepada pelajar untuk belajar sendiri berdasarkan kemampuan masing-masing, juga dapat memudahkan dan mempercepatkan kefahaman dan pengetahuan matematik yang menarik dan menyeronokkan, membekalkan lebih banyak maklumat dan pengetahuan kepada pelajar, serta membantu pelajar mengulangi sesuatu isi pelajaran berulang kali. Antara kaedah lain yang boleh digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran matematik ini adalah WWW dalam pendidikan. WWW (World Wide Web) adalah jaringan yang boleh digunakan untuk menghubungkan badan-badan korporat, institusi-institusi kerajaan, institusi-institusi pendidikan tinggi dan para individu. WWW juga adalah sebahagian daripada internet yang lebih dikenali sebagai laman web. Banyak maklumat yang boleh diperolehi daripada WWW yang meliputi pelbagai bidang dan topik. WWW ini dapat membantu guru untuk mencari maklumat, menggunakan aktiviti interaktif yang terdapat dalam WWW dan juga mampu menerbitkan bahan pengajaran. Di samping itu, terdapat dua kaedah pengajaran dan pembelajaran matematik dengan menggunakan WWW iaitu pembelajaran interaktif dan strategi penyelesaian masalah. Dalam pembelajaran interaktif, pelajar diberi peluang berinteraksi dengan aktiviti dalam pembelajaran matematik. Pelajar boleh belajar mengikut kadar pembelajaran dan kebolehan sendiri. Guru juga boleh melihat dan merekod kemajuan individu pelajar bagi tujuan merancang tindakan seterusnya. Antara ciri-ciri menarik dalam pembelajaran ini ialah mereka diberi peluang menjawab soalan secara ‘online’, dapat menyemak terus jawapan yang diberikan, serta pelajar diberi skor pencapaiannya beserta komen dan saranan. Kebaikan cara pembelajaran ini ialah pelajar diberi peluang belajar secara individu, dapat mengikuti kadar pembelajaran dan kebolehan sendiri, boleh melihat dan merekod kemajuan pelajar bagi tujuan merancang tindakan seterusnya serta sumber yang terdapat dalam laman web ini boleh digunakan untuk pertandingan atau kuiz antara pelajar. Kaedah yang kedua adalah strategi penyelesaian masalah. Ia merupakan tujuan utama dalam P&P
  6. 6. matematik. Untuk menyelesaikan sesuatu masalah, seseorang pelajar perlu memahami konsep, menguasai kemahiran matematik dan berfikir secara kritis dan kreatif. Pemupukan minat dan pembinaan penguasaan kemahiran dalam penyelesaian masalah adalah cabaran besar bagi guru matematik. Seseorang guru matematik memerlukan banyak idea untuk mengatasi cabaran ini. Selain itu, pihak kerajaan juga sering melakukan pelbagai program dan projek bagi meningkatkan lagi penggunaan teknologi dalam kalangan guru dan pelajar. Program-program yang dijalankan ini berpusatkan kepada guru dan pelajar yang melibatkan subjek matematik. Antara yang telah dijalankan oleh kerajaan adalah melalui program latihan dalam perkhidmatan (LDP), di mana guru-guru telah diberi taklimat khas dan hands-on tentang penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran pelajar oleh tenaga pengajar yang terlatih. Semasa LDP, guru-guru ini diajar mengenai penggunaan Microsoft Word, Microsoft Excel, pengurusan emel, blog dan sebagainya yang berkaitan. Kursus-kursus khas seperti ini memakan belanja dan kos yang tinggi. Maka, pihak kementerian menyarankan guru-guru mengambil inisiatif sendiri untuk membiasakan diri dengan penggunaan ICT. Selain daripada itu, penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran di Malaysia dikatakan meluaskan lagi jurang perbezaan pelajar bandar dan luar bandar. Pelajar di luar bandar kurang terdedah kepada gajet-gajet ICT dalam kehidupan seharian. Hal ini menyebabkan kesukaran pihak guru untuk menggunakan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran. Kebanyakan program pendidikan yang dibangunkan dalam bentuk ICT harus digunakan secara dua hala, iaitu memerlukan interaksi balas daripada pelajar. Namun, hal ini tidak dapat dilaksanakan jika pelajar tidak tahu dan takut untuk menggunakan gajet-gajet ICT. Kerajaan juga telah mengambil langkah dengan menambah makmal-makmal komputer di sekolah di seluruh negara untuk melatih pelajar menggunakan komputer sejak usia muda, sekaligus merapatkan jurang pelajar bandar dan luar bandar. Usaha kerajaan memperbanyak komputer di makmal komputer sekolah juga melibatkan kos dan komitmen yang tinggi. Dalam pada itu, beberapa tahun yang lepas kerajaan telah memulakan suatu projek yang baru iaitu memberikan ‘notebook’ yang percuma kepada pelajar-pelajar sekolah rendah dan menengah. Contohnya, pada tahun 2010, kerajaan telah menyediakan sebanyak 1.2 juta komputer riba secara percuma untuk diagihkan kepada pelajar dengan syarat mereka haruslah melanggani pakej perkhidmatan jalur lebar dengan Telekom Malaysia Berhad (TM).
  7. 7. Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata, langkah itu merupakan sebahagian daripada inisiatif jalur lebar negara (NBI) yang bertujuan meluaskan penembusan akses jalur lebar kepada umum. Dengan pengagihan ‘notebook’ secara percuma ini secara tidak langsung dapat membantu usaha pelajar dan guru dalam meningkatkan lagi penggunaan teknologi, terutamanya ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Pelajar boleh mengakses sendiri laman web yang sesuai untuk meningkatkan kefahaman mereka dalam sesuatu topik. Mereka juga boleh menyelesaikan latihan-latihan yang telah tersedia di laman-laman web yang sesuai. Namun, terdapat juga beberapa implikasi buruk sekiranya pelajar diberikan ‘notebook’ ini terlalu awal. Antaranya adalah penyalahgunaan ‘notebook’ ini sendiri. Kerajaan perlu lebih peka dengan golongan sasaran yang akan diberikan sumbangan ini kerana terdapat sebilangan pelajar yang menyalahgunakannya dengan bermain ‘game’ dan aktif dalam laman sosial yang tidak berfaedah. Perkara-perkara ini boleh menjejaskan prestasi mereka dalam pembelajaran matematik dan subjek yang lain kerana banyak masa mereka diabaikan untuk perkara yang sedemikian. Oleh itu, pihak guru perlu lebih memantau kegiatan pelajar-pelajar mereka yang menggunakan ‘notebook’ percuma ini. Kerajaan juga perlu lebih telus dalam pembahagian komputer riba secara percuma ini. 2.1.1 Projek ICT oleh Kerajaan Penggunaan ICT dalam pendidikan telah diperkenalkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) bagi mencapai status Negara maju seperti Negara-negara maju yang lain. Mutimedia Super Corridor (MSC) telah ditubuhkan pada tahun 1996 dengan aspirasi menjadi hab global bagi ICT dan inovasi multimedia, operasi dan perkhidmatan untuk mengubah Malaysia menjadi sebuah Negara maju bagi mencapai status selaras dengan wawasan 2020. Bagi mencapai status tersebut, Perdana Menteri Malayysia telah mengumumkan aplikasi perdana MSC yang berfokus kepada bidang pendidikan iaitu sekolah bestari. Dalam Multimedia Development Corporation (2006) menyatakan bahawa secara umumnya, MSC mempunyai tujuh aplikasi perdana yang terdiri daripada sekolah bestari, kerajaan elektronik, kad pelbagaiguna, telekesihatan, kelompok R&D, E-Dagang dan pembagunan usahawan teknologi. Kesemua aplikasi ini diwjdkan bagi memberi kemudahan dan mempermudahkan lagi urusan melalui penggunaan internet sejajar dengan perkembangan era teknologi pada masa kini.
  8. 8. Salah satu aplikasi perdana yang bekaitan dengan pendidikan iaalah sekolah bestari. Sekolah bestari direka untuk menggalakkan individu yang celik ICT dan menggalakkan kreativiti dan pembalajaran kendiri. Wlau bagaimanapun, terdapat beberapa cabaran utama dalam pelaksanaan projek sekolah bestari ini seperti kurikulum berorientasikan peperiksaan, kekurangan sokongan teknikal dan perubahan pengurusan guru. Dalam MSC (2008) telah menyatakan antara objektif pelaksanaan projek sekolah bestari ini adalah untuk menghasilkan pemikran dan tenaga kerja yang celik dalam teknologi serta mendemokrasikan pendidikan menggunakan ICT. Ini bermakna, dalam melaksanakan sekolah bestari ini, pihak Kementerian mengjarapkan semua tenaga kerja dalam pendidikan dapat memanfaatkan penggunaan komputer dan internet dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang mereka jalani dan seterusnya menjadikan penggunaan ICT sebagai teras dalam menyampaikan pelajaran. Selain itu, objektif pelaksanaan projek ini adalah meningkatkan penyertaan pihak berkepentingan dan dapat menyediakan pusingan pembangunan individu. Malah, ia juga dilaksanakan supaya dapat menyediakan peluang untuk meningkatkan kekuatan dan kebolehan individu. Dalam pelaksanaan projek ini, MSC (2008) juga menerangkan bahawa sekolah bestari mempunyai beberapa komponen terdiri daripada bahan pengajaran dan pembelajaran, infrastruktur teknologi, sistem taksiran sekolah bestari, guru professional yang terlatih, sistem integrasi, khidmat sokongan serta sistem pengurusan sekolah bestari. Kesemua komponen ini seharusnya dimiliki oleh kesemua sekolah yang ingin bergelar sekolah bestari bagi mencapai matlamat ICT secara menyeluruh dalm pendidikan dapat dilaksanakan dengan baik dan berjalan lancar. Kesemua komponen ini diambil kira kerana sekolah bestari merupakan sekolah contoh kepada sekolah-sekolah lain yang menjadikan ICT teras dalam pelaksanaan baik dari segi pengajaran dan pembelajaran atau pentadbiran sekolah tersebut. Kementerian Pelajaran Malaysia (2010) telah menerangkan bahawa pelaksanaan sekolah bestari ini adalah berdasarkan empat fasa yang telah dimulakan sejak tahun 1999 lagi sehingga tahun 2020 bagi mencapai target yang telah dirancang. Fasa yang pertama ialah pada tahun 1999 sehingga tahun 2002 yang mana projek rintis Sekolah Bestari telah dijalankan dengan target mendapatkan 88 Sekolah Bestari. 88 buah sekolah ini akan dijadikan contoh kepada sekolah lain yang mana kesemua 88 buah sekolah ini menepati keempat-empat komponen yang digariskan untuk menjadi sekolah bestari. Pada fasa kedua pula, pemantapan 88 Sekolah Bestari sebagai asas penanda dan tempoh waktu pelaksanaan ialah selama 3 tahun iaitu dari tahun 2003 sehingga 2005. Fasa 3 pula berlaku pada tahun
  9. 9. 2006-2010 yang mana pembestarian sekolah giat dilakukan. Fasa terakhir iaitu fasa keempat dilaksanakan pada tahun 2011 sehinggalah ke tahun 2020 bagi melaksanakan konsolidasi dan kelestarian terhadap semua sekolah di seluruh negara. Ini bermaksud kesemua sekolah di dalam negara disasarkan akan menjadi sekolah bestari menjelang tahun 2020. Bagi mencapai taraf sekolah bestari, setiap sekolah haruslah berusaha untuk memenuhi komponen- komponen yang telah digariskan dalam meningkatkan lagi penggunaan ICT dalam pendidikan. Sebelum ini, semua sekolah bestari telah dikenalpasti sebagai pusat konsep sekolah bestari, bahan, kemahiran dan teknologi yang dibangunkan oleh KPM. Dalam Multimedia Development Corporation (2008), kajian impak pada tahun 2005 telah menunjukkan bahawa infrastruktur yang disediakan oleh KPM perlu diselenggara dan digunakan seoptima yang mungkin. Key Performance Indicators (KPI) telah dibina untuk memantau penggunaan teknologi dalam sistem pendidikan. Penggunaan ICT di Sekolah Bestari juga dinilai oleh pemantau yang telah dilantik oleh Kementerian Pelajaran Malaysia sendiri bagi menggalakkan penglibatan secara aktif dalam pendidikan. Penilaian ini akan diukur dengan menggunakan sistem ranking bintang. Dalam Smart School Qualification Standards (2007) telah menerangkan berkaitan ranking bintang yang mana sekolah yang mendapat satu bintang adalah pada tahap asas manakala dua bintang pula adalah pada tahap yang mana sekolah tersebut berada pada asas tambahan. Tiga bintang pula menunjukkan bahawa sekolah tersebut berada pada taraf sederhana dan sekolah yang berada pada tahap ketiga dikelaskan sebagai sekolah yang telah mencapai tahap maju. Taraf yang terakhir adalah maju tambahan jika sesebuah sekolah itu mendapat lima bintang. Bagi mencapai taraf sekolah bestari, sekolah tersebut seharusnya mendapat 5 bintang dan jika tidak, sekolah tersebut akan sentiasa dibuat pemantauan bagi menambahbaik kekurangan yang dihadapi sehingga dapat mencapai taraf sekolah bestari dan taraf tersebut akan dikekalkan. Bagi mencapai taraf sekolah bestari, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah menggunakan Smart School Qualification Standards (SSQS) sebagai instrument dan indikator untuk mengukur tahap bestari sesebuah sekolah. SSQS ini pada dasarnya telah dibina oleh Multimedia Development Corporation(MDeC) dengan kerjasama KPM. SSQS ini dibina bagi membangunkan satu sistem yang digunakan sebagai untuk mengukur penggunaan ICT dalam pendidikan. SSQS juga menjadi asas untuk perancangan polisi dan pembaikan program serta dapat meningkatkan standard dalam pendidikan. Selain itu, SSQS juga telah digunakan sebagai pemangkin untuk memberi perubahan dalam pendidikan disamping dapat
  10. 10. memperkasakan guru dan murid di semua sekolah bagi mencapai taraf sekolah bestari yang dikehendaki. Dalam KPM (2010) menerangkan bahawa penilaian SSQS diambil kira dari beberapa aspek iaitu dari segi infrastruktur, aplikasi, modal insan dan penggunaan ICT dalam sekolah. Jika dari segi infrastruktur misalnya, penilaian SSQS adalah dari segi nisbah komputer dengan murid dan juga nisbah komputer dengan guru, rangkaian LAN dan WAN di sekolah dan bilangan lokasi capaian internet serta bilangan peralatan ICT yang berfungsi. Infrastruktur yang baik dalam ICT adalah penting agar penggunakan ICT dalam pendidikan dapat dijalankan dengan menyeluruh selaras dengan objektif yang ingin dicapai. Contoh yang dapat dilihat dalam aplikasi pula adalah seperti SSQS menilai bilangan sistem pengurusan sekolah dan pengurusan pembelajaran yang digunakan di sekolah manakala dalam modal insan pula contohnya, diukur dari segi kekerapan penyebaran maklumat melalui ICT oleh pentadbir dan guru penyelaras ICT dan bilangan kursus dalaman yang dilaksanakan serta bilangan program inovasi yang dijalankan di sekolah. Aspek yang terakhir iaitu penggunaan dinilai misalnya dinilai berdasarkan jadual waktu pengintegrasian ICT oleh pentadbir dalam pengurusan dan guru serta murid dalam P&P bagi mengintegrasikan pendidikan di sekolah. Pembestarian sesebuah sekolah itu adalah melalui pemantuan yang akan dilakukan oleh pemantau yang telah dilantik oleh KPM. Dalam MSC (2008) telah menerangkan berkaitan dengan proses pemantauan yang mana setiap pemantau yang telah dipilih akan memantau sekolah dan melakukan penilaian terhadap sekolah tersebut dengan menggunakan SSQS sebagai instrumen pengukur untuk menjadikan sekolah tersebut sebagai sekolah bestari. Semasa menjalankan pemantauan, setiap komponen dalam SSQS akan diambil kira dan diisikan dengan segala maklumat yang diperlukan dan kemudian akan dikumpul. Berdasarkan kepada maklumat yang telah perolehi, pemantau akan menentukan tahap pencapaian sekolah tersebut dengan menggunakan ranking bintang dalam penilaian SSQS. Jika sekolah tersebut mendapat lima bintang, sekolah tersebut akan menjadi sekolah bestari. Dan kemudian, pemantau akan sentiasa memastikan tahap lima bintang sekolah tersebut akan dikekalkan untuk menjadi sekolah bestari pada masa hadapan. Jika sekolah itu tidak mencapai lima bintang, sekolah tersebut bukanlah sebuah sekolah bestari dan kemudian, pemantau akan sentiasa melakukan pemantauan bagi mengenalpasti jurang kelemahan dalam komponen SSQS berkenaan. Pemantau juga akan membantu, membangun dan membimbing sekolah tersebut dalam aktiviti ataupun program. Ini adalah penting bagi menaikkan ranking bintang yang bakal diperolehi sekolah tersebut pada pemantauan yang seterusnya supaya
  11. 11. dapat mencapai ranking bintang yang disasarkan iaitu mencapai taraf lima bintang bagi mendapat gelaran sekolah bestari. Berikut merupakan carta alir pemantauan. Sumber: MSC Malaysia Penggunaan ICT dalam pendidikan pada masa kini adalah amat dititikberatkan kerana ianya selaras dengan penggunaan teknologi yang semakin meluas dalam kalangan masyarakat sekarang. Segala usaha yang telah dijalankan oleh MSC bersama dengan KPM seperti sekolah bestari ini adalah berdasarkan kepada matlamat untuk menjadikan ICT sebagai teras dan digunakan secara menyeluruh dalam pendidikan masa kini. Guru-guru dan pihak pentadbiran disekolah seharusnya memberikan kerjasama yang jitu dalam membantu menjayakan usaha ini dan memberi cadangan penambahbaikan bagi mencapai taraf sekolah bestari. Guru yang boleh menggunakan ICT semasa proses pengajaran dan pembelajaran adalah amat diperlukan serta digalakkan agar segala maklumat dan pengajaran yang disampaikan menggunakan ICT dengan lebih menyeluruh dalam kelas. Pihak pentadbir sekolah pula harus memastikan kesemua keperluan ICT adalah mencukupi dan boleh berfungsi dengan baik bagi memberi peluang kepada semua warga sekolah agar dapat menggunakan ICT dengan lebih berkesan. Usaha yang berterusan telah dilakukan oleh KPM agar semua sekolah dalam negara akan mencapai taraf sekolah bestari menjelang tahun 2020. 2.2 Sekolah Sepertimana yang kita ketahui, pada era globalisasi yang semakin mencabar ini, sudah menjadi trend dimana peajar pada masa kini mengalami proses pengajaran dan pembelajaran mereka dengan berbantukan komputer atau ICT. Sekolah merupakan salah satu faktor yang
  12. 12. menyebabkan isu penggunaan ICT dalam sistem pengajaran dan pembelajaran bagi pendidikan matematik dan sains pada masa kini. Hal ini demikian kerana sekolah melibatkan banyak pihak. Antara pihak yang terlibat adalah seperti kemudahan komputer yang disediakan, pihak pentadbir sekolah dan juga pelajar. Punca utama yang menyebabkan sekolah mejadi isu yang hangat dan sering diperkatakan pada masa kini ialah kemudahan komputer yang dibekalkan oleh pihak kerajaan kepada sekolah untuk diguna pakai dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Hal ini juga menyebabkan pembekalan komputer yang tidak seimbang antara sekolah bandar dan luar bandar. Hal yang demikian sepatutnya tidak seharusnya berlaku kerana semua sekolah seharusnya mendapat kemudahan yang sama. Selain itu, perisisan komputer yang kurang memuaskan di sekolah. Hal ini jelas jika kita membuat perbandingan antara sekolah di bandar dan sekolah di luar bandar. Sudah menjadi kebiasaan bahawa, sekolah di luar bandar sukar mendapat perisian komputer untuk proses pengajaran dan pembelajaran jika dibandingkan dengan sekolah di bandar yang serba lengkap dengan kemudahan. Hal ini sepatutnya sudah lama dibaik pulih oleh pihak kerajaan supaya semua sekolah mendapat kemudahan yang sama dan sepatutnya. Penyenggaraan komputer yang kurang memuaskan di sekolah juga akan mengakibatkan terdapatnya komputer yang rosak. Sekiranya jumlah komputer tidak mencukupi dengan jumlah pelajar, ianya juga menjadi masalah untuk menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran. Hal ini menyebabkan kesukaran kepada guru untuk menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran yang berbantukan komputer kerana ianya menyebabkan proses pengajaran dan pembelajaran terganggu. Tidak hanya kemudahan komputer, bahkan pihak pentadbir sekolah juga menjadi salah satu punca timbulnya isu di sekolah. Hal ini mungkin pengendalian sistem komputer di sekolah yang kurang berkesan. Pihak pentadbir juga kurang peka terhadap bilangan guru terlatih di dalam ICT yang belum mencukupi. Hal ini terjadi kerana pihak pentadbir itu sendiri tidak mengambil kira sama ada guru yang mengajar itu mengikut opsyennya ataupun tidak. Hal yang sebeginilah mendatangkan isu yang tidak sepatutnya berlaku. Seterusnya, di sekolah juga mestilah melibatkan pelajar. Seandainya tiada pelajar, maka tiadalah sekolah. Isu pelajar nakal semakin berleluasa pada masa kini. Oleh disebabkan nakal, mereka tidak dibenarkan menggunakan ICT kerana dibimbangkan akan merosakkan
  13. 13. komputer yang digunakan. Hal ini seharusnya tidak berlaku. Semua pelajar boleh menggunakan komputer dan guru haruslah berlaku adil kepada semua pelajar. Jika terjadinya perkara yang sedemikian, maka proses pengajaran dan pembelajaran tidak dapat dijalankan dengan berkesan. Sesetengah pelajar tidak tahu cara menggunakan komputer dalam proses pengajaran dan pembelajaran, maka tidak hairanlah sekiranya pelajar banyak bertanya kepada guru sekiranya tidak faham akan tetapi, pertanyaan pelajar itu sendiri tidak diendahkan oleh guru. Hal ini terjadi mungkin guru tersebut berpura-pura tidak mendengar pertanyaan pelajar kerana guru itu sendiri pun tidak tahu cara penggunaan ICT yang betul. Di situlah timbulnya, guru yang mengajar tidak mengikut opsyen. Antara faktor lain yang menyebabkan timbulnya isu ini ialah kekurangan latihan memfokus kepada integrasi teknologi dalam P&P di bilik darjah berbanding penggunaan kaedah pengajaran yang biasa diamalkan. (VanFossen, 1999) dan perisian dan perkakasan yang sudah ketinggalan zaman. (Preston at. al, 2000). Selain itu, kekurangan kakitangan teknikal yang membantu dalam aplikasi teknologi bagi tujuan P&P.(Preston et. al, 2000 ; Cox et. al, 1999) serta kekurangan kemudahan untuk akses pada prasarana ICT yang merujuk kepada penempatan alat seperti komputer di biik darjah.(Cuban et. al, 2001). Kebanyakan punca penggunaan ICT masih kurang di sekolah ialah kesukaran untuk mendapatkan hardware dan software. Kesukaran inilah yang mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran. Penyediaan bahan pengajaran juga memakan masa yang lama kerana guru tiada kemahiran dalam mengendalikan teknologi. Antara kelebihan menggunakan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran ialah meningkatkan minat pelajar dan pelajar akan lebih gembira. Selain itu, ianya dapat meningkatkan tahap pembelajaran pelajar dan memberi peluang kepada pelajar untuk belajar sendiri. Guru juga dapat meringankan beban kerja dan proses pengajaran akan menjadi lebih menarik.bahan juga boleh disimpan dan digunakan semula. Walaubagaimanapun, terdapat juga kekurangan bagi penggunaan ICT. Antaranya seperti masalah teknikal dimana pendidik itu sendiri tidak pakar dalam mengendalikan masalah teknikal, sumber yang kurang, peralatan yang mahal dan guru juga memerlukan lebih masa untuk menyediakan bahan pengajaran sebelum memulakan proses pengajaran dan pembelajaran.
  14. 14. 2.3 Guru Kerajaan Malaysia melalui Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) menekankan bahawa penyaluran maklumat yang lebih berkesan khususnya dalam bidang Sains dan Matematik seharusnya menggunakan peralatan terkini iaitu penggunaan teknologi maklumat. Bermula dari kaedah Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) yang menggunakan papan hitam dan kapur ianya bertukar kepada kaedah yang lebih canggih iaitu penggunaan komputer, bahan elektronik, liquid crystal display (LCD), kamera video digital dan lain-lain dalam bilik darjah (Noor Mazlan Ahmad Zanzali & Noraziah binti Kassim, 2010). Namun, adalah menjadi satu persoalan jika guru-guru yang mengajar subjek ini lebih gemar menggunakan kaedah tradisional daripada menggunakan teknologi baru yang diperkenalkan. Kajian Badrul (2003), tentang kesediaan guru dalam pembelajaran Matematik berbantukan komputer di sekolah menengah menunjukkan guru jarang menggunakan komputer dalam pengajaran mereka. Hasil kajiannya mendapati bahawa terdapat 66.7% tidak pernah menggunakan komputer untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran. Di Malaysia, pengetahuan dan penggunaan komputer dalam kalangan rakyat semakin berkembang. Jadi, untuk memastikan corak pengajaran mengikut peredaran zaman, guru haruslah memainkan peranan dalam penggunaan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) mereka. Sesuatu perkara akan bermasalah apabila guru lebih gemar menggunakan kapur dan papan putih dalam proses P&P. Hal ini disebabkan oleh pelbagai faktor yang mengekang mereka daripada menggunakan teknologi terutamanya ICT dalam P&P. Hal ini adalah disebabkan oleh beberapa faktor dalaman dan luaran. Antaranya ialah guru kurang berkemahiran, persepsi negatif guru terhadap ICT dan juga kekangan masa. Kemudahan ICT yang tidak sempurna dan ketidaksesuaian isi pengajaran yang telah tersedia menyuitkan lagi perkara ini. 2.3.1 Kemahiran Umumnya, masyarakat melihat potensi ICT dalam pendidikan sebagai alat yang boleh membantu dalam pengajaran dan pembelajaran. Di sekolah juga, ianya diajar sebagai sebahagian sebahagian daripada matapelajaran. Selain itu, kemudahan ICT ini dilihat banyak membantu proses pengurusan dan dapat meningkatkan produktiviti serta keberkesanan sesuatu sistem pengurusan. Perkembangan yang menggalakkan keberkesanan ini telah mendorong ke arah peningkatan penggunaan ICT yang meluas dalam kalangan guru dan pelajar sekolah. Namun begitu, terdapat juga kajian yang menunjukkan terdapat sebahagian guru masih tidak menggunakan teknologi ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran
  15. 15. mereka. Kajian juga menunjukkan bahawa kegagalan ini berpunca daripada ketidakmahiran guru (Norizan, 2003) dalam menggunakan pelbagai alatan dan perisian yang semakin meningkat keupayaannya. Untuk menggunakan teknologi yang lain, guru perlu menguasai kemahiran asas iaitu ibu kepada ilmu teknologi lain iaitu komputer. Menurut Chao (2003) et. al, seseorang yang menggunakan komputer harus mempunyai kemahiran asas mengenai komputer. Antaranya, kemahiran berkomunikasi menggunakan komputerm kemahiran menggunakan perisian pemproses kata, perisian bibliografi, perisian pangkalan data, perisian hamparan elektronik, perisian berkaitan statistik, grafk, menggunakan teknologi internet, laman web serta pengetahuan mengenai bagaimana komputer berfungsi. Kemahiran ICT merupakan satu bentuk kemahiran yang memerlukan penggunaan yang senantiasa berubah mengikut peredaran semasa. Latihan dan amalan yang berterusan amat diperlukan bagi memastikan kemahiran ICT ini dapat terus diguna. Dalam program kursus Diploma Perguruan Malaysia di Malaysia, sebanyak 60 jam telah diperuntukkan bagi pelajar-pelajar mempelajari ICT. Sukatan ini merupakan satu asas penting kepada guru-guru pelatih apabila ditempatkan mengajar di sekolah kelak. Hal ini seterusnya akan menjadi asas kepada inisiatif untuk mempelajari lain- lain kemahiran yang berasaskan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran mereka. Dalam kajian yang lain, Wan Mohamad Wan Ibrahim et. al. (2002) telah mendapati bahwa lebih 80% guru-guru sekolah mempunyai persepsi yang positif terhadap penggunaan ICT dalam profesion mereka. Majoriti daripada mereka berminat untuk belajar ICT dan merasakan bahawa ICT dapat membantu mereka mendapatkan meklumat dan pengetahuan yang lebih luas. Namun begitu, tiga perempat daripada responden mengakui bahawa mereka masih belum cekap atau tidak tahu dalam menggunakan ICT di dalam bilik darjah. Reinen & Plomp (1993) mengakui bahawa terdapat perhubungan antara latihan yang diikuti dengan kemahiran yang dimiliki. Oleh itu, sama ada kursus dalam perkhidmatan ataupun kursus semasa dalam program pendidikan, kedua-duanya amatlah berguna untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran ICT guru-guru terutamanya dalam proses pengajaran dan pembelajaran. 2.3.2 Minat Minat guru-guru dalam penguasaan teknologi komunikasi dan informasi boleh mewujudkan satu asas bagi sikap mereka terhadap penggunaan teknologi komunikasi dan informasi dalam
  16. 16. pengajaran di dalam kelas. Secara amnya, guru mempuyai sikap yang positif terhadap wadah teknologi yang baru ini. Sebagai contoh, ramai yang mungkin berpendapat bahawa internet adalah sesuatu yang menarik. Tentunya ini merupakan satu aspek yang positif dalam konteks hubungan antara guru dengan teknologi komunikasi dan informasi. Sebaliknya pula, mungkin terdapat perbezaan pandangan dalam kalangan guru apabila tinjauan secara lebih spesifik tentang hubungan antara guru-guru dan teknologi komunikasi dan informasi perlu seimbang dengan minat pelajar terhadap teknologi komunikasi dan informasi dan juga tidak mustahil bahawa jika tahap minat mereka dalam teknologi komunikasi dan informasi dalam kalangan pelajar adalah lebih tinggi berbanding dalam kalangan guru. Maka, adalah tidak pelik sekiranya akan turut berlaku penyebaran pengetahuan dan kompetensi dalam teknologi komunikasi dan informasi daripada pelajar kepada guru. 2.3.3 Persepsi Sumber-sumber ICT yang selalu digunakan dalam P&P matematik ialah power point, LCD, CD dan pelbagai software yang berkaitan. Kebanyakan guru akan memberi persepsi negatif kepada penggunaan teknologi ini. Sesetengah guru beranggapan bahawa inovasi dalam pengajaran, termasuklah ICT, adalah sebagai membebankan, banyak kerja dan tenaga (Fullam, 1996). Guru memberi persepsi bahawa bukan semua topik yang diajar boleh menggunakan ICT kerana untuk sesetengah topik, penggunaan ICT akan menyebabkan pelajar lebih susah untuk memahami tajuk yang diajarkan. Sebenarnya, dengan menggunakan ICT pelajar akan lebih memahami isi pelajaran yang diajarkan kerana pelajar lebih nampak gambaran sebenar. Pelajar lebih berminat untuk belajar kerana banyak animasi-animasi yang boleh menarik minat pelajar. Pelajar akan memberikan sepenuh perhatian semasa proses P&P kerana para pelajar tertarik dengan bahan-bahan yang dipaparkan, pelajar akan lebih bersemangat untuk belajar. Namun, guru memberi alasan tentang kelemahan CD yang disediakan oleh pihak kementerian. Hal ini disebabkan, bagi sesetengah tajuk yang diajar, guru hanya ingin mencapai dua objektif pengajaran sedangkan isi pengajaran dalam CD berkenaan adalah untuk mencapai tiga objektif. Ini menjadikan objektif yang ingin dicapai dan objektif yang tersedia dalam CD tidak selari. Terdapat sesetengah guru menganggap penggunaan ICT hanya membantu dalam sesetengah tajuk sahaja. Contohnya, Transformasi, Geometri, sudut, bearing, garis dan satah dan sebagainya. ICT boleh meningkatkan keberkesanan P&P matematik, namun bukan semua topik sesuai untuk diaplikasikan ICT dalam proses pengajarannya. Terdapat juga topik yang perlu menggunakan kapur dan papan
  17. 17. putih sahaja. Biasanya, ia melibatkan proses penyelesaian masalah dan bukannya untuk memantapkan proses pemahaman murid terhadap sesuatu kemahiran yang diajar. Salah satu sikap yang biasa ditemui dalam kalangan guru adalah sikap tidak mahu mengubah diri untuk sentiasa melakukan pembaharuan. Kebanyakan guru agak sukar untuk mengubah gaya pengajaran pembelajaran mereka kepada sesuatu yang baru dan terkini seperti menggunakan ICT dalam pengajaran. Albaugh (1997) menyatakan bahawa guru-guru biasanya ragu-ragu dengan idea-idea baru dan terkini kerana mereka merasa selesa dengan apa yang selama ini mereka telah lakukan. Hanya apabila mereka yakin bahawa idea-idea dan inovasi baru telah terbukti dapat meningkatkan keberkesanan dalam pengajaran da pembelajaran mereka barulah mereka bersedia untuk mengubah cara kerja mereka. Terdapat juga guru yang fobia dengan teknologi ICT. Menurut Zorinawati (1999), fobia bagi golongan pendidik boleh dibahagikan kepada tiga jenis iaitu fobia dengan komputer atau takut akan komputer, fobia dengan perkembangan komputer atau takut tidak mampu menyaingi perkembangan komputer dan fobia dengan kerja atau takut jika tahu tentang penggunaan komputer, akan diberikan banyak kerja oleh Pengetua. Menurut Mohd Sobhi dan Musa (2007), sikap mengelak dari menerima hakikat akan kepentingan ICT tidak akan menyelesaikan masalah berkaitan ICT dalam sekolah. Sikap yang positif terhadap sesuatu perkara adalah penting untuk mendorong seseorang itu melakukan sesuatu dengan sepenuh hati. Sikap ini telah dikenal pasti sebagai petunjuk ramalan yang penting bagi perbezaan antara individu dalam aplikasi pendidikan, pembelajaran dan pencapaian. 2.3.4 Kekangan Masa Penyediaan peralatan dan perkakasan komputer seperti pemasangan projector LCD akan mengambil masa. Hal ini demikian kerana peralatan tersebut perlu dibawa dari bilik persediaan ke dalam kelas disebabkan peralatan-peralatan sebegini tidak disediakan di setiap kelas. Hal ini menyebabkan guru terpaksa memasang sendiri peralatan yang disediakan dan guru akan mengambil masa untuk memasang peralatan-peralatan yang ingin digunakan semasa P&P yang menyebabkan masa yang diperuntukkan untuk mengajar dihabiskan untuk memasang peralatan sebegini. Untuk memulakan pengajaran di dalam makmal komputer pula, pergerakan pelajar dari kelas ke makmal komputer tersebut mengambil masa dari lima hingga sepuluh minit. Hal ini akan menyebabkan masa pengajaran sebenar berkurangan. Kemudahan-kemudahan ICT yang digunakan selalu mengalami kerosakan. Masalah ini menjdi lebih sukar kerana ketiadaan juruteknik ataupun staf yang mahir yang ditempatkan di
  18. 18. sekolah untuk memantau dan menyelenggara kemudahan-kemudahan ICT ini. Bilangan bilik komputer yang terhad dan bilik ini haruslah ditempah terlebih dahulu sebelum digunakan menyebabkan guru jarang menggunakan kemudahan ICT ini kerana terlalu banyak peraturan. 3.0 LANGKAH MENGATASI 3.1 Juruteknik di Setiap Sekolah Kadang-kala terdapat juga dalam kalangan guru teknologi maklumat yang kurang mempunyai kemahiran untuk menyelenggarakan komputer. Ini bermakna sebarang kerosakan pada komputer perlulah merujuk kepada pihak luar. Kaedah ini biasanya memakan belanja yang besar dan proses P&P juga terganggu. Oleh itu, untuk membantu meringankan tugas guru dan menjimatkan perbelanjaan dalam membaik pulih perkakas-perkakas ICT, kerajaan perlulah menempatkan juruteknik di setiap sekolah. Di antara tugas-tugas juruteknik komputer ialah seperti membantu tugas-tugas pengurusan aset ICT di sekolah yang berada dibawah penyeliaan Pengetua atau Guru Besar ataupun juga Guru Data. Selain itu, tugas juruteknik juga adalah menyelenggara kemudahan & perkhidmatan ICT, perisian, perkakasan dan aplikasi yang dibekalkan oleh KPM/JPN/PPD serta menyelesaikan masalah teknikal seperti pemeriksaan dan penyenggaraan kelengkapan ICT yang rosak seperti kerosakan perkakasan utama, komponen-komponen dan aksesori ICT. Tugas lain juruteknik pula adalah membantu, memantau dan menyelia Rangkaian LAN dan WAN serta menyelaras server-server utama dan peralatan seperti Firewall, Proxy, DNS bagi School*Net , EG*Net, Broadband, Internet Access, Pusat Akses dan sebagainya. Tambahan pula, mereka juga bertugas untuk menyelaras Meja Bantuan Teknikal ICT serta bertugas sebagai pegawai urusan bagi aktiviti penyelenggaraan termasuk mencatat log, memantau kerja yang dilakukan oleh pembekal, membuat tindakan susulan kepada pihak berkaitan. Mereka juga bertugas dalam menyediakan keperluan perolehan ICT untuk pengurusan sekolah, mengawasi isu-isu keselamatan ICT diperingkat sekolah serta mematuhi kawalan dan prosedur keselamatan yang berkesan selaras dengan dasar-dasar keselamatan yang telah ditetapkan oleh KPM/JPN//PPD/Sekolah serta mampu melaksanakan tugas-tugas lain berkaitan pengurusan peralatan ICT yang diarahkan dari semasa ke semasa. Walaupun sesetengah sekolah mempunyai juruteknik komputernya sendiri namun, bilangannya adalah sedikit berbanding dengan jumlah sekolah yang terdapat di seluruh Malaysia. Dukacita yang amat sangat kerana kerajaan telah membelanjakan banyak
  19. 19. peruntukkan untuk membangunkan ICT di sekolah tetapi dari segi penyenggaraannya terabai. Diharapkan kerajaan dapat menempatkan paling kurang seorang juruteknik komputer di setiap sekolah di negara kita supaya perkakas-perkakas komputer dapat dijaga dan diselenggarakan dengan sebaik mungkin supaya dapat digunakan oleh anak-anak pelajar kita di seluruh negara dan ini dapat merealilasikan hasrat negara yang mahukan setiap rakyatnya celik IT. 3.2 Tambahan Makmal Komputer Justeru itu, kerajaan mengambil langkah memberi latihan intensif kepada guru-guru menerusi program dan kursus khas yang dijalankan. Melalui program Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP), guru-guru diberi taklimat khas dan hands-on penggunaan ICT dalam pengajaran dalam pembelajaran pelajar oleh tenaga pengajar yang terlatih. Semasa LDP, guru-guru ini diajar mengenai penggunaan Microsoft Word, Microsoft Excel, pengurusan emel, blog dan sebagainya yang berkaitan. Kursus-kursus khas seperti ini memakan belanja dan kos yang tinggi. Maka, pihak kementerian menyarankan guru-guru mengambil inisiatif sendiri untuk membiasakan diri dengan penggunaan ICT. Selain daripada itu, penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran di Malaysia dikatakan meluaskan lagi jurang perbezaan pelajar bandar dan luar bandar. Pelajar di luar bandar kurang terdedah kepada gajet-gajet ICT dalam kehidupan seharian. Hal ini menyebabkan kesukaran pihak guru untuk menggunakan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran. Kebanyakan program pendidikan yang dibangunkan dalam bentuk ICT harus digunakan secara dua hala, iaitu memerlukan interaksi balas daripada pelajar. Namun, hal ini tidak dapat dilaksanakan jika pelajar tidak tahu dan takut menggunakan gajet ICT. Kerajaan telah mengambil langkah menambah makmal-makmal komputer di sekolah di seluruh Negara untuk melatih pelajar menggunakan komputer sejak usia pujuk, sekaligus merapatkan jurang pelajar bandar dan luar bandar. Usaha kerajaan memperbanyak komputer di makmal komputer sekolah juga melibatkan kos dan komitmen yang tinggi. 3.3 Penyediaan Kemudahan Untuk meningkatkan penggunaan komputer di kalangan para guru, Zoraini (2000) telah mecadangkan supaya bilik guru sekolah dilengkapi dengan komputer yang dilengkapi dengan kemudahan untuk akses ke internet. Cadangan ini merupakan langkah pertama untuk memudahkan para guru mengakses internet melalui komputer yang disediakan kepada
  20. 20. paraguru. Kajian yang dijalankan di Amerika Syarikat mendapati 95% sekolah telah dilengkapi dengan komputer dan akses kepada internet (Mendels, 2000). Dalam usaha untuk meningkatkan penggunaan internet di kalangan guru, guru yang mengajar di pendalaman juga ketinggalan. Kerajaan telah mengambil langkah bijak dengan memperkenalkan Projek Internet Desa dengan menempatkan beberapa stesen internet di beberapa kawasan pedalaman di Sabah dan Sarawak seperti di kawasan Kota Samarahandan Bario (Rozana, 2000). Penempatan beberapa stesen internet tersebut membolehkan mereka yang berada di kawasan tersebut mengakses internet dan dapat berhubung dengan mereka yang berada di dunia luar. Terdapat inisiatif kerajaan dalam mewujudkan jurangdigital antara komuniti luar bandar dengan penubuhan 217 telecentre bawah program USB. Telecentre tersebut terdiri daripada 42 pusat Internet Desa, 39 Medan InfoDesa, 58 Pusat Akses Komuniti dan 78 Kelas Literasi Komputer. Kementerian Pendidikan Malaysia telah menyeru semua sekolah supaya menggunakan inisiatif sendiri untuk menukarkan sekolah masing-masing ke sekolah pintar (Chandran,2000). Ini bermakna sekolah mempunyai tanggungjawab untuk mencari sumber kewangan bagi tujuan tersebut. Untuk mengatasi masalah tersebut, ada sekolah yang bekerjasama dengan pihak swasta untuk melengkapkan komputer di sekolah. Peranan sektor swasta juga banyak membantu perkembangan pengunaan teknologi maklumat, kerana sememangnya kita tahu penggunaan teknologi maklumat memerlukan kos, maka kekangan kos inilah biasanya membataskan pengunaan teknologi maklumat. pada masa kini, kadar bayaran untuk mengakses internet semada melalui TM-Net atau Jaring telah menurun, malahan syarikat besar seperti Telekom berkerjasama dengan Kementerian pendidikan untuk menghasilkan Telekom Smart School yang menyediakan pekej P&P melalui Laman Web yang dinamakan getCyberEd.com. Pihak swasta yang terlibat bertanggungjawab untuk membekalkan komputer, membaikpulih komputer dan membekalkan latihan kepada guru dan pelajar. Bagi meningkatkan pembekalan akses internet di sekolah, kerjasama daripada pembekal internet (ISP) diperlukan untuk mengurangkan kos tanggungan pengguna. Semasa pembelajaran Kontruktivis guru berperanan sebagai pembimbing atau fasilitator yang mana melibatakan pembelajaran secara koperatif dan koloboratif dan belajar melalui perayauan. Pembelajaran secara penerokaan boleh digunakan oleh para guru untuk menghubungkan antara teori kontruktivisme dengan proses pengajaran dan pembelajaran. Kaedah pembelajaran ini membolehkan para pelajar mencari dan mengakses maklumat
  21. 21. daripada mana-mana sumber yang terdapat dalam internet. Seharusnya guru yang akan mengaplikasikan pembelajaran secara kontruktivis dan kognitisme perlu lebih dahulu memahami dan mendalami pengetahuan dalam komputer dan ICT bagi memudahcaranya mengajar kelak. Dengan integrasi teknologi, peranan guru telah bertukar daripada penyampai maklumat kepada penyelaras sumber pembelajaran. Guru sekarang berperanan sebagai fasilitator, pengurus, kaunselor dan pakar motivasi. Peranan guru ini membolehkan para guru bebas bekerja secara individu atau dalam kumpulan kecil dan meninggalkan cara pengajaran formal yang lama. Guru membantu pelajar mencari maklumat dari pelbagai sumber dengan adanya teknologi maklumat dan komunikasi. 4.0 KESIMPULAN Kesimpulannya, banyak usaha yang dilakukan oleh kerajaan untuk meningkatkan penggunaan ICT di sekolah dalam pendidikan matematik ini. Penggunaan ICT ini dapat meningkatkan minat murid untuk belajar kerana dengan meggunakan ICT dalam P&P, suasana kelas atau P&P itu sendiri akan menjadi lebih menarik. Selain itu, pelajar akan belajar dengan lebih gembira. Tahap pembelajaran pelajar pula akan meningkat. Dengan penggunaan ICT dalam P&P, pelajar akan lebih faham. Seterusnya, belajar berbantukan ICT juga dapat melatih peajr supaya belajar sendiri. Guru juga dapat meringankan beban kerja dan proses pengajaran juga akan menjadi lebih menarik. Guru juga boleh menyimpan dan menggunakan semula bahan pengajaran yang telah digunakan. Tetapi, apa yang kerajaan ingin lakukan tidak dapat dicapai sepenuhnya kerana sikap guru itu sendiri dan kekangan-kekangan yang lain. Oleh itu, guru-guru perlu mengambil inisiatif sendiri agar proses P&P di bilik darjah dapat dijalankan dengan menggunakan ICT dan dapat mencapai matlamat kerajaan.
  22. 22. 5.0 RUJUKAN Noor Mazlan Ahmad Zanzali & Noraziah Binti Kassim@Aziz (2008). Penggunaan ICT Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Matematik Di Kalangan Guru-Guru Pelatih UTM. Tesis Sarjana, Skudai: Universiti Teknologi Malaysia. Fullan, M. (1996). The New Meaning Of Educational Change. New York: Teacher College Press. Mustafa, H. (2006). Penggunaan Komputer Dalam Pengajaran Pembelajaran Dalam Kalangan Guru Sekolah Menengah Di Pulau Pinang. Kajian Malaysia. Ting K, S. (2005). Sikap Guru Guru, Peranan ICT Dan Kekangan/Cabaran Penggunaan ICT. Penggunaan ICT Dalam Pembelajaran Di Kalangan Guru Sekolah Menengah Teknik Dan Vokasional.Universiti Tekonologi Malaysia: Fakulti Pendidikan.

×