Successfully reported this slideshow.
We use your LinkedIn profile and activity data to personalize ads and to show you more relevant ads. You can change your ad preferences anytime.
1.0 PENGENALAN       1.1 Maksud dan konsep       Komputer adalah alat teknologi moden yang canggih dan mempunyai banyak ke...
1.2 Sekolah Bestari   Pelengkap kepada misi nasional untuk mencapai Wawasan 2020, konsep sekolah bestaritelah diperkenalka...
Teknik pengajaran di sekolah bestari adalah berbeza dengan teknik pengajarankonvensional. Kaedah pengajaran akan menekanka...
Menurut Gagne dan Briggs dalam Rosenberg (2000), komputer dapat digunakan sebagaimedia pembelajaran kerana komputer memili...
Perlaksanaan konsep Sekolah Bestari iaitu salah satu contoh aplikasi perdana dalamKoridor Raya Multimedia adalah usaha ker...
2.0 Faktor Penggunaan Komputer dalam Pengajaran dan Pembelajaran   2.1 Tujuan Utama Penggunaan Komputer dalam Pengajaran d...
2.2 Teori Resapan Inovasi       Satu teori yang boleh dikaitkan dengan pengajaran dan pembelajaran berbantukankomputer ial...
Justeru itu, Cheah Phaik Kin (1999) menyarankan agar kajian beliau dapat dijadikanasas untuk membentuk strategi bagi menyo...
Semua maklumat di atas menunjukkan hasil kajian yang dijalankan untuk melihatprestasi murid sama ada murid universiti atau...
3.0 Faktor Penguasaan Guru Terhadap Aplikasi Komputer Dalam Pengajaran BahasaDapat Meningkatkan Keupayaan Pelajar Untuk Me...
sikap yakin dalam kalangan guru terhadap penggunaan komputer mempunyai hubungan yangsignifikan dengan faktor latihan, kemu...
mempunyai     pengetahuan     serta   kemahiran     untuk   mengendalikan     komputer     danmengaplikasikan ICT dalam pe...
kajian yang telah dilakukan oleh Abdul Shukor Shaari, Abd. Rahim Romle dan Mohamad YaziKerya (2006) yang menyatakan selain...
4.0 Penguasaan Guru Terhadap Aplikasi Komputer Dalam Pengajaran Bahasa Dapat   Meningkatkan Keupayaan Pelajar Untuk Mengua...
Teks, grafik atau bunyi yang dimuatkan dalam perisian pendidikan tersebut mestilahtidak mengganggu tumpuan pengguna. Topik...
d) Pembelajaran Berasaskan Web (Web-Based Learning)       Secara kasarnya, pembelajaran berasaskan web ialah pengajaran ya...
5.0 Kesimpulan       Penggunaan teknologi komputer dalam bidang pendididikan bukanlah sesuatu yangbaru, malah telah lama d...
Upcoming SlideShare
Loading in …5
×

Guru dalam pengajaran

1,816 views

Published on

Published in: Education
  • Be the first to comment

Guru dalam pengajaran

  1. 1. 1.0 PENGENALAN 1.1 Maksud dan konsep Komputer adalah alat teknologi moden yang canggih dan mempunyai banyak kelebihanyang tidak dapat dilakukan oleh manusia. Hampir setiap perkara di dunia masa kinimenggunakan komputer sebagai alat bantu termasuk dalam pendidikan. Komputer sesuai untukdijadikan alat bagi membantu guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran keranaberkemampuan melaksanakan berbagai-bagai tugas seperti mencari maklumat, menerima danmemproses data, menyediakan laman interaktif untuk pembelajaran dan sebagainya. Komputerjuga membantu pengajar mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran yang berkesan jikadigunakan dengan teratur. Pengajaran yang disertakan dengan alat bantu mengajar terkini akandapat menambah minat pelajar mempelajari sesuatu bidang pelajaran. Information and Comunication Skills (ICT) atau dalam Bahasa Melayunya dikenali sebagaiTeknologi Maklumat dan Komunikasi Teknologi Maklumat dan Komunikasi sememangnyamempengaruhi serta memberi impak yang mendalam kepada peradaban manusia pada zamanini. Di negara ini tiga dasar penting yang digubal oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (2001)telah menjadi landasan dan hala tuju kepada penggunaan dan pengintegrasian ICT secarakomprehensif dan bersepadu di semua sekolah awam ataupun swasta. Dasar ini memberitumpuan kepada penguasaan ICT dalam kalangan pelajar, penggunaan ICT sebagai kurikulumdan pengupaya pengajaran dan pembelajaran serta kecekapan pengurusan berasaskan ICT.Selaras dengan dasar tersebut semua sekolah disediakan secara berperingkat dengan pelbagaiteknologi seperti infrastruktur, perkakasan dan perisian, serta kursus dan latihan ICT kepadaguru dan pelajar. Matlamat dasar ialah membudayakan penggunaan ICT dalam amalanpengajaran dan pembelajaran dan seterusnya menghasilkan masyarakat berkompetensiteknologi yang mampu bersaing pada abad ini dan yang mendatang. Bagi mempercepat hasratnegara ini projek sekolah bestari dilaksanakan bertujuan untuk menghasilkan generasi tenagakerja yang menyumbang kepada kekayaan negara (Unit Perancangan Ekonomi, 2001;Perbadanan Pembangunan Multimedia, 2000).
  2. 2. 1.2 Sekolah Bestari Pelengkap kepada misi nasional untuk mencapai Wawasan 2020, konsep sekolah bestaritelah diperkenalkan pada tahun 1997. Sehubungan dengan itu, pada tahun 1999, 84 buahsekolah telah dijadikan sekolah rintis untuk projek sekolah bestari. Sekolah bestari didefinisikansebagai institusi pendidikan yang mempraktikkan pengajaran dan pembelajaran sertapengurusan sekolah yang menyediakan pelajar kepada era teknologi maklumat dan antaralangkah yang dijalankan untuk membestarikan sekolah termasuklah penyediaan makmalkomputer, TV pendidikan dan penyediaan kemudahan SchoolNet. Jadual 1 menunjukkansecara terperinci kemudahan teknologi maklumat yang disediakan untuk setiap program yangdilaksanakan. Ini menunjukkan betapa seriusnya kerajaan untuk menerapkan elemen teknologimaklumat dalam pengajaran dan pembelajaran.Jadual 1: Program Pembestarian Kemudahan disediakanSekolah Program i. Melibatkan 88 buah sekolahSekolah Bestari ii. 5, 809 komputer disediakan iii. 261 pelayan (server) disediakan i. 4,495 makmal komputer disediakanMakmal Komputer ii. 93,372 komputer disediakan iii. 4,495 pelayan (server) disediakan i. 97,104 komputer riba disediakanPengajaran Sains dan Matematik dalam ii. 69,009 projektor disediakanBahasa Inggeris (PPSMI) iii. 2,286 televisyen disediakan iv. 9,662 mesin pencetak disediakanTV Pendidikan i. 11,709 televisyen disediakan Kemudahan SchoolNet untuk sekolah luar bandar danSchoolNet pedalaman yang tidak mempunyai aksess Internet
  3. 3. Teknik pengajaran di sekolah bestari adalah berbeza dengan teknik pengajarankonvensional. Kaedah pengajaran akan menekankan kepada pencapaian objektif spesifik yangdicapai oleh pelajar dengan pelbagai pendekatan termasuklah secara individu, berpasangan,kumpulan kecil, dengan kehadiran fasilitator ataupun dengan menggunakan simulasimultimedia berasaskan komputer. Pelajar akan digalakkan untuk mengambil bahagian secaraaktif yakni mereka akan membina dan ikut serta dalam proses pembelajaran. Teknikpengajaran ini akan melibatkan pelbagai teknik pedagogi dan kaedah pengajaran yang secarakhususnya berpusatkan pelajar. Selaras dengan matlamat ini, langkah kementerian PelajaranMalaysia khususnya yang memberi penekanan pada elemen teknologi maka keperluanpedagogi, kandungan dan pengetahuan guru perlu dititik beratkan supaya seiring denganperkembangan semasa. Pelbagai insentif dan langkah telah dijalankan oleh kerajaan yangdinyatakan dalam Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP). Matlamat utama sekolahbestari adalah memfokuskan kepada pembangunan tenaga kerja untuk era teknologi maklumatdan berpaksikan pada lima objektif utama iaitu:a. Memperkembangkan potensi individu yang seimbang (intelek, rohani, jasmaniah dan emosi)b. Memperkembangkan potensi dan bakat individuc. Menghasilkan tenaga kerja yang bijak berfikir dan celik teknologi maklumatd. Pendemokrasian pendidikane. Meningkatkan penyertaan pemegang saham Langkah ini sebenarnya sejajar dengan hasrat kerajaan yang terkandung dalam FalsafahPendidikan Negara yang digubal dan diumumkan pada tahun 1988 yang menyatakan pedomandan arah tuju pendidikan negara. Oleh itu, dengan wujudnya sekolah bestari ia dapatmemperkembangkan lagi potensi atau bakat individu seterusnya akan dapat melahirkan modalinsan yang berkemahiran dan berpengetahuan khususnya dalam teknologi maklumat yangseterusnya akan dapat menyumbang kepada negara. Faharol Razi (1998) menyatakan istilah Komputer Dalam Pengajaran dan Pembelajarandiambil daripada istilah asalnya dalam Bahasa Inggeris iaitu Computer-Based Instruction (CBI)yang bermaksud pengajaran terancang berasaskan komputer. Criswell (1989) pulamendefinisikan Pengajaran dan Pembelajaran Berbantukan Komputer (PPBK) sebagaipenggunaan komputer dalam menyampaikan bahan pengajaran dan melibatkan pelajar secaraaktif serta membolehkan maklum balas.
  4. 4. Menurut Gagne dan Briggs dalam Rosenberg (2000), komputer dapat digunakan sebagaimedia pembelajaran kerana komputer memiliki keistimewaan yang tidak dimiliki oleh mediapembelajaran yang lain sebelum zaman komputer. Antara keistimewaan tersebut adalah sepertiberikut: 1. Hubungan Interaktif : Komputer membolehkan wujudnya hubungan di antara rangsangan dengan jawapan. Bahkan komputer dapat menggalakkan inspirasi dan meningkatkan minat. 2. Pengulangan: Komputer membolehkan pengguna mengulangi apabila perlu untuk memperkuatkan lagi pembelajaran dan memperbaiki ingatan. Aktiviti pengulangan amat memerlukan kebebasan dan kreativiti daripada para pelajar (Clements, 1995). 3. Maklum Balas Dan Peneguhan: Media komputer membolehkan pelajar memperoleh maklum balas terhadap pembelajaran secara serta merta. Peneguhan positif yang diberi apabila pelajar memberikan jawapan dapat memotivasikan pelajar.1.3 Sejarah Penggunaan Komputer Sebagai Alat Bantu Mengajar di Malaysia Langkah pertama untuk melaksanakan penggunaan komputer secara besar-besaran didalam bilik darjah telah dilancarkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia bersama MalaysianInstitute of Microelectronic System (MIMOS) melalui projek pembangunan perisian (Zoraini,1998). Projek perisian yang digelar Computer Integrated Learning System (ComIL) telahdijalankan secara percubaan di beberapa buah sekolah terpilih di seluruh negara mulai 1992(Zulkifli & Raja Maznah, 1994). Pada tahun 1995, Kementerian Pendidikan telah memperkenalkan program KomputerDalam Pendidikan dengan memberi penekanan kepada empat mata pelajaran utama iaituBahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sains dan Matematik. Justeru itu, guru-guru mata pelajaranberkenaan dilatih menggunakan komputer dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Selainitu, mata pelajaran Literasi Komputer juga diperkenalkan oleh Kementerian Pendidikan padatahun 1996 sebagai salah satu langkah mengaplikasikan teknologi komputer dalam pendidikan(Zakaria Ahmad, 2003).
  5. 5. Perlaksanaan konsep Sekolah Bestari iaitu salah satu contoh aplikasi perdana dalamKoridor Raya Multimedia adalah usaha kerajaan yang berterusan bagi membentuk generasibaru yang mempunyai daya saing dalam era teknologi maklumat dan komunikasi. Satuperkembangan yang amat ketara dalam dunia masa kini ialah berlakunya ledakan teknologimaklumat. Dengan adanya kemajuan dalam telekomunikasi, komputer yang dihubungkandengan jaringan internet telah membolehkan banyak maklumat diperolehidengan cepat. Inovasidalam teknologi maklumat ini dapat menyebarkan segala maklumat kepada pelbagai lapisanmasyarakat (Nik Azis, 1996). Menyedari hakikat ini, kerajaan Malaysia telah mengambil inisiatifuntuk terus memperkembangkan teknologi komunikasidan maklumat ini dengan menubuhkanKoridor Raya Multimedia (MSC). MSC mensasarkan tujuh aplikasi utama yang akan mewujudkan telekomunikasi globalberkeupayaan tinggi yang membawa Malaysia ke arah negara maju dan makmur (MDC,2000)iaitu : 1. kerajaan elektronik, 2. tele-perubatan, 3. sekolah bestari, 4. kad pintar, 5. pemasaran tanpa sempadan, 6. kelompok penyelidikan dan pembangunan dan jaringan perusahaan sedunia. Dalam usaha mencapai tujuh aplikasi yang dinyatakan di atas, internet dapat diaplikasikandalam pendidikan melalui aktiviti-aktiviti sama ada dalam tugasan harian atau yang melibatkanproses Pengajaran dan Pembelajaran untuk menyediakan pelajar yang celik IT dan dapatberdaya saing di peringkat global.. Menurut Majlis Teknologi Maklumat Kebangsaan Malaysia(MTMK) melaporkan terdapat 10 juta pengguna internet dijangkakan pada tahun 2003.Terdapat pertambahan empat kali ganda atau pertambahan 400 peratus daripada 1.6 juta padatahun 1998 kepada 6.5 juta pada tahun 2001 (Berita Harian, 14 Jun 2002).
  6. 6. 2.0 Faktor Penggunaan Komputer dalam Pengajaran dan Pembelajaran 2.1 Tujuan Utama Penggunaan Komputer dalam Pengajaran dan Pembelajaran Abdul Wahab Ismail Gani (2006) telah menjalankan kajian tentang penggunaan komputerterhadap pembelajaran dan pengajaran berbantukan komputer di Pulau Pinang. Guru-gurudaripada tiga buah sekolah menengah telah dipilih untuk dijadikan sampel kajian. Berikutmerupakan salah satu hasil kajian yang telah dijalankan iaitu tujuan utama penggunaankomputer dalm pembelajaran. Jadual 5: Tujuan utama menggunakan Frekuensi Peratusan (%) komputer Tujuan Penggunaan Pencarian sumber pendidikan 36 22.4 Pengurusan data atau maklumat 28 17.4 Pembentangan pengajaran 55 34.2 Hiburan/Permainan 20 12.4 Menjadikan proses PP lebih menarik 64 39.8 Penyampaian lebih kemas 40 24.8 Lain-lain 4 2.5 Berdasarkan hasil kajian di atas, kita dapat lihat guru lebih suka menggunakan komputeruntuk menjadikan pengajaran lebih menarik iaitu mewakili 39%. Mengapa? Tidak dapatdinafikan bahawa komputer memainkan peranan untuk menjadikan pengajaran lebih menarik.Bermacam perisian interaktif yang boleh dilakukan dengan menggunakan komputer danmembuatkan pembelajaran tidak bosan.
  7. 7. 2.2 Teori Resapan Inovasi Satu teori yang boleh dikaitkan dengan pengajaran dan pembelajaran berbantukankomputer ialah Teori Resapan Inovasi. Teori ini adalah satu teori yang dipelopori oleh EverettM. Rogers. Resapan merupakan proses di mana sesuatu inovasi dihubungkan melaluisaluran-saluran tertentu mengikut masa dalam kalangan ahli-ahli dalam sesebuah sistem sosial(Rogers, 1983). Secara ringkasnya, teori ini membincangkan dengan mendalam bagaimanasesuatu yang baru sama ada dalam bentuk idea, teknologi, barangan atau teknik-teknikberkembang dalam berbagai-bagai khalayak sehingga diterima dan diamalkan sepenuhnyaoleh masyarakat. Teori Resapan Inovasi digunakan dalam kajian ini untuk melihat tahap penggunaankomputer dalam pengajaran dan pembelajaran dalam kalangan guru, faktor-faktor yangmempengaruhi keputusan mereka untuk menggunakan komputer dalam proses pengajaran danpembelajaran serta melihat sikap guru terhadap sifat-sifat inovasi komputer. Zainal (1998) menggunakan Teori Resapan Inovasi dalam bidang pendidikan diMalaysia di mana kajiannya tertumpu kepada pembuatan keputusan oleh guru-guru sama adamenerima atau menolak Projek Sains Nuffield dari United Kingdom ke dalam kurikulum sekolahmenengah di Malaysia. Proses Inovasi-Keputusan yang bermula daripada peringkatpenerimaan sehingga ke peringkat implementasi telah dikaji dan faktor-faktor yangmempengaruhi pembuatan keputusan telah dikenalpasti. Faktor-faktor tersebut termasuk sikapterhadap sifat-sifat inovasi yang disarankan oleh Rogers. Cheah Phaik Kin (1999) juga mengaplikasikan Teori Resapan Inovasi dalam kajiannyayang melihat penerimaan Internet dalam kalangan pelajar Universiti Sains Malaysia. Beliaumengenalpasti faktor-faktor yang mempengaruhi kadar penerimaan Internet dalam kalanganpelajar-pelajar universiti, profil serta sifat pelajar-pelajar yang menerima internet serta melihatsifat-sifat inovasi yang mempengaruhi penerimaan atau penolakan inovasi. Hasil kajianmendapati tiada perbezaan antara pelajar aliran sains dan sastera tetapi dari segi jantina beliaumendapati lebih ramai pelajar perempuan menerima internet berbanding pelajar lelaki. Selainitu, kajiannya telah membuktikan kepentingan faktor sikap terhadap sifat-sifat inovasi dalampenerimaan sesuatu inovasi.
  8. 8. Justeru itu, Cheah Phaik Kin (1999) menyarankan agar kajian beliau dapat dijadikanasas untuk membentuk strategi bagi menyokong proses pengajaran dan pembelajaran dalamera teknologi informasi terkini. Kajian yang hampir sama juga telah dijalankan oleh Jamaludin (1995) yang melihatpenerimaan internet oleh pelajar-pelajar yang menuntut di luar negara dan faktor-faktor yangmempengaruhi penerimaannya. Kajian beliau mendapati internet lebih digunakan oleh pelajar-pelajar luar negara bagi tujuan sosialisasi dan mendapatkan berita dan maklumat tentangagama dan politik tetapi tidak ketara bagi tujuan akademik. Seterusnya, Teori Resapan Inovasi digunakan oleh Tricia Lim (1999) yang membuatkajian tentang penerimaan komputer peribadi dalam kalangan masyarakat Malaysia. Tricia Lim(1999) mengenalpasti faktor-faktor yang mempengaruhi individu dalam mengambil keputusansama ada untuk menerima atau menolak penggunaan komputer peribadi serta keputusanindividu untuk menerima atau menolak penggunaan komputer. Hasil kajian mendapati tahappengetahuan prinsip dan pengetahuan kaedah tentang komputer mempengaruhi penerimaandan pembentukan sikap terhadap komputer peribadi. Selain itu, Afifah Hamdzah (2005) juga menggunakan Teori Resapan Inovasi dalamkajiannya yang bertajuk Pola Penerimaan Komputer Dalam Kalangan Kakitangan OrganisasiAwam. Kajian yang dijalankan dalam kalangan kakitangan teknikal Majlis PerbandaranKuantan, mendapati kategori `orang yang ketinggalan’ atau laggards merupakan kategoripenerima yang tertinggi berbanding dengan kategori penerima yang lain. Sifat-sifat penerimayang mempengaruhi pola penerimaan adalah sosio-ekonomi dan sifat kosmopolit. Sifat-sifatinovasi yang mempengaruhi penerimaan pula adalah faedah relatif dari segi menjimatkanmasa, meningkatkan keupayaan memperolehi maklumat, lebih pilihan cara mendapatkanmaklumat, mengurangkan kos, keselesaan dan mudah menjalankan kerja, kesepadanan,kerumitan dan kebolehcubaan.
  9. 9. Semua maklumat di atas menunjukkan hasil kajian yang dijalankan untuk melihatprestasi murid sama ada murid universiti ataupun murid sekolah yang mengaplikasikan TeoriResapan. Dalam pendidikan hari ini di Malaysia, teori ini boleh digunakan oleh pelajar untukmempelajari sesuatu menggunakan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK). Contohnyadalam mata pelajaran Bahasa Melayu, guru boleh mengaplikasikan Teori Resapan ini denganmembawa pelajar ke makmal komputer. Pelajar akan dapat memepelajari sesuatu yang laindaripada apa yang mereka dapat di bilik darjah biasa. Microsoft Word, Office, Movie Maker danbanyak lagi perisian komputer yang boleh diajarkan kepada murid dapat menyediakan muridsecara tidak langsung untuk menjadi seorang modal insan berminda kelas pertama supayadapat berdiri sama tinggi, duduk sama rendah dengan pelajar dari negara maju negara lain.
  10. 10. 3.0 Faktor Penguasaan Guru Terhadap Aplikasi Komputer Dalam Pengajaran BahasaDapat Meningkatkan Keupayaan Pelajar Untuk Menguasai Mata Pelajaran Bahasa Melayu. Banyak faktor yang mempengaruhi penguasaan guru dalam aplikasi komputer dalampengajaran Bahasa Melayu. Antara faktor utama ialah sikap guru itu sendiri sama ada inginmenggunakan aplikasi komputer secara maksimum ataupun tidak. Kajian yang dilakukanMelvina Chung Hui Ching & Jamaludin Badusah mendapati kebanyakan sikap guru dalampenggunaan aplikasi komputer dalam pengajaran adalah positif. Mereka cenderung danberminat untuk meggunakan aplikasi komputer terutama guru muda. Ting Kai Chu (1998)mendapati, secara keseluruhannya guru yang muda mempunyai sikap yang positif terhadapkomputer berbanding guru yang lebih berusia. Ini adalah kerana guru-guru muda ini telahterdedah dengan komputer sama ada di sekolah mahupun di universiti sedangkan golonganguru yang lebih berusia tidak mengalaminya. Dapatan yang sama juga diperoleh oleh Mukamadan Andersson (2007), iaitu guru-guru yang berusia enggan untuk berubah ke arahpengintegrasian komputer di sekolah berbanding guru-guru baru yang lebih mesra denganteknologi maklumat. Ini menunjukkan golongan muda lebih terdedah kepada teknologi baru.Justeru itu, ia meningkatkan tahap penerimaan dan penggunaannya. Ini disokong oleh Mortimerdan Scott (2003: 35) menyatakan pengalaman menggunakan komputer mempengaruhi sikapterhadap komputer. Menurut beliau kebanyakan guru tidak memahami bagaimana hendakmenggabungkan kemahiran komputer dengan pengajaran di kelas. Bagaimanapun menurutbeliau, sebanyak dua per tiga daripada kalangan guru menyatakan tidak bersediamenggunakan komputer dalam pengajaran, tetapi bagi kumpulan guru yang lebih muda, yangmembesar dan belajar dengan menggunakan komputer lebih berkeyakinan menggunakankomputer berbanding guru-guru yang telah lama berkhidmat. Guru yang bersikap positifterhadap komputer juga adalah lebih bersedia menggunakannya berbanding dengan guru yangbersikap negatif terhadap komputer. Merujuk kepada perkaitan di antara sikap guru dengan taraf dan status jawatan sertabidang pengkhususan (opsyen), kajian oleh Mohamad Nabzrim dan Mohamad Nayan (1997)menunjukkan data yang diperoleh daripada soal selidik dan temu bual terhadap penggunaankomputer dalam kalangan guru bahawa tidak terdapat perbezaan yang signifikan denganpenggunaan komputer. Ini disokong oleh Mukama dan Andersson (2007) yang menyatakanbahawa faktor taraf jawatan dan pengkhususan tidak memberi kesan terhadap sikap guruterhadap komputer. Namun demikian, dapatan kajian oleh Adenan (1999) menyatakan bahawa
  11. 11. sikap yakin dalam kalangan guru terhadap penggunaan komputer mempunyai hubungan yangsignifikan dengan faktor latihan, kemudahan komputer dan galakan pentadbir. Berdasarkanbeberapa kajian lepas juga, keengganan guru untuk berubah juga faktor signifikan yangmempengaruhi sikap guru. Ini didorong oleh sikap yakin terhadap teknik pengajaran danpembelajaran konvensional yang dianggap relevan dengan sistem peperiksaan. Golongan guruini berpendapat bahawa jika keputusan peperiksaan yang diperoleh pada setiap tahun cukupbaik dan cemerlang mengapa harus mengubah apa yang sedia baik untuk pelajar. Ini ditambahlagi dengan kurangnya kursus khususnya guru-guru yang berkhidmat di pedalaman yangseterusnya akan menyemai sifat technophobia (Mukama & Andersson, 2007). Penyelidik amatbersetuju dengan hujah ini. Walaupun begitu, pengetahuan dan kemahiran guru Bahasa Melayu dalam bidang inimasih berada di paras sederhana. Hal ini bermakna masih banyak lagi perkara yang perlupenambahbaikan untuk guru melaksanakan aplikasi komputer dalam pengajaran danpembelajaran ini semaksima mungkin. Antara yang perlu diambil berat ialah pengetahuan gurudalam aplikasi komputer. Antara aplikasi komputer yang boleh digunakan oleh guru ialahhamparan elektronik, persembahan eletronik, dan Internet. Penggunaan aplikasi hamparanelektronik sememangnya memudahkan guru melakukan beban tugas dan mengajar subjekpelajaran (Lehmann, 2002; Drier, 2001). Aplikasi persembahan elektronik bukan sahajamenjadikan pengajaran guru lebih menarik dengan multimedia dan interaktiviti, malahan guruboleh menggalakkan pelajar menggunakan perisian tersebut untuk pembentangan hasil projekindividu dan kumpulan. Aktiviti sebegini mengukuhkan pendekatan pengajaran berpusatkanpelajar yang menyemai nilai pendidikan yang positif seperti kreatif dan inovatif, bersikapbertanggung jawab dan bekerjasama antara satu sama lain, disamping meningkatkankemahiran koloberasi dengan rakan. Satu kajian pernah dijalankan untuk melihat sikap guru Bahasa Melayu yang pernahmenghadiri kursus ICT dengan tidak pernah menghadiri kursus ICT terhadap penggunaan ICTdalam pengajaran. Hasil analisis ujian ke atas sikap guru Bahasa Melayu yang pernahmenghadiri kursus ICT dengan guru Bahasa Melayu tidak pernah menghadiri kursus ICT telahmenunjukkan bahawa terdapat perbezaan yang signifikan dari aspek sikap guru-guru BahasaMelayu terhadap penggunaan ICT dalam pengajaran. Dapatan kajian ini menunjukkan bahawaguru-guru Bahasa Melayu yang pernah menghadiri kursus ICT lebih bersikap positif danberbanding dengan guru-guru yang tidak pernah menghadiri kursus ICT kerana mereka tidak
  12. 12. mempunyai pengetahuan serta kemahiran untuk mengendalikan komputer danmengaplikasikan ICT dalam pengajaran. Berdasarkan dapatan kajian ini dapat menjelaskanbahawa guru-guru Bahasa Melayu yang tidak pernah menghadiri kursus ICT mempunyai sikapnegatif terhadap penggunaan ICT dalam pengajaran. Kajian Zulkifli dan Raja Maznah (1994) pula mendapati guru-guru yang tidak mempunyaipengalaman dengan komputer kebiasaannya mempunyai sikap yang negatif dan tahapkebimbangan yang tinggi terhadap komputer. Hal ini selari dengan pendapat Summer (1990)dalam Christensen (1997) bahawa satu daripada sebab utama guru bersikap negatif terhadapkomputer disebabkan kurangnya pengetahuan dan pengalaman dalam bidang berkenaan.Selain itu, kajian Becker dan Watt (1996) mendapati kewujudan sikap negatif guru disebabkanoleh guru telah sebati dengan kaedah tradisional dan sukar untuk membuat penyesuaiandengan teknologi instruksional. Kajian Becker dan Watt (1996) telah disokong oleh Norin (2004)yang menyatakan kebanyakan guru yang berpengalaman telah mempunyai mind-set tentangkaedah pengajaran yang disukai mereka. Faktor berikutnya yang dikaitkan dengan mempengaruhi penguasaan guru terhadap aplikasikomputer dalam pengajaran Bahasa Melayu ialah kemahiran asas ICT seseorang guru.Keputusan analisis Abdul Razak Idris & Norazlina Binti Adam dari Fakulti Pendidikan, UniversitiTeknologi Malaysia pada tahun 2010 menunjukkan bahawa purata peratusan sebanyak 83.5peratus daripada 132 orang guru menguasai pengetahuan asas terhadap penggunaan Internet.Ini memberi memberikan gambaran bahawa guru-guru mempunyai pengetahuan asas dalampenggunaan Internet. Selain itu, faktor lain yang dilihat mempengaruhi penguasaan guru terhadap aplikasikomputer dalam pengajaran Bahasa Melayu ialah beban tugas guru. Secara tradisinya kitamengetahui bahawa tugas seorang guru ialah mengajar dan mendidik manusia, iaitu muridnyauntuk mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran yang dirancangkan berdasarkansukatan pelajaran yang telah ditetapkan. Sebaliknya tugas guru kini lebih pelbagai. Selaindaripada tugas mengajar, guru juga dibebani dengan tugas-tugas perkeranian, fasilitator,motivator, perancang, penasihat kokurikulum, pemimpin kelab, persatuan, unit beruniform,jurulatih sukan, guru data dan banyak lagi. Mengikut Che Yaakob (199I), para guru kini telahdibebankan dengan tugas-tugas sampingan yang banyak sehingga mengurangkan tumpuanmereka kepada tugas yang utama, iaitu mengajar. Penyataan Che Yaakob itu disokong melalui
  13. 13. kajian yang telah dilakukan oleh Abdul Shukor Shaari, Abd. Rahim Romle dan Mohamad YaziKerya (2006) yang menyatakan selain daripada tugas akademik, guru juga terpaksa memegangpelbagai jenis jawatan lain sama ada dalam bidang bukan akademik seperti ketua panitia danjawatankuasa panitia, hal ehwal murid seperti disiplin, kebajikan, kesihatan, rancanganmakanan tambahan dan lain-lain lagi yang berkaitan dengannya.Tugas akademik terbahagikepada dua kategori, iaitu tugas rutin (harian) dan tugas bermusim (berkala). Antara yangtermasuk dalam tugas rutin (harian) ialah mengajar subjek. Sekaligus, perkara ini menyebabkankualiti pengajaran dan pembelajaran akan turut terjejas. Oleh itu, mereka menjadi kurangberminat untuk mempelajari dan menguasai komputer kerana terlalu sibuk dengan tugasan lain. Faktor yang seterusnya yang dapat dikaitkan dengan penguasaan guru terhadapaplikasi komputer dalam pengajaran bahasa dapat meningkatkan keupayaan pelajar untukmenguasai mata pelajaran Bahasa Melayu ialah pengintegrasian internet dalam pembelajaran.Pengintegrasian ICT merujuk kepada kekerapan guru menggunakan aplikasi ICT untuk tujuanpengajaran dan pembelajaran di sekolah. Dapatan kajian melalui Jurnal Pendidikan 1menunjukkan majoriti guru menggunakan aplikasi pemprosesan perkataan sekurang-kurangnyasekali dalam seminggu bagi penyediaan dokumen seperti kertas ujian dan peperiksaan sertalembaran kerja. Pengintegrasian aplikasi ini berada pada tahap tinggi. Aplikasi hamparanelektronik turut digunakan oleh majoriti guru sekurang-kurangya sekali dalam seminggu untuktujuan pengajaran dan pembelajaran. Pengintegrasian aplikasi ini berada pada tahapsederhana. Selain itu, majoriti guru turut didapati menggunakan aplikasi persembahan elektronikdalam pengajaran mereka sekurang-kurangnya sekali dalam seminggu khususnya untukmenghasilkan slaid pengajaran. Pengintegrasian aplikasi ini berada pada tahap sederhana.Kebanyakan guru juga mengintegrasi penggunaan CD koswer dalam pengajaran danpembelajaran di bilik darjah. Pengintegrasian aplikasi ini berada pada tahap sederhana. Namunbegitu, guru kurang menggunakan emel untuk berkomunikasi dengan pelajar. Majoriti gurudidapati langsung tidak pernah menggunakan emel untuk tujuan tersebut. Justeru,pengintegrasian aplikasi ini berada pada tahap rendah. Majoriti guru didapati merujuk kepadaWorld Wide Web untuk mendapat pelbagai maklumat berkaitan pelajaran yang diajar.Pengintegrasian aplikasi ini berada pada tahap sederhana.
  14. 14. 4.0 Penguasaan Guru Terhadap Aplikasi Komputer Dalam Pengajaran Bahasa Dapat Meningkatkan Keupayaan Pelajar Untuk Menguasai Mata Pelajaran Bahasa Melayu. Pengajaran dan pembelajaran secara terancang dan bersesuaian untuk meningkatkankecekapan proses dan keberkesanan merupakan antara tujuan penggunaan ICT dalampendidikan di sekolah. Salah satu faktor yang menyumbang ke arah penerimaan guru-guruterhadap penggunaan komputer ialah sikap terhadap komputer sendiri. Sikap positif guru itusendiri menyumbang ke arah minat murid-murid untuk menggunakan komputer. Oleh itu, sikapdan kesedaran merupakan cara yang terbaik untuk menjangka dan meramal komitmenterhadap penggunaan komputer. Sikap dan keyakinan serta efikasi yang tinggi dapat membantumemudahkan proses peningkatan kemahiran dalam pelaksanaan ICT ketika proses pengajarandan pembelajaran dalam bilik darjah. Siti Fatimah (2001) mendefinisikan Pengajaran Pembelajaran Bantuan Komputeratau PPBK sebagai perisian pendidikan dan latihan yang dibangunkan menggunakan bahasapengaturcaraan (programming language), pengarangan dan pengaturcaraan multimedia(multimedia authoring and programming) untuk mengajar dan belajar sesuatu objek. Alensi danTrollip (1985) juga mengaitkan PPBK dengan penggunaan komputer untuk menyampaikanmaklumat, melatih dan menilai prestasi pelajar. PBK atau juga dikenali juga sebagai perisianpendidikan mempunyai beberapa ciri perisian yang penting. Bostock (1996) menekankanbahawa tujuan utama perisian PPBK dibangunkan adalah untuk menggalakkan pembelajaran.PPBK adalah berbeza dari fungsi perisian bersifat komersial. Oleh itu, mana-mana perisianPPBK yang dibangunkan mestilah melibatkan proses pembelajaran. Antaranya ciri-ciri perisianyang baik adalah seperti : 1. mesra pengguna, 2. bersifat interaktif iaitu mampu memberi maklum balas kepada pengguna, 3. kreatif, mempunyai unsur-unsur peneguhan supaya objektif pembelajaran benar- benar tercapai, 4. tahan lasak, 5. tiada ralat dan menghiburkan.
  15. 15. Teks, grafik atau bunyi yang dimuatkan dalam perisian pendidikan tersebut mestilahtidak mengganggu tumpuan pengguna. Topik-topik yang hendak disampaikan sebaik-baiknyaringkas dan menarik persembahannya agar memberangsangkan pengguna meneruskanpembelajarannya. Banyak istilah yang digunakan dalam PPBK ini. Antaranya "computer-assisted instruction", "computer-aided instruction", "computer-assistedlearning" dan "computer-aided learning". Istilah sahaja berlainan, tetapi semua menuju ke arah tujuan yang sama iaitumeningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Kita lihat fungsinyasatu persatu :a) Computer Assisted Instruction / Computer Aided Instruction (CAI) CAI ialah satu medium yang menggunakan komputer yang menyampaikan isi-isipembelajaran. Komputer dijadikan sebagai tempat berinteraksi dengan pengguna. Komputerjuga akan mengeluarkan respon berdasarkan tahap penggunaannya oleh pengguna. Dalamproses ini, komputer mengambil alih seketika tugas guru sebagai pemudah cara. Zaman initerdapat bermacam-macam perisian yang boleh digunakan oleh guru untuk mengajar muridsesuai dengan tahap dan zaman mereka sekarang yang berteraskan IT secara total. Jadimana-mana guru yang menggunakan perisian komputer, maka proses tersebut dianggapsebagai pembelajaran berbantukan komputer atau CAI.b) Computer Assisted Learning / Computer Aided Learning (CAL) Pembelajaran Bantuan Komputer atau dikenali sebagai CAL ini ialah satu bentukpembelajaran yang menggalakkan pelajar mencari bahan pembelajaran sendiri. Ini yangmembuatkan CAL ini sedikit berbeza dengan CAI. Pelajar akan menggunakan kemahiran ITuntuk mencari bahan pengetahuan kendiri.c) Courseware / Perisian Kursus Laman web Smart Learning System dan MIMOS menyatakan, perisian khusus merujukkepada pengajaran sebenar meliputi isi kandungan pengajaran dan teknik yang digunakanguru.
  16. 16. d) Pembelajaran Berasaskan Web (Web-Based Learning) Secara kasarnya, pembelajaran berasaskan web ialah pengajaran yang disampaikanmelalui jaringan WWW. Semua bahan pengajaran, kumpulan perbincangan, ujian dan semuahal akademik berlandaskan web. Menurut B.H. Khan (2001), sistem pembelajaran berasaskanweb merupakan sistem pembelajaran yang terbuka dan fleksibel. Hal ini menunjukkan potensiweb sangat luas dalam hal pendidikan. Alternatif yang ditawarkan akan menarik minat danmotivasi mereka untuk meneroka pengetahuan baru seluruh dunia yang tidak akan didapatidengan kelas tradisional. Contohnya penggunaan emel dapat meluaskan pengetahuan pelajardengan mereka bertukar-tukar maklumat dengan rakan merentasi benua. Walaubagaimanapun, Dr. G.S. Lee (2000) menekankan pertukaran maklumat ini perludipantau dan diuruskan sebaik mungkin supaya pembelajaran bermakna dapat dijalankan.Justeru, dalam kesungguhan menggunakan web sebagai alat pembelajaran, guru juga harusmenekankan tentang keperluan pembelajaran agar objektif yang dirancang pada hariberkenaan dapat dicapai dengan sempurna. Duchastel (1997) menekankan terdapat empatelemen yang penting perlu dititikberatkan dalam tetapan keperluan pengajaran danpembelajaran iaitu : i) Sumber maklumat : Memperoleh maklumat baru daripada tidak ada kepada ada dalam pengetahuan murid adalah sebeb utama pembelajaran. ii) Interaktiviti : Proses yang berlaku diantara murid dengan sumber pembelajaran sama ada melalui simulasi, perbincangan, rujukan buku, ataupun program multimedia. iii) Berstruktur : Memastikan fokus pembelajaran pada hari berkenaan adalah selari dengan objektif yang hendak dicapai. iv) Komunikasi : memberikan nilai tambah dalam pengetahuan iaitu murid dapat bertukar-tukar maklumat dan dapatan yang mereka peroleh dengan rakan- rakan mereka serata dunia.
  17. 17. 5.0 Kesimpulan Penggunaan teknologi komputer dalam bidang pendididikan bukanlah sesuatu yangbaru, malah telah lama diperkenalkan di negara-negara maju seperti Amerika dan Eropah sejakawal 60an lagi. Malaysia tidak ketinggalan dalam menikmati arus pembangunanberasaskankomputer ini. Dalam konteks pendidikan, komputer bukan hanya mampu membantutugas-tugas pengurusan dan pentadbiran, tetapi berpotensi sebagai alat untuk mengayakan lagipersekitaran pengajaran dan pembelajaran bagi hampir semua mata pelajaran. Konsep pembelajaran berasaskan peralatan teknologi komunikasi (ICT) khususnyainternet dianggap semakin popular dan penting untuk meningkatkan lagi tahap pencapaianseseorang pelajar di dalam pelajarannya. Kajian menunjukkan stail pembelajaran pelajarbanyak mempengaruhi hasil pembelajaran. Penggunaan komputer dalam proses pengajarandan pembelajaran yang melibatkan aplikasi seperti internet dapat membantu pengurusan danpembelajaran di dalam dan luar bilik darjah yang secara langsung melibatkan pendidik, pelajar,ibu bapa dan ahli masyarakat yang prihatin. Penggunaan internet dalam proses pengajaran danpembelajaran membolehkan bilik darjah bertemu dengan dunia nyata sertamembolehkanpelajar-pelajar sendiri mencari maklumat dan bahan asal; memudahkankolaboratif danperbandingan global; dan membolehkan bahan-bahan multimedia dicipta dandisebarkandengan mudah. Kepesatan teknologi internet ini perlu dimanfaatkan sebaik-baiknya oleh pendidik danpelajar demi memartabatkan lagi pendidikan ke arah kecemerlangan pendidikan. Walaupunterdapatmasalah yang timbul ianya bukan satu isu yang tidak boleh diatasi malah kerajaantelahmembuat pelbagai perancangan dan perlaksanaan seperti dalam Rancangan MalaysiaKesembilan 2006-2010 dalam memartabatkan ICT di Malaysia. Antara programyangdilaksanakan adalah program latihan dan pendidikan ICT diperluaskan lagi diperingkatsekolah, prauniversiti dan IPT adalah pembangunan kemahiran teras dalam pelbagaibidangseperti pembangunan perisian dalam sains hayat dan aplikasi pengetahuan jugakelonggaran prakelulusan kurikulum kepada IPT supaya selaras dengan kehendak dankeperluan industri.Sistem pendidikan yang berkembang pesat selaras dengan kehendak danaspirasi negara ini perlulah mengaplikasikan ICT khususnya dalam penggunaan teknologiinternet supaya sistem pendidikan tidak ketinggalan jauh berbanding dengan negara maju.

×